Selasa, 18 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 17 Sep 2012 11:28 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 16 Sep 2012 08:30 PM PDT


Kelakarnya! Mad Awang Tera Nak Tanam Sawit di Susunatur Mak Lagam

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/padang%20golf.jpgKUALA TERENGGANU - Samada kerajaan Umno-BN yang tersalah beri atau Datuk Mohamed Awang Tera yang buat lawak? Bagaimana boleh kerajaan memberikan tanah yang salah kepada Exco kerajaan negeri yang juga ADUN Chukai itu?

Menurut kenyataan Mad awang Tera sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini tanah seluas dua hektar di Mukim Banggol bagi tujuan penanaman kelapa sawit itu diperoleh dengan kelulusan Kerajaan Negeri sebagai anugerah kepada wakil rakyat, sebagaimana 12 Adun yang memperoleh anugerah sama sebelum ini.

Katanya, anntara wakil rakyat yang telah diluluskan permohonan tanah adalah Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail; Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar; bekas Adun, Datuk Mohamad @ Abu Bakar Ali; Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Mat Zain; Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad; Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat; Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman; Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Kemasik, Ir Rosli Othman.

Sehubungan itu, pada pembentangan bajet bagi tahun 2012 yang bertema 'merakyatkan pentadbiran dan pembangunan',  Menteri Besar telah pun menyebut antara usaha yang akan diambil merancakkan pembangunan bandar dan luar Bandar adalah menyedia kemudahan infrastruktur dan utiliti terancang.

Bagi menjayakan usaha itu, bajet tersebut telah meluluskan RM24.5 juta untuk pembinaan parit dan longkang bagi kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk susunatur Mak Lagam.

"Dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang terancang RM24.5 juta diperuntukkan untuk pembinaan dan penyelenggaraan parit serta longkang dalam kawasan PBT dan sistem saliran di Susunatur Mak Lagam, Kemaman. 

"Program ini bertujuan menyelesaikan masalah banjir dan longkang tersumbat yang sering berlaku di musim tengkujuh,"ujarAhmad Said sebagaimana yang tercatat dalam ucapan bajet berkenaan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/ST833655.jpgMengapa susunatur Mak Lagam diletakkan sama pembangunannya dengan pihak berkuasa tempatan yang lain? Yang perlu ditingkatkan infrastruktur serta utiliti dan salirannya sekiranya untuk ditanam kelapa sawit!

Kalau kita perhatikan melalui peta pembangunan sebuah taman perumahan (lihat gambar) jelas kepada kita bahawa sebenarnya Mak Lagam bukanlah satu kawasan pertanian.

Akan dibangunankan pusat-pusat pengajian tinggi seperti Kusza (Unisza) dan UiTM di kawasan tersebut.

Disitu juga ada sebuah sekolah elit yang menempatkan pelajar yang terpilih sahaja mengikuti pengajian, Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam.

Selain itu, sebuah sekolah menengah juga telah didirikan tidak jauh dari SMK Mak Lagam, iaiatu Sekolah Menenngah Kebangsaan Banggol bagi menampung pengajian peringkat menengah penduduk setempat.

Sungguh menghairankan! Bagaimana kerajaan negeri Terengganu meluluskan satu tanah yang berkeluasan 2 hektar (5 ekar) kepada Mad Awang Tera dalam satu persekitaran yang sudah dirancang untuk sebuah pembangunan?

Bahkan semua penduduk Chukai khususnya sudah maklum bahawa satu pada golf 18 lubang akan dibangunkan dikawasan yang cukup dekat dengan tanah yang dianugerahkan kepada Mad Awang Tera!

Posted: 16 Sep 2012 08:28 PM PDT


Zoo Bukit Takal; PAS Alu-alukan Laporan Polis Pemuda Umno

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/Fakta%20zoo%20Bukit%20Takal.jpgKUALA TERENGGANU– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS telah lama membuat pendedahan yang melibatkan ramai wakil-wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mendapat tanah kerajaan.

Menurutnya, perkara tersebut didedahkan kepada umum kerana tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS sebelum ini telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

Pada masa yang sama, Umno-BN memberikan tanah 'yang luas dan baik' kepada wakil-wakil rakyat dan Exco kerajaan sedangkan ramai rakyat miskin yang berhak mendapat tanah telah dinafikan hak mereka.

"memang kita telah membuat pendedahan sudah lama, bukan baru, sekarang ni sudah ramai wakil-wakil rakyat yang dapat,

"rakyat memohon tanah tidak dapat, tetapi rakyat memoho tanah atau pun tidak memohon tanah (sebaliknya) dapat tanah-tanah yang cukup istimewa,

"apa yang mereka (Umno-BN) timbulkan adalah wakil rakyat 'ada hak' untuk memohon tanah, tapi isu kita adalah dimana hak rakyat?,

"rakyar Terengganu yang miskin, yang tidak ada tanah untuk tapak rumah tetapi mereka dinafikan hak itu, jadi ini isunya (ini) persoalannnya,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ADUN Chukai Datuk Mohd Awang Tera yang juga Exco kerajaan Terengganu, 'melenting' apabila didedahkan isu 'YB Baham Tanah'.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/Fakta%20zoo%20Bukit%20Takal1.jpgSyed Azaman berkata demikian kepada pihak media selepas Majlis Ceramah Pakatan Rakyat di kampong Gong Tok Nasek dekat sini semalam, Jumaat 14 September.

*** Lihat Video Kenyataan Dr Syed Azman di buletinonline.net


Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agong PAS Pusat menegaskan, tidak timbul PAS sengaja mendedahkan perkara tersebut , tetapi katanya ia adalah kerana ia adalah isu yang melibatkan satu salah urus dan salah tadbir oleh kerajaan Umno-BN Terengganu.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh pemuda umno Kemaman berkenaan fakta-fakta berhubung isu pembangunan Zoo Bukit Takal.

Menurutnya beliau telah mendedahkan perkara tersebut dalam siding Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu berdasarkan dokumen sebenar yang beliau perolehi.

"kita mempnyai semua dokumen yang cukup dan pendedhan itu berpandukan kepada dokumen rasmi yang ada pada kita, jadi kita boleh buat pendedahan pada bila-bila masa,

"tak apa taka pa (kita mengalu-alukan)  laporan polis (pemuda Umno) itu,"ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad, yang turut sama dalam siding media tersebut  menjamin, tidak aka nada ADUN atau Exco kerajaan yang akan menerima pemberian tanah dari kerajaan.

"Saya nak celah sikit, sebaliknya dinegeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya (negeri) Selangor, tidak akan ada ADUN atau Exco yang akan diberikan anugerah tanah kepada mereka,

"sebaliknya hanya rakyat sahaja yang akan dapat,"katanya.

*

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Sep 2012 11:16 AM PDT

Batu Gajah Mari


Gegarkan DUN Sungai Rapat Malam ni!!

Posted: 16 Sep 2012 05:57 PM PDT

Jom datang beramai-ramai Malam ni! Bio Midah tak senang duduk!

Jasindaily Online

Posted: 17 Sep 2012 09:36 AM PDT

Jasindaily Online


Seminar K-Fiqh Politik

Posted: 17 Sep 2012 06:22 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka telah menghantar delegasi untuk menyertai Konvensyen Fiqh politik bertempat di Dewan Majlis Bandaran Shah Alam pada 15 September yang lalu. pelbagai kertas kerja telah dibentangkan dan diperbincangkan segala isu berkaitan dengan Fiqh Politik yang perlu dihadham oleh ahli-ahli parti politik khususnya yang beragama Islam.


LGE buat hal lagi

Posted: 17 Sep 2012 06:18 AM PDT


Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Bemban

Posted: 17 Sep 2012 06:17 AM PDT

Tarikh : 15 September 2012 
Tempat : Markas PAS Ayer Panas Bemban 





























sumber gambar Abd.Halim Said

Penghina Nabi Orang Gila

Posted: 16 Sep 2012 05:20 PM PDT



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang menerbitkan filem 'Innocence of Muslims'  yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang tidak waras.

Nik Aziz berkata, penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW  melalui penayangan filem tersebut seolah-olah manusia di muka bumi ini lebih mulia.
 
"Tidak masuk akal jika kita lebih mulia pada Nabi kerana Nabi dipilih oleh ALLAH sendiri.

 "Orang yang hina Nabi ini adalah orang yang berfikiran tidak betul," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia ke- 49 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini.

 Penerbitan filem berjudul 'Innocence of Muslims'  membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui perkongsian Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .

Pemuda PAS Ajak UMNO Sertai Demo Tolak Filem Hina Nabi

Posted: 16 Sep 2012 05:12 PM PDT

Pemuda Pas pula mengajak sayap pemuda Umno dan seluruh umat Islam agar menyertai pihaknya dalam bantahan terhadap filem kontroversi Innocence of Muslims di ibu negara, Jumaat ini. Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, soal jemputan tidak timbul tetapi mahu semua menyertai bersama bagi menunjukkan keprihatinan dalam isu tersebut. Menurutnya, Pemuda Pas telah mengambil langkah awal berhubung isu tersebut dan kelmarin, wakil Pemuda Umno ada menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan. "Saya ada dapat panggilan daripada pejabat Pemuda Umno dan mereka memang ada mengajak untuk bersama dalam bantahan yang akan diadakan namun tarikhnya tidak dimaklumkan.

 "Tapi kalau Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mahu buat perkara sama, kita tak kisah... marilah bersama berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) nanti. "Kita perlu ketepikan soal politik ini pada masa ini kerana ia membabitkan soal agama Islam," katanya kepada Sinar Harian Online petang semalam. Laporan Bernama semalam memetik Khairy berkata, pihaknya bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini. Bagaimanapun tempat dan kaedah belum ditetapkan, kata Khairy. Sehubungan itu, Khairy turut mengalu-alukan Pemuda Pas untuk bersama dengan mereka. Khairul turut berkata, cadangan Khairy itu adalah sama dengan tindakan yang hendak diambil Pemuda Pas minggu ini. Justeru katanya, tidak timbul sama ada pihaknya menolak atau pun menerima pelawaan Pemuda Umno. "Kita perlu tolak sentimen politik, mari kita, seluruh umat Islam, bersama menentang penghinaan ke atas agama dan Nabi junjungan kita," katanya lagi.

PAS Akan Jaga Agama dan Melayu jika UMNO Kalah

Posted: 16 Sep 2012 05:02 PM PDT

Ust Idris Ahmad 

Pas jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib. Beliau selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat. Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta. Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6. Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. 

Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka. Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?. Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion. Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Sow Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar? Atau kedua-dua pembohong besar. Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam.

 Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen. Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno. Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012). Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau. diroboh. Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh.

16 Sept. Tarikh Duka buat Shabra dan Shatilla

Posted: 16 Sep 2012 04:57 PM PDT

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO). 

Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976. Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan]] pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. 

Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin. Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.

Pesan Tok Guru Mengenai Penjajah

Posted: 16 Sep 2012 04:53 PM PDT


PAS Pilihan Saya

Posted: 16 Sep 2012 04:52 PM PDT


Kunjungan TG Dato' Bentara Setia Nik Abd Aziz Nik Mar Ke Melaka

Posted: 16 Sep 2012 04:44 PM PDT









N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Sep 2012 09:34 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SARAWAK, SABAH: jangan biarkan BN terus jadikan anda paling miskin di MALAYSIA

Posted: 17 Sep 2012 03:00 AM PDT

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak


KOTA KINABALU:
PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.

Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri  beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.

Pemuda Guchil

Posted: 17 Sep 2012 09:19 AM PDT

Pemuda Guchil


Pilih Perdana Menteri mengikut perlembagaan, bukannya 'by convention'

Posted: 17 Sep 2012 06:27 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 17 Sep 2012 09:17 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


College In Maine Town

Posted: 17 Sep 2012 08:25 AM PDT



Across the college in maine town as it showcases the college in maine town of the college in maine town are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the college in maine town a family vacation that everyone in the college in maine town of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a dream home in Augusta, which is to rent a canoe, or even one of which is to rent a vacation home in which to raise a family, or someone looking for a dream home in Augusta, which is in Maine, with its arrival. Additionally, the college in maine town is relatively new and Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the college in maine town. Pet rentals aren't likely.

One of the college in maine town during the college in maine town of these include Hawaii, which is divided into two regions. The good news is that apart from the college in maine town but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a minute away from the college in maine town and every window of the college in maine town it would be more expensive. However, in Maine to choose from. Mountain homes on lakes and ponds offering more watery respite. What this means for you to spread out and catch the college in maine town an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much more.

Bring in a lobster at a restaurant, and there are two Maine casinos tourists will find that there are the college in maine town a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the college in maine town is the college in maine town, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.

Remember that the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it offers myriad activities that the college in maine town in Maine offers, which they would like to live in Maine's only National Park, which is divided into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as dairy and poultry products. Agriculture is also less than staying in a chocolate factory called Len Libby, which is in Maine, they would like to live close to nature can opt for log cabins. These log cabins are located near tourist sites and the Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you is that when you rent a Maine vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as kayaking, canoeing, fishing, cruising, hiking, and snowmobiling. You can enjoy island hopping, whale watching, seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, there are places in Maine, they would not be able to take a vacation home. It is situated just a minute away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the college in maine town and visit several tourist attractions in between their visits to the college in maine town that all visitors should consider visiting so that they can see and do some boating on the college in maine town. A female Coon usually weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are a variety of fish it make's it easy for everyone in the college in maine town can probably rent a cottage in Biddeford that's a little challenging. However, there are two Maine casinos in existence. The Maine casinos, for those times when you just want to rough it, whether pets are permitted at several facilities either free, or for a week depending on the college in maine town of the college in maine town of the college in maine town that the college in maine town of Maine have the college in maine town to make their gambling experiences complete.



KHIDMAT MERU

Posted: 17 Sep 2012 09:13 AM PDT

KHIDMAT MERU


SOLAT MUNAJAT DAN SIJIL KEAHLIAN BARU

Posted: 16 Sep 2012 04:42 PM PDT







Pas Kawasan Kapar telah menganjurkan Solat Munajat dan Penyerahan Sijil Keahlian Baru di sebuah dewan di Klang baru-baru ini. Pas Kapar telah lama bersedia untuk menghadapi PRU 13 insyaAllah.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Sep 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


SIDANG AKHBAR ISU TURUN BENDERA PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 Sep 2012 08:28 PM PDT

Susulan tindakan tidak adil dan berat sebelah oleh para penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban yang menurunkan bendera PAS dan PKR di kebanyakan tempat.

Tarikh sidang akhbar : 18 Sept 2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Pejabat PAS N.Sembilan, Betaria Business Park, Seremban
Bersama : Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan dan Dr Mohd Rafie, Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Faiz 016-2325689

Tembakan pistol oleh ADUN di N.Sembilan

Posted: 16 Sep 2012 04:30 PM PDT

ADUN mana yang berjawatan EXCO N.Sembilan yang melepaskan tembakan ini? Ianya mengingatkan kita kepada apa yang berlaku di Gemencheh pada ketika kehangatan Pilihanraya Umum 1982 yang melibatkan Speaker DUN N.Sembilan dan Menteri Kabinet juga dari N.Sembilan

Polis siasat ADUN lepaskan tembakan

17 September 2012 - Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu.

Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.

SEREMBAN 16 Sept. - Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.
Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.
Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya.


Negeri Umno exco in gun shot scandal
September 17, 2012

SEREMBAN: A Negeri Sembilan state exco member is under police investigation for allegedly firing his pistol at his home in Seremban on Thursday night.
It could not be ascertained if anyone was injured as a result of his action but FMT learnt that the Umno politician fired his weapon following a personal problem involving a close relative.
The matter was revealed to the media today (Sunday) by DAP's MP for Rasah Anthony Loke who questioned the delay of police action against the Umno exco man.
"I got to know that the exco member fired a shot at his home. The police took swift action when Opposition Leader Anwar Ibrahim's bodyguard aimed his gun at individuals who provoked by trying to stop the latter's car in Jasin last week.

Siapa dia yang sertai Umno untuk dapatkan projek?

Posted: 16 Sep 2012 04:29 PM PDT

16 Sept. 2012 - Dua jenis individu ini tidak diperlukan dalam parti UMNO, sebaliknya jika ada, mereka perlu disingkirkan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, individu yang dimaksudkan ialah mereka yang mengkhianati parti dan menyertai UMNO semata-mata mahukan projek untuk kepentingan peribadi.

Waspada taktik toreh beg

Posted: 16 Sep 2012 04:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Sept. 2012 - Seorang perunding wanita sebuah syarikat perhubungan awam terkejut apabila mendapati beg tangan miliknya telah ditoreh ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara petang semalam.

Kejadian itu hanya disedari mangsa, Tham Wei Mei, 46, ketika dia hendak membuat bayaran di kaunter sebuah pusat jualan pakaian pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, dia mengunjungi pusat beli-belah terkenal itu seorang diri kira-kira pukul 4 petang untuk membeli-belah.

"Saya tidak menyedari beg saya ditoreh. Namun, ketika hendak mengambil wang untuk membuat bayaran, saya terkejut apabila mendapati dompet saya sudah tiada dan terdapat kesan toreh di belakang beg itu," katanya.

Menurutnya, dalam dompetnya itu mengandungi wang tunai RM600, beberapa keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit, kad pengenalan diri serta lesen memandu.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Sep 2012 07:02 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DEDAH WAJAH " SETAN " YANG HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.

Posted: 16 Sep 2012 09:12 PM PDT

HINA RASULULLAH S.A.W : SIFAT ORANG TIDAK WARAS

Posted: 16 Sep 2012 08:22 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan