|      CINA ISLAM (林川興)       Posted: 22 Oct 2012 01:11 AM PDT                  |      Menyamar wakil stesen TV       Posted: 21 Oct 2012 11:35 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
                                  Azahar menunjukkan  dekoder yang didakwa lelaki berkenaan harus ditukar kepada dekoder baru  bagi mengelakkan perkhidmatan siaran televisyen berbayar dihentikan.
                                    REMBAU – Seorang peniaga terpaksa menyerahkan wang tunai sebanyak RM250  selepas didatangi tiga lelaki yang menyamar sebagai wakil sebuah  syarikat stesen televisyen berbayar.    Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam kelmarin, mangsa, Azahar Abdullah,  47, didatangi dua lelaki ketika ingin menutup kedainya di Kendong, dekat  sini sementara seorang lagi berada di dalam kereta jenis Perodua Viva.    Menurutnya, mereka berpura-pura sebagai wakil syarikat berkenaan dan  menyatakan sekiranya dia tidak menukar pakej siaran dilangganinya, pihak  syarikat tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan pada jam 8 malam.    "Lelaki itu turut menerangkan kepada saya bahawa alamat surat menyurat  untuk perkhidmatan syarikat mereka tidak boleh menggunakan alamat premis  kedai tetapi harus menggunakan alamat rumah," katanya.    Menurutnya, kerana percaya mereka benar-benar dari syarikat berkenaan,  dia dan isteri, Norlina Abdul Malik, 34, terpaksa menyerahkan wang yang  diminta.    Azahar berkata, sebaik wang diserahkan, lelaki berkenaan menyatakan  akan ada pihak lain datang dalam tempoh 15 minit bagi menukarkan  perkhidmatan sedia ada kepada pakej baru.    "Namun, sehingga 10.30 malam, seperti yang dijanjikan lelaki berkenaan  tidak juga muncul," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya,  dekat sini semalam.    Azahar berkata, lelaki terbabit bagaimanapun ada meninggalkan nombor  telefon bimbit, namun ketika dihubungi, dia diminta untuk menunggu.    "Bagaimanapun, saya berasa tidak sedap hati kemungkinan ditipu dan terus membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan.    "Jika difikirkan kembali, jika saya enggan memberikan wang bagi menukar  pakej itu, mungkin saya dan isteri diapa-apakan kerana ketiga-tiga  lelaki itu sudah meninjau-ninjau keadaan kedai saya," katanya. 
 
 sinar harian/-                    |        |      TG Nik Aziz pernah tolak jadi MB - Presiden PAS       Posted: 21 Oct 2012 11:28 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  KOTA BHARU: Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama  Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah  berjaya dibentuk. 
 
 DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr  Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
 Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama. 
 
 "Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan  negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang," kata Datuk Seri Tuan  Guru Abdul Hadi Awang. 
 
 Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim  berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0  di peringkat Dun. 
 
 "Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di  Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor  mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu. 
 
 "Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar. 
 
 "Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin  lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau  menerima juga jawatan Menteri Besar. 
 
 "Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia  terbukti berjaya sekarang," katanya pada ceramah perdana sempena  ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi. 
 
 Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan  Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil  rakyat. 
 
 Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun  disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak  MPKB BRI. 
 
 Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu. 
 
 Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya  menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir  negeri ini. 
 
 Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri. 
 
 "Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus  mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke  Putrajaya sekarang. 
 
 "Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan," ujarnya. 
 
 Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur  menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai  sebuah negara Kristian. 
 
 "Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam  perlembagaan sudah  jelas," katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini. 
 
 Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala  Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya  semakin jelas. 
 
 harakahdaily/-  
 
     |        |      [DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami       Posted: 21 Oct 2012 11:27 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 Pakatan madu di laman sosialKUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya  11 isteri berikutan licik menggunakan 'ayat power' untuk memperdaya  gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen  bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini. Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada  juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti  kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.   BERANI.... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.
  Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum  ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta  memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah  sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang  di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.
  Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula  ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu  memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya  ditinggalkan sehari selepas berkahwin.
  Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama  sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan  kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.  Lelaki lebih empat isteri persenda agama
              KUALA LUMPUR: Lelaki yang berkahwin serentak dengan lebih daripada  empat isteri boleh dikategori sebagai mempersendakan agama kerana Islam  mengharamkan perbuatan itu.
   Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anuar Rahmat berkata, berkahwin lebih  daripada empat isteri hanya berlaku pada zaman jahiliah dan selepas  kedatangan Islam, seorang lelaki hanya dibolehkan mempunyai empat isteri  dalam satu-satu masa.
    Menurutnya, kes seorang lelaki yang kini dipercayai mempunyai tujuh  isteri adalah kali pertama didengar dan ia boleh berlaku jika  perkahwinan secara poligami ini tidak didaftarkan kepada pejabat agama.
   "Memang perkara ini boleh berlaku dan jika ia berlaku, bermakna lelaki  berkenaan sengaja mempersendakan agama dan tindakan boleh diambil  terhadapnya.
    "Enakmen Jenayah Syariah mempunyai peruntukan terhadap mereka yang  mempersendakan agama, jadi individu terbabit boleh dibawa ke muka  pengadilan," katanya.
    Khairul Anuar berkata, poligami sememangnya sesuatu yang halal dan  diharuskan Islam dan melalui sistem perkahwinan ini seseorang lelaki  boleh mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup.
   "Dalam Islam, poligami hanya dibenarkan ke atas si suami untuk beristeri  lebih daripada satu dengan had empat orang seperti firman Allah (surah  an-Nisa: 3) yang bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil  terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan  mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari  perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.
    "Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara  isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau  (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu  adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan  kezaliman," katanya. -HM
    
 
     |        |      Kastam rampas gading gajah hampir 4 tan       Posted: 21 Oct 2012 11:21 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 HONG KONG -Pihak kastam di sini merampas 1,209 gading gajah seberat  hampir empat tan bernilai sekitar HK$26.7 juta (RM10.3 juta), kata  beberapa pegawai kelmarin. 
 
 Beberapa pegawai berkata, semua gading tersebut ditemui di dalam  beberapa kontena bertanda "kacang roscoco" dan "barangan lusuh plastik"  yang dihantar dari Kenya dan Tanzania ke pulau ini pada awal minggu ini. 
 
 "Keseluruhan gading itu adalah seberat 3.81 tan sekali gus rampasan  terbesar di sini," kata satu kenyataan jabatan kastam Hong Kong. 
 
 Menurut kenyataan tersebut, rampasan dibuat berdasarkan maklumat oleh pihak berkuasa China. 
 
 Media tempatan, RTHK melaporkan, polis China telah menahan tujuh individu termasuk seorang penduduk pulau ini susulan rampasan tersebut. 
 
 Di bawah undang-undang pulau ini, sesiapa yang didapati bersalah  mengimport gading gajah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan  didenda HK$2 juta (RM787,000). - AFP     |        |      SPR cetus kebangkitan rakyat       Posted: 21 Oct 2012 11:18 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -           SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan punca utama  berlakunya  kebangkitan rakyat sehingga menyebabkan himpunan Bersih  diadakan, kata  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.   Menurut beliau lagi,  rakyat bangkit bersuara bukannya untuk menggulingkan  kerajaan atau  menimbulkan huru hara tetapi hanya menuntut satu  pilihan raya yang adil  dan telus.   "Bila rakyat hilang keyakinan atas ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihanraya inilah akibatnya.   "Rakyat tidak mahu membuat sebarang huru hara ataupun mengulingkan   kerajaan dengan cara himpunan besar-besaran, yang mereka mahukan adalah   sebuah pilihanraya yang adil dan telus," katanya kepada Harakahdaily   sewaktu ditemui di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam.   Jelas beliau lagi, jika SPR melaksanakan apa yang dituntut serta berada   pada kedudukan yang tidak menyebelahi mana-mana parti, pasti  rakyat  akan memberi sokongan kepada sistem demokrasi negara ini.   "Kita  melihat bagaimana berlakunya Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, saya  pasti  jika pada tuntutan kali pertama itu dilaksanakan oleh SPR maka  kita  tidak akan melihat wujudnya Bersih 2.0 atau 3.0.   "Secara  keseluruhan kita tidak boleh menyalahkan rakyat atas apa yang  berlaku,  penyebab utama adalah SPR kenapa mereka begitu sukar untuk  menunaikan  apa yang dituntut," sambung beliau lagi.   Beliau yang sebelum  itu memberitahu tidak akan ada himpunan Bersih 4.0  namun beliau  mendesak agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih yang  telah  menimbulkan keraguan terutama pertambahan luar jangka di Negeri   Selangor.  
 
 harakah/-      |        |      10 maut serangan bom di Damsyik       Posted: 21 Oct 2012 08:52 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
   DAMSYIK  - Satu letupan kuat berlaku di bandar lama di sini semalam,  membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan berpuluh-puluh  orang awam, kata aktivis Syria.
 
 
 Seorang pegawai Syria berkata, letupan itu disasarkan ke atas sebuah balai polis di kawasan kejiranan Bab Touma di sini. 
 
 Bab Touma merupakan sebuah tempat tarikan beli-belah yang kebanyakan dihuni oleh kaum minoriti penganut Kristian Syria. 
 
 Angka kematian tersebut dilaporkan oleh Kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain. 
 
 Bagaimanapun, angka tersebut tidak menyatakan sama ada semua mangsa  yang maut terdiri daripada orang awam atau turut melibatkan anggota  polis. 
 
 Namun, ia menggambarkan letupan yang berlaku sebagai amat kuat dan  menyatakan beberapa ambulans dan kereta polis dikejarkan ke tempat  kejadian. 
 
 Tiada maklumat lain diberikan. 
 
 Dalam kejadian berasingan, seorang pengebom berani mati meletupkan  dirinya di dalam sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan di  hadapan sebuah hospital di Jalan al-Zohour, bandar Aleppo. 
 
 Agensi berita SANA memberitahu, tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi letupan itu menyebabkan beberapa pejalan kaki cedera. 
 
 Sementara itu, Presiden Syria, Bashar al-Assad dilaporkan mengadakan  pertemuan dengan Duta Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Liga Arab,  Lakhdar Brahimi bagi membincangkan soal gencatan senjata selama empat  hari sempena sambutan Aidiladha bermula Jumaat ini. 
 
 Beliau tiba di Damsyik pada Jumaat lalu selepas mengadakan lawatan di  Timur Tengah untuk mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin negara  terbabit bagi menghidupkan harapan gencatan senjata di Syria. Konflik di Syria yang bermula pada Mac 2011 telah meragut lebih 30,000 nyawa. - Agensi 
 
     |        |        Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam        Posted: 21 Oct 2012 08:51 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 Datuk Chua Jui Meng mengesa Datuk Seri Dr  Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan  kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook.  Sebelum ini, Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta  rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan  hudud di Malaysia.  Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak  dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan  kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan.
   Jui Meng yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu  sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek  sendiri tidak memahaminya.
   "Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras 'menyerang'  agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada  umat Islam di Malaysia," kata Jui Meng ketika dihubungi TVSelangor.
   Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan  penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan  tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud.
   "Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah  tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri.
   "Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli  sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan  MCA berterusan menyerang Islam," katanya.
   Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang  berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali  memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
   "Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam," katanya.
       |        |      Hamas boikot 'sandiwara' pilihanraya Tebing Barat       Posted: 21 Oct 2012 08:42 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -         Parti  Presiden Palestin Mahmoud Abbas,  Fatah mengumumkan kemenangan di  kebanyakan kerusi majlis dalam pilihan raya tempatan di Tebing Barat  yang diboikot oleh parti Hamas.   Presiden Suruhanjaya  Pilihanraya Pusat (CEC), Hanna Nasser berkata bahawa 54.8 peratus dari  500,000 yang layak mengundi, telah keluar mengundi.   Kemenangan  Fatah sudah pun dijangka kerana mereka hampir tidak dicabar mana-mana  pihak selepas Hamas, yang menguasai Gaza, memulaukan pilihanraya  tersebut.   Hamas mengharamkan pengundian di Semenanjung Gaza dan berkata mereka tidak akan mengiktiraf keputusan di Tebing Barat.   Hamas enggan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya berikutan kegagalan rundingan perpaduan dengan Fatah.   Ini menyebabkan Fatah bertanding hanya dengan Calon bebas dan kumpulan  berhaluan kiri seperti Popular Front for the Liberation of Palestine  (PFLP) dan Democratic Fron for the Liberation of Palestine (DFLP).   Undi Sabtu lalu hanya diadakan di 93 daripada 354 majlis perbandaran di  Tebing Barat, dan calon di 179 lokaliti lain telah menang tanpa  bertanding. Pilihanraya di 82 kawasan yang selebihnya akan diadakan pada  24 November, ujar CEC.   Walaupun sesetengah warga Palestin mengalu-alukan peluang untuk mengundi, yang lain pula ragu-ragu mengenai prospek perubahan.   "Saya tidak mengharapkan banyak daripada pilihan raya ini kerana tidak  calon yang berkelayakan," kata Mohammed Zahdeh, warga emas berusia 60  tahun dari Hebron.   "Ini adalah satu sandiwara, bukan pilihan raya," kata Abu Abdullah, seorang peniaga berusia 56 tahun dari Nablus.   "Kami mahu pilihan raya sebenar yang mewakili kami, di mana mereka  mampu berkhidmat untuk negara mereka, dan bukannya hanya bersorak di  sekitar slogan politik."   Bagi pihak Hamas, mengadakan undi di  Tebing Barat sahaja bermaksud mengukuhkan jurang antara dua pergerakan  politik utama di wilayah Palestin.   "Pilihan raya ini  mengukuhkan mereka dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan konsensus  kebangsaan,", jurucakap Hamas, Fawzi Barhum memberitahu agensi berita  AFP.   Mengadakan pilihan raya tanpa Gaza bermakna keputusan tersebut "tidak signifikan atau sah di sisi undang-undang," katanya.   "Ini bukan pilihan raya untuk rakyat Palestin tetapi untuk Fatah," sambungnya lagi. ( Al-Jazeera)harakah/-       |        |      Arab Saudi beri jaminan proses haji selamat       Posted: 21 Oct 2012 08:40 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  Jemaah haji melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Mekah pada 17 Oktober lalu. - REUTERS    Menteri Dalam Negeri Arab Saudi,  semalam memberi jaminan keganasan yang berterusan di Syria tidak akan  mengganggu perjalanan ibadat haji di Mekah. 
 
 Putera Ahmad Abdul Aziz memberi jaminan bahawa semua jemaah haji akan  berpeluang menjalankan ibadat itu dengan tenang dan lancar tanpa  sebarang gangguan. 
 
 Beliau juga menolak kemungkinan tentera Syria menceroboh negara ini  bertujuan menimbulkan kekacauan, ekoran Arab Saudi menyokong pemberontak  di negara itu. 
 
 "Mereka yang datang melakukan ibadat haji adalah umat Islam dan agama ini tidak mengajar untuk menyakiti antara satu sama lain. 
 
 "Sesiapa yang menggunakan ibadat haji sebagai medium politik, mereka  akan dihantar pulang, dan kerajaan Arab Saudi tidak memandang ringan  sebarang tindakan untuk mencetuskan kekacauan," katanya. 
 
 Duta Arab Saudi ke Lebanon pada Rabu lalu berkata, negara ini bakal  memberi visa kepada pelarian Syria di Lebanon, Turki dan Jordan yang  ingin menunaikan ibadat haji musim ini. 
 
 Agensi berita SANA pada bulan lalu melaporkan, Arab Saudi melarang  rakyat Syria memasuki negara ini untuk menunaikan haji musim ini, tetapi  perkara itu dinafikan oleh kerajaan Arab Saudi. 
 
 "Kerajaan (Arab Saudi) tidak pernah melarang mana-mana rakyat Syria  memasuki negara ini untuk menunaikan haji, termasuk jemaah dari Iran  yang dikatakan bakal mencetuskan kekacauan. "Kerajaan Iran memberi jaminan mereka akan memastikan perjalanan ibadat haji musim ini akan berjalan lancar," ujar Ahmad. 
 
 Lebih 1.6 juta jemaah dari seluruh dunia kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu. - AFP   Utusan Melayu (M) Bhd /-     |        |      Tuntut Soi Lek minta maaf       Posted: 21 Oct 2012 08:39 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
                                                                                                  Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar                                     ALOR SETAR - Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden  MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum  hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, boleh membantutkan usaha  kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum.    Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan beliau  dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan  juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama  Persekutuan.    Menurutnya, kenyataan berkenaan boleh mengundang salah tanggapan  penganut agama lain bahawa Islam adalah agama menindas golongan pekerja  umatnya, sedangkan hakikatnya bukanlah yang diamalkan dalam perundangan  Islam.    "Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional, tidak sepatutnya  kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang presiden parti berdasarkan kepada  khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada beliau daripada  individu tidak dikenali.    "Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan  kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan  Islam," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.    Shaharol berkata, mereka minta pemimpin bukan Islam tidak lagi  memberikan sebarang komen dan pandangan mengenai Islam, sebaliknya  perkara berkaitan Islam diselesaikan serta dibahaskan sesama umat Islam.    "Tidak pernah sekalipun umat Islam di negara ini memperkatakan tentang  budaya dan agama yang dianuti penganut lain, walaupun ada antara mereka  kebelakangan ini kerap berbahas mengenai perundangan Islam.    "Kita tuntut beliau segera mohon maaf kepada seluruh umat Islam demi keharmonian dan hubungan yang akrab," katanya. 
 
 sinar/-      |        |      Diserang 200 Mat Rempit       Posted: 21 Oct 2012 08:38 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
  TERUK...kereta mangsa dipecahkan kumpulan bermotosikal, kelmarin.  ALOR SETAR: Sekumpulan 200 lelaki dipercayai Mat Rempit bertindak  ganas dengan memecahkan cermin kereta dinaiki dua lelaki sebelum  membelasah mereka, menyebabkan seorang daripada mangsa parah dalam  kejadian di Jalan Pegawai, di sini, awal pagi kelmarin. 
 
 Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa remaja berusia  18 tahun parah di kepala serta badan dan kini masih menerima rawatan di  Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, manakala rakannya berusia 21  tahun dirawat sebagai pesakit luar HSB. 
 
 Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa menaiki Proton Saga  Aeroback dikatakan dalam perjalanan ke sebuah restoran di Lebuh raya  Darulaman, di sini, untuk menikmati makan tengah malam bersama rakan.
  Sebaik  tiba di satu persimpangan lampu isyarat, pemandu kereta itu mahu  membelok ke kiri sebelum dikatakan terlanggar seorang Mat Rempit  sehingga terjatuh menyebabkan kumpulan berkenaan mengejar mangsa bersama  rakan-rakannya sejauh satu kilometer.       Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan  berkata, kumpulan remaja yang menunggang motosikal itu dipercayai  menyerang dan terus membelasah mangsa serta memecahkan cermin kereta  mangsa menggunakan topi keledar dan besi papan tanda.
 
 
 metro/-      |        |      Dua beranak maut nahas ngeri       Posted: 21 Oct 2012 08:32 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 ORANG  ramai melihat sebuah kren mengangkat kereta Proton Wira yang remuk  selepas dirempuh sebuah lori hingga mengakibatkan Md. Hanafi dan Anira  maut di Kota Tinggi kelmarin. 
 
 KOTA TINGGI – Tanggal 16 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun  kelahiran terakhir buat seorang bapa sebelum dia menemui ajal selepas  terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang turut mengakibatkan anak  perempuannya maut kelmarin. 
 
 Kejadian pukul 11.45 pagi di Kilometer 16 Jalan Tanjung Sedeli–Kota  Tinggi berhampiran simpang Kampung Mawai Lama di sini itu mengakibatkan  Md. Hanafi Tasrip, 65, dan anak bongsunya, Anira, 19, maut di tempat  kejadian. 
 
    Dua beranak tersebut tersepit selama tiga jam selepas kereta jenis  Proton Wira Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori  membawa muatan pasir. 
 
 Mayat mereka dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan tiga buah trak tunda. Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu lori dari Tanjung Sedeli  ke Kota Tinggi tersebut gagal mengawal kenderaan berat berkenaan  sebelum merempuh kereta mangsa yang berada di laluan bertentangan.  Pemandu lori terbabit tidak cedera. 
 
 Kosmo     |        |             Posted: 21 Oct 2012 08:20 PM PDT    6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.  
 
 PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang  suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari  di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan  komputer. 
 
  Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar  ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak  lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu. 
 
  Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga  kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan  berhampiran termasuk makanan kucing.
   Pengurus pusat siber  berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita  dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu  bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.        Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan  dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang  di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.
 
 
 metro/-      |        |      'Ingat bapak dia punya jet?'       Posted: 21 Oct 2012 08:17 PM PDT    6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Ketua  umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan  baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program  bertemu rakyat.
  Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan  penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga  boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.
  "Kita  naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik  jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka  balik.
  "Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi.  Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima  syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.
  Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.
  Isu  berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan  modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet  (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif  Pakatan.
  "Seolah-olah dosa besar naik jet. Ingat bapak dia punya  jet?," kata Anwar lagi dalam majlis yang turut dihadiri oleh menteri  besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa orang anggota  exco negeri.
  Dalam program bersama kira-kira 200 orang penduduk  itu, Anwar turut menerima borang keahlian PKR daripada penduduk kawasan  tersebut.
  Kampung berkenaan merupakan antara tujuh lokasi sekitar  negeri Selangor yang dilawatinya hari ini dalam program Jelajah Merdeka  Rakyat Anwar.
  Selain Desa Ayer Hitam, Anwar bersama kumpulan  pemimpin Pakatan itu akan mengunjungi Pantai Morib, Kuala Langat,  Banting, Klang, Ijok dan terakhir di Shah Alam. 
  Beliau juga  dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam Keadilan Selangor dan Ceramah  Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam 
 
 malausiakini/-      |        |      Berapa jumlah bonus penjawat awam 9 Ogos lalu       Posted: 21 Oct 2012 08:12 PM PDT    6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -       KUALA LUMPUR: Datuk  Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [PAS-Bukit Gantang] minta Menteri  Kewangan menyatakan penjawat awam telah diberi setengah bulan bonus atau  minimum RM500 pada 9 Ogos yang lalu, berapakah jumlah keseluruhan  pemberian bonus tersebut dan apakah juga dikenakan cukai ke atas imbuhan  tersebut, jika ada berapakah pula anggaran perolehan Jabatan Hasil ke  atas cukai tersebut dan bersediakah kerajaan mengecualikan cukai ke atas  imbuhan bonus ini. 
 
 Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 
 
 Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat hari ini sebagaimana di bawah. 
 
 Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan  sejauh manakah usaha Kerajaan untuk memastikan projek pembangunan  Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek Multimedia Super Corridor  (MSC) yang kini hidup segan mati tak mahu dan sejauh manakah limpahan  manfaat langsung projek Iskandar Malaysia itu kepada rakyat  berpendapatan rendah. 
 
 Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Luar Negeri  menyatakan rasional Malaysia menyokong tindakan OIC menggantung keahlian  Syria dalam OIC ekoran krisis yang melanda negara tersebut. 
 
 Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan  menyatakan status Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir dan apakah  insentif/geran yang diberikan untuk pembinaan dan memajukan Kawasan  Bebas Cukai tersebut. 
 
 Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Penerangan, Komunikasi  Dan Kebudayaan menyatakan aduan-aduan kerugian yang dialami pengguna  telefon bimbit akibat eksploitasi penipuan menerusi iklan-iklan yang  memperdayakan dan tindakan yang diambil terhadap fenomena ini. 
 
 Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan  berapa ramai yang masih di dalam tahanan ISA dan apakah kesalahan  mereka. 
 
 Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan  kesediaan untuk menimbangkan kembali peruntukan 114-A dalam Akta  Keterangan yang bercanggah dengan prinsip undangundang sejagat (Innocent Unless Proven Guilty) serta dikritik pelbagai pihak khasnya fraterniti undang-undang dalam dan luar negara termasuk Majlis Peguam Malaysia. 
 
 Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Sains, Teknologi  Dan Inovasi menyatakan jumlah geran-geran penyelidikan bagi tahun 2008  hingga kini yang disediakan Kerajaan, sejauh manakah kajian yang  dibiayai memberi impak positif kepada negara dan dimanfaati oleh  masyarakat dan pelbagai peringkat kaum. 
 
 Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri  Pengangkutan menyatakan adakah dengan wujudnya penerbangan laluan Kota  Bharu - Singapura sekarang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota  Bharu boleh disifatkan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa. 
 
 harakah/-      |        |      Kamera AES Berharga RM120,000 Tumbang Menyembah Bumi!       Posted: 21 Oct 2012 08:11 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  Rempuh AES kerana Silau!
   Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat  setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini  berkelip di hadapannya  dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.
  Akibat dari kejadian itu  sepasukan anggota bomba  terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES  itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak  henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.
   Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana  ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik  tidak bergerak sejauh 10  kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.
  .
   Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh?  Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga  sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan  tidak berkualiti.
   Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba  akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di  humban  ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.     |        |      Najib Bakal Jadi Duta Di Mongolia Selepas PRU13?       Posted: 21 Oct 2012 08:09 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
  Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar
   JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi  jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib  Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di  Mongolia'.
  "Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan  Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada  beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.
  "Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada  Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,"  katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah  Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai  semalam.
  Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri  Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa  agar rakyat tidak termakan  pemberian serta sumbangan Umno BN.
  "Pemberian  mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu  rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih  sokongan rakyat.
  "Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan',  iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan  benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.
  Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan  KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr  Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. -KD     |        |      Buruh paksa: RM207 bilion wang pampasan lesap?       Posted: 21 Oct 2012 08:08 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] -        KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207  bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada  30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942  hingga 1946.
  Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10  tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau  waris mereka.
  Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad  Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang  mengesahkan kemasukan wang itu.
  Yang mengejutkan, kata beliau,  pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai  RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. 
  Ini  bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000  mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13  Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.
  Namun sehingga kini, wang itu tidak diberikan kepada mangsa atau waris mereka.
  Ekoran  itu, kata Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, Persatuan  Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma  1942 - 1946 telah menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi  menuntut wang itu.
  Surat itu telah pun dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Julai 2011 menuntut pembayaran wang itu.
  "Sejumlah  30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu.  Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India,  dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain".
  Menurut  Nizar, pejabat Perdana Menteri apabila menerima surat itu telah pun  menyerahkan satu salinan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber  Manusia ada 9 Ogos 2011. 
  Beliau juga difahamkan, semua pihak  dalam kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara telah bersetuju agar duit  itu diserahkan kepada 30,000 mangsa ini.
  "Saya mahu menyatakan di  sini kalau sekiranya perkara itu telah pun dibentangkan dan diluluskan  oleh Kabinet, maka kenapa ianya harus disimpan oleh Treasury ataupun  Bendahari Kewangan kita sebegitu lama?" soal Nizar dalam ucapannya itu.
  Menurutnya, mereka yang terlibat ada yang telah meninggal dunia, ada yang warisnya masih ada. 
  "Saya  boleh menyatakan bahawa ayah kepada Tan Sri Datuk Zulkefli Ahmad  Makinudin, Ketua Hakim Malaya hari ini adalah salah seorang daripada  mereka yang dikerahkan oleh Kerajaan Jepun ketika itu untuk membina  landasan kereta api dan dia masih hidup lagi.
  "Dia masih ada di  Ipoh dan boleh menceritakan bagaimana susahnya 30,000 rakyat Malaysia  ketika itu," beritahu Nizar kepada Dewan Rakyat.
  Nizar bertanya,  "kalau sekiranya wang itu telah diberikan sebagaimana yang dinyatakan,  maka kenapakah kerajaan masih tidak memberikan pampasan itu kepada  rakyat Malaysia yang telah dipaksa untuk melaksanakan kerja-kerja itu?" 
  Bagi  beliau, ini merupakan satu amanah yang sewajarnya rakyat Malaysia sedar  kerana ini satu hak kepada rakyat yang dinafikan oleh  kementerian-kementerian tertentu  iaitu Kementerian Kewangan barangkali,  Bank Negara dan juga Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perdana  Menteri yang telah pun mengarahkan supaya kertas Kabinet diluluskan. 
  "Jadi  saya hendak bertanya sama ada rayuan daripada persatuan itu. Mereka  merayu supaya pampasan diberikan kepada mereka, kenapa ianya dinafikan?"  soal beliau tegas.
  Menurut beliau juga, kerajaan Filipina, Indonesia dan juga Vietnam juga menerima wang yang sama dan telah diserahkan kepada rakyatnya yang terlibat. 
 
 harakahdaily/-      |        |             Posted: 21 Oct 2012 07:59 PM PDT    6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
             Gempa Bumi Lemah Landa Kudat                KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada  skala Richter melanda Kudat, Sabah pada 8.46 malam Ahad, menurut Jabatan  Meteorologi Malaysia.
   Pusat gempa itu adalah 22km selatan Kudat dan gegaran dirasai di seluruh kawasan berkenaan, kata jabatan itu dalam kenyataan.
   Di KUDAT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini tidak  menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian gempa bumi  berukuran 2.9 pada skala Richter yang melanda Kudat.
   Menurut bilik gerakan JBPM Kudat, setakat 11.45 malam ini, pihaknya  tidak menerima apa-apa panggilan daripada orang awam berhubung perkara  itu.
   "Kita tidak terima aduan pasal gegaran atau gempa bumi setakat ini," kata pejabat JBPM di sini. -BERNAMA              
 
     |        |             Posted: 21 Oct 2012 07:57 PM PDT    6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 Harga rokok naik 20 sen berkuat kuasa hari ini KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia)  mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari  ini. 
 
 "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada  Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga  luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat  kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. 
 
 "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.  
 
 BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American  Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar  dunia. - Bernama 
 
     |        |      Misteri gendang gergasi di pagar surau       Posted: 21 Oct 2012 07:55 PM PDT   6 Zulhijjah 1433H. [MOD] - 
 
 
 
 SUNGAI PETANI – Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah  beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di  sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah  gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak  beberapa hari lalu. 
 
 Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar  Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.    Penemuan gendang tersebut yang mempunyai lambang rasmi sebuah negeri  bertarikh 1 Januari 1989 mencetuskan misteri tersendiri apabila kulit  gendang tersebut turut dikoyakkan. 
 
 Seorang penduduk, Azhar Ismail, 44, berkata, dia terkejut melihat  gendang besar itu ditinggalkan di pintu pagar surau semasa mahu  menunaikan solat subuh. 
 
 "Siapa sahaja pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat benda seperti  ini pada awal pagi. Apabila diperiksa rupa-rupanya gendang lama,"  katanya kepada Kosmo! semalam. 
 
 Kosmo      |                  |   
    |      Jasindaily Online       Posted: 21 Oct 2012 09:44 AM PDT                  |      Haram Sokong MCA .. Hukum Sokong UMNO Camna ?       Posted: 20 Oct 2012 10:02 PM PDT    Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.   DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.   Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA.  
 
 Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.   Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan 'menikus' untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.   Para ulama dan cendikiawan Islam di dalam Umno juga ramai, tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit  lantang menegur pemimpin MCA. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan pemimpin Umno menganggap itu bukan suatu kesalahan.   Di sisi rakyat, kesalahan tersebut adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam. Kesalahannya terlalu serius dan tindakan keras perlu diambil terhadap pemimpin seperti ini.   Lebih malang lagi, bukan sekadar tidak menegur, malah Umno masih lagi berkompromi dan menjalinkan kerjasama padu dengan MCA melalui BN. Seolah-olah kenyataan Presiden MCA yang terang-terangan menghina Islam tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan erat antara mereka.   MCA masih lagi diberi tempat, kerusi, kedudukan bahkan bersuara apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sekatan dan teguran dari pemimpin Umno. Apakah nilai pemimpin Islam seperti ini? 
 
  DPPM percaya, umat Islam di negara ini merasa malu kerana mendapat pemimpin negara yang begitu lemah sehingga ada pemimpin parti komponennya yang menghina Islam lalu mereka tidak boleh berbuat apa-apa.   Sehubungan itu, DPPM mencabar Perkasa keluarkan kenyataan dan pendirian tegas berhubung sokongan terhadap UMNO dalam Barisan Nasional dalam PRU13.   Jika mengundi MCA dianggap haram, mengundi Umno yang bersekongkol dengan MCA bagaimana pula?   Justeru, Jika benar Perkasa mahu mendaulatkan Islam dan menjaga kesucian Islam, mereka perlu tegas dalam menyatakan 'amar ma'aruf nahi mungkar' sekalipun mereka akan dihina dan dicemuh oleh Umno.   Persimpangan ini perlu dipilih dan Perkasa perlu ikhlas dalam menentukan hala tuju perjuangan mereka dengan berpandukan perkara berikut: Mahu menjaga kepentingan agama Islam atau kepentingan politik dan dunia yang sempit sehingga mengundang kemurkaan Allah SWT.     |        |      PAS Teguh Walau Diserang Bertubi-tubi       Posted: 20 Oct 2012 08:35 PM PDT    Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.   Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.  
 
  "Pas pernah kehilangan orang nombor satu, presidennya, timbalannya, naibnya, setiausaha agungnya. Ini sejarah yang pernah dilalui.  "Jadi, Pas tidak tersentuh dengan hal-hal seperti ini. Nak datang dengan seribu kehendak, sama dengan parti mereka akan diberikan tempat dan kepercayaan. Nak pergi, pergilah. Parti tidak rugi apa-apa," kata Salahuddin.  Mutakhir ini parti Islam itu dikritik hebat dari pelbagai sudut oleh bekas pimpinannya yang meninggalkan parti ekoran tidak berpuas hati dengan prinsip perjuangan Pas yang dikatakan sudah beralih arah.  Bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa lantang mengkritik kepimpinan parti Islam itu yang dakwanya lebih mengutamakan kuasa sementara agama diletakkan di tangga kedua.  
 
  Sementara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan susulan tindakannya mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP.  Hasan kemudian meminta tempat Nik Aziz digantikan dengan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.  Salahuddin berkata, kritikan mereka yang meninggalkan parti itu sama ada melibatkan dasar atau hala tuju parti, tidak mendatangkan kesan atau mencacatkan rekod parti itu.  "Allahyarham Datuk Asri Muda pernah meninggalkan Pas. Datuk Nakhaei Ahmad juga. Bukan dari jawatan yang kecil termasuklah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Riuhlah seminggu dua, tetapi Pas tidak goyah dengan mereka ini.  
 
  "Bagi saya, apa yang penting, rekod kita. Amanah yang diberikan itu yakin atau tidak. Yang penting adalah, Pas terus melangkah ke hadapan walaupun datang ujian sepanjang perjalanan,"katanya.  Bahkan ujarnya, sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman, Pas memahami lenggok suara-suara bekas ahlinya yang sudah kehilangan kuasa.  "Ada beberapa isu tidak perlu dijawab oleh parti kerana pandangan tersebut lahir daripada pandangan individu sendiri, di mana suatu ketika dulu pernah berada di tempat pemenang utama parti.  "Tiba-tiba apabila tiada di posisi itu, dan mengatakan perkara yang lain. Sebab itu, Pas berpengalaman menghadapi orang-orang seperti ini,"ujarnya lagi.     |        |      Malam Cinta Rasul Di Melaka        Posted: 20 Oct 2012 08:31 PM PDT   
 
 Malam Cinta Rasul  
 
 Tarikh : 21 Okt 2012  Masa : 8.30 Malam  Tempat : Dataran MBMB ( Depan Melaka Mall)  
 
 Semua Dijemput Hadir Meraikannya      |        |      Tahniah Kelantan Menang Piala Malaysia        Posted: 20 Oct 2012 04:49 PM PDT   Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyatakan rasa gembiranya selepas anak didiknya berjaya melengkapkan kejuaraan trebel pada saingan Liga Malaysia musim ini. Beliau berkata kejayaan pasukan tersebut itu berdasarkan faktor kecekapan pengurusan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) selain semangat berpasukan yang tinggi di kalangan pemain skuad 'The Red Warriors.' "Saya gembira kerana kita berjaya memenangi tiga piala dan saya berharap momentum ini dapat diteruskan pada musim depan," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi. 
  Kelantan, yang sudah memiliki gelaran juara Liga Super dan Piala FA, melengkapkan kejuaraan treble apabila menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas 2010 dengan mengetepikan ATM 3-2 selepas masa tambahan.Mengulas mengenai perlawanan itu, Hodak berpuashati dengan persembahan anak buahnya walaupun terpaksa bertarung sehingga ke masa tambahan. 'Saya gembira kerana bahagian pertahanan berjaya menyekat kemaraan jentera serangan pasukan ATM pada separuh masa kedua. 
  "Walaupun ATM berjaya menyamakan kedudukan pada akhir babak kedua, saya menasihatkan pemain saya supaya tidak mudah mengalah dan hasilnya, pasukan kita (Kelantan) berjaya memenangi perlawanan ini," katanya. Sementara itu, jurulatih ATM, B Sathianathan berkata kegagalan pasukan itu untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali adalah disebabkan oleh nasib yang tidak menyebelahi mereka. 
  "Saya bangga dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain saya walaupun terpaksa menghadapi pasukan yang dibarisi oleh ramai pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha," katanya. Jurulatih berusia 54 tahun itu berkata kegagalan pasukan bimbingannya tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus membawa skuad yang digelar 'The Gladiators' menjadi pasukan yang lebih disegani pada musim depan. ATM muncul juara Liga Perdana musim ini dan akan bersaing dalam Liga Super musim depan. - BERNAMA     |                  |   
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan