Selasa, 16 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 15 Oct 2012 12:29 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kelantan bentang bajet lebihan RM45.8 juta

Posted: 15 Oct 2012 01:10 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.

Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.

Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.

Pembentangan bajet dilakukan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil masa hampir sejam pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Bajet dianggarkan dengan perolehan hasil sebanyak RM581.77 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM535.95 juta.

Anggaran hasil sebanyak RM581.77 juta meliputi hasil cukai sebanyak RM296.80 juta, hasil bukan cukai RM171.57 juta, manakala terimaan bukan hasil (RM113.41 juta).

"Peningkatan hasil pada 2013 berpunca daripada tuntutan hasil royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sebanyak RM200 juta atau sebanyak 34.38 peratus daripada hasil negeri.

"Kerajaan negeri memutuskan untuk memasukkan RM200 juta sebagai pendapatan dari royalti petroleum, di mana sebelum ini diletak sebagai token sebanyak RM10.

"Ini bertujuan untuk melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas di telaga Kamelia yang akan memulakan pengeluaran Isya-Allah pada Mac 2013," kata Menteri Besar.

Medan tersebut berada dalam Blok PM 301 yang paling hampir dengan pantai Kelantan, di mana pengeluaran tahunannya sebanyak 110,000 kaki padu setahun.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, tidak salah untuk memasukkan  hasil daripada sumber royalti petroleum sebanyak RM200 juta memandangkan ia adalah hak Kelantan.

Katanya, perkara itu pernah berlaku di Terengganu ketika di bawah kerajaan PAS apabila perolehan daripada royalti turut dimasukkan dalam anggaran bajet negeri.

"InsyaAllah kita akan mendapat hak tersebut kerana sumber gas dan minyak terbabit berada di perairan Kelantan," ujarnya.

Pentas Pemuda sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan

Posted: 15 Oct 2012 01:10 AM PDT










13 ceramah serentak di Kelantan

Posted: 15 Oct 2012 01:07 AM PDT


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui Lajnah Penerangannya akan mengadakan ceramah penerangan Pentas Pemuda di 13 lokasi serentak di seluruh negeri Kelantan sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan.

Siri ceramah ini akan dibarisi oleh pimpinan parti Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataannya pada hari ini, ceramah penerangan ini akan diadakan pada 19 Oktober 2012 iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam di 13 lokasi terpilih di seluruh negeri Kelantan.

Ia bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat terkini berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan serta menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Di antara nama-nama pimpinan yang dibariskan dimulai dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang akan menyampaikan ceramah di PASTI Nurul Amin, Kg Pauh Badang, Pengkalan Chepa bersama-sama YB Dato Haji Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Selain itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan berceramah di Markaz PAS UPU Kg Gemang, Jeli bersama-sama Cikgu Lau Chin Chua, bekas Setiausaha Parti GERAKAN Negeri Kelantan," ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

"13 lokasi ini berasaskan kepada kawasan-kawasan parlimen di seluruh negeri Kelantan kecuali Kota Bharu di mana satu wacana perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan akan berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) pada tarikh dan masa yang sama.

"Justeru, DPPNK mengajak semua pendokong-pendokong kerajaan negeri Kelantan untuk bersama-sama keluar pada malam tersebut mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh para penceramah jemputan."

Senarai lengkap 13 lokasi dan penceramah pada malam tersebut ialah seperti berikut :



Tarikh : 19 Oktober 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam

Bil
Kawasan
Penceramah
Tempat
1
Pasir Mas

1. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang/ Ketua Penerangan PAS Pusat
2. Ust. Hj. Mohamad @ Fauzi Husain
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah
3. YB Hj. Hanifa Ahmad
YDP PAS Kawasan Pasir Mas/ ADUN Pengkala Pasir
3. Sdra. Rozi Muhammad
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas / Penyelia DUN Tendong
Taman Mekasar, Pasir Mas
2
Kubang Kerian
1. YB Dato Husam Musa
Naib Presiden PAS / EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
2. YB Dr Dzulkifly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor/ AJK PAS Pusat
3. YB Mohd Zaki Ibrahim
Timbalan Speaker Kelantan/ ADUN Kelaboran
4. Ust. Muhammad Hafiz Musa
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan/ Ketua Pemuda PAS Kbg. Kerian

Tapak Pasar Binjai, Kubang Kerian
3
Tumpat
1. YB Dato' Hj. Ahmad Yakob , Timbalan Menteri Besar Kelantan / ADUN Pasir Pekan
2. Puan Hajjah Mumtaz Nawi, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
3. Cikgu Normala Sudirman
AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia
4. Ustaz Khairul Ikhwan
5. Sdra Mohd Rosli Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kawasan Tumpat

Padang Kemahkotaan Tumpat
4
Rantau Panjang
1. Ust Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia
2. Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
3. Ustaz Nor Azariza Md Alawi
AJK Pemuda PAS Kelantan / Ketua Penerangan PAS Kota Bharu
4. YB Hj. Abdul Fatah Haron
ADUN Bukit Tuku
5. Sdra Zamakhshari Muhammad
Ketua Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang

SMU Ismailiah Pohon Buloh, Meranti
5
Pengkalan Chepa
1. YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
2. Dato' Mohd Amar Nik Abdullah
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan / ADUN Panchor
3. Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Malaysia
4. Muhammad Arif Abdullah
Ketua Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa

PASTI Nurul Amin,
Kg. Pauh Badang,
Jalan PCB
6
Kuala Krai
1. YB Dr Hatta Ramli
Ahli Parlimen Kuala Krai
2. YB Ust Abdul Latiff Abd Rahman
Ketua Pemuda PAS Kelantan / ADUN Mengkebang
3. Saudari Siti Aisyah Sheikh Ismail
Ketua Srikandi PKR
4. Dr Balachandran a/l Gopalkrishnan
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu
5. Ust Mahadi Mat Zin
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Padang Manek Urai Lama
7
Gua Musang
1. YB Salahuddin Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian
2. Mohamad Nuri Yaaakub
Setiausaha DPPNK
3. Ust Abdullah Husin
YDP PAS Kawasan Gua Musang
4. Ust Mahusin Isa
Ketua Pemuda Kawasan Gua Musang

Perkarangan Pejabat PAS Kawasan
Gua Musang
8
Machang
1. Artis Aisyah
2. Artis Bob Lokman
3. YB Hj. Zulkifli B. Mamat
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Neg. Kelantan / YDP Kawasan
4. Abdul Rashid bin Yah, AJK Pemuda PAS Kelantan
5. Sdra Hatman Bin Abdullah, Ketua Pemuda Kawasan Machang

Perkarangan Kedai Pulai Chondong
9
Ketereh
1. YB Dato' Saifuddin Nasution
Ahli Parlimen Machang / Setiausaha Agong PKR
2. YB Siti Zailah Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang
3. Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
4. YB Wan Ismail
YDP PAS Kawasan Ketereh
5. Ust. Yusoff Abdul Kadir
Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh

Rumah Hj. Daud,
Kg. Durian Hijau, Pangkal Kalong,
Kok Lanas
10
Bachok
1. YB Che Abdullah Mat Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
2. Cikgu Bard
Pengerusi SAMM
3. YB Dato Omar Muhamad
YDP Kawasan Bachok
4. Ust Ahmad Marzuk Shaary
Bendahari DPPNK / Ketua Pemuda PAS Kawasan Bachok

Pantai Irama Bachok
11
Pasir Puteh
1. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
EXCO Pemuda PAS Pusat / Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
2. Artis Aisyah
3. YB Dr Nik Mazian Nik Muhammad
YDP Kawasan Pasir Puteh
4. Ust Mohd Nazlan Md. Hasbullah
Ketua Pemuda Kawasan Pasir Puteh

Padang SMU (A) Nurul Falah, Cherang Ruku, Semerak
12
Tanah Merah
1. Richard Wong
Timbalan DHPP Perak
2. Ustaz Abdul Hamid Derani
Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan
3. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan
4. Ust Asri Daud, AJK Pemuda PAS Negeri Kelantan
5. YB Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman
ADUN Kemahang
6. Sdra. Hisham Fauzi
Ketua Pemuda Kawasan Tanah Merah

Perkarangan Pekan Batu 8, Tanah Merah
13
Jeli
1. YB Dato' Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS Pusat
2. Cikgu Lau Chin Chua
Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan
3. Hj. Mohd Apandi Mohammad
YDP PAS Kawasan Jeli
4. Ust Khairul Anuar Ismail
Ketua Pemuda Kawasan

Markaz PAS UPU Kg. Gemang, DUN Ayer Lanas

KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara

Posted: 15 Oct 2012 01:06 AM PDT

KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus.

"Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar," katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Teks belanjawan tersebut dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Teras Belanjawan Kelantan 2013 yang bertema Bajet Negeri Berkebajikan menumpu kepada  merancakkan pembangunan ekonomi untuk semua rakyat, memperkasa pembangunan insan berteraskan Islam.

Selain itu pembelaan golongan daif, miskin, kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta memperkukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana.

Menteri Besar berkata, selaras komitmen kerajaan menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, program sosioekonomi akan dimantapkan.

Kemudahan infrastruktur

Katanya, sejumlah RM153.37 juta diperuntukan di bawah program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat termasuk pembinaan jalan dan jambatan baru di samping memperluaskan sistem rangkaian jalan.

Sebanyak RM20 juta disediakan kepada JKR dan RM7 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek di bawah program kesejahteraan rakyat.

Antaranya pembinaan lorong memotong jalan Kota Bharu-Kuala Krai sebanyak RM2 juta, pembinaan jambatan Sungai Manal, Tanah Merah (RM2.2 juta), pembinaan jambatan Sungai Kerak, Machang (RM2.1 juta).

Pembinaan jambatan Kampung Kuau (RM2.5 juta), pembinaan jambatan konkrit di Sungai Sat dan jalan Kampung Kelaweh ke Maka, Machang (RM6.01 juta), jambatan Sungai Kemasin di Pengkalan China, Bachok (RM2.6 juta).

Jambatan Pulau Kundor, Kota Bharu (RM2.1 juta) dan jambatan merentasi landasan keretapi di Bandar Pasir Mas (Fasa II) - RM4.82 juta.

Bagi pembangunan rohani dan sahsiah kerajaan negeri menyediakan peruntukan bagi mengadakan kursus, bengkel latihan dan ceramah bagi meningkatkan kualiti modal insan rakyat khususnya golongan muda.

Pembinaan masjid

Sebanyak RM3 juta disediakan bagi projek pembinaan dan pembaikian masjid-masjid di seluruh negeri.

Antara masjid yang siap dibina pada 2012 iaitu Masjid Keputeraan Paloh 2, Gua Musang dengan kos sebanyak RM3 juta dan Masjid Keputeraan Lojing (RM3.89 juta). Manakala Masjid Chenulang, Kuala Krai (RM500,000) dijangka siap tahun depan.

Peruntukan sebanyak RM3 juta bagi program-program pembinaan insan bagi pembangunan modal insan generasi muda.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat peruntukan paling banyak iaitu RM72 juta.  Yik mengurus 91 sekolah agama termasuk dua Maahad Tahfiz Quran dan empat Maahad Tahfiz Sains.

Bajet 2013 juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan, menyelenggara dan menaiktaraf sekolah berkenaan.

"Yik merancang membina Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) di Pengkalan Chepa dianggar melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Pejabat Yik juga akan dibina di Tunjung dengan kos sebanyak RM8 juta," ujarnya.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Oct 2012 11:16 AM PDT

Dupahang's Weblog


BEZA PKR DAN UMNO UMPAMA LANGIT DAN BUMI

Posted: 14 Oct 2012 08:51 PM PDT

kecohlah puak-puak jahiliyyah itu menyebut bahawa PKR itu sama dengan Umno iaitu tidak Islamik.  Maka kata mereka apa perlunya PAS bersama PKR jika PKR itu sama dengan Umno dan tidak sama dengan perjuangan PAS?  Soalan bodoh ini sewajarnya dan cukup rasanya aku yang tidak cerdik tapi tidak sejahil mereka untuk menjawabnya. Adakah selama ini golongan [...]

Derma Syria Lebih Afdhal Dari Mengerjakan Haji & Umrah Berulang

Posted: 14 Oct 2012 08:34 PM PDT

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini. Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam [...]

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha untuk PRU-13

Posted: 14 Oct 2012 08:17 PM PDT

Sumber PAS Pasir Salak Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat. Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam [...]

Menteri Besar Umno Rasmikan Majlis ‘Say No To Hudud’

Posted: 14 Oct 2012 08:13 PM PDT

Blog bloglistpolitik Gempar!!! MB Negeri Sembilan datang merasmikan Dinner “say no to Hudud” anjuran MCA, kita tidak marahkan MCA sebab mereka tidak beriman dengan Islam, tapi yang menjadi masalahnya muslim dari BN sokong mereka. Karpal sendiri pun telah mengingatkan BN jangan manipulasi kenyataannya (hudud’ over my dead body) awal 90an dulu, bermakna kenyataan itu telah [...]

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 15 Oct 2012 09:13 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Konvensyen Politik Baharu Sabah

Posted: 15 Oct 2012 04:42 AM PDT

Semua dijemput hadir, masuk percuma. Bersama kita membina Sabah Negeri Merdeka.


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Oct 2012 09:11 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PBS membebankan bebankan guru

Posted: 14 Oct 2012 08:33 PM PDT


Aduanrakyat.com, 15 Okt 2012 - Pentaksiran Berasaskan Sekolah sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dlm sistem) di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dlm sistem. (160 X 216 = 34560 data) bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya.

SISTEM SEDIA ADA PULA TIDAK USER FRIENDLY DAN KERAPKALI MENGHADAPI INTERNAL ERROR.

Saya amat berharap instrumen(soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu.

Selain itu, deskriptor(kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami.

Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kpd pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar.

Terus terang guru tidak dapat fokus kpd pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.

By: shakira hamdan

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Oct 2012 09:08 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Gandingan 2 Anak Tok Guru Di DUN Sura

Posted: 14 Oct 2012 08:14 PM PDT


DUNGUN, 15 Oktober Isnin - Dua orang pimpinan pemuda - peringkat Pusat dan Negeri akan berkunjung ke Dungun pada 18 Oktober, Khamis ini bagi menyampaikan ceramah umum di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.
Ceramah anjuran Penyelaras Pemuda DUN Sura ini akan turut disertai oleh YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang seluruh warga DUN Sura khususnya golongan muda supaya meluangkan masa untuk hadir mendengar kupasan isu dari pandangan pimpinan pemuda sendiri," demikian seruan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Sura, Ustaz Haji Mohd Hanafiah Hitam.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 15 Oct 2012 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PROJEK PRU : BARU NAK BINA SEKARANG. PROJEK ADA MAKNA!

Posted: 15 Oct 2012 06:13 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 15 Oct 2012 04:08 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno memperbodoh bangsa sendiri

Posted: 14 Oct 2012 11:34 PM PDT

Umno yang semakin dibenci penyokong sendiri selepas terperangkap dalam isu suaram dan soros yang menjadi bombering dan memakan diri sendiri kini pasti terkulai layu selepas pru akan datang.

Terbaru Dr Mujahid pula membongkar kebiadapan pimpinan Umno dengan membodoh-bodoh bangsa sendiri yang kononnya DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian.

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Kira-kira 40 peserta hadir dalam program tiga jam itu. Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Fadlullah Jamil dan Presiden Insitut Al-Qaiyyim Abdul Rasyid Idris turut bertindak sebagai ahli panel.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa pada 9 Oktober lalu mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan untuk meraikan kemenangan DAP di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

DAP Sarawak bagaimanapun sehari selepas itumenafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan