Ahad, 23 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Sep 2012 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kamera automatik kesan pesalah di lokasi maut

Posted: 22 Sep 2012 08:06 PM PDT

7 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula beroperasi tengah malam tadi di 14 'lokasi maut' bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor,Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 lokasi dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh.
AES mampu kurang kemalangan
Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
"Kamera AES dipasang di kawasan hitam atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi," katanya dalam kenyataan semalam.
Solah berkata, orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES menerusi laman sesawang JPJ di www.jpj.gov.my, dan boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan berhampiran.
"Dengan mengetahui lokasi kamera AES, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya tercapai dan bukan memberikan kuasa lebih besar kepada JPJ mengeluarkan saman," katanya.
Papan tanda lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera, manakala kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat diletakkan antara 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.
Solah berkata, imej yang dirakam kamera AES akan dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan direkodkan pangkalan data JPJ, sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan. - BERNAMA

Gempa bumi kuat gegar selatan Mexico

Posted: 22 Sep 2012 08:02 PM PDT

7 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

MEXICO CITY: Gempa bumi kuat berukuran 5.4 magnitud menggegarkan selatan dan tengah Mexico pagi tadi tetapi tiada laporan kerosakan atau kematian, kata Institut Seismologi Kebangsaan negara itu.

Pusat gempa terletak pada kedalaman dua kilometer berdekatan bandar Pinotepa, wilayah Oaxaca, kira-kira 300 kilometer tenggara Mexico City.
Institut itu berkata, gempa bumi awal ialah 5.8 magnitud dan terletak pada kedalaman 10 kilometer tetapi kemudiannya penemuan itu dikaji semula. - AFP

Kenyataan Media : Najib minta satu penggal lagi untuk bawa pembangunan , rakyat sudah tunggu 12 penggal

Posted: 22 Sep 2012 05:12 AM PDT


6 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari ini dengan meminta rakyat memberikan kemenangan kepada BN untuk satu lagi penggal supaya pihaknya dapat membawa lebih pembangunan kepada negara ini, dilihat sebagai satu tindakan terdesak sebelum menjelang PRU 13 tidak berapa lama lagi.


Najib dipetik sebagai berkata "Percayalah saya, kerajaan akan terus menjuarai negara membangun dengan sokongan rakyat," katanya.



Najib yang juga pengerusi BN berkata, sekiranya diberikan mandat baru, lebih banyak perkara yang dapat dilakukan.



Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.



Beliau berkata demikian di hadapan 1,000 orang dalam pelancaran Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi tadi.




Sedangkan pada realitinya rakyat sebenarnya telah menunggu selama 55 tahun , dimana setiap kali pilihanraya pemimpin BN menjanjikan sesuatu yang terbaik tetapi sentiasa diabaikan begitu sahaja.



Bila PRU sudah menjelang tiba mereka mula menjanjikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat. 



Saya melihat tindakan terdesak Najib pada hari ini adalah dalam keadaan BN yang sudah sedia ditumbangkan oleh gelombang rakyat. Nyawa BN yang sudah berada ditahap nyawa-nyawa ikan nampaknya sudah tidak dapat diselamatkan.



Kekuasaan BN selama 55 tahun yang berada dihujung tanduk nampaknya mendorong Najib untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan sebagaimana janji manisnya pada hari ini.



Drs. Khalil Idham Lim

ADUN Titi Serong.

Salam Perjuangan

Posted: 22 Sep 2012 11:16 PM PDT

Salam Perjuangan


SEKAT SUARAM ANCAM UNDI BN

Posted: 22 Sep 2012 05:08 PM PDT

7 Dzulka'edah 1433 H | 23 September 2012

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Tindakan Putrajaya ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) nampaknya telah memberikan rangsangan kepada aktivisme masyarakat sivil di sini, mungkin menjejaskan usaha kerajaan Najib untuk mendapatkan undi dari golongan pertengahan Malaysia menjelang pilihan raya dijangka tidak lama lagi.

"Scorpene Never Dies", kumpulan yang ditubuhkan 'pemuda dan rakyat yang prihatin' inginkan pentabiran Najib menghentikan siasatan yang bermotif politik terhadap SUARAM.

"Kami rasa kita perlu berdiri dengan SUARAM pada masa yang kritikal ini," kata Ng Yap Hwa, koordinator kumpulan itu.

"Kalau kita sebagai rakyat tidak bersatu menyokong satu pembela hak asasi manusia, kerajaan boleh mengetatkan kawalan dengan mudah... tiada orang yang akan dapat menyokong kita pada masa hadapan," katanya.

SUARAM telah memainkan peranan penting dalam siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap pembelian berbilion ringgit dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, skandal berprofil tinggi ramai yang percaya akan mencungkil keterangan daripada pegawai-pegawai kerajaan.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana sumber dana asing, dan agensi kerajaan itu berkata awal minggu ini bahawa ia merancang untuk mendakwa kumpulan aktivis itu kerana "akaun yang mengelirukan".


Pembelian Scorpene Meragukan
NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan model Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian tersebut.

Pada April tahun ini, Tribunal Grand Instance di Paris memulakan siasatan ke atas dakwaan bahawa firma Perancis DCNS telah membayar kira-kira RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai Malaysia untuk mendapatkan kontrak bagi dua kapal selam tentera laut. SUARAM telah memfailkan aduan ke mahkamah Perancis pada tahun 2009.


Dalam satu sidang akhbar di Bangkok pada 30 Mei, peguam Perancis SUARAM, Joseph Breham telah mendedahkan dokumen kerajaan tentang penilaian tentera laut Malaysia tentang kapal selam Scorpene yang mereka rancang untuk beli telah dijual oleh Terasasi (Hong Kong) Ltd kepada DCNS dengan harga RM142 juta.


Abdul Razak Baginda, bekas ketua pemikir yang menjadi watak utama dalam penyiasatan 2006 dalam kes pembunuhan Altantuya, disenaraikan sebagai pengarah Terasasi dengan bapanya, Abdul Malim Baginda. Abdul Razak dikatakan adalah rakan rapat kepada Najib.


"Ia adalah satu dokumen rahsia oleh tentera laut Malaysia, penilaian untuk kapal selam, yang merupakan laporan yang sangat sulit," kata Breham dalam sidang media tersebut.

SUARAM terus mendapat sokongan

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International telah membangkitkan syak wasangka semalam tentang waktu kerajaan mengambil tindakan dalam operasi SUARAM berhubung dengan sumber dana. Ianya hanya empat minggu selepas organisasi tersebut mendedahkan dokumen menunjukkan sebuah syarikat bersekutu rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah didakwa menjual rahsia tentera laut Malaysia ke Perancis.

Manakalan koordinator kumpulan 'Scorpene Never Dies', Ng Yap Hwa pula 
berkata, kalau rakyat tidak bersuara sekarang, 'kita akan jadi (mangsa) seterusnya' suatu hari nanti. Menurut beliau,"mempertahankan SUARAM, berdiri di sisi Suaram" adalah untuk kebaikan dan manfaat semua.

"Mari kita sebarkan isu kapal selam Scorpene ini dengan jauh dan meluaskan untuk menyuarakan solidariti kami dengan pembela hak asasi manusia, dan dengan itu memberi amaran kepada kerajaan, walaupun mereka boleh jatuhkan SUARAM, isu kapal selam Scorpene tidak akan mati dan kita akan terus membawa perjuangan untuk mencari kebenaran di sebalik skandal Scorpene dan menegakkan keadilan untuk Altantuya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. - themalaysianinsider

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 22 Sep 2012 11:07 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 22 Sep 2012 05:14 AM PDT


PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Sep 2012 09:32 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Posted: 22 Sep 2012 08:17 PM PDT

Jika kita sayangkan Rasulullah saw dan tidak suka Baginda saw dihina banyakkanlah hadir majlis ilmu, memuliakan majlis ilmu dan menghormati para ulama

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.

Oleh : al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)
Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi

Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012
Tempat : Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau dan Pondok Tampin

OBJEKTIF DAURAH

Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
•Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama' bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu'tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
•Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
•Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama'i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
•Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad 'aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
•Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama' khususnya ulama' dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS

Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri'nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
Tentatif program daurah hadis 2012 ( tertakluk kepada pindaan)

SESI PERTAMA.
KITAB : SAHIH MUSLIM.
TEMPAT: MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK).
Sabtu 10/11/2012 malam
1.Perasmian
2.Pertandingan Nasyid
3.Ceramah

Ahad 11/11/2012
Pengajian bermula
10 pagi - 1 petang
4.30 ptg – 6.30 ptg
8.30 mlm – 10.30 mlm

Isnin 12/10/2012
6.30 pg – 8.30 pg
11.30 pg – 1 ptg
4.30 ptg – 6.30 ptg
8 mlm – 10.30 mlm

dan seterusnya

TAMAT SAHIH MUSLIM PADA 19 /11/2012

Yuran Pendaftaran : RM200
Penginapan : Asrama disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).

Makanan: Disediakan oleh penganjur.
SESI KEDUA
KITAB: TARMIZI.
TEMPAT: PONDOK TAMPIN.
TARIKH : 20/11/2012.
TARIKH TAMAT: 30/11/2012
Yuran penyertaan:
Penginapan : TIDAK disediakan
(bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan).
Makanan: TIDAK Disediakan oleh penganjur / atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu.
Syarat-syarat .
1. Berumur 17 tahun keatas.
2. Boleh menguasai bahasa arab atau nahu sharaf.
3. Mempunyai asas-asas pengajian Ilmu-ilmu Agama Islam.
4. Tiada masalah penyakit kronik atau penyakit sosial.
5. Jumlah perserta adalah terhad.

Sebarang masalah sila hubungi urusetia.


Dr Azman Ibrahim

Posted: 22 Sep 2012 07:11 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


PersiapanTapak PGU 5.0

Posted: 22 Sep 2012 01:33 AM PDT





MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 22 Sep 2012 09:48 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Batal kilang simen kemenangan rakyat

Posted: 21 Sep 2012 10:41 PM PDT


Gambar: Tuan Ibrahim (tengah) pada satu ketika bersama penduduk menunjukkan tanda bantahan di pintu masuk kawasan rekreasi Gunung Senyum.

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Pahang menganggap pembatalan projek pembinaan kilang simen di Gunung Jebak Puyuh yang terletak satu kilometer dari Hutan Lipur Gunung Senyum, sebagai kemenangan rakyat.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim (kiri)berkata, PAS sejak tahun 2009 konsisten menyertai penduduk perkampungan yang terlibat membantah projek bernilai RM2 bilion usaha sama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Syarikat Yeoh Teong Lay (YTL) itu.

Tambahnya, ini disebabkan PAS menyedari projek tersebut tidak membawa apa-apa manfaat atau keuntungan kepada penduduk tiada manfaat bahkan hanya akan menyebabkan mereka yang terlibat akan menanggung penderitaan dan ekonomi merosot ekoran pencemaran teruk alam sekitar.

"Jadi keputusan membatalkan projek tersebut kami anggap tepat dan itulah buktinya pembangkang yang kuat akan menyebabkan suara rakyat didengari pemerintah apabila bangun membantah sesuatu yang tidak menguntungkan," katanya.

Akhbar baru-baru ini menyiarkan berita projek yang telah dirancang di gua batu kapur dan kuari itu dibatalkan apabila wakil kerajaan negeri datang menemui penduduk.

Ura-ura kerajaan negeri yang mahu membina kilang simen di kawasan tersebut telah digazetkan pada 2009 iaitu yang kedua kepada syarikat yang sama selepas kilang simen Bukit Sagu, Kuantan.

Rata-rata berpendapat, jika kilang tersebut beroperasi, akan memusnahkan industri pelancongan di Gunung Senyum sekarang dan tanah tersebut akhirnya bakal terlepas kepada syarikat perniagaan bukan Melayu sebagaimana berlaku sebelumnya di Bukit Sagu.

Gunung Jebak Puyuh merupakan gunung tercantik antara lima gunung yang terdapat di Hutan Lipur Gunung Senyum. Selain Jebak Puyuh ialah Gunung Senyum, Gunung Terus, Gunung Balik Oi dan Gunung Che Ngah yang dikatakan memiliki khazanah alam yang telah terbina sejak jutaan tahun lalu termasuk nilai gua batu kapur yang dikatakan paling mahal di dunia.

Di situ juga merupakan kawasan tadahan air dan kawasan berpayanya pula pernah menjadi pusat tanaman padi dan kawasan pengeluaran ikan darat tersohor pada satu ketika dahulu.

Setiap tahun, dianggarkan 50,000 pelancong mengunjungi kawasan rekreasi Hutan Lipur Gunung Senyum. Dengan pembinaan kilang simen tersebut sudah tentu akan merosakkan kawasan itu termasuk melenyapkan flora dan fauna yang banyak di situ.

Sekali gus merugikan wang rakyat kerana kerajaan telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk membangunkan kawasan rekreasi di situ.

Kilang tersebut jika beroperasi, ia terlalu hampir dengan kediaman penduduk menyebabkan debu daripada projek berkenaan sudah pasti akan berterbangan mengganggu kesihatan mereka. Bala itu akan menjejaskan hasil tanaman penduduk sekali gus mencemarkan Sungai Senyum dan Sungai Pahang.
Kesan awal pencemaran akan diterima ialah penduduk yang berdekatan dengan tapak projek iaitu sekitar Kampung Gunung Senyum, Batu Sawar, Pulau Pasir Mandi Jengka 21, 22, 23 dan 24. Tetapi akhirnya seluruh perkampungan di sepanjang 50 kilometer Sungai Pahang dari Kuala Krau ke Temerloh dan Felda Gugusan Jengka yang melibatkan 300,000 penduduk akan terlibat.

Bencana tersebut akan berlaku apabila loji air berdekatan iaitu Loji Air Lubuk Kawah akan terdedah kepada kesan pencemaran. Hasil pertanian dan perusahaan ikan air tawar iaitu sumber utama pendapatan penduduk juga akan terjejas.

Kawasan tersebut termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau dan Parlimen Kuala Krau.

Shahril yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Krau berkata, sebab itulah PAS bersama penduduk membantah keras pembinaan kilang simen di Gua Jebak Puyuh.

"Projek seperti ini pernah dibina di kilang simen Bukit Sagu. Walaupun pada mulanya dirancang untuk menjana ekonomi negeri tetapi akhirnya dijual kepada syarikat besar kita rasa masalah ini akan berlaku perkara yang sama

"Mungkin kerajaan negeri mahu menambah pendapatan, tetapi tidak seharusnya terpaksa mengorbankan manusia, haiwan dan alam. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak merujuk kepada pakar-pakar sejarah tempatan, Jabatan Pelancungan, Perhilitan, Felda, Felcra, JBA dan persatuan penduduk tidak pula ditemui. Sebenarnya merekalah yang akan menerima kesannya nanti".

"Carilah sumber pendapatan lain sebab Pahang banyak sumber semula jadi seperti perusahaan balak, pasir, pelancongan selain berusaha membangunkan industri hiliran daripada projek-projek besar," tegasnya.

Jasindaily Online

Posted: 22 Sep 2012 09:41 AM PDT

Jasindaily Online


Isu Gambar Superimpose : Khalid Samad Menang Kes Lawan Hamidah Osman

Posted: 21 Sep 2012 06:37 PM PDT

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu. Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort. 

 Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com/ pada atau sekitar Januari 2010. Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana di atas. Dan beliau juga menulis antara lain "Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan 'God' kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini." 

 Beliau juga menulis "Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini." Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah. 

 Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak. Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.~Greenboc

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Sep 2012 09:28 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG buat kejutan

Posted: 22 Sep 2012 04:15 AM PDT


 22/9/12
JALAN YADI
DUN SELAT KLANG

ADUN Selat Klang semenjak menjadi EXCO kerajaan Selangor sudah jarang jarang pegang jarum dan memeriksa pesakit. Namun kesihatan rakyatnya masih menjadi di antara perkara utama yang di titik beratkannya. YB Dr Hjh Halimah Ali merasmikan program kesihatan percuma yang dianjur oleh JKKK Sg Udang dengan kerjasama dan dibiayai oleh pejabat ADUN SELAT KLANG. Pasukan Medic Yayasan Amal Malaysia telah banyak berbakti dalam program outreach mereka.

Yang unik dalam program ini ialah YB Dr Halimah secara spontan semasa dalam ucapan perasmiannya menulis  di kad manila putih, KEMPEN , SAY NO 2 DIABETES atau katakan TIDAK kepada KENCING MANIS.

Beliau menggariskan dibelakang kad yang sama  kolum nama, bacaan gula dalam darah dan no.contact. Beliau mahu kelainan!! Beliau mahu semua yang terlibat terjun terus bersama kempen untuk mencegah diri, keluarga dan sahabat handai  daripada budaya yang PASTI akan menyebabkan paras gula naik dalam darah: kencing manis!

Beliau faham ianya satu norma dalam masyarakat yang terlalu gemar masakan/minuman manis  . Beliau menyeru semua hadirin untuk BERTINDAK minum air bergula hanya sekali sehari mulai hari ini. NOKTAH! Mula langkah kecil ke arah perubahan. Ke arah membina tabiat mengawal pengambilan gula.
Buat tindakan secara sedar untuk diri sendiri!

Beliau meletak nama sendiri dan paras gula dalam rekod sebagai pemimpin yang mahu jadi teladan. Mudah mudahan berjaya. SELAT KLANG boleh insyaallah! SAY NO TO DIABETES!


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 22 Sep 2012 03:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Thousands in KL protest anti-Islam film

Posted: 21 Sep 2012 09:32 AM PDT

Thousands of Muslims shed their political differences and thronged the streets of the capital this afternoon to condemn the controversial “Innocence of Muslims” video, a short film mocking the Prophet Muhammad that has fuelled international fury and wreaked a storm of violent protests across the Muslim world.

Two simultaneous rallies — one by Umno Youth and another by PAS Youth — drew large crowds of angry protestors to different checkpoints across the city, all chanting praises to Allah and taunting the United States as they pushed their way through the mob.

Outside the Tabung Haji building on Jalan Tun Razak, the protest led by PAS and PKR’s youth wings was joined by at least 5,000 people, including those from Islamic non-governmental organisations Teras Pengupayaan Umat (Teras), Himpunan Hijau Putrajaya, Salamah Shah Alam and Angkatan Belia Islam (ABIM).

The group gathered shortly before 2pm before marching down the 1km stretch to the US Embassy in Lorong Kuda, waving flags of PAS, Malaysia and a modified version of the pre-independence flag Sang Saka, and yelling “Down with America and Zionism”.

Demonstrators burn a banner that depicts both the US and Israel flags outside the US embassy in Kuala Lumpur September 21, 2012.

“This is not just an Islamic cause, it is a human one. Anyone who insults any religion, it is an insult to humanity itself,” said PKR vice president Tian Chua in his speech to the crowd.

Four representatives ― PKR vice president Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, PAS Youth chief Nasruddin Hassan Tantawi and Teras president Azmi Abdul Hamid ― were allowed to present a memorandum to the embassy’s security office, which was received by its head of security.

“America must take full responsibility for this issue. We will show that the patience of Muslims and the non-Muslims is limited.

“If they go on with this, we will take more action,” Azmi told reporters after presenting the memorandum.

The crowd then burned paper printouts of the American and Israeli flags.Later, ACP Mohan Singh from Cheras district police headquarters told reporters the estimated turnout was 2,800 protesters at the embassy.

"We diverted traffic, as ordered, allowed them to protest, there were no untoward incidents and after presenting the memorandum, they dispersed.

We are content because this protest was done peacefully,” Mohan said.

Barely 5km across the city at the iconic Masjid Jamek in Jalan Tun Perak, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin led over 2,000 people, including members of Malay rights group Perkasa, Majlis Belia Malaysia and Puteri Umno, to protest the controversial film.

Khairy (right) addresses the crowd during an Umno Youth protest against an anti-Islam movie, at Masjed Jamek in Kuala Lumpur.

The Rembau MP praised PAS for agreeding to shed its political differences and take a stand along with Umno for the sake of Muslim solidarity.

“Two days ago, I phoned PAS’s Nasrudin Tantawi and together we agreed to put aside our differences.

“Umno Youth gathers today in solidarity with PAS, unlike their political allies,” Khairy said, criticising PAS’s partners in Pakatan Rakyat (PR) for not joining the party in today’s protests.

The crowd was seen carrying banners and flags professing belief in the Prophet Muhammad and calling for action to be taken by the French and United States governments against those who made the video and the cartoon.

“Our enemy is not the United States, France or any other religion, but those involved in the film and the cartoon,” Khairy said.

“We want both governments to take action against these people. The freedom of speech has its limits and must have a care for respect and responsibility.”

US embassies worldwide have all been placed on high alert following protests against the controversial video, which have even led to the death of a US ambassador and three other Americans last week during a protest at the US consulate in the Libyan city of Benghazi.

The crudely made 13-minute English-language film that mocks the Prophet Muhammad was produced by American Sam Bacile, filmed in California and circulated on the Internet under several titles including “Innocence of Muslims”.

Clips of the film posted on the Internet since July have been attributed to Bacile, which two people linked to the film have said was likely an alias.

For many Muslims, any depiction of the prophet is blasphemous. Caricatures deemed insulting in the past have provoked protests and drawn condemnations from officials, preachers, ordinary Muslims and many Christians.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan