|      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 08 Oct 2012 01:32 AM PDT                  |      Scorpene: Jelajah SAMM heret Najib untuk dibicara       Posted: 08 Oct 2012 12:42 AM PDT    22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bekerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.  Sehubungan itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata  resolusi SAMM sempena Rapat Kebangsaan Siri 3 di Sekinchan kelmarin  bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah  turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri  dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan  khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian  demokrasi yang menghalang perubahan pemerintah.    Menurutnya, lapan resolusi SAMM sempena rapat itu yang perlu diangkat  kepada massa, antaranya menegaskan negara ini sememangnya bermasalah,  maka diputuskan walau apa pun terjadi, Barisan Nasional harus  ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh  kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat  yang sebenar.    Tambahnya, isu Scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan  kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran  penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara.    Katanya, isu ini perlu diadili dalam negara di mana SAMM akan jelajah  ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan  di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam  Scorpene.    Menurutnya kagi, media arus perdana yang tidak adil, melampau dan  berniat jahat mempamer betapa terdesaknya pemerintah dan perkembangan  ini harus dikekang, maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia  untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi  agen penyampai yang efektif.    Di samping, ujarnya Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga  Umno dan BN dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai  usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat.    "Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno BN di Selangor untuk tujuan  jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran 'Najib' harus bermula di  Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa  muda di Selangor bagi tujuan itu," ujarnya.    Katanya, SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam  aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang  Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor  penting mengapa kontrak pemerintah wajib tidak diperbaharui.    Beliau berkata, selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti itu untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa.    Justeru, ujarnya SAMM akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara.    Beliau menambah, resolusi ketujuh pula ialah SPR tetap gagal  berfungsi dan sudah hilang kredibiliti, maka SPR wajib dibubarkan  terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.    Menurutnya, sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu  keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi  tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam'  terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini  untuk mengundi secara tidak sah.    "Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing  berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya,"  tegasnya.    Beliau menambah, SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha  kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi  tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. 
 
  harakahdaily/-     |        |      Perkauman-Hishamuddin Pencuri Menjerit Pencuri       Posted: 08 Oct 2012 12:36 AM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
  Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri. Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini.
 
 Buktinya kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang. Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melakatelah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia. 
 
  Hishamudin jangan pura-pura tidak tahu. Sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram. 
 
 Bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. Pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan bahawa Pas sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan Dap. Apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan pangkah Pakatan Rakyat nanti Pas akan berkuasa. Begitulah dengan Mca apabila berjumpa dengan pengundi Cina Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti Pas yang dominan.   
 Siapa yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?.   
 Media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada Agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang. Tidak logik langsung laporan ini. Sedangkan ini perlu 2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi. Lebih-lebih lagi persepakatan bertulis telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam 
 
 Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam ruangan cuitnya telah menggagaskan "1 Melayu 1 Bumi". Apakah maknanya Datuk Hishamuddin?. Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat?. Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini 
 
 Akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai. 
 
 Ustaz Idris Haji Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
  
 
     |        |      Cubaan kedua samun gagal       Posted: 08 Oct 2012 12:30 AM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -    BANGUN...suspek yang ditahan  di tempat kejadian, semalam.  
 
 SEPANG: "Ketika sedang membeli buah naga, tiba-tiba jalan sesak,  mulanya saya ingatkan kemalangan jalan raya, tidak lama selepas itu  terdengar dua das tembakan sebelum melihat seorang lelaki ditahan polis  dengan kaki berlumuran darah dan mengaduh kesakitan di tepi jalan," kata  saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Salleh. 
 
  Pada masa sama, dia melihat seorang lagi lelaki melarikan diri ke laluan bertentangan menaiki motosikal.   Selain itu, seorang lelaki India turut tercedera di lengan kiri,  rupa-rupanya dia ditetak ketika cuba disamun. Kejadian berlaku amat  pantas dan keadaan di situ kecoh seketika...nasib baik penyamun itu  dapat ditangkap.
    "Beberapa orang awam lain melihat tiga lagi rakan penyamun melarikan diri menaiki dua motosikal," katanya di sini, semalam.         Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, suspek cedera di paha kiri  selepas ditembak polis ketika cuba menyamun seorang lelaki dikenali K  Panneer, 28, di Pekan Sungai Pelek, dekat sini.
 
 
 metro/-            |        |      Sukan, dakwah hiburan dekati golongan muda       Posted: 07 Oct 2012 11:53 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -  IPOH: Pemuda PAS Perak kektika ini sudah membuat persediaan pilihanraya seolah-olah parlimen sudah dibubarkan.     Pengarah Pilihanrayanya, Nazri Din (gambar) berkata, persediaan Pemuda PAS di tahap yang begitu tinggi dan bersedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.    Menurutnya, Pemuda PAS Perak telah bersedia sejak insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada tahun 2009 lagi.    "Sebenarnya kalau kita tengok kepada situasi negeri Perak, ada peristiwa politik tersendiri bermula daripada tahun 2008.    "Ketika kita mendapat menubuhkan kerajaan dalam majoriti mudah, dalam  situasi itu kita pun sudah bersedia kerana apa sahaja boleh terjadi,  jadi apabila berlaku krisis rampasan kuasa, kita telah kemaskan dan  perkuatkan jentera bagi menghadapi pilihanraya negeri," katanya ketika  ditemui di Pejabat Pemuda PAS Perak, hari ini.    Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Larut menjelaskan, di setiap  parlimen dan Dun yang ditandingi PAS, Pemuda sudah pun membuka bilik  gerakan untuk menjalankan gerak kerja pilihanraya.    Ujar beliau, Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri akan turun  memantau jentera Pemuda PAS di setiap kawasan untuk melihat gerak kerja  serta strategi yang dibuat dan mengenalpasti masalah yang dihadapi.    Ketika ditanya apakah program yang dilakukan, Nazri berkata, Pemuda  PAS mendekatkan diri dengan pelbagai kaedah termasuklah sukan dan  hiburan berbentuk dakwah.    "Orang muda ini mempunyai pelbagai sifat seperti bersifat radikal dan  menghiburkan, mereka hendakkan satu jawapan yang pasti tentang masa  depan serta kualiti hidup mereka," ujar beliau.
  harakahdaily/-      |        |      Macam bunyi jet terhempas       Posted: 07 Oct 2012 11:51 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
     CEMAS...anggota bomba dan penyelamat  mengeluarkan mangsa kemalangan  selepas kereta  dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji  Ahmad, Semambu,  pagi semalam.    KUANTAN: "Sebaik saja menutup suis televisyen, saya tergamam seketika  apabila terdengar bunyi dentuman amat kuat seolah-olah sebuah jet  terhempas. Saya bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku,"  kata B Shasi, 35. 
 
 Dia antara saksi awal kemalangan ngeri meragut empat nyawa,  membabitkan dua kenderaan  Nissan Skyline GTR dan Skyline 250 GT di  Jalan Haji Ahmad, di sini, pagi semalam. 
 
 Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu  Skyline GTR, Tan Kah Yong, 24, dari Klang, Selangor, dan penumpang yang  juga warga China, Bao Shanhan, 26, serta pemandu Skyline 250 GT, Go Haw  Wei, 20, dari Taman Impian, Beserah, di sini dan penumpangnya, Koay Khor  Liang, 21, dari Jalan Bukit Sekilau, dekat sini.
  Dua lagi  penumpang kereta yang dipandu Tan iaitu Wei Lidong, 27, dan Chang Hong  Nei, 36, kedua-duanya warga China, cedera parah di leher dan sedang  menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.       Kedua-dua kereta itu yang datang dari arah pusat bandar menuju ke  Semambu, dekat sini, dipercayai dipandu laju sebelum bergesel sesama  sendiri lalu terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.
 
 
 metro/-             |        |      Israel tembak pesawat pengintip       Posted: 07 Oct 2012 11:37 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
                                                                                                  Foto dikeluarkan  menunjukkan Pasukan Pertahanan Israel melancarkan tembakan ke arah  pesawat pengintip yang melintasi ruang udara mereka.                                    GAZA - Sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak  sehingga jatuh ke tanah oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi  kawasan udara Semenanjung Gaza.    Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa  sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran  pesawat pengintip sejak Sabtu lalu terbang di sekitar ruang udara  Semenanjung Gaza tetapi bukan daripada wilayah Palestin.    Katanya, pihak Israel masih gagal mengesan tempat asal pesawat itu dan  sedang melakukan siasatan selain mengesahkan tiada mana-mana pihak yang  cedera di atas serangan itu.    Sementara itu, media tempatan melaporkan pesawat berkenaan tidak  membawa sebarang alat letupan dan ia mungkin sebuah pesawat pengintipan.    "Kini kami sedang di peringkat pengawasan berikutan pesawat pengintip  yang tidak berstatus itu dikendalikan tanpa manusia dan oleh beberapa  sebab, pihak atas memerintahkan agar tentera Israel menyekat kesemua  kenderaan udara tanpa manusia dari memasuki ruang udara wilayah Negev,"  katanya.    Menembak jatuh pesawat pengintip yang melalui ruang udaranya bukanlah  satu tindakan baru oleh tentera Israel, tetapi kes-kes serupa itu jarang  sekali berlaku.    Dalam peperangan tahun 2006, kumpulan Hezbollah pernah melancarkan  sebuah pesawat pengintip buatan Iran yang membawa bahan letupan ke ruang  udara Israel namun telah ditembak jatuh. 
 
 sinar harian/-      |        |      PRU13 tahun ini! - Anwar Ibrahim       Posted: 07 Oct 2012 11:32 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -  GOPENG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan PRU13 akan diadakan pada tahun ini. Menurutnya, beliau optimis dengan jangkaan tersebut berdasarkan situasi politik ketika ini. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kg Sg Raia, Simpang Pulai, Gopeng baru-baru ini. Ketua  pembangkang itu menegaskan, Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk  menghadapi pilihanraya yang katanya paling sengit akan berlaku. "Saya  yakin pilihanraya akan diadakan tahun ini dan Insyaallah Pakatan Rakyat  akan tawan Putrajaya," tegasnya sambil menerima tepukan gemuruh  daripada lebih 1000 hadirin.  Takut (Anwar berucap dari bas Merdeka Rakyat)  Mengulas lanjut, beliau mengecam Datuk Seri Najib yang takut untuk hadir ke perbahasan bajet. Katanya, Najib takut berhadapan pemimpin pembangkang sebaliknya lari daripada situasi tersebut dengan tidak menghadirkan diri. Dalam  perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan sepatutnya mementingkan  kawalan harga barangan keperluan harian berbanding pemberian rebat rm200  untuk anak muda membeli telefon bimbit pintar.  Menurutnya, Najib pada masa yang sama mengumumkan kenaikan harga gula yang menjadi keperluan harian rakyat dinegara ini. "Kenaikan  tersebut telah membebankan rakyat dan mengkayakan kroni yang kita tahu  syarikat gula tersebut adalah milik orang mereka,"  ujar beliau. Penguguman tersebut menggambarkan tidak memahami naluri dan kehendak rakyat. Turut hadir ialah Ketua PKR Negeri, Dr Muhd Nur Manuty; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien ( gambar atas); Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan pimpinan Pakatan Rakyat. harakahdaily/-      |        |      PAS ucap tahniah perdamaian MILF-Filipina       Posted: 07 Oct 2012 11:20 PM PDT    22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Berikutan  perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas  persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan  Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.   Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  berkata, ia  merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang  memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa.    "PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil  kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah  yang sekian lama bergolak tersebut," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen  Marang dalam satu kenyataan.    Katanya, kekayaan hasil bumi Mindanoa mestilah dikembalikan kepada rakyat untuk pembangunan sosio-ekonomi di wilayah tersebut.    "Dalam masa yang sama, kita juga mengucapkan terima kasih kepada  semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persetujuan damai tersebut,"  ujarnya lagi.    PAS juga, tambah beliau menyeru kepada kerajaan-kerajaan di rantau  ini mengambil pedoman diatas kejayaan tersebut bagi mewujudkan  perdamaian yang adil kepada rakyat di wilayah-wilayah yang bergolak  seperti di Selatan Thailand, Myanmar dan lain-lain wilayah. 
 
 harakahdaily/-      |        |      Bot khas angkut lembu       Posted: 07 Oct 2012 11:15 PM PDT    22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 BERCHTESGADEN, Jerman - Sebuah bot khas digunakan untuk mengangkut sejumlah lembu ternakan di sini pada Rabu lalu. 
 
 Bot itu menyeberangi Tasik Koenigssee dekat sini ketika membawa  haiwan tersebut kembali daripada meragut rumput di kawasan pergunungan  Alps. 
 
 Pada setiap musim panas, para pemilik lembu akan menghantar haiwan  ternakan mereka ke kawasan pergunungan itu untuk meragut rumput. -  Agensi     |        |      Bonda Fatimah az-Zahra' RA       Posted: 07 Oct 2012 11:08 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
    Oleh IZWAN ABDUL HALIM   
 
 "Sa at aku melihatnya, hilanglah duka dari seluruh jiwaku." Bait kata seperti ini pastinya datang dari lubuk hati yang dalam,  memberi pengiktirafan kepada insan yang dikagumi. Saiyidina Ali KW tidak  mungkin berkata begitu melainkan jika sekiranya insan disebut beliau  benar-benar seorang yang istimewa. Daripadanya Ali mendapat ketenangan,  ketenteraman, dokongan dan kebahagiaan.   
    Sememangnya dia seorang insan yang lebih indah dari susun syair  puitis, lebih mekar dari kelopak mengembang, lebih semerbak dari haruman  mewangi, kerana itulah dia digelari az-Zahra'; dia ialah Fatimah binti Muhammad RA, penghulu wanita seluruh alam (Saiyidatul Nisa' il-'Alamin). 
 
 Baginda Rasulullah SAW sendiri pernah mengungkapkan pengiktirafan terhadap Fatimah. Kata Baginda;   
 
 "Dia adalah ibu kepada ayahnya," kerana amat mengambil berat akan hal ayahandanya, amat mencontohi  ayahandanya dan menjadi ganti kepada bondanya. Kepada Saiyidatina  A'isyah RA, Rasulullah SAW pernah berkata; "Wahai A'isyah, jika  engkau tahu apa yang aku ketahui tentang Fatimah, nescaya engkau akan  mencintainya sebagaimana aku mencintainya.  
 
 Fatimah adalah darah  dagingku. Ia tumpah darahku. Barang siapa yang membencinya, maka ia  telah membenciku, dan barang siapa membahagiakannya, maka ia telah  membahagiakanku." Bahkan jika dihitung terlalu banyak adanya akan  kata-kata yang menyanjung diri Fatimah. Terkadang dirinya dilihat iras  manusia agung, yakni ayahandanya sendiri. Saiyidatina A'isyah RA  melukiskan Fatimah sebagai seorang yang paras dan tuturnya mengingatkan  kepada Nabi; "Aku tidak pernah menyaksikan ada orang selain  Fatimah, yang baik di waktu duduk maupun berdiri, lebih menyerupai  Rasulullah dalam hal ketenangannya, kebaikan perilakunya dan  pembicaraannya." 
 
 Menyaksikan Kepayahan Dakwah 
 
 Fatimah dijadikan sandaran oleh  Musyrikin Quraisy untuk mengejek ayahandanya sebagai orang yang telah  terputus (keturunan) hanya kerana dia anak bongsu dan anak perempuan  sedangkan abang-abangnya pula telah meninggal dunia. Tidak seperti  kanak-kanak seusianya yang gemar bermain dan bersuka, Fatimah lebih  banyak menyertai ayahandanya. Bermakna dia membesar dengan menyaksikan  segala sikap jelik Musyrikin Quraisy menentang dakwah ayahandanya. Anak  kecil ini pernah menangis melihat ayahanda kesayangannya dipermainkan;  belakang Baginda diletakkan kotoran haiwan saat sedang sujud solat di  hadapan Ka'bah. Fatimahlah yang membersihkan sambil matanya bercucuran  dengan air mata. 
 
 Isteri Kebanggaan Suami  
 
 Jika para pengantin hari ini diserikan  dengan segala kemeriahan, perhiasan dan balasan hantaran, sesungguhnya  Fatimah saat mendirikan rumahtangga hanya memiliki kulit kambing sebagai  alas tidur di malam hari. Di siang hari, alas tidur itu pulalah yang  dijadikan alas unta. Selimut yang dimiliki pun tidak mampu menutupi  seluruh tubuhnya, ditarik ke atas terlihatlah kakinya, ditarik ke bawah  terlihatlah kepalanya. 
 
 Tetapi keutamaannya jodoh Fatimah adalah dengan pemuda pilihan Allah dan RasulNya. "Anakku,  aku telah menikahkanmu dengan laki-laki yang kepercayaannya lebih kuat  dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam  hal keperibadian dan kebijaksanaan." Ali pula saat usaha melangsungkan  pernikahan itu hanya memiliki sebuah pedang dan perisai. Hajat menjual  keduanya dihalang Rasulullah kerana ujar Baginda Islam memerlukan pedang  itu dan Baginda hanya mengizinkan Ali menjual perisainya. 
 
 Pun begitu, kecintaan antara suami isteri ini tiada tandingannya. Saiyidina Ali KW memanggil Fatimah; "Ya binta Rasulillah." (Wahai puteri Rasulullah) manakala Fatimah pula memanggilnya dengan gelar; "Ya Amirul Mukminin." (Wahai pemimpin kaum mukmin) 
 
 Rasulullah SAW pernah menukilkan nasihat yang penting untuk seluruh kaum isteri yang disampaikannya melalui Fatimah RA;  "Wahai Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari  semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT  akan mengampuni semua dosa-dosanya dan Allah SWT akan memakaikannya  sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap  helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan  dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah.  
 
 Wahai Fatimah,  perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan  memandangnya dengan pandangan rahmat. Wahai Fatimah perempuan mana yang  menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah  untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari  langit (malaikat). Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu  akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang."  
 
   "Wahai Fatimah, perempuan mana yang  meminyakkan rambut suaminya, janggutnya dan memotongkan kumisnya serta  menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari  sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmautnya,  dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman  syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan  selamatlah ia melintas di atas titian Sirat." 
 
   "Wahai Fatimah, yang lebih utama  dari itu semua adalah keredhaan suami terhadap isterinya. Jikalau  suamimu tidak redha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah  engkau ketahui wahai Fatimah bahwa redha suami itu daripada Allah SWT  dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT." 
 
 Kerana keperibadiannya itulah, Fatimah meninggalkan nostalgia manis buat suaminya Saiyidina Ali KW: "Demi  Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan  perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah  terhadapku atau tidak mentaatiku." 
 
 Didikan Agung Suri Rumah 
 
 Rutin hariannya menggiling gandum dan  mengangkut air hingga terlihat kesan melecet pada tangannya dan berbekas  pada dadanya. Dia juga menyapu rumah hingga berdebu baju dan menyalakan  api di dapur hingga mengotori dirinya. Ternyata setiap hari yang  dilihat padanya adalah kepayahan. Pernah Fatimah mendatangi Rasulullah  memintakan pembantu untuknya. "Ucapkanlah: "Ya Allah, Tuhan pemilik  bumi dan Arsy yang agung. Ya Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu yang  menurunkan Taurat, Injil dan Furqan, yang membelah biji dan benih. Aku  berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau kuasai  nyawanya. Engkaulah awal dan tiada sesuatu sebelumMu. Engkaulah yang  akhir dan tiada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin dan tiada  sesuatu di bawahMu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkan aku dari  kekurangan." Demikianlah Rasulullah SAW mendidik Fatimah dan Fatimah redha bahawa itulah tarbiyyah untuk dirinya. 
 
 Saiyidina Ali KW juga pernah mengadukan  kepayahan Fatimah dalam menjalankan kerja sehariannya. Namun Rasulullah  SAW tetap tidak pernah memanjakan puteri bongsunya itu dalam menguruskan  hal keduniaan. "Mahukan kamu aku nyatakan suatu perkara yang lebih  baik daripada apa yang kamu minta? (Iaitu) apabila kamu selesai solat,  ucapkanlah 'Subhanallah' 10 kali, 'Alhamdulillah' 10 kali dan 'Allahu  Akbar' 10 kali. Apabila hendak masuk ke tempat tidurmu, maka ucapkanlah  'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali dan 'Allahu Akbar' 33  kali. Ini adalah lebih baik daripada yang kamu pohon." 
 
   Dalam hal menguruskan rumahtangga Rasulullah SAW juga pernah mewasiatkan nasihat kepada Fatimah; "Wahai  Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum  untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh  buah parit." 
 
 Ibu Mithali 
 
   Jika ummah ini mengagumi Saiyidina  Hassan RA dan Saiyidina Hussin RA, Fatimahlah ibu mereka. Yang telah  melahir, mendidik dan membesarkan mereka menjadi mujahid ummah. Menjadi  insan kebanggaan Rasulullah, kerana anak-anak itu telah dididik Fatimah  mencontohi keperibadian datuk mereka. Ke mana sahaja Baginda pergi,  Baginda selalu membawa mereka bersama dan cucunya itu diperkenalkan  sebagai buah hatinya di dunia. 
 
 Nasihat Rasulullah menjadi pegangan Fatimah dalam kesabaran menguruskan anak; "Wahai  Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya  maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan  mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan  darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka  Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada  jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka  keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya  melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia  ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya  menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan  kurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah  untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat." 
 
   "Wahai Fatimah, perempuan mana yang  meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci  pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala  orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi  pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."   
 
 Srikandi Ummah 
 
 Perasaannya terhadap ummah ini saling  tak tumpah seperti ayahandanya. Prinsipnya rela bersusah untuk kemudahan  orang lain. Setiap pengemis mahupun tetamu yang datang pasti melangkah  keluar dari pintunya dengan senang hati. Sedangkan dia dan keluarganya  sendiri hidup dalam serba tidak memiliki, hatta terkadang berhari-hari  menahan dari makanan semata-mata memberi makan kepada orang lain. Pernah  digadaikan kain tudungnya untuk mendapatkan sedikit jagung lalu  dibuatnya roti untuk makanan seorang Yahudi sedangkan dia dan  keluarganya langsung tidak menyentuh roti itu bahkan tidak menjamah  makanan sejak beberapa hari. Dari kepemurahannya menyebabkan Yahudi ini  menyatakan keIslamannya. Dirinya berpegang kepada nasihat ayahanda; "Wahai  Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya  maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada  hari kiamat." 
 
 Dalam usaha mempertahankan Islam, di  tengah-tengah medan peperangan yang serba menggerunkan, Fatimah adalah  antara srikandi yang bergerak dicelah-celah kekalutan pukulan tombak dan  tikaman mata pedang serta hujan anak panah. Ia turut serta membantu,  menyediakan bekal dan merawat tentera yang cedera. Sedangkan ramai  wanita hari ini hendaknya bersenang umpama puteri di singgahsana nan  mewah. Bahkan Fatimah jauh berbeza dari  wanita-wanita yang rata-ratanya cenderung kepada kecantikan duniawi dan  perhiasan. Tidak ada padanya sedikit pun kerana berpegang kepada nasihat  ayahandanya bahawa semua itu di dunia menjadi simbol keangkuhan dan di  akhirat menjadi fitnah dan bahan bakar api neraka. 
 
 Dunianya Mendampingi Akhirat Antara lain gelarannya ialah al-Batuul,  iaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingannya  dalam hal keutamaan, ilmu, akhlak, adab, hasab dan nasab. Mengenai  ubudiyyahnya, Hassan bin Ali RA menuturkan; "Ibuku memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad." Dalam katanya yang lain; "Aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih alim daripada  ibuku. Dia selalu melakukan solat dengan begitu lama hingga kakinya  bengkak."    Sikap Fatimah terhadap umat ini juga tergambar dari kata-kata Hassan RA; "Aku  melihat ibuku, Fatimah berdiri solat pada malam Jumaat. Beliau  meneruskan solatnya dengan rukuk dan sujud hingga subuh. Aku mendengar  beliau berdoa untuk kaum mukminin dan mukminah dengan menyebut nama-nama  mereka. Beliau berdoa untuk mereka tetapi tidak berdoa untuk dirinya  sendiri." Hassan pernah bertanya akan hal itu, jawab Fatimah; "Anakku, (berdoa) untuk jiran-jiranmu diutamakan dan kemudian barulah dirimu."     
 
 
 
 Sebaik-baik Teladan 
 
   Itulah Fatimah; payah hidupnya disulami  dengan zikir, perit laparnya diisi dengan sujud. Dia muslimah yang akan  terus menjadi nostalgia segar seluruh ummah. Akan ada  sentiasa mencari  dan akan ada yang sentiasa meneladani halwa kehidupannya. Fatimah adalah  contoh sebaik-baik isteri dan suaminya adalah contoh sebaik-baik suami  seperti yang telah disabdakan Baginda; "Wahai Ali, sebaik-baik isteri adalah isterimu." "Wahai Fatimah, sebaik-baik suami adalah suamimu." Umpama sebuah pohon, Fatimah adalah pokok yang baik; akarnya menghunjam  kukuh ke bumi, cabangnya menjulang tinggi ke langit; membesar dengan  pancaran wahyu dan siraman sunnah. 
 
 Dia mencintai ayahandanya melebihi  cintanya kepada sesiapa jua. Dia menghayati dakwah ayahandanya, menemani  dan menghiburkan Baginda sepanjang langkah perjuangan, kerana itu manis  sekali gelar Ummu Abiha (Ibu kepada ayahnya) itu untuknya. Dia  juga yang pertama mengalunkan kesedihan mendapat tahu tanda kewafatan  Baginda dan bergembira menjadi insan pertama yang akan menyusul Baginda.  Saat kematian menghampiri Baginda, Fatimahlah yang membacakan  kalimah-kalimah suci al-Qur'an hingga Baginda terbuai dalam kekusyukan.  Pemergian Rasulullah menjadi kesedihan yang tidak kepalang terhadap  dirinya. Jiwanya sering dilanda kehibaan, dibaluti kesedihan dan  kerinduan yang mencengkam hinggalah dia juga turut menyusul  kemudiaannya. Tatkala selesai jasadnya disemadikan, Ali KW meluahkan  rasa cinta seorang suami; "Salam sejahtera bagimu duhai Rasulullah…  dariku dan dari puterimu, yang kini berada di sampingmu dan yang paling  cepat datang menemuimu. Duhai Rasulullah! Telah berkurang kesabaranku  atas pemergian puterimu, dan telah berkurang pula kekuatanku… Puterimu  akan mengadukan kepadamu mengenai umatmu yang telah menghancurkan  hidupnya. Pertanyaan yang meliputinya dan keadaan yang akan menjawab.  Salam sejahtera untuk kalian berdua!" 
 
 Fatimah akan terus menjadi lambang  seorang muslimah yang menakjubkan dan setiap saat ummah ini meneliti  hidupnya, maka "hilanglah duka dari seluruh jiwa". Bonda Fatimah, kami  menyanjungimu…… 
 
  Saiyidatul Nisa'il-'Alamin  |   
 
     |        |      Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri       Posted: 07 Oct 2012 11:03 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -  KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu  agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit  pencuri. 
 
 "Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering  memainkan isu ini," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu  kenyataan. 
 
 Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad  Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum  pendatang. 
 
 Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar  1Malaysia di  Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia. 
 
 Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu. 
 
 Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat  keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada  Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram. 
 
 Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama. 
 
 Katanya lagi, pemimpin Umno berjumpa dengan orang Melayu mengatakan  bahawa PAS sudah tidak pejuangkan Islam sejak berkawan dengan DAP,  apabila berjumpa dengan orang bukan Islam, mereka memberi amaran jangan  pangkah Pakatan Rakyat nanti PAS akan berkuasa. 
 
 Begitulah, ujar beliau dengan MCA apabila berjumpa dengan pengundi  Cina, Presidennya memberi amaran jangan undi Pakatan Rakyat nanti PAS  yang dominan.   "Siapakah yang beri keranda kepada  Yang Amat Berhormat Lim Guan  Eng sempena ulang tahun pemerintahan tiga tahun Pakatan Rakyat di Pulau  Pinang?" tanya beliau.
   Menurutnya, media Umno membuat fitnah kononnya agama rasmi akan ditukar kepada agama Kristian jika Pakatan Rakyat menang.
 
 
 Tegasnya, tidak logik langsung laporan itu sedangkan ia memerlukan  2/3 untuk pinda  Perlembagaan, iaitu 148 kerusi daripada 222 kerusi  Parlimen. 
 
 Jelasnya, kerusi majoriti bukan Islam di negara ini termasuk Sabah  dan Sarawak hanya 69 kerusi, lebih-lebih lagi persepakatan bertulis  telah bersetuju bahawa Islam Agama Persekutuan di Konvensyen Pakatan  Rakyat Pertama pada 19 Disember 2019 di Shah Alam. 
 
 Katanya, Datuk Zaini Hasan orang kuat Utusan Malaysia di dalam  ruangan cuitnya telah menggagaskan "1Melayu 1Bumi", jadi apakah maknanya  itu kepada Hishammuddin. 
 
 "Adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat? 
 
 "Adakah beliau selaku Naib Presiden Umno buta mata atas kenyataan ini?" tany beliau. 
 
 Katanya, akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno telah membangkitkan sentimen agama dan perkauman. 
 
 "Walaupun beberapa kali kalah di mahkamah mengenai fitnah yang  dibangkitkan namun tidak memberi keinsafan untuk menghentikan budaya  fitnah ini, asalkan matlamat politik mereka tercapai," katanya lagi. 
 
 harakahdaily/-      |        |      Tengku Paduka Ibrahim sertai Pas       Posted: 07 Oct 2012 10:23 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 Tengku Ibrahim menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz di Jabi semalam.                                  JABI - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim  Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan menyertai  Pas semalam.    Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka  menyerahkan borang sebagai ahli Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.    Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni  al Marhim Sultan Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi Perhubungan  Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada  1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama  sepenggal.    Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai  Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas semalam.    Menurut Tengku Ibrahim, beliau telah lama berhasrat untuk menyertai Pas tetapi hanya menunggu masa sesuai.    "Saya dulu Pas masa Semangat 46. Saya dengan Pas lama dah baik,"  katanya yang enggan menjelaskan faktor mendorong beliau menyertai Pas.    Pusat tidak konsisten isu royalti minyak    Dua lagi individu yang menyerahkan borang keahlian sempena perasmian  perhimpunan Pas Ganti UMNO (PGU) 5.0 yang disempurnakan Nik Abdul Aziz  semalam adalah bekas Ketua Penerangan Umno Kemaman ketika zaman Menteri  Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, iaitu Datuk Omar Abu Bakar.    Bekas Wartawan Utusan Malaysia ini juga pernah menjadi Pegawai Perhubungan Khas kepada tiga bekas Menteri Pertahanan.    Seorang lagi yang mengikut jejak dua individu terbabit ialah bekas Ahli  Majlis Industri Pertahanan Malaysia, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim dari  Kuala Terengganu.    Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi di Pulau Pinang  dan pernah berkhidmat dalam bidang industri rekabentuk dan perbuatan  perkapalan.    Hadir sama dalam program itu Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.    Sementara itu Wahid berkata, kemasukan beberapa tokoh itu menunjukkan  semakin ramai menyokong Pas terutama dalam menghadapi PRU akan datang.    Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu royalti minyak apabila  beliau mendakwa Kerajaan Negeri dan Pusat tidak konsisten serta berdolak  dalik dalam menyelesaikan royalti yang dikatakan hak rakyat Terengganu.    Kabinat bayangan bukan dari PR    SEMENTARA itu Pas menafikan Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan senarai  Kabinet bayangan seperti yang disiarkan sebuah akhbar harian Khamis  lalu.    Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat yang  terdiri daripada Pas, PKR dan DAP tidak pernah membuat senarai Kabinet  bayangan seperti yang didakwa tersebut.    "Senarai itu bukan dari Pakatan Rakyat dan bukan dari PKR. Kita tidak  pernah buat macam itu. Kita ada perancangan tapi tidak boleh  beritahulah," katanya yang menyifatkan senarai tersebut hanya direka  oleh akhbar terbabit.  Mustafa berkata, Pakatan    Rakyat akan membuat pengumuman senarai anggota kabinet selepas Plihanraya Umum (PRU) ke 13 akan datang.    Pada Khamis lalu akhbar terbabit menyiarkan senarai Kabinet bayangan  pakatan pembangkang jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan  Nasional dalam PRU akan datang.    Senarai itu dikatakan dipetik dari sebuah blog dan bahan tersebut pula didakwa diperoleh melalui sumber dalaman PKR.    Sementara itu Nik Abdul Abdul Aziz menyifatkan demonstrasi adalah sama seperti jemaah dalam solat bagi melambangkan kekuatan.    Menurut beliau, demonstrasi sebenarnya sudah lama diamalkan iaitu duduk rapat-rapat tetapi telah dihalang oleh kerajaan BN. 
 
 sinar harian/-      |        |      Gadis hanya jadi pemuas nafsu       Posted: 07 Oct 2012 10:19 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 
  
 
 NADIA… setia menunggu untuk dijadikan isteri kedua. 
 
 KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di  utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia  21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja  kilang. 
 
 Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya  dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal  bergelar 'penghuni neraka'. 
 
 Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda dan  disediakan rumah serta kereta, Nadia nekad berhenti kerja 12 tahun lalu,  semata-mata inginkan kemewahan dan keselesaan hidup selepas lelaki itu  berjanji menjadikannya isteri kedua.    Namun janji tinggal janji. Impiannya untuk menjadi suri hidup lelaki  kaya itu belum kesampaian, sebaliknya dia hanya dijadikan pemuas nafsu  sejak 12 tahun lalu. 
 
 Setiap kali diajukan soalan berkaitan perkahwinan, pelbagai alasan diberikan Zahrain seperti belum bersedia dan minta bersabar. 
 
 Harian Metro 
 
     |        |      Bajet 2013-Slogan dan gula-gula BN untuk Memancing Undi       Posted: 07 Oct 2012 08:46 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
  Dewan  Pemuda PAS Malaysia sedar begitu banyak pihak sudahpun menyatakan  pandangan dan pendirian masing-masing berkenaan belanjawan 2013 ini.
 
 Bagaimanapun, izinkan kami untuk menyampaikan pandangan mewakili  golongan berpendapatan sederhana, 'middle income group' dan penjawat  awam, yang sebahagiannya adalah golongan yang membayar cukai, dan berhak  mengetahui serta memberi pandangan bagaimana duit 'kami' sepatutnya  dibelanjakan.
  Di bawah  tajuk meringankan kos sara hidup, Belanjawan 2013 menawarkan diskaun 50%  kadar tambang bagi pengguna komuter berpendapatan kurang RM3000. Malang  bagi kerajaan Barisan Nasional ini, masih tidak memahami apa yang  diperlukan rakyat. Apa yang lebih penting,  
 
 sebenarnya adalah untuk  meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Tumpuan sepatutnya  diberikan kepada pertambahan jumlah koc, dan meningkatkan kekerapan  tren. Kesesakan di dalam tren, serta masa menunggu yang lama sekian lama  menghantui warga kota yang menggunakan perkhidmatan komuter ini.  Penurunan harga tiket, (walaupun dapat mengurangkan beban kumpulan  pengguna terbabit) tidak bersifat menyeluruh, dan dikhuatiri hanya akan  menambah kesesakan sekiranya tidak disusuli dengan peningkatan  prasarana. 
  Bonus satu bulan setengah gaji (termasuk setengah bulan  gaji yang sudah diberikan Julai lalu) bagi penjawat awam ternyata  bukanlah penyelesaian jangka panjang. Walaupun ia disambut dengan baik  dan diperlukan oleh 1.4 juta kakitangan awam (kira-kira 10% daripada  jumlah tenga kerja di Malaysia), tetapi bagaimanakah pemberian ini dapat  membantu mereka dari segi jangka masa panjang? Apa yang lebih  diperlukan oleh penjawat awam sebenarnya adalah kos sara hidup yang  lebih rendah, termasuk membantu keperluan mereka seperti mendapatkan  rumah dan kereta. Begitu juga dengan pemberian BR1M yang kedua. Benar,  wang itu memang diperlukan rakyat yang kurang berkemampuan.  Bagaimanapun, apakah pemberian yang bersifat 'one-off' ini dapat  membantu mereka mengubah taraf hidup? Nampaknya belanjawan kali ini  masih memberikan 'ikan' kepada rakyat, dan bukannya 'joran'.Satu  lagi kelemahan yang langsung tidak disentuh di dalam belanjawan kali ini  adalah berkenaan skim perjawatan dan pelarasan gaji yang tidak seimbang  di dalam sektor pekhidmatan utama. Di dalam perkhidmatan kesihatan  sebagai contoh, isu 'brain-drain' merupakan isu yang serius dan  sekiranya tidak ditangani dengan baik, boleh mengakibatkan kualiti  penyampaian sistem kesihatan di negara ini semakin buruk. Kian hari  semakin ramai pakar perubatan yang meletakkan jawatan di universiti dan  hospital kerajaan untuk berkhidmat di swasta. Masalah ini menjadi  semakin buruk apabila jumlah pegawai perubatan yang menyertai universiti  dan fakulti perubatan sebagai pensyarah semakin berkurang, disebabkan  skim gaji yang lebih baik di kementerian kesihatan. Akibat daripada ini,  dikhuatiri kualiti pengajaran bakal-bakal doktor semakin menurun.  Akhirnya yang akan menerima kesan adalah rakyat terbanyak yang  mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan.  Klinik  1Malaysia hanya merupakan satu lagi gimik politik dan bersifat retorik  semata-mata. Klinik-Klinik ini tidak mempunyai doktor dan rawatannya  terhad berbanding klinik-klinik kesihatan. Malah, ada di antaranya yang  terletak sangat berhampiran dengan klinik kerajaan sedia ada. Siapakah  yang beroleh manfaat dari Klinik 1Malaysia ini? Tindakan menambahkan  jumlah Klinik 1Malaysia tidak mungkin mencapai matlamat kesihatan yang  terbaik untuk rakyat. Sepatutnya, jumlah peruntukan dimaksimumkan untuk  penambahbaikan klinik-klinik kerajaan yang sedia ada, serta memberikan  tumpuan lebih kepada pembangunan modal insan.Pemberian rebat RM  200 untuk pembelian telefon pintar sekadar mengabsahkan tuduhan bahawa  Belanjawan 2013 ini tidak lebih dari sekadar gula-gula politik Barisan  Nasional. Sekiranya manfaat dari telefon pintar ini begitu tinggi,  mengapa ia dihadkan kepada mereka yang berusia 21-30 tahun sahaja?  Apakah ini boleh dikaitkan dengan demografi pengundi muda yang baru  berdaftar sebagai pengundi? Mengapakah sehingga RM300 juta diperuntukkan  untuk tujuan ini, berbanding hanya RM100 juta untuk menambahbaik klinik  kesihatan yang boleh dimanfaatkan rakyat keseluruhannya?Skim  rumah pertamaku yang dinaikkan had pendapatan individu juga dilihat  tidak banyak membantu. Ia mungkin berguna untuk menyelesaikan masalah  mereka yang tiada tabungan untuk membayar deposit. Tetapi ia tidak  melihat kepada masalah rumah yang terlalu mahal dan ketidakmampuan  rakyat untuk membayar pembiayaan dan ansuran bulanan rumah tersebut.  Cadangan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Perbadanan Perumahan Negara  dilihat relevan, dengan sasaran untuk menyediakan rumah mampu milik  secara besar-besaran.Secara kasar, LPPM melihat belanjawan ini  merupakan satu lagi belanjawan 'gula-gula', dikarang dan dibentang  semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik parti memerintah tanpa  memikirkan masa hadapan negara. Barisan Nasional semakin tertekan, di  dalam suasana di mana sokongan terhadap Barisan Nasional dilihat semakin  merudum, dan ini merupakan belanjawan terakhir sebelum parlimen  dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. Belanjawan  2013 masih kekal dengan sikap boros dan berbelanja melebihi keperluan.Tidak  ada penyelesaian jangka panjang bagaimana untuk mengatasi lambakan  hutang negara yang semakin meruncing. Tidak ada perancangan yang jelas  dan konkrit bagaimana untuk meningkatkan daya saing ekonomi negara.  Tidak ada kaedah tertentu bagi mengatasi ketirisan dan pembaziran dana  negara. Tidak ada penumpuan diberikan kepada meningkatkan taraf hidup  rakyat bagi tempoh yang panjang dan mengurangkan kos sara hidup. Juga  tidak ada langsung disebut langkah-langkah persediaan di dalam bidang  automotif, sedangkan pelan liberalisasi industry automotif dan  pemansuhan AP kereta dijanjikan untuk dilaksanakan menjelang 2015.Lihat  pula Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Ia jauh lebih relevan, menepati  kehendak rakyat dan berpijak di bumi nyata. Teras-teras utama untuk  meningkatkan daya saing ekonomi negara, reformasi dan ketelusan Syarikat  berkaitan Kerajaan (GLC), menurunkan harga kereta, hasil minyak untuk  negeri, mengangkat martabat wanita, dan reformasi membanteras jenayah,  semuanya memberikan keyakinan kepada rakyat berkenaan kebolehan Pakatan  Rakyat untuk memerintah.Sesungguhnya bajet 2013 oleh kerajaan Barisan Nasional tidak menepati seperti yang dilaksanakan. DR HJ GHAZALI HASBULLAH--  Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS      |        |      10 Tahun Lagi Israel Lenyap        Posted: 07 Oct 2012 08:41 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
    PREDIKSI  soal kehancuran Negara Israel tidak  hanya datang dari Presiden Iran,  Mahmoud Ahmadinejad, yang terkenal  dengan kalimatnya "Israel must be  wiped off the map" (dihapus dari peta  dunia). Tetapi mantan pejabat  Amerika Syrikat (AS) juga memprediksi hal yang  sama.    Adalah Henry Kissinger, mantan menteri luar negara AS, juga menyebut   dalam waktu sepuluh tahun ke depan, di dunia tidak akan ada lagi negara   bernama Israel. Pernyataan Kissinger ini menarik, kerana ia adalah  seorang warga AS  keturunan Yahudi. Dan selama menjabat sebagai menlteri  luar di era Presiden  Richard Nixon dan Presiden Gerald Ford, sosok  Kissinger dikenal sangat  dekat dengan Israel dan lobi-lobi Israel di AS
  Dilaporkan Hufftington, Rabu 3 Okt,  kernyatan Kissinger itu membuat   politik di Washington tersentak dan tidak percaya seorang Kissinger   boleh melakukan hal itu.
  "Pernyataan Kissinger datar dan tidak  memenuhi syarat. Dia tidak  mengatakan Israel ada dalam bahaya, namun  boeh diselamatkan jika  kita hanya memberi tambahan triliunan dolar dan  menghancurkan musuh,  cukup dengan militer kita. Dia tidak menawarkan  jalan keluar. Dia hanya  menyatakan fakta: Pada 2022, Israel tidak akan  lagi ada," ujar Barret  Kevin, dari US Intelligence Community (IC).
  Data di US Intelligence Community (IC), terdiri dari 16 badan intelijen   AS, awal tahun ini, berjudul "Preparing for a Post-Israel Middle  East,"  ("Persiapan untuk Post-Israel Timur Tengah") menunjukkan dan  memang menguatkan pandangan Kissinger .
  Dokumen itu jelas  menyebut 16 badan intelijen AS setuju bahawa Israel  tidak dapat menahan  raksasa pro-Palestin datang terdiri dari Musim Semi  Arab, Kebangkitan  Islam, dan kebangkitan Republik Islam Iran.
  Laporan IC  menyatakan, pemerintah AS tidak lagi memiliki sumber daya  militer dan  kewangan bagi membantu Israel terhadap keperluan mereka dan  menunjukkan  bahawa AS suatu masa kena ikut kepentingan nasional  dan menarik  bantuan pada Israel.
  Di kalangan pejabat AS, nasib Israel dapat  ditelusuri dalam berbagai  alasan. Diantaranya, Politik AS dan aktivis  politik "bertambah muak  dengan kuatnya fanatisme Israel; AS merasa  "benci atas dominasi  angkuh lobi Israel pada wacana publik; dan  masyarakat Yahudi Amerika kini tidak  lagi bersatu menyokong Israel.  Kini, AS diambang muflis dan mengorbankan ribuan nyawa dalam perang bagi  Israel.
  "Ini akan menjadi mudah bagi perancang kebijaksanaan  AS, mengikuti jejak  Kissinger dan enam belas badan-badan intelijen,  untuk mengenali jelas,  bahawa Israel memang telah mencapai akhir  kehidupannya," jelas  Barrett.(IH |   
 
 
 
     |        |      Lajim: 'Mengapa saya keluar Umno'       Posted: 07 Oct 2012 08:28 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
  DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia  politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat  negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).    Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri  Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat  kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas  Putrajaya.    Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan  kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ  JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.    Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?    Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno  dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri  sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah  monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar  konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat  termasuklah di kawasan saya.    Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?  Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri,  tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya  kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal  perpaduan dalam parti.  Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak  calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh  saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah  Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua  Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang  tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya  tidak bertanding.  Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua  Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu  saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada  pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin  yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.       Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.  Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia. 
 
  Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada. 
 
  Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya  menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan.  Namun masalah air tetap berlaku 
 
  Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh,  tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima  pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya  pembangunan dibawa ke kawasan ini.    Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa? 
 
  Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir  di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah  abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara  ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang  diambil oleh kerajaan negeri atau pusat. 
 
  Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat.  Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga  hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan  saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan  melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini. 
 
  Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih  perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau  persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.    Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?  Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu  dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu  masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang  kepada mereka. 
 
  Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang.  Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai  pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah  bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan  beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan  dengannya. 
 
  Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu  menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa  kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering  bertindak secara sendirian. 
 
  Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman  Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli  lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar  Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak  sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa. 
 
  Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai  seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap  juga dicantas. Kenapa ia berlaku? 
 
  Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda  Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku. 
 
  Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004  sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya  kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah  Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu. 
 
  Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih  dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa  lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon  BN. Saya menjadi mangsa. 
 
  Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah  menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya  tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak  menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti  masih memilih saya menjadi calon.    Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?  Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan  untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi  saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS)  dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat. 
 
  Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin,  masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari  kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan. 
 
  Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua  Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir  Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada  ketika itu jatuh merudum. 
 
 sinar harian/-      |        |      Guan Eng Patut Saman Utusan Sekali Lagi       Posted: 07 Oct 2012 08:18 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
  Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja
    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali  lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan  berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin  gereja di negeri itu kelmarin.
   Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan  akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan  akhbar milik Umno itu.
   "(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya  untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan  orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga  menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.
   "Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik  di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog  yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.
   "Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
   Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.
   Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi. 
 
 kelab grenn boc/- 
 
     |        |      JPJ Sasar Pasang 831 Kamera AES Dalam 18 Bulan       Posted: 07 Oct 2012 08:16 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 PEKAN:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18  bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail  Ahmad pada Ahad. 
 
 Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu. 
 
 "Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau  kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci  oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ,  Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup  program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini. 
 
 Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.    "Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya. 
 
 Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesenmotosikal dengan lebih mudah dan cepat. – BERNAMA     |        |      Mengemis ikut ‘Abang Jat’       Posted: 07 Oct 2012 08:10 PM PDT    INSAF...Shah memeluk ibunya, Fatimah dan meminta maaf.  22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -                          
 BUKIT MERTAJAM: Termakan hasutan kawan bagi mendapatkan wang dengan  cara mudah,  
 
 seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari  daerah ini bertindak nekad melarikan diri dari rumah lebih 10 kali sejak  hampir dua tahun lalu untuk menjadi pengemis di beberapa negeri. 
 
 
 
  Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Shah itu meninggalkan  persekolahan semata-mata mahu mengikut kenalannya, seorang warga asing  berusia 20-an, menjadi peminta sedekah di Pulau Pinang, Kedah, Kuala  Lumpur, Melaka dan Johor. 
 
  Bagaimanapun, Shah kini insaf dan kesal dengan perbuatannya selepas  ditangkap ketika asyik bermain di pusat permainan komputer di Melaka  sebelum diserahkan kepada keluarganya, Julai lalu. 
   Sepanjang  tempoh menjadi pengemis dan melarikan diri dari rumah itu, kanak-kanak  terbabit menginap di hotel murah yang dibayar menggunakan wang hasil  mengemis selain menjual surah Yasin kepada orang ramai dengan harga RM3  senaskhah.       Shah berkata, pendapatan diperolehnya antara RM60 dan RM200  sehari dibahagikan dengan rakannya selain diasingkan untuk membayar  hotel, membeli pakaian serta makan.
 
 
 metro/-            |        |      Gunung berapi Lokon di Sulawesi utara meletus.       Posted: 07 Oct 2012 08:04 PM PDT    22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 JAKARTA 8 Okt. - Sebuah gunung berapi di utara Indonesia, semalam memuntahkan asap dan abu yang menyebabkan hujan berlumpur di kampung-kampung berdekatan. 
 
 Pegawai pengawasan tempatan, Farid Ruskanda Bina berkata, Gunung Lokon di wilayah Sulawesi utara meletup petang semalam seperti hujan lebat di dalam sebuah kawah. 
 
 Katanya bunyi letupan telah didengar sejauh 5 kilometer tetapi ketinggian letusan tidak dapat dilihat. Ia merupakan letusan kedua sejak bulan lepas yang berlaku Lokon. - AGENSI     |        |      3,200 penduduk Korea Selatan hidu toksik       Posted: 07 Oct 2012 08:01 PM PDT   .jpg) 22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 SEOUL 8 Okt. - Lebih daripada 3,000 penduduk di tenggara bandar Gumi di sini semalam menerima rawatan di hospital kesan daripada kejadian kebocoran di sebuah kilang toksik. 
 
 Kira-kira 3,200 penduduk menerima rawatan selepas mengadu loya, sakit dada, ruam, sakit mata atau sakit tekak selepas terhidu asap toksik, kata agensi berita Yonhap, memetik data dari kerajaan bandar. 
 
 Kilang kimia Hube Global meletup pada 27 September lalu dan menyebabkan lima terkorban dan kebocoran asid hidrofluorik telah menjejaskan tanaman, ternakan serta penduduk di kawasan tersebut. - AFP     |        |      BN Menggelupur Lagi: Rating Musa Aman Turun Bawah 50% - Kajian Merdeka Center       Posted: 07 Oct 2012 07:56 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 Kaji  selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan  prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi  kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.  
 
 Kedudukan  Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan  Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45  peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan  Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan  Raya Umum ke-13 nanti.
   Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang  terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan  prestasi ekonomi Sabah.
   Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi  terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka  tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada  bulan November 2009.
   Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan  kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah  melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai  tulang belakang kepada Umno.
   Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72  peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
      Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus  maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus  yang dicatatkan pada November 2009.  Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu  bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula  majoriti kerusi di negeri itu.  Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan  Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di  dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.   Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan  penganalisis berkata sentimen tersebut  akan kekal sama menjelang  pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.  BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai  simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan  yang paling sengit dalam sejarah negara.  "Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke  atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen  'Sabah-sentrik' yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan  bahawa pengundi mempunyai harapan  berbeza terhadap kepimpinan politik  di pelbagai peringkat," kata Merdeka Centre dalam kenyataan media  disertakan dengan keputusan kaji selidik.  Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini,  Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada  September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang  betul berbanding 66 peratus pada November 2009.  Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa  izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang  tinggi, dan "persepsi" bahawa Sabah masih "ketinggalan" dalam  pembangunan ekonomi dan infrastruktur. 
 
 kelab grennboc/-      |        |      3 jam jari lekat pada tombol pintu       Posted: 07 Oct 2012 07:55 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 
  
 
 DANISH menunjukkan tombol pintu yang menyebabkan sebatang jarinya tersepit selama tiga jam. 
 
 MELAKA – Gara-gara bermain tombol pintu, seorang murid tahun tiga  terpaksa menahan sakit dan cemas selama tiga jam apabila jari hantu  tangan kiri mangsa tersepit pada tombol tersebut di rumahnya di  pangsapuri Ujong Pasir di sini semalam. 
 
 Sebelum kejadian pada pukul 11.45 pagi, Muhd. Danish Abbasi Mokhtar,  9, murid Sekolah Kebangsaan Banda Hilir di sini dikatakan bermain dengan  tombol pintu di bilik kakaknya, Nurkia Satina Batrisyia, 12. 
 
    Ketika tombol itu dipusing-pusing oleh Danish, tiba-tiba jari hantu  mangsa termasuk ke celah tombol tersebut yang juga tercabut dari pintu. 
 
 Cerita ibu mangsa, Sharifah Nazahatul Akmal Syed Abu Bakar, (gambar  kecil) 38, dia mengetahui perkara itu selepas anaknya gagal menarik  jarinya keluar dari tombol pintu yang tercabut itu. 
 
 Kosmo     |        |      Ketua Cawangan UMNO bakar baju UMNO        Posted: 07 Oct 2012 07:51 PM PDT   22 Zulkaedah 1433H. [MOD] -  
    Marah  apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO,  Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN  miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.
  Ketua  UMNO Cawangan Batu 5, Permatang Tengah, Permatang Pauh itu yang  dikenali sebagai Talib dalam masa yang sama juga mendesak Datuk Musa  Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar meletakkan jawatan mereka.
  Talib ketika kejadian mendakwa dirinya mewakili seluruh Ahli UMNO Cawangan Batu 5, yang takut untuk kedepan. 
  Ini  perlu kerana menurut beliau kedua-dua pemimpin UMNO di Pulau Pinang itu  telah menipu dan menjual harta dan tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
 
  Antara  yang jelas membuktikan penipuan kedua-dua pemimpin UMNO itu dakwa Talib  ialah Bazaar Perdana, Bandar Perda dan yang terbaru ialah penjualan  tanah yang dimiliki oleh 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau,  Pulau Pinang.
  Dalam transaksi penjualan tanah itu, dakwa Talib  syarikat milik kedua-dua pemimpin UMNO Pulau Pinang itu telah  memperolehi keuntungan RM5 Juta setelah menjualnya kepada pemaju.  "Adakah begini caranya Pemimpin UMNO Pulau Pinang memperjuangkan nasib  Melayu Pulau Pinang?" soal Talib.
 
 
  "Mereka  sering memekik dengan slogan HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! Tapi dalam  masa yang sama merekalah sebenarnya yang menyebabkan Melayu Pulau Pinang  terpinggir dan merempat di tanah air sendiri"
  Dalam masa yang  sama beliau juga telah mengedarkan risalah atau dokumen yang menyokong  dakwaannya itu kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.
  Antara  kandungan risalah tersebut ialah senarai nama 31 orang pemilik yang  telah menjadi mangsa kerakusan pemimpin UMNO itu, dokumen yang  membuktikan tanah tersebut telah dibeli dan dijual semula serta salinan  dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mana didalamnya tersenarai nama  pemimpin UMNO itu sebagai pemilik syarikat terbabit.
 
 
  Untuk  pengetahuan semua Talib sememangnya telah lama bersama UMNO.. buat yang  masih baru atau berhingus bak kata Talib.. fikir-fikirkanlah.. jangan  biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!! "  
  Ketika ditanya adakah beliau masih akan kekal bersama UMNO setelah sedar dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO?
  Jawabnya "Hang tunggu 14hb ini!!"..
  Kata orang... Terbakar kampung nampak berasap. Terbakar hati siapa yang tahu..
 
  tranung kiter/-    |                  |   
    |      Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm-   Mempersada Perjuangan       Posted: 07 Oct 2012 11:08 AM PDT                  |      Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak       Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT   KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan  tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa  orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.  "Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.   Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada  kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang  disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat  untuk menyokong BN.   Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.   Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad  berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana  yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka  sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.   "Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab  orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.   Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.   Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang  Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada  mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain  seumpamanya.   "Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan  canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus  merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan  bukan memberi kail," katanya lagi.   Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan  mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian  jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.   Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.   "Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun  sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu,"  katanya.   Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?   "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.     |        |      PAS Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu       Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT      |        |      Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan       Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT   KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan  Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka  Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.
  Presiden  Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad,  sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.
  "Bukan perkara  baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan  atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau  ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
  Enggan mengulas lanjut  soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang  dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada  peneroka dan semua pihak.
  "Bukan soal sah atau tidak, daftar atau  tidak.  Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan  didengari.  Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir  beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan  menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.
  Tambah  Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar,  pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan  mahupun forum berkaitan.
  Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak  Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak  mendapat sebarang respons mengenainya.
  Beliau yang baru pulang  dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan  pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan  dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.
  "Seharusnya Malaysia  mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya  membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas  beliau.
  Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau  berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan  berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.
  "Sebelum ini,  status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak  pula.  Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk  rakyat," tegas beliau lagi.    |        |      Tamrin Pimpinan PAS Kawasan Machang 2012       Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT      |        |      Pengerang: Salahuddin akan hantar surat kepada MB Johor       Posted: 06 Oct 2012 04:42 PM PDT       KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar surat kepada Menteri  Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi memastikan perbincangan  mengenai masalah penduduk Pengerang diadakan.  "Tidak kisahlah  sama ada debat, perbincangan atau apa sahaja yang wajar asalkan dapat  diselesaikan masalah penghapusan 10 kampung di Pengerang untuk projek  Rapid (Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia)  itu," kata beliau.  Surat rasmi mengenai perkara tersebut akan  dihantar dalam waktu yang segera dan terdekat kepada Menteri Besar Johor  itu, kata beliau. "Isu utama ialah mengapa hendak ambil alih  tanah penduduk sedangkan ada tanah kerajaan yang boleh digunakan untuk  projek tersebut," katanya.  Ketika berucap di Dewan Rakyat,  Salahuddin memberitahu, terdapat tanah kerajaan yang luas, yang lebih  daripada 5,000 hektar daripada sempadan Sungai Kapas sehingga ke Desaru.   "Kenapa tidak dibuat di tanah yang seluas itu tetapi hendak ambil daripada 10 kampung itu?  "Itu  isunya yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan  supaya isu ini dapat dijawab dalam Dewan yang mulia ini supaya rakyat  kampung tradisi ini tidak akan hilang daripada peta negeri Johor dan  mereka tidak akan hilang kampung halaman mereka," kata Ahli Parlimen  Kubang Kerian itu.   Salahuddin mengulangi penegasan bahawa pihaknya tidak menghalang pembangunan. "Kita  mahu pembangunan dan kita sudah dapat bukti ada satu tanah kerajaan  yang luas...Rapid, Petronas hendak buat, buatlah untuk memajukan negeri  Johor.  "Johor negeri besar, kita bukan negeri kecil...ada banyak tanah lagi. Akan tetapi kenapa 10 kampung ini hendak diusir," katanya.     |        |      Jambori AMAL Kebangsaan 2012       Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT      |        |      50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti       Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT       PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh  sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian  akan keluar parti.   Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.   Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim  53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan  langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain  kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk  memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.  "Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha  yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada  24 September lalu.  "Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan  yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika  berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.  Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno  sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya  bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa  lain.  Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya  terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara  membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga  dan seupamanya.  Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik  menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar  apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.  "Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan  hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan  selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang  sebenarnya, " terang beliau.     |        |      Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013       Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT       TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap  tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana  ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.   Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata,  pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini  dianggap banyak kecatatan.   "Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata  mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet,"  katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat  di Wat Machimaran di sini hari ini.   Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana  Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin  tinggi.   Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan "rasuah politik" menjelang pilihan raya umum ke-13.   Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam  dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.   "Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi  mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat  tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  selaku ketua kerajaan.   "Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.   "Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua  Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan  kemesraan yang ditunjukkan," katanya.   Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.     |        |      Wat Siam serah sumbangan bina lebuh raya rakyat       Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT      |        |      Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat       Posted: 06 Oct 2012 04:27 PM PDT       TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya  rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut  sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.   Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit  menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada  Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.   Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit  tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100,  RM50, RM10, RM5 dan RM1.   Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit  sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok  duit bernilai RM2,000.   Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan  Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk  kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.   Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif  sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut,  selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.   Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat  Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.   "Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik  dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik,  tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).   "Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam  mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan  mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana  pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.   Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan  masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina  lebuh raya rakyat.   "Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk  ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.   "Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham  kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas  diketepikan kerajaan pusat," katanya.   Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan  Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim,  anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun  Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.   Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh  anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam  dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.   Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik  tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri  sebelum ini.     |        |      Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?       Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT   KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau  Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke  perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.
  Menurut  Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan  aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti  itu. 
  "Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati. 
  "Mungkin  juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat  rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.
  Beliau  berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman,  Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang  hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.
  Mengulas  lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana  rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa  dibayar upah sesen pun. 
  "Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama  bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah  penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan. 
  "Bagi  mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej  lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas  (pengangkutan) dan lain-lain.
  "Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.
  Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.
  Azalina  ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan  mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut  dibayar.
  "Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.    |                  |   
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan