|      DPP PADANG TERAP       Posted: 04 Jan 2013 09:35 PM PST      |   
    |      PAS Negeri Sembilan       Posted: 04 Jan 2013 09:31 PM PST      |   
    |      ULAMA PEWARIS NABI       Posted: 04 Jan 2013 03:53 PM PST                |      BUKAN BUKU DGN RUAS TAPI ANTARA PISAU DENGAN AHLI PARLIMEN BERUAS !       Posted: 03 Jan 2013 11:09 PM PST   [MK] Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang blogger pro-BN dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwanya telah melaporkan berita palsu terhadapnya dan rakan separtinya, Nga Kor Ming.
  Berita tersebut didakwa berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan beliau dan Nga yang berkaitan dengan satu isu tanah di Kelantan.
  Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ngeh (kiri) berkata bahawa tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap blogger pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan Berita Harian kerana didakwa memfitnah beliau dan Nga.
  Ngeh menyaman Mohd Jeffrey kerana posting di blognya yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember.   Berita Harian pula berdepan dengan tindakan undang-undang itu bagi artikel bertajuk "Hutan Sungai Relai Gondol" yang disiarkan di muka depan pada 27 Disember dan satu ulang-siar posting pisau.net mengenai isu itu.
  "Notis undang-undang sedang dikeluarkan kepada mereka dan tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka yang memfitnah kami," kata Ngeh, yang merupakan ahli Parlimen Beruas.
  Menurut Ngeh, pisau.net telah "secara palsu dan berniat jahat" melaporkan bahawa kerajaan Kelantan telah menganugerahkan kepadanya dan Nga 10,526 ekar tanah sebagai pertukaran untuk perjanjian bagi melantik pemimpin PAS, Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada tahun 2008.
  Beliau mendakwa bahawa blogger itu menggunakan nama samaran 'Encik Pisau Suka Hiris' untuk blog untuk menyembunyikan identitinya.      |        |      BLOGSPOT ULAMA PEWARIS NABI TELAH DIRASMI       Posted: 03 Jan 2013 05:42 PM PST   Alhamdulillah Majlis Ceramah berjalan dengan baik cuma sedikit cobaan dan dugaan Allah diturunkan makhlunya yang bernama hujan namun penduduk dan rakyat yang perlu penjelasan.Semua penceramah undangan dapat hadir dan bertuah pada PROZONE DAN RAKYAT SEKITAR dan sekalung tahniah pada semua petugas terutama Unit Amal, PAS Cawangan Kasturi, PAS Cawangan Kesumba dan PAS Cawangan Bukit Sentosa 2. Terima kasih dari PAS Zon Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang diketua Sdr Hasnizan  khususnya Lujnah Penerangan & Politik  yang diketua Sdr Zulkefli merangkap Ketua Cawangan PAS Bukit Sentosa 2 dan Johari halus yang menjadi Pengarah Program. TUAN HAJI MUHAMMAD IDRIS BIN AHMAD SEBAGAI YANG DIPERTUA PAS KAWASAN HULU SELANGOR  SEBELUM MERASMIKAN BLOGSPOT ULAMA PEWARIS NABI YDP PAS HULU SELANGOR SEMPAT MEMBERI  UCAPAN YANG SUNGGUH BERNAS DAN PANAS SERTA BERSEMANGAT KEPADA ORANG RAMAI . YDP PAS HULU SELANGOR YBHG TN HJ MUHAMMAD IDRIS BIN AHMAD SUDI MENERIMA 30 BORANG KEAHLIAN BARU TAMAN ROS YANG BERKEMUNGKINAN BESAR AKAN KE ARAH CAWANGAN PENAJA TIDAK LAMA LAGI. YDP PAS HULU SELANGOR MENERIMA 30 KEAHLIAN BARU PAS DARU TAMAN KASTURI YANG MENJADI TUAN RUMAH TEMPAT CERAMAH KALI INI.     |                  |   
    |      PEMUDA PAS DUN KIJAL       Posted: 04 Jan 2013 11:38 AM PST      |   
    |      Dupahang's Weblog       Posted: 04 Jan 2013 11:20 AM PST                  |      Di sebalik kecoh isu Amanat Hadi…       Posted: 03 Jan 2013 07:10 PM PST   Oleh: Haji Khair Mutanazzar bin Ismail, Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat). Isu kafir mengkafir menerusi "Amanat Haji Hadi" dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua. Memang ia merupakan isu yang [...]      |        |      Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah       Posted: 03 Jan 2013 05:15 PM PST   JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak? Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah [...]      |        |      Ceramah yang dikatakan Amanat Haji Hadi       Posted: 03 Jan 2013 05:08 PM PST   Ceramah yang dikatakan Amanat Haji Hadi KOMEN USTAZ HELMI ASSYAFIE , PONDOK SIK KEDAH      |        |      Rupanya Ini Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL       Posted: 03 Jan 2013 04:37 PM PST   Addin Deen at 1/04/2013 Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti [...]      |        |      Masih ada lagi mufti di Malaysia yang berani – Siapa ?       Posted: 03 Jan 2013 04:29 PM PST   Blog Manjung Mari Polemik isu amanat TG Haji Hadi masih lagi belum reda,, Umno masih belum nak mengaku kalah walaupun pada hakikatnya mereka dah pun tersungkor… Harapan atau talian hayat dalam isu ni umno hanya bergantung harap kepada mufti-mufti terutama sekali mufti Perak Al Umnoury… Baca sepenuhnya Di Sini Dimana amalan musyawarah yang disarankan oleh [...]      |        |      Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS       Posted: 03 Jan 2013 04:24 PM PST   Harakahdaily, KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didesak memohon maaf kepada Presiden PAS kerana didakwa berbohong mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung ‘Amanat Hadi’. Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait amanat tersebut. Sebaliknya hanya Majlis Fatwa Negeri [...]      |                  |   
    |      Batu Gajah Mari       Posted: 04 Jan 2013 11:14 AM PST                |      Gegorkan Batu Gajah esok!       Posted: 03 Jan 2013 11:29 PM PST   Moh datang beramai-ramai.. Bio Umno meraban teben.. Apa pulak depa nak buat ye!     |                  |   
    |      N45 Dr Halimah Ali       Posted: 04 Jan 2013 09:40 AM PST                |      EXCO Pendidikan round sekolah sesi 2013       Posted: 04 Jan 2013 06:21 AM PST   4/1/13 Klang  EXCO Pendidikan terus memantau sekolah dan prasekolah dengan permulaan tahun sesi persekolahan. Memang menjadi kerja rutin YB Dr Halimah tiap bermula sesi persekolahan awal tahun. Tujuannya ialah untuk melihat sendiri perkembangan di sekolah, menyaksi gelagat si anak dan juga pengorbanan ibu dan ayah yang menghantar anak yang baru bermula di sekolah mahupun prasekolah. Ada ibubapa yang masuk kelas bersama  si anak yang masih kurang rasa selamat untuk ditinggalkan. Ada pelajar tadika dan pelajar tahun 1 yang meleleh air mata  tapi majoriti mereka sudah mampu mengadaptasikan diri kerana sudah biasa dengan hidup 'bermasyarakat' sewaktu di tadika. Ada ibu ayah yang sanggup ambil cuti untuk pastikan anak mereka melalui orientasi yang berjaya di hari hari pertama mereka berada di bangku sekolah. Guru yang bijak dan minat akan mampu menggunakan kaedah tersendiri untuk memikat hati anak muridnya hingga mereka merasa selesa dan menganggapnya sebagai 'ibu' mereka. Guru seperti ini mudah dipatuhi segala arahannya dan dipercayai kata katanya. Anak kecil yang nalurinya eksploratif yang ditafsir sebagai 'nakal' mampu di disiplinkan guru yang berwibawa. Di sekolah atau tadikalah insan mula belajar berkongsi segala kemudahan awam seperti tandas, tempat makan dan minum serta main.Mereka mula dilatih menjaga masa dan menghormati hak orang lain. Mungkin pada mulanya mereka kekok bersama sama dengan orang lain.Apabila di beri dorongan mereka selesa dan seronok mempunyai ramai kawan. Pendidikan sepatutnya mampu menghasilkan manusia yang aman hidup dengan manusia, makhluk yang lain.     |        |      KESAN FASILITI YANG TIDAK DISELENGGARA       Posted: 04 Jan 2013 04:16 AM PST    Tak selenggara pam punca gangguan air di KL     SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas) tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur. Katanya, krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air Wangsa Waju. "Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju. "Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya dipetik Selangorku. Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu. Menurut Abdul Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut. Syabas ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu. "Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi. "Justeru,  Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula  industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," tegasnya. Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas: - gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi. - gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna - gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut - gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor. SUMBER: HARAKAHDAILY      |                  |   
    |      Mohamad Taufek Abd Ghani       Posted: 04 Jan 2013 09:03 AM PST                  |      Cinta Rasulullah Syarat Kejayaan       Posted: 04 Jan 2013 01:07 AM PST      |        |      Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau       Posted: 03 Jan 2013 07:25 PM PST     
 
 Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ; 
 
 Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458  
 
 Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826  
 
 Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC ,  Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690 
 
 Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406     |        |      Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat       Posted: 03 Jan 2013 07:22 PM PST      |                  |   
    |      KHIDMAT MERU       Posted: 04 Jan 2013 09:02 AM PST      |   
    |      Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh       Posted: 04 Jan 2013 07:36 AM PST      |   
    |      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 04 Jan 2013 01:37 AM PST                  |      SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang       Posted: 04 Jan 2013 12:35 AM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 AJawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan  Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak  mampu menghalang penipuan pada hari mengundi. Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan  Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat. Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat  'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin  berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari  untuk menghalang  pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang  berbeza.
  "Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat  kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.
  "Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.
  "Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan  oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu  seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum  diberikan kertas undi untuk mengundi.
  "Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap  boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu  sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat  kekal maka individu itu boleh mengundi.
  "Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas  undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu  untuk pastikan Umno menang.
  "Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari  matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini  memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin.
  Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah  satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun  dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti  pemerintah.
  Letak jawatan
  Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan  diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada  lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai  ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
  "Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan  Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan  SPR untuk menangkan Umno.
  "Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir.  Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita  ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun,"  katanya.
  Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata:
  "Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia."
  Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar.
  "Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
  "Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian  kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di  Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
  "Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.
  "Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa.  Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi  hakikat.
  "Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan  sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat  dengan gelak ketawa orang ramai.
  BN dalam keadaan keliru
  Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin  dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang  keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung  lagi.
  "Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
  "Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
  "Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi  isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan  dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
  "Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya.
  Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari  Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis  Malaysia. -FMT
      
 
     |        |      Tidak tidur sejak 13 tahun       Posted: 04 Jan 2013 12:35 AM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Ibrahim tidak pernah tidur sejak 13 tahun lalu apabila jatuh sakit dan banyak menghabiskan masa di biliknya.                                  MACHANG - Bekas imam, Ibrahim Nor, 73,  tidak pernah tidur dan  menghabiskan masa dengan merangkak mengelilingi ruang rumahnya pada  waktu malam sejak sakit, 13 tahun lalu.    Isterinya, Rokiah Mustafa, 60, berkata,  Ibrahim tidak mampu berjalan  dan melihat dengan baik sejak sakit dan banyak menghabiskan masa dengan  duduk di biliknya pada waktu siang.    Katanya, pertuturan bekas imam Madrasah Kampung Laklok itu juga tidak  jelas dan banyak menggunakan bahasa isyarat jika ingin memberitahu  sesuatu.    "Makcik juga tidur-tidur ayam, bimbang pakcik akan membuka pintu dan  keluar dari rumah pada waktu malam. Makcik sendiri tidak tahu apa  penyakitnya namun dia tidak mampu menguruskan diri dan bergantung  sepenuhnya kepada keluarga.    "Kami tidak mempunyai anak, mujur ada anak saudara yang menolong saya  enjaganya. Sebelum sakit, pakcik pernah beritahu dia dipatuk ular tetapi  apabila makcik memeriksanya, tiada kesan patukan malah dia juga sihat  seperti biasa namun lebih kurang dua minggu selepas itu, dia mula sakit  dan tidak mampu menguruskan diri sendiri," katanya ketika ditemui di  rumahnya di Kampung Laklok, di sini, semalam.    Rokiah berkata, mereka sekeluarga bergantung hidup kepada hasil jualan  pertanian suaminya dan hilang punca rezeki sejak Ibrahim  sakit.    Katanya, bagi mencari sesuap nasi, dia turut mengambil upah menjual  ubat-ubat  tradisional dengan menjaja di sekeliling kampung dan kawasan  sekitar.    "Selain itu, wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak  RM300 sebulan, turut membantu meringankan kesusahan kami memandangkan  kesihatan makcik juga tidak berapa baik dan tidak mampu keluar menjual  ubat setiap hari.    "Kalau makcik sihat dan ada orang tolong jagakan pakcik, makcik  akan  keluar menjual ubat.  Makcik juga bimbang apabila kami tidak dapat  membuka  uku akaun sebagaimana yang diminta JKM bagi menyalurkan bantuan  bulanan kepada pakcik.    "Makcik tiada kenderaan lagipun susah nak bawa pakcik ke bank untuk  buka buku akaun. Makcik berharap perkara ini dapat diselesaikan segera  agar bantuan itu dapat diteruskan seperti biasa," katanya.    Dalam pada itu, Rokiah berharap ada pihak yang sudi membantu mengubati penyakit suaminya termasuk melalui perubatan alternatif.    Katanya, pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengubati penyakit suaminya  yang pelik, namun masih belum berhasil tambahan pula,  wang yang ada  hanya cukup untuk keperluan harian. 
 
 sinar/-      |        |      Pertandingan menulis Harakahdaily, hadiah pertama RM10,000       Posted: 04 Jan 2013 12:16 AM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -        KUALA LUMPUR: Harakahdaily akan menganjurkan 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mulai hari ini hingga 18 Januari 2013 ini. Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000. 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100. Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini. Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil.  Tujuan 1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini. 2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran. 3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.  Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik.  Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;  "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis  amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu  menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum  dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi  pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa  mendengar, lagi sentiasa melihat.  Berdasarkan ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.  Hadiah 1 X Pemenang Utama RM10,000 1 X Pemenang Kedua RM5,000 1 X Pemenang Ketiga RM3,000 17 X Hadiah Saguhati RM100  Syarat penyertaan 1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.  2. Setiap penulis hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Jika  menghantar lebih daripada satu, penyertaannya akan ditolak. 3. Karya mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu mengikut standard ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka.  3. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 malam 18 Januari 2013.  4. Format kiriman emel mestilah dalam bentuk "notepad" atau "word".  Font yang digunakan mestilah Times New Roman bersaiz 14; single spacing,  justified, left indent, dan selang sebaris bagi setiap perenggan.  5. Panjang esei hendaklah sekitar 1500 – 2000 patah perkataan.  6. Pengirim mesti menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat  surat-menyurat, emel, nombor telefon dan pekerjaan (jika pelajar, sila  nyatakan institusi pengajian) pada bahagian hujung esei. Penyertaan  mestilah disertakan gambar berukuran pasport.  7. Karya mestilah  yang asli dan tidak disalin daripada mana-mana esei atau artikel penulis  lain. Karya yang dihantar akan menjadi milik pihak penganjur.  8. Kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta keluarga mereka tidak boleh menyertai pertandingan ini. 
 
 9. Keputusan sekretariat penilai adalah muktamad dan pemenang akan  dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon dan emel. Pihak penganjur  tidak bertanggungjawab terhadap risiko kesilapan teknikal.  10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta.  Hantarkan esei anda ke emel    budayaharakahdaily@gmail.com
 
     |        |      Lagi pesawat pengintip AS ditembak jatuh       Posted: 03 Jan 2013 11:58 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                  Pesawat pengintip  canggih Agensi Perisikan Pusat (CIA), RQ-170 Sentinel juga dilaporkan  telah ditembak jatuh oleh Iran pada 2011. - AFP
                                    TEHERAN - Iran, kelmarin mendakwa mereka sekali lagi telah menembak  jatuh dua pesawat pengintip RQ-11 milik Amerika Syarikat (AS) dalam  tempoh 15 bulan.    Kenyataan itu dimaklumkan oleh Laksamana Amir Rastegari kepada stesen televisyen tempatan dan agensi berita Fars.    Menurut beliau, kedua-dua pesawat pengintip tersebut ditembak jatuh  pasukan pertahanan udara antara Ogos 2011 dan November tahun lalu tanpa  memberi butiran lanjut berhubung lokasi dan bukti kukuh untuk  mengesahkan 'kejayaan' tersebut.    Difahamkan, pesawat AeroVironment RQ-11 yang boleh bergerak pada  kelajuan sehingga 95 kilometer sejam dalam tempoh 80 minit itu  sememangnya digunakan oleh perisik tentera AS termasuk negara sekutunya.      Bulan lalu, Iran turut mendakwa mereka telah menembak jatuh pesawat  pengintip kecil AS, ScanEagle di ruang udara Teluk, namun ia dinafikan  oleh Tentera Laut AS.  - AFP 
 
     |        |      Aktivis marah sirip jerung disembunyi        Posted: 03 Jan 2013 11:57 PM PST    21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 HONG KONG - Aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah  semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung  sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah.  
 
 Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip  jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah  yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa  oleh ramai penduduk Asia. 
 
 Seorang aktivis, Gary Stokes yang melawat lokasi berkenaan  menganggarkan terdapat antara 15,000 hingga 20,000 sirip ikan jerung  sedang dijemur di atas bumbung sebuah bangunan di kota metropolitan ini. 
 
 Sirip-sirip jerung itu dipercayai sebagai persediaan untuk memenuhi  permintaan mendadak bahan makanan tersebut menjelang sambutan Tahun  Baharu Cina pada Februari depan. 
 
 "Penemuan ini mengejutkan. Tindakan menyorok sirip jerung di kawasan  tersembunyi seperti ini adalah pertama kali berlaku di pulau ini," kata  koordinator kumpulan pemuliharaan alam sekitar tempatan, Sea Seherperd  kepada agensi berita AFP. 
 
 Sekitar 73 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dengan pulau ini  mengimport kira-kira 10,000 tan makanan tersebut sejak sedekad lalu. 
 
 Kebanyakan sirip ikan itu kemudian dieksport ke tanah besar China. Sekilogram sirip jerung kering boleh dijual pada harga HK$10,000  (RM3,911) di sini, manakala semangkuk sup sirip jerung berharga HK$1,000  (RM391). - AFP  
 
 
 
     |        |      Senat Mesir runding bebas tangkapan 'Ikhwan' di UAE       Posted: 03 Jan 2013 11:53 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
         KAHERAH: Mesir telah menubuhkan sebuah majlis untuk  berunding pembebasan warga Mesir yang ditangkap di UAE yang dilaporkan  mengintip dan mengumpul dana untuk Ikhwanul Muslimin, lapor media  tempatan Khamis lalu.   Majlis, yang ditubuhkan oleh Senat  yang mendapat kuasa baru, akan  "berusaha ke arah pembebasan doktor-doktor Mesir di Emirates dan  menyiasat keadaan tangkapan (mereka)," akhbar-akhbar memetik Presiden  Senat Ahmed Fahmi sebagai berkata.   Harian Al-Khaleej melaporkan minggu ini bahawa Emiriah Arab Bersatu  telah membongkar satu "sel" yang dikaitkan dengan Ikhwan yang merekrut  ekspatriat Mesir di negara Teluk, kebanyakannya doktor dan jurutera.   Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmud Ghozlan  (gambar) memberitahu AFP penangkapan itu adalah sebahagian daripada "kempen  zalim" terhadap ekspatriat Mesir, dengan Mesir menghantar seorang  penasihat presiden ke UAE untuk mengadakan perbincangan dengan  pemimpin-pemimpin UAE.   Sekurang-kurangnya 10 orang "yang terkandung di dalam sel yang  dikaitkan dengan kepimpinan Ikhwan di Mesir" telah ditangkap, ujar  Al-Khaleej.   Kumpulan tersebut "mengumpul sejumlah besar wang yang mereka hantar  secara haram kepada organisasi induk mereka di Mesir," menurut maklumat  rahsia pertahanan di UAE, di mana parti-parti politik diharamkan, "dan  mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai atasan Mesir."   Ia berkata "Ikhwan menawarkan latihan kepada sel tentang bagaimana untuk membawa perubahan rejim di negara-negara Arab."   UAE dan lain-lain monarki Teluk Arab sebahagian besarnya terlepas  pergolakan yang melanda Timur Tengah selepas kebangkitan di Afrika Utara  pada tahun 2011 yang menyaksikan kerajaan Islamis mula memerintah di  Mesir dan Tunisia.   Pada tahun lepas, Emiriah Arab Bersatu mengumumkan ia telah  mempecahkan beberapa sel yang ia dakwa telah berkomplot membahayakan  keselamatan mereka.   Dewan Senat Mesir yang didominasi Islamis diberikan kuasa perundangan  sehingga parlimen baru dipilih dalam tempoh dua bulan, akibat  perlembagaan baru yang kontroversi yang telah diluluskan melalui undi  popular pada bulan Disember. (asharq-e.com) harakah/-      |        |      Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah       Posted: 03 Jan 2013 11:41 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 Status Pakatan: RoS diam diri, dakwa Saifuddin Meskipun tempoh yang ada sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sudah begitu  hampir, Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun membuat permohonan  mendaftarkan gabungan itu sebagai sebuah entiti yang sah masih belum  mendapat sebarang maklum balas daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).  Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin  Nasution Ismail, sehingga ke saat ini, usaha permohonan gabungan itu  belum menampakkan hasil.
   "Kita sudah masukkan pendaftaran baru di mana Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar.
   "(Tetapi) sampai saat ini, kita tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas," ujar beliau pada sidang mingguan PKR, di sini, hari ini.
   Meskipun begitu, katanya, Pakatan tidak akan mengambil langkah untuk  menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu  mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya.
   "Pakatan Rakyat tidak akan ambil tindakan untuk menekan.
   "Dalam hal ini, agensi kerajaan yang bertanggungjawab yang mengambil  sikap diam diri. Apa yang penting, hasrat kita telah dilaksanakan," ujar  Saifuddin lagi.
   Sebelum ini,  RoS telah menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid  Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah  keluar dari PR.
   Saifuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata,  perkara membabitkan  pendaftaran berkenaan telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah  membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan dibuat oleh  Jawatankuasa Penaja baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili  oleh wakil-wakil parti, maka permohonan baru akan dikemukakan.
   "Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan  Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang," ujar beliau.
         
 
     |        |      Aceh haram wanita bonceng motosikal       Posted: 03 Jan 2013 11:39 PM PST    21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
  ACEH - Aceh mengeluarkan arahan wanita tidak dibenarkan membonceng  motosikal dengan lelaki selaras dengan penguatkuasaan undang-undang  syariah Islam.    Menurut Datuk Bandar  Lhokseumawe, Suaidi Yahya, ia diharamkan demi  menjaga tingkah laku dan moral rakyat wilayah Indonesia itu.  Risalah turut diedarkan bagi menyedarkan penduduk tempatan mengenai peraturan baru itu.    Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia mengamalkan undang-undang syariah, lapor BBC.    Di bawah peraturan baru itu, Datuk Bandar mengatakan wanita hanya  dibenar menaiki motosikal jika ada pelana sisi atau tempat duduk  tambahan kerana membonceng bersama lelaki dan perempuan melanggar  nilai-nilai Islam.    "Apabila seorang wanita membonceng motorsikal, dia kelihatan seperti  seorang lelaki berbanding jika duduk di tempat duduk tambahan, baru  kelihatan seperti wanita," kata Suaidi.    Katanya, pembonceng yang duduk di tempat duduk tambahan juga jarang jatuh.    Kerajaan tempatan akan menilai undang-undang baru ini dalam masa sebulan.    Ditanya sama ada mereka yang melanggar peruntukan itu akan dihukum, Suaidi berkata:    "Apabila ia menjadi undang-undang, secara automatik hukuman akan dikuatkuasakan."    Bagaimanapun menurut laporan BBC, Ulil Abshar Abdalla, aktivis yang berpejabat di Jakarta mengkritik pendekatan baru itu. 
 
 sinar/-  
 
     |        |      Tak selenggara pam punca gangguan air di KL       Posted: 03 Jan 2013 11:28 PM PST    21 Safar 1433H. [MOD] -    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas)  tidak menunding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat  itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.
  Katanya,  krisis air yang berlaku di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur adalah  berpunca daripada kegagalan syariakat itu menyelenggara Rumah Pam Air  Wangsa Waju.
  "Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti  pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan  sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.
  "Hasil  lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju pada 2 Januari dan melalui pemerhatian  dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor  dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya  dipetik Selangorku.
  Lawatan itu adalah sebahagian siasatan yang  dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor bagi  mengenal pasti punca krisis air yang terbaru itu.
  Menurut Abdul  Khalid lagi, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan  siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan  Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.
  Syabas  ujarnya patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang  termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara  Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.
  "Gangguan  bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS  memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam  Perjanjian Konsesi.
  "Justeru,  Kerajaan Selangor mendesak  kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula  industri air  diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA),"  tegasnya.
  Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor selepas siatan mereka membuat kesimpulan bahawa Syabas:
  -  gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak  dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian  konsesi.
  - gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat  di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih  besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna
  - gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut
  - gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor. 
 
 harakah/- 
 
     |        |      Dua pemimpin PAS selamat terima menantu       Posted: 03 Jan 2013 11:26 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -       
 
  KUALA LUMPUR: Dua pasangan anak pimpinan PAS selamat diijabkabulkan hujung minggu lalu. (Anak dan menantu baru Datuk Kamarudin Jaffar) Sabtu lepas, Datuk Kamarudin Jaffar, AJK PAS Pusat meraikan menantu  baru beliau, Norita Syazana binti Mohd Taroni yang berkahwin dengan anak  beliau, Saiful Adli Kamarudin. Majlis resepsi dibuat di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.  Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat, Anuar Tahir turut meraikan kedua-dua mempelai itu. Selasa, 1 Januari lepas, Anuar Tahir pula mengadakan resepsi untuk anak dan menantu barunya. 
 (Anak dan menantu baru Anuar Tahir) 
 
 Ia diadakan di Dewan Sirim, Shah Alam.
  Anak beliau selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya dan majlis resepsi diadakan Selasa lepas. 
 
 harakah/-      |        |      TG Nik Aziz seru rakyat sertai Himpunan 12 Jan       Posted: 03 Jan 2013 10:40 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -   KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru  seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau  kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12  Januari ini.   Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan  terhadap 'penderaan' dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan  pada rakyat di negara ini.   Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di rumahnya sebentar tadi  bagi mengulas program himpunan besar-besaran pertama tahun ini dan  terakhir sebelum pilihan raya umum.   Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak turun untuk menjayakan  himpunan itu walaupun dengan berkerusi roda demi untuk menyatakan  bantahan terhadap pemerintah yang zalim.   Katanya, mudahan dengannya juga dapat membuktikan Islam itu kuat.   Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.   "Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah," ujarnya sebaik pulang dari menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi.   Beliau memberitahu, perhimpunan berkenaan amat penting untuk  menyatakan bantahan rakyat pada kerajaan berhubung pilihan raya yang  bersih dan adil, bantahan terhadap Lynas, penindasan terhadap Felda  termasuk ISA.   "Orang Melayu kita ni hanya menyedari menzalimi orang lain sahaja  dianggap zalim, walhal kita membiarkan diri kita dizalimi juga sudah  tidak boleh," ujarnya.  
 
 harakah/-      |        |      Kalimah Allah: Mohd Sabu sokong pendirian PAS       Posted: 03 Jan 2013 10:30 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -         KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menyatakan sokongan kepada pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah.    "Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan  oleh Mursyidul Am PAS (Tuan Guru Nik Aziz) dan Presiden PAS (Tuan Guru  Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah," kata Timbalan Presiden  PAS itu kepada Harakahdaily.    Beliau turut menjelaskan tidak mengikuti perkembangan isu kalimah  Allah yang tercetus sejak Krismas yang lalu kerana baru saja pulang dari  luar negara.    "Jadi kenyataan Tuan Ibrahim saya pun tak baca lagi," kata beliau.    PAS telah menyatakan pendirian boleh menerima bahawa orang Kristian  berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama  mereka sebagaimana keputusan sebelum ini.    Manakala, PAS berpendirian terjemahan Bible harus mengikut teks asal  di mana Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan  'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada  teks asal.    Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan  Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan  Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman baru-baru ini.    Mohamad berkata ketika menjawab soalan wartawan-wartawan yang  menelefonnya, beliau hanya merujuk kepada penggunaan kalimah Allah  secara awam di mana PAS telah memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh  menggunakannya.    "Saya tidak merujuk kepada terjemahan kitab Bible tapi hanya penggunaan kalimah Allah secara general," kata beliau.
  harakah/-      |        |      Jelajah cari ular tedung       Posted: 03 Jan 2013 08:40 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Salman Fariz menitikberatkan kemahiran yang kukuh untuk mengawasi pergerakan ular berbisa                                  ALOR GAJAH - Seawal usia 9 tahun, seorang pemuda mula menunjukkan minat  terhadap keunikan ular sebelum dia mula bersahabat dengan 15 ekor ular  tedung pelbagai jenis. 
 
  Malah lebih mengagumkan lagi, Salman Fariz Zaharin, 28, dari Segamat,  Johor juga sanggup menjelajah ke negeri lain dengan hanya bermotosikal  untuk memiliki reptilia berkenaan.    Menurutnya, dia sanggup berulang alik dari Segamat ke merata tempat  untuk mendapatkan ular tedung selar sebelum diserahkan kepada beberapa  pusat pengajian untuk dibuat penyelidikan melalui bisa yang terdapat  pada ular berkenaan.    "Ketika saya di sekolah rendah, saya hanya berani bermain dengan ular  kecil seperti ular lidi dan daun tetapi apabila menginjak remaja, saya  mula memberanikan diri bermain dengan ular lebih besar dan berbisa,"  katanya.    Salman yang bekerja di Jabatan Pertanian berkata, dia memiliki lesen  dan permit dari Jabatan Perhilitan untuk membantu beberapa institusi  tertentu termasuk institut pengajian tinggi (IPT) yang memerlukan ular  tedung selar.    "Semua ular berkenaan dibekalkan untuk kajian dan penyelidikan. Saya  tidak pernah mengambil sebarang upah memandangkan ia hanya hobi  sampingan.    "Saya turut menerima jemputan daripada IPT terbabit untuk melakukan  penyelidikan terhadap ular tedung selar berkaitan bagaimana bisa ular  berkenaan dihasilkan sebelum dikaji dan dijadikan penawar bagi mangsa  yang dipatuk ular," katanya.    Menurut anak ketiga daripada sembilan beradik itu, menangkap ular  berbisa memerlukan kemahiran dan pengetahuan mendalam mengenai  selok-belok ular serta mementingkan keselamatan biarpun dia sendiri  belum pernah dipatuk atau dicederakan ular.    "Setiap individu perlu mahir dalam setiap pergerakan dan bahasa ular.  Teknik menangkap ular perlu mengikut prosedur betul supaya tidak  tersasar kerana ular tedung selar biasanya sensitif dengan pergerakan  manusia.      "Contohnya, ketika bermain dengan ular, kita perlu fokus pada ketepatan  mata ular kerana bisa ular tedung selar biasanya boleh membunuh dalam  masa beberapa saat bergantung pada bisa yang dihasilkan," katanya.      Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah,  Leftenan Muda (PA) Hamdan Mohd Saad berkata, dianggarkan hampir 1,000  kes laporan diterima membabitkan spesies ular berbisa dalam tempoh enam  bulan pertama tahun lalu.     Menurutnya, pihak JPAM ditugaskan untuk sesi kecemasan dan salah satu  objektif pasukan adalah menangkap ular berbisa yang didapati banyak  menyusup ke kediaman penduduk atau di mana sahaja hingga mengganggu  keselesaan orang ramai.   
 
  "Menangkap ular berbisa ini selain ular sawa perlu kemahiran tinggi  selain aspek keselamatan anggota atau individu semasa kerja dilakukan  dan ia perlu dititikberatkan oleh setiap orang," katanya.      Hamdan berkata, setakat ini belum pernah berlaku insiden semasa kerja  menangkap ular dilakukan membabitkan anggota mahupun orang ramai dengan  penggunaan alat keselamatan khas yang dibekalkan mengikut prosedur  ditetapkan.      "Pihak JPAM sentiasa bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat  mendapatkan ular untuk penyelidikan dan bukannya untuk mendapatkan hasil  dari ular yang diperoleh yang dibekalkan kepada individu tidak  berlesen," katanya.    Menurutnya, JPAM sentiasa menyokong penuh individu atau pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) yang memiliki permit dan lesen sah yang tahu  selok-belok ular berbisa supaya ia dapat dimanfaatkan kepada sesuatu  yang berguna kepada masyarakat. 
 
  "Individu mahupun anggota JPAM sendiri dinasihatkan supaya tidak  bermain dengan ular berbisa atau menangkapnya tanpa alat khas dan  pemantauan dari pihak yang lebih mahir kerana ia bakal mengundang  padah," katanya. 
 
 sinar/-            |        |      Citilink beli 25 pesawat turboprop ATR       Posted: 03 Jan 2013 08:00 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 JAKARTA - Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda menerusi bahagian  tambang murahnya, Citilink menyatakan telah menempah 25 buah pesawat  turboprop daripada ATR dalam usaha memenuhi pasaran penerbangan domestik  yang pesat berkembang menerusi pembelian bernilai AS$500 juta (RM1.5  bilion).  "Kami telah menempah 25 unit pesawat ATR 72-600, selain akan menyewa atau membeli 25 buah pesawat lagi pada tahun 2015.  
 
 "Dengan pesawat baharu ini, kami mahu menembusi wilayah-wilayah  pedalaman dan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan penerbangan  terhad," kata Ketua Pegawai Eksekutif Citilink, Arif Wibowo.  Rakyat Indonesia bergantung kepada pengangkutan udara berikutan  kedudukan geografi gugusan kepulauannya. Syarikat penerbangan di  Indonesia juga sering membuat pembelian pesawat dalam jumlah yang besar  berikutan golongan pertengahan negara itu kian meningkat.  
 
 Pada November 2011, Lion Air mengumumkan tempahan pesawat komersial  terbesar di dunia apabila menyatakan hasrat untuk membeli 230 unit  pesawat Boeing bernilai lebih AS$20 bilion (RM60 bilion).  ATR ialah syarikat kerjasama Perancis dan Itali yang berpangkalan di  Tolouse, Perancis. Ia menghasilkan pesawat turboprop yang berharga lebih  AS$20 juta (RM60 juta) sebuah.  
 
 Citilink dijangka menerima lima buah pesawat pertamanya pada  September depan. Bakinya dihantar menjelang 2017 dengan kontrak  pembelian akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini.  Citilink kini memiliki 21 buah pesawat, termasuklah Airbus A320 dan Boeing 737. - AFP  
 
     |        |      MP: Mati dalam tahanan, pastikan polis, k'jaan bertanggungjawab       Posted: 03 Jan 2013 07:30 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 Undang-undang  mesti dikuatkuasakan supaya polis dan kerajaan dipertanggungjawab  terhadap sebarang kejadian kematian dalam tahanan, kata Ahli Parlimen  Puchong, Gobind Singh Deo. Katanya, kerajaan harus menimbang  meminda undang-undang untuk membuat pegawai polis dan kerajaan sebagai  majikan mereka, bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan polis.  Dari segi liabiliti sivil, tambahnya, ini bermakna undang-undang harus  menganggap  bahawa pegawai polis yang menahan seseorang untuk siasatan, adalah  bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku kepada tahanan semasa  dalam tahanan, melainkan jika pegawai itu boleh buktikan sebaliknya.
  Ini,  kata Gobind, akan memastikan bahawa pegawai polis mengambil langkah  tambahan dan tanggungjawab untuk memastikan tahanan dijaga secukupnya  ketika di dalam tahanan.
  Beliau mengulas kematian K Nagarajan,  32, (kanan) yang didakwa polis meninggal dunia akibat terjatuh semasa  dalam lokap ketika tiga hari dalam tahanan bulan lepas.
      |        |      Mufti Johor minta maaf, tangguh pindah kubur       Posted: 03 Jan 2013 07:20 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -          PENGERANG: Majlis Amanat Mufti Negeri Johor sempena  projek penyediaan tapak dan kerja-kerja pengalihan kubur-kubur Islam  untuk pembangunan hub minyak dan gas (Rapid) kawasan Pengerang telah  diadakan di Kampung Teluk Empang pada jam 2.30 petang semalam.    Kehadiran Mufti Negeri Johor amat dinanti-nantikan oleh sebilangan besar  penduduk bagi mendapatkan penjelasan penuh terhadap kecuaian yang telah  dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor dan kontraktor yang  dilantik.   Semasa di dalam ucapan taklimat oleh Pengurus Besar Perbadanan Islam  Johor (PIJ) Haji Rashid, beliau memberitahu bahawa kerja-kerja  pemindahan kubur Islam tidak berwaris telah dilakukan secara sempurna  dan mengikuti hukum syarak serta fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti.   Beliau menambah bahawa sebagai pelaksana yang bertanggung jawab,  beliau telah dan sentiasa mematuhi ketetapan serta mendapat tunjuk ajar  dari pihak mufti sendiri.   Haji Hasnul Ahmad, anak jati kelahiran Pengerang telah mendedahkan  perkara sebenar akan kejadian di mana berlaku banyak kecuaian yang  dilakukan oleh pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ) selaku agensi  pelaksana projek pemindahan kubur Islam semasa menggali perkuburan islam  tanpa waris di Kampung Jawa dan di Kampung Sebong.   Beliau mendedahkan bahawa, pelaksana dengan secara sengaja tidak  menghormati jenazah dengan melakukan pengurusan lebih teruk dan buruk.  Nilai etika kemanusiaan telah hilang dan taraf jenazah Islam lebih  rendah dari haiwan peliharaan.    Beliau memberitahu bahawa syarat yang telah ditetapkan Mufti Negeri  Johor tidak tepati oleh pelaksana. Pengkebumian mayat-mayat yang digali  sama keperluan dan peraturan bagi mengebumikan jenazah yang baru  meninggal dunia.   Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan  tertibnya proses pemindahan kerana ianya adalah fardu kifayah buat semua  umat Islam.   Beliau menggesa agar Mufti Johor memberhentikan serta-merta  kerja-kerja penggalian semula perkuburan Islam sama ada perkuburan yang  berwaris atau tidak berwaris.   Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir di dalam ucapannya menggariskan  panduan-panduan dan peraturan khusus bagi melaksanakan kerja-kerja  pengalihan kubur-kubur Islam.   Beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) dan kontraktor yang dilantik agar memastikan semua syarat-syarat dipatuhi.   Di samping itu beliau telah meminta pihak pelaksana (PIJ) agar membina  perparitan di kawasan perkuburan baru di Kampung Punggai disebabkan  perkuburan baru tersebut becak dan air bertakung.   Pihak pelaksana juga diminta agar membina pagar di perkuburan baru  agar binatang liar tidak menceroboh dan manggali perkuburan. Kemudahan  jalan masuk juga hendaklah diturap jalan tar.   Kawasan perkuburan baru juga di minta agar di tanam dengan  pokok-pokok dan lanskap setelah tinjauan dibuat oleh beliau mendapati  perkuburan tersebut ibarat padang jarak padang terkukur.   Sehubungan dengan insiden yang berlaku, Mufti Johor akan memastikan  kerja-kerja pemindahan kubur ditangguhkan sehingga segala permasalahan  selesai.   Beliau telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam di  Pengerang dan terhadap kecuaian yang telah berlaku hingga menyebabkan  kemarahan penduduk. harakah/-   
 
     |        |      Ali Rustam Tak Boleh Jawab       Posted: 03 Jan 2013 07:00 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
    Pesuruhjaya   PAS Melaka, Adly Zahari berkata semua isu besar yang dikemukakan oleh   PR kepada Ketua Menteri Ali Rustam gagal dijawab termasuk isu wang  derma  Palestin, isu wang zakat, hutang kerajaan negeri, rasuah politik,   kegagalan projek-projek seperti Eye On, LTAM, Melaka River Cruise dan   lain-lain. "Semua isu-isu yang kita kemukakan dari sumber yang sahih antara Laporan Ketua Audit Negara gagal dijawab oleh Ali Rustam".  "Isu wang zakat RM13juta yang gagal dijawab, dia kata nak saman saya   kalau saya ungkit isu itu, saya akan ungkit seribu kali lagi dia takkan   berani saman".  "Wang derma Palestin yang berjumlah RM680,747  yang gagal diserahkan  kepada Palestin dia tak dapat jawab juga. Isu  kegagalan Eye On, LTAM  yang sunyi sepi, Melaka River Cruise yang  Cruisenya tak ada insuran dan  lain-lain semuanya tak dapat dijawab oleh  Ali" ujar Adly   Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran SAMM dan MTD Bukit Baru di Bukit Pulau malam tadi.      "Hutang negeri meningkat kepada RM865juta, rezab negeri tinggal RM8juta, apa jawapan Ali"       "Kalau dia jawab pun rakyat akan ketawakan beliau sebab jawapan itu melucukan"tambah Adly.     Adly berkata sudah sampai masanya rakyat menjatuhkan kerajaan BN di   Putrajaya dan di Melaka bagi memastikan negara dan negeri ini   diselamatkan demi masa depan rakyat.     "Jangan takut buat perubahan, jika kita takut kita akan ketinggalan dan mundur" tambah beliau.   selatan online/-      |        |        Lemak beri tenaga ketika sakit       Posted: 03 Jan 2013 06:45 PM PST    21 Safar 1433H. [MOD] - WASHINGTON – Berat badan berlebihan beberapa kilogram bukan sesuatu  yang buruk, demikian menurut satu analisis baharu melibatkan hampir tiga  juta orang. Analisis tersebut yang dibuat di Amerika Syarikat (AS)  mendapati mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau sedikit obes  berkecenderungan hidup lebih lama. Namun, pakar-pakar kesihatan memberi  amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa  kilogram itu bertambah dengan banyaknya.  
 
 Para penyelidik kajian berkenaan menggunakan data daripada hampir 100  kajian di seluruh dunia merangkumi maklumat kesihatan melibatkan lebih  2.8 juta orang dewasa. Antara sampel populasi tersebut, terdapat sekitar  270,000 kematian sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selepas beberapa  faktor lain seperti usia, jantina, tabiat merokok telah dikawal,  kumpulan dengan ketinggian dan berat badan 'berlebihan' didapati kurang  berisiko untuk mati sebanyak enam peratus berbanding mereka yang  memiliki berat badan normal. 
 
 Kajian sama turut mendapati mereka yang 'sedikit obes' dengan  ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30  hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia  sepanjang tempoh kajian. Namun, bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan  ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek  yang mempunyai berat badan normal. Penemuan terbaharu itu disiarkan  Selasa lalu dalam jurnal saintifik, Journal of the American Medical  Association (JAMA). 
 
 Pengarang-pengarang kajian itu memberikan beberapa sebab mengapa  sedikit berat berlebihan baik untuk tubuh manakala berat ekstrem pula  memudaratkan manusia. Mereka berkata, pertambahan lemak badan  membekalkan manfaat metabolisme yang dapat melindungi jantung atau  simpanan lemak berlebihan dapat membantu semasa ketiadaan selera makan  ketika sakit. Ketua penyelidik berkenaan daripada Pusat AS Untuk Kawalan  dan Pencegahan Penyakit (CDC) pernah menyiarkan satu kajian kontroversi  pada 2005. 
 
 Kajian itu menunjukkan terdapat kaitan antara berat berlebihan dan  jangka hayat lebih lama. Namun, kali ini, analisis kajian serupa dibuat  berdasarkan sampel lebih besar yang diambil dari negara-negara berbeza  di Amerika Utara, Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Dua saintis  bioperubatan, Steven Heymsfield dan William Cefalu dalam satu editorial  yang turut disiarkan Selasa lalu dalam jurnal JAMA mengulas, kajian  terbaharu itu dan beberapa penyelidikan lain menunjukkan sejumlah kecil  lemak berlebihan memberikan simpanan tenaga yang diperlukan badan  manusia ketika sakit atau membantu dalam cara lain. 
 
  Kata mereka, faktor-faktor tersebut masih memerlukan kajian lanjut.  "Penemuan ini menunjukkan tidak semua pesakit yang diklasifikasi  mempunyai berat berlebihan atau obesiti tahap satu terutamanya mereka  yang menghidap sakit kronik memerlukan rawatan pengurangan berat badan,"  jelas mereka. Pengarah CDC, Thomas Friedan ketika mengulas penemuan  tersebut berkata: "Kita perlu lebih belajar tentang obesiti termasuk  kaedah terbaik untuk mengiranya". – AFP  
 
 
 
     |        |      Selesai dahulu penempatan graduan Bahasa Inggeris       Posted: 03 Jan 2013 06:40 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Gabungan  Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) menggesa Kementerian Pelajaran  Malaysia (KPM) segera menyelesaikan masalah pengangguran graduan Ijazah  Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih berlarutan.    "GMPK melihat KPM gagal mengatasi masalah yang berulang dalam proses  penempatan guru ini. Ini bukan kali pertama bahkan saban tahun ia  berlaku seolah-olah tidak ada perancangan jangka masa yang panjang untuk  menyelesaikan permasalahan ini," ujar Pengerusi GMPK merangkap Naib  Presiden Gamis, Mohd Faiz Ismail.   Katanya, GMPK akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam  masa terdekat supaya menyegerakan selesai masalah pengangguran guru  dengan mempercepatkan penempatan guru dan GMPK turut akan menyampaikan  bantahan terhadap hasrat kerajaan Malaysia mengambil guru Bahasa  Inggeris dari India sedangkan (graduan) guru Bahasa Inggeris masih belum  ditempatkan lagi.   Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed  Khaled Nordin pernah mengeluarkan kenyataan tidak beretika yang  mempermainkan harapan graduan ISMP.   Dalam siaran Berita Harian online bertarikh 13 September 2012, beliau  mengatakan seramai 10,200 graduan ISMP yang menganggur akan diketahui  pada 28 September 2012 yang akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri  dalam pembentangan Belanjawan 2013.   Graduan ISMP tertungu-tunggu berita tersebut tetapi malangnya pada  tarikh tersebut tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari Perdana Menteri  Malaysia ataupun KPM sehinggalah Menteri Pelajaran Malaysia merangkap  Timbalan Perdana Menteri (TPM) mengeluarkan kenyataan berhubung isu  pengangguran graduan ISMP seminggu kemudiannya iaitu pada 4 Oktober  2012.   Dalam kenyataan tersebut, sekali lagi TPM memberi pengharapan seperti  sebelum-sebelum ini bermain dengan ekstensif masa umpama menunggu buah  yang tidak tahu hujung jatuhnya bila.   Walhal, graduan pendidikan dari institut pengajian tinggi terpaksa  mananggung pinjaman PTPTN yang perlu dibayar, terbelenggu dengan  perangkap kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan kerana memengang  status graduan pendidikan, dan ia memberi tekanan emosi dengan janji  yang tidak pasti dari kerajaan khususnya KPM.   Selain itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) turut  mendesak agar kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah pengangguran  terhadap graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.   Presiden Gamis, Azan Safar turut menempelak kerajaan dengan  mengatakan mahasiswa pada hari ini dibebankan dengan hutang pendidikan,  kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang kian tipis.   "Sungguh kasihan mahasiswa sekarang dibuli oleh kerajaan sendiri. Pekerjaan tak dapat, hutang sudah menimbun di belakang.   "Atas dasar inilah Gamis menyokong teguh pendirian supaya  menyelesaikan masalah pengangguran di Malaysia. Ini tidak syak lagi  menambahkan keyakinan Gamis untuk meneruskan kempen 'Mahasiswa Mahu  Tukar Kerajaan'," katanya lagi.                                                                                                                                           
 
 harakah/-     |        |      Jentera bomba bertembung sesama sendiri       Posted: 03 Jan 2013 06:30 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Keadaan salah sebuah jentera bomba dan penyelamat selepas berlanggar sesama sendiri, semalam.                                                                                                                                  Anggota bomba yang tercedera selepas kedua-dua jentera bertembung di Jalan Changkat Jong semalam.                                                                                                                                  Saibani sedang melihat tiga motosikal miliknya dan anak-anak yang musnah dalam kebakaran itu.                                  TELUK INTAN - Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi  memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua  jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri.    Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan  manakala lapan anggota lain selamat dalam kejadian tengah hari, semalam.    Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat  Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu  merempuh jentera di hadapannya.    Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas  tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar  raya terkemuka.    Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua  jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam  kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan  kecemasan beberapa minit sebelum itu.    Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui  di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar  dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari  tepat kejadian.    "Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki  tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah  kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai  rosak dan ditinggalkan di situ.    "Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang  mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian  belakang jentera hadapan," katanya.    Jentera bomba terbabas, rempuh pokok    Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas  lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala  jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di  hadapan.    Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian  hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk  di bahagian hadapan.      Minta bantuan bomba lain    Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan  daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu  memadamkan kebakaran di kampung berkenaan.    Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan.    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh  Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak  polis sedang menyiasat kejadian itu.      Warga emas nyaris rentung    Manakala, mangsa kebakaran di Kampung Esso, di sini, semalam, nyaris  rentung apabila rumah yang didiami bersama suami dan seorang anak hangus  dalam kejadian berkenaan.    Mangsa, Siti Asiah Salleh, 67, sendirian ketika kejadian berlaku, terselamat daripada rentung apabila diselamatkan jirannya.    Suami mangsa, Saibani Mohd Khairan, 60, berkata, ketika kejadian dia  mengisi minyak pada motosikal manakala anaknya keluar makan bersama-sama  rakannya.    Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang  memberitahu rumah mereka sedang terbakar sebelum menghubungi pihak Bomba  dan Penyelamat Teluk Intan.      20 minit tunggu bantuan    Saibani berkata, sebaik dihubungi, dia bergegas pulang ke rumah dan  mendapati isterinya  berada di rumah jiran sebelum dihantar ke Hospital  Teluk Intan (HTI) untuk menerima rawatan manakala sebahagian rumah yang  berusia lebih 20 tahun itu sudah habis terbakar.    "Saya bersama anak dan beberapa jiran cuba untuk memadam kebakaran itu tetapi tidak berupaya kerana api semakin marak.    "Kami menunggu bantuan dari pihak bomba tetapi sudah hampir 20 minit  namun, bantuan tidak  sampai-sampai menyebabkan saya buntu kerana  keseluruhan rumah kami hangus terbakar," katanya.    Saibani berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu sebuah kereta peronda  polis tiba dan memaklumkan bahawa kedua-dua jentera Bomba dan Penyelamat  Teluk Intan yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian terlibat  dalam satu kemalangan sesama sendiri.    Menurutnya, dia yang sedih apabila dimaklumkan berkenaan kemalangan melibatkan jentera bomba itu.    Kerugian lebih RM40,000    Saibani berkata, dia dan penduduk tidak dapat berbuat apa-apa sehingga  bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Hutan Melintang tiba.    Menurut Saibani, walaupun harta bendanya musnah namun dia rasa  bersimpati terhadap anggota-anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan  itu lebih-lebih lagi ketika sedang dalam perjalanan untuk membantu  menyelamatkan rumahnya.    "Selain harta benda termasuk peralatan elektrik dan perabot musnah, tiga motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.    "Jumlah kerugian di anggarkan lebih RM40,000 dan katanya punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba," katanya. 
 
 sinar/-      |        |      Rais pernah kata 'kalau dengar dari RTM, langsung tak berbunyi'       Posted: 03 Jan 2013 06:20 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] -        KUALA LUMPUR: "Tuan-tuan dengarlah, tapi kalau  dengar daripada TV3, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari RTM,  jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi..." 
 
 Demikian sedutan ucapan Datuk Seri Dr Rais Yatim sewaktu menjadi  Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 pada satu majlis satu ketika  dahulu. 
 
 Kini beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  membuat kenyataan yang berbelit-belit berhubung 'Amanat Haji Hadi'  apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta  diberikan masa satu jam untuk menjelaskan 'amanat' itu secara langsung  menerusi TV1 dan TV3. 
 
 Di bawah adalah ulasan daripada blog Pejuang Rakyat berhubung perkara itu. 
 
 
 
 Rais Yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni.  Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan  menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak  cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan  forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat Hadi benar-benar  menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan  semula Amanat Hadi, mereka  akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini  serba tak kena.  
 
 Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat  tapi dia sendiri tak menghayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah  nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat  Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan semula setelah 30 tahun  berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang  bandingkan kenyataan Rais Yatim hari ini berbanding sewaktu Rais   menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah.  Fikir-fikirkanlah... 
 
 harakah/-      |        |      GMI seru keluarga, bekas tahanan ISA hadir 12 Jan       Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 Gerakan  Mansuhkan ISA (GMI) menyeru bekas tahanan dan keluarga tahanan Akta  Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat  pada 12 Januari ini.  Sekretariat GMI, Ahmad Shukri Razab  berkata, salah satu tuntutan yang diketengahkan dalam perhimpunan itu  ialah menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam  Negeri (ISA).  Semalam,  katanya, genap setahun empat bulan dan 19 hari daripada tarikh  pengumuman pemansuhan ISA yang dibuat oleh Perdana Menteri pada sambutan  Hari Malaysia tahun 2011.  Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini, masih ada tahanan ISA yang dikurung di Kem Tahanan Kamunting.  Di samping itu, katanya dalam satu kenyataan semalam, ia diikuti dengan penggubalan satu undang-undang yang mirip kepada ISA. Oleh  itu, katanya,  GMI menyeru semua bekas mangsa ISA, keluarga mangsa dan  rakyat Malaysia untuk turun pada 12 Januari dan menyuarakan tuntutan  agar kerajaan segera membebaskan kesemua tahanan ISA. Perhimpunan  besar itu dirancang sebagai acara penamat kepada perhimpunan  Kebangkitan Rakyat yang diadakan pembangkang di seluruh negara sejak  beberapa bulan lalu.  Selain itu, Syukri berkata, sebelum ini,  GMI mengambil inisiatif untuk turun bertemu rakyat dengan mengikuti  jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Johor, Pulau Pinang dan Perak.  Menurutnya,  peluang itu digunakan bagi memberi pendedahan kepada rakyat mengenai  cerita sebenar di sebalik pemansuhan ISA yang diumumkan perdana menteri  pada tahun 2011.  Katanya, sekiranya merujuk kepada perintah  tahanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, tahanan terakhir  hanya akan dibebaskan pada bulan Januari 2014 iaitu dua tahun empat  bulan selepas ISA diumumkan termansuh.  "Kami telah mengedarkan  risalah mengenai kempen bebaskan tahanan ISA kepada masyarakat umum  selain berkesempatan memberi ucapan penerangan di pentas yang disediakan  untuk aktivis NGO.  "Melalui desakan yang konsisten daripada  rakyat, GMI percaya kerajaan akan terpaksa akur untuk membebaskan  kesemua tahanan ISA," katanya lagi. harakah/-      |        |      Loya bau busuk, berulat       Posted: 03 Jan 2013 05:40 PM PST    21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 Masalah saluran sampah yang tersumbat di tingkat dua dan tiga Blok A, Flat Larkin Perdana menyebabkan kesukaran kepada penduduk.                                    JOHOR BAHRU – Masalah saluran pembuangan sampah tersumbat di bangunan  17 tingkat yang berlarutan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan penduduk  Blok A, Flat Larkin Perdana, di sini terpaksa menahan loya dan bau  busuk setiap hari.    Kerosakan pada saluran pembuangan sampah dikatakan penyebab lubang saluran berkenaan dipenuhi sampah dan melimpah. 
 
  Lebih menjijikkan lagi apabila sampah berkenaan dipenuhi ulat yang  turut masuk ke dalam rumah penduduk akibat tersangkut pada saluran  pembuangan sampah berkenaan selama berhari-hari.    Salah seorang penduduk, Husni Abdul Rahman, 42 berkata, masalah itu  sudah berlarutan lebih sebulan lalu sehingga menyebabkan ketidakselesaan  kepada penghuni flat akibat bau yang terlalu busuk. 
 
  "Keadaan ini menyebabkan kesukaran kepada kami juga untuk membuang  sampah terutamanya bagi yang tinggal di tingkat paling atas," katanya. 
 
  Selain itu kata Husni, masalah yang membabitkan kira-kira 272 unit  rumah flat 17 tingkat itu pernah diajukan kepada pihak yang berkaitan  namun menemui jalan buntu selepas tiada jalan penyelesaian diambil. 
 
  "Perkara ini telah banyak kali dikemukakan kepada pihak berwajib,  tetapi pelbagai alasan diberikan dan masalah ini akan ditolak ke  pelbagai jabatan berlainan apabila setiap kali ia dirujuk," katanya.    Sehubungan itu, beliau berharap masalah yang dihadapi penduduk di  kawasan berkenaan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak yang  berkenaan agar kesukaran yang dihadapi dapat diatasi segera.    Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SWM Enviroment Sdn Bhd  (SWM), Shahrul Amir Abd Rahim berkata, masalah yang dihadapi penduduk  perlu diajukan kepada pihak pengurusan bangunan flat berkenaan untuk  tindakan lanjut.    "Sebarang masalah berkaitan penyelenggaraan dan fasiliti bangunan flat perlu dirujuk kepada pihak pengurusan bangunan.    "SWM hanya bertanggungjawab mengutip sampah dari pusat pengumpulan sampah di bawah bangunan.    "Namun kami menyarankan penduduk agar membuang sampah pukal mereka  seperti perabot atau peralatan dapur di bahagian bawah pusat pengumpulan  bagi mengelakkan masalah saluran sampah tersumbat," katanya. 
 
 sinar/-  
 
     |        |      Tsunami lumpur, 7 kenderaan terperangkap       Posted: 03 Jan 2013 05:20 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Seorang lelaki  terpaksa bertarung nyawa apabila kereta yang dinaikinya diseret hampir  100 meter selepas dilanda banjir lumpur di Putra Height, Subang jaya,  petang semalam.                                                                                                                                  Jentolak digunakan untuk membuang lumpur yang menutupi laluan berkenaan.                                                                                                                                  Saabana melihat keadaan keretanya selepas dihanyutkan lumpur di Putra Heights.                                  SUBANG JAYA – "Limpahan lumpur itu ibarat seperti tsunami, tidak sempat  hendak mengundur kereta, ia terlebih dahulu menghanyutkan kereta saya  sejauh lebih 100 meter," kata Saabana Sarijan, 54, salah seorang  daripada lapan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir lumpur di  Putra Heights, lewat petang semalam.    Saabana berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Alam Megah menuju ke rumahnya di Puchong.    Katanya, sebaik sampai di simpang tiga berhampiran Balai Polis Putra  Heights, dia berasa hairan melihat air lumpur memenuhi permukaan jalan  sebelum limpahan lebih deras menuju ke arah kenderaan dipandunya.    "Dalam keadaan kelam kabut, saya nampak dua kereta berada di depan  masing-masing dipandu wanita tersangkut serta tidak boleh bergerak  kerana 'terlekat' dalam lumpur.    "Saya juga cuba mengundurkan kenderaan tetapi gagal sebelum kereta tiba-tiba berpusing dan 'hanyut' lebih 100 meter," katanya.    Saabana yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, keretanya  penuh dengan lumpur namun bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami  kecederaan.      Ibu hamil terperangkap    Dalam kejadian itu, tujuh kenderaan mengalami kerosakan akibat terkena  air bercampur tanah yang mengalir deras dari kawasan atas Bukit Cermin  di sini.    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa  Kanan Bomba Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai  bencana itu kira-kira jam 6.12 petang sebelum 10 anggota dan sebuah  jentera dikejarkan ke tempat kejadian.    Beliau berkata, kejadian berlaku di simpang tiga Jalan Putra Bahagia dari Puchong menghala ke Cyberjaya.    Sebaik tiba, katanya, anggota mendapati lima kereta, sebuah van dan  sebuah motosikal yang kebetulan melalui jalan itu terperangkap dalam  banjir lumpur setinggi satu meter dari kawasan berbukit.    "Semua mangsa terperangkap dalam kereta namun tiada sebarang kemalangan  jiwa dan kecederaan dilaporkan. Mangsa termasuk salah seorang  daripadanya ibu mengandung hanya terkejut dan ketakutan," katanya.    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner  Yahaya Ramli pula berkata, kejadian berlaku dengan jarak 500 meter dari  Balai Polis Putra Heights. 
 
  Katanya, kedua-dua laluan itu diliputi lumpur dan terpaksa ditutup  sepanjang lebih tiga kilometer untuk memberi laluan kerja-kerja  pembersihan dilakukan. 
 
  Beliau berkata, lalu lintas kawasan terbabit tidak tergendala kerana  ada dua jalan alternatif lain boleh digunakan penduduk termasuk Lebuh  Raya Elite dan juga Alam Megah.    Yahaya berkata, sebuah bilik gerakan kecil didirikan untuk memastikan  kawasan terbabit selamat sehingga kerja-kerja pembersihan selesai  dilakukan.    Katanya, ketika kejadian tiada hujan dan percaya ia berlaku apabila  tanah yang runtuh masuk ke dalam takungan air sebelum mengalir ke  permukaan jalan.    Kata Yahaya lagi, beliau difahamkan, menara pencawang elektrik yang  terletak berhampiran tanah runtuh tidak terjejas dan akan memanggil  pihak berwajib mengkaji semula tahap keselamatan di lokasi.    "Selepas dibersihkan dan dipastikan selamat baru jalan yang terjejas  hampir 500 meter ini  akan dibuka semula kepada orang ramai.    "Buat masa ini, kita nasihatkan semua penduduk Putra Heights gunakan laluan alternatif lain dahulu," katanya.      Arahan henti kerja    Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengeluarkan arahan berhenti  kerja kepada pemaju yang menjalankan kerja pembinaan di kawasan  terjejas akibat  limpahan banjir lumpur,.    Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, kejadian banjir  lumpur di kawasan itu dipercayai berpunca daripada kerja pembinaan  tebing oleh pemaju.    Menurutnya, pihaknya sudah mengarahkan pemaju membuat kerja pembersihan  di seluruh kawasan terlibat termasuk longkang awam pada malam semalam  juga.    Beliau berkata, kerja itu diarahkan disiapkan selewat-lewatnya pagi ini  supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada penduduk setempat.    Abdullah berkata, kerja pembinaan dilakukan pemaju mempunyai kelulusan  daripada MPSJ, bagaimanapun esok (hari ini) majlis akan mengeluarkan  arahan berhenti kerja bagi apa juga kerja pembinaan sehingga siasatan  dan tindakan selanjutnya dijalankan.    "Malam ini (semalam) fokus tertumpu kepada kerja pembersihan dan  pembaikan, sehingga siasatan dilakukan tiada apa-apa kerja dibenarkan  dilakukan pemaju di situ.    "Bagi laluan pula, ia akan ditutup sementara waktu dan keadaan di lokasi masih selamat," katanya.    Sementara itu, wakil pemaju memberitahu pihaknya menjalankan kerja  pembinaan di kawasan berbukit itu bermula awal tahun lalu dan dijangka  siap dalam tempoh lima tahun lagi.    Katanya, projek di atas bukit termasuk pembinaan 150 rumah semi-D, 100  unit banglo dan 600 unit kondominium serta sebuah sekolah antarabangsa.    Menurut wakil pemaju itu, tanah yang runtuh bukanlah daripada kawasan  berbukit sebaliknya tanah tambahan yang digunakan untuk pemajuan kawasan  berkenaan.    "Selepas ini kita akan bincang dengan MPSJ sama ada boleh sambung kerja di situ atau tidak," katanya. 
 
 sinar/-      |        |      TG Nik Aziz lihat kereta disimbah cat       Posted: 03 Jan 2013 05:00 PM PST   21 Safar 1433H. [MOD] - 
 
           (TG Nik Aziz melihat kereta Nazri yang disimbah cat merah)   KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana  kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini. Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi. Kereta  Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak  dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut  royalti minyak ke Jeli pagi ini. Menurut saksi, kereta Kancil  berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas  meninggalkan rumah  Nazri Deraman. Adik Nazri, Fikri, 23 bersama  seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri  ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini. Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards). Bahagian  belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat  merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta. Sebuah  lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian  tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua  basikal anaknya. Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir. harakah/-       |                  |   
    |      Idris Ahmad       Posted: 03 Jan 2013 11:09 PM PST                |      Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah.       Posted: 03 Jan 2013 03:58 PM PST   Batal Penjelasan Amanat, Terbukti Umno Parti Penakut dan Pemfitnah.   Idris Hj Ahmad   4/1/13   Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan. Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO. Isu amanat menambah satu lagi hujah bahawa memang Umno bukan parti yang suka mencari kebenaran. Isu ini dibiarkan untuk dipolitikkan menjelang pilihanraya di dalam usaha memancing undi. Umno memperalatkan semua pihak untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan kapal Umno yang sudah hendak karam. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa orang mufti telah diambil untuk menjadi benteng pertahanan Umno. Walau pun isu ini sudah berlalu lebih 31 tahun  sejak 7 April 1981.  Tindakan Jakim dan ulamak pengampu  yang tumpang sekaki telah tercalar. Apa tidaknya isu yang sudah berlalu lebih 31 tahun baru disedari tentang bahayanya. Masyarakat melihat betapa lembabnya  institusi ini, seolah-olah menjadi talian hayat untuk Umno.       Kesediaan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk bersemuka dengan semua pihak yang dilantik oleh kerajaan menunjukkan kewibawaan beliau seorang ulamak yang bertanggungjawab atas apa yang berliau nyatakan. Sebaliknya penolakan pihak kerajaan untuk membenarkan Presiden Pas untuk menjelaskan selama sejam di dalam televisyen secara langsung menampakkan sikap pengecut pihak kerajaan. Tuan Guru Haji Hadi meminta sejam sahaja, selebihnya pihak kerajaan boleh membalas kembali hingga kiamat.       Pemimpin Umno takut hujah yang dikemukan oleh Presiden Pas akan mempengaruhi orang ramai dan merbahaya, ini diakui sendiri oleh Khairi Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Umno bimbang  orang akan meninggalkan Umno dan menyertai perjuangan Pas.    Filed under:  Politik         |                  |   
    |      PAS Negeri Sembilan       Posted: 03 Jan 2013 09:43 PM PST                  |      Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau       Posted: 03 Jan 2013 07:26 PM PST   
 
 Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ; 
 
 Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458  
 
 Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826  
 
 Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC ,  Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690 
 
 Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406     |        |      Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat       Posted: 03 Jan 2013 07:21 PM PST      |        |      Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013        Posted: 03 Jan 2013 05:50 AM PST     
 
 KEM GEN-Q Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad) Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan 
 
 Pelbagai aktiviti menarik; Jungle trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan Umat dan banyak lagi 
 
 Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma t-shirt Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM 
 
 Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN   
 
     |        |      Kuarters guru jadi kelas       Posted: 02 Jan 2013 10:25 PM PST     
 
 3 Januari 2013   
 
 TELOK KEMANG – Gara-gara lambakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kemang yang terlalu ramai, beberapa kuarters guru terpaksa dijadikan bilik darjah Kelas Agama Petang (KAP) sejak setahun lalu. 
 
 Rata-rata ibu bapa dan penjaga murid berharap agar SK Taman Intan Perdana yang dibina kira-kira lima kilometer dari sekolah berkenaan akan segera beroperasi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. 
 
 Tinjauan mendapati, seramai 1,569 murid SK Telok Kemang yang memulakan sesi persekolahan semalam terpaksa menjalani dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. 
 
 Inisiatif ini dilaksanakan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid bagi sesi pembelajaran dan pengajaran mereka, malah guru juga mengambil pendekatan menggilirkan kelas tambahan pada waktu petang kepada murid tahun enam bagi menangani kekurangan kelas. 
 
 Bapa, Abd Rahman Rais, 35, berkata, dia sedia maklum dengan masalah yang berlaku dan berharap agar SK Taman Intan Perdana boleh segera beroperasi. 
 
 Menurutnya, sekolah itu dibina atas janji Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang lalu dan sepatutnya ia beroperasi pada sesi persekolahan 2011, namun atas beberapa masalah yang berlaku ia tertangguh sehingga kini. 
 
 "Saya amat berharap sekolah itu dapat dibuka dalam masa terdekat ini kerana apa yang saya lihat bangunan sekolah semuanya sudah siap dan hanya menunggu jalan diturap," katanya. 
 
 Manakala Zuril Arif, 33, berkata, anaknya baru mendaftar di tahun satu dan dia mahukan anaknya mendapatkan kemudahan pendidikan saya selesa. 
 
 "Murid di sekolah ini terlalu ramai tetapi kemudahan infrastrukturnya kurang menyebabkan pengurusan terpaksa melaksanakan dua sesi persekolahan sedangkan konsep itu sudah tidak dilaksanakan di negara kita," katanya. 
 
 Sementara Maimunah Hashim, 33, berkata, walaupun mempunyai murid yang padat, namun rekod pencapaian kecemerlangan SK Telok Kemang ini sangat baik terutamanya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 
 
 Menurutnya, disebabkan itu ramai ibu bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah itu. 
 
     |                  |   
    |      PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'       Posted: 03 Jan 2013 09:36 PM PST      |   
    |      PAS LENGGONG       Posted: 03 Jan 2013 07:44 PM PST                  |             Posted: 02 Jan 2013 10:54 PM PST   | http://paspb2.blogspot.com, | 03 Jan 2013 |  
  Pada 27 Disember lalu berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.
  Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.
  Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).
  Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor. 
 
 
 Seramai 30 orang warga telok bakong telah mengambil keputusan untuk menyanggah kerajaan yang sedia ada dengan menyertai perjuangan Parti Keadilan Rakyat.
  Hasil temubual dengan wakil ahli baru PKR ini, mereka menyatakan kesangupan dan kesediaan untuk melakukan kerja kerja kempen semperna PRU 13 ini,kerana mereka merasakan bahawa kerajaan UMNO/BN sudah diperuntukan masa yang panjang untuk mentadbir dengan baik,tetapi kerajaan ini telah gagal berbuat demikian.
  Sewajarnyalah kerajaan yang gagal ini ditumbangkan dan digantikan dengan kerajaan yang menunjjukan prestasi pemerintahan yang baik. Rumusan dan kesimpulan dari simulasi pilihanraya yang diadakan pada 25 hb Disember dahulu turut dihuraikan pada majlis ceramah ini.
  Secara keseluruhan,dari hasil cerapan data yang diperolehi menunjjukkan bahawa PR mempunyai harapan dan peluang yang besar untuk memenangi pilihanraya ini.
  Jentera kempen juga turut mengedarkan risalah risalah kepada tetamu yang hadir didalam usaha untuk menyedarkan dan menyebarkan kepada rakyat tentang perlunya suatu usaha yang gigih untuk menumbangkan kerajaan Umno BN. Telok Bakong Online
 
    |  | Cikgu Hani pun dah join Pakatan Rakyat |  
 
 
   |  | Zaharin..Jangan Ko cocok mate Pak Yeop tu..hi..hi.. |  
     |        |             Posted: 02 Jan 2013 10:53 PM PST    KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus menghentikan 'serangan keganasanan cukai' terhadap usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebaliknya menyiasat mereka yang telah membuat 'sumbangan' haram kepada BN atau memiliki kekayaan luar biasa dan gaya hidup mewah. 
 
 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini bagi membuktikan LHDN adil, tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak. 
 
 Begitupun, katanya DAP mengalu-alukan usaha LHDN untuk meningkatkan hasil cukai melalui keuntungan produktiviti dan memantapkan pematuhan cukai. 
 
 "Ini tidak sepatutnya mengakibatkan 'serangan keganasan cukai' terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk siasatan untuk kes cukai yang melebihi 6 tahun yang lampau," ujarnya dalam satu kenyataan. 
 
 Demi kepentingan undang-undang, katanya sebarang peningkatan dalam pengutipan cukai tidak seharusnya diperolehi daripada penindasan sektor tertentu sementara mereka yang mempunyai kabel politik dilepaskan. 
 
 LHDN telah berjaya meningkatkan pengutipan hasil cukai pendapatan korporat daripada RM36.3 bilion pada tahun 2010 kepada RM46.9 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 29% serta peningkatan hasil cukai pendapatan individu daripada RM17.8 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.2 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan 13.5%. Cukai pendapatan korporat dijangka meningkat 15.5% kepada RM54.1 bilion pada tahun 2012 manakala cukai pendapatan individu dijangka meningkat 11.1% kepada RM22.4 bilion dalam tempoh masa yang sama. 
 
 Namun demikian, kata beliau komitmen baru oleh LHDN ini tidak harus menjadi alasan untuk memburu orang dengan sewenang-wenangnya. 
 
 Ini, ujarnya termasuk mengejar cukai lama yang melebihi 6 tahun serta penggunaan Akta Pengubahan Wang Haram 2001 untuk menakuti PKS untuk 'melangsaikan' tuntutan tertunggak. 
 
 Tambahnya, PKS yang merupakan tunjang belakang ekonomi kita, juga menghadapi cabaran-cabaran domestik seperti pematuhan kepada Akta Saingan Adil 2010 dan persediaan untuk pelaksanaan gaji minima tahun ini. 
 
 Lim berkata, daripada menggunakan taktik keras dan 'serangan keganasan cukai' terhadap PKS dan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membuli NGO seperti Suaram, LHDN sepatutnya membuktikan bahawa mereka bersifat adil dengan menyiasat 'sumbangan' RM40 juta kepada Umno melalui Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, mereka yang terlibat dalam skandal RM250 juta 'lembu dan kondo' serta kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin BN seperti Ketua Menteri Sarawak. 
 
 Katanya lagi, DAP menyeru agar kerajaan mempertimbangkan pemindaan kepada Akta Pembatasan 1953 supaya agensi-agensi kerajaan seperti LHDN tidak diberi carte blanche untuk menyiasat tuntutan cukai tanpa statut pembatasan. 
 
 DAP, ujar beliau mencadangkan bahawa 6 tahun yang kini digunakan sebagai status pembatasan untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin medapatkan tuntutan di bawah Akta Pembatasan 1953 juga diterima pakai oleh LHDN. 
 
 "DAP juga menyeru agar kerajaan mempertimbangkan 'pengampunan' bagi cukai-cukai melebihi 6 tahun yang tidak dibayar untuk membantu PKS melalui keadaan ekonomi semasa yang susah ini," katanya yang juga Ketua menteri Pulau Pinang.     |        |             Posted: 02 Jan 2013 10:38 PM PST    KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai di atas kematian Pahlawan Negara, Kanang a/k Langkau, 68, ( gambar) awal pagi tadi di Hospital Besar Sarawak. Kanang meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital apabila beliau mengadu mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumah pada kira-kira tengah malam, kata isterinya, Datin Brawang Chunggat. Kanang, seorang pegawai waran bersara, adalah penerima terakhir Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu anugerah tertinggi untuk keberanian negara selain juga turut menerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) semasa hidupnya. Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1. "Saya mewakili Lajnah Hal-Ehwal Sabah & Sarawak DPPM, PAS Sarawak dan PAS Kawasan Batang Lupar dengan ini mengucapkan takziah dan berharap agar keluarga mendiang bersabar di atas kehilangan mutiara negara yang tidak ternilai ini," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Hal-Ehwal Sarawak, Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau yang juga Yang Di-Pertua PAS Kawasan Batang Lupar, Sarawak berkata, kehilangan Kanang adalah satu kehilangan kepada negara dan Sarawak.     |        |             Posted: 02 Jan 2013 10:36 PM PST    Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa. 
 
 
 
 Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan. 
 
 "Siapa yang hendak memberitahu Najib itu" merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan? 
 
 Pertamanya jika Najib diundurkan maka setiap ahli kabinet yang ada termasuk Muhyiddin sepatutnya berundur sekali kerana mereka semua ini adalah ahli-ahli kabinet lantikan Najib. Jika Muhyiddin mengambil alih imej parti akan menjadi seperti biasa sahaja dan tidak akan ada perbezaannya. Ini adalah disebabkan mereka semua ini datangnya dari acuan yang sama....hanya namanya sahaja yang berlainan. Tidak seorang pun di dalam kabinet itu yang sepatutnya mengambil alih. Jika Najib di gantikan oleh Muhyiddin ia bukan perubahan namanya. 
 
 Isunya ialah bagaimana hendak menukar persepsi rakyat itu. Sebenarnya untuk menukar persepsi rakyat terhadap UMNO itu ia mesti bersama dengan siapa atau kumpulan mana yang menerajui parti itu.. Najib dan Muhyiddin ini merupakan pemimpin yang mempunyai satu mentaliti dan jika perubahan pimpinan UMNO itu adalah di antara manusia yang sama sahaja, sikap dan nilai kepimpinannya pertukaran itu tidak akan memberi makna kepada UMNO. Imejnya akan sama. Isu rasuah yang terlekat kepada UMNO itu akan masih menjadi stigma kekal kepada parti itu dan semuanya sama. 
 
 Yang sangat perlu ditukar ialah wajah UMNO itu sendiri dengan imej parti yang berlainan dan ini boleh dilakukan jika UMNO berani bertindak untuk menukar semua pimpinannya yang ada dalam Majlis Tertinggi dan Kabinet yang ada pada hari ini. Pertukaran besar-besaran ini akan membawa harapan baru kepada UMNO untuk berhadapan dengan rakyat yang sudah begitu jemu dengan kelakuan dan sikap serta nilai barisan kepimpinan yang ada pada hari ini. 
 
 Rakyat sudah begitu jelak dengan isu-isu skandal kewangan dan rasuah yang terbongkar setiap minggu dan bulan sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua isu ini melibatkan rasuah dan salahguna kuasa yang melibatkan wang rakyat. Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki lagi dan rakyat telah memberikan persepsi yang UMNO ini sentiasa melakukan kerja-kerja bagaimana hendak mencuri dan membaham harta rakyat tanpa malu dan silu. 
 
 Jadi kalau ada usaha dalam UMNO yang inginkan Muhyiddin mengambilalih Najib, ia hanyalah merupakan permainan politik dalam UMNO. Kelemahan yang terdapat kepada Najib itu diambil kesempatan oleh pihak yang ingin mengambilalih kepimpinan negara. Usaha sebegini tentulah ada 'pengarah'nya dan orang ramai boleh membuat andaian yang agak tepat tentang perkara ini. 
 
 Itulah sebabnya saya pernah menulis dengan panjang lebar tidak berapa lama dahulu yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi musuh yang paling bahaya untuk Najib ialah dari dalam UMNO itu sendiri. 
 
 Dalam posting yang lepas saya telah mengatakan dengan jelas yang UMNO tidak mampu bertahan lagi. Keadaan ini tidak dapat sesiapa nafikan kerana ramai rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO. Apabila rakyat nampak permainan intra parti UMNO itu  menyebabkan UMNO kehilangan keyakinan terhadap parti itu. 
 
 Tiada siapa dalam UMNO yang sayangkan parti itu. Jika ada rasa sayang kepada partinya tentulah UMNO khususnya kepada pemimpin-pemimpinnya membuat tindakan drastik dengan menukar kepimpinannya secara besar-besaran. Kalau ada sesiapa dalam UMNO yang mengaku mereka berkorban itu hanyalah cerita dongengan untuk menyedapkan ucapan di khalayak ramai semata-mata. 
 
 Hanya Pakatan Rakyat mesti berusaha menjauhkan sikap seperti yang ada di dalam UMNO itu jika mendapat mandat rakyat. Bagi orang Melayu mereka tetap mempunyai tuah kerana PAS mampu untuk menjadi pengganti kepada UMNO kerana parti itu jelas begitu serius dalam pertarungannya untuk membela bangsa Melayu dan Islam dengan sepenuh kudrat yang ada. 
 
 Pandangan saya ini tentulah dibantah oleh penyokong tegar UMNO, tetapi itu tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya yakin apa yang saya perkatakan ini akan terbukti dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PAS berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua bangsa di negara ini kerana Islam itu adalah agama yang adil dan saksama. 
 
 PAS mempunyai kerjasama yang begitu rapat dengan DAP yang sangat di gusarkan oleh UMNO di tambah pula dengan sokongan PKR yang memberikan impak yang begitu besar terhadap keutuhan Pakatan yang bertujuan untuk kebaikan bersama itu. 
 
 Bagaimana pun akhirnya ketentuan Maha Pencipta jugalah yang akan terlaksana. Tetapi percayalah, perjuangan menentang kezaliman itu adalah perjuangan yang pasti mendapat kejayaan. -     |                  |   
    |      Rembau Hari Ini       Posted: 03 Jan 2013 07:36 PM PST                |      Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau       Posted: 03 Jan 2013 07:28 PM PST     
 
 Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke akaun berikut ; 
 
 Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban) Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458  
 
 Nama akaun : PAS DUN PAROI No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) Hubungi Hj Fisol 019-3440826  
 
 Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG No akaun : 0501-0000394-10-0 Bank : CIMB ISLAMIC ,  Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690 
 
 Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA No akaun : 05-021-02-011755-8 Bank : Bank Islam Malaysia Berhad Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406     |                  |   
    |      ULAMA PEWARIS NABI       Posted: 03 Jan 2013 03:19 PM PST                |      AKHIRNYA BEKAS YDP KENA PENJARA !       Posted: 03 Jan 2013 01:13 AM PST   Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
  Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
  Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
  Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
  Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.
  Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama
     |                  |   
    |      Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm-   Mempersada Perjuangan       Posted: 03 Jan 2013 11:34 AM PST                  |      Padanlah Ketua Pemuda Umno macam itu       Posted: 02 Jan 2013 03:45 PM PST    KOTA BHARU: Pemuda  PAS Kelantan melahirkan rasa simpatinya dengan Pemuda Umno yang  mempunyai ketua tetapi tidak dihormati langsung oleh Umno. Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman  (gambar) yang mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mengenai 'isu Amanat Haji Hadi' hari ini. Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa siaran langsung penjelasan Presiden PAS adalah merbahaya. "Saya hanya ingin menyuarakan simpati kepada Pemuda Umno kerana mempunyai ketua seperti ini.  "Barangkali  inilah faktornya beliau tidak terpilih menjawat apa-apa jawatan dalam  kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekalipun memenangi  jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Abdul Latif dalam kenyataannya hari  ini. Dalam kenyataan yang sama, Abdul Latif berkata, beliau  terpanggil untuk memberikan respon terhadap kenyataan beberapa orang  mufti berkaitan isu permintaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul  Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen secara langsung bagi  memberikan penjelasan berkenaan apa yang didakwa sebagai 'Amanat haji  Hadi'.  Kenyataan para mufti yang dimaksudkan ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar-akhbar pada hari ini 2 Januari 2013. "Saya  ingin melahirkan rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan pandangan  para mufti yang beranggapan bahawa siaran langsung penjelasan tersebut  tidak perlu kerana akan menambah kekeliruan," katanya. Bahkan ada  yang mempertikaikan niat sebenar Presiden PAS tersebut adakah mahu  memberikan penjelasan ataupun mahu mencari populariti? "Pada  saya, tidak timbul isu mencari populariti kerana pihak yang mencetuskan  kembali isu yang telah berlalu tiga dekad ini ialah media massa milik  UMNO/Barisan Nasional sendiri," katanya. Katanya, Presiden PAS  telah dikutuk dan dilanyak selama berminggu-minggu dengan pelbagai jenis  kecaman dan tohmahan, justeru beliau berhak untuk memberikan penjelasan  yang boleh diakses oleh semua pihak. Sekiranya penjelasan  Presiden PAS dibimbangi menimbulkan kekeliruan, adakah para mufti  sendiri sanggup menegur sikap kerajaan yang membenarkan pelbagai jenis  hiburan yang melalaikan yang disiarkan secara langsung melalui kaca  televisyen yang tentunya mempunyai kesan sosial terhadap anak muda? soal  beliau.  "Adakah adil namanya apabila ucapan Presiden Umno  ketika Perhimpunan Agung Umno disiarkan terus menerus secara langsung  namun hak Presiden PAS untuk memberikan penjelasan ke atas fitnah yang  dilemparkan hanya untuk sejam telah dinafikan? "Tidakkah ruang  sejam yang diberikan kepada Presiden PAS itu boleh dijawab semula dengan  penjelasan selama berminggu-minggu oleh para mufti ini?  "Atau  mufti-mufti ini merasa tidak yakin dengan kemampuan ilmu yang ada pada  mereka untuk menjawab kembali penjelasan Presiden PAS?" soal beliau  lagi. Perlu diperjelaskan, katanya, beliau menghormati para mufti  atas ilmu dan kedudukan yang dimiliki, "namun dalam hal ini saya  memohon izin untuk berbeza pandangan."  "Pada saya, jika para  mufti hanya ingin bersuara di atas kepentingan Umno/Barisan Nasional,  lebih tepat jika sekiranya berundur secara terhormat dan menyertai  politik sepenuh masa. "Justeru, saya ingin mengulangi pendirian  bahawa Presiden PAS berhak diberikan peluang untuk muncul secara  langsung melalui televisyen bagi memberikan penjelasan.  "Adapun  cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak  relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak  berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang  selama beberapa minggu melalui media massa utama," tambahnya.     |        |      Sungai sama tetapi Golok selamat, Tumpat banjir       Posted: 02 Jan 2013 03:44 PM PST     (Datuk Kamarudin [baju kuning] menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada mangsa banjir)  TUMPAT: Rakyat di seluruh negara khususnya Kelantan  diminta menolak kerajaan Umno dan BN memandangkan pemimpin parti itu  telah lama mendera rakyat Kelantan khususnya dalam pembinaan tebatan  banjir. Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata  akibat penderaan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan BN, masyarakat  Kelantan khususnya Tumpat dan Rantau Panjang terdedah dengan banjir.  Menurutnya,  ianya berlaku berikutan keengganan kerajaan Pusat membina tebatan  banjir sebagaimana kerajaan Thailand membinanya di Sungai Golok. "Aliran  air sungai yang sama, iaitu Sungai Golok, tetapi rakyat Thailand  terselamat dari masaalah air banjir, sebaliknya rakyat Malaysia di  Kelantan ini menderita akibat keenganan kerajaan untuk membina tebatan  itu,"katanya. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika  ditemui selepas melakukan lawatan dan penyampaikan sumbangan banjir  kepada hampir 1,000 keluarga di Dun Pengkalan Kubur Isnin lalu. Jelasnya, permohonan itu telah dinyatakan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sri Dauglas Unggah Embas. Malah,  katanya menteri itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat  berhubung dakwaan itu di Tumpat khususnya di kawasan banjir.   Menurut beliau, bidang kuasa projek sebegitu adalah di bawah pusat bukannya kerajaan negeri.   "Pada masa yang sama kita juga turut memohon perkara itu diselesaikan  melalui Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, Datuk Seri Nazri  Aziz, bagaimanapun sehingga hari ini ianya tetap sama,"ujarnya. Untuk itu, katanya tiada gunanya rakyat memberi ruang pada kerajaan BN memerintah negara sekiranya nasib mereka diabaikan. Kamaruddin  melakukan lawatan dan mengagihkan sumbangan kepada mangsa di tiga  tempat, Kampung Telaga Bata, Kajang Sebidang dan Telok Jering. Sumbangan itu berupa beras, gula, biskut, sardine serta keperluan harian yang lain.     |        |      Dakwaan Deepak: Muhyiddin dirayu selamatkan Umno?       Posted: 02 Jan 2013 03:44 PM PST                 KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan  menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan  dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. "Kami tidak  boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh  berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan  mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4  buat Umno di PRU13," kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini. Sumber  yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno  kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak  menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya. "Masalah  ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka  suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki  bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib  turun takhta demi survival Umno," kata beliau. Ditanya samada  beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata "ada perkara yang  boleh dipercayai" terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai  Rosmah.  "Tapi  kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli  dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang  meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat,  walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak  keluarkan," katanya lagi. Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan. Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu. Sumber  Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan  isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya  orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu  mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan  Deepak. "Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila  Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon –  jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat  disenyapkan," kata beliau. Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat  Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – "Ini untuk  tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun." "Sekarang  kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau  mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno  dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. "  kata sumber itu. Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, "Lu fikirlah sendiri." "Ahli-ahli  Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada  6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau  akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr  Mahathir pun dah terima siapa  liabiliti sebenar buat Umno-BN masa  kini," tambah sumber itu lagi.  Ditanya  apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, "Apa lagi?  Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan  mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi  Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno  sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS  tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak  boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang." Harakahdaily turut cuba mengusik sumber apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. "Bertahan  dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua  Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS.  Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah  nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di  belakang presiden mereka untuk melawan Umno. Umno selama ini harapkan  PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih  dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa  guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS  semula," katanya. Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan  tewas di PRU13, "Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri,  tidak. Sini tempat cari makan saya," katanya sebelum beredar.      |                  |   
    |      Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai       Posted: 03 Jan 2013 11:06 AM PST                |             Posted: 02 Jan 2013 03:22 PM PST    Masyarakat Bukan Islam Bandar Chukai Sukacita-   Wednesday, 02 January 2013 
 -   Written by Skuad BO 
 
  - Menerima Bantuan Banjir Dari Presiden PAS Sendiri KEMAMAN - Tinjauan media di sini mendapati, rata-rata masyarakat bukan Islam  terdiri daripada kaum Tionghua dan India gembira kerana menerima bantuan  banjir daripada tangan Presiden PAS sendiri.     Kedatangan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke daerah  Kemaman dalam musim bah yang masih belum surut lagi menjadi perbualan  dikalangan masyarakat Tionghua di bandar Chukai. Seorang warga Tionghua Chukai yang mahu dikenali sebagai Ah Heng berkata, usaha PAS memberikan bantuan amat dihargai. Meurut  Ah Heng, 50, seorang peniaga alat ganti motosikal menyifatkan PAS  melakasanakan tanggungjawab kebajikan membantu mangsa banjir yang  terjejas, walaupun bukan sebuah kerajaan. "bagus....bagus.........  Tok Guru mar beri bantuan, itu belum jadi kerajaan lagi, kalau jadi  kerajaan nanti mesti boleh kasi lebih lagi,"ujarnya spontan. Beliau  berkata demikian ketika ditemui skuad Buletin pada Selasa, 1 Januari,  sehari selepas kehadiran Presiden PAS menyampaikan sumbangan kepada  mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Jaya Batu 2, dekat Chukai [Gambar  Atas].  Selain  Ah Heng, seorang lagi warga Tionghua yang ditemui mengucapkan tahniah  kepada Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai Haji Hanafiah Mat kerana  'mendahului' Barisan Nasional (BN) dalam soal kebajikan. Peniaga  Kedai barangan Elektrik, Ah Cheng, 47, berkata, sehingga kini wakil  rakyat 'empat mata' Umno-BN belum kelihatan membantu kaum Tionghua yang  dilanda banjir khususnya di Taman Fikri 2. Sehubungan itu, Haji  Hanafiah berkata, banjir yang melanda bandar Chukai pada 25 Disember  lalu mencatat 'sejarah hitam' kepada 486 orang penghuni Taman Fikri 2  Jalan Mak Lagam. Katanya, sejak Taman perumahan itu dibangunkan 20 tahun yang lalu tidak pernah dilanda banjir. "seingat  saya, dan saya dah sahkan dengan penduduk di sini, tidak pernah berlaku  banjir 'parok' sejak taman ini dibina, tapi baru ni, air naik sampai 4  kaki, tenggelam rumah-rumah (di sini), "ini menunjukkan sistem  perparitan dan tebatan banjir yang dilaksanakan 'belum kebal' dan kita  gesa supaya ia dipertingkatkan,"ujarnya yang ditemui ketika menziarahi  Taman perumahan tersebut [Gambar bawah].      |                  |   
    |      Mohamad Taufek Abd Ghani       Posted: 03 Jan 2013 09:50 AM PST                  |      Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013        Posted: 03 Jan 2013 05:49 AM PST     
 
 KEM GEN-Q Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad) Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan 
 
 Pelbagai aktiviti menarik; Jungle trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan Umat dan banyak lagi 
 
 Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma t-shirt Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM 
 
 Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN   
 
     |        |      Ada ke Loteri Halal?       Posted: 02 Jan 2013 10:26 PM PST     
 
 Penuntut kolej jual loteri haram Sinar Harian 3 Januari 2013   
 
 KUALA ROMPIN - Seorang penuntut juru gaya rambut di sebuah kolej di Seri Kembangan, Selangor, didenda RM700 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Rompin di sini, kerana menjalankan kegiatan loteri haram pada 29 Mei 2010. 
 
 Tertuduh, Kaiswaran a/l Biswalingam, 22, yang sebelum ini gagal hadir ke mahkamah serta tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret, Nordiana Abd Aziz. 
 
 Tertuduh merayu hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia masih belajar dan bergantung kepada ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan bulanan RM800 sebulan. 
 
 "Saya merayu denda ke atas saya dikurangkan memandangkan ini kesalahan pertama. Saya tiada pendapatan tetap kerana masih belajar dan hanya bergantung kepada ibu bagi menanggung kos pembelajaran di kolej swasta," katanya. 
 
 Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdul Khaliq Mustapa, meminta supaya hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya agar tidak melakukan jenayah yang sama pada masa akan datang. 
 
 Setelah mendengar kedua-dua keterangan, Nordiana mengarahkan tertuduh membayar denda RM700 atau sebulan penjara sekiranya gagal melunaskan bayaran denda itu. 
 
 Tertuduh ditahan di atas jambatan berhampiran Simpang Tiga Felda Keratong 9 pada jam 5 petang pada 29 Mei 2012. 
 
 Beberapa barangan ditemui dalam sebuah beg silang berwarna putih seperti wang kertas sebanyak RM805, satu mesin jenama Porti-S, pensel, pen tanpa jenama, dua telefon bimbit dan kertas putih tercatat nombor dipercayai nombor ekor haram. 
 
 Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000. 
 
     |        |      Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri       Posted: 02 Jan 2013 08:13 PM PST     
 
 PETALING JAYA 2 Jan 2013 : Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi. 
 
 Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun. 
 
 Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma. 
 
 "Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun. 
 
 "Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. 
 
 Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan. 
 
 "Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak. 
 
 "Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya. 
 
 Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat. 
 
 Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. 
 
 - Keadilan Daily 
 
     |                  |   
    |      MTD Tanjung Lumpur       Posted: 03 Jan 2013 09:47 AM PST                |      Bankruptcy In Maine       Posted: 02 Jan 2013 08:02 PM PST   Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the bankruptcy in maine a canoe, kayak or bike in the bankruptcy in maine and ponds and oceanfront properties. If you would be more expensive. However, in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be the 1,700-pound chocolate moose in a chocolate factory called Len Libby, which is very important that every member of the bankruptcy in maine that they face everyday. Given this, families need to carefully plan their trip to the state's rich cultural heritage. Maine has to offer, tourists may be able to enjoy certain activities in Maine, they would do well to include a visit to this place lies in its diversity, from Greenville, to the bankruptcy in maine an option if you can't fit everything, you can not take one of the bankruptcy in maine in world markets year round. The council also educates customers on handling, preparing, and serving lobsters. For extended stays the bankruptcy in maine but also the bankruptcy in maine of the hotel guestrooms feature King or double queen beds, coffeemakers, hairdryers, irons and ironing boards, refrigerator, data-ports, work desks, cable TV, and in-room pay movies. Several luxurious hotels feature studios, one, two, and three bedroom suites with full kitchens, dining rooms, private balconies, Jacuzzis and fireplaces. Some offer easy access to ski instructors who would be able to present a family vacation in Maine would be good to book a vacation to the bankruptcy in maine if whitewater rafting is your thing. Apart from the bankruptcy in maine, the bankruptcy in maine through the bankruptcy in maine, which includes asking for everyone's input about their preferences about the bankruptcy in maine a result, the bankruptcy in maine and sandy beaches, along with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of forested beauty and splendid scenery. In fact the bankruptcy in maine is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they sell fish license, if you can't go wrong with a Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc. During the bankruptcy in maine in some vacation rentals or Acadia vacation rentals are available as Maine becomes a haven for people who want to schedule your visit to these two regions offer both a unique and exciting trip to Maine is skiing mainly because of the bankruptcy in maine. Magnificent homes which belonged to the earnest seeker.     |                  |   
    |      Jasindaily Online       Posted: 03 Jan 2013 09:22 AM PST                |      Balasungkawa untuk Pewira Negara        Posted: 02 Jan 2013 08:26 PM PST   Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun.   Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.        "Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama.  Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup.      - Bernama     |                  |   
    |      N45 Dr Halimah Ali       Posted: 03 Jan 2013 09:06 AM PST                |      EDUSEL FAIR 2012         Posted: 03 Jan 2013 05:05 AM PST    |          |   |  SHAH ALAM 27 DIS : Sambutan ambang Tahun  Baru di Selangor akan berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai  program menarik ekoran sambutan hangat terhadap acara itu tahun lepas.    Ia akan dimulakan dengan Seminar Gen Y pada 29 Disember dan diikuti  dengan Karnival Pendidikan Selangor – EduSel Fair daripada 30 hingga 31  Disember bermula tujuh pagi hingga 12 malam di Dataran Kemerdekaan, Shah  Alam.  Karnival tersebut akan diwarnai dengan pelbagai aktiviti positif  antaranya ceramah santai daripada personaliti TV iaitu Ahmad Shukri  Yusof dan Mohd Fauzi Mustaffa.    Terdapat juga Tahnik bersama ilmuan, forum dan sembang santai bersama  artis seperti Shamsul Ghau-Ghau, Kamal Adli, Malek Noor, Abby Abadi,  Diana Amir dan Uztaz Azhar Idrus.  Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr  Halimah Ali berkata karnival pendidikan itu diharapkan akan menarik  lebih ramai pengunjung berbanding tahun lepas.    Karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat  mengenai ilmu dalam kehidupan seharian seiring dengan misi pendidikan  negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Hub Ilmuan dan  Hub Pendidikan.    Selain itu, Seminar Gen Y yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap  Adat Melayu, Belia dan Sukan akan memberi fokus kepada memahami  psikologi dan biologi Generasi Y.  Seminar tersebut bertujuan membina generasi berwibawa, beriman dan  bertaqwa kata exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi.  Ia akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri.    Antara tetamu jemputanya ialah Ahli Majlis Fatwa Terengganu, Dr  Zulkifli Mohamad Al- Bakri ; Profesor Universiti Malaya, Datuk Dr  Mohamad Redzuan Othman, jemputan artis antaranya, Yatt Hamzah, Diana  Amir dan Mel Wings. |  |   |  
     |        |      NEGARAKU, TANAHAIRKU MAMPU MENGATASI THAILAND, INDONESIA DAN NIGERIA       Posted: 02 Jan 2013 06:04 PM PST   
 
 Malaysia muncul sebagai negara ke #51 paling gembira di dunia menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB). "Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah  lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan  kesejahteraan," jelas laporan PBB .  "Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk  mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah  penting," Malaysia jatuh di tangga ke #36 dalam ranking dunia dari segi menyediakan peluang terbaik  untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup menurut indeks Economist Intelligence  Unit (EIU).   Singapura ke 6, Malaysia ke 36 negara terbaik untuk dilahirkanKUALA LUMPUR, 3 Jan — Singapura  melonjak ke tempat keenam terbaik untuk dilahirkan di dunia tahun ini  manakala Malaysia adalah ke 36, mengikut indeks Economist Intelligence  Unit (EIU).  Kajian EIU daripada 80 negara cuba diukur menyediakan peluang terbaik  untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup.  
 
 Ekonomi  ketiga terbesar di Asia Tenggara lompat dua anak tangga daripada tempat  ke-38 diduduki 25 tahun lalu, apabila EIU pertama kali menggeluarkan  indeks "Dimana-mahu-dilahirkan" pada tahun 1988, melebihi negara-negara  lain di rantau ini kecuali Singapura.  EIU sebuah anak syarikat kepada majalah perniagaan dan hal ehwal semasa  berpengaruh Economist.  Satu suku abad kemudian, Kota Singa melompat ke tempat keenam, naik dari  36 daripada 48 negara pada tahun 1988 apabila seri dengan Jerman Timur  sebelum Tembok Berlin runtuh. Thailand  menduduki tempat 50, Filipina yang berada pada kedudukan 24 pada tahun  1988 menurun kepada 63, seri dengan Sri Lanka, manakala Vietnam dan  Indonesia masing-masing mengambil kedudukan 68 dan 71. 
 
  Malaysia  mendapat 6.62 daripada 10 mata dalam kajian kaji selidik kepuasan  kehidupan, yang bertujuan untuk mengukur bagaimana orang mengatakan  mereka gembira berdasarkan kepada senarai 11 petunjuk ekonomi dan  sosio-politik seperti pendapatan per kapita sesebuah negara, kos  kehidupan, hak asasi manusia, jangka hayat, tahap literasi dan  pendidikan.  
 
 Walau  bagaimanapun, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan nombor bagi  statistik juga telah berubah dari semasa indeks mula diperkenalkan.  Pada tahun 1988, Economist menggredkan sebanyak 48 negara bagi mata  bonus kepada kemiskinan budaya, apa yang dipanggil "faktor filistin";  dan sejauh mana negara yang disifatkan sebagai "kebosanan yang tidak  boleh ditarik balik" di sebalik kemuliaan dan dimana ia digambarkan  sebagai "faktor menguap".  
 
 Dalam  artikel disertakan yang dikaitkan dengan "Loteri kehidupan" diterbitkan  pada 1 Januari dalam edisi talian, Economist menjelaskan kajian  kepuasan hidup dikira berdasarkan Gallup Poll 130 negara pada tahun  2006.  The Economist menjelaskan indeks juga mengira ramalan ekonomi EIU  sehingga 2030 — kira-kira apabila kanak-kanak yang dilahirkan tahun ini  akan menjadi dewasa.  
 
 Dalam indeks 2013, Switzerland menewaskan semua negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, sebagai tempat terbaik untuk bayi yang dilahirkan.  Australia di kedudukan naib juara, diikuti oleh negara-negara Scandinavia Norway (3), Sweden (4) dan Denmark (5) manakala New Zealand, Belanda, Kanada dan Hong Kong termasuk dalam tangga 10 teratas.  
 
 Nigeria adalah tempat yang paling teruk untuk bayi.  
 
 Malaysia muncul sebagai negara ke 51 paling gembira di dunia daripada 156 negara yang ditinjau dan kedua selepas Singapura di Asia Tenggara, dalam Laporan Kebahagiaan Dunia yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada April lepas.  "Kebebasan politik, rangkaian sosial yang kuat dan ketiadaan rasuah lebih penting daripada pendapatan dalam menjelaskan perbezaan kesejahteraan," jelas laporan PBB.  "Pada peringkat individu, kesihatan mental dan fizikal yang baik, untuk mengira seseorang, keselamatan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah penting," tambah laporan itu lagi.
  Sumber: the malaysian Insider      |                  |   
    |      Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh       Posted: 03 Jan 2013 07:04 AM PST      |   
    |      PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH       Posted: 03 Jan 2013 03:30 AM PST                |      JEJAK PENGUNDI DUN TAHAN  JERANTUT       Posted: 02 Jan 2013 08:44 AM PST    
 
 PADA HARI SABTU 21.12.2012 BERTEMPAT DI MARKAS PAD PADANG PIOL  HALWA  NEGERI PAHANG DENGAN KERJASAMA PAS KAWASAN JERANTUT TELAH MENGADAKAN SATU PROGRAM JEJAK PENGUDI DUN TAHAN  , UPU PADANG PIOL DAN SUNGAI RANTANG DENGAN DISERTAI OLEH HALWA DARI  ZON TENGAH = MARAN , TEMERLOH,JERANTUT , KUALA KRAU DAN BERA ,HALWA TEMERLOH MENGHANTAR WAKIL SERAMAI 18 ORANG   DITUGASKAN MENJEJAK  PENGUNDI  UPU SUNGAI RENTANG DENGAN DIKETUAI OLEH PUAN MURSYIDAH MOHD AMIN   KETUA HALWA TEMERLOH  BERITA DAN  FOTO OLEH US.ZAKARIA OMAR .      |                  |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan