|      DIALOG RAKYAT       Posted: 03 Oct 2012 03:33 PM PDT                  |      Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat       Posted: 03 Oct 2012 06:06 AM PDT    TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya  rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama.  Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak  1986.   Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buah wat Siam di negeri ini mengambil  inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada  Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.   Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil  tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala  Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai.   "Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik.   "Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka," katanya di sini.   Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan  diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam  tempatan.   Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat  yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah  (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek  lebuh raya tersebut.   Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan  sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri  Besar pada satu program di JKR 10.     |        |      Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas        Posted: 03 Oct 2012 06:04 AM PDT      KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak  mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam  Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.    Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.    Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah  tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang  meningkat kepada RM10.4 bilion.    "Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.    "Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu  banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,"  katanya di sini semalam.    Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum  Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik  kerajaan pusat.    Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih  mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada  kerajaan baru.    "Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti  petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang  pada PRU-13 nanti.    "Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita  akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di  samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah," ujarnya.    Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri  Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka  hati.
     |        |      Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina       Posted: 03 Oct 2012 06:02 AM PDT    KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan  Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada  Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut. Beliau yang  dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin  mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina  untuk berbuat demikian.  "Apa  yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang.  Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.   Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga  turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas  beliau.   (Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)  Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan  rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha  membela hak rakyat. Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. "Mengapa  projek Rapid  tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg  Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor  ribuan hektar?  "Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi. Malah,  kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk  Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung  Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari. Mazlan  yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan  Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal  berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta  praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di  Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja,  berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa  tiga jam. Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan  berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai  kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh  dari kapal-kapal dagang. "Saya persilakan dengan segala hormatnya  jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan  lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang  kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya  seterusnya," kata beliau. Semalam, Azalina dikatakan akan  mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon  maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan  projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan  lalu. Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan  untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya  meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.     |        |      Rapid: Salahuddin pelawa MB Johor dialog       Posted: 03 Oct 2012 05:55 AM PDT                                                                 JAMILAH HAMZAH                                                                                                                                                                            Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub                                   KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengulangi  pendiriannya mempelawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman  agar berdialog secara terbuka berhubung isu pengambilan tanah di 10  kampung tradisi di Pengerang, bagi memberi laluan kepada projek  Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).   Menurutnya, hanya Menteri Besar Johor yang mempunyai kelayakan menjawab  sebab tanah rakyat diambil bagi membangunkan projek Rapid.   Katanya, "saya tetap dengan pendirian saya bahawa isu itu melibatkan  pengambilan tanah, jadi orang betul untuk memberi kenyataan adalah  Menteri Besar."   "Jadi, saya mengajak berdebat atau berbahas atau berdiskusi atau  berdialog, saya nak tahu kenapa kampung tradisi itu diambil bukannya  tanah kerajaan.   "Kalau nak kata laluan kapal, tanah kerajaan di Pengerang juga dekat  dengan laluan kapal itu, jadi apakah sebabnya tanah 10 kampung tradisi  itu perlu diambil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.   Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang,  Datuk Seri Azalina Othman mengajak Salahuddin berdebat mengenai isu itu.   Namun Salahuddin telah menolak dan menyatakan niatnya untuk berdebat dengan Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu tersebut.   Semalam, Azalina sekali lagi mempelawa Naib Presiden Pas itu untuk berdebat dengannya.   Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian  berkata, perjuangannya sekarang adalah di tahap menghalang tanah rakyat  diambil.   Tambahnya, isu  pengambilan tanah akan diselesaikan terlebih dahulu dan  isu-isu lain akan diselesaikan selepas mendapat kenyataan daripada  Menteri Besar Johor.     |        |      'Syarikat berkaitan Umno juga disiasat jika ada aduan'       Posted: 03 Oct 2012 05:54 AM PDT     Zulaikha Zulkifli Bukan  hanya syarikat Suaram, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan  dengan Umno sekiranya mendapat aduan. Menterinya Datuk Seri  Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan  terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP  Holdings yang ditimbulkan DAP semalam.  "Kita baru tahu dan kita akan siasat. Kita akan siasat jika menerima aduan.  "Kita  tak pilih sesiapa (untuk jalankan siasatan)," katanya pada sidang media  selepas menyerahkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) di Petaling  Jaya hari ini. Beliau mengulas dakwaan anggota Parlimen DAP Tony Pua  bahawa NADI - rakan kongsi syarikat penerbangan tambang murah terbaru,  Malindo Airways - tidak memfailkan akaun yang diaudit sejak 2007. Pua mendakwa syarikat YGP Holdings Sdn Bhd juga tidak memfailkan akaun audit sejak 31 Disember 2006. Beliau  mendakwa anggota Parlimen BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk  Abdul Rahman Dahlan pengarah syarikat itu, manakala Menteri Pertahanan  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pemegang sahamnya. Sementara itu,  Ismail turut mengulas mengenai siasatan ke atas entiti perniagaan  Suaram, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwanya tiada kaitan dengan NGO  tersebut. 'Apa istimewanya Suaram?Katanya,  agensi bawah kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana  syarikat yang berdaftar bawah pendaftar pertubuhan syarikat (ROS). Tegasnya, tiada syarikat yang mendapat pengecualian daripada disiasat sekiranya pihaknya mendapat aduan.  "Saya tak nak orang anggap tindakan pada Suara Inisiatif ini ada kaitan dengan Suaram. Kita bertindak sebab ada aduan. "Apa  istimewanya Suara Inisiatif ini sehingga tiada siapa boleh sentuh dia?  Kalau kita tak siasat bila ada aduan, orang akan kata kita pilih kasih,"  kata Ismail lagi. Menurut Ismail, bawah kementeriannya, purata sebanyak 200 buah syarikat setahun disiasat dan diambil tindakan. "Kalau saya ambil tindakan dekat 200 syarikat dan dekat dia tak ambil tindakan, itu orang akan kata pilih kasih. "Ini negara kita. Kerajaan ada hak untuk memelihara negara," katanya lagi.      |        |      Tinjauan: 100,000 di majlis kahwin tanda sokongan       Posted: 03 Oct 2012 05:44 AM PDT     Elissa Helmy Beberapa individu yang ditemui wartawan  Malaysiakini mempertahankan  penganjuran majlis perkahwinan mega anak Ketua Menteri Melaka, Datuk  Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu yang direkodkan dalam  Malaysia Book of Records dengan kehadiran lebih 100,000 orang.  Walaupun  ada yang menyatakan rasa tidak senang dan mempersoalkan tujuan majlis  sebesar itu diadakan, individu-individu itu, ketika ditemui di Bandar  Melaka semalam, tetap menganggap bahawa isu pembaziran yang cuba  dibangkitkan itu bermotifkan politik. Seorang daripadanya, Zawiyah Abdul Rahman ( kiri), 60, menganggap tiada salahnya Mohd Ali mengadakan majlis besar seumpama itu. "Majlis  berkenaan adalah selari dengan kapasitinya sebagai seorang pemimpin  nombor satu di negeri ini, apatah lagi yang dijamunya juga adalah  rakyat. "Majlis berkenaan juga adalah untuk meraikan persandingan  anak sulungnya dan saya rasa tidak salah beliau membuat majlis agak  besar sedikit," kata surirumah tersebut.  Neo: Menunjuk-nunjukSeorang  lagi individu, Mohd Khahar Mohtar, 26, berkata, jumlah kehadiran tetamu  jemputan sepanjang majlis selama lapan jam itu menampakkan sokongan  rakyat terhadap pemimpin terbabit. "Beliau seorang pemimpin dan  jumlah kehadiran tetamu jelas menunjukkan rakyat memberikan sokongan  padu terhadap beliau apatah lagi bakal berdepan pilihan raya dalam masa  terdekat ini.  "Bagi  saya, orang yang cuba membangkitkan isu kononnya ketua menteri  membazir, mereka sebenarnya sakit hati dan bermotifkan politik," katanya   (kanan) yang bertugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Namun  berlainan pula dengan seorang wartawan, Zaili Muhammad Imbiah, 38, yang  berpendapat, majlis berkenaan bukan sahaja dianggap membazir malah  turut mendakwa ia menyalahgunakan jentera kerajaan. "Saya melihat  sendiri ramai anggota polis digunakan dan begitu juga anggota Jabatan  Pengangkutan Jalan (JPJ) ditugaskan mengawal lalulintas pada majlis  berkenaan," katanya. Sementara itu, seorang wanita yang hanya  mahu dikenali sebagai Neo berpendapat, penganjuran majlis besar sebegitu  merupakan usaha "menunjuk-nunjuk" dan bermotifkan politik. "Pada saya tidak perlu membazirkan wang untuk jamuan majlis perkahwinan sebegitu rupa," kata kerani kewangan itu. 'Elok salur untuk rumah PPRT'Seorang lagi individu yang ditemui  Malaysiakini, Ahmad Firdaus Mohd Piah, 26, juga mempersoalkan kos untuk jamuan sebesar. Katanya, sekiranya benar ia mencecah jutaan ringgi, jumlah itu lebih sesuai dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.  "Wang  sebanyak itu lagi elok disalurkan untuk membantu memenuhi permintaan  rumah untuk orang miskin seperti permohonan program perumahan rakyat  termiskin (PPRT). "Masih banyak lagi permohonan PPRT yang tidak  dipenuhi dan masih banyak lagi laluan di kampung-kampung yang tidak  berturap," dakwanya. Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd  Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan  penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga  kenamaan lain. Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali,  Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular,  Datuk Siti Nurhaliza. Tinjauan: 100,000 hadir majlis kahwin 'mega' tanda sokongan KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'     |        |      Isu royalti: Mahkamah Persekutuan benar dua permohonan Kelantan       Posted: 03 Oct 2012 05:37 AM PDT                                                                SITI AZIELAH WAHI                                                                           PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan dua permohonan  Kerajaan Negeri Kelantan berhubung isu menangguhkan prosidingyang sedang  berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurdan permohonan merayu  terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan isu royalti  minyak.  Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Tan Sri Mohd Raus Sharif  membuat keputusan itu setelah dipersetujui sebulat suara oleh hakim-hakim  lain, selepas mendengar permohonan dibawa peguam bagi pihak Kerajaan  Negeri Kelantan, Tommy Thomas.    Panel hakim yang lain ialah Datuk Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri SulongMatjeraie dan Datuk Jefferey Tan.    Semasa prosiding berlangsung, Thomas berkata, pihaknya memohon agar kes  yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga  Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan yang  difailkan di mahkamah tersebut.    Mahkamah Persekutuan turut membenarkan permohonan rayuan yang difailkan  oleh Kerajaan Kelantan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan,yang sebelum  ini telah memutuskan kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petronas  dijalankan mengikut isu perundangan.    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan isu dalam kes saman  pelanggaran kontrak terhadap Petronas, yang difailkan kerajaan  Kelantan, dijalankan melalui isu perundangan.    Kerajaan Kelantan seterusnya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan kerana  mahu kes tersebut dijalankan menerusi perbicaraan penuh untuk memanggil  saksi-saksi dan barangan-barangan kes yang terlibat.    Bagaimanapun pada  26 April lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan  Kerajaan Kelantan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan  memutuskan kes saman tersebut perlu  didengar dan diselesaikan mengikut  isu perundangan.    Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat untuk menjalankan perbicaraan secara  penuh kerana tanpa perbicaraan penuh, ia sangat prejudis terhadap  Kerajaan Kelantan.    Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas.    Dalam pernyataan tuntutannya, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas  supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi  petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam  perjanjian petroleum; serta menuntut ganti rugi dan kos.    Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum  Kelantan dimeterai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu  membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada  usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.    Ia menyatakan satu perenggan daripada perjanjian itu menyebut bahawa  pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau  sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.     |        |      TNC UTHM didakwa terima rasuah RM15,000       Posted: 03 Oct 2012 05:31 AM PDT   SINAR HARIAN                                                                                                  TNC Akademik dan  Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof Dr Abdul  Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor  Baharu.                                   JOHOR BAHRU - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di  Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan meminta dan menerima  rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor, pada Disember 2010.     Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.     Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong  Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan  Pengurusan harta bina UTHM.     Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad  Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di  Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari  2011.     Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh  dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.   Jika sabit kesalahan, Abdul Aziz boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan  denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut  mana-mana yang lebih tinggi.     Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga B dan  Ahli Lembaga Perolehan UTHM turut mengaku tidak salah atas satu  pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM15,000 terbabit daripada  Mohammad Anal, pada tarikh dan menerusi akaun bank yang sama.     Dia dituduh melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 165 Kanun  Keseksaan (Akta 574), membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau  denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.     Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghafar Ab Latif menawarkan jaminan RM30,000 terhadap Abdul Aziz.     Peguam Abdul Halem Mohamad Husin dan Shahrul Syazwan Salehin yang  mewakili tertuduh bagaimanapun, merayu mahkamah mengurangkan jumlah ikat  jamin atas alasan Abdul Aziz menanggung seorang isteri dan enam orang  anak.     Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin  RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov depan untuk  sebutan semula kes . - Bernama    |        |      MB Selangor: Sidang Dun khas bincang isu Talam, air       Posted: 03 Oct 2012 05:29 AM PDT   SINAR HARIAN                                                                                                  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim                                    SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Dewan  Undangan Negeri (Dun) Selangor akan mengadakan sidang khas bagi  membincangkan, antara lain isu hutang Talam Corporation dan penyusunan  semula industri perkhidmatan air di Selangor.    "Saya telah pun menghadap Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris  Shah) hari ini bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengadakan sidang  khas dewan," katanya dipetik Bernama.    "Sekiranya mendapat perkenan Tuanku Sultan, saya jangka sidang khas ini  akan diadakan dalam tempoh dua minggu hingga tiga minggu akan datang,"  katanya kepada pemberita di sini, hari ini.     |        |      Kes saman fitnah Nizar terhadap TV3 mula 2 Jan       Posted: 03 Oct 2012 05:27 AM PDT                                                                Wartawan Sinar Harian                                                                                                                                                                            Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin                                   KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 2  Januari depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM50 juta yang  difailkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin  terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).   Hakim Datuk Yeoh Wee Siam menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya  dengan dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni yang mewakili Mohammad Nizar  dan peguam Lim Qi Si mewakili pihak TV3.   Lim, ketika ditemui pemberita memberitahu beliau mendapat arahan  daripada anak guamnya untuk meneruskan perbicaraan kes itu walaupun  Mohammad Nizar bersedia untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar  mahkamah.   Mahkamah turut menetapkan 10 Disember untuk pengurusan kes tersebut.  Mohammad Nizar memfailkan saman itu terhadap TV3 kerana menerbitkan  pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang  dibida pada harga RM520,000.   Sementara itu, bagi saman berjumlah RM50 juta yang difailkan Mohammad  Nizar terhadap Utusan Melayu berkaitan pernyataan fitnah yang sama,  mahkamah menetapkan 24 Oktober ini untuk mendengar permohonan Utusan  Melayu bagi mengetepikan penghakiman ingkar yang diperintah oleh  mahkamah pada 8 Ogos lepas.   Mohd Fitri memberitahu pemberita bahawa pendengaran kes itu ditetapkan  oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof. Pada 10 Julai  lalu, Mohammad Nizar memfailkan dua saman tersebut secara berasingan  (terhadap Utusan Melayu dan TV3) dan dalam pernyataan tuntutannya beliau  menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan.   Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.   Mohammad Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir  Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita  melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.   Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu  artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya  itu.   Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa  maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan  Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan  seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan  Johor. -  Bernama    |        |      Pakatan anjur himpunan mega 3 Nov tuntut p’raya bersih, adil       Posted: 03 Oct 2012 04:14 AM PDT   KEADILAN DAILYKUALA  LUMPUR : Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menganjurkan himpunan  mega di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November depan.  Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan mensasarkan kehadiran sejuta rakyat.  Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu atau dikenali Mat Sabu berkata,  himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut  Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan  langsung oleh kerajaan Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Beliau berkata, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh  pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung  tidak berubah.  Mat Sabu berkata, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di  media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi  Manusia (Suhakam) menunjukkan bagaimana anggota keselamatan langsung  tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan  himpunan pada 28 April lalu.  "Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak  dihiraukan, maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 November nanti  iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dipetik  Harakah Daily.   Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.  Menurutnya, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan  kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung  tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya bebas dan telus.  "Apa terus meragukan misalnya ditemui 60,000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.  "Bagaimana hendak adakan pilihan raya, sedangkan daftar pemilih dan  juga penglibatan pengeluaran Mykad palsu yang ditemui begitu ketara  sekali," kata Mat Sabu lagi.  Justeru, Pakatan bimbang SPR boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk pilihan raya umum kali ini.  Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti  Zailah Mohd Yusof, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Fuziah Salleh  (Kuantan), Anthony Loke (Rasah), Tian Chua (Batu) dan Ketua Koordinator  Jingga 13, Fariz Musa.     |        |      Pendedahan kes Scorpene gugat Umno BN – Suaram       Posted: 03 Oct 2012 04:12 AM PDT   Oleh Mohd Martin Kahar  KUALA LUMPUR : Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia  (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tekanan Umno BN kepada NGO hak asasi  itu berpunca daripada pendedahan skandal urus niaga Scorpene oleh  kerajaan Malaysia.  "Apakah yang anda fikir mengenai 'serangan' terhadap Suaram masa  ini?" soalnya sambil disambut jawapan "Scorpene" oleh kira-kira 100  hadirin.   "Scorpene?  Anda fikir begitu? Ya!" jawab Cynthia pada forum 'Who is in the  spotlight? Suaram or Scorpene' di Petaling Jaya malam tadi.  Forum tersebut memfokuskan motif serangan Umno BN terhadap NGO tersebut kebelakangan ini.  Turut serta peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri; Pengarah Eksekutif  Tenaganita, Irene Fernandez, peguam Tommy Thomas dan Pengerusi Bersih  2.0, Datuk S Ambiga.  Kos operasi Suaram hanya RM450,000 setahun Cynthia menjelaskan, NGO itu hanya membelanjakan RM450,000 untuk kos operasi setahun.  Menurutnya, dana tersebut diguna untuk menjalankan beberapa kempen hak asasi selain membayar gaji staf Suaram.  "Media propaganda kerajaan mendakwa Suaram menerima dana asing  berjuta-juta ringgit yang kononnya bertujuan menjejaskan kestabilan  negara.  "Ia tidak tepat sama sekali kerana dalam setahun Suaram hanya membelanjakan kira-kira RM450,000. Adakah ia jumlah yang banyak?  "Ia hanya cukup untuk menjalankan lima kempen dalam setahun dan  membayar gaji serendah RM2,500 kepada lapan kakitangan kami. Mereka  boleh mendapatkan gaji lima kali ganda, jika bekerja di sektor  korporat," katanya.  Menerangkan lebih lanjut, Cynthia berkata, dana tersebut dibiayai  pihak swasta yang kebanyakannya dari dalam negara, pengutipan dana  melalui kempen yang dijalankan selain kempen jualan buku dan barangan.  "Dana diterima dengan tegas tanpa campur tangan penderma," tegasnya.  Dalam pada itu Cynthia berkata, aktiviti Suaram berlandaskan prinsip  yang ditetapkan dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948.  Katanya, Suaram mengkhususkan hak-hak sivil dan politik seperti  kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menubuhkan persatuan, hak  untuk perbicaraan yang adil, kebebasan kehakiman, akauntabiliti awam dan  demokrasi tulen.  Umno BN makin paranoid terhadap NGO Sementara itu, Irene berkata, sama seperti Suaram, Tenaganita juga  menerima pelbagai tekanan selepas mendedahkan isu penindasan pekerja  asing dan rasuah di kalangan penguatkuasa.  Katanya, tekanan itu berlaku apabila pendedahan mengenai sesuatu penyelewengan itu boleh menggugat kerajaan Umno BN.  "Mereka mengalih tumpuan untuk menangkap saya. Sepanjang tempoh itu,  SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) menyerbu pejabat kami tiga kali.  Mereka mendakwa Tenaganita kononnya menyediakan maklumat kewangan palsu  dan akaun yang tidak wajar," katanya.  Dalam temubual dengan akhbar  Jakarta Post 7 Mei lalu, Irene  menyifatkan Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing, lantaran layanan  buruk diterima dari majikan dan penguatkuasa.  Ekoran itu, dua badan bukan kerajaan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atasnya 16 Mei lalu.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah  kemudian memaklumkan bahawa siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan.     |        |      Pergerakan hak wanita tak perlu di M’sia, Najib perlekeh wanita       Posted: 03 Oct 2012 04:10 AM PDT   KEADILAN DAILYKUALA  LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat membidas Menteri Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak kerana  memperlekeh peranan wanita dalam pembangunan negara.  Ini berikutan Najib dalam ucapannya sempena Hari Wanita Kebangsaan  2012 semalam mengatakan pergerakan menuntut hak wanita adalah tidak  perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi.  Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Perdana Menteri  itu meremeh dan menghina golongan wanita kerana cuba membandingkan  golongan itu dengan negara luar.  "Najib memperlekehkan wanita sedangkan kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita.  "Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global  Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari  135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang  ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan  pemberdayaan politik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari  ini.   Ahli  Parlimen Ampang itu berkata, Wanita Pakatan Rakyat berpendirian  lantikan Najib sebagai Menteri Wanita adalah kesilapan besar yang  terpaksa ditanggung seluruh wanita Malaysia.  "Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno BN.  "Berbeza dengan Pakatan melalui Agenda Wanita Malaysianya menawarkan  polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita,  bukannya meremeh temehkan peranan wanita," katanya lapor  Harakah Daily.  Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff  tidak menolak jika Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita  menyebabkan kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global  Index akan menjunam jauh daripada kedudukan sekarang iaitu 115.  "Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu.  "Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia yang ditawarkan Wanita Pakatan  Rakyat fokus kepada tujuh tumpuan yang mana empat tumpuan di atas  diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia,"  kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lagi.     |        |      KENAPA KKLW MANGSAKAN RAKYAT MISKIN?        Posted: 03 Oct 2012 04:04 AM PDT     |    |  LOKALITI.....Pelan  Lokaliti sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20  kilometer dari Pekan Semporna. Gambar sisipan, Mamat Bin Balhana, Ketua  Penaja USNO Senallang. 
 
 
 
 
 DILAPORKAN  sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan  Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer  dari pekan Semporna.  
 
       Pulau berkenaan yang  terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran.  Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan  melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman  kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini. 
 
 Manakala  wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke  kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah  diuploadkan ke  YOUTUBE. 
 
 Selepas  peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang  di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan  seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali  lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan  Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim. 
 
 Wakil  USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah  mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang  lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. 
 
 Mamat  berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO  belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan  calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan  tugas. 
 
   ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.  |  
     |        |      MB Pahang ugut Selangor, lucu!       Posted: 03 Oct 2012 03:41 AM PDT   TIADA yang lebih lucu dalam politik kerajaan  Barisan Nasional selain dari amaran Menteri Bes  ar  Pahang, Dato' Seri  Adnan Yaakob untuk membatalkan membekalkan air ke  Selangor kiranya  kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menolak rancangan  kerajaan pusat.    Amaran MB Pahang itu dikira satu ugutan  kepada kerajaan Selangor. Kiranya Selangor berkeras dengan sikapnya  dalam isu air ini, maka kerajaan Pahang akan membatalkan persetujuannya  untuk membekalkan air ke negeri jirannya itu. Semua tertawa lucu dengan amaran itu. Adakah Adnan merasakan kerajaan hendak sangat air dari Pahang itu yang  menyebabkan ia akan membayar kira-kira 80 juta setahun kepada Pahang. Kerajaan Selangor seronok sangat kalau Adnan membuat keputusan  itu. Kurang tapak tangan, akan ditadah nyiru oleh Tan Sri Khalid  Ibrahim. Jika benar Adnan anak  jantan, dia umumkan  pembatalan itu sekarang! Nescaya pertikaian antara kerajaan pusat dan  kerajaan Selangor selesai kiranya kerajaan Pahang bertindak demikian. Tidak berbangkit lagi isu pembinaan Langat-2 yang menurut Timbalan  Perdana Menteri ia akan diteruskan tidak kira Selangor setuju atau tidak  setuju dengan rancangan kerajaan pusat atas isu itu. Malah kerajaan  pusat memang bernafsu untuk membuka tender pembinaan Langat-2 itu. Memang kita nampak siapa yang hendak membida tender Langat-2 itu dalam  keadaan kerajaan Selangor tidak member laluan. Selangor tidak sedia  membenarkan buminya digunakan untuk projek itu. Jika Langat-2  ditender juga, maka yang masing-masing nampak ruang yang kerajaan pusat  boleh gunakan ialah ruang udara dari Pahang ke loji Langat-2 itu di  mana-mana tanah milik kerajaan pusat di Langat. Kerajaan  pusat terpaksa menggunakan teknologi yang tidak menggunakan tiang buat  projek itu sepanjang dari sempadan Pahang-Selangor hingga ke tapak  Langat-2 itu. Sebagaimana langit dibina tanpa tiang, maka demikian juga  Langat-2. Selangor telah menyatakan ia tidak membenarkan  tanah di negeri itu digunakan untuk projek itu. Tentulah ia tidak akan  membenarkan tiang-tiang projek itu menggunakan  tanahnya bagi tapak  tiang–tiang yang diperlukan. Dengan dasar Selangor yang demikian   siapakah yang sedia untuk membida projek itu? Pihak yang paling keciwa jika Adnan  Yaakob membatalkan pembekalan air  itu ialah keraaan pusat yang membuat propaganda untuk membina juga  projek itu sama ada Selangor setuju atau tidak. Untuk apa lagi Langat-2 itu jika Pahang membatalkan pembekalan  airnya? Selangor pada masa ini tidak memerlu bekalan air dari luar baik yang  sudah dirawat mahupun tidak. Negeri Selangor cukup air untuk keperluan  penduduknya jika sumber air yang banyak itu dirawat. Kebarangkalian Selangor putus bekalan air bukan kerana negeri yang  setiap hari hujan itu tidak cukup air tetapi ialah pihak yang diberi  tanggungjawab tidak merawat air yang banyak itu. Pertikaian isu air ini berlaku pada ketika adanya kemajuan teknologi merawat air laut  dan sungai yang amat canggih. Singapura  dan Israel sudahpun memanfaat teknologi yang canggih itu  bagi menggunakan  air laut untuk keperluan penduduknya. Jepun dan  lain-lain negara maju tentu sudah mengirim orang ke Selangor bagaimana  air pantai Selat Melaka di Selangor itu boleh menjadi alternatif  kepada  air Pahang atau kiranya berlaku kemarau. Jika benar Adnan  hendak bertindak, tiadalah yang lebih gembira selain dari Tan Sri Khalid  Ibrahim. Kerajaan Selangor rasanya dengan senang hati mempersilakan  Adnan Yaakob buat  apa saja yang patut.     |        |      Najib tidak mahu berdebat kerana tidak ada keyakinan diri       Posted: 03 Oct 2012 03:37 AM PDT    Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan  2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar  membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR  tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib  menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti  Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak  sepadan untuk dicetak di atas kertas pun. Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan  dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu  melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa  yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa  atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya  dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan  PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib  membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
 
  Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai  Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan  yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan  belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah  membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil  mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
 
  Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana  beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari  pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi  dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa  Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
 
  Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya  untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat  'gentleman' dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan  beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya  membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan  dengan Ketua Pembangkang secara terus.
 
  Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau  dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib  enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita.  Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi  bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam  situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet  tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat  lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang  lain.
 
  Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan  bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat  dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu  tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib  sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa  was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan  yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat. 
 
  Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam  mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat  dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai  beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang  beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang  secara terbuka di hadapan rakyat.
 
  Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku  jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat  menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah  seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap  besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya  boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk  bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam  diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
 
  Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran  sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu.  Jika benar Najib mempunyai 'clarity' dalam pemikiran yang beliau  persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan  sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
 
  Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai  'conclusive' tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang  pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang  beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
 
  Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian  terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu  adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
 
  Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran  seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia  hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet  yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan  rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
 
  Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak  mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu  adalah 'self insulting'.http://aspanaliasnet.blogspot.com      |        |      Kerajaan N.Sembilan Beri Tambahan Bonus Sebulan        Posted: 03 Oct 2012 03:28 AM PDT   MSTAR ONLINE                            SEREMBAN: Penjawat awam Negeri Sembilan akan turut menikmati bayaran tambahan bonus sebulan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
   "Kita harap pemberian bonus ini akan memberikan sedikit kesenangan  kepada penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak  mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.  Pemberian bonus itu melibatkan perbelanjaan tambahan RM12 juta, katanya.
   Beliau berkata sepertimana langkah kerajaan Pusat, bayaran bonus itu  akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada Disember  manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
   Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa  membentang Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus  satu setengah bulan kepada penjawat awam dengan bonus setengah bulan  sudah diberikan Ogos lepas sempena Aidilfitri. -BERNAMA                  |        |      Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal        Posted: 03 Oct 2012 03:27 AM PDT   MSTAR ONLINE              
             KUALA LUMPUR: Setakat ini Kementerian Pelajaran  (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan  telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas  Bil. 2/2009.
   Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu sesi  perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan  pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan  keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh  pelajar sekolah.
   "KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan  masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO),  guru, ibu bapa danmurid-murid sebelum satu keputusan muktamad  diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam  jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng(BN-Simpang Renggam) di  Parlimen di sini, Rabu.
   Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu  membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat  elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini  dilaksanakan.
   Muhyiddin berkata, kementerian telah menjalankan kajian dalam  kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai  penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.
   Katanya, kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.
   Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan  pelajarmembawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke  sekolah bermulatahun depan.
   Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada  persatuan ibubapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut  akan mengundang lebihbanyak masalah selain menjejaskan pembelajaran  pelajar. - BERNAMA                  |        |      Bajet Rakyat, Tarif Elektrik Dinaikkan        Posted: 02 Oct 2012 04:58 PM PDT     Selepas  menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan  Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif  elektrik. Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri  Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat  dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut  memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk  cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan. "Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja,  hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada  rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga  barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily. Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini. "Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin  15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata  Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi. Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau  mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan  agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan. "Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah  ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem  perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan,"  katanya. "Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan)  hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada  (rongak)," kata beliau sinis. Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu,  mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram  menjadikannya RM2.50. Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan  juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik  Automated Enforcement System (AES). Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000.  -KD     |        |      Pilihan raya UIA: Pro-Mahasiswa dakwa menang       Posted: 02 Oct 2012 04:56 PM PDT                                                                Wartawan Sinar Harian                                                                                                                                                                            Pilihan Raya Kampus.                                    SHAH ALAM - Kumpulan Pro-Mahasiswa menyapu bersih kesemua kerusi  kawasan fakulti  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam  pilihan raya semula yang berlangsung semalam.   Pengundian semula menggunakan sistem manual.   Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto,  kesemua kerusi yang diperuntukkan bagi kawasan kuliah dimenangi  Pro-Mahasiswa.   "Kami sapu bersih semua 26 kerusi kawasan fakulti daripada 31 kerusi yang diperuntukkan UIAM.   "Baki lima kerusi lagi merupakan kawasan Antarabangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.   Pengumuman keputusan dibuat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar setiap  fakulti bermula jam 8.15 malam di Kompleks Sukan Lelaki, UIAM.     Keputusan semalam menjadikan Pro-Mahasiswa menguasai tiga institusi  pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Universiti Malaya dan Universiti  Kebangsaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi pula menguasai 17 IPTA.   Bagaimanapun Pro-Aspirasi juga mendakwa mereka memenangi pilihan raya kampus UM.   Sementara itu, Penolong Pengarah Perhubungan Media dan Promosi UIAM,  Suki Ahmad berkata, kaunter pengiraan undi tambahan dibuka untuk  mempercepatkan proses pengiraan.   "Kami jangka pengumuman akan tamat sekitar 12 malam tetapi ia berjaya diselesaikan lebih cepat dari yang dijangka.   "Malah, ia berjalan lancar tanpa sebarang provokasi," katanya ketika dihubungi.   Tambahnya, "pengiraan undi bermula sekitar jam 6.30 petang." UIAM mempertandingkan 31 kerusi di kedua kampusnya.   Sebelum ini, UIAM mengumumkan pengundian semula selepas berlaku kesilapan teknikal pada sistem e-undi yang digunakan.     |        |      SAMM lapor polis kos kahwin anak Ali Rustam       Posted: 02 Oct 2012 04:49 PM PDT      Catat rekod kehadiran tetamu paling ramai, perbelanjaan mungkin melebihi RM3 juta 
 
  PETALING  JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan  perbelanjaan persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri  Ali Rustam, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.  Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor,  para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan  khas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.  Penyelaras SAMM Melaka Zuraidi Abdullah berkata, persoalanya kini  menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada juga laporan  yang mengatakan 130,000 orang).  "Jika dalam kiraan minima dan mudah untuk seorang tetamu majlis  persandingan itu menelan perbelanjaan RM10, maka berdasarkan laporan  media lebih 100,000 tetamu menjadikan kos hidangan makanan tetamu biasa  sahaja sudah RM1juta lebih.  "Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka  PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat, angka mungkin menelan  belanja mencecah lebih RM2juta.  "Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut  dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP  lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka  akan jumlah besarnya akan melebihi RM3 juta.  Siapa yang menajanya? "Maka persoalannya kini, dari mana sumber penganjuran majlis  berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang  Ketua Menteri, jika ia tajaan, siapa yang menajanya dan apa kepentingan  pihak yang menaja?  "Dalam majlis yang gilang-gemilang ini bukan sedikit agensi kerajaan  juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak  wang rakyat terbazir dalam kos pengangkutan membawa anggota kerajaan  terbabit, elaun lebih masa termasuk makan dan minum mereka ?  "Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka  mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini  tidak wujud unsur penyalah-gunaan kuasa?, katanya.  Menurut Zuraidi, atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat  Malaysia khususnya negeri Melaka, SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri  yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana 'rasuah  politik wang' untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam  perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil  membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam  perkara itu.  Katanya, SAMM melihat ini simbol ketidak pedulian pimpinan BN dalam  keadaan rakyat hidup susah dan negeri berhutang banyak tetapi pemimpin  terus bermewah.  Inilah dia wasyatiyah ala BN.     |        |      Kedudukan hutang negara ‘hilang’ dalam laporan Bajet 2013       Posted: 02 Oct 2012 04:46 PM PDT     Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.  
 
  KUALA  LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam  laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan  setiap tahun.  Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan  penyata tentang kedudukan kewangan, hutang,  memorandum jaminan kerajaan  dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam  laporan bajet 2013.  "Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.  "Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan  membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya  kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.  Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting  kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan  negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan  seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.  Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara  ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat  dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.  "Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa  negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal  menyatakannya.  "Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya     |        |      Mashitah, dua lagi diarah fail pembelaan saman FITNAH Hadi        Posted: 02 Oct 2012 04:35 PM PDT   MALAYSIA CHRONICLE                                                                                    KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim  dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan mereka berhubung kes  saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum 30  Oktober ini.
   Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan.
   Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur Diana Mat Radzai bagi  pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala kesemua defendan  diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan Zunita  Kamaruzaman.
   Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen  Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan  pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar  Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing  defendan kedua dan ketiga.
   Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama  telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum  beliau 'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh  defendan kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.
   Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya  menunjukkan bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak  layak untuk menjadi pemimpin parti.
   Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel  terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan  berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.
   Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan  beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.
   Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan  fitnah terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat  peguam bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah  cuai, gagal atau mengabaikan permintaannya.
   Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang  tidak dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan  sesuai oleh mahkamah.
   Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan  fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia  dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.utusan          |        |      Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri        Posted: 02 Oct 2012 04:31 PM PDT   MALAYSIA CHRONICLE                                                                               KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh  isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta  kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
   "Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin  (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta  kompleks membeli belah.
   "Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap  hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat,"  katanya.
   Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi  keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat  berkenaan dengan jenayah.
   Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
   Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang  hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua  Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah  yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
   Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah  di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak  berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
   "Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
   Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan  mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan  stesen-stesen minyak.
   Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
   "Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan  yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia  memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
   "Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak  tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad  terus mempersoalkan.
   Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
   "Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut  dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga  bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin  kata nak wujudkan rasa selamat.
   "Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
   Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri  Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan  keselamatan di negara ini.-harakahdaily          |                  |   
    |      Biaqpila       Posted: 03 Oct 2012 03:14 PM PDT                  |      Pasangan Kekasih Hampir Mati Ketika Berasmara Dalam Kereta       Posted: 03 Oct 2012 09:45 AM PDT   Bagi anda yang mempunyai tabiat membuat atau mengadakan hubungan seks di dalam kereta, hentikanlah tabiat buruk ini. Pasangan dari China, ini boleh menjadi contoh. Mereka berdua hampir kehilangan nyawa apabila kereta mereka hampir terjatuh dari bangunan 18 meter tinggi. Insiden itu bermula apabila pasangan dari Changsha, wilayah Hunan, selatan China mencari tempat untuk memadu kasih. Akhirnya, mereka parking diruang tempat letak kereta di atas bumbung bangunan yang lengang. Setelah parking, mereka pun bermesraan. Enjin kereta sengaja mereka hidupkan agar udara sejuk dan segar dapat mereka rasakan sepertinya menyewa di hotel. Ketika sedang asyik bermesraan, entah kerana tersenggol, tombol sudah berpindah ke gear mundur. Dan sialnya lagi, ketika suasana romantis tersebut pedal minyak tertekan sehingga kereta bergerak kebelakang dengan cepat dan menghentam tembok. Mujurlah, pasangan yang berada di belakang kenderaan dengan pantas memijak brek, sebelum kereta tersebut jatuh dari bumbung bangunan setinggi 18 meter tersebut. Beruntung, kereta belum jatuh. Sedangkan kalau melihat keadaannya, situasi itu sangat mengerikan. Sebab setengah badan kereta sudah tergantung. Sedar akan hal tersebut, siperempuan histeria ketakutan dan menjerit dari dalam kereta. Dan untungnya lagi, jeritan itu didengar oleh orang lain. Beberapa orang membantu pasangan ini keluar dari kereta. "Mereka sangat malu tapi bersyukur masih boleh hidup," ungkap seorang saksi. bestoneoffourKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK  Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel      |        |      Gempaq!! Kedudukan hutang negara tiba2 ‘hilang’ dalam laporan Bajet 2013       Posted: 03 Oct 2012 12:00 AM PDT   Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya. KUALA LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.  Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.  "Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya. "Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.  Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.  Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.  "Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya. "Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya. demolonieKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK  Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel      |        |      SOALAN MAUT #TANYA NAJIB        Posted: 02 Oct 2012 09:00 PM PDT      |        |      ST1M - Skim Telefon 1Malaysia       Posted: 02 Oct 2012 08:08 PM PDT   DEY MACHA!!! ADA PROJEK BARU DARI TOKEY 1MALAYSIA INI PROJEK BARU NAMANYA ST1M WALAUPUN TAKDAK TELOQ JANJI BOLEH ST1M KAH! KAH! KAH! INI PROJEK BARU SAPA NAK JADI PEMBEKAL MESTI TAU TARIAN PUNGKOQ MESTI PERNAH USUNG KEPALA LEMBU KAH! KAH! KAH! INI PROJEK BARU SILA CEPAT HANTAQ TENDER HANYA KRONI DIUTAMAKAN MESTI BERPENGALAMAN MENIPU SELAMA 55 TAHUN KAH! KAH! KAH! Rebat telefon pintar hanya melalui 'pembekal terpilih'Individu yang layak menerima rebat telefon pintar RM200 yang dicadangkan dalam belanjawan 2013 hanya boleh mendapatkan diskaun itu melalui "pembekal terpilih". Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Irwan Siregar Abdullah berkata individu yang layak boleh mendapatkannya melalui pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Bernama sebelum ini melaporkan saranan daripada satu badan yang kurang dikenali, Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) , yang mahu SKMM melantik ejen terpilih untuk menjual telefon pintar itu. Persatuan itu bimbang, bekalan telefon itu terjejas dan pengedar akan menjual telefon bukan asli dan menaikkan harga. Kerajaan memperuntukkan RM300 juta untuk rebat yang layak diterima oleh golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000. Sementara itu, Mohd Irwan turut mengulas mengenai belanjawan alternatif yang dikemukakan Pakatan Rakyat akan menyebabkan satu kejutan kepada ekonomi.- MKAPAKAH PROJEK INI AKAN POTONG STIM MACAM PROJEK NOTEBOOK 1MALAYSIA KRONI DAN PEMBEKAL UNTUNG JUTA-JUTA RAKYAT JUGA YANG MERANA BARU BELI TAK LEH GUNA KAH! KAH! KAH!TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan. Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu. Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan. Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi. "Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki," katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini. Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti. "Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya. Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak. Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut. "Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki," katanya. Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak. Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini. Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu. "Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai. "Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti," katanya.-sinarharian KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK  Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel      |        |      Selepas 11 tahun,5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j       Posted: 02 Oct 2012 03:00 PM PDT    
 
 Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk. Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta. Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.  Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail. Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan. Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos. Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).  MKKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK  Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel      |                  |   
    |      ALHUSSEYN       Posted: 03 Oct 2012 03:11 PM PDT                |      Rahsia Keberanian Karpal Singh Dibongkar       Posted: 02 Oct 2012 05:45 PM PDT   Korang tentu ingat kenyataan 'Over My dead body' yang pernah diucapkan oleh Karpal Sigh.Sekarang baru aku tahu kenapa Karpal Singh begitu berani sangat ....Kalau korang nak tahu juga, tengoklah VCD berikut.  
 
     |                  |   
    |      DUNIACACAMARBA       Posted: 03 Oct 2012 03:05 PM PDT                  |      "Saya berharap soalan-soalan anda tidak SEPANAS anda"       Posted: 03 Oct 2012 05:00 AM PDT   
 
 "Saya berharap soalan-soalan anda tidak 'SEPANAS' anda"   Kata-kata yang mungkin bernada gurauan oleh seorang ahli politik Mesir kepada seorang pengacara TV telah mencetuskan kemarahan segelintir rakyat Mesir.
  Menteri Maklumat Salah Abdel Maksud berkata demikian kepada pengacara TV Dubai,  Zeina Yazjy dalam satu program temu bual minggu lalu dan kata-kata itu dianggap sesuatu yang tidak wajar.
  Yang menariknya, pengacara TV yang "panas" itu tanpa teragak-agak dan dalam keadaan tenang menjawab,"Soalan saya mungkin panas tetapi saya sebaliknya, saya seorang yang 'sangat sejuk'."
  Salah merupakan ahli Ikhwan Muslimin, parti politik yang kini berkuasa di Mesir.
  Ratusan rakyat Mesir mengutuk kata-kata ahli politik tersebut. Bagi mereka, kata-kata Salah dianggap 'tidak sesuai' dan 'keluar dari tempat'. - DCM/DM
 
    
 
 
 
 P/s: Sememangnya pengacara itu PANAS! 
 
 
 
 
 
 
 
     |        |      Mengapa Mat Sabu Minta Isteri Menteri Jalan Seorang Diri? Baca!       Posted: 03 Oct 2012 12:30 AM PDT     [HD] KUALA LUMPUR- Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 
  "Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah. 
  "Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya. 
  Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah. 
  Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan. 
  Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan. 
  Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. 
  "Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi. 
  Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak. 
  Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi. 
  "Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah. 
  "Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan. 
  Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu". 
  "Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat. 
  "Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan. 
  Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
 
  P/s: Tepat dan padat!
 
 
     |        |      Pistol Bonnie dan Clyde Dilelong RM1.5 Juta       Posted: 03 Oct 2012 12:00 AM PDT    [Kosmo] NEW HAMPSHIRE - Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki oleh pasangan gengster Amerika Syarikat (AS), Bonnie dan Clyde apabila mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa dijual pada harga AS$504,000 (RM1.5 juta) pada satu majlis lelongan di sini kelmarin. 
 
 
 Senjata api itu merupakan antara sejumlah 134 artifak yang mencatatkan harga keseluruhan AS$1.1 juta (RM3.3 juta) dalam acara berkenaan.  
 
 Sekitar dua pertiga barangan yang dilelong milik pasangan Clyde Barrow dan Bonnie Parker. Sementara sebahagian lagi dimiliki oleh beberapa penjenayah kejam lain di AS termasuk Al Capone, Pretty Boy Floyd dan John Dillinger.  
 
 Timbalan Presiden firma lelongan RR Auction yang mengendalikan lelongan tersebut, Bobby Livingston berkata, pistol jenis .38 kaliber Detective Special yang dilekatkan oleh Bonnie di pahanya apabila dia terbunuh pada 1934 mencatat tawaran tertinggi untuk dijual pada harga AS$264,000 (RM806,916).  
 
 Menurut Livingston, pistol automatik Colt. 45 milik Clyde pula dilelong pada harga AS$240,000 (RM733,560) kepada pembida sama yang tidak mahu identitinya didedahkan.  
 
 "Anda boleh menjangkakan keterujaan seperti ini apabila ada barangan yang sukar didapati dilelong," kata Livingston.  
 
 Seutas jam poket milik Clyde pula dijual pada harga AS$36,000 (RM110,034) dalam lelongan itu. - Agensi 
 
 
 
     |        |      Babi MAKAN Petani di Oregan, Amerika Syarikat       Posted: 02 Oct 2012 11:20 PM PDT    [HM] OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya. 
  Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.
  Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit. 
  Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.
  Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.
  Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: "Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan." Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi
 
 
 
 
 
 
     |        |      Hebat, Ali Rustam Tidak Keluar Sesen Pun untuk Penyediaan Makanan dan Perkhidmatan Majlis Perkahwinan Anaknya       Posted: 02 Oct 2012 08:01 PM PDT   [TMI] KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.  Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma. 
  "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut. "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.  "Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.  Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada  majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.  "Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.  "Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.  "Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan  oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.  Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan  majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty.  Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis  tersebut.  "Itu duit siapa?" tulis Nga.  Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk  makan sahaja adalah RM13 juta.  "Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter.  Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja  Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter.  "Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter. 
 
  P/s: Anda percaya? Silakan! TM musykil!!!!
  Syarikat katering mana yang sanggup sedekah makanan bernilai jutaan ringgit kepada keluarga Ali Rustam?
  Pemuda, pemudi mana yang sanggup berkhidmat untuk melancarkan majlis perkahwinan anak KM Melaka secara percuma?
  Adakah ini paling jawapan kreatif Ali Rustam yang ditunggu-tunggu oleh rakyat 1Malaysia?
  Kah kah kah!
 
 
 
     |        |      Budak 12 Tahun Dirogol Jiran Kakak Angkatnya       Posted: 02 Oct 2012 07:15 PM PDT    
 
 [SH] TAPAH - Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya  menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu  kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu.
  Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut  diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang  lain.
  Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata,  pada 6 September lalu, kanak-kanak yang berasal dari Slim Village  mengikut seorang rakan ke rumah kakak angkatnya di Kampung Petalin Baru  untuk bermalam di sana selama beberapa hari.
  Bagaimanapun, menurutnya, pada 12 September lalu, seorang lelaki yang  juga jiran sebelah rumah telah memecah masuk kediaman berkenaan.
  "Suspek yang juga penganggur itu pecah masuk rumah tersebut melalui  pintu dan merogol mangsa yang berada seorang diri di dalam sebuah bilik  di kediaman berkenaan, kira-kira 12.30 malam.
  "Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan perkara itu  kepada pihak berkuasa atau orang lain," katanya kepada pemberita di Ibu  Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.
  Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir.
  Kata Som Sak, pada keesokan harinya mangsa pulang ke rumah di Slim  Village dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum satu  laporan polis dibuat berkenaan kes itu.
  Jelasnya, mangsa dihantar ke Hospital Slim River sebelum ke Hospital  Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk pemeriksaan dan mendapati anak  sulung daripada lima beradik itu disahkan dirogol.
  "Hasil siasatan polis, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang  dikenal sebagai Mohd Hadi Baharom, 50, dari Kampung Petalin Baru, Bidor.
  "Suspek juga berada di bawah pengawasan polis dalam kes dadah dan dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur," katanya.
  Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan  orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline IPD Tapah  05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 atau ke balai polis berhampiran. 
 
 
 
     |        |      Tauke Ubat Kurus Antara 4 Orang Doktor Digantung Keanggotaan Majlis Perubatan Malaysia       Posted: 02 Oct 2012 05:42 PM PDT     [Bernama] KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971. 
  Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu. 
  Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional. 
  Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa. 
  Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun).  
 
 
  P/s: Berdasarkan maklumat iklan produk doktor ini di akhbar (hari-hari disiarkan), rasanya tidak payahlah Kementerian Kesihatan membeli ubat dari negara luar. Memadailah jika kementerian membeli produk daripada syarikat doktor ini. Bayangkanlah semua penyakit boleh sembuh dengan pengambilan produk kesihatan syarikatnya. Daripada menyembuhkan sakit jantung, diabetes, penyakit kulit kepada menyelesaikan masalah kecerdasan otak.
  Itu soal penggantungaan keanggotaan MMC. Bagaimana pula dengan masalah pelanggaran etika pengiklanan produk kesihatan yang melibatkan syarikat doktor ini dan syarikat-syarikat lain? Walhal dakwaan sesuatu produk dapat merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit sudah jelas melanggar Akta-akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976.
 
 
 
     |                  |   
    |      Kerabu Bersuara ®       Posted: 03 Oct 2012 03:05 PM PDT                |      Mulut gatal pemimpin pkr! Anwar harus tegur!       Posted: 02 Oct 2012 09:24 PM PDT      PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi   Harakahdaily, 	03 Okt 2012   KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.   Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.   Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.   "Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.   "Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.   "Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.   Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.   Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
    Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.   Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).   Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.   Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.   Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.       |                  |   
    |      AKU INGIN BEBAS       Posted: 03 Oct 2012 01:50 PM PDT      |   
    |      PENYAPU SIAL       Posted: 03 Oct 2012 01:34 PM PDT                  |      rakyat dapat  tanah sekangkang kera....noh omar samseng tanjung karang  senang senang  rembat  tanah 30 ekar...!!!!       Posted: 02 Oct 2012 02:40 PM PDT    
 Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya Rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi kita percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang.. Menteri Pertanian dan Asas Tani itu di dakwa  memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A. Keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan ‘sipolan bin sipolan’ dapat tanah. Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat. Rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut.     penyapu sial     Lepas dilantik jd menteri sudah pasti lg byk harta yg dirompaknya yg msh belum kita ketahui...tumbangkan biawak hidup, kuburkan UBN Baek punya songlap..tanah2 kolam udng benih padi baja padi masih xckup ke lg noh omar hoi!!!..nk kaya tahap mane.. Tanah kubur selayaknya bagi beliau bukannya 30ekar tapi 3'x7'     |        |      ekonomi kepala butoh najib  syaitan yang di kenali ...kasi orang kaya makin kaya  orang miskin makin  miskin...       Posted: 02 Oct 2012 02:20 PM PDT    
  
 Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk Berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya. Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri. Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat. Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus,.Pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan “seorang dua bos besar”.     penyapu sial     Apa nak buat kebnyakkan rakyat malaysia masih buta pemahaman tentang budget BN tu. Contohnya pengurangan subsidi gula pasir sebanyak 20sen/kilo dikatakan harga gula turun 20sen/kilo. Hingga tahap ini pun masih lagi kebanyakkan rakyat malaysia dibodohkan oleh kerajaan BN/APCO/ syaitan yang dikenali......     |        |      najib...bapak kepada bapak lembu NFC  bodohkan rakyat dengan gula gula PRU  untuk menipu pengundi muda....!!!!       Posted: 02 Oct 2012 02:08 PM PDT    
 Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. "Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.Ia adalah satu pengumuman yang bodoh macam lembu NFC.  Berapakah harga sebuah telefon pintar?  Harga purata adalah sekitar RM1, 000 Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar.  Jadi, peniaga mendapat RM800 Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat. Begitu  juga dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet.Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi. Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar.  Ia adalah ekonomi bodoh Najib.  Dia tidak faham?  Dia tidak berfikir? sebab beliau bukan pakar ekonomi mau pun pakar belanjawan yang  memikirkan kesan buruk kepada rakyat. RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar.  Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda.  Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap. Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. Anak Muda  juga  mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB...  lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak…      penyapu sial     bila rakyat negara diibarat macam lembu kondo cucuk hidung atau dah dipawahkan manakala anak muda BN mana mau pendidikan percuma..diorang nak jadi samseng hang kebun je..janji dapat duit.. Tak faham keperluan rakyat. Yang diperlukan anak-anak muda ialah pekerjaan - bukan telefon! Lagi satu, apasal Najib tak hadir sidang Parlimen lepas bentang Bajet? Maruah sebagai pengundi muda bukan bernilai RM200. Jangan jadi bodohlah UMNO nak kaut undi di PRU akan datang kerana kami golongan muda bukan pengemis bodoh. Yang kami nak kebajikan kami dijaga bukan beri gula - gula macam kau beri derma kepada pengemis. UMNO mesti ditumbangkan  pada pru akan datang dari dulu kini dan selamanya.     |        |      pelakon tayang punggong  kini  belakon jadi hero minta air free...bodoh piang...nak air free galilah perigi tepi rumah najib dan rosmah...kah kah kah...!!!!       Posted: 02 Oct 2012 01:54 PM PDT    
  
 Sebelum ini beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu  pelakon taik kucing penjilat buntot UMNO ini yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, rupanya memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom...! Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu. Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor. Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa “Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto).”.....kah kah kah....depa meroyan dah....!!!! Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang. Seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen. Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort! Jadi  jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: adalah  jangan layan mangkuk hayun ini ...adalah tepat.     penyapu sial     perangai Yahudi. Sayang sangat pada manusia jahat ni. Dilahirkan sebagai manusia HEBAT anugerah Illahi tapi sayangnya bila dah besar dan cukup tua, bertukar jadi perangai pengkhianat ala laknatullah Yahudi. Manusia inilah yang digelar Melayu Yahudi.Kesian bila melihatkan aksi askar pencen ni, tak malukah kepada anak, isteri dan rakan askar pencen serta askar yang masih bekhidmat. Dah lah dulu, menjadi ketua tunjuk ponggong tapi sekarang ni pula nak tunjuk hero pasal kes air pulak. Cukup2lah nak air percuma koreklah perigi kat tepi rumah tu, tapi duduk kat flat mana ada tanah, sedarle diri sikit. jangan jadi manusia yang bodoh, lembu pun tak sebodoh ini.     |                  |   
    |      BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN       Posted: 03 Oct 2012 01:23 PM PDT      |   
    |      Muslimeen United       Posted: 03 Oct 2012 01:13 PM PDT                  |      Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu       Posted: 03 Oct 2012 04:51 AM PDT    Gambar : Harakahdaily dan berbagai sumber di Facebook
   PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat  keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan  terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.
  Tuntutan  itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan  Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan  Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.
 Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan  penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum  ini. Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.
  Terdahulu,  pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman  Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.
  Mereka  malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega  Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri  Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri  Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar  Ibrahim.
  Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600  orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R'  berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah. 
 
 Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub,  Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa,  Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr  Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan  Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.
  Bercakap kepada  peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan  hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.
  "Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.
  "Tuan  rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila  kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.
  Beliau  juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi  dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti  iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.
  "Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. -Hrkh     |        |      Mashitah, Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Saman FITNAH Ust. Hadi       Posted: 03 Oct 2012 04:50 AM PDT    Mahkamah Tinggi di sini hari ini  mengarahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.  Mashitah Ibrahim dan dua lagi untuk memfailkan pernyataan pembelaan  mereka berhubung kes saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul  Hadi Awang, sebelum 30 Oktober ini. Tarikh tersebut turut ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof untuk pengurusan kes berkenaan. Hadir pada prosiding hari ini ialah peguam, Nur  Diana Mat Radzai bagi pihak Abdul Hadi selaku pihak plaintif, manakala  kesemua defendan diwakili peguam-peguam, Abang Azlan Abang Ariffin dan  Zunita Kamaruzaman.
   Menurut saman yang difailkan pada 18 September lalu, Ahli Parlimen  Marang itu menamakan Mashitah defendan pertama sementara penerbit dan  pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. (Sinar  Karangkraf) dan Ultimate Print Sdn. Bhd. (Ultimate) masing-masing  defendan kedua dan ketiga.
   Abdul Hadi dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, defendan pertama telah  mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya dalam kolum beliau  'Langit Terbuka' yang kemudiannya diterbit dan dicetak oleh defendan  kedua dan ketiga pada 2 Mac lalu.
   Dakwanya, kata-kata fitnah yang ditulis itu antara lainnya menunjukkan  bahawa plaintif adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak untuk  menjadi pemimpin parti.
   Tindakan Sinar Karangkraf dan Ultimate menerbit dan mencetak artikel  terbabit tanpa usul periksa pula didakwa bertujuan untuk mensensasikan  berita dan melariskan jualan bagi mendapatkan faedah kewangan.
   Perbuatan kesemua defendan itu didakwa Abdul Hadi telah menyebabkan  beliau menanggung aib dan malu serta dipandang hina oleh masyarakat.
   Walaupun telah memohon kesemua defendan menarik semula pernyataan fitnah  terbabit, meminta maaf dan membayar ganti rugi melalui surat peguam  bertarikh 20 Jun lalu, Abdul Hadi mendakwa, pihak defendan telah cuai,  gagal atau mengabaikan permintaannya.
   Oleh itu, Abdul Hadi memohon ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak  dinyatakan jumlahnya, kos serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai  oleh mahkamah.
   Plaintif turut menuntut kesemua defendan menarik semula pernyataan  fitnah tersebut dan meminta maaf di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia  dalam tempoh 24 jam selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah.    |        |      Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas       Posted: 03 Oct 2012 04:45 AM PDT   
 
 Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak. 2010i.           Kerajaan Negeri Kelantan  telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala  Lumpur pada 30 Ogos 2009. ii.         Kerajaan Persekutuan  kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada  masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah  Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman  tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan  Petronas). Hanya notis dikeluarkan. iii.        Kelantan  kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di  Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak  dibantah Petronas. iv.       Dua permohonan iaitu permohonan  Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri  Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar  dihadapan Hakim Zabariah. v.         Keputusan permohonan  pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan  tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk  memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah  Petronas. vi.       Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap  kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua  rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan  kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil. vii.       Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di  Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di  Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak  membenarkan kedua-dua permohonan. viii.    Kes kembali ke  Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk  mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan  daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan. ix.       Seminggu  selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di  Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan  isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara. x.          Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama  iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A. 2011xi.    Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan  memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan  dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A. 2012xii.       Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan  14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan  membenarkan kedua-dua permohonan. xiii.     Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A. xiv.     Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan  oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut a.       Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan b.      Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas c.       Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan. xv.       Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak  ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di  Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian  luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan  Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma  penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali  lagi ditolak. xvi.    Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran  Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu  terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April.  Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran,  Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan  Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut.  Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada  Kerjaan Negeri Kelantan. xvii.   Dalam masa 14 hari selepas  keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di  Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan  tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013. xviii.  Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu  Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk  Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale.  -Hrkh    |        |      [SIGNAL DARI MAHKAMAH] Kerajaan Diperintah Bayar RM4.06 Juta Kerana Panahanan Tidak Sah       Posted: 02 Oct 2012 11:12 PM PDT    Mahkamah  Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang  (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr  Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001  adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat  pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000. Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya,  menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak  RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan  RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya  RM4.06 juta.
   Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN),  Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur  fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.
   Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.
   Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.
   Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.
   Tian Chua ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan  mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang  yang pernah ditahan dibawah ISA.
   "Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.
   "Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.
   Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan  wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang  dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu  lalu.
   "Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.
   "Nak cat kereta tersebut," katanya.
   Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan  Norian  Mai telah menahan  Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail,  Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan  kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.
   Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri  manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia.  -TMI
   Hishamuddin: Pembebasan ISA Bukti Umno-BN berniat jahat
  Penahanan 10 aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA) pada 2001 yang diputuskan tidak sah dan berniat jahat oleh  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuktikan kerajaan Umno-BN  menyalahgunakan akta itu bagi tujuan politik.
   Salah seorang aktivis terlibat, Hishamuddin Rais berkata, dengan  keputusan dibuat mahkamah itu adalah jelas ISA disalahgunakan demi  kepentingan politik kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.
   "Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini adalah satu undang-undang yang  zalim di mana hakim telah berkata bahawa penangkapan kami dulu telah  dibuat pada 2001 adalah "malafide" bermakna berniat jahat.
   "Hakim telah menyatakan bahawa penangkapan itu juga salah dan kenyataan  media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai itu telah merosakkan  imej kami," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
   Pada 2001, polis telah menahan Hishamuddin bersama sembilan yang lain  termasuk MP Batu, Tian Chua dan pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron  dalam satu gerakan reformasi yang didakwa mengancam keselamatan negara.
   Berikutan keputusan itu, beliau berkata, mahkamah telah memutuskan di  mana pihak kerajaan didenda untuk membayar sekian jumlah yang tidak  dinyatakan.
   "Niat kerajaan pada ketika itu adalah bertujuan memecahkan gerakan  reformasi maka kami dituduh ada membawa molotov coctail, ballbearing dan  barangan lain untuk membuat keganasan.
   "Tetapi selama 54 hari saya dan kawan lain ditahan, tidak ada satu  soalan pun tentang ballbearing atau molotov coctail ditimbulkan dan  ditanya kepada kami semua.
   "Apa yang mahu dibuktikan dalam siasatan 54 hari itu ialah mereka mahu merisik tentang pergerakan PKR.
   Ini yang berlaku dan bukan seperti tuduhan," katanya.  Ia semacam satu "signal" jelas dari Mahkamah kepada pihak p[olis  khususnya dan kepada kerajaan BN amnya bahawa: jangan keterlaluan  menekan rakyat, jangan sewenang-wenangnya membuat tangkapan dan yang  utama jangan suka sangat menyalahgunakan kuasa.
  Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.
  Akan tetap ada  para hakim yang akan menghukum berdasarkan kepada kebenaran dan keadilan  sekalipun ia hanya muncul sekali sekala. Namun perkembangan mutakhir  menampakkan kepada kita ramai para hakim sudah tidak gentar dan takut  dengan sebarang ugutan dan ancaman. 
  End of the day, kerajaan yang kejam dan korup PASTI akan binasa  sekalipun cuba ditegakkan dengan pelbagai cara terutama dokongan para  pencacai dan agensi berita arus perdana! -GB    |                  |   
    |      shalehudin       Posted: 03 Oct 2012 12:05 PM PDT                  |      RUPA tanpa wajah, TNC di tahan SPRM       Posted: 03 Oct 2012 12:00 PM PDT     Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, mengaku tidak bersalah di Mahkamah  Sesyen Johor Bharu terhadap tuduhan meminta dan menerima suapan RM 15,000 daripada seorang kontraktor pada 2010 dan tahun lepas, hari ini. - Foto Bernama     |        |      NAJIB penakut pahit... NI BUKTINYA       Posted: 03 Oct 2012 09:16 AM PDT       Tak sampai 2 jam tetiba dah di " private"kan kerana dislikes yang terlalu banyak...      
    593 likes, 1,365 dislikes  All Comments (3,374)    
      Tak percaya? Tengok sini...       
      
        |        |      Untuk perhatian segera, musang berbulu ayam dalam pejabat Exco       Posted: 03 Oct 2012 08:33 AM PDT     Cybertrooper UMNO (berbaju kotak), menjadi orang penting dalam majlis ini.     - Blog: Penggempur  Mutiara  - Ahli UMNO Nibong Tebal   - Tempat Tinggal : Bandar Tasek Mutiara   - Pekerjaan : Pejabat SUK (unit IT)     ** Tolong ambil perhatian !!     
      Beliau salah seorang yang sering masuk ke Pejabat EXCO & TKM1 untuk urusan repair computer dan sebagainya. Dalam masa yang sama beliau boleh curi maklumat2  penting. Harap pimpinan dapat ambil tindakan SEGERA..-  chegubard     
      
        |        |      Tudiaaaaa!!! Mana Najib boleh tolong jawab tak???       Posted: 03 Oct 2012 04:24 AM PDT     BEKAS MENANTU KETUA MENTERI SARAWAK DAKWA TAIB ORANG TERKAYA DI MALAYSIA     Woppp woppp woppp patutlah negara akan  rugi jika BN kalah pru13 , depa yang rugi sebenar nya .... bijak2      Rakyat diminta  boikot BN pru13 sekaligus akan membongkar kekayaan semua pemimpin dalam komponen BARISAN NASIONAL !     
      
        |        |      Ahakkss, Menteri Wanita la katakan... hehe...       Posted: 03 Oct 2012 12:26 AM PDT     Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan tokoh wanita, Puan Sri Sukumari Sekhar (kiri) dan Datuk F.R Bhupalan (dua kiri) ketika menghadiri Sambutan Hari Wanita di sini, Selasa. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor (dua kanan) dan wakil tokoh wanita Datin Marian Abdul Kadir (kanan). - foto BERNAMA         PERDANA Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak berbual dengan suku kaum Long Bawang dari Lawas ketika menghadiri sambutan Hari Wanita 2012 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Datin Seri Rosmah Mansor (kiri). -  Foto Effendy Rashid      
      
        |        |      Gatai belakang pi garu kepala, patut rambut luruh habih       Posted: 02 Oct 2012 10:24 PM PDT     Korang tau kan apa makna BODOH tu kan?   Bodoh tu bermakna tak  cerdik...   Tak cerdik sama macam bengong...   Alaaa... macam puak-puak Umno tu laarhh...            Hahaha...     So, aku sengaja buang sikit masa aku yang mahal nak mampus neh untuk buat kesimpulan mudah supaya rakyat yang terbaca nanti tak diperbodohkan oleh Najib and the geng...     Aku tau ramai yang agak terkejut dengan kenyataan keras Rafizi mengatakan rebat RM200 Najib untuk pembeli muda Smartphone adalah sebagai satu cubaan Najib untuk memperbodohkan rakyat... Jangan cepat menuduh si Rafizi tu bercakap ikut arahan Anwar plak walaupun memang dia kerja bawah Anwar... Tengok dulu hujah-hujah dia... Tak kena baru kita  rembat...     Rafizi nampaknya agak berhemah menggunakan kata-kata. Dia tak kata Najib tu BODOH tapi menggunakan ayat yang lebih sedap didengar telinga iaitu tidak bijak. Najib dilihat sebagai tidak bijak bila memperkenalkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G pada anak-anak muda.     Najib dilihat sebagai tidak bijak bila dia dengan megah membuat satu pengumuman BODOH melalui pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah...     Ikut kata Najib, ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia...     Langkah tidak bijak Najib tu hanya akan memperkayakan peniaga... apatah lagi peniaga-peniaga tu pulak adalah peniaga yang dilantik. Bertambah lagi tidak bijak bilamana budak-budak yang baru belajar nak bekerja tu terikut ghairah memaksa mereka mengeluarkan duit poket RM800 semata-mata nak beli smartphone yang berharga RM1,000 dan keatas.     Depa yang termakan umpan kerana nakkan rebat RM200 pasti akan terkena. Dah la terpaksa belanjakan lagi RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Dah tu terpaksa pulak langgan internet untuk melayakkan depa neh dapat rebat tersebut. Jadi, anak-anak muda ni dapat untung tang mana? Dah tentu peniaga tadi dah pun mendapat RM800 buta dari keghairahan ciptaan Najib neh...     Bila anak-anak muda terpaksa melanggan internet, depa dah tak boleh nak pilih sistem prabayar yang mungkin diorang telah langgan sebelum neh... BEBAN makin bertambah terhadap anak-anak muda yang baru nak belajar bekerja...     Jadi adakah ini langkah terbaik yang dapat Najib and the geng fikirkan untuk RAKYAT?     Cakap saja la Najib oii bahawa rebat RM200 tu hanya untuk memenangi hati anak muda supaya memilih Umno lagi pada pilihan raya umum yang akan  datang...     Nampak gayanya Najib garu tak kena tempat laa... gatai belakang pi garu kepala...       Hahaha...         |        |      Ahli Parlimen Umno mana plak neh...       Posted: 02 Oct 2012 06:49 PM PDT     Woitt!!! Orang ni ada masaalah ka?     Oooo...   Tengok cara dia tahan keretapi pun dah boleh kenai. Ni mesti bebudak Parlimen Umno yang  ponteng Perbahasan bajet 2013 kat Parlimen kelmarin neh....     Kahkahkah...     |        |      Sejarah dunia tercipta lagi...       Posted: 02 Oct 2012 12:00 PM PDT     Wow....   Sejarah Dunia Tercipta Lagi Bila Perbahasan Bajet 2013 Oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim Telah Menimbulkan Kegerunan Yang Teramat  Gerun....     Ahli Parlimen BN Habih Cabut Lari Bila Dengar Nama Anwar Ibrahim!     Jom tengok gambar atas neh...   Setelah 55 tahun UMNO Be End diberi peluang dan 55 tahun tu bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti UMNO Be End telah gagal menjadi jagoan untuk membahas bajet yang dibentang mereka sendiri.... Malah waktu Najib membentang  bajet, semua ahli parlimen pembangkang hadir.... tanda hormat!     Manakala giliran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membahaskan tentang bajet kelmarin (1 Okt.2012)... semua (Ahli Parlimen Be End Cabut Lari) tak nampak muka... tak ada telor atau takut ker.... termasuk DS Najib yang galak perli pembangkang hari jumaat lepas... agaknya beginilah status Ahli Parlimen Be End kelas dunia  ketiga.... lucunya.. hehehe     Mana macai2 UMNO, Perkasa, JATI dan TIBAI.... apa komen anda agaknya....         |                  |   
    |      HIDUP DAN HARAPAN       Posted: 03 Oct 2012 11:58 AM PDT                |      PRO M UIA SAPU BERSIH       Posted: 03 Oct 2012 12:16 AM PDT                                            Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.  Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.  Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.  Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.  UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.  Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk     |                  |   
    |      Addin       Posted: 03 Oct 2012 11:10 AM PDT                  |      Video  #TanyaNajib Di Padam, Twitter Teruk Di Kritik.. Bukti Najib Di Tolak Majoriti Rakyat        Posted: 03 Oct 2012 10:19 AM PDT       Sebentar tadi Addin mengikuti  program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.   
           Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.      Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.   
           Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk  sini).             Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.     Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.      Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [ YouTube]          |    | gambar-milosuam |             Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan. Lihat di bawah dan klik  sini.                        Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.   
                        Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.   
           Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.     
      
      
      
      Iklan                   |        |      Surat Mesyuarat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar       Posted: 03 Oct 2012 07:53 AM PDT    Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.     Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.     Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:     @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?  [ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]   Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.     Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.    
     
 Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.      Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.      Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.      Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang             Iklan               |        |      Apa?? Gaji CEO Tabung Haji RM85,000 Sebulan       Posted: 03 Oct 2012 06:38 AM PDT   Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam sidang dewan rakyat sebentar tadi membahaskan bajet 2013 Barisan Nasional (BN) mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti penyata gaji bulan Disember 2011 milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji yang hanya bekerja secara kontrak memperolehi gaji sebanyak RM85 ribu sebulan dan bonus pada tahun yang sama sebanyak RM700 ribu!     Beliau mempersoalkan bagaimana status CEO yang hanya diambil secara kontrak boleh memperolehi gaji sebesar itu sedangkan dalam masa yang sama gaji dan bonus CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bekerja tetap tidak sampai sebanyak itu, malah melebihi gaji dan bonus perdana menteri sendiri.Beliau mengesyaki bahawa adanya penyelewengan yang berlaku dalam institusi terbabit sehingga berlaku ketidak puasan hati sesetengah pegawai kanan yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan perkara sedemikian berlaku.      Pendedahan Mahfuz membuatkan ahli parlimen BN terdiam seketika tanpa mampu membalas hujah Mahfuz.Ini termasuklah pendedahan pada 9 April lalu yang mana Mahfuz mempertikaikan dakwaan pemindahan wang Tabung Haji sebanyak RM300,000 ke dalam akaun peribadi ketua pegawai eksekutif badan tersebut, Ismee Ismail.      Mahfuz berkata, kerajaan dan Tabung Haji perlu menjelaskan dakwaan tersebut ekoran jawapan yang diberikan timbalan menteri kewangan, Donald Lim Siang Chai di Dewan Rakyat masih tidak memuaskan.      Mahfuz berkata, Donald sekadar menjawab bahawa langkah itu dibuat mengikut prosedur tetapi tidak menjelaskan sebab pemindahan wang itu dilakukan."Duit itu untuk apa"," soalnya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen.Duit berkenaan mungkin untuk bayaran gaji Ismee "berjumlah RM85,000 sebulan", kata Mahfuz lagi yang turut mengedarkan dokumen berhubung dakwaan tersebut.      Dokumen yang diedarkannya itu antara lainnya menunjukkan arahan terperinci ketua pegawai kewangan Tabung Haji kepada pengurus banknya supaya memindahkan wang ke akaun peribadi Ismee. ~mpr             Iklan                     |        |      Adun DAP Gesa SPRM Siasat Ali Rustam       Posted: 03 Oct 2012 03:00 AM PDT       AYER KEROH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perbelanjaan majlis perkahwinan anak Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi mengenal pasti punca dana bagi majlis itu. Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ia penting kerana wujud keraguan dan  persoalan mengenai punca dana yang digunakan untuk majlis perkahwinan berkenaan. Menurutnya, ini kerana sekiranya mengikut pengiraan konservatif RM10 untuk setiap pengunjung, jumlah 130,000 sebagaimana dilaporkan menghadiri majlis itu membabitkan  belanja RM1.3 juta.     
      Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri perlu membuat pengisytiharan mengenai perbelanjaan untuk majlis itu sama ada ia ditaja pihak tertentu, menggunakan dana kerajaan ataupun duit persendirian.      "Jika beliau ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan jika ia ditanggung individu tertentu, tolong nyatakan siapa yang taja.      "Tiada apa yang perlu beliau takutkan jika SPRM menyiasat kes ini sekiranya dana bukan daripada sumber yang salah, malah secara tidak langsung membantu membersihkan namanya," katanya, semalam.      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang timbul akibat majlis perkahwinan anak lelaki Mohd Ali pada Ahad lalu, di mana 130,000 pengunjung dilaporkan hadir, sekali gus membolehkan majlis itu disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.      Beberapa pihak, terutama pembangkang menggunakan portal media alternatif untuk meminta Mohd Ali mengisytiharkan perbelanjaan dan punca dana yang digunakan. ~sinar     
        Iklan                    
        |        |      (Gambar) Sekitar Himpunan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan Di Istana Kehakiman, Putrajaya       Posted: 03 Oct 2012 01:56 AM PDT       
      PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.     Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.      
      Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.     
      Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.      Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.      Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.      Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.
        Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.      Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.      "Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.      "Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.      Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.      "Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. ~harakahdaily   
                                                                                                  Gambar ~FB & Harakahdaily     
      
      Iklan                   
        |        |      Najib Makin Ketar Lutut?       Posted: 03 Oct 2012 12:07 AM PDT   NGO yang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu untuk membantu badan siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam kelas Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS.    
 "Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama.      "Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.      Pada Jun lalu, Suaram berkata dua peguamnya di Perancis, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham sedang dalam proses menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, antara orang terpenting dalam skandal proses pembelian kapal selam Scorpene itu.      Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.      Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.      Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang Suaram cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian Scorpene itu.      Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Najib Altantuya; Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib Altantuya, Abdul Razak Baginda; isteri Razak - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak Baginda - Abdul Malim Baginda.       Jumlah komisen yang setakat ini diketahui berjumlah EUR114 juta (RM547 juta). ~mpr    
    
       
 Iklan        
     |        |      Hebat!! Ali Rustam Tidak Keluar Satu Sen Pun Untuk Majlis Perkahwinan Mega       Posted: 02 Oct 2012 10:53 PM PDT             MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menolak dakwaan jamuan perkahwinan anak lelakinya diadakan secara mewah. Ketika dihubungi, Mohd Ali yang sedang dalam lawatan kerja ke Indonesia berkata beliau tidak boros. "Adakah murah untuk menganjurkan majlis? Majlis perkahwinan itu dilihat gah kerana jumlah mereka yang hadir adalah ramai," katanya.     Sementara itu, pegawai khas kepada Mohd Ali, Datuk S. Mahadevan berkata orang ramai hadir pada majlis itu kerana mereka mahu memberikan ucapan tahniah kepada pengantin lelaki, Mohd Ridhwan, 26 dan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, 26.     "Tiada siapa dipaksa untuk menghadiri majlis tersebut, termasuk kakitangan kerajaan negeri," kata Mahadevan pada Selasa.     Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Tun Ali Bukit Katil di sini, pada Ahad. Sebelum ini, pemimpin pembangkang menggesa Mohd Ali mendedahkan kos yang dibelanjakan pada majlis perkahwinan anaknya dan daripada mana sumber kewangan tersebut diperolehi.     "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya.     "Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," kata Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan membantu dalam majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.     Majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka itu heboh selepas dilaporkan memecahkan rekod 'Malaysian Book of Records' dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.     "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut," katanya. Beliau turut menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Mohd Ali itu turut diperolehi secara percuma.  ~mstar    Addin :     Kalau macam tu,  Addin pun nak jadi KM.. semua orang berbaik hati dan suci hati untuk sponsor..              Iklan                  
        |        |      Gara-Gara Bacul.. Najib Di Persendakan Oleh Peniaga Roti Canai       Posted: 02 Oct 2012 08:38 PM PDT      
 Gara-gara bacul.. takut berbahas dengan Anwar Ibrahim semasa sesi perbahasan Bajet 2013 pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai mempersendakan Najib dengan meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'.       Dijual dengan harga 80 sen sekeping, Roti Najib ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib. Roti Najib ini merujuk kepada roti kosong yang tiada telur, yang orang ramai istilahkan tiada telur sebagai bacul, pengecut ataupun penakut.      Najib enggan berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.       Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping. Tidak dapat di pastikan sama ada peniaga roti canai ini adalah anti Umno BN namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa akan mengambil tindakan di sebabkan menu istimewa Roti Najib.      Dengan bukti jelas Najib  kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya sepertimana berlaku di Twitter #TanyaNajib malam tadi.       Gambar ~jalan pulang          Iklan        
     |        |      Misteri Kehilangan Najib Semasa Perbahasan Bajet Terjawab       Posted: 02 Oct 2012 07:07 PM PDT   KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.    
 Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.    
 Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.    
 "Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.    
 "Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.    
 Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.    
    
 Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.    
 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.    
 Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr    
    
 Iklan        
     |                  |   
    |      Tempayan Retak       Posted: 03 Oct 2012 09:42 AM PDT                |      Tok Guru saman Dr.Mashitah       Posted: 03 Oct 2012 12:13 AM PDT   Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 30 Oktober ini untuk tarikh akhir pengurusan kes saman fitnah difail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian didakwa mengandungi unsur fitnah.        Tarikh itu ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof bagi merekod keterangan defendan terlibat, semasa prosiding sebutan kes tersebut di sini semalam. Abdul Hadi, selaku plaintif memfail saman pada 18 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai defendan pertama kes itu.        Beliau turut menamakan Sinar Karangkraf Sdn Bhd iaitu Penerbit Sinar Harian sebagai defendan kedua dan Ultimate Print Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar berkenaan sebagai defendan ketiga.   Menurut dokumen itu, plaintif menegaskan menteri itu dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah ke atas plaintif dalam kolumnya iaitu 'Langit Terbuka' bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu di muka surat 17, di mana kata-kata fitnah itu dikeluarkan defendan pertama sebagai kolumnis dan akhbar Sinar Harian sebagai penerbit, manakala Ultimate Print Sdn Bhd, pencetak.        "Kata-kata fitnah itu secara langsung terus merujuk kepada plaintif kerana nama dan jawatan plaintif disebut secara spesifik dalam artikel itu," katanya. Menurut pernyataan tersebut, kata-kata fitnah itu merupakan fitnah yang amat jahat ke atas plaintif sama ada dalam kapasiti peribadinya atau jawatannya selaku Presiden Pas.        Pernyataan itu juga menegaskan, meskipun plaintif melalui peguamnya telah menghantar notis pada tarikh 20 Jun kepada Sinar Harian, dan meminta syarikat tersebut menarik balik tuduhan fitnah, meminta maaf, dan membayar ganti rugi, namun Sinar Harian tidak berbuat demikian.        Antara dituntut, ganti rugi am; ganti rugi teladan; ganti rugi melampau; perintah mengarahkan defendan kedua meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah writ saman itu di muka depan Utusan Malaysia; dan kos.s/harian        |                  |   
    |      Anak Sungai Derhaka       Posted: 03 Oct 2012 09:41 AM PDT                  |      Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!!       Posted: 03 Oct 2012 06:59 AM PDT   Inilah yang dikatakan sebagai murah oleh seorang pemimpin UMNO!!  RM600,000 belanja untuk sebuah Majlis Perkahwinan anak lelakinya dianggap sebagai murah... KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini  mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah  RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu. Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang  masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000  hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos  keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh  menjamu tiga orang. Dalam kenyataan kepada  The Malay Mail, naib presiden Umno  itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta  untuk majlis perkahwinan tersebut, "mungkin tidak pernah berpeluang  untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung. "Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan  Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham." Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan  dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM)  Melaka itu, Datuk M S Mahadevan  bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja. Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam  majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara  percuma. "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut. "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan  semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada  ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan  yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan  majlis tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta  Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi  tajaan majlis perkahwinan anak beliau. "Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau. "Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi. Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali kini lebih popular  dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan  anaknya dihadiri seramai 130,000 orang. "Rumah terbuka perdana menteri hanya  100,000 orang datang. "Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib," katanya. Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula  mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan  tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya "Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai,  peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari  kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis  Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis  Bandaraya Melaka Bersejarah. "Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi," katanya. Tinjauan  The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan  Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang  memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih  130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan  simpatisan PR. Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat  menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan  mengatakan,"Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak  ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa  ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di  meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform? Harap2 semua  130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau  yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang  miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing." "TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk  menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja  jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi  pemimpin Umno!" tulis Zunar Kartunis di Facebook. Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman  menulis, "Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta.  Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!" "KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka  diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat 'majlis' Ali  Rustam," tulis @rozanazen. ~ The Malaysian Insider       |        |      Wah!! Banyaknya duit depa... mai dari mana?       Posted: 03 Oct 2012 02:36 AM PDT   Sejumlah RM224,073 wang tunai telah dilaporkan dibawa oleh wakil Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang ke Komtar hari ini sebagai tanda setuju untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis.  Selain dari berapa buah rumah kos rendahkah yang boleh dibina di atas tanah seluas 0.445 hektar itu kini pula timbul persoalan dari manakah datangnya RM224,073 wang tunai tersebut?  Jika perkara ini iaitu membawa wang tunai sebegitu banyak dilakukan oleh Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat.. jangan kata pintu pejabat kerajaan negeri.. baru sampai ditangga Komtar pun dah kena serbu dengan SPRM.. Tapi dalam hal ini aku sokong Barisan Nasional dikekalkan sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini, kerana mereka jauh lebih prihatin akan nasib rakyat ketika menjadi Pembangkang berbanding ketika mereka berkuasa.. Mungkin kerana terlalu banyak masa terluang.. Tapi.. aku yakin bukan aku saja yang suka .. UMNO/BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang ini malah ramai pemimpin UMNO/BN juga begitu.. mahunya tak suka.. peruntukan melimpah ruah buat mereka... Laporan berkaitan... Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah. Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.
  "Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.
  "Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar hari ini.
  Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
  Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.
  Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.
  "Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.
  Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang ~ Bernama     |        |      Ali Rustam kata Majlis Perkahwinan anaknya itu murah sajee..       Posted: 02 Oct 2012 10:09 PM PDT   Ini adalah maklum balas oleh Ali Rustam berkenaan Majlis perkahwinan anak lelakinya yang telah memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.  Majlis yang berlangsung hujung minggu lepas di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.  Antara tetamu yang hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.  Kata Ali Rustam " Penganjurannya adalah murah.. Majlis Perkahwinan itu nampak gah dan meriah kerana jumlah yang hadir…."     Mungkin ada kebenarannya akan kata-kata Ali Rustam itu... murah sajee... Murah bagi orang yang kaya raya.. tapi mahal bagi rakyat macam kita ni.. pencacai UMNO tak kira sebab diaorang semua kaya raya pasal tu ramai yang persoalkan kenapa Majlis Kahwin anak Ali Rustam ini dijadikan isu.. Murah tu berapa agaknya?? Jika Ali Rustam kata penganjuran Majlis kahwin itu adalah murah.. Pegawai Khas Ketua Menteri itu pula berkata ianya adalah ditaja... Baca ni... LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu. Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.
  "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
  "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
  "Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu.
  Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam.
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
  "Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya.
  "Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
  "Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.
  Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty ~ The Malaysian Insider Yang mana satu betul ni?? menggunakan belanja sendiri yang murah atau ditaja?? Jika beberapa hari lalu tajaan jet peribadi yang digunakan Anwar dijadikan isu oleh pencacai-pencacai UMNO, kononnya ianya perlu disiasat kerana kemungkinan pihak yang menaja mengharapkan sesuatu sebagai balasan dari Anwar... Majlis Perkahwinan anak Ali Rustam ni tak nak minta di siasat sama ke? Manalah tahu mungkin ada udang disebalik batu.....     |        |      Gara-gara Najib takut berdebat, Peniaga Roti Canai guna Istilah 'Roti Najib' ganti 'Roti Tiada Telur'       Posted: 02 Oct 2012 06:46 PM PDT   Semalam ketika melayari laman micro blogging Twitter membaca soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Najib (#Tanya Najib) dalam sessi Google Hang-out malam ini terbaca aku satu soalan.. Soalan yang dijangka langsung tak akan dijawab oleh Najib. Soalan yang ditanya oleh @azhar1975 itu berbunyi "Dato Seri tau tak ada roti canai dinamakan roti najib?".. sila lihat di (  SINI ) Memang diakui ada sesetengah Kedai atau Restoran mamak yang menggunakan istilah itu untuk roti canai mereka, ianya digunakan untuk roti kosong (roti tiada telur). Dan ramai anak muda menggunakan istilah 'Roti Najib' jika ingin menikmati roti canai tiada telur. Peniaga roti canai pun sudah faham apa yang dimaksudkan dengan 'Roti Najib' itu.. Tapi tak pernah lagi aku jumpa kedai yang yang seberani ini.. tengok gambar di bawah..  Gara-gara takut dengan cabaran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang meminta Perdana Menteri, Najib berdebat dengannya semasa sesi perbahasan Bajet 2012 oleh Anwar pada 1 Oktober lalu, peniaga roti canai meletakkan menu roti canai di kedainya sebagai 'Roti Najib'!
  Dijual dengan harga 80 sen sekeping, 'Roti Najib' ini dipercayai mula dijual semalam sebagai simbolik ketakutan Najib yang diistilah sebagai tiada telur sebab tidak berani) berdebat dengan Anwar walaupun berkali-kali Anwar menggesa Najib Altantuya membincangkan intipati bajet yang dibentangnya sendiri pada Jumaat lalu.
  Dalam senarai menu yang sama, roti telur dijual lebih mahal dengan harga RM1.50 sekeping.
  Tidak diketahui sama ada peniaga roti canai ini adalah penyokong Pakatan Rakyat namun beliau tidak gentar sekiranya pihak berkuasa mahu menyerbu kedainya semata-mata tindakannya menamakan roti canai itu sebagai 'Roti Najib'.
  Dengan bukti jelas ini sahlah bahawa Najib kini dimalukan secara terbuka tanpa rasa takut atau bimbang mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan ke atasnya ~ Jalan Pulang     |        |      Siapa lantik Zamil jadi jurucakap PKR Pulau Pinang ni?       Posted: 02 Oct 2012 05:00 PM PDT   Kebelakangan ini, individu yang dilihat sering memperkatakan tentang PKR Pulau Pinang ialah Zamil Ibrahim yang telah dipecat dari KITA Kedah.. Beliau bercakap seolah-olah beliau adalah Jurucakap kepada Parti KeAdilan Pulau Pinang. Banyak yang disuarakannya dan yang terbaru ialah beliau mendakwa kebocoran maklumat lengkap atau sulit, mesyuarat PKR kepada pihak luar bukanlah sesuatu yang baru. "Ianya telah berlaku sejak dari beberapa tahun yang lalu" dakwa Zamil. Dakwanya lagi pimpinan PKR negeri sememangnya telah menyedari perkara ini dan mengesyaki pemimpin PKR tempatan yang punya hubungan rapat dengan DAP menjadi dalang kerja-kerja sabotaj ini. Tambah Zamil lagi orang begini sering dilabelkan sebagai "Hantu DAP bertopeng PKR". Berdasarkan maklumat dalaman PKR kata Zamil, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan menerima segala maklumat termasuk maklumat sulit dari "Hantu DAP bertopeng PKR" dalam masa lima minit sahaja selepas mesyuarat bermula.. Seterusnya sila baca di bawah... GEORGE TOWN: Internal leakage on details of Penang PKR meetings to outsiders, especially DAP, is not something new.
  "It has been happening since a year ago," alleged former Kedah PKR secretary Zamil Ibrahim.
  He claimed that the PKR state leadership was aware of it and suspected a local party leader close to DAP to be the culprit behind the sabotage work.
  Zamil said the politician had often been described by party insiders as a "DAP ghost in PKR mask."
  Based on internal information, he said DAP secretary-general Lim Guan Eng would receive all information, including confidential details, from the suspect on goings-on in PKR meetings.
  He said Lim, who is also the Penang chief minister, would be informed by this "ghost" within five minutes after a meeting ended.
  "The leakage in Penang PKR is rampant and dangerous. It's not only an act of sabotage but an act of betrayal," Zamil told FMT.
  He was commenting on the public leaking of details of an internal casual meeting between the state PKR chief and Deputy Chief Minister I Mansor Othman with seven local Chinese members.
  Details of the meeting were published in verbatim in June postings of a blog called "Gelagat Anwar" while its audio recording was aired by TV3 on Sept 24.
  According to the leaked details, Mansor had, during the meeting, apparently described Lim as "cocky, arrogant and tokong", which was now been popularly termed as the "CAT" by critics.
  The CAT leak had now put Mansor in a politically awkward position as PKR conducts its internal investigation to nab the culprit.
  The seven who met Mansor in the closed-door discussion were state PKR deputy chief Law Choo Kiang, Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi Keat Hin, Bayan Baru vice chairman Tan Seng Keat, 2004 candidate for Bayan Baru federal and Batu Uban state seats – Raymond Ong Ting Cheow, Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Bayan Baru member Cheah Peng Guan and Mansor's special assistant John Ooh Sin Hwa.
  It is learnt that all seven members had so far denied being involved in the sabotage act.
  Sack them all
  Notwithstanding the on-going internal probe into the case, Zamil said the PKR top leadership should terminate all seven instantly.
  He said by leaking out the meeting details, including party electoral strategies, the culprit or culprits had sabotaged the party's political interests.
  "If PKR is a honest, fair and sincere party, the seven should have been sacked by now," he added.
  He recalled that former PKR Sungai Petani division secretary Suhaimi Hashim was sacked merely for attending KITA's launching in Kedah.
  He said Suhaimi attended the function on a personal invitation and did not in any way sabotage PKR.
  If Suhaimi could be sacked for such a flimsy reason, he said PKR top brass should terminate all seven since none of them pleaded guilty.
  He claimed that several local PKR leaders had been plotting Mansor's downfall since he won the Penanti state seat in 2009 by-election.
  "One's loss is another's gain … Mansor's fall will benefit the one favoured by the chief minister," he added ~ Free Malaysia Today. Hantu DAP bertopeng PKR? mana mai pulak dah ni??.. dah lama aku dalam PKR ni tak pernah pulak aku dengar ada benda macam ni... Bagaimanapun kenyataan Zamil ini seolah-olah benar tetapi apa yang tersirat ialah ianya adalah satu percubaan untuk menimbulkan rasa sangsi atau curiga sesama pemimpin PKR Pulau Pinang selain melaga-lagakan antara PKR dan DAP. Cuma aku tertanya-tanya siapakah yang telah melantik Zamil ini sebagai jurucakap kepada PKR Pulau Pinang?     |                  |   
    |      Fakulti Siyasah Syar'iyah       Posted: 03 Oct 2012 09:40 AM PDT      |   
    |      Aku Budak Balun       Posted: 03 Oct 2012 09:36 AM PDT      |   
    |      BRIGED MP SEGAMBUT       Posted: 03 Oct 2012 09:27 AM PDT                |      DS NAJIB AKAN DISAPINA?       Posted: 03 Oct 2012 07:30 AM PDT   Suaram berkata sepina akhirnya telah disampaikan kepada salah seorang  daripada saksi-saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia itu  untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan  rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat  pertahanan laut Perancis, DCNS.   "Siasatan  itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada  anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama. "Tetapi  buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu  atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah  dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram,  Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.  Jun  lalu, Suaram berkata peguamnya di Perancis sedang dalam proses  menyampaikan sepina kepada Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan menjadi  orang penting dalam pembelian kapal selam Scorpene itu. Bagaimanapun, Jasbir menafikan telah menerima sebarang sepina.  Ditanya  selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada  Jasbir, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi  tersebut. Bagaimanapun, Cynthia mengesahkan bahawa sepina itu  telah disampaikan kepada salah seorang daripada tujuh saksi yang ia  cadangkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat urusan pembelian  Scorpene itu.  Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk  Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang  kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan  bapa Razak - Abdul Malim Baginda.     |        |      BIL ELEKTRIK BAKAL NAIK?       Posted: 03 Oct 2012 01:21 AM PDT   Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan  penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Lim berkata, pengakuan Menteri  Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung  perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut  mengumumkannya dalam belanjawan.  "Sekiranya  peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia  tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim ( kanan). Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang ( debts) dan penipuan ( deception) - kerajaan. Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan ( sustainable) pengurangan hutang dan tindakan tegas ( stern) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu. Chin semalam dilaporkan berkata,  penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga  bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.  Walaupun  tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata  harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan  tenaga dan beralih kepada teknologi hijau, lapor  Sin Chew Daily.  Beliau juga dipetik harian itu sebagai mendedahkan, penggunaan elektrik  negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada  pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).     |                  |   
    |      pemuda cheh       Posted: 03 Oct 2012 09:14 AM PDT                |      Aqiqah / Akikah        Posted: 03 Oct 2012 08:16 AM PDT         * AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang  lahir itu  terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya  pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi  nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah) HUKUM AQIQAH Hukum aqiqah itu adalah  Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau  pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka  bila-bila masa selagi anak itu belum baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi  dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri.  Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa  Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda  s.a.w. diangkat menjadi Rasul. Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah  sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada  Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar  menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama  dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada  Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih  aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing.  (Riwayat Abu Dawud) Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala." Daging aqiqah sunat  dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan  kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu. Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah. Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.  Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah  orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.     |        |      PM berbibir merah yang memalukan negara       Posted: 02 Oct 2012 04:45 PM PDT   Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan  2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar  membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR  tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.  Najib  menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti  Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak  sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.         Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan  dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu  melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa  yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa  atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual 'minyak'nya  dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan  PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib  membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.    Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai  Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan  yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan  belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah  membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil  mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.     Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana  beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari  pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi  dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa  Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.    Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya  untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat  'gentleman' dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan  beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya  membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan  dengan Ketua Pembangkang secara terus.    Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau  dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib  enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita.  Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi  bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam  situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet  tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat  lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang  lain.    Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan  bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat  dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu  tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib  sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa  was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan  yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.      Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam  mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat  dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai  beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang  beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang  secara terbuka di hadapan rakyat.    Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku  jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat  menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah  seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap  besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya  boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk  bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam  diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.    Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran  sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu.  Jika benar Najib mempunyai 'clarity' dalam pemikiran yang beliau  persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan  sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.    Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai  'conclusive' tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang  pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang  beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.    Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian  terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu  adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.     Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran  seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia  hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet  yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan  rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.    Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak  mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu  adalah 'self insulting'.     |                  |   
    |      Al Ikram       Posted: 03 Oct 2012 09:03 AM PDT      |   
    |      Pahang Daily Online       Posted: 03 Oct 2012 07:51 AM PDT                |      Satu Lagi 'Perhimpunan Besar-Besaran' 3 Nov Ini !       Posted: 03 Oct 2012 06:23 AM PDT       KUALA LUMPUR, 3 Okt - Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk   mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November ini di Stadium   Bukit Jalil untuk menuntut pilihan raya yang bersih. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) hari ini. Menurut beliau, Pakatan Rakyat mahu mengadakan perhimpunan itu kerana lapan   tuntutan mengenai pilihan raya bersih tidak diendahkan oleh pihak   berwajib. Jawatankuasa Bersih dalam tuntutan mereka mahukan daftar pemilih yang   bersih, pembaharuan ke atas sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal,   tempoh berkempen minimum 21 hari, liputan media yang lebih adil,   pengukuhan institusi awam dan penghapusan politik yang korup serta kotor.                          |        |      Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 Di Parlimen       Posted: 01 Oct 2012 06:38 AM PDT         Perbahasan Bajet 2013: Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Siri II & III        |                  |   
    |      OTAI MANJUNG       Posted: 03 Oct 2012 07:17 AM PDT                |      Visit Perak Year 2012 (2.5): Hentikan Tangisan Penyu Segari!       Posted: 02 Oct 2012 09:00 PM PDT   Projek yang bakal menggugatkan sistem ekologi kali ini terletak di Segari berhampiran dengan Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari. Pusat ini terletak 2 km dari  Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang Segari merupakan tempat pendaratan utama penyu di  Negeri Perak. Aku percaya tempat ni ramai yang tak tahu termasuklah orang Manjung sendiri apalagi orang luar...ahh, penyu bukan boleh buat duit! Kurang promosi salah satu puncanya, dan aku terbaca salah satu blog tentang pengalamannya ke sini, itupun terjumpa tempat ni sebab ada dalam 'GPS', kalau dia tak guna gps mungkin terlepas pandang juga, sunyi, lengang & sedih - korang baca kisahnya di  Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, PerakIni maklumat dari website Perikanan:  Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah  menubuhkan Pusat Penetasan Penyu di kawasan ini dalam usaha menangani  ancaman kepupusan penyu. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pengurusan  dan penyelidikan penyu di samping memberi kesedaran dan pendidikan  kepada orang ramai. Ia terletak di atas tapak seluas 2.4 Hektar dan  dilengkapi dengan kemudahan pameran dan juga kolam penyu hidup untuk  tatapan pengunjung. (baca lanjut di  Segari Turtle Centre) Projek loji simpanan LNG & Kilang Besi Maegma Steel berhampirannya [rujuk artikel sebelum ini- Visit Perak Year (2.0)] boleh menambah gugat ekosistem sedia ada, tambahan ia dikatogerikan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (ESA Rank 1), diulang TAHAP SATU! Ia lebih sensitif dari Teluk Rubiah (Tahap 2) yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak.  Sekali lagi Kerajaan Negeri terang-terang langgar Rancangan Fizikal Negara!  NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah membantah projek-projek yang boleh menggugat kawasan semulajadi darat mahupun persisiran pantai di Segari daerah Manjung, rujuk keratan-keratan akhbar (klik untuk besar) di bawah. Keratan Akhbar Berita Harian 13 Julai 2012 Keratan Akhbar The Star 12 Julai 2012 Keratan Akhbar Sinar Harian 13 Julai 2012 Malaysia bukanlah terletak digaris bencana alam yg dasyat selain banjir dsbgnya, tapi peristiwa bencana seperti contoh tanah runtuh adalah angkara manusia sendiri. Ia seharusnya memberi pengajaran utk dikekalkan dalam zon guna tanah sedia ada dan tidak harus dibenarkan untuk di ubah-guna menjadi kawasan pembangunan atau penempatan yang boleh menimbulkan masalah keselamatan awam, haiwan yang dilindungi & sistem ekologi pada masa akan datang. Duit punya pasal apa pun boleh di negara ini! Lepas tu peruntukan duit keuntungan itu utk hadapi kecelakaan bencana dalam menyelamatkan atau mengurangkan beban mangsa.......pun buat duit!
  Dalam menangani isu ini, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) akan sertai lawatan & gotong royong anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) untuk mengetahui lebih dekat segala kelemahan & permasalahan yang ada dan apa yang terkesan dengan bakal kehadiran 2 projek terbabit. Kami mahu bekerjasama dengan semua pihak yang prihatin bagi menghindarkan kepupusan penyu di negeri ini. Kami bukanlah anti pembangunan tapi kami anti pembangangan, tiada kompromi dalam melestarikan alam sejagat!  QR Code: facebook.com/SaveTelukRubiah - Hentikan Tangisan Penyu @ Segari Hamidah sbg Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan bla bla...sukses menjadikan zon pelancongan & sensitif alam kepada industri berat, mungkin pelabur asing juga dianggap pelancong baginya.  Ng Yen Yen Menteri Pelancongan berjaya melihat diam seribu bahasa kejayaan transformasi tempat pelancongan bertukar wajah  dan Zambry Kadir mengiyakannya dalam memastikan Perak Amanjaya! Aman melancong atau berjaya melencong bai!?!..... #Selepas ini Visit Perak Year 2012 (3) - berkisar pusat pelupusan sisa radioaktif disebalik banjaran kledang, projek menikus tanpa pengetahuan meluas kepada orang awam. kenapa dan apa yang ada disitu? nantikan....      |        |      Visit Perak Year 2012 (2.0): Ng Yen Yen bagus!       Posted: 02 Oct 2012 06:00 PM PDT   
 
 Gambar Hiasan: Zambry menerima kunjungan Kedutaan Brazil, buah tangan untuk Zambry -Sulam Benang Emas.... hmmmmm baik ada makna tu! Mungkin sbg penghargaan syarikat Vale (Brazil) menakluki alam Teluk Rubiah & sebahagian Teluk Batik. 
 
 Aku dapat tahu apabila kerajaan beralih kuasa secara kotor, sebuah hotel terkemuka di Ipoh juga menjadi pertaruhan. Dulu dikenali Casuarina Parkroyal Hotel, apabila termakan budi, MB juga meluluskan peralihan jualbeli dengan 'harga ajaib' yang mana sekarang dikenali Impiana Hotel. Syarikat siapa korang, berapa dijual cari sendiri. Apa yg aku nampak seperti isu Teluk Rubiah juga dahulunya dikenali Royal Teluk Rubiah Country Club, kini Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd atau lebih dikenali Vale Malaysia Manufacturing Sdn Bhd. Jadi, jenama 'Royal' sudah tidak ada lagi dalam kedua-dua kes ini! Jadi tak heran jika suatu masa nanti 'Royal' juga bakal ghaib dimuka bumi Perak dan menjadi bahan sejarah di muzium negara dek kerana tangan-tangan mereka sendiri....tambahan pula hari ini rakyat mula bicara & kritik raja-raja secara terbuka, mereka tak peduli dah!  
 
 Gambar Hiasan: Hamidah & AC Mizal sama-sama cun, sama-sama cari makan.... 
 
 Jika Exco Pelancongan Perak, Hamidah yang merestukan segala mak nenek industri di pusat pelancongan Perak, Zambry sbg MB sudah tentulah berperanan utama tapi dimanakah Menteri Pelancongan untuk pertahankan industri pelancongan dari terus dijahanamkan. Jika hamidah tidak memantau  website peraktourism serta tidak bertindak dalam membetulkan fakta terkini Teluk Rubiah yang masih diletakkan dalam promosi pelancongan, Ng Yen Yen ada bagusnya sebab mempromosikan 'kempen memastikan kebersihan tempat pelancongan' di dalam website ' 1Malaysia Green & Clean - Think Tourism, Act Tourism'.  Gambar Hiasan: Ng Yen Yen 'melancong' ke Masjid 
 
 Bagus! tapi cakap tak serupa bikin! atau mungkin Ng Yen Yen gunakan percaturan alam maya hanya untuk Curi Curi Wang Malaysia, siapa tak tahu berapa bayaran untuk kendalikan facebook Cuti Cuti 1Malaysia nya! Aku pernah komen difacebook terbabit perihal isu Teluk Rubiah, tak sampai 1minit komen aku hilang & terus dibanned. Wow, memang mahal gaji pengendali fb berkenaan....cepat & cekap menjaga 'kepentingan' menteri terbabit. 
 
 Ini copypaste dari website kempen tersebut, baca dan nilaikan sendiri... dia suruh orang ramai paparkan untuk tindakan kementeriannya tapi berlaku sebaliknya. Ini betul-betul belit punya cakap! Jom kita ke tempat pelancongan seterusnya yang bakal diindustrikan. Kali ini bukan sahaja nelayan, pelancongan dan alam tergugat, penyu haiwan terlindung pun bakal menjadi mangsa perakus.  
 
 Apa yang ada di tempat pelancongan seterusnya....Tahun lepas aku ada linkkan kisah satu lagi projek musnah alam, antara petikannya - EXCO  Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis  Mesyuarat Kerajaan Negeri dibawah DS Zambry Abd Kadir telah meluluskan  tanah 150 ekar kepada syarikat Ati Gas yang hanya punyai modal berbayar  RM100.00 sahaja pada Mei, 2011 untuk stor gas asli di SEGARI Manjung  bernilai RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG)  dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Rakyat mendesak supaya Hamidah  mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment  Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan  Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan  kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. (baca  lanjut di  SINI).  
 
 
 
 
 
 Maegma director Tunku Shaharuddin Tunku Mahmud  (2nd from left) and Pramod exchanging GSA documents, witnessed by Zambry  and Ahrens. 
 
     |                  |   
    |      Era Pasca       Posted: 03 Oct 2012 03:36 AM PDT                  |      Bajet Najib kantoi lagi - Diskaun PTPTN untuk orang kaya       Posted: 03 Oct 2012 01:57 AM PDT   Diskaun PTPTN hanya untungkan orang kaya Seorang MP PAS berkata, pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hanya akan menguntungkan golongan kaya. Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus. 
 
 Katanya, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak. 
 
 Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik. 
 
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus. 
 
 Selain itu, peminjam yang membuat bayaran secara konsisten juga akan diberikan diskaun 10 peratus. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih  Mohon Like "Like" di bawah juga.      |        |      Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri.       Posted: 02 Oct 2012 09:52 PM PDT    "Tenku Marsila bini Hishamuddin" 
 
 
 
 Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. 
 
 "Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah. 
 
 "Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya. 
 
 Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah. 
 
 Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan. 
 
 Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.  
 
 Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. 
 
 "Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi. 
 
 Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak. 
 
 Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi. 
 
 "Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah. 
 
 "Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan. 
 
 Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu". 
 
 "Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat. 
 
 "Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan. 
 
 Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini. Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih  Mohon Like "Like" di bawah juga.      |        |      Khairy dan Rafizi debat lagi? Belanjawan BN.       Posted: 02 Oct 2012 06:47 PM PDT   Persoalan yang EP nak tanya adakah Najib akan beri lesen hijau kepada Khairy untuk debat ini kerana bakal membogelkan Bajet BN sememangnya merugikan Rakyat dan Negara??  
 
 Rafizi cabar Khairy debat pertahan Bajet BN Belanjawan 2013 yang masing-masing dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan di antara dasar-dasar ekonomi yang dibawa.  
 
 Lazimnya, perdebatan ekonomi di antara kedua-dua pakatan politik kebelakangan ini berkisar kepada tawaran-tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang dilihat lebih berpihak kepada rakyat terbanyak, tetapi dipersoalkan oleh Barisan Nasional atas kebimbangan ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. 
 
 Ini satu perkembangan baik kerana ia melambangkan sistem dua parti semakin mendapat tempat di Malaysia. Perbandingan dasar seperti ini juga adalah fungsi dan tanggungjawab utama pembangkang persekutuan seperti yang selalu dituntut melalui kabinet bayangan. 
 
 Kebolehan Pakatan Rakyat menampilkan satu gagasan ekonomi yang jelas berbeza dari pendekatan Barisan Nasional hingga berjaya mempengaruhi perdebatan ekonomi adalah bukti sistem bayangan sedia ada (seorang wakil dari tiga parti bagi setiap portfolio) berfungsi dengan baik. 
 
 Pun begitu, perdebatan yang sihat ini hanya boleh berlangsung dengan keikhlasan kedua-dua pihak duduk di atas satu pentas membincangkan fokus ekonomi negara. Tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi. 
 
 Begitu juga keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang. 
 
 Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meneruskan saranan dan jemputan kami supaya wakil-wakil dari Barisan Nasional berani hadir dan tampil mempertahankan pendekatan ekonomi mereka sambil menjawab soalan dari rakyat, bukannya hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata. 
 
 Tawaran dan saranan ini ditujukan khas kepada tokoh-tokoh pimpinan muda Barisan Nasional seperti Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Chua Tee Yong atau P Kamalanathan. 
 
 Pakatan Rakyat akan mengadakan Forum Terbuka Belanjawan 2013 untuk mengupas situasi ekonomi semasa dan perbandingan belanjawan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pada hari Rabu (3 Oktober 2012) jam 830 malam bertempat di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (berdekatan Hospital Assunta). 
 
 Forum akan disertai oleh ahli-ahli panel dari Pakatan Rakyat iaitu YB Dr Dzulkifly Ahmad (PAS), Dr Ong Kian Ming (DAP) dan Rafizi Ramli (KEADILAN). 
 
 Forum ini adalah terbuka kepada semua terutamanya kepada pimpinan muda Barisan Nasional atau mana-mana wakil Barisan Nasional yang berani tampil ke depan mempertahankan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu. 
 
 YB DR DZULKIFLY AHMAD AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR/AJK PAS PUSAT DR ONG KIAN MING STRATEGIS PILIHANRAYA DAP RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih  Mohon Like "Like" di bawah juga.      |                  |   
    |      .       Posted: 03 Oct 2012 03:14 AM PDT                |      Musang King Dan Koi Manja Lembah Temir       Posted: 02 Oct 2012 11:16 AM PDT   REHLAH MINDA                                                                                                                     Benarlah kata orang gambar membawa seribu makna yang tidak terungkap dek seribu kata-kata. Gambar juga boleh menarik dan mengabui pandangan mata zahir. Dan gambar juga membawa cerita yang tersirat dan boleh diterjemahkan dengan sejuta pengertian dan maksud. Dalam sebuah lagi P Ramlee senikatanya berbunyi;  tiada gambar secantik lukisan. Memang tepat sekali. Pun begitu bukan semua seniman; pelukis atau jurufoto dapat menghasilkan gambar yang boleh mengugah perasaan dan sanubari manusia. Ia memerlukan daya kreatif yang tinggi dan keikhlasan dalam menghasilkannya. Bahan seni atau kesenian itu tidak boleh dilahirkan secara 'haram' kerana ianya tidak ada roh. Seni itu sendiri fitrahnya suci.   |  | Mercu tanda Lembah Temir ciptaan Sharina. |  
 "Saya merakam gambar dengan hati dan perasaan, tuan." Demikian ucap sang pengambil gambar 'musang king' jurufotonita Shahrina Ahmad Sharkawi tatkala saya menceritakan bagaimana kaki kami diruntun untuk menjejaki Lebah Temir. Kata-kata itu segera mengenalkan saya siapa si Hawa ini sebenarnya. Bukan saja saya, tetapi Rushdan Mustafa dan Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga teruja dengan sekeping gambar durian musang king yang dipotret Shahrina dan dimuatkan dalam  Facebooknya.   |  | Tangga menyusuri air terjun memudahkan perjalanan.  |  
 Iya kerana gambar itulah yang menarikan kami yang berkebetulan juga merupakan hantu durian. Tidak semena-mena selepas bersarapan pagi kami terus bergerak ke Raub untuk mencari Lembah Temir seperti mana digambarkan Shahrina menerusi alat perakam ajaibnya itu. Mulanya kami sering bertanya dan membuat nujuman, di manakah Lembah Temir. Antara kami tidak ada siapa yang tahu persis lokasinya.   |  | Jambatan kecil menghubungkan antara resort ke resort. |  
 Selepas menghubungi Shahrina yang sudah berada di sana, kami bertolak ke Raub. Dr Wan Suhaimi membatalkan niatnya untuk ke parlimen bagi mendengar perbahasan bajet oleh Anwar Ibrahim. Manakala kebetulan pula Rushdan dalam rangka untuk pulang ke Kelantan kerana ada urusan di mahkamah. Beliau bersetuju saja, katanya selepas makan durian dia akan meneruskan perjalanan senjanya bersendirian ke Kelantan tanpa singgah merasai kelah di Perasu? Tanpa Shahrina mungkin kami tidak akan ke sana sebab Encik Din, empunya Eco Resort sudah pun berpatah balik bersama isterinya ke Kuala Lumpur. Sebenarnya saya sudah bercakap dan memberi janji dengan Encik Din untuk sampai semalam lagi. Encik Din menanti kedatangan saya ke resortnya itu. Tetapi disebabkan hari minggu itu agak sibuk dan kebetulan kekawan semua ada kerja lain, jadi niat itu tertangguh. Saya bercadang untuk mencari hari lain untuk menyinggahi Lembah Temir. Pun begitu, walaupun Encik Din tiada... saya tidak merasa kekok kerana Encik Zul yang merupakan Pengurus Eco Resort itu senantiasa berada di situ untuk membantu dan menjelaskan apa-apa saja kegiatan atau fasalitis yang ada di resort berkenaan. Apa lagi dengan adanya Shahrina yang menjadi 'tuan rumah' sementara memudahkan segala urusan termasuk mendapatkan durian dan menyediakan  nasi tengah hari berulamkan pucuk-pucuk kayu. Sesampai kami disambut sebagai rombongan menteri oleh Shahrina. Bukan main lagi dia sibuk dengan peralatan kameranya. Menyengeng, mendongak menyunting wajah dan pergerakan kami. Dari mula sampai hingga naik ke atas balai resort. Benarlah Shahrina seorang yang benar-benar minat dengan fotografi. Fotografi adala dunianya dan kemera dan lensa adalah teman akrab dan rapatnya. Shutter kemeranya ...  shruppp... shruppp bertindak memberi salam. Setiap langkah dan gerak kami disambar mucung kameranya. Mengkagumkan dalam masa tidak sampai sejam semua gambar yang diambil itu di  upload ke dalam Fbnya. Semua dunia tahu di mana kami berada dan apa kegiatan kami waktu itu.   |  | Mencium koi yang manja/ |  
 Menurut Shahrina beliau berada di situ dalam rangka kerjanya untuk membuat penggambaran Lemah Temir dan suasana resort Encik Din.. untuk dibangunkan web atau blog bagi mempromosi Eco Resort berkenaan. Katanya beliau berjumpa dengan Encik Din tanpa dirancang. Pertemuan itu juga kerana Encik Din tertarik kepada gambar dirakam Shahrina yang bermain dengan anggur di Uzbisktan.  Rupanya camera membawa tuah kepada Shahrina dan menjadi penghubung beliau dengan insan sesama insan. Seperti saya katakan, kalau bukan Shahrina kami tidak sampai ke situ. Saya sendiri pertama kali mendengar nama Lembah Temir itu dan kewujudan eco resort itu setelah membelek  Facebooknya. Begitu juga dengan Rushdan Wan Suhaimi. Mereka juga asing dengan lokasi berkenaan. Saya yakin sejak beliau 'tak dan tangan'  memasukan gambar dan membuat catatan apa saja yang terhidu dan tersambar dek lensa kameranya ke dalam Fbnya kemudian di  share oleh Fb kekawannya. Sudah ribuan penjenguk Fb beliau khasnya mengetahui tempat itu. Ini dapat dirasakan kerana ada yang tersasar ke  wall Fb saya bertanya di mana gerangan Lembah Temir. Dalam tilikkan saya Shahrina memang seorang yang cekap dan tidak berlengah dengan kerjanya. Dia komited. Jadi tidak salah kalau seorang jurufoto Islam Peter Sanders menggelar dan mengharapkan Shahrina menjadi "mamarazzi" kerana menilai kepada hasil kerja yang dilakukan sebelum ini. Menurut Shahrina, Sanders tertarik kepada kerja seninya setelah melihat gambar-gambar Sultan Muhamad Ke V yang dirakamnya di satu upacara di Kota Bharu. Jurufoto yang dulu Kristian dan kini Muslim itu juga berminat untuk merakam gambar Sultan Mohamad ke V yang disifatkan sultan yang penuh kehambaan berdasarkan gambar-gambar yang dirakam Shahrina tempoh hari. Kata Shahrina gambar yang menyentuh hati Sanders ialah foto baginda Sultan Muhammad memakai sendiri kasut.   |  | Shahrina tuan rumah sementara dan Rusdhan. |  
 Dalam masa lebih 24 jam Shahrina berada di Lembah Temir saya rasa semua sudut, objek, pohon, daun, ranting, sungai, ikan, atau flora dan fauna yang terdapat di situ telah dirakam dan diadunkan dengan perasaannya. Memang kena pada orangnya kalau Encik Din dan juga Zul memanggil Shahrina ke situ. Sepatah kata Zul;  tempat ini tidak begitu cantik tetapi ianya diindahkan oleh gambar Shahrina." Apakah maksudnya, itu adalah pengikhtirafan Zul kepada hasil kerja Shahrina.   |  | Wan Suhaimi menabur pelak untuk koi. |  
 Kami ke Lemah Temir itu sebenarnya ada dua tujuan, pertamanya tentulah untuk meratah musang king atau D 24, atau 'cakeko'. Namun nasib kami tidak berapa baik. Salahnya kami juga tidak memberi tahu awal-awal akan kedatangan kami. Buah durian yang luruh pada malamnya telah pun dibawa ke luar untuk dijual atau dipunggah tetamu. Bagimana pun rezeki kami tetap ada, dalam keadaan hampir kecewa tiba-tiba si Adi (Orang Asli) yang berkerja di resort itu membawa tiga biji musang king. Apa lagi raja buah yang ditunggu-tunggu itu kami lahad sepuasnya.   |  | Adi yang jadi tukang kopek musang king. |  
 Tujuan kedua ialah untuk berkenalan dengan Lembah Temir keistimewaan dan juga keunikan alam semula jadi ciptaan Ilahi.  Ringkasnya berada di Lembah Temir ia mengembalikan kita ke alam semula jadi. Ia jauh dari hiruk pikuk kotaraya yang sibuk 24 jam. Lembah damai itu sangat sesuai untuk berihat di hujung minggu. Sambil menenangkan fikiran kita dapat menikmati suasana alam semulajadi yang masih belum terusik. Air terjun yang jatuh celah-celah batu menyembur di wajah sungai menghiburkan. Manakala ribuan anak-anak kelah dan tegas yang berkeliran dan sesekali melompat di permukaan air, menjadi kita bersatu jiwa bersama mereka dan tanpa disedari juga latar masa 'bocahan' dulu terbentang di ruangan mata. Kemanjaan ribuan koi di kalam yang dirawat rapi pula menyebabkan kita terlupa sama sekali kepada dunia lain. Anda boleh merasai satu pengalaman baru bergurau dengan koi kelaparan dan manja. Mereka akan mengerumuni kita dan mengigit jari jemari dengan mulutnya yang tidak bergigi. Sentuhan langsung dengan mereka menyedarkan kita bahawa antara kita dengan mereka tidak ada batas perbezaan kecuali dipisahkan akal. Saya tidak mampu untuk bercerita panjang dan terperinci dari sini, anda perlu singgah ke lemah ini dan menjadi warganya untuk seketika barulah  kita dapat merasai keindahan, keseronokan dan bahagia bersama alam yang kita sudah lama tidak menyatukan diri dengan ciptaan Tuhan ini kerana mungkinan disebabkan kesibukan masa. Bagaimana untuk ke sana? Untuk ke Lemah Temir ke Eco Resort ini tidak begitu sulit. Dari arah Kuala Lumpur ia boleh dimasuk menerusi dua jalan besar. Menerui Felda Mempaga di Lurah Bilut atau menerusi Jalan Sungai Ruang di Raub. Jarak Lemah Temir dari Raub kira-kira 45 km. Lemah Temir dari segi geografinya terletak di Lembah Klai. Jarak dari jalan besar Lemah Klai ke Lemah Temir hanya sejauh 6 km menerusi jalan separuh tar dan simen yang membelah ladang sawit. Penginapan..? Disediakan beberapa buah resort yang dibina di puncak bukit batu atau dipinggir air terjun. Dari jendela resort dapat menyaksikan pemandangan fantastik dan sambil mendengar nyanyian beburung dan percikan air terjun. Suasana sekitar dan resort disediakan sangat sesuai untuk pasangan yang baru diijabal kabulkan. Tidak terlupa pasangan yang sudah bercucu seperti saya juga, sesuai. Pastinya bayu dan bisikan air terjun akan mengasyikkan kita dan menambahkan lagi biru warna cinta selama bermukim di lembah taman para pari-pari itu.  [wm.kl.8:51 pm 02/10/12]Foto ehsan Fb Sharina: http://www.facebook.com/Shahrina.A.S     |                  |   
    |      ANAK SENGAT       Posted: 03 Oct 2012 01:46 AM PDT                |      YANG DI LUPA...       Posted: 02 Oct 2012 02:08 AM PDT   | Yaakub Dasan,  | 02 Okt 2012  |  
   RANTAU PANJANG: Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan  mengingatkan usaha mengimarah masjid dan madrasah hendaklah berjalan  secara terancang sebagai persediaan rohani sebelum mengambil alih  kerajaan di Putrajaya.    Dato' Mohamed Daud berharap pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara terus memantapkan diri dengan ilmu dan amalan agama.    Katanya, majlis-majlis ilmu dengan kelas ilmu tauhid, fiqah dan  siasah sekurang-kurang perlu diadakan dua atau tiga kali seminggu.    "Begitu juga kelas memperbetulkan bacaan surah al Fatihah dan  Tahiyyat serta membaca al Quran hendaklah dilakukan lebih tersusun.    "Dengan kemantapan ilmu yang ada dalam setiap diri pendokong PAS,  membolehkan orang ramai tertarik dengan perjuangan mendaulatkan Islam.    "Selain itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat datang ke  masjid mengikuti pelbagai ilmu agama. Ini cukup penting sebagai proses  sebelum memerintah pusat," katanya di sini.    Beliau mendedahkan perkara itu pada kuliah  Maghrib di Pusat Tarbiyah Rantau Panjang dekat  sini baru-baru ini.    Mohamed yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Mat Iraq juga  berkata, pendedahan mengenai ilmu memerintah negara perlu diketengahkan  kepada masyarakat.    Menurutnya Islam sebuah agama yang lengkap, di mana semua cabang ilmu sudah tersedia sejak lebih 1400 tahun lalu.    Beliau juga berkata, banyak aktiviti tambahan boleh diadakan di  masjid dan madarasah termasuk kelas mempelajari al Quran, bahasa Arab,  tiusyen subjek matematik dan sains.    Hadir sama Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib  YDP, Ustaz Mohamad Awang, Ketua  Penerangan, Abdul Aziz Yunus dan  penghulu-penghulu mukim.
 
  HARAKAH DAILY.. 
     |                  |   
    |      Blog-list Malaysia       Posted: 03 Oct 2012 01:32 AM PDT                  |      Ali Rustam Tak Bayar Sesenpun Untuk Kenduri Kahwin Anaknya       Posted: 02 Oct 2012 08:14 PM PDT   KUALA LUMPUR, 3 Okt — Desakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kos perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Ali Rustam memaksa pejabat beliau untuk mendedahkan tentang tajaan yang diterima dalam majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 130,000 orang hujung minggu lalu.  Datuk M S Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam diperolehi secara percuma.  "Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.   
  "Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya," kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut. 
  "Pekerja estet pun beratur untuk bersalam dengan pengantin lelaki dan perempuan," tambah Mahadevan sambil menambah terdapat 500 orang sukarelawan untuk membantu majlis perkahwinan anak Ali Rustam itu. 
  Majlis perkahwinan Mohd Ridhwan, 26 tahun dan Nur Azieha Mohd Ali juga 26 tahun heboh selepas dilaporkan oleh agensi berita Bernama memecahkan rekod Malaysian Book of Records dengan kehadiran lebih 130,000 orang dalam masa lapan jam. 
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew yang dihubungi oleh The Malaysian Insider menggesa Mohd Ali Rustam menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri. 
  "Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya. 
  "Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut. 
  "Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu. 
  Perkara yang perlu dijawab oleh beliau juga ialah dari mana sumber untuk mengadakan majlis tersebut adakah mendapat tajaan atau dibiaya secara persendirian," kata Betty. 
  Sebelum itu, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi laman mikro Twitter mempersoalkan dari mana sumber dana tersebut diperoleh dan jumlah keseluruhan kos majlis tersebut. 
  "Itu duit siapa?" tulis Nga. 
  Malahan penasihat DAP, Lim Kit Siang turut senada apabila mencetuskan persoalan dan spekulasi dengan membuat tekaan jika kos setiap seorang adalah RM100 maka kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta. 
  "Mustahil, sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang — bersamaan RM13 juta untuk 130,000 orang hanya untuk makanan sahaja," tulis Kit Siang dalam Twitter. 
  Ekoran dakwaan dan tuduhan oleh pemimpin Kit Siang ia turut mengundang rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan pemimpin Umno Melaka, antaranya Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali yang bertindak membidas pemimpin DAP tersebut dalam Twitter. 
  "Awak ingat ini jamuan makan malam 9 jenis seperti masyarakat Cina dengan sup sirip ikan yu. Ini cara kamu wujudkan fitnah. Ini orang yang sakit," tulis Akbar yang membalas semula tuduhan Kit Siang dalam Twitter.  
 
     |        |      Najib Disindir Hebat Di  Twitter #tanyanajib       Posted: 02 Oct 2012 04:39 PM PDT   Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.  Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.  
  Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib  juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan. 
  Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu. 
  Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib. 
  Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib  dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah: 
  @farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah 
  Seorang lagi pengguna menempelak Najib  kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu. 
  @iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib 
  Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib  dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar! 
  @tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe 
  Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang! 
  @mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak 
  Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya! 
  @ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib 
  JALAN PULANG 
 
     |        |      Pilihanraya Kampus - Pro-Mahasiswa Kuasai UIA       Posted: 02 Oct 2012 08:05 AM PDT   Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa. 
  Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu. 
  Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti. 
 
 
  Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa. 
  Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. 
  Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.  
 
 
 
     |        |      Bekas Menantu Dedah Bapa Mentua Orang Terkaya Di Malaysia       Posted: 02 Oct 2012 05:05 AM PDT   Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.  Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.  
  Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion. 
  Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta. 
  Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.   
 
     |        |      BN bohong, lepas beri habuan naik tarif elektrik       Posted: 02 Oct 2012 03:30 AM PDT   KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.  Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.  
  "Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily. 
  Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini. 
  "Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi. 
  Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan. 
  "Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya. 
  "Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis. 
  Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50. 
  Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES). 
  Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. 
  Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37212  
 
     |                  |   
  
    
Tiada ulasan:
Catat Ulasan