Isnin, 6 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TAMBUN

Posted: 06 Aug 2012 01:27 AM PDT

PAS TAMBUN


CERAMAH BADR AL-QUBRO PAKATAN RAKYAT TAMBUN

Posted: 05 Aug 2012 08:37 PM PDT


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Aug 2012 01:12 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ibadat puasa tercela jika tidak hirau solat fardu

Posted: 05 Aug 2012 08:32 AM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Keghairahan menjalani ibadat Ramadan, banyak perkara sering kita abaikan sehingga menjejaskan amalan di bulan mulia ini. Antara kesilapan dilakukan ialah ibu bapa begitu bersungguh-sungguh menyuruh dan melatih anak kecil berpuasa tetapi tidak memberi penekanan terhadap latihan solat.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, berkata penekanan terhadap amalan solat lebih diutamakan dengan Rasulullah SAW sendiri memerintahkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat ketika berusia tujuh tahun.

Katanya, tiada nas khusus mengenai umur diperintahkan berpuasa bagi kanak-kanak, tetapi ulama menyamakannya seperti perintah solat berdasarkan kemampuan anak-anak.
Di sini, menunjukkan perintah melatih anak supaya bersolat ketika berusia tujuh tahun lebih utama. Kesimpulannya, tidak salah menyuruh anak berpuasa tetapi pada masa sama perlu bersungguh-sungguh melatih mereka solat, katanya.

Katanya, kesilapan lain yang sering dilakukan ketika Ramadan ialah bersungguh-sungguh melaksanakan solat tarawih secara berjemaah yang hukumnya sunat tetapi mengabaikan solat Subuh dan fardu lain secara berjemaah yang lebih dituntut.

Ke masjid ketika Ramadan

Malah, ada yang ke masjid ketika Ramadan saja, tetapi tidak ke masjid untuk berjemaah di bulan lain.
Lebih malang katanya, mereka yang berpuasa tetapi meninggalkan solat terutama solat Subuh dan Asar.

Ramai yang ambil mudah bab solat ini, solat Subuh tinggal kerana sepanjang malam habiskan masa menonton Olimpik, apabila masuk Subuh tidak terjaga.
Bagi yang bekerja, keluar pejabat tidak solat Asar dulu, kemudian terperangkap kesesakan lalu lintas dan setibanya di rumah, masuk waktu berbuka.

Ada juga yang berbuka di luar seperti restoran dan hotel, disebabkan leka makan dan lepak selepas makan hingga habis waktu Maghrib lalu terlepas waktu solat. Bukankah ini kerugian sangat besar? katanya.

Beliau turut menegur wanita yang mendedahkan aurat kerana tindakan itu bukan hanya mengurangkan pahala puasa tetapi juga mengeringkan pahala orang lain iaitu bukan muhrim yang melihatnya.

Syed Mohd Norhisyam berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan bazar Ramadan sebagai lokasi kunjungan wajib setiap hari kerana membeli makanan ketika lapar selalunya mendorong kepada pembaziran.

Begitu juga niat murni bertadarus al-Quran yang menjadi amalan pada Ramadan tetapi biarlah ia dilakukan mengikut tertib, bukan semata-mata kerana hendak khatam segera.

Tadarus bermaksud seorang membaca dan ahli kumpulan mendengar serta menegur jika ada kesilapan bacaan bukannya membaca beramai-ramai atau membahagi bahagian yang perlu dibaca supaya khatam segera.

Bacaan perlu betul tajwid

Bacaan perlu dihayati dan betul tajwidnya seperti yang Rasulullah SAW mengulang kaji al-Quran bersama Jibril di bulan Ramadan, katanya.

Katanya, banyak perkara sunat menjadi rebutan umat Islam pada bulan puasa untuk mendapat ganjaran berlipat ganda tetapi disebabkan kurangnya kefahaman, maka ibadat sunnah itu gagal dihayati.

Contohnya, sunnah Rasulullah SAW yang menggalakkan orang berpuasa supaya melewatkan bersahur tetapi apa yang berlaku, ramai mempercepatkan waktu sahur dengan menikmati hidangan pada waktu tengah malam sebelum tidur.

Amalan itu bukan saja tidak mendatangkan pahala tetapi boleh menjejaskan kesihatan terutama sistem penghadaman kerana mengambil makanan berat sebelum tidur.

Selain amalan sepanjang Ramadan, sambutan hari raya juga banyak yang tidak selari dengan ajaran sebenar Islam.

Allah menganugerahkan hari raya untuk hamba-Nya bergembira tetapi ada antara kita menjadikan hari raya hari kesedihan.

Amalan menziarahi kubur untuk mengingati kematian dan ia tidak seharusnya dilakukan hanya ketika hari raya untuk mengundang kesedihan.

Amalan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Hari raya untuk bergembira dan dalilnya kita diharamkan berpuasa pada hari raya pertama, katanya.

Selain itu, ibu bapa tidak seharusnya mudah mengalah dengan tindakan anak yang enggan mengikut mereka menziarahi sanak saudara pada hari raya semata-mata hendak menonton televisyen. Akibatnya nanti, anak tidak kenal saudara mara.

berita harian/-

Perlu waspada ketika berhenti di R&R

Posted: 05 Aug 2012 08:26 AM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

RAWANG - Kes kecurian yang berlaku di hentian Rehat dan Rawat (R&R) masih terkawal bagaimanapun masyarakat dinasihati terus berwaspada agar tidak menjadi mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Suprintendan Rosly Hassan berkata, peranan masyarakat dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis juga amat digalakkan bagi bersama mengekang kejadian seumpama itu.

"Kes curi terutamanya membabitkan wanita di mana beg tangan mereka dicuri ketika berehat atau solat di surau.

"Selain itu, membabitkan kes pecah kereta kerana kebanyakan tempat letak kereta jauh dari tumpuan menyebabkan pengguna yang berhenti rehat menjadi mangsa. Namun, semua kes ini terkawal," katanya ketika ditemui pada program High Profile Policing (HPP) di R&R Rawang dekat sini.

Program itu turut dihadiri pegawai kanan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak, anggota dari pelbagai bahagian dan cawangan.

Hadir sama, pegawai-pegawai daripada Plus Seksyen C3 Rawang.

Pada program tersebut, Rosly turut mengedarkan risalah keselamatan dan pencegahan jenayah kepada pengguna yang berhenti di R&R berkenaan sehingga waktu berbuka puasa.

"Program HPP ini kita laksanakan setiap minggu dan pada musim perayaan ini tumpuan diberikan di kawasan begini termasuk pusat membeli belah dan baru-baru ini kita buat di bazar Ramadan.

"Dalam risalah yang kita edarkan terdapat maklumat-maklumat keselamatan, kaedah pencegahan jenayah dan pihak yang boleh dihubungi jika berlaku atau terlihat sebarang kejadian jenayah," katanya.

Dalam pada itu, ketika melakukan tinjauan pengguna Rosli berkata, terdapat pengguna yang mencadangkan supaya R&R menyediakan pengawal keselamatan sebagai langkah pencegahan jenayah.

Menurutnya, cadangan itu diterima positif sebelum disampaikan terus ke pengetahuan pegawai Plus untuk dipertimbangkan.

Katanya, cadangan tersebut wajar dipertimbangkan sebaiknya kerana akan membantu pihak polis memandangkan jadual rondaan polis tidak hanya tertumpu di kawasan tersebut.

sinar harian/-

Maut ketika hendak pulang

Posted: 05 Aug 2012 08:23 AM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SABAK BERNAM- Hasrat seorang warga emas untuk pulang berehat di rumahnya dekat Tebuk Rukun selepas mengutip hasil timun aceh tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalangan di persimpangan Jalan Sembilan, Sungai Air Tawar, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, motosikal EX-5 yang ditunggang mangsa sendirian tanpa memakai topi keledar bertembung dengan sebuah motosikal jenis sama dinaiki dua lelaki.

"Kejadian di persimpangan persimpangan itu dipercayai berlaku apabila warga emas, Aminah Rahmah Hamzah, 64, tidak menyedari kehadiran sebuah lagi motosikal dan terus bertindak keluar simpang.

"Kedua-dua motosikal bertembung dan menyebabkan Aminah tercampak serta mengalami pendarahan teruk manakala dua lagi mangsa mengalami luka ringan serta menerima rawatan di Klinik Kesihatan Parit Baru,"katanya.

Tidak sampai dua jam bertarung nyawa, warga emas itu akhirnya disahkan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12.50 tengahari kerana kecederaan parah di kepala ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak dan jenazah sudah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Sementara itu, menurut Noor Mushar, pihaknya akan menguatkuasakan tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak memakai topi keledar keselamatan sewaktu menunggang dan membonceng motosikal.

" Kita akan meningkatkan operasi sekitar daerah ini termasuk di kawasan kampung dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang masih berdegil serta tidak teragak-agak menyaman mereka jika didapati tidak memenuhi kriteria keselamatan ketika jalan raya," katanya.

Noor Mushar berkata, aspek keselamatan lalu lintas didedahkan kepada ahli jawatankuasa kampung, penduduk dan orang awam dalam program Kepolisan Masyarakat yang diadakan awal bulan lalu, di kawasan berkenaan.

"Kita juga mendedahkan tindakan bakal diambil terhadap individu yang lepas tangan dalam aspek keselamatan dan mengharapkan maklumat itu dapat dimanafaatkan untuk kebaikan semua pengguna.

"Kemungkinan penduduk di kawasan kampung mengambil mudah mengenai keselamatan lalu lintas berikutan tindakan undang-undang yang tidak terlalu ketat. Bagaimanapun, kita tidak akan teragak-agak untuk menyaman individu terbabit kerana ia melibatkan keselamatan orang lain," katanya.

sinar harian/-

Pekarangan al-Aqsa taman awam: Israel

Posted: 05 Aug 2012 08:15 AM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Baitulmaqdis: Majlis Perbandaran Israel memutuskan pekarangan Masjid al-Aqsa sebagai kawasan taman awam sekali gus membolehkan pendatang Yahudi berkampung di kawasan berkenaan pada bila-bila masa.

Pemimpin kedua Pergerakan Islam Bagi Wilayah Palestin Dijajah 1948, Sheikh Kamal Al-Khatib, mendedahkan keputusan itu diluluskan majlis berkenaan berkuat kuasa Ramadan tahun ini.

Yahudikan tanah suci

Khatib memberi amaran, langkah pihak berkuasa Israel itu adalah satu langkah mengYahudikan tanah suci umat Islam di sini.

Buat kali pertama, mereka membenarkan pendatang dan pelampau Yahudi masuk pekarangan al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid, katanya.

Beliau juga mendedahkan tindakan askar Yahudi pada Jumaat lalu menyerbu al-Aqsa dan menahan imam masjid yang sedang sujud memimpin solat subuh menyebabkan ibadat itu tidak dapat disempurnakan.

Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menyifatkannya pencabulan terang-terangan kesucian tanah suci umat Islam ketiga itu.
Gesa lindungi al-Aqsa

Sehubungan itu, kementerian itu menggesa pemimpin Islam seluruh dunia mengadakan sidang bagi membincangkan langkah untuk melindungi al-Aqsa.

Di London, Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi Manusia (AOHR) menyifatkan langkah yang dibuat Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Israel cabul Konvensyen Geneva

Dalam kenyataannya, AOHR menekankan, keputusan Majlis Perbandaran Israel itu bercanggah dengan Konvensyen Geneva.

Ia juga mengecam penasihat politik kerajaan Israel, Yehuda Vinstein yang mencadangkan kepada majlis dan pihak berkuasa antikuiti supaya mengkaji langkah menetapkan masjid itu sebagai sebahagian Israel.

AOHR menegaskan, al-Aqsa bukan hanya meliputi struktur masjid tetapi juga kawasan pekarangannya termasuk Masjid Kubah Batu.

Kawasan masjid al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi, temboknya sepanjang 491 meter ke sebelah barat, 462 meter ke sebelah timur, 310 meter ke utara dan 281 meter ke selatan, kata AOHR.
Agensi

Chong Wei minta maaf, peminat tabik

Posted: 05 Aug 2012 08:09 AM PDT

16 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - "Saya minta maaf". Itulah kata-kata daripada Datuk Lee Chong Wei selepas gagal memperoleh emas dalam acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik di London, malam ini.

Beliau berkata demikian selepas sekali lagi gagal di tangan Lin Dan yang memperoleh emas pada 2008 di Beijing.

Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi akaun twitternya kira-kira jam 9.55 malam tadi (waktu Malaysia), Chong Wei ‏pilihan pertama Sukan Olimpik 2012, menghantar mesej susulan 15 minit kemudian dengan antara lain berkata:

"Terima kasih kepada semua. Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas (kali ini)."

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab Chong Wei, yang turut menitiskan air mata selepas perlawanan, tidak wajar meminta maaf.

Sebahagian mereka menegaskan, beliau telah mempamerkan permainan yang cemerlang dan wajar dianggap sebagai 'pemain memperoleh emas.'

Seorang pengikut Chong Wei bernama Lim Yee Wai berkata, "anda sentiasa menjadi hero saya, anda telah menyatukan sebuah negara, tidak kira kaum, agama, warna atau gender. Setiap orang di belakang anda."

Seorang lagi peminatnya, Lina Shabbir berkata, "‏@limbo88 @Lee_C_Wei Wai Lim, saya bersetuju dengan anda, 100 peratus! Setiap orang di belakang anda, Chong Wei, anda emas yang berharga bagi Malaysia. Tahniah, permainan yang baik!"

Penyanyi tersohor Siti Nurhaliza juga melahirkan reaksi beliau.

Katanya, "Terharu dan bangga dgn semangat Datuk! Datuk kebanggaan Kami Rakyat Malayaisa."

Peminat bernama Yann Herng menasihatkan Chong Wei tidak wajar memohon maaf.

"Datuk hentikan itu!!!!!! Henti daripada memohon maaf!!! Anda sudah pun menjadi satu emas dalam hati 28 juta orang (rakyat Malaysia)," katanya.

Afnan Syuwari pula berkata, "tidak kira apa, anda hero saya dan kami sangat bangga dengan anda."

sinar harian/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 06 Aug 2012 01:02 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Cerita Sebenar Masalah Air di Pasir Mas

Posted: 05 Aug 2012 08:27 AM PDT

sumber : msomelayu.blogspot.com Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu. Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, [...]

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 05 Aug 2012 11:44 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 05 Aug 2012 07:04 PM PDT


SUMBANGAN FAKIR MISKIN CAWANGAN BALAI BESAR PUSINGAN PERTAMA

TUESDAY, JULY 31, 2012

SALAM RAMADHAN,

31 Julai 2012,Balai Besar, Dungun,PAS Cawangan Balai Besar dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Ustaz Daud telah berjaya menyampaikan sumbangan beras dan duit raya.Program yang diadakan setiap kali kedatangan Ramadhan itu telah turut disertai oleh Tuan Haji Alias b Harun, Pengarah MTD Rantau Abang dan juga Tuan Guru Ustaz Daud beserta jawatankuasa PAS Cawangan dan jawatankuasa Surau terbabit.
Turut serta dalam menyampaikan sumbangan adalah ketua PAS Cawangan PAS Balai Besar, Tuan Haji Anuar Abu Bakar.
Perihatin tidak mengenal pangkat dan darjat.....

Para  penerima sumbangan adalah terdiri mereka yang kurang berkemampuan, yang dipilih daripada  cawangan Balai Besar dalam DUN Rantau Abang.
" Bersedekah dan berkebajikan merupakan satu ibadat yang dituntut bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah pahalanya berganda apabila ditingkatkan amalannya pada bulan yang mulia ini" , kata Tuan Haji Alias B Harun mengulas mengenai program dan juga aktiviti tahunan PAS Cawangan Balai Besar ini.


Tuan Haji Alias B Harun,Pengarah MTD Rantau Abang menyapa salah seorang penerima bantuan


Sumbangan beras dan sejumlah wang yang disampaikan tersebut adalah sumbangan daripada orang ramai sekitar Balai Besar yang perihatin dengan penduduk sekitar yang berjaya dikumpul oleh Jawatankuasa Surau Ustaz Daud dan PAS Cawangan.


Tuan Guru Ustaz Daud menyampaikan wang sumbangan.

Antara rumah yang dilawati ialah anak kurang upaya...
Umur 23 tahun OKU bernama Sheikh Omar...

Orang tua tinggal berseorangan..

" Semoga apa yang diusahakan ini mendapat ganjaran di sisi Allah SWT."

" Insya Allah pada 6 & 7 hb Ogos akan datang, pusingan kedua sumbangan yang melibatkan penduduk sekitar Kg Paya, Balai Besar seramai hampir 20 keluarga lagi akan menyusul" kata pengarah kebajikan PAS Cawangan Balai Besar, Tuan Haji Nasir Hamid yang turut bersama menyertai rombongan.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 05 Aug 2012 09:17 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Xpresi Hijau Anak Muda : Ramadan di Teluk Intan, Jom Konvoi bersama.

Posted: 05 Aug 2012 09:44 AM PDT

Apakah mungkin ianya berlaku sebelum ini? Berbaik sangka.

Posted: 05 Aug 2012 02:52 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 05 Aug 2012 07:36 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Ramadhan dan ketaatan seorang hamba

Posted: 04 Aug 2012 08:22 PM PDT

*Intipati tazkirah yang disampaikan di Program Iftar Jama'ie Pas Kawasan Besut.
Imam As Syahid kata. "Apa yang aku maksudkan dengan taat ialah: Patuh perintah Allah dan segera laksanakannya, samada waktu susah atau senang, samada suka atau benci.
Menyampaikan tazkirah program Iftar Jamaie PAS Besut

Dengar dan taat, dua perkara yang tidak boleh pisah sama sekali. Penting dua perkara ni bagi ummah serupa dengan pentingnya tulang belakang bagi manusia. Kita tidak akan berjaya dalam perjuangan dan musuh akan dapat menceroboh masuk kalau konsep dengar dan taat tidak berakar umbi dalam gerakan kita.

Tidak pernah terjadi, seorang individu yang cuai terhadap kewajipan dengar dan taat, boleh mendapat kebaikan.

Iktibar perang Uhud adalah contoh terbaik. Nabi berpesan kepada pasukan pemanah, jangan tinggalkan bukit sekalipun kamu disambar burung, tapi perintah Rasulullah s.a.w dilanggar. Akibatnyakecederaan hatta kepada diri  Rasulullah sendiri dan syahidnya 70 orang sahabat Nabi s.a.w.
Ini iktibar sepanjang zaman. Sekiranya dalam gerakan kita, kita ulang perkara yang sama, sejarah akan berulang lagi.

Dalam perang dunia yang kedua, dua juta tentera Itali dilengkapi dengan kelengkapan yang paling hebat dan paling canggih berbanding pasukan negara lain, tetapi bila diperintahkan supaya mereka maju menggempur musuh, mereka meniarap ketakutan tanpa berani menyahut arahan. Tak patuh kepada perintah. Kelengkapan yang hebat, persiapan yang rapi tidak ada guna sedikit pun. Akhirnya mereka lari meninggalkan medan perang dengan meninggalkan segala senjata dan kelengkapan perang untuk dirampas musuh dan musuh menyerang mereka semula dengan senjata mereka sendiri. Inilah senjata makan tuan.

Sabda Nabi s.a.w
"Seseorang muslim hendaklah dengar dan taat, samada dalam perkara yang dia suka atau benci, melainkan jika mereka disuruh pada perkara maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat." hadis riwayat muslim.

Peralatan, kelengkapan, kita boleh beli bila ada duit. Pemimpin boleh merancang dan boleh merangka strategi, boleh bagi arahan, tapi kalau pengikut tak patuh?
Bukankah kita diajar konsep, tidak ada pemimpin kecuali ada pengikut, tidak ada pengikut kecuali dengan kepatuhan.

Cuba kita aplikasikan disiplin sembahyang sebagai disiplin dalam kita berjamaah. Nak sembahyang, perlu betul dan rapatkan saf, nak berjamaah juga perlu dalam saf yang tersusun rapi. Dalam sembahyang kita tidak boleh mufaraqah dari imam kecuali kalau imam melakukan perkara yang membatalkan sembahyang, di dalam berjamaah juga tidak boleh mufaraqah daripada pimpinan yang diberikan amanah kecuali kalau pimpinan kita melakukan perkara yang menyeleweng dari matlamat dakwah dan jihad serta melanggar dasar perjuangan kita. Dalam sembahyang kita tegur kesilapan imam dengan beradab, subhanallahdalam berjamaah juga sama, pimpinan juga manusia biasa yang mungkin silap tetapi, perlu ditegur dengan beradab. Kalau sembahyang ada rukun-rukunnya dan ada perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Jihad juga ada rukun-rukunnya dan ada perkara-perkara yang membatalkan pahala jihad.

Perjalanan parti kita ibarat pelayaran  sebuah bahtera di lautan, belayar menuju destinasi yang sangat jauh. Dipimpin seorang nakhoda, kadang-kadang pelayaran berdepan angin ribut, kadang-kadang kita meredah gelombang besar. Kadang-kadang angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman. Mungkin bukan semua keputusan yang dibuat oleh nakhoda sepanjang pelayaran kita setuju dan kita terima. Tapi tak setuju, bukan bermakna kita boleh tebuk bahtera kita biar tenggelam. Nanti kita turut tenggelam sekali. Tak setuju juga bukan makna kita boleh keluar terjun ke laut, nanti kita lemas sorang diri. Ini disiplin. Tidak ada kompromi.

Contoh paling agong dalam sejarah Islam berkaitan konsep dengar dan taat adalah Khalid Al Walid, di zaman Amirul Mukminin Umar Al Khattab. Ketika Khalid memimpin kira-kira 40,000 tentera muslimin menentang 200,000 bala tentera Rom, dalam medan pertempuran antara yang paling getir tercatat dalam sejarah, demi kemaslahatan kaum muslimin atas pertimbangan Amirul Mukminin, Khalid diarahkan supaya menyerahkan pimpinan tentera kepada Abu Ubaidah Al Jarrah, di tengah-tengah kecamuk medan pertempuran. Khalid tak berhenti berperang, sekali pun terima arahan yang sebegini besar sehinggalah tentera Islam beroleh kemenangan. Khalid kemudiannya menghimpunkan bala tentera lalu dia baca arahan khalifah yang melucutkannya dari jawatan panglima dan Abu Ubaidah dilantik sebagai panglima baru. Dia menyerahkan panji-panji kepada Abu Ubaidah lalu berkata. "Wahai Abu Ubaidah, inilah dia panji-panji tentera Islam, sekarang, akulah tenteramu yang dengar dan taat."


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Aug 2012 07:29 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


PRU-13 : PAS Tanding 70 Kerusi Parlimen

Posted: 05 Aug 2012 03:49 AM PDT


SHAH ALAM, 5 OGOS - PAS akan bertanding 70 kerusi parlimen dalam pilihan raya akan datang dan hampir selesai memilih calon dan parti tersebut akan ketengahkan lebih ramai muka baru dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang kata timbalan presidennya, Mohamad Sabu. 
Ahli politik veteran yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar) berkata, parti tersebut sudah 90 peratus selesai  berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka dalam urusan pembahagian kerusi menjelang PRU yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada April 2013. 
Dalam pilihan raya 2008, PAS bertanding 66 daripada 222 kerusi parlimen. 
"Calon baru ada ramai terutamanya di negeri-negeri disebelah selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 
"Di Selangor juga ada sedikit," kata timbalan presiden PAS itu dalam sebuah wawancara bersama The Malaysian Insider
PAS, salah satu daripada tiga pemain utama dalam pakatan pembangkang telah menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dengan musuh tradisinya, Umno di kubu kuat parti Melayu tersebut dimana pertarungan tersebut akan diketuai oleh salah seorang panglima PAS, Salahuddin Ayub. 
Langkah untuk menambahkan kerusi bagi PAS adalah memadai kerana parti tersebut kini mempunyai kerusi parlimen terkecil berbanding rakan PR yang lain iaitu sebanyak 23 kerusi di peringkat pusat. 
PKR sebagai kunci utama yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 27 kerusi dan DAP parti yang dikuasai oleh kaum Cina mempunyai 28 kerusi parlimen. 
Majoriti kerusi parlimen PR masih lagi 'status quo' akan tetapi akan berlaku serba sedikit perubahan, kata Mohamad. 
"Kerusi di Sarawak dan Sabah masih dalam perundingan, katanya lagi. 
Perkembangan terbaru dua pemimpin BN Sabah, ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing menyatakan sokongan terbuka kepada PR berkemungkinan menyebabkan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak berfikir semula tentang tarikh pilihan raya. 
The Malaysian Insider difahamkan, Najib sebelum ini sudah hampir pasti untuk mengadakan pilihan raya September ini selepas sambutan Aidilfitri selepas sebulan umat Islam berpuasa. 
Akan tetapi beliau kini mungkin akan menangguhkan pilihan raya ke penghujung tahun. 
Langkah untuk meletakkan Salahuddin yang merupakan naib presiden PAS dan ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal di Johor dilihat sebagai komitmen tertinggi parti pembangkang tersebut untuk mengambil alih pemerintahan pusat. 
Hari ini PAS menjadi rakan penting PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencabar hegemoni Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah kalah pilihan raya semenjak pertama kali diperkenalkan oleh bapa PM, Tun Abdul Razak Hussein selepas dijenamakan semula dari Perikatan. 
Sementara itu, Mat Sabu diberitakan akan bertanding di kerusi parlimen Pendang, kubu kuat PAS — pernah disandang oleh guru agama yang dihormati dan juga bekas presiden parti tersebut, Datuk Fadzil Noor, yang memimpin parti pembangkang untuk melawan BN dalam pakatan yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA). 
Usia BA singkat ditubuhkan sebelum PRU 10 pada tahun 1998 akan tetapi dibubarkan sebelum pilihan raya 2004. 
Peyandang kerusi parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah PAS untuk meletakkan tokoh profesional itu untuk mmbantu pentadbiran negeri jika PAS kekal memimpin Kedah selepas PRU 13. 
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan tentang terdapat usaha untuk menyekat Mat Sabu untuk bertanding di Pendang. 
Akan tetapi, beberapa pemimpin PAS termasuk Datuk Mahfuz Omar telah menafikan laporan tersebut. 
Mohamad juga berkata taktik lama BN memecah belahkan rakyat mengikut kaum tidak akan berjaya oleh kerana masyarakat Cina kini tidak lagi takut kepada hukum Hudud atau undang-undang Islam walupun isu ini seringkali dimainkan oleh MCA dan Gerakan. 
"Selagi PAS memilih jalan demokrasi sebagai wadah perjuangannya, rakyat terutamanya masyarakat bukan Islam tak perlu risau. 
"Jika PAS mahu melaksakan hudud, PAS perlu lakukan public consultation (perundingan awam) bagi mendapatkan sokongan semua ahli parlimen Islam dan bukan Islam bagi meminda perlembagaan untuk melaksanakan hudud. 
"Bukan saja hudud, apa sahaja yang ingin dilakukan melibatkan pindaan perlembagaan memerlukan sokongan daripada majoriti ahli-ahli parlimen." kata Mat Sabu lagi.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 05 Aug 2012 07:29 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Patut La Orang Selangor Kata Tak Cukup

Posted: 04 Aug 2012 09:40 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 05 Aug 2012 11:18 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih

Posted: 05 Aug 2012 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)



(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)


(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)

(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)

(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)



(Logo cadangan Hafiz)



(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)





(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)






(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.

Majlis Perasmian Ijtima' Pondok Nusantara.

Posted: 05 Aug 2012 12:52 AM PDT

Royalti: NGO 'R' mahu 'desak sampai dapat'

Posted: 05 Aug 2012 12:50 AM PDT

KOTA BHARU: Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Khas mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum Kelantan yang diumum Perdana Menteri tidak akan meredakan kempen menuntut hak royalti dibayar kepada negeri itu.

Sebaliknya NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) berkata, pihaknya akan lebih memperkasakan kempen mereka selagi tiada sebarang bayaran dibuat kepada kerajaan negeri.

Bagi Presidennya Nazri Deraman, tempoh enam bulan yang diberi kepada jawatankuasa untuk membuat kajian terlalu lama dan berkemungkinan hanya gimik politik Umno BN.

"Saya yakin ini merupakan satu helah dan lebih kepada gimik politik yang bertujuan utk meredakan bantahan Rakyat yang telah diusahakan oleh gerakan yg tersusun oleh pelbagai NGO khususnya NGO Royalti (R).

"Pihak R akan terus menggerakkan rakyat untuk menuntut hak kami dengan pelbagai pendekatan. Tuntut sampai dapat," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Tun Abdul Hamid Mohamad untuk mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan.

Apa yang dipersoalkan kini adalah tempoh enam bulan yang diberikan kepada jawatankuasa itu yang dilihat terlalu lama dan berkemungkinan sebagai helah BN semata-mata menjelah PRU-13.

"Saya yakin tempoh ini adalah terlalu lama dan kami telah menunggu semenjak 1975 lagi.

"Tempoh 6 bulan jika ditambah dengan 80 hari lagi, sinonim dengan tempoh akhir wajib mengadakan PRU 13.

"Kami menyokong penuh gesaan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang menyeru agar Kerajaan Pesekutuan menyelesaikan bayaran royalti sebelum pilihanraya," kata Nazri lagi.

Selain itu mereka juga mahu Najib menjunjung titah Sultan Kelantan yang mahukan gas didaratkan di Kelantan.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan lebih 4000 ekar tanah untuk pembangunan industri gas di Bachok semenjak 1990.

Bicara Ramadhan Bersama Ust Azhar Idrus

Posted: 04 Aug 2012 11:52 PM PDT











PAS tambah 3 polisi baru Negara Berkebajikan

Posted: 04 Aug 2012 11:45 PM PDT


GOMBAK:
PAS menambahbaik konsep Negara Berkebajikan dengan menawarkan tiga polisi baru iaitu memastikan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, implimentasi sistem percukaian dan hiburan dikalangan anak muda.

Ketiga-tiga polisi baru ini mendapat persetujuan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan dijadikan manifesto bersama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu, dimaklumkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika merasmikan Seminar Professor Zulkilfli Muhammad "Membangun Negara Berkebajikan" di KUIZM, Taman Melewar hari ini.

Menurut Salahuddin, konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah berteraskan keadilan, kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara

Katanya, Islam memperluaskan ruang keadilan bukan sahaja kepada penganutnya bahkan kepada bukan Islam.

"Atas dasar inilah, PAS memperluaskan konsep ini kepada bukan Islam agar mereka fahami apa itu Islam sebenarnya.

"Melalui DHPP kita lihat antara kejayaannya apabila ruang orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mula tertutup bahkan PAS sendiri sudah diyakini oleh orang bukan Islam," katanya ketika ditemui.

Malah, beliau yakin dan percaya melalui konsep keadilan ini Pakatan Rakyat boleh mengambil alih Putrajaya nanti.

Tiga tawaran baru itu sedang diperhalusi dalam tiga wacana yang berlangsung sepanjang hari ini.

Seminar yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan PAS mengetengahkan beberapa ahli panel antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan koperasi Prof Datuk Nik Zain Nik Yusoff, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali, Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob.

Tiga ahli panel lagi akan membincangkan soal hiburan di kalangan anak muda iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan, Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar dan seorang artis Cik Farah Asyikin.

JK Royalti: Tindakan undang-undang akan diteruskan

Posted: 04 Aug 2012 11:44 PM PDT


SHAH ALAM: Kelantan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti, kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita tak akan tarik balik saman terhadap Petronas dan prosidingnya akan didengar Oktober ini," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau mengulas surat yang dihantar Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan bagi memintanya menamakan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembayaran khas pembayaran royalti/bayaran tunai kepada Kelantan.

jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.

Sementara itu ketika berucap dalam majlis malam tadi, Husam berkata, penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai ini disifatkan beliau sebagai masih 'menganaktirikan rakyat Kelantan'.

Husam mempersoal tujuan jawatankuasa tersebut sedangkan Terengganu sudah dibayar dengan bayaran tunai walaupun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

"Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

"Kenapa dalam kes Kelantan perlu jawatankuasa khas? Ini jelas masih menganaktirikan rakyat Kelantan," kata beliau di Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK & berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat di Kompleks Karangkraf Sek 15, dekat sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan itu juga turut mempersoal tempoh jawatankuasa tersebut bersidang yang disifatkan sebagai terlalu lama.

Katanya, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusan daripada jawatankuasa tersebut menimbulkan seribu kemungkinan.

"Pilihan raya dalam tempoh terdekat ini dan keputusan jawatankuasa sudah tentu selepas pilihan raya. Adakah royalti akan tetap dibayar selepas pilihan raya?" soalnya.

Justeru, beliau khuatir jawatankuasa tersebut hanya gimik politik menjelang pilihan raya.

"Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan?

"Harapnya BN tidak menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat," katanya.

Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul

Posted: 04 Aug 2012 11:44 PM PDT


SHAH ALAM: Lebih RM4 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai bagi membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).



(Tuan Guru Nik Aziz melancarkan kempen tabung amanah pembinaan lebuhraya di Komplek Karangkaraf semalam)

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sumbangan masih diperlukan kerana kos keseluruhan adalah RM1.8 bilion dan ia masih berkurangan.

"Orang ramai masih boleh terus memberikan sumbangan terus kepada tabung  Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung amanah pembinaan KBKK di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini malam itu.

Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dengan disaksikan kira-kira 1,000 anak Kelantan yang hadir.

Berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) itu, Husam berkata, penubuhan dana itu akan membuktikan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan mampu berusaha mendapatkan prasarana terbaik walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat.

"Bila kita buka wakaf lebuh raya mereka (kerajaan pusat) ejek dengan perbuatan dan perkataan.

"Tapi tunggu mereka bagi peruntukan mereka tak bagi. Pembinaan ini bukan bererti membina sekaligus di luar kemampuan kita," katanya.

Husam menjelaskan kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu

Hasil sumbangan orang ramai  katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Majlis dimulakan dengan taklimat wakaf dan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.

Sekitar Majlis Tadarus Kawasan Machang @ Masjid Besar Machang

Posted: 04 Aug 2012 06:41 PM PDT

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

"Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana "sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti."

Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.

"Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu," kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.

"Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan," kata beliau.

Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

"Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata," ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Maklumat sulit: Najib mahu lindungi 'perompak BN'

Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.

Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Namun, beliau berkata laporan yang dilakukan sebuah NGO, Jingga 13 itu tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka.

Tambah beliau, seperti undang-undang berkaitan 'whistleblower', hanya di Malaysia sahaja yang tidak menganggap pendedahan di media sebagai maklumat, berbanding di negara luar yang menjadikannya sebagai sumber maklumat.

"Jika di negara luar, sebarang pendedahan di media, akan dikira sebagai satu maklumat.  Bukan seperti di Malaysia.  Di Malaysia lebih untuk melindungi pihak tertentu.  Yang beri maklumat pula didakwa," tegas beliau.

Masalahnya di negara ini, tambah Rafizi apabila ada pihak yang membuat laporan di SPRM, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan perlu 'didiam'kan sahaja.

Sedangkan, kata beliau SPRM di negara ini pula dilihat agak berat-sebelah dalam menangani kes-kes tertentu.

Sehubungan itu, katanya pihak beliau tidak mempunyai pilihan lin selain mendedahkannya kepada media.

Najib, dalam kenyataannya sebelum ini berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada SPRM.

Beliau dilaporkan berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Rafizi pada Rabu lalu yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Rabu terhadap pertuduhan itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bekas kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti

Posted: 04 Aug 2012 05:25 PM PDT


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.


(Gambar: Pertemuan terakhir antara Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.



Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.


Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

JK Khas Royalti: Najib jangan hanya 'sembang kedai kopi'

Posted: 04 Aug 2012 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan menjelaskan terma penubuhan jawatankuasa khas yang akan mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Meskipun menyambut baik langkah itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, sebelum sebarang perundingan diadakan, kerajaan negeri dan anggota Parlimen mesti dijelaskan tujuan utama penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Saya menyambut baik penubuhan jawatankuasa ini tetapi ingin mendapat penjelasan mengenai terma-terma jawatankuasa ini dan mestilah dijelaskan kepada kerajaan negeri dan ahli Parlimen.

"Terma mestilah menyatakan dengan jelas perundingan itu kerana kita tidak mahu jawatankuasa ini sekadar untuk bersembang minum kopi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan berkata, jawatankuasa khas tersebut akan membuat kajian untuk mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri tersebut.

Akur desakan rakyat

Salahuddin berkata, langkah kerajaan ini membuktikan mereka terpaksa akur dengan tuntutan rakyat yang mahu hak mereka dikembalikan.

"Ini langkah terdesak perdana menteri. Akhirnya Putrajaya terpaksa akur dengan tuntutan rakyat dan satu kejayaan awal setelah usaha kita membawa perkara ini ke Parlimen," katanya lagi.

Namun tambah beliau, PAS menuntut kerajaan serius menubuhkan jawatankuasa ini, bukan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita tak mahu jawatankuasa ini menjadi gimik politik menjelang pilihan raya untuk mengaburi mata rakyat," katanya.

(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam) KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas. Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini. Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang). Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh). Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh ‘royalti’ di samping menyebarkan risalah penerangan. Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus. Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini. “Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan. "Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. “Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya. Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi. Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan. “Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya. Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi “Amanat Ayah Najib @ Tun Razak” berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan. Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005. Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975. Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan. Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.

Posted: 04 Aug 2012 05:22 PM PDT


(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh 'royalti' di samping menyebarkan risalah penerangan.

Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus.

Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini.

"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan.

"Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok.

"Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi.

Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan  Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan.

"Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya.

Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi "Amanat Ayah Najib @ Tun Razak"  berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan.

Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.

Hasil audit daftar pemilih 2 minggu lagi - MB Selangor

Posted: 04 Aug 2012 05:20 PM PDT


(MB Selangor menyampai sumbangan kepada anak yatim sambil mendukung cucunya di majlis berbuka puasa)

SUBANG JAYA: Kerajaan negeri Selangor dijangka akan mengumumkan hasil audit pendemokrasian daftar pemilih di negeri itu dua minggu lagi.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini lebih 78 peratus telah selesai diaudit dari 490,000 pengundi baru dan pengundi yang baru dimasukkan ke negeri itu.

"Dah 28 DUN yang selesai 100 peratus," kata Khalid ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran pejabat beliau di sebuah hotel malam tadi.

Selain para tetamu jemputan dan media, turut serta di majlis itu adalah anak-anak yatim dari sebuah rumah kebajikan dekat sini.

Dalam operasi itu, Selangor telah menggunakan geran Selangorku untuk membiayai proses pengauditan senarai pemilih di negeri Selangor yang bertambah dengan ketara menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Jentera kerajaan negeri termasuk ahli majlis kerajaan tempatan, ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung digunakan untuk membuat kerja-kerja ini.

"Selepas dapat hasil kita akan buat perbincangan dan tentukan keputusannya," kata Khalid kepada media selepas majlis itu.

Khalid tidak menolak tindakan mahkamah jika ternyata daftar pemilih itu tidak bersih selepas mendapat bukti-bukti dari kajian itu.


Talam


Dalam sidang media yang sama Khalid memberitahu, lebih 10 juruodit dari firma audit yang dilantik kerajaan negeri sedang memeriksa perjanjian antara kerajaan negeri dengan Talam Coorporation.

Sehingga proses audit ini selesai, beliau tidak akan memberikan sebarang ulasan terhadap tuduhan mana-mana pihak.

"Tidak lama dah, ia akan selesai. Jadi saya rasa tidak payah bertengkar atau berkempen lah, kita tunggu hasil laporan audit ini," kata Khalid dalam ucapannya itu.

Beliau mengulas serangan-serangan yang disifatkan sebagai kebanyakannya fitnah terhadap pendekatan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu hutang Talam kepadanya.

Beliau mengambil positif terhadap semua serangan itu kerana, "Sekarang baru orang tahu cara nak kutip hutang," kata beliau sinis.

Talam, pemaju hartanah yang bermasalah, berhutang kepada kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor sejak sekian lama.

Namun, tiada sebarang usaha yang konkrit dibuat untuk mengutip segala hutang itu.

Apabila Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dan beliau menjadi Menteri Besar, Khalid berjaya mengutip hutang syarikat itu dengan mengambil alih hartanah yang dimilikinya.

"Selepas kita dapat kutip hutang, ramai yang mengulas pula," katanya.

Menurut Khalid, standard pengurusan telus ini akan diteruskan dan bakal menjadi nafas baru kepada pentadbiran yang terbuka.

"Ia dapat dinilai melalui keupayaan dan keikhlasan kita dalam membuat kerja," kata Khalid.

Namun, beliau berkata, banyak yang perlu diperbaiki lagi oleh pejawat awam dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Kelantan lulus bonus setengah bulan

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

"Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas.

800 ulama nusantara berhimpun di Qaryah Ramadan

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT

KOTA BHARU: Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bukan sekadar tempat ihya Ramadan dengan ibadat tarawih dan qiamulai, sebaliknya bakal menghimpunkan ulama-ulama nusantara pada satu ijtimak Ahad ini.

Program itu dikenali sebagai Ijtimak Pondok Nusantara akan menghimpunkan kira-kira 800 ulama dan pelajar aliran agama dari Thailand, Indonesia dan tuan rumah.

Program dua hari itu bermula esok dengan solat Asar berjemaah diikuti halaqat al Quran dan iftar jamaie.  Dan selepas solat sunat tarawih diadakan ceramah oleh wakil Persatuan Ulama Fathoni.

Ijtimak berkenaan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan akan diulas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli dari Kedah.

Kertas kerja kedua dibentang Tuan Guru Salleh Musa dari Kedah dan diulas Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka).

Perasmian ijtimak yang julung kali diadakan di bulan Ramadan akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah tengahari Ahad.

Jurucakap program Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pada sebelah petang akan diadakan liqa ulama nusantara dan merumuskan resolusi.

"Pada sebelah petang akan diadakan program bacaan qasidah dan Majlis Zikir Ratib Hadaad, manakala selepas solat tarawih akan diadakan ceramah khas oleh ulama dari Indonesia," katanya.

Program tersebut juga terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah pondok.

Royalti: Umno risau hilang undi orang muda

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

"Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

"Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

"Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.

Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.

Jasindaily Online

Posted: 05 Aug 2012 09:35 AM PDT

Jasindaily Online


Raja Nong Chik Tukar Status Tanah IPD pada Kroni ?

Posted: 05 Aug 2012 06:12 AM PDT

Raja Nong Chik diberi tempoh sehingga 9 0gos ini untuk menjelaskan status tanah Lot 81 yang sebelum ini menempatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. "Papan tanda di tapak itu menyebut cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan. Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD itu. Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai lalu bercanggah dengan maklumat di papan tanda?" katanya.

 Mengikut The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu menyatakan IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

 Nurul Izzah pada 26 April lalu percaya tapak Lot 18, tempat asal IPD Brickfields diberi kepada Ketua Wanita Umno Bukit Bintang. "Saya ada maklumat menyatakan Lot 18 diberi kepada syarikat milik Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Mariany Mohamad Yit iaitu Primamuda Holdings dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). "Yang jadi persoalan, apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit dalam DBKL mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?" katanya pada kenyataan media. Beliau menggesa Raja Nong Chik memohon maaf kepada rakyat jika benar Lot 18 diserahkan kepada Primamuda Holdings. "Jika tiada jawapan, saya gesa penduduk Brickfields dan Bangsar adakan tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi Jumaat di Jalan Tun Sambanthan," katanya.

Ulama Malaysia Bimbang larangan Solat Jumaat di Azarbaijan

Posted: 05 Aug 2012 05:11 AM PDT



Ulama di sini turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di Republik Azarbaijan apabila kerajaan dikatakan mengarah khatib di seluruh negara itu melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.


Penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, perkembangan yang berlaku di negara yang majoriti umat Islam itu cukup membimbangkan.

"Apakah tuan-tuan tahu perkembangan terbaru yang berlaku sekarang. Mungkin ada kalangan kita yang membaca suratkhabar mengenai isu tersebut.

"Di negara kita pun tidak jauh bezanya kerana hari Jumaat tidak dijadikan cuti umum bagi kebanyakan negeri.

"Sepatutnya kita kena tukar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan bagi memudahkan orang ramai melakukan amalan agama," katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Qaryah Ramadan di sini, hari ini.

Program itu bermula malam tadi dengan tausiah pertama disampaikan ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Patani, Wan Mahmood Wan Hussin selepas solat tarawih.

Ijtimak itu disertai ulama pondok dari seluruh Malaysia termasuk juga dari selatan Thailand dan Kalimantan, Indonesia.

Akhbar sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Azarbaijan mengeluar arahan supaya melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Alasan diberi kerana dianggap mengganggu jam kerja memandangkan hari Jumaat di Azarbaijan hari bekerja.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Isu lebih parah pula berlaku di  Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China di mana masyarakat Islam diharam menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Pada ijtimak tersebut Dr Abdul Basit membentang kertas kerja bertajuk Peranan Ulama Dalam Amar Makruf Nahi Mungkar. Kertas kerja itu diulas Mudir Darul Hadis Alor Setar, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli.

Ijtimak tersebut turut disertai pelajar-pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, guru-guru Yayasan Islam Kelantan dan pelajar-pelajar pondok.

Ia diadakan di Qaryah Ramadan. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kertas kerja kedua dibentang Pimpinan Pondok Pesantren Darul Ihsan Samarinda, Kalimantan Timur, H Fakhruddin Wahad, kemudian diulas Ustaz Zulkfli Ismail dari Melaka.

Fakharuddin berkata, pondok pesantren merupakan institusi pendidikan pertama dan tertua di Indonesia.

"Pesantren dikenali di Indonesia sejak zaman Walisongo. Ketika itu Sunan Ampel mendirikan rumah yang mengandungi bilik-bilik kecil dan menjadikan sebagai pusat pendidikan di Jawa," katanya.

Beliau juga berkata, banyak pengalaman mengenai pembangunan institusi pondok di Kelantan yang boleh dipelajari untuk dipraktikkan di Indonesia.

Ustaz Zulkifli menegaskan kekuatan yang ada pada institusi pondok kerana pengasasnya merupakan ulama yang jujur dan istiqomah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Katanya, pondok bukan menempatkan orang yang mempunyai kebijaksanaan, namun sistem pendidikan menekan aspek adat dan disiplin sehingga mampu melahirkan manusia yang lemah menjadi ulama besar.

Koleksi Cadangan Logo Merdeka 55 PR

Posted: 04 Aug 2012 11:12 PM PDT

Logo Dari Gamis 


Cadangan Dari Yan 

Cadangan Dari Hamdan bin Jasin 


Cadangan dari Azman bin Mohd Mah Husin 







Penyampaian Sumbangan Idulfitri Dun Merlimau

Posted: 04 Aug 2012 10:54 PM PDT





















Lagi Tsunami Di Sabah

Posted: 04 Aug 2012 09:50 PM PDT


Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh. Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.~addin

Rosmah Ke London Demi Chong Wei ?

Posted: 04 Aug 2012 09:48 PM PDT


Rosmah ke London?, habislah Chong Wei ini kali... Dilaporkan oleh The News Straits Times, Rosmah telah terbang ke London semalam.untuk memberi sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu pemain dari Negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir bagi acara Badminton dalam Sukan Olimpik 2012. Apa tujuan Rosmah ke London? Nak bagi sokongan? Nak dakap-mendakap? Adakah Lee Chong Wei lebih bersemangat bila Rosmah datang? Layan gambar kat bawah... 




 Apa-apapun kita harapkan Chong Wei dapat menyumbangkan emas Olimpik pertama Malaysia.... Pesanan buat chong Wei - Beri komitmen sepenuhnya semasa bermain, dan yang lebih penting... selepas menang, hati-hati mungkin ada lembaga besar yang akan muncul di tengah gelanggang... anda akan phobia lagi...


Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul

Posted: 04 Aug 2012 09:23 PM PDT

Lebih RM4 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai bagi membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK). 


 (Tuan Guru Nik Aziz melancarkan kempen tabung amanah pembinaan lebuhraya di Komplek Karangkaraf semalam)

 Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sumbangan masih diperlukan kerana kos keseluruhan adalah RM1.8 bilion dan ia masih berkurangan. "Orang ramai masih boleh terus memberikan sumbangan terus kepada tabung Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung amanah pembinaan KBKK di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini malam itu. Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dengan disaksikan kira-kira 1,000 anak Kelantan yang hadir. Berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) itu, Husam berkata, penubuhan dana itu akan membuktikan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan mampu berusaha mendapatkan prasarana terbaik walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat.

 "Bila kita buka wakaf lebuh raya mereka (kerajaan pusat) ejek dengan perbuatan dan perkataan. "Tapi tunggu mereka bagi peruntukan mereka tak bagi. Pembinaan ini bukan bererti membina sekaligus di luar kemampuan kita," katanya. Husam menjelaskan kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu Hasil sumbangan orang ramai katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta. Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Majlis dimulakan dengan taklimat wakaf dan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.~hrkh

BN Bakal Henti Air Percuma Jika Berjaya Rampas Selangor

Posted: 04 Aug 2012 09:20 PM PDT

Noh Omar yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu mengatakan kerajaan akan menetapkan tarif air yang tidak membebankan rakyat. Anda ada akal fikiran, sila fikirkan beza antara tarif air percuma yang sedia ada sekarang dengan tarif air yang tidak membebankan rakyat ditawarkan oleh Barisan Nasional jika berjaya tawan Selangor. Wahai Noh Omar, kalau sudah kena bayar air setiap bulan itu namanya membebankan wahai samdol. Sedangkan rakyat Selangor sekarang tidak perlu membayar air setiap bulan. Dulu Khir Toyo kata kalau Pakatan Rakyat beri air percuma kepada rakyat, Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun. Tapi nampaknya sampai sekarang tak bangkrap-bangkrap kah kah kah... Malah simpanan tunai Selangor masa ini sebanyak RM2 Billion mencipta sejarah sebagai simpanan tunai kerajaan negeri paling tinggi di Malaysia kah kah kah... ~Milo Suam

Senator BN Keluar Parti Sokong Pakatan

Posted: 04 Aug 2012 07:24 PM PDT

Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu. Maijol kanan sekali pada majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah Ahad lalu. Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas. 

Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj, royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu. Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. "Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN. 

"Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj," katanya pada kenyataan 31 Julai lalu. Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya Lopog dan Petrus Guriting. Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran pertubuhan itu Ahad lalu. Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu NFC : Noh Omar Tolong Diam !

Posted: 04 Aug 2012 07:23 PM PDT

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar tidak layak bercakap soal penyelewengan kerana terbukti beliau tidak mampu menyelamatkan wang rakyat daripada digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Umno dan kroni, kata Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari. 

Beliau merujuk kenyataan Noh kononnya kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat menggunakan wang rakyat untuk membiaya kos guaman Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Rafizi ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mendedahkan penyelewengan serta kepincangan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan salah guna dana rakyat berjumlah RM250 juta," katanya dalam kenyataan. "Sejak kepincangan ini didedahkan, Noh selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan semula wang yang dibelanja sewenang-wenangnya oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh dan keluarganya," jelas beliau.

 "Walaupun pinjaman itu diluluskan sebelum Noh memegang kementerian, beliau sepatutnya mengambil langkah tertentu untuk memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan semula dana itu kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan. Mengulas lanjut soal dana untuk Rafizi yang diumum Menteri Besar, Yaakob menjelaskan, dana khas itu diambil dari peruntukan RM5 juta untuk Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku. "Geran Selangorku sememangnya diperuntukkan untuk kegunaan rakyat, antaranya Pengenalan Gaji Minima, Program Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur dan Program Pengukuhan Demokrasi," terang beliau. "Ini bermakna, dana khas untuk membantu Rafizi ini menggunakan peruntukan yang telah ada dan sedia diguna bila-bila masa untuk membantu pelapor kes rasuah dan penyelewengan, sejajar dengan komitmen kerajaan Selangor membanteras rasuah," tambahnya. 

"Justeru, tidak timbul kerajaan Selangor salah guna duit rakyat untuk membantu Rafizi seperti yang didakwa Noh kerana dana khas ini tidak menggunakan wang pembangunan yang diperuntukan dalam Bajet Negeri 2012," kata Yaakob lagi. Kata beliau, membantu Rafizi bukan bermakna Menteri Besar membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan keberanian beliau mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat melibatkan suami Shahrizat dan anak-anaknya. "Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti pengganas apabila ditahan secara kasar dan digari ketika di bawa ke mahkamah, manakala suspek rasuah pula diberi layanan VIP," katanya. "Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan BN dan kita yakin serta percaya bahawa penilaian ini akan membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang," kata Yaakob lagi.~Keadilandaily

Penubuhan NOW untuk elak pentadbiran Najib Razak ugut pemberi maklumat

Posted: 04 Aug 2012 07:21 PM PDT

Negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salah guna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku. Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan. Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa. Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau. 

Sepanjang saya mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, saya berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Saudara Johari Mohamad. Mereka juga kini menghadapi risiko yang sama. Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat. Saya percaya selepas ini, pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka. Pemburuan ini juga bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan. Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat. 

Saya telah menubuhkan sebuah badan yang bernama National Oversight and Whistleblowers Centre (kependekan namanya NOW) yang bermatlamat seperti berikut: 

- Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan); - Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;

 - Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain; 

- Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan

 - Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan. Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi. Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan. NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia. Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.

 Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini. Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut: Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd) Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini. 

MOHD RAFIZI RAMLI 
2 OGOS 2012

sumber : Keadilandaily

Maira cuba kawal keadaan, Najib dan Malaysia malu

Posted: 04 Aug 2012 02:51 PM PDT


Tidak sukar untuk menulis tentang Maira Nazarbayev, besan Perdana Menteri Najib Razak isterinya Rosmah yang kontroversi ini. Sementara itu, elit sosial yang berusia 50 tahun ini telah dituduh oleh suaminya sebagai penyangak bersiri antarabangsa justeru mengundang perhatian media, walau apa cara sekalipun pihaknya cuba untuk memutar belit cerita, Maira dan anaknya Daniyar adalah berita buruk bagi Malaysia dan keluarga Najib.

Maira telah menghantar satu siri 'penjelasan' melalui perundingnya kepada media Malaysia yang dipilih, di mana dia telah menafikan laporan yang ditulis oleh tabloid bereputasi tinggi New York Post dan disebarkan di seluruh dunia oleh media antarabangsa.

Dengan dirinya yang bergaya dan telatahnya tidak ramai pembaca yang bersimpati dengan Maira dan ini bukanlah suatu yang menghairankan.

Sehingga suaminya, Bolat Nazarbayev, saudara presiden Kazakhstan, mengeluarkan kenyataan penuh, ramai yang akan menganggap bahawa Maira terang-terangan menipu untuk membersihkan namanya, anaknya serta melakukan beberapa cara untuk mengawal keadaan untuk Najib dan keluarganya.

Dia berkata, Bolat mendakwa…

Berita terkini yang dikeluarkan oleh jurucakapnya yang cuba untuk membuktikan bahawa dia tiada dalam senarai Interpol, seperti yang didakwa oleh New York Post kerana dia bebas untuk bercuti panjang ke Eropah.


Sama ada dia benar-benar melancong, atau perintah Interpol telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, tiada siapa yang tahu! Sesungguhnya, agak menarik untuk diketahui jika ibu dan anak yang pernah berada dalam senarai orang yang dikehendaki itu.

"Saya tidak sabar untuk bercuti panjang pada musim panas bersama keluarga saya di Eropah.Kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik dakwaan-dakwaan ini dan tuduhan yang tidak masuk akal yang telah memalukan keluarga saya tanpa sebab, "Malaysian Insider melaporkan jurnalis di New York melaporkan Maira berkata dalam satu kenyataan.

" Dakwaan skandal ini sama sekali tidak benar dan telah dibuat tanpa bukti yang kukuh."

TETAPI apa dikatakan Maira sebagai, "dakwaan fitnah" datang dari dokumen yang difailkan oleh peguam yang bertindak bagi pihak Bolat di mahkamah Manhattan. Beliau juga tidak dapat menafikan ini mahupun peguamnya sendiri mampu untuk berbuat demikian. Bangkangan terbaik darinya adalah bahawa dia telah bercakap dengan Bolat di telefon beberapa minggu yang lalu, "dia amat terkejut apabila mengetahui tentang tuntutan mahkamah ini."

"Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen-dokumen mahkamah, dan dia terkejut mendengar bahawa ini telah berlaku," Maira memberitahu New York Times.

Bolat guna hubungan Maira dengan Najib untuk dapatkan semula hartanya?

Menurut kertas mahkamah di Manhattan, Bolat telah meminta Daniyar anak Maira - yang menjadi tunang anak perempuan Najib - untuk mencari apartmen baginya. Bolat, walaupun telah memberi kuasa wakil kepada Daniyar didakwa meletakkan nama ibunya sebagai pemilik. Dia kemudian menjual bahagian itu kepada anak lelakinya untuk hanya USD 1.

Mengapa kecoh? , Daniyar yang berusia 24 tahun bukan anak Bolat. Maira telah mengubah nama keluarga anaknya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev dalam sijil kelahirannya selepas dia berkahwin dengan ahli keluarga presiden Kazakh.

Selain itu, Maira menegaskan bahawa perkahwinannya pada 2001 kepada Bolat masih sah, walaupun dalam tuntutan mahkamah menyatakan Bolat diberi pembatalan perkahwinan pada bulan September tahun lepas.

Jadi siapa yang berbohong - Maira atau Bolat? Adakah Bolat memfailkan kes ini untuk mengugutnya menandatangani semula pemilikan pangsapuri? Adakah Bolat menggunakan sepenuhnya skandal ini DAN hubungan Maira kepada keluarga perdana menteri Malaysia - untuk memberi tekanan kepadanya untuk berbuat demikian? Adakah dia akhirnya mengakui kekalahan? Adakah perjanjian telah dibuat?

Siasatan antarabangsa

Semua telah terbongkar. Tetapi sama ada dia telah berjaya untuk menenangkan Bolat dan memulangkan kepadanya apartmen di New York bernilai USD 20 juta boleh dipertikai.

Walaupun dia dan anaknya bukan penyangak antarabangsa yang dikehendaki oleh polis Kazakh dan Interpol, ia masih tidak boleh mengetepikan kepedihan yang besar terpaksa ditanggung olehnya untuk memerah keluar wang dan harta bekas kekasihnya.

Rasa bersalah dirinya dan anaknya telah menjadi tatapan antarabangsa, dan berkemungkinan besar, kedua-duanya gagal dalam ujian. Adakah anda mahu mempunyai besan dan menantu seperti ini?

Skandal semakin teruk


Sementara itu, sekutu politik Najib dalam pakatan pemerintah Umno-BN telah menegaskan bahawa skandal itu merupakan perkara peribadi keluarga dan tidak akan meninggalkan kesan ke atas imej Malaysia. Jelas sekali, cara mereka mempertahankan ketua mereka tidak kena.


Penganalisis politik berkata Najib tidak menikmati imej yang baik di mata antarabangsa akibat daripada politik ala Jekyll dan Hyde, di mana dia menganjurkan kesederhanaan di forum-forum global tetapi menggalakkan kekejaman polis ke atas pendemonstrasi aman menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Washington Post yang berpengaruh tidak memanggilnya " champion of double " di samping pemimpin Saudi tanpa sebarang sebab.

Di Perancis, perbicaraan mahkamah ke atas beratus-ratus juta euro yang didakwa diterima Najib sebagai komisen haram untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia sedang berlangsung. Dia telah menyatakan bahawa dia tidak akan memberi keterangan – telah memburukkan lagi imejnya dihadapan rakyat.


Di Australia, orang yang berasal dari Malaysia gembira untuk menjadi pemberitahu dan memaklumkan rakyat di Malaysia apabila Najib dan isterinya pergi ke sana untuk berbelanja mengunakan duit rakyat, dan Rosmah yang mempunyai tabiat berbelanja yang meletakkan Imelda 3 ribu pasangan seperti tiada isu.

Di Mongolia, tidak jauh dari Kazakhstan, mereka agak syak pada Najib kerana salah seorang rakyat mereka bernama Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh bekas pengawal peribadi Najib kononnya kerana dia terlalu banyak tahu tentang perjanjian Scorpenes.

Dan kini skandal terbaru melibatkan Maira yang flamboyan, seorang yang tidak dikenali sebelum berkahwin dengan orang kaya yang mempunyai kuasa. Ia juga mesti diingatkan bahawa presiden Kazakh dianggap oleh ramai sebagai zalim dan kejam dan lebih teruk daripada Idi Amin atau Joseph Stalin.

Malaysia pasti merasa semakin marah apabila mereka tahu bahawa Najib mungkin telah menggunakan wang mereka untuk berbelanja besar bagi majlis pertunangan mewah di Kazakhstan dan kemudian di Putrajaya untuk Daniyar dan anak perempuannya. Sehingga kini, Najib tidak diberikan apa-apa jawapan yang memuaskan ke atas tuduhan bahawa dia menggunakan dana awam untuk tetamu peribadinya.

Daniyar, yang dikatakan bertemu dengan anak perempuan Najib di Columbia, lulus pada tahun 2010. Dia telah dituduh menipu kelayakannya untuk mendapat tempat di Institusi Ivy League. Laporan terkini mengatakan bahawa dia kini berada di Sandringham UK, menaikkan spekulasi tentang siapa yang telah mengesyorkan dia untuk mendapat tempat dalam institusi tentera itu. Adakah Bolat, bekas bapa tirinya atau Najb, bakal bapa mertuanya?

sumber: PKRL

Tun Salleh Sedia Bantu Rafizi ?

Posted: 04 Aug 2012 02:46 PM PDT

Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".

Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri. Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!......... ~penoreh getah

Selepas Datuk Fauzi , kini Datuk Ramli pula Sertai PAS

Posted: 04 Aug 2012 02:44 PM PDT

Datuk Ramli Yusuff bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis akan menyertai PAS Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub. Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif". 

 "Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian. Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran. "Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya. 

 Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar. Pengumuman dijangka Ogos atau September PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini. Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu. 

 "Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam. "Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya. Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007. Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan"

KHIDMAT MERU

Posted: 05 Aug 2012 09:12 AM PDT

KHIDMAT MERU


CERAMAH BADAR AL KUBRA DI MARKAZ PAS

Posted: 05 Aug 2012 08:12 AM PDT






Ceramah Umum bertajuk Badar Al Kubra telah diadakan di Markaz Pas Seksyen 18. Penceramah terdiri dari YB Khalid Samad, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Saudara Hairie Othman dan YB Dr Hj Abd Rani bin Osman.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 05 Aug 2012 09:07 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


RAMADHANKU BERMAKNA ( MEANINGFUL RAMADHAN EXPERIENCE)

Posted: 04 Aug 2012 03:23 PM PDT


Ramadanku Bermakna di Kampung Delek, Klang

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Ramadhanku Yang Bermakna selama seminggu bermula Ahad ini di kampung Delek, Klang.

Program yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali itu merangkumi aktiviti untuk kanak-kanak, belia dan dewasa.

Pada 5 Ogos, sebelah paginya diadakan kelas memasak dan membuat kuih raya serta kelas menjahit bersama selebriti, program khatam al-Quran berkelompok oleh pelajar-pelajat KITTIS, Komtas/Sekolah Al Farabi dan Sekolah Wahidah dan majlis pelancaran program pada sebelah malam di Masjid Nurul Amin, Kg. Delek, Klang.

Forum Nuzul Quran akan diadakan pada hari Isnin manakala pada hari Rabu dan Khamis akan berlangsung seminar GeMS Daerah kelang di KITTIS.

Dr Halimah akan menyampaikan taklimat dan konsep kampung Delek sebagai Mini Serambi Mekah diikuti majlis berbuka puasa mahasiswa bersama penduduk kampung di Masjid Nurul Amin.

Pada Sabtu iaitu hari terakhir program, Pembantu Exco Agama ADUN, Dr Rani pula akan merasmikan Seminar Mengehsankan Insan di Selangor pada hari Sabtu disusuli program motivasi remaja (SPIES).

Sementara itu, program mewarna dan melukis disediakan untuk kanak-kanak pada hari tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program sepanjang minggu tersebut sebagai mengimarahkan bulan Ramadan.

Sumber: harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Aug 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAJLIS PENERANGAN RAKYAT DI BADAR AL KUBRA!

Posted: 05 Aug 2012 12:28 AM PDT

55 TAHUN MERDEKA : TEMA DAN LAGU BOLEH LAGI DITUKAR !

Posted: 04 Aug 2012 10:48 PM PDT

EHYA' RAMADHAN PAS BAGAN DATOH DITERUSKAN LAGI.

Posted: 04 Aug 2012 10:28 PM PDT

OLIMPIK : BOLEH KE MALAYSIA CAPAI IMPIAN EMAS ?

Posted: 04 Aug 2012 10:00 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan