Sabtu, 22 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 22 Sep 2012 01:38 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Program terkini

Posted: 21 Sep 2012 02:20 AM PDT


JOM PAKAT-PAKAT HADIR 

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Sep 2012 01:35 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga

Posted: 21 Sep 2012 01:52 AM PDT

Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.
 KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

"Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

"Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

"Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon," katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

"Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

"Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu," katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

"Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya," katanya.

sinar harian/-

Bantah saja tidak cukup, boikot produk Yahudi

Posted: 21 Sep 2012 01:49 AM PDT


5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




(Tuan Guru Nik Aziz antara peserta demo)

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam memboikot produk Yahudi sebagai tindak balas terhadap penghinaan mereka kepada Rasulullah SAW.

Katanya, mengadakan demonstrasi bantahan terhadap perbuatan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW adalah tidak cukup sebaliknya barang-barang keluaran Yahudi seperti makanan, pakaian dan kenderaan perlu diboikot.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan meminta pihak berkenaan supaya menyenaraikan barang-barang yang perlu diboikot itu.

(Gambar: TG Nik Aziz membakar replika cakera padat flilem yang menghina Nabi)

"Ini puak-puak duit, kalau stop duit, menengung (termenung) mereka," ujarnya ketika berucap pada demonstrasi aman membantah filem "Innocence of Muslims" yang diadakan di Medan Ilmu di sini selepas menyampaikan kuliah sebentar tadi.

Beliau berkata, mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW itu adalah kerja Islam.

Ini, jelasnya kerana Islam menyuruh kepada perkara yang makruf dan menentang kemungkaran.

Kemuncak kepada demonstrasi itu ialah membakar replika cakera padat filem itu pada jam 10.45 pagi yang diiringi dengan laungan 'Hidup Islam, Sayang Rasul, Hancur Yahudi, Laknat Musuh, Laknat Amerika'.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zalilah Mohd Yusoff, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod dan Ketua AMK Kelantan, Azehan.

Filem "Innocence of Muslims" yang diarahkan oleh Sam Becile, seorang pengarah filem keturunan Yahudi Israel Amerika telah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Rasulullah SAW.

harakahdaily/-

Maut langgar forklift

Posted: 21 Sep 2012 01:48 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah 'forklift' (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pukul 11.30 malam dan menyebabkan Mohd Ridzuan Abdullah, 21, yang beralamat di Kampung Separa, Kulaijaya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Motosikal yang ditunggang Mohd Ridzuan telah melanggar bahagian hadapan besi sisi kiri forklift terbabit semasa kenderaan itu sedang menurunkan barang dari sebuah lori," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata pemandu jentera dan lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

metro/-

70 bomoh tidak berkesan

Posted: 21 Sep 2012 01:45 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



KOTA BHARU - Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.

Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka. 

Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.

"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.

Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.

Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.

sinar harian/-

‘Hilang nikmat tidur telentang’

Posted: 21 Sep 2012 01:42 AM PDT

PRIHATIN...Adnan Salleh melihat ketumbuhan di belakang badan Adnan Teh ketika mengunjungi rumah warga emas itu di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu.

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PRIHATIN...Adnan Salleh melihat ketumbuhan di belakang badan Adnan Teh ketika mengunjungi rumah warga emas itu di Kampung Ladang Sahat, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: "Sudah tujuh tahun saya hilang nikmat tidur telentang," kata Adnan Teh, 71, yang mempunyai ketumbuhan di belakang badan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ladang Sahat, di sini, kelmarin.

Menurutnya, ketumbuhan itu mula dikesan pada 2005 dan semakin membesar menyebabkannya hanya boleh tidur mengiring setiap hari.

Katanya, ketumbuhan itu menyukarkannya memakai baju berikutan benjol yang bersaiz agak besar.
"Walaupun ketumbuhan itu besar, namun tidak menyakitkan menyebabkan saya tidak mendapatkan rawatan segera," katanya.

Katanya, buat masa ini dia belum merancang melakukan pembedahan membuang ketumbuhan itu walaupun ia semakin membesar.

"Namun, jika ada pihak sudi membantu dari segi kos rawatan, saya tiada masalah," katanya.
Adnan yang tidak bekerja berkata, kebanyakan masanya dihabiskan di rumah kecuali waktu pagi apabila ke pasar membeli lauk-pauk.

"Saya tinggal bersendirian berikutan tidak pernah berumah tangga dan hanya bergantung harap kepada saudara terdekat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan," katanya.
Penderitaan warga emas itu mendapat perhatian Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu yang menghulurkan zakat RM1,000 disampaikan wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Ladang Sahat di rumahnya, kelmarin.

"Saya bersyukur kerana menerima bantuan zakat ini yang dapat meringankan beban menguruskan perbelanjaan harian," katanya.

Pengerusi JKK Kampung Ladang Sahat, Adnan Salleh berkata, pihaknya akan memohon dana daripada Tabung Penyakit Kronik negeri bagi membantu warga emas terbabit membuang ketumbuhan berkenaan.

metro/-

Ubi kayu rebus dengan ikan tamban kiat

Posted: 21 Sep 2012 01:38 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



Hidangan ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.

(Ubi rebus dengan kelapa)

Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.

Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan  Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.

Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.

Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.

Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.

Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.

Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.


(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )

Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan  termasuk tamban kiat untuk digoreng.

Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.

Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan.  Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.

Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.

harakahdaily/-

‘Saya jaga dia sampai bila-bila’

Posted: 21 Sep 2012 01:37 AM PDT

KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.


5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Pernah satu ketika, saya hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Buntu memikirkan anak-anak dengan keadaan isteri yang kritikal, saya pula dibuang kerja, namun saya kuatkan semangat menghadapi ujian ini.
"Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat. Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila," kata Abdul Hamid Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu, setiap hari.

Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.

metro/-




Selatan Sumatera digegar gempa bumi sederhana

Posted: 21 Sep 2012 01:34 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan selatan Sumatera, Indonesia awal hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, gempa berlaku pukul 4.47 pagi dan berpusat di 141km dari barat laut Siberut, Indonesia dan 458km barat daya Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. – BERNAMA


Royalti: NGO R akan berkonvoi ke Putrajaya

Posted: 21 Sep 2012 01:31 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan menganjurkan konvoi mega R ke Putrajaya.

Ianya adalah bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Mengikut jadual, konvoi itu akan bermula sehari awal iaitu pada 2 Oktober dari beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya pada pagi 3 Oktober.

Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan  Shah Alam pada malam 2 Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Satu majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R, Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan Sarawak.

Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya bersama pasukan konvoi R.

Pada masa sama, NGO R juga akan menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah bagi mendengar permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan 3 perkara:

i. Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.

ii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)

iii. Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi).

harakAHDAILY/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 22 Sep 2012 01:13 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Fatwa Baru Ustaz Chua Soi Lek – Politik Wang Bukan Rasuah

Posted: 21 Sep 2012 07:34 PM PDT

Bekas seorang pelakon video, Chua Soi Lek yang terkenal dengan sikap biadapnya menghina Islam yang dihalalkan oleh Umno sekali lagi membuat kenyataan songsang. Kali ini Presiden parti yang ditolak orang Tionghua, MCA itu menyatakan bahawa Politik wang bukan rasuah, Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan [...]

MENGAPA PEMUDA UMNO MEMBISU KEBIADAPAN SOI LEK?

Posted: 21 Sep 2012 07:28 PM PDT

Kita sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :- 1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong 2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam 3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada [...]

Peghelih La...

Posted: 21 Sep 2012 11:37 PM PDT

Peghelih La...


Program terkini...jom pakat2 pi

Posted: 21 Sep 2012 02:01 AM PDT



Demonstrasi Bantah Penghinaan Nabi SAW

Posted: 21 Sep 2012 01:55 AM PDT


KANGAR - Laungan takbir dan kutukan "Laknat Nakoula", "Laknat Yahudi" bergema di perkarangan Masjid Putra dekat sini sebagi tanda protes umat Islam di negeri Perlis ke atas penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. melalui penerbitan filem Innocence of Muslims.

Himpunan aman ini yang diterajui oleh Dewan Ulama PAS Perlis ini bermula sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Perhimpunan bermula dengan ucapan ringkas oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman sebelum ucapan penuh bersemangat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.

Dalam ucapannya, Mohd Anuar mengajak umat Islam di negeri Perlis bersatu hati untuk menetang sebarang penghinaan terhadap Rasul Junjungan yang dimuliakan oleh Allah.

"Banyak bentuk penghinaan terhadap Islam yang sebelum ini kita bersabat. Kita tak buat apa bila orang hina janggut Nabi, kita juga bersabar bila ada orang baling kasut dalam masjid, tapi hari ini marilah kita seluruh umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w melalui penerbitan filem ini.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan laknat oleh penulis dan penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula," demikian antara kata-kata yang diucapkan beliau pada perhimpunan itu.

Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pimpinan KeADILan negeri Perlis.

PAS Perlis desak Sidang Khas DUN

Dalam pada itu, ekoran bantahan umat Islam di seluruh dunia seperti ini, PAS Perlis mendesak Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mengadakan sidang khas berkaitan isu berkenaan.

Menurut Mohd Anuar, sidang khas DUN Perlis ini perlu diadakan untuk mengambil ketetapan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

"Kita minta sidang ini diadakan sebagai satu tanda bahawa ini adalah kemuncak kepada kemarahan umat Islam khususnya di negeri Perlis dan sebagai satu tanda kesatuan umat Islam di negeri ini yang menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi s.a.w mahupun terhadap Islam itu sendiri," jelasnya.

Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga meyarankan kepada PAS supaya mendesak parlimen Malaysia untuk mengadakan sidang bagi tujuan yang sama.

"Dijangkakan parlimen akan bersidang tidak lama lagi, maka perlu juga dibuat satu ketetapan yang sama di parlimen nanti," katanya.

Salam Perjuangan

Posted: 21 Sep 2012 11:22 PM PDT

Salam Perjuangan


MENGAPA PEMUDA UMNO MEMBISU KEBIADAPAN SOI LEK?

Posted: 21 Sep 2012 06:40 PM PDT

6 Dzulka'edah 1433 H | 22 September 2012
Kita sering mendengar ada orang Islam yang menghina Islam dengan pelbagai kenyataan yang sungguh menggerunkan. Antaranya :-

1) Kalau dilaksanakan hukum Islam nanti habis tangan orang Islam kena potong

2) Kalau dilaksanakan hukum hudud nanti habis batu digunakan untuk hukuman rejam

3) Orang mencuri tidak perlu dipotong tangan tapi kita bagi dia kerja supaya tiada tidak mencuri lagi

4) Hukum Hudud tidak sesuai di negara majmuk seperti Malaysia

5) Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ianya zalim

6) Janggut disimpan pada zaman Nabi sebab masa itu tak ada pisau cukur

7) Jubah dan tudung adalah pakaian tradisi Arab kerana mereka negara padang pasir nak lindungi pemakainya
8) Kalau hudud dilaksanakan kerajaan pusat akan bertindak.
9) Hukum Islam tidak adil kerana hanya orang Islam yang dikenakan hukuman sedangkan orang bukan Islam dilepaskan

............... dan bermacam-macam lagi penghinaan terhadap hukum Islam

Orang Islam yang mengeluarkan kenyataan mungkin sengaja membuat kenyataan itu untuk menafikan kewajipan melaksanakan Islam disamping untuk mempengaruhi rakyat khususnya orang Islam supaya tidak menyokong pelaksanaan hukum Islam. Amat malang sekali jika kenyataan itu dikeluarkan dengan secara sedar dan tahu bahawa hukum Islam wajib dan berusaha ke arah pelaksanaannya wajib bukannya memperkecil-kecilkannya.

Kita tidak hairan jika mereka yang menghina Islam adalah orang bukan Islam kerana mereka mungkin tidak tahu dan tidak faham. Cuma kita sebagai orang Islam wajib menegur dan memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka supaya mereka faham dan lebih cermat mengeluarkan kenyataan mengenai Islam pada masa hadapan.


Antara pemimpin yang sering menghina Islam ialah Presiden MCA, Chua Soi Lek. Malangnya tidak ada seorang pun kawan-kawan baik Soi Lek dari Umno yang berani menegur Pelakon Video tersebut.. Berbeza dengan PR, pemimpin PAS sentiasa menegur kawan-kawannya tentang apa juga isu yang berkait dengan Islam.


Contoh terbaru ialah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang dikatakan menghina Islam melalui twitternya. Pemimpin PAS bertemu dan berbincang dengan beliau dan Ngeh telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang dikatakan menghina Islam itu.

Tetapi pernahkah anda mendengar Pelakon Video, Chua Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataannya menghina Cikgu Mala yang tidak bersalam dengan lelaki semasa PRK Tenang. Pernahkah anda mendengar Soi Lek memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau menghina hukum hudud baru-baru ini.. - mutaligat.blogspot.com

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Sep 2012 09:46 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:23 AM PDT


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:22 AM PDT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 Sep 2012 12:07 AM PDT


Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong PAS

Anjuran MTD PAS Chembong

Semua dijemput hadir

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 21 Sep 2012 09:17 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Konvoi Xpresi Anak Muda Bantah 'Innoce Muslim' Dun Kampong Gajah

Posted: 21 Sep 2012 06:42 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 21 Sep 2012 07:45 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Tamu Daif Perlu Dinaik Taraf

Posted: 21 Sep 2012 04:45 PM PDT

Tamu Tukau Jaya Perlu Dinaik Taraf
MIRI - Tamu Tukau Jaya di pinggir jalan Bakam Miri patut dinaik taraf agar ianya nampak kemas dan teratur.  Ramai juga pengunjung datang ke Tamu tersebut terutama sekali pada hari Sabtu dan Ahad walaupun nampak sangat daif tetapi ianya cukup stategik untuk menjual hasil terutama bagi penduduk kampung di kawasan tersebut.

Salah seorang daripada penjaja Tamu mengatakan, jika boleh, kerajaan memperuntukkan tapak Tamu khas bagi penduduk di kawasan itu kerana dari situ mereka boleh menjual hasil tanaman mereka dalam keadaan yang lebih selesa bukan saja kepada penjaja tetapi juga kepada pengunjung yang datang ke situ. 

Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja sebagai nelayan dan petani. Dengan pendapatan yang serba sederhana mereka perlu sebuah tapak yang kekal untuk menjual hasil mereka.

Tapak tamu yang mereka gunakan sekarang adalah harta milik persendirian. Mereka hanya menumpang di tapak tersebut sementara masih kosong. Kebanyakan tanah sepanjang pinggir pantai Miri sekarang ini dimiliki oleh golongan elit dan juga golongan hartawan.

Nasib penduduk asal yang tinggal di situ agak terpinggir akibat sukar untuk memiliki tanah sendiri. Mereka umpama menumpang di tanah sendiri akibat sistem pemilikan tanah yang sukar untuk dimiliki sekarang.

Apabila mereka memohon tanah di pejabat tanah dan ukur, mereka terpaksa melalui beberapa proses atau prosidur yang menyukarkan untuk penduduk miskin mendapatkannya.

Tetapi apabila pihak syarikat atau pihak pemaju memohon tanah dengan mudah mereka ini mendapatkan tanah kerajaan tersebut. Inilah persoalan yang sering bermain dalam fikiran rakyat tempatan, mengapa sukar sangat pihak kerajaan memperuntukan tanah untuk kediaman serta tempat bercucuk tanam untuk rakyat tempatan yang memerlukannya.

Mereka berharap pihak kerajaan dapat membantu mereka memperuntukan tapak serta tempat perniagaan kekal.  Sekurang-kurangnya Tamu itu nanti dapat memberi mereka peluang berniaga dan menghasilkan pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung bantuan atau subsidi kerajaan.

Kita mendesak kepada pihak kerajaan dan yang berkenaan agar segera mengatasi dan menyelesaikan masalah penduduk kampung Tukau ini dengan segera, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik lagi. Harap pihak yang berkenaan dapat melaksanakan tugas mereka dengan amanah, jujur dan adil untuk semua.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Tukau Jaya Tamu Need Upgraded

MIRI - Tukau Jaya 'Tamu' at the Miri Bakam roadside should be upgraded so that it looks neat and orderly. Many visitors also come to the Tamu, especially on Saturday and Sunday, though it is very poor, but it is strategic enough to sell the produce, especially for the residents in the area.

One of the Tamu hawkers say, if possible, the government allocated special Tamu site for residents in the area because from there they can sell their produce in a more comfortable not only for the hawkers but also to visitors who come to the place.

Most of the residents in the area are fishermen and farmers. With a modest income they need a permanent site to sell their produce.

The site areas where they use now are private property. They just squat at the site while still empty. Most of the lands along the Miri coast are currently owned by the elite and the wealthy.

The fate of the original residents who lived there is quite marginalized due to difficult to own their own land. They are like squat on their own land due to land ownership systems that are difficult to belonging now.

When they apply for land at the land and survey office, they had to go through some process or procedure which makes it difficult for poor people to get it.

But when the company or the developers apply for land, they can easily get the state land. These are questions that often play in local people's minds, why is very difficult for the government allocated residential land and farming place for local people in need.

They hope the government can help them allocate sites and permanent place of business. At least the Tamu will be able to give them the opportunity to do business and generate their own income without relying on government assistance or subsidies.

We urge the government and concerned parties to immediately overcome and solve problems this Tukau villagers immediately, so they can enjoy a better life. Hope the relevant authorities can carry out their duties of trust, honesty and fairness to all.

Rembau Hari Ini

Posted: 21 Sep 2012 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 Sep 2012 12:05 AM PDT


Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong PAS

Anjuran MTD PAS Chembong

Semua dijemput hadir

PAS LENGGONG

Posted: 21 Sep 2012 07:11 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 21 Sep 2012 06:00 PM PDT


Khalid Samad menang lagi kes ke atas Adun Umno

Harakahdaily,21 Sep 2012
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.

Dan beliau juga menulis antara lain "Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan 'God' kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini."

Beliau juga menulis "Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."

Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.

Posted: 21 Sep 2012 05:59 PM PDT


Iklan menyebabkan orang Yahudi marah

http://www.kakisembang.com,22 Sep 2012

Iklan Yang Menyebabkan kemarahan Orang Yahudi - Tahu pun Kamu Marah Benggong


Selepas beberapa hari semenjak tersebarnya video yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W ke seluruh dunia oleh puak-puak Yahudi ini, akhirnya mereka terpaksa berhadapan dengan apa yang umat Islam di dunia rasai selepas turut dihina dalam sebuah iklan oleh sebuah syarikat pembuat pil.
Gambar mengerikan mangsa kem tahanan rejim Nazi adalah mimpi buruk bagi sebahagian besar kaum Yahudi.

Namun, gambaran mengerikan itu justeru menjadi bahan jenaka sebuah surat kabar Estonia dengan menjadikannya sebuah iklan. Tidak hairanlah, iklan ini mengundang kemarahan banyak orang, terutama kaum Yahudi.

Iklan itu sendiri mempromosikan pil diet yang memaparkan sejumlah lelaki kelaparan dengan lokasi di kem mematikan terbesar di Jerman itu. Dalam iklan itu, terpampang tulisan,''Satu, Dua, Tiga, pil pelangsing Dr Mengele sangat berkesan untuk anda! Tak ada lagi orang gemuk di Buchenwald!"

Reaksi paling keras datang dari organisasi Yahudi. Mereka mengecam iklan di Eesti Ekspress yang diletakkan di bahagian jenaka surat khabar itu. ''Iklan ini amat mengelirukan dengan mengorbankan jutaan mangsa korban Nazi,'' ungkap Efraim Zuroff dari Pusat Simon Wiesenthal, Jerusalem.

Alla Jakobson, jurucakap komuniti Yahudi Estonia, berkata, insiden itu menunjukkan masyarakat Estonia mengalami masalah besar dalam moral dan nilai etika.
P/S: Tahu pun kamu marah Yahudi Laknatullah..Nanti lah kehancuran mu wahai YAHUDI.. 

Posted: 20 Sep 2012 08:43 PM PDT

bantahan filem inocence of muslim di pondok tuan guru Haji Salleh Musa sebentar tadi... — bersamaEjat IzatyDazzrique AsmawiTaufik IsmailIbnu Al-KhamsPenerangan PasKedahKelab Remaja Isla

Posted: 20 Sep 2012 08:24 PM PDT

Tak ketahuan hala jika mengikut Mahathir yang mengaku umno-bn tu Syaitan








Posted: 20 Sep 2012 08:18 PM PDT

Taste mamat ni dari dulu kini dan selamanya dengan chinese look..tgk la kening lukis GF dia tu hahaha tu yg membuatkan dia xleh tahan...pelukan erat menunjukkan mereka saling sayang-menyayangi...Sejarah ni tak ramai yg tahu...terutama penyokong2 buta sejarah.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Sep 2012 03:46 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


INI BUKAN OLOK-OLOK TAPI LAGI TERUK !

Posted: 21 Sep 2012 03:33 AM PDT

Berita ini menunujukkan negeri Sabah yang selalu diberi bajet berjuta malah berbilion oleh BN mengalami kesan lagi teruk berbanding negeri yang dikatakan miskin seperti Kelantan. Kelantan biasa dimomokkan dan difitnah mempunyai air yang kotor dan pentadbiran yang buruk tapi akhirnya hanya fitnah.Begitu juga Negeri Selangor yang selalu diganggu dan difitnah tentang pengurusan yang kununnya tidak bagus namun kini Allah beri tunai kepada BN bahawa kes di Tawau Sabah ini lagi teruk dan akan memberi truma pada 337 orang rakyat Sabah yang telah minum air mayat berhari-hari.

Astagfirullah! Kes Naya 337 ORANG PENDUDUK TAMAN TITINGAN TAWAU YANG MINUM AIR MAYAT

Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j
5:40PM Sep 20 2012 Seramai 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu. Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ. Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan. Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu. - Bernama

UMNO PERNAH DIHARAMKAN , DI SARAWAK UMNO LANGSUNG TAKDER!

Posted: 21 Sep 2012 03:08 AM PDT

Pada 4 Februari 1988, Hakim Datuk Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur. UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988,

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu , Tun Ling Liong Sik.

Dengan itu juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan 'Perdana Menteri Malaysia' buat beberapa hari (10 hari) sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan.

Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan , Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Ling Liong Sik. Walaupun bagaimanapun tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang diPertuan Agung kepada Tun Ling Liong Sik.

Dalam tempoh 4 Febuary sehingga 13 Febuary tempoh 10 hari tersebut Barisan Nasioanl melantik Ling Liong Sik (Presiden MCA) dan telah di serahkan tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun tidak mendapat watikah perlantikan dari Yang Di Pertuan Agong.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini.

JANGAN HINA NABI MUHAMMAD S.A.W !

Posted: 21 Sep 2012 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 SEPT : Kira-kira 5,000 orang telah berkumpul di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini bagi melahirkan kemarahan mereka terhadap filem dan kartun yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Demonstrasi yang diadakan selepas sembahyang Jumaat itu merupakan kesinambungan dari himpunan minggu lepas dan acara yang sama di merata dunia bagi membantah filem yang dibuat oleh seorang warga AS.
Himpunan hari ini juga bagi membantah siri kartun yang diterbitkan baru-baru ini oleh sebuah majalah Perancis yang berjudul Charlie Hebdo.
Demonstrasi di depan kedutaan AS di sini yang bermula pada 2.30 ptg dihadiri oleh NGO Islam dan aktivis politik dari Pakatan Rakyat.
Antara pemimpin yang kelihatan adalah Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemuda Pas Nasruidin Hasan Tantawi dan Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri.
Perhimpunan yang dikawali oleh polis dari pasukan simpanan persekutuan (FRU) masih berlangsung di dalam keadaan terkawal.

SUMPAHAN RAKYAT PROJEK TAK BERKAT !

Posted: 20 Sep 2012 08:30 PM PDT

Semalam di Pudu Raya atau nama barunya Pudu Central ramai merungut dan ada penumpang menyumpah atas kesengsaraan rakyat yang mahu menaiki bas pulang selepas penat bekerja .Bukan dekat , ada yang mahu pulang ke Seremban(negeri Sembilan), ke Tanjung Malim (Perak), Kedah dan juga ke Bukit Sentosa Rawang.
Mungkin PM atau DS Najib tidak tahu bahawa kehadirannya kununya untu rakyat amat menyusahkan rakyat.Kuncunya bukan ambil kira masalah rakyat ,yang penting projek UTC dipulun semaksima yang boleh dan untuk tambah menarik untuk meraik orang ramai maka diadakan pentas biasalah untuk diadakan hiburan.
Najib tahukah bahawa terbengkalainya Plaza Rakyat semasa Tun Mahathir lagi telah menyusahkan rakyat.Terminal Pudu Raya yang semmpit yang ada digunakan akhirnya dan sanggup kerana perasmian itu maka Pudu Raya ditutup untuk perkhidmatan bas dari 20 September hingga 22 september. Apa salahnya jangan ganggu perkhidmatan bas yang ada?
Rakyat yang merupakan penumpang terpaksa menunggu bersesak ditepi jalanraya dengan teksi-teksi yang menerima penumpang dan kenderaan persendirian.
Itu belum kes jalan ditutup yang menambahkan kesesakan.





INNALILLAH ... ! PEKERJA MYRAPID MANGSA TERSEPIT DI BAWA KE KLINIK 1MALAYSIA?

Posted: 20 Sep 2012 06:53 PM PDT

Buruh projek MRT maut tersepit

PUCHONG: Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi bising dan riuh-rendah di landasan projek MYRapid Transit (MRT) yang terletak bertentangan dengan dapur rumahnya sebenarnya operasi menyelamat seorang pekerja yang tersepit berhampiran PPR Taman Muhibbah, Jalan Puchong, tengah hari semalam.
Saksi kejadian dikenali sebagai Ida, 30, berkata, sebaik menjenguk dapur rumahnya, dia ternampak pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa juga buruh di situ.

"Ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, saya berada di ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah.

Difahamkan, mangsa, Mohd Hanafi Abdullah, 23, berasal dari Kedah meninggal dunia akibat mengalami kecederaan dalaman selepas tersepit di landasan MRT bagi laluan Sri Petaling ke Shah Alam.

Menurut akhbar Sinar, pasukan penyelamat berjaya mengekluarkan mangsa dan membawa turun menggunakan tangga cakera putar (TTL) jam 1.12 ptg bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian.Mangsa yang pengsan di bawa ke Klinik 1Malaysia berhampiran lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 12.08 tengah hari.

Batu Gajah Mari

Posted: 21 Sep 2012 11:51 AM PDT

Batu Gajah Mari


Kak Midah kalah saman! padan muka!

Posted: 21 Sep 2012 10:09 AM PDT



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.

Dan beliau juga menulis antara lain "Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan 'God' kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini."
Beliau juga menulis "Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu  penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."


Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.

-Harakahdaily

Jasindaily Online

Posted: 21 Sep 2012 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


Puak Syiah Ganggu Perarakan Cinta Rasullulah

Posted: 21 Sep 2012 08:48 AM PDT

UMNO Sambut Raya Bulan Zulkaedah ?

Posted: 21 Sep 2012 08:47 AM PDT

Malam ini bertempat di Taman IKS Pulai, PAS Kawasan Jasin telah mengadakan ceramah penerangan bertajuk " Siapa Samseng Sebenar " yang disampaikan oleh Yb Ng Sue Lim yang merupakan ADUN Sekinchan Selangor. Turut menyampaikan ceramah pada malam ini Timbalan Pesuruhjaya PAS merangkap Yang Dipertua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dan Exco AMK Saudari Ginnie Lim. 

Ketika Yb Ng Sue Lim menyampaikan ceramahnya, UMNO / Bangkrap Negara turut mengadakan ceramah bertentangan dengan tapak ceramah yang dianjurkan PAS. 

Apa yang menarik perhatian kami yang menyaksikan adegan yang berlaku pada malam ini ialah UMNO / Bangkrap Negara turut mengumumkan mereka menganjurkan Jamuan Hari Raya dan mengakui masih lagi meraikan hari raya walaupun syawal telah lama melabuhkan tirai. 


Kadang-kadang kesian juga, syawal dah lama habis tapi UMNO/ Bangkrap Negara masih lagi nak meraikan Aidilfitri lebih dari sebulan. Inilah akibatnya apabila tak terkejar dengan program penerangan yang dianjurkan oleh PAS. Walau pelbagai gangguan yang dilakukan namun ianya tidak menjejaskan kehadiran yang ramai ditapak ceramah PAS. 

Xpresi Semarak Cinta Rasulullah

Posted: 21 Sep 2012 08:34 AM PDT

Tarikh : 21 September 2012 
Masa : Selepas Solat Jumaat 
Tempat : Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur 
Pergerakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika 










Demo Jalur Tiga ( JATI) dan Hassan Aqidah

Posted: 21 Sep 2012 08:17 AM PDT


Demo yang diadakan oleh puak-puak Jalur Tiga (JATI) yang diketuai oleh Dato' Hasan Ali Al Jati di Kuala Lumpur menaiki Van Jabatan Penerangan 

Demo Anjuran UMNO .. Demo Anti DAP

Posted: 21 Sep 2012 08:14 AM PDT

geng parti syaitan sedang berdemo...turut serta ialah idros haron.....org bdemo pertahankan maruah islam dr amerika laknat tp depa demo kerana ngeh....bila chua soi lek menghina islam, seorang pimpinan umno tak berani tampil...




Ini bukan demo Anti Filem Hina Islam tapi Demo Hina & Anti DAP yang diadakan selepas solat jumaat tadi oleh Syaitan Yang Dikenali UMNO dan Bangkrap Negara

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 Sep 2012 09:20 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Perhimpunan Aman bantahan filem kontroversi 'Innocence of Muslim.

Posted: 21 Sep 2012 01:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) telah menganjurkan Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim' di hadapan Kedutaan Amerika pada hari ini 21 September sejurus selepas solat Jumaat tadi.

Dari lensa Team IT Pemuda Dun Sura
























Pemuda Guchil

Posted: 21 Sep 2012 09:13 AM PDT

Pemuda Guchil


Pas kesal layanan buruk Kedutaan AS sekutu Parti Syaitan.

Posted: 21 Sep 2012 05:58 AM PDT

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN NABI MUHAMMAD SAW DI KEDUTAAN AMERIKA

Posted: 21 Sep 2012 05:54 AM PDT

Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan

Posted: 21 Sep 2012 05:47 AM PDT

Deklarasi Kuching: Rakyat Sabah, Sarawak pilih PR

Posted: 20 Sep 2012 05:28 PM PDT

BN Lubuk Emas Kumpul Kekayaan

Posted: 20 Sep 2012 05:27 PM PDT

Ini dia lelaki terkaya di Malaysia ?

Posted: 20 Sep 2012 05:15 PM PDT

Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...

Posted: 20 Sep 2012 05:12 PM PDT

Rosmah Pakai Jam Tangan Bernilai RM350 000

Posted: 20 Sep 2012 05:09 PM PDT

Sudah kantoi, terpaksalah BERNAMA mengaku

Posted: 20 Sep 2012 05:07 PM PDT

Fitnah: Presiden PAS saman Dr Mashitah Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 05:05 PM PDT

'Taib Mahmud orang terkaya tak mengejutkan'

Posted: 20 Sep 2012 04:59 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Sep 2012 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:20 AM PDT


CERAMAH UMUM

Posted: 21 Sep 2012 12:20 AM PDT


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Posted: 21 Sep 2012 12:08 AM PDT


Tarikh : 29 Sep 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD Chembong, Kg Mulia, Rembau (sebelah Majlis Daerah Rembau)
Penceramah :
~ Dato Tamrin Ghafar
~ Wan Aisyah Wan Ariffin
~ Dr. Rosli Yaakop
~ Vincent Lee & Suryanarayanan, Dewan Himpunan Penyokong PAS

Anjuran MTD PAS Chembong

Semua dijemput hadir

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL

Posted: 20 Sep 2012 05:27 PM PDT


Landskap Siasah

Posted: 21 Sep 2012 07:32 AM PDT

Landskap Siasah


Ungkapan jahil BN ; Politik wang bukan Rasuah

Posted: 20 Sep 2012 08:17 AM PDT


Ungkapan jahil BN ; Politik wang bukan Rasuah
Indeks Persepsi Rasuah Negara kita makin menjunam. Tetapi yang menjadi pelik kepada rakyat ialah bagaimana dinginnya kerajaan berusaha untuk menaikkan nama Negara yang kian banyak palitan lumpur rasuah baik rasuah mega mahupun rasuah kecil-kecilan.
Jika hanya dingin mungkin boleh dimaafkan bagaimana pula jika kita dapati persepsi pemimpin BN sendiri yang terpesong jauh berkenaan takrifan rasuah itu sendiri!
Misalnya kenyataan jahil Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa politik wang bukan rasuah semasa majlis makan malam di Ipoh pada Selasa sebagaimana dilaporkan oleh  Oriental Daily News 19 september 2012.
Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika takrifan rasuah pun sanggup dianggap mainan oleh pemimpin BN, bagaimana mungkin mereka boleh memaksa rakyat percayakan 20 inisiatif NKRA Benteras Rasuah yang ditaja oleh kerajaan 1 Malaysia ini? Malah usaha benteras rasuah hanya sekadar tempelan stikel Janga Rasuah yang ditampal di kereta-kereta peronda polis semata-mata.
Jika itu pandangan pemimpin berbangsa Cina, bagaimana denga pemimpin berbangsa Melayu BN?
"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pandangan cetek Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula yang kemudiannya dipilih menerajui Felda. Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah. Isa berkata beliau tidak mengamal rasuah.  Sebaliknya beliau mengamalkan politik wang.  UMNO dikatakan  mempunyai kod etika dalam pemilihan parti.  Demikian hujah Isa di hadapan wartawan Merdeka Review sebelum ini.
Malah, Isa Samad menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.
Beliau  tidak menganggap itu sebagai masalah kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang,  UMNO boleh  meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan).
Ternyata dua pemimpin diatas tidak merujuk kamud Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tidak hairan kerana pemimpin BN bukan pejuang bahasa melayu malah antara petualang meleburkan tulisan jawi, bahasa melayu daripada persada sosial di tanahair bertunjang melayu ini.
 Menurut Kamus Dewan Edisi 4, politik wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kepada kumpulan orang atau individu tertentu untuk mendapatkan sokongan, terutamanya untuk pemilihan sesuatu jawatan penting dalam parti. Bukankah itu rasuah?
Jika buka pula Kamus Pelajar DBP Rasuah dimaksudkan juga dengan aktiviti sesuatu yang diberikan atau yg diterima sebagai meraik sokongan. Bukankah ini politik wang?
Menurut Prof Hussein Al Attas dalam bukunya  Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsimenyatakan bahawa   rasuah dan penindasan terhadap kaum miskin telah berlaku sepanjang zaman Rom berabad-abad lamanya. Walaupun rasuah bukanlah faktor utama kejatuhan Rom yang dianggap tidak akan jatuh, tetapi rasuah menjadi api dalam sekam yang meruntuhkan empayar besar tersebut.
Rasuah juga menimbulkan 1001 permasalaha sosial bermula dengan kemuncak kerakusan strata bangsawan, datuk-datuk, juak-juak, penghulu-penghulu menjarah harta dan dana kerajaan sehingga menimbulkan ketidak puashatian rakyat bawahan. Malah ketidakpuas hatian rakyat ini menatijahkan masalah lain pula iaitu dendam dibalas dengan meluasnya rasuah ke akar umbi pula. Bagi mereka tidak adil jika kamu diatas sahaja berasuah, kami juga inginkan laba yang sama!
Bagaimana teori sebegini tidak dipandang oleh pemimpin BN?
Bukti ketidak seriusan kerajaan BN membasmi budaya rasuah jelas apabila perlancaran Dua puluh inisiatif menggerakkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 untuk tempoh berakhir 2015 hanya mementingkan aspek persoalan pengurusna maklumat dan pemantauan terhadap aduan rasuah sahaja.
Tiada langsung klausa atau perancangan yang memperuntukan pemberian kuasa besar SPRM mengheret pemimpin besar ke muka pengadilan dan SPRM kekal tidak berupaya mencegah rasuah para menteri.
Lebih lucu 20 inisiatif yang digembar gembur dalam media elektronik ini juga cuba mengaplikasi akses pemantauan yang cepat kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan serta merta, sedangkan realiti rakyat yang tidak buta sedar bahawa Laporan Ketua Audit Negara hanya menjadi bahan bacaan tahunan tanpa ada usaha serius menangani korupsi dalam agensi kerajaan dan pengurusan kerajaan pusat dan negeri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 21 Sep 2012 03:19 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


SEMINAR SILANG BUDAYA

Posted: 20 Sep 2012 01:02 PM PDT

ENCIK YUSLAIDY DESA MEMBUKA MAJLIS  SILANG BUDAYA
ANJURAN BADAN PERHUBUNGAN PAS PAHANG DENGAN KERJSAMA DMP PAS PAHANG.
TEMERLOH  17.9.2012  - BADAN PERHUBUNGAN PAS PAHANG DENGAN KERJASAMA DEWAN MUSLIMAT PAS PAHANG TELAH MENGADAKAN SEMINAR SILANG BUDAYA BERTEMPAT DI DARUL AMIN SUNGAI GAU TEMERLOH  - 3 KERTAS KERJA TELAH DIBENTANGKAN :
1.BUDAYA ORANG INDIA  OLEH CIK KUMUTHA A/L RAMAN
CIK KUMUTHA SEDANG MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA PERTAMA
2.BUDAYA ORANG MELAYU OLEH DR.HAMZAH JAAFAR TPJ PAS PAHANG
 DR.HAMZAH JAAFAR TPJ PAS PAHANG MENYAMPAIKAN KERTAS KERJA 2.
3.BUDAYA ORANG CINA OLEH DR.ANN WAN SENG
DR.ANN WAN SENG SEDANG MEMBENTANGKAN KERJA KERJA 3
KIRA -KIRA 100 PESERTA SEMINAR HADIR SEMINAR ITU , SEMINAR DIMARIAHKAN SOAL JAWAB TERUTAMA DALAM KERTAS KERJA 3 . SEMINAR DITUTUP RASMI OLEH DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN PERSURUH JAYA PAS PAHANG - PESERTA SEMINAR DIHIDANGKAN MAKAN TENGAHHARI DAN SOLAT ZOHOR SECARA BERJAMAAH.(LAPORAN DAN FOTO OLEH USTAZ ZAKARIA BIN OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH .
DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN DALAM PERASMIAN PENUTUP.
GAMBAR YANG DIRAKAMKAN DISEKITAR SEMINAR .

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 21 Sep 2012 03:15 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Lemas ketika bapa tidur

Posted: 20 Sep 2012 06:03 AM PDT

Petikan : Sinar Harian  
            
Lemas ketika bapa tidur.
Walaupun kecil tetapi kolam terbiar ini telah meragut nyawa Mohd Amar.
MARANG – Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam terbiar terletak kira-kira lima meter dari rumahnya di Kampung Undang, dekat sini, sebelum mayat mangsa dijumpai bapanya kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3.20 petang itu, bapa mangsa, Mohd Izat@ Jamali Zukardi Muda, 31, sedang tidur di rumah itu manakala ibu mangsa, Akmal Kamilah Mat Rani, 27, tiada di rumah kerana bekerja di sebuah kedai songket di Marang.

Mohd Amar Zakwan, 3, dipercayai keluar melalui pintu hadapan rumahnya tanpa disedari sesiapa malah sebaik sahaja tersedar dari tidur, bapanya menyangka anak sulungnya itu ke rumah neneknya, Kalsom Abdullah, 73, terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Bagaimanapun, sangkaan Mohd Izat yang bekerja sebagai peniaga barangan runcit meleset apabila kira-kira jam 6.30 petang dia terlihat selipar kepunyaan anaknya terapung di permukaan kolam itu dan membawa kepada penemuan tubuh anaknya di dasar kolam.

"Apabila terlihat sahaja seliparnya terapung di permukaan kolam itu, tanpa berfikir panjang, saya terus membuka baju dan terjun ke dalam kolam separas dada lelaki dewasa itu sebelum menemui tubuhnya tetapi ketika itu kakinya sudah mengalami kekejangan.

"Saya pegang kakinya dan biarkan kepalanya ke bawah sambil menepuk-nepuk badannya namun ia sudah terlambat kerana Mohd Amar seperti sudah tidak lagi bernyawa," kata Mohd Izat kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Mangsa tidak pernah bermain sendirian

SEJURUS selepas mangsa dijumpai, kanak-kanak malang tersebut kemudiannya segera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu apabila cubaan bapa mangsa untuk menyelamatkan anak sulungnya itu menemui jalan buntu.

Ibu mangsa juga bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima berita malang itu dan terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu kerana Mohd Amar sebelum ini tidak pernah bermain seorang diri di kolam terbiar itu.

Mohd Izat berkata, anak sulungnya itu tidak pernah bermain di kolam terbiar itu kerana kebanyakan masa anaknya dihabiskan bersama neneknya juga merupakan moyang kepada anaknya itu yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka.

Apa yang dikesalkan katanya, sebelum ini sudah berulang kali dia meminta kebenaran ahli keluarganya untuk menimbus semula kolam terbiar itu agar perkara seumpama itu tidak berlaku, namun luahannya tidak pernah diendahkan.

"Sedih teringatkan perkara itu, sudah berbuih mulut saya meminta kebenaran mereka (ahli keluarga terbabit) untuk menimbus semula kolam terbiar yang dahulunya dijadikan kolam ternakan ikan keli.

Sudah beberapa tahun ia terbiar begitu," katanya. Dia bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan itu sepenuhnya kepada ahli keluarganya sebaliknya menerima hakikat dan ketentuan ALLAH kerana kejadian itu berpunca daripada kecuaiannya yang menyebabkan anaknya keluar dari rumah.

Jenazah Mohd Amar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Atas Tol, Kuala Terengganu malam kelmarin, dan Mohd Izat mendakwa telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu dan tidak mahu ia diperbesarkan lagi.

Sementara itu, moyang mangsa, Kalsom berkata, arwah cicitnya itu manja sejak seminggu lalu dan kelihatan tidak sabar untuk ke sekolah dan perkara itu berulang kali dinyatakan walaupun dia masih belum cukup umur lagi seperti sudah tahu ajalnya akan tiba.

"Dia (cicit) sudah menunjukkan perubahan agak pelik sejak seminggu ini malah dia juga tidak mahu berenggang langsung dengan saya, dia juga mahu diriba dan dibelai tetapi saya tidak menyangka ia akan berakhir dengan kejadian seperti ini," katanya.

PAS TAMBUN

Posted: 21 Sep 2012 01:29 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 20 Sep 2012 11:07 AM PDT



Selepas hampir 1 tahun, Alhamdulillah usaha DPPK Tambun dan Amal telah berjaya menarik perhatian Nazri , walaupun x tau apa dia buat kat situ.. pada awal tahun ini DPPK Tambun dan Amal telah bergotong royong membina tempat berteduh kepada keluarga India yang bergeladangan..

cerita nya di sini..
http://pastambun.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Sep 2012 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Budak jalanan terima hadiah RM400,000

Posted: 21 Sep 2012 01:23 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -




THE HAGUE  - Keperitan hidup seorang remaja lelaki yang 13 tahun yang hidup gelandangan di Filipina tetapi pada masa sama dia turut sama membantu insan lain sepertinya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, kelmarin.

Cris Valdez berjaya menewaskan dua finalis selepas pihak juri menilai kesungguhannya terlibat dengan kerja kebajikan di Cavite City terletak kira-kira 30 kilometer di selatan Manila.

Valdez menerima Hadiah Keamanan Kanak-kanak dalam bentuk wang tunai 100,000 euro (RM400,000) yang disampaikan oleh penerima Hadiah Nobel Keamanan, Desmond Tutu dalam satu majlis gemilang di The Hague. - AFP  

Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan

Posted: 21 Sep 2012 01:19 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)

KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.

Bantahan  yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.

Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang.

Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.

(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)

(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)

(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')

harakahdaily/-

Muslimat sokong Presiden PAS saman Mashitah

Posted: 21 Sep 2012 01:08 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 KUALA LUMPUR: Muslimat PAS menyokong tindakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah mengambil keputusan untuk menyaman Datuk Dr Mashitah Ibrahim ekoran fitnahnya dalam sebuah artikel ke atas Presiden PAS itu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, tindakan ini wajar untuk membersihkan nama Presiden dan yang paling penting adalah sebagai satu pengajaran, ingatan dan amaran kepada Mashitah khususnya dan penulis-penulis artikel berunsur fitnah yang lain.

"Politik baru Malaysia tidak memerlukan orang seperti ini. Politik baru Malaysia mesti dibangunkan dengan akhlak mulia, saling hormat miskipun berbeda," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Tambahnya, ide membangunkan rakyat serta negara ke arah sebuah tadbir urus kehidupan yang memenuhi atau sekurang-kurangnya menghampiri 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur'.

Tegasnya, tindakan memfitnah yang dilakukan oleh Mashitah adalah memalukan kaum wanita dan sangat memalukan kelompok ilmuan Islam.

Katanya, Mashitah dinasihatkan agar bermuhasabah diri dan jangan menjadikan kepentingan politik dirinya membutakan hati dan minda.

"Hargailah ilmu yang telahpun dianugerahi Allah untuknya  dan segeralah kembali kepada ketakwaan yang benar," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya semua manusia melakukan kesilapan tetapi yang paling penting selepas itu dia sedar kemudian memohon maaf kepada orang yang difitnah seterusnya memohon ampun kepada Allah sebelum berdepan dengan hari pembalasan.

"Mashitah adalah orang yang baik tetapi jalan politik yang dipilihnya telah menjadikan dia menjauhi kebenaran," tambahnya.

Semalam Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung tulisannya yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut telah difailkan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Sebelum ini pihaknya sudah meminta Mashitah dan Sinar Harian membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi mereka gagal berbuat demikian.

harakahdaily/-

Penduduk Green Cow mohon AG gugur pertuduhan

Posted: 21 Sep 2012 01:07 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA:  Gabungan Penduduk Green Cow Cameron Highlands memohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengugurkan rayuan dan tuduhan ke atas mereka dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilihat berunsur 'mala fide'.

Menurut penduduk berkenaan, pihak peguam negara harus berpihak kepada kehendak rakyat tetapi setelah melihat pendakwaan oleh pihak timbalan pendakwaraya seolah memberikan laluan kepada pemaju untuk terus menjalankan aktiviti tanpa menghindar keselamatan penduduk.

Tuduhan pertama melibatkan dua orang penduduk Green Cow yang didakwa di bawah seksyen 341KK kerana menghalang lori pemaju.

Manakala tuduhan kedua melibatkan seorang aktivis PSM dan dua penduduk Green Cow sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Cameron kerana tiada kes bagaimanapun pendakwaraya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh. Kes ini akan disebut semula pada 2 Oktober ini.

Mewakili rombongan menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara di sini Suresh Kumar berkata, mereka bertindak menghalang pemaju kerana nyawa penduduk Green Cow terancam dengan kerja-kerja pemaju.

Malah beliau percaya, polis Cameron Highland dari awal lagi berpihak kepada pemaju dan ingin membalas dendam kerana kalah dalam kes pertama.

Buktinya, kata beliau, polis menahan penduduk dan aktivis PSM di atas tanah milik persendirian tanpa perintah mahkamah pada 13 Oktober 2011.

Malah tambahnya, polis tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas pemaju walaupun penduduk ada membuat banyak laporan polis, selain tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pemaju yang menggunakan gangster dan pistol untuk pecah kandang kambing penduduk.

Beliau menyifatkan dakwaan ini 'mala fide' apabila pihak berkuasa menggunakan seksyen 341KK yang mana ia digunakan untuk salahlaku mengurung atau menghalang seseorang, malangnya dalam kes ini polis Cameron Highlands mentafsirkan seksyen ke atas mereka yang cuma menghalang pemaju bekerja.

Suresh turut mempersoalkan, mengapa pihak polis hendak mengklasifikasikan kes ini sebagai jenayah walhal pihak pemaju sudah pun mengambil kes sivil di mahkamah?

"Apakah niat untuk mendakwa mereka dalam tuduhan jenayah apabila isu-isu cukup jelas ia adalah isu kes sivil?" katanya yang turut ditemani Setiausaha Agung PSM S.Arutchelavan.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Peguam Negara, iaitu Pegawai Perhubungan Awam Nasrudin Mahmud.

Sebelum ini, Majistret Cameron Highlands Nik Habri Muhamad telah membebaskan kesemua tiga orang pada 30 Julai 2012 kerana ada isu keselamatan rumah penduduk Green Cow, pemandu jentolak tiada lesen memandu jentolak dan permit menolak tanah pemaju meragukan.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Shaani Abdullah dalam lawatannya ke kawasan berkenaan pada 16 September 2012 mendapati isu keselamatan penduduk adalah sahih.

Green Cow adalah kawasan berbukit yang terletak di persimpangan jalan Sungai Palas, ia termasuk di dalam kawasan Kea Farm, Cameron Highlands.

Majlis Daerah Cameron Highlands telah meluluskan projek membina enam blok kedai pejabat empat tingkat berjumlah 65 unit dan 256 unit tempat letak kereta dengan nilai projek RM20 juta.

Dengan pembinaan struktur besar ini, rumah penduduk Green Cow yang terletak di bawah kaki bukit terdedah kepada batu dan tanah runtuh, ianya mengancam nyawa penduduk dan pengguna jalan raya.

harakahdaily/-

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Bertambah Baik - JAS

Posted: 21 Sep 2012 01:06 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di seluruh negara pada Jumaat secara amnya bertambah baik berbanding Khamis setelah beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dilanda hujan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 7 pagi tadi menunjukkan 28 stesen berada pada tahap baik dan baki 24 lagi pada tahap sederhana.

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih belum stabil kerana bilangan titik panas di Sumatera pada Khamis masih tinggi iaitu sebanyak 155 dan asap pembakaran itu akan dibawa angin barat daya menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.

Keadaan itu dijangka berterusan hingga Oktober susulan cuaca panas kering sekarang.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta melaporkan kejadian sedemikian kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. - BERNAMA

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam

Posted: 21 Sep 2012 12:56 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Ngeh Koo Ham baru-baru ini menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada umat Islam atas kenyataan silapnya itu.

Menurut Mahfuz, media-media pro-Umno Barisan Nasional (BN) itu tidak memberikan sebarang contoh penghinaan para pemimpin Umno terhadap Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengecam orang-orang Umno yang hanya pandai memarahi satu pihak sahaja.

"Pemimpin-pemimpin Umno dan MCA hina Islam mengapa tidak marah?

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sangat terkenal dengan kenyataannya yang mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan, mengapa Umno tidak bantah?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, katanya, Najib disiarkan oleh media sebagai mendakwa "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz juga bertanya, adakah orang-orang Umno lupa ucapan Dr Mahathir yang disepakati majoriti rakyat sebagai penghinaan kepada Nabi Muhammad?

Dalam ucapannya yang masyhur dan atas sifat sebagai Presiden Umno itu, Dr Mahathir berkata: Dalam ucapannya pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997, Dr Mahathir berkata: "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

"Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu".

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa orang-orang Umno diam membisu terhadap pelbagai ucapan lain para pemimpin yang menghina Islam seperti dakwaan kononnya Saidina Hamzah tidak dimandikan semasa terbunuh di dalam peperangan Uhud kerana di padang pasir tidak ada air, orang perempuan Arab memakai tudung kerana di zaman Nabi orang Arab kuat nafsunya dan berbagai lagi ucapan yang mempersenda Islam yang diucapkan oleh mereka.

"Kita tidak larang mereka nak bantah ucapan Ngeh. Tetapi kenapa diam membisu terhadap ucapan para pemimpin Umno dan MCA yang lebih teruk dari ucapan Ngeh?" beliau mempertikaikan.

Beliau mengulangi penegasan bahawa ucapan-ucapan para pemimpin Umno yang menghina Islam itu serta sikap membisu orang-orang Umno terhadap penghinaan-penghinaan itu hakikatnya adalah galakan kepada penganut agama lain di negara ini untuk menghina Islam.

harakahdaily/-








Pelajar dan Ulama Iran bantah kartun hina Nabi

Posted: 21 Sep 2012 12:47 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan Perancis yang berbentuk satira.

Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.

Di Paris, sebuah organisasi yang kurang dikenali, Syrian Freedom Association (Persatuan Kebebasan Syria) telah memfailkan tuntutan mahkamah mengatakan penerbitan kartun tersebut menyindir secara terbuka dan menimbulkan diskriminasi, kebencian atau keganasan etnik, kaum atau agama.

Kes itu sedang dipertimbangkan oleh mahkamah di ibu kota Perancis.

Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland yang melaporkan dari Paris berkata, "Pihak berkuasa meminta kepada sesiapa yang merasakan hak mereka telah dicabuli, maka mahkamah adalah tempat yang sesuai" untuk meluahkan kebimbangan mereka.

Kerajaan telah mengharamkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan Sabtu ini di Paris.

Perancis mengumumkan akan menutup buat sementara waktu kedutaan dan sekolah-sekolah di 20 buah negara Jumaat ini selepas Charlie Hebdo menerbitkan kartun yang menghina Nabi.

Pada Rabu lalu, Perancis meningkatkan tahap keselamatan dan merayu untuk bertenang selepas Charlie Hendo menerbitkan kartun tersebut.

harakahdaily/-


Syria rancang alih senjata kimia

Posted: 21 Sep 2012 12:44 AM PDT

Syria rancang alih senjata kimia5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 

Rejim Assad bersama kumpulan saintis menguji senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham berhampiran kampung Khanasir pada akhir bulan lalu.
LONDON - Bekas jeneral Syria yang berpaling tadah, Adnan Sillu mendedahkan Presiden Bashar al-Assad ada merancang untuk memindahkan senjata kimia kepada Hizbullah menerusi wawancara bersama Times of London.

Selain itu, Sillu juga membongkar rancangan kerajaan untuk menggunakan senjata kimia itu ke atas penduduk Syria.

"Kami pernah mengadakan perbincangan serius berhubung penggunaan senjata itu sebagai jalan terakhir jika rejim hilang kawalan di kawasan penting seperti Aleppo," katanya.

Awal minggu ini, akhbar mingguan Der Spiegel di Jerman turut melaporkan Syria telah mula menguji sistem senjata kimia itu di kawasan gurun Diraiham pada akhir bulan lalu.

Menurut laporan tersebut lagi, Assad turut menggunakan kepakaran saintis dari Iran dan Korea Utara untuk melakukan kajian di pusat penyelidikan al-Safir, di mana didakwa sebagai tapak ujian terbesar bagi senjata kimia atau gas beracun itu.  - Times

Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam

Posted: 21 Sep 2012 12:43 AM PDT

NONE5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Demonstrasi Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW anjuran Pemuda PAS diketuai Naib Presiden PAS Salahudin Ayub.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan, barisan exco Pemuda, Angkatan Muda PKR (AMK) dan wakil-wakil NGO yang turut sama-sama memberi sokongan mengutuk penyiaran filem tersebut.

Perarakan tersebut dikawal Unit Amal PAS turut membuat rantai manusia - yang bergerak di hadapan peserta perhimpunan.
 
malaysiakini/-

3 serangan dendam

Posted: 21 Sep 2012 12:39 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

TAMPIN: Tiga lelaki dipercayai bekas tahanan Ordinan Darurat melakukan tiga serangan 'ala Mafia' dipercayai bermotifkan dendam lama di sekitar bandar ini kelmarin, menyebabkan seorang lelaki terbunuh, seorang parah ditetak, manakala dua remaja lelaki berusia 16 tahun cedera.

Dalam insiden pertama jam 10.30 malam, ketiga-tiga suspek bersama lebih 15 rakan mereka yang bermotosikal menyerang dua remaja berusia 16 tahun di sebuah kedai mencuci kenderaan di Repah, di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, insiden itu berlarutan apabila pada jam 11.30 malam, tiga suspek sama menyerang mangsa kedua, M Sivabalan, 42, di rumahnya di Taman Bukit Tampin, di sini.

Katanya, dua daripada suspek menetak kepala, bahu dan tangan Sivabalan menggunakan parang di depan anak dan isterinya sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin (HT), namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

metro/-

Askar Britain lahirkan anak di medan perang

Posted: 21 Sep 2012 12:38 AM PDT

5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.

Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.

Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.

Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.

Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.

Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.

"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik di hospital tersebut dengan mereka kini diberikan rawatan terbaik," kata kementerian berkenaan.

Menurut kementerian itu lagi, sepasukan doktor akan diterbangkan ke Afghanistan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membantu askar terbabit dan bayinya pulang ke Britain.

Askar wanita berkenaan hamil sebelum dihantar ke medan perang ekoran dia dikerahkan ke Afghanistan pada Mac lalu.

Ditanya tentang insiden tersebut, sebuah badan amal penjagaan kanak-kanak di Britain, National Childbirth Trust menyatakan tugas berat askar terbabit dipercayai menyebabkan dia tidak menyedari atau cuba untuk tidak mengendahkan kehamilannya.

"Askar ini mungkin terlalu fokus pada tugasnya tambahan pula, dia berada dalam situasi hidup mati di zon perang. Ini menyebabkan dia tidak menyedari atau tidak mengendahkan kehamilannya," kata ketua eksekutif badan amal tersebut, Belinda Phipps.

Menurutnya, kehamilan tersebut mungkin tidak disedari oleh askar-askar lain.
"Bukan semua wanita memiliki perut yang besar semasa hamil, sebahagian wanita mempunyai rahim yang jauh ke dalam," tambahnya. - AP

Perjuangan PAS berteraskan Islam.

Posted: 20 Sep 2012 03:45 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam menjadi amalan dan teras kepada masyarakat di Malaysia. Menjadikan Islam sebagai teras perjuangan bermakna menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam merancang perjalanan dan menentukan tindakan yang ingin diambil. Ulama' pula menjadi teraju utama perjuangan PAS kerana merekalah yang lebih hampir kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan merekalah yang selayaknya memimpin sebuah gerakan Islam.

Islam adalah panduan, Islam juga adalah matlamat dan cita-cita perjuangan PAS. Sepertimana yang disebut oleh Saidina Omar R.A.,

"Kita adalah kaum dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, Allah akan menghinakan kita."

Islam tidak memerlukan teras tambahan kerana kesempurnaan kandungan yang ada pada Islam. Dibimbangi, tokok tambah yang dibuat, diambil pula daripada sumber yang tidak Islamik, menjejaskan hala tuju perjuangan Islam itu sendiri. Firman Allah Ta'ala di dalam Al-Quran,

"Pada hari ini Aku(Allah) telah sempurnakan bagi kamu Agama (Deen = cara hidup) kamu, dan Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-nikmatKu, dan Aku redha Islam menjadi Agama (Deen = cara hidup) bagi kamu." (Surah Al-Maidah, 5 : 3)

Menjadikan Islam sebagai teras juga membawa makna matlamat utama perjuangan ialah mencari keredhaan Allah. Berjuang bukan kerana jawatan dan kedudukan, sebaliknya berjuang sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan meninggikan kalimah Allah yang Maha Tinggi.

Misi Islam ialah beramal kerana Allah, Dialah yang lebih layak menjadi tempat rujukan dan menjadi pemutus dalam setiap tindakan hamba-hambaNya.

Dahulu, Tanah Melayu pernah menjadikan Islam dan segala undang-undang yang terdapat di dalamnya sebagai perlembagaan dan sumber rujukan utama. Namun, pencerobohan dan penjajahan oleh Imperialis barat telah mengganggu-gugat kedudukan Islam sehinggalah pada hari ini, rakyat Malaysia sendiri lupa akan asal-usul juga sejarah yang pernah dilakarkan oleh Ulama' silam. Imperialis Barat bukan sahaja datang membawa misi untuk menjajah Tanah Melayu, bahkan mereka membawa doktrin dan ideologi yang memisahkan masyarakat, khususnya pentadbiran di Tanah Melayu ini daripada Islam.

Konsep demokrasi yang diperkenalkan juga merupakan antara doktrin yang Berjaya mereka terapkan di dalam amalan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, PAS menggunakan ruang yang ada untuk terus memastikan agenda Islam dapat diperjuangkan dalam suasana demokrasi. Malah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memastikan keadilan dan demokrasi dapat ditegakkan kembali di Malaysia. Ini kerana, demokrasi selagi tidak melampaui batas, adalah diterima dan boleh menjadi platform yang baik untuk memperjuangkan Islam. Hasilnya, Kerajaan Negeri Kelantan terus aman dan berkembang dan dipimpin dengan Islam menjadi teras utama Kerajaan.

Demokrasi pula merujuk kepada kuasa rakyat dan penyertaan ramai dalam membuat sesuatu keputusan. Konsep majoriti merupakan asas kepada demokrasi. Dalam konteks Negara Demokrasi, parti yang mendapat lebih banyak undi akan terpilih sebagai Parti Pemerintah. Semua parti politik yang menyertai pilihanraya di Malaysia, menerima hakikat ini. Sekalipun proses demokrasi di Malaysia tidak begitu menjamin hak semua rakyat, khususnya parti politik, kita perlu bersetuju bahawa proses demokrasi ini adalah proses terbaik untuk memastikan keharmonian politik dan social di Malaysia.

Begitupun, Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti. Namun, situasi dalam Negara Demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam Berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti UMNO Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari Parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.   

Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.

PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah Negara yang demokratik. PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara. Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.

PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apalagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.

Bahkan Allah Ta'ala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.


Muhammad Ismi Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama' PAS Pusat.

Khairy perlu muhasabah kenyataan Ngeh Koo Ham.

Posted: 20 Sep 2012 03:39 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


Sebagai Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin seharusnya muhasabah diri dan menerima kenyataan Ngeh Koo Ham dengan jiwa besar. Sebagai sebuah Parti Melayu yang paling utama, malah menjadi penaung kepada parti Kerajaan Barisan Nasional, kenyataan Ngeh Koo Ham sebenarnya ada kewajarannya.

Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk menyatakan pendirian terutama dalam isu sensitif yang melibatkan peribadi Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Islam kita wajib menyatakan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan dan demonstrasi yang bakal dilakukan esok sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Bahkan, umat Islam bertanggungjawab membela dan mengorbankan nyawa dan harta sekiranya diperlukan untuk memastikan maruah Islam tidak diperlekehkan oleh musus-musuh Islam.

Namun begitu, sebagai parti pemerintah, sekadar berdemokrasi sebenarnya tidak memadai  buat UMNO kerana mereka sewajarnya mampu untuk berbuat lebih daripada itu. UMNO perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai parti yang kononnya membela umat Islam dan Melayu di Malaysia.

Muhammad Ismi Mat Taib
Penolong Setiausaha Dewan Ulama' PAS Pusat.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Sep 2012 09:51 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL

Posted: 20 Sep 2012 05:26 PM PDT


10 tahun rumah dilanda banjir

Posted: 20 Sep 2012 01:01 AM PDT


20 September 2012

LABU - Sejak ia dibina pada 1984, sudah lebih 10 kali rumah yang didiami sepasang suami isteri warga emas di Kampung Tiroi, Batu 7, dekat sini dilanda banjir.

Abdullah Mohamed, 76, berkata, rumahnya itu dibina setelah bersara dari perkhidmatan tentera. Menurutnya, sejak mendiami rumah itu, sudah lebih 10 kali ia dilanda banjir bermula pada 1985 iaitu setahun selepas rumah berkenaan  dibina.

"Banjir berpunca daripada sistem saliran dan perparitan di sekeliling rumah saya yang tidak diselenggarakan dengan betul. Kawasan rumah dikelilingi parit dan anak sungai. "Justeru apabila hujan lebat, air yang tidak dapat mengalir dengan baik ke Sungai Labu melimpah ke kawasan rumah saya. Kini kawasan parit dan anak sungai itu sudah ditumbuhi semak samun dan saya tidak membersihkannya kerana tidak berdaya lagi," katanya.

Abdullah berkata, jika kawasan semak samun itu dibersihkan, hakisan tanah akan berlaku sekiranya hujan lebat. "Malah jika tidak dibersihkan, banjir pula akan melanda kawasan itu.

"Jalan yang terbaik adalah dengan membina sistem perparitan baru," katanya. Sementara itu isterinya, Rahmah Marzuki, 69, berkata, kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku ialah pada 2010.

Menurutnya, ketika itu air naik hingga paras lutut dan barangan rumah turut rosak. "Kami kerugian kirakira RM5,000 apabila barang rumah rosak terkena air dan lumpur.

"Setiap kali banjir saya terpaksa membersihkan lumpur. Jika 28 tahun lalu saya mungkin mampu membersihkannya tetapi kini tidak mampu lagi kerana sudah berusia," katanya.

Abdullah turut melahirkan rasa kesal apabila aduannya kepada tiga wakil rakyat sebelum ini tidak diendahkan. "Ketiga-tiga mereka memberikan maklum balas serupa yang mana tiada peruntukan dan meminta saya bersabar.

"Perkara ini sudah berlarutan selama hampir 28 tahun, sampai bila mahu tunggu? Saya sudah banyak menanggung beban dan kerugian," katanya.

Katanya, pada April yang lalu rumahnya sekali lagi dinaiki air. "Saya meminta pihak berkenaan agar mengambil tindakan membina sistem perparitan di kawasan rumah kami.

"Permintaan ini dibuat bukan semata-mata untuk keluarganya tetapi untuk enam keluarga lain yang tinggal berhampiran," katanya.

misbahul munir

Posted: 20 Sep 2012 09:32 PM PDT

misbahul munir


SEJARAH PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH SAW.

Posted: 20 Sep 2012 07:38 PM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 08:11 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Untukmu Ya Rasulullah…

Posted: 20 Sep 2012 12:42 AM PDT

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu, terlalu berat kepadanya apa yang ditanggung oleh kamu dan terlalu kasih sayangnya terhadap orang-orang yang beriman." (at taubah: 128)

Ya RasulullahEngkau telah melalui segalanya demi kasihmu kepada kami ummatmu. Difitnah, dicaci, dimaki, dituduh sebagai orang gila, ahli nujum, dipulaukan kaum keluargamu sehingga engkau terpaksa mengikat batu di perut, dipulau sehingga terpaksa makan daun-daun kayu dan belulang kering, diseksa, disakiti dirimu dan para sahabatmu, dihalau dari Bumi Mekah tanah tumpah darahmu, diperangi, dibunuh syahid para sahabatmusemuanya telah engkau lalui, demi untuk menyelamatkan ummatmu.

Ketika dihujani lontaran batu dan maki hamun penduduk Taif yang musyrik, Nabi hanya mengadu kepada Allah…

Ya Allah, Ya Tuhankuaku mengadu kepadamu lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku, betapa hinanya aku di kalangan manusia, Ya Allah, Tuhan yang paling penyayang di kalangan semua yang penyayang. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah tertindas

Ketika datang Malaikat yang menjaga bukit berkata kepada Nabi, Ya Muhammad! Aku menunggu perintahmu sahaja, kalau kamu mahu, aku dapat timpakan ke atas penduduk Taif itu, bukit-bukit besar yang mengelilingi Mekah."
Rasulullah menjawab

"Jangan! Aku berharap Allah akan melahirkan dari dalam sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah azzawajalla dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu yang lain."
Allah… kasihnya Nabi kepada kita ummatnya sehingga Nabi selalu mengulangi doa
Betapa besarnya jiwa Rasulullah. Harapan untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan tidak boleh dipadamkan dengan lontaran batu dan darah yang membasahi sepatunya. Pandangan Rasulullah sangat jauh, walaupun telah tiba bantuan tentera Allah dari 7 petala langit, tetapi kesabaran Rasulullah mengatasi kemarahannya.

Nabi pernah bersabda, "Aku pernah ditakutkan dengan pelbagai ancaman oleh kaum musyrikin kerana menyampaikan agama Allah, tidak ada seorang pun yang pernah ditakutkan sepertiku, aku juga pernah disakiti kerana Allah dan tidak ada seorang pun yang pernah disakiti seperti aku. Aku dan Bilal pernah tidak memiliki makanan yang layak dimakan oleh manusia, selama 30 hari 30 malam berturut-turut. Apa yang ada hanyalah sedikit makanan yang disimpan oleh Bilal di bawah lengannya.

Seorang sahabat, Naufal bin Iyas menceritakan, Abdul Rahman bin Auf merupakan sahabat kami dan beliau adalah sebaik-baik sahabat. Pada suatu hari, kami singgah di rumahnya. Beliau menghidangkan roti dan daging dalam dulang besar kepada kami. Ketika menghidangkan makanan, Abdul Rahman menangis. Aku bertanya, Wahai Abdul Rahman! Apa yang menyebabkan kamu menangis? Beliau menjawab, "aku teringatkan Rasulullah, sehingga baginda wafat, baginda dan keluarga tidak pernah kenyang memakan roti dan daging selama 2 hari berturut-turut."

Ini hanyalah sekelumit gambaran seorang Rasul Allah, yang sehingga akhir nafasnya masih menyebut, ummatiummati

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda mafhumnya, Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat di Padang Mahsyar, dengan sebab dahsyatnya keadaan, mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri. "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?"

Mereka pun pergi menemui Nabi Adam a.s., Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan kami dari penderitaan tempat ini". Nabi Adam berkata, "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu, serta Adam a.s menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu aku merasa malu kepada Allah, "Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."

Manusia pun pergilah menemui Nabi Noh a.s., Nabi Noh menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu", sambil menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu aku merasa malu kepada Allah: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa a.s memberikan jawapan yang sama.

Sehinggalah Nabi  bersabda: Setelah itu mereka datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak untuk itu" aku memohon izin mengadap Tuhanku, Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian kemudian aku menumuskan muka sujud kepada Allah hingga aku diseru: "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu. Maka aku pun merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!

Inikah dia Muhammad yang digambarkan dalam filem jijik Innocence of Muslim sebagai kaki perempuan , kasanova, penipu dan pembawa agama kebencian? Sungguh jahat permusuhan Yahudi dan Nasara terhadap kita.

Kita menyeru kepada seluruh ummat Islam untuk memperbanyakkan munajat memohon pertolongan dan perlindungan Allah dalam menghadapi fitnah berterusan yang sedang melanda ummat dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah mengenal penat dan lelah. Filem jijik yang menghina Rasulullah adalah retetan dari siri terjemahan kebencian yang amat sangat dunia yahudi dan nasara kepada ummat Islam, sehingga mengambarkan Muhammad s.a.w dengan gambaran yang begitu keji dan hina.

Dunia barat Amerika kononnya bertamaddun dan menjunjung tinggi prinsip kebebasan. Atas nama kebebasan, terhalallah segalanya walaupun melampaui norma, adab dan etika manusia. Apakah kebebasan bersuara bermakna bebas untuk menghina? Apakah kebebasan berkarya bermakna bebas untuk memfitnah dan menghasut? Apakah atas nama kebebasan maka kita bebas melakukan segalanya sehingga menimbulkan porak-poranda dan menghancurkan keharmonian.

Di Francis, akhbar-akhbar di sana mengambarkan Islam adalah agama yang tiada toleransi bahkan menentang kebebasan bersuara dan berkarya, lantaran siri demonstrasi besar-besaran diseluruh dunia, membantah penerbitan filem 'Innocence of Muslim'.

Wahai dunia barat yang bertamaddun! Dengar baik-baik! Islamlah agama yang telah membebaskan manusia dari pengabdian diri antara sesama manusia kepada pengabdian Allah semata-mata. Islam telah meletakkan asas jelas mengenai prinsip kebebasan samada kebebasan kepercayaan, kebebasan berfikir, kebebasan berhujah dan mengkritik, termasuklah kebebasan bersuara. Tetapikebebasan itu tidak mutlak kerana kesempurnaan manusia tidak bersifat mutlak. Tidak sempurnanya sifat manusia menyebabkan Islam membataskan kebebasan kepada lingkungan agama dan syariat.

Antara batasannya, Islam melarang keras pencabulan hak dan kehormatan orang lain. Islam melarang keras fitnah dan menghina bukan sekadar sesama Islam, tetapitermasuklah terhadap agama lain. Sarang tebuan jangan diusik. Kelak padah akan menimpa.

Kecintaan kita kepada Rasulullah adalah ikatan kerana cinta kita kepada Allah. Menghina insan yang bernama Muhammad s.a.w, bermakna menghina Nabi kami, Nabi yang telah menyampaikan syariat agama kami, bermakna kamu menghina agama yang dianuti oleh lebih dua billion manusia di seluruh dunia. Bila ummat Islam bangkit, kebodohan dunia barat terserlah apabila kita pula yang dituduh tiada toleransi dan menentang prinsip kebebasan. Orang gila selalunya menuduh org lain sebagai gila!

Kita mesti bangkit, menyahut hadis Rasulullah"Akan sentiasa ada dari kalangan ummatku, suatu pasukan yang berdiri di atas kebenaran, tidak akan memudharatkan mereka sesiapa yang menentang dan membelakangi mereka, sehingga berlakunya kiamat."



Proses malam tahun baru dan merdeka, hasilnya... Mei dan September

Posted: 19 Sep 2012 09:51 PM PDT

Penemuan bayi yang masih bertali pusat, dibalut dengan tuala dipercayai baru beberapa jam dilahirkan di ruang solat Masjid Kampung Saujana, Setiu oleh Imam Masjid berkenaan  ketika ingin menunaikan solat subuh pagi semalam (Rabu, 19 September 2012) membenarkan tajuk di atas.

Imbas kembali kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu pada Rabu, 26 Januari 2011 bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini sepanjang tahun 2010 sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan 'produk' yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai 'musim mengawan' pasangan muda-mudi yang 'berpesta seks tanpa ikatan sah' pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah 'berpesta seks tanpa nikah'? Kenapa tidak digunakan saja istilah 'berzina' kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Malam tahun baru dan malam merdeka biasanya bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan... lantas akhirnya lihatlah statistik yang 'membanggakan' ini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi... negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.






PAS LENGGONG

Posted: 20 Sep 2012 07:20 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 20 Sep 2012 06:25 PM PDT

Wajah yang seronok dilihat. Hanya yang mengetahui sahaja yang tahu menilainya.







Posted: 20 Sep 2012 06:15 PM PDT

Bagi memelihara KEDAH SEJAHTERA terus menerajui negeri KEDAH ini, insyaALLAH munajat perdana kita akan dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa, hadirin disarankan membawa TIKAR SEJADAH dari rumah masing-masing. Akhir sekali, kemuncak program kita akan diisi dengan CERAMAH UMUM daripada Presiden PAS dan juga Pesuruhjaya PAS Kedah..SEBARKAN!

Posted: 20 Sep 2012 06:12 PM PDT


21 SEPTEMBER 2012

Panas !!! Skandal Noh Omar...Kali Nie RM Bilion....?


Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual?


Noh Omar: Awas kau...
Soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?


Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijual dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada dasus-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya.

Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan...


Saya juga ingin menteri berkenaan jelaskan apakah resionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan. Dan kalau ada berapakah komisyen yang diperolehi pihak-pihak tertentu ekoran penjualan tanah itu?

Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan bloger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan.

Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan ketika sessi parlimen minggu depan kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya.

Oleh : Merah Tinta -MSO

Posted: 20 Sep 2012 06:12 PM PDT


21 SEPTEMBER 2012

Panas !!! Skandal Noh Omar...Kali Nie RM Bilion....?


Lagi Tanah Milik Kerajan Bernilai Berbillion Ringgit Dijual?


Noh Omar: Awas kau...
Soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?


Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijual dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada dasus-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kemeterian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walid dan sebagainya.

Sehubungan itu saya juga ingin mengetahui apakah kedudukan janda menteri berkenaan di sebuah perumahan elit di Sungai Buluh apakah masih dipedikan atau dibiarkan begitu saja.Saya pernah melalui di hadapan rumah janda menteri berkenaan, yang tinggal bersama dua orang anaknya bersama menteri itu. Melencung sikit tu, tapi menyeronokkan...


Saya juga ingin menteri berkenaan jelaskan apakah resionalnya penjualan tanah itu. Atau pun ia dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu. Sebenarnya selain dari tanah bermutu tinggi itu ada lagi tanah-tanah lain milik atau di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan dalam proses penjualan. Dan kalau ada berapakah komisyen yang diperolehi pihak-pihak tertentu ekoran penjualan tanah itu?

Saya akan cuba mencari lokasi tanah itu dan pukul gambar dan masukkan dalam blog bila ada masa senggang sikit. Atau kalau rakan-rakan bloger lain ada masa boleh berbuat demikian, kita sama-sama tengok kedudukan tanah berkenaan.

Hendaknya ada ahli parlimen pick-up soalan ini untuk dihulurkan kepada menteri berkenaan ketika sessi parlimen minggu depan kita mahu tengok macam mana dia bersilat menjawabnya.

Oleh : Merah Tinta -MSO

Posted: 20 Sep 2012 06:02 PM PDT


PAS guna saluran demokrasi, bukan demokrat

Khairul Muntanazar Ismail,20 Sep 2012
Ulama Pelapis menyokong kenyataan Presiden yang menegaskan PAS akan melaksanakan hudud di negara ini sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya tetapi menerusi sistem demokrasi yang berlandaskan raja berperlembagaan, seperti yang diamalkan di negara ini.
Penegasan ini perlu agar masyarakat jelas dengan matlamat perjuangan PAS ialah untuk menegakkan negara Islam, yang sifatnya berkebajikan dan terkandung di dalamnya perundangan dan nilai-nilai yang boleh membawa kesejahteraan hidup bukan sahaja kepada orang Islam, malah termasuk bukan Islam.
Komitmen PAS dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak bermakna PAS menerima semua nilai yang terdapat dalam sistem demokrasi tulen (barat) tetapi setakat ini ruang yang ada ini adalah metode terbaik untuk menegakkan Islam di negara ini. Demokrasi tulen (barat) yang berteraskan rasional memberikan kedaulatan sepenuhnya kepada akal manusia untuk memutuskan kebenaran. Ini berbeza dengan negara Islam kerana prinsip kenegaraan dan undang-undang serta sebahagian kecil undang-undang mesti bersumberkan al-Quran dan Hadis. Ini tidak bermakna juga, negara Islam bersifat teokrasi tulen, kerana negara Islam memberikan kebebasan kepada manusia memikirkan pelaksanaan yang terbaik berdasarkan prinsip yang telah ditetapkan. Justeru, negara Islam tidak berkiblatkan demokrasi tulen dan juga bukan teokrasi tulen.
Justeru, Ulama Pelapis menegaskan bahawa PAS perlu komited dengan dasarnya untuk menubuhkan negara Islam berlandaskan ruang demokrasi di Malaysia. PAS tidak perlu membahasakan diri sebagai "Islamist demokrat" yang akan mendedahkan lagi kepada polemik yang tidak perlu dalam konteks Malaysia.
Barat memang mengkategorikan negara/kumpulan Islam dari kedudukan yang paling bahaya iaitu terroris kepada kedudukan yang paling dekat dengan mereka iaitu demokrasi. Pengkategorian ini ialah dengan tujuan untuk mengenali manakah negara/kumpulan Islam yang boleh bekerjasama dengan barat. Sekirannya negara/kumpulan Islam komited dengan demokrasi pun, tetapi mengancam barat, mereka pasti akan tentang.
PAS perlu mengetengahkan dasar politik Islam yang lebih dinamik hasil paduan antara rasional dan wahyu yang memang sudah ada dalam dasar perjuangan PAS itu sendiri. PAS komited dengan sistem demokrasi di negara ini, tetapi bukan sebagai demokrat. - http://malaysiatransform.com

Khairul Muntanazar Ismail ialah Ketua Ulama Pelapis PAS Pusat.

Posted: 20 Sep 2012 06:01 PM PDT


Hanya pihak kecewa bangkitkan isu air

Harakahdaily,20 Sep 2012
GOMBAK: Seorang guru yang tinggal di rumah banglow di Sungai Chichin dekat sini hanya perlu membayar bil air paling tinggi pun RM5 sebulan.

Sedangkan sebelum 2008, hampir RM20 diperuntukan untuk bayaran bil air setiap bulan. Isterinya juga seorang pendidik, mempunyai dua anak.

Di Bangi, penduduk yang tinggal di rumah flat kos sederhana dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air hanya mendapat bil bulanan kira-kira RM10 setiap bulan.

Seorang peniaga, Zulkifli Yusoff, 42 berkata, setiap bulan bil air yang diterima tidak lebih daripada RM10, sedangkan sebelum 2008 lebih RM20 sebulan.

"Kebanyakan rumah flat baru disediakan meter air secara individu dan bukan secara pukal. Langkah pemberian subsidi air diberi kerajaan Selangor amat meringankan bebanan rakyat.

"Cuma apa yang berlaku sekarang segelintir pihak yang kecewa dalam politik sahaja yang mengambil kesempatan di atas keengganan Syabas menyediakan meter individu di rumah flat lama.

"Mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan Selangor kerana tanggungjawab Syabas menyediakan meter individu dan bukannya pukal sehingga menyusahkan penduduk," katanya di sini.

Media hari ini melaporkan seramai 2,020 pengguna air di Shah Alam dan Petaling Jaya dilaporkan menuntut ganti rugi hampir RM1.15 juta daripada kerajaan Selangor kerana didakwa gagal menerima subsidi air.

Zul berkata, isu air sengaja dimainkan sebagai usaha memburuk-burukkan kerajaan Selangor yang terbukti mengutamakan kebajikan rakyat negeri tersebut.

Katanya, pihak terbabit seolah-olah memperlekehkan kebajikan yang diterima majoriti rakyat Selangor.

"Saya yakin kumpulan terbabit tidak ramai kerana kebanyakan rumah yang dibina selepas tahun 1990 disediakan meter secara individu," katanya.

Seorang lagi penjawat awam di Salak Tinggi memberitahu setiap bulan beliau hanya membayar bil air sekitar RM8.

Kata beliau sepatutnya Umno Selangor turut berterima kasih di atas dasar kebajikan kerajaan negeri sekarang memperkenalkan subsidi air kepada setiap rakyatnya.

Sedangkan katanya, sebelum ini kerajaan BN tidak pernah melakukan perkara itu biar pun mereka mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

"Peliknya apabila kerajaan Pakatan memperkenalkan dasar kebajikan mereka pula kelam kabut. Saya yakin rakyat Selangor tidak mudah termakan hasutan golongan yang kecewa tersebut," ujarnya.

Sebelum ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dilaporkan memberitahu tidak berhasrat melaksanakan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran.
Timbalan Menteri, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada di semua negeri.

Posted: 20 Sep 2012 05:59 PM PDT

Pelbagai cara untuk membantu. Bertuah rakyat mempunyai pemimpin begini.

Hebat gambar Tok Guru solat hajat halau jin!!

http://batuvskayu.blogspot.com,20 Sep 2012
Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada pencacai kata  itu riak  dan sebagainya,Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah  sikap seorang pembesar negeri yang turun  menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.
Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh  kejadian misteri di mana rumah itu  seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.
YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah  solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .
Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.
Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA  tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..

Sumber gambar








 
YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.






Posted: 19 Sep 2012 07:37 PM PDT

UMNO PEMBELA ISLAM???
BANTUAN SEK AGAMA RAKYAT DITARIK MAHATHIR PADA 2002
DALAM SIDANG DEWAN RAKYAT...
SEMUA MP UMNO SOKONG... TAKUT NAK BANTAH SI MAMAK
AKHIRNYA... PARLIMEN MELULUSKAN PENARIKAN BANTUAN SAR


MP MCA TERKEJUT DGN TINDAKAN UMNO TUH...
TIKA BERSEMBANG DGN MP PAS...
MEREKA KATA "KAMI HAIRAN DGN TINDAKAN UMNO YG TERGAMAK MENYEKAT BANTUAN PENDIDIKAN ISLAM UTK ANAK MELAYU..."

NIH NAK BAGITAU PD MCA...
UMNO = MUSUH ISLAM NUMBER ONE
MUNAFIQ KABIR LAKNATULLAH

Posted: 19 Sep 2012 07:27 PM PDT

Orang umno nak jadi iblis terima saja kata mahathir 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
19 Sep 2012

Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang diucapkan oleh mendiang Winston Churchi
l, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila Allah mendedahkan kelebihan Adam kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia, yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud. Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.

62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)

Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).

Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan