Isnin, 27 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Aug 2012 01:47 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ust. Fadzil kata tak bulo’ pada Dr M

Posted: 27 Aug 2012 01:20 AM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

PAS ada pengalaman menyertai BN pada zaman Tun Razak. Apabila Tun Razak mati, siapa dalam Umno yang menghormati persetujuan dan janji Tun Razak itu?

Tuntutan melaksanakan syariah telah ada ketika PAS menyertai BN. Mengapa Umno tidak mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan syariah? Sebaliknya Dr Mahathir menjuarai menyingkirkan PAS?

Mengapa lebih 30 tahun kemudian baru Mahathair menyarankan semula kiranya PAS masuk maka hudud akan dilaksnakan? Adakah sudah dia dekat nak mati baru dia teringat?

Dan jika Umno hendak melaksanakan hudud, apa perlu ia menunggu PAS masuk Umno? Mengapa tidak ia buat saja?

Seperti Perdana Menteri, Najib war-warkan sekarang ia hendak transformasikan Umno dengan wasatiah dan hendak laksanakan maqasid syariyah. Buatlah hudud sama dalam apa yang dijajanya itu.

Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz selalu sebut, jika Umno laksanakan Islam, beliau akan bubarkan PAS. Walaupun saya tidak setuju dengan Tok Guru Nik Aziz, pada saya PAS mesti dikekalkan bagi memastikan dari luar Umno benar-benar melaksanakannya, tetapi Tok Guru sudah membayang beliau tiada halangan untuk bersama Umno.

Paling tidak, Tok Guru Nik Aziz akan masuk Umno. Kalau beliau masuk Umno kerana syariyah termasuk hudud, maka apa lagi yang tinggal dengan PAS?

Masalahnya ialah, bolehkah Dr Mahathir dan Umno dipercayai? Kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Dr Mahathir pernah tipu Tengku Razaleigh hidup-hidup. Ku Li bubarkan S46 dan masuk Umno, dia kepung Ku Li dan ikat kaki dan tangannya.

Bila dia buang Tun Ghafar dari TPM dan Timbalan Presiden Umno, dia tidak cuba Ku Li menjadi ganti. Bila dia buang Anwar Ibrahim dia tidak peduli langsung Ku Li.

Tak usah Dr Mahatahir tipulah PAS. PAS 'tak bulo'. Jika Dr Mahathir sudah sukakan hudud, apa salahnya dia masuk PAS dan ajak Umno masuk PAS?

HARAKAHDAILY/-

Kekejaman Bashar berterusan

Posted: 27 Aug 2012 01:13 AM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

GAMBAR yang diedarkan Jawatankuasa Koordinasi Syria semalam menunjukkan mayat beberapa kanak-kanak yang dibunuh rejim Presiden Bashar Al-Assad di Daraya, dekat Damsyik.

DAMSYIK - Beberapa ratus mayat ditemui di bandar Daraya dekat sini selepas serangan besar-besaran tentera Syria, kata sebuah kumpulan pemerhati semalam.

Satu klip video menunjukkan sejumlah mayat diletakkan dalam beberapa barisan di sebuah masjid di Daraya selepas askar-askar rejim Presiden Bashar Al-Assad (gambar kecil) menggempur pemberontak di pinggir bandar raya ini.

Semua yang terbunuh, kata kumpulan tersebut, merupakan mangsa serangan tentera Syria selama lima hari ke atas Daraya bagi menghapuskan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Beberapa pejuang FSA memuat naik klip video tersebut yang bertajuk 'Pembunuhan beramai-ramai di Masjid Abu Sleiman Addarani di Daraya'.

Rakaman itu menunjukkan berpuluh-puluh mayat disusun di dalam beberapa buah bilik di kompleks masjid berkenaan.

"Pembunuhan beramai-ramai yang amat kejam ini dilakukan oleh konco-konco rejim Bashar di dalam Masjid Abu Sleiman Addarani," kata ulasan yang mengiringi klip video berkenaan.

"Lebih 150 nyawa melayang dalam kempen keganasan oleh kumpulan-kumpulan militia Bashar di bandar ini (Daraya)," tambah komentar tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 320 mayat ditemui kelmarin dan semalam termasuk mangsa pembunuhan beramai-ramai di Daraya.

Beberapa kumpulan aktivis di negara berkenaan menyifatkan klip video tersebut sebagai bukti kekejaman yang dilakukan oleh rejim Bashar.

Menurut mereka, Bashar bertindak kejam kerana membenarkan rejimnya membunuh dan membakar mayat penduduk Daraya.

"Bashar membenarkan militia rejimnya, Shabiha, menjadi mesin pembunuh," kata satu kenyataan kumpulan aktivis berkenaan, Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC).

Beberapa pertubuhan hak asasi manusia pula menuduh rejim Bashar melakukan banyak kekejaman sejak kebangkitan rakyat Syria menentang pemerintahannya bermula pada Mac lalu.

Pada awal bulan ini, sebuah panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyatakan rejim Bashar turut bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

Stesen televisyen Syria melaporkan Daraya yang mempunyai sekitar 200,000 penduduk kini 'dibersihkan' daripada saki baki pengganas FSA.

Tentera Bashar dalam pada itu mendakwa ia berjaya menguasai sebahagian besar bandar raya ini selepas pertempuran sengit selama dua minggu.

Beberapa aktivis menyifatkan serangan ke atas Daraya sebagai usaha untuk menghapuskan sama sekali penentangan di ibu kota Syria berkenaan.

"Rejim Bashar menyekat bekalan asas ke Daraya dan membedil bandar ini dengan menggunakan senjata berat dan jet pejuang," kata LCC.

"Selepas itu, geng-geng pembunuh (militia Shabiha) memasuki bandar ini dan melakukan pembunuhan sewenang-wenangnya sebelum mengerat dan dan membakar mayat-mayat mangsa," tambah kumpulan itu.

Sebelum ini, rejim Bashar dituduh bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar Houla, tengah Syria pada Mei lalu.

Seramai 108 orang termasuk 49 kanak-kanak dibunuh dalam tragedi berkenaan yang mengejutkan dunia.

Setakat ini, PBB menyatakan angka kematian di Syria melebihi 17,000 orang. Badan dunia itu memberi amaran krisis kemanusiaan kini menanti 200,000 pelarian Syria di beberapa negara jirannya dan 2.5 juta penduduk negara itu.

Sementara itu, utusan antarabangsa baharu ke Syria, Lakhdar Brahimi yang akan mengambil alih tempat Kofi Annan pada bulan depan memberitahu bahawa beliau 'bimbang' berhubung tugas besar untuk menamatkan konflik di Syria.

Semalam, Syria memberi amaran kepada Brahimi supaya tidak mengikuti jejak yang sama dengan Annan.

Akhbar negara itu, Ath-Thawra menuduh bekas Setiausaha Agung PBB berkenaan sebagai tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Barat.

Annan berundur pada bulan lalu selepas pelan damainya untuk Syria menemui kegagalan. - AFP



Maik: Ada sesuatu yang wajib dibaiki

Posted: 27 Aug 2012 01:02 AM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

Pepatah Inggeris menyebut, revenge is a dish best served cold. Maksudnya dendam ialah hidangan yang terbaik jika dihidangkan dalam keadaan sejuk.

Khabarnya disebut oleh Shakespeare, ia bermaksud seseorang yang ingin membalas dendam perlu melakukannya dalam keadaan dirinya tidak dikuasai emosi.

Pembalasan dendam boleh dirancang dengan teliti dan penuh strategi. Dalam keadaan tiada siapa yang menduga di sebalik senyuman manis yang diukir secara bermuka-muka, pembalasan dendam akan disempurnakan. Di waktu itu, ia lebih sempurna berbanding jika dendam dilepaskan ketika dikuasai emosi.

Di dunia ini, ramai yang mengambil pendekatan begini. Sekalipun sewajarnya dengan usia yang begitu lama berada bersama-sama, pahit manis dijunjung bersama, tetapi rupa-rupanya dalam berkawan, tangan masih menggenggam keris. Leka sedikit mata memerhati, hujung belikat menjadi mangsa.

Orang begini biasanya manis senyumannya lebih daripada orang lain, bahkan jika bersalam hampir tunduk mencium lutut.

Bukan tujuan saya untuk menujukan kepada sesiapa, ia hanya lumrah di dalam alam ini tanpa mengira masa dan tempat.

Saya datangkan pepatah ini hanya sebagai perbandingan. Saya teringat tentangnya apabila membaca laporan Harakahdaily pada 26 Ogos 2012 di bawah tajuk Khutbah Raya: Pihak mana sebenarnya berpolitik.

Rupa-rupanya masalah di MAIK yang berlaruran sejak dahulu masih belum selesai sekalipun sudah bertukar teraju jawatan Yang Dipertua kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Permainan ini tetap berterusan yang saya yakin tanpa pengetahuan pihak Yang Teramat Mulia sendiri. Bacalah laporan tersebut, ia dengan jelas menggambarkan kekecewaan anak muda Kelantan terhadap isu manipulasi teks khutbah yang sedang berlaku sekarang.

Petikan-petikan seperti "Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan" jelas sekali 'atas darat' ditujukan kepada himpunan BERSIH yang diwar-warkan sebagai pencetus kepada huru hara.

Begitu juga dengan petikan seperti, "Kenapa kita perlu dan bersungguh-sungguh untuk terus menerus membelah bangsa Melayu, umat Islam kepada belahan-belahan, kepada kabilah-kabilah yang boleh melemah dan merosakkan umat Islam, pada hal bangsa Melayu pada keseluruhannya adalah bangsa yang mempunyai potensi untuk membangunkan Islam, untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.."

Dari sudut maksudnya tidaklah salah tetapi dalam suasana politik hari ini yang semua pihak pandai membaca akhbar dan menonton televisyen, masyarakat tahu di atas kepala siapa batu ini mahu dilemparkan.

Saya kira, sewajarnya zaman berlindung di dalam pagar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk kepentingan politik telah berlalu. Paling tidak, tunjukkan budaya profesional dalam mengarang teks khutbah. Dalam hal solat di jalanan, perlu diingatkan bahawa sunnah Rasulullah SAW di dalam mengerjakan solat hari raya ialah di padang dan di tempat yang terbuka, bukannya di masjid.

Benar, ia bukanlah hal utama untuk dibincangkan di sini, tetapi merendah-rendahkan solat di jalanan di dalam khutbah Idulfitri menampakkan bahawa panel khutbah agar kurang sensitif bila berbicara tentang ibadat yang ada tatacaranya di dalam sunnah Rasulullah SAW!

Hakikatnya, ada pihak yang memainkan peranan mengarang teks khutbah sedemikian rupa untuk dibaca oleh para imam. Jika imam mengubahnya, tindakan bakal dikenakan. Ia lebih jelas lagi di dalam teks khutbah khas sempena hari kemerdekaan 31 Ogos ini yang telah diedarkan kepada para imam. Bacalah petikannya :

"Di kalangan orang-orang Melayu sering menyebut madah kata daripada Hang Tuah, bahawa tidak Melayu akan hilang di dunia, namun tidak ada jamiman sesuatu bangsa dapat mempertahankan dan mengekalkan kuasa dan kedudukannya apa lagi kalau bangsa Melayu sendiri pun sudah benci mendengar perkataan Melayu, sudah tidak bangga lagi jadi Melayu. Bukankah sudah banyak umat, bangsa yang terusir dari tanah air sendiri malah bukan sedikit yang telah hilang ditelan zaman?"

Orang yang celik politik tahu untuk siapa ayat-ayat di atas ditujukan. Pemimpin mana yang pernah didakwa tidak bangga menjadi Melayu kalau tidak YAB Tuan Guru Menteri Besar sendiri? Inilah yang telah dimanipulasi laporannya oleh Utusan Malaysia pada 19 September 2010 di bawah tajuk Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?

Sedangkan hakikatnya kenyataan Tuan Guru ialah "saya tidak bangga menjadi Melayu tetapi saya bangga menjadi Islam..". Sama sekali Tuan Guru tidak anti Melayu, tetapi kenyataan tersebut hanyalah bertujuan meletakkan nilai agama melebihi nilai bangsa. Ia sama seperti seorang ayah berkata kepada anaknya, "Ayah tidak bangga kamu belajar tinggi-tinggi, tetapi bangga jika kamu berakhlak mulia.."

Sindiran sebegini sangat jelas mesejnya di dalam teks khutbah yang akan dibaca 31 Ogos ini. Saya hanya menukilkan satu ayat sahaja dari teks khutbah yang kita sendiri akan dengar kandungannya pada hari kemerdekaan ini nanti.

Yang jelas, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh teks ini. Bukanlah telinga saya alergic dengan perkataan Melayu bahkan saya dilahirkan sebagai seorang Melayu. Namun, mengulangi berkali-kali nama Doktor Burhanuddin Helmi yang diperkenalkan sebagai TOKOH KEBANGSAAN MELAYU bersama-sama petikan di atas tidak syak lagi ada agenda yang tersendiri.

Saya hanya menukilkan contoh sahaja. Permainan politik di dalam teks khutbah yang diwajibkan ini hakikatnya bukan rahsia lagi. Dikhabarkan pemainnya hanya beberapa orang sahaja, tetapi masih tidak malu-malu bersembunyi sambil melontarkan batu. Saya kira masa sudah tiba untuk melakukan usaha pembersihan. Tunjukkan sahaja pintu keluar.

HARAKAHDAILY/

Lelaki ‘kaya’ disembelih

Posted: 26 Aug 2012 09:50 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

USUNG...polis mengusung mayat mangsa (gambar kecil) yang mati dipercayai disembelih di dalam bilik tidur.

BALIK PULAU: Seorang lelaki tidak sempat membelanjakan wang hasil jualan tanahnya berjumlah ratusan ribu ringgit selepas dibunuh dengan kejam apabila disembelih dalam keadaan tangan terikat di rumahnya di Mukim A, Kampung Sungai Pinang, di sini, semalam.

Mayat Ghadzali Ahmad, 52, ditemui terbaring tanpa baju dan hanya berkain pelekat oleh seorang rakannya, di atas lantai bilik tidurnya, pada jam 10 pagi.

Rakannya itu dikatakan datang ke rumah mangsa yang masih bujang untuk membawanya ke sebuah hospital swasta bagi membantunya mendapatkan rawatan penyakit asma dihidapinya.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memanggil, rakan mangsa hairan kerana tidak bersahut lalu meninjau ke dalam rumah melalui tingkap dan ternampak Ghadzali terbaring berlumuran darah lalu menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau dipercayai digunakan untuk menyembelih mangsa.

metro/-

Proses migrasi dipercepat jika air di bawah negeri

Posted: 26 Aug 2012 09:44 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan," kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad.

Jelasnya dalam satu kenyataan, migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas.

Pada awalnya, kata beliau Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan.

Tetapi, ujarnya setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan.

Menurutnya, dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu.

Kata beliau, ini bermakna bagi pemilik yang tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu, sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma.

"Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program untuk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma iaitu Program Kupon Air dan Program Lapor Dan Dapat.

"Program Kupon Air ini terlalu rumit dan telah digantikan dengan Program Lapor Dan Dapat pada bulan Mac tahun ini," jelasnya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar menambah, bagi Program Lapor Dan Dapat, penduduk melalui JMB atau MC perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PBT akan memberitahu Syabas untuk memberi potongan pada bil meter pukal.

Katanya, JMB atau MC kemudian akan membuat potongan 20 meter padu pada bil-bil individu setiap kediaman.

Menurutnya, setelah dilaksanakan Program Lapor Dan Dapat, hanya 12 pangsapuri kos rendah yang belum mendapat air percuma 20 meter padu.

Selepas ini, ujarnya Program Lapor Dan Dapat ini akan diperluaskan ke pangsapuri kos sederhana seperti Mentari Court yang menjadi tumpuan media sekarang.

"Saya menasihatkan penduduk mendesak JMB dan MC mereka supaya mempercepatkan penyertaan mereka ke dalam Program Lapor Dan Dapat dengan mengisi borang yang khas yang disediakan.

"Ia hanya memerlukan seorang AJK JMB atau MC pergi ke pejabat PBT dan mengisi borang tersebut yang hanya mengambil masa 10 minit," katanya.

Dalam kes Mentari Court itu, ujar beliau proses migrasi adalah dalam peringkat akhir.

Beliau menjelaskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati perlulah ditujukan kepada Syabas.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dipercepatkan.

Justeru, kata beliau sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan.

"Kerajaan negeri buat masa ini tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak mendapat air percuma. Perkara telah saya jelaskan semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mac lepas," ujarnya.

harakahdaily/-

Khutbah hasilkan perpecahan dakwaan melampau

Posted: 26 Aug 2012 09:29 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Isu khutbah yang dibangkit Ibrahim Ali adalah satu tuduhan yang melulu dan tidak benar sama sekali serta berniat jahat untuk melagakan kerajaan negeri pimpinan PAS dengan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Hasan Mahmood berkata, bagi mana-mana pihak yang meneliti isi khutbah tersebut, sekalipun ia adalah keluaran Dewan Ulama PAS namun tidak satu pun nama pertubuhan politik yang disebut sama ada PAS mahupun Umno.

"Sebaliknya, sebagaimana tajuk yang tertera pada khutbah iaitu menentang kerosakan dan kezaliman di dalam negara adalah jihad yang paling afdhal.

"Khutbah secara umumnya mengajak umat Islam agar sentiasa berjihad dan jihad paling utama dalam konteks masa kini adalah jihad untuk mempertahankan Negara umat Islam daripada kezaliman dan kerosakan yang ingin dilakukan oleh mana-mana pihak.


"Kenyataan ini sebagaimana yang diucapkan oleh ulama terulung dunia Islam iaitu Prof. Doktor Yusof Al-Qaradhawi, penerima anugerah tokoh maal hijrah oleh kerajaan Malaysia dalam kitab beliau min fiqh daulah," katanya.

Presiden Perkasa dan juga ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 24 Ogos mendakwa kandungan khutbah Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan berunsur perpecahan dan berbaur politik. (gambar)

Tambah Hassan, khutbah tersebut juga mengajak agar masyarakat memanfaatkan sistem demokrasi dalam negara Malaysia untuk mendaulatkan Islam di tempat yang tertinggi sesuai dengan kedudukannya yang mulia.

Selain itu, khutbah Dewan Ulama PAS mengambil pendekatan yang berbeza dengan teks-teks khutbah lain dengan menyeru umat Islam agar dapat menggunakan saluran Pilihanraya untuk memilih calon yang dapat menjalankan tangungjawab yang diamanahkan sebagaimana yang dianjurkan oleh Agama sekaligus menjadikan ia sebagai aspek terpenting dalam pentadbiran Negara.

Perkara ini diingatkan oleh Dewan Ulamak PAS sebagai kandungan penting Agama dan bukannya sebagai agenda politik kotor sebagaimana didakwa.

Beliau juga turut menyelar kenyataan pengasas pondok genting tumpat, Abdullah saamah sebagaimana yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia bertarikh 26 Ogos yang mengaitkan kerajan PAS Kelantan dengan membenarkan imam dan khatib membaca khutbah Aidilfitri yang berunsur politik serta membawa anasir perpecahan umat Islam.

Tindakan beliau ini seolah-olah hanya menjadi 'pak turut' kepada Ibrahim Ali yang hanya pandai menuduh tanpa usul periksa. Beliau sebelum ini lantang dengan 'fatwa'nya yang penuh kontroversi apabila menyatakan DAP adalah kafir harbi dan haram mengundinya.

harakahdaily/-

Himpunan bantah guna sianida di Raub 2 Sept

Posted: 26 Aug 2012 09:14 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

"PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan.

"Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam.

Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman.

"PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti," katanya.

Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa.

Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut.

Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah.

harakahdaily/-

Iran anjur 'bersih dunia dari senjata nuklear'

Posted: 26 Aug 2012 09:07 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

TEHRAN: Ketika Barat mengecamnya kerana didakwa sedang membuat bom atom, Iran membuka tirai sidang kemuncak yang menghimpunkan lebih daripada 120 negara yang menggelar diri mereka 'berkecuali', dengan rayuan untuk membersihkan dunia dari senjata nuklear.

Antara yang dijangka akan menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Non Aligned Movement), yang bermula Ahad lalu tetapi secara rasminya bermula bermula pada Khamis depan, termasuklah Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB, dan Manmohan Singh, Perdana Menteri India.

India kekal sebagai pelanggan minyak Iran dalam situasi Tehran berhadapan sekatan Barat atas tuduhan program nuklearnya.

Iran akan menggunakan perhimpunan selama seminggu ini, termasuk sidang kemuncak dua hari yang dihadiri pemimpin pelbagai negara, sebagai wadah mempamerkan hubungan global negara tersebut dan usaha mereka dalam mencabar pengaruh Barat dan sekutu-sekutunya.

Ali Akbar, Menteri Luar Iran, membuka perhimpunan tersebut dengan menyatakan komitmen kepada matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali sebelum ini iaitu untuk menghapuskan senjata nuklear di dunia dalam tempoh 13 tahun.

"Kami percaya bahawa jadual untuk menghapuskan secara mutlak senjata nuklear sebelum tahun 2025, seperti yang telah dicadangkan oleh NAM, hanya dapat direalisasikan jika kita mengikutinya dengan komited," katanya kepada perwakilan.

Iran menegaskan program nuklearnya adalah bertujuan untuk menjana tenaga untuk kegunaan awam, tetapi Amerika Syarikat dan sekutunya takut bahawa pengayaan uranium Tehran akhirnya boleh membawa kepada peringkat senjata peperangan.

Tehran sedang menghadapi kesulitan kerana hukuman berat yang dikenakan ke atas perbankan dan eksport minyak negaranya, langkah-langkah Barat yang diharapkan akan memaksa Iran untuk mengaku bersalah.

Israel, yang berkata ia menghadapi ancaman kewujudan dari Iran, telah membayangkan untuk menggunakan pilihan ketenteraan jika diplomasi dan tekanan ekonomi gagal untuk membendung cita-cita nuklear Tehran.

Salehi mengkritik Israel kerana bertindak di luar perjanjian utama PBB untuk mengawal penyebaran teknologi nuklear.

Israel enggan untuk membincangkan keupayaan ketenteraan mereka, tetapi dipercayai umum bahawa mereka mempunyai senjata nuklear.

Sekutu Iran Korea Utara telah menarik diri dari Perjanjian Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty). Menteri Luar Korea Utara Paek Nam Ahd. tiba di Tehran pada Ahad lalu untuk menghadiri persidangan tersebut.

Hamas dikecualikan

Sementara itu, agensi berita Iran berkata sekutu Iran, Perdana Menteri Palestin dari Hamas tidak dijemput untuk mesyuarat itu.

Mehr dan ISNA memetik Mohammad Reza Forqani, jurucakap sidang kemuncak, sebagai berkata bahawa Ismail Haniyeh tidak dijemput untuk persidangan ini.

Tetapi pejabat Haniyeh di Gaza berkata beliau merancang untuk berangkat ke Tehran pada hari Isnin sebagai tetamu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Laporan yang bercanggah berkenaan rancangan Haniyeh mengambarkan situasi rumit delegasi Palestin ke perhimpunan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata beliau tidak akan hadir jika Haniyeh juga turut hadir ke sidang tersebut.

Hamas, yang disokong Iran menguasai Gaza manakala pentadbiran Abbas menguasai bahagian Tebing Barat.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, yang mempunyai 120 negara anggota dan 17 negara pemerhati, adalah kumpulan negera-negara yang menggelar diri mereka berkecuali secara rasmi dengan mana-mana blok kuasa utama dunia.

harakahdaily/-

Zunar adakan pameran solo pertama di Malaysia

Posted: 26 Aug 2012 08:46 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kartunis Zunar akan mengadakan pameran kartun solo yang pertamanya di Malaysia 1 - 9 September ini di Galeri Shah Alam.

(Zunar dengan hasil nukilannya yang bakal dipamerkan)

Pameran kartun solo bertajuk "Zunar" akan bertempat di ruang pameran 1, Galeri Shah Alam dan berlangsung dari 1 hingga 9 September depan.

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 1 September jam 11 pagi di tempat yang sama.

"Ini adalah pameran pertama saya di tanahair. Sebelum ini saya membuat dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan di London bertema 'Berjuang Melalui Kartun'," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkefly Anuar Ulhaq.

Sebanyak 150 buah karya, kesemuanya mengenai senario politik tanah air yang dihasilkan dari tahun 1999 hingga kini akan dipamerkan.

"Dengan pameran ini, diharapkan peminat dan orang ramai akan dapat melihat lukisan saya dengan lebih dekat dan memahami maksud dan mesej yang disampaikan," kata Zunar dalam kenyataannya kepada media.

Zunar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Galeri Shah Alam kerana telah memberi sokongan bagi menjayakan pameran ini.

Pameran ini terbuka kepada setiap hari kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

harakahdaily/-

Nasharudin: Majlis Syura bincang dalam agenda lain2 hal

Posted: 26 Aug 2012 08:38 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini.

"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud.

Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin yang membuat kenyataan agar PAS menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan Hudud.


Pengerusi Majlis Syura adalah Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya adalah Datuk Dr Haron Din. Anggotanya terdiri dari para ulama yang kanan dalam PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Majlis Syura akan membincangkan kedudukan Nasharudin kerana dia ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

"Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda PAS bukan Pakatan.

"DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS semalam mengambil ketetapan, PAS akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud dalam konteks demokrasi di negara ini.

Sebelum ini, pimpinan PAS bertegas, tidak ada masalah penentangan DAP terhadap Hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam.

Yang menjadi isu adalah apabila Umno yang mengaku Islam sejak dari dahulu menentangnya termasuk surat amaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz agar jangan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan.

Selain itu, wakil Umno pernah mencabar undang-undang itu di mahkamah namun kemudiannya permohonan itu ditarik balik.

harakahdaily/-

Anwar: Jika jadi PM, saya tak tinggal di Putrajaya

Posted: 26 Aug 2012 08:31 PM PDT

8 Syawal 1433H. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di Putrajaya.

"Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbukan PKR di Bukit Gantang, Perak semalam.

malaysiakini/-

Assange: UK tarik balik ancam serbu kedutaan Ecuador

Posted: 26 Aug 2012 12:00 AM PDT

7 Syawal 1433H. [MOD] -

ECUADOR: United Kingdom telah menarik balik ancaman menyerbu masuk kedutaan Ecuador di London untuk menahan pengasas Wikileaks, Julian Assange yang sedang berlindung di situ, ujar Presiden Ecuador.

Rafael Correa berkata demikian semasa sidang mingguan media Sabtu lalu.

(Assange bercakap kepada media di kedutaan Ecuador)


"Kami menganggap kejadian yang mendukacitakan ini telah berakhir, selepas kesilapan diplomatik yang teruk daripada kerajaan British yang mahu menyerbu masuk kedutaan kami," kata Correa.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Ecuador berkata mereka telah menerima "satu mesej dari Pejabat Luar Negara British yang mengatakan bahawa tidak ada ancaman untuk menyerbu masuk kedutaan Ecuador".

Ecuador berang selepas kerajaan British memberi amaran bahawa mereka mungkin akan cuba untuk menahan Assange, yang telah berkurung di dalam bangunan kedutaan itu lebih daripada dua bulan kerana cuba untuk mengelakkan dari diserah balik ke Sweden, di mana beliau dikehendaki untuk disoal siasat atas tuduhan rogol dan serangan seksual.

Ecuador, yang telah memberi suaka politik kepada Assange, sebelum ini menuntut bahawa ancaman daripada Britain itu ditarik balik.

Langkah terbaru itu sepatutnya mampu memperbaiki hubungan antara Quito dan London dan membenarkan lebih banyak perbincangan mengenai nasib Assange dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, buat masa ini, Assange masih terperangkap di kedutaan Ecuador dengan pihak polis British menunggu di luarnya.

Britain berkata mereka tekad untuk memenuhi tuntutan undang-undang untuk menghantar Asange ke Sweden.

Ancaman Britain dikritik

Pertubuhan negara-negara Amerika (Organisation of American States), sebuah kumpulan yang berpusat di Washington, sebelum ini telah mengutuk ancaman UK, dan Menteri Luar Amerika Selatan menyokong penuh pandangan Correa bahawa amaran dari UK itu tidak masuk akal.

Correa berkata beliau berkongsi kebimbangan Assange bahawa jika Asange diserahkan ke Sweden, maka Asange boleh diserahkan ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan ke atas penerbitan Wikileaks tahun 2010 berkenaan rahsia diplomatik AS.

Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah mengatakan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan sebarang tuduhan jenayah terhadap pengasas Wikileaks itu dan tidak melancarkan sebarang cubaan untuk membuatkan beliau diserah balik ke AS.

Kerajaan Ecuador berkata mereka tidak pernah berniat untuk menghalang Assange daripada dibawa ke mahkamah di Sweden.

Ecuador berkata jika Asange menerima jaminan bertulis daripada Britain dan Sweden bahawa Asange tidak akan diserah ke mana-mana negara ketiga maka Assange akan menyerah diri kepada pihak berkuasa Sweden.

harkahdily/

Pegawai perlu sokong dasar kerajaan yang ada

Posted: 25 Aug 2012 11:30 PM PDT

7 Syawal 1433H. [MOD] -

(TMB Kelantan memberikan ucapan perasmian)

KOTA BHARU: Kakitangan awam diingat menyokong dasar kerajaan negeri yang ada sekarang khususnya berhubung Dasar Membangun Bersama Islam yang diwujudkan sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian bersesuaian tanggungjawab yang dipikul di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kursus Motivasi dan Integriti pada penolong pegawai tanah dan pelukis plan negeri Kelantan.

Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob.

Lebih 100 orang kakitangan pejabat tanah seluruh jajahan hadir pada majlis yang julungkali diadakan itu.

"Kerajaan negeri ada dasarnya, dasar Membangun Bersama Islam, Dasar Pelancongan Dasar Wanita dan berbagai lagi yang perlu disokong bersama,"ujarnya.

Sebagai pegawai kerajaan, mereka perlu menyokong dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang ada.

Pada masa yang sama beliau berkata kakitangan kerajaan negeri perlu mengikut lima kategori kerjaya, antaranya jauhi dasar pilih kasih dalam kerja, amanah, selain mematuhi dasar kerajaan negeri.

Tegasnya, elak kepentingan diri disamping bertekad untuk mencapai cita-cita kerajaan.

Sementara itu, Ahmad ketika merasmikan majlis itu berharap kakitangan awam khususnya yang bertugas di pejabat tanah membantu kerajaan negeri menyelesaikan masaalah pencerobohan tanah kerajaan.

Menurutnya, pencerobohan tanah kerajaan negeri masih tidak selesai hingga ke hari ini dan sukar dikawal.

"Tentunya memerlukan pengorbanan kakitangan untuk menyelesaikan tanah kerajaan termasuk tanah rezab di kawasan bandar.

"Kita memang mudah terdedah dengan pelbagai kesempatan untuk memenuhi kepentingan diri, kita mudah diheret untuk bersekongkol dengan pihak penceroboh,"ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya dengan keimanan yang tinggi disamping integriti kerja ianya dapat diatasi dengan baik.

Sambungnya, budaya kerja ubudiah, masuliah dan itqan perlu ditekankan untuk megelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam menjaga amanah rakyat dan harta kerajaan

harakahdaily/-

Samun 9 dulang barang kemas

Posted: 25 Aug 2012 08:24 PM PDT

7 Syawal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN: Dua perompak bersenjatakan sepucuk pistol automatik melarikan sembilan dulang barang kemas dalam tempoh kurang lima minit di sebuah kedai emas dalam kejadian samun di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang selepas dua suspek memakai topi keledar menyerbu masuk ke kedai emas itu ketika pekerjanya berkemas untuk menutup operasi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki berusia 30-an datang ke kedai terbabit dengan sebuah motosikal dan berhenti di depan premis.

Beliau berkata, sebaik masuk ke kedai, kedua-dua lelaki itu meminta tiga pekerja di kaunter memasukkan barang kemas pelbagai jenis ke dalam beg dibawa sambil seorang daripada mereka mengacukan pistol.

"Ketika kejadian, ada lima orang di dalam kedai, termasuk seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata selain tiga pekerja di kaunter kedai jam yang terletak bersebelahan.

"Ketika itu, pemilik kedai berada di bahagian belakang dan semua yang berada di dalam premis terpaksa menurut permintaan penjenayah terbabit demi keselamatan.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama sembilan dulang barang kemas," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Lim berkata, tiada pelanggan di dalam premis ketika kejadian dan pemilik sibuk berkemas untuk menutup kedai.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) dan kerugian belum ditaksirkan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan setakat ini suspek belum dikenal pasti.

"Ini antara kejadian samun terbesar setakat ini membabitkan kedai barangan kemas," katanya.

metro/

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 26 Aug 2012 09:14 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kahwin lagi bersemangat menumbangkan UMNO : DPP Pasir Salak

Posted: 26 Aug 2012 11:24 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 26 Aug 2012 07:39 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Hudud...Cekohlah Durian Ikut Paksanya…

Posted: 25 Aug 2012 10:33 PM PDT

Jangan perlekeh hudud! Ini hukum Allah!
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataan yang tegas, berfakta dan berhemah serta penuh berhikmat yang telah menutup mulut-mulut yang mengomel itu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama Hudud!

Sesuatu perkara, apabila kita kembali kepada kaedah yang sebenar dan rujukan yang soheh, pencerahannya begitu mudah dimengertikan sekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujah untuk menafikan hakikat  yang terserlah.

Orang tua-tua ada bidalannya, 'Bila nak belah buah durian, cekohlah ikut paksanya…' Bunyinya biasa, tapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara, lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya ia akan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatan berduri, kita tak perlu tukul, gergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yang enak.

Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya ia dianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalam menyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang suka menggunakan gergaji, tukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksa durian yang telah sedia ada, sehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapat dinikmati.

Perhatikan senario yang telah berlakuSeorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!

Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukum Allah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat'ie (putus) boleh dihuraikan dengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal. Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah.

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politik, populariti memang suatu faktor penting, tetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis! Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi fakta, dalil dan hujah yang telah tersedia dalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.

Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengerti dari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang, berdiskusi, berhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kita berada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar dan ditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaan dan kemenangan.

Bila kita berkata-kata kepada public, kita tidak bercakap mewakili batang tubuh kita seorang, tetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangi. Lagikan kita bercakap perkara yang baik dan betul, tetapi tetap diterbalikkan maksudnya oleh media arus perdana, inikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomen itu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secara mendatar tanpa asas dalil dan hujah syar'ie..

Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikan, bila kita bersikap meruntuh dulu, baru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasa ini, sebaris statement kita, seantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitu pantas. Risikonya, respon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kita ditegur, dikritik dan dikecam, barulah sibuk kita nak cari wartawan semula untuk buat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukan semua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasa, tapi terlajak kata, parti kita tanggung akibatnya. Ingatlah, kita hanya memerlukan sesaat untuk meruntuhkan, tapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanya semula.

Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongi, fikirkanlah mudharat dan maslahah sebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untuk menasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-batas percakapan, bimbang ianya menyentuh persoalan aqidah, tetapi saya cukup meyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama'-ulama' yang cukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telah ditentukan oleh Allah.

Para ulama' inilah yang akan terus menerajui kita, kekal istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumi Malaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak ada jual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakini, kerana prinsip dan pegangan inilah, kita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluf tanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkan puluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkan. Allahu Akbar!

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 26 Aug 2012 07:19 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Janji Ditepati! Selepas rampasan Perak

Posted: 26 Aug 2012 03:01 AM PDT

BN For Sale In Mydin

Posted: 26 Aug 2012 02:58 AM PDT

Tok Lah Tak Yakin Najib Kekal Kuasa

Posted: 26 Aug 2012 02:23 AM PDT

Kesiannya Mahafiraun Makin Nyanyuk

Posted: 26 Aug 2012 02:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Aug 2012 09:37 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Judi Musuh No 1 umat Islam dan bangsa Melayu

Posted: 25 Aug 2012 04:55 PM PDT

Akhbar sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Ketagih selepas menang RM300
25 Ogos 2012 - "SAYA mula bermain judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan hanya bermodalkan RM30.

Melayu gila judi 'on-line'
25 Ogos 2012 - Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan 'mesin kuda' yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian 'on-line' pilihan mereka, terutama Melayu.

Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
25 Ogos 2012 - "Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. "Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit," katanya.


Mercun bola harus dikategori sebagai bahan senjata api

Posted: 25 Aug 2012 04:51 PM PDT

Mercun bola adalah umpama bom atau jerangkap samar sepertimana yang berlaku di Afghanistan dimana pihak musuh telah menaburkan pelbagai jerangkap samar dalam bentuk mainan yang menyebabkan kanak-kanak di sana cedera parah atau terbunuh. Mercun bola adalah amat merbahaya kerana ianya dibalut dengan plastik keras yang bertindak sebagai serpihan bom (sharpnel) yang boleh menembus mata, kulit dan daging apabila meletup.

Pada pandangan saya mercun bola ini harus dikategorikan sebagai bahan senjata api dan diletak di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan agar sesiapa sahaja yang memiliki, mengedar atau menjual mercun bola akan dikenakan hukuman yang berat.

Budak hilang dua jari
25 Ogos 2012

SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.
Kejadian pada pukul 5 petang itu berlaku ketika Wan Muhammad Anas Amar Rosyam, 10, menyalakan api pada sumbu sebiji mercun bola yang ditemui tidak jauh dari rumah sebelum ia meletup di tangan.
Menurut Moh Rosyam Hanafiah, 39, ketika kejadian, dia menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah jiran dan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh penduduk perumahan terbabit.
"Saya terus bergegas pulang ke rumah dan melihat muka anak sulung saya berlumuran darah manakala beberapa jari tangan kiri hancur," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Aug 2012 09:32 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kementerian Pelajaran Habis Duit??!

Posted: 25 Aug 2012 09:54 PM PDT

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4

Harakahdaily, 17 Jul 2012
SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.

Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.

Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.

Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.

"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.

"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu.

TUN katakan BN SYAITAN?

Posted: 25 Aug 2012 09:45 PM PDT

Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa

Idris Ahmad, 24 Ogs 2012
Tun  Dr Mahathir sanggup mengaku  BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.


Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).


Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.


Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang  pernah memimpin BN selama 22 tahun  sanggup mengaku parti BN syaitan.


Tun sekarang sudah menjadi ketua  pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.

Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.

Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.

Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.

Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.

Jasindaily Online

Posted: 26 Aug 2012 09:29 AM PDT

Jasindaily Online


Masej Kemerdekaan Buat Semua

Posted: 26 Aug 2012 03:45 AM PDT


Pro Perkauman : UMNO pencetusnya

Posted: 26 Aug 2012 03:16 AM PDT


Iqram Dinzly Bakal Sertai PAS

Posted: 26 Aug 2012 03:13 AM PDT

Ketika ini, ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita.Turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri, pelakon lelaki, Iqram Dinzly yang mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Sudah menjadi topik hangat di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik, Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan. Bagi Iqram, dia kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.Iqram dengan jelas menyatakan untuk mendalami ilmu agama Islam, banyak cara yang boleh dilakukan selain dengan menyertai parti politik."Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com. Menceritakan saat hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama, Iqram menyatakan semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.Selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam, Iqram mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif."Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

 "Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini."Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya. Iqram telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.Antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah adalah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini. ~addin77

Perhimpunan Janji Demokrasi

Posted: 26 Aug 2012 02:15 AM PDT


Perhimpunan Janji Demokrasi Sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan 55
Tarikh : 30 Ogos 2012 
Masa : 10 .00 Malam 
Tempat : Jam Besar  Rumah Merah, Jalan Kota, Melaka 

Pakaian : Warna kuning 

Sekitar Jamuan Hari Raya PAS Melaka

Posted: 26 Aug 2012 02:12 AM PDT


































CERAMAH PRU 13 MILIK PAKATAN RAKYAT

Posted: 26 Aug 2012 01:50 AM PDT

CERAMAH PRU 13 MILIK PAKATAN RAKYAT akan diadakan di KM 30, Jalan Ghafar, Parit Perawas pada 29 Ogos 2012 hari Rabu jam 9.15 malam... Penceramah utama USTAZ SIDEK NOOR ( Mantan TPJ dan Ketua Pemuda PAS Perak ), YB Tey kok Kiew (ADUN Banda Hilir & Ketua DAPSY Melaka) & Sdra Shamsul Iskandar (Pengerusi PKR Melaka)...Semua dijemput hadir dan sebarkan

Mesti Baca !!! Pembaziran Kerajaan Melaka Diluar Negara

Posted: 26 Aug 2012 01:38 AM PDT


Beginilah Nasib Wisma Melaka yang dahulunya menjadi tempat yang menaungi anak-anak melaka yang menuntut ilmu di bumi ardhil kinanah Mesir. Kini bangunan ini hanya tinggal umpama runtuhan Kota A-Famosa di tengah kota Melaka.Bangunan ini banyak meninggalkan kenangan manis kebangkitan anak melaka dan tempat konspirasi menjatuhkan maruah anak -anak melaka yang menuntut ilmu di Mesir.









Penghantaran pegawai kebajikan pelajar dengan bayaran yang tinggi (RM13 ribu seorg)..dan pegawai yg tidak berkelayakan seperti Wan Motor(yang hanya mempunyai sedikit kemahiran motor sudah layak menjadi pegawai) :-) tetapi datang menyusahkan pelajar dan persatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir. Barua ini jugalah yang telah menjadi dalang perpecahan dikalangan anak-anak Melaka yang menuntut di Mesir. sila klik pada link dibawah untuk paparan lebih jelas mengenai gambar rumah ini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=339077802852401&set=a.339077562852425.78901.100002505538938&type=3&theater

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 26 Aug 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SIAPA RAMPAS KUASA NAJIB?

Posted: 25 Aug 2012 11:17 PM PDT

DASAR PENIPU..KANTOI JUA AKHIRNYA!

Posted: 25 Aug 2012 11:01 PM PDT

BERAKHIRNYA RIWAYAT SEORANG PENJEJAK BULAN PERTAMA!

Posted: 25 Aug 2012 10:23 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Aug 2012 03:43 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Hudud antara tolak & tentang

Posted: 26 Aug 2012 01:20 AM PDT


Pendahuluan: Sumber memahami ajaran Islam

Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan.Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya.Kemudian dikoyak rabak merosakkannya.Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.


Keseluruhan surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah) dan ayat – ayatnya yang menyatakan hukum jenayah Islam diantaranya hukum Hudud.Ketika Islam memerintah negara masyarakat majmuk berbagai bangsa, penganut berbagai agama dan aqidah menjadi rakyat.Berlakunya perbezaan agama dan aqidah dan mecetuskan perbahasan dengan kalangan bukan Islam secara terbuka. 

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Banyak lagi ayat-ayat yang tegas daripada surah yang lain yang bersifat Madaniyyah, diantaranya jawapan kepada soalan dan tuduhan kaum bukan Islam yang hidup bersama masyarakat Islam, daripada kalangan Yahudi, Nasrani dan kabilah musyrikin yang belum Islam serta kumpulan munafik yang berpura-pura Islam. Mereka adalah kalangan yang tidak ada kuasa pemerintahan dan bebas bercakap tanpa larangan.Ada pun ayat-ayat peperangan adalah bagi menghadapi musuh yang datang menyerang atau membuat persediaan untuk berperang.

Dalam konsep hubungan berbagai kaum, Islam mendahulukan perdamaian dan mengharamkan paksaan dalam berdakwah.Ini kerana paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar, tetapi hanya melahirkan golongan munafik. Allah berfirman dalam Al Quran (al-Hujurat: 14) mendedahkan sikap sebenar kaum badawi:

Maksudnya: Orang-orang  A'rab(badawi) berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: "Kami telah Islam". dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Tiada paksaan menerima hudud untuk bukan Islam

Apabila kaum Yahudi yang berpegang kepada kitab suci Taurah, walaupun di dalamnya ada hukum hudud yang sama dalam Al Quran, namun Allah memerintah Rasulullah S.A.W. tidak memaksanya. Firman Allah (al-maidah: 42):

Maksudnya: Dan jika mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka (biarkan); dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ayat ini antaranya menjadi dalil kepada pada pendapat yang menyatakan  bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam sebagaimana pendapat dari mazhab Maliki yang diamalkan dalam masyarakat majmuk di utara Afrika dan Andalusia dan mazhab Hanafi yang berkembang dalam masyarakat majmuk di Iraq, India dan China. Berbeza dengan Mazhab Syafei yang tersebar ditanah Hijaz dan semenanjung arab yang terdiri daripada penganut Islam, ahli kitab dan Majusi.

Saya memuji betapa bijaksana para pendakwah kalangan ulama yang membawa Islam di alam Nusantara termasuk Tanah Melayu. Kerajaan Islam Melaka berabad lalu menyediakan dua undang-undang jenayah sama ada undang jenayah Islam termasuk undang-undang Hudud atau undang-undang adat bagi kaum bukan Islam Hindu dan Budha. Di Kedah masih ada rumah ibadat Hindu Melayu di Merbok yang tidak dimusnahkan oleh kerajaannya.Di Terengganu tempat penemuan batu bersurat yang mencatatkan undang-undang Hudud, masih digunakan rumah ibadat agama Budha dikampung Jeram Terengganu.

Al Quran mewajibkan pelaksanaan yang adil dalam perkara kemanusiaan yang sama dalam konsep Negara berkebajikan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa yang adil dalam menangani hak beragama, berbudaya, bekerja, menangani kemiskinan dan sebagainya.

PAS dan dasarnya

PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka dan berdailog secara terbuka. Maka PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza.Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak. Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang Islam itu wajib bertanggungjawab diatas syarat yang ditetapkan, melainkan syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal". 

Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli PAS meminum arak dan memakan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir. Perlembagaan PAS mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli PAS yang meminum arak dan memakan daging khinzir. Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli UMNO yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan. 
Begitulah nyatanya PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya. Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan UMNO yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.Berbeza dengan UMNO yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.PAS adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu UMNO yang mudah lupa.

Sejak awal kemerdekaan PAS memperjuangkan Syariat Allah wajib ditegakkan, termasuklah hukum Hudud.Sejak awal kemerdekaan juga para pemimpin Umno menentang hukum Islam seperti hukum Hudud.Hanya berhukum sekadar yang diizinkan oleh kerajaan penjajah Inggeris. Maka pada masa itu  hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. PAS tetap beranggapan sikap UMNO itu kerana kejahilan dan terus bersabar mengemukakan hujah  dan melarang ahli-ahlinya yang melampau dalam menghukum. Hinggalah yang melampau itu melompat ke dalam UMNO.Berkat kesabaran itu maka tidak ada lagi kenyataan menentang secara terbuka di waktu ini.Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan "Hudud PAS" atau "belum tiba masanya" walau pun berlalu masa setengah abad.

PAS mengemukan undang-undang jenayah Syariat termasuk hukum Hudud diperingkat negeri Kelantan dan Terenganu melalui proses demokrasi. Undang-undang tersebut digubal oleh jawatankuasa khas bersama daripada PAS dan kerajaan negeri melibatkan beberapa ahli Majlis Syura Ulama dan pakar undang–undang seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara, al-Marhum Prof Dr Ahmad Ibrahim (tokoh akademik dan ahli PAS Singapura) Almarhum Prof Dr Saedun Awang (tokoh akademik dan Mantan Mufti Brunei Darussalam). Apa yang berlaku ialah, pihak UIA dibawah kerajaan UMNO lah yang mengarahkan kedua tokoh akademik meletakkan jawatan sebagai panel ini, namun urusannya dapat diselesaikan.

Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno. Kalau UMNO boleh meminda perlembagaan mengambil kesempatan kesilapan seorang sultan dengan mengambil kuasa bagi kepentingannya, mengapa tidak boleh menyelesaikan perlembagaan bagi melaksanakan undang Islam?

Hudud ditolak oleh UMNO


Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.  Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah  oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.


Hakikatnya ialah tema "Hudud" ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini !
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.


PRESIDEN PAS

Tiada ulasan:

Catat Komen