|      Ketua Pemuda UMNO Seputeh, @RazlanRafii Tawar Diri Bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia #1Malaysia #PAU2013       Posted: 28 Jul 2013 05:25 AM PDT   
 
 "Sekiranya tiada calon yang mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sendiri menawarkan diri untuk bertanding" - Mohd Razlan Muhamad Rafii Demikian ulasan Ketua Pemuda UMNO Seputeh semasa diminta untuk memberi  ulasan spekulasi beliau akan bertanding exco Pemuda UMNO Malaysia. Jelas beliau, hasrat untuk menggalas kerusi Ketua Pemuda UMNO disebabkan  atas rasa tanggungjawab terhadap kepentingan Islam dan bangsa Melayu di  negara ini. Mohd Razlan berkata, jika tiada calon yang bertanding kerusi Ketua  Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang dan YB Khairy Jamaluddin  tidak mahu mempertahankan posisi sekarang, beliau bersedia untuk  menggalas tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara tercinta.
  Ditanya adakah beliau akan tetap bertanding jika YB Khairy  mempertahankan posisi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau menjelaskan  tidak akan bertanding kerana beliau masih lagi yakin dan percaya dengan  kepimpinan YB Khairy Jamaluddin serta meletakkan harapan yang tinggi  transformasi Pemuda akan lebih jitu selepas pemilihan akan datang. Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Seputeh di  Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Taman Desa. Turut hadir YBhg Ketua  Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan dan Ketua Bahagian UMNO Seputeh &  Yayasan Seputeh, Datuk Mustapa Kamal. 
 
 sumber: REZQEEN HILL     |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan