Isnin, 2 Julai 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Jul 2012 03:19 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pertahan kemenangan habis-habisan untuk mara ke Putrajaya

Posted: 01 Jul 2012 04:05 AM PDT

Walau pun Najib belum bersedia ... Jentera Pilihanraya (JPrD) DUN Sri Muda dalam Parlimen Kota Raja telah menyediakan persiapan yang lengkap bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke13.

Semua Ketua 18 Daerah Mengundi atau JPrU yang telah melangkapkan organisasi masing-masing yang menerima watikah dari Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja begitu bersemangat untuk berjuang habis-habisan pada kali ini bagi mempertahan kemenangan yang diperolehi pada PRU ke 12 yang lalu.

Selain mendengar dan meneliti lapuran Profile DUN Sri Muda yang disampaikan oleh Tn Haji Hakim Kari yang merupakan Pengarah JPrD Sri Muda, taklimat turut disampaikan oleh Pengarah JPrK, TYDP manakala YB Dr Mariah pula memberikan ulasan berkaitan pencapain JPrD dan beberapa strategi yang perlu diambil oleh semua petugas dalam menghadapi masa menunggu pembubaran Parlimen, selepas pembubaran parlimen dan dalam tempuh berkempen.


























Dicatat oleh Pengarah Pilihanraya (JPrK) PAS Kota Raja

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 02 Jul 2012 03:14 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Anak Muda Terengganu Sudah Bersedia Bersama PAS Mara ke Putrajaya

Posted: 01 Jul 2012 11:33 AM PDT

Petikan : Buletinonline

MARANG – Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Mereka yang menyertai sesi 'Xpresi Hijau Menuju Putrajaya' berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan.

"Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini…..

"Adakah anak-anak muda yang berhimpun di experisi hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?,"soal Nasruddin.

Pertanyaan Nasruddin itu dijawab 'Ya' oleh kira-kira 5000 orang anak muda yang hadir berhimpun di Kampung Pada Mengkuang dekat sini.

Nasruddin berkata demikian ketika menyampaikan pidato khasnya pada program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu pada Sabtu 30 Jun.

Oleh itu, beliau mengingatkan supaya mereka tidak leka dan lalai serta setia dengan perjuangan dan berpaling ke belakang apabila diserang musuh.

Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pahit gentir, perubahan mesti dilakukan dan Umno-BN mesti dijatuhkan.

Beliau berkata, biar apa sahaja halangan melintang dan rintangan yang datang, anak-anak muda mesti terus berjalan menuju ke Putrajaya.

"maka kita terus mara dan melangkah ke Putrajaya, biarkan apa sahaja halangan melintang, rintangan yang datang, itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah.

"Memang perit kita berjuang, tetapi Allah menyebut kepada kita 'jika sekiranya kamu merasai sakit berhadapan dengan mereka, bertempurdengan mereka, bersaing dengan mereka. Kamu berasa sakit, merasa perit. Merasa pedih. Maka mereka juga sakit sebagaimana kamu rasai sakit itu',"tegasnya.

Sehubungan itu, Nasruddin telah melancarkan logo 'Pakat Pangkah PAS Bohh' yang menjadi moto Pemuda PAS dalam menghadapi kempen pilihanraya umum yang akan datang.

Turut sama dalam sesi 'Xpresi Hijau' itu adalah Setiausaha DPPM Khairul Faizi derta ahli-ahli Jawatankuasa DPPM dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 02 Jul 2012 01:28 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Majlis Makan Malam Bersama MP Khalid Samad

Posted: 01 Jul 2012 10:35 AM PDT

Majlis tersebut akan diadakan di Markas Pas Besout. Semua dijemput hadir. Tiket masih boleh didapati sehingga majlis bermula.

Jom kita meramaikan majlis sambil mendengar info-info terkini daripada ahli parlimen ini.


PAS TAMBUN

Posted: 02 Jul 2012 01:07 AM PDT

PAS TAMBUN


Keberanian seorang Ulama berkata di Istana Firaun yang zalim

Posted: 02 Jul 2012 12:35 AM PDT




ORANG PAS DI JEMPUT MERAMAIKAN PROGRAM INI, DAN TANYALAH SEBARANG SOALAN AGAR DAPAT DI JAWAB OLEH BELIAU.

KEMPEN JOM SOLAT DI PASARAYA MYDIN MERU RAYA

Posted: 01 Jul 2012 10:48 PM PDT

Edaran risalah JOM SOLAT Di Surau di Tingkat 2

edar risalah kepada para peniaga


Security Officer menegur dan melarang kami mengedar risalah JOM SOLAT tersebut.. kami hormat kerana menegur dengan cara yang baik.. terima kasih JOM SOLAT sekali.. dia kata kami ada surau lain...

AF Ust Lokman mengimamkan solat zohor aritu.. (sebahagian dari jemaah, tetapi bila beri salam ada 2 shaff lagi di belakang)
Bergambar di pintu masuk ke surau pasaraya Mydin... Alhamdulillah misi berjaya
Misi edaran risalah kempen JOM SOLAT di Pasaraya Mydin Meru Raya, Ket Pemuda sebagai ketua misi tersebut memberi taklimat kepada para peserta.

Hj Mat Lazim bersama Security Officer yang mengarahkan supaya edaran dihentikan di dalam banggunan tersebut.. Alhadulillah kami hormat teguran yang baik dan kami terus ke surau untuk solat zohor
 
Pekena laksa dulu..

Ketua Lajnah Tarbiyyah (AF Ust Lokman) dan Ketua Urusan Ulama MTD Manjoi (AF Ust Rosli) , kalau ada ketua urusan Ulama PAS Kawasan lagi le power...

Berbincang dengan Security Officer Mydin

Misi selesai setelah 1000 risalah diedarkan

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Jul 2012 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Berpecah: Pemuda Umno Johor jangan salahkan PAS

Posted: 01 Jul 2012 09:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Johor peringkat bahagian-bahagian dinasihatkan jangan menyalahkan Pemuda PAS negeri bagi menutup bangkai yang busuk.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya Ketua Pemuda Umno Johor Baharu Khalid Mohamad, Ketua Pemuda Umno Tebrau Syahrin Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pagoh Ismail Mohamed yang menafikan pergolakan dalaman Pemuda Umno negeri dan menuduh Pemuda PAS hanya mahu mencari populariti dinasihatkan meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, Ahmad Maslan telah membuat kenyatan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 1 Julai lalu yang tidak menafikan berlakunya pergolakan dalaman Pemuda Umno Johor.

"Malah beliau menasihatkan agar Pemuda Umno Johor menyelesaikan masalahnya melalui dialog dan mesyuarat," kata Suhaizan.

Justeru, ujarnya jika tidak ada kemelut dalam Pemuda Umno Johor masakan Ahmad Maslan menasihatkan yang sedemikian rupa.

Katanya lagi, Khairy Jamaluddin juga tidak menafikan wujudnya kemelut dalaman Pemuda Umno Johor.

"Malah beliau menyatakan Pemuda Umno Johor termasuk dalam negeri-negeri yang dipantaunya sendiri. Suatu keputusan akan dibuat sama ada merombak atau tidak kepimpinan Umno Negeri Johor," ujarnya lagi.

Suhaizan menambah, jika Pemuda Umno Johor tidak bergolak masakan Khairy Jamaluddin terpaksa memantaunya.

Ini, jelas beliau membuktikan wujudnya 16 Ketua Pemuda Umno bahagian di Johor yang tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda Umno negeri Mohd Fadil Muskon.

Beliau berkata Khairy Jamaluddin juga telah menuduh Pemuda PAS Johor cuba mengalihkan isu bagi menutup masalah sendiri.

Tambahnya, barang kali Khairy Jamaluddin tidak diberi maklumat tepat oleh kepimpinan Pemuda Umno Johor bahawa kehadiran lebih 10 ribu peserta Himpunan Hijau PAS Johor yang telah diadakan di Taman Dahlia, Kempas telah membuktikan bahawa rakyat bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Johor.

"Alhamdulillah Himpunan Hijau PAS ini telah mengatasi himpunan yang telah dianjurkan oleh parti politik pemerintah dan NGO yang pro pemerintah di Negeri Johor sebelum ini," jelasnya.

Ini, ujarnya membuktikan bahawa penerimaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin baik.

Justeru, Pemuda PAS Johor juga menasihatkan Mohd Fadil Muskon bahawa 'budak baik' seperti beliau tidak sesuai berada dalam Umno dan lebih sesuai berada dalam PAS.

"Kalau kita baik tetapi berkawan dengan orang jahat kita akan menjadi jahat. Sungguh pun kita jahat tetapi berkawan dengan orang baik.

"Insya Allah kita akan menjadi baik. Selamat dunia dan akhirat. Marilah berubah mulai sekarang," katanya.

Harakah Daily

Wanita Jordan suka merokok

Posted: 01 Jul 2012 09:46 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Amman: Rakyat Jordan menghabiskan berjuta-juta dolar setiap tahun untuk rokok manakala lebih ramai wanita di negara itu menghisap rokok berbanding lelaki laporan.

Faktor sosial tidak menghalang bilangan perokok wanita daripada terus meningkat setiap tahun sehingga melebihi golongan lelaki, kata laporan Expenses Survey bagi tahun 2010. Malah, ada wanita yang lebih gemar memilih paip yang dipanggil narghile (shi sha) berbanding rokok kerana mereka mendapati ia lebih menghiburkan walaupun kosnya mungkin lebih tinggi.

Penghisap narghile berkata mereka menghabiskan antara 400 - 600 (RM1,800 - RM2,700) dinar setiap bulan .

Ketua Jabatan Kesedaran di Kementerian Kesihatan Jordan, Malek al-Habashna berkata penduduk Jordan membelanjakan kira-kira 352 juta dinar untuk merokok dan angka berkenaan dilaporkan meningkat kepada 481 juta pada 2010. - Agensi

Bandar China hadkan jualan kereta

Posted: 01 Jul 2012 09:37 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan sejumlah kenderaan bergerak di Beijing.

BEIJING - Pihak perbandaran Guangzhou mengehadkan jualan kereta bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.

Menurut agensi berita itu, hanya 120,000 buah kereta baharu dibenarkan didaftarkan dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 10,000 buah kereta sebulan.

Langkah itu akan dikuatkuasakan semalam.

Bandar raya ini adalah yang ketiga selepas Beijing dan Guiyang yang menghadkan jualan kereta sebagai usaha untuk memperbaikan trafik dan kualiti udara.

Pihak pengurusan bandar raya Beijing mengehadkan pemilikan kereta kepada 20,000 buah sebulan pada Januari tahun lalu.

Menurut Xinhua, semasa waktu puncak, kereta di Guangzhou hanya boleh bergerak selaju 20 kilometer sejam. - Reuters

Restoran China dikuasai robot

Posted: 01 Jul 2012 09:32 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KANAK-KANAK ini terpegun melihat pelayan robot membawa makanan.

ROBOT menghiburkan pelanggan cilik.
HARBIN (China): Kata orang, satu hari nanti, robot akan melayan manusia, dalam kes ini, boleh dianggap sebagai pembuka selera.

Sekiranya anda pergi ke restoran ini yang terletak di bandar Harbin, China, anda akan melihat 18 robot, dari pelayan ke tukang masak, hinggalah ke penyambut tetamu, bersedia untuk memastikan pengalaman menikmati makanan yang sempurna.

Restoran itu mempunyai 18 jenis robot dan setiap satu akan bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan anda. Hidangan istimewa di sini termasuklah robot dumpling dan mi robot.

Apabila tetamu melangkah masuk, robot penyambut tetamu akan mendepangkan tangan mereka ke tepi dan dengan suara cereka sains yang lancar, mereka berkata "Orang Bumi. Helo. Selamat datang ke Restoran Robot."


Selepas tetamu membuat pesanan mereka, robot di dapur akan mula memasak.


Sebaik saja hidangan siap, robot pelayan yang bergerak menggunakan laluan di lantai, membawanya dari dapur ke meja.

Hidangan yang siap itu diletakkan di atas sawat penyampai yang tergantung dan apabila tiba di meja yang betul, tangan mekanikal akan mengangkat hidangan itu dan meletakkan di atas meja.

Sambil tetamu makan, satu lagi robot akan menyanyi untuk menghiburkan mereka.

Semua robot di dalam restoran itu direka dan dihasilkan oleh Syarikat Harbin Haohai Robot.

Ketua Jurutera, Liu Hasheng berkata, mereka melaburkan 5 juta yuan (RM2.5 juta) untuk membina restoran itu dan setiap robot berharga antara RM100,000 hingga RM150,000.

Katanya, "Staf di bilik komputer boleh mengendali keseluruhan pasukan robot itu. Selepas waktu puncak setiap hari, robot ini akan berehat untuk "makan" iaitu bekalan elektrik."

Liu berkata, selepas dicaj selama dua jam, robot ini boleh bekerja tanpa henti selama lima jam.

Restoran ini kini menyediakan menu lebih 30 hidangan dan setiap satu berharga antara RM20 dan RM25. - DM

EPL: Mancini pintas gaji Fergie

Posted: 01 Jul 2012 09:28 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

ROBERTO Mancini bersetuju melanjutkan kontrak baru sebagai pengurus Manchester City selepas kejayaan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Dengan kontrak baru itu, Mancini dikatakan bakal menerima gaji lumayan lebih besar daripada gaji diterima pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun, City dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu pada minggu hadapan.

Difahamkan, musim lalu gaji Mancini menyamai apa yang diraih Fergie yang dikatakan menerima bayaran sekitar RM29.4 juta setahun.

Sinar Harian

Olimpik: Giggs kecewa Beckham disisih

Posted: 01 Jul 2012 09:25 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUDA tua Manchester United, Ryan Giggs mengakui mahu beraksi bersama David Beckham dalam pasukan Great Britain (GB) pada acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik London, penghujung bulan ini.

Bekas kapten Wales itu kecewa kerana nama Beckham tidak tersenarai dalam 18 pemain skuad pimpinan Stuart Pearce, sebaliknya memilih Craig Bellamy dan Micah Richards termasuk dirinya untuk tiga pemain lebih usia 23 tahun.

"Saya beraksi dengan Beckham di Old Trafford lebih 10 tahun dan memang kecewa bila namanya disisihkan Pearce.

"Tetapi, apa boleh buat. Harap dia dapat terima keputusan ini dengan tabah walaupun berat untuk diterima," katanya.

Namun begitu katanya, pemain berusia 38 tahun itu teruja kerana buat pertama kalinya beraksi mewakili jersi pasukan GB dalam Olimpik.

Sinar Harian

Euro 2012: 'Jerman masih yang terbaik'

Posted: 01 Jul 2012 09:24 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos percaya Die Mannschaft masih merupakan antara pasukan terbaik di dunia meskipun terkandas di separuh akhir Euro 2012.

Menurutnya, kegagalan mereka melangkah ke perlawanan akhir bukanlah penamat kepada pasukan Jerman kerana di bawah bimbingan Joachim Low pasukan itu dibarisi beberapa pemain muda yang berpotensi memenangi kejohanan utama pada masa hadapan.

"Ya kami terkandas di separuh akhir, tapi kami telah membuktikan kemampuan sepanjang kejohanan ini.

"Rekod kemenangan 100 peratus di peringkat kumpulan dan suku akhir satu pencapaian yang hebat.

"Ia mengatasi rekod dua kejohanan Euro sebelum ini. Kami dalam proses membina pasukan dan sentiasa memandang ke hadapan," katanya.

Sinar Harian

Bufffon: EPL musnahkan England

Posted: 01 Jul 2012 09:22 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENJAGA gol Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon percaya kebanjiran pemain asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi faktor kegagalan pasukan kebangsaan England di peringkat antarabangsa.

Katanya, pemain asing lebih menonjol dalam EPL sehingga menenggelamkan bakat pemain Inggeris. "Mempunyai liga yang kompetitif tidak semestinya memiliki ramai pemain yang bagus.

"Untuk beberapa tahun, EPL muncul sebagai antara liga terbaik di dunia, namun ia tidak memberikan kebaikan kepada pasukan kebangsaan England.

"Ramai pemain Inggeris yang bergelut untuk bersaing dengan pemain asing sehingga menyukarkan jurulatih mengenal pasti potensi sebenar mereka," katanya.

Sinar Harian

Bekas pejuang Hamas dipenjara seumur hidup

Posted: 01 Jul 2012 09:21 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Mahkamah Tentera Israel, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas pejuang Hamas selepas didapati bersalah mengarahkan pembunuhan ke atas puluhan penduduk negara itu.

Ibrahim Hamed yang mengetuai gerakan Hamas di Tebing Barat didakwa bertanggungjawab melakukan serangan berani mati sehingga menyebabkan 46 orang terkorban manakala
lebih 400 lagi cedera.

Media tempatan melaporkan, Hamed ditahan pada 2006 oleh ejen yang melakukan penyamaran untuk Agensi Keselamatan Shin Bet.

Sinar Harian

Bukit Botak: Umno Cuba Rampas Kejayaan Pakatan, Beri Tawaran Palsu

Posted: 01 Jul 2012 09:10 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAJANG, 2 JUL: Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat Selangor menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga yang tidak munasabah kepada peserta skim itu.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan selama lebih 20 tahun,

"Apa yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 ribu.

"Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis.

"Ini bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar," kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini.

Masalah Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

Kerajaan Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih RM160,000.

Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno.

"Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan.

"Bila kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula," ujarnya lagi.

selangorku/-

Hodgson: England tetap England

Posted: 01 Jul 2012 09:10 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PENGURUS England, Roy Hodgson menegaskan Three Lions tidak perlu mengubah pendekatan mereka selama ini hanya disebabkan tersingkir daripada saingan Euro 2012 baru-baru ini.

Tewas kepada Itali, 4-2 menerusi sepakan penalti di pusingan suku akhir, beliau berkata, anak buahnya perlu mengekalkan cara tersendiri untuk berjaya ke tahap yang lebih baik dan bukannya mencontohi orang lain.

"Kita perlu kekalkan semangat juang yang sentiasa ada dalam bola sepak Inggeris. Saya mahu England menjadi England.

"Tidak perlu buang semua kualiti yang ada sebelum ini hanya disebabkan kita sudah tidak layak dalam saingan kali ini," katanya.

Mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki pasukan, Hodgson turut membidas juara bertahan Sepanyol yang bertembung dengan Itali di pusingan akhir juga mengalami sumpahan sama seperti pasukannya menerusi penentuan sepakan penalti.

"Meskipun mereka berada dalam kejohanan utama, tetapi masih gagal mencapai apa-apa kejayaan beberapa tahun kebelakangan ini dan anda tidak boleh katakan kami akan bermain seperti La Roja kerana cara mereka dan England adalah berbeza," katanya.

Untuk rekod, Sepanyol pernah kecundang pada pusingan akhir Euro 1984 kepada Perancis menerusi sepakan penalti yang berkesudahan 5-4.

Mengulas mengenai kemunculan pemain baru dalam skuad kebangsaan sedia ada, jurulatih berusia 65 tahun ini tetap optimis mengenai masa depan barisan pasukan England.

"Kita mempunyai pemain berbakat seperti Alex Oxlade Chamberlain dan Danny Welback yang bersama kita di Euro, saya berharap dua tahun akan datang mereka akan menjadi pemain yang lebih cemerlang," katanya yang akan menumpukan perhatian kepada kempen Piala Dunia yang bermula 7 September depan.

England ditimpa sumpahan penalti apabila tersingkir pada suku akhir Euro 2012 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan masa tambahan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Ia merupakan kali ketujuh Three Lions disingkirkan dengan cara sama dalam keHodgson mahu pasukan lupakan kekecewaan pada Euro 2012. johanan utama.

Sinar Harian

Pembangkang Syria tolak pelan peralihan

Posted: 01 Jul 2012 09:03 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Kumpulan pembangkang di Syria, semalam sebulat suara menolak pelan peralihan kuasa politik secara sementara di negara itu.

Tokoh veteran pembangkang, Haitham Maleh berkata, perjanjian untuk menubuhkan satu kerajaan sementara untuk menghentikan keganasan di negara tersebut sememangnya satu perkara sia-sia.

"Keberkesanan pelan itu sememangnya diragui walaupun ada elemen positif. Ia tidak dapat memberi jaminan dapat menghentikan konflik yang semakin meruncing di negara ini," katanya.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Majlis Kebangsaan Syria, Bassam Kodmani menyatakan kejayaan pelan itu juga masih samar-samar kerana ia kekurangan mekanisme untuk melaksanakannya.

"Kami tidak mahu lagi berkongsi kuasa dengan Assad. Pelan damai sebelum ini juga gagal dipatuhi dan pembunuhan ke atas orang awam masih lagi berleluasa sehingga ke hari ini," tegasnya.

Kelmarin, pelan penubuhan kerajaan sementara di Syria yang dicadangkan oleh Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan telah dipersetujui semasa dibincangkan dalam persidangan antarabangsa di Geneva.

Difahamkan, pelan tersebut akan mengecualikan penglibatan Presiden Bashar al-Assad. Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang seakan tidak bersetuju dengan cadangan pelan tersebut menegaskan tidak ada pihak yang perlu dikecualikandaripada proses pembentukan kerajaan sementara di Syria.

"Pengecualian mana-mana individu atau parti sememangnya akan menggagalkan usaha penubuhan kerajaan perpaduan," katanya lagi.

Pada masa ini, keganasan di Syria dilaporkan semakin buruk ditambah lagi dengan krisis yang tercetus bersama Turki, kira-kira dua minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan Assad terpaksa mengisytiharkan negara itu berada di dalam kancah peperangan sebenar selepas Turki mula mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan jika sempadannya diceroboh.

Sinar Harian

Euro 2012: Robson pertahan Rooney

Posted: 01 Jul 2012 09:02 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

BRYAN Robson memegaskan Wayne Rooney bukan punca England terkeluar daripada saingan Euro 2012. Selepas penyingkiran Three Lions, Rooney menjadi bahan kritikan media England kerana gagal menghasilkan impak pada perlawanan suku akhir menentang Itali.

Namun, Robson yang juga merupakan legenda Manchester United berasakan layanan media terhadap Rooney tidak adil, malah beliau percaya media di negara itu sengaja mahu mencari kesalahan pemain berkenaan.

"Media selalu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Memang senang mengkritik seseorang sepanjang masa. "Saya perasan, segala tumpuan dan kritikan dilemparkan ke atas Rooney. Ketika menentang Itali, dia gagal menjaringkan gol kerana tidak mendapat bantuan daripada bahagian tengah.

"Jadi, adakah itu juga kesilapan Rooney?," katanya. Robson berkata, adalah lebih baik penyokong dan pemerhati bola sepak di England menerima penyingkiran anak buah Roy Hodgson kerana hakikatnya mereka kekurangan bakat yang mampu memenangi kejohanan utama.

"Saya fikir England belum cukup bagus. Kami kekurangan pemain yang benar- benar berkualiti. "Hanya ada beberapa pemain sahaja boleh dikatakan bertaraf dunia selebihnya hanya biasa-biasa," katanya.

Sinar Harian

Kapal layar: Jeremy tawan Pulau Indah

Posted: 01 Jul 2012 08:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

JUARA bertahan, Jeremy Koo berjaya mengekalkan kecemerlangan apabila menjuarai Perlumbaan Sirkit Kapal Layar Malaysia (MMRC) 2012 di Pulau Indah semalam.

Berjaya menyingkirkan Mohd Masyuri Rahmat daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia 1, Jeremy yang membawa pulang wang tunai RM8,000 mengakui kerjasama rakan sepasukan yang mengekalkan disiplin dan komitmen tinggi banyak membantu kemenangannya.

"Meskipun angin agak kuat ia tidak menjadi masalah kerana turut membantu kami. Pasukan lawan juga tidak kurang hebat, namun kesilapan Masyuri gagal mengawal kapal semasa di pertengahanperlumbaan memberi kelebihan kepada kami untuk mengatasinya," katanya yang bertekad untuk mencipta hatrik kemenangan di saingan seterusnya.

Mengutip 25 mata di venue kedua MMRC, Jeremy telah mengumpul 50 mata sebelum aksi terakhir MMRC di Pulau Duyung, Terengganu pada penghujung tahun ini.

Sinar Harian

Kontraktor: 'Bank Negara musnahkan kami'

Posted: 01 Jul 2012 08:55 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Sebuah firma pembinaan mendakwa Bank Negara memaksanya muflis untuk mengelak daripada menanggung kos untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC).

Kontraktor kejuruteraan dan pembinaan itu, H&I Niaga Sdn Bhd mendakwa tindakan Bank Negara yang enggan membayar kos berkenaan menyebabkan syarikat tersebut kini mengalami masalah.

Syarikat itu juga mendakwa telah menandatangani satu perjanjian tambahan yang "berat sebelah" dengan Bank Negara pada September 2009.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Bank Negara enggan membuat bayaran kepada syarikat tersebut hingga H&I muflis supaya perkara itu dapat disembunyikan.

Pua berkata, tindakan tersebut menyebabkan syarikat berkenaan tidak dapat membayar hutang yang ditanggungnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah pengarah urusan H&I Niaga Ismail Mohd Hisham dam pengarah eksekutif syarikat tersebut Amerudin Ismail.

malaysiakini/-

Rozaimi jadi hero baru Harimau Muda

Posted: 01 Jul 2012 08:47 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

TIDAK syak lagi, Rozaimi Abdul Rahman wajar dijulang sebagai hero baharu skuad Harimau Muda selepas meledak sembilan gol sekali gus muncul penjaring terbanyak peringkat Kelayakan Kumpulan G Piala Asia Bawah 22 tahun yang kini masih berlangsung di Yangon, Myanmar.

Rozaimi membuktikan betapa dia memiliki karakter luar biasa sebagai penyerang digeruni apabila membantu Malaysia membenam cabaran Vietnam 3-0 dengan melakukan hatrik pada Sabtu lalu.

Kini, sentuhan magis pemuda asal Bongawan, Sabah itu ditagih Ong Kim Swee dan rakan-rakan dalam usaha merealisasikan impian beraksi secara merit layak ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan tercapai.

Aks i pemain bintang muda dalam pembikinan, Rozaimi Abdul Rahman semakin mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila muncul penjaring terbanyak dengan sembilan go pada aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun di Myanmar setakat ini.

Kelibatnya sering mengundang perasaan gelisah pertahan lawan. Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Pemain yang dilahirkan pada 11 Jun 1992 di Bongawan, Sabah itu mula disenaraikan Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee Julai tahun lalu untuk perlawananpersahabatan antarabangsa menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Kini, walaupun baru berusia 20 tahun, pemain yang digelar 'Neymar Malaysia' sudah sebaris dengan pemain 'senior' B22 seperti Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haikal, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri (sekadar menyebut beberapa nama).

Memulakan karier bola sepak profesional bersama pasukanSarawak pad 2010, tetapi Rozaimi kembali menabur bakti di bumi negeri di bawah bayu tahun lalu selepas bakatnya dicungkil menerusi pasukanPiala Presiden Sabah pada peringkat remaja.

Kecemerlangan Rozaimi pastinya memberi kelegaan kepada pasukan Malaysia. Apa tidaknya, dia dijangka bakal memberi saingan getir kepada barisan penyerang lebih senior seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan tempat di kesebelasan utama pasukan kebangsaan khususnya menghadapi Piala AFF Suzuki tahun ini.

Namun paling penting, Rozaimi harus bantu rakan menjinakkan cabaran tuan rumah, Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan G sekali gus layak ke pusingan akhir.

Sinar Harian

Bukit Aman, Penjara mengaku

Posted: 01 Jul 2012 08:45 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

Banduan, warden, polis terbabit edar dadah dikesan

KUALA LUMPUR: Polis dan Jabatan Penjara mengakui polis serta warden terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di penjara. Sehubungan itu kedua-dua pihak sedang menyiasat untuk mengesan dalang kegiatan itu bagi memastikan tembok penjara kebal daripada cubaan penyeludupan dan pengedaran barangan terlarang.

"Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu" - Noor Rashid Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata bagi tujuan itu polis dan Jabatan Penjara akan merangka mekanisme khusus termasuk meningkatkan pemantauan dan risikan.

Beliau memberi amaran mereka yang disyaki mengedar dadah akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada polis atau pegawai penjara dalang kegiatan itu.

Biasanya transaksi berlaku di luar seperti ketika perbicaraan atau ketika ahli keluarga melawat banduan.

"Polis sudah berbincang dengan Jabatan Penjara dan sedang merangka langkah khusus menanganinya. Kita sedang merancang sesuatu," katanya kepada BH semalam,

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini mengenai penyeludupan dan pengedaran dadah serta barang larangan lain dalam penjara dengan bantuan warden dan polis yang diberi upah.

Warden dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu pula mampu meraih sehingga RM20,000 sebulan.

Dijual lebih mahal

Dadah dijual 10 kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran dan diseludup menggunakan pelbagai cara termasuk dimampatkan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dubur ketika banduan dibawa polis ke lokap mahkamah atau balai transit.

Warden pula didakwa menyeludup dadah menggunakan dompet, topi, pakaian dan plastik nipis yang dilekatkan pada badan sebelum diserahkan kepada banduan.

Sementara itu, Ketua Unit Sekretariat Jabatan Penjara, Supri Hashim mengakui ada pegawai penjara dikesan terbabit dalam kegiatan itu sudah dibuang kerja, ditahan dan dihukum penjara.

"Tindakan terhadap banduan terbabit kesalahan tatatertib kerana menyimpan atau menyalahguna dadah pula dikenakan hukuman termasuk sebatan rotan," katanya dalam satu kenyataan.

berita harian/-

'Ini saja yang kami mampu'

Posted: 01 Jul 2012 08:37 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT - "Rumah kami hanya dibina menggunakan kayu terpakai kerana kami tidak mampu untuk membeli yang baru memandangkan kewangan tidak mencukupi." kata penduduk, Melati Abdul Razi, 35 yang tinggal di Kampung Baru Talang, Tanjung Blanja.

Melati berkata, kekangan wang menyebabkan dia dan suaminya, Mohd Saharizal Ahmad Shafirie, 32, tidak mampu memperbaiki rumah mereka dengan sempurna.

Menurutnya, kayu dan zink berkenaan diambil dari rumah ibunya apabila kediaman tersebut dibaik pulih.

"Kami membina rumah sekadar tempat untuk berteduh sahaja memandangkan pendapatan kami tidak menentu setiap bulan," katanya kepada Sinar Harian.

Melati berkata, dia hanya bekerja sebagai tukang sapu di rumah orang dan mendapat belas ehsan orang berkenaan untuk memasukkan bekalan elektrik serta air ke kediaman mereka.

Katanya, Mohd Saharizal pula bekerja kampung dan terpaksa menunggu sesiapa sahaja mengajaknya untuk bekerja.

"Saya amat berharap supaya rumah kami dapat dibaik pulih supaya dapat tinggal dengan selesa seperti orang lain.

"Jika mahu melakukannya sendiri, kami tidak mampu memandangkan kewangan yang ada hanya untuk untuk keperluan harian sahaja," katanya.

Sinar Harian

Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika

Posted: 01 Jul 2012 08:36 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.

Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

"Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah.

Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.

"Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.

"Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.

"Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya lagi.

Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.

"Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.

Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.

'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.

Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.

"Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim

"Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran."

Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.

"Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah.

Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.

selangorku/-

3 bekas pelajar ditahan

Posted: 01 Jul 2012 08:33 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

BERKAS...polis menahan dua suspek wanita yang jual ijazah palsu USM di laman web.

GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.

Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000.

Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.

metro/-

Penyanyi Jefrydeen terima surat hak milik tanah

Posted: 01 Jul 2012 08:26 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor di Kampung Melayu Subang Tambahan di sini, semalam.

Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai, lapor mediaselangorku.

"Saya berasa syukur dan gembira kerana menunggu lebih 10 tahun dan akhirnya ia menjadi kenyataan.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin akan masalah ini serta meluluskan permohonan saya.

Sebelum ini saya pernah memohon beberapa kali sejak 1999 tetapi gagal," kata penyanyi 65 tahun yang popular dengan lagu "Kenanganku".

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk kampung tersebut di sini hari ini.

Majlis penyerahan itu disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dihadiri Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail, serta ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim.

Seorang lagi penerima, Che Nah Salleh, 60, berkata pemberian hakmilik itu adalah bukti Kerajaan Negeri amat mengambil berat akan kebajikan rakyat di Selangor.

Pesara kakitangan kerajaan itu pernah membuat permohonan hakmilik pada zaman pentadbiran Umno-BN tetapi keputusannya menghampakan.

"Selepas 2008 barulah segalanya berubah dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Memang saya gembira dengan anugerah ini," kata ibu tunggal lima anak yang kematian suami pada 1981 itu.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri mendapati masih ramai penduduk di sesuatu kawasan penempatan di Selangor yang masih tidak dapat hakmilik.

Ini kerana mereka adalah terdiri dari penduduk yang telah mendiami kawasan perumahan tersebut dalam tempoh yang lama.

"Oleh sebab itu Kerajaan Negeri telah meminta Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun masanya agak lama untuk selesai, iaitu lebih dari setahun, tetapi saya rasa bila sudah diselesaikan, ia memberikan ketentuan kepada pemiliknya," katanya. - http://www.selangorku.com

Harakah Daily

48 peratus pengguna internet adalah wanita

Posted: 01 Jul 2012 08:22 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negara ini turut dimanfaat kaum hawa yang mewakili 48 peratus pengguna internet.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Mentei Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata, statistik juga menunjukkan ramai wanita memanfaatkan ICT untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka.

"Kemudahan Internet yang ada memberi peluang kepada mereka sama-sama mempelopori bidang ICT. Mereka setanding dengan lelaki di dalam mengaplikasikan kemudahan yang wujud melalui perniagaan 'online' walaupun beroperasi di rumah," katanya.

Yee berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia 2012 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini malam tadi.

Katanya, seminar keselamatan bertema 'Wanita dan ICT' yang diadakan khusus untuk kaum hawa itu adalah wajar dan tepat pada masanya.

"Ini kerana menurut laporan akhbar, kebanyakan mangsa jenayah siber terutama yang membabitkan laman sosial seperti Facebook dan juga pesan ringkas (SMS) berbaur lucah adalah terdiri daripada kaum wanita," katanya.

Yee turut meminta lebih banyak pihak tampil membantu SKMM dalam mengurangkan jurang digital dan seterusnya meningkatkan penggunaan jalur lebar di Sabah dengan pelbagai inisiatif baru termasuk peluasan liputan jalur lebar. - BERNAMA

Bayar guna cek tendang

Posted: 01 Jul 2012 08:07 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Sebuah syarikat telekomunikasi kerugian RM336,800 selepas diperdaya dua individu berhubung urus niaga kad prabayar dalam kejadian di Pasir Tumboh, dekat sini, pada 21 Jun lalu.

Dua individu itu dikatakan berjaya mempengaruhi pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan untuk menjual 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800, sebelum menyerahkan cek tendang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud (gambar), berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada 25 Jun lalu.

Katanya, tembelang suspek terbongkar selepas mangsa mendapati cek diterima hasil urus niaga membabitkan 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800 adalah cek tendang.

"Mangsa cuba mendepositkan cek diterima di sebuah bank di sini, tetapi terkejut apabila mendapati cek berkenaan cek tendang. Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi gagal kerana suspek sudah menghilangkan diri.

"Selepas berasa ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu, pada 25 Jun lalu," katanya.

Menurutnya, dua suspek itu yang menggunakan nama Syed Mohd Salleh dan Fazilah Hasan, masing-masing berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan.

metro/-

Temui anak tergantung di pokok

Posted: 01 Jul 2012 08:06 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

LANGKAP - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya dalam keadaan tergantung di sebatang pokok berhampiran kawasan tempat kerjanya, Khamis lalu.

Pasangan suami isteri berkenaan nekad untuk mencari anak mereka setelah didapati tidak pulang seperti biasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa dikenali sebagai Goh Chuwan Giap, 34, berasal Jalan Kampung Banjar, dekat sini maut di tempat kejadian akibat patah di bahagian leher.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, disedari ibu bapa mangsa apabila anaknya masih tidak pulang dari tempat kerja seperti biasa.

"Ibu bapa mangsa turut cuba menghubungi telefon bimbit milik lelaki itu yang bekerja sebagai pekerja bina an namun, gagal.

"Bimbang akan keselamatan anaknya, pasangan suami isteri itu bergegas ke tempat anaknya bekerja di tapak pembinaan rumah kedai dekat Taman Harmoni, Jalan Langkap-Changkat Jong, dekat sini," katanya kepada pemberita.

Kata beliau, setibanya di tempat kejadian, pasangan itu memeriksa kawasan tersebut dan terkejut apabila menjumpai anaknya tergantung di bawah pokok belakang bangunan," katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, terkejut dengan apa yang berlaku, bapa mangsa bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dihantar untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjutan dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapat lelaki berkenaan alami patah leher.

"Kami mendapati tiada unsur- unsur jenayah dan siasatan lanjut masih dijalankan manakala kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian

Enam kenderaan bertembung

Posted: 01 Jul 2012 07:58 PM PDT

12 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Lebih 50 pengguna jalan raya di kawasan Pekan Baru Parit Buntar terpaksa berhadapan masalah lalu lintas selama lebih sejam setelah enam kenderaan bertembung di simpang tiga Jalan Perusahaan, di sini, lewat petang kelmarin.

Enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah empat motosikal, sebuah kereta dan sebuah van.

Saksi kejadian, Mohd Ramdhan Abu Bakar,32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang setelah sebuah kereta jenis Proton Iswara didapati memandu secara melulu di kawasan simpang tiga walaupun lampu isyarat menunjukkan tanda berhenti.

Menurutnya, pemandu kereta itu didapati memandu melawan arus lalu melanggar dan menyeret tiga motosikal hingga ke bahu jalan dari arah bertentangan sehingga menyebabkan tiga penunggangnya mengalami kecederaan parah.

"Sebuah motosikal pula cuba mengelak daripada dilanggar kereta berkenaan, bagaimanapun bertembung pula dengan sebuah van Telekom Malaysia (TM) yang berada jarak lima meter di sebelahnya.

"Melihat keadaan itu, saya lantas menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar dan keempat-empat penunggang motosikal yang cedera dihantar segera ke hospital," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Seorang saksi kejadian, Mohd Zamani Zamri, 29, berkata, pihak bomba terpaksa mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan pemandu kereta berkenaan setelah pintu kenderaan itu tidak boleh dibuka.

Katanya, pemandu berusia lingkungan 20an itu terus dikejarkan ke Hospital Parit Buntar kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kaki dan badan.

"Keadaan trafik juga agak sesak disebabkan kejadian itu menjadi tumpuan orang ramai dan hanya setelah sejam selepas itu barulah polis trafik berjaya mengawal keadaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Sinar Harian

misbahul munir

Posted: 01 Jul 2012 09:20 PM PDT

misbahul munir


Cara Blogger UMNO bohongi rakyat

Posted: 01 Jul 2012 05:42 PM PDT

Posted: 01 Jul 2012 11:38 AM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 01 Jul 2012 07:33 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


TGNA : "Najib Serabut Perut"

Posted: 30 Jun 2012 07:45 PM PDT



SHAH ALAM: 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

baca artikel penuh...di sini.

PAS LENGGONG

Posted: 01 Jul 2012 07:20 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 01 Jul 2012 04:09 AM PDT

Segera.

Posted: 01 Jul 2012 03:42 AM PDT

BAKAL MENTERI BESAR KEDAH PASCA USTAZ AZIZAN

JIKALAU TIDAK ADA ARAL MELINTANG, KURANG SETAHUN DARI SEKARANG, KEDAH AKAN MENDAPAT SEORANG MENTERI BESAR YANG BARU BAGI MENGGANTIKAN USTAZ AZIZAN (PAS).ITULAH IMPIAN DAN CITA-CITA TUN MAHATHIR SEBAGAI BAPA. BERSEDIAKAH RAKYAT KEDAH MEMILIH MB BARU YANG AGAK JAUH DARIPADA ISLAMM BERBANDING MB SEKARANG? ATAS NAMA KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DUNIAWI.. PILIHAN DI TANGAN RAKYAT KEDAH.. TEPUK DADA TANYA IMAN

Posted: 01 Jul 2012 03:27 AM PDT

Semoga YAB LGE sentiasa ceria.


Tiba-tiba ahli Perkasa serang saya – Guan Eng

Harakahdaily,01 Jul 2012

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

"Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.

"Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.

Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.

"Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya.

Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.

Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.

"Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya.

Lim Guan Eng

Posted: 01 Jul 2012 03:24 AM PDT

Semoga Allah beliau berada dalam istiqamah


Abby minta Tok Guru doakan beliau istiqamah

Salmah Mat Husin,01 Jul 2012
KOTA BHARU: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masaalah peribadi, dan seterus memohon kepada Allah sewaktu berada di Makkah.

Katanya, dia memohon pada Allah agar ditunjukkan jalan yang benar bagaimana harus dia tuju dalam saat sebegitu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar Kelantan di bangunan SUK di sini petang tadi.

Sambungnya, dia sebelum ini pernah menghadiri program lain termasuk anjuran Barisan Nasional, namun ianya berbeza dengan anjuran PAS yang lebih terasa diri dekat dengan Allah.

Dalam pertemuan itu beliau juga meminta Tuan Guru mendoakan beliau agar terus istiqamah dengan perubahannya ini.

Pada masa sama, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Abby mendoakan Kelantan kekal dibawah pemerintahan parti Islam dan dia sentiasa sihat.

Posted: 01 Jul 2012 03:22 AM PDT


Anak muda pilih PAS tolak Umno


http://omakkau.blogspot.com,01 Jul 2012

BUKTI BERGAMBAR.



Jelas sekali anak-anak muda tidak tolak PAS malah menolak perjuangan UMNO/BN

OOPPPSS...ADMIN DAH TERSALAH LOAD GAMBAR....INGATKAN GAMBAR-GAMBAR INI PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA UMNO..

MAAF KERANA KHILAF.


ANAK-ANAK MUDA GENG KITA

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Jul 2012 03:31 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MENGEJUTKAN ! MIC AJAR TINDAKAN MELAMPAU UMNO

Posted: 01 Jul 2012 01:21 PM PDT

MIC akhirnya bersuara mengenai hal Ambiga Sreenavasen selepas ada pemimpin UMNO yang menyeru agar beliau digantung kerana mengadakan perhimpunan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan bebas. Ini disebabkan mereka takut akan menerima padah politik.
Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan Rakyat serta menentang pentadbiran Najib.

Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India dala pilihanraya yang akan datang.

"Tidak wajar untuk seorang ahli parlimen mengatakan bahawa Datuk Ambiga patut digantung. Tidak wajar untuk mana-mana ahli parlimen mengutarakan kata-kata begitu," ujar pemimpin MIC G Palanivel.

Lambat mempertahankan

Maklumbalas MIC itu datang setelah Pakatan Rakyat mengecam Umno kerana memanggil Ambiga seorang "pembunuh", DAP juga sudah bersedia untuk membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Sri Gading Mohamad Aziz, hanya sehari lepas mengatakan bahawaAmbiga patut digantung.

"Tidak patutkah kita gantung sahaja Ambiga kerana menderhaka terhadap Agong? Penderhaka sepatutnya dihukum seteruk yang mungkin," Mohamad Aziz berkata dalam Parlimen pada malam selasa.

Ambiga pula membalas dengan mengatakan bahawa penderhaka sebenar adalah mereka yang memberi kerakyatan kepada pekerja asing untuk mendapatkan undi BN dalam pilihanraya dan bukannya orang seperti beliau yang memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan bebas.

Adakah ini ikhlas?

Sejak Perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, di manalebih 250,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk memperjuangkan pembersihan sistem pilihanraya, Ambiga telah menjadi sasaran pemimpin Umno.

Pemerhati telah menuduh kumpulan yang berkait dengan Umno menentang beliau demi mewujudkan perasaan benci rakyat bangsa Melayu terhadap beliau untuk melumpuhkan sokongan kaum itu terhadap Bersih.

Setelah berlakunya Bersih 3.0, mereka telah mengadakan gerai jual burger dihadapan rumah beliau, juga memasak daging lembu di sana walaupun beliau seorang Hindu yang tidak memakan daging lembu. Yang menjelikkan adalah sekumpulan veteran askar membuat senaman kurang sopan dihadapan rumah beliau dengan mempamirkan bontot mereka kea rah rumah beliau untuk menunjukkan kebencian mereka.

MIC telah membidas mereka yang mempersoalkan kenapa ia tidak mengutuk kumpulan yang berkait dengan Umno itu dan menuduh pembangkang menimbulkan isu perkauman untuk mendapat perhatian komuniti India.

"Mereka tidak menyetujui protes sebegitu. Sememangnya Ambiga sebahagian daripada komuniti kita dan kemarahan rakyat terhadap beliau adalah kerana peranan beliau dalam Bersih," Ujar S Subramaniam, timbalan kepada Palanivel pada bulan Mei.

Walaubagaimanapun, kelihatan seperti Palanivel telah memilih jalan yang lebih strategik dengan mempamirkan simpati beliau yang juga dipersoalkan keikhlasannya.

"Kenapa mereka ini tidak berdemonstrasi atau buat gerai burger dihadapan pemimpin Bersih yang lain? Perdana Menteri dan pemimpin BN lain sepatutnya menghentikan perkara ini. Ini akan memberi kesan kepada pengundi India yang menyokong BN sekarang," ujar Palanivel.

Perkauman, agama, ekstrimis dan sexism- sifat siapa?

Walaupun tanpa dikecam MIC, tindakan terhadap Ambiga ini dikecam dan beliau sebenarnya telah memperoleh lebih banyak rasa hormat daripada sebelum ini kerana tidak membalas provokasi tersebut dengan kemarahan.

Bekas presiden Majlis Peguan itu adalah penerima anugerah Keberanian Wanita daripada AS dan Knight of Legion of Honour dari Perancis.

"Jelas kenyataan-kenyataan yang dibuat berunsur provokasi untuk melahirkan ketegangan, ekstrimism dan perkauman. Ia ditujukan kepada beliau kerana beliau seorang wanita, hindu dan bangsa India," ujar setiausaha DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar rabu lepas.- malaysia-chronicle

MALAUN NIE KALAU TAK SUMPAH MESTI SURUH DEDAH !

Posted: 01 Jul 2012 04:52 AM PDT

MB Selangor Dicabar Dedah Kedudukan Kewangan Unisel
SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Beliau berkata pendedahan laporan terperinci mengenai kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri itu termasuk jumlah tunai dan hutang terkini, perlu dilakukan bagi menangkis dakwaan bahawa Unisel sedang menanggung kerugian.


"Saya mempunyai laporan akaun terkini Unisel dan menunjukkan ia berada dalam keadaan nazak dan saya tidak akan cakap kalau saya tidak ada bukti," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Ahad.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata sejak parti pakatan pembangkang mengambil alih, Unisel menghadapi pelbagai isu termasuk pertukaran Naib Canselor dan peletakan jawatan beberapa individu dan digantikan dengan pemimpin pembangkang daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata kerajaan Selangor meletakkan tiga wakil politik dalam pentadbiran Unisel iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Hussin, Anggota Parlimen Merbok Datuk Rashid Din dan Anggota Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat sebagai Anggota Lembaga Pengarah universiti itu.

"Jika zaman BN mentadbir dahulu kita hanya letakkan seorang sahaja wakil kerajaan negeri iaitu Exco Pendidikan, tetapi mereka jelas meletakkan orang politik yang mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan universiti itu," katanya.

Noh turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik tiga Timbalan Naib Canselor dengan gred gaji Jusa B berbanding seorang sahaja semasa di bawah B Ndan mewujudkan jawatan Pendaftar Kanan dengan gred gaji yang sama dalam pentadbiran Unisel.

Noh turut mendesak Abdul Khalid menunaikan janji untuk mendedahkan maklumat pemberian kontrak secara rundingan terus di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.

"Saya desak mereka dedahkan secepat mungkin, atau mereka boleh dedahkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Jika mereka gagal melakukannya saya akan bantu mereka dedahkan," katanya.- Bernama

BUKAN FAVREGAS TAPI NAJIB BERGEGAS ?

Posted: 01 Jul 2012 01:45 AM PDT

http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/07/panas-umno-sabah-hampir-karam-najib.html

Satu sumber mengatakan Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri bawah bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.
Khabarnya Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam it4 sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman pula tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

DPP Gopeng

Posted: 01 Jul 2012 03:08 PM PDT

DPP Gopeng


Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat?

Posted: 01 Jul 2012 04:49 AM PDT



PERTAMA KALI ANDA MENDENGAR UMNO BERDEMO MEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT? JANGAN PELIK KERANA USI UMNO SUDAH TIDAK LAMA...TIDAK BEBERAPA HARI LAGI MEREKA AKAN TERKUBUR TERUTAMA DI GOPENG....DATUK HAMIDAH TIADA JALAN LAIN MELAINKAN MENYERU SERUAN JIHAD SEBAGAIMANA SADDAM LAUNGKAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA (SEDANGKAN SEMASA HAYATNYA ISTILAH JIHAD PUN TIDAK DIFAHAMI) MAKA DILAUNGKAN SLOGAN RASIS..DIPANGGIL JUAK-JUAK KEBANGSAAN BERDEMO, BERHIMPUN KONON LAWAN CINA....INILAH POLITIK TINGGALAN PENJAJAH YANG MASIH DIPERTAHAN OLEH SEGELINTIR KETUMBUKAN MELAYU YANG INSYA ALLAH AKAN PADAM...

Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?

·         Dalil 1 : Melengah-lengahkan pemindahan pelajar sekolah agama rakyat Ar Rahmaniah Taman Pegoh Aman daripada Surau Desan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman pada 2009. Sikap lepas tangan.

·         Dalil 2 : UMNO memanag tiada rekod pertahan sekolah agama rakyat, Hamidah hanya timbulkan isu pemindahan apabila UMNO terdesak untuk menggunakan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman untuk persiapan pilihanraya UMNO/BN (Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.) Ini bukti UMNO sayang sekolah agama?

·         Dalil 3 : Bukti Hamidah 'sayang' pelajar Sekolah Agama Rakyat, membiarkan sahaja Ketua Cawangan UMNO Desa Aman menghalau pelajar berpindah ke dalam khemah (selama 2 minggu)  di perkarangan surau Desan Aman pada Mac 2012 seperti pelarian sedangkan kawasan tersebut pesat membangun.

·         Dalil 4 : Hamidah biarkan sahaja surat arahan mengosongkan Dewan Orang Ramai sebanyak  8 kali  dikeluarkan kepada pengurusan sekolah oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Pegoh. Pihak sekolah terpaksa merayu agar mereka dibenarkan untuk 'melukut di tepian gantang' di dewan berkenaan. Jawapan Datuk Hamidah, pergi bincang dengan Ketua Cawangan (seolah-olah UMNO punya markaz)

·         Dalil 5 : Pihak sekolah TELAH  minta peruntukan RM 500 000  daripada Kementerian Palajaran Malaysia  tetapi GAGAL  malah usaha  memohon bantuan daripada  Hamidah selaku ADUN Sg Rapat untuk dana sekolah agama dijawab dengan jawapan TIADA PERUNTUKAN.

·         Dalil 6 : Pada Februari 2012 pihak jawatankuasa Sekolah telah memohon dana daripada  Datuk Hamidah tetapi ditolak  mentah-mentah atas alasan tiada peruntukan. Tetapi selepas menerima tekanan Pakatan Rakyat pada Mac 2012, Hamidah tergesa-gesa mengarahkan pelajar  yang berkhemah masuk semula ke Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman pada petang itu juga dan mengumumkan peruntukan serta merta  sebanyak RM 100 000. 

 Dalil 7 : Jika benar UMNO komited bangun sekolah agama, kenapa tidak tunaikan hasrat jawatankuasa membina sekolah yang lebih besar dengan 8 bilik dan berkantin? Kenapa perjumpaan jawatankuasa sekolah dengan Datuk hamidah dan MB Zambry hanya dipandang dingin? kenapa hanya bangunan 3 kelas sahaja dibina malah dibina tergesa-gesa tanpa peduli pandangan kaum cina yang merasakan mereka berhak terhadap padang itu? Jika serius, cari tanah yang lebih luas, luluskan sahaja RM 500 ribu!

Kesimpulan : Sebenarnya hamidah tergesa-gesa membina sekolah agama rakyat di padang tersebut adalah kerana keperluan terdesak UMNO cawangan berkenaan untuk menggunakan Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman sebagai bilik gerakan UMNO/BN ke arah menghadapi pilihanraya umum.


MEDIA SUNGAI RAPAT

Dupahang's Weblog

Posted: 01 Jul 2012 11:17 AM PDT

Dupahang's Weblog


Utusan mengiakan perjuangan Islam Umno mantap

Posted: 01 Jul 2012 12:21 AM PDT

Najib Tun Razak memegang buku yang ditulisnya bertajuk Agenda Islam Dalam Tranformasi Negara dan buku tulisan Dr. Mashitah Ibrahim yang bertajuk Moderat Antidot Barisan Nasional Menentang Politik Menghalalkan Cara selepas melancarkan Majlis Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini. Penulis prolifik Utusan teruja mahu menampak daripada kacamata beliau bahawa Umno adalah sudah pun lebih islam sebelumnya [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 01 Jul 2012 11:05 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 01 Jul 2012 12:30 AM PDT


Buletin Online,01 Jul 2012

MARANG: Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Mereka yang menyertai sesi 'Xpresi Hijau Menuju Putrajaya' berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan.

"Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini…..

"Adakah anak-anak muda yang berhimpun di Xpresi Hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?"soal Nasrudin.

Pertanyaan Nasruddin itu dijawab 'ya' oleh kira-kira 5,000 orang anak muda yang hadir  berhimpun di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong dekat sini.

Nasrudin berkata demikian ketika menyampaikan pidato khasnya pada program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu pada Sabtu 30 Jun.

Oleh itu, beliau mengingatkan supaya mereka tidak leka dan lalai serta setia dengan perjuangan dan  berpaling ke belakang apabila diserang musuh.

Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pahit getir, perubahan mesti dilakukan dan  Umno BN mesti dijatuhkan.

Beliau berkata, biar apa sahaja halangan melintang dan rintangan yang datang, anak-anak muda mesti terus berjalan menuju ke Putrajaya.

"Maka kita terus mara dan melangkah ke Putrajaya, biarkan apa sahaja halangan melintang, rintangan yang datang, itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah.

"Memang perit kita berjuang, tetapi Allah menyebut kepada kita 'jika sekiranya kamu merasai sakit berhadapan dengan mereka, bertempurdengan mereka, bersaing dengan mereka. Kamu berasa sakit, merasa perit. Merasa pedih. Maka mereka juga sakit sebagaimana kamu rasai sakit itu'," tegasnya.

Sehubungan itu, Nasrudin telah melancarkan logo 'Pakat Pangkah PAS Bohh' yang menjadi motto Pemuda PAS dalam menghadapi kempen pilihanraya umum yang akan datang.

Turut sama dalam sesi 'Xpresi Hijau' itu adalah Setiausaha DPPM Khairul Faizi serta ahli-ahli Jawatankuasa DPPM dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri.

Posted: 01 Jul 2012 12:23 AM PDT








Posted: 01 Jul 2012 12:11 AM PDT

Sumber : Buletin Online

MARANG – Tiga bekas pegawai tinggi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ditemukan dan berceramah diatas satu pentas pada program 'PAS Ganti Umno' Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Padang Mengkuasng dekat sini Jumaat malam 29 Jun.

Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib .

Mereka yang telah pun menjadi ahli PAS, melahirkan tekad dan keazaman bersama dengan PAS bagi menggantikan Umno menuju Purajaya bagi menggantikan Umno sebagai pemerintah.

Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas) yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru.

Datuk Ismail Yahya (gambar tengah) pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan.

Manakala, Datuk Fauzi Shaari (gambar kiri)memberi peringatan kepada kerajaan walaupun beliau terikat dengan etika sebagai seorang bekas pegawai, namun beliau akan mendedahkan 'kebobrokan' kerajaan Umno-BN apabila tiba waktunya.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran ketiga-tiga bekas pegawai kanan kerajaan itu sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri.

Jasindaily Online

Posted: 01 Jul 2012 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


Isu Syria : Erdogan Kini Tidak Berseorangan

Posted: 01 Jul 2012 06:18 AM PDT

"Apabila aku mendengar Dr Morsi bercakap tentang hak rakyat Syria dan beliau bersama mereka, kini aku merasakan apa yang aku ucapkan berkaitan hak rakyat Syria berbalas dan kini bukan aku berseorangan dalam memperjuangkannya. Erdogan, Perdana Menteri Turki. 

 Sumber: https://www.facebook.com/ikhwanalgehad

Dr, Mursi Tak Layan Israel

Posted: 01 Jul 2012 06:16 AM PDT

Hari ini bertulis bahawa Dr Muhammad Mursi menolak panggilan Telefon Perdana Menteri Israel ; Benyamin Netanyahu untuk mengucapkan tahniah di atas perlantiknya sebagai Presiden Mesir yang baru sejak seminggu yang lalu.

 Akhirnya Benyamin terpaksa mengutuskan surat peribadi kepada Jabatan Presiden menyatakan ucapan tahniah dan harapan keamanan di antara kedua-dua buah negara Mesir dan Israel. Hal ini menyebabkan Israel cuba menggunakan PBB dan Amerika sebagai pengantara untuk berhubung dengan Presiden mesir yang baru itu secara langsung. sumber juga menyatakan hubungan antara Mesir dan Israel tidak pernah "disentuh" oleh Presiden Mesir yang baru dan hanya diuruskan oleh Majlis Tertinggi Tentera.

Pemuda UMNO Johor Alami Krisis Dalaman Serius

Posted: 01 Jul 2012 06:12 AM PDT

Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu. Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon. Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera. "Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang.



 "Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi. Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim. Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil 'budak baik' dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan. "Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat. "Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.

Leftenan Adnan Kini Ahli PAS

Posted: 01 Jul 2012 04:10 AM PDT

Pelakon terkenal, Hairie Othman secara rasminya menjadi ahli PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan semperna Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor. yang dihadiri lebih 10,000 masyarakat negeri Johor.

 Dalam ucapannya selepas menyerahkan borang menyertai PAS, beliau menyatakan tujuan untuk memasuki PAS adalah bukan kerana pangkat atau mendapat apa-apa tawaran sebaliknya beliau ikhlas meneyrtai PAS kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. " Ada wartawan bertanyakan kepada saya adakah saya memasuki PAS kerana saya ditawarkan sesuatu oleh PAS. 

Saya menyatakan tidak dan saya memasuki PAS kerana saya yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Menyertai PAS ini juga bukan merupakan satu keputusan yang mudah bagi saya. Keputusan ini mengundang risiko besar terhadap bidang lakonan yang diceburinya ketika ini" "Namun saya yakin, rezeki ini datangnya daripada Allah dan bukannya dari BN. Saya dapat rasa dan saya yakin. Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya sudah pun penuh. Saya rela membenarkan rakyat mengunakan khidmat saya untuk menawan Putrajaya", ujar belai diringi laungan takbir dari masyarakat johor yang hadir. 


 Turut menyerahkan borang menyertai PAS adalah ahli-ahli daripada Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) yang dipimpin oleh Leftenan Kolenal (B) Haji Nazari Mokhtar. KERBAT merupakan badan NGO yang ditubuhkan untuk membela nasib bekas angkatan tentera yang dipinggirkan oleh kerajaan ketika ini.

sumber : Nusajayakini

Sila cari guru BM, Salahuddin nasihat MIC

Posted: 01 Jul 2012 04:04 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyarankan agar Pemuda MIC mendapatkan khidmat pakar bahasa Melayu untuk memahami apa yang dimaksudkan beliau ketika Debat Sinar Harian bertajuk Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi', Selasa lalu. Salahuddin berkata, apa yang dimaksudkannya menyentuh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang langsung tidak menyentuh atau menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. "Saya sentiasa peka dengan komen di blog-blog dan majoriti masyarakat India menyokong saya. Tiada apa yang perlu dirisaukan. "Nasihat saya kepada Pemuda MIC, sila cari pakar dan guru bahasa Melayu untuk faham apa yang saya perkatakan," kata beliau ketika ditemui di Skudai semalam.

 "Sebahagian mereka (kaum India) faham, hanya sebahagian kecil yang tidak faham dan jadikan ia sebagai satu isu politik murahan," katanya kepada Sinar Harian. Kelmarin, Pemuda MIC meminta Salahuddin memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. Ketua Pemudanya, T Mohan meminta Salahuddin berbuat demikian dalam tempoh 24 jam. 

"Salahuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut," katanya. Satu laporan polis terhadap Salahuddin turut dibuat mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan. Salahuddin berkata, dalam ucapannya itu, beliau tidak berniat untuk menghina mana-mana agama dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat. "Saya nasihatkan supaya pihak-pihak yang tak faham tentang ucapan itu mendapatkan khidmat guru Pakar Bahasa Melayu untuk fahamkan konteks ayat tersebut. 

 "Ucapan saya juga bukan bertujuan untuk hina mana-mana agama yang dianuti orang lain tapi beri contoh perhimpunan seperti terkandung dalam artikel 10 Perlembagaan," kata ketika dihubungi. Menurutnya lagi, kemungkinan ada pihak yang ingin jadikan isu ini sebagai mainan politik dan mengambil kesempatan terhadap kesalah tafsiran ucapannya itu. Salahuddin berkata, beliau menafikan dakwaan Mohan kerana berdasarkan agama Islam yang dipegangnya melarang perbuatan menghina agama lain. 

 "Seorang Islam, amat dilarang untuk menghina agama lain. Saya tak mungkin lakukan perkara demikian secara sengaja," katanya lagi. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau tidak menghina agama lain dan menyarankan pihak tersebut mengikuti pendebatan itu secara keseluruhan untuk memahami konteks yang dimaksudkan dalam pendebatannya bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. Sumber: Sinar Harian

Kemenangan Dr.Mursi : UMNO/ BN Tak Senang Duduk

Posted: 01 Jul 2012 04:02 AM PDT

Kemenangan calon Ikhwan Muslimin, Mohammed Mursi yang diisytiharkan sebagai Presiden Mesir, selepas menguasai 51.73 peratus undi mendahului lawannya yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan meraih undi 48.27 peratus undi didakwa menyebabkan pemimpin UMNO kurang selesa dengan perkembangan terbaru itu. Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, hal itu kerana membayangkan bahawa gerakan Islam Mesir itu sealiran dengan PAS dan kemenangan itu mampu memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik tanah air. 

 "Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO semacam tak gembira dengan perkembangan terkini politik Mesir. Dengan kemenangan calon dari kumpulan gerakan Islam sealiran dengan PAS. "Saya percaya perkembangan ini pastinya memberikan impak dan kesan besar kepada politik negara kita. Imbas kembali sejarah kemerdekaan negara ianya dimulakan oleh kesedaran ulamak-ulamak yang belajar di timur tengah," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang diumumkan oleh ketua suruhanjaya pilihanraya Mesir, Farouq Sultan berhubung kemenangan Mohammed Mursi sebelum ini. 

Farouq dilaporkan berkata, terdapat 50,3 juta pengundi layak dengan 37,000 undi dibatalkan. Mursi disokong Ikhwan Muslilin yang pernah diharamkan, manakala Ahmed Shafiq adalah Perdana Menteri era rejim Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan. Berita kemenangan itu, disambut dengan sorakkan daripada penyokong Mursi yang berkumpul do dataran Tahrir sejak awal pagi lagi. Keputusan itu sepatutnya diumumkan Khamis lalu, namun ditangguhkan.

Sumber : Ibn Bacoks

Landskap Siasah

Posted: 01 Jul 2012 07:42 AM PDT

Landskap Siasah


Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?

Posted: 01 Jul 2012 05:13 AM PDT

PERTAMA KALI ANDA MENDENGAR UMNO BERDEMO MEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT? JANGAN PELIK KERANA USI UMNO SUDAH TIDAK LAMA...TIDAK BEBERAPA HARI LAGI MEREKA AKAN TERKUBUR TERUTAMA DI GOPENG....DATUK HAMIDAH TIADA JALAN LAIN MELAINKAN MENYERU SERUAN JIHAD SEBAGAIMANA SADDAM LAUNGKAN SEBELUM MENINGGAL DUNIA (SEDANGKAN SEMASA HAYATNYA ISTILAH JIHAD PUN TIDAK DIFAHAMI) MAKA DILAUNGKAN SLOGAN RASIS..DIPANGGIL JUAK-JUAK KEBANGSAAN BERDEMO, BERHIMPUN KONON LAWAN CINA....INILAH POLITIK TINGGALAN PENJAJAH YANG MASIH DIPERTAHAN OLEH SEGELINTIR KETUMBUKAN MELAYU YANG INSYA ALLAH AKAN PADAM...
Hamidah Pembela Sekolah Agama Rakyat ?
·         Dalil 1 : Melengah-lengahkan pemindahan pelajar sekolah agama rakyat Ar Rahmaniah Taman Pegoh Aman daripada Surau Desan ke Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman pada 2009. Sikap lepas tangan.
·         Dalil 2 : UMNO memanag tiada rekod pertahan sekolah agama rakyat, Hamidah hanya timbulkan isu pemindahan apabila UMNO terdesak untuk menggunakan Dewan Orang Ramai Taman Pegoh Aman untuk persiapan pilihanraya UMNO/BN (Merujuk Sungai Rapat Online bertarikh 31 Mac 2012, arahan perpindahan ini dilakukan kerana Dewan Orang Ramai tersebut dalam persediaan untuk dijadikan bilik gerakan menghadapi pilihanraya.) Ini bukti UMNO sayang sekolah agama?
·         Dalil 3 : Bukti Hamidah 'sayang' pelajar Sekolah Agama Rakyat, membiarkan sahaja Ketua Cawangan UMNO Desa Aman menghalau pelajar berpindah ke dalam khemah (selama 2 minggu)  di perkarangan surau Desan Aman pada Mac 2012 seperti pelarian sedangkan kawasan tersebut pesat membangun.
·         Dalil 4 : Hamidah biarkan sahaja surat arahan mengosongkan Dewan Orang Ramai sebanyak  8 kali  dikeluarkan kepada pengurusan sekolah oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Pegoh. Pihak sekolah terpaksa merayu agar mereka dibenarkan untuk 'melukut di tepian gantang' di dewan berkenaan. Jawapan Datuk Hamidah, pergi bincang dengan Ketua Cawangan (seolah-olah UMNO punya markaz)
·         Dalil 5 : Pihak sekolah TELAH  minta peruntukan RM 500 000  daripada Kementerian Palajaran Malaysia  tetapi GAGAL  malah usaha  memohon bantuan daripada  Hamidah selaku ADUN Sg Rapat untuk dana sekolah agama dijawab dengan jawapan TIADA PERUNTUKAN.
·         Dalil 6 : Pada Februari 2012 pihak jawatankuasa Sekolah telah memohon dana daripada  Datuk Hamidah tetapi ditolak  mentah-mentah atas alasan tiada peruntukan. Tetapi selepas menerima tekanan Pakatan Rakyat pada Mac 2012, Hamidah tergesa-gesa mengarahkan pelajar  yang berkhemah masuk semula ke Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman pada petang itu juga dan mengumumkan peruntukan serta merta  sebanyak RM 100 000. 
 Dalil 7 : Jika benar UMNO komited bangun sekolah agama, kenapa tidak tunaikan hasrat jawatankuasa membina sekolah yang lebih besar dengan 8 bilik dan berkantin? Kenapa perjumpaan jawatankuasa sekolah dengan Datuk hamidah dan MB Zambry hanya dipandang dingin? kenapa hanya bangunan 3 kelas sahaja dibina malah dibina tergesa-gesa tanpa peduli pandangan kaum cina yang merasakan mereka berhak terhadap padang itu? Jika serius, cari tanah yang lebih luas, luluskan sahaja RM 500 ribu!
Kesimpulan : Sebenarnya hamidah tergesa-gesa membina sekolah agama rakyat di padang tersebut adalah kerana keperluan terdesak UMNO cawangan berkenaan untuk menggunakan Dewan Orang Ramai taman Pegoh Aman sebagai bilik gerakan UMNO/BN ke arah menghadapi pilihanraya umum.
MEDIA SUNGAI RAPAT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 01 Jul 2012 07:11 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISU NASIONAL : AKAN MAKLUM SELEPAS BUBAR PARLIMEN !

Posted: 01 Jul 2012 02:10 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Komen