Isu Politik Pemimpin Melayu.  Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan Altantuya.  Isu Rasuah Pemimpin - Pemimpin Parti menjadi isu besar dalam perang ceramah, Isu Kalimah Allah dan pencerobohan Lahad Datu, Sabah.....  semua menjadi topik  bicara hari ini. Lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah menjadi sandaran,  fitnah memfitnah menjadi mainan dan saman menyaman menjadi alasan menghalalkan cara. Bukan itu sahaja semua  kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina. 

Apakah ini bukan  tanda-tanda awal kemusnahan Bangsa Melayu itu sendiri? Bukan kah ini menunjukkan  kedudukan Melayu itu, dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu.  Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong  Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa  satu perkara. Asasnya kita Bangsa Melayu, asas dan akar kita Bangsa Melayu yang beragama Islam dan perjuangan  kita untuk memperjuangkan Agama Islam dan  Bangsa Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita iaitu memperjuangkan  Agama, Bangsa dan Tanah Air? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada  kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Najib atau Anwar Ibrahim, kenapa harus  Ustaz Hadi,  kenapa harus UMNO atau PKR dan PAS. 

Keadaan semakin meruncing.  Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang  ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari  percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan  beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini  sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling  rendah.
Masa sudah tiba bahawa  Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu  kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu  akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus  melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan  tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri. 
Kita mulakan semula.  Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah  memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu  lain, golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu,  Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih  sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan  Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.  
Masa sudah tiba untuk  Melayu itu sedar bahawa krisis kita merugikan bangsa kita. Ini perlu untuk kita  sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan  bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita. Kita perlu  hari ini melakukan pengorbanan semula, Demi Melayu. Kita perlu mendesak agar  mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu.  
Masanya sudah tiba untuk  Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan  Melayu. Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini, mulakan menjadi Melayu  yang akan menentukan nasib bangsa kita. Seruan semua dari apa lapangan untuk  bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah  Melayu diselesaikan dengan segera. Kita haru memulakan langkah agar apabila kita  bangun keesokan hari Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi  hamba akibat persengketaan kita. 
   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan