Selasa, 13 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Nov 2012 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bengkel Terapi Quran 1 Dis 2012 di Seremban

Posted: 12 Nov 2012 05:39 PM PST


BENGKEL22 TERAPI HURUF AL-QURAN & 33 TIP KUASAI BAHASA ARAB
(Untuk Sihat & Kuasai Bahasa Arab)
Tempat : Masjid Negeri, Seremban
Tarikh : 1 Dis 2012 (SABTU)
Masa : 2 – 6 ptg
Bersama : Dr Abd Razak Bin Abu Chik, Pensyarah Cemerlang Bahasa Arab, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

Terbuka kepada umum

Yuran cuma RM 30 (Alat Terapi Berwarna warni, Bimbingan, Minum Petang disediakan)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Ustaz Kamarudin 06-7672903 , 019-6236743

Maklumat lanjut di http://drarabic.blogspot.com

Umno salah guna kem tentera untuk raih sokongan

Posted: 12 Nov 2012 02:10 AM PST


11 Nov 2012

Merujuk kepada sepucuk surat yang didedahkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan berasa curiga dengan taktik yang digunakan oleh Umno untuk meraih sokongan apabila tergamak menggunakan kem tentera sebagai tempat untuk berkempen meraih sokongan.

Surat rasmi yang mempunyai 'Letterhead' Umno Seremban itu dituju dan dihantar kepada seluruh warga penduduk Sikamat untuk hadir masuk ke perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat). 

Turut tertera sebagai aktiviti ialah ucapan pemimpin Umno Seremban dan seorang artis dangdut juga dijemput membuat persembahan.

SAMM Negeri Sembilan melihat Kem tentera adalah kawasan terlarang dan khas untuk aktiviti ketenteraan, ini termasuklah Kem Sikamat yang menempatkan pelbagai senjata berat artileri dan juga rahsia ketenteraan. Adalah tidak wajar apabila seluruh warga Sikamat dijemput ke perkarangan kem tentera hanya untuk sebuah majlis jamuan.

Apakah jaminan kem tersebut tidak ditembus oleh perisik asing apabila ramai yang berpusu-pusu masuk ke kem tentera?

Kerakusan Umno meraih sokongan hingga membelakangkan keselamatan negara harus dipandang serius dan perlu diteliti kelaziman seperti ini agar ianya tidak berulang. SAMM Negeri Sembilan juga menggesa kem tentera wajib dikawal dengan ketat, tidak sepatutnya longgar dan peristiwa kehilangan enjin jet Sukhoi harus dijadikan iktibar.

Sekiranya sedikit masa lagi ada enjin kapal selam pula yang dicuri, maka Umno harus dipersalah kerana tergamak mengajak orang ramai 'berdangdut' di perkarangan kem tentera.

Hamizan Haji Bahtiar
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan

PKR kesal Umno guna kem tentera

Posted: 12 Nov 2012 02:09 AM PST


11 November, 2012

Pihak tentera sepatutnya bersikap berkecuali dan 'apolitical' serta tidak membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.

SEREMBAN: PKR hari ini merasa pelik dengan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan 'apolitical' membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun dalam sidang akhbar tengahari tadi, mendedahkan kepada media sepucuk surat pekeliling yang dipercayai ditandatangani dan dikirimkan oleh Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail kepada semua penduduk Sikamat.

Beliau menjemput penduduk hadir ke 'Majlis Jamuan Mesra Rakyat bersama Warga Kem Sikamat' pada malam ini di Perkarangan Kem Rejimen Ke-4, Artileri DiRaja Malaysia, Sikamat (Kem Sikamat).

"Saya kesal kerana Umno dibenarkan mengadakan program dalam kem tentera itu sendiri. Surat jemputan mempunyai kepala surat (letter head) berlambang Umno.

"Apa yang mengejutkan Pegawai Pemerintah Kem Sikamat turut dijadualkan memberi ucapan pada program tersebut malam ini. Sikap kecuali 'apolitical' tentera sudah tidak ada lagi.

"Selain itu Ketua Umno Bahagian Seremban juga dijadualkan berucap. Bagi pihak PKR dan Pakatan Rakyat, saya amat risau dengan cara kempen dalam kem tentera. Sepatutnya tentera bersikap berkecuali.

"Saya mahu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut dijadualkan berucap pada malam ini memberi penjelasan apakah parti politik dibenarkan menganjurkan program dalam kem tentera.

"Jika dibenarkan maka saya selaku ADUN di kawasan ini juga ingin mengadakan program mesra rakyat bersama warga Kem Sikamat dan semua penduduk Sikamat dalam perkarangan Kem Sikamat," kata Aminuddin dengan nada sinis.

Aminuddin juga mempersoalkan apakah kem tentera yang sepatutnya menjadi kawasan larangan boleh membenarkan orang awam hadir.

"Apakah rahsia dan keselamatan kem tentera tidak terdedah kepada umum? Saya harap Pegawai Pemerintah tentera memikirkan semula aspek ini," kata Aminuddin.



MTD N24 Bemban

Posted: 12 Nov 2012 09:03 PM PST

MTD N24 Bemban


KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN /CUTI PERSEKOLAHAN 2012

Posted: 12 Nov 2012 03:53 AM PST


PAS LENGGONG

Posted: 12 Nov 2012 07:45 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 11 Nov 2012 09:30 PM PST

ANDA MAHU DENGAR ULASAN TOKOH AGAMA INI ATAUPUN ANDA INGIN DENGAN ULASAN MEDIA KAWALAN UMNO DAN JUGA USTAZ UMNO 

Posted: 11 Nov 2012 09:22 PM PST

 Agong ngan Permaisurinya sememangnya bijak menghormati rakyat, bergambar dengan pasangan pengantin pada tempat dan masa yg sesuai.. 

Posted: 11 Nov 2012 09:15 PM PST

Nampaknya negara Malaysia kita KALAH & Kehilangan LEBIH daripada PINGAT EMAS kepada negara Cina sewaktu Sukan OLIMPIK!

Posted: 11 Nov 2012 09:03 PM PST

Umno dan BN


Posted: 11 Nov 2012 08:58 PM PST


Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek

Subky Latif,08 Nov 2012
SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan  dakwah khsusnya mengenai  hudud.

Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang  kepada Muhammad, maka Muhammad  mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s.  dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.

Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh  dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.

Tetapi jangan terhenti setakat  mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.

Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana  Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak  dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.

Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.

Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.

Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.

Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi  jurucakap  Soi Lek bukanlah kerja ulama.

Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.

Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan 'hudud PAS.'

Atau apa yang ketua  MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud  PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan  dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.

Selepas pertemuan Soi Lek  itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.

Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?

Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.

Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.

Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.

Sebagai jurucakap Soi  Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.

Posted: 11 Nov 2012 08:49 PM PST


Kantoi! Pengguna Facebook edit gambar Rosmah!

http://jalanpulang1978.blogspot.com,12 Nov 2012

Hasil kecanggihan teknologi kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali.

Seperti mana yang terjadi ke atas isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang terselit di antara pasangan pengantin badminton negara, Lee Chong Wei dengan isterinya Wong Mew Choo, sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter.

Rosmah yang hadir kelmarin di majlis resepsi pasangan mempelai pada malam kedua persandingan mereka bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu.

Seorang pengguna Facebook yang bengang dengan tindakan tersebut sempat mengambil beberapa keping gambar Rosmah dan pasangan pengantin secara terus dari hadapan televisyen lalu dengan usahanya itu, maka terhasillah apa yang kita semua lihat pada gambar di atas.

Posted: 11 Nov 2012 08:48 PM PST


Presiden Umno sendiri pernah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com,12 Nov 2012
Utusan Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.

Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.

Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….'

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you.

Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya.

Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?

Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.

Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegas Nurul Izzah.

Jelasa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama itu adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Jika Nurul Izzah dianggap bertindak bodoh dan melampau bagaimana pula dengan Pak Lah ini?

Pada July 2007, Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO pada ketika itu dilaporkan telah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud benarkan orang-orang Islam murtad jika itu pilihan mereka..

Tidakkah tindakan Pak Lah itu akan mengalakkan orang-orang Islam untuk murtad sebagaimana dakwa kebanyakkan pencacai UMNO bila Utusan melaporkan Nurul Izzah buka peluang murtad?

Kenyataan Pak Lah ini tidak disiarkan oleh media-media yang ditunggan oleh UMNO/BN tetapi beberapa media cetak dan on-line luar negara

Laporan di atas juga disiarkan oleh Channel News Asia di ( SINI )
Apakah bila ianya disuarakan oleh pemimpin UMNO sendiri maka ianya tidak memudaratkan Islam?

Posted: 11 Nov 2012 08:47 PM PST

Asal bukan umno- sebab mahathir kata umno tu syaitan.








Rembau Hari Ini

Posted: 12 Nov 2012 07:45 PM PST

Rembau Hari Ini


Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan

Posted: 12 Nov 2012 02:48 AM PST


Pada tahun 2008 , Tok Mad kata Hospital Rembau akan dibina pada tahun 2008, batu asas Hospital Rembau telah diletakkan pada tahun 2008 dalam satu majlis besar-besaran sebelum pilihanraya 2008 yang dihadiri oleh Tok Mad, KJ, Zaiful dan Dr Awaluddin bersebelahan Balai Bomba Rembau. Projek ini tertangguh hingga ke tahun 2012. Tahun 2012 baru kerja tolak tanah dilakukan. Namun hingga ke saat ini, tender untuk kerja bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.

Apakah puncanya JKR masih belum mengeluarkan tender kerja bangunan Hospital Rembau? Tiada bajet, tiada peruntukan, pelan bangunan belum siap, laporan EIA Alam Sekitar belum diluluskan?

Kerajaan yang pertama di Negeri Sembilan ialah kerajaan Rembau, namun daerah yang terakhir yang belum ada hospital ialah daerah Rembau. Sedangkan di Rembau ini ramai warga emas, sekiranya warga emas ini sakit, perlu masuk hospital, mereka akan dibawa ke hospital Seremban. Hospital Seremban disebabkan tempat letak keretanya jauh dan perlu mendaki bukit, pelawat yang tak sakit pun boleh sakit bila menziarahi pesakit di Hospital Seremban.

Ajal maut di tangan Allah, namun manusia harus berusaha untuk kelangsungan hidup. Apakah mereka tidak mengambil iktibar kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri apabila Pengerusi Peladang Rembau rebah ketika berucap depan Tok Mad, terpaksa dikejarkan ke Hospital Seremban pada tahun 2011?

REBAH KETIKA BERUCAP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

REMBAU 19 Mei 2011 - Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir pengsan semasa berucap. Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul 7.10 petang ini.

Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.

HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU

7 MAC 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah.

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA

29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".

PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL INI

25 JAN 2012 - Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."

TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI

15 MAC 2012 - Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA

29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.


PAS Kawasan Miri

Posted: 12 Nov 2012 07:12 PM PST

PAS Kawasan Miri


Caj Tersembunyi Perangkap Bagi Pengguna Mudah Alih

Posted: 12 Nov 2012 01:21 AM PST

Caj Pengendali Perkhidmatan Mudah Alih Tidak Telus
Kita menerima banyak aduan dari orang ramai yang tidak puas hati terhadap caj dan perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan talipon mudah alih.
Ada diantara mereka yang dikenakan caj sampai beribu-ribu ringgit apabila mereka menggunakan perkhidmatan GPRS atau apabila mereka melakukan perantauan atau "roaming" semasa berbual. Ada juga mereka yang melayari internet melalui WAP atau GPRS dimana perkhidmatannya yang kurang memuaskan pun dikenakan caj yang tinggi.
Kebanyakan yang jadi mangsa adalah pengguna pascabayar dan pelanggan tetap.
Mereka tidak puas hati sebab mengapa mereka perlu membayar lebih sedangkan mereka adalah pelanggan tetap. Sedangkan yang menggunakan perkhidmatan pra-bayar pula mendapat keistimewaan.
Sebagai pelanggan tetap sepatutnya pengendali perkhimatan mudah alih memberi layanan yang lebih baik bukan sebaliknya.
Kebanyakan pengguna yang dikenakan caj yang melampau ini adalah disebabkan tiada peringatan kepada pengguna yang melanggan perkhidmatan internet atau WAP dan juga pangilan perantauan dimana tiba-tiba saja mereka menerima bil caj yang terlalu tinggi dari biasa.
Sebab utama mungkin disebabkan oleh caj tersembunyi yang tidak dipamerkan dalam bil dimana pelangan tidak mengetahui berapa masa sebenar yang telah digunakan. Perkara ini perlu telus dan pelanggan berhak tahu caj yang dikenakan oleh pengendali perkhidmatan mudah alih yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Umpamanya, Caj  Celcom GPRS WAP INTERNET adalah terlalu mahal berbanding normal caj talian Internet yang melalui pakej.
Apa bezanya pakej dengan caj tanpa pakej sedangkan menggunakan satelite yang sama?
Sebagai pelanggan setia Celcom, kita harus diberi keutamaan khas dan pihak pengendali tidak membebankan pengguna dengan caj tersembunyi dengan jumlah yang besar.
Kami berharap pihak pengurusan Celcom dan lain-lain operator seharusnya menghargai pelanggan yang setia dan tidak membiarkan mereka untuk mencari pengendali lain yang mungkin memberi perkhidmatan yang terbaik.
Kalau hendak caj pelanggan pun biarlah berpatutan dan telus, jangan sampai membebankan pelanggan dengan caj yang tidak munasabah.
Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat memantau dan mengenakan syarat ketat kepada pengendali perkhidmatan mudah alih agar jangan mengenakan caj yang melampau kepada pelangan tetap dan pengguna mudah alih. Semua caj yang dikenakan perlu telus dan diberitahu dalam syarat perjanjian antara pelangan dengan pihak pengendali perkhidmatan mudah alih agar semua pihak berpuas hati apabila menggunakan perkhidmatan tersebut.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Mobile Service Operator Charges Not Transparent
We received numerous complaints from the public who are not satisfied with the charges and services which are charged to the mobile telephone customers.

Some of them charged up to thousands of ringgit when they use GPRS or when they are roaming while chatting. There are also those who surf the Internet via WAP or GPRS where the service is not satisfactory also higher charged.
Most of the victims are post-paid users and regular customers.
They are not happy, the reason why they have to pay more whereas they are regular customers. While the user of pre-paid services also get the privilege.
As regular customers of mobile services operators should give better services not otherwise.
Most users of this excessive charged is due to no warning to users who subscribe to the internet or WAP as well as roaming call where suddenly they receive a bill charging too much higher than usual.
Charges that exceed the limit should be blocked by the operator immediately. Do not wait until thousands of ringgit then they want to charge to the user. It is unfair to consumers because they feel cheated by the service.
The main reason may be due to hidden charges that are not displayed in the bill which the customer does not know what the actual charges were used. This needs to be transparent and customer has the right to know the charges by mobile operators who use their services.
For example, Celcom GPRS WAP INTERNET charges are too expensive compared to normal charges through the internet cable package.
What is the difference a package and without package charges while using the same satellites?
As Celcom loyal customers, we should be given a special priority and the operator should not burden the consumers with hidden charges with large amounts.
We hope the management of Celcom and other operators should appreciate the loyal customers and do not let them to find other operators may provide the best service.
If you want to charge customers also, let reasonable and transparent, not to burden the customer with unreasonable charges.
We urge that the government is able to monitor and impose strict requirements on mobile operators that do not impose excessive charges to regular customers and mobile users. All charges must be transparent and be told in terms of the agreement between the customer and the mobile operator so that all parties are satisfied when using the service.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Nov 2012 03:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KISAH KOMEN ORANG SERENDAH DI BATANGKALI !

Posted: 12 Nov 2012 12:57 AM PST

Bukan Kepada Umno Orang Tak Suka


BERIKUT adalah pesanan ringkas (SMS) daripada seorang muda yang saya kenal sejak hampir sedekad hasil mempengerusikan sidang memperingati Dasar Pandang Ke Timur yang menampilkan (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan Profesor di Raja Ungku Abdul Aziz.

"Salam tok, sy rasa seronok dpt belanja dato tempohari dan kembali ikuti the scribe walaupun 'geram' dengan tulisan dato sejak setahun lepas tapi buku dato tetap saya beli cuma 'tak baca'. Sejak pertemuan kita temphari saya kemabli membaca dan mengikuti. Hatta."

Memang benar, baru-baru ini, dalam perjalanan mencari benih ikan, saya berhenti makan tengah hari di Batang Kali dengan Hatta. Dia bawa anak saudaranya kerana remaja itu tidak percaya bapa saudaranya kenal saya. Hatta belanja saya makan di restoran Melayu yang terkenal di pekan itu.

Hatta adalah aktivis muda Umno yang kembali selesa dengan partinya selepas diambil alih oleh Mohd Najib Abdul Razak. Kerana itulah dia kurang selesa dengan tulisan saya yang pada pandangannya terlalu kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan kerajaan.

Kata Hatta, dia positif terhadap harapan Barisan Nasional menawan semula Selangor. Dia orang Selangor tinggal di Serendah.

Berkenaan tanggapan beliau bahawa saya kritikal terhadap kepemimpinan Umno dan negara, itu adalah pandangan beliau. Beliau berhak terhadap pendapatnya dan saya berhak terhadap penilaian saya ke atas Umno, sebuah pertubuhan yang kenali sejak budak-budak lagi.

Orang Tak Benci Kepada Umno

Sebenarnya, orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya, tidaklah terlalu benci kepada Umno. Orang Melayu yang sedar dan rasional, mengakui bahawa Umno banyak menyumbang kepada orang Melayu, negara dan agama Islam manakala orang bukan Melayu tumpang berteduh dan makmur di bawah pimpinan Umno.

Cuma, banyak orang Melayu, khasnya generasi tua dan generasi muda terkilan dengan kepemimpinan Umno yang dilihat sebagai tidak cukup Melayu dan terlalu mementingkan diri sendiri atau kelompok masing-masing.

Generasi tua yang sudah "bersara" dan tidak dipedulikan lagi oleh kepemimpinan Umno berasa Umno bukan lagi perjuangan yang mereka kenali. Malah mereka sangsi kalau perjuangan masih menjadi wadah Umno.

Mereka berasa kepemimpinan Umno telah terpesong daripada perjuangan asal – untuk agama, bangsa dan negara. Mereka melihat kepemimpinan atasan Umno sebagai terlalu tunduk kepada tuntutan dan asakan pihak-pihak di luar Umno dan orang bukan Melayu.

Generasi muda pula melihat kepemimpinan Umno sebagai elitis, mabuk kuasa, korup dan tidak telus.

Yang nampaknya terus taasub dan terasuk dengan kepemimpinan Umno adalah generasi pertengahan yang masih relevan dalam minda dan tindakan Umno. Mereka ini masih boleh dibawa berunding dan sesetengahnya terus mendapat faedah ekonomi daripada keakraban mereka dengan kepemimpinan Umno. Mungkin Hatta dalam kelompok itu.
Punca Tanggapan Negatif
Tanggapan yang negatif terhadap kepemimpinan Umno tidak dapat dinafikan. Malah, dalam hal-hal tertentu, amat teruk.

Salah satu yang nampak jelas kepada umum ialah campur tangan ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran serta sistem pewarisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tetapi hal ini tidak terhad kepada Umno sahaja. Ia berlaku dalam semua parti politik utama di negara kita dan di dunia, di mana pembabitan cergas bapa, ibu dan anak dalam politik sudah menjadi kebiasaan.

Ini mengingatkan saya kepada temu ramah saya dengan Tsutomu Hata, reformis Liberal Democratic Party (LDP) Jepun sebelum parti itu ditumbangkan dalam pilihan raya umum 1993 setelah memerintah selama lebih 50 tahun.

LDP adalah parti tertua yang ditubuhkan pada tahun 1955 bagi "mendemokrasikan" Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Ia menjuarai pemecahan kuasa golongan feudal dan "merakyatjelatakan" pemerintahan Jepun. Ia mempelopori pembangunan semula Jepun sehingga menjadi kuasa industri global.

Tetapi, menjelang tahun 1990an, LDP menjadi berat di atas (top heavy), feudalistik dan korup. Kepemimpinannya terpisah dari rakyat biasa, khasnya pekerja dan generasi muda.
Bencana Politik Wang
Salah satu punca feudalisme dan keterpisahan LDP ialah proses pemilihan dan pewarisan jawatan parti di mana kebanyakan jawatan diperturunkan dari generasi ke generasi. Menjelang tahun 1990an, majoriti ketua bahagian dan Ahli Parlimen LDP adalah dari generasi ketiga.

Kawasan pilihan raya dan kerusi Parlimen diperturunkan dari datuk kepada ayah dan ayah kepada anak. Politik wang menjadi amalan. Untuk menguruskan sebuah bahagian, ketuanya memerlukan hingga AS$2 juta (kira-kira RM6.4 juta) setahun.

Bagi mengisi tabung, mereka bersekongkol dengan pemodal dan usahawan, khasnya pemaju hartanah dan kontraktor. Banyak juga yang secara sedar atau tidak terlibat dengan Yakuza iaitu sindiket jenayah Jepun.

Saya menulis mengenai temu bual dengan Hata itu dalam akhbar New Straits Times. Hata menjadi Perdana Menteri Jepun selama sembilan minggu pada tahun 1994.

Hari ini, orang tidak lagi terlalu taasub kepada parti. Hatta parti raksasa seperti Parti Komunis China yang memonopoli kuasa pun telah secara terbuka mengakui bahawa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan elitisme akan menyebabkan rakyat jelata hilang keyakinan.

Jadi, kalau Hatta begitu kasih dan sayangkan Umno (taasub dan terasuk, kata seorang pensyarah kewartawanan), dia kenalah meyakinkan kepemimpinan partinya agar membuat perubahan besar membersihkan Umno daripada unsur-unsur yang merosakkan.

Dan, pada pilihan raya umum akan datang, bukan sekadar meletakkan calon "winnable" (boleh memang), tetapi lebih daripada itu, calon yang boleh menyatupadukan semula orang Melayu dalam satu pertubuhan kebangsaan yang utuh. Wallahualam.

Bagi saya, sebagai penulis, saya berpegang kepada falsafah "published and be damned" - saya akan terus menulis, insya-Allah, dan saya bersedia dikutuk.
Posted by A KADIR JASIN

KAUM INDIA TIDAK DIABAI !

Posted: 11 Nov 2012 11:29 PM PST

KLANG 11 NOV: Masyarakat India di negara ini tidak akan diabaikan jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang memerintah di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaum India yang sebelum ini seringkali diabaikan Kerajaan Umno-BN akan diberi perhatian sama-rata termasuk kaum-kaum lain yang menjadi penduduk di negara ini.

Katanya, contoh terbaik yang ditunjukkan adalah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberikan peruntukan berjumlah RM4 juta setiap tahun kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini.

"Jika 50 tahun dahulu SJKT tidak pernah menerima bantuan khusus bagi pembangunan sekolah, Kerajaan Negeri sekarang beri tiap-tiap tahun RM4 juta untuk semua SJKT di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan sempena lawatannya ke tapak Pesta Deepavali yang berlangsung di Jalan Kelana, Klang petang tadi.

Turut hadir ialah Exco-exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Sementara itu, Anwar berkata, semua rakyat di negara ini digesa menanamkan keyakinan kepada PR bagi melaksanakan dasarnya yang terbukti demi kepentingan rakyat.

"Macam-macam kita sudah dengar, daripada mansuhkan PTPTN, turunkan harga kereta dan pelbagai lagi dasar yang akan dilaksanakan PR jika memerintah Putrajaya.

"Saya sudah tidak mahu lagu gaduh-gaduh soal kaum, kita akan jaga semua kaum dan rakyat di negara ini," katanya yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH REKOD KEDUA RAKYAT MALAYSIA

Posted: 11 Nov 2012 05:32 PM PST

Alhamdulillah dan tahniah ! kepada pelumba negara Zulfahmi kerana mengharumkan nama negara.beliau berjaya menaiki podium buat kali kedua setelah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di litar Valencia Sepanyol.


Semasa perlumbaan di litar Sepang tempoh hari beliau telah mengejutkan para peminat pemotoran di tanah air (Malaysia) dengan melakarkan sejarah kerana buat julung kali beliau menaiki podium dan kali kedua rakyat Malaysia naik podium.

Dan kini di Valencia Sepanyol membuktikan kemenangan beliau di litar Sepang bukan faktor nasib. Di Valencia beliau sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah pelumba yang hebat.

Yang membanggakan rakyat Malaysia , beliau sebagai anak muda tidak mudah mengikut budaya yang tidak elok dan sensitif Islam terutama berkaitan arak yang dah jadi tradisi . Beliau berani buat keputusan melarikan diri semasa pemenang meraikan kemenangan di podium dengan memancutkan arak dari botol yang besar.Bagi bukan Islam pun tidak setuju arak dibanggakan inikan pula orang Islam rakyat malaysia. Allahhuakbar!
Semoga Allah lindungi pemuda ini dari perkara yang menyesatkan dan menghina Islam.
Mudahan bila beliau menang tempat pertama nanti insyallah satu sejarah akan berlaku bila pertama kali kemenangan tidak disambut dengan semburan arak.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 12 Nov 2012 02:31 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Program Terkini : Jom Ngeteh

Posted: 11 Nov 2012 09:43 PM PST




Pas Kawasan Kota Tinggi akan menganjurkan program santai Jom Ngeteh seperti mana tertera di atas. Sehubungan itu, kami menjemput anda bersama-sama dalam program tersebut.

Pada sebelah malamnya, akan di adakan ceramah yang akan di adakan di Felda Pasak.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 12 Nov 2012 11:52 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN

Posted: 11 Nov 2012 05:02 PM PST

TEMERLOH: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.

"Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.

Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.

"Apakah dasar Islam yang parti telah diubah sehingga mereka membuat pelbagai tuduhan?

"Sebenarnya tiada. Jika gabungan PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat tidak kuat dan tidak menjadi satu ancaman kepada kesinambungan pemerintahan Umno BN, serangan sedemikian tidak akan wujud," kata beliau yang juga ahli Majlis Syura.

Beliau dipercayai sedang memberi respons kepada tindakan segelintir ahli PAS yang kecewa di dalam satu forum di Selangor, yang secara terbuka menuduh parti telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan menyeru parti mengkaji semula hubungan politik bersama DAP.

Beliau berkata serangan datang bila mana PAS mula mendapat sokongan daripada kalangan bukan Islam dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS serta wujud kerjasama kukuh bersama Pakatan Rakyat.

"Pelbagai alasan ciptaan musuh mula dimainkan dan digempurkan semula oleh golongan yang kecewa di dalam PAS. Golongan ini telah menjadi alat kepada Umno sama ada secara sudi, sedar atau sebaliknya. Jika mereka boleh memikir secara mendalam, sepatutnya serangan dan saranan agar kembali kepada Islam ditujukan kepada Umno, parti yang sedang memerintah," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyeru agar seluruh jentera parti tidak terganggu dengan kemuncup dalam perjuangan ini.

Beliau turut menyatakan kenyakinannya terhadap kefahaman dan pengetahuan ahli PAS dapat membezakan usaha licik musuh bagi melemahkan kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat 'yang sudah hampir pasti menggantikan Umno BN yang kini berulat dengan korupsi melampau jika PRU13 diadakan sekarang'.

"Ahli parti mesti sedar ucapan mereka ini hanya bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat bagi menolak kerajaan BN dan Umno. Seperti kata Saidina Ali 'kalimah yang benar, tetapi tujuannya ialah bathil'," tambahnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa penganjuran program sedemikian adalah satu 'fenomena biasa' menjelang pilihan raya umum.

"Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.

Sultan mahu Pengkalan Chepa jadi hab penerbangan serantau

Posted: 11 Nov 2012 05:02 PM PST



KOTA BHARU: Sultan Muhammad V melahir rasa sukacita di atas kejayaan kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan dalam membangunkan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mewujudkan urus tadbir berteraskan konsep 'Ubudiyyah, Masu'uliyyah dan Itqan.

"Pelbagai program dilaksanakan kerajaan termasuk program 'Qiam With Me' pada Ramadan lalu.

"Pada hemat beta program itu mendapat sambutan seluruh rakyat jelata dan merupakan program julung kali diadakan di negeri ini," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena perayaan ulangtahun Hari Keputeraan baginda ke-43.

Sultan Kelantan juga bertitah, usaha dalam bidang pertanian bukan semata-mata mengaut keuntungan, tetapi sebahagian ibadat bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Oleh itu baginda berharap sumber asli seperti tanah, sungai dan laut serta kawasan tadahan hujan terus terpelihara bagi mempastikan bumi Kelantan terus subur.

Mengenai pembangunan Tok Bali titah baginda, kawasan seluas 2,600 ekar dilulus untuk pembangunan kawasan industri dan bandar baru yang membabitkan pelaburan hampir RM600 juta.

"Beta berharap pihak terbabit menaik taraf infrastruktur asas terutama jalan raya sedia ada Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali untuk menjadikan Tok Bali pelabuhan komersial.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek "Central Spine Road" sedang giat dilaksanakan di sempadan Pahang–Kelantan dan akan dibina persimpangan bertingkat di Bandar Baru Gua Musang," titah baginda.

Baginda berharap agar projek itu dipanjangkan sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya sebagaimana terdapat di negeri-negeri lain.

"Ini bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia," titah baginda.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan 2012 baginda bertitah, sehingga Ogos lalu difahamkan seramai 3.4 juta pelancong berkunjung ke Kelantan.

Menurut baginda, perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu– Singapura bermula Ogos lalu dapat memacu perkembangan sektor pelancongan di Kelantan.

Sultan Kelantan mengulangi lagi supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dinaik taraf dan dijadikan hab penerbangan serantau ke Malaysia Timur dan negara Asean serta negara Arab.

2 Exco terima anugerah Dato’ Paduka

Posted: 11 Nov 2012 05:00 PM PST


KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato' Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

(Gambar: Che Abdullah dan isteri.)

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato' Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di  Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata "Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat" manakala temanya "Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat".

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

PAS Selangor turut umum deklarasi harta calon PRU

Posted: 11 Nov 2012 05:00 PM PST


SHAH ALAM: Nampaknya cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta semakin mendapat sambutan di semua peringkat PAS.

Terkini, PAS Selangor turut mengumumkan bahawa akan memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Pemuda PAS yang bercadang untuk membuat deklarasi harta di kalangan exconya, walaupun tidak semuanya menjadi calon pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (gambar)ketika dihubungi Harakahdaily berkata cadangan Pemuda PAS itu amat baik dan perlu disokong.

"Calon PRU-13 PAS Selangor juga akan turut serta membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat dan melawan Umno," kata beliau.

Jumaat lepas, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Cadangan tersebut disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mustafa berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

Manakala, Tuan Ibrahim yang juga selaku Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan bahawa calon PRU13 PAS Pahang akan turut serta membuat deklarasi harta.

"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata Tuan Ibrahim.

Bagi Mustafa, beliau percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Nov 2012 11:17 AM PST

Dupahang's Weblog


Kerjasama Politik: Strategi Umno Bn melemahkan PAS semula

Posted: 11 Nov 2012 07:04 PM PST

Ole; Chegu Zul Selepas sekian lama sektor kerjasama parti politik Umno PAS isu di senyap. Kini dibangkitkan atau digemakan semula. Suara itu didatangi pula oleh para ahli akademik Melayu yang ‘terpilih’. Atas apa niat tidaklah ingin kita ketahui atau maklumi. Semuanya bagi menampakkan bahawa isu kerjasama ini macam penting sangat. Tiada kerjasama macam berlaku kegawatan [...]

ISU NURUL IZZAH, MASHITAH TUNJUK BODOH

Posted: 11 Nov 2012 07:01 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS ADA beberapa ekor pencacai parti sekutu Apco minta aku ulas isu YB Nurul Izzah berkaitan isu bebas memilih agama.  Sebelum itu, aku mahu ulas sikit komen bangang daripada Mashitah Ibrahim iaitu orang yang pernah keluar hukum dibenarkan melacur jika ‘dharurat’, dan orang yang sama juga pernah menghina hukum Hudud apabila berkata alangkah [...]

UMNO suka mencarik bulu PR

Posted: 11 Nov 2012 06:40 PM PST

Oleh: mat_sempoi “Baru-baru ini, satu lagi pertubuhan yang amat kental dan mantap di 1Malaysia ini yang melontarkan pandangan mereka terhadap isu Nurul Izzah ini. Saya rasa siapa yang tidak kenal dengan pertubuhan Sister In Islam. Sister in Islam (SIS) telah menyokong pandangan Nurul, malahan lebih dahsyat kerana kenyataan mereka adalah lebih merbahaya dan terpesong daripada [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Nov 2012 11:16 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 11 Nov 2012 05:01 PM PST


Ahmad Said Patut DiBuang Negeri!

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/Haji%20Muhyiddin.jpgHULU TERENGGANU - Pada 8 Mac tahun 2001, Kerajaan negeri Terengganu telah menyaman kerajaan pusat dan Petronas kerana tidak mematuhi perjanjian pembayaran royalti minyak yang dimeterai pada tahun 1975, sebagaimana yang termaktub dalam akta kemajuan petroleum 1974.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, ia adalah ekoran 'tindakan jahat' Umno dan Barisan Nasional, diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad yang telah mengisytiharkan pada 5 September 2001, wang royalti minyak ditukar kepada 'wang ehsan'.

Menurutnya, pemberian ehsan itu menyebabkan kerajaan dan rakyat Terengganu telah hilang wang royalti minyak sebanyak RM3.4 bilion diantara tahun 2004 hingga 2007, kerana kerajaan pusat tidak lagi terikat dengan perjanjian yang ditandatangani bersama.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Amirsham menjawab di parlimen pada tahun 2008, dia sebut wang dana khas (wang ehsan) telah dibayar sebanyak RM7.3 bilion,

"(tetapi) Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh ua hari kemudiannya menjawab, sebenarnya Terengganu hanya menerima RM3.9 bilion sahaja, ini bermakna wang royalti telah hilang RM3.4 bilion,"ujarnya.

Tiba-tiba, kata Haji Muhyiddin, pada 23 Mac 2012, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik saman kerajaan Terengganu terhadap kerajaan pusat dan Petronas.

Tindakan Ahmad Said itu diibaratkannya, menyerahkan hak rakyat Terengganu dan membiarkan kerajaan Pusat membelanjakan wang royati minyak sesuka hati.

Haji Muhyiddin yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata demikian pada ceramah sempena program Jelajah Rakyat datuk seriAnwar Ibrahim ke Hulu Terengganu pada Jumaat malam, 9 November.

Berikutan itu, katanya, kerajaan pusat telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid bertujuan untuk mengenalpasti negeri mana  yang wajar menerima bayaran tunai hasil petroleum di pantai timur.

Sedangkan katanya, sebagaimana jawapan Menteri di parlimen, Jawatankuasa Khas tersebut tidak berbangkit bagi Sabah dan Sarawak dan bayaran royalti minyak akan diteruskan mengikut perjanjian akta kemajuan petroleum 1974.

Beliau mendakwa, kerajaan pusat berani bertindak demikian kerana saman yang telah dibuat oleh kerajaan PAS selaku kerajaan negeri pada tahun 2001.

"Pasal apa (kerajaan pusat) berani (tubuh jawatankuasa khas), pasal Datuk Mad Said tarik balik saman kita kepada kerajaan persekutuan.....tarik balik saman kita kepada petronas,

"dan kerajaan pusat berani nak agih duit kita itu....mana dia ahli parlimen (Umno-BN) tak bercakap di parlimen!,"jelasnya.

Oleh itu, beliau mendakwa Ahmad Said tidak layak menjadi Menteri Besar bahkan tidak layak menjadi 'orang Terengganu' kerana telah melakukan khianat dengan menarik balik saman tersebut.

Kerana kesalahan besar yang dilakukan oleh Ahmad Said, beliau mencadangkan Ahmad Said  dibuang negeri daripada negeri Terengganu ini.

"Orang yang bertanggungjawab khianat kepada negeri kita adalah Menteri Besar Datuk Ahmad Said, (dia) tak layak jadi Menteri Besar Terengganu.....tak layak jadi pemimpin negeri Terengganu...... malah saya rasa (dia) tak layak jadi orang Terengganu,

"kita patut cadang buang negeri orang macam ni,"tegasnya. 

Jasindaily Online

Posted: 12 Nov 2012 10:41 AM PST

Jasindaily Online


Program Wacana Ilmiah " Tajdid dalam Pendidikan

Posted: 12 Nov 2012 06:14 AM PST

Program Wacana Ilmiah ' Tajdid dalam Pendidikan telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Agama Maahad Arrahmah, Kampung Solok Gaung, Ayer Molek Melaka. Program yang membariskan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin Mantan Mufti Negeri Perlis sebagai Penalis undangan dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Musa bin Mohd, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Wacana membincangkan berkaitan pembaharuan atau tajdid dalam pendidikan. Pelbagai ilmu dan kupasan telah diberikan sepanjang program wacana berlangsung. 








Dewan Pemuda PAS Pusat Akan Isytihar Harta .. Pemuda UMNO ??

Posted: 12 Nov 2012 05:04 AM PST

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat pengisytiharan harta membabitkan kesemua exconya walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pengisytiharan harta itu akan dilakukan pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini. 

Bagaimanapun perkara tersebut katanya hanya akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut. "Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu. Pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini. 

Tambah Khairul Faizi, langkah tersebut bagi menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak. Pada awal tahun ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri itu mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Langkah sama turut dilakukan Parti Sosialis Malaysia (PSM) membabitkan ahli parlimen dan ahli majlis tempatan, sebelum ini. 

Sementara itu, ucaptama Ketua Pemuda dan buku muktamar akan diedarkan lebih awal dari tarikh muktamar, iaitu dua minggu sebelum muktamar bagi memastikan perbahasan yang lebih bermutu dan dapat dihadam oleh perwakilan. "Jika dahulu, buku laporan dan ucaptama hanya diberikan pada hari muktamar. Tapi untuk kali ini kita beri mereka baca dulu, faham dulu sebelum berbahas. Setiap negeri, akan ada seorang wakil untuk berbahas," tegas beliau.

Selangor Negeri Pertama Tolak AES

Posted: 12 Nov 2012 05:01 AM PST

Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu. Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian. 

 Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang. Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976. "Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya. Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

Peranan Unit Amal Dapat Pengiktirafan

Posted: 12 Nov 2012 04:58 AM PST


Fungsinya diiktiraf !!! Tahniah kpd Jabatan Amal kerana diberi pengiktirafan menyertai Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Yang Ke 43.

Hasil Judi 1 Malaysia

Posted: 12 Nov 2012 04:57 AM PST


Sejak lama dahulu, permainan judi telah dikenal oleh manusia. Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi. Mereka menyebut permainan itu sebagai al- Masyir. Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi'ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219. 

 AL-MUKHATARAH Bentuk permainan al-mukhatarah, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, merupakan permainan yang melibatkan dua orang atau lebih yang mempertaruhkan harta dan isteri mereka dalam sesuatu permainan. Orang yang menang berhak mengambil harta dan isteri pihak yang kalah. Harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang dapat diperlakukan sesuka hati. Jika suka, dia boleh mengahwininya. Jika tidak, wanita itu hanya dijadikan hamba atau gundik. 

 AL-TAJZI'AH

Dalam at-tajzi'ah, 10 orang bermain kad daripada potongan kayu. Ada 10 keping kad, 7 kad diberi angka 1-7, dan 3 kad kosong, sehingga semua angkanya berjumlah 28. Kemudian seekor unta dipotong menjadi 28 bahagian. Setiap peserta diundi untuk mengambil potongan daging sesuai dengan angka pada kad yang didapatinya. Tiga peserta yang mendapat kad kosong dianggap kalah dan harus membayar harga unta. Mereka yang menang saling membanggakan diri dengan menyebut nama suku mereka. 

Permainan ini sering kali berakhir dengan perselisihan, bahkan peperangan. Kesan terhadap masyarakat Amalan judi dan minum arak telah diterima oleh sebahagian besar masyarakat sebagai amalan yang boleh memudaratkan institusi kekeluargaan. Judi bukan sahaja boleh menjejaskan kemampuan kewangan seseorang individu tetapi juga boleh melalaikan dan melekakan seseorang itu daripada menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mereka yang di bawah tanggungan seseorang itu. 

 Dosa besar

Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud: 

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (al-Baqarah: 219) 

 Dalam ayat lainnya disebut bahawa judi termasuk dalam perbuatan syaitan, sehingga kita mesti menjauhinya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Alasan diharamkan judi juga dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud:

Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (al-Maidah: 91) 

 AL-MAYSIR 

Dalam bahasa Arab, judi disebut al-Maysir, yang berasal daripada akar kata yasira atau yasurayang bererti menjadi mudah atau yasara (memudahkan). Hal ini dapat difahami kerana judi menjanjikan keuntungan tanpa melalui cara yang wajar sebagaimana diajarkan dalam Islam. 

 Muhammad Rasyid Ridha, cendekiawan Islam yang berasal dari Mesir menafsirkan kata maysir dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan bekerja keras.

Lagi Kes Hina Ulamak ..

Posted: 12 Nov 2012 04:49 AM PST

Penghinaan yang dibuat oleh tertuduh 



Yang menghina lagi terkutuk Mohd Hanafi Mohd Ali


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Nov 2012 09:43 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


NOSTALGIA OPS PYRAMID-EHSAN

Posted: 12 Nov 2012 09:00 AM PST

YB Dr Halimah dan Tok Guru Nik Aziz dalam PC

Posted: 12 Nov 2012 08:20 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Nov 2012 09:37 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jalan Pasir Panjang ke Linggi RM300 juta terbengkalai?

Posted: 12 Nov 2012 06:46 AM PST


Projek jalan Pasir Panjang ke Linggi penuh kontroversi dan tanda tanya. Carian internet projek ini telah beberapa kali terbengkalai. Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007. Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai, dan kontraktor sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan kontraktor yang sama telah dilantik untuk memulihkan projek ini. Kos projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300 juta, dan masih belum siap-siap. Jika projek lembu NFC Gemas dengan nilai RM250 juta melibatkan Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini juga melibatkan bekas Menteri Wanita Umno dari N.Sembilan iaitu Dato Napsiah Omar.

*************

Maklumat Syarikat: : HARTAJAYA-BENTENG TIMUR-AMR JELI JV SDN. BHD.
CIDB : No Pendafataran : 0120051003-WP106638
ROC : 597928T

Ahli Lembaga Pengarah:
1. DATO NAPSIAH BINTI OMAR
2. DATO SRI RAM A/L M.S SARMA
3. NORIZAN BIN MOHD AMIN
Maklumat Projek:
10-11-2011
RM 47,500,000.00
Seksyen 1 - Prjk Menyiapkan Kerja Tertinggal Bg Membina Jln Baru Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson Ke FR5 Laluan 5 Di Pasir Panjang & Menaik Taraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi

20-06-2008
RM 118,610,418.92
Cdangan Jln Baru Dari Lebuhraya Seremban PD- FR5 Dari Pjang Dan Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Langgi.

06-01-2005
RM 118,610,418.92
Membina Jalan Baru Dari Lebuhraya Seremban-PD-FR5 Di Pasir Panjang & Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi (Seksyen 1)


TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON
21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009


BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April 2010 - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.


PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS
November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120
ii) Kelas : A
ROC : 155443X
Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)
Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'

Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan

Posted: 12 Nov 2012 02:47 AM PST


Pada tahun 2008 , Tok Mad kata Hospital Rembau akan dibina pada tahun 2008, batu asas Hospital Rembau telah diletakkan pada tahun 2008 dalam satu majlis besar-besaran sebelum pilihanraya 2008 yang dihadiri oleh Tok Mad, KJ, Zaiful dan Dr Awaluddin bersebelahan Balai Bomba Rembau. Projek ini tertangguh hingga ke tahun 2012. Tahun 2012 baru kerja tolak tanah dilakukan. Namun hingga ke saat ini, tender untuk kerja bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan oleh pihak JKR.

Apakah puncanya JKR masih belum mengeluarkan tender kerja bangunan Hospital Rembau? Tiada bajet, tiada peruntukan, pelan bangunan belum siap, laporan EIA Alam Sekitar belum diluluskan?

Kerajaan yang pertama di Negeri Sembilan ialah kerajaan Rembau, namun daerah yang terakhir yang belum ada hospital ialah daerah Rembau. Sedangkan di Rembau ini ramai warga emas, sekiranya warga emas ini sakit, perlu masuk hospital, mereka akan dibawa ke hospital Seremban. Hospital Seremban disebabkan tempat letak keretanya jauh dan perlu mendaki bukit, pelawat yang tak sakit pun boleh sakit bila menziarahi pesakit di Hospital Seremban.

Ajal maut di tangan Allah, namun manusia harus berusaha untuk kelangsungan hidup. Apakah mereka tidak mengambil iktibar kejadian yang berlaku di depan mata mereka sendiri apabila Pengerusi Peladang Rembau rebah ketika berucap depan Tok Mad, terpaksa dikejarkan ke Hospital Seremban pada tahun 2011?

REBAH KETIKA BERUCAP SEBELUM MENINGGAL DUNIA

REMBAU 19 Mei 2011 - Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rembau dekat sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya, Abdul Wahab Gawa, 66, tiba-tiba rebah dan hampir pengsan semasa berucap. Bagaimanapun, selepas beberapa jam dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, beliau akhirnya meninggal dunia pukul 7.10 petang ini.

Sebelum kejadian, Abdul Wahab sedang berucap pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Dewan Sri Rembau.

HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU

7 MAC 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah.

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA

29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".

PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL INI

25 JAN 2012 - Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."

TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI

15 MAC 2012 - Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA

29 MAC 2012 - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan