Isnin, 14 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 14 Mar 2011 03:16 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


PAS UCAP TAKZIAH KEPADA RAKYAT JEPUN

Posted: 14 Mar 2011 01:10 AM PDT

Sumber Harakahdaily


Gambar satelit sebelum Tsunami melanda.

Gambar selepas Tsunami.


PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.

Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.

"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa. 

"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.

"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.


Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.

Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.

Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.

YB USTAZ MOHD NOR KESAL PENYEBARAN BERITA PALSU

Posted: 13 Mar 2011 09:51 PM PDT

14 Mac - YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menafikan tentang khabar angin bahawa ada pegawainya yang ditangkap khalwat sebagaimana yang disebarkan oleh blog-blog pro-UMNO di internet, susulan berita tangkapan khalwat pegawai seorang ADUN dalam Parlimen Marang oleh Sinar Harian pada hari ini dan semalam.

Sehubungan dengan itu, beliau melahirkan rasa kesal yang amat sangat terhadap sesetengah blog tanpa segan silu menyebarkan fitnah dengan memaparkan gambar Ustaz Hassan Hussin yang sedang bergambar menaiki motosikal berkuasa tinggi pada hari terbuka DUN Bukit Payong, sebagai orang yang didakwa ditangkap khalwat tersebut.


PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 14 Mar 2011 01:33 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 13 Mar 2011 05:34 PM PDT



KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT



-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba

-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Mar 2011 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Terus masuk hospital

Posted: 14 Mar 2011 01:15 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH – Remaja sakit misteri, Muhammad Nur Hakim Hasram, 15, telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejurus selepas menerima kunjungan dari Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Taman Klebang Jaya, Chemor, di sini, kelmarin.

Bapanya, Hasram Mohd Jamal, 51, berkata, anaknya dimasukkan ke HRPB dengan sebuah ambulan bagi mendapatkan rawatan segera.

"Ambulan datang 30 minit selepas menerima kedatangan Ahli Parlimen Tambun, semalam. Kini, Muhammad Nur Hakim di tempatkan di wad 2A untuk mendapatkan rawatan rapi.

"Dia telah menjalani X-ray dan saya bersyukur apabila semua pihak mengambil berat terhadap anak saya. Bagaimanapun, saya tidak mengetahui sampai bila dia ditahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kontroversi Injil: Hishamuddin Lepas Tangan

Posted: 14 Mar 2011 01:06 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 14 MAC : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin dibidas kerana dilihat cuba lari daripada tanggungjawabnya menyelesaikan kontroversi penahanan 35'000 kitab Injil berbahasa Melayu di Perlabuhan Klang dan Perlabuhan Kuching dan meletakkan beban itu dibahu Peguam Negara, tan Sri Gani Patail.

Selepas dikritik hebat pelbagai pihak, Hishamuddin akhirnya berkata pihaknya menunggu nasihat daripada Gani dalam mengambil sebarang tindakan.

EXCO Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab, Hishamuddin harus berani membuat keputusan dan tidak bersikap lepas tangan.

"Saya tidak tahu pula hal ini kena dibawa kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan sebagainya. Hishamuddin harus bertanggungjawab pada kuasa yang dia ada. Dia tidak boleh suruh orang lain tentukan bidang kuasa dia dalam isu ini,

"Jadi sekarang ini kita nampak Hishamuddin lari dari tanggungjawab dia. Tak tahu dia takut ke ape. Sekarang orang sarawak tunggu saja," kata Xavier.

Kontroversi penahanan kitab itu sudah berlarutan sejak tahun 2009 lagi apabila 5,000 naskah kitab tersebut ditahan di Perlabuhan Klang, walhal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan untuk kitab tersebut dibawa masuk ke negara ini.

Terbaru, sebanyak 30,000 naskah kitab yang sama sekali lagi ditahan di Perlabuhan Kuching atas alasan ia boleh memudaratkan keselamtan negara.

Hishamuddin dalam reaksinya turut mendakwa penahanan itu dibuat kerana ia berkait dengan isu penggunaan kalimah Allah yang masih berada di Mahkamah Rayuan.

"Tidak timbul isu penggunaan perkataan Allah dan sebagainya. Buku- buku ini sekarang kemana ? Buku ini akan diedarkan kepada siapa ? Jika buku ini akan dibawa kepada orang Melayu, ambillah tindakan. Kita ada perlembagaan ada akta yang tetap yang boleh diambil tindakan," tambahnya lagi.

Sikap Najib yang berdiam diri berhubung isu ini mendapat kritikan pelbagai pihak. Sekaligus slogan 1Malaysia yang sebelum ini gagah dipertahannya mula dipersoalkan.

"1Malaysia tu slogan kosong. tidak bermakna. Isu- isu sebegini tidak diselesai menggunakan slogan ini, macamana hendak selesai masalah ini ? Ini isu 1Malaysia. Semua orang ada hak sama rata,

"Najib takut nak komen. Dia mainkan isu perkauman sekarang. Bukan isu pentadbiran," ujarnya lagi.

Xavier ketika ditanya apakah penyelesaian tuntas untuk isu ini berkata, kitab terjemahan itu harus dikeluarkan dari negara ini dan hanya dibekalkan kepada penganut agama Kristian sahaja.

"Semua orang ada hak untuk beragama. Kitab injil masuk melalui Sarawak sebab ramai rakyat negeri itu menganut agama Kristian,

"Keluarkan kitab Injil ini. Hanya bagi pada orang yang mahu gunakan kitab ini sahaja," katanya.

Lebih 10 peratus daripada rakyat Malaysia beragama Kristian dengan sebilangan besar daripada mereka menetap di Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu untuk majlis- majlis sembahyang.

Tv Selangor/-

160 disyaki terkena radiasi

Posted: 14 Mar 2011 12:54 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO - Pihak berkuasa Jepun melaporkan, kadar radiasi didapati telah melepasi had yang dibenarkan di loji Fukushima Daiichi 1, 240 kilometer dari utara Tokyo kesan daripada gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut beberapa pegawai, penemuan tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan akan berlaku kebocoran radiasi dan kemungkinan berlaku kecairan teras loji nuklear.

Loji itu sebelum ini meletup menyebabkan asap menjulang tinggi ke udara sehingga mengakibatkan 45,000 penduduk dipindahkan kerana takut terkena ancaman radiasi.

Agensi Nuklear Jepun melaporkan bahawa bilangan orang yang terdedah akibat radiasi itu mungkin meningkat kepada 160 orang.

Sejumlah kakitangan perubatan melakukan ujian imbasan terhadap penduduk yang tinggal berhampiran dengan loji berkenaan bagi mengesan jika mereka terkena radiasi.

Para pekerja itu melakukan pakaian kalis radiasi semasa melakukan pemeriksaan ke atas penduduk.

Loji tersebut terletak berdekatan dengan pusat gempa yang berlaku kira-kira 130 kilometer dari Sendai pada kedalaman 24 kilometer dalam laut.

Arah tiupan angin kini menjadi tumpuan ahli-ahli meteorologi dan pihak berkuasa nuklear Jepun.

Menurut para pegawai meteorologi Jepun, arah angin itu kini bergerak ke laut selepas ia didapati bergerak ke arah kawasan penduduk pada Sabtu lalu.

Penentuan arah angin itu penting bagi mengetahui kemungkinan berlakunya kerosakan terhadap alam sekitar akibat radiasi yang bocor dari loji berkenaan.

Sementara itu, kekuatan gempa bumi itu dinaikkan menjadi 9.0 pada skala Richter berbanding 8.9 pada skala Richter yang diumumkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Agensi Meteorologi Jepun mengumumkan peningkatan kekuatan itu selepas ia menyatakan bahawa kekuatan gempa tersebut ialah 8.9 pada skala Richter. Gempa bumi itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.

Gempa bumi itu telah menyebabkan lebih 10,000 dikhuatiri orang terbunuh yang merupakan krisis kemanusiaan yang paling besar pernah berlaku di Jepun sejak Perang Dunia Kedua yang berlaku pada 1945.

kerabu bersuara

Sejarah membuktikan PAS tidak khianat

Posted: 14 Mar 2011 12:36 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Baru-baru ini sebuah akhbar harian tempatan memetik kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Dato' Harun Taib bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan DAP, kerana parti berkenaan dapat menerima dasar dan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Presiden Umno Najib Tun Razak yang berpandangan bahwa PAS sewajarnya bekerjasama dengan Umno, sebuah parti Melayu Islam berbanding dengan DAP yang bukan Islam.

Kata Ustaz Harun walaupun Umno mahu bekerjasama dengan PAS namun Umno terang-terang menolak konsep dan dasar perjuangan PAS. Berbeza dengan DAP yang walaupun sebuah parti sekular namun tidak menolak konsep dan dasar perjuangan PAS.

Sesungguhnya sejarah poitik tanahair telah membuktikan bahawa PAS konsisten dengan konsep dan dasar perjuangannya. Sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dan sejak menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955 begitulah PAS, jatuh dan bangun bersama Islam sehingga pernah tinggal cuma sebuah kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan dua kerusi DUN di Kelantan ia kekal demikian. Dan kini menang bersama Pakatan Rakyat di empat buah negeri dan bersama menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat ia tetap juga begitu.

Kecakalan berpegang pada Islam inilah yang telah mengundang segan dan penghormatan kawan dan lawan terhadap PAS.

Parti-parti yang berkawan dengan PAS memahami perkara ini dan menghormati pendirian PAS. Malah rakyat rata-rata memberikan penghormatan kepada PAS lantaran iltizamnya pada Islam dan ini akan terus kekal selagi mana PAS tidak cuai atau lalai.

Benar Umno adalah sebuah parti Melayu Islam. Namun tidak seperti PAS, Umno mengambil Islam lebih secara selektif atau berpilih-pilih dan bukan sebagai konsep dan dasar perjuangan parti berkenaan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan apa sahaja yang berbaur Islam yang tidak merugikan ia dari segi politik maka Umno akan bersedia mempertahankannya, sebaliknya jika ia merugikan khasnya dari kacamata politik maka Umno tidak teragak-agak akan menyisih atau menjauhkan diri darinya.

Contih terbaik adalah pengharaman judi di negeri Kelantan yang dikuasai PAS sejak tahun 1990. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan bertindak ke atas premis yang menjual loteri "bigsweep", dan tindakan berkenaan telah disensaikan khasnya oleh komponan BN iaitu MCA. Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat agar mengambil langkah yang sama seperti Kelantan malah menyeru agar kerajaan negeri yang diterajui Umno turut berbuat demikian.

Saya yakin kerajaan negeri-negeri BN tidak akan memberikan respon kerana ternyata ia bakal merugikan mereka dari sudut politik walaupun jelas ia haram di sisi Islam.

PAS tidak pernah mengendurkan cita-cita perjuangannya samada dalam keadaan ia kalah apalagi ketika ia menang. Parti-parti yang berkawan denga PAS sejak dari tahun 50an dahulu seumpama Parti Negara yang bersama membentuk kerajaan negeri Terengganu tahun 1959, dan kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 ketika PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan tahun 1990 masing-masing sedar akan tuntutan perjuangan PAS.

Dan kini PKR dan malah DAP juga sedar akan keadaan demikian. Kerana itu kita lihat pentafsiran Islam dalam pentadbiran lebih jelas dan ketara di negeri-negeri yang PAS turut berperanan walaupun hakikatnya kawan-kawan PAS di negeri-negeri itu termasuklah DAP merupakan parti yang Umno sering cap sebagai anti Melayu dan Islam.

Sebagai kawan DAP sedar akan kemampuan PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS lah parti yang paling "senior" dari sudut usia. Dan dari sudut organisasi dan kekuatan akar-umbi tidak dapat dinafikan jentera PAS lah yang antara penyumbang besar kearah kemenangan luar biasa Pakatan Rakyat dalam PRU tahun 2008 lalu. Hakikat ini disedari oleh semua pihak.

Sejarah membuktikan PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya. Parti Negara pada tahun 1960an berpaling tadah sehingga mengakibatkan kerajaan PAS tumbang di Terengganu ketika itu. BN pula pernah tendang keluar PAS sebagai rakannya di zaman Allahyarham Tun Hussien Onn sebagai PM. Rekod menunjukkan PAS lah rakan yang paling jujur sehingga dalam kerajaan PR hari ini pun tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS berpaling tadah tidak seperti wakil-wakil dari DAP dan PKR.

Umno mungkin menyedari hakikat ini tetapi ia tewas apabila enggan jujur dalam memberikan pengiktirafan sebenar pada Islam. PAS bukannya menuntut pangkat dan kedudukan, tetapi sejak awal penubuhannya, memartabatkan Islam itulah agenda utama perjuangannya. Dengan sikap Umno yang selektif terhadap Islam ternyata rakyat lebih mengharapkan pada PAS kiranya Islam terancam atau mahu diketengahkan dalam satu-satu isu atau keadaan.

DAP kini faham keutamaan PAS setelah berkesempatan berkerjsama dengannya. Walaupun ia tidak mengiktiraf konsep Negara Islam namun sebagai sebuah parti demokratik, kiranya majoriti rakyat disesebuah negeri itu member mandat terbesar pada PAS, saya yakin DAP akan akur.

Dalam isu kontroversi loteri "Bigsweep" di Kelantan contohnya, ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng menyatakan bahawa jika majoriti rakyat Kelantan mahukan pengharaman itu maka rakyat yang minoriti harus menghormatinya kerana itulah prinsip demokrasi.

Kerana itu tepatlah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menyatakan lebih mudah bekerjsama dengan DAP yang tidak menganggu Islam berbanding dengan Umno yang lebih mengutamakan keuntungan politik lebih dari yang lain-lain. Sekurang-kurangnya apabila berkawan dengan PAS pemahaman DAP terhadap Islam dapat disemai, dipupuk dan dibentuk oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS. Tidak mustahil apabila dasar dan prinsip perjuangan Islam dapat difahamkan bukan hanya DAP malah sesiapa sahaja akan dapat memahami dan menerimanya secara terbuka demi kebaikan umat sejagat.

AKHBAR MINGGUAN SIASAH BIL.0255

40 tayar kereta dipancit, kerja puak mana lagi kalau bukan puak tu

Posted: 14 Mar 2011 12:17 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Lebih 40 buah kereta dipancitkan malam ceramah Kedah Sejahtera

ALOR SETAR, 13 Mac - Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.

Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama.

"Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Terapung atas atap dua hari

Posted: 14 Mar 2011 12:05 AM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

HIROMITSU (berselimut) diselamatkan Pasukan Pertahanan Maritim Jepun di perairan Fukushima, semalam.

Ombak tsunami hanyutkan lelaki bersama rumah ke laut

TOKYO: Seorang lelaki Jepun yang dihanyutkan 15 kilometer ke laut berikutan kejadian tsunami yang melanda Jumaat lalu dilaporkan selamat selepas ditemui berpaut pada sampah yang hanyut.

Pasukan Pertahanan Maritim menyelamatkan Hiromitsu Shinkawa, 60, selepas menemui lelaki terbabit terapung pada sekeping atap di perairan wilayah Fukushima, dua hari selepas bencana melanda.

Mangsa dari Minamisoma dihanyutkan bersama rumahnya selepas tsunami kuat yang melanda timur laut Jepun itu berikutan gempa bumi berukuran 8.9 Ritcher yang melanda ibu negara Jepun Jumaat lalu.

Beliau dalam keadaan sedar dan 'baik' selepas diselamatkan jam 12.40 waktu tempatan semalam, kata pihak berkuasa kementerian sambil menambah mangsa dihantar ke hospital dengan helikopter.

"Saya lari selepas menyedari tsunami datang," kata Shinkawa kepada penyelamat, berdasarkan Jiji Press.

"Tetapi berpatah semula untuk mengambil sesuatu dari rumah apabila saya kemudian turut dihanyutkan bersama ombak besar. Saya diselamatkan ketika berpaut pada sekeping atap daripada rumah saya sendiri."

Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 1,000 penduduk dipercayai maut dalam bencana alam terbabit dan polis menganggarkan lebih 215,000 berada di pusat pemindahan sementara.

Berita Harian/-

Satu lagi laporan Polis terhadap Taib

Posted: 13 Mar 2011 11:50 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SARAWAK 14 MAC : Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir

di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang.

Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis.

Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita.

Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan.

"Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya.

Tv Selangor/-

Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlembagaan

Posted: 13 Mar 2011 10:35 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara.

Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ''kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ''kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia.

"Apakah seorang 'kakitangan' juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai?

"Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?" soalnya.

Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.Harakahdaily/-

Ulasan MOD.

Semuga apa yang dilakukan oleh Nazri memungkin dia dapat bertahan lagi sebagai menteri dimasa akan datang, itupun kalau Najib masih PM dan Rosmah akan terus menjagi pengacau kepada Kerajaan Malaysia.

Rumah, pejabat 2 ADUN PKR dipecah masuk

Posted: 13 Mar 2011 10:28 PM PDT

ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang sedang memberi keterangan kepada Polis.

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Dua wakil rakyat PKR menjadi mangsa kecurian apabila presmis mereka masing-masing dipecah masuk sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

Kejadian di rumah ADUN Teja Chang Lih Kang di Ipoh malam tadi, disyaki dilakukan "pencuri profesional" kerana sudah dua kali berlaku sebelum ini.

Manakala ADUN Batu Uban V Raveentharan pula yang pusat khidmat masyarakatnya yang disedari dipecah masuk pagi tadi kehilangan sebuah monitor dan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer.

Menurut Chang, kejadian di rumahnya malam tadi berlaku antara jam 8 hingga 11 malam semalam sewaktu beliau dan keluarganya tidak berada di tempat kejadian.

Tambahnya, selepas memeriksa, beliau mendapati sebuah telefon, sebatang pen berjenama, dua beg tangan ibunya dan wang tunai RM800 - kesemuanya dianggarkan RM10,000 - sudah lesap ketika mereka pulang.

"Ini adalah kejadian (kecurian) kedua berlaku dalam tempoh tiga bulan. Kali pertama berlaku pada 27 November tahun lalu," katanya dengan nada kecewa.

Chang juga tidak mengesyaki perbuatan itu bermotifkan politik dan telah membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Gambar, fail penting hilang

Sementara itu, Raveentharan pula berkata kejadian di pejabatnya di Bayan Baru itu disedarinya oleh seorang pembantunya yang tiba ke pejabat pada jam 10 pagi tadi.

"Banyak gambar dan fail-fail penting dalam komputer itu. Ada (juga) fail surat menyurat dalam komputer itu," kata Raveentharan kepada Malaysiakini.

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun mengesyaki kejadian itu berlaku semalam atau kelmarin ketika tiada sesiapa di pejabat kerana bercuti hujung minggu.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, pintu pusat khidmat itu - yang baru lima bulan digunakan - terdapat kesan kopakan, dipercayai dilakukan oleh pencuri.

Bagaimanapun, tambahnya, keadaan pejabat kekal tersusun dan seperti tidak disentuh.

Pihaknya kini sedang membuat laporan polis berdekatan.Malaysiakini/-

Ulasan Mod.:-

Nampaknya semua ADUN dan Ahli parlimen PR serta pimpinannnya mestilah meningkatkan langkah keselamatan dari sekarang dari mengelakkan dari kejadian seumpamanya berlaku.

Tsunami@Jepun : 3,200 korban termasuk mangsa hilang di Jepun

Posted: 13 Mar 2011 10:22 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO 14 Mac - Jumlah korban akibat tsunami yang melanda Jepun Jumaat lalu meningkat kepada lebih 3,200 orang, menurut agensi polis kebangsaan.

Jumlah itu termasuk mangsa yang masih hilang, pihak berkuasa tempatan menganggarkan jumlah tersebut akan meningkat dari masa ke semasa.

Pihak berkuasa ketika ini telah mengenalpasti sebanyak 1,597 mangsa, 1,481 secara rasminya masih hilang, angka tersebut tidak termasuk 200 hingga 300 mangsa yang telah ditemui di pantai Miyag .

Tsunami@Jepun : Gunung berapi kembali aktif di Jepun

Posted: 13 Mar 2011 10:21 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO 14 Mac - Sebuah gunung berapi di sebelah selatan Jepun hari ini kembali menghamburkan debu dan asap tebal ketika negara ini sedang bergelut dengan kejadian tsunami dan gempa bumi besar.

Menurut Agensi meteorologi kebangsaan, aktiviti gunung berapi Shinmoedake kembali aktif setelah beberapa minggu tenang.

Gunung berapi tersebut terletak di Pulau Kyushu kira-kira 1,500 kilometer dari pusat gempa sekuat 8.9 Jumaat lalu yang menyebabkan tsunami dan memusnahkan sebahagian besar pantai timur laut negara ini. - Agensi

Tsunami@Jepun : Loji nuklear ketiga Fukushima meletup

Posted: 13 Mar 2011 10:03 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano, berkata maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar. Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen. Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP

Tsunami@Jepun : Lagi gempa 5.8 magnitud landa Jepun

Posted: 13 Mar 2011 10:01 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Gempa berkekuatan 5.8 magnitud melanda perairan timur laut Jepun, di Ibaraki, awal pagi ini menyebabkan bangunan tinggi bergegar di ibu negara Tokyo.

Bagaimanapun, menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa yang berlaku di 140 kilometer di perairan timur laut Tokyo itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. Setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. - AFP

Tsunami@Jepun : Paras radiasi di loji nuklear Jepun melebihi had

Posted: 13 Mar 2011 10:00 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Jepun yang bocor akibat gempa bumi Jumaat lalu dilaporkan melebihi paras dibenarkan, kata seorang pegawai kerajaan hari ini.

Naoki Kumagai, seorang pegawai di Agensi Keselamatan Nuklear dan Keselamatan Industri bagaimanapun berkata, peningkatan radiasi di loji nuklear Fukushima Dai-ichi masih terkawal walaupun parasnya melebihi daripada had yang dibenarkan undang-undang. Beliau berkata, paras itu akan meningkat lebih tinggi jika reaktor nuklear itu mencapai tahap mencair.

Gempa terburuk pada kadar 8.9 magnitud Jumaat lalu menyebabkan sekurang-kurangnya enam reaktor nuklear di Jepun mengalami masalah, terutama berlaku kebocoran di dua loji di Dai-ichi. - AP

Awas !!! 'Anjing Garang' Umno sudah dilepaskan

Posted: 13 Mar 2011 09:00 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Khabarnya, Chua Soi Lek mahu bertemu dengan TGNA bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi di sini

Bukan main garang lagi salakan anjing itu!Umno, tuan si tuan anjing yang sedang menyalak kuat ini tentu gembira dengan perkhabaran tersebut. Semua orang tahu Umno adalah bapa judi di Malaysia ini. Umnolah yang menggalakan pertumbuhan judi hingga ramai rakyat Malaysia kini menjadi kaki taik judi, walaupun judi bukan satu budaya orang-orang Malaysia.

Chua Soi Lek walaupun mengakui judi bukan satu budaya orang Cina , namun tindakan beliau dengan alasan demi kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan, menggambarkan kepada kita bahawa beliau mahu menggalakan judi menjadi kebudayaan masyarakat Cina.

Soi Lek mendakwa kononnya MCA tidak menggalakan masyarakat untuk berjudi, tetapi apa buktinya?Apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh MCA bagi mengekang pertumbuhan judi di Malaysia selama ini? Sebaliknya MCA sangat gembira dengan pertumbuhan judi yang semakin pesat pertumbuhannya kerana mendapat restu dari UMNO, bapa judi di Malaysia.

Mana dia Perkasa dan NGO-NGO Melayu lain? Apa ceritanya Ibrahim Ali? Pasal apa mereka ini membisu dalam isu judi di Kelantan?

Umno tidak mahu menggunakan anjing-anjing Melayu ini dalam isu judi sebab itu anjing-anjing ini tidak berani menyalak.Umno sedang gunakan anjing-anjing Cinanya yang begitu taat kepadanya.Umno lebih suka menggunakan anjing-anjing Melayu ini bagi berdepan dengan isu-isu di Pulau Pinang dan Selangor sahaja.Al-Husseyn

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

Jumpa mayat terdampar

Posted: 13 Mar 2011 08:49 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang peniaga, Mohd Faizul Ismail, 23, menyangka sekujur tubuh di tepi Pantai Sepat adalah kayu balak yang dihanyutkan ombak namun apabila didekati ia adalah mayat lelaki tanpa baju.

Mohd Faizul berkata, dia terlihat satu objek yang dipukul ombak ketika sedang minum di sebuah kedai makan di seberang jalan pantai itu bersama tujuh lagi rakannya kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, ketika itu dia menyangka kayu balak yang hanyut dibawa ombak. Bagaimanapun, tidak puas hati dengan objek yang dilihat, dia berlari ke tepi pantai dan mendapati sekujur mayat lelaki yang sudah membengkak dan mula berbau.

"Pada mulanya, saya sangka objek itu kayu balak tetapi selepas didekati, objek itu adalah mayat lelaki yang sudah berbau," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Faizul berkata, dia tidak panik sebaliknya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Mayat lelaki tidak berbaju dan berseluar jean biru itu dihantar pasukan polis ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan penemuan mayat lelaki di Pantai Sepat dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

Sinar Harian/-

Tsunami kecil landa Teluk Lipat

Posted: 13 Mar 2011 08:30 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TELUK LIPAT - Tragedi ombak besar yang disifatkan tsunami kecil oleh komuniti tempatan mengakibatkan pantai peranginan sepanjang kira-kira 500 meter yang menjadi tumpuan pelancong dan kebanggaan nelayan pantai itu kini berhadapan ancaman hakisan.

Sehubungan itu, pembinaan benteng penahan ombak dilihat satu cara bagi menangani krisis alam yang boleh melenyapkan keindahan pantai.

Ternyata, harapan penduduk mendapatkan reaksi positif daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika lawatan kerjanya ke sini kelmarin memberi petanda baik selepas pemimpin nombor satu negeri itu mengumumkan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan pantai yang kian meruncing itu.

Menyentuh persoalan terbabit, Ahmad berkata, sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan untuk membina benteng pena-han ombak yang bersambung dengan benteng sedia ada.

"Kerajaan Negeri bersetuju membina tiga lagi benteng yang disambung pada benteng sedia ada sementara menunggu permohonan dibuat kepada Kerajaan Pusat untuk membina benteng pemecah ombak yang menelan belanja sebanyak RM150 juta.

"Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bertindak menyelia kerja pembinaan benteng itu dan kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya.

Pantai itu menyimpan kisah Sura Jetty yang pernah memartabatkan kegemila-ngan Dungun sehingga melakar peta dunia melalui perlombongan bijih besi.

Sinar Harian/-

Terjun laut bot terbakar

Posted: 13 Mar 2011 08:20 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NORIZAN dikejarkan anggota keselamatan ke Hospital Besut untuk menerima rawatan, semalam.

40 penumpang panik lihat api marak di bahagian enjin

KUALA BESUT: Seramai 40 pelancong termasuk tiga warga Britain menempuh detik cemas apabila bot yang mereka naiki dari jeti Kuala Besut terbakar ketika dalam perjalanan menuju pusat peranginan terkenal, Pulau Perhentian, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, bot berkenaan mengalami kebakaran kecil pada bahagian enjin, sebelum pemandu bot dimaklumkan penumpang dan membaiki kerosakan sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimanapun, 30 minit kemudian api mula marak menyebabkan pemandu bot meminta semua penumpang tidak panik dan turun ke laut menggunakan tali sebelum mereka diselamatkan tiga bot lain yang datang lima minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Kamaruddin Mohd Zakaria, ketika dihubungi berkata seorang penumpang, Norizan Atan, 38, melecur di kedua-dua belah pergelangan tangan, manakala seorang lagi penumpang, Jaafar Aman, 38, cedera di tangan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan.

Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah, berkata pihaknya membantu menempatkan mangsa di beberapa lokasi penempatan sementara di daerah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menyalurkan bantuan termasuk pakaian dan selimut.

Seorang penumpang yang mengetuai rombongan dari Melaka, Mat Ramlan Mat Adi, 43, berkata mereka bernasib baik kerana ombak tidak kuat dan cuaca baik ketika mereka berlepas dari jeti Kuala Besut.

Seorang lagi mangsa, Arman Arshad, 34, berkata kejadian itu pengalaman menggerunkan apabila melihat api menyala di bahagian enjin ketika berada di tengah Laut Cina Selatan.

"Tindakan pantas pemandu bot mengawal penumpang supaya tidak panik menyebabkan proses menyelamatkan diri lancar, saya sendiri membantu menyelamatkan isteri dan anak dengan tali dan bergayut pada jaket keselamatan yang dipakai sebaik menaiki bot," katanya ketika ditemui di Hospital Besut.

Oleh Mohammad Ishak
Berita Harian/-

Rumah Adun Teja dipecah masuk

Posted: 13 Mar 2011 08:11 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

GOPENG, 14 Mac: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang dipecah masuk dipercayai antara tengah malam hingga awal pagi ini, dengan beberapa laci digeledah.

Mengikut paparan twitter pemimpin PKR itu, bilik stor dan dapur rumahnya turut diselongkar, lapor Keadilan Daily.

(Gambar: Lih Kang memberi keterangan kepada polis.)

"Bilik stor pun kena selongkar, apa sebenarnya mereka (pencuri) mahu?" tulisnya dalam bahasa Inggeris.

"Dapur juga. Cari makankah?" sindir beliau.

Beliau melalui twitter itu, dengan mengambil kira kejadian itu mengkritik statistik jenayah menurun.

Laporan polis sudah dibuat dan polis sudah mengambil keterangan beliau berdasarkan gambar yang dipaut pada twitternya.

Maklumat terperinci berkaitan kejadian belum diketahui, setakat ini.

Lih Kang menjadi Adun Teja selepas mengalahkan calon Barisan Nasional, Yeu Sau Kham dengan majoriti sebanyak 175 undi, pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Beliau memperolehi 6,533 undi berbanding lawannya 6,358 undi.

Harakahdaily/-

Kes Anwar: Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan Kepada Media

Posted: 13 Mar 2011 08:00 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.

Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.

Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.

Tv Selangor/-

Rakyat kita di Jepun selamat

Posted: 13 Mar 2011 07:30 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Jepun, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di negara itu, Jumaat lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata laporan terkini yang diterima Wisma Putra juga menunjukkan semua rakyat Malaysia sudah dipindahkan ke kawasan selamat seperti ditetapkan pihak berkuasa Jepun.

Katanya, sehingga jam 1.30 tengah hari waktu Malaysia semalam, seramai 544 rakyat Malaysia di Jepun yang berada di beberapa kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami juga berjaya dihubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo.

"Bilangan itu membabitkan mereka yang berada di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami termasuk di Miyagi, Fukushima, Iwate, Tochigi, Ibaraki, Chiba dan Saitima yang terletak di timur laut Jepun.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan mengambil tindakan susulan sewajarnya dengan menghubungi semua rakyat Malaysia di negara itu dan ia dilakukan sebaik berlaku gempa bumi Jumaat lalu.

"Kerajaan juga belum bercadang membawa pulang rakyat Malaysia di Jepun," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Berdasarkan rekod Kedutaan Malaysia di Tokyo, seramai 5,009 rakyat Malaysia berdaftar di Jepun termasuk pelajar.

Beliau berkata, Kerajaan Jepun juga berterima kasih dengan komitmen Malaysia untuk menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu mencari serta menyelamat mangsa bencana.

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Jepun mengesahkan setakat ini mereka tidak memerlukan pertolongan tambahan untuk mencari dan menyelamat mangsa bencana.

Mengulas keadaan di Yaman, Anifah berkata, kerajaan mungkin membawa balik 443 rakyat Malaysia di negara itu berikutan situasi semakin kritikal khususnya di Sana'a.

"Kementerian sudah bermesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara bersama Wisma Putra petang semalam, dan kita mendapati usaha membawa pulang perlu.

"Kita sudah menghantar nota kepada Perdana Menteri selepas mesyuarat dan keputusan akan dibuat selepas berhubung dengan Perdana Menteri," katanya.

Berita Harian/-

Tragedi bagaikan mimpi

Posted: 13 Mar 2011 07:00 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SENDAI - Rata-rata rakyat Jepun masih tidak percaya dengan tahap kemusnahan yang dibawa oleh bencana terburuk di negara itu dalam tempoh 140 tahun.

Dengan kapal terbang kelihatan terperangkap di celah runtuhan rumah dan pegawai kerajaan memakai topeng muka untuk memeriksa penduduk yang dikhuatiri terdedah kepada sinaran radiasi, kesan gempa dan tsunami yang berlaku Jumaat lalu dilihat amat luar biasa.

"Adakah ini mimpi? Saya rasa seperti saya berada dalam sebuah filem," kata seorang penduduk, Ichiro Sakamoto, 50.

"Setiap kali saya duduk sendirian, saya perlu mencubit pipi sendiri untuk memeriksa sama ada ini benar-benar berlaku," katanya.

Di Sendai, sebuah bandar pelabuhan dengan populasi seramai sejuta orang, penduduk dan penyelamat bertungkus lumus mencari barang peribadi dan orang tersayang di sebalik runtuhan bangunan.

"Memang tsunami kecil pernah berlaku sebelum ini tetapi tiada siapa sangka ia akan menjadi seburuk ini," kata Michiko Yamada, 75, dari wilayah Iwate.

Sinar Harian/-

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

Posted: 13 Mar 2011 06:30 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.

M enteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.

Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.

Sinar Harian/-

Rakaman Tazkirah ADUN Titi Serong : Dataran MPKB 11 Mac 2011.

Posted: 13 Mar 2011 06:29 PM PDT

08 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -http://www.ustream.tv/recorded/13235856/






Harga saham pembuat kereta Jepun menjunam

Posted: 13 Mar 2011 06:00 PM PDT

09 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Harga saham di kalangan pembuat kenderaan Jepun menjunam lebih 10 peratus pada pembukaan sesi pagi hari ini selepas pelabur memberi reaksi berikutan penutupan kilang pembuatan ekoran gempa bumi terkuat dalam sejarah negara itu, Jumaat lalu.

Saham pembuat kereta terbesar dunia, Toyota menurun 10.43 peratus kepada 3,220.
Pesaingnya, Nissan turut merosot 10.77 peratus kepada 712 yen dan Honda menurun 7.70 peratus kepada 3,055 yen.

Berita Harian/-

Peghelih La...

Posted: 14 Mar 2011 12:32 AM PDT

Peghelih La...


Sekitar Majlis Perkahwinan Perdana sempena Perasmian Kompleks PAS Perlis

Posted: 13 Mar 2011 01:05 AM PST





PAS TELUK INTAN

Posted: 14 Mar 2011 12:31 AM PDT

PAS TELUK INTAN


KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 13 Mar 2011 06:07 PM PDT

KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT



-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba

-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

beza pas berkerjasama dengan golongan bukan islam

Posted: 13 Mar 2011 05:32 PM PDT

PERBEZAAN KERJASAMA PAS DENGAN PR DAN KERJASAMA UMNO DENGAN BN


PERBEZAAN KERJASAMA PAS DAN UMNO


1) kerjasama pas dengan bukan islam ialah "tahluf siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang di bawa oleh pas.


manakala umno dalam bn "wala" atau lebih dikenali bersifat patuh atau mengikut kehendak rakan sehingga menggadaikan islam


2) Pas sebagai parti yang berdasarkan islam, rujukannya pula ialah al-quran, sunnah, ijma dan qias. pas tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumus ke dalam neraka semata-mata untuk mendapatkan kuasa jika kuasa menjadi perhitungan pas! Pas akan menerima pelawaan umno dan berkerjasama dengan bn iaitu sama-sama menjana program-program maksiat dan melakukan kemungkaran, menjalankan rasuah yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.


3) Pas tidak menggadaikan prinsip islam dan memusnahkan islam di negara ini, contoh: tiada masjid atau surau yang di tutup mahupun di roboh di zaman pas bersama pr!

sebaliknya umno yang berkerjasama dengan mca, mic, gerakan dalam bn telah bertindak biadap terhadap agama, banyak masjid dan surau di tutup malah ada yang di roboh antaranya masjid bujal kemaman, surau kg berembang, surau puchong perdana dan surau seksyen 8 shah alam yang di tutup 2 minggu sebelum bulan puasa 2007.


4) tahaluf siasi membolehkan pas melakukan dakwah lebih cergas contoh: masjid dan surau di meriahkan dengan majlis ilmu dan program2 yang dakwah.

manakala umno berkerjasama dengan bukan islam telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ajk masjid yang bukan ahlinya atau yang layakakhirnya masjid dan surau mati sebelum manusia mati.


5) kerjasama pas dan pakatan rakyat menentang undang-undang zalim seperti Isa, Auku, Osa dan akta mesin cetak yang zalim malah tidak adil.

sedangkan umno bersama rakan menyokong akta yang zalim walaupun ia bertentangan islam malah umno dan bn bukan sahaja menyokong malah melaksanakannya.


6) pas dan pakatan bersama untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah manakala umno dan bn telah mengkhianati khazanah negara sehingga di katakan oleh datuk idris jala menteri di jabatan perdana menteri negara akan muflis pada tahun 2019(8 tahun dari sekarang)


7) kerjasama pas dan pr telah menjinakkan orang bukan islam untuk memahami islam dengan lebih dekat

manakala umno dan bn telah meliarkan orang bukan islam dengan pelbagai tuduhan terhadap islam


8) kerjasama pas dan pr yang menentang kezaliman terhadap negeri-negeri yang di lakukan terhadap rakyat khusunya melayu islam

manakala umno/bn berkerjasama adalah untuk menindas rakyat dan bangsa sendiri.


9) pas dan pr berkerjasama untuk mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang melayu islam sedangkan umno dan bn menurangkan kerusi yang di pertandingkan dan layak di pertandingkan melayu/islam

umno menakutkan rakyat dan dakwaan kerusi parlimen orang melayu akan terhakis jika calon bn tumbang kepada pr walaupun hakikatnya apabila pr bertanding kerusi melayu bertambah di parlimen contohnya parlimen kota raja dr.siti mariah mahmud menewaskan s. vigneswaran a/l msanase(mic) tan sri khalid ibrahim menewaskan datuk tan chai ho(mca) dan banyak lagi...

manakala umno memberikan kerusi kepada bukan islamwalaupun mejoriti tempat itu melebihi 70% islam/melayu contohnya parlimen grik datuk tan lian hoe menewaskan haji mohd nor abd rahman dan bersama 17 kerusi lagi antaranya lumut, tanjong malim, cameron highland, raub, hulu selangor, alor gajah, air hitam, simpang renggam, teberau, putatan, beluran, batu sapi, tawau dan beberapa lagi...

semoga semua ini menjawab keraguan yang telah di tipu oleh umno

Salam Perjuangan

Posted: 14 Mar 2011 12:06 AM PDT

Salam Perjuangan


PAS TETAP HARAMKAN JUDI

Posted: 13 Mar 2011 08:43 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 13 Mar 2011 07:43 PM PDT

Rembau Hari Ini


Disamun enam jahanam

Posted: 13 Mar 2011 04:01 AM PDT


Sinar Harian 12 Mac 2011

REMBAU - Tiga Orang Asli di sebuah kebun pisang dekat Kampung Legung Jaya, Kota, di sini menghadapi detik mencemaskan apabila didatangi enam lelaki bersenjatakan parang ketika sedang tidur nyenyak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ketiga-tiga mangsa cedera di kepala dan muka, manakala seorang daripadanya hampir putus jari kanannya akibat dilibas dengan parang.

Lebih menyedihkan, ketiga-tiga mereka terpaksa menapak dengan keadaan berlumuran darah sejauh kira-kira dua kilometer untuk pergi ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa, Wira a/l Cantik, 23, berkata, semasa kejadian, mereka bertiga terkejut apabila melihat sekumpulan penjenayah yang menutup muka dengan kain sudah masuk ke dalam rumah mereka, sambil mengacukan parang ke leher.

Menurutnya, dalam ketakutan, ketiga-tiga mereka bagaimanapun tidak berani melawan, sebaliknya merayu agar tidak dicederakan.

Namun, katanya, tangisan dan jeritan mereka tidak diendahkan, sebaliknya kumpulan penjenayah itu bertindak mencederakan semua mangsa.

"Mereka bukan sahaja merampas telefon bimbit dan duit RM800 simpanan kami. Tapi lebih kejam mereka mencederakan kami bertiga sebelum melarikan diri.

"Dalam keadaan sakit dan berlumuran darah, kami bertiga berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Wira berkata, sebaik saja sampai di jalan besar, dia terus mendapatkan pondok telefon dan menghubungi majikannya, sebelum majikan bergegas ke tempat kejadian untuk menghantar mangsa ke Hospital Tampin.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia dan seorang mangsa yang merupakan sepupunya dikenali sebagai Is, 16, menerima enam jahitan di kepala selain cedera di bahagian tepi mata.

Manakala, katanya, seorang lagi mangsa yang merupakan saudaranya berusia 24 tahun pula terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana jari kanannya hampir putus.

"Sehingga kini saya masih trauma dan takut untuk bekerja semula di sana. Sebab itu kami bertiga bercadang untuk pulang ke kampung halaman di Kuantan, Pahang sebaik sahaja saudaranya keluar dari hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan kejadian.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya sedang menyiasat dan belum ada sebarang tangkapan.

"Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari keenam suspek seperti yang didakwa mangsa. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 iaitu samun bersenjata," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8858663.asp

Mual kolam penuh sisa sampah

Posted: 13 Mar 2011 03:59 AM PDT


Sinar Harian 13 Mac 2011

AMPANGAN – Entah dimana silapnya, sejak beberapa bulan lalu kolam takungan hujan di Taman Matahari Height, dekat sini dibiarkan tidak terurus begitu saja sehingga dipenuhi dengan sisa sampah sarap.

Kesannya, bau sisa sampah merebak sehingga menyebabkan penduduk di taman perumahan itu mual.

Penduduk, Razali Saidi berkata, sebelum ini kolam berkenaan sentiasa dibersihkan secara berkala oleh pihak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya, sejak empat bulan lalu, ia dibiarkan kotor dengan dipenuhi pelbagai sisa sampah sarap meloyakan sehingga mengundang bau busuk meruncing, terutama waktu malam.

"Dulu memang ada orang yang bersihkan. Kalau tak silap saya, dua bulan sekali. Tapi sejak beberapa bulan ini, saya tengok kolam takungan ini dibiarkan kotor.

"Malah, keadaannya bertambah teruk apabila sampah sarap mula memenuhi kolam dan keadaannya memang menyakitkan mata. Kami juga sudah tidak tahan lagi apabila terpaksa hidu bau busuk, apatah lagi jika ia ditiup angin," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi berkenaan.

Razali berkata, disebabkan keadaan itu, ia turut mengundang masalah lain seperti pembiakan nyamuk Aedes menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan mereka.

Malah, katanya, baru-baru ini, seorang ahli keluarganya dijangkiti demam denggi.

"Sebab itu, tindakan segera perlu diambil dengan membersih kolam ini," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat sebuah tong besar menutup terowong saluran di situ, punca ia tersumbat.

"Kalau dibiarkan lama, saya percaya keadaannya memang kita nak tengok pun takut. Harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan," katanya.

Razali berkata, keadaan pemandangan taman perumahan itu juga turut terjejas disebabkan keadaan kolam takungan itu.

"Ini kawasan perumahan. Bila keadaan macam ini, memang memalukan terutamanya jika orang luar datang ke sini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8861212.asp

PAS LENGGONG

Posted: 13 Mar 2011 07:26 PM PDT

PAS LENGGONG


Ku Li calls Dr M a ‘political liar’

Posted: 13 Mar 2011 03:40 AM PDT


By Leslie Lau
Executive Editor

KUALA LUMPUR, March 11 — Tengku Razaleigh Hamzah said tonight that as Allah was his witness, he had never engaged in vote buying as alleged by Tun Dr Mahathir Mohamad in the latter's autobiography out earlier this week.

The veteran Umno leader also accused his old foe Dr Mahathir of engaging in "political lying" in his recollection of what transpired during the contentious 1987 party polls.

"I never steal. I never cheat," he said in Ipoh tonight when launching an unrelated book.

"Again, I am accused of bringing the party to court. I am also alleged to be involved in money politics during the 1987 party contest. I do not have that sort of money. I have no cronies. In fact, I am against money politics. As Allah is my witness, I have not done all those things. Yet I have always been returned every time I stood in Gua Musang."

Dr Mahathir had written in his book that Tengku Razaleigh would have become prime minister if he was more patient.

The former prime minister also accused the Team B faction led by the Kelantan prince of a dirty campaign to unseat him as president in the fractious Umno elections of 1987, resulting in the High Court declaring Umno illegal.

"Had Tengku Razaleigh been more patient, he would probably have taken Tun Musa (Hitam)'s place as deputy prime minister and eventually become prime minister," Dr Mahathir wrote in his book titled "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad".

Malaysia's longest-serving prime minister claimed in the book that Tengku Razaleigh's Team B had resorted to money politics in the campaign.

"We also heard that Team B spent about RM20 million on their campaign, with most of the money provided by Tengku Razaleigh himself," he wrote.

"Voting had to be halted halfway for members to attend Friday congregational prayers, but Team B supporters used the interval to campaign. They were seen following targeted delegates to their hotels, even into the toilet, and I was told that a lot of money changed hands," he said of the party polls that took place on April 24, 1987.

"They also circulated a photograph of me with a Chinese lady who they alleged was my Singaporean wife. In fact, she was the wife of an old university classmate, and the picture had been taken at their daughter's wedding," he added.

Responding tonight, Tengku Razaleigh also mocked Dr Mahathir's book, calling it comedic.

"Political lying comes through the media and sometimes by writing so-called books of memoirs. One book was recently launched under a pseudo title called 'Doctor in The House'.

"I say 'pseudo' because it is a copycat title of a famous British comedy film of the 1950s based on a novel by Richard Gordon. Perhaps it was deliberate, as it does reflect some comedianship, apart from political lying. The 'Doctor in The House' makes allegations against me which are not new," said Tengku Razaleigh.

In the aftermath of the 1987 Umno elections, Tengku Razaleigh was not willing to accept defeat and challenged the results in court on the grounds that 53 Umno branches were not properly registered.

High Court judge Tan Sri Harun Hashim eventually dismissed the suit but ruled that the existence of unregistered branches meant that Umno itself was an illegal party.

In 1988, Dr Mahathir registered a new party, Umno Baru, that exists up to now, although it is now simply known as Umno.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Mar 2011 04:28 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BUAT GEMPAQ JER !

Posted: 13 Mar 2011 09:43 AM PDT

Media arus perdana melaporkan bahawa Elizabeth Wong terbunuh. Terdetik di minda penulis bahawa satu lagi PRK ( dah tamat tempoh belum, PRU 2008, 8 Mac). Tapi rupa-rupanya bukan YB Elizabeth Wong yang terbunuh tetapi seseorang yang namanya sama dengan beliau.

Wanita tersebut ialah seorang guru yang maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit menggunakan paip pemadam api di situ.

"Namun, asap tebal masih lagi memenuhi ruang rumah berkenaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya.

72 KELUARGA LEGA PADA PAKATAN RAKYAT

Posted: 13 Mar 2011 03:34 AM PDT


72 keluarga Kampung Kemensah Hilir lega terima kunci rumah

HULU KELANG, 12 Mac – Seramai 72 keluarga di Kampung Kemensah Hilir kini boleh menarik nafas lega apabila projek perumahan Rumah Bandar Bukit Kemensah Indah siap sepenuhnya dan boleh didiami dalam masa terdekat.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah "Town House" yang diadakan pada Sabtu, dimana mereka daripada penempatan asal akhirnya menerima kunci kediaman masing-masing.

Projek perumahan yang merangkumi blok A, B, C dan D, masing-masing mempunyai keluasan 850 kaki persegi dan bernilai RM50, 000 setiap unit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad dalam ucapannya berkata, projek rumah bandar tersebut benar-benar memenuhi hasrat dan citarasa penduduk untuk memiliki penampatan yang diidamkan.

Iskandar menjelaskan, kerajaan Selangor akan terus berusaha mengurangkan bilangan setinggan di negeri itu untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan jaminan hak asasi rakyat bagi mendapatkan kediaman yang selesa.

"Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa serius dan mengambil berat hal ehwal kebajikan peneroka bandar Selangor terutama dari penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa, teratur dan mampu disewa serta dibeli termasuk kemudahan-kemudahan asas yang lain. Matlamatnya adalah supaya dapat memperbaiki taraf fidup rakyat dan bekas peneroka agar tidak memberi imej buruk kepada kerajaan negeri sejajar dengan kesempatan pembangunan negara," katanya.

Ujar Iskandar lagi, program tersebut dicetus bagi memperbaiki keadaan tempat tinggal peneroka bandar yang kebiasannya mengalami masalah kesesakan, tidak selesa dan tidak mempunyai kemudahan asas serta infrastruktur.

"Kejayaan terbesar negeri Selangor adalah apabila berjaya mengharamkan penggunaan Ordinan Darurat yang menjadi mimpi ngeri peneroka bandar dan penduduk Selangor yang sebelum ini telah meratah dan memupuskan banyak kawasan peneroka bandar. Projek perumahan yang telah bermula sejak tahun 2000 ini dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri untuk memajukan tanah tersebut dan menyediakan penempatan selesa serta lengkap dengan kemudahan tersusun serta terancang," katanya.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) dipertanggungjawabkan untuk menempatkan semula penduduk-penduduk asal Kampung Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

Pembangunan projek perumahan yang meliputi kawasan tanah seluas 15.6 ekar ini bakal dibangunkan dengan komponen-komponen lain secara berfasa, antaranya rumah teres, rumah kelab dan dewan.

Majlis penyerahan kunci kediaman tersebut diserahkan Iskandar Samad sambil disaksikan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Haji Ahmad Omar serta Pengerusi PMSB, Datuk Samad Maharuddin.

Sementara itu, wakil penduduk Kemensah Hilir, Abdul Rapar Ujud meluahkan rasa gembiranya apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak sekian lama.

"Saya berasa gembira kerana rumah dh siap sepenuhnya tetapi masih ada rumah yang belum mempunyai bekalan elektrik. Dijangka Isnin nanti bekalan elektrik akan lengkap sepenuhnya dan boleh didiami," katanya.

Bagi Mimah Tokiran, beliau juga turut mempunyai pendapat sama dan benar-benar menghargai keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan kebajikan serta keselesaan rakyat terpelihara.

"Makcik berasa gembira dan senang hati apabila menerima kunci ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga menyiapkan projek perumahan ini setelah lebih enam tahun menunggu," katanya.

Pasangan suami isteri, Azizah Abdul Hamid dan Basri Osman, masing-masing berasa teruja untuk mendiami kediaman baru yang telahpun siap sepenuhnya.

"Saya berasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak-pihak terlibat yang memantau projek perumahan ini. Jadi, saya amat berbangga dan berbesar hati mendapat rumah yang tidak jauh dari Kuala Lumpur.

"Ini sebagai satu hadiah buat kami kerana saya sudahpun bersara dan akan menetap di sini," katanya.

CABARAN HARUN YANG UMNO GERUN !

Posted: 12 Mar 2011 03:41 PM PST

Datuk Haron Din minta adakan PRK Kota Siputeh
Teman yakin PM dan Kerajaan BN memang jelas tidak akan berani menyahut cabaran ini dan memang benar tanpa menyahut cabaran ini menunjukkan kemenangan BN dalam PRK kebelakangan ini jelas menang cara belakang bukan dari kebangkitan dan kesedaran orang-orang Melayu. BN menang kerana mereka terus terbelakang bila UMNO/BN terus membelakangkan undang-undang dalam pilihanraya dengan menguasi media, SPR , Kementerian, Polis , ROS dan banyak lagi.

KANGAR 11 Mac – Pas percaya momentum sokongan rakyat belum beralih sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) kecuali Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan BN membuktikan kemampuan mempertahankan kerusi berkenaan.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, senario politik semasa khususnya kemenangan BN di beberapa PRK belum menggambarkan keadaan sebenar tahap sokongan rakyat memandangkan kawasan berkenaan merupakan kubu kuat BN.

Katanya, tetapi menerusi PRK DUN Kota Siputeh, momentum sokongan rakyat akan dapat dinilai sama ada ia kembali memihak BN atau sebaliknya.

"Saya minta SPR adakan PRK DUN Kota Siputeh dan jika ia diadakan, baru kita tahu sama ada momentum memihak kepada BN atau tidak walaupun terdengar cakap-cakap bahawa BN mendapat sokongan yang kuat pada masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks Pas Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang.

Haron berkata demikian ditanya tentang desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun ini berikutan momentum semasa menunjukkan rakyat telah mula beralih sokongan kepada BN.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah penggantungan sementara keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong hingga mengundang PRK diadakan.

Ini berikutan kegagalan ADUN kawasan tersebut, Datuk Abu Hassan Sarif hadir pada Sidang DUN Negeri Kedah pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Ditanya mengenai PRU-13, Haron berkata, beliau tidak mahu membuat telahan bilakah PRU-13 akan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tahun ini.

"Bola di kaki mereka (BN), tunggu masa hendak ditendang sahaja tetapi Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata beliau.

Bagaimanapun, ditanya apakah beliau akan menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding di mana-mana kerusi di Perlis pada PRU-13, Haron berkata, pimpinan parti telah merangka senarai calon dan semuanya bergantung kepada keputusan yang akan diambil nanti.

Dalam perkembangan lain, Haron selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Pas Negeri Perlis berkata, beliau dan ahli-ahli Pas merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang telah memberi kerjasama sehingga kompleks berharga RM1.3 juta itu dapat disiapkan sepenuhnya.

"Walaupun menunggu lama, bayangkan sejak pembelian tanah pada 1996, barulah kita dapat membina dan menyiapkan kompleks yang bukan sahaja bakal digunakan bagi pentadbiran parti malah sebagai pusat khidmat rakyat di negeri ini termasuk kegunaan sosial seperti majlis perkahwinan dan sebagainya," tambah beliau.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/03/datuk-haron-din-minta-adakan-prk-kota.html#ixzz1GQnfVQYn

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Mar 2011 04:24 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KUTU KHINZIR DESAK ANWAR SERAH DNA... WAKAKAKA

Posted: 12 Mar 2011 11:48 PM PST

awat la puak-puak beruk UMNgOk Alor Gajah dok kalut nak mintak DNA anwar... awat laki hangpa pun ade sample DNA lelaki 'Y' ke.... ???? Wakakakaka

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 13 Mar 2011 02:34 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Selangor mahu Umno Selangor,Yayasan Kelana Ehsan disiasat

Posted: 13 Mar 2011 12:48 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 13 Mar 2011 02:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ali Rustam kepanasan kerana isu banjir

Posted: 13 Mar 2011 06:31 AM PDT

MELAKA: Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-21, menyebabkan Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam 'kepanasan' apabila isu banjir dibangkitkan oleh wakil pembangkang bertalu-talu.

Isu banjir menjadi perbincangan utama pada persidangan kali ini dan daripada 99 soalan lisan yang dikemukakan, lapan soalan terpaksa dijawab serentak oleh Ketua Menteri di antaranya apa punca banjir, usaha Kerajaan Negeri menangani bencana tersebut dan jumlah peruntukan bagi menyelesaikan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Adun), Betty Chew Geok Cheng ketika mengemukakan soalan tambahan berkata mengapa banjir masih berlaku di kawasan bandar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan perubahan yang diharapkan masih tidak dirasakan rakyat.

Mohd Ali yang berang dengan soalan itu mengatakan bahawa Betty tidak merasai perubahan terhadap usaha dijalankan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah banjir disebabkan wakil rakyat itu tidak menetap di Melaka.

"Memanglah Yang Berhormat Adun Kota Laksamana tidak rasa perubahan di sini sebab Yang Berhormat tinggal di Penang, bersama suami (Lim Guan Eng)," katanya.

Mohd Ali berkata, banjir yang berlaku pada 31 Januari hingga 10 Februari lalu, antaranya berpunca daripada hujan lebat selama tiga hari berturut-turut dan pada masa yang sama air laut pasang menyebabkan air sungai tidak dapat mengalir ke laut.

Hampir RM2,892,858 telah dibelanjakan Kerajaan Negeri dan persekutuan sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2011 untuk membina projek-projek tebatan banjir, empangan dan menaik taraf saliran air, sungai dan parit malahan, Kerajaan Negeri bercadang membina dua lagi projek tebatan banjir tetapi masalah tersebut masih gagal diatasi.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011

RM7.78 juta dibelanjakan BN bagi PRK DUN Merlimau

Posted: 13 Mar 2011 06:23 AM PDT

MELAKA: Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka diberitahu hampir RM7.78 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai 160 projek di sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac lalu.

Projek tersebut adalah di bawah peruntukan Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Sosial (PIAS) dari 21 Januari sehingga 5 Mac lalu yang dibiayai Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Dato' Latiff Tamby Chik peruntukan itu termasuklah membiayai 81 projek penyelenggaraan serta menaik taraf jalan bernilai kira-kira RM3.86 juta.

"Ia termasuklah membina serta menaik taraf longkang (32 projek) bernilai RM1.58 juta, membina dan menyelenggarakan balai raya serta dewan (20 projek) bernilai kira-kira RM1.33 juta dan enam projek pembinaan jambatan bernilai RM250,000. Selain itu, RM388,000 turut disalurkan untuk membiayai 11 projek pembinaan dan penyelenggaraan masjid dan surau, selain RM355,000 lagi untuk lain-lain projek," katanya ketika menjawab soalan Adun Bandar Hilir (DAP), Tey Kok Kiew.

Tambahnya, kerajaan negeri sudah memohon 1,931 projek daripada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan di seluruh kawasan Dun di Melaka.

Tey Kok Kiew dalam soalan tambahannya mempersoalkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang melakukan kerja di kawasan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), sekali gus menunjukkan wujud salah guna kuasa tetapi dijawab Latiff ianya terjadi disebabkan MPJ tidak mempunyai kakitangan mencukupi.

HARAKAH 9 - 12 RABIULAKHIR 1432 / 14 - 17 MAC 2011

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 13 Mar 2011 02:11 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Macamla depa saja yang pandai!

Posted: 03 Mar 2011 07:33 AM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 13 Mar 2011 12:28 PM PDT

Batu Gajah Mari


Kelakar!!! Demonstrasi UMNO tak dapat sambutan!!

Posted: 12 Mar 2011 05:01 PM PST



Semalam, UMNO buat demonstrasi mendesak anwar menyerahkan DNA kepada pihak berkuasa.. dengar cerita, wanita besi Ummi Hafilda hadir ke program itu.. tapi. demonstrasi itu langsung tidak dapat sambutan.. hanya kuncu-kuncu mereka yang datang.. Kasihan..

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 13 Mar 2011 12:18 PM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Maher Zain Masuk Syurga, Sami Yusuf Ke Neraka

Posted: 12 Mar 2011 07:46 PM PST


Pintu kamar saya diketuk lewat petang kelmarin. Jarang pelajar menjengah saya senja-senja begini. Dua orang pelajar masuk. Saya berhenti menulis dan menatap wajah mereka.

"Bagaimana saya boleh tolong saudara berdua?"

Salah seorang sedikit tersipu-sipu tetapi memberanikan diri bertanya, "Dr minat Maher Zain?"

Saya tidak menjangkakan soalan ini sebetulnya. Saya berfikir sejenak kemudian menjawab, "Saya boleh layan lagu-lagunya."

Kemudian ada satu soalan yang diajukan lagi. "Is Maher Zain syiah Dr?"

Saya rasa macam mahu beri penampar dek soalan tersebut tetapi saya masih waras, saya pun menjawab, "I think he is Sunni. But does it really matter? (lihat sini)"

Seorang yang lain mencelah, "Saya sukalah dia Dr. Berbakat dan kacak."

Mata saya bundar. Sah-sah makan penampar budak ini.

"Dulu saya suka Sami Yusuf. Tapi sejak ada Maher Zain saya sudah beralih arah."

Pelajar yang bertanyakan saya apakah Maher Zain itu syiah tadi bertanya lagi soalan yang cetek. "Sami Yusuf, is he syiah Dr? He is Azerbaijani isnt he?"

Saya layankan juga soalan dangkal itu, "From what I know, Sami Yusuf is a British citizen. His parents are Azeris from Iran. If i am not mistaken he himself is a Tehrani by origin and birth. Yes, almost all Azeris are Shia. Sami Yusuf still keeps his Iranian citizenship along with his British citizenship. He also sings most songs in Farsi but since they are not sold in Arabic speaking countries so nobody knows about it. Sami Yusuf is syiah, but not Imamiyah. He is Sufi Syiah. Dah kenapa tanya soalan-soalan ini?"

Seorang pelajar bersuara, "Kami bertengkar tadi. Ada ustaz di tempat saya kata kalau dengar muzik Maher Zain okay. Sebab dia masuk syurga. Sami Yusuf tak bagus. Dia akan ke neraka."

Saya terkesima lama. Saya menarik nafas panjang. "Sami Yusuf and Maher Zain represent the new generation of hope and positive outlook on life in general. Sami Yusuf has given more money to Islamic charity than what most of us can earn in this whole life (lihat sini). Ask Allah if he's going to hell. I can't answer that. I am no one divine."


sumber faisal tehrani

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 13 Mar 2011 12:15 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Semalam Selawat, Hari Ini Lawan Perjuangan Nabi SAW

Posted: 12 Mar 2011 07:22 PM PST

maulidurrasul kemamanSemalam Khamis 10 Mac 2011 menyaksikan sambutan Maulidurrasul peringkat daerah Kemaman disertai pelbagai agensi kerajaan, NGO, pelajar dan perseorangan. Menurut portal rasmi kerajaan negeri Terengganu, 23 ribu menyertainya. Jalan utama bandar Cukai banyak yang ditutup dari kenderaan. Kenderaan dari Kuala Terengganu terpaksa melencong mencari jalan lain ke Kuantan. Hebatnya Nabi SAW sehingga puluh ribu berselawat ke atasnya dan kenderaan harus menghormatinya.
Dalam buku saya, Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, saya menakalkan perkataan al-Qusari yang menyebutkan berselawat adalah tahap Islam cintakan Nabi SAW. Tahap itupun berbeza-beza di antara seorang dengan yang lain. Tahap Islam cintakan Nabi SAW oleh para Sahabat sangat jauh hebatnya dari perarakan dan selawat yang dibuat oleh kebanyakan umat Islam kini. Masih ada 2 tahap cintakan Nabi: tahap Iman dan Ihsan. Kita katakan bahawa menyambut maulidurrasul itu dan berselawat itu syiar yang baik. Namun Islam bukan hanya syiar. Islam mesti dihayati sepenuhnya dalam seluruh aspek kehidupan.
Dalam kalangan mereka yang berarak itu, tidak mustahil ada yang suka minum arak. Dalam kalangan yang berselawat itu, tidak mustahil ada yang suka berkhalwat. Dalam kalangan mereka yang berbaju Melayu lengkap itu, ada yang mengagungkan bangsa Melayunya mengatasi Islamnya. Dalam kalangan mereka yang memuji Nabi itu, tidak mustahil mereka jugalah yang menentang perjuangan Nabi.
Nabi memperjuangkan tegaknya Islam. Dari diri, keluarga, msyarakat dan negara. Dari aspek masuk tandas hingga masuk Parlimen. Dari wajibnya ibadah hingga haramnya rasuah. Dari halalnya bekerja sendiri hingga haramnya judi. Dari mengucapkan Assalamualaikum hingga menegakkan hukum.
Justeru, ingat-ingatlah wahai mereka yang menyambut perarakan Maulidurrasul itu, jangan sampai selawat kamu terhadap Baginda SAW memakan diri kamu sendiri, lalu Nabi SAW tidak mengaku umat pada hari Akhirat nanti akibat tidak menghayati dan menegakkan Islam sebagaimana yang pernah ditegakkan oleh orang yang diselawatkan itu.

 http://www.niknasri.com/?p=6714#more-6714

Himpunan kebangkitan rakyat pas ganti umno

Posted: 12 Mar 2011 03:19 PM PST

Angin perubahan bergerak ke Utara setelah berjaya di Selatan
KUALA TERENGGANU
- 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, ia adalah antara usaha PAS yang berhasrat untuk kembali memerintah negeri Terengganu sejak ia dirampas oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004.

Dato' Ustaz Harun Taib berkata, bagi tujuan itu, PAS Terengganu terus berusaha dan merancang serta melaksanakan pelbagai program untuk menawan hati rakyat.

''Kita berhasrat dan memang berniat untuk merampas semula negeri Terengganu, jadi beberapa perancangan dan program yang telah dan sedang dijalankan sejak tahun 2004 hingga 2008 , dan 2008 hingga sekarang,

"jadi oleh itu kita memikirkan sesuatu yang boleh menggerak dan menggempur (menawan) hati pengundi, kita nampak mengikut program PAS Pusat ada satu program yang amat menarik iaitu "PAS Ganti Umno","katanya pada sidang media selepas mesyuarat politik di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu, Khamis 10 Mac.

Menurutnya, kejayaan Himpunan PGU kali pertama menyebabkan Umno 'tergamam' dan tidak dapat berkata-kata apabila melihat kekuatan rakyat yang begitu ramai berhimpun menyokong PAS.

"Setelah kita buat ini (PGU Kali Pertama) kita gempur Umno untuk kita lihat reaksi dia, tetapi dia senyap (tergamam) tidak (dapat) berkata apa-apa, tak ada jawapan dari Umno, sebab itu kita kena buat ke sempadan Kelantan, kita rasa disini kita boleh gempur (Umno) sekali lagi,"katanya

Justeru, katanya, PAS akan melengkapkan pusingan membawa kebangkitan rakyat ke seluruh negeri Terengganu dengan menamatkan program PGU sebelum pilihanraya umum yang ke 13.

"Saya lihat ada kebenaran (tentang kebangkitan rakyat) dalam keadaan politik negara yang tidak menentu, (dulu di Selatan) kita akan buat di Utara termasuk Besut dan Setiu, kita bercita-cita untuk buat (Himpunan PGU) diperingkat Tengah pula, sebagai penyudah atau penamat yang mungkin akan sampai kepada garis (tarikh) pilihanraya (umum) yang akan datang,"tegasnya

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Dato' Ustaz Abu bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut serta Setiausaha Perhubungan PAS, haji Yahaya Ali

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan

Posted: 13 Mar 2011 12:03 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan


Posted: 12 Mar 2011 09:20 PM PST

PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng
Muhayat Jasmin

KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.

"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.

Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.

"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.

"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.

Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.

Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit.

Lajnah Penerangan & Dakwah DMPKS 2010/11

TAWAN HATI DENGAN AKHLAK TERPUJI RASULULLAH S.A.W

Posted: 12 Mar 2011 08:48 PM PST

Keunggulan Rasulullah s.a.w bersifat sempurna dan menyeluruh. Tetapi yang paling dipuji Allah antara segala keunggulan itu ialah akhlak Baginda s.a.w yang tinggi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi." Dengan ketinggian akhlak itulah Rasulullah menyeru kepada islam. Lidahnya menuturkan ajaran Al-Quran secra lisan, peribadinya menterjemahkannya dalam tindakan. Inilah rahsiah kejayaan Rasulullah s.a.w dalam dakwah dan perjuangannya.
Masalah keruntuhan moral manusia di ketika ini seperti kita kembali kepada zaman Jahiliah walaupun sudah mengaku semakin maju dengan teknologi canggih. Samada kita sedari atau tidak, cuba perhatikan alam sekeliling, di muka depan akhbar setiap hari pembunuhan, rompakan, pergaduhan, fitnah menfitnah, rogol adik dan anak, buang bayi, mabuk kerana arak dan dadah, tidak percaya Tuhan, menyembah aliran muzik, perkauman dan sebagainya.Puncanya hanya satu kerana kita tidak mengamal, tidak menghayati Al-Quran,lupa ajaran yang di bawa oleh Nabi yang kita cintai Muhammad SAW. Terbukti, bukan hanya umat Islam saja yg menganggap bahawa Nabi Muhammad SAW tidak hanya sebagai pesuruh (Allah SWT).. dan sebagai penunjuk tauladan kepada seluruh umat manusia..tapi umat bukan Islam bahkan banyak tokoh dunia mengakui akan kualiti kepemimpinannya baik agama maupun dunia…tak lekang oleh zaman…pesannya bersifat universal melampaui suku, bangsa & negara dan umatnya semakin hari semakin bertambah.
Mari kita singkap sejarah Rasulullah s.a.w, lihat betapa akhlak mulia Baginda s.a.w yang selayaknya di teladani dan dijadikan idola, Baginda s.a.w hanya tersenyum apabila seorang Arab badwi menarikkain serban di lehernya sehingga berbekas. Kepada Da'thur yang tiga kali gagal dalam percubaan membunuhnya, Baginda hanya memaafkan. Begitu juga pada Suraqah yang tersungkur ketika cuba menghalang perjalanan hijrahnya.
Akhlak terpuji mampu menawan hati. Bayangkan betapa Baginda sanggup berhenti dan bertanya kepada seorang budak lelaki yang menangis di tepi jalan pada suatu pagi Hari Raya. Baginda s.a.w bertanya: "Mengapa engkau menangis?" Anak itu menjawab. "Ayah saya telah syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Saya tiada baju baru dan tiada apa pun persediaan untuk berhari raya."… Lalu, Rasulullah s.a.w mengalirkan airmata. Baginda berkata: "Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah menjadi ibumu?" Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah s.a.w yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang anak itu ke rumahnya, dimandikan, dipakaikan dengan baju baru baju raya dan dijamu makan. Gembiranya hati Rasulullah s.a.w apabila melihat anak tersebut hatinya riang gembira...
Hebatnya keperibadian Baginda s.a.w, tak lekang oleh zaman, pesannya bersifat universal sesuai untuk semua kaun, bangsa, etnik dan agama. Sememangnya dan selayaknya Baginda s.a.w dijadikan IDOLA kita.

Pemuda Guchil

Posted: 13 Mar 2011 10:30 AM PDT

Pemuda Guchil


Malaysia: Apa kata orang lain

Posted: 13 Mar 2011 05:42 AM PDT

Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan?kakakah

Posted: 13 Mar 2011 05:41 AM PDT

Elok benar Akademi Fantasi ditamatkan!

Posted: 13 Mar 2011 05:40 AM PDT

RM888 Billion lesap.. Najib buat pekak..

Posted: 13 Mar 2011 04:37 AM PDT

Bini Najib Banyak Wujudkan Masalah

Posted: 13 Mar 2011 04:36 AM PDT

Pantun untuk rakyat Malaysia

Posted: 13 Mar 2011 04:22 AM PDT

Semua orang tidak ada jasa kecuali Dr Mahathir.

Posted: 13 Mar 2011 03:48 AM PDT

Muktamar Bukan Pasar Borong

Posted: 13 Mar 2011 03:47 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 13 Mar 2011 10:04 AM PDT

KHIDMAT MERU


PROGRAM JALINAN ADAT, BUDAYA DAN WARISAN

Posted: 13 Mar 2011 07:59 AM PDT












Satu Program Jalinan Adat, Budaya dan Warisan Negeri Selangor peringkat Daerah Klang telah di adakan di Dewan Serbaguna Kampung Bukit Kapar.

Pengerusi program tersebut, Tuan Hj Shamsudin Mon, Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang dengan kerjasama Puan Hajjah Azlinda binti Azman selaku Ketua Pegawai Eksekutif PADAT telah berjaya menggerakkan program tersebut yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dari
masyarakat setempat dan dari luar.

YB Dato Dr Hassan bin Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor dan sifat nya sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah hadir sebagai perasmi program dan turut sama meninjau setiap pameran dan pertandingan yang di adakan dan sempat menaikkan layang-layang serta memangkah gasing di gelanggang gasing yang di sediakan.

YB Dr Rani merasmikan majlis penutupan program tersebut di sebelah petangnya dan menyampaikan hadiah-hadiah yang di sediakan kepada pemenang-pemenang berbagai kategori permainan dan pertandingan yang di anjurkan.

VIRUS MOKO MENYERANG PISANG DI MERU

Posted: 12 Mar 2011 10:41 PM PST






Kebanyakan pengusaha pisang di Dun Meru mengalami kerugian akibat diserang virus baru yang dikenali MOKO (Penyakit melayukan dahan dan pokok). Virus ini menyerang dengan pantas setelah pisang mula jantung dan berbuah, mulanya kuning di dahan dan layu/kering dan mati tidak lama kemudian. Petani mendakwa sebelum ini tiada penyakit seperti ini, MOKO memberikan kerugian kepada pengusaha komersial. Pihak PKM menerima banyak aduan mengenai hal ini dan akan diperbincangkan ke Pejabat Pertanian Daerah Klang akan datang.

PTRS BANYAK MANAFAATNYA

Posted: 12 Mar 2011 10:15 PM PST








Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM yang dianjurkan oleh Exco Pendidikan telah memberi manafaat kepada calon SPM 2011. Pelajar yang yang berjaya terpilih di Dun Meru menyuarakan kesyukuran kerana mereka yakin tuisyen ini memberikan semangat baru dan halatuju yang berkesan untuk mereka berjaya diperingkat SPM nanti. Seramai 100 pelajar di 4 buah sekolah menengah amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memberi peluang yang baik ini. PTRS Di Dun Meru,selain tuisyen percuma , 4 kelas dan seramai 9 guru terlatih disediakan dengan buku kerja percuma dan semua pelajar diberikan sajian tengahari dengan pelajar hanya membayar Rm 1 sahaja manakala kos selebihnya ditanggung oleh YB Dr Abd Rani bin Osman. KPMI yang bertugas sejak 2009 ialah Encik Baharom Basiron.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Mar 2011 10:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Disamun enam jahanam

Posted: 13 Mar 2011 04:02 AM PDT


Sinar Harian 12 Mac 2011

REMBAU - Tiga Orang Asli di sebuah kebun pisang dekat Kampung Legung Jaya, Kota, di sini menghadapi detik mencemaskan apabila didatangi enam lelaki bersenjatakan parang ketika sedang tidur nyenyak, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, ketiga-tiga mangsa cedera di kepala dan muka, manakala seorang daripadanya hampir putus jari kanannya akibat dilibas dengan parang.

Lebih menyedihkan, ketiga-tiga mereka terpaksa menapak dengan keadaan berlumuran darah sejauh kira-kira dua kilometer untuk pergi ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan.

Mangsa, Wira a/l Cantik, 23, berkata, semasa kejadian, mereka bertiga terkejut apabila melihat sekumpulan penjenayah yang menutup muka dengan kain sudah masuk ke dalam rumah mereka, sambil mengacukan parang ke leher.

Menurutnya, dalam ketakutan, ketiga-tiga mereka bagaimanapun tidak berani melawan, sebaliknya merayu agar tidak dicederakan.

Namun, katanya, tangisan dan jeritan mereka tidak diendahkan, sebaliknya kumpulan penjenayah itu bertindak mencederakan semua mangsa.

"Mereka bukan sahaja merampas telefon bimbit dan duit RM800 simpanan kami. Tapi lebih kejam mereka mencederakan kami bertiga sebelum melarikan diri.

"Dalam keadaan sakit dan berlumuran darah, kami bertiga berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk ke jalan besar bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Wira berkata, sebaik saja sampai di jalan besar, dia terus mendapatkan pondok telefon dan menghubungi majikannya, sebelum majikan bergegas ke tempat kejadian untuk menghantar mangsa ke Hospital Tampin.

Berikutan kejadian itu, katanya, dia dan seorang mangsa yang merupakan sepupunya dikenali sebagai Is, 16, menerima enam jahitan di kepala selain cedera di bahagian tepi mata.

Manakala, katanya, seorang lagi mangsa yang merupakan saudaranya berusia 24 tahun pula terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban kerana jari kanannya hampir putus.

"Sehingga kini saya masih trauma dan takut untuk bekerja semula di sana. Sebab itu kami bertiga bercadang untuk pulang ke kampung halaman di Kuantan, Pahang sebaik sahaja saudaranya keluar dari hospital," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan kejadian.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya sedang menyiasat dan belum ada sebarang tangkapan.

"Kami masih lagi melakukan siasatan termasuk menjalankan gerakan mencari keenam suspek seperti yang didakwa mangsa. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 iaitu samun bersenjata," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8858663.asp

Mual kolam penuh sisa sampah

Posted: 13 Mar 2011 03:53 AM PDT


Sinar Harian 13 Mac 2011

AMPANGAN – Entah dimana silapnya, sejak beberapa bulan lalu kolam takungan hujan di Taman Matahari Height, dekat sini dibiarkan tidak terurus begitu saja sehingga dipenuhi dengan sisa sampah sarap.

Kesannya, bau sisa sampah merebak sehingga menyebabkan penduduk di taman perumahan itu mual.

Penduduk, Razali Saidi berkata, sebelum ini kolam berkenaan sentiasa dibersihkan secara berkala oleh pihak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, katanya, sejak empat bulan lalu, ia dibiarkan kotor dengan dipenuhi pelbagai sisa sampah sarap meloyakan sehingga mengundang bau busuk meruncing, terutama waktu malam.

"Dulu memang ada orang yang bersihkan. Kalau tak silap saya, dua bulan sekali. Tapi sejak beberapa bulan ini, saya tengok kolam takungan ini dibiarkan kotor.

"Malah, keadaannya bertambah teruk apabila sampah sarap mula memenuhi kolam dan keadaannya memang menyakitkan mata. Kami juga sudah tidak tahan lagi apabila terpaksa hidu bau busuk, apatah lagi jika ia ditiup angin," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di lokasi berkenaan.

Razali berkata, disebabkan keadaan itu, ia turut mengundang masalah lain seperti pembiakan nyamuk Aedes menyebabkan penduduk mula bimbang dengan keselamatan mereka.

Malah, katanya, baru-baru ini, seorang ahli keluarganya dijangkiti demam denggi.

"Sebab itu, tindakan segera perlu diambil dengan membersih kolam ini," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat sebuah tong besar menutup terowong saluran di situ, punca ia tersumbat.

"Kalau dibiarkan lama, saya percaya keadaannya memang kita nak tengok pun takut. Harap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan," katanya.

Razali berkata, keadaan pemandangan taman perumahan itu juga turut terjejas disebabkan keadaan kolam takungan itu.

"Ini kawasan perumahan. Bila keadaan macam ini, memang memalukan terutamanya jika orang luar datang ke sini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8861212.asp

Kain rentang dibakar, Pakatan Rakyat akan menang di N.Sembilan

Posted: 12 Mar 2011 11:51 PM PST


Hari demi hari, apa saja aktiviti Pakatan Rakyat di N.Sembilan disabotaj dengan begitu teruk sekali. Sebelum ni kain rentang Makan Malam PAS Rembau yang digantung tak sampai sehari hilang. Hari Raya tahun 2010 kain-kain rentang ADUN Pakatan Rakyat dicabut oleh petugas Majlis Perbandaran Seremban. Semasa PRU 2008, kain rentang PKR dibakar depan Giant, Senawang. Kini DAP buat Makan Malam pun diBAKAR kain rentangnya. AYUH KITA PASTIKAN KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI N.SEMBILAN !

Banner Makan Malam Rembau kena CURI di
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/03/banner-makan-malam-rembau-kena-curi-jom.html

MPS turun kain rentang ADUN Pakatan di http://pasns.blogspot.com/2010/09/pbt-turun-kain-rentang.html

Sepanduk PKR dibakar depan Giant , Senawang di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/03/sepanduk-gambar-anwar-dibakar-di-rembau.html

Kain rentang DAP kena bakar
Sinar Harian 13 Mac 2011

SEREMBAN – Kain rentang hebahan Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-45 DAP yang digantung di depan khemah sebuah tapak lapang Fasa 8, Seremban Jaya, di sini menjadi mangsa khianat, pagi semalam.

Kain rentang untuk majlis yang berlangsung minggu depan itu didapati terbakar dipercayai dilakukan mereka tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengerusi DAP, P.Gunasekaran berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam.

"Apa yang menghairankan, sepanjang 10 hari kain rentang itu dipasang, tidak ada sebarang perbuatan khianat berlaku.

"Tetapi apa berlaku hari ini sesuatu yang mengejutkan kerana sebahagiannya sudah terbakar," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan parti itu.

Sementara itu, Ketua Wanita DAP, Wong May May berkata, sejak DAP negeri membuat pengumuman mengenai majlis makan malam berkenaan, mereka menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak.

"Namun, ia tetap diteruskan dan kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangat kita," katanya.

Majlis makan malam itu akan diadakan pada 18 Mac ini dijangka akan dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8861662.asp

i n t a n h i j a u

Posted: 13 Mar 2011 08:13 AM PDT

i n t a n h i j a u


(video) KEDAHSYATAN TSUNAMI DI JEPUN... ALLAHU AKBAR !

Posted: 12 Mar 2011 09:30 PM PST


PEMDUA BERTANGGUNGJAWAB GERAK PERUBAHAN RAKYAT

Posted: 12 Mar 2011 06:53 PM PST


ALOR SETAR, 13 Mac: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, pemuda mempunyai tanggungjawab dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat.

Beliau mengambil contoh golongan pemuda di Mesir yang berjaya menggerakkan kebangkitan rakyat sehingga menumbangkan Hosni Mubarak yang berkuasa lebih 30 tahun.

"Saya bukan nak suruh tuan-tuan tunjuk perasaan macam tu, tapi nak cerita tanggungjawab pemuda dalam menggerakkan perubahan terhadap rakyat," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana belia di Kedah masih di tahap terkawal yang dibuktikan dengan penurunan indeks jenayah dalam masa tiga tahun terakhir ini.

Beliau yang hadir merasmikan Majlis Belia Sejahtera yang diadakan sempena sambutan Kedah Sejahtera memaklumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk membina Kem Belia Sejahtera.

Ia, katanya bertujuan melahirkan belia yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat serta belia yang mengelakkan gejala tidak sihat.

Beliau mengumumkan demikian dalam perasmian Majlis Belia Sejahtera di Stadium Darul Aman petang semalam.

"Kita akan bina Kem Belia Sejahtera untuk semua kaum.

"Bila saya pimpin kerajaan (Kedah), saya mahu belia di beri perhatian istimewa, bukan sahaja soal bola sepak dan bina gelanggang badminton saja, tetapi soal membentuk belia bertanggungjawab," katanya.

Sambutan Kedah Sejahtera yang menggunakan tema 'Perkasakan Kedah Sejahtera' berlangsung selama 5 hari bermula 10 Mac hingga 14 Mac bertempat di Stadium Darul Aman.

Pelbagai acara diadakan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan budaya di Kedah serta program- program untuk remaja juga diadakan.

Setakat hari ketiga, Sambutan Kedah Sejahtera dikunjungi ramai.

KADAR RADIASI REAKTOR NUKLEAR MENIGKAT 1000X GANDA

Posted: 12 Mar 2011 07:18 AM PST

Pihak berkuasa Jepun sedang bertungkus lumus menggelakkan kerosakan di loji nuklear susulan kejadian gempa bumi, semalam sehingga menyebabkan tsunami.

Menurut AFP, sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9.

Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun.

NONEKegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.

Kadar radiasi meningkat kira-kira 1,000 kali berbanding paras normal di bilik kawalan reaktor No. 1 loji Fukushima Daichi, demikian menurut Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun.

Tanpa memberitahu kadar radiasi sebenar yang meresap keluar, agensi itu berkata, ia juga dikesan di bahagian luar menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan melibatkan kawasan lingkungan sejauh 10 kilometer.

Terdahulu sekitar 3,000 penduduk telah diminta meninggalkan rumah mereka.

Semalam, Tokyo Electric Power Co berkata suhu di reaktor No. 1 dan No. 2 di tapak tenaga nuklear Fukushima Daini meningkat dan ia sudah hilang kawalan ke atas tekanan pada reaktor-reaktor gunaan mereka.

NONEStesen Fukushima Daini adalah loji tenaga nuklear kedua beroperasi di kawasan Fukushima, timur laut Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami petang semalam.

Tepco berkata kira-kira pukul 2.46 petang semalam (waktu Jepun), tiga daripada enam reaktornya dihenti operasi ekoran gempa bumi.

Semuanya adalah reaktor air didih.

Kata Tepco, reaktor-reaktor ditutup ekoran kehilangan kuasa luar kerana kegagalan fungsi salah satu daripada dua sistem tenaga.

Kejadian itu membawa kepada penggunaan janakuasa diesel kecemasan bagi menyediakan kuasa sokongan kepada loji tersebut.

NONEBagaimanapun janakuasa diesel pula henti selepas sejam loji henti operasi, menyebabkan tiadanya kuasa bagi sistem pendinginan.

Loji tenaga nuklear memerlukan kuasa bagi motor, injap dan instrumen yang mengawal sistem, yang menyediakan air dingin kepada teras radioaktif.

Setiausaha Kabinet Yukio Edano berkata, "penduduk selamat selepas mereka dalam kawasan lingkungan tiga kilometer dipindah keluar dan mereka dalam kawasan lingkungan 10 kilometer pula diminta tinggal dalam rumah, jadi kami mahu penduduk bertenang.

- malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan