Oleh Hazlan Zakaria Sebagai seorang wartawan separa-veteran, amat jarang saya mengkagumi seorang politikus.  Benar, ramai yang saya hormat dan ada juga yang dipandang tinggi, namun  secara umum saya tidaklah terlalu ambil pusing tentang mereka.
Namun ada sebilangan kecil, dan khususnya seorang sosok yang telah  menegaskan kepercayaan saya terhadap mereka, golongan yang memerlukan  undi kita untuk dipilih mentadbir dan memimpin, kalau pun tidak  sebenar-benarnya berkhidmat kepada rakyat. 
Walaupun  belum sampai sedekad saya menjadi wartawan, hampir  sepanjang tempoh itu  telah didedikasikan untuk membuat liputan dan  laporan tentang politik  Malaysia. 
S

udah  banyak perkara yang saya  lihat dan alami. Saya menjadi penat dan  bosan, sudah terlalu biasa  dengan kekecewaan, ketidakjujuran, cakap  kosong dan buruk-memburuk  daripada watak-watak politik yang kita kenal.
Saya mungkin  menjadi mangsa kepada penyakit yang biasa  dihadapi mereka yang cukup  dekat untuk melihat sendiri  kesilapan-kesilapan kecil di tembok  kekuasaan, yang menjadikan  seseorang itu sebagai sinis yang pesimistik.
Namun ada seorang  insan di kalangan ramai dalam dunia politik yang  tegap berdiri di  tengah-tengah kancahnya, yang mengembalikan kepercayaan  saya terhadap  politikus, walau pun tidak semua. 
Insan itu  adalah Datuk Nik  Aziz Nik Mat, seorang daripada sebilangan tokoh yang  setakat ini gagal  memenuhi jangkaan sinikal saya tentang politikus.  Beliau adalah  Mursyidul Am PAS, bekas Menteri Besar Kelantan dan masih  sebagai Adun  Chempaka.
Seperti kata-kata editor saya, beliau adalah politikus Melayu yang sukar lagi untuk dilihat pada masa ini, benar-benar luar 

biasa dan tiada duanya.
Tidaklah sehingga mencetuskan sentimen "Politikus Melayu hebat terakhir", namun mungkin tidak terlalu jauh daripadanya.
Ada sesuatu dalam gayanya yang membawa kita ke zaman dahulu. Di saat   yang telah dilupakan dan malah mungkin sehigga saat sahabat Nabi   Muhammad SAW dan gambaran kepimpinan yang dicetuskan mereka.
Satu zaman… 
Di saat pemimpin tidak terlalu bongkak dan beromong kosong.  
Di saat pemimpin berkata-kata dengan lembut dan baik. 
Di saat pemimpin melangkaui permainan politik murahan yang biasa. 
Di saat hidup mereka bukan sahaja didedikasikan kepada rakyat terbanyak, tetapi memang dilihat begitu. 
Di saat politikus lain hidup jauh lebih selesa selepas mendaki tangga politik, Nik Aziz terus dengan gaya hidup sederhana.
Beliau bahagia di rumah kampung, walaupun ketika berjawatan besar dan  men

dapat kediaman rasmi. Memandu kereta lama, walaupun beliau boleh  mendapat kereta mewah hanya dengan menyatakannya.
Ketika  politikus lain memiliki gambar mereka yang penuh gaya di dalam  dan luar  negara, diiringi pengiring rasmi dan polis walaupun ketika  urusan  peribadi, Nik Aziz menjalani hidup dengan tawaduk. 
Gambar dirinya yang diambil rakyat dan dimuat naik di internet langsung   tidak menunjukkan gaya seorang politikus yang memegang kuasa.
Tiada gambarnya bercuti di pusat beli belah dan taman tema luar negara,   bermain golf dengan Presiden negara luar atau menganjurkan majlis mahal   di tempat yang juga mahal.
Yang ada hanya gambar beliau   bersolat, berehat atau pun tidur di masjid, atau berjalan kaki ke masjid   berhampiran rumahnya. Juga ketika membeli makanan dan minuman di  warung  tepi jalan, atau membacakan doa kepada bayi yang baru lahir  apabila  ibubapa datang berjumpa dengan beliau.
Gambar-gambar  yang ada  hanya menunjukkan seorang lelaki berumur yang hidup biasa,  kecuali  pakain rasminya ketika di pejabat. Malah, itu pun tidak cukup  gah  seperti yang sering dilihat.

Ketika mengundi sewaktu pilihan raya, beliau beratur menunggu giliran seperti orang lain.
Cukup banyak kisah tentang kehidupan dan gaya rendah dirinya di alam   maya, serta yang tersebar dari mulut ke mulut oleh mereka yang pernah   bertemu mata dengannya. 
Satu kisah yang menjadi viral berhubung   seorang individu yang berhadapan masalah apabila keretanya rosak di   Kelantan. Beliau kemudian dibantu seorang lelaki berumur yang memandu   kereta lama. Lelaki berumur itu menghubungi mekanik dan, menurut kisah  itu, turut meminjamkan keretanya.
Hanya selepas diberitahu  mekanik yang baru tiba, individu itu  mengetahui bahawa lelaki berumur  yang membantunya adalah Nik Aziz,  Menteri Besar negeri itu.
Walaupun ada kisah serupa melibatkan  politikus lain, serta gambar  mereka yang penuh rendah diri dan  berkhidmat kepada rakyat, saya sering  menemui unsur jenaka di dalamnya.
Namun dengan Nik Aziz, deria  jenaka saya tidak pernah terjentik, dan  mata saya yang mampu mengesan  helah politikus tidak mendapati apa-apa  niat tersembunyi.
Sememangnya gaya penuh teladan itu telah  menjadikannya seorang insan  yang sering dipandang tinggi bukan sahaja  oleh orang Islam, tetapi  rakyat Malaysia tan

pa mengira kaum dan agama.
Ada yang harus diperkatakan tentang bagaimana tingginya penghormatan   kepada beliau. Gelaran "Tok Guru"-nya – satu gelaran yang membawa   penghormatan yang tidak dimiliki ramai. 
Mungkin salah satu sebab   adalah cara hidupnya, tidak seperti kebanyakan politikus dan pemimpin   yang sering berkata-kata tentang perjuangan namun tidak menunjukkan   teladan yang baik kepada rakyat.
Jika saya tidak mencapai   apa-apa dalam kehidupan, saya hanya berharap mampu mengikut jejak   langkahnya untuk berpegang kepada prinsip saya, seperti mana beliau   berpegang kepada prinsipnya.
Terutama dalam kerjaya yang   memerlukan saya berhujah tentang baik dan buruk, benar dan salah pihak   lain. Memang mudah untuk memuntahkan retorik dengan penuh api namun pada   masa sama tidak jujur dan serius tentang apa yang dikatakan…atau   mengamalnya sendiri.
Kepada Tok Guru yang paling dihormati, saya   berdoa kepada Allah SWT agar beliau yang kini dalam keadaan lemah   kembali sembuh dengan segera. Malaysia perlukan Tok Guru, dan tidak akan   ada lagi tokoh seperti Nik Aziz Nik Mat. 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan