Apabila sesuatu dasar itu dikemukakan tanpa kajian menyeluruh dan persiapan rapi maka akan berulanglah fenomena flip flop yang sinonim dengan pentadbiran kerajaan BN.
Kenyataan Menteri Pendidikan Malaysia tentang PBS adalah contoh terbaik. Ia terbit ketika lawatan YAB Menteri Pendidikan ke sekolah di kawasan BANDAR setelah mendengar luahan hati para guru di SMK Presint 8(1) Putrajaya. Bayangkan masalah yang dihadapi guru-guru di sekolah di luar bandar yang bukan sedikit jumlahnya. Tidakkah Pak Menteri tahu hakikat ini.
Ramai guru yang mengeluh terpaksa menunggu sampai larut malam untuk memasukkan maklumat mengenai pelajar mereka ke sistem pangkalan data kerana tidak mempunyai talian internet yang mantap.
Andai dikira betapa banyak masa yang habis dibuang untuk mempastikan maklumat pencapaian pelajar dimasukkan pada hari belajar yang sama dalam sistem yang lemah, kesengsaraan yang dihadapi oleh guru, suami dan kesan kepada kehidupan keluarga si guru yang sepatutnya di jaga kebajikannya agar mampu menjadi MURABBI untuk membentuk pelajarnya supaya menjadi insan yang berguna di masa muka.
Saya harap Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengemukakan lagi dasar baru melainkan yang telah dipastikan pelan pelaksanaan dan diambilkira untung ruginya dari semua sudut. Janganlah menjadi para guru bahan kajian yang memburukkan lagi kelemahan sistem pendidikan sedia ada yang telah diakui semua pihak samada dalam negeri mahupun antarabangsa bahkan Menteri Pendidikan sendiri.
Cukuplah menggadaikan masa depan modal insan negara.
Libatkanlah semua 'stakeholders' yang mahu menjayakan proses pendidikan negara tanpa mengira ideologi politik mereka. Jangan menzalimi guru yang secara tidak langsung murid.
      Muhyiddin beramah mesra dengan guru selepas mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SMK Putrajaya Presint 8 (1) di Putrajaya, semalam.      Putrajaya: Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula secara  menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan pada  2012 berikutan pelbagai aduan daripada guru.
Timbalan Perdana  Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi membolehkan  Kementerian Pendidikan mengenal pasti rumusan melaksanakan PBS secara  lebih berkesan.        
Sebelum ini guru mengadu mengenai kesukaran memasukkan maklumat ke  dalam pangkalan data dan kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu  sehingga 1 April, tetapi proses PBS diteruskan.        
Kita akan teliti perkara ini dan adakan  mesyuarat selepas  ini. Kalau fikir perlu dan sesuai, kita tangguhkan seketika sehingga  sistem ini dilihat kemas serta boleh beroperasi secara lancar, kita akan  putuskan (kemudian).
Sejak memperkenalkan PBS, kita terima  pelbagai pandangan daripada guru yang meminta kerajaan teliti  semasak-masaknya kaedah terbabit, katanya pada sidang media semalam.
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan  perjumpaan lebih sejam dengan pengetua dan guru Sekolah Menengah  Kebangsaan (SMK) Presint 8(1) bagi mendengar sendiri masalah mereka  berkaitan pelaksanaan PBS.
PBS dilaksana berdasarkan empat  komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS),  Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta  Pentaksiran Psikometrik (PPsi).        
Dengar pandangan guruMuhyiddin berkata, sesi  itu bagi membolehkan beliau mengetahui lebih dekat pandangan guru,  selain cabaran yang mereka hadapi dari segi pelaksanaan di samping kesan  pelaksanaan terhadap pelajar serta penerimaan ibu bapa terhadap PBS.
Rumusannya,  kalau PBS hendak dilaksanakan, kita mesti pastikan segala yang  diperlukan, sama ada dari segi sistem infrastruktur, latihan dan perkara  lain benar-benar difahami dan dapat beroperasi secara cekap. 
Itulah sebabnya saya memutuskan kita tangguh sementara aspek memasukkan  maklumat berkaitan pelajar kerana sistem pelayan (server), selain  rangkaian perhubungan dan penggunaan alat merekodkan prestasi serta  pencapaian pelajar tak dapat dilaksana dengan baik.
Justeru,  ada keperluan untuk kita meneliti lebih lanjut. Saya minta pengalaman  SMK Presint 8 (1) dijadikan bahan kajian dan minta kerjasama pengetua,  selain guru untuk meneliti serta membentang lebih lanjut apa yang mereka  alami selama ini untuk diperhalusi oleh kementerian, katanya.                                   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan