Khamis, 4 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 04 Oct 2012 03:20 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Ulasan Ustaz Mohd Nor berkenaan PTPTN

Posted: 03 Oct 2012 07:23 AM PDT

Petikan : Harian Sinar edisi cetak 3 Oktober 2012
 
 

Menjelang PGU5.0 - Pelbagai Program Untuk Anak-anak Muda

Posted: 03 Oct 2012 05:16 AM PDT

Petikan : Buletin Online

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pentas%20utama.jpgSETIU - Himpunan Kebankitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) sepertimana empat PGU sebelumnya akan menarik ramai anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda-Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) yang diadakan secara khusus bermula pada petang Jumaat 5 Oktober hingga pagi Sabtu, 6 Oktober.

Pengarah PGU5.0 YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

"Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita (PAS) cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan (muda) ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

"Pengundi muda ini menjadi sasaran kepada mana-mana parti bertanding termasuk PAS dan Umno. Kita (PAS) tidak mahu terlepas peluang ini, Insya'Allah," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu menjelaskan program Himpit lebih mensasarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan muslimat.

Antaranya, kata Ustaz Mohd Nor, pada hari Jumaat (5 Oktober) diadakan aktiviti sukan Futsal Piala Ketua Pemuda DPPNT di Felda Selasih, Setiu.

Manakala, katanya, hari Sabtu (6 Oktober) diadakan larian Hijau bermula di tapak PGU5.0, pada jam 7.00 pagi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/pintu%20gerbang%20PGU5.0.jpgIa diikuti pula dengan aktiviti sukan seperti bowling kelapa, tuju gol, sepak raga bulat, tuju jarring dan timbang bola. Aktiviti bermotor seperti motor lambat, cabut tayar, pemanduan berhemah, motor cantik serta kemahiran titi jambatan dengan motosikal.

"Aktiviti Indoor Game pula seperti PS2, dart, catur, magic cube, teka biji, persembahan pentas para pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan acara muslimat dengan penampilan khas, Noryn Aziz.

"Kita (PAS) yakin akan lebih ramai tokoh-tokoh masyarakat, ahli sukan, artis dan pegawai-pegawai kerajaan, swasta akan bersama dengan PAS dalam program PGU 5.0 ini," jelasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan dihukum oleh rakyat yang melihat PAS wajar menggantikan Umno pada PRU13.

Harakah dimaklumkan, konvoi bermotosikal (ARC) dan pacuan 4 roda (4x4) mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia, Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula di Dataran Ketara, Besut, pada jam 2.00 petang, 6 Oktober.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan merasmikan Himpunan Kebangkitan PGU 5.0 serta pengistiharan beberapa orang tokoh masyarakat menyertai PAS di Dataran Pekan Jabi tersebut.

Kuliah santai pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus bersama Salebriti Bob Lokman akan menyusul sekitar jam 5.00 petang yang bakal menyaksikan kehadiran ribuan anak-anak muda serta peminatnya.

Acara kemuncak PGU 5.0 itu dengan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Beaufort Sabah, Dato' Seri Panglima Lajim Ukim, Adun Triang-DAP, Leong Ngah Ngah, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Oct 2012 03:13 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Wat Siam bantu kerajaan TGNA

Posted: 03 Oct 2012 06:30 PM PDT

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama.

Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak 1986. 

Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buat wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai. 

“Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik. 

“Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka,” katanya di sini. 

Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan. 

Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut. 

Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Oct 2012 01:36 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


KANTOI! Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!

Posted: 04 Oct 2012 01:20 AM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!.Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:


@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?


[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]


Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.


Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.




Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.


Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.


Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.


Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan.


selatan online/-





Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya

Posted: 04 Oct 2012 01:16 AM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 


BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Dr. Mahathir adalah durjana sebenarnya, beliau sanggup melagakan orang lain demi memastikan kedudukannya selamat dan terus berkuasa.

Waktu nama Anwar tengah 'top', Mahathir mengambil peluang keemasan  membuang Ghafar Baba dari kabinet kerajaan dengan meminta Anwar lwan Ghafar.

Kes yang terjadi pada Anwar juga berpunca dari perasaan kebimbangan beliau ekoran penampilan Anwar dilihat lebih ke hadapan dari banyak segi.

Bila Anwar jadi mangsa rakyat bangkit dan sampai sekarang isu pemecatanya tidak boleh diterima oleh sebahagian ahli Umno sendiri.

"Tetapi, nak  buat macam mana semua tunduk dengan 'DR M'," tegas beliau termasuk dirinya sebelum ini.

Rakyat juga,  kata bekas Pengerusi MARA itu, tentu masih ingat terlalu banyak kenyataan Dr Mahathir yang boleh mengancam kestabilan negara apatah lagi  akidah.

Sampai hari ini tambah Tamrin, siapa pun tidak boleh menghalang kenyataan dari terus keluar dari mulutnya biarpun kadang- kadang memberikan kesan terhadap sokongan Umno itu sendiri.

Terbaru ujarnya, kenyataan berkenaan 'syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali' bakal melihat Umno terus jatuh.

"Biarlah dia keluarkan kenyataan merapu sebab Umno akan jatuh tidak lama lagi.  Mungkin diera DR M Umno menjadi terkenal dan selepas beliau pencen Umno pun menjunam," jelasnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

harakahdaily/-

IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir

Posted: 04 Oct 2012 01:02 AM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini)

KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata.

Mesir dijadualkan  untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman.

Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas.

Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa.

Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya.
Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya.

Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh.

IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011.

Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana.

Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound.

Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14.

Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan.

Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen.

harakahdaily/-

Misteri Kehilangan Najib Semasa Perbahasan Bajet Terjawab

Posted: 04 Oct 2012 12:37 AM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 




KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.

Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

"Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.

"Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.


Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr

Elaun masih ditakuk lama

Posted: 03 Oct 2012 11:52 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 KUALA PILAH – Persatuan Ketua Kampung daerah Kuala Pilah meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan elaun setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang masih ditakuk lama.

Pengerusinya, Zainudin Adam berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan tuntutan setiausaha JKKK supaya elaun bulanan RM200 yang dinikmati sekarang dinaikkan.

Menurutnya, selepas pembentangan Bajet 2013, pelbagai pihak menerima bonus seperti kakitangan kerajaan, kenaikan elaun pesara tentera dan pesara tidak berpencen menerima habuan sebanyak RM1,000 secara 'one-off'.

"Sungguhpun begitu, elaun setiausaha JKKK tidak pernah dinaikkan kepada tahap memberangsangkan sedangkan pengerusi JKKK dinaikkan kepada RM800 sebulan pada tahun lepas.

"Bukan itu sahaja, elaun bulanan tok batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi Kampung Baru juga dinaikkan daripada RM800 hingga RM850 sebulan berbanding RM450 sebelum itu," katanya.

Zainudin berkata, selaku pengerusi persatuan menjadi tanggungjawabnya memperjuangkan hak ahli termasuk setiausaha.

"Peranan setiausaha lebih banyak berbanding pengerusi kerana setiausaha perlu menyiapkan laporan mesyuarat, membuat kertas kerja dan bebanan kerja yang lebih.

"Setiausaha juga merupakan teras dan teraju persatuan serta  sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan. Umumnya mereka seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar," katanya.

Katanya, adalah wajar sekiranya elaun setiausaha dinaikkan seperti jawatan lain.

Selain itu, beliau menyangkal dakwaan pakatan pembangkang yang menyatakan Bajet 2013 menciplak buku jingga.

"Pihak pembangkang hanya boleh berkata demikian, namun tidak mampu melaksanakan. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak 1959, kerajaan Barisan Nasional jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang.

"Tidak usahlah mana-mana pihak gundah gulana dengan sikap pembangkang dalam mengulas Bajet 2013 kerana apa yang pasti majoriti rakyat gembira dengan bajet berkenaan," katanya.

sinar harian/-

Terkejut tasbih ada gambar binatang

Posted: 03 Oct 2012 11:41 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Terkejut tasbih ada gambar binatang
 
Ramli menunjukkan tasbih yang bertulis kalimah Allah di hadapannya. Gambar kecil: Di belakang tasbih yang dikatakan terdapat gambar binatang itu.
 
PERMATANG PAUH - Seorang penduduk Taman Pauh Indah di sini terkilan apabila tasbih yang dibelinya didapati terdapat gambar binatang.

Ramli Awang, 50, berkata, dia terkejut apabila isterinya memaklumkan bahawa gambar yang terdapat pada tasbih itu kelihatan seperti khinzir.

Menurutnya, tasbih itu dibeli di sebuah gerai yang dibuka pada hari minggu berhampiran dengan kediamannya.

"Saya tertarik dengan tasbih yang diperbuat daripada kayu ini kerana terdapat kalimah ALLAH pada hujungnya. Sewaktu hendak membelek-belek untuk melihat dengan lebih dekat lagi, peniaga di situ terus meletakkan tanda harga pada belakang kalimah Allah.

"Tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju membeli tasbih ini kerana peniaganya menawarkan harga RM8 berbanding harga asal RM11.

"Saya sendiri tidak perasan ada sesuatu pada tasbih itu sehinggalah pada hari Selasa lalu," katanya yang ditemui Sinar Harian.

Ramli bagaimanapun tidak mahu menyalahkan peniaga itu yang berkemungkinan turut tidak sedar barang jualannya mengandungi gambar seperti itu.

"Saya tidak mahu tuduh peniaga kerana mungkin dia tidak sedar.

"Bagi saya, isu ini merupakan perkara yang sensitif kerana membabitkan agama. Tambahan pula, tasbih digunakan untuk berzikir dan di tasbih ini juga mengandungi kalimah Allah," katanya.

Tambah Ramli, dia juga tidak mahu ada umat Islam lain yang turut tertipu dengan membeli tasbih seperti itu.

sinar harian/-

Puluhan penuntut kolej mati ditembak

Posted: 03 Oct 2012 11:04 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Puluhan penuntut kolej mati ditembak
 
Pasukan perubatan membawa mangsa cedera keluar dari kawasan kejadian selepas serangan.
ABUJA - Satu perintah berkurung dikeluarkan selepas puluhan penuntut kolej tempatan dibunuh oleh sekumpulan penyerang di bandar Mubi, Adamawa timur laut Nigeria.

Jurucakap polis Adamawa, Ibrahim Muhammad berkata, seramai 25 lelaki ditemui mati termasuk 19 penuntut Kolej Politeknik Persekutuan Mubi (KPPM), tiga penuntut kolej berlainan, seorang bekas askar, seorang pengawal keselamatan dan seorang lelaki tua.

Menurut polis, serangan kejam itu dipercayai berlaku di antara jam 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin dan 3 pagi kelmarin, di tempat penginapan pelajar luar kampus (KPPM).

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada serangan dilakukan oleh pemberontak Boko Haram atau ianya tercetus disebabkan pertikaian di antara kumpulan-kumpulan politik berasingan di kolej tersebut.

"Polis percaya jika insiden ini bukan disebabkan oleh serangan Boko Haram, pasti ianya berkaitan dengan pilihan raya kolej yang berlangsung baru-baru ini kerana salah seorang mangsa yang dibunuh merupakan calon dalam pilihan raya kampus," kata Muhammad.

Seorang saksi yang turut cedera dalam kejadian itu, Mohammed Awal memberitahu beberapa penyerang dilihat masuk ke beberapa buah bilik, kemudian membunuh seorang demi seorang.

"Beberapa orang ditembak sampai mati ketika sedang tidur dan ada yang dicederakan menggunakan parang ," katanya.  - Al-Jazeera.

sinar harian/-

Panas!! Video hangout Najib dimuat semula pun dislike

Posted: 03 Oct 2012 11:02 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Malam tadi telah "tukanglawan" siarkan artikel berkenaan sesi google hangout najib yang telah mendapat sambutan cukup memalukan najib sendiri. sesi goggle hangout itu telah menerima lebih banyak dislike ( tak suka)  berbanding like ( suka ) dan dihujani banyak komen-komen yang memalukan najib sendiri.

Tak sampai 1 jam kemudian, video tersebut telah diprivatekan, berbeza dengan video sesi google hangout Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih dapat ditonton.

Tujuan video tersebut diprivatekan dipercayai bertujuan menghalang lebih banyak lagi komen-komen sinis diberikan pengunjung dan menghalang lebih banyak undian dislike diberikan. sekaligus dilihat sebagai usaha cuba menjaga air muka najib.
 
Pagi tadi, "tukanglawan" jumpa 1 lagi video google hangout najib yang dimuat naik, juga kali ini telah mendapat lebih dislike berbanding like, video tersebut juga telah diberikan komen yang najib sendiri takkan sudi baca..

Jelas lah, najib sudah jadi satu kebencian, penentangan kini tidak dibuat secara senyap lagi, tetapi secara terbuka.

harakahdaily/-

Suri rumah jual nombor ekor ditahan

Posted: 03 Oct 2012 10:25 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang suri rumah yang dipercayai tauke loteri haram diberkas di rumahnya di Kampung Sungai Penjuring dekat Bentong petang semalam.

Semasa intipan dibuat, wanita berusia 51 tahun itu dikatakan sedang sibuk menulis sesuatu dipercayai catatan loteri haram.

Menurut Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri, polis menyerbu dan mengepung rumah berkenaan kira-kira 5.45 petang sebelum mengarahkannya membuka pintu.

"Ketika polis memperkenalkan diri, wanita terbabit cuba melarikan diri ke belakang rumah namun dia berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 89 helai kertas yang tercatat nombor ekor haram selain turut merampas sebuah mesin kira dan telefon bimbit," katanya di sini hari ini. - BERNAMA

Anjing tersepit di celah bampar kereta

Posted: 03 Oct 2012 10:11 PM PDT

  
18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TAUNTON, Massachusetts - Pihak berkuasa menyatakan, seekor anjing ditemui masih hidup walaupun ia tersepit pada bampar sebuah kereta di sini pada 20 September lalu.
Haiwan itu tersepit selepas ia dilanggar kereta tersebut.

Anjing tersebut tersepit semasa kereta berkenaan bergerak sejauh 17 kilometer.
Penyelia sebuah pusat perlindungan haiwan, William Mugle berkata, anjing betina itu berlari di depan kereta tersebut sebelum ia dilanggar.

Pemandu itu kemudian menekan brek tetapi dia tidak menyedari anjing berkenaan.
Muggle memberitahu akhbar Taunton Daily Gazette, kejadian itu hanya disedari apabila pemandu itu tiba di Providence Timur, Pulau Rhode.

Dia berkata, pemandu itu melihat anjing tersebut tersepit selepas seorang pemandu lain memberitahunya.
Pemandu kereta itu membuat laporan di sebuah balai polis berhubung kejadian tersebut.

Beberapa pegawai pusat perlindungan haiwan itu kemudian bertindak mengeluarkan anjing berbulu putih tersebut dari celah bampar kereta.

Pihak berkuasa kini mencari pemilik anjing itu. - AP

9 tahun penjara untuk penyerang stesen TV Kuwait

Posted: 03 Oct 2012 10:07 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


(Sebahagian yang menyertai perhimpunan di depan Parlimen Kuwait yang menuntut supaya parlimen 2009 dimansuhkan)

KUWAIT: Sebuah mahkamah Kuwait telah menghukum dua tahun penjara ke atas sembilan lelaki kerana menyerang sebuah stesen televisyen menjelang pilihan raya parlimen awal tahun ini, beritahu peguam sembilan lelaki tersebut.

Sembilan lelaki tersebut, yang kesemuanya ahli puak yang besar di Kuwait, bertempur dengan polis di luar pejabat stesen televisyen Al Watan Januari lalu, menjelang pilihan raya di negara pengeluar minyak utama di Teluk itu.

Dua lagi lelaki lain didenda, peguam bela Al-Humaidi al-Subaie menulis di akaun Twitter beliau.

"Malangnya mahkamah memenjarakan selama dua tahun sembilan orang yang pertama memecah masuk ke Al Watan (stesen) dan memberikan denda sebanyak $200 kepada orang yang ke-10 dan ke-11," tulisnya.

Nabeel al-Fadli, ahli parlimen yang dilihat menyokong kerajaan, berada di studio pada masa itu dan kehadiran beliau mencetuskan pergolakan, lapor media tempatan.

Rakyat dari puak-puak Kuwait cenderung untuk menyokong calon-calon pembangkang dalam pilihan raya, manakala kelas atasan dan tokoh korporat biasanya, lebih memihak kepada kerajaan yang dikuasai oleh keluarga pemerintah.

Komen yang dibuat oleh Ahli Parlimen yang dianggap menghina puak-puak Kuwait tertentu telah mencetuskan banyak demonstrasi pada masa lalu.

Protes Kuwait kerap diadakan mengenai isu-isu politik dan puak, dan majoriti protes adalah secara aman.

Kuwait berada dalam kebuntuan politik untuk beberapa bulan selepas mahkamah membubarkan parlimen yang dikuasai pembangkang, yang dilantik  Februari lalu, memberi alasan masalah teknikal.

Sidang Ahli Parlimen sebelumnya yang majoritinya cenderung kepada kerajaan, telah dilantik semula oleh mahkamah, namun gagal untuk bersidang disebabkan pemulauan oleh ramai Ahli Parlimen.
Penganalisis menjangka amir akan membubarkan Parlimen tidak lama lagi dan memanggil untuk diadakan pilihan raya parlimen baru tahun ini atau tahun depan.

harakahdaily/-

Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur

Posted: 03 Oct 2012 09:51 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi syukur dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang benarkan Kelantan membuat rayuan kes royalti.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, DPPNK berpandangan keputusan mahkamah ini sekalipun bukannya merupakan kemenangan mutlak kerajaan negeri Kelantan namun ia tetap membuka harapan baru kepada kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang telah jelas termaktub di dalam perjanjian.

Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

"Tahniah kepada rakyat Kelantan dan semua pihak yang telah terlibat di dalam Konvoi Mega Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan kerajaan Kelantan menyaman Petronas di atas kegagalan menepati perjanjian yang dimeterai pada 1975," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Pemuda PAS, katanya mengulangi ikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri di dalam perjuangan menuntut hak royalti minyak yang telah dinafikan semenjak sekian lama.

"Dalam hal ini, semua pihak perlu sedar bahawa isu ini bukannya isu politik bahkan gerakan menuntut royalti minyak ini bukan hak milik mana-mana parti politik. Ia merupakan hak rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya.

Justeru semua pihak perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam menyuarakan tuntutan terhadap hak royalti minyak ini.

"Sekali lagi tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga satu hari nanti cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan menikmati hasil buminya sendiri akan menjadi realiti Insya Allah," katanya.

harakahdaily/-

Tubuh suruhanjaya bantu SPRM kendali kes profil tinggi

Posted: 03 Oct 2012 09:50 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang.

Beliau berkata, penubuhan suruhanjaya itu bagi membantu SPRM mengendalikan isu-isu yang melibatkan rasuah khususnya kes yang berprofil tinggi

Panel ini berperanan untuk membantu dan memberi komitmen ke atas SPRM pada tahun 2009, antara lain panel ini akan menasihati Perdana Menteri serta meneliti laporan SPRM di samping mengemukakan cadangan ke arah penambahbaikan SPRM.

"Di mana dalam penjelasan yanag saya dapat dari SPRM  saya selaku anggota panel khas SPRM telah dilantik kembaali oleh Yang di-Pertuan Agong untuk penggal kedua.

"Jadi ada banyak perkara yang tidak boleh dibawa oleh SPRM. Saya tegaskan suruhanjata undang-undang hendaklah ditubuhkan untuk melihat kembali seksyen 23 dan 50, yang perlu penelitian semula," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media.

Beliau yang dilantik semula sebagai ahli panel oleh Yang di-Pertuan Agong, berkata, undang-undang rasuah ini termasuk dalam undang-undang lapuk yang memerlukan pembaharuan malah perkara ini turut dikritik oleh pengamal perundangan.

"Saya mahu jelaskan dalam dokumen yang diberikan  kepada kami oleh pihak SPRM termasuk isu-isu yang melibatkaqn kelemahan undang-undang, menyebabkan isu pengakuan tidak diterima di mahkamah Malaysia, berlainan di Amerika, Hong Kong, Singapura," katanya.

Misalnya kata beliau, seorang anggota polis membuat pengakuan secara bertulis menerima wang rasuah sebanyk RM800 namun, mahkamah negara ini berpendapat bahwa perbuatan itu merupakan cendera hati.

Salahuddin turut dimaklumkan dalam mesyuarat, SPRM telah membuka enam kertas siasatan terhadap seorang ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.

Namun, katanya pendakwaan terhadap tokoh popular dan memiliki harta yang banyak itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada pihak panel untuk bawa dalam parlimen supaya diadakan reform terhadap undanga-undang ini," katanya yang turut membangkitkan perkara ini di dalam perbahasannya semalam.

harakahdaily/-

Bukti cinta sejati

Posted: 03 Oct 2012 09:46 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih.
 
KASIH ISTERI...Raya membantu Kamarul Baharin mengambil kuih. 
 
KUALA PILAH: Dia diperkenalkan kepada calon suami yang lumpuh separuh badan, namun setuju untuk menerima jejaka itu sebagai suami dan kini selepas 39 tahun berlalu, hidup mereka kekal bahagia, malah dikurniakan lima anak.

"Sepanjang tempoh 39 tahun, suami insan paling sempurna di mata dan hati saya serta anak-anak," kata Raya Dahan, 57, wanita yang tabah menjaga suaminya, Kamarul Baharin Shariff, 67, sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Kamarul Baharin, bekas jurulatih silat gayong Selangor pada 1960-an lumpuh separuh badan selepas cedera di kepala akibat ditetak dengan parang secara tak sengaja oleh rakan ketika melakukan demonstrasi silat pada 1967.

"Insiden itu berlaku ketika suami saya beraksi untuk rakaman persembahan silat gayong untuk siaran televisyen. Tiga bulan dia dirawat di hospital sebelum disahkan doktor lumpuh separuh badan," kata Raya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perigi Jerneh, Senaling, di sini.

metro/-

Bakar RM500,000

Posted: 03 Oct 2012 08:31 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

RENTUNG...anggota polis menyiasat van keselamatan yang disamun dan dibakar di Jalan Tiong, Off Jalan Meru, Klang.
 
RENTUNG...anggota polis menyiasat van keselamatan yang disamun dan dibakar di Jalan Tiong, Off Jalan Meru, Klang. 
 
KLANG: Lima perompak bertindak nekad melarikan beberapa karung wang tunai berjumlah RM1 juta daripada sebuah van keselamatan sebelum membakar kenderaan itu yang masih mengandungi baki RM500,000 lagi dalam kejadian di Jalan Tion, Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, van dinaiki tiga pengawal keselamatan itu baru selesai mengutip wang tunai dari beberapa kedai nombor ekor berlesen di bandar ini sebelum tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki menghalang van berkenaan di Jalan Meru, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, dua daripada suspek yang bersenjatakan pistol kemudian mengarahkan pekerja syarikat keselamatan itu duduk di bahagian belakang van serta mengarahkan pemandunya memandu ke arah Taman Eng Ann, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.

"Bagaimanapun, seorang daripada tiga pengawal keselamatan itu berjaya melarikan diri," katanya.

metro/-

Kena pukul lepas tegur jiran

Posted: 03 Oct 2012 08:15 PM PDT

Kena pukul lepas tegur jiran18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
Siti Khatijah menunjukkan kayu yang didakwa digunakan suspek untuk memukul tangan kirinya.
 
BESUT - Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki dipercayai penagih dadah supaya jangan lalu berhampiran rumahnya berakhir dengan insiden apabila mangsa dakwa dipukul dengan objek keras oleh lelaki tersebut yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa, Siti Khatijah Mohamad, 58, lebam di tangan, muka dan belakang badan akibat dipukul dengan kayu, batu bata dan kerusi plastik oleh suspek yang dikenalinya.

Menurutnya, ketika dia bersiap hendak menunaikan solat Zohor, suspek berumur 20-an itu lalu di tepi rumahnya dan didapati dalam keadaan mencurigakan.

"Ketika itu, saya berdiri di pintu tepi rumah dan bertanya kepada suspek, dia mahu ke mana kemudian saya larang dia lalu (berada) berhampiran rumah saya.

"Saya berbuat demikian kerana takut berikutan tahu latar belakangnya yang didakwa sering pecah masuk rumah, tambahan beberapa minit sebelum kejadian, suami saya, Abdul Khadir Yaacob, 60, baru memperoleh wang hasil jualan padi," katanya yang ditemui di rumahnya di sini dekat Pasir Akar, Hulu Besut.

Siti Khatijah berkata, tidak berpuas hati dengan kata-kata itu, suspek bertindak memarahi lalu memukul lengan kirinya dengan sebatang kayu menyebabkan tangannya bengkak dan terasa sakit.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumahnya sambil mengugut untuk membakar rumahnya sekiranya dia tidak memberikan wang sebanyak RM50 kepada suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kemudian datang lagi menyerang mangsa kali kedua dengan membaling bata yang mengenai tepi pipi kiri mangsa apabila mangsa sempat mengelak.

Suspek kemudian turut memukul belakang mangsa dengan kerusi dan sebatang kayu kecil.

"Saya tidak mampu melawan dan ketika kejadian, saya sendirian di rumah  kerana suami ke kebun malah teriakan saya tidak didengari jiran. Saya meminta maaf kepadanya sambil merayu agar tidak memukul lagi," katanya.

Selepas suspek meninggalkan tempat kejadian, dia menggagahkan diri berjalan kaki selama lima minit pergi ke kebun di belakang rumah untuk meminta bantuan suami sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar disusuli mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti kerana suspek terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.

sinar harian/-

Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina

Posted: 03 Oct 2012 08:09 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.  Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.

(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)

Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.

Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Mengapa projek Rapid  tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?


"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.

Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.

Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.

Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.

"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.

Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.

Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.

harakahdaily/-

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka

Posted: 03 Oct 2012 08:06 PM PDT

NONE18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat

PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.Mkini.

detikdaily/-

RMK9: Apa perkembangan lebuh raya ke Kota Bharu

Posted: 03 Oct 2012 07:56 PM PDT

18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).


Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.

harakahdaily/-

Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov

Posted: 03 Oct 2012 01:28 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah.

Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus.

"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

"Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya.

Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini.

Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke,  dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

HARAKAHDAILY/-

Gelisah dengar bunyi guruh

Posted: 03 Oct 2012 01:26 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Gelisah dengar bunyi guruh
Beginilah keadaan Jariah setiap kali hujan lebat.
 
BANDARAYA MELAKA - Setiap kali mendengar bunyi guruh di langit, pasti menimbulkan kegelisahan buat ibu tunggal anak dua, Jariah Mohd Yusof, 56.

Ini kerana dia terpaksa bersengkang mata bagi memastikan hujan benar-benar turun atau tidak di kawasan rumahnya di tengah-tengah bandar raya di Jalan Masjid, Kampung Hulu, di sini.

Jariah berkata, dia bukan sahaja terpaksa berjaga malam, malah perlu menggunakan kudratnya membersihkan lantai rumah dan menukar bekas takungan yang dipenuhi air jika hujan lebat.

Warga emas yang mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) ini berkata, keadaan itu dihadapinya sejak 12 tahun lalu.

"Keadaan ini semakin merunsingkan kerana saya hanya bekerja mengambil upah membersihkan rumah dengan pendapatan RM300 sebulan.

"Dengan pendapatan tidak seberapa, manalah saya mampu untuk membaiki siling rumah yang bocor," katanya.

Dinding dimakan anai-anai

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila kayu pada bumbung dan dinding rumah yang berusia lebih 40 tahun itu juga sudah dimakan anai-anai dan menunggu masa menyembah bumi.

Jariah berkata, walaupun mempunyai dua anak lelaki berusia 28 dan 25 tahun tetapi dia  tidak boleh bergantung kepada mereka yang juga hidup susah sepertinya.

"Saya mempunyai dua anak yang telah berkahwin dan masing-masing kini tinggal di rumah mentua mereka.

"Anak sulung OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu menyara isteri dan dua anaknya, sementara anak kedua saya pula bekerja sebagai penghantar surat syarikat," katanya.

Jariah berkata, dia tidak mahu membebankan hidup anaknya, justeru dia merayu bantuan mana-mana pihak yang sudi membaiki rumahnya terutama bumbung yang bila-bila masa mungkin boleh roboh.

Menurutnya, berikutan siling bocor dia tidak boleh melelapkan mata setiap kali hujan turun terutama pada waktu malam.

"Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan saya meletakkan beberapa baldi dan besen di kawasan yang bocor, selain pelampung kolam mandi yang diberi anak jiran yang balik ke kampung baru-baru ini untuk menadah air di ruang tamu.

"Di dalam bilik tidur, saya letak bekas plastik yang disangkut dengan dawai di jernang kayu tetapi jika hujan lebat saya perlu menggunakan baldi atau bekas lebih besar yang diletakkan di lantai untuk menadah air turun seperti air terjun," katanya.

Pernah mohon bantuan

Jariah berkata, disebabkan Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia, dia pernah memohon bantuan daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sebelum wakil agensi itu datang menilai rumahnya.

"Pernah sebelum ini, wakil Perzim datang menilai rumah sama ada layak diberi bantuan membaiki atau tidak, namun mengecewakan apabila mereka beritahu rumah saya tidak bercirikan Melayu.

"Saya jadi buntu untuk meminta kepada siapa lagi. Kerja yang tidak menentukan ini pun hanya cukup-cukup untuk makan sendiri," katanya yang juga tempang sejak terlibat kemalangan 21 tahun dahulu.

Menurutnya, rumah di bawah satu bumbung itu sudah dibahagi dua bagi membolehkan adiknya, Mazlan Mohd Yusof, 49, tinggal bersama isteri dan dua anaknya di sebelah rumahnya.

"Keadaan sama dihadapi Mazlan dan isterinya, Ramlah Mahadi, 29, yang tinggal bersama dua anaknya, Siti Soleha, 6, dan Mohd Soleh, 5.

"Namun rumah mereka lebih teruk dimakan anai-anai. Malah telah beberapa kali kami dengar sesuatu jatuh di atas siling. Kami sangka musang tetapi apabila diperiksa, rupanya kayu reput jatuh kerana terdapat butiran pasir dan tanah di atas lantai rumah kami," katanya.

Baik pulih rumah tradisional

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubu, Juret Ali berkata, Jariah pernah mengadu masalahnya beberapa bulan lalu sebelum dirujuk kepada Perzim kerana rumah berkenaan di dalam kawasan Warisan Dunia.

"Bagaimanapun, pihak kami akan berjumpa dan berunding dengannya sama dia mahu memohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau mana-mana yang lebih terbaik untuknya pada masa hadapan," katanya.

Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menghalang Jariah untuk membuat sebarang pengubahsuaian terhadap rumahnya.

"Memang Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia namun Perzim hanya membantu membaik pulih mana-mana rumah bercirikan tradisional Melayu Melaka sahaja tetapi rumah Jariah tidak termasuk kategori berkenaan.

"Justeru, Jariah perlu memohon bantuan daripada pihak lain. Malah, Perzim tiada halangan sekiranya dia mahu mengubah suai atau membaiki rumah pusakanya itu," katanya.

SINAR HARIAN/-

Keputusan mahkamah buktikan ISA zalim - GMI

Posted: 03 Oct 2012 01:23 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menetapkan penangkapan terhadap 5 aktivis di bawah ISA pada tahun 2001 sebagai tidak sah.
Demikian dinyatakan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya menyebutkan tuduhan Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai terhadap kelima-lima aktivis tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah menetapkan kelima-lima mangsa ISA telah diperlakukan secara zalim sepanjang berada di bawah tahanan ISA.

Mereka dipaksa berbogel di hadapan pegawai penyiasat, dipaksa berjalan dengan kaki ayam ke tandas yang kotor, disiasat selama berjam-jam secara berterusan dan bagi yang muslim tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.

Oleh itu mahkamah mengarahkan setiap daripada mereka dibayar pampasan yang setimpal dengan penindasan yang telah mereka alami.


Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau anugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga anugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom dan Tian Chua Chang  yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.

"Hal ini menjustifikasikan segala tuntutan yang pernah GMI kemukakan kepada kerajaan Malaysia.

"Dalam episod perjuangan GMI menentang akta zalim ini, GMI telah mendedahkan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku terhadap tahanan ISA," ujar Syed Ibrahim.

Namun, katanya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri terus menafikan dakwaan GMI tersebut dan terus mempertahankan ISA sebagai undang-undang yang adil.

"Dengan mengambil kira keputusan mahkamah ini, apakah Menteri Dalam Negeri masih boleh menafikan kekejaman berlaku terhadap tahanan semasa ISA?" soal beliau.

Beliau menegaskan, GMI sehingga ke hari ini sentiasa konsisten mendedahkan siri-siri kekejaman yang terpaksa dilalui oleh tahanan yang masih meringkuk di bawah penahanan ISA.

Katanya, namun setiap pendedahan itu tidak langsung dijawab secara bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar untuk berdiam diri.

Sebagai menghormati keputusan mahkamah, kata Syed Ibrahim seharusnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewaktu kelima-lima aktivis tersebut ditahan pada 2001 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kedua-dua individu ini perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang telah mereka lakukan sehingga menyebabkan aktivis rakyat yang tidak bersalah ditahan dan diseksa secara kejam di bawah ISA," ujarnya.

Katanya, ISA hanya akan berfungsi sekiranya Menteri Dalam Negeri memberi restu untuk pihak polis menahan seseorang yang dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Kuasa inilah yang telah disalah guna oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pada waktu itu untuk menahan aktivis rakyat yang menjadi musuh politik  kepada Barisan Nasional pada ketika itu.

"Bekas tahanan ISA ini difitnah oleh bekas Ketua Polis Negara sebagai ancaman kepada keselamatan negara dengan memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, dan dilabel sebagai pengganas.

"Semua ini perlu dibersihkan oleh kerajaan Malaysia," ujarnya.

Beliau berkata, GMI mengira sudah tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan oleh Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.

Tegasnya lagi, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein perlu segera membatalkan segala perintah tahanan dan membebaskan kesemua mangsa kezaliman ISA.

Katanya, keputusan mahkamah itu memberi gambaran bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan kepada bekas tahanan ISA mahupun tahanan semasa boleh diragui.

"GMI yakin keputusan mahkamah ini akan menyemarakkan lagi perjuangan mangsa-mangsa ISA untuk menuntut keadilan," katanya.

GMI juga, tegasnya tidak menolak akan lebih ramai bekas-bekas tahanan ISA akan tampil untuk mengheret Kerajaan Malaysia ke muka pengadilan sekiranya kezaliman ini tidak diperbetulkan segera.

Menurut Syed Ibrahim, satu-satunya cara untuk kerajaan Malaysia membetulkan segala kesilapan telah berlaku di bawah ISA ialah dengan membebaskan segera kesemua tahanan ISA dan membayar pampasan yang setara dengan kezaliman yang telah mereka lalui.

"Kerajaan juga perlu menutup Kem Tahanan Kamunting yang selama ini telah menjadi simbol kekejaman pihak kerajaan terhadap rakyat.

"Akhirnya, GMI sekali lagi sifatkan keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan buat bekas Tahanan ISA, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan," ujarnya lagi.

HARAKAHDAILY/-

Tarikh gali semula kubur Arafat rahsia

Posted: 03 Oct 2012 01:18 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Arafat meninggal akibat diracun
Yasser Arafat
 
RAMALLAH — Kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat akan digali semula untuk ujian keracunan ke atas rangkanya selepas balu Allahyarham, Suha dan Pihak Berkuasa Palestin meragui siasatan sebelum ini.

Jurucakap Palestin berkata, kubur Arafat akan digali semula pada satu tarikh yang dirahsiakan supaya pasukan tersebut dapat mengambil sampel untuk membuat ujian keracunan.

Katanya, pasukan penyiasat dari Perancis dan Switzerland akan menjalankan siasatan bersama ke atas kematian pemimpin itu, yang meninggal dunia pada 2004.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan itu akan bertindak secara berasingan, lapor Associated Press (AP), semalam.

Desakan mengkaji semula kematian datang selepas makmal Switzerland mendakwa menemui polonium-210, sejenis isotop radioaktif yang boleh membawa maut pada pakaian yang dikatakan milik Arafat.

Hal ini kemudiannya menyemarakkan lagi syak bahawa pemimpin itu telah diracun.

Sementara itu, pasukan penyiasat jenayah dari Perancis itu dipanggil menyiasat atas permintaan Suha manakala Pihak Berkuasa Palestin menjemput saintis dari Switzerland untuk memeriksa mayat pemimpin itu bagi mengetahui punca kematian beliau yang masih kekal misteri.

Laporan sebelum ini mengatakan beliau meninggal dunia kerana strok, bagaimanapun ada sumber yang mengatakan selama beberapa minggu sebelum meninggal, penyakit sebenar beliau tidak jelas, sehingga membawa kepada teori-teori konspirasi.

Arafat, 75, meninggal dunia di hospital tentera Perancis pada 11 November 2004, dua minggu selepas dia dikejarkan ke sana dari Tebing Barat selepas diserang penyakit misteri.

Mengikut rekod perubatan Perancis, beliau telah mengalami keradangan, penyakit kuning dan mengalami pembekuan darah di sarafnya (DIC).

Bagaimanapun, dunia Arab percaya dia telah dibunuh oleh Israel dan pihak Israel dengan lantang menafikan perkara itu.

Arafat merupakan wajah perjuangan Palestin bagi mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama empat dekad dan kekal menjadi pemimpin yang disayangi rakyat Palestin.

SINAR HARIAN/-

Banyak institusi tetapi makin bertambah tiris

Posted: 03 Oct 2012 01:16 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




KUALA LUMPUR: Saban tahun rakyat ternanti-nanti bajet untuk meraih 'secubit keuntungan atau merasa sesuap kenikmatan' tetapi sebarang bajet seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara sentiasa menunjukkan harga yang tidak setimpal dalam hampir semua agensi kerajaan dan kementeriannya.

"Menariknya bermula tahun lepas dan juga tahun ini, pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib (gambar).

Sehubungan itu, beliau memetik kenyatan Presiden PAS dalam ulasan spontan berkenaan dengan bajet yang baru dibentangkan antara lain menyebut"selama puluhan tahun dibentang dan dijanjikan, rakyat perlu sedar tentang ketirisan berbilion duit Khazanah Negara yang telah hilang entah ke mana".

"Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa ketidak bertanggungjawaban mereka yang diamanahkan memegang kuasa dalam melaksanakan tugas dengan sejujurnya," katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Presiden PAS, ujarnya memberi contoh dengan menempelak belanjawan tersebut dengan menyatakan "tetapi dalam pelaksanaan, beli pemutar skru lima kali ganda daripada harga biasa. Itu contoh yang kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada yang menyebabkan negara mengalami kerugian sehingga RM 28 bilion seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara. Belanjawan YAB PM juga sebagai 'belanjawan sembunyi fakta' kerana keengganan membentang laporan Ketua Audit Negara bersama belanjawan".

Baginya, pelik bin ajaib di mana Malaysia terlalu banyak mempunyai jabatan atau institusi dalam menghalang ketirisan seperti Institut Integriti Negara (IIN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk badan-badan agama tetapi setiap tahun angka ketirisan bertambah dan makin bertambah.

"Satu soalan lucu kalau anda beli barang, anda mahu harga murah atau mahal? Sudah pasti harga yang paling murah.

"Inilah pengamalan seluruh manusia yang berakal. Tetapi jangan terkejut budaya BN, jika beli barang mahu yang paling mahal mahupun di pasaran harganya 10 kali ganda lebih murah. Kenapa...faham-fahamlah sendiri," ujarnya.

Justeru, beliau berharap semoga sifat tamak haloba, mementingkan diri sendiri, rakus harta rakyat tiada lagi dalam sanubari dan hati pemimpin yang takutkan Allah dan berkhidmat semata-mata mencari keredhaan-Nya.

HARAKAHDAILY/-

Pecah rekod halangan bunyi dalam terjunan bebas

Posted: 03 Oct 2012 01:14 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


CAPE CANAVERAL, Florida - Tinggal satu minggu lagi sebelum sejarah terjunan udara bakal tercipta.
Pada Isnin minggu hadapan, seorang warganegara Austria, Felix Baumgartner akan cuba melakukan terjunan bebas terpantas, tertinggi dan bakal menjadi penerjun udara pertama di dunia menghampiri kelajuan bunyi.

Bunyi bergerak selaju 1,236 kilometer sejam(km/j) .

Dia merancang membuat terjunan dari sebuah belon helium pada ketinggian 37 kilometer di padang pasir New Mexico dengan kelajuan 1,110 km/j.

Baumgartner, akan memakai satu sut bertekanan tinggi dan topi seperti seorang angkasawan.
Percubaan itu mempunyai banyak risiko, termasuk pembentukan buih dalam aliran darah yang boleh membawa maut dan darah beku pada otak.

Ketua penasihat perubatannya ialah bekas pakar bedah penerbangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan. - Agensi

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 04 Oct 2012 01:31 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Datuk Mahfuz Omar

Posted: 04 Oct 2012 01:30 AM PDT


Idris Ahmad

Posted: 03 Oct 2012 11:07 PM PDT

Idris Ahmad


JATI DIRI SEORANG AHLI PAS

Posted: 03 Oct 2012 06:58 PM PDT

JATI DIRI SEORANG  AHLI PAS

 

Ustaz Idris Haji Ahmad

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat/Pengarah Jabatan Tarbiah Pas Pusat

 

Muqaddimah

 

Pas sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik. Dasarnya Islam, rujukannya Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Penyertaan kita di dalam Pas bukan kerana hanya mengisi masa lepang tetapi ia adalah wajib untuk penerusan kepada perjuangan Islam di negara ini. Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Pas maka di sana bererti ia sudah berbaiah untuk mematuhi peraturan dan tatacara sebagai seorang ahli Pas. Ertinya segala tindakan kita sudah berada di dalam kawalan jamaah, ini adalah lumrah mana-mana organisasi. Contonya kita bekerja di  kilang Samsung berbeza kerja dengan kilang Proton. Peraturan setempat mesti diikuti, jika kita tidak boleh ikut, kita kena buka kilang sendiri.

 

Jati Diri Ahli Pas

 

Dari Segi Aqidah

 

1.     Saya mestilah beriman bahawa Allah yang maha esa menciptakan manusia bukan sia-sia sahaja. Dan mesti beriman bahawa manusia akan di kembali dan disoal oleh Allah SWT  setiap amalan yang dilakukan di atas dunia. Justeru itu  saya tidak boleh leka dengan dunia sehingga lupa tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah SWT kerana ini merupakan perkara yang berkaitan dengan akidah.

 

Firman Allah SWT

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arasy yang mulia" (Al-Mukminun 23:115-116)

 

 

2.     Mesti beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka. Kita mestilah mempertahankan Sunnah dan ajaran baginda daripada dinodai. Di antara Sunnah yang wajib saya pertahankan ialah menegakkan  syariat  Allah dan hukumnya seperti yang baginda tegakkan di  Madinah.

 

Firman Allah SWT

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi  dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)" (Surah al-Nahl 16:36)

 

3.     Wajib beriman bahawa ganjaran bagi orang yang beriman yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang yang tidak beriman  dan durhaka ialah api neraka. Janji syurga inilah yang menjadi perangsang dan semangat untuk kita membanyakkan amal dan berusaha untuk mempertahan agama Allah daripada dinoda. Kita mesti berusaha untuk menjauhkan diri dari kelompok yang membawa kebinasaan dan dihumban  ke dalam api neraka jahanam. Firman Allah SWT

 

"…Satu golongan memasuki syurga manakala satu golongan lagi memasuki neraka sa'ir" (Surah al-Syura 42:7)

 

 

4.     Wajib beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama' ialah berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syarak yang dibenarkan. Kita mesti beriman bahawa haram menukarkan hukum yang telah dinaskan secara qat'i oleh Al-Quran dengan  hukum manusia. Menukarkan  kesalahan zina dengan denda wang berlawanan dengan Allah perintahkan dengan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Firman Allah SWT

 

"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah)kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya aku kembali" (Surah Al-Syura 42:10)

 

5.     Mestilah takut hanyalah kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut menyebabkan kita menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.  Kita mesti yakin bahawa semua tindakan,  diperhati oleh Allah SWT samaada sewaktu sunyi atau terang.  Seperti mana yang Allah menjelaskan

 

"Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya serta takut dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan" (Surah Al-Nur 24:52)

 

6.     Wajib mencintai Allah dengan sebenar cinta. Cinta yang menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya. Kecintaan ini mendorong menambahkan amalan-amalan kebaikan, bekorban dan berjihad di jalannya  sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatut menghalang kita daripada mencintai Allah. Apabila kecintaan kepada Allah mengatasi semuanya maka tidak ada apa yang boleh diganti dengan dunia dan pangkat. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:

 

 

"Katakanlah; jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq" (Surah al-Taubah 9:24)

 

 

7.     Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT. Istighfar ini akan membersihkan hati dan melimpahkan ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak akan memohon ampun  selain daripada Allah SWT.

 

"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Surah al-Nisa' 4:110)

 

 

 

 

Dari Sudut Ibadah

 

1.     Kita mestilah memastikan ibadah kita menepati dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Wajib menjadikan ibadah sebagai penghubung dengan Allah SWT kerana Allah sebagai tempat untuk mengadu hal kepadanya dan merasai kehadiran Allah SWT dengan melupakan kesibukan dunia.

Sabda Rasulullah SAW

"Allah SWT tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya"

 

 

2.     Mesti mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga  menjadi satu kebiasaan. Kerana qiamullail  adalah sumber kekuatan yang memantapkan Iman. Sebagai anggota Pas yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan menerima berbagai ujian maka kekuatan rohani amat penting untuk merempuh halangan ini. Kekuatan ini yang tidak dipunyai oleh musuh walaupun mereka memiliki kekekuatan fizikal dan kewangan yang lain.

 

Firman Allah SWT,

 

"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan (al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan" Al-Muzammil 73:6)

 

3.     Mesti meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dapat diambil pengajaran dan menjadi rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan lebih gigih. Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah SAW

 

 Bermaksud,

 "Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut"

 

 

 

4.     Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak segala ibadah. Kerana itu saya akan memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah SAW. Doa adalah senjata bagi orang mukmin ketika berhadapan dengan musuh.

 

Firman Allah SWT

"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu" (Ghafir, 40: 60)

    

 

 

Sudut Akhlak

 

 

1.     Bersifat warak dengan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara syubhat (perkara yang samar) diantara halal dan haram. Kita mesti menjaga makanan, minuman yang samar dari segi halal dan haram supaya  terpelihara dari jatuh kepada perkara yang haram. Sabda Rasulullah SAW

 

"Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangn siapa yang memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara dari agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa  jatuh pada perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam  yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan , hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.  Ketahuilah! Bahawa larangan Allah  ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati" (Bukhari Muslim)

 

 

2.Mesti memelihara penglihatan dari melihat pada perkara yang haram, kerana dengan pandangan ini akan merangsang syahwat yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Firman Allah SWT

 

"Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya memelihara pandangan mereka" (Surah al-Nur 24:30)

 

 

3.Mesti memelihara lidah dari menutur kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Perbuatan ynag tidak menggambarkan akhlak muslim yang tidak layak ada pada anggota jamaah. Sabda Rasulullah SAW

 

"Bukanlah ia seorang mukmin (jika) ia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan bercakap keji"

 

 

4.Mesti bersifat malu dalam setiap keadaan. Namun begitu sifat tersebut tidak     seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat malu ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika becakap, dan perkara yang dianggap menjatuhkan maruah peribadi seorang. Sabda Rasulullah SAW

 

 

"Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illah (tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang  dari Iman" (Baihaqi)

 

 

5.Mesti tekun dan sabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersingung. Firman Allah SWT

 

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu" (Surah al-Nur 24:22)

 

 

 

 

6.Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara seIslam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) samaada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah SAW sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan dari sifat takbur.

 

Baginda bersabda

 

"Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur" (Riwayat Muslim)

 

 

7.Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya  lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk, sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh oleh ahli Pas. Jangan lah ia memburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan  bertambah luas. Firma Allah SWT

 

 

"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari perasangka, sesungguhnya sebahagian dari perasangka  itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima Taubat lagi Penyayang." (al-Hujurat 49:12)

 

 

 

8.Mestilah bersifat benar dalam semua hal dan keadaan. Mesti benar pada diri dan tidak takut pada celaan orang lain. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk syaitan dan iblis, membawa kehinaan pada peribadi insan. Kita mesti benar dalam kata-kata, benar ketika menyampaikan prinsip perjuangan parti dan benar ketika meyatakan sesuatu kepada orang lain. Tidak layak seorang anggota Pas yang berdusta ketika berbual dengan orang lain dan bertindak secara dusta. Sabda Rasulullah SAW

 

"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan  dan sesungguhnya kebajikan itu  membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta" (Mutafaqun 'Alaih).

 

 

 

9.Mesti menunjukkan contoh teladan yang baik agar sama dengan Islam yang menjadi dasar Pas. Akhlak kita mesti selari dengan al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia akan memberi kesan kepada perjuangan Pas. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Maka kita pastikan diri,  keluarga dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada,kerana kita akan menjadi duta kepada Pas untuk melebarkan pengaruh Pas kepada masyarakat. Seperti kata hukama'

 

"Lisanul Hal (tindakan) lebih baik dari lisanul Maqal (berkata-kata)"

 

 

 

 

 

Sudut Rumahtangga

 

 

2.Mesti memastikan perkahwinan kita adalah kerana Allah untuk membina rumahtangga Muslim bagi melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

 

Sabda Rasulullah SAW

"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka, orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri untuk menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya" (Tirmizi).

 

 

2.Kita mesti memilih wanita yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun  tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah SAW

 

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaanya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka  atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama" (Ibn. Majah).

 

 

 

 

3.Perhubungan suami isteri tidaklah terbatas kepada hubungan untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja, malah hubungan antara kita mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kita sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadah bersama-sama turut mengatur urusan rumah tangga dan meluangkan waktu untuk bergurau senda. Kita mestilah sama-sama memikirkan bagaimana untuk memajukan perjuangan yang di bawa oleh Parti Pas. Sekiranya persefahaman tidak wujud antara suami dan isteri ia akan menjejaskan gerak kerja jamaah.

 

 

4.Suami isteri mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam. Orang ramai sentiasa memerhati rumahtangga ahli Pas supaya selari dengan prinsip perjuangan yang di bawa. Kita bimbang orang tidak berminat dengan Pas apabila melihat rumahtangga ahli Pas yang tidak tepat dengan kehendak Islam. Pastikan anak isteri menutup aurat mengikut syariat. Kita tidak mahu anak isteri  menjadi fitnah pada perjuangan Pas.  Biar orang  berminat dengan Pas apabila mereka melihat rumahtangga Islam yang dibina dalam rumah ahli Pas. Firman Allah SWT

 

"Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan" (Al-Tahrim 66:6)  

 

 

5.Berazam untuk memastikan anak-anak kita dapat meneruskan perjuangan Pas apbila kita sudah menemui Allah. Tidak ada makna jika kita  seorang sahaja yang berjuang. Pastikan perjuangan kita akan diwarisi oleh anak cucu kita. Jangan biarkan kaum keluarga kita beristirehat di rumah biar mereka sama-sama bergelumang dengan perjuangan.

 

6.Bawa balik perjuangan Pas ke rumah. Berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Jangan ada di kalangan kita tidak mahu  membincang mengenai perjuangan dengan keluarga, ini satu kesilapan. Ia mungkin akan membawa kesan mudarat pada masa akan datang  kepada anak-anak kita sehingga mereka  menjauhkan diri dengan Pas ketika mereka besar nanti. Lebih malang lagi mereka akan mendekatkan diri dengan perjuangan Umno, berpunca daripada kecuaian kita mendidik.

 

8.Beri semangat kepada anak-anak bahawa Pas memerlukan kita untuk menjayakan matlamat perjuangan Pas. Jika kita tidak  berkorban untuk Pas,  siapa lagi yang boleh diharapkan.

 

9.Kita mesti merasa bangga jika kita berjaya meninggalkan zuriat sebagai pejuang Islam. Biarlah zuriat kita berputar bersama dengan roda perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

 

10.Tidak sepatutnya kita sebagai ahli Pas menakut-nakutkan anak kita supaya jangan berjuang dengan Pas, nanti dibimbangi tidak ada rezki dan gelap masa depan.

 

   

Kewajipan Khusus Sebagai Ahli  PAS

 

1.     Mematuhi arahan pimpinan parti selagi tidak bertentangan dengan Islam.

2.     Mesti mengikut semua manhaj perjuangan Pas tanpa berbelah bagi.

3.     Menghadiri program ilmu untuk menambahkan pengetahuan Islam.

4.     Menghadiri program tarbiyyah supaya dapat membina fikrah dan keperibadian Muslim sejati.

5.     Menjaga akhlak sebagai seorang anggota parti.

6.     Mesti pastikan keluarga kita menutup aurat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah penilaian pertama orang kepada ahli Pas.

7.     Menghadiri program yang diarahkan oleh pimpinan parti di semua peringkat.

8.     Membayar yuran tahunan ahli.

9.     Menghadiri mesyuarat agung parti setiap tahun

10.   Memastikan isteri/suami  menjadi ahli Pas supaya  sama-sama memahami konsep perjuangan Islam

11.   Memastikan anak-anak  yang sudah aqil baligh menyertai Pas supaya tidak ada unsur-unsur perosak dalam rumah kita. Dengan ini anak kita akan merasakan Pas adalah jamaahnya maka sukar pihak musuh hendak menariknya.

12.   Menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam untuk menyertai PAS.

13.   Menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh terhadap PAS

14.   Menerangkan dasar Pas dan perbezaan dasar Umno kepada orang ramai.

15.   Boleh  menegur pimpinan dan memberi pandangan dengan cara yang beradab.

                      

 

Perkara Yang Perlu  Dijauhi Sebagai Ahli PAS

 

1.     Melakukan perkara yang haram di sisi agama

2.     Melakukan perkara yang bersalahan dengan dasar parti.

3.     Tidak mahu mengikut arahan pimpinan

4.     Melahirkan perasaan marah di tempat awam seperti di kedai kopi kerana di sana banyak ejen musuh yang sedang memerhati dan mendengar.

5.     Tidak mahu membayar yuran tahunan

6.     Tidak mahu datang mesyuarat agung tahunan.

7.     Tidak melaksanakan amanah yang diberikan

8.     Malas untuk menghadiri program dan kursus anjuran parti.

 

 

 

 

Penutup

 

Sedarlah bahawa penyertaan kita sebagai anggota Pas bukan satu perkara yang sia-sia. Penglibatan  dalam Pas bukan kerana  marah kepada mana-mana individu musuh, tetapi sebagai tanggungjawab untuk melanjutkan kerja-kerja yang mulia setelah para Rasul tidak ada lagi sedangkan kemungkaran dan kemaksiatan masih berluasa. Siapa lagi yang  akan mempertahankan agama yang suci ini jika kita sebagai hamba Allah tidak sanggup untuk memperjuangkan agama Allah. Perlu sedar bahawa hidup dan mati kita hanya diserah kepada Allah SWT dan yakin bahawa masa depan dunia berada di tangan Islam. InsyaALlah.

 

           

 

 

 

 

 

 

 

 


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Oct 2012 09:24 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


EKSPRESI ANAK MUDA

Posted: 03 Oct 2012 08:39 PM PDT


PAS LENGGONG

Posted: 03 Oct 2012 07:48 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 03 Oct 2012 07:38 PM PDT


Umno (syaitan seperti kata Mahathir) sentiasa mencari jalan untuk membina ketidak puasan hati antara komponen PR.
Awas  
PARLIMEN PUN BELUM BUBAR...
MULUT DAH CELUPAR..
SELANGOR BAKAL DAPAT MB BARU LAAA...
20 MP PKR JADI KABINET LAAAA...
APA CITE NIH...
TUNGGU JAK... KALO PR GAGAL KE PUTRAJAYA
AKU NAK TENGOK SAPA YG PATAH BALIK...

Posted: 03 Oct 2012 07:36 PM PDT

Posted: 03 Oct 2012 07:28 PM PDT


Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia



Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.
Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 03 Oct 2012 07:31 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi

Posted: 03 Oct 2012 08:26 AM PDT

SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar.
 
Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah. 


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Oct 2012 03:25 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


5 OKTOBER CERAMAH UMUM SEMUA KAUM

Posted: 03 Oct 2012 09:43 AM PDT


Batu Gajah Mari

Posted: 03 Oct 2012 11:43 AM PDT

Batu Gajah Mari


Tawaran terbaik!! Jangan lepaskan!

Posted: 03 Oct 2012 12:42 AM PDT








Price : RM 28 800 Type: Sedan Make: Proton
Model: Saga Reg. year: 2008 Mileage: 120 000 - 129 999
Transmission: Auto Engine Capacity: 1300 cc Color Type: Metalic
Color:
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering

~Proton Saga BLM 1.3 Auto M-Line
~Mettalic Black
~Model 2008
~1 Owner Malay
~Free addcident
~Well maintain
~No need repairs
~Tip-top Condition
~Fulloan 100% loan : 30k x 9years:377.00
~Trade in accept

~Welcome to see
No 133 Jln Raja Dr Nazrin Shah
31350 Ipoh,Perak
FlyOver(Medan Gopeng)
Please call for view :
HP 019-5722778 / 0175077417 - Amat                                                 

VIDEO: Pendedahan Abdullah Antong! beliau tidak kenal siapa yang usung Sivakumar!

Posted: 02 Oct 2012 07:50 PM PDT


Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Abdullah Antong Sabri,
Bekas Setiausaha DUN Perak

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 03 Oct 2012 11:07 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Jambori Amal Kebangsaan 2012

Posted: 02 Oct 2012 09:50 PM PDT

Jom anggota amal sekelian, jangan lepaskan peluang untuk menghadirinya. Bermacam-macam aktiviti yang menarik akan diadakan.

Tarikh : 05 - 07 Oktober 2012
Tempat : Pelangi Beach Resort, Balok Kuantan Pahang

JUMPA DI SANA!!!



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Oct 2012 09:39 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kenyataan akhbar EXCO Pendidikan Selangor

Posted: 03 Oct 2012 08:40 AM PDT



                                KENYATAAN AKHBAR
             YB PUAN DR.HJH  HALIMAH ALI 
EXCO PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENGABAIAN BANTUAN SEKOLAH AGAMA MILIK MASYARAKAT(SAR) DALAM PEMBENTANGAN BAJET 2013 OLEH PERDANA MENTERI
                  
1.     Saya teramat kesal sikap kerajaan Malaysia yang tidak adil dalam agihan bajet 2013 untuk pendidikan  kepada pelbagai kelompok warganegara. Di mana perginya 1Malaysia??

2.     Perkara yang amat ketara dalam pembentangan bajet tahunan oleh YAB PM pada 24/9/12 ialah TIADA peruntukan langsung untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT(SAR). Ini seolah-olah menggambarkan kerajaan UMNO-BN telah mendiskriminasikan ibubapa yang MEMILIH untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat dasar(sekolah rendah) yang berorientasikan agama.

3.     Apa bezanya hak mereka ini dengan hak ibubapa yang memilih untuk menghantar anak ke SJKC, SJKT, Muballigh dan SK ? Bukankah ibubapa warganegara sah ini juga mempunyai hak menghantar anak mereka ke jenis persekolahan yang mereka pilih? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia?

Petikan Perlembagaan Malaysia(Bahagian 2 Hak Asasi)
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

4.     Tiada peruntukan kewangan untuk Institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan sekolah KAFA seperti mana tahun-tahun sebelum ini menjadikan sekolah ini terus terpinggir dalam arus pendidikan perdana. Jauh sekali sekolah agama milik kerajaan negeri sedangkan institusi ini memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak bangsa. Aspek pendidikan ini tidak dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun kerajaan mendakwa agama Islam antara hak keistimewaan orang-orang Melayu.


5.     Peruntukan RM 100 juta yang diberikan kepada  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah sekolah peringkat menengah bukan peringkat dasar(rebung) yang mahu diperkayakan dengan budaya dan jati ummat seperti yang dipraktikkan golongan Tionghua dan India, yang masing-masing diperuntukkan RM100 juta. Sekolah muballigh pun mendapat RM100juta. Kenapa SAR tidak dapat peruntukan langsung!!??


SABK tidak mewakili semua jenis sekolah agama

6.     Peruntukan SABK BUKANLAH bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar. Kerajaan tidak boleh menyalahkan pihak sekolah dan negeri untuk tidak mendaftar sebagai alasan bantuan tidak diberikan kerana mereka telah berdaftar dengan Enakmen Majlis Agama Islam Negeri, berdaftar sebagai sekolah yang menjalankan peperiksaan kebangsaan, pelajar juga mendaftar sebagai calon peperiksaan. Lebih mustahak lagi mereka sudah mendaftar sebagai warganegara Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Negara bagi membolehkan peruntukan diberikan untuk kepentingan rakyat (ke mana pergi cukai untuk pendidikan mereka).

7.     Ironinya, bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi setiap murid dari darjah 1 hinggaTingkatan 5 boleh pula diberikan termasuk sekolah yang tidak berdaftar dengan kerajaan. Kesukaran dan sikap ambil mudah dalam memberikan perhatian kepada sekolah agama seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia!
8.     Sekolah Agama milik kerajaan negeri berjumlah 107 buah dengan bilangan kelas 2, 064, bilangan guru 4, 680 orang, bilangan pelajar 62, 929. Sekolah agama milik masyarakat berjumlah 142 dengan jumlah kelas 1,392, bilangan guru 3, 073 dan pelajar berjumlah 37, 150.

Jumlah ini belum mengambil kira sekolah jenis yang sama bagi  peringkat rendah kerana operasinya yang berbeza antara negeri dengan negeri yang lain. Jumlah sekolah-sekolah ini ialah 1, 890, dengan jumlah guru 14, 167. Bilangan pelajarnya 529, 645 orang. Bilangan ini belum termasuk sekolah agama swasta dan sekolah yang diusahakan secara persendirian termasuk yang tidak mendaftar dengan mana-mana kerajaan yang jumlahnya tidak kecil. Kewujudan dan realitinya ada di hadapan kita. Jumlah ini secara kasarnya adalah 30 % daripada keseluruhan pelajar-pelajar Islam di seluruh Malaysia!

9.     Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh PM awal bulan lepas  menekankan keutamaan kepada peranan ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam memberikan sumbangan kepada sekolah sebagai rakan baru. Namun, semangat ini tidak diterjemahkan secara menyeluruh dalam bajet yang menganaktirikan sekolah agama.

10.                        Menyerahkan peranan ini kepada Kerajaan Negeri semata-mata atas nama agama kuasa negeri adalah sikap yang tidak bertanggungjawab kerana Negeri sendiri sudah lama terbeban dengan kewangan khususnya dalam aspek pendidikan. Negeri Selangor membelanjakan RM 264 juta untuk 2011.Negeri Kelantan, telah membelanjakan hampir 70 juta setahun untuk pendidikan untuk pendidikan dan ia semakin bertambah setiap tahun. Kedah, negeri yang agak miskin juga berkorban apabila sebanyak lebih daripada 60 juta diperuntukkan kepada pendidikan Islam..Perlu disebutkan bahawa Kerajaan Negeri juga telah memainkan sebahagian besar peranan dalam melaksanakan kurikulum kebangsaan.

11.                        Sebahagian sekolah agama terpaksa 'diswastakan' dalam 'negara Islam'Malaysia kerana kerajaan BN tidak mesra pendidikan Islam. Lama-kelamaan sekolah ini terpaksa menawarkan system pengajian yang agak mahal bagi meneruskan kelangsungan sistem pengajiannya atas dasar keperluan dan beban pendidikan jenis ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa dan masyarakat. Atas dasar inilah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor memperuntukkan RM6juta setahun khusus untuk sekolah agama rakyat(SAR) semenjak 2009.Tahun ini ditambah sebanyak RM8.5juta sebagai pengiktirafan SAR melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

12.                        Persepsi sekolah agama berada di luar system pendidikan kebangsaan kurang tepat kerana dari sejarah ia sudah lama berubah system dari pondok kepada madrasah dan kemudiannya sekolah agama.  Tinggal lagi bagaimana kita meletakkannya dalam system pendidikan yang sesuai tanpa menjejaskan identiti, akar budaya dan kurikulum yang tersembunyi. Oleh sebab itulah, SABK yang menjadi cadangan baru kerajaan kepada sekolah agama dilihat bersifat material, birokratik dan berdepan dengan pelbagai tanggapan keyakinan.

13.                        Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan LEPAI sepertimana yang telah dititah oleh Yang Dipertuan Agung dalam Kongres Majlis-Majlis Agama Islam Negeri 2011. Titahan Diraja ini diperkukuhkan lagi dengan Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan pada awal tahun ini di Perlis di mana Raja Perlis telah menitahkan perkara yang sama. Apakah kerajaan secara diam telah membelakangi Majlis Raja-Raja dalam menjaga institusi Pendidikan Islam sepertimana yang di amanah kepada mereka? Apakah peranan yang dimainkan oleh PM selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKIK)?

14.                        Sudah banyak  Seminar Pendidikan Islam sama ada peringkat kebangsaaan mahupun antarabangsa diadakan, pelbagai cadangan dan saranan dikemukakan namun kerajaan masih mengambil sikap pekak, bisu dan buta dalam menjaga keperluan pendidikan Islam dalam masyarakat. Pada tahun lepas sahaja sebanyak 11 seminar tentang pendidikan Islam dianjurkan termasuk anjuran JAKIM dan Kementerian Pelajaran sendiri.

15.                        Bantuan kepada sekolah agama sebelum ini tidak konsisten, sekejap timbul sekejap tenggelam sedangkan kerja-kerja mereka tidak pernah berhenti untuk membina anak bangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Kebangsaan. Sebarang bentuk bantuan kepada sekolah agama tidak seharusnya dijadikan medan untuk lobi-melobi dalam kalangan agamawan dan ahli politik kerana ia seharusnya diberikan atas dasar tanggungjawab. Ia tidak perlu melalui desakan dan tuntutan mana-mana pihak.

16.                        Hakikatnya, salah satu kesan besar kejayaan kolonialisme British ialah memecahkan identiti Melayu yang terikat kuat dengan identiti keIslaman satu ketika dahulu hancur dengan perancangan licik dalam aspek pendidikan. British akhirnya berjaya memisahkan pendidikan Islam yang menjadi asas utama pembinaan dunia Melayu kepada dunia pendidikan Melayu yang sempit. Pendidikan Islam secara perlahan-lahan menjadi kabur dalam peta nasionalisme  yang dikemudikan oleh kerajaan UMNO –Barisan Nasional.Ini menyebabkan orang Melayu amat terpukul di negeri sendiri oleh pemimpin yang tidak jujur mempertahankan jauh sekali untuk mengarusperdanakan sistem pendidikan Rabbani.


YB Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Kerajaan Selangor
Merangkap
Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan PAS Pusat
3.10.12

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Oct 2012 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda

Posted: 03 Oct 2012 06:53 AM PDT

Adalah dimaklumkan KAFA Taman Alamanda, Senawang memerlukan bantuan untuk mengganti peralatan KAFA yang lama dan usang serta untuk pengurusan kelas KAFA.

Antara peralatan yang diperlukan ialah :

2 set komputer (baru atau terpakai yang masih elok)
2 unit pencetak (printer) beserta dakwat
20 rim kertas A4
40 batang white board marker

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 012-9433839 , 019-3465659 atau hantar terus ke KAFA Taman Alamanda, No 4, Tingkat Bawah , Jalan 1, Taman Alamanda, 70450 Senawang, N.Sembilan.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286


Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri

Posted: 02 Oct 2012 07:29 PM PDT


2 Okt 2012 

KUALA LUMPUR: Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari ini berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.

Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

Diskaun PTPTN: Pelajar miskin tetap terpinggir

Posted: 02 Oct 2012 07:28 PM PDT


2 Okt 2012 

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan menguntungkan golongan kaya.

Mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang), Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekaligus.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.

"Yang boleh membayar PTPTN sekaligus orang yang ada duit, orang kaya.

"Orang miskin tetap tidak mampu. Diskaun itu tak memberi apa-apa kesan kepada orang miskin sedangkan yang kita nak bela ialah orang miskin," katanya.

Hamim mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus.

PENTAS RAKYAT

Posted: 02 Oct 2012 07:26 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Posted: 02 Oct 2012 07:24 PM PDT


Pemuda Guchil

Posted: 03 Oct 2012 09:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Oct 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


APA FAEDAH BANGUNAN INI ?

Posted: 02 Oct 2012 08:34 AM PDT

AKU PUN KATA NAJIB NI PENAKUT SANGAT: TAKUT BINI!

Posted: 02 Oct 2012 07:42 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 03 Oct 2012 03:31 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Posted: 02 Oct 2012 12:40 PM PDT

TEMERLOH 30.9.2012 MTD MENTAKAB DENGAN KERJASAMA  UPU SONGSANG TELAH MEMBUKA BILIK GERAKAN UPU SONGSANG BERTEMPAT DI SEBUAH KEDAI DI SIMPANG SANGGANG - MAJLIS  TERSEBUT  DI RASMIKAN OLEH YDP PAS TEMERLOH  HJ MD JUSOH DARUS. DIHADIRI OLEH  AJK UPU SONGSANG - AJK MTD MENTAKAB DAN ORANG RAMAI DISEKITAR SANGGANG.US.ZAKARIA OMAR PENULIS BLOG INI SEMPAT MERAKAMKAN BEBERAPA FOTO.
HJ.AZMI PENGARAH MTD MENTAKAB MENYAMPAIKAN KATA -KATA ALUAN
US.SUKRI SHUIB KETUA PEMUDA  PAS TEMERLOH MENYAMPAIKAN CERAMAH MENGENAI ISU -ISU SEMASA  - TENTANG BAJET 2013 .
MR.WOO PENGERUSI DAP TEMERLOH  MENYAMPAIKAN CERAMAH MENGENAI HUBUNGAN BAIK ANTARA  DAP DENGAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
SDR.HASANUDDIN SALIM  TIMBALAN YDP PAS TEMERLOH MENYAMPAIKAN CERAMAH TENTANG ISU -ISU SEMASA - PENDEDAHAN TENTANG  KETIRISAN YANG BANYAK DILAKUKAN OLEH UMNO -BN.
HJ MD JUSOH DARUS YDP PAS TEMERLOH  MENYAMPAIKAN UCAPAN MENYENTOH TENTANG   UMNO -BN YANG BANYAK MEMBELANJAKAN WANG RAKYAT DENGAN TERLALU BOROS - DAN MERASMI BILIKAN GERAKAN UPU SONGSANG.
 
GAMBAR  YANG SEMPAT DIRAKAMKAN DALAM MASLIS TERSEBUT :
US.ZAKARIA OMAR PENULIS BLOG INI.
FOTO OLEH .US.ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH .
 

 
 
 
 

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Oct 2012 03:12 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


"Pro M" sapu bersih UIAM

Posted: 02 Oct 2012 08:34 AM PDT

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.


Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.

UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. 

PAS TAMBUN

Posted: 03 Oct 2012 01:31 AM PDT

PAS TAMBUN


JOM GEGOR MANJOI...

Posted: 02 Oct 2012 02:12 AM PDT


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 03 Oct 2012 01:18 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi

Posted: 02 Oct 2012 08:14 AM PDT

LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011. Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad [...]

5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j

Posted: 02 Oct 2012 07:55 AM PDT

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Oct 2012 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kanak-kanak mangsa serangan udara Syria

Posted: 03 Oct 2012 12:45 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Kanak-kanak mangsa serangan udara Syria
 
Ratusan orang awam serta kanak-kanak terbunuh kerana konflik berterusan di Syria.
DAMSYIK - Serangan udara berterusan dalam tempoh sehari, membunuh berpuluh penduduk Syria termasuk kanak-kanak, kelmarin.
   
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria melaporkan, keadaan bertambah buruk apabila pertempuran di antara kumpulan pemberontak dan penyokong kerajaan terus berlaku di bandar besar Aleppo.

Di New York, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon menggesa Damsyik agar bersimpati dengan mangsa tidak berdosa itu.

Sementara itu, Menteri Luar Syria, Walid Muallem berkata, satu penyelesaian politik masih boleh digunakan jika Barat dan negara-negara Teluk tidak menyokong pemberontak.

Muallem turut menyuarakan kebimbangan terhadap Washington mengenai senjata kimia di Syria sebagai helah seperti yang pernah berlaku di Iraq.

Menurut pemerhati, serangan udara di bandar Salqeen dalam wilayah tawanan pemberontak Idlib yang bersempadan dengan Turki meragut 21 nyawa termasuk lapan budak.

Sekurang-kurangnya 18 anggota tentera terbunuh di wilayah Homs dalam satu serangan hendap oleh kumpulan pemberontak di lebuh raya Damsyik-Palmyra.

Sementara itu, kumpulan pemerhati melaporkan serangan berpeluru turut berlaku di wilayah Hama dan Daraa.

"Hasil maklumat yang dikumpulkan melalui rangkaian aktivis-aktivis dan kumpulan perubatan, kami mendapati jumlah mangsa korban semalam (kelmarin) sebanyak 160 orang, termasuk 112 orang awam di seluruh negara," kata seorang pemerhati.

Dalam pada itu, Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Ander Fogh Rasmussen berkata, stok simpanan senjata kimia Syria adalah kebimbangan besar buat mereka.

Tetapi Nato masih berpendapat konflik itu boleh diselesaikan menerusi kuasa politik dan bukan tindakan ketenteraan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 30,000 orang termasuk lebih 2,000 kanak-kanak meninggal dunia dalam konflik di Syria sejak ia tercetus pada Mac 2011 lalu.  - AFP

Maut tercekik anggur

Posted: 03 Oct 2012 12:22 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tercekik anggur ketika makan buah itu di kediamannya di Kondominium Raya Ria, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Tahseem Shahriar Mohammad yang berusia dua tahun lima bulan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan makan buah anggur itu bersama ibunya yang juga warga Bangladesh selepas menikmati makan malam.
"Ibunya turut makan buah anggur dan mengupas kulit sebelum menyuap ke mulut mangsa. Namun, ketika ibunya leka mengupas kulit anggur itu, mangsa tiba-tiba mencapai segenggam anggur sebelum memasukkannya dalam mulut sekali gus.

"Tindakan itu menyebabkan dia tercekik dan mengalami kesukaran bernafas," katanya ketika ditemui di pekarangan HRPB, semalam.

Menurutnya, menyedari kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit segera membawa mangsa ke HRPB, namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Bapa mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, enggan ditemu bual wartawan berikutan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anaknya.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asalnya di Bangladesh untuk dikebumikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

kosmo/-

Ikan paus terdampar dijadikan lauk

Posted: 03 Oct 2012 12:03 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


SAVU, Indonesia - Penduduk tempatan di sebuah pulau terpencil di timur Indonesia semalam melapah beberapa ekor ikan paus pilot untuk dijadikan makanan selepas 41 ekor mamalia itu mati terdampar, kata beberapa pegawai.

Sejumlah 44 ekor ikan paus pilot terdampar pada malam kelmarin di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, yang mengamalkan budaya memburu paus untuk dijadikan makanan.

"Penduduk tempatan telah memotong kira-kira 11 ekor ikan paus setakat ini dan mungkin dagingnya dijadikan lauk," kata ketua pejabat perikanan Savu, Dominggus Widu Hau kepada agensi berita AFP.
Ketika nelayan tempatan menjumpai paus-paus itu sebelum tengah malam kelmarin, ia masih hidup. Namun, sudah terlewat dan orang tidak cukup untuk menolaknya kembali ke laut.

Berpuluh-puluh orang termasuk nelayan, tentera laut dan pegawai polis bertungkus-lumus sehingga tengah hari semalam untuk memastikan tiga ekor paus yang terselamat terus hidup.

"Kami berjaya menolaknya kembali ke kawasan perairan, tetapi ia kembali ke pantai," tambah Hau.
Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta mengenal pasti mamalia yang terdampar kira-kira 150 meter dari pantai sebagai ikan paus pilot.

Kata Hau, semua ikan puas yang terdampar itu berukuran antara dua hingga lima meter panjang .- AFP

Pilihanraya Kampus UIA: Pro Mahasiswa Menang Besar

Posted: 03 Oct 2012 12:02 AM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.

Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.

UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.

Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk

Rakyat palsu' dalam daftar pemilih Johor

Posted: 02 Oct 2012 11:59 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



 
Seorang warga Filipina, yang dilapor dipenjara kerana memiliki kad pengenalan palsu pada 2010, dikesan dalam daftar pemilih negeri Johor.

Pemblog pro-Pakatan Rakyat yang menggunakan nama "Milosuam" berkata, beliau menemui laporan Daily Express yang berpangkalan di Sabah bertarikh 21 September 2010 yang disalin dan disimpan dalam arkib Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

NONELaporan itu, yang turut dilaporkan dalam edisi bahasa Melayu akhbar itu Harian Ekspres, disiarkan dengan tajuk "Fake MyKad: Filipino jailed" (MyKad palsu, rakyat Filipinan ditangkap).

Ia juga menyebut, majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada lelaki 43 tahun itu pada 20 September 2010.

"Samsul Salleh, dari Kg Likas dekat sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen bernombor siri 670110-12-5035 dengan namanya sendiri," laporan itu dipetik.

Semakan dengan sistem atas talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi dengan nama sama - Samsul Salleh - layak mengundi di Permas, bawah parlimen Pasir Gudang di Johor.

HARAKAHDAILY/-

Ribut Gaemi landa Tha

Posted: 02 Oct 2012 11:55 PM PDT



17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Jabatan Meteorologi Thailand mengumumkan, hujan lebat berlaku dipengaruhi oleh ribut tropika Gaemi yang diramal melanda negara pada hujung minggu ini.

Menurut agensi berita tempatan, Gaemi kini sedang membadai tengah Vietnam dan bakal menghala ke bahagian lebih rendah di Laos dan beberapa kawasan timur serta tengah Thailand di antara 6 dan 7 Oktober ini.

Sementara itu, hujan monsun barat selatan diramal mengukuh di Lautan Andaman, wilayah selatan dan Teluk Thailand.

Pihak jabatan memberitahu, keadaan itu bakal menyebabkan taburan hujan lebat di semua kawasan sekali gus membawa angin kencang serta ombak besar berukuran dua hingga tiga meter tinggi di sebahagian kawasan utara Teluk Thailand dan Lautan Andaman. - Bernama

[BOHONG LAGI] BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan

Posted: 02 Oct 2012 11:52 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD

Kenderaan mangsa kebal peluru

Posted: 02 Oct 2012 11:48 PM PDT


 

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Sekumpulan lima perompak bersenjatakan pistol terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka untuk merompak RM700,000 yang dibawa oleh seorang pengurup wang gagal dalam kejadian di Jalan Storey berdekatan bangunan Pacific Mall di sini kelmarin.

Wang tersebut terselamat selepas perompak gagal memecahkan cermin kenderaan kalis peluru jenis Toyota Hilux dinaiki mangsa bersama dua pekerja dan seorang pengawal keselamatan walaupun penjenayah telah melepaskan lapan das tembakan.

Kejadian pukul 5 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke premis perniagaannya di pusat bandar selepas mengambil wang berkenaan dari sebuah bank.

Difahamkan, sebelum itu, kumpulan penjenayah itu telah 'mencipta' satu kemalangan apabila melanggar kenderaan mangsa dengan lori dipandu seorang lelaki. Kenderaan itu kemudian terbabas lalu terbalik sebelum dihempap pula lori berkenaan. 

KOSMO/-

Halang penumpang lintas landasan

Posted: 02 Oct 2012 10:36 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Penumpang yang turun dari kereta api terus menyeberangi landasan untuk ke stesen.
 
Penumpang yang turun dari kereta api terus menyeberangi landasan untuk ke stesen.
BANDAR BERA - Usianya sudah mencecah 102 tahun, namun Stesen Keretapi Triang yang mula beroperasi pada 1 Oktober 1910, dengan laluan Bahau-Triang diikuti laluan Triang-Semantan pada 1 Ogos 1911 masih tidak banyak berubah meskipun penumpangnya bertambah dari semasa ke semasa.

Seorang penduduk, Lui Sang, 71, berkata, stesen kereta api itu wajar dinaik taraf termasuk membina pagar berdekatan landasan.

Menurutnya, ia berikutan sebahagian besar penumpang sama ada yang mahu naik atau turun di stesen itu sewenang-wenangnya menyeberangi landasan.

"Memang dari dulu lagi macam itu. Mereka seperti sudah menghafal jadual perjalanan kereta api yang melalui stesen ini.

"Jadi, tidak kira sama ada waktu siang atau malam, mereka berani menyeberangi landasan. Lagipun, ia lebih dekat untuk ke jalan utama," katanya kepada Sinar Harian.

Lui Sang berkata, sepanjang menetap berdekatan stesen itu, belum kedengaran berlaku kes kemalangan digilis kereta api, tetapi berharap perkara itu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

Siti Zuriati Che Hussain, 27, berkata, Stesen Keretapi Triang kerap menjadi lokasi penggambaran pasangan pengantin, tetapi tanpa kebenaran pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"Ada juga yang bergambar di landasan ini sekadar suka-suka. Memanglah cantik sebab berlatarbelakangkan stesen lama, tetapi sebenarnya boleh mengundang maut.

"Sebab itu kalau ada pagar mungkin perkara ini dapat dielakkan walaupun belum pernah lagi berlaku sebarang kes yang tidak diingini," katanya.

Siti Zuriati berkata, pihak KTMB perlu bertindak mengubah mentaliti masyarakat atau penumpang yang sering menyeberangi landasan untuk ke stesen itu.

sinar harian/-

Ekoran kebakaran feri: Labuan perlu jambatan ke tanah besar

Posted: 02 Oct 2012 10:29 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


LABUAN: Tragedi kebakaran feri semalam semakin memperkuatkan hujjah penduduk Labuan, mereka memerlukan jambatan yang menghubungkan mereka dengan tanah besar di Sabah.

(Orang ramai melihat feri Wawasan yang terbakar)

Ketua Penerangan PAS Labuan, Hadnan Hj. Muhamad berkata, kebakaran itu menambahkan tekanan agar cadangan ini diterima dan dilaksanakan Kerajaan Pusat.

Warga Labuan dikejutkan dengan insiden Feri Wawasan yang dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation (LFC) terbakar semalam.

Kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 6.10 pagi semalam.

Kebakaran ini berlaku ketika Feri Wawasan mula beroperasi untuk membawa penumpang dan kenderaan ke Menumbok.

Walau bagaimanapun, mengikut sumber orang ramai dan makluman pihak polis serta bomba ketika insiden berlaku, tiada penumpang dan kenderaan berada dalam feri.

Hanya terdapat beberapa orang Krewferi yang edang bertugas untuk memulakan operasi mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, satu siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua pegawai eksekutif LFC, Samsul Sahari memberitahu bahawa kejadian itu adalah di luar jangkaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Tiada sesiapa yang cedera ketika insiden berlaku dan berikutan kejadian itu, jadual perjalanan feri ke Menumbok dihentikan buat sementara.

Bagi pihak PAS Labuan, insiden ini merupakan satu lagi kejadian yang memberi impak kepada kehidupan seharian warga penduduk Labuan.

Akibat insiden feri terbakar, perjalanan kenderaan ke Menumbok terpaksa ditangguhkan buat sementara.

Walaupun terdapat feri lain yang masih boleh membawa kenderaan ke Menumbok, iaitu Feri Kimanis yang dikendalikan oleh Juta Bonus (daripada Sabah), tetapi insiden ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian warga Labuan kerana jumlah kenderaan untuk ke Menumbok akan menjadi terhad kerana kekurangan feri.

Menurut Ketua Penerangan PAS Labuan Hadnan Hj. Muhamad, berkata insiden feri terbakar ini merupakan insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana feri ini telah beroperasi lebih kurang lapan tahun dan kapasiti penumpang yang boleh diangkut adalah sekitar 600 orang serta 60 buah kenderaan pada satu-satu masa.

(Peta cadangan pembinaan jambatan antara Labuan dengan tanah besar)

Menurutnya lagi, sebelum ini juga rakyat di Labuan pernah menyuarakan  'rasa hati' mereka untuk mendapatkan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Tanah Besar Sabah melalui Menumbok, tetapi tidak pernah 'dilayan' oleh pentadbiran pusat (kerajaan).

Kajian juga pernah dilakukan oleh beberapa buah Universiti termasuklah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

"Lihat sahaja negeri Pulau Pinang,walaupun jambatan Pulau Pinang ada tetapi feri masih lagi beroperasi seperti biasa," kata Hadnan.

Ini juga akan mengurangkan masalah dari segi sumber bekalan lambat sampai akibat daripada feri mengalami masalah rosak atau insiden seperti ini, tambahnya.

Selain itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Labuan, Hj. Basran berkata masyarakat di Labuan amat memerlukan jambatan untuk memudahkan perhubungan mereka.

Jambatan ini juga lebih-lebih lagi perlu untuk merancakkan ekonomi di Labuan berdasarkan kajian yang pernah dibuat oleh beberapa Universiti tempatan.

Walaupun semua sedia maklum, Perdana Menteri telah mengumumkan untuk memberikan diskaun untuk tambang feri di Labuan dalam pembentangan bajet 2013 baru-baru ini.

Jika difikirkan secara logik akal, kenapa peruntukkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan tidak digunakan untuk membina jambatan Labuan-Menumbok, soal beliau.

Ini kerana Labuan merupakan salah satu tempat perindustrian Oil and Gas dan Perkapalan yang terpenting di Malaysia.

Selain itu, Labuan juga terkenal dengan pusat Pelancongan dan merupakan Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

"Masyarakat Labuan perlu berfikir lebih kehadapan, lebih-lebih lagi untuk generasi akan datang," katanya.

Keperluan jambatan merupakan perintis untuk penambahbaikan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti keperluan doktor pakar di hospital.

Sebagai contoh, negara Turki semakin hari semakin menurun hutang negara kerana pengurusan kewangan yang baik.

Mereka juga memberikan kemudahan yang terbaik untuk rakyat negara mereka dan memberikan perlindungan percuma kepada pelarian-pelarian perang seperti rakyat Syria.

Labuan merupakan salah satu 'Wilayah Persekutuan' dan bukannya 'Kampung Labuan'.

harakahdaily/-

[SIGNAL DARI MAHKAMAH] Kerajaan Diperintah Bayar RM4.06 Juta Kerana Panahanan Tidak Sah

Posted: 02 Oct 2012 10:28 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.

Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.

Bagi penahanan dibawah seksyen 8 ISA, walaubagaimanapun, mahkamah berpihak kepada kerajaan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Tian Chua ketika ditemui diluar mahkamah mengatakan bahawa kemenangan mereka dalam kes ini merupakan kemenangan untuk perjuangan ribuan orang yang pernah ditahan dibawah ISA.

"Kami belum tahu lagi sama ada kerajaan akan merayu atau tidak.

"Tetapi apabila kerajaan memasuhkan akta ini, ia merupakan bukti bahawa mereka mengaku salah," katanya.

Sementara itu Hishamuddin Rais pula mengatakan beliau akan menggunakan wang kemenangan itu untuk memperbaiki kenderaan sahabatnya yang dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali di Pengerang, Johor minggu lalu.

"Wang daripada saman yang telah berjaya ini akan saya gunakan untuk membaiki kereta kawan saya yang disimbah asid di Pengerang.

"Nak cat kereta tersebut," katanya.

Pada April 2001 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah kepimpinan Norian Mai telah menahan Tian Chua, Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin di bawah ISA selama 60 hari dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun.

Pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri dalam negeri manakala Tun Dr Mahathir Mohamad pula adalah perdana menteri Malaysia. -TMI

[PENIPUAN LAGI] Kerajaan Disyaki "Hilangkan" Penyata Hutang Dari Laporan Bajet 2013

Posted: 02 Oct 2012 10:27 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Penyata kedudukan hutang negara disyaki 'dihilangkan' dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.

Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.

"Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Katanya, unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keyupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.

"Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.

"Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku," katanya.

kelab grennboc/-

Jawapan Pakatan Rakyat Kepada Chua Tee Yong

Posted: 02 Oct 2012 10:15 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
 
Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dato' Chua Tee Yong yang menuduh angka-angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 adalah tidak tepat berdasarkan perkiraan ringkas beliau seperti berikut:

1.            Bentuk kenaikan gaji hasil dari dasar-dasar Pakatan Rakyat adalah kenaikan gaji guru sebanyak RM2.4 bilion (hasil dari pelaksanaan Elaun Khas Perguruan sebanyak RM500 setiap bulan bagi setiap orang guru), kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak RM2 bilion (hasil dari pelaksanaan gaji minima RM1,100 di sektor awam dan pelarasan gaji kepada semua kakitangan) dan kenaikan gaji anggota polis sebanyak RM754 juta (hasil dari cadangan untuk membekukan pengambilan baru anggota polis sehingga tahun 2015).

2.      Mengikut perkiraan beliau, jumlah kesemua kenaikan gaji ini sebanyak RM5.1 bilion tidak selari dengan angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menunjukkan pertambahan gaji sebanyak hanya sebanyak RM4 bilion.

Berdasarkan perkiraan mudah itu, beliau menuduh Belanjawan Pakatan Rakyat mengandungi angka-angka yang menipu dan hasil dari penyelidikan yang kucar-kacir.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dokumen-dokumen rasmi termasuklah Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada mengambil kira semua perkara ini dalam menentukan angka-angka yang digunapakai.

Seharusnya Dato' Chua Tee Yong membaca sepenuhnya keseluruhan dokumen Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menerangkan pendekatan Pakatan Rakyat untuk menggunakan jumlah anggota polis sedia ada bagi memenuhi tuntutan melindungi keselamatan awam tanpa perlu menambah tenaga kerja melalui pengambilan baru. Ini berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional yang ingin meningkatkan pengambilan baru sehingga mencecah 30% menjelang 2015, yang sudah tentu akan meningkatkan tanggungan gaji.

Cadangan Pakatan Rakyat adalah dengan memfokuskan anggota polis sedia ada kepada kerja-kerja membanteras jenayah dengan menukar anggota Cawangan Khas ke Jabatan Siasatan Jenayah. Penjimatan dari langkah ini (kerana tiada pengambilan baru menjelang 2015) bolehlah digunakan untuk menaikkan gaji anggota polis.

Maka, ia satu proses yang akan berjalan dalam satu tempoh, bukannya kenaikan gaji serentak kerana proses penukaran anggota Cawangan Khas melibatkan latihan dan lain-lain. Sebab itu di mukasurat 8 Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada menyebut bahawa Pakatan Rakyat mengunjurkan kenaikan gaji 15% sekiranya proses ini berjalan.

Oleh kerana ia melibatkan satu proses, maka ia juga melibatkan kenaikan berperingkat dalam satu tempoh masa kerana kenaikan gaji itu perlu dibiayai dari penjimatan kerana tiada pengambilan baru dalam tempoh 3 tahun.

Kesan kewangan bagi tahun 2013 dianggarkan satu pertiga dari jumlah kenaikan gaji RM754 juta bagi kesemua kakitangan, iaitu sekitar RM250 juta.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat memutuskan bahawa kenaikan ini boleh dibiayai dengan menyemak semula perbelanjaan untuk "Faedah-faedah Kewangan Yang Lain" (Kod Akaun: 15000) yang telah mencecah RM1.04 bilion dalam tahun 2013. 

Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneliti bentuk-bentuk faedah bukan gaji untuk mengelakkan pembaziran, dengan memastikan hanya faedah bukan gaji kepada kakitangan awam disediakan pada kos yang berpatutan. 

Ini penting bagi memastikan Kod Akaun 15000 ("Faedah-faedah Kewangan Yang Lain") tidak melibatkan peruntukan bagi perbelanjaan yang boros. Kami yakin penjimatan dari semakan terhadap perbelanjaan faedah bukan gaji boleh menampung kesan kewangan bagi tahun 2013 yang dianggarkan RM250 juta itu.

Mengambil kira pertimbangan ini, kenaikan peruntukan gaji kakitangan kerajaan hanyalah RM4 bilion seperti yang terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.

Kami mengucapkan tahniah kepada Dato' Chua Tee Yong kerana mengambil sedikit masa untuk meneliti angka-angka yang dibentangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.

Namun, beliau lebih berhati-hati apabila ingin berhujah menggunakan angka kerana reputasi beliau sebelum ini pun terjejas teruk apabila angka-angka yang digunakan sering bertukar-tukar.

Bagi pihak Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat

YB Dr Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor/AJK PAS Pusat
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi Keadilan
Dr Ong Kian Ming
Strategis Pilihanraya DAP

Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu

Posted: 02 Oct 2012 10:14 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.


Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

(Gambar: Datuk Ahmad Yakub megimamkan solat sunat syukur selepas keputusan diumumkan)

Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.

Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.

Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.

"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.

"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.

"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya.

harakahdaily/-

Pelajar meninggal selepas wuduk

Posted: 02 Oct 2012 10:13 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -














PONTIAN: "Afiff baring di pangkuan saya dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menghembuskan nafas terakhir," kata ibunya, Russiah Ibrahim, 44, ketika ditemui di kediamannya di Taman Nong Chik, Batu 36, Jalan Johor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi kelmarin, anaknya, Muhammad Afiff Faris Ahmad Seri, 15, meninggal dunia di pangkuannya ibunya selepas mengadu pening kepala.

Russiah berkata, Afiff sebelum itu baru saja selesai berwuduk dan mahu menunaikan solat Subuh.
"Afiff mengadu pening kepala dan saya terus meribanya. Saya kemudiannya mengurut dahi Afiff dengan minyak.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati bibir, kuku tangan dan kakinya bertukar kebiruan. Saya terus mengusap dadanya, manakala Afiff seolah-olah tidur berdengkur sebelum nafasnya terhenti," katanya.

Menurut Russiah, dia memanggil jiran sebelum menghubungi Hospital Pontian serta suaminya, Ahmad Seri Abu Bakar, 48, yang ketika itu bekerja di Tanjung Bin.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba kemudiannya melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan Afiff sudah meninggal dunia.

Ahmad Seri pula berkata, Afiff yang juga pelajar pintar adalah anak ketiga daripada lima beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (SMKDPB).

Afiff bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan.

Menurut Ahmad Seri, dia bergegas pulang ke rumah sejurus menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 6.15 pagi.

"Tiba di rumah, Afiff sudah meninggal dunia. Saya reda di atas pemergian Afiff kerana Allah lebih menyayanginya.

"Afiff seorang yang rajin dan suka menolong ibunya memasak," katanya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya.

metro/-

Himpit, PAS Ganti Umno 5.0 pada 5-6 Okt di Jabi

Posted: 02 Oct 2012 09:00 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


SETIU: PAS Terengganu akan menyuntik semangat anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) dan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 5.0 di Pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober ini.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

"Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

"Pengundi muda ini menjadi sasaran kepada mana-mana parti bertanding termasuk PAS dan Umno. Kita tidak mahu terlepas peluang ini, Insya Allah," ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Program PGU 5.0 menjelaskan program Himpit lebih mensasarkan kepada golongan pemuda, pemudi dan muslimat.

harakahdaily/-

Bajet ‘seronok sementara, merana sepanjang masa’

Posted: 02 Oct 2012 08:54 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Menariknya dalam Bajet 2013 kali ini yang dibentangkan Perdana Menteri didapati bajet 'one off' paling banyak dalam sejarah sejak 55 tahun kemerdekaan.
"Maka pakar-pakar ekonomi yang begitu menjunjung bajet berkebajikan tersebut dengan manis mulut melambung-lambung pujian kepada kerajaan seolah-olah bajet yang dikurniakan itu merupakan duit dari poket dia sendiri," kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin A. Razali (gambar).

Katanya, kenyataan berkenaan dengan bajet one off ini sehingga mencecah angka billion merupakan belanjawan yang bersifat 'seronok sementara tetapi merana sepanjang masa'.

"Boleh kita ibaratkan seperti seseorang yang kelaparan, kita hanya menjamunya pada waktu tengah hari dan selepas itu 'bye bye'. Inilah bajet 1 off," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengemukakan beberapa noktah, antaranya kalau tidak bagipun kepada rakyat, rakyat tidak akan mati dan rakyat tidak kaya dengan RM250 atau RM500.

Justeru, katanya ia bajet pilihan raya untuk meraih undi.

Beliau berkata, bahasa yang digunakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai 'bajet menyerupai rasuah'.

Tambahnya, rakyat memerlukan wang tetapi yang lebih diperlukan pekerjaan.

"Berapa banyak graduan yang tiada pekerjaan? Berapa banyak yang sepatutnya mengisi guru-guru tetapi diabaikan?

"Berapa banyak jawatan penjawat awam yang tidak mampu diisi dan berlaku kekosongan? Kenapa harga barang tidak diumumkan penurunan?" tanya beliau.

Justeru, menurutnya sudah sampai masanya kerajaan perlu bersikap serius dan bertanggungjawab sepanjang masa bukan hanya one off yang sudah pasti mahu melepaskan tanggungjawab atau dalam bahasa yang lain hanya mahu meraih undi untuk PRU dan mencanangnya sebagai bahan kempen.

"Marilah sama-sama kita menginsafi bahawa belanjawan sebenarnya bukan bersifat sekali makan tetapi perlu dirasai oleh segenap lapisan masyarakat sepanjang tahun melalui insentif yang lebih bersifat umum seperti penurunan harga barang," katanya.

harakahdaily/-

PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi

Posted: 02 Oct 2012 08:41 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.


Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.

Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.

harakahdaily/-

Lima lelaki direman

Posted: 02 Oct 2012 08:39 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TAHAN...lima suspek diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru,  semalam.
 
TAHAN...lima suspek diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU: Lima lelaki diperintah reman seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi membantu siasatan kes culik deejay radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34.
 
Majistret, Maslinda Selamat mengeluarkan perintah berkenaan ke atas lima lelaki berusia antara 16 hingga 21 tahun itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan kes berkenaan.

Kelima-lima suspek ditahan bermula semalam sehingga 8 Oktober ini manakala dua lagi suspek yang ditahan Ahad lalu direman hingga 7 Oktober ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek ditahan di sekitar negeri ini pada jam 2 pagi semalam.

"Kami masih mengesan empat lagi suspek yang dipercayai dapat membantu polis dalam menyelesaikan kes terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.
Dalam kejadian jam 1 pagi Sabtu lalu, Julie yang popular dengan panggilan JD diculik dan diugut dibakar hidup-hidup 10 lelaki di Lebuh Raya Pesisir Pantai, berhampiran Tune Hotel, di sini.

JD dikatakan diculik kerana tidak membalas cinta seseorang. Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek pada Ahad lalu.
Hashim berkata, siasatan awal mendapati, motif penjenayah berkenaan bukan untuk membunuh mangsa sebaliknya lebih kepada motif dendam dan marah.

Menurut Hashim, personaliti yang popular dengan segmen Melodi Senja dan Variasi itu diminta usah bimbang keselamatan dirinya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, JD ketika dihubungi berkata, dia masih trauma dan tidak mampu melelapkan mata kerana suara penjenayah yang menculiknya sering terngiang-ngiang di telinga.

"Saya fobia memandu sendirian dan kini berehat sebulan. Majikan saya memberi sokongan moral dan melawat saya," katanya.

metro/-

Rayu dikasihani

Posted: 02 Oct 2012 08:37 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PARAH...Wong yang patah tangan dirawat di hospital.
PARAH...Wong yang patah tangan dirawat di hospital.

KUALA LUMPUR: Tetak, rampas dan lari. Itu taktik sekumpulan enam peragut bermotosikal bersenjatakan parang dan kayu ketika menyamun seorang wanita di depan rumahnya di satu kawasan perumahan di Jalan Ipoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Wong Rui Kee, 23, patah tangan kanan dan retak beberapa jari akibat ditetak seorang daripada suspek, selain kerugian kira-kira RM1,000 selepas beg tangannya yang mengandungi wang tunai serta telefon bimbit dilarikan.

Wong berkata, ketika kejadian dia membuka pintu kereta di hadapan rumahnya kerana mahu pergi kerja.

"Tiba-tiba muncul enam lelaki menaiki tiga motosikal dan seorang daripada mereka terus menetak saya dengan parang.

"Mereka tidak memberikan apa-apa amaran tapi terus menyerang saya," katanya.

metro/-


Kecil-kecil dah samseng

Posted: 02 Oct 2012 08:33 PM PDT


Kecil-kecil dah samseng 
17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -














PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.

Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.

Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.

metro/-

38 maut feri karam di Hong Kong

Posted: 02 Oct 2012 08:31 PM PDT

17 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



HONG KONG - Seramai 38 orang terkorban dan lebih 100 yang lain cedera apabila sebuah feri persiaran yang membawa mereka tenggelam selepas berlanggar dengan sebuah feri lain, kata beberapa pegawai semalam.

Lebih 120 penumpang dan kru dikatakan berada di atas feri Lamma IV milik syarikat Hong Kong Electric untuk menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan Victoria Harbour sempena cuti Hari Kebangsaan.
Kejadian berlaku dekat Pulau Lamma di sini pada petang Isnin lalu.

Sejumlah penumpang tercampak ke dalam laut yang berombak sebelum kapal malang berkenaan karam dalam tempoh beberapa minit sahaja.

"Seramai 28 mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala lapan yang lain disahkan mati semasa tiba di hospital.

"Usaha menyelamat akan diteruskan kerana Jabatan Perkhidmatan Bomba tidak boleh mengesahkan sama ada masih terdapat mangsa di dalam kapal atau sudah hilang," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
Semua mangsa yang mati dan cedera dipercayai penumpang atau kru kapal syarikat Hong Kong Electric. 

Menurut beberapa pegawai syarikat itu, kapal berkenaan dipenuhi kakitangan dan keluarga mereka.
Sementara itu, sebuah lagi feri yang terlibat dalam pelanggaran tersebut telah berlabuh di salah sebuah jeti di Pulau Lamma semalam.

Terdapat kesan lubang besar di bahagian kiri feri berkenaan.

Feri itu dipercayai belayar dari Hong Kong ke Pulau Lamma apabila pelanggaran berlaku berdekatan destinasinya, sekali gus sempat menurunkan penumpang sebelum ia dipenuhi air.

Pegawai Kanan Jabatan Marin, Chung Siu-man menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan kapal mana yang bersalah.

Dalam perkembangan berkaitan, tujuh kru daripada kedua-dua feri tersebut ditangkap kerana mendatangkan bahaya kepada nyawa orang lain di lautan. 

Komisioner polis Hong Kong, Tsang Wai-hung memberitahu, lebih banyak tangkapan akan dibuat berhubung tragedi berkenaan.

Beribu-ribu orang berkunjung ke Pulau Lamma sempena cuti umum hari kebangsaan China. - Agensi


PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Oct 2012 09:28 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH PERDANA

Posted: 02 Oct 2012 07:23 PM PDT


PENTAS RAKYAT

Posted: 02 Oct 2012 07:22 PM PDT


CERAMAH PR REMBAU

Posted: 02 Oct 2012 01:22 AM PDT


JOM UBAH

Posted: 02 Oct 2012 01:21 AM PDT


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 02 Oct 2012 09:20 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak

Posted: 02 Oct 2012 07:58 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 02 Oct 2012 07:35 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 01 Oct 2012 10:43 PM PDT

PRU13 untuk PAS-PR






Posted: 01 Oct 2012 10:39 PM PDT

Pru 13 untuk PAS-PR









Rembau Hari Ini

Posted: 02 Oct 2012 07:34 PM PDT

Rembau Hari Ini


CERAMAH PR REMBAU

Posted: 02 Oct 2012 01:20 AM PDT


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Oct 2012 03:37 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MISTERI PM HILANG SEMASA PERBAHASAN TERJAWAB?

Posted: 02 Oct 2012 01:23 PM PDT



KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.

Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.

"Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.

"Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu," kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi laporan-laporan hilang itu.

Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.


Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh.

BURUK SIKU DAN KAKI PENIPU

Posted: 02 Oct 2012 07:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.

Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.

"Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

"Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.

Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.

"Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya.

"Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis.

Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.

Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).

Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000

JANGAN PERMAINKAN RAKYAT MALAYSIA KELANTAN !

Posted: 01 Oct 2012 07:05 PM PDT


1 ulasan:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam