| Harakahdaily,  | 14 Jun 2013  | 
  KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik  Kebangsaan (Pendidik Malaysia) mengalu-alukan  kehadiran warga pendidik  dari pelbagai institusi  ke Majlis Sanjungan Budimu Guru, Ahad ini di  Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Program yang   cukup bermakna ini dianjurkan dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap  Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan serta AmalNita Selangor  juga Pendidik.
Demikian kata Presiden Pendidik, Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) (
gambar bawah) dalam kenyataannya.

Bertemakan  "Guru Murabbi Penjana Khaira Ummah", suatu forum akan diadakan selain  acara perasmian yang akan disempurnakan perasmiannya oleh  Dr.  Halimah  Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal  Insan Negeri Selangor. 
Antara jemputan istimewa adalah Siti  Zailah Mohd Yusuf selaku Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga  merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.
Turut dijangka meraikan  majlis ini juga adalah  Dr. Hjh Siti Mariah Bt. Mahmud selaku Ahli  Parlimen Kota Raja merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Majlis  yang bermula pada jam 8.30 pagi ini akan berakhir hingga jam 1.00  tengahari dengan diserikan oleh ucapan perasmian, forum upacara memotong  kek, tayangan montaj dan jamuan sebagai penghargaan kepada warga  pendidik yang hadir.
Majlis Sanjungan Budimu Guru diadakan  sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik khususnya majoritinya  wanita yang sentiasa sabar dan tabah dalam mencurah bakti menggalas  tugas suci mendidik anak bangsa demi memartabatkan profesionalisme  perguruan dan agenda pendidikan dalam persada pendidikan negara. 
Selain  dari menjadi wadah dan wahana untuk saling bertukar – tukar pandangan  tentang masa depan anak bangsa, warga pendidik dapat mengeratkan  silaturrahim dan menyimpul ukhuwwah sesama teman seperguruan di Malaysia  yang tercinta dalam majlis yang bersejarah ini, kata Cikgu Mala.
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan