|    PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH    Posted: 28 May 2011 03:46 AM PDT         |        Posted: 27 May 2011 07:59 PM PDT  JEMPUTAN KE JAMUAN RAKYAT & HI TEA Bersama:
  DATO SRI ANWAR IBRAHIM YB TIAN CHUA YB LEONG NGAH YB SYED HAMID SY MOHAMED DATO FAUZI ABD RAHMAD
  TARIKH: 28/05/2011
  MASA: 5.00 PETANG
  TEMPAT: MARKAZ BKT PAK SILAP , BANDAR TEMERLOH
  Semua Rakyat Di Jemput Hadir
     |            |  
  |    Dr Siti Mariah Mahmud    Posted: 28 May 2011 03:27 AM PDT    |  
  |    ::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::    Posted: 28 May 2011 01:17 AM PDT         |    Guan Eng sumbang RM25 ribu pada mangsa Islam    Posted: 27 May 2011 07:26 AM PDT  KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam. Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati [...]     |            |  
  |    CINA ISLAM (林川興)    Posted: 28 May 2011 01:10 AM PDT          |    Keperluan pemimpin untuk semua kaum    Posted: 27 May 2011 03:05 AM PDT  24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 
 
 Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi.  PAS disarankan untuk memainkan peranan yang lebih menonjol kali ini sebab kali ini tumpuan akan diberikan kepada pengundi kaum Melayu. 
 
 Pengundi kaum Melayu juga adalah golongan yang terbesar dan oleh itu peranan mereka sebagai mempunyai undi penentuan adalah betul dan benar.  Namun demikian, sokongan dari kaum bukan-Melayu tidak boleh diabaikan sebab sokongan mereka juga penting dan diperlukan di kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai demografi campuran. 
 
 Memandangkan situasi adalah sedemikian rupa, PAS harus menumpukan fokus mereka kepada isu-isu eknonomi selain daripada isu-isu agama.  Ini adalah sebab kaum Melayu juga merupakan golongan orang miskin yang terbesar di negara ini.  Isu-isu ekonomi ini boleh diketengahkan oleh ahli-ahli professional dalam PAS seperti Dr. Hatta Ramli, Dr. Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Salahuddin Ayub. 
 
 Apabila rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu nampak bagaimana PAS cenderung untuk berjuang demi kebaikan rakyat bukan sahaja dari segi agama bahkan juga dari segi kehidupan di dunia harian, maka lebih ramai lagi orang (bukan sahaja orang Melayu bahkan juga orang-bukan Melayu) yang akan menyokong PAS. 
 
 Bukan sahaja isu perihal akhirat yang perlu diberi perhatian oleh PAS tetapi isu perihal dunia juga mesti dititikberatkan supaya rakyat boleh nampak dengan mata mereka sendiri bahawa PAS adalah sebuah parti yang prihatin. 
 
 Sebagai sebuah parti yang prihatin dan untuk dapat menarik sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, PAS memerlukan pemimpin-pemimpin dari golongan ulama dan juga dari golongan professional untuk memacu parti ini ke masa depan yang lebih cemerlang. 
 
 Golongan ulama dan golongan professional mesti berganding bahu dan bekerjasama demi memantapkan kekuatan parti. 
 
 Pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara juga amat diperlukan oleh PAS untuk menangkis serangan-serangan UMNO dan disini pemimpin-pemimpin seperti Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Mat Sabu adalah amat menyerlah. 
 
 Pemimpin-pemimpin PAS yang popular di kalangan orang bukan-Melayu juga diperlukan untuk menonjolkan PAS sebagai sebuah parti yang peramah terhadap semua bangsa dan di sini peranan ini boleh dimainkan oleh Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak yang selalu mendapat sambutan baik dari orang Cina semasa kempen pilihanraya kecil.  Selain dari Nizar, terdapat juga Dr. Mujahid Yusof, Dr. Lolo Ghazali dan Dr. Siti Mariah yang semuanya popular di kalangan orang-bukan Melayu di kawasan Parlimen mereka masing-masing. 
 
 Justeru itu, dapat dilihat bahawa PAS mempunyai ramai pemimpin yang cerdik, pintar, berwibawa dan berbakat dan diharap pemimpin-pemimpin ini semua dapat memainkan peranan yang besar dalam PRU-13 dan masa depan parti ini demi kebaikan rakyat dan negara.  
 
 Semoga slogan 'PAS Untuk Semua' akan muncul sebagai satu slogan yang akan dapat dinikmati kesahihannya oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan oleh itu saya harap pemilihan parti yang akan dilangsungkan di Muktamar kali ini akan memberikan peluang kepada pemimpin-pemimpin ini untuk sama-sama berjuang untuk Islam dan juga untuk rakyat seluruh Malaysia. 
 
 Semoga Tuhan akan memberi ilham kepada semua perwakilan PAS untuk membuat pemilihan dengan cara yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab. 
 
    |     |    Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah    Posted: 27 May 2011 03:04 AM PDT  Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 
 
 
 
 KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu. 
 
 Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan. 
 
 Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman. 
 
 Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. 
 
 Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013. 
 
 
 
 KETUA  
 
 1.    Nuridah Salleh,  2.    Siti Zailah Mohd Yusof, YB 
 
 TIMBALAN KETUA  
 
 1.    Siti Mariah Mahmud, Dr      2.    Wan Hasrina Wan Hassan 
 
 NAIB KETUA 
 
 1.    Mastura Mohamad  2.    Mumtaz Mohd Nawi, YB  3.    Najhatussolehah Ahmad, Dr.  4.    Normala Sudirman 
 
 AHLI  JAWATANKUASA KERJA 
 
 1.    Aida@Nurul Huda Yusof Rawa 2.    Aiman Athirah Al-Jundi 3.    Asiah Ali, Dr. 4.    Azizah Khatib Mat  5.    Azlina Che Haron 6.    Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin  7.    Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan 8.    Fazilah Abu Samah  9.    Halimah Ali, Dr. YB 10.    Kartini Ahmad  11.    Khadijah Mahmud  12.    Kintan Man  13.    Mariam Abdul Rashid  14.    Mastura Mohamad  15.    Mumtaz Mohd Nawiv 16.    Najihatussolehan Ahmad, Dr  17.    Norazliza Abd Latif  18.    Normala Sudirman 19.    Norhayati Bachok 20.    Norwani Ahmat 21.    Rohani Ibrahim, YB  22.    Rohaya Yaacob, Dr.   23.    Rosni Adam, Dr.  24.    Rosiah Salleh   25.    Salbiah Wahab  26.    Siti Aisyah Ghazali, YB  27.    Siti Mariam Othman 28.    Wan Obaidah Wan Omar, YB    |     |    Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib    Posted: 27 May 2011 03:02 AM PDT  24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013. 
 
 Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz. 
 
 Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob. 
 
 Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. 
 
 Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: 
 
 
 
 
 
 KETUA 
 
 1. Nasrudin Hassan Thantawi 
 
 
 
 
 
 TIMBALAN KETUA 
 
 1. Azman Shafawi 
 
 2. Firdaus Jaafar, YB 
 
 3. Nik Abduh Nik Aziz 
 
 4. Suhaizan Kaiat 
 
 
 
 
 
 NAIB KETUA 
 
 1. Nasir Zakaria, YB 
 
 2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 
 
 
 
 
 
 AHLI  JAWATANKUASA KERJA 
 
 1. Abdullah Abdul Karim 
 
 2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB 
 
 3. Ahmad Fadhli Shaari 
 
 4. Firdaus Masod 
 
 5. Kamaruzuman Abdullah 
 
 6. Kamaruzzman Mohamad 
 
 7. Khairil Nizam, Ir. Hj 
 
 8. Khairul Faizi Ahmad Kamil 
 
 9. Khalil Abd Hadi 
 
 10. Lahirul Latigu 
 
 11. Mohd Suhaimi A. Aziz 
 
 12. Mohd Adram Musa 
 
 13. Mohd Akmal Kamaruddin 
 
 14. Mohd Fadli Ghani 
 
 15. Mohd Nasaie Ismail 
 
 16. Mohd Nazri Chik 
 
 17. Mohd Nor Hamzah, YB 
 
 18. Mohd Sany Hamzan 
 
 19. Mohd Yusni Mat Piah 
 
 20. Muhammad Hafiz Musa 
 
 21. Muhammad Sanusi Md Nor 
 
 22. Ridhuan Mohamad Nor 
 
 23. Rosly Allany 
 
 24. Safarizal Salleh 
 
 25. Salman Salleh 
 
 26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre 
 
 27. Azharuddin Muhammad 
 
 28. Zaidy Abdul Taib 
 
 29. Zamakhshari Muhamad 
 
 30. Zawawi Abu Hasan    |     |    Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib    Posted: 27 May 2011 03:01 AM PDT  24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 
 
 
 
 KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam. 
 
 Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan. 
 
 Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu. 
 
 Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding. 
 
 Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah. 
 
 Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. 
 
 Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013: 
 
 
 
 
 
 PRESIDEN 
 
 
 
 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji 
 
 
 
 
 
 TIMBALAN PRESIDEN 
 
 
 
 1. Mohamad Sabu, Hj 
 
 2. Nasharudin Mat Isa, YB 
 
 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' 
 
 
 
 
 
 NAIB PRESIDEN 
 
 1. Husam Musa , YB Dato' 
 
 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 
 
 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 
 
 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' 
 
 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri 
 
 6. Salahuddin Ayub, YB 
 
 
 
 
 
 AHLI JAWATANKUASA KERJA 
 
 1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 
 
 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 
 
 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 
 
 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 
 
 5. Ahmad Sabki Yusof, 
 
 6. Aiman Athirah Al-Jundi 
 
 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 
 
 8. Apandi Mohamad, Hj 
 
 9. Asmuni Awi, Hj 
 
 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 
 
 11. Azman Shapawi, Ustaz 
 
 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 
 
 13. Halimah Ali, YB Dr. 
 
 14. Hamzah Abdullah, 
 
 15. Hamzah Jaafar, Dr. 
 
 16. Hanipa Maidin, Hj 
 
 17. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 
 
 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 
 
 19. Iskandar Abdul Samad, YB 
 
 20. Kamal Ashaari, Ustaz 
 
 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 
 
 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 
 
 23. Khalil Idham Lim, YB 
 
 24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 
 
 25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 
 
 26. Mazlan Aliman, 
 
 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 
 
 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 
 
 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 
 
 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 
 
 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 
 
 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 
 
 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 
 
 34. Mohd Nasir Mustafa, 
 
 35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz 
 
 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 
 
 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 
 
 38. Muhammad Husin, YB 
 
 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 
 
 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 
 
 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 
 
 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 
 
 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 
 
 44. Normala Sudirman, 
 
 45. Nuridah Salleh, Ustazah 
 
 46. Razman Zakaria, 
 
 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 
 
 48. Rosidi Hussin 
 
 49. Sa'ari Sungib, YB Hj. 
 
 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 
 
 51. Suhaizan Kaiat, 
 
 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 
 
 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj    |     |    Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat Perpaduan Pakatan Di Miri    Posted: 27 May 2011 02:00 AM PDT   24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - 
 
 Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu,AJK PAS Pusat ke Miri pada  24hb  Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee.  
 
 Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10  atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat. 
 
 Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang  lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat. 
 
 Gambar menunjukan Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar. 
 
 Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin. 
 
 Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak. Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut "DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi  Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS)  untuk menawan putrajaya. 
 
 PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah. 
 
 Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana  Katanya "Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan  bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN. 
 
 " Katanya lagi "Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…" Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya  kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka. 
 
 Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini. 
 
 Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR). 
 
 Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. 
 
 Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti. 
 
 PAS Miri    |     |    Program wacana islam dan demokrasi    Posted: 27 May 2011 01:30 AM PDT  24 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -     |            |  
  |    Salam Perjuangan    Posted: 27 May 2011 11:39 PM PDT    |  
  |    Idris Ahmad    Posted: 27 May 2011 11:14 PM PDT         |    PR KUAT, BARU BN PRIHATIN    Posted: 27 May 2011 12:17 AM PDT  PR KUAT, BARU BN PRIHATIN  27/5/11  IDRIS AHMAD  Kenyataan Datuk  Seri Najib Razak yang mengumumkan harga RON 95 kekal, menandakan BN goyang, Pakatan Rakyat kuat. Menjadi kelaziman kepada mana-mana pemimpin dunia yang tidak prihatin kepada rakyat akan tersentak bila hampir pilihanraya dalam negara mereka.  Pemimpin Umno Bn sudah mula cakna rakyat kerana hendak ambil hati pengundi, lebih-lebih lagi suasana pilihanraya akan datang bukan era 60 an dan 70 an. Pengundi sudah berbeza dan semakin matang untuk memilih mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab. Sekarang rakyat sudah membuat perbandingan kerajaan PR yang lebih berjiwa rakyat, jika dibandingkan dengan kerajaan BN yang semput nyawa rakyat  Ketika kerajaan BN sibuk memotong subsidi rakyat kerajaan PR terus dengan agenda kebajikan untuk rakyat walaupun jika hendak dibandingkan dengan sumber kewangan negeri yang terhad.  Pemimpin BN terpaksa memendam rasa dan berlakon menjadi pemimpin yang prihatin untuk menambat hati rakyat dengan mengumumkan RON 95 tidak naik. Tetapi tidak memberi jaminan sampai bila tidak naik. Pas yakin minyak akan naik selepas pilihanraya nanti jika BN terus mendapat mandat. Sebab itu ada ura-ura PRU 13 akan diadakan dalam bulan Julai 2011 sebelum Ramadhan, ini bermakna selepas Raya Aidil Fitri maka akan berlaku pesta kenaikan harga barang.   Pas masih menunggu apakah perancangan  jangka panjang untuk mengatasi kemelut yang ada supaya kualiti hidup rakyat terjamin. Rakyat tertunggu pengumuman kerajaan untuk membatalkan projek yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat bawahan. BN mewujudkan “Makmal”, untuk menyusahkan rakyat dengan mengkaji bagaimana hendak menarik subsidi untuk rakyat. Sepatutnya peranan makmal perlu menasihat kerajaan untuk menyenangkan rakyat.   Pas yakin harga minyak akan naik melambung selepas pilihanraya Umum ke 13 jika BN memerintah kerana mereka hendak melepaskan geram kepada rakyat. Oleh itu untuk pasti minyak tidak naik, BN mesti dihalau daripada Putra Jaya di dalam pilihanraya akan datang.  Filed under:  Politik                    |            |  
  |    PAS LENGGONG    Posted: 27 May 2011 07:36 PM PDT         |    Ron95 - Tak jadi naik    Posted: 27 May 2011 02:24 AM PDT    |     |    HJ RAZMAN BERTANDING AJK PAS PUSAT.    Posted: 27 May 2011 02:19 AM PDT   KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.
  Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
  Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
  Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.
  Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
  Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.  Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:        PRESIDEN     1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji     TIMBALAN PRESIDEN     1. Mohamad Sabu, Hj  2. Nasharudin Mat Isa, YB  3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'     NAIB PRESIDEN  1. Husam Musa , YB Dato'  2. Idris Haji Ahmad, Ustaz  3. Mahfuz Omar, YB Dato'  4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'  5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri  6. Salahuddin Ayub, YB     AHLI JAWATANKUASA KERJA
  1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
  2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
  3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
  4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
  5. Ahmad Sabki Yusof,
  6. Aiman Athirah Al-Jundi
  7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
  8. Apandi Mohamad, Hj
  9. Asmuni Awi, Hj
  10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
  11. Azman Shapawi, Ustaz
  12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
  13. Halimah Ali, YB Dr.
  14. Hamzah Abdullah,
  15. Hamzah Jaafar, Dr.
  16. Hanipa Maidin, Hj
  17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
  18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)
  19. Iskandar Abdul Samad, YB
  20. Kamal Ashaari, Ustaz
  21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
  22. Khalid Abd Samad, YB Hj.
  23. Khalil Idham Lim, YB
  24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
  25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
  26. Mazlan Aliman,
  27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
  28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
  29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
  30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
  31. Mohd Anuar Tahir, Hj
  32. Mohd Firdaus Jaafar, YB
  33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
  34. Mohd Nasir Mustafa,
  35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz
  36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji
  37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr
  38. Muhammad Husin, YB
  39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
  40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
  41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
  42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
  43. Norazli Musa, Ustaz Hj.
  44. Normala Sudirman,
  45. Nuridah Salleh, Ustazah
  46. Razman Zakaria,
  47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
  48. Rosidi Hussin
  49. Sa'ari Sungib, YB Hj.
  50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
  51. Suhaizan Kaiat,
  52. Wan Hasrina Wan Hassan,
  53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj    |            |  
  |    PAS Kawasan Pekan    Posted: 27 May 2011 07:04 PM PDT         |        Posted: 27 May 2011 02:58 AM PDT    |            |  
  |    ULAMA PEWARIS NABI    Posted: 27 May 2011 03:28 PM PDT         |    ALHAMDULILLAH RAKYAT BUKA MATA PADA PAKATAN RAKYAT DAN TUTUP HATI PADA BEE END    Posted: 27 May 2011 03:16 AM PDT  Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat 
  Taktik terdesak BN dengan memainkan isu perkauman terhadap PR untuk melindungi kenaikan harga barang tidak akan berjaya dengan menipu dan membelenggu rakyat kerana pemotongan subsidi akan meninggalkan kesan kepada 27 juta rakyat Malaysia tetapi tidak mempengaruhi syarikat- syarikat besar seperti penjana tenaga bebas (IPP) dan Felda. BN begitu terdesak dengan isu pemotongan subsidi ini apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe menuduh DAP cuba mencetuskan isu perkauman dalam pemotongan subsidi gula yang melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
  Ini adalah tuduhan bodoh dari Tan kerana kenaikan harga gula sebanyak 20sen kepada RM2.30 sekilogram turut memberi kesan kepada Melayu. Atau Tan sendiri ingin menyatakan bahawa kenaikan harga gula dan petrol hanya akan mempengaruhi orang bukan Melayu?
  Tan berkata demikian di Kuching pada dua hari lepas bahawa DAP menuduh Felda mengaut keuntungan daripada pemotongan subsidi gula. Ini adalah tidak benar. Tan sengaja memutar belitkan pendedahan saya yang mengatakan bahawa keuntungan yang diperolehi Felda dari perniagaan gula telah didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.
  MSM menghasilkan hampir 60 peratus dari pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai RM2.46bilion atau RM3.50 untuk setiap saham oleh CIMB Investment Bank Bhd. Untuk tahun 2010, MSM menikmati keuntungan sebanyak RM 232 bilion sebelum harga gula meningkat sebanyak 20sen menjadikannya RM 2.30 sekilogram.
  Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula. Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.
  Apalah sangat RM116.6 juta penjimatan daripada pemotogan subsidi gula sebanyak 20 sen berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu? Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta dengan mudah; iaitu hanya sebahagian daripada RM232 juta keuntungan tahunan kepada MSM memandangkan ianya dimiliki oleh Felda.
  Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi berpusat korporat yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti Felda atau MSM. MSM seharusnya diminta untuk menyumbangkan dengan memindahkan sebahagian daripada keuntungan kepada kerajaan bagi membolehkan harga gula kekal kepada RM2.10 sekilogram.
  Bagaimana DAP boleh bermain dengan politik perkauman sekiranya DAP sendiri meminta Kerajaan Persekutuan supaya mengambil sebahagian daripada keuntungan yang dikecapi Felda untuk membiayai kos dalam bentuk tanggungjawab sosial yang juga dapat membantu Melayu? Ini adalah politik perkauman BN yang cuba memecahbelahkan Melayu dan bukan Melayu dalam kes klasik untuk "pecah dan perintah"(divide and rule).
  Semua Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima kesan dengan kenaikan harga barangan. Dan semua orang kaya termasuk Melayu dan bukan Melayu sama- sama akan menerima manfaat dan tidak dibebani dengan pemotongan subsidi seperti rakyat biasa yang menderita terutama manfaatnya dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP).
  Jelas BN dan Tan sudah ketandusan idea kerana tidak dapat menerangkan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun kepada IPP sedangkan tindakan pengurangan subsidi gas dan diesel beratus- ratus juta ringgit telah membebankan rakyat Malaysia.
  Sebuah dasar sosial-ekonomi yang lebih adil harus dilaksanakan supaya subsidi terhadap golongan kaya dapat dipotong bukannya golongan miskin. Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan "Barang Naik" manakala PR adalah "Price Reduction".   |     |    HIMPUNAN BERSIH 2 MENUNTUT PILIHANRAYA UMUM DIJALANKAN DENGAN BETUL    Posted: 26 May 2011 05:52 PM PDT  Himpunan Bersih 2 bukan macam Kes Liwat II, Kes Liwat II hanya memperjuangkan seseorang individu (itupun kalau kes yang jujur), tetapi himpunan bersih 2 (HB2) bukan sebarang perhimpunan kerana kali ini adalah bertujuan untuk kesemua rakyat dan penduduk Malaysia. Kita melalu Prhimpunan Bersih 2 adalah bertujuan menuntut Pilihan Raya Umum akan didatang dapat diberi jaminan akan dilakukan mengikut cara dan prosidur serta undang-undang yang betul. Kita mahu SPR, KDN , Polis, jentera kerajaan dan tentera patuh pada undang-undang bukan patuh pada pemimpin yang membuat arahan tidak mengikut undang-undang. Kita tidak mahu tektik IC bermutu tinggi berleluasa, pengujudan pengundi yang mengundi lebih dari sekali, kuatkuasa pengunaan calit cat pada jari selepas mengundi, tunjuk gambar dalam kad pemngenalan sebelum mengundi kepada saksi dalam tempat mengundi (Selama ini pengundi boleh menyamar membawa Kad Pengenalan orang lain seperti kes PRU tahun 1999), tiada tambahan masa mengundi, tektik pengundi hantu melalui undi pos tentera, isteri tentera, askar wataniah, pelajat PLKN dan pusat serenti.
  HIMPUNAN BERSIH PADA 9 JULAI SEBELUM PRU 13 – suara keadilanGabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menetapkan tarikh 'Perhimpunan Rakyat' pada hari Sabtu, 9 Julai 2011.
  Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.
  Namun pengerusinya, Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.
  "Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.   |            |  
  |    Pemuda PAS Wangsa Maju    Posted: 27 May 2011 03:20 PM PDT          |    KENAIKAN TARIF ELEKTRIK TOKLEH DIELAK : MUSTAPA    Posted: 27 May 2011 02:32 AM PDT  SHAH ALAM, 27 Mei — Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini. Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut. Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik. "Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya. Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan. Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.    |     |    Perkauman: Antara 2 tokoh    Posted: 26 May 2011 09:01 PM PDT    |     |    3 sebab BN tak potong subsidi petrol    Posted: 26 May 2011 08:47 PM PDT    Pertama ,PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.
  Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.
  "Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat
 
 lebih lanjut baca di sini 
 
    |     |    2 TELINGA DIPOTONG MUJUR BUKAN ANUNYA    Posted: 26 May 2011 05:39 PM PDT  NIBONG TEBAL, 27 Mei — Gara-gara menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang. seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong . 
 
  Lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat dipetik Bernama Online berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam. "Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya. Polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenal pasti. Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.    |     |    ISU ROYALTI :  PUSAT NAK MENCELAH    Posted: 26 May 2011 05:32 PM PDT  PUTRAJAYA, 26 Mei – Kerajaan negeri Kelantan gagal dalam rayuan untuk menghalang kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam samannya ke atas Petronas berhubung royalti minyak. Panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan bahawa kehadiran kerajaan persekutuan dalam saman sivil adalah perlu bagi memastikan perkara yang menjadi pertikaian dalam kes itu benar-benar diputuskan. Dipetik laporan Bernama, kata beliau, panel hakim berpuas hati bahawa ada isu berbangkit daripada relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan dan ia "adil dan sesuai" bahawa isu-isu itu ditentukan antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Petronas. "Kami dapati tiada merit dalam rayuan kedua kerajaan negeri, " kata Hakim Low dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu. Panel hakim itu terdiri daripada Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan kedua kerajaan negeri dan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahkamah Komersial baru (NCC) di mana saman itu difailkan. Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak. Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum. Sebelum itu, Thomas berhujah bahawa kerajaan persekutuan tidak mempunyai kepentingan dalam saman sivil itu kerana tuntutan dan relif yang dituntut kerajaan negeri itu adalah terhadap Petronas. Katanya, Akta Pembangunan Petroleum 1974 menetapkan bahawa Petronas menerima 90 peratus daripada pembayaran tunai dan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masing-masing menerima lima peratus daripada pembayaran tunai bagi petroleum yang diperolehi di pesisir dan di luar pesisir.    |            |  
  |    DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB    Posted: 27 May 2011 01:49 PM PDT          |    Kejohanan Bolesepak Muhibah Sg Pial    Posted: 27 May 2011 07:16 AM PDT  Menyaksikan perlawanan akhir dan penyampaian hadiah Kejohanan Bolasepak Muhibbah 8 Sebelah Anjuran MKK Sg Pial 
 
  bergambar bersama pasukan ke perlawanan akhir 
 
  sedikit kata2 nasihat sebelum sepak mula 
 
  bersalaman dengan semua pemain 
 
  Sdr Ahmad Saad, MKK Sg Pial 
 
  Sepatah dua kata sebelum penyampaian hadiah 
 
  Hj Halim Setiausaha PAS Kawasan Merbok yang turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Tempat Ke-3 
 
  Sdr Ahmad Saad menyampaikan hadiah kepada pasukan tempat Ke-4 
 
  Naib Johan 
 
  menglungkan pingat kepada pemain 
 
  Johan, Pasukan dari Kg Huma 
 
  Pengadil Perlawanan 
 
  Pemain Terbaik Perlawanan Akhir 
 
  Anugerah Khas Tokoh Bolasepak 
 
  bersama kedua-dua pasukan 
 
  Juara Pertandingan 
 
  Naib Juara Pertandingan    |     |    Umno Yang Tak Dak Dewan Sendiri..    Posted: 27 May 2011 07:14 AM PDT  meng'umno'kan MRSM Merbok 
 
   
 
 
 
    |     |    Menikmati Matahari Terbenam di Tg Dawai    Posted: 26 May 2011 07:11 AM PDT  Dalam perjalanan pulang menjengok rakyat di Tanjong Dawai.. Indahnya alam cimtaan Tuhan 
 
     |            |  
  |    DUN Lembah Jaya    Posted: 27 May 2011 11:20 AM PDT    |  
  |    PEMUDA PAS LIPIS    Posted: 27 May 2011 11:19 AM PDT         |    Kepimpinan Ulama-Profesional    Posted: 26 May 2011 05:51 PM PDT   Saya baru selesai membaca berita di harakahdaily. Petang ini (27 Mei 2011), akan diumumkan calon-calon yang akan bertanding kerusi-kerusi dalam hierarki kepimpinan PAS. Insya'allah, perwakilan muktamar akan membuat pemilihan yang terbaik. Sebagai seorang graduan dalam bidang kejuruteraan, saya sangat beruntung untuk sentiasa berdampingan dengan para ulama'. Namun, iklim politik masa kini tidak menentu. Percaturannya tidak lagi semudah sifir matematik biasa. Justeru, gabungan kepimpinan ulama dan profesional dari sudut disiplin ilmu difikirkan sesuai untuk harakah Islam seperti PAS.  Dua tahun dahulu, sewaktu menghadiri muktamar di Stadium Melawati, tiba-tiba seorang ulama yang berucap bagi negeri Selangor bangkit bertanya: "Tiadakah etika untuk wartawan wanita non muslim di dalam muktamar ?" Ya, saya pernah melihat non muslim diberikan jubah semasa melawat masjid. Tetapi bagaimana dengan muktamar? Suatu ibadah umum yang dihadiri oleh wanita non muslim yang tidak menutup aurat. Nak halang akan dikatakan PAS masih tidak terbuka. Justeru, situasi begini perlu keputusan kepimpinan untuk melihat dari sudut hukum dan waqi' perjuangan. Kemudian, setelah PR memiliki YB wanita non muslim, maka timbul pula persoalan batasan untuk YB masuk ke masjid atau surau. Hukum sudah sedia ada, namun ia adalah perkara baru bagi yang tiada pendedahan mengendalikan situasi begini. Semasa saya menjadi jurutera di Malaysian Sheet Glass, Pasir Gudang, saya selalu ke seberang dan bersolat di Arab Sreet, Singapura. Terdapat papan peringatan bahawa masjid itu telah dirasmikan oleh Lee Kuang Yew. Jadi, mungkin masyarakat di mana muslim minoriti atau pemerintah mereka non muslim, telah biasa bagi mereka menjemput pemimpin ke masjid, surau atau majlis yang ada kaitan dengan ibadah umum. Kesimpulannya, ulama' adalah pewaris nabi. Namun, siapa pun yang telah diamanahkan menjadi pemimpin kita, berilah ketaatan. Jangan membentuk kelompok baru yang membelakangi pemimpin yang telah dilantik. Mungkin tak baik mengikut selera kita tapi baik di sisi Allah SWT. Takbir !    |     |    Andainya YB Padang Tengku meninggal    Posted: 26 May 2011 05:26 PM PDT   Sudah ramai YB yang menang PRU12 yang meninggal. Pergi menemui Ilahi. Matinya mereka adalah satu proses perpindahan ke alam baru. Alam barzakh yang pasti menanti setiap yang bernyawa. Bersemadi di situ untuk satu lagi proses peralihan ke alam akhirat yang kekal abadi. Mahkamah akan bersidang untuk membuat justifikasi terhadap amal baik dan buruk. Bagi seorang YB, ada dosa dan pahala dalam amalan politik mereka. Pagi ini saya bercuti. Lalu, kesempatan yang ada pergi menghantar anak ke SMA Padang Tengku. Nampaknya ada projek melebarkan tepi jalan berhampiran sekolah. Ini akan mengurangkan kesesakan di depan pintu pagar semasa menghantar dan mengambil anak sekolah. Kemudian, membuat u-turn untuk menghantar anak yang lain ke SMK Padang Tengku. Tiba di selekoh masjid, berselisish dengan sebuah kereta yang menghantar anak ke PASTI. Saya mengambil jalan tepi tetapi kereta jatuh ke dalam lubang kerana jalan berlopak. Terus mara ke hadapan. Jatuh lagi lubang besar di jalan Kg. Batu Nering. Saya fikir kerosakan jalan ini sudah lama berlaku. Dulu anak almarhum bilal masjid Padang Tengku pernah kemalangan di sini. Lama juga masuk wad kerana kecederaan di kepala. Rumah Tok 4 tak jauh dari jalan ini. Selalu juga nampak Tok 4 lalu jalan tersebut semasa ke masjid. Tapi, kenapa tidak baiki. Saya amat yakin. Seandainya ada PRK, jalan ini akan dibaiki segera. Segala macam projek mee segera datang mencurah-curah. Inilah budaya KERAjaan BN. Wahai YB, turunlah melihat masalah rakyat. Kepada Tok 4, aturkan gotong royong untuk bersama membaiki jalan yang rosak teruk. Kalau tidak mahu berkhidmat, beri aje jawatan tu kepada orang lain yang sanggup berkhidmat.    |            |  
  |    Batu Gajah Mari    Posted: 27 May 2011 11:14 AM PDT         |    PAS Berupaya dan Bersedia Mentadbir Negara    Posted: 26 May 2011 10:01 PM PDT  PAS adalah sebuah parti politik yang berasaskan sokongan dan keahlian Melayu Islam. Setelah 60 tahun berada di arena politik Malaysia, parti itu kini sudah mencapai kematangan dan penerimaan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia untuk menjadi parti pemerintah.    
 
 Persekitaran politik, ekonomi dan teknologi di luar  dan dalam negara telah banyak berubah dan arus perubahan itu akan terus  berlaku. Berkemungkinan besar akan jadi lagi cepat dan hebat. Banyak  ketidakpastian menunggu di masa hadapan tetapi hanya satu perkara yang  pasti, yakni dunia akan terus berubah dan negara kita akan tidak dapat  lari dari dibawa arus perubahan.    
 
 Lawan PAS jelas tidak berupaya untuk mengubah  dirinya dari dalam untuk menangani cabaran-cabaran baru kepada  kekuasaannya. Saluran maklumat dan media baru jelas tidak dapat  dikongkongi atau dikawal, melainkan parti pemerintah meluluskan  peraturan dan undang-undang internet yang akan mengakibatkan negara ini  dicap sebagai 'pariah' atau kera sumbang dalam arena bisnes, pelaburan  dan hak asasi manusia.  Segala tindak tanduk dan keputusan kerajaan perlu dipertahankan  sentiasa dengan hujah-hujah yang munasabah dan masuk akal. Ini tidak  terdaya dilakukan oleh lawan PAS.    
 
 PAS pula berupaya untuk berubah demi menangani dan  menghadapi cabaran-cabaran baru, bersikap responsif kepada perubahan  persekitaran tanpa mengorbankan prinsip perjuangan yang berteraskan  Islam. Ini terbukti semasa kemelut penolakan kepimpinan Dato Asri Hj  Muda tiga dekad lepas. PAS telah berjaya mengakhiri bab itu dengan  membuat dirinya lebih mantap dan setia kepada prinsip perjuangan Islam.    
 
 Seteru PAS kerap mengungkit-ngungkitkan kewujudan  kumpulan 'erdogan' dan kumpulan 'ulama' di dalam parti itu. Idea mereka  adalah itu menunjukkan PAS tidak bersatu. Mereka mengukuri PAS dengan  mengguna kacamata sama yang mereka gunakan untuk menilai Umno. Mereka  tersilap. Sebagai sebuah parti yang demokratik dan yang yakin atas asas  ideologi perjuangannya, PAS tidak segan silu untuk mengaku terdapatnya  perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ahli dan pemimpinnya  berhubung isu-isu semasa. Apa yang mustahak perbezaan itu adalah  berkaitan pendekatan dan penekanan, bukannya pergeseran disebabkan  jawatan dan pembahagian habuan sebagaimana yang kerap disaksikan di  dalam parti pemerintah.    
 
 Sebenarnya, tidak terdapat kumpulan 'erdogan' atau kumpulan 'ulama' di dalam PAS. Dewan Syura' Ulama  adalah badan parti yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan bahawa  segala dasar dan polisi PAS adalah bertepatan dengan lunas dan prinsip agama Islam. Ini sejajar dengan definisi ulama berdasarkan firman "Sesungguhnya  yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan  hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMA). Sesungguhnya  Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." [Al-Faathir 35:28]. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat  menyatakan ulama ialah orang berilmu. Tidak hanya mengkhususkan kepada  agamawan sahaja. Ianya mencakupi ilmu yang lebih luas. [Harakah  19-21/9/2008]. Berpegang kepada definisi tersebut, jelas kepada kita  bahawa tiada golongan erdogan atau kumpulan ulama di dalam jemaah PAS  sebagaimana yang digambarkan oleh propaganda musuh.    
 
 PAS sebagaimana agama Islam adalah satu parti yang  inklusif. Sesiapa sahaja boleh memeluk agama Islam dan sesiapa sahaja  boleh menjadi ahli PAS. Dasar ini kian menarik ramai tenaga profesional,  teknokrat dan akademik untuk menyertai PAS, terutamanya dari golongan  muda dan berpelajaran. Golongan inilah yang akan membekalkan tenaga  pentadbir dan pelaksanaan polisi. Mereka tertarik untuk menjadi ahli PAS  kerana integriti dan ketaatan kepimpinan dan keahlian PAS terhadap  prinsip perjuangan. Mereka sudah muak dan jelak dengan budaya bergiat  dalam parti politik untuk mendapat kontrak, lesen dan permit. Ini adalah  golongan anak muda yang ikhlas mahu berjuang untuk masyarakat dan  Alhamdullillah, PAS adalah pilihan mereka.    
 
 Segala pengalaman yang diraih dalam memerintah  Kelantan dan Kedah pastinya akan digunakan oleh PAS untuk melengkapkan  dirinya untuk memerintah negara. Sememangnya parti pembangkang yang  memerintah sebuah negeri sentiasa mendapat berbagai cabaran dan  rintangan dari kerajaan persekutuan  yang diperintah oleh parti lawan. Segala yang dipelajari akan menjadi  asas untuk membentuk sebuah kerajaan pusat yang adil dan saksama.    
 
 Berdasarkan penerimaan dan sokongan kepadanya dari segenap masyarakat Malaysia,  di desa dan di kota, sesungguhnya PAS sekarang berada di kedudukan di  mana ia berupaya dan bersedia untuk mengganti pemerintahan yang ada  sekarang untuk mentadbir negara tercinta.    
 
 
 
 
 
 WAN NASUHA BINTI WAN HASSAN    |     |    Kemarahan Makin Reda Di Perak, Tetapi...    Posted: 26 May 2011 09:39 PM PDT  Walaupun kemarahan umum terhadap perebutan kuasa yang bermula pada 2009  di Perak telah reda, Barisan Nasional masih mempunyai beberapa cara  sebelum ia boleh menjadi yakin mengawal keadaan untuk menang dalam  pilihanraya umum akan datang. Satu kaji selidik rawak di Ipoh menunjukkan kebanyakan pengundi akan  sekali lagi mengundi Pakatan Rakyat, lebih banyak disebabkan oleh rasa  tidak puas hati dengan dasar-dasar BN daripada keinginan  menghukum kerana mengambil alih kerajaan yang mereka undi pada 2008  lalu. Kebimbangan utama mereka nampaknya akan memilih Pakatan Rakyat yang  lebih kepada kemungkinan akan peka kepada keperluan dan kehendak mereka,  dan beberapa peserta dalam kaji selidik itu berkata tempoh singkat  kerajaan Pakatan Rakyat memerintah menunjukkan mereka telah melaksanakan  beberapa janji, dan mereka serius dalam hal ini. "BN diperintah selama 50 tahun sebelum 2008, dan kami sudah mempunyai cara mengukur prestasinya," jelas  Wong Hoe Hong, yang beroperasi kedai kamera. "Apabila Pakatan mengambil alih, sekurang-kurangnya kita boleh melihat perbezaan. "Untuk saya faktor mustahak adalah kami perlu untuk mempunyai tanda aras ini bagi memastikan BN sentiasa diperiksa." Perkara  rebutan kuasa sudah jarang timbul semasa FMT menemubual, mengesahkan  sebenarnya hasil tinjauan Pakatan yang mendapat tahu Januari lepas iaitu  para pengundi telah agak reda dengan isu itu sejak awal 2009. Menurut penemuan Pakatan Rakyat lagi, perikatan pembangkang akan menang  33 daripada 59 kerusi dalam dewan negeri jika satu pilihan raya negeri  diadakan Januari lepas, kurang daripada jumlah ia mungkin telah menangi  jika satu pilihan raya telah dipanggil sebaik sahaja selepas rebutan  kuasa. Tinjauan Pakatan Rakyat yang serupa pada Februari dan Mac 2009 mendapati yang mereka mungkin telah memenangi 40 kerusi. Tetapi 33 masih lebih baik daripada 31, bilangan kerusi yang Pakatan Rakyat menangi dalam pilihanraya umum 2008 lalu. BN tidur di puncak kuasaBeberapa peserta dalam tinjauan FMT berkata mereka akan sekali lagi  mengundi Pakatan walaupun mereka tidak pasti pakatan itu boleh membuat  kerja yang lebih baik daripada BN. Seorang lelaki berumur 60 tahun yang menjual roti untuk menyara hidup  berkata dia tidak boleh menuntut terlalu banyak dari Pakatan Rakyat  kerana tangan mereka akan sering jadi "ditambat" untuk kekurangan dana  dan bentuk sokongan lain daripada kerajaan pusat itu. Dia rasa inilah sebabnya mengapa Pakatan tidak dapat menunaikan beberapa janji-janjinya semasa masa singkat ia berkuasa. Katanya isu-isu nasional, daripada yang tempatan, akan membantu menentukan parti yang mana dia akan menyokong. "BN telah tidur ketika sedang bekerja," katanya. "Bagaimana seriusnya mereka mengatakan tentang keinginan untuk berubah? Bagaimana ia menangani isu tentang biasiswa JPA? Pecat pegawai-pegawai yang bertanggungjawab jika anda serius." Joanna Selvi, seorang ahli farmasi dalam lingkungan 20-an, bergema sentimen-sentimennya. Beliau berkata dia akan memberi Pakatan satu peluang kerana dia dikecewa dengan prestasi Barisan Nasional. "Anda bukan hanya melihat Perak. Pada Barisan Nasional, isu-isu sama akan naik berulang-ulang, seperti biasiswa-biasiswa atau perbicaraan seks Anwar. Ia benda yang sama dimainkan dan ia amat mengecewakan." Jeslyn Amarasekera, 25, berkata bukan saja orang muda,  malah para pengundi generasi ibu bapa mereka juga hendak memberikan  Pakatan sekali lagi peluang membuktikan kemampuan mereka sendiri.  "Kebanyakan pengundi dari generasi lebih tua telah hidup di sini sepanjang hayat mereka.  Mereka telah lihat perubahan masa demi masa apa yang BN boleh—dan  terutamanya tidak boleh tawarkan, dan mereka cenderung untuk melihat apa  sebelah yang lain (Pakatan Rakyat) boleh lakukan. Tetapi apa adakah mereka (BN) perlu hilang (Perak) baru hendak bangun?" Daya penarik ZambryBeberapa memberitahu FMT mereka ternampak yang Menteri Besar Zambry  Abdul Kadir pada masa ini berada pada situasi daya penarik "agresif". "Saya telah mengekori Zambry pada majlis-majlisnya dan dia ada daya penarik penonton," luah  Ed Shahrir, 21."Saya rasa dia telah menjalin satu hubungan baik yang berkesan dengan rakyat jelata." Satu lagi yang ditemu duga,  Chan yang berumur 42 tahun, kata dia bersetuju yang Zambry ada daya tarikan, tetapi berkata "tiada yang luar biasa" untuk seorang menteri besar. Ditanya jika dia berfikir bekas menteri Nizar Jamaluddin daripada PAS  dikatakan lebih baik sifat dan kerjanya semasa menjadi menteri besar  dulu, katanya: "Ia sukar menyebut kerana ia hanya berkuasa untuk satu masa yang pendek. Tetapi jika anda bertanya saya yang saya akan undi siapa, saya akan undi untuk sesiapa boleh bekerja untuk orang ramai." Seorang  ahli perniagaan berumur 56 tahun, mengulas  mengenai Zambry telah mula "mengorak langkah", kata ia ialah "normal  untuk BN melakukan perkara-perkara sebelum pilihan raya."    |            |  
  |    N45 Dr Halimah Ali    Posted: 27 May 2011 09:35 AM PDT          |    ADUN SELAT KLANG anjur RENTAS DESA bersama JKKK KPG DELEK KLANG    Posted: 27 May 2011 05:16 AM PDT    |     |    Pandangan seorang veteran PAS yang futuristik    Posted: 27 May 2011 05:05 AM PDT   Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan  PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang  pengalaman dan pentadbiran parti. Justeru, beliau  menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar  Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3  Jun depan.  "Kelantan  ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat,  nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang  penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat. "Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini. Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu. Mereka  akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut  menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz  Omar, - menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar  Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad. Nik  Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih,  beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS  Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan  pentadbiran negeri.  Beliau  bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan  presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  bertanding jawatan itu. Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.    |     |    Adakah model pembangunan modal insan yang lebih baik daripada BTN?    Posted: 26 May 2011 10:26 AM PDT  Apa cerita di sebalik kerajaan negeri Selangor memberhentikan kakitangan serta siswa dan siswinya ke kursus BTN?
    |            |  
  |    i n t a n h i j a u    Posted: 27 May 2011 07:31 AM PDT         |    PEMILIHAN DI MUKTAMAR PAS PUSAT : CALON-CALONNYA ...    Posted: 27 May 2011 04:20 AM PDT  
 
 KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal   bertanding pada  Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui   petang ini setelah  pengesahan ditutup petang semalam.
  Seperti   yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul   Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013   apabila tiada nama lain yang dicalonkan. Jawatan  Timbalan  Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru  antara  penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk  Tuan  Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
  Tiga lagi yang   dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa,   Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan   tidak bertanding.
  Bagi jawatan naib presiden, mereka yang   mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk   Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri   Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
  Perkara   tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul   Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini   petang tadi.   Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:   PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji TIMBALAN PRESIDEN 1. Mohamad Sabu, Hj 2. Nasharudin Mat Isa, YB 3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' NAIB PRESIDEN1. Husam Musa , YB Dato' 2. Idris Haji Ahmad, Ustaz 3. Mahfuz Omar, YB Dato' 4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' 5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri 6. Salahuddin Ayub, YB AHLI JAWATANKUASA KERJA1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz 2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz 3. Abdul Wahid Endut, YB Hj 4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz , 5. Ahmad Sabki Yusof, 6. Aiman Athirah Al-Jundi 7. Amiruddin Hamzah, YB Ir. 8. Apandi Mohamad, Hj 9. Asmuni Awi, Hj 10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz, 11. Azman Shapawi, Ustaz 12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr 13. Halimah Ali, YB Dr. 14. Hamzah Abdullah, 15. Hamzah Jaafar, Dr. 16. Hanipa Maidin, Hj 17. Hassan Ali, YB Dato' Dr. 18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah) 19. Iskandar Abdul Samad, YB 20. Kamal Ashaari, Ustaz 21. Kamarudin Jaffar, YB Dato' 22. Khalid Abd Samad, YB Hj. 23. Khalil Idham Lim, YB 24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr. 25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr. 26. Mazlan Aliman, 27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz 28. Mohamad Nor Mohamad, Hj. 29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB 30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz 31. Mohd Anuar Tahir, Hj 32. Mohd Firdaus Jaafar, YB 33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. 34. Mohd Nasir Mustafa, 35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz 36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji 37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr 38. Muhammad Husin, YB 39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. 40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB 41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz 43. Norazli Musa, Ustaz Hj. 44. Normala Sudirman, 45. Nuridah Salleh, Ustazah 46. Razman Zakaria, 47. Riduan Mohd Nor, Ustaz, 48. Rosidi Hussin 49. Sa'ari Sungib, YB Hj. 50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. 51. Suhaizan Kaiat, 52. Wan Hasrina Wan Hassan, 53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj    |            |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan