Jumaat, 16 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 15 Nov 2012 11:04 PM PST

Salam Perjuangan


HARUSSANI, JANGAN 'BIAS'!

Posted: 15 Nov 2012 07:30 AM PST

1 Muharram 1434 H | 15 November 2012

SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Harussani sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih terbuka terhadap sesiapa sahaja yang didapati 'bersalah' berhubung isu agama termasuk bekas Perdana Menteri sebelum ini.

"Ada juga kenyataan dua orang bekas perdana menteri kita, seorang pada 2007 yang turut menyatakan 'orang Islam berhak tukar agama dan bebas berbuat demikian' tapi tidak disiarkan di media tempatan, dan satu lagi penghinaan mengenai sunnah Rasulullah s.a.w.

"Harussani perlu berlaku adil dan tidak selektif dalam memberi pandangan termasuk sesiapa sahaja yang menyimpang dari Islam.

"Saya yakin beliau seorang yang amanah sekiranya beliau turut memberi kenyataan serupa kepada kedua bekas pimpinan negara itu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Harussani dilaporkan menasihatkan supaya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, bertaubat serta memohon keampunan daripada ALLAH SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Beliau juga mengulangi nasihat itu untuk seluruh pengikut pemimpin PKR terbabit yang menyokong serta bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu kerana ia adalah berdosa besar.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jika Harussani boleh memberi kenyataan berhubung isu Nurul Izzah, PKR juga meminta beliau tegas memberi kenyataan kepada pemimpin lain.

"Jangan hanya berani bagi kenyataan kepada kita sahaja, beliau perlu amanah dalam menjalankan tugas dan tidak memilih kepentingan.

"Beliau juga perlu tegas kepada semua," katanya. - SinarHarian

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Nov 2012 07:45 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang

Posted: 14 Nov 2012 08:04 PM PST



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 15 Nov 2012 01:59 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Salam Maal Hijrah 1434H dan Selamat Bermuktamar kepada Pemuda PAS

Posted: 14 Nov 2012 05:29 PM PST


Assalamualaikum.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil mengucapkan selamat bermuktamar kepada semua ahli-ahli PAS amnya dan Pemuda PAS Khasnya.

Muktamar kali ini dilihat sebagai medan untuk membincangkan pemerkasaan parti bagi menghadapi perang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Moga setiap yang dibincangkan nanti akan terus menguatkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang ingin menegakkan Syariat Islam yang sekian lama telah dimatikan oleh puak sekular, Umno dan Barisan Nasional.



Tahniah juga diucapkan kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Mat Dawi kerana diberi peluang untuk menjadi wakil Pemuda Melaka selaku pembahas ucapan dasar.

Disini juga, DPPKBK melampirkan ucapan dan utusan Maal Hijrah daripada TG Presiden PAS.


PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1434H

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihanraya.

Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya dikalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Disamping itu kita sebagai individu muslim juga mesti berubah kearah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia kearah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku dimasa ini.


Dipetik daripada http://www.pas.org.my

Takbir.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Nov 2012 12:49 PM PST

Dupahang's Weblog


Pertahan ijtihad tahaluf siyasi – Ketua Ulamak

Posted: 14 Nov 2012 11:45 PM PST

Harakahdaily, 15 Nov 2012 (Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak) KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam [...]

Jasindaily Online

Posted: 15 Nov 2012 10:54 AM PST

Jasindaily Online


Pemuda Perlu Juarai Isu Rakyat

Posted: 15 Nov 2012 06:59 AM PST

Pemuda PAS diseru beri perhatian terhadap golongan muda peringkat cawangan, ditambah penyediaan barisan kepimpinan dan pelapis dengan menubuhkan satu institusi khusus bagi mendekati golongan muda. "Bukan hanya di peringkat institusi pengajian tinggi yang mana anak-anak muda di peringkat pengajian tinggi ini nanti tidak dapat menguasai gerak kerja di cawangan dan kawasan," jelas Mohd Zulkarnain Md Zaki. Beliau wakil Dewan Pemuda Negeri Sembilan dalam ucapan sokongan ucaptama Ketua Pemuda PAS pagi tadi menegaskan cadangan ini diambil seiring tema muktamar dewan itu tahun lalu iaitu 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda'. 

 Perkasa Akademi Kepimpinan Pemuda 

 Seiringan itu cadangan itu, beliau menyatakan Pemuda PAS perlu melihat kembali penubuhan Akademi Kepimpinan Pemuda yang kurang berfungsi. Beliau mencadangkan agar golongan muda mengusulkan agar akademi ini diperkasakan fungsinya semula. "Apakah status akademi ini, apakah masih diteruskan?" soal Zulkarnain. 

 Pemuda Juarai Kembali Isu-Isu Rakyat 

 Cadang beliau, Pemuda PAS seharusnya menjuarai isu-isu rakyat yang selama ini dilihat jarang ditumpukan. Pemuda juga masih belum menyediakan polisi berkaitan hiburan, isu sukan dan sebagainya ketika bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan dalam menganjurkan program atau himpunan. "Contoh yang terjadi ketika acara PROTES, tidak pernah ada dalam program anjuran PAS yang diadakan konsert yang bercampur. Namun ia terjadi dalam program itu," jelasnya. Tambahnya, Pemuda PAS perlu mengambil serius perkara ini dengan memperkasakan polisi tersebut dalam masa yang sama memberi panduan dalam hiburan, sukan, dan sebagainya. "Jangan sehingga selepas dapat memerintah baru hendak ditegakkan polisi, sedangkan ketika itu mungkin sudah terlewat," ujarnya lagi.

Muktamar - Santuni Pemuda Menjelang PRU13

Posted: 15 Nov 2012 06:56 AM PST

Wakil Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Mohd Nazri menyeru kepimpinan pemuda pusat supaya menumpukan perhatian kepada golongan muda untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13. Katanya, kepimpinan pemuda perlu membuka ruang kepada anak muda untuk menyalurkan idea mereka dalam memajukan gerakan PAS. Beliau mencadangkan satu menifesto yang menfokuskan golongan muda diwujudkan. "Perjuangkan PTPTN juga satu tarikan mina golongan muda ini kepada PAS," cadang beliau. 

Justeru, pimpinan pemuda PAS disaran untuk turun bertemu golongan anak muda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang meraikan jiwa mereka. Ia penting kerana mereka adalah komponen terpenting dalam masyarakat. Perbahasan ini Dewan Pemuda hari ini dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir, turut dibantu Ustaz Kamal Ashaari. Seramai 660 orang perwakilan pemuda kawasan dari seluruh Malaysia memenuhi Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu bermula dari jam 8.00 pagi lagi.

Perbahasan Isu Syiah Di Muktamar PAS Pusat ke 58

Posted: 15 Nov 2012 02:16 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Nov 2012 09:18 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rakyat dahagakan ilmu tapi dewan, stadium, masjid tidak dapat digunakan

Posted: 14 Nov 2012 08:02 PM PST


Rakyat ketika ini, khususnya umat Islam di Negeri Sembilan amat dahagakan ilmu dari para ulama. Suasana bersesak mereka yang hadir mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban pada Isnin 12 Nov 2012 yang lalu walaupun dalam keadaan hujan serta padang dan jalan yang becak. Alangkah baiknya kalau Ustaz Azhar Idrus dapat turun lagi di Negeri Sembilan di Padang MPS atau Stadium Paroi atau Masjid Negeri atau Pusat Dakwah Paroi.

Jika Ustaz Azhar Idrus boleh bersiaran dalam TV di Astro Oasis, kenapa tidak di tempat-tempat awam di Negeri Sembilan?

12 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S’ngor – Exco

Posted: 14 Nov 2012 08:01 PM PST



14 November 2012 : Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik(AES) di Selangor oleh kontraktor yang dilantik Kerajaan Pusat adalah secara haram, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu.

Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"AES di Kajang adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Sebelum pemasangan perlu dapat Kebenaran Merancang (KM).

"Tanpa itu (KM), walaupun kamu pemilik tanah, kamu tak boleh buat begitu, ia dianggap haram, salah. Jadi saya sarankan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Kong Cho Ha rujuk dulu dan minta nasihat," katanya pada sidang media petang tadi.

Jelas Ronnie, sebelum pemasangan, pihak bertanggungjawab mesti mendapat kebenaran yang diperuntukkan dalam undang-undang.

"Dia mesti ada kelulusan baru boleh buat. Dia menteri (dan dia) mesti ikut undang-undang juga.

"JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) hanya bagi kontraktor minta izin. (Tapi) kontraktor tak buat. Kementerian tak buat permohonan. Ketiga-tiga pihak tidak buat permohonan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu.

Sehubungan itu, kata Ronnie, amaran Kerajaan Selangor yang memberi tempoh 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan semula kamera tersebut di negeri itu sangat berasas.

"Dua AES di kawasan Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), minta surat untuk roboh 14 hari, ekoran taklimat diberikan oleh Pengarah JPJ.

"Saya pergi semalam di Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan di Lebuhraya PLUS Expressway dari Bangi menghala ke Cyberjaya masih terdapat kamera AES di sana," katanya merujuk laporan muka depan akhbar Suara Keadilan hari ini.

Ronnie yang ke lokasi itu semalam bersama seorang lagi Exco, Dr Yaakob Sapari menunjukkan kamera yang bakal dirobohkan jika Kerajaan Pusat berdegil tidak mahu menanggalkan kamera tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau bertegas akan mengarahkan MPKj untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang," kata Ronnie.

Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula Isnin lalu dan tempoh itu berbaki 12 hari lagi dari sekarang.

Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang

Posted: 14 Nov 2012 08:00 PM PST



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari 'Asyura', orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari 'Asyura' ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 15 Nov 2012 04:04 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Pertahan ijtihad tahaluf siyasi

Posted: 14 Nov 2012 06:51 PM PST

KOTA BHARU: Para ulamak di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Haron Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.

Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadis.

Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.

"Sekiranya berlaku sebarang pelanggran kepada syarat-syarat tersebut, Ulamak perlu segera menegur kepimpinan parti dan memberikan nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan Ucaptama dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini. 

Teks ucapannya dibaca Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfudz Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ustaz Haron turut memberitahu, ulamak PAS perlu menggunakan media baru dalam menyampaikan mesej dakwah mereka.

"Tidak cukup hanya dalam kuliah di surau dan masjid serta ceramah, bahkan perlu disiarkan dalam media massa. Youtube, blog, website dan media alternatif lain perlu digunakan semaksimum mungkin untuk tujuan tersebut," katanya.

Ulamak perlu memanfaatkan media ini bagi membentuk minda rakyat dan cara pemikirannya agar benar-benar menguntungkan Islam di samping mempunyai semangat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini, tambahnya.

Sementelahan lagi isu berkaitan ijtihad siyasi dan tarbawi biasanya dialpakan oleh banyak pihak.

Ulamak Haraki berperanan memenuhi media baru dengan pemikiran dakwah, tarbiyah dan jihad menentang kezaliman.

Jihad Ulamak Haraki, katanya,  tidak hanya dengan lisan tetapi juga menggunaka mata pena penulisan.

"Marilah kita mengisi ruangan yang terbuka luas sebagai medium dakwah moden untuk menyampaikan risalah Allah kepada masyarakat," jelas beliau.

Jadikan wanita DHPP entiti penting

Posted: 14 Nov 2012 06:41 AM PST


Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) khususnya wanita DHPP sebagai sebuah entiti penting untuk menunjukkan keadilan Islam kepada golongan Non Muslim di Malaysia.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, Muslimat yakin PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang perubahan dan kemakmuran yang telah ditawarkan oleh Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat rahmat dari Allah swt.

Berucap dalam Muktamar Muslimat Kali ke-52, Zailah berkata, PAS yang kini bersama rakan dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia bagi menggantikan UMNO Barisan Nasional yang masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya sama ada dalam bidang sosial, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Tegasnya, PAS dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang Melayu dan bukan Melayu dalam agenda perjuangan mereka. 

"Kita percaya akan ada wakil DHPP yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13 sebagaimana dalam PRU ke-12. Ini menunjukkan penghargaan kepada orang bukan Islam yang telah menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia.

"Hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah satu perjuangan yang mulia, bersih, adil lagi berakhlak," katanya di hadapan 624 perwakilan dari seluruh negara.

Tambahnya, komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi. 

"Hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang dibawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan