Sabtu, 18 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 17 Aug 2012 11:18 PM PDT

Idris Ahmad


Umno Mencari Pelampong Agama

Posted: 17 Aug 2012 09:47 PM PDT

Umno Mencari Pelampong Agama
Idris Hj Ahmad
18/8/12

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan  menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba  mencari pelampong Agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini. Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu  dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.  Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor.

Sebab itu  kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.    Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Agama, Politik

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 17 Aug 2012 09:41 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Adab & amalan2 Sunat Menyambut Aidilfitri

Posted: 17 Aug 2012 01:53 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Aug 2012 07:43 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Selamat Hari Raya Idul-Fitri Untuk Semua

Posted: 17 Aug 2012 04:24 PM PDT

Salam Idul Fitri Untuk Semua Dari PAS Sarawak
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kepada Muslimin dan Muslimat, mudah-mudahan dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini, semoga Allah SWT akan memperkenankan doa dan mengurniakan kita satu kemenangan baik di dunia atau di akhirat kelak. 

Idul-Fitr atau singkatan kepada Eid, adalah hari percutian umat Islam yang menandakan berakhirnya Ramadan, bulan suci umat Islam berpuasa. Eid adalah perkataan Arab yang bermaksud "perayaan", manakala Fitr bermaksud "berbuka puasa". Bercuti meraikan tamatnya 29 atau 30 hari berpuasa dari subuh ke matahari terbenam pada seluruh bulan Ramadan. Hari pertama Hari Raya jatuh yang pada 1 haribulan Syawal. Ini adalah hari di mana umat Islam di seluruh dunia menunjukkan matlamat yang sama untuk perpaduan tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

Selepas berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga disamping bersedekah dan membayar zakat fitrah, umat Islam juga digalak menyatukan silaturahim sesama umat Islam dan juga dengan masyarakat yang bukan Islam. Selepas bersalaman dan memohon maaf diantara sesama keluarga, kita juga digalak meraikan mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, keluarga fakir miskin dan sebagainya. Ini tandanya betapa Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan kepada kita.

Semoga syawal tahun ini akan memberi lebih pengertian kita tentang perlunya perasaan kasih sayang dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

Mari kita bersatu menuju kearah masyarakat yang perihatin dan sentiasa memberi kebajikan kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sebagaimana yang dituntut oleh Islam

Saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul-Fitr 1433H kepada semua umat Islam di seluruh Negara yang merayakannya dan kepada yang bukan Islam sama-samalah kita  meraikannya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran diatas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Sekiranya ada perkataan, komen atau teguran yang menyinggung perasaan mana-mana pihak, kami mohon maaf zahir dan batin. Kalau ada kesalahan dan kesilapan harap dapat dimaafkan, kerana kita sebagai umat manusia sering kali melakukan kesilapan, baik yang sengaja atau yang tidak disengajakan.

Sekali lagi kita ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul-Fitri 1433H,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sekian wasalam

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version
Eid ul-Fitr greetings to all from PAS Sarawak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

To my brothers and sisters, hopefully in the month of full of blessings, may Allah SWT will listen to our prayers and grant us a victory in this world or the hereafter.

Eid al-Fitr, often abbreviated to Eid, the day the Muslim holiday that marks the end of Ramadan, the Muslim holy month of fasting. Eid is Arabic word which means "celebration" while Fitr means "breaking fast". The holiday was celebrating at the end of 29 or 30 days of fasting from dawn to sunset during the entire month of Ramadan. The first day of Hari Raya falls on 1st day of Shawwal. This is the day on which Muslims all over the world show the same goal to unity regardless of skin color and race.

After successful abstinence from food and drinks as well as give alms and pay Zakah fitrah, Muslims are also encouraged to unite friendship between Muslims and non-Muslim community. After shaking hands and apologize to each other between the families, we are also encouraged to celebrate those who are less fortunate, like orphans, poor families and others. This is a sign of how Islam teaches us to always give thanks to the blessings of Allah has bestowed on us.

May syawal this year will give us more understanding of the need to love and respect each other. Let us unite towards a caring society and give welfare to all people regardless of race, religion and political belief as required by Islam.

On behalf of the Sarawak PAS, I would like to wish everyone a Happy Eid ul-Fitr 1433H to all Muslims all over the country to celebrate and to non-Muslims let us celebrate it with full awareness and gratitude, the favor that Allah has given us all.

If there are words, comments or criticisms offend anyone, we sincerely apologize for the outward and inward. If there are errors and mistakes hope to be forgiven, because we as human beings often make mistakes, whether intentional or unintentional.

Once again we wish Happy Eid ul-Fitr 1433H,

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Aug 2012 03:27 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MALAM INI RAMADHAN KE 29

Posted: 17 Aug 2012 09:50 AM PDT

Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam kitab-Mu yang telah diturun kan, "Bulan Ramadhan adalah bulan yang Al-Qur'an telah diturunkan didalamnya sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelas (jalan) petunjuk dan pemisah (antara kebenaran dan kebatilan)."

Dengan demikian Engkau telah mengagungkan kesucian bulan Ramadhan dengan Al-Qur'an yang telah Kau turunkan di dalamnya.

Kau mengistimewakannya dengan malam Lailatul Qadr, lalu Kau jadikannya lebih baik dari seribu bulan. Ya Allah, hari-hari bulan Ramadhan ini telah berlalu dan malam malamnya telah terputus, sedangkan aku ya Ilahi telah berada dalam sebuah keadaan yang Engkau lebih tahu daripadaku dan lebih mampu menghitung jumlahnya daripada seluruh makhluk.

Maka, aku memohon kepada-Mu seperti telah memohon kepada-Mu para malaikat-Mu yang telah didekatkan (ke haribaan-Mu), para nabi-Mu yang telah diutus, dan para hamba-Mu yang saleh agar Kau curahkan shalawat atas Muhammad, keluarga dan sahabatnya, membebaskan diriku dari api neraka, memasukkanku ke dalam dalam syurga dengan rahmat-Mu, memberikan kurnia padaku dengan keampunan dan kemurahan-Mu, menerima taqarrubku, mengabulkan doaku, dan memberikan karunia keamanan kepadaku para hari ketakutan terhadap kedahsyatan yang telah Kau persiapkan untuk hari kiamat.

Ya Ilahi, aku berlindung kepada-Mu demi Dzat- Mu Yang Mulia dan kebesaran-Mu Yang Agung supaya jangan sampai hari-hari bulan Ramadhan dan malam-malamnya berlalu sedangkan aku masih memiliki tanggungjawab kepada-Mu atau dosa yang dengannya Engkau akan menyiksaku atau kesalahan yang (karenanya) Engkau akan membalasku (dan) Engkau tidak akan mengampuninya,

Tuhanku, Tuhanku, Tuhanku. Aku memohon kepada-Mu wahai Yang tiada Tuhan
selain Engkau ketika tiada Tuhan selain Engkau, jika Engkau ridha terhadapku
pada bulan ini, maka tambahkanlah keridhaan-Mu kepadaku, dan jika Engkau tidak ridha
kepadaku, maka dari sekarang ridhalah kepadaku, wahai Yang Lebih Pengasih dari para
pengasih, ya Allah, wahai Yang Maha Esa, wahai Tempat Bergantung, wahai Yang tidak
beranak dan tidak diperanakkan, dan tak seorang pun yang sekufu dengan-Nya.

Ameen Ya Rabb.

JANJI KAIN JUBAH, KURMA DAN AIR ZAM-ZAM ALAKAZAM?

Posted: 17 Aug 2012 02:36 AM PDT

Kita masih ingat DS NAJIB berjanji depan lebih 14,000 imam di Shah Alam bulan Julai lepas kununnya beliau akan anugerah kain berkualiti utk semua imam dan ajk masjid sekali.Tak lupa 2 tong air zam-zam dan buah kurma.Persoalannya dah terima atau bila akan terima?
Ada imam atau masjid dah terima?
Ramadhan ada 3 hari lagi, bila nak makan kurmanya?
Wang siapa DS Najib guna?

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Aug 2012 03:17 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB BEBASKAN 12 LAGI TAHANAN ISA

Posted: 16 Aug 2012 11:56 PM PDT



 
Dua belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ini adalah kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan bulan ini. Kumpulan pertama - tiga orang tahanan - dibebaskan pada 3 Ogos.

Pada masa ini, terdapat 30 tahanan yang masih ditahan di kem tersebut.

Antara mereka yang dibebaskan hari ini adalah Fadzullah Abdul Razak - salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar membantah penahanan mereka tanpa bicara.

Ibunya, Hadijah CP Veeravu, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa penjara telah memaklumkan bahawa anaknya harus pulang ke rumahnya di Sungai Buloh sebelum waktu berbuka puasa.

"Kami diberitahu dia akan sampai ke rumah pada jam 6 pm, jika semuanya berjalan lancar," katanya.

NASHA KATE DIA TAKNAK MASUK UMNO... TAKNAK KE TAKKAN?

Posted: 16 Aug 2012 04:53 PM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah.
  
"Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno.

"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah.
  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah.

Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian  tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.
  
Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri.
  
"Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan," katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.
  
Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
  
"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya.
  
Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.
  
Menjawab satu soalan mengenai cadangan beberapa pihak supaya beliau berjumpa dengan Majlis Syura PAS untuk membuat penjelasan, Nasharudin berkata beliau perlu melihat perkembangan terkini terlebih dahulu.
  
"Saya pun tak tahu apa perkembangan terkini dalam tempoh lapan jam penerbangan, saya difahamkan ada kenyataan (oleh beberapa pemimpin PAS) yang ditarik balik, jadi saya nak tengok dulu, kerana turun saja dari kapal terbang tadi saya dapat beberapa panggilan telefon yang menyatakan bahawa beberapa kenyataan telah ditarik balik, saya akan periksa," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 17 Aug 2012 01:31 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 17 Aug 2012 04:33 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Сибиряков
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (925) 060-93-64
Web: www.future-adv.ru

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 17 Aug 2012 01:09 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan.

Posted: 17 Aug 2012 11:41 AM PDT



Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu.. 


Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.


Begitu juga dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Terengganu menghadapi kerenah pengundi Myanmar melebihi 5 ribu orang yang menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan di Kedah khususnya di Parlimen Kemaman dan Dungun. Datuk Ahmad Said sendiri memenangi Dun Kijal antaranya dengan undi lebih 1 ribu pengundi Burma ini. Apa yang mereka buat? Merayu? Pastinya dengan ugutan.


Kini para PATI didaftarkan dengan biometric khususnya di negeri Selangor. Bilangan yang cukup untuk diagih-agihkan ke dun terpilih bagi memenangkan Umno untuk mendapat simple majoriti untuk kembali merampas Selangor. Najib dah bagi green-light. Apapun Selangor mesti dirampas kembali. Apa mereka peduli dengan masa depan negara.


Hari ini kalau dilihat di Kuala Lumpur seolah-olah Negara sudah dikuasai oleh orang asing. Bahkan pusat-pusat perniagaan maupun rumah penempatan. Orang melayu dah jadi orang asal. Balik dan mula terpinggir. Pendatang Asing tanpa izin ini dianggarkan melebihi 1 juta. Dengan didaftarkan Kerajaan boleh membuat duit senang-senang beratus juta untuk belanja pilihanraya nanti. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah bahkan mengundang makin ramai PATI untuk memasuki Malaysia secara haram dan mereka menunggu untuk didaftarkan lagi.


Itu tak diambil kira pertukaran dengan Kerajaan Australia baru-baru ini. Nampaknya lebih seronok jadi PATI daripada menjadi penduduk tempatan. Berapa banyak duit pembayar cukai yang diperuntukkan untuk mengurus mereka. Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan. Kenapa? Demi survival dan kelangsungan politik Umno-BN. Inilah satu lagi projek Kerajaan Umno-BN.


Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.


"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.


Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran. "Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.


"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya. - ustsaifulbahri

Saman ekor dan keanehannya

Posted: 17 Aug 2012 11:40 AM PDT




Saya memang suka memecut laju sekiranya memandu sendirian. Maka tidak hairan jika saya didapati melebihi had laju di Bentong pada petang 31 Oktober 2010. Satu lagi saman ekor yang dikenakan kepada saya bertempat di Dungun pada 16 Sept 2010. Petang itu saya bersama rombongan keluarga isteri ke Bukit Goh, Kuantan. Dalam perjalanan pulang, adik ipar saya memandu. Saya tidur sepanjang perjalanan pulang sehinggalah kami bertukar semula di stesen Petronas Muktafi Billah Shah pada jam 4.05 petang. Bermakna saman ekor dikenakan dengan mengambil kira pemilik kenderaan, bukan pemandunya.
Isteri saya sedia faham situasi ini dan dia bersetuju membayar bahagian saman ekor di Dungun. Bermakna selepas diskaun, saya perlu menyediakan RM300 apabila mahu menyelesaikan saman. Pada 1 Disember, jam 8.30 pagi saya ke Balai Polis Sentul. Ketika ini saya fikir saya hanya mahu membuat rayuan supaya jumlah RM600 dapat dikurangkan menjadi separuh. Di kaunter, pegawai bertugas berkata, "Bayaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Trafik, Jalan Bandar, Petaling Street." Maka saya bertanya, "Apakah boleh dibuat rayuan?" Jawabnya, "Semalam ada berita. Sila semak dulu." (Mungkin berita dalam tivi)
Saya meninjau berita dan mendapati The Star menyiarkan cerita diskaun saman pada muka hadapan. Dalam sistem elektronik di web myeg.com.my nilai yang dinyatakan masih lagi RM300. Jumlah ini hanya berubah pada 2 Disember 2010. Saya cuba membayar secara online tetapi capaian internet di pejabat sangat tidak memberangsangkan. Maka saya meneliti kaedah bayaran lain sehingga menjumpai maklumat ini. "Bayaran saman trafik juga boleh dibuat di Pejabat Pos." Memang saya tidak akan ke Petaling Street kerana saya tidak mahu sesat jalan. Maka saya ke pejabat pos berdekatan Flat Seri Terengganu, kira-kira 1.5 kilometer dari menara yang menempatkan syarikat majikan.
Saya hulurkan kad pengenalan sambil berkata, "Saman ekor tidak ada notis." Walhal pegawai kaunter pejabat pos sudah maklum. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan dalam komputernya, pegawai itu berkata, "Ada dua saman. Satu sudah dibayar, di Dungun. Yang di Bentong belum bayar." Tentu sahaja melihatkan reaksi saya ketika mendengar kenyataannya pegawai itu mengulang ayat tadi. Maka saya hanya membayar satu saman yang kesalahannya betul-betul saya lakukan. Saya terus dihantui persoalan, "Siapa bayar saman satu lagi?" Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak diangkatnya. Saya hantar esemes. Isteri saya menelefon semula dan mengatakan, "Mungkin peminat abang yang bayar." Saya tiada masa hendak gaduh-gaduhkan hal ini kerana urusan saman sudah selesai.
Semoga Allah berikan ganjaran kebaikan buatnya. Dan saya tahu, selaku isteri tentulah dia tidak mahu jika suaminya diminati oleh orang lain selain dirinya. Saya anggap kenyataan isteri saya itu sebagai gurauan semata-mata. Saya juga sebenarnya tidak suka isteri saya membuat spekulasi bahawa saya mempunyai peminat misteri. Seram sejuk saya mendengarnya. Bukan masa lagi untuk saya fikir siapa gerangan yang membayar saman satu lagi.

Fakta Perak

Posted: 17 Aug 2012 11:36 AM PDT



Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Janji Ditepati: "Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan!

Posted: 17 Aug 2012 11:26 AM PDT



Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut penganjur, di bawah tema "Janji Demokrasi", mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut.
"Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi".

"Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini.

"Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka," kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau.

"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

"Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

"Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara," katanya lagi. -TMI

Bongkar!! Komplot Peguam Negara Dan SPRM Untuk Tutup Kes Rasuah

Posted: 17 Aug 2012 11:25 AM PDT



Selagi Umno/BN yg berkuasa maka kroni2 mereka akan terselamat...dan kes ini akan di tutup begitu sahaja..hari tu Rafizi bg statement pagi, tengahari SPRM sudah sampai pejabat Rafizi utk soal-siasat beliau,kes rasuah gani patail ini sudah bertahun-tahun lamanya tapi kenapa SPRM masih gagal utk membuat siasatan?? undang2 negara manakah yg SPRM pakai dlm penyiasatan dan pendakwaan kes rasuah?? klau SPRM pakai undang2 negara Malaysia sudah tentu ke rasuah gani patail ini sudah pun selesai,peguam negara pun tertakluk kpd undang2 negara Malaysia...bukannya gani patail boleh suka2 hati dia nak telan rasuah dan menutup kes2 melibatkan kroni umno/bn..gani patail tidak kebal undang2 dan boleh diheret ke Mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa dan pecah amanah....betapa malunya kita sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri,Menteri2 Kabinet dan Peguam Negara yg korup serta perasuah tegar.



Bekas pengarah urusan Ho Hup Bhd, Datuk Low Tuck Choy membuat laporan polis yang mempersoalkan mengapa siasatan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan rasuah masih belum dimulakan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Low mendakwa bahawa invois Ho Hup yang tertera nama Abdul Gani seperti yang dimuatkan di dalam satu blog pada tahun lalu merupakan dokumen asli.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan timbalan menteri Datuk Liew Vui Kong di parlimen pada bulan lalu bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada akan memulakan siasatan.

Invoise berkenaan menyatakan bahawa sejumlah RM18,000 dibayar oleh Ho Hup selepas kerja-kerja elektrikal dijalankan ke atas satu banglo di Seremban.

Low, 54, dalam laporan polis bertarikh 20 Julai yang dilihat Malaysiakini, mendakwa belum ada pihak yang mengambil kenyataannya selepas laporan yang dibuatnya berhubung hal ehwal syarikat berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dua tahun lalu.

Low juga berkata beliau turut membuat aduan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga dua tahun lalu.

Beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat Abdul Gani "tanpa gentar atau pilih kasih".

"Saya merujuk kepada kenyataan Liew di parlimen pada 26 Jun, di mana beliau menyatakan bahawa SPRM masih sedang menimbangkan kemungkinan untuk menyiasat dakwaan bahawa Abdul Gani telah menerima rasuah daripada satu firma pembinaan.

"Saya percaya firma pembinaan yang dirujuk oleh Liew itu ialah Ho Hup. Berdasarkan kenyataan Liew, saya berpandangan bahawa SPRM sebenarnya masih belum memulakan siasatan ke atas Abdul Gani tetap hanya mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

"Pemahaman saya ialah, SPRM masih belum membuka fail siasatan ke atas Abdul Gani," kata Low dalam laporan polisnya.

Beli Kereta ‘Toyota Camry’ Tak Boleh Tapi Beli Kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ Boleh Pulak!!

Posted: 17 Aug 2012 11:23 AM PDT


  
Memang macam gampang perangai menteri besor mahkamah nih..sah2 memang hitam metalik hati perut menteri besor mahkamah nih..cakap tak serupa bikin..bak kata haji najib penyamun al tarbusi..macam haram jadah..

Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak 'patriotik' kerana telah membeli 16 buah 'Toyota Camry' dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta 'Nissan Fuga Hybrid' untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak 'patriotik'?

Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.
Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?

Janji Masyuk Ditepati!! Saman Trafik RM2,000

Posted: 17 Aug 2012 11:20 AM PDT




Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

"Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu.

"Saya menggesa supaya pemantauan dijalankan dengan lebih mantap untuk mendidik pengguna, bukan sekadar mengenakan saman sahaja.

"Kerajaan juga harus lihat tugas menjaga keselamatan ini sebagai tanggungjawab mereka dan bukan sebagai peluang untuk kutip dana," katanya lagi.

Yusmadi ketika perbahasan, mencabar Ahli Parlimen BN menandatangani 'akujanji' untuk menarik balik pindaan jika kadar kemalangan tidak berkurangan. Bagaimanapun tiada Ahli Parlimen BN yang berani menyahut cabarannya.

Sebelum ini, Bendahari Agung KEADILAN, William Leong mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsikan antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.

Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun.

Awat Ketua Pemuda PAS Pusat masih nak berlembut dengan Ust Nasha?

Posted: 17 Aug 2012 11:14 AM PDT



Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa datang bertemu pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak berpuas hati.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan kenyataan mempertikai parti di media pihak lawan tidak menguntungkan parti malah hanya akan memberi peluang kepada musuh politik melemahkan PAS.

"Saya menggesa supaya Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. - Hrkh.    
Pada aku kenyataan yang lembut macam tu sangat tak sesuai keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS. Langsung tak melambangkan ciri-ciri dan sifat kepemudaan.

Nada lembut penuh hati-hati macam tu mungkin sesuai kalau datangnya dari Dewan Ulama' yang bersifat murabbi ataupun Dewan Muslimat yang bersifat keibuan. Malah aku tak terkejut kalau Ketua Dewan Muslimat atau Pengerusi Ameerah  keluarkan kenyataan yang lebih keras dari kenyataan Ketua Pemuda PAS ni.

Dewan Pemuda PAS sepatutnya jadi pendesak kepada parti, pendekatan berlembut terutama dengan pihak yang mencabar parti sangat tak sesuai dengan pemuda. Pemuda PAS Pusat patutnya bersikap keras mempertahankan pendirian dan keputusan parti tak kira dengan sapa pun termasuk Presiden PAS sendiri kalau perlu.

Ust Din Tantawi patutnya bersikap keras macam kenyataan Dewan pemuda PAS Kelantan yang lantang desak Ust Nasha supaya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Satu kenyataan yang pada aku cukup cantik dan sesuai dengan sifat kepemudaan. Aku yakin kalau orang macam Raja Iskandar atau Ust Ridwan Mohd Nor yang jadi Ketua Pemuda tentu punya berbeza nada dari Dewan Pemuda PAS Pusat.

Lagipun, sapa Ust Din Tantawi nak nasihat Ust Nasha supaya datang bertemu dengan pimpinan parti kalau ada yang dia tak puas hati. Tambahan pulak bukan baru sekali Ust Nasha buat perangai macam tu.

Takkan Ust Din Tantawi lupa yang Ust Nasha adalah AJK PAS Pusat dan juga Ahli Majlis Syura' yang juga mantan Setiausaha Agung PAS yang kemudiannya dipilih sebagai Timbalan Presiden sebelum ditewaskan oleh Mat Sabu dalam pemilihan sebelum ni.

Satu kerugian yang sangat besar kalau orang muda berlagak nak jadi macam orang tua. Kalau nak bawak stail orang tua jangan duduk dalam Dewan Pemuda, pi duduk dalam Dewan Ulama'. Kalau Ketua Pemuda PAS Pusat terus macam ni jangan marah tak respek Dewan Pemuda.


Ust Nasha nampak takut nak mengadap Majlis Syura'?

Posted: 17 Aug 2012 11:13 AM PDT



Yang ditunggu-tunggu ramai dah pun muncul, Ust Nasha dah pun buat kenyataan rasmi dengan wartawan sebaik saja sampai dari luar negara.

Ada 2 isu, yang pertama pasai hukum hudud dengan pendirian Karpal Singh jadi isu utama dan dia gesa pimpinan PAS nyatakan pendirian berkenaan pendirian Karpal Singh yang tak setuju dengan hukum hudud.

Isunya sekarang ni bukan cerita dia nak masuk Umno ka takmau tapi dia dilihat 'mesra' Umno dan bawa 'suara' Umno. Sama macam semua katak-katak yang melompat sebelum ni, kalau tak silap aku takdak lagi dari kalangan wakil rakyat yang melompat tu masuk Umno tapi depa semua bawak 'suara' Umno.
  
Isu kedua, berkenaan pertemuan yang Ust Nasa turut sama antara Ulama' Saudi dengan Najib Razak dan dia kata dia langsung takdak niat nak masuk Umno.

Isunya sekarang ni bukan cerita dia nak masuk Umno ka takmau tapi dia dilihat 'mesra' Umno. Sama macam  semua katak-kata yang melopmpat sebelum ni, kalau tak silap aku takdak lagi dari kalangan wakil rakyat yang melompat tu masuk Umno tapi depa bawak suara Umno lebih kurang sama macam suara Ust Nasha sekarang ni.

Yang aku mushkilnya pasai apa Ust Nasha nampak macam takut-takut nak mengadap Majlis Syura' dan juga Jawatankuasa PAS Pusat.

Bagi yang tak berapa nak boleh tengok clip video tu mungkin terpaksa berpuashati boleh baca laporan kenyataan media Ust Nasha macam kat bawah ni.
Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Makkah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. - Sinarharian


Seksyen 114A: Kenyataan bangang Rais dan Soi Lek

Posted: 17 Aug 2012 11:11 AM PDT




mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tidak ada sebab untuk rakyat takut dengan peruntukan Sekyen 114A Akta Keterangan 1950 kerana ia dilaksanakan berdasarkan anggapan fakta dan bukannya anggapan bersalah.

Beliau berkata mana-mana pihak yang dituduh mengikut peruntukan Seksyen 114A mempunyai hak untuk menangkis dakwaan itu di mahkamah.

"Dan terserah kepada mahkamah akhirnya untuk memberikan justifikasi apa yang perlu dilakukan (putuskan)," katanya kepada pemberita - mStar
Bangang punya menteri, ini bukan sebab takut tapi sebab zalim.

Tak pasal-pasal rakyat yang tak bersalah terpaksa buang masa, buang duit turun naik mahkamah untuk mempertahankan diri pasai nak mudahkan kerja polis.

Seksyen ni cukup jelas nampak ada tujuan lain, untuk sekat kebebasan berinternet dan kebebasan media baru. Maksud aku undang-undang ni nampaknya nak takutkan rakyat untuk berinternet dan terlibat dengan media baru.

Lagi satu, macam yan tertulis dalam imej ringkasan kat sebelah ni, Seksyen 114A ni sediakan ruang yang cukup mudah untuk menganiaya orang lain. Tak ka bangang punya celaka tu.

MalaysianInsider pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seksyen 114A dalam pindaan Akta Keterangan 1950 telah dibahaskan di Parlimen dan diluluskan tanpa undian belah bahagi, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Menurut beliau, pembangkang yang memainkan isu ini adalah hipokrit kerana mereka tidak mengundi dalam parlimen pada hari pindaan itu diluluskan.

"Jika sekiranya mereka menentang, mereka seharusnya memanggil Parlimen untuk undian belah bahagi untuk memastikan pindaan ini tidak digazetkan," katanya dalam satu sidang media di Menara MCA hari ini.

Menurut Chua, ketika akta ini dibahaskan, pembangkang tidak memberi hujah mereka, tetapi apabila sudah dijadikan undang-undang, barulah mahu bersuara.

"Ini adalah politik tidak jujur dari pihak pembangkang," kata Chua lagi. - TMI.
Ini sorang lagi bekas menteri yang bangang. Takkan dia tak ingat macamana sidang parlimen buat 'rekod gila' untuk luluskan rang undang-undang ni?

Harakahdaily melaporkan:
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap 'flip-flop' dalam tindakannya dan terbaru mahu mengkaji semula Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan.

Bercakap pada, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, apa yang berlaku itu akibat kerajaan tergesa-gesa meluluskan lapan rang undang-undang dalam masa sehari pada persidangan perlimen lalu. - Hrkh.
Yang lebih gila lagi bila Sidang Parlimen hari terakhir untuk penggal tersebut 'menggantung masa' untuk luluskan semua 8 RUU tu dan sidang hari tu ditangguhkan pada pukul 3.21 pagi.

Nak berhujjah apa kalau Sidang Parlimen gunakan sistem 'buldozer' bangang sampai macm tu. Pasai tu la kut Najib pun nampak macam tak mampu nak pertahankan Seksyen 114A tu sampai suruh kabinet kaji balik.

Aku rasa Najib pun depa tak sempat bagi taklimat pasai Seksyen 114A tu.


Kalau undang-undang keluarga boleh pasai apa pulak Hudud tak boleh?

Posted: 17 Aug 2012 11:08 AM PDT



MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.

Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam "adalah sangat tidak bertanggungjawab", dan "saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam." - TMI
Tak habih-habih la Karpal Singh ni nak tunjuk hebat dia yang tak tara mana tu. Tah apa persepsi yang dia nak tanam aku pun tak pasti. Yang aku herannya, dia sorang ja yang kecoh, lain-lainb pemimpin DAP rileks ja.

Sebagai seorang peguam 'senior' dan ahli politik veteran tentu dia tau dan sedar apa yang dia buat. Ikut suka dia la nak saman sapa pun, jangan saman aku dah... Hahaha...
Aku bukan nak ulas pasai Karpal Singh nak saman Ust Nasha, lantak pi kat dia la, tapi aku nak ulas sikit pasai benda lain yang Karpal Singh kata dalam laporan MalaysianInsiders tu.
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana "hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam" sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular. - Ibid. 
Juga dilaporkan:
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud," katanya lagi.

"Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku," tambahnya lagi. - Ibid.
Sebagai orang yang takdak latarbelakang undang-undang aku memang boleh dikira jahil bab undang-undang. Tapi aku ada sikit mushkil macamana pulak undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan atas alasan Malaysia bukan Negara Islam tapi Undang-undang Keluarga Islam boleh pulak dilaksanakan.

Bahkan Malaysia ada Mahkamah Syariah yang hanya boleh bicarakan kes yang melibatkan orang Islam. Kalau Mahkamah pun dah ada apa masalahnya kalau takat nak tambah sikit lagi kepada Mahkamah Syariah tu.

Bab tak berapa nak tepat macam syariat Islam yang sebenar tu isu lain tapi yang jelasnya sebahagian dari undang-undang Islam dah pun berjalan di Malaysia yang semua orang setuju negara sekular kecuali sekelompok kecil yang berpegang dengan 'mazhab CheDet'

Dr. Mahathir pernah sebelum ni buat lawak bila istiharkan Malaysia sebagai Negara Islam di depan pemimpin dan ahli MCA.

Lain la kalau nak laksanakan undang-undang Hudud untuk semua rakyat Malaysia tak kira agama macam yang Adun Umno Johor cadangkan tu. Kalau macam tu mungkin la kut relevan perlu ujud Negara Islam yang sebenar dengan kuasa mutlak baru boleh laksanakan Undang-ungang Hudud versi Umno.

Apa pun, itu cuma persepsi aku yang jahil bab undang-undang yang mungkin sama dengan majoriti rakyat Malaysia yang juga jahil tentang undang-undang yang nilai undi setiap orang sama dengan nilai undi mana-mana pakar undang-undang sekali pun.


Ust Nasha bakal 'selamat' lagi sekali?

Posted: 17 Aug 2012 11:07 AM PDT



MalaysianInsiders melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berpendapat bahawa kenyataan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.

Beliau berkata, ini adalah percubaan media arus perdana untuk memainkan sentimen kepartian untuk memecahbelahkan pimpinan PAS.

"Saya rasa tak perlu ulas panjang tentang isu ini, pihak pimpinan akan berbincang tentang hal ini," katanya lagi. - TMI.  
Harakahdaily pulak melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Dari 2 kenyataan dari 2 orang pimpinan tinggi PAS tu nampak macam ada bunga-bunga Ust Nasha akan 'terlepas' lagi kali ni.

Tapi kalau tengok kenyataan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, nampak macam ada harapan Ust Nasha akan 'kena' kali ni.

Harakahdaily melaporkan:

"Secara asasnya, kenyataan beliau ini bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar. Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan," kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, Nasharuddin perlu menjelaskan kedudukan beliau.

"Dan sekiranya kenyataan ini diselewengkan, maka kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan," tegas beliau.

Sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif tersebut untuk menjelaskan kedudukannya, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang untuk tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang. - Hrkh.
Kalau tengok ke kenyataan media yang Ust Nasha buat lewat petang semalam, aku tak yakin jawapan dia tu boleh memuaskan hari Majlis Syura' dan Jawatankuasa PAS Pusat.


Selamat Hari Raya ..Bersama Rohingya

Posted: 17 Aug 2012 10:19 AM PDT


HARI-HARI Rohingya dibunuh..
Diperambat..
Dirogol..
Kampung di Myanmar dibakar..

Sanggupkah saudara se Islam melihat...
mereka berhari raya sedang lelaki jahannam
berada di atas perut anak gadis mereka? 

Negara ini  jiran Islam terdekat..
Bertaraf pengecut, jika beralasan tidak campur negara orang..
Di negara ini ada 300ribu Rohingya bertaraf pelarian.
Apa kita turut tindas mereka yang tertindas?
Tiada pembelaan setaraf sesama Islam?
Bermewah di atas gelimpangan mayat saudara sendiri..
 
Ya, Allah
Jahannam, tewaskan thaghut
sama kuncu-kuncu..

Selamat hari Raya!
Maaf zahir batin.
Kepada semua pembaca, pengkritik dan penyokong.

Bekas Setiausaha Dewan Negeri Perak Dakwa Nizar Adalah MB Perak Yang Sah

Posted: 17 Aug 2012 06:51 AM PDT



Dato' Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak yang sah telah dijatuhkan oleh Umno/Apco melalui rampasan kuasa yang paling kotor dalam sejarah komanwel.


Bekas Setiausaha Dewan Negeri Perak,Abdullah Antong (kiri) semasa diwawancara oleh Misbahul Munir dari Perakite Daily.


Nama Abdullah Antong pernah dilanda kontroversi apabila dilihat menjadi dalang dalam insiden rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2009.

Beliau baru-baru ini telah mengisytiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Tindakan tersebut telah membuatkan BN dalam keadaan sangat takut kerana beliau banyak mengetahui tentang krisis politik di Perak itu. Perakite Daily bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir telah mewawancara beliau untuk mengetahui lebih lanjut.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Baru-baru ini Saudara telah mengiystiharkan diri menyokong PAS dan Pakatan Rakyat melalui satu program Hi-Tea yang dianjurkan oleh PAS Perak. Apakah faktor yang mendorong tindakan tersebut?

Abdullah:

Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.

Walau bagaimanapun seperti kebanyakan rakan-rakan lain yang menyertai PAS adalah kerana mendapat hidayah dan kesedaran daripada Allah.

Saya menyokong PAS bukan ada apa-apa kepentingan, juga bukan mendapat imbuhan dan balasan. Saya tidak berniat langsung untuk menjadi pemimpin PAS atau menjadi calon. Saya hanya mahu bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk tumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Saudara pernah dilabel sebagai konspirator dalam insiden rampasan kuasa yang berlaku di Perak oleh blogger-blogger dan masyarakat khususnya penyokong Pakatan Rakayat yang mungkin tidak tahu situasi sebenar. Apakah perasaan Saudara apabila ditohmah sebegitu rupa, dan di waktu itu apakah kedudukan yang sebenar ?

Abdullah:

Secara peribadi saya berasa sedih kerana saya tidak boleh menjelaskan perkara sebenar ketika itu disebabkan tiada platform dan ruang untung menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Sehinggakan jiran-jiran saya berpandangan serong kepada saya yang dianggap telah bersekongkol dengan BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya ingin jelaskan dan tegaskan bahawa saya tidak terlibat langsung dengan apa yang dipanggil konspirasi apatah lagi sebagai konspiratornya.

Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.

Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Jadi kenyataan itu tidak ada kaitan dengan konspirasi rampasan kuasa oleh BN.

Saya mahu tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat termasuklah dalam urusan 'membeli' Adun dan sebagainya

Dalam kesempatan ini saya ingin bersihkan nama saya yang dianggap menjadi "conspirator" dalam insiden rampasan kuasa oleh BN itu.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila Adunnya melompat parti tetapi Dato' Seri Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat serta disokong oleh beberapa pakar perundangan bertegas bahawa Nizar tetap sebagai Menteri Besar yang sah. Jadi apa pandangan saudara ketika itu?

Abdullah:

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato' Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Saya lebih cenderong untuk setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Apa pandangan En Abdullah ketika insiden V Sivakumar diusung keluar yang ketika itu sedang menjalankan tugas sebagai Speaker?

Abdullah:

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.

Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

En Abdullah ada pengalaman yang lama dengan BN berbanding dengan Pakatan Rakyat yang cuma 11 bulan, jadi apakah perbezaan yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan BN?

Abdullah:

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato' Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Misbahul Munir/ Perakite Daily:

Semasa pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan dahulu, PAS dan Menteri Besar sering dimomokkan sebagai "boneka" atau "kuda tunggangan" DAP, Dato' Seri Nizar pula hanya ikut telunjuk EXCO DAP dalam membuat apa sahaja keputusan. Jadi apa pandangan Saudara?

Abdullah:

Saya lihat inilah yang menjadi modal utama BN bagi memberi persepsi buruk masyarakat terhadap PAS dan ini adalah tidak betul sama sekali.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato' Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato' Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Selepas mengisytiharkan diri sebagai penyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, adakah terdapat kekangan-kekangan dan tawaran yang datang dari kerajaan BN Perak?

Abdullah:

Sahabat-sahabat saya tiada masalah dengan tindakan saya menyertai PAS, ada juga yang membantah. Ramai yang terkejut kerana tiba-tiba saya muncul kembali Mereka fikir, selepas pencen saya berdiam diri dan tidak peka dengan politik semasa.

Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan ada berjumpa saya menasihatkan saya supaya membatalkan hasrat untuk menyertai PAS. Saya tidak pastilah, itu kehendak dia ke atau diminta oleh pemimpin Umno untuk memujuk saya.

Saya hairan kenapa mereka sangat terkejut dengan tindakan saya, adakah ianya isu hangat, adakah saya ini terlalu bahaya dan kemunculan saya akan meresahkan BN. Sedangkan ramainya bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat seumpama satu fenomena masa kini.

Kemungkinan juga kerana saya banyak mengetahui cerita dan rahsia. Saya tahu ada perkara yang boleh diceritakan, ada rahsia yang tidak boleh didedahkan. Perkara-perkara kecil yang tidak menjadi rahsia kerajaan bolehlah saya kongsikan.

Sampai sekarang ini, mereka masih memerhatikan saya dan mengikuti perkembangan ini. Saya juga diminta berjumpa dengan orang politik Umno-BN untuk kononnya ingin mentarbiah atau "brainwash" saya. Saya ucap terima kasih sahajalah kerana saya telah memilih halatuju sendiri.

Saya berharap mereka tidak mengganggu saya sebagai rakyat yang cintakan demokrasi. Saya pasti saya tidak akan memperolehi apa apa dari kerajaan negeri hatta sebidang tanah RPT pun selepas ini.

Misbahul Munir/HARAKAH:

Untuk yang terakhir ni, apa seruan En Abdullah kepada seluruh rakyat Perak dalam PRU akan datang.

Abdullah:

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

HUDUD : INI BEZA DAP DAN UMNO

Posted: 17 Aug 2012 06:48 AM PDT

 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar)berkata perbezaan antara DAP dan Umno dalam soal hudud ialah DAP menentang hudud, manakala Umno menolak hukum tersebut.
Dalam satu artikel yang ditulis di Harakahdaily, ahli parlimen Marang itu berkata Umno selama 55 tahun memerintah hanya tunduk dengan undang-undang yang dicipta Inggeris dan memperlekehkan undang-undang hudud yang diperjuangkan PAS.
- Gambar fail
"Pada masa itu hukum hudud menjadi sasaran dihina, bahkan menganggap politik tidak ada hubungan dengan agama. "Kenyataannya bertukar kepada menentang secara bersilat gayung seperti kenyataan 'Hudud Pas' atau 'belum tiba masanya' walaupun berlalu masa setengah abad," kata pemimpin veteran PAS itu.
Beliau mengambil contoh apabila kerajaan Kelantan dan Terengganu meluluskan enakmen hukum hudud di dua negeri tersebut, kerajaan pusat yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dua negeri tersebut di mahkamah persekutuan.
"Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan Umno tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan untuk mendapatkan royalti.
"Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah di bawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya Pas?" katanya lagi.
Katanya, DAP secara dasarnya menentang hudud kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh mereka, dan PAS berpegang kepada prinsip terbuka dengan mengadakan dialog antara dua parti tersebut.
Kerjasama antara PAS dan DAP, katanya lagi, mencari persamaan dan mengenepikan perbezaan.
"Sepertimana juga DAP tidak boleh memaksa ahli Pas meminum arak dan memakan daging khinzir, maka Pas juga tidak boleh melarang ahli DAP dari minum arak dan makan daging khinzir.
"Perlembagaan Pas mewajibkan memecat sesiapa kalangan ahli Pas yang meminum arak dan memakan daging khinzir.
"Perlembagaan Umno tidak boleh memecat ahli Umno yang minum arak bersama MCA , MIC dan Gerakan.
"Begitulah nyatanya Pas tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud dan DAP tidak berkuasa menghalang Pas menyatakan haknya.
"Pandangan pimpinan tertentu DAP pula tentulah tidak sama dengan pandangan pimpinan Umno yang berkuasa selama puluhan tahun di Malaysia ini.
"Berbeza dengan Umno yang sudah berkuasa bersama parti-parti rakannya sejak kemerdekaan negara mencecah lebih setengah abad.
"Pas adalah kalangan Melayu yang tidak lupa dan tidak mudah lupa seperti Melayu Umno yang mudah lupa," kata presiden PAS itu lagi.
Presiden PAS itu menambah, isu hudud ini cuma kitaran isu pilihan raya oleh Umno untuk melaga-lagakan rakyat untuk terus berkuasa.
"DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah Umno yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas.
"DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan Umno hilang akal," katanya lagi.

NASHA KATE DIA TAKNAK MASUK UMNO... TAKNAK KE TAKKAN?

Posted: 17 Aug 2012 06:47 AM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah. 
   
"Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno.

"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah.
   
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah.

Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian  tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.
   
Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri.
   
"Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan," katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.
   
Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam. 
   
"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya.
   
Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.
   
Menjawab satu soalan mengenai cadangan beberapa pihak supaya beliau berjumpa dengan Majlis Syura PAS untuk membuat penjelasan, Nasharudin berkata beliau perlu melihat perkembangan terkini terlebih dahulu.
   
"Saya pun tak tahu apa perkembangan terkini dalam tempoh lapan jam penerbangan, saya difahamkan ada kenyataan (oleh beberapa pemimpin PAS) yang ditarik balik, jadi saya nak tengok dulu, kerana turun saja dari kapal terbang tadi saya dapat beberapa panggilan telefon yang menyatakan bahawa beberapa kenyataan telah ditarik balik, saya akan periksa," katanya.

PARTI APA YANG PERNAH SAMAN HUDUD???

Posted: 17 Aug 2012 06:46 AM PDT



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.

Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.

"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.

"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporanUtusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP  "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN KATA TOK GURU BAIK...

Posted: 17 Aug 2012 06:45 AM PDT


NONE
Kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bekerjasama dengan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, satu petanda baik ke arah menyelesaikan isu tersebut.
 Awang Adek Hussin yang merupakan bekas bakal menteri besar Kelantan berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.
Kesediaan Nik Aziz itu sudah memadai walaupun ia tidak dipersetujui segelintir pimpinan PAS negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Bachok, semalam.
Beliau berkata mereka akan bertugas 24 jam di jalan raya persekutuan dan negeri bermula hari ini sehingga seminggu selepas perayaan.
Mereka akan dilengkapi peralatan menyelamat yang canggih bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya berikutan ramai rakyat Kelantan yang bekerja di tempat lain akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.

NAJIB DEMAM PANAS DI MEKAH BILA TAU BERITA INI

Posted: 17 Aug 2012 06:44 AM PDT




Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

"Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

"Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar," katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

"Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .

"Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai," katanya.

NAJIB BEBASKAN 12 LAGI TAHANAN ISA

Posted: 17 Aug 2012 06:41 AM PDT



Dua belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ini adalah kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan bulan ini. Kumpulan pertama - tiga orang tahanan - dibebaskan pada 3 Ogos.

Pada masa ini, terdapat 30 tahanan yang masih ditahan di kem tersebut.

Antara mereka yang dibebaskan hari ini adalah Fadzullah Abdul Razak - salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar membantah penahanan mereka tanpa bicara.

Ibunya, Hadijah CP Veeravu, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa penjara telah memaklumkan bahawa anaknya harus pulang ke rumahnya di Sungai Buloh sebelum waktu berbuka puasa.

"Kami diberitahu dia akan sampai ke rumah pada jam 6 pm, jika semuanya berjalan lancar," katanya.

Rampasan Kuasa Perak - Kisah Sebenar Rampasan Kuasa !!

Posted: 17 Aug 2012 06:39 AM PDT




Saya berkhidmat selama 29 tahun dengan kerajaan sebelum bersara November 2010, suasana politik yang tidak selesa pada saya, menyebabkan saya tidak berminat untuk menyambung khidmat dan bersara wajib pada umur 56 tahun. Di usia yang sudah mencecah 58 tahun saya tergerak hati untuk mengisyitiharkan diri sebagai penyokong PAS.

Faktor utama ialah Allah telah memberi saya hidayah untuk memilih PAS dan tindakan ini bukanlah disebabkan atas desakan mana-mana pihak dan individu, walaupun saya kenal rapat dengan beberapa pimpinan PAS.

Faktor lain ialah berdasarkan pemerhatian dan penilaian selama berkhidmat selama 11 bulan dengan Pakatan Rakyat, saya ikhlas menyatakan banyak perbezaan antara Pakatan Rakyat dengan BN terutama ketelusan, kesungguhan, keupayaan dan juga keperibadian kepimpinan yang tidak dapat ditandingi oleh pimpinan Umno-BN.


Saya hanya pegawai kerajaan yang berjawatan Setiausaha Dewan Negeri, bertanggungjawab ke atas perjalanan sidang dewan dan juga yang berkaitan dengannya dan juga bertanggungjawab ke atas perjalanan mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang juga diberi tugas mencatat dan menyediakan kertas dan minit mesyuarat.

Dalam DUN Bos saya ialah Speaker Dewan Negeri, dalam mesyuarat EXCO bos saya ialah Menteri Besar dan dalam perkhidmatan kerajaan bos saya pula ialah Setiausaha Kerajaan Negeri. Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.

Di awal kemelut politik berlaku, tidak ada yang mengenali saya ketika itu. Nama saya hanya muncul apabila saya menyanggahi arahan Speaker DUN Perak.


Saya bertegas bahawa tindakan-tindakan adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan, saya tidak upaya elak berbuat demikian kerana terpaksa menerima arahan pihak atasan.

Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontrovesi iaitu sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah ketika itu, YB V Sivakumar sebagai tidak sah.

Atas sebab kenyataan saya itu, tercatat memori dan sejarah dunia apabila sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan Rakyat dihalang memasuki dewan.

Harus diingat, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jawatan Menteri Besar gugur dengan tiga perkara iaitu disabitkan dengan salah laku tatatertib atau hilang kelayakan sebagai Adun, perletakan jawatan, dan apabila berlakunya pembubaran DUN.

Ahli Dewan juga boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar dan sekiranya majoritinya mengundi tidak percaya, Menteri Besar ketika itu mempunyai dua pilihan iaitu meletak jawatan ataupun memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN bagi pilihanraya semula diadakan. Ini tercatit didalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dato' Seri Nizar tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan beliau tdak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan, BN ketika itu tidak nampak ada satu lagi institusi ataupun jawatan penting iaitu Speaker yang ketika itu masih lagi dari kalangan Pakatan Rakyat.

Tidak lengkap mendapat jawatan Menteri Besar jika belum mendapat menukar Speaker DUN kerana Speaker berkuasa penuh di dalam dewan bermakna Pakatan Rakyat masih berkuasa di Dewan Negeri.

Jadi jika inginkan kuasa sebenar kerajaan dalam sidang DUN, BN ketika itu perlukan kuasa sepenuhnya di dewan dan ini yang mereka terlepas pandang.



Semasa sidang DUN pada 7 mei 2009 yang berlaku dalam keadaan tegang itu, saya tidak nampak dan dengar speaker mengarahkan timbalannya mempengerusikan sidang DUN, pada masa yang sama V Sivakumar masih duduk di kerusinya.

Tiba-tiba Timbalan Speaker, YB Hee Yit Fong telah adakan satu sidang di hujung dewan untuk melantik Speaker baru dan saya sebagai Setiausaha DUN berasa pelik, saya baca buku perintah tetap tentang tindakan Hee itu namun saya tidak menjumpai satu fasal pun yang membenarkan keadaan itu berlaku, ini bermakna Peraturan Tetap Dewan telah dilanggar.

Saya tidak pasti siapa yang mengusung V Sivakumar ke luar dewan dan sudah pasti ianya bukan staff dewan kerana saya mengenali semua staff-staff tambahan yang dilantik bagi membantu Bentara Dewan.

Kejadian tersebut telah menjadi sejarah dunia kerana ianya tidak pernah berlaku di mana-mana Negara Komanwel mahupun negara lain.

Semasa mula-mula Pakatan Rakyat memulakan tugas, kami tertanya-tanya bagaimana corak pemerintahan dan adakah Pakatan Rakyat mampu memerintah. Saya sendiri tidak berapa yakin dengan gabungan tiga parti ini ketika itu.

Sebagai pegawai kerajaan, saya menjalankan tugas seperti biasa. Kami pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana terhadap dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat, apa yang mereka putuskan, kami wajib melaksanakannya asalkan tidak bertentangan dengan etika perkhidmatan.

Perbezaan yang sangat ketara ialah Adun-Adun Pakatan Rakyat terutama EXCO sangat mesra dan mudah mendampingi pegawai dan kakitangan kerajaan dan tiada kerenah birokrasi. Tidak pernah sebelum ini seorang Menteri Besar boleh turun makan tengah hari di kantin bersama pegawai-pegawainya melainkan Dato' Seri Nizar.

Semua Exco Pakatan Rakyat termasuklah dari kalangan DAP cukup merendah diri dan tidak sombong ataupun egois.

Pemerintahan Pakatan Rakyat sangat telus sehinggakan Nizar sering menasihatkan kepada Exco-Exconya supaya tidak mengambil kepentingan parti melainkan kepentingan rakyat.

Dari segi ketekunan, saya dapati diperingkat awal mesyuarat EXCO mengambil masa panjang cuma berhenti untuk makan dan solat. Menteri Besar dan barisan EXCO begitu teliti terhadap semua kertas mesyuarat sama ada mahu melulus atau menolak.

Semua EXCO telah diberi peluang untuk memberi pandangan sebelum keputusan dibuat.

Menteri Besar dan Exco tidak pernah mengarahkan saya mendahulukan mana mana kertas, terserah kepada saya sebagai setiausaha memilih kertas yang akan dibawa.

Dalam soal penjimatan kos jamuan keraian anjuran kerajaan negeri juga dikurangkan termasuklah makanan sewaktu mesyuarat EXCO. Setiap kali mesyuarat EXCO kos makanan kurang daripada RM45 seorang berbanding dulu hanya untuk minum pagi sahaja RM 45 seorang.

Waktu solat, surau di pejabat SUK sangat meriah dan imarah tanpa paksaan untuk berjemaah. Dato' Seri Nizar sendiri akan mengimamkan solat berjemaah seterusnya menyampaikan tazkirah. Ini sangat berbeza dengan pemerintahan BN.

Ketika bulan Ramadhan dihiasi dengan pelbagai program seperti tazkirah setiap pagi, semua EXCO, ADUN yang muslim serta beberapa pegawai kerajaan termasuk SUK, pegawai kewangan dan Mufti diberi peluang menyampaikan tazkirah Ramadhan selama 10 minit .

Ia sangat mengesankan sekali. Ada EXCO DAP beritahu saya mereka tiada masalah turut berminat mendengar tazkirah pagi.

Pemberian bubur lambuk yang dibuat sendiri oleh kakitangan SUK dan pimpinan Pakatan Rakyat serta pelbagai lagi program untuk mengimarahkan bulan Ramadhan.

Ini baru perkara-perkara kecil, belum sentuh bab lain seperti pemberian air percuma, pengecualian kompaun, pemberian tanah hak milik kekal kepada Kampung Tersusun dan Kampung Baru, bantuan RM 1,000 kepada pelajar-pelajar yang ke IPT, dan sebagainya.

Setiap kali mesyuarat EXCO, Dato' Seri Nizar bersama barisan exco sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan ini menggambarkan betapa tekun serta bersungguh-sungguhnya kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, mereka tidak langsung membawa kepentingan peribadi saperti saranan Menteri Besar supaya perkara dielakkan.

Tuduhan BN yang mengatakan DAP menguasai mesyuarat dan mengikut arahan DAP ternyata fitnah semata-mata. Semua perkara dibincangkan secara terbuka dan Dato' Seri Nizar memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat menyatakan pandangan mereka.

Saya mengambil contoh satu kes menggazetkan tapak surau di Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham selaku Adun kawasan tersebut pergi melihat sendiri keadaan surau tersebut.

Pada mulanya mesyuarat mewartakan setengah ekar untuk kawasan surau itu, Dato' Ngeh mencadangkan untuk meluaskan lagi tapak surau tersebut kepada satu ekar bagi memudahkan parkir kereta umat Islam yang hendak beribadah. Ini membuktikan DAP tidak mempunyai sikap anti Islam dan perkauman.

Berlaku lagi satu kes meluluskan satu tapak tokong Cina di Tambun. Kawasan yang terletak di tepi gua tersebut sangat bahaya dan tidak sesuai untuk medirikan tokong. Ulasan dari Jabatan yang berkaitan tidak bersetuju dan menasihatkan tidak diluluskan.

Mesyuarat menerima cadangan syor tersebut, lalu menolak permohonan tapak tokong. Saya tidak lihat Exco dari kalangan DAP yang membantah keputusan itu atau mempertahan permohonan tersebut dan mereka semua setuju.

Saya lihat persefahaman antara Ecxo sangat baik dan menghormati Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar walaupun DAP majoriti.

Saya nak beritahu, BN sekarang ini bukanlah kuat sangat, mereka dapat kuasa pun bukan dengan cara demokrasi. Pakatan Rakyat dapat mandat dari rakyat melalui PRU yang lalu sekalipun dengan majoriti yang kecil. BN dapat kuasa setelah 3 orang Adun mengkhianati mandat rakyat.

Oleh itu, saya rayu dan seru seluruh rakyat Perak buat perubahan dengan berani pada PRU akan datang. Kembalikan semula kuasa Pakatan Rakyat melalui kuasa rakyat. Saya yakin Insya Allah, Paktan Rakyat akan kembali memerintah Perak selepas ini.

Percayalah saya telah mengalami pengalaman yang manis selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah dan saya akan bersama- sama seluruh rakyat Perak untuk meraikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Abdullah Antong

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Aug 2012 09:34 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Ramai orang tidak faham apa yang mereka patut belajar...maka lahirlah manusia terkeliru

Posted: 16 Aug 2012 09:45 AM PDT

Thursday, 16 August 2012
Falsafah dan keutamaan pendidikan berpaksi surah ini









Surah yang mengandungi konsep asas pengilmuan sebagai syarat utama manusia mencapai darjat lebih tinggi daripada malaikat yang suci daripada dosa.

Kegagalan ummat Islam menanggapi konsep pendidikan sebenarnya menatijahkan pembaziran daripada masa, tenaga, wang ringgit, prasarana dan tumpuan serta segala sumber yang lain yang kononnya diperuntukkan untuk mendidik manusia tetapi akhirnya manusia itu semakin keliru dan jauh daripada Penciptanya dan lebih melampaui batas. Keadaan ini adalah terbalik daripada hasil yang sepatutnya dicapai sekiranya ia telah menlalui proses pendidikan yang bertunjangkan ilmu daripada Allah, belajar dengan nama Allah bukan mendabik dada seolah-olah ia menguasai pelbagai kepandaian atas dasar usahanya sendiri.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang membelakangkan Tuhan akan pasti menghasilkan pelajar yang membelakangkan Tuhan daripada pola pemikiran, pertuturan dan amal tindakannya. Sudah tentu ini sudah jauh tersasar daripada matlamat asal pendidikan, iaitu semakin belajar dan semakin banyak ilmu , semakin faham, insaf dan sedar siapa dirinya dan kepada siapa seluruh kehidupan dan kematiannya seterusnya pasca kematiannya bergantung penuh.
'Bottomline' pendidikan dari perspektif Islam ialah insan yang kenal Rabbnya, berpaut teguh dengan al Khaliq, tunduk patuh kepada al Malik dan mampu sujud kepada yang MAHA BERKUASA.

Marilah kita mewujudkan sistem pendidikan Rabbani untuk menghasil insan kamil yang mampu mentadbir urus bumi Allah sebagai khalifah insyaallah. Amin.
Kita mulakan semaian tarbiyyah di Mini Serambi Mekah@Kpg Delek. Jom...
Fayassir ya Allah.Amin

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Aug 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Posted: 16 Aug 2012 08:45 PM PDT


1,174 trained pilots fail to land a career

Posted: 16 Aug 2012 08:43 PM PDT

PETALING JAYA (Aug 15, 2012): With more Commercial Pilot Licence (CPL) holders than jobs as pilots available, Malaysia is seeing a glut of flyers.

According to the Department of Civil Aviation (DCA), there are 1,174 young pilots, who have graduated with CPLs who have yet to find their dream job.

To help unemployed CPL holders, the DCA recently set up a registry on its website for them to advertise their availability to prospective employers within the aviation industry.

The glut is apparently a result of the mushrooming of Approved Flying Training Organisations (AFTO) around the country.

The cost of training at such AFTOs is between RM250,000 and RM270,000 per person over a period of two to three years.

There are currently five AFTOs in the country, down from eight in 2005, as three have since closed.

Commenting on the high number of unemployed CPL holders, DCA director-general Datuk Azharuddin Abdul Rahman said in the current market, there are more pilots than the jobs offered.

He attributed the situation to:
>failing global economy due to high prices of oil;
>bad planning, and
>the employment of foreign pilots by local airlines.

The discrepancy between pilots and jobs was caused by the high demand for pilots in early 2000, which in turn resulted in a high number of AFTOs and trained pilots in 2005, he said.

"This was based on the forecasts made predicting a demand of 185,600 pilots in Asia Pacific for the period of 2012 to 2031," he said.

"However, the global airline industry took a downturn from 2009 to 2011, prompting airlines to review their operations because of escalating fuel prices. As a result, the demand for pilots dropped."

Commenting on the employment of foreign pilots, mostly as captains, Azharuddin said local airlines are being required to plan for the promotion of qualified Malaysian First Officers to take over from foreign captains.

"This is being done in stages but will probably take three years," he said.

Meanwhile, Azharuddin advised jobless CPL holders not to be choosy and take up other opportunities in the aviation industry that may be available in the shrinking job market.

He said there are job opportunities for them in general aviation, and overseas, as well as at AFTOs as trainers.

"Those who are financially able should also consider converting to helicopter pilot licences as there is still a shortage of helicopter pilots in the country," he added.

Azharuddin also explained that the authorities would not limit or reduce the number of AFTOs or the intake of student pilots as they are private entities which do not receive any subsidy or assistance from the government.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Aug 2012 07:52 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PAS- DAP : SATU PENJELASAN DEWAN ULAMA' PAS PUSAT.

Posted: 16 Aug 2012 04:36 PM PDT

LAILATUL QADR : HUDUD DITURUNKAN PADANYA.

Posted: 16 Aug 2012 04:24 PM PDT

SALAM AIDILFITRI : SUNAH DAN ADAB DI HARI RAYA

Posted: 16 Aug 2012 04:19 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 17 Aug 2012 07:05 AM PDT

mtdchenderoh


RUMAH TERBUKA ADUN LUBUK MERBAU

Posted: 16 Aug 2012 11:49 AM PDT


Klik imej untuk besarkan

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Aug 2012 03:46 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Posted: 16 Aug 2012 05:36 PM PDT

RESPON SAYA KPD KOMEN DI FMT

'I'll not allow anyone to insult Islam'- Ustaz Nasha


Semasa saya membaca artikel FMT seperti tajuk di atas, seorang pembaca memberi komen berikut. Saya terpanggil untuk memberi respon kepada komen beliau kerana ada satu ayat yang tidak tepat dan boleh dikira sebagai menghina hukum Islam.

Nasharuddin Mat Isa, what are you talking about? Mr.Karpal only against the unfair hudud law not Islam. Please wake up and understand it. On this "HOLY" month don't ever try to telling lies, rubbish and do all nonsense. If you want to join corrupted UMNO and against islam teaching please quit PAS don't insult others. TQVM.-Komen  oleh GS GUAN TRADING

 Dear Mr Guan, 

I don't think YB Karpal is against Hudud because it is UNFAIR but rather he believes that it is UNCONSTITUTIONAL. Some of the crimes in Hudud, eg adultery, alcohol intake,  is not a crime in our civil/criminal law but is a crime in Islam. There are Islamic laws in murder, robbery etc which now is under the jurisdiction of our criminal laws/penal code. I can understand YB Karpal's concern. He cannot accept it because if hudud laws are implemented, it would mean that we have 2 parallel systems for the same crime. Hence his objection. However,we already have a dual judicial system in Malaysia -the civil and the syariah courts. Hence we should study carefully both and see how we can reconcile or integrate the two. If we refuse to this, Malaysia will remain divided. 

It is the obligation of the powers (for now BN) that be to increase the understanding of Hudud laws instead of totally rejecting or accepting. Islam is not rigid and the door to ijtihad is open. The important thing is to have an open mind and listen to all sides. Even Muslims are vague on the implementation, what more the non muslims. It is unfair for anybody to ask muslims and PAS to forget about Hudud as it is embedded  in our article of faith. However, there have been in Islamic history the shelfing and postponement of laws under certain circumstances. That is why there must be debate and open discussion to the feasibility of implementation in current times and what are the conditions and situations that will make it obligatory  for muslim leaders to establish hudud. At the end of the day, the rakyat will decide DEMOCRATICALLY to accept Hudud as part of law or reject it. 

As it is PAS has already enter into a pact to "shelf" the implementation if PR win GE13 as reiterated many times by PAS leaders. The priority now is to unseat BN because BN has abused its powers and PR wants to return good governance, decimate corruption, free the media,  etc. PAS believes a lot more can be achieved for islam (and Malays) and the rakyat with PR than with BN. BN has been hypocritical in their stand on Hudud bringing up the issue now (through their NGOs and mainstream media) so as to split Pakatan Rakyat and split the rakyat's support for PR especially among the Muslim Malays.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 17 Aug 2012 01:37 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Aktiviti Ramadan PAS Kawasan

Posted: 16 Aug 2012 09:40 AM PDT

Jom Shopping bersama Mosway di Pasaraya Peladang Beseri
JOm Shopping DUN Santan
Jom Shopping Raya DUN Beseri
Edaran Gulai daging di UPU Paya
Edaran Gulai Daging dan Bubur Lambuk di DUN Beseri 
Sumbangan fakir miskin DUN Beseri bersama Ketua Urusan Ulamak
Sumbangan fakir miskin DUN Beseri oleh TYDP






CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Aug 2012 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Monorel rosak lagi, 200 penumpang terkandas

Posted: 17 Aug 2012 12:42 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang di sini tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.

Ia kejadian kedua melibatkan monorel dalam tempoh seminggu. Lebih 180 penumpang terkandas apabila monorel mengalami kerosakan dekat Brickfields.

Dipetik Bernama, jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

"Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

"Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya.

sinar harian/-

Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan....

Posted: 17 Aug 2012 12:40 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi!

1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan

2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan

3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan

4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan

5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan

6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan

7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan

8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan

‎9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..

‎10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci..

oki setiana dewi/-

Iran kritik OIC gantung syria

Posted: 17 Aug 2012 12:28 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BEBERAPA lelaki mencari mangsa yang terbunuh akibat serangan udara tentera Syria di Azaz, 47 kilometer dari bandar Aleppo kelmarin.

TEHERAN - Iran semalam mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria dalam badan tersebut.

Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut".

Syria merupakan sekutu rapat Iran.

"Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan dirinya," jelas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi kepada agensi berita IRNA di kota Mekah.

Terdahulu, pada penghujung mesyuarat tergempar OIC di Mekah semalam, OIC mengumumkan bahawa ia menggantung keanggotaan Syria dalam organisasi 57 buah negara itu.

Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan serius berhubung pembunuhan beramai-ramai dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Syria.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ali menghadiri sidang tergempar itu tetapi gagal menghalang keputusan tersebut.

Sidang tergempar itu dipanggil oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Negara berkenaan menyokong perjuangan pemberontak yang dikenali Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad.

FSA mula mengambil alih pentadbiran beberapa buah bandar yang dirampas mereka.

Di bandar Darat Azzah yang terletak di Aleppo, sebuah sekolah menengah dijadikan balai polis, mahkamah dan dewan sementara oleh FSA yang berjuang menamatkan pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Para pemberontak turut menguasai beberapa bandar utama di Syria seperti Aleppo, Damsyik dan Homs.

Menurut kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia, lebih 21,000 orang terbunuh sejak konflik Syria tercetus 17 bulan lalu.

Ketika itu, rakyat Syria bangkit menentang Bashar kerana menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi.

Sementara itu, serangan udara tentera Syria di sebuah kawasan perumahan di bandar Azaz, utara negara itu telah menyebabkan lebih 40 orang terbunuh.

Bandar tersebut turut dikuasai oleh pemberontak. - Agensi

Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu

Posted: 17 Aug 2012 12:10 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS - Bendahari PAS Terengganu berkata PAS telah mengenal pasti dua kawasan 'hitam' bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang, iaitu kawasan parlimen Marang dan Kuala Nerus

Menurutnya laporan bahagian risikan menyatakan PAS mempunyai peluang yang cerah dan berupaya menguasai kedua-dua parlimen sekiraya kerja yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh petugas PAS.

Katanya, makluat tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh bahagian risiskan.

"Laporan yang dibuat oleh beberapa agensi risikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) melaporkan kekuatan Umno di Terengganu seimbang dengan PAS.

"Dua kawasan yang Umno lemah iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Sebab itu, Najib (Perdana Menteri) kerap sangat datang ke Terengganu di kawasan Marang dan Kuala Nerus.

"Kita (PAS) kena gunakan peluang (laporan) ini untuk perkemaskan jentera kita dan menguasai pada pilihan raya akan datang, Insya'Allah," jelasnya pada Majlis Iftar anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Tepoh, di Pusat Khidmat Dun Tepoh, Tok Jiring, 13 Ogos lalu.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menyarankan agar kedua-dua kawasan tersebut dijadikan kawasan 'maut' buat Umno-BN Terengganu.

Justeru, katanya keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kuala Nerus ini bakal dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi MTD Tepoh, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta Ahli Jawatankuasanya.

selatan online/-

Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan

Posted: 17 Aug 2012 12:02 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ORANG ramai menyaksikan persembahan Choudhary di sebatang jalan raya di Kathmandu kelmarin.

KATHMANDU, Nepal - Seorang budak lelaki, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan di sini.

Dia datang dari India lima tahun lalu.

Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas. - Reuters

Dua beradik disuap pasir

Posted: 17 Aug 2012 12:00 AM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu.

Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu.

Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk.

Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi.

Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung.

Harian Metro

Teka teki di kerusi Parlimen Bachok

Posted: 16 Aug 2012 11:54 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Kedudukan kerusi parlimen Bachok masih menjadi teka teki apakah ianya akan ditandingi oleh Pas atau PKR. Persoalan ini timbul apabila PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok. Bachok adalah kerusi Pas.

Katanya PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan Pas negeri menjelang puasa lalu yang mengusulkan perkara itu. Tetapi sampai sekarang ini surat cadangan itu belum mendapat apa-apa tindak balas dari Pas.
Ariffin Mahmod atau Pin Atira.

Cadangan itu adalah dalam menyelesaikan masalah PKR Kelantan. Kedudukan kerusi Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution Ismail tidak begitu selesa. Perkara ini jelas kalau Machang selesa atau tidak hadapi apa-apa masalah tidak mungkin akan timbul idea berkenaan.

Tindakan itu wajar untuk mencari kemenangan. Tidak ada guna PKR bermegah dengan memiliki (bertanding di banyak kerusi) tetapi kalah. Lebih baik PKR menumpukan kepada kerusi atau kawasan yang boleh menang walaupun bertanding hanya satu dua kerusi sahaja. Yang penting dalam soal ini ialah kemenangan.

Mengenai Machang ada juga alasan lain mengatakan PKR tidak mampu bertahan apabila wakil rakyat kini Saifuddin akan dibawa bertanding di Kedah. Kalau bukan Saifuddin sukar untuk PKR menang di situ. Masalah dihadapi PKR di Machang ialah parti itu tidak ada calon yang boleh mengganti Saifuddin. Masalah lain katanya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada PKR?

Sebagai penyelesaian atau mengatasi masalah maka kawasan baru sebagai ganti dicari. Kawasan itu ialah Bachok. Bagi PKR mereka ada alasan sendiri kenapa memilih Bachok bukan kawasan lain. Kononnya di situ PKR ada calonnya yang juga mampu untuk berdepan dengan Awang Adek Husein. Orang itu ialah bekas ketua pemuda Umno Bachok di zaman Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua, iaitu Zaiyadi Awang Noh.

Memang Zaiyadi layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek memandang beliau mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Tetapi masalahnya yang menjadi persoalan Zaiyadi bukan ahli PKR. Apabila cadangan untuk meletakkan Zaiyadi yang masih belum menjadi ahli PKR dan masih Umno maka banyaklah protes dan suara-suara yang kurang sedap diperkatakan termasuk pemilihan Zaiyadi itu berdasarkan kroni? Kalau benar Zaiyadi bersedia untuk jadi calon di situ kesilapannya beliau ialah kerana tidak sedia mengambil risiko meninggalkan Umno awal-awal.

Semasa majlis berbuka puasa dengan para pemimpin Pas di Shah Alam dua minggu lepas saya ada merisik perkara ini - cadangan PKR itu, kepada beberapa orang pimpinan Pas Bachok termasuk Yang Dipertuanya sendiri Omar Mohammad. Menurutnya Omar tidak timbul soal Bahcok hendak ditukar ganti dengan Machang. Setakat ini katanya tidak ada perbincangan apa-apa.

Walaupun Adun Perupok itu ada mendengar desas desus itu tetapi belum ada kata putus dan Pas kawasan Bachok sendiri tidak membincangkannya. Begitu juga bila dirisik dengan bekas wakil rakyat Bachok Wan Nik Wan Yusuf yang juga pengarah pilihan raya Pas Kelantan, menurutnya perkara itu tidak timbul. "Tidak ada," katanya sambil menggeleng kepala tiga kali.

Cadangan PKR itu juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemuda Pas Bachok kerana mereka juga ada calon untuk diletakkan di kerusi parlimen itu. Ketuanya Marzub Shaari dikatakan berkelayakan untuk diletak berdepan dengan Awang Adek. Sudah pasti apabila pemuda menayangkan calonnya, formula pertukaran itu tidak mendapat sokongan semua pihak.

Sementara itu di dalam membicarakan siapa atau parti mana akan berhadapan dengan Awang Adek timbul satu nama lain yang dikira sepadan kalau diadukan dengan Awang Adek. Sosok itu ialah Ariffin Mahmood atau lebih dikenali dengan Ariffin Atira. Beliau seorang pemaju pembangunan yang berjaya di Kelantan dan banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada Pas secara tersembunyi.

Mungkin nama Ariffin ditonjol kerana latar belakang dan kejayaan dalam bidang pembangunan serta pengalamannya yang agak luas dalam aspek ekonomi. Walaupun dia bukan anak Bachok tetapi kalau Pas mahukan seorang yang setanding dengan Awang Adek dalam aspek profesional Ariffin dikira layak. Kelulusan dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar dimilikinya juga memungkin kenapa beliau cuba ditonjolkan untuk berdepan dengan Awang Adek. Tetapi saya kira penjualan nama Ariffin ini sebagai test merket saja.

Bagaimana pun nama ini boleh diambil kira oleh Pas Bachok dan juga Pas Kelantan sendiri sekiranya Pas Bachok merasakan beberapa nama yang disenaraikan tidak berapa 'rak' (berdaya) nuntuk berdepan dengan Awang Adek. Beliau juga dilihat sebagai sangat berminat untuk memperhambakan diri dalam politik.

Di sudut lain Ariffin juga dikatakan mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi berdepan dengan timbalan menteri kewangan itu? Dan keistimewaan lain yang ada kepadanya, Ariffin boleh bukan saja menyumbang harta benda tetapi buah fikirannya terutama mengenai pembangunan ekonomi untuk Kelantan. [wm.kl.5:45 am 17/08/12]

harakahdaily/-

Mengapa ramai mengelak berzakat?

Posted: 16 Aug 2012 11:50 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Harakah kali ini merupakan edisi terakhir penghujung Ramadan. Ia berada di pasaran (Khamis) tiga hari sebelum Aidilfitri. Pastinya suasana sudah berubah. Kemeriahan hari raya terasa di mana-mana. Mungkin ramai sudah pulang ke kampung halaman atau masih sibuk membuat persiapan terakhir.

Tiga hari, jika dikira bermula pagi Khamis ini sehingga senja Sabtu nanti, bermakna masih berbaki lebih kurang 60 jam untuk kita menghirup dan menikmati Ramadan yang agung. Sambil bermuhasabah bagaimana 26 hari yang berlalu telah dimanfaatkan (ataupun dibazirkan), kita tidak sepatutnya lalai dengan kesempatan yang masih ada. Rebutlah peluang yang belum pasti dapat kita dakap lagi tahun depan.

Soalnya, tentulah sukar dan sulit sekali kita memberikan tumpuan untuk beribadah setulusnya ketika perhatian lebih difokuskan kepada karenah menyambut Aidilfitri. Di malam-malam akhir Ramadan, yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka" ini, mungkin ramai yang terpaksa berasak-asak di perhentian bas dan stesen keretapi untuk pulang ke kampung. Tidak kurang juga yang menghabiskan malam sepanjang lebuh raya, kadang-kadang terpaksa mengharungi kesesakan.

Teringat saya kehidupan berkaca semasa di kampus, hampir 30 tahun lalu. Ada rakan yang cukup sensitif menjaga malam-malam akhir Ramadan, yang terselit saat-saat penuh kemuliaan, Lailatulqadar.

Sepanjang lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), rakan saya itu hanya menempah tiket untuk perjalanan siang hari untuk pulang ke desa, di Kedah. "Tak sanggup aku tidur lena di atas bas pada malam yang orang lain khusyuk sujud menyembah Ilahi, beriktikaf di masjid dan bertadarus," katanya.

Ada juga sahabat saya yang "beruzlah" dua tiga hari sebelum Syawal, khususnya untuk khatam al-Quran dan menekuni maksud ayat-ayat suci. Seorang daripadanya, pada siang terakhir Ramadan, berteleku mencapai sasaran, untuk menghabiskan bacaan al-Quran, untuk "pusingan" kedua. Saya masih ingat, pada siang 30 Ramadan itu, dia dapat menyelesaikan 11 juzuk terakhir.

Amalan berpuasa tidak dapat lari daripada kita terpanggil untuk mengingati, malah merasai, penderitaan orang susah terbiar. Namun, melihat riuh-rendah bazar Ramadan dan seribu satu menu juadah berbuka di hotel-hotel, saya tidak pasti apakah sebahagian besar kita terhimbau keprihatinan terhadap golongan melarat dan terpinggir, saudara seaqidah, dalam dan luar negara?

Ramadan juga mengingatkan kita tentang ibadah zakat. Pastinya zakat fitrah akan ditunaikan sebaik mungkin, soalnya bagaimana dengan kewajipan zakat berkaitan profesion masing-masing?

Sebagai anak daripada keluarga petani, saya melihat para pesawah cukup cermat dan berusaha untuk melayakkan diri sebagai pembayar zakat. Tiada tanda-tanda mereka cuba mencari helah untuk mengelak daripada zakat, meskipun sebahagian besar mereka masih diserkup kemiskinan. Ya, sebahagiannya wajar menerima zakat tetapi tidak "mencari helah" untuk mengelak kewajipan rukun Islam.

Seingat saya, walaupun ada pengiraan kadar zakat yang lebih "lunak" untuk bendang yang terpaksa menggunakan pam untuk saliran (5 peratus), namun mereka tetap memilih pengiraan "kaedah air hujan" (10 peratus), walaupun menyedari zakat yang perlu dikeluarkan adalah dua kali ganda lebih tinggi. Langsung tidak terasa beban untuk "membersihkan (tazkiyah) harta" mereka itu meskipun kadar zakatnya 10 peratus langsung daripada produktiviti, dan bukannya keuntungan.

Saya tidak pasti dengan ketulusan berzakat bagi orang yang berkerjaya lebih lumayan (dan profesional), walaupun kadarnya hanya 2.5 peratus, itu pun selepas ditolak perbelanjaan tertentu. Apakah ramai di antara kita menyedari -- dengan sungguh-sungguh - bahawa dalam harta kekayaan kita itu ada hak bagi golongan fakir dan miskin.

Alhamdulillah kesedaran berzakat semakin meningkat. Dahulu, mungkin kita mendengar ada wanita yang jahil tentang kewajipan zakat emas, sengaja memakai perhiasan berkenaan untuk tempoh tertentu bagi mengelak tuntutan zakat. Moral cerita itu adalah, berbeda dengan ibadah lain, misalnya haji, ramai yang mungkin mempunyai "taktik licik" untuk mengelak daripada menunaikan zakat, termasuk bagi zakat simpanan wang, terutama untuk membatalkan tempoh haul atau cukup setahun.

"Mengapa kita bersusah-payah menyimpan duit, bertahun-tahun, untuk melayakkan diri bagi menunaikan haji, tetapi amat sedikit yang berbuat demikian bagi meningkatkan diri mencapai kedudukan sebagai pembayar zakat," tegur seorang rakan, pensyarah pengajian Islam.

Isu zakat juga menyentuh soal integriti institusi pengumpul zakat, khasnya daripada segi kejujuran dan agihannya. Saya tidak mahu menyentuh lebih dalam hal berkenaan. Semoga, dalam amalan di Malaysia, tiada sebarang "salah laku" berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan tulisan kata pengantar penerbit buku "Bersedekahlah dan Tunggu Keajaiban yang Akan Terjadi", tulisan Abu Ahmad Abdul Fattah.

Antaranya, ditekankan bahawa membela orang miskin dan melarat adalah perintah agama, sehingga al-Quran melabelkan "pembohong atau pendusta" bagi mereka yang tidak mempedulikan orang miskin dan anak yatim (al-Maun: 1-3). Ketika Allah berbicara tentang kenikmatan syurga kepada penghuninya, Ia menjelaskan hadiah itu kerana, "Dahulu mereka gemar memberi makan orang miskin, anak yatim dan para tawanan" (al-Insan: 8).

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin. Juga ribuan terima kasih kepada penderma yang budiman, yang banyak menyumbang khususnya untuk tabung membantu keluarga tahanan ISA dan golongan fakir miskin, yang dianjurkan Jabatan Pengarang Harakah.

harakahdaily/-

Aidilfitri: BN digesa ketepikan dendam politik

Posted: 16 Aug 2012 10:22 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah mengenepikan dendam politik terhadap rakyat Kelantan dengan mengambil kira semangat Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anak-anak muda mahu kerajaan persekutuan mengutamakan kepentingan rakyat termasuk membina lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai melengkapkan komitmen kerajaan negeri merancang Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sudah sampai masanya kerajaan pusat tidak lagi mengamalkan politik sempit sehingga menyusahkan rakyat.

Lagi pun katanya, hak rakyat untuk mendapatkan lebuh raya sebagaimana negeri-negeri lain dinafikan sejak 1985.

"Banyak kemalangan yang berlaku di Kelantan kemungkinannya berpunca jalan yang sempit tidak mampu menampung pertambahan kenderaan terutamanya di musim perayaan sekarang.

"Terbaru tragedi 10 kakitangan kerajaan nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terhumbang ke dalam cerun di kilometer 57 jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi semalam," katanya di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan 2,000 keping sampul duit raya kepada wakil-wakil setiap Parlimen di Kelantan di sebuah pasar raya petang semalam.

Hisyamuddin juga berharap kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan.

"Berikan royalti dan bina lebuh raya di negeri ini kerana adalah hak rakyat Kelantan yang diabaikan sejak sekian lama," ujarnya.

Menurutnya tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan kini berjumlah RM7 bilion sejak 2005.

R juga turun padang mengagihkan sampul raya kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, persekutuan, pasukan keselamatan dan media cetak.

Penagihan secara percuma dilakukan di agensi pelancongan, hospital, badan bukan kerajaan, kedai runcit, pasar raya seluruh Kelantan, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Tesesco.

Turut diedarkan di Qaryah Ramadhan dan masjid di seluruh Kelantan serta di semua pintu masuk utama Kelantan hari ini dan esok.

harakahdaily/-

2 maut, 3 ‘ditelan’ tanah jerlus

Posted: 16 Aug 2012 10:12 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ANGGOTA penyelamat menggunakan tali untuk masuk ke lubang sedalam 10 meter.
SEORANG daripada mangsa kemalangan dibawa keluar untuk dikejarkan ke hospital.
SEORANG daripada mangsa kemalangan dibawa keluar untuk dikejarkan ke hospital.

BEIJING: Tanah jerlus menyebabkan sebahagian daripada sebatang jalan sibuk di tengah bandar Harbin, Heilongjiang, berlubang dan 'menelan' beberapa orang, menyebabkan dua daripadanya maut, semalam.

Tiga mangsa lain, termasuk seorang bayi perempuan, cedera apabila lubang selebar enam meter terbentuk di Jalan Liaoyang di daerah Nangang.


Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa selepas mereka menggunakan terowong pembetung untuk memasuki lubang berkenaan. Jurucakap pasukan penyelamat berkata, dua mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Bagaimanapun, penyelamat terkejut apabila mendapati, bayi terbabit hanya mengalami cedera ringan di kepalanya.

Dua lagi mangsa yang cedera masih dirawat di hospital tempatan.

Menurut jurucakap penyelamat, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan).

"Akibat tanah jerlus itu, satu lubang sedalam 10 meter terbentuk di tengah laluan sibuk berkenaan," katanya. Pihak berkuasa terpaksa menutup jalan berkenaan untuk sementara bagi membolehkan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan.

Penilaian juga dijalankan terhadap kemungkinan ada bahaya susulan daripada insiden itu. Polis berkata, punca kejadian masih disiasat.- DM

Hudud Umno sudah mati

Posted: 16 Aug 2012 10:11 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap.

Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam.
Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati.

Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu.

Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud.

Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya.

Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu.

Hingga ada yang cuba mensabitkan tentangan DAP terhadap hudud itu malayakkannya dikatagorikan sebagai kafir harbi, lalu dikatakan haram hukumnya mengundi, menyokong dan bekerjasama dengan DAP.

Jika dilanjutkan lagi tentang kafir harbi, halal darahnya ditumpahkan.

Apa maksud segala perkembangan panas ini? Ia adalah untuk mematikan isu orang Umno minta hudud dilaksanakan dan ada ulama makan gaji dengannya minta Umno ada sayap ulama.

Apabila semuanya gamat dengan apa yang dikatakan polemik hudud antara PAS dan DAP, maka isu hudud yang dibawa PAS terus hidup menjadi perbincangan semua pihak.

Cadangan Adun Johor itu tenggelam dan mati. Maka Umno tidak sibuk lagi dengan hudud yang dikatakan hudud sebenar itu.

Yang timbul di tengah masyarakat ssekarang, yang benar-benar memperjuangkan hudud itu adalah PAS. Walaupun sekiranya Umno pula mati selepas PRU 13 nanti, tidak pula mudah bagi PAS melaksanakan hudud itu serta merta, kerana ia memerlukan kerelaan DAP dulu, tetapi isu tidak mati.

Mungkin PAS akan mengambil masa 20 tahun atau 30 tahun sebelum DAP mempersetujui ia boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja, tetapi dakwah atas hudud itu akan berjalan.

Mungkin Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mati dulu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga mati dulu, isu hudud belum selesai, tetapi tidak boleh orang PAS yang kemudiannya berputus asa atas pelaksanaan itu.

Dalam suasana kedua-dua parti itu berbeza pandangan atas isu itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memahami mengapa DAP bersikap begitu dan Lim Kit Siang dan Karpal juga memahami mengapa PAS konsisten dengan pendiriannya. Dengan satu perkara yang mereka tidak setuju tidak menghalang mereka untuk bersetuju dalam banyak pekara lain.

Sehingga ini Karpal dan DAP tidak melarang PAS terus berdakwah tentang hudud dan mahu melaksanakan hudud. Paling menarik dalam perkembangan yanag terbaru Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP membuka pintu muzakarah dengan PAS tentang hudud.

Semua ini adalah perkembangan antara orang muda DAP dan orang muda PAS. Kedua-dua akan hidup lama lagi dan mereka ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa Malaysia menuju ambang keadilan, merdeka dan sejahtera.

Hudud yang dibawa PAS tetap hidup tetapi yang mati hudud yang dicadangkan oleh Adun Umno.

harakahdaily/-

Mangsa dibaham ketika memukat udang untuk menambah pendapatan menjelang raya Lelaki disambar buaya depan anak

Posted: 16 Aug 2012 10:09 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

AZWAN menunjukkan lokasi bapanya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau pada Rabu lalu dan sehingga sekarang nasibnya belum diketahui.

TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin.

Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu disaksikan anak mangsa, Azwan Jailani, 16, yang berdiri hanya beberapa meter daripada ayahnya, Jailani Indersaya, 54.

Cerita Azwan, sebelum kejadian, dia sedang memancing di tepi sungai manakala ayahnya pula memukat udang.

"Tiba-tiba saya nampak seekor buaya warna hitam menerkam ke arah ayah sebelum menarik ayah masuk ke dalam sungai. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut Azwan, selepas kelibat ayahnya hilang, dia cuba mengejar jejak buaya itu dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai.

"Saya takut dan sedih tapi saya cuba cari juga buaya tersebut tetapi tidak menemui ayah," kata remaja itu.

Paling menyedihkan, Azman memberitahu, kejadian menimpa ayah berlaku hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

"Buaya yang sambar ayah sangat besar dan reptilia itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk membawa ayah ke dalam sungai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, gerakan mencari dilancarkan bagi mengesan mangsa yang hilang.

Bagaimanapun, menurut beliau, sehingga petang semalam pasukan mencari dengan bantuan orang kampung belum menemui mangsa.

Kata beliau, selain Sungai Udin, kes manusia disambar buaya pernah berlaku di Sungai Kalumpang dan Sungai Serudong.

kosmo/-

Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R”

Posted: 16 Aug 2012 09:54 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MUNGKIN tidak ramai tahu isu royalti digerakkan anak muda yang non-partisan. Biar pun label PAS tidak boleh ditanggalkan, namun langkah mereka melangkau sempadan parti.

Buktinya kata Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali, kalangan pemimpin Umno juga menyokong royalti.

Begitu juga katanya, tandatangan yang dikumpul bagi menuntut royalti sekarang sudah menjangkau 80,000. Mereka yang menandatangani termasuk Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu turut memberi sokongan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, bekas Adun Tendong, Fauzi Mohamad dan ramai lagi. Kata Syam, R sebenarnya lahir secara spontan hasil pemikiran orang muda.

Pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil 21 Mei lalu aktivis R memasang banner gergasi untuk ditandatangani bagi menyokong tuntutan royalti.

Ketika itu Annuar tampil bersama penyokong Red Warriors turut simpati perjuangan R. R menjangka dapat mengumpul 150,000 tandatangan sebelum diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya siapa aktivis R kalau bukan dalam kalangan pemuda PAS atau PKR. Mereka sebahagiannya bekas pemimpin gerakan pelajar ketika menuntut di universiti. Selain itu blogger yang membawa suara rakyat. Ada juga bukan Islam yang sanggup jatuh bangun bersama R.

Syam, graduan perniagaan tani dari UPM. Pernah dibicarakan di hadapan Timbalan Naib Canselor di UPM kerana menyertai demontrasi aman di hadapan parlimen membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2004.

"Pentadbiran universiti pernah mengugut mahu membuang saya ketika berada di semester akhir. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja selepas UPM tidak mahu saya panjangkan ke mahkamah," katanya ketika ditemui di sini.

Cuti tanpa gaji

Syam, 30, sekarang cuti tanpa bergaji. Beliau bekerja di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, agensi milik kerajaan negeri.

Anak muda berkulit putih dan mata agak sempit tidak mahu isu royalti berlalu begitu sahaja tanpa diambil kesempatan. Pernah ditempeleng JKKKP kerana memasang sepanduk royalti.

Presiden R, Nazri Deraman, 40, graduan UTM dalam bidang kejuruteraan bangunan. Sekarang pengurus di Tunjung Development Corporation Sdn Bhd.

Selain itu Abu Samah Hassan, 61, satu-satunya aktivis veteran dalam R. Beliau juga Naib Presiden R. Dan seorang lagi Naib Presiden, Dr Syed Khalid, seorang pegawai perubatan.

Lain-lain penggerak daripada blogger, facebooker dan usahawan. R sebenarnya bernaung di bawah NGO, Anak Muda Kelantan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan.

NGO lain yang menyertai R antaranya, Abim, Ikram, Perkim, Pekida, Persada, Perakam dan banyak lagi.

Bercakap mengenai gerakan massa, Syam tidak menafikan R tentunya memerlukan dana yang bukan sedikit.

"Banyak program diatur sejak dilahirkan pada Mei lalu. Pada Ramadan ini sahaja 38 aktiviti diadakan. Dan selepas Hari Raya nanti lebih banyak lagi program.

"Penggerak R perlu kreatif mencari dana. Masing-masing pakat cari duit. Kami juga menjual sticker, topi, t-shirt dan pelbagai lagi produk yang bertema R.

"Sempena Hari Raya ini kami mencetak 100,000 sampul duit raya hasil tajaan rakan-rakan. Selain itu risalah kecil berkaitan royalti yang akan diedarkan kepada anak-anak perantau yang pulang bercuti," ujarnya.

Apa yang mengkagumkan R berkembang dalam masa singkat hanya digerakkan anak-anak muda. R mencipta sayapnya sendiri melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.

Sekarang ada Futsal R, Konvoi R, Rukat (mendaki) R, Kayak R, Berbasikal R, Gelanggang R, Boksing R dan macam-macam lagi.

Sejak berjuang di gelanggang royalti tujuh aktivis dipukul dan sembilan laporan polis dibuat. Agak menarik mengenali R.

(Nanti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

harakahdaily/-

Pesawat mendarat cemas kerana ancaman bom

Posted: 16 Aug 2012 08:35 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MOSCOW - Sebuah pesawat dari New York menuju ke Moscow terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Reykjavik, Iceland, semalam selepas menerima panggilan mengenai ancaman bom.

Jurucakap syarikat penerbangan Aeroflot, Irina Dannenberg berkata, pesawat yang membawa kira-kira 200 penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat.

Pihak berkuasa turut mengambil tindakan segera memeriksa penumpang dan bagasi di dalam pesawat A-330 tersebut untuk mengesahkan dakwaan itu.

sinar harian/-

Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya

Posted: 16 Aug 2012 08:31 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUANTAN - "Saya terpaksa melakukannya kerana amat memerlukan wang." Demikian pengakuan seorang lelaki kepada mahkamah sebagai alasannya mencuri enam helai jubah milik seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Negeri di sini 7 Ogos lalu.

Alasan tertuduh, Jairi Mohd Anuar, 34 dari Taman Desa Mayang, Jeram, Selangor itu bagaimanapun tidak dapat diterima mahkamah sebaliknya Majistret Rini Triany Mohamd Ali menegur perbuatannya yang dianggap kurang bijak.

"Perbuatan mencuri bukan satu tindakan bijak walaupun kamu benar-benar terdesak sebaliknya banyak pekerjaan lain yang boleh kamu lakukan untuk mencari wang bagi menyambut Aidilfitri," katanya.

Mengambil kira rayuan dan kesalahan tertuduh, Rini dalam keputusannya mengarahkan lelaki itu dipenjara sebulan dari tarikh tangkap dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskannya.

Tertuduh yang pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan didakwa memasuki ruang menyimpan stok jubah milik peniaga bazar Ramadan itu lalu mengambil satu ikatan pakaian tersebut.

Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu bagaimanapun disedari pemilik gerai berusia 32 itu lalu dia bertindak mengejar tertuduh yang cuba melarikan diri bersama barang yang dicuri.

Nasib tertuduh tidak baik apabila berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis pada hari yang sama.

Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kelihatan terpinga-pinga ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam mahkamah itu semalam.

Disebabkan masalah yang dihadapi, juru bahasa terpaksa berada berhampiran kandang tertuduh bagi mengulanginya bacaan pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah komputer riba, wang tunai RM1,500 dan empat telefon bimbit milik seorang penduduk di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, kelmarin.

Tertuduh, Wan Amir Azuwa Wan Azman, 20 dari perkampungan sama didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut antara jam 8.20 hingga 10.15 malam, 13 Ogos lalu.

Akibat perbuatan mereka, pemilik rumah berusia 54 tahun kerugian kira-kira RM3,000.

Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh yang minta dibicarakan ditawarkan ikat jamin RM4,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM3,300 selepas dia membuat rayuan berhubung jumlah jaminan itu dengan alasan pendapatan rendah sekitar RM600 sebulan sebagai pencuci kereta.

Mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh pra bicara kes tersebut dalam mahkamah sama.

sinar harian/-

Pelajar agama aktif aktiviti masyarakat - BSM

Posted: 16 Aug 2012 08:29 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BACHOK: Lebih 40 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mempunyai Persatuan Bulan Sabit Merah (BSM) dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Keaktifan dan penyertaan yang begitu menggalakkan pelajar-pelajar sekolah agama menyebabkan BSM menubuh Cabang Yik yang dipengerusikan Nazari Mohd Noor.

Nazari yang juga seorang pegawai di Yik berkata, mengambil kira peranan aktif sekolah agama menyebabkan tahun ini BSM Kebangsaan dan BSM Kelantan menganjurkan program khidmat sosial dan berbuka puasa di Maahad Amir Indra Petra.

"Pemilihan Maahad Amir Indra Petra dibuat selepas mengambil kira kesungguhan pelajar sekolah berkenaan menyertai badan berpakaian seragam Bulan Sabit Merah," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan baru-baru ini.

Turut diraikan di majlis terbabit ibu bapa pelajar. Hadir sama Setiausaha Agung BSM Kebangsaan, Datuk Nordin Razak, Pengerusi BSM Kelantan, Wan Ali Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi, Dr Seri Buana Zainuddin dan Naib Pengerusi, Tuan Ghazali Tuan Long.

Nazari juga berkata, sekolah Yik menjadi juara pada perkhemahan perdana peringkat negeri baru-baru ini. Seorang peserta lelaki juga dipilih sebagai peserta terbaik.

Sementara itu Nordin berkata, program khidmat sosial BSM merupakan aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.

"Pemilihan sekolah Yayasan Islam Kelantan merupakan satu penghormatan yang tinggi dan ia juga selari dengan penubuhan BSM Cabang YIK," ujarnya di majlis berkenaan.

Sempena program tersebut seramai 50 pelajar miskin menerima sumbangan kewangan yang didermakan tokoh-tokoh korporat dan bantuan zakat.

harakahdaily/-

Aliran Trafik Mula Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya

Posted: 16 Aug 2012 08:26 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan semakin banyak kenderaan meninggalkan ibu negara untuk ke destinasi sempena sambutan Aidilfitri.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menghala ke utara antaranya dari Slim River menuju ke Sungkai, dari Tapah menuju ke Gopeng dan dari Seberang Jaya menuju ke Bayan Lepas.

Aliran trafik turut perlahan disebabkan berlakunya kemalangan kecil di kilometer 252.7 dari Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, katanya.

Aliran trafik menuju ke arah selatan masih lancar walaupun menunjukkan pertambahan kenderaan, katanya.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menuju ke Pantai Timur seperti dari plaza tol Gombak menuju ke Karak dan dari susur keluar Genting Sempah menuju ke Karak.

Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutamanya di Lebuhraya Damansara-Puchong dari Bandar Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan.

"Secara keseluruhan trafik pada waktu pagi masih terkawal," kata jurucakap itu.

Beliau berkata LLM menjangkakan trafik akan mula sesak selepas waktu solat Jumaat disebabkan orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota menuju ke kampung halaman masing-masing. - BERNAMA

Pandelela tolak 'blind date', tapi terima lamaran maya

Posted: 16 Aug 2012 08:24 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Atlet terjun negara Pandelela Rinong menolak temu janji dengan pihak tidak dikenali walaupun kemudiannya menerima lamaran maya dalam sesi borak langsung di Internet hari ini.

BagaimaNONEnapun, perkahwinan itu hanya akan berlangsung di ruang siber apabila atlet 19 tahun kelahiran Sarawak itu berkata hanya akan menerima lamaran itu di Sims, sebuah simulasi permintaan popular dalam talian.

Pelbagai soalan diajukan dalam borak santai 80 minit anjuran Yahoo! Malaysia, termasuk soal percintaan gadis yang memenangi pingat secara tidak dijangkakan dalam acara 10m platform wanita di Olimpik London.

Bagaimanapun, ahli sukan yang pemalu dan suka berjenaka itu hanya mendedahkan, pasangannya haruslah berkongsi minat terhadap muzik popular Korea K-pop.

Berikut petikan daripada sesi borak itu:

Peter: Hai Pandelela... Kamu masih tidak berpunya?

Pandelela: Ya dan tidak, huahuahua.

Ronald: Kamu ada sebarang rancangan untuk hubungan cinta?

Pandelela: Ya, semua orang perlu cinta.

Hilary: Apa ciri-ciri pasangan ideal kamu?

Pandelela: Turut suka K-pop dan mesti lucu.

KL man: Hi Pandalela, u ni single lagi ke? I nak ajak u blind date mlm ni boleh tak?

Pandelela: Sorry hari ni saya busy (sibuk).

Wangdu: Kamu sudi kahwih dengan saya?

Pandelela: Ya, dalam Sims, jadi jiran saya!

malaysiakini/-

Bimbang hati ibu

Posted: 16 Aug 2012 08:21 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: "Jika diberi pilihan, biar anak-anak saya pergi dulu kerana jika saya dan suami menghadap llahi lebih awal, siapa yang boleh menjaga dan menyayangi mereka seperti kami lakukan," kata Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental ketika ditemui di rumahnya di Kampung Raja Chendering, di sini, semalam.

Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan.

Meskipun dilihat sengsara dan sukar mengawal lima anaknya itu yang mempunyai karakter pelik dan ada ketikanya agresif, namun raut wajah Jamilah tidak sedikitpun menggambarkan rasa jemu dan putus asa menjaga anak istimewa itu.

Bagaimanapun, Jamilah mengakui bimbangkan nasib anak-anaknya jika dia dan suami terlebih dulu 'dijemput' Allah.

"Ke mana anak-anak saya itu hendak menumpang kasih jika saya dan suami pergi dulu kerana tingkah laku kelima-lima anak saya ini, kadangkala sukar dikawal selain masing-masing mempunyai tabiat pelik.

metro/-

Jet hipersonik AS gagal ujian

Posted: 16 Aug 2012 08:18 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan jet hipersonik X-51A diangkut dengan menggunakan sebuah jentera pengangkut di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California, Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu.

LOS ANGELES - Sebuah jet hipersonik tanpa juruterbang yang direka untuk terbang enam kali ganda melebihi kelajuan bunyi berkecai di Lautan Pasifik beberapa saat selepas melakukan penerbangan ujian ekoran masalah pada ekor pesawat, kata Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut kenyataan tentera AS, masalah pada ekor pesawat X-51A atau Waverider itu dikenal pasti dalam penerbangan ujian pada Selasa lalu.

Masalah teknikal itu berlaku 16 saat selepas roket penggalak melepaskan jet kawalan jauh itu daripada sayap pesawat pengebom B-52.

"Selepas 15 saat apabila X-51A terpisah daripada roket penggalak tersebut, jet tersebut hilang kawalan akibat masalah pada ekornya," kata kenyataan tersebut.

Secara keseluruhan, penerbangan ujian tersebut berlangsung selama 31 saat sekali gus gagal mencapai matlamat tentera AS untuk X-51A berada di udara selama lima minit.

"Pesawat itu berkecai serta-merta dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik dekat Mugu Point di barat daya bandar raya Los Angeles," kata seorang jurucakap Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Ohio, Daryl Mayer.

Menurutnya, jet X-51A itu direka untuk mencapai kelajuan Mach 6 atau 7,350.06 kilometer sejam.

Pada kelajuan tersebut, perjalanan dari Paris ke New York di AS sejauh 5,837 kilometer cuma mengambil masa sekitar 46 minit.

- Agensi

Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui

Posted: 16 Aug 2012 08:12 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

LAKARAN artis menunjukkan galaksi yang menghasilkan banyak bintang.

WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat telah membuat penemuan menakjubkan apabila mereka menemui sebuah ibu kosmik yang jauh di cakerawala.

Ibu kosmik itu merupakan sebuah galaksi tidak bernama yang melahirkan lebih banyak bintang sehari berbanding galaksi Bima Sakti.

Bima Sakti menghasilkan bintang selama setahun.

Kumpulan ahli astronomi berkenaan menggunakan teleskop X-Ray Chandra milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk melihat galaksi gergasi itu.

Ia melahirkan sekitar 740 bintang baharu dalam tempoh setahun.

"Galaksi itu amat ekstrem kerana melahirkan terlalu banyak bintang baharu," kata seorang ahli astronomi Universiti Harvard yang turut bersama menulis kajian tersebut, Ryan Foley.

Menurutnya, bilangan bintang baharu yang dihasilkan itu jauh lebih besar berbanding Bima Sakti yang melahirkan cuma sebuah bintang baharu pada setiap tahun.

Ibu kosmik itu berada sekitar 5.7 bilion tahun cahaya dari pusat gugusan galaksi yang ditemui baru-baru ini.

Gugusan galaksi itu memancarkan sinaran X-ray paling terang yang pernah dilihat oleh ahli-ahli astronomi.

Penemuan tersebut disiarkan dalam jurnal saintifik Nature kelmarin. - AP

Sekolah tergantung, berlaku mendapan tanah

Posted: 16 Aug 2012 08:05 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

MARANG – Sekolah tergantung pertama di Malaysia. Demikianlah keadaan sebuah bangunan sekolah yang dibina di sebuah kawasan agak terpencil di Kampung Alor Limbat di sini, yang mula menjadi buah mulut penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Isu pembinaan sekolah itu juga dikatakan mendapat bantahan sejak awal pembinaannya lagi kerana ia dibina di kawasan yang tidak sesuai dan berair. Kini kebimbangan mereka terjawab apabila berlakunya mendapan tanah sedalam lebih kurang 0.3 meter.

Malah, mereka juga mendakwa bangunan yang dikatakan berharga jutaan ringgit itu bakal runtuh bila-bila masa dan menerima nasib sama dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak yang bumbungnya runtuh pada tiga tahun lalu.

Setiausaha Pas Negeri Terengganu, Yahaya Ali yang mewakili penduduk berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat yang sedang dalam pembinaan itu sepatutnya dibuka dua tahun lalu namun sehingga kini masih belum dapat digunakan.

Ini sebab, katanya bangunan tersebut disahkan tidak selamat untuk digunakan oleh pihak Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akibat berlakunya mendapan tanah di bawah bangunan.

Tapak bangunan kawasan hutan berair

"Setakat yang saya tahu, sekolah (SMK Alor Limbat) ini patut telah dibuka tahun 2010 lagi. Harga kos pengambilan tanah RM1,608,177,00 dan kos pembinaan sekolah pula menelan belanja jutaan ringgit tapi sampai sekarang masih belum dapat digunakan.

"Isunya dari pemilihan tapak lagi sebab asal kawasan berkenaan adalah kawasan hutan berair (tasik) sedangkan pilihan untuk pengambilan balik tanah lebih sesuai boleh dilakukan di tempat lebih baik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Yahaya berkata, pada peringkat awal perancangan pembinaannya sebahagian dari kawasan pembinaan sekolah tersebut juga bertindih dengan kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Penjara Beruk pada zaman kerajaan Pas iaitu pada 1999 hingga 2004.

Sehubungan itu, katanya, tapak kawasan projek itu terpaksa ditambun selain turut membabitkan soal kurang teliti pihak berkenaan hingga tanah sekeliling bangunan sekolah berkenaan mendap lebih kurang 0.3 meter dan menyebabkan bangunan sekolah menjadi tergantung.

Persoalannya, kata Yahaya yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, apakah pemilihan tapak projek sekolah itu kerana mengambil kira kepentingan projek itu sendiri atau mempunyai agenda tersembunyi seperti mengeluarkan kayu balak dari kawasan tersebut.

Dalam pada itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu 13 Ogos lalu kerajaan mengesahkan dalam jawapan bertulis kos pengambilan tanah sekolah itu berharga RM1,608,177 dan pengoperasian tidak dapat diteruskan kerana berlaku mendapan tanah.

sinar harian/-

Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella

Posted: 16 Aug 2012 08:02 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRK) telah menerima permohonan maaf secara rasmi dari penulis buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat" yang dikatakan mengandungi beberapa fakta yang salah dan telah menyebabkan reputasi Ladang Rakyat terjejas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPLRK, Dr. Nazmi Ghazali Azmi, permohonan maaf yang dipohon oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdifella) dan syarikat penerbit buku tersebut Wadah Bakat Sdn Bhd itu membuktikan segala unsur-unsur negatif yang cuba dibawa oleh penulis buku tersebut telah berjaya disekat dari disebarkan kepada masyarakat secara meluas.

(Gambar: Dr Nazmi menunjukkan surat permohonan maaf yang diterima daripada Kickdefella.)

"Alhamdulillah setakat ini kita telah berjaya mengesan pengedaran buku tersebut dan Syed Azidi telah berjanji untuk berusaha menyekat pengedaran buku itu, kita difahamkan buku itu ditulis oleh beliau untuk disebarkan pada perhimpunan agung Umno dulu.

" Ladang Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan maaf yang dibuat di mahkamah pada 12. Ogos lalu dari Syed Azidi atau Kickdefella itu telah dapat mengangkat kembali reputasi Ladang Rakyat dan saya juga menyeru orang ramai yang memiliki buku itu agar tidak mempercayai isi kandungannya," ujar beliau lagi.

Nazmi juga berkata Syed Azidi juga telah menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dalam buku tersebut dan menyesali terhadap kekeliruan apa yang ditulis dalam buku itu.

harakahdaily.-

‘Lupakan kisah lalu’

Posted: 16 Aug 2012 08:00 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

SEPANG: "Tak nak ceritalah. Saya nak lupakan semua, saya dah putus dengan dia," kata bekas pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) Nur Shahira Samsuri, 22, yang terpedaya dan dilarikan kekasihnya ke Lombok, Indonesia pada 11 Jun lalu.

Katanya, dia enggan mengingati kembali peristiwa itu kerana mahu membina hidup baru termasuk menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana bakal menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bulan depan.

"Saya tak berapa nak ingat. Saya kenal dia di sini pun ketika dia bekerja di kantin sebagai pembancuh air. Dia janji nak berkahwin dengan saya.

"Hidup di Lombok sederhana dan saya tinggal di rumah keluarganya sepanjang berada di sana," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) atas bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), kira-kira jam 10.45 malam, kelmarin.

Kepulangannya disambut Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim serta ibu bapa gadis terbabit, Hafilah Man, 49, dan Samsuri Husin, 51.

Jun lalu, Nur Shahira disedari hilang dari rumah selepas mengikuti seorang lelaki berasal dari Lombok, dikenali sebagai Nasib.

Difahamkan, dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai pembancuh air itu ketika membantu neneknya di sebuah kantin di Seberang Prai, Pulau Pinang.
Ketika ditanya sama ada dia sudah berkahwin atau tidak, Nur Shahira enggan menceritakan perkara itu selain tidak mahu mengulas layanan diterima sepanjang bersama keluarga kekasihnya di Lombok.

Malah, sepanjang pertemuan dengan keluarganya, Nur Shahira kelihatan biasa dan tidak menitiskan air mata serta tidak banyak bercakap sepanjang temu bual bersama wartawan.

Bapanya, Samsuri yang juga seorang pensyarah berkata, mereka sekeluarga bersyukur dapat menyambut Aidilfitri bersama anaknya dan mahu Nur Shahira menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Pada masa sama, KP1M turut membawa pulang Ismadani, berusia tiga tahun, iaitu anak kepada seorang ibu muda, Suriani Abdul Wahab, 21. Kepulangan kanak-kanak itu bersama bapanya yang juga suami wanita terbabit, Madon Aban, 32, berasal dari Lombok.

Kisah Suriani yang mahu pulang bertemu keluarganya di Baling, Kedah selepas empat tahun berkahwin dan menetap di Lombok pernah dilaporkan di dalam Harian Metro pada Mei lalu.

Ibu muda itu kemudian pulang ke tanah air pada 29 Mei lalu hasil bantuan KP1M, tetapi pada masa berkenaan anaknya tidak dapat pulang bersama kerana masalah dokumentasi.

Suriani berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan termasuk KP1M kerana membawa pulang insan kesayangannya, sekali gus membolehkan mereka menyambut Aidilfitri bersama.

"Saya sangat bersyukur dapat bertemu kembali dengan suami dan anak kerana sangat merindui mereka selepas kira-kira dua bulan tidak bertemu," katanya. Sementara itu, Abdul Azeez berkata, beliau berharap perkara berkenaan menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia terutama anak gadis supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan janji manis lelaki.

"Perkara ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia. Saya tak tahu jumlah sebenar anak gadis Malaysia yang berada di Lombok kerana kita hanya bantu sekiranya ada ibu bapa melaporkan kepada KP1M," katanya.

metro/-

Warga kota mula balik raya

Posted: 16 Aug 2012 07:55 PM PDT

28 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KESESAKAN di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara pada tengah hari semalam tatkala warga ibu kota mula pulang untuk berhari raya di kampung.

KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan di lebuh raya utama semakin meningkat ketika orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad ini.

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang dilaporkan lancar tengah hari semalam mulai sesak menjelang petang.

Berdasarkan maklumat twitter PlusTrafik, pergerakan trafik perlahan di Plaza Tol Rawang menuju ke utara, begitu juga dengan laluan sebelum memasuki tol Jalan Duta menuju ke Bukit Lanjan dan dari Kilometer 10.9 arah utara Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Damansara.

Aliran trafik juga dilaporkan perlahan di laluan masuk Plaza Tol Juru menuju ke Seberang Perai serta pergerakan ke selatan yang dilaporkan sesak dari arah Machap ke Ayer Hitam, Johor.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus memberitahu, laluan masuk ke tol dari pusat bandar juga bergerak perlahan namun terkawal.

Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga 12 tengah hari semalam, trafik bergerak lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kenderaan keluar dari ibu negara bertambah menjelang malam.

PLUS sebelum ini memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan.

Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.

Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang melakukan tinjauan trafik dengan helikopter berkata, purata 1.7 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari menjelang hari raya berbanding 1.2 juta pada hari biasa.

"Bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, purata trafik harian ialah 32,843 kenderaan pada hari biasa dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 130,000 kenderaan menjelang Aidilfitri," katanya.

kosmo/-

Tiada ulasan:

Catat Komen