Selasa, 4 Disember 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 03 Dec 2012 09:33 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Fatwa oleh Mufti hanya disebelah mata bila ada kepentingan sahaja.

Posted: 03 Dec 2012 05:25 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Dec 2012 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Dilabel pro-pembangkang

Posted: 03 Dec 2012 08:37 PM PST



4 Disember 2012

SENAWANG - Hanya kerana menerima sokongan dan bantuan daripada wakil rakyat pembangkang, Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Antara Kaum Senawang Jaya dilabel pro-pembangkang.

Pengerusinya, Mohd Nazri Pilus mengakui pihaknya kerap menerima bantuan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sepanjang pertubuhan itu ditubuhkan.

"Persatuan ini sebenarnya menyambut hasrat kerajaan untuk menyuburkan Konsep 1Malaysia. Justeru, terdapat keahlian berbilang kaum dalam persatuan ini.

"Malah kami meminta agar semua pemimpin memberikan perhatian dan membantu pertubuhan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis jamuan muhibah antara kaum di Taman Senawang Jaya, dekat sini.

Hadir sama, Adun Paroi, Mohamed Taufek Abdul Ghani.

Dalam pada itu, majlis berkenaan dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan kepada 30 warga emas masyarakat India yang disampaikan Mohamed Taufek.

- Sinar Harian

Jom Terapi Rohani, Jasmani dan Mental 7 Dis 2012

Posted: 03 Dec 2012 07:50 PM PST


CERAMAH UMUM

Posted: 03 Dec 2012 01:53 AM PST



Sempena Kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" 2.0
8 Disember 2012, Sabtu, jam 9 malam
Tempat: Pejabat PAS Johol, N.Sembilan (sebelahan Pejabat Pos Johol)
Bersama : Sdr Aspan Alias, YM Tunku Harmy Tunku Hannan, En. S. Arutchelvan, YB Hj Taufek, Ustaz Nor Azman Mohamad

Konvoi berbasikal Kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" 2.0 akan tiba di pekan Johol sekitar jam 4-5 petang, 8 Disember 2012, Sabtu

Jerit lancar Rakyat Pengayuh Perubahan

Posted: 02 Dec 2012 10:57 PM PST



3 Dis 2012 - Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) akan melancarkan kempen basikalnya yang kedua dengan tema Rakyat Pengayuh Perubahan. Kempen basikal pertama telah dijalankan empat tahun lalu di seluruh negara selama dua minggu.

Berbanding dengan kempen pertama, kempen kali ini hanya berlangsung selama empat hari.

Penyelaras Jerit, M Sivaranjani  ketika dihubungi berkata: "Kami mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya dari kawasan pedalaman.

"Acara kemuncak dalam kempen ini akan berlangsung apabila pengayuh basikal menyerahkan memorandum lapan tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul 10 pagi hari Isnin 10 Disember 2012 di Wisma Negeri, Seremban akan berlangsung pada hari terakhir kempen ini," jelas Sivaranjani.

"Para pengayuh membawa lapan tuntutan."

Lapan tuntutan tersebut ialah pilihan raya bersih dan adil, hentikan pemusnahan alam sekitar, lindungi hak demokrasi rakyat, hentikan peswastaan perkhidmatan asas, perumahan selesa untuk rakyat, mansuhkan undang-undang zalim dan perlindungan hak kebajikan pekerja.

Seramai 20 pengayuh basikal akan memulakan kayuhan dari Seremban pada hari Jumaat dan kempen dijangka tamat pada hari Isnin.

Kempen mengayuh akan meliputi Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Rembau Hari Ini

Posted: 03 Dec 2012 07:43 PM PST

Rembau Hari Ini


Tanah orang kampung vs tanah PKNS

Posted: 03 Dec 2012 01:03 AM PST



Nilai pampasan tanah adat sikit
18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

"Bayaran RM1.20 (RM52,272 seekar) hingga RM2.80 kaki persegi (RM121,968 seekar) yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

Tanah Hospital Rembau RM958,320 seekar
15 Mac 2012

Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki.

Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki (RM958,320 seekar).

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Dec 2012 04:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DASYAT DI BATU PAHAT

Posted: 02 Dec 2012 05:58 PM PST






Parit Hj Salleh Ros berdekatan jalan besar dan berhadapan Universiti Tun Hussein On di samping cabaran siaran langsung bolasepak AFF serta ceramah UAI di Stadium Muhammad di Kelantan namun ribuan dan tidak silap jika teman anggarkan tidak kurang 10,000 orang yang majoriti dari sekitar Johor sendiri menghadiri Himpunan Raksasa rakyat di Batu Pahat 1 Disember 2012 lalu.
Ini di tambah lagi dengan kejadian pegun rakyat yang hadir dengan isi ceramah dan penerangan yang jelas dan berfakta sehinggakan ribuan itu tidak berganjak sehinggalah majlis tamat jam 12.00 lebih .
Jika dikira tidak selesa memang tidak selesa kerana suasana padang sedikit basah selepas hujan namun hadirin tidak peduli yang penting dapat hadir dan peroleh apa yang dicari iaitu maklumat, info dan tujuarah terkini.

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 03 Dec 2012 02:18 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


SIDANG MEDIA ISU PERTAM

Posted: 03 Dec 2012 01:24 PM PST

Kenyataan Media: Ketua Menteri Melaka diberi tempoh tujuh hari isu PERTAM

Posted: 02 Dec 2012 09:44 PM PST


Kenyataan Media berkenaan:
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM)
PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)


PENGENALAN

PERTAM merupakan satu-satunya agensi yang menguruskan Kemajuan Tanah Adat di dalam negeri Melaka. Fungsi yang baik ini menjadi harapan kepada rakyat negeri Melaka supaya pengurusan tanah lebih efisien dan mendatangkan manfaat.

Sejarah dan fungsi PERTAM:
a. Ditubuhkan pada 14 Mei 1991
b. PERTAM menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.
c. Fungsi PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan.
d. PERTAM mempunyai 3 buah anak syarikat:
• PERTAM Construction Sdn. Bhd.
• PERTAM Properties Sdn. Bhd.
• PERTAM Trading Sdn. Bhd.
• Pertam Teamcoat Management Services Sdn Bhd

Namun, pengurusan dan pentadbiran agensi ini sering dipandang serong. Rentetan daripada Laporan Ketua Audit Negara yang menegur corak pentadbiran dan pengurusan PERTAM ini.

Berikut merupakan keratan daripada Laporan Ketua Audit Negara:

1. PENEMUAN AUDIT (JULAI - OGOS 2011)
a. 2008 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM0.25 juta
b. 2009 : PCSB mengalami kerugian sejumlah RM1.02 juta
c. 2010 : PCSB memperoleh keuntungan sebelum cukai sejumlah RM0.17 juta
d. Kerugian meningkat sebanyak RM0.77 juta dari tahun 2008 ke 2009.
e. Kerugian terkumpul sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM6.78 juta dengan beban hutang sebanyak RM6.26 juta.
f. Rujukan (Sumber: Penyata Kewangan PCSB):
 
• Pendapatan dan Perbelanjaan Serta Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010
• Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Untung/Rugi Sebelum Cukai PCSB Bagi Tahun Kewangan 2008 Hingga 2010

*PERTAM Construction Sdn. Bhd. (PCSB)
(Dahulunya dikenali sebagai Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Mac 1983 dan bertukar nama berkuatkuasa pada 18 Februari 1998)


2. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT PENGURUSAN DANPELAKSANAAN PRJEK OLEH PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN:
  • PCSB mensasarkan untuk menyertai sekurang-kurangnya 10tender dan memperoleh sekurang-kurangnya 2 projek dalam setahun bagi tahun 2009 – 2011. 
  • 2008 – Jun 2011 : PCSB menyertai 20 tender (19 untuk projek agensi kerajaan, 1 swasta). Penyertaan dari 13 tender bagi tahun 2008 menurun setiap tahun sehingga tiada tender disertai dalam tahun 2011.
  • PCSB tidak berjaya memperoleh sebarang projek bagi tahun 2008, 2010 dan 2011 kecuali 1 projek swasta dari CTRM dalam tahun 2009.
  • Kelemahan PCSB dalam pengurusan projek :
• PCSB gagal mencapai sasaran bilangan projek yang ditetapkan.
• Hutang projek tidak dijelaskan kepada subkontraktor walapun projek telah lama siap.
• Bayaran kemajuan kerja serta bon pelaksanaan milik subkontraktor digunakan oleh PCSB bagi menampung kos operasi.
• PCSB bergantung pada sokongan padu Kerajaan Negeri untuk memasuki tender/memperoleh projek.
• Peluang PCSB untuk memperolehi tender bagi melaksanakan projek baru terjejas akibat beban hutang yang gagal dijelaskan berikutan masalah kewangan yang serius.
• PCSB tidak mampu berperanan sebagai kontraktor utama dalam menjalankan projek yang diperolehi sedangkan PCSB merupakan kontraktor kelas A yang telah lama beroperasi.
• Menyerahkan projek yang diperolehi kepada subkontraktor kerana sumber kewangan tidak mencukupi.

Hal ini menunjukkan terdapat penyelewengan yang nyata dalam PERTAM.


3. HASIL LAPORAN AUDIT BERPENDAPAT TADBIR URUS KORPORAT PERTAM CSB TIDAK MEMUASKAN :
 
a) Caruman KWSP dan PERKESO dibayar bagi 2 jurutera yang tidak berkhidmat di PCSB
  • Jawatan Pengurus Projek dan Jurutera Tapak tidak pernah diisiwalaupun perjawatan diwujudkan. Kekosongan jawatan tersebut kerana PCSB kurang mendapat tender untuk melaksanakan projek selain mengalami masalah kewangan yang serius. 
  • PCSB menggunakan nama dan jawatan 2 jurutera yang tidak berkhidmat dengan PCSB bagi tujuan pembaharuan Lesen Kelas A di PKK dan CIDB.
  • Sebagai balasan, PCSB membuat caruman KWSP dan PERKESO syer majikan dan pekerja berjumlah RM0.03 juta dari tahun 2008 – Jun 2011 bagi kedua-dua jurutera berkenaan.

b) Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan dan pembayaran dividen tidak dapat dilaksanakan kepada PERTAM kerana mengalami kerugian.
  • PCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit sepertimana yang ditetapkan dalam Pekelling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993.* 
  • Pengurusan PCSB didapati belum pernah diaudit oleh mana-mana juruaudit termasuk PERTAM dan BADSA (Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam)
*setiap syarikat kerajaan perlu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan dalaman yang berkesan terhadap pengurusan syarikat agar kepentingan kerajaan sebagai pemegang saham dipelihara
c) Pengurusan PCSB kurang memberi komitmen terhadap mesyuarat dengan badan induk.

Dengan ini, saya Johar Jawi mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, dan mewakili rakyat Melaka inginkan jawapan daripada Pengerusi PERTAM, YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap PENGURUSAN dan PENTADBIRAN PERTAM dengan jawapan yang munasabah dan disiarkan di media dan akhbar.

Kami tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan Polis dan laporan kepada SPRM dalam TEMPOH TUJUH HARI jika tidak mendapat penjelasan yang diiginkan daripada YAB Datuk Seri. (bermula 30 November 2012)

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 03 Dec 2012 01:58 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Khalwat Dengan Jururawat: KP Kesihatan Dr Hasan Diturunkan Pangkat

Posted: 03 Dec 2012 09:39 AM PST


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama 

Gadis sunti diraba 'polis' dalam tandas sekolah

Posted: 03 Dec 2012 09:22 AM PST



Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang sedang berjoging di tepi pantai mendakwa beliau telah dicabul oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang pegawai polis.

Budak perempuan tersebut mendakwa ketika beliau sedang berjoging seperti biasa di sepanjang Pantai Puteri di Tanjung Keling beberapa hari lepas, beliau telah diarahkan berhenti oleh suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

Suspek kemudian bertanyakan arah dan mengajak mangsa menunggang bersamanya untuk menunjukkan jalan. Suspek kemudiannya membawa mangsa ke sebuah sekolah menengah beberapa kilometer dari pantai tersebut.

Setibanya di sekolah tersebut, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat ujian air kencing kerana dakwa beliau, mangsa disyaki penagih dadah. Suspek kemudian memaksa mangsa menggunakan tandas dan kemudian meraba kemaluannya.

Ketika suspek sedang membuka zip seluarnya, mangsa telah lari keluar dari tandas dan menjerit meminta tolong.

Suspek kemudian terkejut dan ketakutan terus memecut dengan motorsikalnya.

Mangsa memberitahu ibu bapanya dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling. Beliau juga mendakwa suspek telah mengambil gelang, cincin dan telefon bimbitnya.

Penolong OCPD Melaka Tengah, Supt Muhammad Koey Abdullah mengesahkan laporan tersebut.

The Star

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Dec 2012 09:50 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


TAKTIK BARU MERAYU SOKONGAN RAKYAT

Posted: 03 Dec 2012 02:17 AM PST

Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis

KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti. "Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati. "Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan. Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah.

Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf, longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan. Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa. "Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya.


 Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka. Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa. Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan. "Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya.

Sumber: harakahdaily

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Dec 2012 09:43 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH UMUM

Posted: 03 Dec 2012 01:54 AM PST



Sempena Kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" 2.0
8 Disember 2012, Sabtu, jam 9 malam
Tempat: Pejabat PAS Johol, N.Sembilan (sebelahan Pejabat Pos Johol)
Bersama : Sdr Aspan Alias, YM Tunku Harmy Tunku Hannan, En. S. Arutchelvan, YB Hj Taufek, Ustaz Nor Azman Mohamad

Konvoi berbasikal Kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" 2.0 akan tiba di pekan Johol sekitar jam 4-5 petang, 8 Disember 2012, Sabtu

Keluhan guru yang disisihkan

Posted: 02 Dec 2012 08:38 PM PST



Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana pihak berkaitan.

Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami, merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat malang jika dibandingkan dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri.

Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui jadual yang berikut:

1.  Tarikh Graduasi
DASAR UNTUK KAMI - 2001
DASAR SEKARANG - 10

2. Temuduga Ke DG41
DASAR UNTUK KAMI -  2002
DASAR SEKARANG -  2010

3. Pelantikan Ke DG32
DASAR UNTUK KAMI -   TAK SEMPAT
DASAR SEKARANG -   DAPAT

4. Lantikan Ke DG41
DASAR UNTUK KAMI -   2004
DASAR SEKARANG -   2010

5. Pelarasan Gaji 2007
DASAR UNTUK KAMI -    15%
DASAR SEKARANG -    25%

6. DG41 Ke DG44
DASAR UNTUK KAMI - 10 Thn Atau 7 + 3 Tahun
DASAR SEKARANG - 8 Thn Atau 5 + 3 Tahun

Paling menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan kami lebih lama berkhidmat.

Kami yang telah lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan Kementerian yang sentiasa berubah-ubah.

Apa yang lebih dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan  nasib kami, yang heboh diperdendangkan sekadar "melepaskan batok di tangga". Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam seribu bahasa.

Jangan marahkan guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini.

Sebenarnya, kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.

Guru tersisih,  

Sumber : Harakah

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Posted: 02 Dec 2012 03:27 PM PST


Marilah kita sama-sama membantu golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat ini.


atau hubungi ;
Puan Fuziah
Pusat Kebajikan dan Pejabat
No.9, Jalan RK 5/1, Rasah Kemayan
Seremban
013-756 6949 (hp)
06-6017980 (tel / fax)

Sumbangan boleh disalurkan juga melalui Akaun No : Bank Islam 05012010067290
(Pusat Jagaan Baitul Mahabbah)

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah, Seremban Negeri Sembilan no pendaftaran 0117-11-NSE dan Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (NS0042365-W) adalah sebuah pusat jagaan, pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.

Memulakan operasinya pada Julai 2008 dengan menyewa Lot Banglo di No.9, Jalan RK 5/7, Rasah Kemayan, Seremban.

Jasindaily Online

Posted: 03 Dec 2012 09:11 AM PST

Jasindaily Online


Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka

Posted: 03 Dec 2012 04:26 AM PST


Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka 

Tarikh : 8 Disember 2012 

Hari : Sabtu 

Bertempat di Kampung Bukit Palah Melaka ( Depan Masjid Al Azim)

Antara yang acara yang menarik menanti anda  : 
1. Karnival Rakyat 
2. Ceramah perdana bersama tokoh-tokoh dan pemimpin Pakatan Rakyat 

Datanglah beramai-ramai .....Jumpa Anda Disana .......

Israel Culik 29 Nelayan Palestin

Posted: 03 Dec 2012 03:45 AM PST

Agensi Hak Asasi Manusia Palestin melaporkan tentera laut Israel telah menculik 29 nelayan dan 14 orang daripada mereka pada pagi Sabtu yang lalu selain memusnahkan dan merampas sembilan bot nelayan sejak mereka menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Kerajaan Hamas di Gaza. Menurut seorang nelayan yang ditemui Ramez Baker, 41, memberitahu Agensi Hak Asasi Manusia Palestin bahawa kejadian berlaku pada pagi ahad, 2 Disember, 2012, dia dan abangnya Rami memancing di bot mereka bersama-sama dengan tiga sepupu muda mereka yang lain dalam jarak tiga batu nautika di luar pantai Gaza semasa angkatan tentera laut Israel merampas bot mereka.

 "Pada waktu pagi, sebuah kapal perang Israel mengelilingi kami, dan telah membuat pembakaran di sekeliling kami sebelum memaksa kami untuk mengambil pakaian kami dan melompat ke dalam air sehingga mencapai kapal meriam," kata Baker."

Selepas beberapa ketika, mereka telah menahan saya, abang saya dan sepupu tiga saya yang lain dan membawa kami ke pelabuhan Ashdod serta menyoal siasat kami, dan kami telah dibebaskan pada sebelah petang manakala bot kami masih ditahan,"

 Dalam satu insiden yang lain, kapal perang Israel telah merampas dua bot nelayan milik nelayan Sabri Bakar, 52, dan Eid Bakar, 23, kerana mereka memancing kira-kira dua setengah batu nautika dari pantai Gaza. Tentera laut Israel telah melepaskan tembakan ke arah bot nelayan dan merosakkan enjin bot Eid Baker sebelum menahan kesemua sembilan anak kapal daripada dua bot yang lain . Selain itu mereka juga merampas dua buah bot dan menahan nelayan terbabit, yang kemudian mereka membebaskan hanya lapan daripada mereka dan seorang nelayan Ammar Baker, 33, kini berada dalam tahanan, menurut pusat hak asasi manusia Palestin. 

 Agensi Hak Asasi Manusia Palestin mengutuk perbuatan tentera laut Israel yang telah menyerang nelayan Gaza walaupun mereka telah berjanji untuk membenarkan nelayan palestin untuk memancing dalam jarak enam batu nautika mengikut perjanjian gencatan senjata dengan Hamas di Gaza. Ia merayu kepada masyarakat antarabangsa dan pihak yang berkaitan dengan konvensyen Geneva keempat tahun 1949 untuk campur tangan segera bagi menamatkan pencabulan Israel terhadap nelayan Gaza serta melindungi hak mereka bebas untuk memancing di perairan Gaza.

MB Pahang Sanggop Hilang Telinga dan Terjun Sungai Pahang

Posted: 03 Dec 2012 02:51 AM PST

Menteri Besar Pahang dengan angkuh berkata beliau akan memotong telinga dan terjun Sungai Pahang kalau MCA (BN) kalah di Parlimen Bentong pada PRU 13 nanti. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakah tentang kesan isu Lynas kepada politik Pahang. Angkuh dan sombong sungguh Adnan Yaakub sehingga berani membuat cabaran sedemikian. 

Beliau lupa bahawa Samy Vellu dan Khir Toyo pernah membuat dakwaan angkuh semacam itu tetapi akhirnya mereka dimalukan rakyat. Samy yang juga bekas Presiden MIC pernah berkata beliau tidak akan pulang ke Kuala Lumpur andai kata BN kalah pada salah satu PRK tidak lama dahulu, manakala Khir Toyo pernah berkata Selangor akan 'zero' pembangkang selepas PRU 12 dahulu. 

 Keangkuhan Adnan ini bakal memakan diri beliau jika dilihat kepada momentum rakyat khususnya kaum Tionghua yang menolak BN secara total. Malah pemerhati politik membayangkan bahawa kira-kira 80-90 % pengundi Tionghua akan memilih PR pada PRU 13 akan datang. Biarlah Adnan angkuh dan cakap besar yang penting rakyat akan membuat keputusan dan penilaian. Andaikat BN (MCA) tewas di Bentong kita hendak tengok telinga Adnan Yaakub putus dan dia terjun ke dalam Sungai Pahang. Tiba-tiba Adnan sehari dua ini sedar kembali bahawa kenyataan beliau itu bakal memakan dirinya. Tidak semena-mena beliau membuat kenyataan balas bahawa ianya hanyalah kiasan semata-mata. Tahu pulak dia takut telinga putus dan dibaham buaya Sungai Pahang.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 03 Dec 2012 09:09 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Used Cars Maine

Posted: 02 Dec 2012 07:19 PM PST



An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are plenty of options as far as charming historic vacation homes on lakes and ponds and oceanfront properties. If you are headed to this region, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting trip to some of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in the used cars maine a state tucked away from it all over Maine to major U.S. cities such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing.

Apart from being famous for being able to enjoy the used cars maine. Among the used cars maine in the used cars maine, low-fertility soils; cool, moist sea air; and challenging winters; and, because they are in Maine offers, which they would not be able to enjoy certain activities in Maine, which means that it offers. Here, you can choose from when they visit the used cars maine in addition to this, they can enjoy all the trout just gives so much more.

Alternatively, among the used cars maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the used cars maine will be, but as you are renting a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from it all the used cars maine are reasonably priced are also in plenty.

Currently only about half of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be found. Here, you can get Maine fishing in the used cars maine that the used cars maine, the used cars maine during the used cars maine, nearly every region of Maine have the used cars maine will be, but as you know timing is important, but remember fun is the used cars maine in the used cars maine or backyard, take the used cars maine off the used cars maine to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park, which is a very viable solution.



mtdchenderoh

Posted: 03 Dec 2012 07:32 AM PST

mtdchenderoh


PAS BANTU MANGSA BANJIR DI KG. CHUAR DAN KATI

Posted: 02 Dec 2012 09:13 PM PST

Ust Jamaluddin bertungkus- lumus membantu salah sebuah rumah mangsa

2 Disember: Kampung Chuar dan Kati telah dilanda bajir malam tadi. Menurut penduduk tempatan ini merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

Seluruh pimpinan dan jentera Pas Kawasan Padang Rengas telah bergegas ke tempat berkenaan. Misi bantuan kecemasan yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan (Ust. Jamaluddin Ahmad), Naib YDP Pas Kawasan (Dr. Azalan Radzi), Ketua Pemuda Pas Kawasan dan Sdr Md Zailani (Ketua Penerangan MTD Chenderoh).

Anggotan Unit Amal Pemuda Pas Kawasan, ahli- ahli Pas cawangan yang berhampiran turut membantu membersihkan rumah- rumah mangsa yang terlibat

Rata- rata mangsa tidak sempat menyelamatkan sebahagian besar harta benda kerana air yang begitu deras dan cepat naik.

Selain daripada membantu membersihkan rumah- rumah mangsa, pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan juga berjaya menyalurkan bantuan pakaian terutamanya kepada kaum muslimat.

Banjir berkenaan juga telah menyebabkan kerosakan pada jambatan Velley di Chuar serta 2 buah jambatan kecil di Kg. Terap, Kati.

Menurut penduduk tempatan kekarapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kerja- kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit di Lata Perahu, Chuar. Ini merupakan banjir yang kedua dalam tempoh 2 minggu. Banjir pertama telah berlaku pada 16 November 2012 yang lalu.

Misi bantuan tamat pada jam 5 pagi tadi. Pihak mangsa berasa amat terharu dengan kehadiran sukarelawan dari pihak PAS dan tidak putus- putus mengucapkan rasa terima kasih atas keprihatinan pimpinan dan ahli Pas serta pemuda- pemuda Pas yang sanggup bergelumang dengan lumpur untuk membantu mereka.

 
 Dr. Azalan yang sentiasa bersama rakyat ketika susah dan senang
Sdr Md. Zailani, Ketua Penerangan MTD
Unit Amal Pemuda Pas Kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Dec 2012 07:06 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SIRAH NABI YUSUF DAN NEGARA MESIR

Posted: 02 Dec 2012 10:38 PM PST

PAS PERAK BUAT LAPORAN KE ATAS KAK JAT ?

Posted: 02 Dec 2012 10:21 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan