Isnin, 11 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 11 Jun 2012 03:13 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


Rilek Sekejap Layan EURO 2012

Posted: 10 Jun 2012 10:52 AM PDT

Jadual Perlawanan EURO 2012 Mengikut Waktu Di Malaysia...

PAS TAMBUN

Posted: 11 Jun 2012 01:12 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 10 Jun 2012 10:59 PM PDT



PANASSSS……USTAZ SAYA NAK BERTANYA TENTANG ISU SEORANG USTAZ DALAM RADIO YANG MENGATAKAN ARTIS YANG DAH BERUBAH PAKAI SERBAN ,…JUBAH…KONONNYA DAH BERTAUBAT ADALAH ARTIS YANG DAH TAK LAKU…DAH TUA….DAH MENGGELEBEH BADAN BARU NAK PAKAI JUBAH DAN BERTUDUNG….SAJA NAK CARI PUBLISITI…..APA PANDANGAN USTAZ……..

Terima kasih dengan soalan yang diberikan…..dan saya juga tak mahu bertanya siapakah ustaz itu….cumanya saya ingin menegaskan bahawa ustaz itu mungkin tak mengkaji sedalamnya kisah dan sejarah kehidupan artis yang berubah menjadi lebih Islamik.

Mari kita lihat artis-artis penyair pada zaman Nabi saw yang terkenal yang berhijrah dari kehidupan jahiliah kepada kehidupan Islam dan iman sertai lebih diredhai…….

Di zaman jahiliyah…kedudukan penyair adalah seumpama kedudukan selebriti artis yang mempunyai pengaruh tertentu dan peminatnya yang tersendiri di kalangan masyarakat Arab…penyair-penyair yang berbakat dan terkenal adalah rebutan golongan bangsawan….dan golongan pemerintah yang memerintah….kerana alunan syair yang indah dengan susunan senikatanya yang amat hebat boleh menaikkan nama mereka di mata manusia ketika itu……

Seorang penyair mampu membuatkan pendengarnya merasa simpati…sayang…marah berduka…setia…sanggup berkorban nyawa…kerana itulah..bagi pemimpin yang ingin membina imej yang baik akan mengupah penyair-penyair ini dengan bayaran yang mahal agar dicipta syair..yang berbentuk bodekan dan puja pujian yang melampau…bagi menaikkan imej golongan pembesar dan pemerintah di ketika itu…..maka dengan syair yang dibuat oleh penyair itulah yang menjadikan seorang tokoh pemimpin itu nampak kuat…gagah ..perkasa….baik..pemurah..berani….walaupun pujian yang digambarkan itu agak keterlaluan dan lari dari gambaran mahupun realiti yang sebenar.

Maka dengan ayat yang mudah untuk kita fahami…..penyair di zaman jahiliyah terpaksa membodohkan diri mereka dan mencabul bakat mereka semata-mata…untuk membodek para penguasa dan pembesar..bagi mencari sesuap nasi….mencari pengaruh dan kemewahan….mencari perlindungan agar tidak disakiti….agar hidup selesa…dan kaya raya…..walaupun terpaksa melacurkan prinsip dan impian seni mereka sendiri.

Apabila dakwah ke arah Islam disebarkan oleh Nabi saw…..penguasa musyrik Mekah telah menggunakan khidmat para penyair ini untuk menyakiti dan menghina diri Nabi saw dan keluarga baginda….Mereka telah mereka syair-syair dengan bait-bait dan rangkap-rangkap syair yang jelas menghina dan menyakiti perasaan nabi….
Walaupun dari segi kemanusiaan penyair –penyair itu tahu bahawa syair yang mereka cipta itu salah dan berlawanan dengan naluri seni mereka…namun terpaksa juga dihasilkan syair penghinaan terhadap Nabi saw…semata-mata untuk mengembirakan tuan-tuan mereka yang membenci Nabi saw.

Namun Allah itu maha berkuasa dan maha bijaksana……dengan penurunan Al-Quran sebagai wahyu kepada Nabi saw….sebagai bukti kerasulan Nabi saw…maka Allah taala telah menurunkan kalamnya yang tersusun indah…malah lebih indah dan mendalam maksudnya..daripada syair manusia….walau sehebat mana pun penyair itu…..mereka tidak dapat melawan keindahan kata-kata dari firman Allah di dalam Al-Quran……….

Ini dibuktikan dengan cabaran Allah kepada penguasa dan penyair-penyair mereka….di dalam Al Quran:

وَ إِن‌ كُنتُمْ فِي‌ رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَي‌' عَبْدِنَا فَأْتُوا بُِسُورَةٍ مّـِن‌ مِّثْلِهِ وَ ادْعُوا شُهَدَآءَكُم‌ مِّن‌ دُونِ اللَهِ إِن‌ كُنتُمْ صَـ'دِقِينَ.
فَإِن‌ لَّمْ تَفْعَلُوا وَ لَن‌ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي‌ وَقُودُهَا النَّاسُ وَ الْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَـ'فِرِينَ.

"Dan jika kamu merasa ragu-ragu denan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surahyang seumpamanya,ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yangbenar.Dan sekiranya kamu tidak mampu..pastinya kamu tidak mampu (membawakan ayat yang standing dengannya) maka takutlah kamu kepada api neraka yang dibakar di dalam neraka dengan bahan bakar dari manusia dan batu..yang disediakan khas bagi orang –orang yang kafir

(Al-Baqarah : Ayat 23)

Dan firman Allah lagi yang bermaksud:

"Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri."
(Surah al-Israa', ayat 88)

Apabila diturunkan Al-Quran kepada Nabi saw…..iaitu satu mukjizat yang terhebat…dengan susunan kalamullah yang indah ..mematahkan segala hujah dan tuduhan yang tidak berasas para penyair….Walau seindah manapun syair mereka pasti akan dikalahkan dengan keindahan firman Allah yang sememangnya menyebabkan manusia hatta penyair yang hebat pun terpegun..dan tertarik hati.

Kalamullah di dalam Al-Quran…terlalu indah sehingga mencarik-carik..merobek-robek jiwa mereka..sehingga dalam keadaan tidak sedar mereka mnegakui bahawa ini bukan kalam manusia biasa..kerana mereka adalah ahli dan pakar di dalam menyusun kata-kata…..

Begitu besarnya pengaruh Al Quran itu dalam hati orang-orang Arab, sehingga Bujair ibn Zuhair menulis surat kepada saudaranya Ka'ab..seorang penyair yang dahulunya menyakiti dan mengganggu Nabi saw,. Kepada Kaab dinasihatinya …, supaya segera datang kepada Nabi di Madinah.dan memohon maaf daripada Nabi saw diatas kejahilannya dan ketelanjurannya dahulu di dalam menghinaNabi dan keluarga baginda.. Bujair juga memberitahu kepada Ka'ab bahwa Nabi saw tidak pernah menghukum orang yang datang kepada baginda saw dan menyatakan penyesalannya; atau orang menyelamatkan diri dengan memohon kemaafan dan perlindungan daripada Nabi saw..

Setelah mendapat jaminan dari saudaranya Bujair ibn Zuhair itu cepat-cepat Kaab..pergi ke Madinah dan menumpang di rumah seorang kawan lama. Keesokan harinya pagi-pagi ia pergi ke masjid…., kemudian dia memohon maaf kepada Nabi saw….meminta perlindungan daripada nabi saw dan memeluk Islam agama yang di dalamnya diturunkan Al Quran….yang amat memikat hatinya…..setelah diperkenankan oleh Nabi saw Ka'ab dengan tenang hatinya setelah menerima hidayah Allah membacakan sajak ini………..

Berpisah dengan Su'ad
Hatiku kini merana karena cinta
Tergila-gila mengikutinya, terpukau
Tiada lagi ada belenggu.

Nabi kemudian memaafkannya dan setelah itu dia menjadi orang Islam yang baik……menjadi penyair yang membela Nabi saw dan agama Islam……

Karena pengaruh Ka'ab itu jugalah, maka kabilah-kabilah mulai dating menemui Nabi saw dan menyatakan kesetiaan mereka…... Dari kabilah Tayy datang pula utusan dipimpin oleh ketuanya sendiri, Zaid al-Khail.

Setelah mereka ini tiba..di Madinah, Nabi saw pun menyambut mereka dengan mesra dan baik sekali. Ketika terjadi perbualan dengan Zaid,…. Nabi saw berkata: " Setiap tokoh pimpinan dari kalangan Arab yang digambarkan oleh penyair begitu baik sekali…,tetapi apabila tokoh itu itu datang kepadaku, ternyata ia tidakalah sehebat dengan apa yang digambarkan orang, kecuali Zaid al-Khail ini. Ia melebihi daripada apa yang digambarkan orang kepadaku."

Lalu ia dinamainya 'Zaid al-Khair,' (Zaid yang baik) bukan lagi, Zaid al-Khail, ('Zaid si kuda')

.Kesemua kaum masyarakat Kabilah Tayy kemudian masuk Islam termasuk Zaid sendiri sebagai pemimpinnya

Begitulah hebatnya pengaruh orang seni…dan penyair-penyair penghibur pada zaman jahiliyah yang beriman dengan Nabi saw…..kalau dahulunya hidup bergelumang dengan glamour dan kemewahan serta maksiat tetapi sekarang sudah menerima hidayah kesedaran dan berubah…serta mahu…kepada Islam…..

Apabila Islam disebar luaskan sehingga ke Eropah..para penyair memainkan peranan yang besar untuk menaikkan semangat tentera Islam..dan apabila dibukakan Allah kekayaan kepada empayar Islam..penyair-penyair Islam juga diberikan kekayaan oleh Allah taala sebagai tanda keberkatan di atas usaha seni mereka yang Islamik dan berbentuk ibadah.

Kepada golongan artis yang sudah berhijrah kepada Islam dan kebaikan tahniah dari saya…semoga tabah menghadapi tomahan dan ejekan orang…walau yang bercakap itu seorang ustaz….

Kadangkala ustaz yang bercakap tu pun dah tak laku…cari glamour juga tu…….
· · Kongsi · 5 minit yang lalu

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jun 2012 01:10 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


967 gas pemedih mata dlepaskan pada Bersih 3.0

Posted: 11 Jun 2012 12:46 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

"Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya.

Harakah Daily

Ganas: Konstabel didakwa, pegawai atasan terlepas

Posted: 11 Jun 2012 12:45 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ekoran tindakan keras anggota itu terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Tegasnya, panel penyiasatan yang dibentuk dilihat tidak ada keupayaan menjalankan siasatan yang bebas.

Dalam soalan tambahannya, beliau berkata dalam himpunan tempoh hari jumlah mereka yang cedera parah terlalu besar berbeza dalam himpunan sebelum ini.

Malah beliau menyifatkan pertuduhan terhadap dua anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa melakukan kekerasan kepada jurugambar dalam insiden itu, tidak mencukupi.

Ini kerana katanya, pegawai atasan yang bertanggungjawab akan terlepas begitu sahaja.

"Dakwa dua pegawai di peringkat bawahan untuk melepaskan orang yang lebih tinggi yang bertanggungjawab. Itu bukan alasannya," katanya.

Pertuduhan itu, katanya tidak akan berjaya menangani isu tindakan kekerasan polis pada masa akan datang.

Ketika menjawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula IPCMC.

Nazri sebelum ini berkata, hanya dua konstabel polis diambil tindakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap dakwaan kekejaman polis semasa perhimpunan pada 28 April itu.

Harakah Daily

Jeneral AS mohon maaf susulan korban Afghanistan

Posted: 11 Jun 2012 12:16 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KABUL - Komander tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, semalam memohon maaf di atas kematian orang awam dalam serangan udara di kediaman seorang warga tua minggu lalu.

Jeneral John Allen dilaporkan mengambil tindakan berlepas ke wilayah Logar untuk bertemu dengan pemimpin, penduduk serta mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

"Saya tahu kemaafan tidak akan mengembalikan mereka yang terkorban di dalam tragedi itu tetapi saya mahu anda tahu bahawa pihak kami meminta maaf dan akan menuntut keadilan buat keluarga terlibat," kata Allen kepada sekumpulan penduduk Afghanistan ketika mengadakan pertemuan di wilayah Pul-i-Alam.

Ketika kejadian, tentera bersekutu diarahkan melakukan serangan udara di rumah mangsa selepas mempercayai seorang komander Taliban yang diburu mengadakan pertemuan di situ.

Serangan itu menyebabkan seorang warga tua dan 16 saudara-maranya termasuk kanak-kanak terbunuh.

Sinar Harian

Kes B Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskan

Posted: 11 Jun 2012 12:14 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.

Harakah Daily

Dewan Rakyat tolak usul bincang isu Scorpene

Posted: 11 Jun 2012 12:12 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia menolak usul tersebut dalam kamar kerana tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 23(1)h.

Sebelum itu, Nurul Izzah mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi mencadangkan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai.

Melalui surat yang dikemukakan beliau meminta agar dewan mendesak Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan isu komisen dan penjualan dokumen rasmi sulit dalam kes Kapal Selam Scorpene.

Menurutnya lagi, pendedahan isu komisen dan penjualan rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai Scorpene kepada Syarikat Pertahanan Perancis seperti yang didakwa oleh Suaram di Bangkok pada 30 Mei yang lepas boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

"Suatu dokumen yang sulit iaitu penilaian Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) terhadap Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan itu didakwa telah dibeli oleh sebuah Syarikat Pertahanan Perancis.

"Laporan yang didedahkan oleh Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili NGO Hak Asasi Manusia atau Suaram mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, dikatakan untuk kerja-kerja kejuruteraan komersial," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen.

Tambahnya lagi, dokumen rahsia tersebut merupakan satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan yang mana ia merupakan laporan yang sangat sulit.

Menurutnya lagi, pendedahan ini perlu diperjelaskan kepada Dewan Rakyat dan juga rakyat bagi memberitahu betapa seriusnya isu itu lebih-lebih lagi melibatkan rahsia pertahanan negara.

"Kita tidak mahu rahsia negara boleh digadaikan begitu sahaja demi kepentingan politik sesetengah pihak.

"Saya mengesa Kerajaan Malaysia menjelaskan secara terperinci peranan syarikat Terasasi yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam," katanya.

Nurul Izzah turut menyatakan Dewan Rakyat sebelum ini tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan peranaan Terasasi dan juga peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi yang melibatkan kertas penilaian Scorpene.

"Perkara ini sepatutnya dibincangkan tetapi saya kecewa kenapa ia ditolak adakah kerana ingin melindungi pihak-pihak tertentu itu," sambung beliau lagi.

Harakah Daily

Kelantan benarkan balik qari wanita sertai tilawah

Posted: 11 Jun 2012 12:11 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi laluan semula kepada qari wanita (qariah) untuk menyertai tilawah membaca Al- Quran bermula tahun depan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ketika ia disekat 22 tahun lalu, ia hanya disekat sementara bukannya diharamkan.

Langkah ini, katanya diambil memandangkan banyak hasrat disampaikan melalui pertemuan dan surat agar membenarkan ianya diadakan semula "akhirnya ikatan sekatan itu dibuka semula bermula tahun hadapan."

Beliau berkata, kebenaran ini diberikan berdasarkan pendekatan serupa yang diambil Rasulullah dalam isu menziarahi kubur.

"Ketika itu, ada yang menangis, jilat kubur, cium dan lain-lain lagi," katanya.

Begitu juga di Kelantan, peringkat awal dahulu masyarakat tidak begitu berpegang pada syariat khususnya dalam menjaga aurat, berpakaian menjolok mata hingga tidak ada perbezaan lelaki dan wanita.

Sedangkan Allah jadikan ianya berbeza antara lelaki dan wanita, katanya.

"Kini banyak dah tutup aurat, amalan hidup juga berbeza banding dulu," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis makan tengahari bersama MB untuk meraikan johan tilawah Al-quran peringkat kebangsaan Anuar Ghazali.

Anuar yang mewakili Kelantan menjadi johan dalam tilawah itu dengan mendapat pencapaian tertinggi iaitu 93.6 peratus dan juga johan paling muda, 36 tahun.

Beliau bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Ketika ditanya, tidakkah ia bakal menjadi isu, Nik Aziz menjawab, Kelantan sudah sentiasa menjadi isu dan tidak putus-putus.

"Lagipun dulu hanya kita sekat bukan haram terus," katanya.

Harakah Daily

Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng

Posted: 11 Jun 2012 12:09 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja.

"Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke," demikian tulis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki di dalam blognya hari ini.

Berikut ialah tulisan beliau.

Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke.

Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang.

PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita.

Harakah Daily

PRU13: Apa khabar kempen di TV?

Posted: 11 Jun 2012 12:07 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Banyak pihak mengalu-alukan pengumuman Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, pada 6 Jun lalu, bahawa kabinet meluluskan cadangan Kementerian Penerangan mengenai akses media semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berita Harian dalam laporan muka depan melaporkan, semua parti politik yang bertanding pada PRU13 akan diberi peluang sama rata menjelaskan manifesto masing-masing menerusi semua badan penyiaran tempatan, khususnya stesen televisyen.

Dr Rais berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan "akses sama rata" diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 Perlembagaan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima," tambahnya.

Bagaimanapun, pada 7 Jun, Dr Rais berkata, had masa dan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai bentuk garis panduan berkenaan termasuk dari segi masa bagi memberi keadilan kepada semua parti.

Sebagai aktivis media yang turut memperjuangkan isu ini sejak sekian lama, saya cuba melihat dari sisi positif pengumuman awal Dr Rais itu, sambil mengharapkan ia satu "pembaharuan politik" pentadbiran Najib Razak, selaras proses pendemokrasian yang rancak berjalan di seluruh dunia, sekali gus mewujudkan "padang sama rata" sistem pilihan raya kita.

Sebelum ini, Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, tanpa menyentuh isu-isu kritikal seperti konsep permit, peraturan penerbitan yang tidak masuk akal (apatah lagi membabitkan organ parti seperti Harakah), dan dasar pemilikan media.

Tentulah "perubahan kosmetik" itu dikira belum menyentuh persoalan asas yang menjadi pertikaian dalam perbincangan isu-isu utama berkaitan demokrasi dan kebebasan bersuara, namun saya tetap melihatnya sebagai langkah positif yang memerlukan pengukuhan lebih konkrit.

Umum maklum, Bersih 3.0, yang memperjuangkan proses pilihan raya yang adil dan bersih menjadikan agenda membebaskan media sebagai salah satu daripada lapan perkara yang dituntutnya.

Sejak merdeka, selepas melalui 12 pilihan raya umum, parti-parti saingan kepada Perikatan dan kemudiannya BN, bukan saja "digelapkan" berita mereka, tetapi menjadi mangsa putar belit media.

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah dianugerahkan sebagai "musuh kebebasan akhbar", selama beberapa tahun, oleh badan pemantau media antarabangsa.

Sejak beberapa bulan lalu, saya bersama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), agak kerap menggesa agar tuntutan akses media (dan tempoh kempen minimum 21 hari) dipandang serius dan diperjuangkan bersungguh-sungguh, bersama tuntutan-tuntutan lain, yang dianggap lebih utama, seperti membersihkan senarai daftar pemilih.

Malah, KAMI telah menganjurkan Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, di Hotel Nouvelle, pada 12 Mei, dihadiri lebih 100 orang, dengan penalis seperti bekas Ketua Pengarang New Straits Times, A Kadir Jasin; Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar; kolumnis Hishamuddin Rais; pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah dan Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan.

Segera saya teringat saranan V Anbalagan dalam program sehari itu, agar media yang dibiayai dana awam, misalnya RTM dan Bernama (Kadir menambah Jabatan Penerangan), selepas Parlimen dibubarkan, tidak lagi boleh dikendalikan Kementerian Penerangan, tetapi diurus selia oleh satu badan bebas.

Pemimpin Umno-BN selalunya tidak dapat membezakan antara aset kerajaan dengan milik parti. Sebagai parti yang turut bertanding untuk merebut dan mempertahankan kuasa, pemimpinnya menjadikan segala kemudahan kerajaan, khususnya agensi strategik seperti RTM, sebagai jentera parti.

Lebih menyedihkan apabila siaran TV swasta, misalnya di bawah kumpulan Media Prima, seperti TV3, lebih bertindak sebagai perkakas propaganda BN. Berdepan PRU13, TV3 diberi kepercayaan tinggi oleh penasihat media Najib untuk menyempurnakan pelbagai kempen awal BN. Lihat saja program "Jelajah Janji Ditepati" dan usaha sama TV3 dengan kerajaan-kerajaan negeri tertentu; semuanya sarat dengan kepentingan politik Umno.

Apa pun, Dr Rais tidak perlu menunggu sehingga pembubaran Parlimen untuk mengumumkan syarat dan kondisi "akses media sama rata itu". Sepatutnya sudah ada rundingan dengan semua parti, yang dikendalikan badan lebih bebas, seperti saranan Anbalagan itu.

Ada yang mencadangkan, selain hebahan manifesto, perlu dianjurkan satu debat siaran langsung TV, membabitkan PM Najib dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Seorang pembaca Harakah mengirim SMS kepada saya: "Jika debat itu berlaku, seperti slogan lagenda tinju Muhamad Ali, "When I move, the world stop", seluruh negara akan terpukau nanti."

Ada yang bertanya, berapa lama masa yang bakal diperuntukkan buat parti-parti yang bertanding? Apakah tempoh itu berkadaran kepada jumlah calon bagi setiap parti? Adakah ia disiarkan pada waktu puncak? Apabila Rais merujuk kes di England, dengan mendakwa BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti, apakah beliau cuba membayangkan tempoh sama juga bakal diberikan?

England merupakan negara yang mengamalkan kebebasan media sepenuhnya. Sedangkan di Malaysia, semua stesen TV -- termasuk Astro Awani yang kelihatan cuba lari daripada tradisi usang RTM dan TV3 -- dikuasai elit penguasa, yang boleh diarah sesuka hati oleh Pejabat Perdana Menteri, apatah lagi dalam saat kritikal PRU13.

Bagi saya, sebenarnya BN langsung tidak memerlukan slot khas itu pun. Sebaik saja Parlimen dibubarkan, semua stesen TV beroperasi seperti BILIK GERAKAN KEMPEN BN. Tetamu yang diundang untuk program bual bicara pastinya bertindak seperti jurucakap Umno-BN. Tengoklah nanti, daripada sejam siaran Buletin Utama TV3, lebih separuh akan dimonopoli propaganda kempen BN sambil menyerang tanpa batas Pakatan Rakyat, malah lebih buruk cuba memutar-belitkan fakta.

Kepada BN, jika diperuntukkan tempoh 5 minit untuk kempen menjelaskan secara rasmi manifesto itu, malah pada waktu larut malam pun, ia sudah lebih daripada cukup,' kan? Bukankah semasa pelancaran manifesto BN sendiri, semua stesen TV akan membentangkannya dengan lengkap dan sempurna? Ya, BN tak memerlukan pun slot itu! (Dan jangan lupa, setiap tahun, perhimpunan agung Umno akan disiarkan secara langsung, bukan saja oleh RTM, tetapi juga TV3, terutama semasa ucapan perasmian dan majlis penutup)

Sepintas lalu, berdasarkan laporan media, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyambut baik keputusan kerajaan itu. Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz turut mengalu-alukan kesediaan kerajaan, tetapi mahu ia dilakukan berterusan bukan hanya musim pilihan raya semata-mata.

"Selain manifesto, PAS mencadangkan semua parti dibenarkan berkempen setengah jam sehari selepas Parlimen dibubarkan sehinggga pilihan raya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saya sendiri mengharapkan tuntutan akses media sama rata ini dapat diperbahaskan dengan lebih menyeluruh lagi selepas pengumuman dr Rais itu.

Harakah Daily

Musyidul Am dan Presiden PAS ke Johor

Posted: 11 Jun 2012 12:06 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT: PAS negeri Johor akan melancarkan program Gelombang Hijau Menuju Ke Putrajaya di sini dan di Muar pada Sabtu, 16 Jun ini dengan penyampaian amanat penting Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Program ini sebagai lanjutan dari Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Star 1 Jun lalu.

Program tersebut terbahagi kepada tiga segmen seperti berikut:

Pada jam 11 pagi hingga 3.00 petang, 16 Jun: Jamuan Rakyat bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di nombor 79 Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Tetamunya, Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
Kupon menyertainya berharga RM10.00 dijual.

Menyusul ialah program Hi-Tea bersama Presiden PAS pada jam 4.30 hingga 6.30 petang, di KM 9 Kampung Sungai Terap Jalan Bukit Pasir, Muar.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada sebelah malamnya, 'Munajat dan Ceramah Perdana' di Nombor P17 Kampung Parit 2 Sagil, Ledang.

Penceramah: Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Haji Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS, Johor, Datuk Dr Haji Mahfodz Mohamed.

PAS negeri Johor mengharapkan semua ahli dan penyokong supaya menghadiri program tersebut dan menangguhkan semua program lain yang telah dirancang sebelum ini.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat akan berada di Johor dan akan menyampaikan ceramahnya pada 29 Jun.

Semua program PAS di negeri Johor ini adalah dalam rangka bersiapan PAS negeri Johor untuk menghadapi pilihan raya akan datang di mana PAS bersama Pakatan Rakyat negeri Johor dilihat mempunyai potensi besar untuk menang di negeri tersebut.

Harakah Daily

Pemuda Pakatan Melaka sedia hadapi PRU

Posted: 11 Jun 2012 12:04 AM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

MELAKA: Perpaduan dan kerjasama satu pasukan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Melaka semakin erat dari masa ke semasa.

Semalam satu lagi program besar menggabungkan ketiga-tiga parti komponen PR di Melaka diadakan di mana Himpunan Pemuda PR Melaka telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang.

Ketiga-tiga pimpinan Pemuda PR di peringkat pusat turun padang ke Melaka membuktikan keutuhan dan kesepaduan kerja antara mereka.

Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hadir memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada petugas-petugas pemuda PR Melaka.

Program yang dijalankan di Dewan Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini semalam, dihadiri lebih dari 300 petugas pemuda dan pimpinan PR setempat.

Dalam ucapan masing-masing, ketiga-tiga pimpinan tertinggi pemuda ketiga-ketiga parti melahirkan keyakinan bahawa PR akan menumbangkan BN pada PRU 13 nanti seterusnya membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pemuda PAS akan turun habis-habisan pada pilihanraya umum ke 13 nanti bagi memastikan PR menang bagi menggantikan kerajaan BN yang jelas gagal mentadbir Malaysia.
"Pemuda PAS sentiasa bersedia untuk menggalas tugas yang diamanahkan oleh pimpinan PAS dan PR," ujar beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar menyelar tindakan Umno/BN Melaka yang bertindak liar mengganggu ceramah dan program PR di Melaka akhir-akhir ini.

"Gangguan yang di lakukan UMNO Melaka dalam setiap program yang dilaksanaka Pakatan Rakyat Melaka menjadi bukti bahawa UMNO sudah tertekan dan tidak berupaya untuk berlawan hujah dengan PR".

"Bila mereka tertekan dan tidak berupaya menjawab segala fakta dan hujah kita, mereka menggunakan samseng dan gangster mengganas dan mengganggu program kita," tambah Shamsul.

Sementara itu Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke dengan tegas mengulangi ikrar untuk memastikan PR menubuhkan kerajaan baru di peringkat pusat dan negeri.

"Rakyat jelas sudah menolak BN, kita akan pastikan PR menang majoriti kerusi Parlimen dan Dun, kita akan bentuk kerajaan baru yang jauh lebih baik dari BN," tegas Anthony Loke yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah.

Hadir sama pada program tersebut ialah Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw.

Harakah Daily

Himpunan Hijau berbeza dengan Gelombang Biru

Posted: 10 Jun 2012 11:59 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Himpunan hijau anjuran PAS adalah siri ijtimak yang diadakan sejak lebih tiga puluh tahun di peringkat nasional, negeri dan kawasan. Di peringkat nasional dianjurkan tidak secara tahunan, tetapi mengikut masa yang dikira sesuai bagi mengumpulkan ahli di seluruh negara.

Setiap himpunan mempunyai tema bagi memperkasakan aqidah perjuangan PAS dan membangkitkan semangat ahli serta penyokong.

PAS tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan pihak lain, termasuk yang menganjurkan beberapa himpunan gelombang biru yang dikatakan menghimpun berjuta peserta.

Bahkan ternyata perbezaan yang jauh laksana langit dan bumi, seperti berbezanya warna hijau dan biru itu. Aturcara dan pengisiannya juga sangat tidak sama.

Ahli dan penyokong PAS sahaja dikerah datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka datang mengikut arahan pemimpin dengan kenderaan dan cara masing-masing dengan duit sendiri.

Mereka yang datang menyertai gelombang biru lain caranya. Kalau tidak ada habuan yang nampak dimata dan seronok didengar, mereka tidak bersedia pun untuk datang.

Himpunan hijau dihitung sendiri oleh mereka yang datang dan menyaksikannya. Gelombang biru memerlukan tambah nilai dengan berbagai cara penggambaran melalui sudut yang ramai peserta, bukannya semua sudut dan disolek melalui penyiaran melalui media yang dikuasai sepenuhnya.

Setiap ahli dan penyokong PAS yang datang ke himpunan hijau mengharapkan pahala daripada Allah. Duit dan tenaga terpaksa dikorbankan kerana yakin adanya pahala, walau apapun orang mengata.

Mereka yang menyertai gelombang biru sila nyatakan, adakah mereka juga mahukan pahala?

Himpunan hijau didahulukan dengan pesanan supaya para pimpinan disemua peringkat supaya berjuang dengan sifat taqwa dan ikhlas menegakkan Islam tepat dengan petunjuk Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. dengan akhlak yang mulia dan hanya percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Kalau ditunjuk-tunjuk zahir sahaja tiada fadilatnya dan cabut lari, tanpa dilihat habuannya dengan mata kasar dan tidak diketahui bila masa mencapainya, sehingga ternganga, tiba-tiba diminta menghulurkan derma pula, tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah.

Gelombang biru dipenuhi ucapan janji kebendaan dan kemewahan melempah ruah. Diminta menunggu bila hendak ditaburkan. Akan diberi apabila ditadah tangan, disuap sebaik sahaja dinganga dan ada yang datang dijemput untuk mengambil atau dibawa bergolek datang ke rumah atau menadah poket untuk diisi. Semuanya sudah siap dengan angka berbilion ringgit.

Kemuncak himpunan hijau dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjamaah, sembahayang hajat secara bermunajat mengadu dan merayu kepada Allah dan sembahayang isya berjamaah.

Selepasnya mendengar ceramah para pemimpin PAS dan tokoh masyarakat daripada berbagai bidang yang baru menyertai PAS. Diselangi pula dengan laungan takbir, sama ada menyubur semangat atau dibenci syaitan yang tidak suka dengan laungan takbir. Seterusnya diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Mursyid Am.

Ada pun kemuncah gelombang biru ialah pesta hiburan oleh kumpulan K- pop atau sewaktu dengannya. Walau pun melangkah waktu sembahayang fardu, kerana agama hak masing-masing tidak bercampur dengan politik. Diikuti pula nyanyian bergema bersama sorak surai terlalu gembira, disertakan dengan tari-menari kerana terlalu gembira.

PAS mengerahkan ahli bagi himpunan hijau supaya bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, walau pun belum diumumkan. Kerja pilihanraya mesti dilakukan daripada sekarang. Bersiap sedia menghadapi piliharaya dengan cabaran banyak penipuan yang nyata dan tersembunyi.
Gelombang biru dianjurkan untuk menabur umpan terlebih dahulu secara janji kalau menang dan sewaktu pilihanraya juga sudah dapat upah.
Para pemimpin dalam keadaan teragak-agak menentukan tarikh pilihanraya kerana mereka yang datang belum tentu mengundi Barisan Nasiaonal.

Penganjur tetap dibayangi kebimbangan gelombang berlalu dengan meninggalkan mata kail sahaja dan umpannya hilang entah ke mana.

Demikianlah perbezaan mukadimah dan pengisian diantara Himpunan Hijau anjuran PAS dan gelombang Biru anjuran Umno.

Himpunan hijau membuktikan bahawa hampir sejuta ahli PAS sedia mengikut arahan para pemimpinnya diseluruh negara, bukan sahaja berhimpun, bahkan bekerja dengan pendekatan terkini bersama Pakatan Rakyat.

Kerahan dibuat hanya kepada ahli-ahli Pas sahaja, kerana kita tidak mahu diramaikan oleh bukan ahli PAS, termasuk kalangan parti-parti pakatan rakyat. Sekurang-kurangnya menyatakan PAS boleh ganti Umno dan Gagasan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional.

Maka PAS menyeru secara khusus kepada umat Islam, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu, bahawa parti kebangsaan Melayu yang bernama Umno sudah habis tempoh tugasnya dan perlu direhatkan, seperti parti–parti lain diseluruh dunia yang mengamalkan demokrasi.

Bukan sahaja telah berlalu lebih lima puluh tahun sejak merdeka menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi menjadi parti yang leka dan melekakan rakyat dengan hiburan dan janji kemewahan demi terus menang walau pun menipu rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang telah berlalu.

Dihinggapi pula masalah baru dan masalah yang akan datang. Walau pun sudah ada kalangan pemimpinnya yang berani berkata :"Melayu Mudah Lupa!".

Himpunan hijau menghimpunkan ahli dan penyokong Pas daripada berbagai bangsa yang menganut Islam dan kalangan bukan Islam yang mendukung perjuangan politik Islam melalui Dewan Himpunan, dengan Islam memimpin umat manusia majmuk menegalkan keadilan kepada semua.

Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk kalangan bukan Islam dan bukan Melayu tetap menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk berpaksikan resolusi bersama bertunjangkan apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Islam Agama Persekutuan dan hak yang adil kepada berbagai agama yang dianut oleh rakyat.

Hak istimewa bumiputera dan layanan adil terhadap pelbagai kaum yang juga menjadi rakyat.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi dan mengiktiraf adanya bahasa ibunda masing-masing.

Raja berperlembagaan yang berhak juga memerhati sekiranya ada kesilapan bukannya simbol tanpa kuasa.

Pendekatan yang menyatukan rakyat melalui asas tersebut dengan betul dan seksama dan bukannya mengapikan semangat fanatik perkauman, apatah lagi dijadikan senjata untuk melagakan rakyat bagi mengekalkan kuasa secara zalim.

PAS mendukung konsep negara berkebajikan yang diterapkan dalam buku jingga. Berhasrat melahirkan kepimpinan negara yang menunaikan amanah, bukannya mendapat kuasa yang menjadi peluang kepada segelintir manusia dan menghiburkan rakyat supaya leka mudah ditipu.

Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada rakyat menjadi hakim yang adil pada setiap pilihanraya yang benar-benar menjadi hak rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat boleh diturunkan kalau bersalah bukannya secara menipu.

Himpunan hijau adalah latihan kepada ahli Pas bahawa mereka datang berhimpun tanpa paksaan dan habuan. mereka datang sebagai rakyat yang memahami haknya yang sebenar, bukan rakyat yang diajar sentiasa berbohong dengan mengampu para pemimpin yang sentiasa menyuap umpan yang mengenyangkan perut dan membodohkan akal.

Himpunan hijau adalah menyatakan perjuangan Pas untuk semua rakyat, kerana Islam itu adalah rahmat Allah kepada seluruh alam.

----------------------------------------------------------
Penulis adalah PRESIDEN PAS

Harakah Daily

Khalid cabar pusat jangan ambil cukai Selangor

Posted: 10 Jun 2012 11:57 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mencabar Kerajaan Pusat agar tidak mengambil wang cukai daripada kerajaan negeri Selangor jika tidak mahu membantu rakyat Selangor.

Beliau berkata, pendidikan percuma mampu dilaksanakan sekiranya segala sumber cukai rakyat negeri Selangor tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat sebaliknya diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan negeri.

"Jika dilihat, negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang semalam.

Ujar Khalid lagi "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Abdu Khalid juga enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan.

Abdul Khalid dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau.

Harakah Daily

Tanah sekolah ke JKKK: Mahkamah benar semakan kehakiman

Posted: 10 Jun 2012 09:08 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu Datuk Mohd Yazid Mustafa telah menolak bantahan pihak Peguam Negara yang menentang permohonan Darul Bayan Development Sdn Bhd (DBDSB) bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman (judicial review) untuk mencabar keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Trengganu dan 2 yang lain iaitu Responden di dalam kes tersebut.

Dengan keputusan ini, Mahkamah semalam membenarkan permohonan sekolah agama itu (gambar) untuk mencabar keputusan sebelum ini yang menghalang mereka mencabar perampasan tanah mereka dan diberikan kepada JKKK.

Pada 25 Mac yang lalu DBDSD telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan responden yang memberikan hakmilik kepada lima orang individu lain meskipun hartanah tersebut asalnya telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Trengganu pada 22 Oktober 2003 untuk diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang dikendalikan oleh DBDSB.

Berdasarkan carian di Pejabat Tanah Dungun DBDSB mendapati 5 orang individu yang diberikan hakmilik hartanah tersebut kepada anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung atau isteri masing-masing.

Mereka adalah adalah Rosli bin Hashim iaitu ahli JKKK Kampung Cacar, Muhamad bin Idris ahli JKKK Kampung Limbung, Paka, Suhaini binti Abd Karim, isteri Pauzi Nong Nain Pengerusi JKKK Kg Limbung, Ibrahim bin Abdullah, ahli JKKK Kampung Limbung dan Abd Ghani bin Muda suami kepada Anita binti Arifin, Setiausaha JKKK Kampung Limbung.

Di dalam bantahannya pihak Peguam Negara menyatakan hartanah yang diluluskan oleh Kerajaan PAS sebelum ini adalah tanah TOL yang diberikan untuk tempoh 3 tahun dengan syarat-syarat tertentu.

Peguam Negara berhujah meskipun terdapat bukti TOL untuk tahun 2003 namun selepas 2004 tiada bukti TOL diluluskan oleh Responden.

Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam kes North East Plantation sebelum ini Mahkamah Persekutuan telah menyatakan selagi tanah belum didaftarkan ke atas nama seseorang kerajaan berhak untuk merampas tanah yang diberikan itu dan mahkamah tidak boleh campurtangan.

Peguam DBDSB pula berhujah bahawa kes ini bukan melibatkan isu tanah TOL semata-mata sebaliknya ianya melibatkan isu keadilan (fairness).

Peguam berhujjah adil atau tidak untuk responden (kerajaan negeri Terengganu) memberikan hakmilik hartanah yang telah diluluskan kepada Sekolah Rendah Islam dengan secara arbitrari diberikan pula kepada pihak lain tanpa diberikan hak untuk didengar kepada pihak yang menjadi mangsa di dalam kes itu.

Peguam berhujah fakta kes ini menunjukkan wujudnya perlanggaran prinsip keadilan asasi iaitu prinsip audi alteram partem (hak untuk didengar) dan prinsip kesamarataan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang Mahkamah tidak harus mengenepikan begitu sahaja.

Peguam DBDSB juga berhujah memandangkan kelulusan telah diberikan untuk hartanah itu diberikan kepada pihak pemohon iaitu DBDSB maka kelulusan itu perlu dibatalkan terlebih dahulu oleh Responden sebelum ia boleh diberikan kepada pihak lain.

Tentang ketiadaan bukti diperharui TOL sejak tahun 2004 peguam berhujah ianya bukan salah pihak DBDSB sebaliknya ianya hasil tindakan Responden sendiri yang sejak tahun 2004 iaitu selepas Kerajaan BN ambil alih Terengganu pemohonan untuk diperharui TOL telah dibekukan oleh Responden sendiri.

Di dalam penghakiman bertulisnya mahkamah memutuskan DBDSB telah berjaya menunjukkan bahawa kes mereka bukan kes yang remeh sebaliknya wujudnya prima facie untuk kes tersebut diteruskan di peringkat seterusnya.

Mahkamah juga, kata hakim , mendapati fakta kes ini boleh dibezakan dengan kes North East Plantation.

DBDSB diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Nasar Khan manakala Peguam Negara pula diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan.

Harakah Daily

Siapa pemimpin diam yang dimaksudkan Muhyiddin?

Posted: 10 Jun 2012 09:07 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Siapakah yang dipersalahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila berkata Barisan Nasional kini berhadapan dengan publisiti negatif, dan menyeru para pemimpin berkenaan untuk berani dan menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan.

Di majlis Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan semalam, walaupun Muhyiddin menyalahkan pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka menyebarkan dakwaan secara bijak dan luar biasa sehingga timbulnya persepsi buruk pada BN, tapi secara tidak langsung beliau turut menyalahkan para pemimpin BN yang tidak menjawab isu yang ditimbulkan oleh pembangkang.

"Jangan kata anda tak tahu (bila menjawab dakwaan pembangkang). Terdapat jurang antara realiti dan persepsi awam terhadap isu-isu – isu-isu yang dibangkitkan pembangkang yang dikaitkan dengan kerajaan dan pemimpin kita," kata beliau.

BN berdepan dengan banyak isu – daripada isu skandal lembu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, skandal kehilangan RM30 bilion Bank Negara, isu Felda dan isu Lynas – semuanya dijawab secara terus oleh pemimpin BN.

Tetapi isu yang tidak disentuh sehingga kini ialah skandal Scorpene yang kini disiasat di mahkamah Perancis yang melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga kini, ketika disoal wartawan mengenai isu ini, Muhyiddin telah menjawab, 'Tiada komen.'

Sudah tentunya beliau menjawab demikian, kerana beliau sememangnya tidak terlibat, dan yang terpalit adalah bosnya Najib, yang sehingga kini boleh dikategorikan dalam golongan yang tidak berani dan pasif sebagaimana yang disebut Muhyiddin dalam menjawab dakwaan pembangkang.

Walaupun telah berkali-kali menyatakan bahawa BN akan menang besar di PRU-13, Najib masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen.

Muhyiddin pula dipetik Sinar Harian sebagai berkata 'pilihanraya tak lama lagi, tapi tidak terlalu dekat.'

Apakah pertembungan Najib dan Muhyiddin menyumbang kepada faktor pilihanraya umum ditangguhkan?

Dalam kontroversi pembekuan PTPTN ke Universiti Selangor, seorang penganalisa politik tempatan melihat penarikan semula pembekuan tersebut telah memalukan Muhyiddin, setelah memberikan sokongan padu kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam tindakan politik kebudak-budakan itu.

Namun, sekiranya pembekuan itu tidak ditarik balik, kata beliau, orang yang mendapat malu dan bahang adalah Najib sendiri, seolah-olah beliau yang merestui permainan politik yang tidak matang tersebut.

"Muhyiddin sedar bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang bernafas di tepi lehernya menunggu jawatan no 2 Umno dalam pemilihan parti tahun ini.

"Beliau turut sedar mempertahankan jawatan no 2 di Umno adalah mustahil kerana Najib bakal memberikan sokongan kepada Hishamuddin.

"Satu-satunya jalan selamat untuk beliau ialah menjadi Presiden Umno dan sekaligus Perdana Menteri menggantikan Najib," kata penganalisa politik yang rapat dengan Umno itu.

Oleh sebab itu, kata beliau, Muhyiddin perlu muncul sebagai juara orang Melayu dan Umno dan menyakinkan mereka bahawa beliaulah orang yang paling sesuai mengetuai Umno ke PRU-13.

Penganalisa tersebut berkata, kenyataan yang dilakukan Muhyiddin kebelakangan ini – di mana beliau menyebut masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu adalah tanda Muhyiddin telah memulakan langkah untuk menjaga kareer politiknya.

"Namun, hasrat itu tidak akan dicapai sekiranya Najib menang 2/3 majoriti di PRU-13. Sekiranya Najib mengambil risiko untuk membuat PRU awal, percayalah Najib tidak akan mendapat 2/3 yang diharapkan untuk kekal di kerusi presiden Umno kerana faktor yang telah disebutkan tadi," kata beliau kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Mubarak kritikal, tak sedarkan diri

Posted: 10 Jun 2012 09:04 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KAHERAH: Keadaan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak semakin kritikal dan beliau berulang kali tidak sedarkan diri sejak dihantar ke penjara Torah di pinggir bandar raya ini untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup lapan hari lalu, kata pegawai.

Pihak berkuasa memberi kebenaran kepada isteri beliau, Suzanne dan dua menantunya untuk mengunjungi Mubarak awal pagi semalam, selepas khabar angin kematian Mubarak tersebar luas di ibu negara Mesir itu.
"Keadaan kesihatan bekas presiden semakin merosot, namun stabil sedikit sekarang," kata seorang pegawai.

Beliau berkata, sejak kunjungan isterinya Mubarak mengalami masalah denyutan jantung dan memerlukan bantuan untuk bernafas.

Pegawai yang namanya tidak didedahkan berkata, Mubarak kini bergantung hidup hanya dengan makanan cair dan dadih.

Kesihatan Mubarak semakin merosot sejak beliau didapati bersalah 2 Jun lalu kerana gagal menghentikan pembunuhan penunjuk perasaan ketika kebangkitan yang menggulingkan beliau pada 2011.

Selepas hukuman dijatuhkan, Mubarak dipindahkan ke hospital penjara dan bukan hospital tentera tempat beliau ditahan sejak April tahun lalu.

Pihak berkuasa sebelum menolak beberapa permintaan daripada keluarga bekas presiden itu untuk memindahkan beliau ke sebuah pangkalan tentera.

Kelmarin, Suzanne dilarang memasuki unit rawatan rapi di mana Mubarak ditempatkan, berikutan arahan pihak berkuasa yang mengehadkan kunjungan kepada hanya sekali sebulan. – AP

Remaja kantoi ketika intai jiran mandi

Posted: 10 Jun 2012 08:59 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Apa sudah jadi remaja sekarang. Seorang remaja bawah umur yang tidak bersekolah 'kantoi' ketika mengintai jirannya sedang mandi dalam satu kejadian di Kampung Tanjung, di sini, pada 26 Januari lalu.

Lebih malang, remaja berusia 16 tahun itu berjaya dicekup suami jirannya itu sendiri, setelah perbuatan tersebut disedari mangsa yang berumur 27 tahun.

Berikutan kejadian itu, remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin

sinar harian/-

Pasar Borong KL dijajah warga asing

Posted: 10 Jun 2012 08:06 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Sudahlah berniaga tanpa permit, sayur-sayuran milik peniaga tempatan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang Lama di sini pun didakwa dicuri oleh warga asing terutamanya dari Myanmar.

Senario itu kini semakin menjadi-jadi sejak tiga bulan lalu dan jumlah warga asing dari Myanmar yang semakin ramai iaitu kira-kira 200 orang menyebabkan mereka semakin naik tocang.

Mereka juga didakwa berlagak samseng hingga ada yang berani mencetuskan pergaduhan sesama sendiri dengan peniaga tempatan.

Malah kejadian pergaduhan sesama mereka sehingga menyebabkan kematian seorang warga Myanmar yang dikenali sebagai Ali di sini pada 6 Jun lalu menjadi bukti sikap keras warga asing terbabit.

Menurut sumber, warga asing tersebut tidak membayar sewa tapak dan bijak mengaut keuntungan atas angin dengan menjual barangan pada harga lebih rendah berbanding harga ditawarkan peniaga tempatan.

"Contohnya, jika sekilogram sayur dijual pada harga RM1 oleh peniaga tempatan, mereka akan menjual pada harga RM0.80 atau bergantung kepada urusan tawar-menawar dengan pemborong.

"Kes kecurian sayur juga kerap berlaku antara pukul 9 sehingga 12 malam terutama kecurian sayur yang mahal pada harga pasaran semasa," kata sumber itu ketika ditemui di sini semalam.

KOSMO/-

Gempa sederhana landa Turki, 6 cedera

Posted: 10 Jun 2012 08:05 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

ISTANBUL 11 Jun - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 skala Ritcher menggegarkan barat daya Turki, semalam, menyebabkan kira-kira enam orang tercedera selepas kesemua mangsa melompat keluar melalui tingkap dan beranda akibat panik.

Timbalan Gabenor Mugla, Necmi Kurt berkata, sejumlah kecil bangunan turut dilaporkan rosak dalam gempa yang melanda kawasan persisiran pantai wilayah itu, yang sering menjadi tumpuan pelancong luar.

Kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan dan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - REUTERS

Facebook berkubur 2020?

Posted: 10 Jun 2012 08:00 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

OTTAWA - Kejatuhan nilai Facebook di pasaran saham mungkin menjadi petanda buruk yang akan menimpa syarikat laman sosial gergasi itu pada masa akan datang.

Penganalisis Kanan Pelaburan, Eric Jackson meramalkan, nilai Facebook akan jatuh seperti syarikat gergasi Internet, Yahoo untuk tempoh lapan tahun lagi kerana persaingan dengan syarikat pengeluar telefon pintar yang kini menyediakan pelbagai aplikasi baru lebih menarik.

"Menjelang 2020, laman sosial dan web portal mungkin tidak lagi menjadi pilihan utama golongan remaja berbanding aplikasi telefon pintar," katanya.

13 daripada 14 mangsa nahas helikopter di Peru berjaya ditemui

Posted: 10 Jun 2012 07:39 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

LIMA: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui 13 daripada 14 mayat, termasuk lapan rakyat Korea Selatan yang terbunuh dalam nahas helikopter di pergunungan tenggara Andes, Peru, kata pihak polis.

Anggota penyelamat menemui mayat mangsa di dalam bangkai helikopter Sikorsky S-58 ET, yang terhempas berhampiran kawasan pergunungan bersalji Gunung Mamarosa, kira-kira 4,900 meter dari aras laut, kata Ketua Polis Raul Salazar.

"Tiga belas mayat berjaya ditemui. Namun, kerja-kerja mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan," katanya.

Katanya, salji tebal dan suhu sejuk ketika ini sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja mencari mangsa terakhir. - AFP

Kedai runcit terbakar

Posted: 10 Jun 2012 07:31 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

TANJUNG KLING - Sebuah kedai separuh papan di Simpang Tanjung Bruas, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.20 petang, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Tangga Batu dan Jalan Kubu berjaya mengawal api daripada merebak ke dua unit kedai makan bersebelahan.

Ketua Balai Bomba Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan 1, Abdul Razak Manap berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu pada jam 4.28 petang.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu serta dua jentera dari Balai Bomba Jalan Kubu dengan 10 anggota diarahkan ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi pada jam 4.35 petang, api marak membakar kedai tengah yang berkembar dengan sebuah kedai lain. "Kami mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 5.10 petang.

"Kedai terbabit adalah kedai kosong dan sudah lama tidak beroperasi. Punca kejadian masih disiasat," katanya Sementara itu, anak pemilik kedai makan bersebelahan, Siti Hajar Amat, 24, berkata, kedai yang terbakar sebelum ini adalah kedai runcit tetapi sudah tidak beroperasi sejak empat tahun lalu.

"Walau apa pun, saya lega kerana api tidak merebak ke kedai makan ibu saya. "Biasanya, kedai makan ini dibuka setiap hari termasuk Sabtu (kelmarin) tetapi ditutup kerana ibu menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Kuala Lumpur," katanya.

Sinar Harian

[BONGKAR] Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR

Posted: 10 Jun 2012 07:30 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

"Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan.

"Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.

"Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar.

"Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana dalam daftar pemilih SPR itu," ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang.

Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada dengan membuat kajian lebih mendalam.

Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat.

"Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah.

"Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang mengkritik badan awam itu," katanya lagi. -selangorku

Terbeli betik 'mengandung’

Posted: 10 Jun 2012 07:28 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

TAMPIN – Seorang peniaga kios di Tampin, di sini, terkejut apabila mendapati terdapat betik kecil dalam betik yang dibelahnya.

Maizatul Adni Abdul Rauf, 26, berkata, sepanjang tempoh dua tahun dia berniaga buah-buahan, dia belum pernah melihat betik yang seolah-olah 'mengandung' itu.

Menurutnya, semasa memotong buah berkenaan, dia hairan apabila bahagian tengah betik tersebut agak keras.

"Sebaik sahaja dibelah dua, buah betik di tengahnya turut terbelah dua, manakala sebelah lagi terdapat sebuah lagi buah betik kecil yang seakan-akan baru sahaja ingin tumbuh.

"Saya membeli buah ini di salah sebuah kedai buahbuahan di Bandar Tampin dan tidak menjualnya tetapi dimakan oleh kami sekeluarga," katanya.

Sinar Harian

Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma - MB Selangor

Posted: 10 Jun 2012 07:26 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.


"Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

"Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. -selangorku

Pengantin dicekup akibat ambil pil kuda

Posted: 10 Jun 2012 07:23 PM PDT

21 Rejab 1433H. [MOD] -

DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

"Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. "Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi," katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

Sinar Harian

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jun 2012 09:17 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jejak Ukhuwah Ramadhan 1433 H Peringkat Rembau

Posted: 10 Jun 2012 07:55 PM PDT

PROGRAM JEJAK UKHUWAH RAMADHAN 1433 HIJRAH

Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan bakal menjelang tidak lama lagi. Disamping kita meningkatkan amal ibadah kita dengan berpuasa di siang hari serta beramal ibadah pada malamya , kita juga digalakkan membantu sesama Muslim.

Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1433 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin serta mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Rembau.

Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan beban golongan anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin serta mereka yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu ;
Pn Norwani ( Penyelaras Program )  013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau)  012-2268230

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
Nama akaun: PAS Kawasan Rembau
Bank: Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun: 05-012-01-007334-7

Sila hubungi Sdr Hamizi Ahmad (Pen Bendahari) 0122832458 untuk sumbangan melalui cek/akaun.

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atu 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM70

Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau

Posted: 10 Jun 2012 07:00 PM PDT

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

Tumpang tidur di rumah usang

Posted: 10 Jun 2012 06:37 AM PDT

10 Jun 2012

JOHOL – Empat beradik yatim piatu hidup daif dengan hanya menumpang tidur di rumah usang bangunan Jabatan Pertanian selepas ayah mereka meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan strok manakala ibu mereka 13 tahun lalu akibat penyakit buah pinggang.

Tiada arah hendak dituju selepas kematian ayahnya,mereka mengambil keputusan tinggal di rumah Jabatan Pertanian yang kini didakwa bukan milik jabatan itu tetapi dipercayai milik tanah kerajaan selepas pihak pertanian sudah tamat kontrak.

Meskipun sehingga kini status tanah dan rumah itu bukan milik keluarga mereka, tetapi empat beradik itu tekad tinggal di situ berikutan kekangan kewangan.

Si abang, Mohd Hafize Adnan, 28, berkata, bukan dia tidak pernah membuat permohonan untuk memiliki tanah tersebut sejak 2010, namun sehingga kini dia masih lagi belum menerima apa-apa keputusan daripada Pejabat Daerah Kuala Pilah.

Mohd Hafize yang bekerja sebagai tukang masak di A'Famosa Resort terpaksa menyara tiga adiknya yang lain iaitu, Nor Aiza, 25, Mohd Haidi, 19 dan Mohd Haizat, 17, selepas kakak sulungnya Nor Arfah, 30, mendirikan rumah tangga.

Walaupun terpaksa berulang-alik setiap hari dari Johol ke Melaka , Hafize sudah biasa demi mencari rezeki buat mereka adik-beradik.

"Buat masa ini, saya seorang sahaja yang bekerja kerana Nor Aiza kini mengambil tanggungjawab melakukan kerja rumah.

"Mohd Haizat pula masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdul Manap (SMKDUAM) manakala Haidi membantu Nor Aiza di rumah," katanya.

Menurutnya, pendapatannya tidak seberapa dan dalam sebulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM800 untuk keperluan dapur serta adik-adik.

"Arwah ayah ada mendapat wang pencen tetapi ia hanya sekadar RM200," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Hafize berkata, dia dan adiknya tinggal di rumah itu sejak kecil kerana arwah ayahnya menjaga rumah tersebut dari Jabatan Pertanian.

"Dahulu arwah ayah membersihkan kawasan ini dan kami pernah membayar duit sewa tetapi lama kelamaan tidak diteruskan kerana mereka memberitahu arwah ayah sudah membantu menjaga kawasan ini.

"Apabila pihak pertanian sudah tamat kontrak, kini mereka mendakwa tanah ini milik kerajaan. Saya sudah cuba mohon kepada pihak berkaitan untuk mengetahui status tanah tetapi masih belum ada jawapan," katanya.

Bercerita soal bantuan, Hafize berkata, dia tidak pernah membuat permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun Baitulmal.

"Saya memang tidak pernah mohon bantuan malah tidak tahu bagaimana prosedurnya. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun saya tidak terima walhal sudah mohon dua kali. Mungkin ada kesilapan teknikal.

"Berikutan itu, saya hanya berusaha sendiri dengan menternak ayam kampung di perkarangan rumah untuk mendapat pendapatan," katanya.

Kisah empat beradik yatim piatu ini mendapat perhatian pihak JKM dan wakil rakyat angkat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim.

Menurutnya, kunjungan itu bertujuan melihat keadaan keluarga tersebut dan ia ibarat kes terpencil.

"Saya juga sudah meminta bantuan kepada penghulu mukim untuk menyemak semula status tanah ini," katanya.

Ismail berkata, sekiranya ia milik kerajaan, kita akan cuba memohon membina sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) demi keselesaan mereka.

"Saya lihat rumah ini sudah usang malah hanya mempunyai sebuah bilik sahaja.

Pihak JKM juga saya minta mereka mempercepatkan permohonan bantuan elaun untuk Haizat yang masih bersekolah," katanya.

misbahul munir

Posted: 10 Jun 2012 09:06 PM PDT

misbahul munir


Ceramah PAS terus diganggu oleh UMNO BN

Posted: 10 Jun 2012 11:58 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 10 Jun 2012 07:32 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 09 Jun 2012 09:49 PM PDT



Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan

http://msomelayu.blogspot.com,10 Jun 2012
Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin.
Udin anak Yassin
Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. 
Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini.

Anwar Ibrahim: Ketawa.
Makanya untuk menghadirkan satu keadaan yang agak selesa kepada mereka (UBN), jadi terpaksa dibangkitkan perkara itu kandati pun ia sudah lama dilupakan dunia dan berbau hanyir macam kudis malam. Rakyat dan orang ramai sudah pun hadam dengan isu berkenaan. Cara ketandusan dan kehilangan akal politik itu menyebabkan situasi Udin anak Yassin kini seolah orang yang jatuh menjadi papakedana tetapi terpaksa memakai semula baju dan seluar lama yang sudah dicampak ke dinding sebelum ini.

Rakyat sudah bijak di dalam hal ini. Perkara lama yang sudah selesai atau dianggap selesai tidak wajar ditimbulkan lagi. Cara Udin anak Yassin juga tidak gentleman. Kalau gentlemandia tidak akan tergamak untuk membangkitkan isu berkenaan. Di pihak PKR juga banyak menyimpan isu-isu lama yang masih relevan untuk dibangkitkan bagi memburukkan seseorang. Tetapi politik PKR gentleman tidak mahu membawa keluar sesuatu yang sudah dikafan dan dimasukkan ke dalam kubur.

Apa yang menimpa Mahathir, Najib malahan Udin sendiri misalnya boleh diungkitkan dan tetap relevan. Skandal BMF yang menelan dan melenyapkan wang sebanyak RM52 billion  (tolong betulkan kalau tak betul), boleh dibangkitkan. Skandal ini menyebabkan kehilangan nyawa dibiarkan begitu saja. Mahathir tidak boleh melepas tangan begitu saja kerana dia adalah PM. Tetapi kenapa tidak ditimbulkan? Kenapa dalam skandal ini seolah ia tidak terpias sedikitpun kepada Mahathir? Licik.

Begitu juga mengenai kelemahan Najib semasa menjadi MB Pahang tahun 80-an dulu. Gara-gara kelemahan, rasuah dan amalan kronisme kerajaan Pahang rugi berbillion ringgit. Beberapa buah anak  syarikat SEDC Pahang terpaksa ditutup dan lingkup. Tetapi Pakatan Rakyat tidak mengungkitkan kerana melihat itu semua isu lama. Kerugian negeri Pahang itu tidak ada kena mengena dengan status Najib sebagai PM hari ini.

Demikian juga Udin anak Yassin sendiri semasa menjadi MB Johor dulu telah menyebabkan banyak hartanah Johor melayang ke tangan Cina Singapura. Beribu hektar tanah rezab Melayu menjadi milik konglomerat Singapura. Kalau hendak dibangkit berlori isu yang boleh menceritakan kelemahan dan kegagalan serta penyelewengan Udin anak Yassin. Begitu juga cerita seorang rombongan belia semasa Udin menjadi Menteri Belia dulu... mengenai ada perbuatan menjolok mata Udin anak Yassin di atas kapal dengan seorang beliawanis? Kalau isu-isu cemar dan jijik ini hendak diungkitkan ia boleh diungkitkan.

Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak sebusuk dan seburuk Udin sanggp mendedahkan apa saja demi survive politik.

Apabila Udin membangkitkan isu itu - meminta Anwar membuat penjelasan saya dapat rasakan dari mana idea yang dikutip dan dipungut Udin itu. Fitnah kononnya Anwar memiliki aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion itu adalah isu didalangi oleh Mahathir Mohamad. Mahathir semasa berdepan dengan serangan Anwar 13 tahun lalu (pemecatan Anwar dari Umno atas motif politik) kehilangan punca sehingga menggunakan apa saja isu untuk mematikan Anwar termasuk mengaitkan Anwar memiliki wang.

Apabila tiba-tiba Udin anak Yassin respon kepada isu itu, yang baru diungkitkan oleh betina sundal dalam tv baru-baru ini, saya cukup percaya apa yang Udin anak Yassin luahkan itu atas nasihat Mahathir. Atau Udin sendiri sekongkol dengan betina sundal itu? Isu kononnya Anwar memiliki aset sebanyak itu adalah idea Mahathir dan dipertikaikan oleh betina sundal. Sepatutnya perkara ini sudah pun selesai apabila orang yang membuat kenyataan memburuk Anwar itu sendiri sudah mengaku apa sebenarnya yang berlaku.
Apa yang saya diberi tahu orang yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan Anwar itu telah diarah oleh Mahathir berbuat demikian. Orang ini katanya telah menceritakan segala-galanya kepada Anwar Ibrahim dan beliau meminta maaf kepada Anwar atas apa yang berlaku. Jadi bagi Anwar seorang pemaaf jauh sekali berdendam mendiamkan saja apabila orang berkenaan telah memohon maaf.

Menurut orang mendengar cerita itu menuturkan kepada saya, macam mana orang itu diperangkap atau menjadi hamba kepada Mahathir. Semasa Mahathir hilang akal untuk mendapatkan senjata bagi 'membunuh' Anwar selapas Anwar bangkit menjadi Jebat Derhaka bersama rakyat, Mahathir memanggil orang itu ke dalam biliknya. Dia tidak bercakap apa-apa dan hanya menulis di atas sekeping kertas kira-kira berbunyi begini; selesaikan perkara RM3 billion. Kertas nota itu katanya masih dalam simpanan orang itu dan tidak diklasifikasikan sebagai bahan OSA.

Selepas keluar dari bilik PM orang berkenaan terus membuat kenyataan akhbar yang mengaitkan wang RM3 billion dengan Anwar Ibrahim. Anwar dan semua para hulubangnya ketika itu yang kini menjadi babi perut labuh dan kerbau rabit hidung membela Anwar, menjelaskan bagaimana pembohongan fitnah berkenaan. Hasilnya semua orang faham isu RM3 billion itu. Entahlah mungkin babi dan lembu itu akan mengubah fikiran pula bila tersepak sen dan ringgit.

Apabila hari ini Udin anak Yassin, seperti terkena sentakan ekor biawak mengulas semula, ia menampakkan Udin, Najib dan Mahathir terdesak dan kehilangan akal sehinggakan sanggup menggunakan isu yang sudah lapuk itu. Mudah saja kalau isu ini hidup dan ada kebenaran kenapa dalam tempoh 13 tahun lalu tidak didakwa Anwar. Kenapa? Rasanya lembu gemuk laki Sharizat juga faham mengenai perkara ini. Adalah mustahil pula kalau Udin anak Yassin lebih dungu dari lembu.

Berbalik kepada persoalan pokok tadi mengenai cabaran Anwar kepada Udin anak Yassin. Udin kena dedahkan akaun peribadinya terlebih dahulu sebelum Anwar berbuat demikian. Atau apakah Udin berani memikul risiko menyahut cabaran itu? Bolehkah Udin mengemukakan penyataan kewangan milik peribadinya? Udin tidak boleh mengelak dan jauh untuk menyesal. Kerana mulut 'cepelat' akhirnya akan merosakan badan.

Saya dan orang ramai tunggu apa yang akan dilakukan Udin anak Yassin selepas ini. Kalau dia berdolak dalik dan terus bungkam dengan cabaran Anwar itu maka jelas Udin tidak lebih daripada tenggiling selsema yang akan menyorot bawah batang buruk bila terkejutkan anak harimau terbatuk.[wm.kl.8:59 09/06/12]

Posted: 09 Jun 2012 09:48 PM PDT


Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin

Harakahdaily,10 Jun 2012
KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.


Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar.

Posted: 09 Jun 2012 09:46 PM PDT

Terutamanya ahli dan penyokong PR, Elak membeli 100 Plus terutama yang ada gambar PM yang mengharamjadahkan orang



Gambar Najib: Kenyataan 100 Plus terhangat

Harakahdaily,10 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan 100Plus menerangkan mengapa gambar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak muncul di air tinnya yang ditulis bloghttp://darisungaiderhaka.blogspot.commerupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 23.


Di tempat kedua diungguli artikel daripada blog http://omakkau.blogspot.com mengenai keakraban kedua pemimpin Amerika Syarikat, Senator John McCain dan Joseph Liberman yang memuji Najib ketika lawatan ke tanahair baru-baru ini dengan Yahudi.

Berita ucapan terima kaish daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik' pula menduduki tempat ketiga.

Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan kerajaan negeri.

Pada tangga keempat ialah artikel blog http://greenboc.blogspot.com yang menceritakan peristiwa bersejarah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum sebagai sokongan rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Di tempat kelima ialah kecaman terhadap fitnah Umno terbaru dengan cuba mengaitkan rumah usahawan Perlis dengan Nik Aziz. Gambar yang tersebar di laman sosial Facebook Anti Semua Salah Umno - ASSU itu mendakwa Nik Aziz mahu membina rumah rakyat untuk dirinya sendiri.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 3 Jun hingga 9 Jun, 2012.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 10 Jun 2012 07:25 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Orang Muda Terjebak Kerana ‘Hilang Punca’

Posted: 09 Jun 2012 10:52 PM PDT


DUNGUN – PAS meneruskan usaha mendekati orang muda bagi membimbing mereka supaya tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang merosakkan kelompok yang menjadi 'harapan negara' pada masa depan itu.

Menurut  Cikgu Haji Wan Hapandi bin Nik, kebanyakkan masalah yang timbul dikalangan generasi muda adalah kerana mereka 'hilang punca'.

"pada hari ini kita melihat sebahagian besar maslaah yang timbul di kalangan remaja (dan orang muda) adalah kerana mereka kehilangan punca,


"(kurang) menguasai ilmu agama yang menyebabkan mereka terjebak degan pelbagai gejala yang merosakkan masa depan mereka,"ujarya.

Wan Hapandi berkata demikian selepas beramah mesra dan memberikan tazkirah kepada orang muda di Padang bola Jalan Melati, Sura Utara, dekat sini pada Rabu 6 Jun lalu.

Beliau yang baru dilantik memegang amanah selaku Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Sura berkata, pihaknya bersama Pemuda PAS DUN Sura mengambil inisiatif mendekati golongan yang mejadi 'aset negara' itu.

Menurutnya, ia adalah pendekatan bersemuka bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada golongan tersebut.

"Oleh kerana itu, kita di peringkat MTD dan pemuda (PAS DUN Sura) sendiri mengambil inisiatif agar mereka bersama perjuangan kita dalam usaha kita menyebarkan syiar Islam dan untuk menegakkan syarat Allah,"jelasnya.

Beliau berharap orang-orang muda berusaha mendekati rumah-rumah Allah, surau dan masjid untuk menambahkan  dan mendalamkan ilmu Islam supaya menjadi pemuda yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Turun bersama beliau ke padang bola tersebut ialah Ketua Pemuda PAS DUN Sura Ustaz Hanafiah Hitam dalam rangka program Cakna Komuniti Muda Dun Sura yang dianjurka bersama oleh MTD Sura dan  Penyelaras Pemuda PAS DUN Sura.<buletinonline>




Gambar sekitar Cakna Komuniti Dun Sura 

Rembau Hari Ini

Posted: 10 Jun 2012 07:09 PM PDT

Rembau Hari Ini


Terapi Darussyifa 15 Jun 2012 di Rembau

Posted: 10 Jun 2012 07:04 PM PDT

TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI, MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau
Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :
7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa
8.30mlm : Solat Isya
9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)
- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal
- Rawatan Penyakit Rohani
- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'
Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau www.facebook.com/masjidjamek.annurrembau

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Jun 2012 03:13 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ANAK TUN AJAK KELUAR DARI UMNO !

Posted: 10 Jun 2012 02:43 AM PDT

"Pemimpin Umno dahulu berjuang dengan ikhlas, kerana bangsa dan agama tetapi pemimpin Umno sekarang lebih berminat untuk menimbun kekayaan dan terlibat dengan rasuah," katanya dalam satu ceramah di Markas PAS Titi Seorang, Parit Buntar semalam.

Beliau yang masih menjadi ahli Umno meluahkan rasa kesalnya dengan perkembangan mutakhir ini di mana perjuangan Umno jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

Menurut Thamrin, banyak penipuan berlaku dalam daftar pemilih di antaranya, dengan membawa masuk warga asing dari Kemboja untuk menjadi pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

"Umno sudah tidak betul, tidak gentleman, banyak penyelewengan dan rasuah serta mereka merasa bimbang untuk berdepan dengan rakyat pada PRU13," ujar beliau.

Mengenai perhimpunan Bersih 3.0 beliau berkata, Barisan Nasional mungkin boleh jatuh sekiranya lebih ramai rakyat bangkit untuk menentang kezaliman dan kejahatan mereka.

Bersih 3.0 katanya, ialah suatu usaha murni yang harus disokong kerana NGO itu menuntut lapan perkara bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil.

Beliau berjanji untuk mendedahkan lebih banyak lagi keburukan dan kedurjaan Umno pada masa-masa yang akan datang.

Mengenai pendedahan ini dengan menggunakan pentas PAS beliau berkata, "biar Umno pecat saya, saya tidak hairan."

Lebih 1,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat hadir pada majlis ceramah itu. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Jun 2012 11:47 AM PDT

Batu Gajah Mari


Umno 'upah' Anjang Aki ganggu Ceramah Pak Jabit Malam ini!

Posted: 09 Jun 2012 10:37 PM PDT


Macam biasa.. Sifat meroyan seoerti babun tercekik tulang.. Kak Midah sekali lagi malam ini akan ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh Pelakon Hantu Kak Limah, Pak Jabit dan Ustaz Misbahul Munir malam ini..

Khemah dah dipasang di tapak program PAS

Kelihatan 5 khemah telah dipasang diatas tapak program PAS.. Kita terpaksa teruskan juga berselebelahannya dan pihak Polis bagi jaminan utk jaga keselamatan..

Malam tadi mereka dah pasang merata-rata banner ceramah mereka yang bertajuk, Ceramah Isu-Isu Semasa: Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.


Penceramahnya ialah Dato' Baharuddin Omar yang lebih dikenali Anjang Aki [gambar]..

Hahaha... sorang lagi pelakon yang veteran diperlembukan oleh
Hamidah malam ini.. Kesian.. Baru-baru ini penjual gelang, Ac Mizal diperberukkan.. Malam ini giliran Anjang Aki pula.. Jatuh maruah seorang Dato' ini..

Kita bukan nak kutuk dia sokong mana, tapi tidak perlulah bodoh ganggu ceramah PAS.. Jangan dipergunakan.. Buat la hari lain...

Apa-apa pun, jangan lupa datang malam ni.. Dengo cerita Midah xde.. g Oversea.. haha.. Kita tengok Anjang Aki meroyan.. Jom ramai-ramai.. Dekat beno dengan rumah Midah!!

Berapa Bas mereka akan angkut malam ni? nantikan.. Sebelum tu pekena Kueytiaw goreng kt tempat ceramah Umno dulu.. Hehehe..

JOM BERAMAI-RAMAI!!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 10 Jun 2012 11:39 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


BR1M: Rakyat bukan ikan tilapia

Posted: 09 Jun 2012 06:01 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Jun: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 tidak akan dapat 'menyucikan dosa' kerajaan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan (gambar).

Sambil menyifatkan BR1M sebagai hak rakyat, Nasrudin berkata, bantuan itu memang wajar diberikan kepada rakyat yang memerlukan tetapi bimbang ianya dijadikan umpan pilihan raya.

"Kita tak pernah mempertikai hak rakyat untuk dapatkan bantuan daripada kerajaan tapi bukan bermaksud bantuan itu boleh mencuci penyelewengan, rasuah, dosa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Lambat laun rakyat sedar juga kes-kes rasuah seperti NFC dan sebagainya dan rakyat akan sedar bagaimana kerajaan menguruskan wang negara," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Kabinet kelmarin, supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.

Nasrudin berkata, jika kerajaan benar-benar ikhlas membantu rakyat, bantuan seperti ini bukan sahaja diberi menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.

"Yang timbul kenapa jadi gula-gula pilihan raya kerana seringkali diberi kepada rakyat menjelang musim pilihan raya. Kenapa tidak daripada awal dulu dan tidak dijadikan dasar kerajaan. Menjelang pilihan raya macam-macam diberikan," katanya.

Namun ujarnya, rakyat khususnya golongan muda yang celik maklumat tidak akan terpengaruh dengan umpan sedemikian sebaliknya tahu berfikir untuk memilih kerajaan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

"Anak-anak muda yang mendapat maklumat jelas, mereka tidak mudah untuk dipengaruhi kerana prinsip perjuangan bukan berharga RM500 untuk menentukan corak pemerintahan negara melalui pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya, bukan berdasarkan siapa yang boleh beri umpan kepada mereka kerana rakyat bukan ikan tilapia untuk dibuat demikian tapi rakyat manusia yang ada akal, ada agama dan boleh berfikir," katanya.

Pemuda PAS perkenal Kaffah, kurikulum baru PASTI

Posted: 09 Jun 2012 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).

Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan.

"PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran.

Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik.

"Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.

Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada.

Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.

Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS

Posted: 09 Jun 2012 06:00 PM PDT

BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

"Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

"Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

"Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya'Allah," jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum "Selamat Tinggal Umno" di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju 'PAS Ganti Umno' sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Taklimat Khas & Pelancaran Isu-Isu Semasa

Posted: 09 Jun 2012 05:59 PM PDT

Pengerusi PTPTN bohong, ikut telunjuk Umno

Posted: 09 Jun 2012 05:54 PM PDT

SHAH ALAM: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Hussin menyifatkan Pengerusi  PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berbohong berhubung alasan penarikan balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan Kuis.

Menurutnya, alasan bahawa pembekuan pinjaman terhadap pelajar kedua-dua IPTS itu ditarik balik kerana tahu kononnya kerajaan negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan adalah penuh emosi dan 'kurang cerdik'.

Ini kerana, kerajaan negeri telah mengumumkan  skim bantuan khas untuk pelajar yang  teraniaya oleh pembekuan tersebut.

"Malang bagi Pengerusi PTPTN, selepas menurut perintah Menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Apa yang jelas kenyataan tersebut menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno BN yang sekarang terpaksa membuat "U turn"; tidak sampai 24 jam pembekuan pinjaman diumumkan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas ekoran pembekuan pinjaman oleh PTPTN.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran nilai RM30 juta.

Mengulas lanjut Faekah berkata, seluruh episod ini sebenarnya suatu amaran kepada penjawat awam agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik dan menjaga integriti mereka.

Pada masa sama, beliau menggesa Menteri Umno agar tidak memperkudakan pegawai kerajaan dan berhenti mengamalkan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam".

PTPTN: Salah congak, BN terpaksa buat 'U turn'

Posted: 09 Jun 2012 05:54 PM PDT

Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Janji itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak muda.

Mungkin kerana gusar dengan perkembangan itu, Umno BN kemudiannya cuba 'menguji' kerajaan Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyekat pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru di kedua-dua universiti itu.

Pada anggapan mereka, Kerajaan Selangor tidak akan mampu menyediakan dana menggantikan pinjaman kepada pelajar Unisel dan isu itu pada mereka, akan meletup dengan persepsi bahawa 'jangan percaya janji Pakatan Rakyat lagi'.

Orang yang dilihat gembira dan 'mastermind' disebalik pembekuan itu adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang turut disokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam reaksi mereka, seolah-olah mahu berkata 'padan muka kamu' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun reaksi mereka itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuk dari beberapa pemimpin Umno sendiri yang melihat tindakan itu terlalu politik sehingga sanggup menggadai kebajikan pelajar.

Tetapi kedua-dua pemimpin ini akhirnya terpaksa 'menjilat ludah sendiri' apabila tiba-tiba Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Aset tersebut merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM dengan anggaran RM30 juta boleh diperolehi hasil usaha tersebut.

Belum sampai 24 jam pengumuman itu dibuat, PTPTN semalam mengumumkan pula pembatalan pembekuan pinjaman tersebut kepada pelajar Unisel.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksinya ketika berceramah di Kelantan malam tadi berkata, tindakan u-turn itu dibuat Umno kerana panik dengan kemampuan kerajaan negeri.

"Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

"Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel," katanya.

Banyak pihak melihat, pertarungan dalam isu PTPTN ini, menghasilkan keptusan 3-0 iaitu Pakatan Rakyat, 3 dan BN, 0.

Mata pertama diperolehi Pakatan Rakyat apabila tawaran pendidikan percuma yang dilontarkan oleh Datuk Seri Anwar serta janji mansuh PTPTN berjaya menarik sokongan anak muda.

Mata kedua pula diperolehi melalui debat Rafizi dan Khairy apabila ramai melihat mekanisma pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma yang dijelaskan Rafizi benar-banar realistik dan mampu dilaksanakan.

Manakala mata ketiga, baru sahaja diperolehi apabila kerajaan dan PTPTN mengumumkan penarikan balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar Unisel dan Kuis semalam.

Isu beku PTPTN: Kerajaan BN mulai panik - MB

Posted: 09 Jun 2012 05:53 PM PDT


KETEREH: Kesediaan kerajaan Selangor mencari dana bagi membantu pelajar Unisel dan KUIS membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti kelam kabut apabila membuka semula pinjaman PTPTN yang dibeku baru-baru ini.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin dalam kenyataannya sebelum ini mengakui kerajaan membeku pinjaman kepada pelajar Unisel, dianggap ramai sebagai tindak balas ekoran kesungguhan Pakatan Rakyat mahu menghapuskan PTPTN.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ekoran masalah yang dihadapi pelajar Unisel menyebabkan kerajaan negeri mencari sumber kewangan lain bagi membantu mereka.

"Hasil daripada pelbagai usaha kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.

"Kerajaan BN ugut dengan menarik balik pinjaman yang diberi kepada pelajar. Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit.

"Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba malam tadi PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel," katanya pada ceramah perdana di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi.

Pada tempat berlangsung ceramah penuh sesak biar pun pada sebelah petang hujan lebat.  Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategik, Rafizi Ramli, Ketua Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Isu PTPTN menjadi hangat apabila Pakatan dalam Buku Jingga menawarkan memberi pendidikan percuma kepada rakyat, dengan mengembalikan semula biasiswa yang ditukar menjadi pinjaman di bawah kerajaan BN sekarang.

Anwar pula memberitahu sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, langkah pertama akan diambil mengisytihar memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Katanya, kerajaan hanya memerlukan sekitar RM5 bilion bagi memberi pendidikan percuma dan  bantuan kepada pelajar setiap tahun.

"Setiap tahun kerajaan mendapat hasil daripada royalty petroleum sebanyak RM80 bilion, dan hanya RM5 bilion digunakan bagi tujuan pendidikan percuma.

"Kita masih lagi ada RM75  bilion, bagaimanapun pula ada pihak menganggap negara boleh bankrap dengan menyediakan pendidikan percuma. Saya pun tidak faham kaedah matematik yang mereka gunakan," ujarnya.

'Haram jadah': 5 peneroka lapor polis

Posted: 09 Jun 2012 05:52 PM PDT


TEMERLOH: Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah.

Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.

"Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat.

"Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda.

"Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian," katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek.

Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH.

"Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh.

"Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu," ujarnya.

Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan  timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda.

Tambahnya, akhbar Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan 'peneroka lima sekawan' berkenaan tidak mempunyai prinsip kerana termakan hasutan pembangkang sehingga malu untuk berhadapan dengan peneroka lain walaupun membantah dan membawa kes ke mahkamah.

Menurutnya lagi, akhbar berkenaan hanya memetik kenyataan bohong dan fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15.

"Hasil daripada kenyataan yang disiarkan itu membuatkan mesyarakat memandang serong dan timbul prasangka buruk kepada kami," jelasnya.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah yang turut hadir, selepas ini pihaknya akan bertindak lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat locus standi.

Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 30 orang peneroka.

Beku PTPTN: Umno tunjuk lagak tak kena tempat

Posted: 09 Jun 2012 05:52 PM PDT


KUALA LUMPUR: BN dilihat sengaja menunjukkan kuasanya apabila mencabar kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembekuan PTPTN terhadap pelajar Unisel.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya menunjukkan sikap sombong dan angkuh BN kerana cabaran itu dibuat tidak kena pada masa dan tempatnya.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata cabaran itu tidak kena pada tempatnya memandangkan tanggungjawab memberi pendidikan terletak kepada kerajaan pusat.

"Ini bukan masa untuk cabar atau menguji kerajaan negeri Selangor. Ia hanya menyusahkan bukan sahaja pelajar, tetapi ramai pihak.

"Kalau betul hendak minta kerajaan negeri tanggung pendidikan, jangan ambil cukai dari Selangor," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau lagi, biarpun PTPTN menarik semula pembekuan pinjaman tabung itu, pelajar tidak perlu berterima kasih kerana ia merupakan hak pelajar terbabit.

Malah, katanya kerajaan sewajarnya tidak perlu bertindak membekukan pinjaman tersebut kepada pelajar baru Unisel hanya kerana berbeza fahaman politik.

Selain itu, beliau berkata dasar federalisme tidak diamalkan di negara kita menjadikan kerajaan BN sering mengamalkan dasar diskriminasi dan pilih kasih terhadap mana-mana negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Dalam isu royalti, Terengganu dan Kelantan telah disisihkan. Sekarang, mereka cuba buat kepada Selangor pula. Mereka mengamalkan kezaliman dalam tindak-tanduk mereka," tegas beliau lagi.

Awal minggu ini, PTPTN dengan disokong Menteri Pengajian Tinggi dan Timblan Perdana Menteri bertindak membekukan pinjaman pelajar baru Unisel dan meminta kerajaan negeri Selangor membuktikan keupayaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terbabit.

Bagaimanapun, tindakan tersebut ditarik balik hari ini selepas mendapat pelbagai kritikan yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar.

Lelaki tawar 10 dinar beli plak royalti Kelantan

Posted: 09 Jun 2012 05:52 PM PDT


KUALA LUMPUR: Belum sampai dua hari plak asal Sokongan Tuntutan Pendaratan Minyak dan Gas ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah ada individu yang menawarkan harga yang tinggi untuk memilikinya.

Menurut aktivis Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan (Gegar), Mohd Fauzi Mohd Azmi, seorang lelaki menawarkan 10 dinar (RM7,990) untuk membeli plak tersebut sewaktu berkunjung ke gerai pameran Gegar hari ini.

Bagaimanapun kata Fauzi, plak itu tidak akan dijual kepada sesiapa pun kerana mempunyai nilai sejarah bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sendiri.

"Plak itu tak akan dijual kepada sesiapa pun kecuali kalau boleh ditukar dengan royalti petroleum rakyat kelantan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga berkata, plak tersebut terpaksa disimpan 'di tempat yang selamat' kerana ia mula menarik perhatian pihak-pihak tertentu.

"Pagi tadi saya terima penggilan yang kata dia dari pihak istana, nak ambil plak itu untuk cop mohor sultan.

"Tapi saya hubungi kawan yang bekerja di istana, dia kata tak ada. Kalau ada, istana mesti keluarkan surat terlebih dahulu. Jadi kami risau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dapatkan plak itu kemudiaan menghancurkannya," katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, Gegar meneruskan usaha mendapatkan tandatangan orang -orang kenamaan dari pelbagai parti politik untuk menyokong usaha NGO itu mendapatkan hak rakyat Kelantan.

"Kita sedang kumpul tandatangan  VIP tak kira aripada Umno, PAS, PKR, DAP atau dari mana-mana pun untuk menadapatkan sokongan mereka.

"Sekarang kita bukan fokus kepada royalti rakyat Kelantan sahaja tapi kita nak hasil minyak didaratkan di Kelantan, bukan di Thailand, bukan di tempat lain." tegasnya.

Kelmarin, Tuanku Sultan Muhammad ke-V  berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV.

Pemuda PAS gesa Malaysia tutup kedutaan Syiria

Posted: 09 Jun 2012 05:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Hampir 100 orang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Syiria hari ini bagi membantah tindakan kejam regim Bashar Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan U-Tant.

Mereka melaungkan slogan 'Hancur Bashar', 'Selamatkan Syiria', 'tutup Kedutaan Syiria'.

Mereka turut membawa poster dan kain rentang bertulis 'Stop children killer now' dan 'Assad=hitler' serta mengibarkan bendera Syiria.

Minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan pada himpunan itu hari ini mendesak agar Kerajaan Malaysia menutup dengan segera Kedutaan Syiria dan menghalau mereka dari bumi Malaysia.

"Kita berkumpul ini adalah tanda sokongan kita sebagai umat Islam yang menentang kekejaman Bashar, yang mana telah memalukan umat Islam di seluruh dunia.

"Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dalam hal ini, sepatutnya kerajaan jangan lepas tangan dan mesti menutup kedutaan dengan segera," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan penutupan kedutaan ini adalah sebagai tanda bahawa kita menentang kekejaman yang dilakukan oleh Bashar.

Menurutnya lagi, demo bantahan ini akan terus dilakukan jika suara rakyat Malaysia dan umat Islam tidak didengari oleh kerajaan.

"Ini merupakan perhimpunan kali kelima dilakukan terhadap bantahan kekejaman tersebut dan jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan kita akan meneruskan perhimpunan ini pada masa akan datang.

Pada perhimpunan kali ini tiada memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan, kerana sehingga sekarang tidak ada jawapan langsung diperoleh terhadap memorandum yang diserahkan sebelum ini.

Himpunan aman yang turut disertai rakyat Syiria itu berakhir kira-kira jam 3 petang.

Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dan juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.

Jasindaily Online

Posted: 10 Jun 2012 09:35 AM PDT

Jasindaily Online


Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat

Posted: 10 Jun 2012 07:39 AM PDT

Tarikh : 10 Jun 2012 
masa : 9.00 Pagi 
Tempat : Dewan Rakyat DAP MELAKA, LORONG PANDAN 






PAS MELAKA BAKAL LETAK CALON MUSLIMAT

Posted: 09 Jun 2012 09:26 AM PDT

Pas Melaka akan menampilkan beberapa calon wanita bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Calon itu sebagai menghargai golongan wanita yang banyak membantu serta sokongan wanita sekarang yang mahukan PAS Melaka melakukan perubahan. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata, senarai nama pemimpin wanita yang terpilih sudahpun dihantar, namun keputusan muktamat hanya terletak di tangan barisan kepimpinan Pas pusat. Sudah sampai masanya calon wanita di Melaka diberi pengiktirafan selaras dengan peranan dimainkan selama ini dalam membantu jentera parti.


 PAS Melaka sebelum ini belum pernah meletakkan calon wanita bagi kerusi yang dipertandingkan dan ini merupakan kali pertama PAS meletakkan calon dari golongan wanita. Kita merasakan Pas Melaka perlu memberi peluang kepada calon wanita dan kita ada hantar senarai calon wanita, cuma akan diputuskan kepimpinan Pas di peringkat pusat dan nama-nama tersebut telah dihantar ke pusat untuk membuat pilihan~PAS MELAKA

GUARD MAIM CABUL KANAK-KANAK MUALLAF

Posted: 09 Jun 2012 09:24 AM PDT

Sebelum ini kita dikejutkan berlaku masalah moral yang melibatkan staff dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan juga seorang ADUN yang menjaga MAIM mempunyai masalah moral serta menjatuhkan reputasi MAIM sebagai institusi agama bagi Melaka. Terkini melibatkan individu di bawah MAIM. Seorang pengawal keselamatan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak mualaf.

Dia dituduh berbuat demikian di sebuah Pusat Perkhidmatan Saudara Baru, Lorong Pandan, hujung tahun lalu.Mat Radzi @ Mat Razdi Darus, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa terhadapnya di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman. 

 Berdasarkan pertuduhan, Mat Radzi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang perempuan berusia 11 tahun dengan niat mencabul kehormatannya iaitu meraba buah dada dan kemaluan mangsa.Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Nurul Huda Jalan Kesidang, Taman Kesidang Seksyen 2 antara Disember 2011 dan Mac 2012.Warga emas dari Tanjung Kling itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau manamana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.~PAS MELAKA

RAKYAT BUKAN IKAN TALAPIA !!

Posted: 09 Jun 2012 09:20 AM PDT

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 tidak akan dapat 'menyucikan dosa' kerajaan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan (gambar).Sambil menyifatkan BR1M sebagai hak rakyat, Nasrudin berkata, bantuan itu memang wajar diberikan kepada rakyat yang memerlukan tetapi bimbang ianya dijadikan umpan pilihan raya. "Kita tak pernah mempertikai hak rakyat untuk dapatkan bantuan daripada kerajaan tapi bukan bermaksud bantuan itu boleh mencuci penyelewengan, rasuah, dosa yang dilakukan oleh kerajaan.

"Lambat laun rakyat sedar juga kes-kes rasuah seperti NFC dan sebagainya dan rakyat akan sedar bagaimana kerajaan menguruskan wang negara," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Kabinet kelmarin, supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.Nasrudin berkata, jika kerajaan benar-benar ikhlas membantu rakyat, bantuan seperti ini bukan sahaja diberi menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.

 "Yang timbul kenapa jadi gula-gula pilihan raya kerana seringkali diberi kepada rakyat menjelang musim pilihan raya. Kenapa tidak daripada awal dulu dan tidak dijadikan dasar kerajaan. Menjelang pilihan raya macam-macam diberikan," katanya.Namun ujarnya, rakyat khususnya golongan muda yang celik maklumat tidak akan terpengaruh dengan umpan sedemikian sebaliknya tahu berfikir untuk memilih kerajaan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang."Anak-anak muda yang mendapat maklumat jelas, mereka tidak mudah untuk dipengaruhi kerana prinsip perjuangan bukan berharga RM500 untuk menentukan corak pemerintahan negara melalui pilihan raya umum akan datang."Rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya, bukan berdasarkan siapa yang boleh beri umpan kepada mereka kerana rakyat bukan ikan tilapia untuk dibuat demikian tapi rakyat manusia yang ada akal, ada agama dan boleh berfikir," katanya.~HRKH

DPPM PERKENAL KAFFAH

Posted: 09 Jun 2012 09:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meningkatkan lagi kualiti pengajian PASTI dengan memperkenalkan kelas fardhu ain dan fardhu kifayah (Kaffah).Menurut Ketuanya, Nasrudin Hassan, Kaffah merupakan kurikulum lanjutan PASTI yang menyediakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan. "PASTI merupakan projek DPPM yang dikenali di seluruh negara, jadi kami memperkasakan lagi PASTI dengan melancarkan Kaffah sebagai usaha berterusan ke arah perkembangan potensi anak-anak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.Nasrudin berkata, matlamat penubuhan Kaffah adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Allah dan Rasul serta mencintai al-Quran. 

 Selain itu, ia juga untuk melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah selain melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang baik."Kaffah juga akan melahirkan pelajar yang memiliki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memasyarakatkan Islam dalam lingkungan persekitarannya," katanya.Waktu pembelajaran Kaffah pula, bagi sekolah satu sessi dan separuh sessi, ia mengikut kesesuaian dan keperluan pihak pengurusan sekolah, dimasukkan dalam jadual asal yang sedia ada. Manakala kelas hujung minggu boleh dibuat dalam bentuk tuisyen selama tiga jam 30 minit untuk sehari iaitu pada Sabtu dan Ahad.Sementara itu, tenaga pengajar pula terdiri daripada guru-guru PASTI sendiri atau tenaga pengajar luar secara separuh masa.Orang ramai yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Kaffah boleh berurusan di Sektor Kaffah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia di setiap negeri.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 Jun 2012 09:05 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PEMERINTAHAN NEGARA INI DITENTUKAN WARGA ASING

Posted: 09 Jun 2012 07:41 PM PDT

Memang  jelas dan tidak dapat dinafikan bahawasanya Surunjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam mempastikan BN  kekal berkuasa di bumi Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Memang sah SPR boleh ditakwilkan sebagai satu komponen BN atau sekadar budak suruhan BN.

Saya masih ingat pada malam pengumuman keputusan pilihanraya 2004 yang disiarkan di TV3,Tan Sri Aseh Che Mat sentiasa berada di samping pemimpin BN. Kenapa beliau selaku seorang pegawai kerajaaan berada di ibu pejabat UMNO
mengikuti perkembangan pengumuman keputusan pilihanraya.


Nombor Mykad tak sepadan dengan tarikh lahir, SPR kata sah


Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, beberapa pengundi dengan nombor MyKad yang berbeza dengan tarikh lahir merupakan pengundi sah mengikut pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pegawai yang enggan dinamakan itu memberitahu Malaysiakini bahawa butiran empat pengundi itu, yang didedahkan oleh penganalisis politik Ong Kian Ming, sama seperti rekod JPN. Ong sebelum ini menyiarkan nombor kad pengenalan dengan butiran berbeza itu.

Semakan Malaysiakini dengan pengkalan data dalam talian SPR menunjukkan bahawa enam digit pertama oleh kesemua empat pengundi tersebut berbeza dengan tarikh lahir mereka. Sedangkan, nombor berkenaan sepatutnya sama dengan enam digit pertama mengikut format Mykad.

Pegawai berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan alasan di sebalik percanggahan itu kerana JPN bertangungjawab ke atas maklumat peribadi rakyat Malaysia.

 Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini menjelaskan bahawa hak seseorang pengundi tidak boleh ditolak atau dikeluarkan daripada daftar pemilih selagi butiran mereka berpadanan dengan rekod JPN.

=========================================================================


Warga asing yang mengundi akan kena tindakan, kata Anwar


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak menugndi dalam usha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum mengambil tindakan.

sumber: malaysiakini, tranungkite

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Jun 2012 09:03 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Orang Muda Terjebak Kerana ‘Hilang Punca’

Posted: 09 Jun 2012 10:58 PM PDT



DUNGUN – PAS meneruskan usaha mendekati orang muda bagi membimbing mereka supaya tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang merosakkan kelompok yang menjadi 'harapan negara' pada masa depan itu.

Menurut  Cikgu Haji Wan Hapandi bin Nik, kebanyakkan masalah yang timbul dikalangan generasi muda adalah kerana mereka 'hilang punca'.

"pada hari ini kita melihat sebahagian besar maslaah yang timbul di kalangan remaja (dan orang muda) adalah kerana mereka kehilangan punca,
"(kurang) menguasai ilmu agama yang menyebabkan mereka terjebak degan pelbagai gejala yang merosakkan masa depan mereka,"ujarya.

Wan Hapandi berkata demikian selepas beramah mesra dan memberikan tazkirah kepada orang muda di Padang bola Jalan Melati, Sura Utara, dekat sini pada Rabu 6 Jun lalu.

Beliau yang baru dilantik memegang amanah selaku Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Sura berkata, pihaknya bersama Pemuda PAS DUN Sura mengambil inisiatif mendekati golongan yang mejadi 'aset negara' itu.

Menurutnya, ia adalah pendekatan bersemuka bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada golongan tersebut.

"Oleh kerana itu, kita di peringkat MTD dan pemuda (PAS DUN Sura) sendiri mengambil inisiatif agar mereka bersama perjuangan kita dalam usaha kita menyebarkan syiar Islam dan untuk menegakkan syarat Allah,"jelasnya.

Beliau berharap orang-orang muda berusaha mendekati rumah-rumah Allah, surau dan masjid untuk menambahkan  dan mendalamkan ilmu Islam supaya menjadi pemuda yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Turun bersama beliau ke padang bola tersebut ialah Ketua Pemuda PAS DUN Sura Ustaz Hanafiah Hitam dalam rangka program Cakna Komuniti Muda Dun Sura yang dianjurka bersama oleh MTD Sura dan  Penyelaras Pemuda PAS DUN Sura.<buletinonline>


Gambar sekitar 

Cakna Komuniti Dun Sura @ Sura Utara

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jun 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Punca tanah adat Perpatih terbiar ialah …...

Posted: 10 Jun 2012 06:34 AM PDT

Kenapa tanah dan rumah yang dibina atas tanah adat di Negeri Sembilan ini banyak yang terbiar? Blogger Anak Rembau yang mahir selok belok dalam Adat Perpatih mempunyai pandangan serta rumusan yang menarik, antaranya ;

Beliau meminta pembaca blog memikirkan beberapa persoalan yang dikemukakan di bawah :

1.Adakah benar penghijrahan merupakan punca tanah terbiar di Negeri Sembilan?
2.Sejauhmanakah kefahaman mengenai tanah adat di kalangan masyarakat Negeri Sembilan baik di kalangan penyandang pusaka adat mahupun anak-anak buah?
3.Apakah fungsi penyandang-penyandang pusaka adat di dalam memajukan tanah adat?
4.Sejauh manakah semangat kekeluargaan yang dikatakan hebat di kalangan masyarakat Adat Perpatih?
5.Adakah semangat ini masih wujud?

Kekeliruan ini timbul kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa perempuan hanyalah sebagai penama bukan pemilik mutlak tanah tersebut. Ini diburukkan lagi apabila di dalam geran tidak dinyatakan nama suku seolah-olah menunjukkan tanah tersebut adalah milik individu. Setiap geran hanya mempunyai cop "Tanah Adat".
Perkara yang sama juga berlaku sekiranya tanah adat diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Pampasan tidak boleh dimiliki sepenuhnya oleh penama di mana ia perlu dibahagikan secara faraid mengikut syarak. Pemegang amanah bagi pampasan tersebut adalah Dato' Lembaga Suku. Dato' Lembaga perlu bijak di dalam urusan pembahagian pampasan di kalangan waris yang masih ada bagi mengelakkan perkelahian dan perebutan hasil pampasan.

Penjelasan ini menimbulkan persoalan di dalam pemikiran saya adakah benar resolusi telah berada di Pejabat Tanah dan Galian atau masih berada di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa tindakan yang diambil atau tidak dihantar. Adakah ia hanya sekadar bengkel, resolusi dan kertas cadangan. Isu tanah adat ini telah dibengkelkan sejak dari tahun 1994 sehingga sekarang.
Diantara resolusi-resolusi yang dibuat dan boleh diambil tindakan segera :-
•Nama suku di dalam geran tanah perlu diletakkan.
•Berikan tanah gantian selain daripada pampasan
•Setiap pengambilan tanah adat perlu dimaklumkan kepada Dato' Lembaga agar tidak timbul masalah di dalam pembahagian pampasan.
•Agensi yang ingin mengusahakan tanah adat perlu memaklumkan kepada Dato' Lembaga bagi mengelakkan sebarang masalah di masa yang akan datang.
•Tanah Rezab Melayu dan Tanah Adat perlu diteliti oleh ADO Tanah, Pejabat Tanah Daerah sebelum sebarang keputusan diambil.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada YAB Menteri Besar dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri :-
•Dato'-Dato' Lembaga perlu dilibat di dalam JKKK sebagai jawatankuasa yang dilantik bagi memudahkan membincangkan pembangunan yang melibatkan tanah adat.
•Berikan kursus atau penerangan kepada semua Dato'-Dato' Lembaga mengenai Enakmen Tanah Adat Bab 215 agar pembesar-pembesar memahami tanah adat dari segi adat dan juga undang-undang berdasarkan Kanun Tanah Negara.
•Kerajaan Negeri perlu memasukkan modul mengenai Adat Perpatih di dalam Kursus Induksi kakitangan baru.
•Agensi-agensi yang memajukan tanah adat perlu memaklumkan Dato' Lembaga bagi mengelakkan kekeliruan.
•Sekiranya ada syarikat atau individu yang ingin memajukan tanah adat, ia perlu mendapat kebenaran daripada agensi yang berkenaan dan memaklumkan kepada Dato' Lembaga bagi mengelakkan penipuan dan manipulasi.

Artikel penuh di

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Jun 2012 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


PJ PAS SELANGOR MEMBACA KHUTBAH DAN MENJADI IMAM PADA SOLAT JUMAAT DI HANOI, VIETNAM

Posted: 09 Jun 2012 05:02 PM PDT









Alhamdulilah YB Dr Rani telah memenuhi permintaan Brother Bentaat, rakan lama beliau untuk memberi khutbah dan menjadi Imam di Masjid An Noor, Bandar Hanoi, Vietnam.
Khutbah yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan Arab itu berjaya memikat dan menarik perhatian ramai pelabur-pelabur dan pegawai-pegawai dan Pak Duta dari berbagai negara termasuk dari Negara Saudi Arabia, Brunei Darussalam, Pakistan, Sudan, Yemen, Kuwait, Mesir, Afghanistan, Bangladesh dan Perancis.
Ada yang sanggup menaja agar Dr Rani dapat menjadi imam solat taraweh pada Bulan Ramadhan yang akan datang di masjid tersebut.
Mereka berasa terkejut bila Brother Bentaat menjelaskan bahawa Dr Rani bukanlah seorang hafiz tetapi hanya seorang Doktor Perubatan dan dimasa yang sama adalah seorang wakil rakyat yang mendapat amanah rakyat dalam pilihanraya yang lepas.
Dalam khutbah beliau, Dr Rani menekankan peranan kita sebagai khalifah yang dijadikan Allah dimuka bumi ini hendaklah di ketahui kerana kita akan ditanya kelak di akhirat tentang setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan