|      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 07 Feb 2013 01:38 AM PST                  |      Menyamar anak Sultan Kedah       Posted: 07 Feb 2013 12:36 AM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
  JOHOR BAHRU – Gara-gara mendakwa dirinya putera kepada Sultan Kedah,  seorang pesawah padi didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas  13 pertuduhan memperdaya seorang pegawai bank tahun lalu. 
 
  Bagaimanapun, Mohd. Aszuraidi Abd. Aziz, 31, mengaku tidak bersalah  ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Azlan  Shah Mohd. Alias. 
 
  Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah memperdaya seorang pegawai  bank, Akbar Mohamad, 53, antara 8 Ogos hingga 27 November tahun lalu di  Taman Istimewa Pandan di sini dengan mengaku dirinya anak kepada Sultan  Kedah dan mempunyai banyak harta di bawah nama 'ayahandanya' itu. 
 
 Tertuduh yang berasal dari Alor Setar, Kedah mendakwa mahu membuat  urusan penukaran nama harta Sultan Kedah kepada namanya dan memerlukan  sejumlah wang untuk tujuan itu.  
 
  Dia kemudian berjumpa dengan mangsa dan melakukan penipuan hingga  mendorong pegawai bank berkenaan menyerahkan wang kepadanya secara  berperingkat-peringkat yang keseluruhannya berjumlah RM1,898. 
 
  Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.  Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara antara setahun hingga  10 tahun dan sebat serta sebatan bagi setiap pertuduhan.  Mohd. Azlan Shah Mohd. Alias kemudian memerintahkan tertuduh  diikat jamin sebanyak RM30,000. Bagaimanapun, tertuduh gagal membayar jaminan. 
 
  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali dan  Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes  akan disebut semula pada 6 Mac ini. 
 
 sinar/-  
 
     |        |      PKR: Pas lebih serlah jika bersama PR       Posted: 07 Feb 2013 12:22 AM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Setiausaha Agung  PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail                                   	SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  mendakwa Pas lebih menyerlah dan akan mendapat manfaat lebih besar  menerusi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya  Umum ke-13 (PRU13). 	 	Malah katanya, gesaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa  kelmarin supaya Pas keluar PR tidak berasas kerana sejarah politik  membuktikan parti itu mendapat kemenangan besar sekiranya bergerak dalam  satu kumpulan, bukannya bersendirian. 	 	"Saya menolak tanggapan bahawa dalam rekod Pas sebagai parti politik,  jauh lebih baik apabila berkawan dengan DAP dan PKR. Rekod Pas mendapat  sokongan tinggi apabila Pas berkawan dengan parti lain. 	 	"... kemenangan Pas lebih besar pada 1995 dan 1999 apabila berkawan  dengan Semangat 46. Apabila Pas berkawan dengan orang lain, dia menang  besar. Apabila berkawan dengan DAP pun, Pas menang besar," kata beliau  kepada Sinar Harian Online. 	 	Dalam pada itu, katanya, sejarah pilihan raya membuktikan Pas gagal  mempertahankan kemenangan besar 1999 pada tahun 2004 setelah Barisan  Alternatif berpecah, disebabkan isu negara Islam. 	 	Pada 2004 Terengganu tercicir dari tangan Pas tetapi Kelantan kekal. 	 	Bagaimanapun katanya, pada pilihan raya umum 2008, Pas mendapat kembali  sokongan rakyat dan menikmati kemenangan besar apabila bekerjasama  semula dengan PKR dan DAP. 	 	"Pada 2008, wujud persefahaman antara ketiga-tiga parti apabila tidak  bertanding di tiga penjuru, di mana ada Pas, PKR dan DAP tidak akan  bertanding di kerusi yang sama dan begitulah sebaliknya. 	 	"... hasilnya pada 2008 menyaksikan kita memperoleh 82 kerusi parlimen  iaitu Pas memperoleh 23 kerusi, DAP peroleh 28 kerusi dan PKR 31  kerusi," jelasnya. 	 	Sementara itu, Saifuddin juga membidas dakwaan Nasharudin apabila  mengatakan ketiga-tiga parti dalam PR telah melanggari dasar bersama  yang telah disepakati pada 19 Disember 2009 iaitu pada Konvensyen  Pakatan Rakyat yang pertama. 	 	Sebaliknya, gesaan Nasharudin supaya Pas mengkaji semula tahaluf siyasi  dengan PR tidak timbul kerana wakil ketiga-tiga parti telah bersetuju  dan menandatangani perjanjian dasar bersama yang mengandungi empat  tonggak utama. 	 	"Pencapaian terbesar Pakatan Rakyat apabila ketiga-tiga parti  menandatangani perjanjian dasar bersama menerusi empat tonggak utama  iaitu menghormati raja berperlembagaan, menerima Islam sebagai agama  Persekutuan, menerima Perkara 153 berkenaan hak keistimewaan orang  Melayu dan mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. 	 	"... Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit  Siang menandatangani perjanjian dasar bersama itu," jelasnya sambil  menyatakan walaupun kerjasama itu baru mencecah lima tahun, namun banyak  kemajuan dapat dilihat. 	 	Malah katanya, rakyat mula menerima pentadbiran PR sebagai kerajaan alternatif selain Umno-Barisan Nasional di negara ini. 	 	Dalam pada itu, bekas Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng  Giaw membidas kenyataan Nasharudin atas alasan cuba memecahbelahkan  kerjasama politik dalam PR dengan mengaitkan isu agama dan menggesa Pas  keluar ikatan itu. 	 	Katanya, dakwaan bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak berasas kerana  DAP tidak melanggari perjanjian dasar bersama yang dimeterai pada 19  Disember 2009. 	 	"Tiada kena-mengena isu agama, tidak timbul soal itu (langgar syarat  tahaluf siyasi), itu hanya dakyah politik semata-mata, dia pun tahu  (Nasharudin) persepakatan ketiga-tiga parti dalam Buku Jingga itu. 	 	"... semuanya ada di situ, apa yang kita langgar (syarat). Dasar PR  boleh dilihat dalam Buku Jingga yang mengandungi asasnya," katanya. 	 	Seng Giaw juga menyifatkan Nasharudin sebagai tidak mengenang budi  apabila sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, yang boleh menjejaskan  perpaduan dan kerjasama politik ketiga-tiga parti sejak lima tahun  lepas. 	 	"Kenyataan itu merupakan perbezaan pendapat peribadi dan sahsiah. Ia  tidak kena-mengena dengan agama; ia lebih merupakan kenyataan politik,"  katanya. 
 
 sinar/-      |        |      Kaitan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya akan dibukukan       Posted: 07 Feb 2013 12:21 AM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 KUALA  LUMPUR 13 Dis: Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk  menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana  Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model  Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.  Buku  itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta  oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun  (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan  beberapa portal berita semalam. 
 
 SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD  pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  dengan Altantuya. 
 
 "(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan  sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan  semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya dipetik Malaysiakini. 
 
 Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya.  Deepak Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri,  susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang  kawan baik wanita itu sebelum ini. 
 
 "Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan  autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam)  saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya. 
 
 Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan  buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana  menteri itu. 
 
 Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi. 
 
 keadilandaily/-      |        |      Dari bayar PSY, baik bayar orang kurang upaya       Posted: 07 Feb 2013 12:05 AM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
     (Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan hadiah sempena Tahun Baru Cina kepada pengundinya)   PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan BN  mengundang artis popular  Korea, Psy sempena Tahun Baru Cina sebagai membazir. Malah,  beliau turut menyarankan dengan sumber kewangan yang dikeluarkan untuk  membayar artis tersebut seharusnya diberikan gologan kurang  berkemampuan. Beliau berkata demikian kepada media selepas  menziarahi warga Cina sempena Tahun Baru Cina tahun ini dalam Dun  Chempaka pagi semalam. Sambungnya, Pakatan Rakyat khususnya PAS  tidak berhasrat untuk menghalang BN untuk membuat sebarang program  sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ianya tidak perlu membazir. "Kalau  tidak boleh elak, maksudnya perlu ada juga program hiburan sempena  Tahun Baru Cina, boleh jemput artis anak muda kita, jimat belanja  sikit,"ujarnya.  Beliau  berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung BN Pulau Pinang  untuk menjemput tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau  Pinang.    (Tuan Guru Nik Aziz menziarahi penduduk Cina di kawasannya)  Sebanyak 30 buah masyarakat Cina terdapat dalam Dun Chempaka iaitu di Kampung Tebing Tinggi, Sabak dan Pulau Gajah. Kerana terlalu gembira mereka mencium sampul 'ang pow' yang diberikan Tuan Guru kepada mereka. Sempena  kunjungan tahunan itu juga, Tuan Guru mengucapkan selamat Tahun Baru  Cina kepada masyarakat Cina di Dun tersebut dan seterusnya kepada semua  masyarakat Cina di negeri itu. Empat buah rumah daripadanya telah dikunjungi oleh Tuan Guru sempena tahun baru itu, di Kampung Tebing Tinggi dekat sini. harakah/-       |        |      Gelabah terjun laut       Posted: 07 Feb 2013 12:04 AM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 Georgetown: Panik perbuatan jahat mereka berjaya dikesan polis dan  orang ramai, dua penjenayah nekad terjun ke dalam laut di persisiran  Pantai Gurney di sini, semalam. 
 
   Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, dua lelaki terbabit  yang menunggang motosikal, masuk ke dalam sebuah kedai runcit dan  seorang daripada mereka berpura-pura membeli minuman. 
 
     Ketika pemilik kedai membuka laci kaunter, suspek merampas wang  tunai RM30 dari dalam laci terbabit dan melarikan diri bersama rakannya  yang sudah bersiap sedia menunggu di atas motosikal tidak jauh dari  kedai.
    Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dilihat anggota polis  yang melakukan rondaan selain orang ramai yang turut mengepung  menyebabkan lelaki berkenaan nekad terjun ke dalam laut.    Seorang daripada mereka berjaya ditahan kerana tidak pandai  berenang manakala rakannya meredah lumpur berikutan air surut ketika itu  menyebabkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil  bagi membantu menahannya berkenaan, tetapi gagal kerana keadaan  berlumpur.
 
 
 metro/-     |        |      Gempa Sederhana Gegar Utara Sumatera        Posted: 06 Feb 2013 11:46 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pada pukul 8.41 pagi, Khamis.
  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata  gegaran berpusat di 35 km tenggara Sibolga dan 330 km dari arah barat  daya Klang, Selangor.
  Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan akan mengeluarkan maklumat  tambahan hasil penilaian awalnya berhubung kejadian gempa tersebut. - BERNAMA 
 
     |        |      5 maut tsunami landa Kepulauan Solomon selepas gempa bumi       Posted: 06 Feb 2013 11:41 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 SYDNEY - Satu gempa bumi kuat di perairan Kepulauan Solomon  mencetuskan ombak tsunami setinggi 1.5 meter semalam yang merosakkan  puluhan buah rumah dan menyebabkan lima orang hilang di kepulauan  berkenaan di Lautan Pasifik. 
 
 Semua mangsa yang hilang itu dikhuatiri mati. 
 
 Pihak berkuasa kemudian membatalkan amaran tsunami di pantai-pantai yang terletak jauh dari lokasi gempa bumi. 
 
 Beberapa pegawai tempatan berkata, dua ombak tsunami setinggi 1.5  meter melanda Kepulauan Santa Cruz dengan menyebabkan antara 70 hingga  80 buah rumah rosak. 
 
 Seorang jurucakap pemerintah, George Herming memberitahu bahawa ramai  penduduk kampung berpindah ke tempat yang lebih tinggi sebagai langkah  berjaga-jaga. 
 
 "Kami percaya beberapa orang terbunuh dalam bencana ini," kata Komisioner Polis Kepulauan Solomon, John Lansley pula. 
 
 Tsunami itu terbentuk selepas gempa bumi 8.0 pada skala Richter melanda dekat bandar Lata di Pulau Santa Cruz. 
 
 Lata terletak dalam wilayah Temotu iaitu bahagian paling timur di  Kepulauan Solomon pada jarak sekitar tiga jam penerbangan dari ibu kota  negara itu, Honiara. 
 
 Temotu dihuni oleh sekitar 30,000 penduduk.  
 
 Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyatakan, ombak tsunami setinggi tiga meter melanda sebuah dermaga Lata. 
 
 Beberapa ombak yang lebih kecil turut berlaku di Vanuatu dan New Caledonia. - AP  
 
 
 
     |        |      Jika penjenayah masih berkuasa, rakyat salahkanlah diri sendiri       Posted: 06 Feb 2013 11:27 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 	       KUALA LUMPUR: Jika  pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang  perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang  ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya.   "Rakyat perlu menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan  pimpinan hari ini untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan  sendiri," tulis Aspan Alias di dalam blognya  http://aspanaliasnet.blogspot.com/.   Menurutnya, rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya  melalui proses politik dan 'decisive' dan ini sudah menjadi kewajipan  kita semua.   "Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk kuasa  itu bukan kesalahan sesiapa lagi. Itu sudah menjadi kesalahan rakyat  sendiri." tulisnya lagi.   Di bawah adalah tulisan penuh beliau.   Deepak sekali lagi membawa orang ramai menatapi isu pembunuhan  Altantuya dengan membuat kenyataan yang memanaskan semasa perjumpaan  Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS semalam. Dalam kenyataannya beliau  meminta perlindungan dari pihak berkuasa jika beliau memberikan segala  bukti pembabitan Najib dan isterinya dalam kes pembunuhan itu.   Isu pembunuhan itu sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak  bertahun-tahun yang lalu dan dua orang pegawai keselamatan yang  berkhidmat dengan Najib dan isterinya telah pun dijatuhkan hukuman mati  kerana disabitkan dengan kesalahan membunuh itu. Kedua-dua pegawai  keselamatan yang bertugas dengan keluarga Najib ini telah membunuh  seorang wanita Monggolia tanpa sebab kerana tidak dipersoalkan kenapa  mereka membunuh wanita yang mengenali Najib dan rakan-rakan beliau itu.   Mahkamah Tinggi negara, mendapati mereka berdua bersalah kerana  membunuh ke atas dua pegawai Polis itu, tetapi yang amat aneh dalam kes  ini pihak peguam cara tidak pernah bertanyakan motif pembunuhan oleh  kedua-dua pesalah itu. Ini merupakan satu-satunya kes pembunuhan yang  sangat aneh kerana tidak disentuh sedikit pun tentang motif pembunuhan  terhadap Altantuya itu dan inilah yang menjadi tandatanya semua pihak.  Bagaimana dua orang pegawai keselamatan kepada Perdana Menteri dan  isterinya melakukan pembunuhan tanpa sebab.   Semalam Deepak, 'adik angkat' Rosmah Mansor sendiri telah meminta  Mahfuz Omar untuk melakukan sesuatu bagi melindungi beliau kerana beliau  sudah bersedia untuk membongkar segala-galanya tentang apa yang beliau  tahu berhubung dengan pembunuhan itu. Di negara ini, kita mempunyai  'Protection Act 2009' dan 'Whistleblower Act 2010' dan Mahfuz Omar  percaya itu mencukupi untuk Deepak berlindung dalam menghadapi  pembongkarannya terhadap isu pembunuhan Altantuya beberapa tahun dahulu.   Deepak percaya adalah mustahil bagi Peguam Negara hendak menafikan  apa yang ada dengan saya, iaitu bukti-bukti kukuh tentang penglibatan  pemimpin utama negara dan isterinya dalam isu pembunuhan ini. "Saya akan  membongkar semuanya dan saya mempunyai segala bukti penglibatan semua  pihak dalam pembunuhan Altantuya ini," kata Deepak.   Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh pihak Najib termasuk isu-isu yang  disebut oleh Deepak ini untuk membenamkan kes ini dari perbincangan  rakyat negara. Tetapi ia tetap menjadi isu yang memanaskan. Saya percaya  cadangan setengah pihak untuk membuat penyiasatan dan perbicaraan  semula kes ini wajar dilakukan bagi mengelakkan dari rakyat masih  tertanya-tanya tentang isu yang melibatkan pemimpin utama negara ini.   Oleh kerana isu ini melibatkan kewibawaan kerajaan dan rakyat negara  maka semua pihak mesti berusaha untuk melakukan sesuatu yang benar-benar  berkesan untuk menangani isu yang membosankan dan memalukan ini. Ini  bukan isu untuk menjatuhkan atau membela mana-mana pihak tetapi ini isu  negara dan kedaulatan yang bersama negara itu. Sebuah negara yang  berdaulat tidak boleh ambil isu ini secara enteng dan ia perlu dilakukan  dengan teliti dan terbuka dan diketahui oleh rakyat jelata.   Pihak yang bersalah wajib menerima padahnya dan pihak yang berfikir  ini adalah isu yang wujud mereka sepatutnya memperbetulkan keadaan sama  ada melalui proses perundangan atau pun melalui politik. Tetapi jika  disandarkan kepada proses undang-undang kita mempunyai Peguam Negara  yang menghadapi kredibilitinya. Terlalu banyak isu yang menjangkiti  batang tubuh Peguam Negara itu sendiri. Walaupun kita mempunyai  'Protection Act 2009' serta 'Whistleblower Act 2010', jika Peguam Negara  tidak bekerjasama isu ini tidak mungkin mampu dibawa ke tengah.   Masalahnya negara kita telah terlalu rendah kredibiliti institusi  demokrasi dan penguatkuasaan undang-undangnya sejak pencabulan Badan  Kehakiman dan Perundangan dari zaman Dr Mahathir sehingga sekarang.  Banyak kesalahan yang dihadapi oleh pimpinan kita terlalu nyata tetapi  tidak mampu diketengahkan kerana kekuasaan politik yang begitu  mencengkam.   Selama ini rakyat hanya memerhatikannya sahaja. Segala bukti-bukti  disorokkan oleh pengamal undang-undang di Jabatan kehakiman dan Jabatan  Perundangan itu sendiri. Immuniti yang ada kepada pemimpin politik  terlalu besar, malahan lebih besar dari immuniti yang ada kepada  Raja-Raja Melayu kita.   Kita tidak seperti negara-negara lain. Filipina contohnya telah  mengambil segala tindakan undang-undang terhadap Presidennya Arroyo dan  sekarang semua orang tahu apa yang sedang dihadapi oleh bekas Presiden  itu kerana isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa berkuasa. Banyak  ketua-ketua kerajaan dalam dunia ini terpaksa menghadapi undang-undang  kerana kesalahan mereka semasa mentadbir negara. Ini masalah negara,  bukannya masalah mempertahankan atau tindakan mendendami sesiapa.   Kita masih lagi ketinggalan zaman dan tidak salah jika kita  menganggap negara kita ini terlalu mudah melupakan semua jenayah yang  dilakukan oleh kepimpinan kita. Kita masih lagi membiarkan isu  pengambilan wang rakyat yang berbillion oleh pemimpn negara untuk  menyelamatkan perniagaan anaknya yang terbankrap dalam perniagaannya.  Bagaimana perkara ini masih berlaku dalam sebuah negara yang dikatakan  sedang menuju kepada negara maju jika perkara seperti jenayah yang  diperlakukan oleh pemimpin kita masih tidak dapat di berhentikan.   Dalam kes Altantuya ini saya masih merasakan ia terpaksa diselesaikan  melalui proses politik dahulu kerana ia memerlukan 'political will'  untuk memulakan penyelesaian terhadap isu yang terlalu buruk ini.  Pemimpin-pemimpin kita yang berada di atas tidak mungkin mempunyai  kudrat untuk memastikan proses perundangan berjalan dengan betul kerana  kuasa Perdana Menteri serta pengaruhnya terhadap Badan-Badan dan  institusi demokrasi itu amat kuat.   Penggubal undang-undang dengan perlaksana undang-undang itu sama-sama  melakukan perkara yang buruk, maka mereka bekerjasama melindungi  kesalahan masing-masing. Pengasingan kuasa yang jelas patut dikembalikan  kepada negara seperti sebelum pentadbiran Dr Mahathir dahulu. Jika  pimpinan kerajaan hari ini tidak berkemampuan untuk membuang  perkara-perkara yang dilakukan oleh Mahathir dahulu, kita rakyat yang  ramai inilah yang bertanggungjawab memperbetulkannya. Rakyat perlu  menyayangi negara kita. Kita tidak boleh mengharapkan pimpinan hari ini  untuk mensabitkan kesalahan yang mereka lakukan sendiri.   Rakyat sahajalah yang selayaknya melakukan penghakimannya melalui  proses politik dan 'decisive' dan ini sudah menjadi kewajipan kita  semua. Jika mereka yang menjenayahi kita ini masih berada di tampuk  kuasa itu bukan kesalahan sesiapa lagi.   Itu sudah menjadi kesalahan rakyat sendiri.  harakah/-      |        |      Terjunan Baumgartner lebih laju       Posted: 06 Feb 2013 11:25 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
 VIENNA - Penerjun udara Austria, Felix Baumgartner (gambar kecil)  yang terjun di pinggir angkasa lepas Oktober tahun lalu jatuh pada  kelajuan 1.25 kali ganda lebih pantas daripada bunyi, kata pihak  penganjur semalam. 
 
 Sebelum ini, kiraan awal mendapati kelajuannya hanya 1.24 kali ganda lebih pantas daripada bunyi. Menurut analisis terakhir pasukan Baumgartner, Red Bull Stratos,  lelaki berusia 43 tahun itu mencecah kelajuan 1,357.6 kilometer sejam  atau Mach 1.25 dalam terjunam bebas itu. 
 
 Menurut Red Bull Stratos, Persekutuan Aeronautik Antarabangsa kini  menimbang untuk mengesahkan terjunam tersebut sebagai mencatat rekod  dunia. 
 
 Baumgartner terjun dari sebuah kapsul pada ketinggian 38,969.4 meter  di langit negeri California, Amerika Syarikat pada 14 Oktober tahun lalu  dengan aksinya ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen dan  internet. - AFP  
 
     |        |      OIC minta perang Syria ditamatkan       Posted: 06 Feb 2013 10:56 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
 KAHERAH - Para pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini  semalam meminta rundingan dilakukan bagi menamatkan peperangan di Syria. 
 
 Presiden Mesir, Mohamed Morsi (gambar) ketika berucap pada  persidangan kemuncak OIC kali ke-12 itu meminta rejim Presiden Basyar  Al-Assad di Damsyik untuk mempelajari sejarah dan tidak meletakkan  kepentingan dirinya lebih utama daripada penduduk negaranya. 
 
 Morsi yang memberikan ucapan utama dalam persidangan OIC itu meminta  anggota-anggota pertubuhan berkenaan untuk menyokong usaha-usaha pihak  penentang Bashar menyatukan dan membawa pembaharuan di Syria. 
 
 Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyatakan kepada pemberita  sebelum persidangan itu bermula bahawa kaedah ketenteraan bukan  penyelesaikan terhadap konflik di Syria. 
 
 Lebih 60,000 orang terbunuh di Syria sejak para penentang yang  terdiri daripada penduduk tempatan bangkit bertempur dengan tentera  Bashar sejak Mac 2011. 
 
 Ketua Majlis Kebangsaan Syria yang menjadi penentang Bashar, Moaz  Alkhatib menawarkan kepada Presiden itu untuk berunding secara damai  jika pihak berkuasa membebaskan ribuan tahanan. Bagaimanapun, tiada komen rasmi daripada Bashar setakat ini. - Agensi 
 
 
 
     |        |      PRU13: Mahasiswa mahu lawan Najib di Pekan       Posted: 06 Feb 2013 10:55 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 	     
 
 
 KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13)  mengumumkan mahu bertanding pada PRU13 nanti menentang Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan. 
 
 "Keputusan bertemu satu lawan satu dengan Datuk Seri Najib merupakan   ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN," kata   Pengerusi GM13 pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala  Lumpur-Selangor  (KLSCAH), dekat sini hari ini. 
 
 harakah/-  
 
     |        |      MEWARISI TUGAS RASULULLAH SAW       Posted: 06 Feb 2013 10:54 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
   
 
 اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ،وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا،مَنْ يَهْدِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.  أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.  اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. 
 
 Tuan-tuan Muslimin Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada tuan-tuan yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa, dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.Dan janganlah kita semua mati selain dalam keadaan bertaqwa kepada Allah Taala. Semoga kehidupan kita diredhai Allah dan beroleh syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.  
 
 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Semua nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia adalah untuk mengajar  agama ISLAM yang merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah Taala. Matlamat agama Islam adalah memberi kebahagiaan hidup kepada manusia di atas dunia dan juga kehidupan di akhirat yang kekal abadi.  Adapun Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul terakhir dan merupakan pelengkap kepada ajaran-ajaran Islam yang telah dibawa oleh para rasul dan nabi sebelumnya.              Ini dapat kita fahami di mana sebelum Rasulullah SAW wafat, al-Qur'an ada menyatakan bahawa agama Allah telah disempurnakan, kecintaan Allah kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah akan terus dijaga. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ Maksudnya: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu." 
 
 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Agama Islam ditegakkan dua sumber utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sewaktu baginda sedang gering dengan pesanan kepada umat Islam bahawa mereka tidak akan sesat jika berpegang teguh kepada kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Imam Malik telah meriwayatkan hadith Rasulullah yang berbunyi: Mafhumnya: "Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur'an) dan sunnah Rasul-Nya". 
 
             Persoalan besar timbul ialah apakah peranan tuan-tuan dan umat Islam sekalian dalam usaha membuktikan kasih sayang, kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah SAW?. Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW? 
 
 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Sementara kita masih ada sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga; apakah tugas dan peranan yang kita boleh bantu untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas Rasulullah.  Oleh itu, sempena kehangatan bulan kelahiran Rasulullah yang masih lagi berbaki, saya pada hari ini ingin menasihatkan, bahawa kita boleh membantu menyambung amanah Allah dan Rasulullah s.a.w ini dengan cara-cara berikut: 
 
 Pertama: menjalankan tugas-tugas dakwah dengan lebih proaktif kerana kerja  dakwah adalah tugas utama Rasulullah SAW. Setiap rasul termasuklah Rasulullah SAW ditugaskan untuk menyampaikan ajaran Islam kepada umatnya. Menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk meneruskan dakwah dengan mengajar umat manusia kepada agama Islam.  Ketahuilah bahawa agama Islam yang sedang kita nikmati pada hari ini adalah merupakan kesan daripada dakwah para sahabat dan generasi-generasi selepasnya. Mereka berdakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia demi mengharapkan umat manusia sentiasa berada kesejahteraan dan kemanisan iman seperti yang mereka kecapi. 
 
 Kedua:   mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhi                 ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Agama Islam mengikat umatnya untuk tunduk dan taat kepada setiap ajaran yang dibawa oleh Rasululullah. Dengan menjadi Muslim, kita telah menyerahkan kehidupan dunia kita kepada Islam untuk mengamalkan segala tuntutan dan menjauhi segala tegahan. Dengan mengamalkannya kita beroleh ketaqwaan kepada Allah. Menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menjaga diri kita dan keluarga kita daripada api neraka. Agama Islam melarang dengan tegas kebebasan mutlak. Kebebasan boleh merosakkan setiap sendi penting dalam masyarakat. Cuba bayangkan, kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita mahu walaupun perkara tersebut merupakan satu kezaliman kepada sesuatu pihak. Misalnya kita bebas mengambil harta bukan milik kita, sudah pasti keadaan akan menjadi lebih parah lagi bila setiap orang boleh mengambil harta yang bukan kepunyaan dirinya. Jadi keadaan akan menjadi kucar kacir kerana tiada sekatan atau undang-undang untuk mengawal keadaan tersebut daripada menjadi lebih parah lagi. Setiap pergerakan diri kita dan ahli keluarga kita perlu dikawal dengan syariat Islam.  Menjadi peranan kita sebagai bapa dan ketua keluarga untuk memastikan perkara makruf atau kebaikan dipelihara dan ditegakkan, dalam masa yang setiap perkara mungkar perlu ditegah dan dijauhkan daripada diri kita dan keluarga kita. 
 
 Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita merenung Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang berbunyi: لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾ Maksudnya: "Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah." 
 
 بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.    
 
 خطبة كدوا 
 
 اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : 
 
 نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٤٩﴾ وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ ﴿٥٠﴾ Maksudnya : Khabarkanlah oleh-mu (Rasulullah) kepada hamba-hamba-Ku bahawa sesungguhnya Aku-lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya azab-Ku adalah pedih (surah al-Hijr ayat 49-50) 
 
 أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. 
 
 Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ayat di atas menerangkan tugas-tugas seorang Rasul adalah untuk  memberitahu umat manusia bahawa Allah Maha Pengampun setiap dosa-dosa yang dilakukan walaupun seluas bumi dan langit. Oleh itu sedarilah, setiap dari kita tidak terlepas daripada melakukan dosa-dosa, marilah kita memperbanyak taubat kepada Allah Taala dan memohon perlindungan daripada Allah Taala untuk menghindarkan diri kita ke dalam maksiat. Sesungguhnya, Allah Taala Maha Penyayang ke atas setiap hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu bapa kita kepada kita. Janganlah kita meletakkan diri kita dalam perkara-perkara maksiat kerana sesungguhnya maksiat boleh menjauhkan diri kita daripada rahmat Allah. Merayakan hari kekasih atau Valentine Day pada setiap 14 haribulan Februari bukanlah daripada adab budaya kita umat Islam. Kepada anak-anak muda, janganlah kita mengikut jejak langkah orang-orang yang derhaka dan tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.  اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.  اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.  إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.  فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.  
 
 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak     |        |      Empat tahun tunggu dibaiki       Posted: 06 Feb 2013 08:38 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Ismayudin menunjukkan keadaan astaka yang mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian bumbung dan siling.                                                                                                                                  Ismayudin (kiri) dan Basri menunjukkan keadaan astaka yang daif dan memerlukan peruntukan segera untuk dibaik pulih.                                   	FELDA KUMAI - Penduduk di sini, merayu pengurusan Felda membaik pulih astaka di padang awam berkenaan secepat mungkin. 	 	Tinjauan Sinar Harian mendapati, lantai dan siling bumbung astaka  berkenaan pecah hingga menyebabkan bekalan elektrik dekat sini terpaksa  dihentikan demi keselamatan penduduk. 	 	Setiausaha Umno Cawangan, Basri Husin berkata,  permintaan penduduk  sejak empat tahun lalu supaya astaka berkenaan dibaiki didakwa tidak  diendahkan sehingga keadaannya menjadi bertambah kritikal. 	 	Menurutnya, selain membawa perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa  Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), penduduk turut menyuarakan  hasrat memiliki astaka baru kepada wakil rakyat. 	 	"Sudah banyak kali perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian. 	 	"Kita juga memohon bantuan wakil rakyat supaya mempercepatkan proses  peruntukan tetapi ternyata usaha itu juga tidak berkesan apabila  pengurusan Felda seolah-olah tidak mempedulikan sokongan wakil rakyat  terbabit," katanya. 	 	Dalam pada itu, difahamkan, penduduk mengambil kata sepakat untuk  membawa perkara tersebut kepada umum supaya mendapat perhatian serius  daripada pihak terbabit. 	 	Sementara itu, Sukarelawan Gabungan Warisan Generasi Felda (GWGF),  Ismayudin Suid, 47, berkata, setiap kali aktiviti diadakan di padang  awam terbabit, mereka terpaksa menggunakan bekalan elektrik dari pondok  Rela berhampiran. 	 	"Padang awam ini sentiasa bersih dan dijaga baik tetapi keadaan astaka sangat menyedihkan. 	 	"Kami cuma bimbang kalau bumbung jatuh dan menghempap penduduk  terutamanya kanak-kanak, sudah pasti keadaan itu akan lebih  menyedihkan," katanya. 	 	Pada masa sama, beliau menganggap kemungkinan pengurusan Felda sukar  mendapat peruntukan baik pulih disebabkan program peringkat daerah,  negeri atau kebangsaan tidak perlu dijalankan di astaka berkenaan. 
 
 sinar/-      |        |      Crispin maut diterpa harimau ketika pertunjukan.       Posted: 06 Feb 2013 08:30 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] -                                   MEXICO CITY - Seorang pelatih harimau terbunuh ketika pertunjukan sarkas di Sonora, tenggara, Mexico.	 	Saksi berkata, ketika pertunjukan itu, Alex Crispin Suarez, 35, dilihat sedang dikelilingi dua harimau.	 	"Harimau itu menerpa ke arah Crispin lalu menarik seluarnya hingga koyak," katanya.	 	Menurutnya, penonton terkejut mendengar jeritan mangsa sebelum pelatih sarkas lain bergegas ke tempat kejadian.	 	"Mereka cuba melepaskan cengkaman harimau itu namun  gagal," katanya. - AFP 
 
     |        |      7 anggota tentera ditahan kerana sertai HKR112       Posted: 06 Feb 2013 08:11 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
     KUALA LUMPUR: Kelab  Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat) akan  menyediakan bantuan guaman untuk semua anggota tentera yang ditahan  kerana menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) baru-baru ini. Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar ( gambar) berkata, pihaknya mendapat maklumat sekurang-kurang 7 anggota tentera ditahan kerana dituduh terlibat dalam himpunan itu. Kesemua mereka kini ditahan di kem masing-masing untuk tujuan penyiasatan. "Kami  akan sediakan peguam untuk kesemua mereka. Sehingga kini, peguam  Mohamed Hanipa Maidin sedia untuk membantu," kata beliau kepada  Harakahdaily. Ketika ditanya, apakah peguam boleh mewakili  anggota tentera yang sedang bertugas ketika dibicarakan di kalangan  mereka, Nazari berkata, "boleh". Menurut Nazari, lebih 1,000 anggota tentera yang sedang bertugas dan sudah bersara menyertai himpunan baru-baru ini. Mereka  menyertainya kerana mahu menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa  kebajikan dan keperluan mereka tidak dijaga dengan baik.  
 
 harakah/-      |        |        Ambiga: Balik mengundi, jangan undi pos       Posted: 06 Feb 2013 07:30 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - Pengerusi  BERSIH Datuk S Ambiga menyeru pengundi berdaftar yang berada di luar  negara pulang ke Malaysia untuk mengundi dan tidak menggunakan undi pos  dalam pilihan raya umum akan datang. 
 
 Katanya, beliau menyeru  demikian memandangkan syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) bagi pengundian pos di luar negara didakwanya sangat mengelirukan  dan meragukan.
  Beliau merujuk kepada syarat SPR yang mengatakan  warganegara yang pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini  tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh  pembubaran Parlimen. 
 
 Katanya peraturan itu mengelirukan dan tidak adil bagi pengundi yang berada di luar negara.
  "Syarat  bahawa pengundi perlu kembali ke Malaysia dalam masa lima tahun dan  selama 30 hari pada pendapat kami tidak boleh dilaksanakan. Ia tidak  adil untuk pengundi.
  "Peraturan yang dikeluarkan tidak lengkap. Banyak kekeliruan tentang pengundi pos," katanya. 
 
 malaysiakini/-  
 
     |        |      Derita tubuh berulat       Posted: 06 Feb 2013 07:20 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 Alor Setar: Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan  penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan  miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala  tengkuk dan punggung mula berulat.  
 
   Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini,  hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan  dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14. 
 
     Lebih menyedihkan, remaja itu juga menguruskan abangnya yang juga  buta, Mohd Asyid Abu Bakar, 20, dan beban yang ditanggung memaksanya  berhenti sekolah.
    Rabiah berkata, kesempitan hidup, kecacatan  dan penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak mampu bekerja untuk  menampung kehidupan serta menguruskan keluarga.      "Saya bernasib baik kerana mempunyai jiran yang menghantar  bubur nasi untuk makanan harian dan saya bersyukur kerana anak bongsu  sabar serta tabah menjaga saya," katanya.
 
 
 metro/-      |        |      Khalid mahu pilihan raya Selangor tak cepat, tak lambat       Posted: 06 Feb 2013 07:00 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - TAN  Sri Khalid Ibrahim yang tidak bercadang menyertai politik, apabila  menyertai politik menyusahkan ketenangan Perdana Menteri Najib. 
 
 Dia tidak main isu Altantuya dan tidak main isu Deepak, saudagar permaidani. 
 
 Dia main isu membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ketika  Najib  terus berteka-teki tentang bila PRU13, dia bercadang untuk  membubarkan DUN Selangor setelah Chap Goh Meh iaitu kira-kira dua minggu  selepas Hari Raya Cina. 
 
 Sama ada Parliman dibubarkan atau tidak, dia bercadang membubarkan  DUN Selangor dulu setelah puas menunggunya sejak sekian lama.  Alasannya  tak mahu dan   tak lalu menunggu lama. 
 
 Ikut isyarat yang pernah diberinya beberapa tahun dulu, pilihanraya  umum di Selangor sedia diadakannya apabila genap empat tahun penggalnya.  Itu yang pernah disebutnya semasa Najib berura-ura hendak mengadakan  PRU lebih dua tahun lalu. 
 
 Najib pernah mencanangkan untuk mengadakan PRU segara kerana tidak  mahu lama bertenggek atas mandat Abdulllah Badawi. Dia mahu mandatnya  sendiri. Tiada gahnya menumpang mandat orang. 
 
 Reaksi Khalid masa itu, biarlah  Najib panggil pilihanraya mengejut,  Selangor tidak akan ikut selagi penggal lima tahun itu tidak genap empat  tahun. 
 
 Banyaklah orang  tegur betapa payahnya Selangor kalau tidak  pilihanraya serentak. Barisan dari seluruh negara yang tumpu ke Selangor  jika pillihanraya berasingan. Tidak dihiraukannya sama ada kerajaan  Pakatan yang lain tidak bersamanya. Alasannya tidak sedia membubarkan  DUN kerana tidak mahu terlalu cepat. 
 
 Dia mahu pilihanraya itu tidak cepat  dan  tidak lambat. 
 
 Dia tidak gentar risiko UMNO/BN akan menghurung Selangor macam lalat menghurung bangkai. Apa yang menyebabkan dia tidak takut? 
 
 Agaknya dia berkongsi dengan keyakinan rakan-rakan Pakatannya bahawa  ia akan menawan Putrajaya. Sama ada  PRU13 itu cepat atau lambat BN akan  kalah. Kalau Selangor tidak mengadakan pilihanraya, ia boleh menumpu  membantu PR memenangi PRU itu. Bila BN kalah  dan orang PR jadi Perdana  Menteri, maka giliran TV, radio dan media perdana pula mengutamakan  berita kerajaan masa itu, kurang atau tidak lagi ia memburukkan Pakatan  Rakyat. Bahkan keburukan UMNO, Najib dan Dr. Mahathir pula yang mereka  utarakan. 
 
 PR tak suruh mereka buat begitu. Tetapi mereka itu hidup atas  kerajaan. Mereka takut orang tak beri iklan dll, mereka sendiri   memandai mengatakan PR jauh lebih baik dari  BN. 
 
 Kalau PR yang memerintah, maka keupayaan BN dari seluruh negara  bertumpu dalam pilihan  raya di Selangor tidaklah setanding tumpuan  kerabat Pakatan. 
 
 Dan masa itu sempat SPR buang semua pengundi hantu. 
 
 Dipercayai Najib dan mentornya Dr. Mahathir nampak apa yang Khalid  politikkan itu, maka dia pun tergamak untuk menyegerakan PRU13. Orang  nampak betapa  Khalid telah menyebabkan Najib melambatkan pilihanraya  hingga buahnya busuk di pokok  dan  gugur sendiri. 
 
 Sekarang jika Raja perkenan, Khalid mahu membubarkan DUN Selangor  dulu. Khalid tahu dia tidak dapat menetapkan tarikh mengundi. SPR akan  menentukannya. Jika ia bubar, SPR ada masa 60 hari untuk mengisinya  semula. 
 
 Khalid tahu SPR akan tunggu Parlimen bubar dan pilihanraya serentak  dalam masa 60 hari DUN Selangor dibubar. Maka Khalid dapat segerakan  Najib buat keputusan. Apapun orang akan kata, Najib dipermain Khalid.  Pakatan di Selangor dapat mendahului BN memulakan kempen antara masa DUN  Selangor dibubarkan dengan Parlimen dibubarkan. 
 
 harakah/-  
 
     |        |      Kubur dalam hutan       Posted: 06 Feb 2013 06:58 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Nik Lah (kiri) menemui satu kubur yang dipercayai meninggal dunia sekitar 1960-an lalu.                                                                                                                                  Mamad (kiri) Nik Lah (tengah) dan Hassan (kanan) mencari batu nisan di kawasan kebun.                                  PASIR MAS - Jangan terkejut sekiranya anda bertemu kubur di dalam kebun  dan belukar dekat To' Uban. Lebih mengejutkan, apabila ada  sebahagiannya mencatatkan tarikh 1900 atau hanya menggunakan batu sungai  sebagai penanda.    Kubur tak dirizab    Penduduk, Mamad Ismail, 80, berkata, terdapat lebih 10 tanah kubur  dibuka sekitar 1900-an dan sebahagiannya tidak dirizabkan. Dalam setiap  tanah kubur pula katanya, terdapat kurang daripada 20 batu nisan  memandangkan taburan penempatan ketika itu tidak tertumpu dalam  satu-satu kawasan sahaja.    Menurutnya, taburan penempatan lebih tertumpu di sepanjang sungai kerana pengangkutan utama ketika itu adalah bot dan perahu.    "Beberapa kampung yang dibuka juga hanya mencapai kurang daripada 20  keluarga, maka tidak hairanlah tanah kubur hanya mempunyai kurang 20  batu nisan.    "Tanah perkuburan ini juga dibuka berdekatan dengan rumah mereka bagi  memudahkan urusan pengebumian kerana tiada sebarang kenderaan bermotor  dicipta ketika itu," katanya, semalam.    Kampung tinggal jadi hutan    Pembukaan jalan raya pada 1940-an menyebabkan banyak kampung di  pedalaman dikosongkan sehingga sebahagian daripadanya menjadi kebun dan  hutan.    Penduduk, Hassan Mat Diah, 75, berkata, kemudahan infrastruktur jalan  yang dibuka menyebabkan penduduk memilih untuk membuka penempatan baru  dan mengosongkan kampung sedia ada.    "Kesannya, kubur di kampung itu dilitupi semak sekali gus menjadi kebun  dan hutan. Secara tidak langsung membantutkan usaha untuk menjejaki  tanah kubur lama," katanya, semalam.    Anggap kubur lama sebagai keramat    Kampung kosong yang berubah menjadi kebun, kini diwarisi generasi baru.  Penduduk, Nik Lah Nik Soh, 75, berkata, kebanyakan generasi kini tidak  menyedari tanah pusaka mereka, dahulunya pernah dijadikan sebagai tanah  perkuburan.    Menurutnya, ada yang mengekalkannya sebagai tanah wakaf namun ada juga pewaris yang enggan menyerahkannya untuk kegunaan awam.    "Mereka terpaksa menggali semula kubur dan menanamnya di tanah perkuburan Islam terdekat.    "Penggunaan batu sungai menyebabkan ada sebahagian pewaris tidak  menyedari tanah mereka pernah digunakan sebagai tanah perkuburan,"  katanya, semalam.    Nik Lah yang juga Timbalan Pengerusi Pekida Kelantan berkata, ada  beberapa kubur yang berjaya dipulihara dan dibersihkan agar ia tidak  dilitupi hutan sepanjang masa.    Sekiranya tidak dibersihkan, kubur ini akan tersembunyi di dalam kebun seterusnya terhindar daripada pandangan umum.    Ini juga katanya, dapat mengelak daripada terhindarnya perbuatan khurafat daripada masyarakat yang jahil tentang agama.    "Masih ramai yang menganggap kubur lama sebagai keramat dan mampu memberi pelbagai kebaikan kepada pemuja," katanya, semalam. 
 
 sinar/-  
 
     |        |      Pendedahan Anak tarik peneroka bersama Pakatan        Posted: 06 Feb 2013 05:40 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
 SIK: Persatuan  Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Negeri Kedah mengucapkan terima  kasih kepada pihak Polis Daerah Sik kerana membenarkan Presiden Anak,  Mazlan Aliman berucap selama satu jam berpentaskan kenderaan pacuan  empat roda di Felda Teloi Timur, malam semalam. 
 
 Ini, kata Pengerusinya, Zolkifli Abu Seman menyebabkan pihak  pengurusan Felda bersama samseng Umno yang sebelum itu bising terus diam  mendengar apa yang mereka tidak tahu selama ini. Beliau berkata, sikap polis yang profesional menghalang segelintir  pihak pengurusan Felda Teloi Timur dan samseng Umno wajar dipuji kerana  hasilnya Anak dapat juga memberikan penerangan walaupun ia ditentang  keras oleh sekumpulan mereka yang agresif di pintu masuk Felda  berkenaan.    Menurutnya, mungkin peristiwa semalam menggamit  ramai peneroka Felda keluar untuk melihat dan mendengar sendiri apa yang  diperkatakan pada ceramah tersebut.    Jika selalunya kata  Zolkifli, apabila ceramah di kawasan Felda yang hadir tidak sampai 400  orang tetapi malam semalam melebihi 1,500 orang termasuk samseng Umno.    Jelasnya, fakta yang diberikan oleh Mazlan akhirnya memukau para  hadirin apabila suasana yang sebelum itu penuh dengan maki hamun,  kata-kata nista kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ustaz  Azizan Abdul Razak akhirnya bertukar sepi, seolah-olah mereka tertarik  dan ingin tahu perkembangan Felda masa kini.    "Bersyukur kepada  Allah s.w.t kerana walaupun tidak boleh memijak kaki ke dalam FeldaTeloi  Timur dapat juga berada di pintu masuk. Apa yang penting ialah kesan di  sebalik perbuatan berkenaan," terangnya.    Beliau tidak  menyalahkan peneroka sebaliknya lebih kepada Umno dan pentadbiran Felda  yang bertindak menutup isu daripada pengetahuan mereka. Jika pendedahan demi pendedahan Anak dapat dilakukan, beliau yakin peneroka akan bersama Pakatan Rakyat. 
 
 harakah/-  
 
     |        |      10 tahun sewa rumah usang       Posted: 06 Feb 2013 05:20 PM PST    26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
                                 Mohd Azri di hadapan rumah usang yang disewanya sejak 10 tahun lalu di Kampung Padang Siam, ketika ditemui semalam.                                  PASIR PUTEH - Kesempitan hidup enam beranak di sini menyebabkan mereka  hanya mampu menyewa rumah kecil dan usang sejak 10 tahun lalu.    Mohd Azri Ariffin, 40, berkata, bahagian dapur rumah itu tidak boleh  digunakan lagi kerana zink bumbung sudah lama mereput yang memaksa  isterinya, Nor Asyikin Mohamad Nor, 36, menjadikan ruang bersebelahan  rang tamu sebagai dapur.    Katanya, dia yang hanya bekerja sebagai buruh di kedai pembinaan serta  berpendapatan tidak menentu susah semestinya tidak mampu memiliki rumah  sendiri dan berharap masalah yang dihadapi mendapat perhatian pihak  berkenaan seberapa segera.    "Saya sudah berjumpa dengan pemimpin tempatan, bertemu dengan pihak  Felcra tapi sehingga sekarang hasrat mendapat bantuan rumah tidak  tercapai.    "Saya benar-benar memerlukan bantuan itu untuk dibina di atas tanah  milik ayah saya di Kampung Telaga Papan, Semerak," katanya kepada Sinar  Harian semalam.    Lebih menyedihkan katanya, dua daripada empat anaknya merupakan orang  kurang upaya (OKU) yang memerlukan perhatian khusus iaitu Mohamad Hairi  Zulkarnain, 12, dan Mohd Rizal Azuwal, 17.    Mohd Azri berkata, dia tidak menafikan menerima banuan seperti orang lain tetapi ketika ini dia hanya memerlukan rumah.    "Kami perlukan rumah, kecil pun tak apa asakkan kami tidak lagi menyewa  di rumah usang ini kerana anak-anak kami memerlukan tempat selesa untuk  belajar.    "Salah seorang anak saya menghuni asrama di sekolahnya kerana suasana  di rumah ini tidak lagi sesuai untuk dia belajar, saya tidak mahu dia  gagal dalam akademik," katanya.    Katanya, sepatutnya tidak ada lagi orang susah sepertinya kerana kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.    "Kami tidak tahu kenapa bantuan itu tidak sampai kepada saya sedangkan  orang lain yang sudah pun memiliki rumah mendapat bantuan rumah daripada  kerajaan," katanya. 
 
 harakah/-  
 
     |        |      LTAT: Kerabat terkejut dengan pendedahan Deepak       Posted: 06 Feb 2013 05:00 PM PST   26 Rabi'ul Awal  1434 H. [MOD] - 
 
  KUALA LUMPUR: Kelab Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (Kerabat)  melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh ahli  perniagaan Deepak Jaikishan semalam berkaitan salah guna dana  anggota  tentera dalam kes pembelian Astacanggih Sdn Bhd. Sehubungan dengan itu, Pengerusinya, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar  (gambar) berjanji akan memperjuangkan perkara ini dan akan menggerakkan ahli kelabnya bagi memperjuangkan isu ini. Dalam  pertemuan Deepak Jaikishan dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  semalam, beberapa dokumen berkaitan penyelewengan ini didedahkan. Sehubungan  itu, Mahfuz menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil  memberikan penjelasan berhubung pembelian Astacanggih Sdn Bhd milik ahli  perniagaan, Deepak Jaikishan. Beliau berkata, penjelasan itu  penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung  Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan  anggota tentera.  Mahfuz  berkata, dokumen yang ditunjukkan oleh Deepak kepada beliau amat  mengejutkan tentang jenayah penyelewengan oleh pemimpin negara. 
 
 (Mahfuz dan rakan-rakannya melihat dokumen yang ditunjukkan Deepak semalam) 
 
 "Oleh itu saya minta pengerusi Bousted tampil ke depan dan jelaskan  siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau membeli syarikat milik Deepak  ini yang membawa kerugian besar kepada kepentingan anggota dan bekas  tentera.
  "Saya minta beliau tampil sebelum dikambing hitamkan," kata Mahfuz.
  "Saya  akan gerakkan anggota kelab saya untuk memperjuangkan hal ini.  Sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini, penubuhan Suruhanjaya Diraja  untuk menyiasat hal ini sangat perlu," kata Kolonel Nazari.
  Beliua masih yakin, inilah caranya untuk merungkai semua ini agar pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.
  "Apa guna kami berjuang untuk negara selama ini jika kepentingan dan kebajikan kami pun tidak dijaga dengan baik," kata beliau. 
 
 harakahdaily/-  
 
     |                  |   
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan