Sabtu, 1 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 01 Sep 2012 03:18 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


KEMERDEKAAN DARI KACAMATA ISLAM

Posted: 31 Aug 2012 06:13 PM PDT


TITIK TOLAK KEMERDEKAAN UMAT ISLAM ADALAH DARI ROH TAUHID.HANYA DENGAN PRINSIP DAN ROH INILAH DAPAT KITA MEMAHAMI MAKNA KEMERDEKAAN YANG SEBETULNYA.
SETIAP DARI MUSLIM,KEHIDUPAN MEREKA BERPAKSIKAN KEPADA SYAHADAH
أشهد أن لا اله إلا الله
"TIDAK ADA TUHAN SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH "
UNGKAPAN YANG MUDAH INI TERKANDUNG ERTI KEMERDEKAAN YANG SANGAT MENDALAM.DISINILAH UMAT DIAJAR TENTANG HARGA DIRI .DISINILAH UMAT YANG SELAMA INI TERBELENGGU JIWA DAN AKALNYA BANGKIT MENJADI UMAT YANG BERJAYA MENGUASAI DUNIA.SEMUA INI KERANA MENDALAMNYA ROH TAUHID YANG MENGELUAR DAN MEMBEBASKAN UMAT DARI KEGELAPAN,KESESATAN DAN PERHAMBAAN KEPADA CAHAYA DAB NUR KEBEBASAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 257 YANG BERMAKSUD :
Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
SEPANJANG SIRAH UMAT  ISLAM KITA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA ROH TAUHID TELAH  MEMERDEKAKAN AKAL DAN JIWA "السابقون الاولون"SEBAGAIMAN DITUNJUKKAN OLEH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB DAN ROMBONGANNYA KETIKA BERJUMPA NAJASI APABILA BELIAU BERKATA :
لا نعبد إلا الله
KAMI TIDAK MENYEMBAH SELAIAN ALLAH
BEGITUJUGA APA YANG DITUNJUKKAN OLEH RABI' BIN UMAIR APABILA BERSEMUKA DENGAN RAJA RUSTUM DARI PARSI , BELIAU DENGAN BERANI DAN TEGAS BERKATA :
"KAMI ADALAH PEMBAWA MISI ILAHI UNTUK MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PEMABDIAN SESAMA MANUSIA KEPADA PEMABDIAN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA."
SEMUA ITU ADALAH MENGAMBARKAN ROH TAUHID MEMBEBASKAN MANUSIA DARI BELENGGU KEZALIMAN DAN KESESATAN DAN MENJADIKAN JIWA MERDEKA.JIWA MERDEKA MENJADI SESUATU UMAT BERJAYA MEMBEBASKAN AKAL FIKIRAN DARI BELENGGU KEGELAPAN DAN KEJAHILAN KEPADA SINAR KEBENARAN DAN KEILMUAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH ALISRAK AYAT 81 YANG BERMAKSUD :" dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".
DENGAN JIWA MERDEKA SESUATU BANGSA ITU MENJADI KAYA DENGAN CITA –CITA DAN USAHA – BEBAS DARI SIFAT RENDAH DIRI – TIDAK BERADA DALAM KEJAHILAN DAN KEBEKUAN FIKIRAN . INILAH RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM YANG LALU SEHINGGA MEREKA BERJAYA MENJADI UMAT YANG DAPAT MEMBINA TAMADDUN YANG GILANG GEMILANG . JIWA MERDEKA JUGA TELAH MENYEDARKAN UMAT AKAN KESUNGGUHAN UNTUK HIDUP BERTAMADDUN BERKASIH SAYANG DAN MEMBINA BUDAYA PERSAUDARAAN YANG MERENTASI SEMPADAN BANGSA DAN WARNA KULITA  SERTA MENJANGKAU BATASAN GEOGRAFI .FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL HUJURAT AYAT 10 YANG BERMAKSUD :" sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
HAKIKAT YANG PERLU KITA FAHAMI KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KITA PEROLEHI SELAMA INI ADALAH DENGAN INAYAH DAN PERTOLONGAN ALLAH . DISAMPING USAHA YANG BERSUNGGUH –SUNGGUH YANG DILAKUKAN OLEH PEJUANG –PEJUANG KITA  TERDAHULU.TANPA KESEDARAN INI MUNGKIN KITA AKAN LALAI DAN MELUPAI HAKIKAT SEBENAR KEMERDEKAAN .KELALAIAN DAN KECUAIAN KITA BOLEH MENYEBABKAN KITA SALAH MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN – BIASANYA YANG NAMPAK PADA HAKIKAT  ATAU BENTUK ZAHIR SAHAJA . SEDANGKAN PERLU KITA NILAI IALAH NERACA ALLAH .FIRMAN ALLAH SWT AYAT 15-16 SUARAH AL FAJR YANG BERMAKSUD :"
15. (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
16. dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
DALAM MEMBUAT HURAIAN AYAT INI SYED QUTUB DALAM TAFSIRNYA "FI ZILAL AL –QURAN :"MENJELASKAN INILAH PANDANGAN DAN TANGGAPAN MANUSIA DALAM MENHADAPI UJIAN –UJIAN ALLAH TERHADAP MEREKA DALAM BENTUK KESENANGAN DAN KESUSUHAN HIDUP – KELUASAN DAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN .MEREKA DIUJI DENGAN NIKMAT DAN KEMULIAAN DENGAN HARTA DAN PANGKAT – TETAPI MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWANYA ITU SATU UJIAN DARI ALLAH DENGAN TUJUAN UNTUK MENENTUKAN BALASAN DI AKHIRAT. SEBALIKNYA MEREKA MENYANGKA BAHAWA REZEKI YANG MEWAH DAN PANGKAT YANG TINGGI MERUPAKAN BUKTI MEMANG MEREKA WAJAR DI SISI ALLAH UNTUK MENERIMA KEMULIAAN ITU ATAU MERUPAKAN TANDA MEREKA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH .
KERANA ITU MEREKA MENGANGGAP UJIAN DAN DUGAAN ITU SEBAGAI HASIL BALASAN DAN MEREKA MENGUKUR DARJAT KEMULIAAN DI SISI ALLAH SWT DENGAN KELUASAN HIDUP DI DUNIA DAN JIKA ALLAH MENGUJI MEREKA DENGAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN  - MEREKATERUS  MENGANGGAP SEBAGAI BALASAN DAN HUKUMAN DARI ALLAH – MEREKA MEMANDANG KESEMPITAN REZEKI SEBAGAI SATU PENGHINAAN ALLAH KERANA PADA ANGGAPAN MEREKA JIKA ALLAH TIDAK MAHU MENGHINAKAN MEREKA TENTULAH IA TIDAK MENYEMPITKAN MEREKA.
KEDUA –DUA PANDANGAN DAN PENIILAIAN ITU TIDAK BERASAS KERANA KELUASAN DAN KESEMPITAN REZEKI MERUPAKAN UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA SAMA ADA MEREKA MERPERLIHATKAN KESYUKURAN ATAU KEANGGUHAN TERHADAP NIKMAT ITU SAMA ADA MEREKA MEMPERLIHATKAN KESABARAN ATAU KEBOSANAN TERHADAP KESEMPITAN HIDUP MEREKA.
SESEORANG INSAN – APABILA HATINYA KOSONG DARI IMAN DAN IA TIDAK MEMAHAMI HIKMAT SEKATAN DAN PEMBERIAN NIKMAT REZEKI DAN IA TIDAK PULA DAPAT MEMAHAMI NILAI NERACA PERTIMBANGAN ALLAH SEBALIKNYA HATINYA DIPENUHI KEIMANAN IA AKAN BERHUBUNG DENGAN ALLAH DAN AKAN MEMAHAMI HIKMAT DISEBALIK PEMBERIAN DAN SEKATAN  NIKMAT –NIKMAT ITU .JASTERU ITU NIKMAT DUNIA DIPANDANG RINGAN DALAM PERTIMBANGANNYA .IA CUKUP SEDAR BALASAN DI SEBALIK UJIAN ITU KERANA ITU IA  TERUS BERBAKTI KEPADA ALLAH SAMA ADA KESENANGAN ATAU DALAM KESUSAH – ( DARI HIMPUNAN KHUTUBAH JUMAAT 2006 JAIP)

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 Sep 2012 03:16 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kita nak tukar Kerajaan bukan 'Jalur Gemilang'

Posted: 31 Aug 2012 07:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kononnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara.

Respon Anwar melalui Twitter: 
@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini 

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat. 

Pendapat Anwar turut disokong Ahli arlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen

Salam Perjuangan

Posted: 31 Aug 2012 11:39 PM PDT

Salam Perjuangan


BUKAN BENDERA, TAPI KERAJAAN UMNO-BN YANG AKAN DITUKAR

Posted: 31 Aug 2012 04:38 PM PDT

14 Syawal 1433 H | 1 September 2012

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kononnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara.

Respon Anwar melalui Twitter:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini 

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957. 

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat. 

Pendapat Anwar turut disokong Ahli arlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak. 

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 Aug 2012 09:09 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Umum

Posted: 31 Aug 2012 03:20 AM PDT


Rembau Hari Ini

Posted: 31 Aug 2012 07:33 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ceramah Umum

Posted: 31 Aug 2012 03:14 AM PDT


‘Kakitangan TNB’ periksa pendawaian curi duit raya

Posted: 31 Aug 2012 02:58 AM PDT

31 Ogos 2012

REMBAU: Lagak dua lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki sistem pendawaian elektrik memperdayakan seorang warga emas sebelum suspek mencuri wang milik mangsa di Kampung Nerambai, Lubok Cina, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Kamariah Derauh, 84, yang tinggal seorang diri didatangi dua lelaki yang memakai uniform berwarna biru dan meminta membaiki sistem pendawaian elektrik dalam rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk dan membenarkan kedua-dua lelaki itu memasuki rumahnya untuk melihat lebih dekat meter elektrik di ruang tamu.
"Mereka meminta kad pengenalan untuk menulis butiran diri saya sebagai rekod. Kemudian, seorang daripada lelaki itu meminta saya menunjukkan meter elektrik manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur saya yang mana beg duit disimpan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kamariah berkata, selepas selesai memeriksa kira-kira 30 minit kedua-dua lelaki itu beredar sebelum dia berasa tidak sedap hati lalu memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju.

"Saya terkejut apabila mendapati duit raya RM450 yang disimpan dalam beg duit lesap. Saya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota.

Menurutnya, empat tahun lalu barang kemasnya berjumlah RM6,000 dilarikan pencuri yang memecah masuk rumah dan tidak menyangka kejadian sama berulang cuma kali ini hanya wang tunai dicuri.


Duit raya warga emas dikebas
31 Ogos 2012

LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya.

Menurutnya, dia kemudiannya membenarkan dua lelaki berkenaan memasuki kediamannya untuk melihat dengan lebih dekat meter elektrik yang terletak betul-betul di ruang tamu dan telah diminta untuk mengambil kad pengenalan sebagai rekod bagi tujuan baik pulih berkenaan.

"Selepas itu, salah seorang daripada lelaki berkenaan meminta mak cik menunjukkan meter elektrik, manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur yang turut menempatkan beg duit.

"Dua lelaki berkenaan membuat kerja dan pemeriksaan di rumah mak cik kira-kira setengah jam dan akhirnya meminta diri untuk pulang setelah selesai memeriksa sistem pendawaian elektrik," katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.

"Walaupun tidak diapa-apakan dua lelaki berkenaan, mak cik terkilan kerana duit raya pemberian anak dan cucu hilang begitu sahaja.

"Mak cik terus membuat laporan di Balai Bolis Kota berhubung kejadian," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, selepas menunaikan solat maghrib, dia memeriksa beg tangan yang diletakkan di atas katil yang tersimpan wang hasil jualan kelapa sawit berjumlah RM450 dan mendapati ia turut hilang.

"Selepas ini mak cik akan lebih berhati-hati memandangkan ini adalah kejadian kali kedua berlaku di mana kali pertama barangan kemas bernilai RM6,000 hilang selepas rumah makcik dipecah masuk beberapa tahun lalu," katanya.




PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 31 Aug 2012 07:27 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Perutusan Kemerdekaan 2012

Posted: 31 Aug 2012 01:46 AM PDT

Mantan ACP Bakal Sertai PAS

Posted: 31 Aug 2012 01:46 AM PDT

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 31 Aug 2012 03:06 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


mimpi merdeka

Posted: 31 Aug 2012 12:04 AM PDT

Mimpi Merdeka Kita berjaya keluarkan mereka dari negara kita kerana kita ingin merdeka daripada dunia barat. Mereka berjaya keluarkan al Quran daripada kita kerana mereka ingin merdeka daripada umat Islam. Kita isi kemerdekaan kita dengan telunjuk penjajah agar kita maju seperti mereka. Mereka isi kemerdekaan kita dengan warna mereka agar kita rabun melihat warna warni [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 31 Aug 2012 11:36 AM PDT

Batu Gajah Mari


Rosmah dimalukan pelajar Tahfiz!

Posted: 31 Aug 2012 05:13 AM PDT


Dalam satu program.. Pelajar Tahfiz enggan bersalaman dengan Rosmah walaupun sudah dihulur tangan.

Rosmah oii.. Depa takot mati! Hang mana takut mati! first lady la katakan.. Kalau takut dia x pakai pakaian mcm tu.. Udah mcm cempedak dibalut!

Taubatlah!

Bodoh le kalau orang melayu masih percaya Utusan!

Posted: 31 Aug 2012 05:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.


Nizar Syukur



Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.


RM50 juta


Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 31 Aug 2012 09:33 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


JEMPUTAN SAMBUTAN HARI RAYA YB DR HJH HALIMAH ALI

Posted: 31 Aug 2012 05:49 AM PDT

KLANG

31.8.12

Bismillah.

EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor  merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Selat Klang akan mengadakan sambutan sempena menyambut Hari Raya Eidul Fitri bersama rakyat di perkarangan pejabat ADUN SELAT KLANG.

Bersinergi membentuk khaira ummah

Butiran:
Tarikh: 1hb September 2012(Sabtu)
Waktu: 2-5,00 ptg
Tempat: No. 2, Lorong Telok Gadong 1
                Off Jln Sg Bertih
               Klang.

Tuan/puan dijemput hadir.

Jasindaily Online

Posted: 31 Aug 2012 09:15 AM PDT

Jasindaily Online


Lautan Manusia Banjiri Himpunan Janji Demokrasi

Posted: 31 Aug 2012 08:33 AM PDT

Walaupun diisytiharkan haram dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meramalkan tidak ramai yang datang, lautan orang ramai berpakaian kuning membanjiri Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi'.Walaupun Dataran Merdeka sendiri telah ditutup untuk persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.

Malaysiakini menganggarkan 10,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.Namanya itu sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.

Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.

Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak.

Janji Bersih Di Melaka

Posted: 31 Aug 2012 04:01 AM PDT







Sedarkah Kita 54 Tahun Ditipu ?

Posted: 31 Aug 2012 01:11 AM PDT


Klik untuk paparan lebih jelas 

Futsal Harakah 2012

Posted: 31 Aug 2012 01:09 AM PDT


Tarikh : 22 September 2012 
Tempat : Ampang Sport Planet 
Yuran Penyertaan : RM 150 / Pasukan 

Sumber : Dacs Jasin 

Riang Ria Semarak Hijau Ke Putrajaya

Posted: 31 Aug 2012 12:59 AM PDT


Jom kita turun ke Ayer Hitam Johor ...

Ucapan Dari POSLAJU

Posted: 31 Aug 2012 12:54 AM PDT

POSLAJU adalah Syarikat courier terbaik di Malaysia. Ucapan aidilfitri dan kemerdekaan daripada POSLAJU.


Lagu Janji Di Capati Sempena Merdeka 55

Posted: 31 Aug 2012 12:35 AM PDT

Kunjungan Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat

Posted: 30 Aug 2012 09:10 PM PDT


Surat Khabar FJP :Dr Muhammad Mursi akan mengadakan ziarah ke Malaysia dalam masa terdekat.

Lawatan Dr. Mursi Disambut Meriah

Posted: 30 Aug 2012 09:08 PM PDT


Dr Mursi dalam lawatannya ke China diberi penghormatan mengadap barisan tentera seragam. Hasil lawatan tersebut antaranya :
 1) Hadiah 300 kereta polis untuk keselamatan Mesir.
2) Hadiah kewangan sebanyak 70 juta Dollar.
3) Tandatangan Kerjasama 7 perkara penting; Ekonomi, Infrastruktur, Elektrik, Pertanian, Alam sekitar, Komunikasi, dan Pelancongan.

 Penganalisis politik melihat kerjasama Mesir China adalah sesuatu yang pasti menggusarkan kuasa besar seperti Amerika dan Israel.

Ucaptama Dr. Mursi Di Persidangan NAM di Tehran

Posted: 30 Aug 2012 09:05 PM PDT

Dr Muhammad Mursi dalam ucapannya di Persidangan Pergerakan Negara Berkecuali di Iran :


 1) Darah rakyat Syria di atas leher kita semua dan kerajaan yang ada di sana kini bukanlah kerajaan yang diterima dan diiktiraf oleh rakyat mereka. Kami (Mesir) bersama rakyat Syria menuntut hak kebebasan daripada kerajaan yang menindas. 

 2) Negara berkecuali perlu mengelakkan daripada membangunkan senjata nuklear. 

 3) Mesir yang baru akan membantu dan bekerjasama dalam membina kerjasama antara negara berkecuali untuk merealisasikan keamanan. 

 4) Menjadi kewajipan kepada Mesir untuk membantu negara Palestin membina negaranya yang berdaulat 

 5) Menjadi kewajipan kepada kita membantu negara Palestin dan Syria melawan kekejaman dan tekanan yang dikenakan ke atas rakyatnya. 

 Tahukah anda ? -Ini merupakan kali pertama Presiden Mesir ke Iran selepas beberapa tahun lamanya. 
 - Hadir sama dalam persidangan ini wakil dari Malaysia. 
- Mursi memulakan ucapannya dengan pujian kepada Allah kemudian selawat dan salam kepada Nabi SAW kemudian Dr Mursi mendoakan kepada sahabat Khulafa Rashidin Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali untuk Keredhaan Allah. =)
 - Wakil Syria terus beredar meninggalkan sidang selepas Dr Mursi memulakan topik kekejaman di Syria dengan panjang lebar.
 - Iran merupakan penyokong kuat Presiden Syria Regim Basyar Asa'd. 

 Sumber Al-Jazeera

Sambutan Merdeka Di Selangor Meriah

Posted: 30 Aug 2012 08:48 PM PDT

Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor meriah apabila lebih dua ribu rakyat negeri ini membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.Sambutan yang bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa telah dapat memenuhi semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum tanpa mengira agama serta umur hadir untuk menyambut ambang kemerdekaan.

Dalam masa yang sama sambutan itu juga telah dimeriahkan dengan perbarisan 53 kumpulan dan 7 kumpulan pancaragam dari sekolah-sekolah di Selangor.Manakala barisan kepimpinan Pakatan Rakyat terdiri daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri juga turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.Sambutan yang bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan disusuli dengan perbarisan serta persembahan tarian tradisional sebelum ucapan daripada pemimpin utama negeri dan Pakatan Rakyat.Tepat jam 12 malam, Menteri Besar Selangor telah melaungkan 'merdeka' sebanyak tujuh kali disertai dengan percikan bunga api di ruang udara bandar Shah Alam.Sementara itu, kontijen dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dinobatkan sebagai johan pada acara perbarisan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500.MBPJ mengenakan seragam pasukan keselamatan pada waktu zaman pemerintahan Inggeris itu telah menarik minat mereka yang hadir kerana berjaya mengembalikkan nostalgia pasukan keselamatan sewaktu zaman menuntut kemerdekaan.

Merdeka-Royalti Gegarkan Kota Bahru Malam Tadi

Posted: 30 Aug 2012 08:43 PM PDT

Buat pertama kali sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi mencatat satu sejarah yang sukar dilupakan khususnya oleh generasi muda.Ini kerana dalam suasana penuh bersemangat, kira-kira lebih 1,000 orang pengunjung khususnya anak muda 'menggegarkan' dataran stadium itu dengan laungan "Merdeka – Royalti", mengisi upacara sambutan Ambang Merdeka 31 Ogos.

Tepat detik '12.00 tengah malam', Gabungan Profesional Menuntut Royalti (Royalti) yang rata-rata disertai anak muda berbaju merah "R" melaungkan "Merdeka" dan serentak itu pula disambut dengan laungan "Royalti" oleh kalangan mereka, berulang kali.Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) Nazri Deraman berkata semua tuntutan royalti petroleum Kelantan bermula pada 19 Mei 1975, 37 tahun lalu, namun sehingga kini masih dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti itu oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Petronas.

"Bermula daripada 2005, hak kita (royalti petroleum Kelantan) kini telah tertunggak lebih RM7 bilion."37 tahun sesungguhnya satu tempoh terlalu lama. Mungkin 'adik-adik' pada masa itu kini telah berusia, manakala 'ibu bapa' masa itu kini ada yang telah meninggal dunia tanpa sempat menyaksikan kejayaan tuntutan perjuangan mereka."Detik 31 Ogos tahun ini mungkin terakhir kepada rakyat Kelantan tanpa menerima haknya dan selepas 31 Ogos tahun ini, insya Allah tuntutan petroleum ini berjaya," katanya.Dengan ucapan penuh bersemangat, Nazri menambah pihaknya percaya tuntutan "R" sehingga kini amat berkesan dan jua telah "didengari Najib" dan kepimpinan Pusat.

"Berdoalah, nescaya Allah swt akan memakbulkan, insya Allah," ujar Nazri.Program sambutan Ambang Merdeka berakhir kira-kira 12.30 tengah malam dengan perarakan penuh bersemangat serta laungan "Merdeka-Royalti" sepanjang jalan oleh gerombolan anak muda bermotorsikal.Perarakan "tuntutan Merdeka-Royalti" itu diakhiri dengan doa diketuai Ustaz Mohamad Mustafa setelah kumpulan anak muda yang membawa sepanduk berslogankan tuntutan hak petroleum rakyat Kelantan tiba di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) sejauh satu kilometer dari Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.Program turut diisi dengan ucapan bersemangat oleh wakil masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina selain diserikan dengan persembahan deklamasi puisi, dikir barat dan kuiz. Turut diadakan kempen mengumpul sejuta tandatangan rakyat menuntut royalti petroleum.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 Aug 2012 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum

Posted: 31 Aug 2012 03:16 AM PDT


‘Kakitangan TNB’ periksa pendawaian curi duit raya

Posted: 31 Aug 2012 02:55 AM PDT

31 Ogos 2012

REMBAU: Lagak dua lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membaiki sistem pendawaian elektrik memperdayakan seorang warga emas sebelum suspek mencuri wang milik mangsa di Kampung Nerambai, Lubok Cina, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Kamariah Derauh, 84, yang tinggal seorang diri didatangi dua lelaki yang memakai uniform berwarna biru dan meminta membaiki sistem pendawaian elektrik dalam rumahnya.

Menurutnya, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk dan membenarkan kedua-dua lelaki itu memasuki rumahnya untuk melihat lebih dekat meter elektrik di ruang tamu.
"Mereka meminta kad pengenalan untuk menulis butiran diri saya sebagai rekod. Kemudian, seorang daripada lelaki itu meminta saya menunjukkan meter elektrik manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur saya yang mana beg duit disimpan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kamariah berkata, selepas selesai memeriksa kira-kira 30 minit kedua-dua lelaki itu beredar sebelum dia berasa tidak sedap hati lalu memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju.

"Saya terkejut apabila mendapati duit raya RM450 yang disimpan dalam beg duit lesap. Saya menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota.

Menurutnya, empat tahun lalu barang kemasnya berjumlah RM6,000 dilarikan pencuri yang memecah masuk rumah dan tidak menyangka kejadian sama berulang cuma kali ini hanya wang tunai dicuri.


Duit raya warga emas dikebas
31 Ogos 2012

LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin.

Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi dua lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang dan tidak mengesyaki apa-apa memandangkan mereka telah menyamar sebagai kakitangan TNB serta mahu membaiki sistem pendawaian elektrik di kediamannya.

Menurutnya, dia kemudiannya membenarkan dua lelaki berkenaan memasuki kediamannya untuk melihat dengan lebih dekat meter elektrik yang terletak betul-betul di ruang tamu dan telah diminta untuk mengambil kad pengenalan sebagai rekod bagi tujuan baik pulih berkenaan.

"Selepas itu, salah seorang daripada lelaki berkenaan meminta mak cik menunjukkan meter elektrik, manakala seorang lagi memeriksa sistem pendawaian elektrik berhampiran tempat tidur yang turut menempatkan beg duit.

"Dua lelaki berkenaan membuat kerja dan pemeriksaan di rumah mak cik kira-kira setengah jam dan akhirnya meminta diri untuk pulang setelah selesai memeriksa sistem pendawaian elektrik," katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.

Kamariah berkata, dia yang merasa tidak sedap hati mula memeriksa beg duit yang diletakkan di kabinet baju dan terkejut mendapati duit raya berjumlah RM450 telah hilang.

"Walaupun tidak diapa-apakan dua lelaki berkenaan, mak cik terkilan kerana duit raya pemberian anak dan cucu hilang begitu sahaja.

"Mak cik terus membuat laporan di Balai Bolis Kota berhubung kejadian," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, selepas menunaikan solat maghrib, dia memeriksa beg tangan yang diletakkan di atas katil yang tersimpan wang hasil jualan kelapa sawit berjumlah RM450 dan mendapati ia turut hilang.

"Selepas ini mak cik akan lebih berhati-hati memandangkan ini adalah kejadian kali kedua berlaku di mana kali pertama barangan kemas bernilai RM6,000 hilang selepas rumah makcik dipecah masuk beberapa tahun lalu," katanya.




Pertubuhan Peladang Selangor keluarkan balak Gunung Angsi

Posted: 30 Aug 2012 05:19 PM PDT

Susulan daripada lawatan ke jajaran Gunung Angsi untuk melihat aktiviti pembalakan secara lebih dekat didapati papantanda lesen pembalakan diberi kepada Pertubuhan Peladang Negeri Selangor yang beralamat di Menara PPNS, Pusat Dagangan UMNO, Shah Alam. Manakala Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor ialah Dato' Hj. Zainal b. Dahalan yang merupakan AJK Umno Sabak Bernam, pernah menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 14 Disember 1999 , juga pernah menjadi Speaker DUN Selangor dan Ahli Parlimen Sabak Bernam

Kontraktor yang dilantik untuk melakukan aktiviti pembalakan pula ialah Deilek Putso Timber Trd, dengan keluasan kawasan lesen seluas 445.5 hektar (1100.8 ekar).

Utusan Malaysia pada 13 Jun 2012 melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.

''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.

Rujukan :

KHIDMAT MERU

Posted: 31 Aug 2012 09:03 AM PDT

KHIDMAT MERU


BILIK GERAKAN DHPP NEGERI SELANGOR DIRASMIKAN

Posted: 30 Aug 2012 06:06 PM PDT






YB Dr Rani telah merasmikan Bilik Gerakan DHPP Pas Negeri Selangor di Kota Raja. Ketua DHPP Selangor, Encik Letchumanan, Pengarah Pilihanraya DHPP encik Ravichandran dan Ketua Wanita DHPP Selangor, Puan Puspa juga hadir dalam majlis Perasmian Bilik Gerakan DHPP Selangor yang bersejarah itu.
Dalam ucapan perasmiannya, Cikgu Jaafar Shamsudin selaku Pengarah JPrN Pas Negeri Selangor, merangkap YDP Kawasan Kota Raja berharap kerjasama yang terjalin antara Pas dan DHPP dapat diteruskan dan jalinkan dengan baik.
Dr Rani selain menyuntikkan semangat perjuangan kpd petugas Pas dan DHPP, juga berharap kesatuan dan hlatuju yang jelas dan telus dapat diteruskan bagi menghadapi musuh kita yang sama.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 31 Aug 2012 07:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SUASANA DI DATARAN MERDEKA DAN SEKITARNYA MALAM INI!

Posted: 30 Aug 2012 10:11 AM PDT

HAYATI KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM : PRESIDEN PAS

Posted: 30 Aug 2012 10:03 AM PDT

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN: INGATAN SEMUA ANAK MUDA

Posted: 30 Aug 2012 09:50 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan