Rabu, 22 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 22 Aug 2012 01:13 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


JAMUAN AIDILFITRI PAS KAWASAN TG MALIM

Posted: 21 Aug 2012 09:52 PM PDT

Pas Kawasan Tg Malim akan mengadakan jamuan aidil fitri 1433H / 2012 pada ketetapan seperti yang berikut: 

Tarikh :
25 Ogos 2012

Hari:
Sabtu

Masa:
12.00 tengah hari - 6.00 ptg

Tempat:
Dewan Tan Sri Ghazali Jawi

Semua dijemput hadir
Kehadiran tuan/puan menambah keberkatan majlis tersebut.

Idris Ahmad

Posted: 21 Aug 2012 11:23 PM PDT

Idris Ahmad


Perpaduan Bersama Umno Membuang Masa.

Posted: 21 Aug 2012 04:19 AM PDT

Perpaduan Bersama Umno Membuang Masa.

Idris Hj Ahmad
21/8/12

Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai. Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu, walaupun rekod menunjukkan Umno pun gagal menunjukkan perpaduan sesama sendiri. Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno. Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan Pas kerana tidak puas hati dengan Umno di dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja. Tetapi Umno masih menganggap, ia adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan. Umno sering mendakwa penubuhan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pada hal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)  yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno.

Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi. Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda.

Oleh itu seruan perpaduan bersama  Umno hanya membuag masa. Perpaduan atas dasar bangsa tidak kekal lama, ia ibarat api dalam sekam. Perpaduan yang tidak menepati dengan fitrah manusia berakhir dengan perpecahan. Perpaduan atas dasar Islam sahaja yang akan mengenepikan manusia yang rasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa. Atas asas ini,  perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 21 Aug 2012 09:49 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Xpresi Aidilfitri Anak Perantau Kg Gajah

Posted: 21 Aug 2012 10:58 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 21 Aug 2012 09:46 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Padang Terap

Posted: 21 Aug 2012 07:59 AM PDT


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Aug 2012 03:33 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT TAHU TIADA MENTERI MELAYU BERANI USUL HUDUD DI PALIMENR

Posted: 21 Aug 2012 07:16 AM PDT

Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen
Nasrudin Hassan
Tun Dr Mahathir :
Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen !

1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam . Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [ seperti hudud ] adalah suatu yang ditentangnya habis - habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [ 22 tahun ]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud ! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [ mabuk atau gila ] , seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya , mana hudud UMNO ? sila kemukakan ! Sekurang - kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang - Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana ? Mana hudud UMNO ? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu ?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya , PAS sertai UMNO kah ? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar - benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini .

6. Sekurang - kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendokong cita - cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ketua DPPM

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Aug 2012 09:49 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pesawat Pengebom Amerika terhempas di Rembau

Posted: 21 Aug 2012 12:51 AM PDT

Mungkin ramai antara kita, khususnya orang Negeri Sembilan tidak mengetahui sejarah bahawa sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat jenis B-29 telah terhempas di Kg. Astana Raja, Rembau pada 11 Januari 1945 selepas melakukan misi pengeboman ke atas pangkalan laut tentera Jepun di Singapura. Beberapa tentera Amerika telah terselamat apabila terjun menggunakan payung terjun dari pesawat tersebut.

Orang-orang kampung antaranya Ujang bin Mat Seh, Ibrahim bin Wahab, Talif bin Ali, Sudin bin Sidek, Karim serta dibantu oleh orang Cina dan India dari sekitar Astana Raja, Semerbok, Kendong dan Kota telah menyelamatkan tentera Amerika dari buruan tentera Jepun dengan menyerahkan tentera Amerika ini kepada gerila komunis pada ketika itu yang berada di sekitar Rembau.

Bagaimana pun, dua orang tentera Amerika telah berjaya ditangkap oleh tentera Jepun hasil maklumat dari seorang anggota polis berbangsa Melayu.

Menarik bukan sejarah di Rembau ini, kita harapkan pihak kerajaan negeri khususnya pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan dapat menjejak kembali tapak pesawat ini terhempas serta keturunan mereka yang telah menyelamatkan tentera Amerika ini samada terdiri dari orang kampung mahu pun gerila komunis.

Rujukan di bawah ini :

In 1998, an American visited Malaysia with his father diary and he contacted one of our team members Mr Sager Ahmad and told that his father bailed out from a B-29 bomber in Negeri Sembilan during World War 2. Mr. Sager met the son of the aircrew from the famous B-29 bomber 'Postville Express' which crashed in Rembau and they visited the crash site together. Mr.Shaharom later took some pictures to put it in our website, Malaya Historical Group


B-29 42-24704 which was the third aircraft in the formation, managed to avoid the flaming wreckages to carry out their mission. The Japanese subsequently salvaged and developed the film from a camera taken from a B-29's wreckage and one of the photos developed showed "Postville Express" flying alongside the doomed B-29. The US Army Air Corp lost 14 B-29 bombers in that mission.

On the fateful day of 11 January 1945, the 'Postville Express' (the aircraft was named "Postville Express" after the pilot's hometown of Postville, Iowa) was overhead their target –The Singapore Naval Dry Dock facilities at 8:54 am. After dropped their bombs, accurate and heavy anti-aircraft shells from the ground and a floating anti-aircraft platform (the badly damaged Japanese cruiser Myoko) filled the sky. The Japanese fighters which included Zero, Frank, Oscar, Tony and others flew in like swarm of angry hornets from their nest, pumping bullets and cannon shells into the B-29 bombers, some even dropped aerial bombs on the B-29 formation. While the pilot Major Humprey tried to help Col Billing, suddenly the wing gave away and snapped, flipped the B-29 on its right side and tossing them about in the nose cabin. Maj Humprey cannot recall how he managed to get out from the spinning wreckage but he landed safely on Rembau, after opened his parachute at about 4000 feet.
 

Pemuda Guchil

Posted: 21 Aug 2012 09:25 AM PDT

Pemuda Guchil


Masaalah besar bila rakyat jadi cerdik...

Posted: 21 Aug 2012 04:22 AM PDT

BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD MEMANG UMNO PENAKUT

Posted: 21 Aug 2012 04:17 AM PDT

Aidilfitri bantu kempen PAS Kelantan?

Posted: 21 Aug 2012 04:15 AM PDT

[BERGAMBAR] Aidil Fitri Disambut Di Seluruh Dunia

Posted: 21 Aug 2012 04:14 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan