Sabtu, 9 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 09 Jun 2012 03:07 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


HIMPUN DAN INGAT FOTO

Posted: 08 Jun 2012 10:54 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Jun 2012 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Terselamat bom tak letup

Posted: 08 Jun 2012 07:54 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

TUMPAT - Seorang petani terselamat apabila bom dipercayai dari zaman Perang Dunia Kedua dijumpai dalam kawasan kebunnya, tidak meletup walaupun berada timbunan semak yang dibakar.

Mat Isa Hussin, 52, berkata, ketika kejadian dia bertindak menguis abu hasil dari semak yang dibakar menggunakan parang sebelum mendapati ia adalah besi buruk.

"Saya terus menyapu debu yang melekat di besi buruk itu dan terkejut mendapati ia sebutir bom," katanya.

Susulan daripada itu katanya, dia terus bertindak segera keluar dari kawasan terbabit dan memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai penemuan bom tersebut.

Mat Isa berkata, ia merupakan pengalaman besar baginya kerana pertama kali berjumpa bom setelah setahun mengusahakan tanah terbabit.

"Saya juga tidak tahu adakah kawasan ini menjadi medan perang semasa pendudukan Jepun dulu, namun ia merupakan pengalaman yang baik untuk saya dan bersyukur dan bernasib baik bom itu tidak meletup ketika ia turut terbakar bersama semak samun yang dibersihkannya sejak kelmarin," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom jenis mortar yang masih aktif di lokasi tersebut.

"Bom mortar bersaiz 81 milimeter (mm) itu dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) kira-kira 11.45 pagi semalam di lokasi bom itu ditemui," katanya.

sinar harian/-

Buruh maut dihempap kren

Posted: 08 Jun 2012 07:45 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

SETAR - Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut akibat dihempap kren pembancuh simen di Taman Seri Indah, Jalan Putra, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Delowar Hossain Nurul Islam, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan badan.

Saksi kejadian, Razak Othman, 50, berkata, selepas terdengar bunyi seperti benda berat jatuh, dia seakan-akan terdengar bunyi jeritan dan kemudiannya melihat kren berkenaan
bergoyang-goyang.

"Rumah saya terletak tidak jauh dari sini, kira-kira 500 meter dan saya terus bergegas ke tempat kejadian.

"Bila saya tiba di sini, saya lihat rakan-rakan mangsa sudah mengangkat mangsa ke tepi sementara menanti bantuan perubatan, namun tidak lama selepas itu, mangsa menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Rakan sekampung mangsa, Akhbar Ali, 39, berkata, mereka datang bersama dari Bangladesh untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

"Kami mendapat kerja di sini tetapi saya bekerja di tempat berlainan tidak jauh dari kawasan ini, mangsa sudah berkahwin kira-kira empat tahun lalu dan isterinya kini berada di kampung.

"Saya terkejut bila ada rakan menelefon dan memberitahu kemalangan yang menimpa mangsa, saya terus bergegas ke sini dan lihat dia sudah meninggal," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

sinar harian/-

Telan ikan hidup untuk ubati asma

Posted: 08 Jun 2012 07:37 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

SEORANG ahli keluarga Bathini Goud, Harinath Goud memasukkan ikan hidup ke dalam mulut pesakit asma di Hyderabad semalam.

HYDERABAD - Puluhan ribu penghidap asma menyerbu sebuah stadium di sini, selatan India semalam untuk menelan ikan sardin hidup yang dilumur ubat herba bagi mengubati masalah pernafasan mereka.

Laman berita Newser melaporkan, kaedah perubatan ganjil itu yang diasaskan oleh keluarga Bathini Goud, dikritik oleh kalangan doktor perubatan moden.

Namun, kritikan mereka gagal menghalang orang ramai daripada mengunjungi keluarga berkenaan pada setiap tahun selepas ramai pesakit mendakwa sembuh selepas mendapat rawatan tersebut.

Keluarga Goud mendakwa mereka menerima resipi ubat asma tersebut daripada seorang pendita Hindu sekitar 170 tahun dahulu.

Mereka memberikan ubat unik tersebut kepada pesakit secara percuma pada setiap tahun tetapi enggan mendedahkan ramuannya.

Menurut seorang ahli keluarga Goud, pendita tersebut memberi amaran bahawa ubat itu tidak berkesan jika dikomersialkan. - Agensi

Sekolah perlu bebas Aedes sebelum persekolahan bermula

Posted: 08 Jun 2012 07:22 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta pihak pengurusan semua sekolah di seluruh negara supaya memastikan kawasan persekitarannya bersih dan bebas daripada pembiakan Aedes sebelum sesi persekolahan bermula setelah bercuti dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihak sekolah perlu mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk memastikan mangkuk tandas dipam, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) dalam kolah atau takungan besar serta menyembur Aerosol ke dalam kelas-kelas yang tertutup sepanjang cuti persekolahan sejak 25 Mei lepas.

Beliau berkata tindakan kompaun maksimum sebanyak RM500 akan dikenakan terhadap pengetua atau guru besar sekolah yang didapati membiarkan sekolah menjadi tempat pembiakan aedes.

"Pemeriksaan kementerian terhadap 10,591 sekolah dari Januari sehingga 25 Mei lepas mendapati 723 sekolah mempunyai kawasan pembiakan aedes," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tempoh itu, katanya sebanyak 554 kompaun telah dikeluarkan kementerian dengan nilai kompaun RM277,000.

Dr Hasan turut mengingatkan masyarakat bahawa tanggungjawab membersihkan kawasan persekitaran kediaman bukan hanya terletak di bahu Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan sebaliknya menjadi agenda masyarakat setempat.

"Jawatankuasa Penduduk perlu mengatur program gotong-royong apabila mendapati kawasan persekitaran tidak bersih dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.

Menurutnya kes denggi mulai Januari hingga 2 Jun tahun ini telah meningkat sebanyak 19 peratus kepada 10,352 berbanding 8,720 kes bagi tempoh sama tahun lepas di seluruh negara.

Malah, kematian akibat denggi juga meningkat kepada 20 bagi tahun ini berbanding 14 orang tahun lepas, katanya.

Beliau berkata bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun lepas, sebanyak 349 kes dilaporkan dengan lima negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

Negeri berkenaan ialah Sarawak dengan tujuh kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat), Perlis (tiga), Terengganu (tiga) dan Negeri Sembilan (satu kes).

Selain itu, sebanyak 69 lokaliti dikenal pasti mengalami wabak denggi yang melibatkan 17 daerah tetapi tiada lokaliti 'hot spot' dilaporkan.

Kementerian Kesihatan turut mendapati 1,026 premis menjadi kawasan pembiakan aedes daripada 66,907 premis yang diperiksa pada minggu lepas, kata Dr Hasan. - Bernama

20 banduan Taliban letupkan penjara untuk larikan diri

Posted: 08 Jun 2012 07:09 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

BANDAR RAYA, Mexico – Selepas berulang kali melakukan prosedur berkenaan ke atas mayat, sepasukan doktor di Mexico berjaya melakukan pembedahan pemindahan dua tangan sekali gus yang merupakan implan pertama seumpamanya di rantau Amerika Latin.

Ketua Pakar Bedah Institut Kebangsaan Sains Perubatan dan Pemakanan Salvador Zubiran, Dr. Martin Iglesias berkata, pembedahan itu dilakukan bagi menyambung dua lengan seorang lelaki tempatan Gabriel Granados.

Kedua-dua lengan Granados terpaksa dipotong selepas terbakar akibat terkena renjatan elektrik pada 2011.

Menurutnya, pesakit itu menerima sepasang lengan baharu daripada seorang mangsa tembakan berusia 34 tahun.

"Ini merupakan detik terindah, setelah beberapa lama hidup tanpa tangan, saya kini dapat melihat sepasang tangan baharu," kata Granados yang bekerja di unit kewangan pejabat pendakwa raya di sini.

Dia menjalani pembedahan tersebut awal Mei lalu.
Namun, Granados, 52, hanya dibenarkan keluar dari hospital semalam selepas dia disahkan pulih.

"Ini adalah detik bersejarah untuk Mexico daripada sudut saintifik," kata pengarah institut berkenaan, Dr. Fernando Gabilondo.

Pembedahan sukar lagi rumit itu dilakukan di institut berkenaan di sini. – Agensi

Gempa cetus tanda tanya

Posted: 08 Jun 2012 07:01 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

Punca gegaran belum dikenal pasti, Stesen Meteorologi tak terima laporan

IPOH: Gegaran yang berlaku selama beberapa minit yang menimbulkan panik kepada penduduk sekitar bandar raya ini dan Gunung Rapat pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya kerana sehingga kini punca kejadian sebenar masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu dan masih belum dapat mengenal pasti puncanya.

Beliau berkata, siasatan masih dilakukan termasuk dakwaan beberapa penduduk sekitar Jalan Kampar kemungkinan berpunca daripada penggunaan bahan letupan oleh sebuah syarikat ketika melakukan kerja pembinaan sebuah bangunan di situ.

"Polis masih menyiasat dakwaan penduduk di Jalan Kampar terbabit yang mendakwa rumah mereka turut mengalami kesan keretakan dan gegaran akibat kesan letupan itu.

"Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengesahkan punca gegaran itu dan kuari paling hampir ialah di Simpang Pulai tetapi siasatan mendapati tiada aktiviti menggunakan bahan letupan dilakukan pada masa kejadian.

"Polis menerima beberapa laporan termasuk aduan penduduk menerusi telefon mengenai gegaran itu dan saya sudah mengarahkan pegawai dan anggota menyiasat lebih lanjut puncanya," katanya, di sini, semalam.

Kelmarin, beberapa penduduk di sekitar bandar raya ini dan kawasan Gunung Rapat termasuk di Politeknik Ungku Omar (PUO) panik apabila merasa gegaran luar biasa sehingga mengakibatkan premis masing-masing seakan bergoyang beberapa minit pagi kelmarin.

Dalam kejadian bermula jam 11.15 pagi itu, penduduk termasuk kakitangan dan pelajar PUO merasai gegaran sehingga menyebabkan tingkap pejabat serta perabot dalam premis pejabat bergetar hampir lima minit.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PUO, Muhammad Zubir Mohd Hanifah, ketika ditemui pemberita kelmarin memberitahu beliau sedang menghadiri mesyuarat bersama sembilan kakitangannya apabila secara tiba-tiba terasa bangunan seperti bergegar menyebabkan tingkap dan meja turut bergetar.

Stesen Meteorologi Ipoh yang dihubungi memaklumkan tidak menerima sebarang laporan membabitkan gempa bumi manakala jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak pula berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kejadian itu tetapi tidak dapat mengenal pasti punca kejadian.

beritA HARIAN/-

PTPTN: Jangan jadikan mahasiswa bahan eksperimen

Posted: 08 Jun 2012 06:52 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana isu pembekuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa tahun pertama Universiti Industri Selangor (Unisel) dapat diselesaikan dengan cara baik yang mana pembekuan itu telah ditarik balik oleh pihak PTPTN setelah perbincangan dilakukan antara Naib Canselor Unisel bersama Ketua Eksekutif PTPTN Agus Cholan. Malah, mahasiswa Unisel juga telah dibenarkan untuk mengemukakan permohonan pinjaman mereka secara online di laman web PTPTN.

Daripada kemelut yang menjadi isu besar di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini dapat penulis rangkumkan bahawa kemelut ini lebih bermotifkan kepada nilai status politik dan juga serangan psikologi menjelang PRU 13. Mengapa? Pelbagai persoalan yang boleh kita bangkitkan dalam isu ini.

Pertamanya, boleh dikatakan bahawa Umno/Barisan Nasional boleh dikatakan terkesan dengan cadangan Pakatan Rakyat (PR) dalam menawarkan pendidikan tinggi percuma di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga pemberian elaun RM5000 ringgit kepada setiap mahasiswa universiti. Hal ini dikuatkan lagi dengan perdebatan isu PTPTN yang diadakan baru-baru ini, melibatkan oleh saudara Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR dan juga Saudara Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kedua, Umno/Barisan Nasional cuba (dengan izin di dalam bahasa Inggeris) mengadakan 'Test Market' atau menguji kemampuan kerajaan negeri di bawah pemerintahan PR, supaya memberikan pendidikan percuma yang war-warkan sebelum ini. Hal ini disebabkan, bagi pandangan mereka(Umno/BN) pendidikan tinggi percuma perlulah dilaksanakan terlebih dahulu institusi-institusi pendidikan tinggi di bawah naungan kerajaan PR sebelum PR bercita-cita menawan kerajaan pusat di Putrajaya.

Ketiga, kemungkinan besar imej Umno/Barisan Nasional pada waktu ini semakin merudum terutama dalam kalangan anak muda disebabkan isu tarian K-Pop yang diadakan di Himpuan Sejuta Belia di Putrajaya, dan juga kejayaan PR khususnya PAS dalam mengadakan Himpunan Hujau di Stadium Darul Aman baru-baru ini, terutama kejayaan PAS dalam menarik golongan anak muda.

Persoalan - persoalan ini bolehlah disandarkan kepada rentetan mengapakah berlakunya isu pembekuan pinjaman PTPTN terhadap mahasiswa Unisel baru-baru ini. Seperti penulis tekankan sebelum ini ia lebih bermotifkan kepada nilai status politik dan juga serangan psikologi. Ditambahkan lagi, penulis juga amat tidak bersetuju sekiranya kemudahan pinjaman ini disekat kepada mana - mana pelajar, terutama mahasiswa Unisel dek kerana IPTS berkenaan di bawah kawal seli kerajaan negeri Selangor, dalam erti kata mudahnya wujud sentimen perbezaan politik dalam hal ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat mahupun PTPTN dalam memberikan kemudahan pinjaman, biasiswa, atau dalam apa bentuk bantuan cara sekali pun kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA/S seluruh Malaysia, dengan syarat selagi kerajaan persekutuan yang masih ada sekarang tidak berubah tampuk pemerintahan.

Sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan kelak, menjadi tanggungjawab kerajaan yang baru dalam melaksanakan polisi bantuan kewangan kepada pelajar, adakah ingin memberi pendidikan tinggi secara percuma atau pun mengekalkan kemudahan pinjaman seperti yang sedia ada.

Selain itu, tindakan yang diambil (pembekuan pinjaman) ini boleh dikatakan sebagai tiadakan ke anak - anakan. Penulis boleh membayangkan bahawa tiadakan PTPTN ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah sebagai alternatif dan memberi peluang kepada kerajaan yang diperintah oleh PR untuk melaksanakan polisi pendidikan tinggi percuma yang di nyatakan selama ini.

Jika benar PTPTN ingin memberi peluang kepada kerajaan PR untuk melaksanakan polisi ini sekali pun, mengapa tidak dibincangkan terlebih dahulu, dan mengapa perlu mengambil pendekatan secara drastik sehinggakan masyarakat mahupun mahasiswa terpinga - pinga dengan isu pembekuan pinjaman ini.

Oleh itu, penulis ingin tegaskan kepada pihak yang berkenaan jangan jadikan mahasiswa sebagai bahan eksperimen dalam meraih sokongan. Jika ilmu, pendidikan, modal insan dijadikan bahan perjudian, maka tindakan ini lama kelamaan memberi kesan buruk kepada masa hadapan negara. Malah, matlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, berkualiti tidak akan tercapai dan menjadi sia-sia belaka.

harakahdaily/

Politik Mesir semakin tidak menentu

Posted: 08 Jun 2012 06:32 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

PENUNJUK perasaan bertengkar sesama sendiri mengenai calon presiden Mohammed Morsi dan Ahmad Shafiq di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam.

Gabungan masalah politik, undang-undang diramal cetus ketegangan baru

KAHERAH: Enam belas bulan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam kebangkitan rakyat, masa depan politik Mesir masih bergelut dengan kes mahkamah dan perbalahan terbuka antara calon.

Keadaan itu mungkin menyebabkan Parlimen Mesir yang baru dilantik dibubarkan, pilihan raya presiden tidak akan diteruskan manakala Perlembagaan baru negara itu tidak dapat dirangka.

Cara masalah ini diatasi akan menentukan sama ada pemerintahan tentera akan berakhir 1 Julai depan atau Mesir kembali kepada keadaan asal dengan ketegangan dan pertumpahan darah baru.

"Keputusan mahkamah akan meningkatkan sejuta persoalan. Apa yang kita lihat sekarang ialah kekalutan politik," kata Ahli Perundangan Ikhwanul Muslimin, Sobhi Saleh, pergerakan yang berdepan kehilangan besar jika Parlimen dibubarkan.

Gabungan antara masalah politik dan undang-undang berlaku tidak sampai dua minggu menjelang pilihan raya pusingan kedua antara Ahmad Shafiq dan calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi, pada 16 dan 17 Jun ini. Pemenang akan diisytiharkan pada 21 Jun.

Morsi dan Shafiq adalah dua calon yang menduduki dua tempat teratas daripada 13 calon dalam pilihan raya pusingan pertama bulan lalu. Rakyat Mesir yang tinggal di luar negara sudah mula mengundi dalam pusingan kedua ini.

Bagaimanapun, bilangan aktivis yang semakin ramai mendesak pilihan raya dibatalkan keseluruhannya, merosakkan prospek sama ada calon Ikhwanul Muslimin atau penyokong setia rejim lama untuk mentadbir Mesir. Bekas ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei, yang juga pemimpin pembaharuan negara itu salah seorang daripadanya.

"Rakyat Mesir tidak bersedia untuk pilihan raya dan mereka akan berpecah-belah. Pilihan raya perlu menjadi pentas akhir demokrasi, yang belum kita miliki," katanya kepada wartawan Selasa lalu.

Dua hari sebelum pilihan raya, Mahkamah Agung Perlembagaan, akan mempertimbangkan dua kes yang berpotensi menjadikan semuanya kucar-kacir sekali lagi.

Dalam satu kes, ia menilai semula keputusan mahkamah rendah mengenai undang-undang menganjurkan pilihan raya Parlimen lewat tahun lalu tidak mematuhi Perlembagaan. Jika mahkamah bersetuju, perundangan sedia ada yang menyaksikan Ikhwanul Muslimin menguasai hampir separuh kerusi akan dibubarkan dan rakyat Mesir perlu kembali mengundi untuk memilih Parlimen baru.

Kes lain ialah sama ada Shafiq boleh terus bertanding atau tidak. Mahkamah akan mengeluarkan keputusan mengenai kesahihan undang-undang pengecualian politik yang diluluskan Parlimen melarang ramai tokoh rejim lama daripada bertanding dalam pilihan raya. Jika ia menyokong undang-undang itu, Shafiq terpaksa menarik diri dan pilihan raya presiden terpaksa dimulakan sekali lagi.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir minggu ini menuntut undang-undang itu digubal untuk menyingkirkan Shafiq.

Peralihan untuk pemerintahan demokratik di Mesir memang bergelora sejak jeneral tentera, diketuai Menteri Pertahanan Mesir zaman Mubarak selama 20 tahun, mengambil alih tampuk pemerintahan daripada presiden yang disingkirkan itu Februari tahun lalu. – AP

Belas ihsan anjing, lindungi bayi

Posted: 08 Jun 2012 06:23 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

BOLGATANGA - Pihak berkuasa baru-baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.

Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.

Penduduk kampung terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.

Pengarah Kesihatan Daerah Talensi- Nabdam, Rosemary Azure berkata, bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja di kawasan itu.

SINAR HARIAN/-

Euro 2012: Rusia tumpaskan Republik Czech 4-1

Posted: 08 Jun 2012 06:10 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

Wroclaw 9 Jun - Rusia membuktikan betapa mereka perlu diberi perhatian sebagai salah satu pasukan yang mampu melakukan kejutan pada saingan Euro 2012 setelah menang besar, 4-1 ke atas Republik Czech pagi ini.

Penyerang CSKA Moscow, Alan Dzagoev membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum meledak rembatan padu pada minit ke-79 untuk menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech buat kali kedua.

Sementara dua lagi gol disumbangkan pemain tengah, Roman Shirokov pada minit ke-24 dan pemain gantian, Roman Pavlyuchenko kira-kira lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Gol sagu hati Czech pula dijaringkan pemain tengah, Vaclav Pilar pada minit ke-52.

Selain aksi pantas dan taktikal tepat, kemenangan besar anak-anak buah Dick Advocaat turut dibantu kerapuhan benteng pertahanan lawan yang sering membenarkan penyerang Rusia bebas mencari ruang untuk melancarkan serangan. - AGENSI

PTPTN: Jangan banding epal dengan ikan yu

Posted: 08 Jun 2012 06:04 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dalam isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyindir 'kebijaksaan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menimbulkan kontroversi ini.

Mohamad berkata sepatutnya Khaled membuat perbandingan epal dengan epal dalam isu ini.

"Jgn bandingkan kerajaan PR selangor dgn kerajaan pusat. Banding mesti epal dgn epal. Bkn epal dgn ikan yu," tulis beliau di laman Facebook beliau.

Mohamad menegaskan bahawa PR berjanji akan memberikan pendidikan percuma apabila ia diberi mandat untuk memerintah kerajaan pusat pada PRU13 bukan memerintah di peringkat negeri.

"Kenapa Menteri Pengajian Tinggi begitu tidak cerdik?" soal beliau.

Awal minggu ini, PTPTN dengan disokong Menteri Pengajian Tinggi dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak membekukan pinjaman pelajar baru Unisel dan meminta kerajaan negeri Selangor membuktikan keupayaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terbabit.

Khaled berkata pembekuan tersebut sekadar ingin menguji sama ada negeri Pakatan Rakyat Selangor adalah serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

"Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma," kata beliau.

Bagaimanapun, tindakan tersebut ditarik balik semalam selepas mendapat pelbagai kritikan, dari dalam dan luar Umno yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar.

Ramai penganalisa politik melihat kontroversi PTPTN kali ini adalah pertembungan antara Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Umno, di mana kedua-duanya mempunyai keperluan berbeza untuk kekal hidup di dunia politik.

Sekiranya Najib berjaya memenangi dua pertiga semula, Muhyiddin dijangka akan menghadapi kesukaran mempertahankan kedudukannya pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung tahun ini dan digantikan dengan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden Umno.

Untuk menyelamatkan dirinya dan memberikannya peluang untuk mengguling Najib, Muhyiddin perlu memastikan Najib gagal mendapat 2/3 majoriti malah keputusannya merosot berbanding Tun Abdullah Badawi di 2008, tapi BN masih kekal menang di PRU-13.

Sekiranya terlebih melakukannya, BN bakal tertewas dan Muhyiddin juga bakal hilang segala-galanya.

Disebabkan itu, rakyat akan dapat melihat pertembungan puak pemikiran lama dengan puak transformasi sebegini dengan lebih kerap menjelang PRU-13.

harakahdaily/-

Ganjaran RM49,000 tunjuk muka terhodoh

Posted: 08 Jun 2012 05:59 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

SICHUAN - Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya.

Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa.

Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.

Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya.

sinar harian/-

Bayi melecur kena seterika

Posted: 08 Jun 2012 05:54 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

MELAKA: Ayah dan ibu bergaduh, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang menjadi mangsa apabila terkena seterika panas dibaling ayah ke arah ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Seri Kemendor, Jasin, dekat sini.

Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, insiden itu turut membongkar status ibu bapa mangsa yang tidak berkahwin, tapi bersekedudukan hingga memperoleh tiga anak.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu, manakala ibunya berusia 26 tahun yang juga pengawal keselamatan menggosok baju.

"Berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa sebelum keadaan bertukar tegang. Bapa mangsa berusia 35 tahun yang juga penoreh getah merentap seterika digunakan pasangannya dan membaling ke arah wanita itu.

metro/-

'Haram jadah': 5 peneroka lapor polis

Posted: 08 Jun 2012 05:45 PM PDT

19 Rejab 1433H. [MOD] -

TEMERLOH: Seramai lima orang peneroka sekitar Jengka semalam bertindak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 15 Adnan Darus serta dua akhbar Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Menurut salah daripada mereka Abdul Rahim Abdul Rahman, laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh itu terpaksa diambil berikutan peneroka-peneroka terbabit merasa maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-olah mereka orang yang bersalah.

Katanya, pada 8 Mei lalu Najib ketika mengisytiharkan 'durian runtuh' di Felda Jengka 8 telah menghina peneroka dengan perkataan haram jadah yang ditujukan kepada 8 peneroka yang memfailkan saman injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebelum ini.

"Kenyataan yang diungkapkan Najib di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen itu telah mengakibat kami dipandang hina oleh masyarakat.

"Selepas kenyataan tersebut diungkap PM pihak media turut menjadikan kami sebagai sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh kepada peneroka sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama warga Felda.

"Dengan kenyataan biadab itu juga terbit bentuk ugutan dan tekanan kepada kepada peneroka supaya tidak membawa sebarang kes bersangkutan Felda ke mahkamah, ia tentu tidak adil kerana menyekat hak peneroka untuk memilih mahkamah sebagai salah satu jalan penyelesaian," katanya kepada media selepas membuat laporan polis.

Abdul Rahim berkata, bagi akhbar Utusan Malaysia, pada 18 Mei lalu telah menyiarkan satu berita di muka depan bertajuk 'Peneroka Fail Injunksi Ambil Cek Durian Runtuh' dengan memaparkan gambar dua orang peneroka yang sedang menerima cek.

Tambahnya, akhbar berkenaan sengaja membuat dakwaan kedua-dua peneroka tersebut kononnya memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) walhal mereka memfailkan injunksi menghalang pelupusan aset KPF kepada FGVH.

"Akhbar berkenaan juga mendakwa peneroka-peneroka yang menjadi tumpuan ramai sengaja menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang dilontarkan apabila tampil mengambil cek dutrian runtuh.

"Akhbar tersebut juga mengada-adakan cerita kononnya kami berlima mengambil cek dalam keadaan tergesa-gesa dengan memberi alasan mempunyai urusan lain bagi menggambarkan kami malu," ujarnya.

Jelasnya, berita yang sengaja direka-reka itu mengakibatkan timbulkan keadaan tidak baik, syak wasangka dan boleh menimbulkan permusuhan sesama warga Felda.

Tambahnya, akhbar Harian Metro pula menyiarkan berita menggambarkan 'peneroka lima sekawan' berkenaan tidak mempunyai prinsip kerana termakan hasutan pembangkang sehingga malu untuk berhadapan dengan peneroka lain walaupun membantah dan membawa kes ke mahkamah.

Menurutnya lagi, akhbar berkenaan hanya memetik kenyataan bohong dan fitnah daripada Pengerusi JKKR Jengka 15.

"Hasil daripada kenyataan yang disiarkan itu membuatkan mesyarakat memandang serong dan timbul prasangka buruk kepada kami," jelasnya.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah yang turut hadir, selepas ini pihaknya akan bertindak lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak di atas kerana terdapat locus standi.

Turut hadir memberi sokongan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan kira-kira 30 orang peneroka.

harakahdaily/-

Isu "Haram Jadah": Najib Bakal Disaman Malu Oleh ANAK

Posted: 08 Jun 2012 01:52 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar notis menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata notis itu akan dihantar ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 15 Jun, selepas solat Jumaat.

"Peguam Anak telah meneliti beberapa kali ucapan Najib dan ternyata ia mengandungi kenyataan berniat jahat, jijik dan dan tidak sepatutnya.

"Kita akan serah notis dan kalau notis ini juga tidak dilayan, kita akan teruskan hasrat saman malu terhadap Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau juga memberitahu, Anak akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (Berhad), dijangka pada bulan ini.

Mazlan berkata, pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.

"Sebelum ini Anak sudah guna semua saluran undang-undang. Memorandum pernah dihantar kepada perdana menteri, kita pergi ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pergi ke Suruhanjaya Sekuriti, tapi mereka tidak mahu dengar pandangan kami," kata beliau.

Mazlan yang juga penyelaras Gerakan Selamat Felda (GSF) berkata, pihaknya mengisytihar perang terhadap Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Isa Samad, Ahmad Maslan dan pihak yang menyokong penyenaraian FGVH yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini.

"Oleh kerana pandangan kita tidak diendah, Anak umumkan isytihar perang ke atas mereka dan akan akan adakan kempen radikal selama tiga minggu ini," katanya.

Mazlan juga yakin himpunan itu akan mendapat sambutan berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pelbagai NGO dan orang perseorangan yang tidak berpuas hati dengan penyenaraian FGVH.

"Saya yakin Anak mampu himpunkan jumlah yang besar kerana sebelum ini ramai yang dah hubungi saya tanya samaada Anak merancang himpunan atau tidak dan saya rasa inilah masanya," katanya sambil manambah lokasi dan tarikh perhimpunan tersebut akan diumumkan minggu hadapan. -HD

Hukuman berat ke atas pedagang haiwan eksotik

Posted: 08 Jun 2012 01:40 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

TEMERLOH — Hukuman berat termasuk penjara menanti mereka yang menangkap, membekal dan memperdagangkan haiwan eksotik.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang (Perhilitan), Khairiah Mohd Sharif berkata, haiwan eksotik seperti kera dan tenggiling adalah dilindungi dan menjadi satu kesalahan mereka yang menangkap dan memperdagangkan haiwan tersebut.

"Sesipa yang didapati terlibat boleh dikenakan hukuman berat termasuk dipenjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kegiatan segelintir penduduk tempatan termasuk masyarakat Orang Asli di negeri ini yang dikatakan terpengaruh dengan janji-janji sindiket memperdagangkan haiwan berkenaan melalui internet.

Khairiah kesal dengan sikap sesetengah pihak yang diperalat untuk menjual haiwan berkenaan kerana dilihat mengambil jalan mudah mencari wang dengan menangkap serta menjual haiwan dilindungi itu.

"Banyak cara lain boleh dilakukan bagi mendapatkan wang, bukan dengan cara menangkap atau menjual haiwan dilindungi, kerana ia boleh menjadikan haiwan berkenaan pupus," katanya. — BERNAMA

Guru hilang ditemui di ladang

Posted: 08 Jun 2012 01:24 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Kinrara menghala ke Bukit Jalil Rabu lalu, ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri, kelmarin.

Mangsa, Teoh Soo Kim, 56, keluar dari rumahnya kira-kira jam 7.30 pagi Rabu lalu dengan menaiki kereta Proton Saga sebelum dia gagal dihubungi keluarga.
Sumber polis berkata, selepas menunggu beberapa jam, suami mangsa yang dikenali sebagai Teng, 48, bertindak membuat laporan polis.

Menurutnya, akibat risaukan keselamatan mangsa, ahli keluarganya turut menyalurkan maklumat bagi meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki mangsa melalui laman sembang sosial.

"Akhirnya dengan bantuan orang ramai, mangsa ditemui 11 pagi kelmarin di dalam ladang kelapa sawit di Kuala Selangor dalam keadaan tidak bermaya.

"Polis menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan dan kini mangsa berada dalam keadaan koma," katanya.

Beliau berkata, bagi membuat pengecaman, suami mangsa diminta datang ke Hospital Sungai Buloh malam kelmarin dan polis masih mengesan kereta milik mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada suami mangsa, lebih RM1,000 dikeluarkan daripada akaun bank milik wanita itu di sekitar Bandar Kinrara.

metro/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 09 Jun 2012 01:23 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Guna otak atau dikebumikan, kata PAS pada PERKASA

Posted: 11 May 2012 02:45 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam. Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut. Afnan berkata tindakan PERKASA itu telah ‘dinyalakan api perkauman’ yang bertentangan dengan [...]

Ucapan Sempena Sambutan Hari Pekerja oleh Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted: 05 May 2012 12:00 AM PDT

yong_syah@yahoo.com

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 08 Jun 2012 09:35 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Hijau ke Putrajaya - Aisyah (Artis-Penyanyi)

Posted: 07 Jun 2012 11:41 PM PDT

misbahul munir

Posted: 08 Jun 2012 09:25 PM PDT

misbahul munir


Kesal : RELA diperkudakan oleh UMNO ganggu ceramah PAS

Posted: 08 Jun 2012 11:38 AM PDT

MTD N24 Bemban

Posted: 08 Jun 2012 09:20 PM PDT

MTD N24 Bemban


PASTI As-Salam: Lawatan Ke Zoo Melaka

Posted: 08 Jun 2012 07:46 PM PDT

Tarikh:5 Rejab 1433 bersamaan 26 Mei 2012
Berkumpul di PASTI As Salam seawal jam 8.30 pagi seramai 52 orang semuanya terdiri daripada pelajar PASTI As Salam,guru, AJK PASTI As Salam ibubapa dan keluarga murid,Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tahunan ini terutama kepada Tuan Haji Rashid yang telah menyumbangkan loudhealier kepada PASTI As Salam....



Koleksi gambar2 sekitar lawatan ini,
boleh layari Facebook PASTI As-Salam.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Jun 2012 07:42 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Cakna Komuniti Dun Sura @ Sura Utara

Posted: 08 Jun 2012 10:34 AM PDT

oleh : Penerangan Pemuda Dun Sura

PROGRAM : Cakna Komuniti Muda
ANJURAN : Pemuda PAS Dun Sura
LOKASI : Padang Bola Jalan Melati, Sura Utara
TARIKH : Rabu 6 Jun 2012
DIKETUAI : Pengarah MTD Sura, Tuan Haji Wan Hapandi b Nik

BERITA & video akan menyusul lagi selepas ini








DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 08 Jun 2012 07:41 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Biar foto berbicara, siapa berkawan rapat dengan Yahudi

Posted: 08 Jun 2012 08:29 AM PDT

dari : http://omakkau.blogspot.com

BIAR KOLEKSI FOTO BERBICARA...SIAPA PEMIMPIN YANG BERKAWAN RAPAT DENGAN YAHUDI....BANYAK CAKAP PUN TAK GUNA...
Dari koleksi foto-foto ini jelas sekali siapa yang berkawan rapat dengan Yahudi...

Depan para penyokong dan pendokong parti UMNO.. berkokok nyaring jantan kononnya DSAI pemuja dan penyokong Yahudi Laknatullah....Sekarang boleh lihat sendiri dengan mata kepala..

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Jun 2012 03:18 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DUNIA DAH TEBALIK, BN TARIK BALIK !

Posted: 08 Jun 2012 02:42 AM PDT

Komen : Masa tu beria-ia dengan gaya bodoh Menteri Pegajian Tinggi yang berfikiran rendah menunjukkan dendam hingga mendera pelajar UNISEL dan KUIS gara-gara nak kenakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
Padahal PTPTN hanyalah pinjaman bukan sumbangan atau biasiswa percuma tapi kena bayar.Kenapa nak tunjuk kedangkalan otak kamu , memang betul kata Tun Mahathir mereka (BN) mempunyai barisan menteri yang kurang bijak berbanding Pakatan Rakyat.
Dalam kempen BN melalui PM dan TPM semasa roadshow dalam negara selalu dilaungkan tdak pilih bulu atau berlainan fahaman politik.Semua bantuan Kerajaan Persekutuan akan diberi tanpa memilih, tup-tup dalam kes PTPTN Bn nak ugut bantah pula skim pinjaman tersebut....melatah lah tu.

Akhirnya PTPTN Akui Kebodohan Tindakan Mereka

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.


Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.

Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini. - Malaysiakini

JANGAN HINA PM KAMI/KITA !

Posted: 07 Jun 2012 11:32 PM PDT


Kalau ye pun nak perkenalkan Pengerusi BN dan Pengerusi UMNO Malaysia ialah PM Malaysia sendiri. Pilihlah tempat yang elok skit. (gambar dari blog paling serius)
Dahlah sebelum ini sibuk dengan gambar PM kat Tin Minuman Hundred Plus .
Walau teman tak sebulu dengan Najib sebagai rakyat Malaysia kena hormat beliau sebagai Perdana Menteri yang terakhir.oopss .


SEORANG PEGAWAI KANAN POLIS DAH MENGAKU! APA NAK TUNGGU?

Posted: 07 Jun 2012 05:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 07 JUN: Seorang pegawai kanan polis mengaku telah menangkap dua pemimpin Pas pada hari perhimpunan BERSIH 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret.

Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat juga mengaku naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan dan Salahuddin Ayub tidak terdiri daripada peserta perhimpunan itu.


Dalam keterangannya di mahkamah tinggi sivil Kuala Lumpur hari ini, Zaidi juga mengaku tangkapan dibuat berdasarkan alasan untuk mencegah Mahfuz dan Salahuddin daripada menyertai himpunan itu.

Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian memfailkan saman pada 8 Ogos tahun lalu berhubung penahanan mereka semasa Bersih 2.0.

Saman itu difailkan terhadap Zaidi, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Kerajaan Pusat.

Zaidi merupakan lima individu yang menjadi saksi bagi pihak defendan hari ini, selain Supritenden Aida Abdul Hamid, ASP R.Muthusamy, ASP Zulkifli Osman dan Jurugambar Polis Ganeson.

Beliau mengaku melakukan perkara terbabit ketika menjawab pertanyaan peguam plaintif, Abdul Aziz Hamzah.

Zaidi turut bersetuju yang kedua-dua plantif hanya mengatakan hendak ke Hotel Hilton yang terletak berhampiran Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

KL Sentral berada di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistreet pada 6 Julai 2011.

Perbicaraan hari ini dilakukan di depan Prasad Sandosham Abraham.
Kedua-dua plantif diwakili peguam Zulhasme Sharif, Muhammad Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah, Surya Putra Taulan.

Di dalam saman itu, Mahfuz dan Salahuddin mendakwa tangkapan dan penahanan mereka adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Mereka turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am dan kos lain-lain.

Pada 9 Julai lalu, Mahfuz dan Salahuddin ditahan di KL Sentral pada pukul 11.50 pagi dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Mereka dibebaskan kira-kira pukul 11.30 malam dan sepanjang tempoh penahanan mereka tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk peguam.

Mahfuz yang hadir pada sesi pendengaran itu berkata tangkapan tersebut menjatuhkan imej beliau sebagai seorang wakil rakyat.

"Kami juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak mengambil apa-apa keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang.

"Kami ditahan selepas menaiki escalator di KL Sentral untuk ke Hotel Hilton. Tindakan mereka adalah satu peringatan kepada pihak berkuasa agar bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan."

Sementara itu, Faiz berkata saman itu dituntut kerana defenden melanggar hak perlembagaan plantif yang berhak bergerak bebas di mana-mana tempat.

Mahkamah telah menetap 3 Sept untuk keputusan.
-selangorku.com-

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Jun 2012 03:14 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ALFATIHAH BUAT ANGGOTA TRAFIK YANG DILIBAS MAT REMPIT UMNO

Posted: 08 Jun 2012 01:04 AM PDT



Al - Fatihah kepada Koperal Mustaghni Tabri anggota Polis Trafik yang koma akibat dilibas mat rempit pada 3/6/2012 yang lalu telah meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi. Jenazah dijangka akan dibawa ke kediaman Allahyarham di Beret Polis Taman Sri Andalas Klang.

KUALA LUMPUR - Anggota polis trafik, Koperal Mustaghni Tabri yang cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini, meninggal dunia, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar, berkata Mustaghni, 48, meninggal dunia pukul 11.45 pagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Ahad lepas, Mustaghni yang sedang bertugas dalam operasi mencegah lumba haram, dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal terbabit menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.- BERNAMA

.... Ini le mat rempit harapan BN yang dibayar duit minyak motor untuk mengundi mereka dalam PRU13...

SEKOR KATAK RM2 JUTA... PATUT RAMAI MELOMPAT...

Posted: 07 Jun 2012 05:47 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman video cubaan membeli ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang dakwanya didalangi Umno.

Melalui rakaman video tersembunyi yang telah pun diatur oleh PR itu, ada lima individu dengan dua wakil dari PR dan baki tiga individu lain termasuk seorang wanita adalah pihak yang mengakui wakil daripada Umno-Barisan Nasional (BN) sedang berbincang berkenaan harga yang akan diberikan kepada mereka yang keluar parti.

"Mereka (wakil BN) ini adalah wakil daripada NGO yang didakwa cuba membeli ahli Parlimen PR," kata Khalid (gambar).

Dalam pendedahan rakaman video yang dibuat kepada media hari ini di pejabatnya, Khalid turut menjelaskan perbualan video itu yang turut dinyatakan amaun yang dirunding antara wakil Umno-BN dan wakil PR itu.

Rakaman yang dibuat pada tahun lalu di satu restoran di kawasan Lembah Klang itu juga jelas Khalid menyatakan secara terperinci terdapat sekitar 15 ahli Parlimen PR yang akan ditawarkan bayaran jika keluar parti.

"Dalam perbualan itu ada dinyatakan ahli Parlimen akan mendapat bayaran sejumlah RM2 juta jika melompat parti.
"Jumlah itu sudah tetap, dan jika mereka mahu jumlah itu dinaikkan, mereka boleh bertemu secara langsung dengan individu tertentu," katanya yang tidak mendedahkan nama ahli Parlimen dan individu yang terlibat dalam cubaan membeli ahli Parlimen PR itu.

Video berdurasi empat minit yang ditayangkan hari ini hanya memaparkan paparan gambar yang telah dipotong-potong, namun Khalid menjelaskan pihaknya mempunyai keseluruhan rakaman video yang berdurasi tiga jam.

"Kami sengaja membuat pendedahan selepas setahun memandangkan pilihan raya semakin hampir supaya rakyat dapat menilai sikap BN yang sebenar.

"Rakaman ini dibuat sebelum ada ahli Parlimen yang telahpun melompat parti.

"Perkara ini sudah disebut banyak kali, tapi ini kali pertama kami dedah bukti rakaman video," katanya.
Dalam rakaman tersembunyi itu, individu tersebut turut menamakan beberapa ahli Parlimen yang telah keluar parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas telah diberikan bayaran lebih berbanding tawaran RM2 juta tersebut.

Khalid turut menjelaskan, beliau akan membuat pendedahan penuh pada Selasa, 12 Jun minggu hadapan.
"Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini dalam masa terdekat," tegas Khalid lagi.






Kerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

..... camne ramai le nak jadi wakil rakyat PR PRU13 nie.... menang je.... RM2 juta menanti....

PARTI IKATAN BAKAL GANTI UMNO

Posted: 07 Jun 2012 05:36 PM PDT

Protem Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir diiringi oleh Timbalan Presiden Ragunath Kesavan, Ong Hock Siew dan Datuk Seri Bujang Ulis 7 Jun, 2012. — Foto Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 7 Jun — Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini dilancarkan oleh Protem Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dengan membawa matlamat menyambung kesinambungan semangat perjuangan Umno lama di zaman Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman.
Abdul Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan Umno zaman menuntut kemerdekaan dahulu kerana pemimpin di zaman itu begitu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang dilihatnya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan.

"Ikatan hanya menyambung usaha pemimpin Umno terdahulu yang amat mementingkan perpaduan. Isu perpaduan dan agama sekarang ini dilihat menjadi isu yang dimainkan dengan meluas.

"Sekarang saya lihat perpaduan dah macam jadi benda kecil. Kami ingin membawa kembali rakyat ke pangkal jalan," kata Abdul Kadir kepada pemberita ketika sidang media selepas pelancaran rasmi hari ini di sini.


Bekas timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu juga menegaskan, parti barunya itu berjuang berlandaskan isu, malah menolak dakwaan untuk dikaitkan dengan pembangkang.
 "Kami parti yang berteraskan isu. Memang banyak antara isu yang kami bawa sama seperti PR, tapi ada juga beberapa perkara yang bercanggah.
"Kami akan perjuangkan isu," katanya merujuk kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Beliau turut menambah," kami bukan "kuasa ketiga."

Malah, bekas menteri Kabinet ini juga menegaskan, Ikatan masih belum bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke -13 akan datang, namun dijangka akan menjadi parti terbesar dalam tempoh setahun akan datang dengan anggaran keahlian 500,000 hingga ke sejuta ahli.

"Kami tidak akan bertanding pilihan raya umum kali ini. Masa sudah sangat suntuk. Tapi saya yakin kami akan jadi parti terbesar kerana isu kami adalah rakyat Malaysia.

"Kami utamakan bangsa Malaysia, bukan untuk mendapatkan kuasa," tegasnya lagi yang tidak menghalang jika ada ahlinya ingin bertanding pilihan raya umum ke-13 kali ini menggunakan tiket parti lain.

"Ahli kami ada banyak muka baru, berkelulusan tinggi dan bertanggungjawab. Banyak calon boleh menang, mereka boleh bertanding dengan parti lain jika nak bertanding.

"Tapi ada juga pemimpin parti lain yang ingin sertai kami, namun saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka," tambahnya.

Ditanya kenapa beliau tidak menggunakan Amanah untuk perjuangannya itu, Abdul Kadir menjelaskan Amanah hanyalah sebagai NGO, dan tidak mempunyai kuasa politik.

"Amanah turut dibentuk dengan tujuan sama. Tetapi pertubuhan itu adalah NGO, jadi kami buat keputusan untuk keluar Amanah dan bentuk parti politik.

"Saya tidak menghalang jika ada ahli Amanah ingin sertai kami. Ramai antara ahli yang mendaftar dengan Ikatan adalah ahli Amanah," katanya dan menambah, "kami tidak akan memaksa mereka sertai Ikatan."

Mengulas lanjut berkenaan keengganannya menyertai PR, Abdul Kadir menjelaskan, beliau tidak menyertai PR berikutan parti itu sudah pun mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan jika beliau mendaftar, beliau hanya akan menjadi ahli biasa.

"Mereka dah banyak pemimpin. Jika saya daftar jadi ahli, hanya jadi ahli biasa sahaja. Dengan ada kuasa, kita boleh rekrut ahli," katanya yang turut memuji kepimpinan PAS sekarang, yang menurutnya "mempunyai nilai serupa seperti Umno suatu ketika dahulu."

Ikatan bagaimanapun masih lagi belum menjadi parti yang sah walaupun telah menghantar borang pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun lepas.

Antara Ahli Jawatankuasa Tertinggi Ikatan adalah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut, dengan tiga Timbalan Presiden, Ragunath Kesavan, Ong Hock Siew, dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 08 Jun 2012 03:10 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Posted: 08 Jun 2012 08:58 AM PDT

Posted: 08 Jun 2012 08:44 AM PDT

PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 Jun 2012 01:17 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Artikel Presiden PAS :BILAKAH TARIKH PILIHANRAYA?

Posted: 07 Jun 2012 05:12 PM PDT

Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak.  Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengandalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja  pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit  dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


PRESIDEN
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Jun 2012 11:09 AM PDT

Batu Gajah Mari


Midah makin melampau.. Meroyan tahap 4!

Posted: 08 Jun 2012 05:09 AM PDT






Makin lama makin kurang ajo.. Langsung x berperi kemanusiaan... semua program nak kacau... Macam beruk terminum clorox... Tak tau apa nak digambarkan..

Semalam ceramah Aishah deme ganggu buat pertandingan karaoke.. Pastu nafikan plak tu.. ingat rakyat bodoh.. xde sapa yang meroyan nk ganggu ceramah PAS kalau bukan Umno terutama Kak Midah...


Gambar program Kak Midah yang mempergunakan atas nama program agama.. ramai!

Kelmarin ceramah Aishah kat Batu Gajah pon dia kacau.. buat atas nama Surau.. mempergunakan nama majlis agama untuk ganggu ceramah... pastu angkut naik bas... mcm biase la...
Angkut makcik-makcik daripada mana entah.. kesian...

Upah mat-mat motor.. kumpul kat surau pastu bagi baju free

Ceramah Pak Jabit di Taman Jutaria berdekatan rumah di Ahad ni deme udah nak ganggu jugak.. Khemah udah siap pasang.. betol2 kat tapak program PAS.. x tau la atas nama apa program depa.. rasanya atas nama penduduk setempat...

Tadi dah call Polis dan dikhabarkan Hamidah xde mohon permit.. Permit PAS dah lulus.. Polis kata teruskan saja program tu.. kalau ada masalah, Umno akan didakwa...

Moh yeop.. Datang beramai-ramai.. bio die meroyan.. tu kubu kuat Umno.. dekat beno dengan rumah dia... Kita tengok mcm mana dia nak meroyan..



Jasindaily Online

Posted: 08 Jun 2012 09:12 AM PDT

Jasindaily Online


TOK GURU SAMBUT BAIK SIAR MANIFESTO DI RTM

Posted: 07 Jun 2012 09:06 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menteri Besar Kelantan itu berkata langkah itu sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi apabila pemimpin dipilih melalui proses pengundian yang sah.

"Saya lebih daripada setuju (dengan cadangan tersebut)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dan Syarikat True Impression Sdn Bhd di Kota Bharu hari ini.Usahasama itu membabitkan pelaburan kira-kira RM20 juta untuk pembangunan Bandar Lama Gua Musang yang bakal menyaksikan pembinaan unit kedai, pejabat, rumah berkembar dan banglo yang dijangka siap dalam masa 18 bulan.

Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.Rais hari ini menjelaskan butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin berbuat demikian akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz berkata gua batu kapur yang banyak terdapat di Gua Musang akan dimanfaatkan sebagai tarikan pelancongan baharu melalui pemeliharaan lebah termasuk lebah kelulut.Beliau berkata Gua Musang yang kaya dengan alam semula jadi dilihat berpotensi untuk kegiatan memelihara lebah untuk tujuan pelancongan.

"Saya minta pihak berkenaan cari gua tertentu untuk pelihara lebah dan tak ganggu madu yang dihasilkan sebagai satu tarikan pelancongan. Kalau nak guna madu untuk tujuan komersil, kena cari gua lain (untuk tujuan tersebut)," katanya.Beliau turut menyarankan supaya tinja (najis) yang dihasilkan kelawar di gua dijadikan baja organik.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan.

- Bernama

Saya Boleh Masuk PAS Tapi Bukan Rakan Saya – TanSri Kadir

Posted: 07 Jun 2012 09:00 PM PDT

Presiden penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memuji PAS dan menyamakannya seperti Umno sewaktu sewaktu kepimpinan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.Katanya, parti yang menggunakan slogan "PAS untuk Semua" itu tidak mengamalkan rasuah serta menghormati agama dan budaya kaum lain.Di samping itu, katanya, PAS menjadikan al-Quran sebagai panduan dan mengambil kira pertimbangan dosa dan pahala dalam tindakan politiknya."(Perjuangan) Umno masa Tunku Abdul Rahman dengan PAS hari ini serupa. Beliau (Tunku) tidak angkuh, kasih kepada kaum Melayu, Cina dan India. PAS pun hormat agama dan budaya semua kaum," katanya.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan pelancaran (IKATAN) yang diterajuinya, Kadir bagaimanapun berkata pujian itu tidak bermaksud bahawa parti lain tidak baik, tetapi beliau "tidak sempat untuk mengenalinya".Beliau yang juga timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berharap IKATAN dapat memberi tumpuan terhadap pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu, saksama dan bahagia.Diminta menjelaskan pujiannya kemudiannya, Kadir berkata beliau memuji PAS kerana parti itu mempunyai "banyak persamaan" dengan Umno sewaktu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman khususnya soal menghormati kaum dan agama lain."Saya boleh masuk PAS tapi kawan-kawan saya tak boleh masuk PAS.

"Kami percaya untuk membawa rakyat berbilang kaum secara bersama," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapannya.Sebelum menubuhkan IKATAN, Kadir sebelum ini dispekulasi akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS.IKATAN yang baru ditubuhkan, antaranya menjadikan semangat perlembagaan dan amanat kemerdekaan Tunku Abdul Rahman sebagai paksi perjuangannya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jun 2012 09:02 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pakatan Rakyat tangani isu PTPTN

Posted: 07 Jun 2012 09:14 PM PDT

Selangor sudah mula menunjukkan jalan keluar dari belenggu PTPTN dengan menggunakan aset hartanah untuk membantu pengajian pelajar di IPT. Bagaimana dengan negeri lain, terutamanya Terengganu yang kaya dengan minyak? Sanggupkah Terengganu menggunakan duit royalti minyak untuk pengajian pelajar di IPT? Negeri Sembilan pula bagaimana?

Unisel Guna Aset Hartanah Bantu Pelajar - MB
Khamis Jun 7, 2012

PETALING JAYA: Universiti Selangor (Unisel) akan menggunakan aset hartanah bernilai RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation.

"Kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

PTPTN dilaporkan telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan parti pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Mengulas lanjut Abdul Khalid bagaimanapun berkata, langkah berkenaan merupakan tindakan jangka pendek sebelum Unisel memperincikan bantuan lain kepada pelajar pusat pendidikan tinggi itu.

"Bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat," katanya.


Unisel cairkan aset untuk bantu pelajar

SHAH ALAM 8 Jun: Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar universiti tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sebagai tindakan jangka pendek, Unisel akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar dalam kesukaran meneruskan pengajian.

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang Talam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai.

"Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN," kata Khalid.

Bagaimanapun, katanya, bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

"Unisel akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat," jelas beliau lagi.

Khalid berkata, kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri PengajianTinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada Unisel.

"Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

"Barisan Nasional telah menjadikan pelajar Unisel dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negara ini," katanya.

Amar Maaruf, Nahi Munkar

Posted: 07 Jun 2012 09:13 PM PDT

Nahi munkar, hendak diselaraskan dengan amar maaruf. Eloklah PDRM dan JHEAINS kerap melakukan operasi sebahagian dari nahi munkar. Pengedaran risalah, nasihat, kaunseling kepada pengunjung kedai judi juga perlu diperhebatkan selaras dengan amar maaruf.

Banteras perjudian siber

SEREMBAN 7 Jun - Aktiviti pembanterasan dan penguatkuasaan undang-undang dalam menangani isu perjudian Internet akan dilakukan secara komprehensif oleh kerajaan negeri bagi memastikan masalah sosial dapat dikurangkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pihaknya memandang serius perkara itu dan mahu ia diselesaikan segera apatah lagi kegiatan tersebut dilihat menjadi duri dalam daging masyarakat di negeri ini.

Malah, katanya, berdasarkan statistik daripada agensi penguatkuasaan, sebanyak 35 serbuan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pihak berkuasa tempatan dari 28 Mei hingga 3 Jun lalu ke atas premis yang menawarkan perkhidmatan Internet.

"Berdasarkan kepada semua serbuan yang dilakukan, 11 orang terdiri daripada penganjur atau penjaga premis ditahan manakala 179 orang ditangkap kerana terlibat dan bermain judi.

Kita semakin tidak selamat

Posted: 07 Jun 2012 09:13 PM PDT

Semakin menakutkan kes jenayah terutamanya culik dan samun melibatkan wanita di Malaysia. Anak gadis, para isteri, kaum ibu tak terkecuali nenek-nenek semakin terdedah kepada bahaya di keliling mereka.

Guru hilang ditemui di ladang

8 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita yang hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Kinrara menghala ke Bukit Jalil Rabu lalu, ditemui dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri, kelmarin.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada suami mangsa, lebih RM1,000 dikeluarkan daripada akaun bank milik wanita itu di sekitar Bandar Kinrara.


Wanita rugi RM20,000 beg diragut

KUANTAN 7 Jun 20120- Seorang wanita rugi kira-kira RM20,000 apabila beg tangannya diragut dua lelaki yang menaiki motosikal ketika hendak memasuki keretanya di hadapan surau Taman Murni dekat Sungai Isap, di sini semalam.


Terror drive, then robbed
07 June 2012  ABDUCTED: Salesgirl forced to withdraw money from automated teller machine
PETALING JAYA: MORE than a week after an Internet marketeer escaped from two robbers at the Curve shopping mall here, a salesgirl was not so lucky when she was abducted at a mall nearby on Monday night.


Kes culik guru wanita: Polis buru empat lelaki
KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes penculikan seorang guru wanita pada pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abdul Razak Elias berkata, Teoh Soo Kim, 51, diculik ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak rakannya di sebuah sekolah di Puncak Bukit Jalil.


Teacher found and is in ICU

KUALA LUMPUR: A special education teacher, who went missing after leaving her house in Bandar Kinrara 2 to pick up one of her students for class, has been found.
Tan said CCTV footage from a bank in Bandar Kinrara, from where Teoh had withdrawn RM1,600, showed four men standing beside her.

Isu Bunuh Diri

Posted: 07 Jun 2012 09:11 PM PDT

Hukuman penjara kepada mereka yang terlibat dalam kes bunuh diri dianggap tidak sesuai. Bagaimana pula pandangan Islam dalam isu ini, adakah mereka yang terlibat dalam kes bunuh diri perlu dihukum, dipenjara, didenda atau diberi rawatan, khidmat nasihat, kaunseling?

'Anti-suicide law is archaic, punishes those in need of help'
7 June 2012

PETALING JAYA (June 6, 2012): Section 309 of the Penal Code, which penalises those who attempt suicide is an archaic law which should be repealed.

Those who try to kill themselves are in need of proper help – not jailed or fined, say a suicide expert and civil society groups.

A recent spike in suicide rates in the country, as reported by the National Suicide Registry, proves that such a law does not stop people from committing suicide.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai last week revealed that in the last three years, more than 1,000 people had committed suicide nationwide.

"The suicide figures could be higher because these are just figures collected from post-mortems," he was reported to have said.

The World Health Organisation estimates that globally, there are 20 attempted suicides for every successful one, meaning there could have been around 20,000 attempted suicides in Malaysia in the past three years.

These people who attempted suicide (sometimes called parasuicides) could be hauled to court under Section 309 of the Penal Code, and face up to one year behind bars or a fine, or both, if convicted.

But many feel this law is outdated as it punishes those who are obviously in distress.

PM kata boleh tangguh bayar pinjaman PTPTN?

Posted: 07 Jun 2012 09:10 PM PDT

Benarkah peminjam PTPTN boleh tangguh bayar hutang PTPTN selagi mereka masih menganggur? Bagaimana dengan peminjam PTPTN yang bekerja tapi tidak setaraf dengan kelayakan dengan gaji sekitar RM1000 sebagai pekerja kilang, jurujual dan sebagainya? Bagaimana pula peminjam PTPTN yang sijil mereka tidak diiktiraf JPA, Kementerian Pelajaran dan sebagainya?

'Jobless can pay loans later'
08 June 2012

KUALA LUMPUR: The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan borrowers who have not found a job will not be forced to repay their loans. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the government would encourage the borrowers to continue putting effort in their studies.


Landskap Siasah

Posted: 08 Jun 2012 07:45 AM PDT

Landskap Siasah


Aisyah VS Karaoke Midah

Posted: 07 Jun 2012 10:37 AM PDT


PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI

Posted: 08 Jun 2012 07:37 AM PDT

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI


BN perlu bersedia menjadi pembangkang selepas PRU ke-13

Posted: 07 Jun 2012 03:47 PM PDT

Ipoh, 6 Jun, PAS Perak melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan bahawa BN semakin kurang sokongan dari rakyat dan bakal menjadi pembangkang selepas PRU 13 ini. Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyifatkan rakyat kini bijak menilai pihak yang dapat menawarkan kerajaan yang lebih baik dalam memperjuangkan hak rakyat. Beliau juga menyatakan, hidup mati BN adalah bergantung kepada Umno semata-mata kerana dua komponen BN, MIC dan MCA sudah lama hilang kuasa dan sokongan rakyat. Parti kompenan BN, sudah makin lemah dengan kurangnya sokongan rakyat kepada parti MIC dan MCA, tegas beliau. Memetik ucapan beliau: "Golongan muda pada masa sekarang sudah pun berfikiran matang dan terbuka untuk memilih pemimpin yang boleh perjuangkan hak rakyat walaupun ada segelintir masih lagi dalam pemikiran lama. "Hal ini boleh dilihat dengan penglibatan golongan muda kepada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang diadakan baru-baru ini". http://ustazabubakar.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Jun 2012 07:35 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TANDA - TANDA KECIL PILIHAN RAYA ?

Posted: 08 Jun 2012 02:25 AM PDT

KALAU DAH NAMA UMNO..KRONI TAK TINGGAL !

Posted: 08 Jun 2012 01:49 AM PDT

SIRI 2 : ADA APA DENGAN BAGAN DATOH !

Posted: 07 Jun 2012 09:45 AM PDT

PEMUDA PAS : MENGAPA NIZAR SAHAJA ?

Posted: 07 Jun 2012 08:45 AM PDT

RTM : SETUJU,KAN LEBIH BAIK DARI DULU LAGI !

Posted: 07 Jun 2012 08:38 AM PDT

HANYA TINGGAL IMPIAN....!

Posted: 07 Jun 2012 08:14 AM PDT

KRISIS SYRIA : KANAK TERUS JADI MANGSA !

Posted: 07 Jun 2012 08:08 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 08 Jun 2012 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


Pembinaan rumah Mak Teh di Felda Taib Andak, Kulai.

Posted: 07 Jun 2012 07:01 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Jun 2012 01:32 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pemuda PAS gesa Malaysia tutup kedutaan Syiria

Posted: 08 Jun 2012 01:21 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hampir 100 orang menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Syiria hari ini bagi membantah tindakan kejam regim Bashar Assad melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan U-Tant.

Mereka melaungkan slogan 'Hancur Bashar', 'Selamatkan Syiria', 'tutup Kedutaan Syiria'.

Mereka turut membawa poster dan kain rentang bertulis 'Stop children killer now' dan 'Assad=hitler' serta mengibarkan bendera Syiria.
Minggu lalu, di Houla menyaksikan pembunuhan beramai-ramai membabitkan kematian lebih 100 penduduk, hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Biarpun pembunuhan itu dinafiakan Bashar Assad, namun Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan pembangkang negara itu mempunyai sangkaan kuat bahawa pembunuhan itu dilakukan tentera pro kerajaan.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan pada himpunan itu hari ini mendesak agar Kerajaan Malaysia menutup dengan segera Kedutaan Syiria dan menghalau mereka dari bumi Malaysia.

"Kita berkumpul ini adalah tanda sokongan kita sebagai umat Islam yang menentang kekejaman Bashar, yang mana telah memalukan umat Islam di seluruh dunia.

"Kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas dalam hal ini, sepatutnya kerajaan jangan lepas tangan dan mesti menutup kedutaan dengan segera," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan penutupan kedutaan ini adalah sebagai tanda bahawa kita menentang kekejaman yang dilakukan oleh Bashar.

Menurutnya lagi, demo bantahan ini akan terus dilakukan jika suara rakyat Malaysia dan umat Islam tidak didengari oleh kerajaan.

"Ini merupakan perhimpunan kali kelima dilakukan terhadap bantahan kekejaman tersebut dan jika kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan kita akan meneruskan perhimpunan ini pada masa akan datang.

Pada perhimpunan kali ini tiada memorandum diserahkan kepada pihak kedutaan, kerana sehingga sekarang tidak ada jawapan langsung diperoleh terhadap memorandum yang diserahkan sebelum ini.

Himpunan aman yang turut disertai rakyat Syiria itu berakhir kira-kira jam 3 petang.

Turut menyertai perhimpunan tersebut adalah Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dan juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad.

Harakah Daily

Belasah nenek hingga patah tangan

Posted: 08 Jun 2012 01:13 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

SERIAN: Seorang nenek menerima penghinaan dan penganiayaan yang tidak pernah terfikirnya apabila disepak dan dipijak cucu sendiri hingga patah tangan kanan dalam kejadian di Balai Ringin, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi 1 Jun lalu, warga emas berusia 87 tahun itu diserang cucu lelakinya yang berusia awal 20-an ketika dia memberi makan ayam peliharaan di halaman rumahnya.

Cucu mangsa bagaikan dirasuk apabila menyepak neneknya hingga tersungkur.
Mangsa cuba bangun semula, tetapi belum sempat berbuat demikian, cucunya memijaknya beberapa kali.

Lelaki itu hanya menghentikan perbuatan zalimnya itu selepas mangsa menjerit kesakitan dan merayu tidak disakiti sebelum dia diselamatkan seorang ahli keluarga lain yang menyaksikan kejadian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Serian pada hari kejadian dan mengesahkan mangsa patah tangan kanan selain cedera di lutut akibat terjatuh, disepak dan dipijak.

Harian Metro

Kanak-kanak tanpa mata gemar cahaya

Posted: 08 Jun 2012 01:00 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

MARWANIJUN mengacukan lampu picit ke arah mukanya sambil diperhatikan Salamu.

DOKTOR mendakwa mata kiri Marwanijun tidak mempunyai kanta.
URUMQI (Xinjiang): Marwanijun dilahirkan tanpa mata, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya.

Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada.

Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.

Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.

"Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya," kata Madamihan.

Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.

Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak dilahirkan tanpa mata. - DM

Sekat PTPTN, Mahasiswa mahu undi BN lagi?

Posted: 08 Jun 2012 12:45 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Biarpun pembekuan pinjaman PTPTN terhadap pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) ditarik balik, namun anak muda kini kenal siapa itu BN, kata Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, tindakan PTPTN yang direstui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya mendedahkan perangai kebudak-budakan kerajaan.

Pembekuan itu juga katanya menjelaskan bahawa slogan transformasi politik dan rakyat diutamakan, hanyalah kata-kata kosong yang tidak mempunyai nilai selain dendam politik murahan.

"Dengan bertindak seperti itu, generasi muda pasti akan mengenal dasar hipokrit BN.

"Apabila Menteri KPT mengarahkan supaya PTPTN dibekukan untuk pelajar yang akan mendaftar di Unisel, bermakna kerajaan pusat telah melaksanakan dasar penindasan bersifat apartheid kepada pelajar dan ibubapa di negeri Selangor," katanya.

Menurut Azmi, menteri KPT ternyata tidak dapat membezakan antara dasar memberi pendidikan percuma diperingkat persekutuan dengan hak mendapat pembiayaan diperingkat negeri.

Menghentikan pinjaman PTPTN dengan cara selektif dan diskriminatif begini ujarnya lagi, membuktikan slogan 1 Malaysia bukan kesaksamaan untuk semua tetapi keistimewaan untuk rakyat dan negeri yang pro BN dan menafikan hak negeri Pakatan Rakyat.

Ini juga bererti konsep persekutuan (federalisme) sudah dibatal oleh BN sendiri, katanya lagi.

"Tindakan membeku pinjaman kepada anak warga rakyat sendiri untuk melanjutkan pelajaran atas sebab politik adalah tindakan tidak bertamadun.

"Negara fahaman komunis sendiri tidak mengambil tindakan seperti itu," tegasnya lagi.

Tindakan sebegitu ujar Azmi, bukan baru dilakukan Umno BN.

Isu menafikan hak royalti minyak untuk Trengganu bila PAS memerintah, menghentikan bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat dan mewujudkan agensi khas iaitu JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) bagi Negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang adalah antara angkara 'gila kuasa' yang tersemat dalam sanubari pemimpin negara kini.

"Rakyat harus terima hakikat bahawa yang dipentingkan (BN) bukan lagi kebajikan rakyat tetapi kuasa yang ingin dipertahankan termasuk menafikan hak rakyat.

"Tindakan itu bukan sahaja menyalahguna kuasa malah ia juga adalah pemangsaan masa depan anak bangsa sendiri. Generasi muda yang menjadi mangsa harus tahu bersikap terhadap kerajaan ini," katanya.

Harakah Daily

Demo anti PTPTN: UiTM gantung Khalid 3 semester

Posted: 08 Jun 2012 12:41 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath digantung pengajian selama setahun setengah selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan anti-PTPTN.

Hukuman yang disampaikan oleh panel disiplin UiTM itu berkuat kuasa September depan sehingga suku pertama 2014.

Khalid dibicara pagi tadi oleh lembaga tatatertib UiTM atas tiga pertuduhan ke atasnya iaitu kesalahan ponteng kelas dan peperiksaan, tulisannya di facebook ke atas pasukan polis dan juga penglibatan dalam perhimpunan anti PTPTN di Dataran Merdeka April lalu.

Beliau tidak ditemani peguam kerana kerana perbicaraan tersebut hanya perbicaraan khas bagi pelajar.

Kira-kira 30 aktivis mahasiswa hadir memberikan sokongan kepada beliau walaupun dihalang masuk ke kawasan UiTM Shah Alam.

Harakah Daily

Mansuh pamer bantah elak calon BN disabotaj?

Posted: 08 Jun 2012 12:40 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses pamer dan bantah adalah kerana bimbang calon-calon BN disabotaj ahli mereka sendiri.

Menurutnya, gerakan sabotaj itu wujud sejak 2008 lagi dan lebih ketara sejak kebelakangan ini sehingga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan amaran keras kepada pihak yang beniat melakukan tindakan itu.

Malah katanya, kenyataan pimpinan Umno bahawa calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini tidak semestinya Ketua Bahagian, mampu menjuruskan sabotaj itu akan benar-benar berlaku.

"Tindakan SPR itu menjelaskan bahawa wujud satu gerakan sabotaj kepada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya nanti dalam bentuk teknikal yang akan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada calon Pakatan Rakyat.

"SPR cuba melindungi kemungkinan besar berlaku gerakan sabotaj dalam Umno-BN yang sememangnya telah berlaku sebelum ini," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat proses pamer dan bantah perlu bagi memastikan calon yang mewakili setiap parti itu bersih dari perkara-perkara yang menjejaskan diri sebagai calon.

"Proses pamer dan bantah itu adalah satu tindakan untuk kita melihat bahawa calon yang bertanding itu bersih terutama dari segi bankrup serta tidak mempunyai rekod jenayah.

"Apabila proses itu ada, kita boleh membantah kerana kita tidak mahu calon yang bertanding itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan beliau sebagai calon apatah lagi bila memenangi pilihanraya," katanya.

Keputusan terbaru SPR itu juga kata Azmin, jelas menunjukkan badan pilihan raya itu hanya berminat kepada isu-isu serpihan sedangkan perkara besar seperti daftar pemilih yang bersih, kebebasan media mahupun kerajaan sementara tidak diberi keutamaan.

"Kenapa tidak memberi tumpuan kepada perkara yang menjaminkan pilihanraya bersih dan adil.

"Ini yang kita dalam Pakatan Rakyat hadapi, SPR sepatutnya menyenangkan keadaan bukannya menyulitkan keadaan," tegasnya.

Harakah Daily

Misi kayuh bot selama tiga bulan

Posted: 08 Jun 2012 12:38 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KAKI Bovard mengayuh pedal botnya. - Agensi

STOCKHOLM - Seorang warga Perancis, Didier Bovard akan melakukan misi mengayuh sebuah bot dalam tempoh tiga bulan.

Bovard, 49, akan memulakan misinya sejauh 6,000 kilometer dari Greenland ke Deauville di Perancis.

Ketika ini, bot tersebut yang bernama My Way berada di Tasik Geneva, Switzerland.

Bot itu mengandungi panel solar yang akan membolehkan lampu dan Sistem Penentu Kedudukan Global berfungsi.

Tujuan misi itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa tentang isu pemanasan global. - Agensi

Bertam Nite: PKR pandang berat, tarian tidak sesuai

Posted: 08 Jun 2012 12:38 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pihak penaja 'Bertam Nite' harus bertanggungjawab di atas tindakan membenarkan persembahan tarian ala K-Pop pada majlis makan malam tersebut, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Saifuddin bagaimanapun berkata, penganjur iaitu Cabang Kepala Batas juga melakukan kesilapan apabila mempercayai sepenuhnya pihak penaja tanpa melakukan raptai.

"Pihak penaja harus bertangungjawab dalam perkara ini walaupun sudah memohon maaf dan penganjur juga harus berhati-hati selepas ini.

"Difahamkan, acara malam itu sepatutnya persembahan tarian kebudayaan pelbagai kaum tapi keluar-keluar tarian yang tidak sopan, ini akibat tiada rehearsal dan serah bulat-bulat kepada penaja," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Saifuddin juga berkata, PKR tetap berpendirian bahawa tarian seperti itu tidak sesuai diadakan pada majlis makan malam anjuran parti kerana mengabaikan nilai kesopanan.

"PKR memberi teguran kepada penganjur bahawa kita menghormati kebudayaan pelbagai kaum tapi harus berlandaskan nilai-nilai kesopanan.

"PKR memandang berat perkara ini dan memberi teguran keras kepada anggota parti yang terbabit," tegasnya.

Sementara itu, pihak yang menaja program ini menghantar surat kepada PKR memohon maaf di atas kesilapan ini.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim.

Dalam sidang medianya, Johari memohon maaf di atas peristiwa itu dan memberitahu ia bukan dari pihaknya.

Harakah Daily

Keputusan kes Mahfuz, Salahudin 3 September

Posted: 08 Jun 2012 12:36 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) Kuala Lumpur semalam menetapkan tarikh 3 September ini bagi keputusan kes dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub menyaman kerajaan.

Keputusan itu dibuat hakim Prasad Sandosham Abraham selepas mendengar keterangan lima saksi bagi pihak defenden semalam.

Mereka adalah Inspektor Mohd Zaidi Mad Zizat, Supritenden Aida Abdul Hamid, ASP R.Muthusamy, ASP Zulkifli Osman dan Jurugambar Polis Ganeson.

Sementara itu, ketika memberi keterangan semalam, Zaidi mengaku telah menangkap dua pemimpin PAS pada hari perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu di luar kawasan larangan yang ditetapkan Mahkamah Majistret.

Beliau juga mengaku kedua-duanya bukan ditangkap ketika menyertai perhimpunan itu.

Pengakuan itu direkodkan ketika menjawab pertanyaan peguam plaintif, Abdul Aziz Hamzah.

Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan Zaidi.

Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Harakah Daily

MB S’gor kunjungi Nik Aziz sempena lawatan rasmi

Posted: 08 Jun 2012 12:35 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertemu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatan rasminya ke negeri itu hari ini.

Pertemuan itu diadakan tertutup di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, selepas tuan guru selesai mengadakan kuliah dataran dataran ilmu sebentar tadi.

Selain melakukan lawatan ke beberapa cabang dan ranting petang ini, Khalid akan menyampaikan ceramah Malam Merdeka Rakyat peringkat negeri Kelantan.

Ceramah berkenaan akan di adakan di padang Majlis perbandaran ketereh bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka menyampaikan ceramah yang akan bermula 9 malam ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan peguam scorpine Fadiah Nadwa Fikri.

Sementara itu turut hadir mengiringi Khalid, Timbalan PKR Negeri Abdul Aziz Kader dan Setiusaha Mohd Hisomuddin Bakar.

Harakah Daily

Fatah, Hamas setuju tubuh kerajaan baru

Posted: 08 Jun 2012 12:33 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

Dua buah pertubuhan pejuang Palestin mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan baru dalam satu pertemuan di sini, langkah utama bagi mencapai keamanan dan mengadakan pilihan raya umum yang sudah lama tertangguh.

Fatah dan Hamas mencapai satu perjanjian damai pada tahun lepas tetapi gagal melaksanakannya.

Anggota delegasi Fatah, Sakher Beseiso berkata, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memimpin pergerakan Fatah dan ketua Hamas, Khaled Mashaal akan bertemu di Kaherah pada 20 Jun ini untuk meluluskan Kabinet baru itu.

''Barisan Kabinet baru itu kemudian akan diumumkan di Ramallah, Tebing Barat,'' katanya.

Fatah yang menguasai Pihak Berkuasa Palestin mentadbir Tebing Barat manakala Hamas pula menguasai Genting Gaza.

Wakil daripada kedua-dua pihak bertemu di sini, semalam bagi membincangkan mengenai pelaksanaan rundingan damai berkenaan.

Perpecahan antara Fatah dan Hamas telah menyukarkan usaha perdamaian di Asia Barat.

Kedua-dua pergerakan tersebut berbeza pendapat bagaimana untuk menghadapi Israel di mana Fatah ingin mencapai perdamaian melalui rundingan, manakala Hamas tidak mengiktiraf rejim Zionis itu. - AGENSI

9 juta ambil ujian masuk universiti

Posted: 08 Jun 2012 12:24 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

Pelajar berebut tempat lanjut pelajaran ke menara gading di seluruh China

BEIJING: Lebih sembilan juta pelajar di China menduduki peperiksaan kemasukan universiti disifatkan paling sukar di negara itu semalam hingga ramai ibu bapa sanggup menyewa bilik hotel dan menyediakan pengasuh untuk memastikan kejayaan anak mereka.

Dengan hanya 6.85 juta tempat yang ditawarkan di universiti di seluruh China tahun ini, persaingan memasuki menara gading utama semakin meningkat dan cubaan menipu juga tidak terkecuali apabila lebih 1,500 ditahan kerana disyaki menjual alat pendengaran yang sukar dikesan.

Tahun ini, ada ibu bapa dan pelajar menggunakan pelbagai kaedah pelik tetapi sah di sisi undang-undang untuk memastikan mereka tidak membuat kesilapan dalam peperiksaan dua hari itu.

Malah, ada pelajar diberikan suntikan dan titisan intravena sebelum masuk bilik peperiksaan, bagi meningkatkan tahap tenaga sementara pelajar perempuan pula diberi suntikan hormon dan pil pencegah hamil untuk melewatkan haid.

"Ada pelajar perempuan mengambil pil untuk melewatkan haid sehingga selepas peperiksaan," kata seorang pakar sakit puan di Hospital Chaoyang, Beijing.

Selain itu, pasangan kaya menyewa rumah untuk anak mereka yang berhampiran dengan 7,300 pusat peperiksaan di seluruh negara manakala bilik didakwa untuk 'pelajar pandai' juga ditawarkan di bandar pelabuhan Tianjin, lapor akhbar China Daily. – AFP

Suami Arroyo didakwa lagi

Posted: 08 Jun 2012 12:18 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

MANILA - Jose Miguel, suami kepada bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo berhadapan lagi dengan tuduhan rasuah berhubung penjualan helikopter terpakai dengan harga lebih tinggi kepada pasukan polis negara itu.

Bagaimanapun, Miguel, kelmarin menafikan dia terlibat dengan penipuan tersebut dan tidak pernah memiliki helikopter itu seperti didakwa kumpulan penyiasat sebelum ini.

Mac lalu, di bawah kempen antirasuah Presiden Filipina, Benigno Aquino, dia juga didakwa menerima suapan AS$330 juta (RM1 bilion) menerusi kontrak perjanjian rangkaian jalur lebar di seluruh negara dengan syarikat telekomunikasi China pada 2007 iaitu semasa isterinya memegang jawatan sebagai presiden.

sinar harian/-

Kesihatan Hosni Mubarak semakin buruk di penjara

Posted: 08 Jun 2012 12:00 AM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan Hosni berada di dalam kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah pada 2 Jun lalu.

KAHERAH - Tahap kesihatan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar) semakin merosot sejak dia dipindahkan ke sebuah penjara, lapor sebuah agensi berita semalam.

Keadaan itu berlaku selepas dia dipindahkan ke penjara itu pada Sabtu lalu bagi menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh sejumlah penunjuk perasaan.

Menurut agensi berita MENA, Hosni mengalami kemurungan yang teruk selain tekanan darah tinggi sejak dia tiba di penjara Tora, selatan Kaherah.

Hosni yang berusia 84 tahun dijatuhkan hukuman seumur hidup kerana memerangi satu pemberontakan yang menentang pemerintahannya pada awal tahun 2011.

Dalam pemberontakan itu, hampir 850 orang terbunuh.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly turut menerima hukuman penjara seumur hidup.

Namun, enam lagi bekas pegawai keselamatan semasa zaman pemerintahan Hosni telah dibebaskan daripada tuduhan membunuh penunjuk perasaan itu.

Sebelum dipindahkan ke penjara itu, Hosni dirawat di sebuah hospital tentera. - Agensi

Unisel: Politik dendam sebelum Umno BN dikuburkan

Posted: 07 Jun 2012 08:36 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pendekatan politik dendam yang terus 'diperkukuhkan' oleh Umno dan BN pada hari ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk mempertahankan pemerintahan parti tersebut menjelang PRU13 yang akan datang.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas tindakan politik dendam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kerajaan Pusat terhadap para pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel).

Katanya, tindakan dendam PTPTN yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Umno terhadap Selangor sungguh memalukan dan memualkan seluruh rakyat Malaysia.

Sebenarnya, ujar beliau politik dendam Umno bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia dan ianya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

"Rakyat Malaysia amat mengetahui perkara ini dan insya Allah rakyat Malaysia akan menguburkan politik dendam Umno BN dalam PRU yang akan datang.

"Kita juga turut meminta agar para ulamak yang sebelum ini mengeluarkan hukum tentang haramnya Bersih turut menyuarakan pandangan berkenaan tindakan zalim ini," tegas beliau lagi.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS juga berharap mereka bersifat adil dalam mengeluarkan hukum hakam Islam dan jangan hanya mengeluarkan hukum apabila berkaitan dengan kepentingan kerajaan tetapi mereka juga hendaklah turut prihatin dalam mengeluarkan hukum apabila mana-mana rakyat Malaysia dizalimi.

Harakah Daily

Beku PTPTN: Umno BN amal politik ‘zaman batu’

Posted: 07 Jun 2012 08:34 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan zalim, angkuh dan biadap kerajaan Pusat terhadap pelajar-pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya kerana disebabkan oleh perbezaan ideologi politik di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Hanya disebabkan 'dendam politik' maka Umno dan Barisan Nasional bertindak membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar Unisel tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menganggap 'keseronokan' Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas arahan untuk 'membekukan' pinjaman tersebut dan kenyataan dangkal Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang menyatakan bahawa pinjaman tersebut akan hanya disambung sekiranya PKR mengaku salah secara jelas menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional mempraktikkan budaya politik 'zaman batu' yang cukup jijik.

Hanya kerana dendam kesumat disebabkan perbezaan pandangan politik menyebabkan Umno dan Barisan Nasional hilang pertimbangan kewarasan selaku pemerintah sehingga sanggup untuk menzalimi rakyat sendiri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengingatkan Umno dan Barisan Nasional bahawa sejarah telah menunjukkan para penzalim akan dibiarkan berleluasa dan berseronok dengan kezaliman yang mereka lakukan sebelum daripada mereka 'dijatuhkan' dengan secara hina oleh Allah Taala tanpa mereka sedari.

Dan insyaAllah hasil daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional ini, seluruh rakyat dan para mahasiswa pasti akan bangkit untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor di atas kenyataan beliau yang menyatakan bahawa pihak Unisel akan menggunakan aset mereka untuk membantu menangani kesusahan yang menimpa pelajar-pelajar tersebut sebagai langkah jangka masa pendek.

Proses perbincangan dengan pihak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah ini masih terus dijalankan.

Semoga keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan dapat meringankan beban pelajar-pelajar Unisel yang dizalimi oleh Umno dan Barisan Nasional.

Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluiddin yang turut tidak bersetuju dengan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun.

Sudah tiba masanya untuk rakyat 'menurunkan' Umno dan barisan nasional daripada tampuk kekuasaan negara kerana mereka kini semakin dikuasai oleh nafsu serakah untuk terus memerintah kerana hendak menjaga kepentingan diri dan kroni semata-mata dan bukan lagi memberikan khidmat untuk keselesaan rakyat seluruhnya.

Rakyat perlu memberikan sokongan dan undian kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional selaku pemerintah negara bagi merealisasikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

Hasbullah ialah ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Harakah Daily

Penunggang sengaja cari nahas

Posted: 07 Jun 2012 08:33 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LIPIS - Kesedaran mengenai kepentingan memakai topi keledar dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal masih rendah walaupun mereka melalui jalan raya yang agak sibuk.

Seorang pengguna jalan, Mohd Faizal Mohamad, 34, berkata, ramai penunggang dan pembonceng di Jalan Lipis-Jerantut tidak memakai topi keledar dan keadaan itu menggambarkan mereka memandang remeh soal keselamatan diri.

Menurutnya, lebih dikesalkan apabila ada ibu bapa yang menunggang motosikal sambil membonceng anak kecil.

"Mungkin mereka beranggapan si anak selamat duduk di belakang kerana memeluk erat pinggang si ibu atau ayah walaupun tidak memakai topi keledar.

"Namun mereka tidak sedar, itu satu kesalahan besar," katanya, di sini, kelmarin.

Mohd Faizal berkata, jika berlaku kemalangan terutama melibatkan nyawa, sudah tentu ibu bapa tadi akan kesal sepanjang hayat kerana kesilapan mereka sendiri.

"Anak-anak sudah dididik sejak kecil sikap sambal lewa dan tidak cakna dengan keselamatan diri semasa di jalan raya.

"Perkara ini wujud kerana tiada kesedaran dan pendidikan dalam kalangan ibu bapa atau penduduk betapa pentingnya memahami peraturan jalan raya," katanya.

Mohd Faizal berkata, walaupun kempen dan pelaksanaan peraturan dibuat, namun jika tiada inisiatif mengubah sikap, ia ibarat 'mencurah air ke daun keladi'.

"Kerajaan Negeri menerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) memperuntukkan banyak wang bagi melaksanakan kempen advokasi keselamatan jalan raya termasuk menyumbang topi keledar percuma dan pelekat keselamatan, tetapi kesedaran masih di takuk lama.

"Senario ini antara sikap manusia yang sengaja mengabaikan keselamatan sendiri dan kadang-kadang mengancam orang lain," katanya.

Sinar Harian

Polis buru empat lelaki disyaki terbabit culik guru wanita

Posted: 07 Jun 2012 08:22 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes penculikan seorang guru wanita pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata Teoh Soo Kim, 51, diculik ketika dalam perjalanan untuk mengambil anak rakannya di sebuah sekolah di Puncak Bukit Jalil.

"Mangsa keluar dari rumahnya di Taman Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi untuk mengambil anak rakannya di sebuah sekolah di lokasi terbabit sebelum gagal dihubungi suaminya beberapa jam kemudian.

"Mangsa kemudian ditemui oleh polis di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Selangor pukul 11.30 pagi semalam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau berkata mangsa ditemui dengan kecederaan pada bahagian kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

Mangsa kini berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilapor kritikal.

Katanya siasatan mendapati empat suspek terbabit telah mengeluarkan wang daripada akaun mangsa berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah bank di Taman Kinrara pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan. -- Bernama

Sinar Harian

Pemilik bengkel rugi RM100,000

Posted: 07 Jun 2012 08:20 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KEPONG - Pemilik bengkel kereta kerugian lebih RM100,000 selepas kedainya terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, di rumah kedai di Taman Intan Baiduri di sini, semalam

Pemilik bengkel, Alan Wong berkata, ketika kejadian dia sedang membaiki kereta Wira milik pelanggannya.

Menurutnya, kereta tersebut secara tiba-ba menghasilkan percikan api yang kemudiannya mula merebak ke seluruh bengkel berkenaan.

"Api merebak dengan pantas bagaimanapun saya sempat menyelamatkan kesemua kereta pelanggannya kecuali kereta Wira yang menyebabkan berlaku kebakaran.

"Sepanjang 10 tahun berniaga di sini, ini adalah kejadian pertama hingga menyebabkan hampir 90 peratus peralatan membaiki kenderaan musnah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.49 pagi dengan satu jentera bombadaripada lima balai berasingan yang berdekatan bersama 38 anggota.

"Pada jam 12.04 tengah hari jentera dari Balai Bomba Jinjang tiba ke lokasi mengambil masa 10 minit mengeluarkan tiga mangsa yang terperangkap di tingkat atas bangunan.

"Mangsa yang terperangkap terdiri dua dewasa dan seorang kanakkanak berusia antara 7 hingga 55 tahun," katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sinar Harian

Pembantu kedai curi beg tangan menantu Presiden Pas dipenjara

Posted: 07 Jun 2012 08:19 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai dipenjara seminggu dan didenda RM2,500, gara-gara mencuri beg tangan menantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tertuduh, Ahmad Muhaimin Mustafa, 20, yang berasal dari Kampung Seberang Baruh Kiri, di sini, juga berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal membayar denda, setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 21 Mei lalu, kirakira jam 9.10 malam bertempat di dalam Kedai Nasi Arab Al-Fateh, Jalan Sultan Mahmud, telah mencuri beg tangan milik Farhaana Husainy Hasbullah, 32.

Beg tangan tersebut mengandungi barang bernilai kira-kira RM500, dan tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Tertuduh yang berpakaian lokap kemudiannya mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala pendakwaan dijalankan Inspektor Arrasyiddin Atcha.

Berdasarkan fakta kes, anak kepada Presiden Pas iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, yang juga seorang pensyarah berada di dalam Kedai Nasi Arab Al-Fateh, Jalan Sultan Mahmud pada 21 Mei lalu.

Kira-kira jam 9.10 malam, tiba-tiba datang seorang lelaki, yang kemudiannya terus mengambil beg tangan isterinya iaitu Farhaana yang diletakkan di atas meja makan.

Muhammad Khalil kemudiannya terus memegang baju lelaki tersebut dan berlaku pergelutan antara dia dan lelaki berkenaan.

Lelaki itu berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. Orang awam kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan Muhammad Khalil telah menyerahkan lelaki tersebut kepada polis.

Sinar Harian

Enam sekeluarga terlibat nahas

Posted: 07 Jun 2012 08:18 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

JASIN – Enam keluarga terlibat dalam kemalangan di Kilometer 187 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, awal pagi semalam, mengakibatkan seorang daripada mereka maut.

Manakala, dua daripada cedera parah dan dirawat di Hospital Melaka.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, keluarga terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Roza Isa, 32, isteri kepada pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan, Ermy Jeffri, 34.

Sementara, dua daripada empat anak pasangan itu berusia tujuh dan enam tahun cedera parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar, sebaik tiba melanggar pengadang jalan.

Pelanggaran itu mengakibatkan Roza tercampak keluar dari kenderaan dan dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kereta mereka masuk ke dalam longkang dan melanggar tebing cerun sebelum berpusing serta masuk semula ke lebuh raya dan terbakar," katanya.

Menurutnya, Ermy dan anak lelaki berusia tujuh tahun parah di perut, manakala seorang anak perempuan berusia enam tahun patah kaki.

"Dua lagi anak mangsa berusia dua dan 10 tahun bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Shahidi berkata, kesemua mangsa bernasib baik kerana sempat dibantu keluar oleh pengguna lebuh raya berkenaan sebelum kereta berkenaan terbakar.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat, sementara semua yang cedera dirawat di Hospital Melaka.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian

Diperdaya ‘Pak Ungku’

Posted: 07 Jun 2012 08:17 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

PERAI – Wakil waris kerabat diraja Perak kesal tindakan dua individu yang didakwa menjual watikah dan logo kereta palsu dengan jumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 kepada orang awam.

Difahamkan, sindiket mengaburi mangsa dengan mengatakan pemiliknya akan memiliki keistimewaan dan tidak akan dikenakan tindakan jika ditahan pihak berkuasa serta mendapat diskaun jika mahu menginap di hotel.

Raja Mudzafar Shah Raja Mokhtar berkata, aktiviti sindiket itu terbongkar apabila pihaknya menerima aduan daripada dua lelaki yang menjadi mangsa individu yang menggelar dirinya sebagai Pak Ungku.

Menurutnya, sindiket yang menjual watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak itu dipercayai memperdaya ratusan orang awam di sekitar Bukit Mertajam dan Kulim di Kedah serta bergiat aktif sejak setahun lalu.

"Pihak Istana Seri Tambun tidak pernah menjual watikah mahupun logo kereta ini secara komersial. Kita tidak menawarkannya secara terus, sebaliknya ia dianugerahkan kepada individu terpilih melalui sokongan daripada kerabat. Pemilik watikah juga tidak pernah mendapat apa-apa keistimewaan.

"Justeru, pihak istana dukacita dengan watikah ciplak yang sama sekali tidak pernah dikeluarkan dalam bentuk imbasan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Raja Mudzafar Shah menjelaskan, watikah yang mempunyai tandatangan ayahanda saudaranya, Raja Kecil Di Hilir Perak, Datuk Seri Raja Izzudin Iskandar Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah itu dipalsukan dengan menggunakan teknik imbasan.

Selain itu ujar beliau, logo kereta yang dipalsukan juga tidak mempunyai nombor siri, sedangkan setiap logo asli akan direkodkan nombor sirinya.

Tambah beliau, mengikut rekod hanya 22 individu sahaja di kawasan Utara yang dianugerahkan dengan watikah dan logo kereta ahli kerabat diraja Perak sejak 2009 lalu.

Sementara itu, mangsa sindiket, Ang Hiang Soon, 42, berkata, dia ditawarkan untuk menjadi kerabat ketika bertemu dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya dengan nama Tengku Ismail atau Pak Ungku.

Sedar selepas disaman polis

Menurut nya, dalam pertemuan disebuah hotel dekat Bukit Mertajam itu, dia diminta membayar RM2,000 kepada individu berkenaan dan dijanjikan tidak akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahupun polis.

"Saya sedar ditipu lelaki itu selepas disaman polis dalam satu sekatan jalan raya, dua bulan lalu. Setakat ini, saya sudah ada tiga saman, dua melibatkan kesalahan trafik dan satu JPJ kerana cermin kereta gelap," katanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Hiang Soon berkata, laporan polis kemudiannya dibuat pada 31 Mei lalu dan merujuk perkara itu kepada Raja Mudzafar Shah bagi mengesahkan kesahihan watikah yang dimilikinya dan ternyata ia adalah dokumen palsu.

Seorang lagi mangsa, Lim Teng Oon, 46, berkata, dia mengenali individu itu melalui rakannya, Hiang Soon.

Katanya, keistimewaan yang ditawarkan membuatkan dia tertarik dan percaya untuk membeli watikah tersebut.

"Individu itu membawa saya ke kedai untuk memasang tinted pada cermin kereta. Tetapi selepas itu, saya disaman polis.

"Saya pernah memarahi polis kerana mahu menegaskan bahawa saya ahli kerabat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah memberitahu ada menerima laporan daripada dua mangsa penipuan itu.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat pihaknya, namun sudah mengenal pasti individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Sinar Harian

Euro 2012: Kumpulan A: Rusia dan Poland pilihan ke pusingan dua

Posted: 07 Jun 2012 08:12 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

POLAND
Saingan kumpulan A nampak begitu seimbang. Poland sebagai tuan rumah pastinya akan menggunakan kesempatan dengan sebaik mungkin.

Meskipun enam kali beraksi pada Piala Dunia, namun mereka hanya layak sekali sahaja ke pusingan akhir Kejohana Eropah pada empat tahun lepas.

EURO 2008 mereka tewas kepada Jerman dan Croatia serta seri dengan Austria yang merupakan pengganjur bersama Switzerland pada tahun tersebut.

Sebagai tuan rumah, mereka pasti menggunakan kesempatan ini sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.

Bintang tumpuan: Wojciech Szczesny, Robert Lewandowski dan Jakub Blaszczykowski.


GREECE
Greece melakukan kejutan paling besar dalam sejarah kejohanan. Siapa sangka pasukan yang lansung tidak di beri perhatian tiba-tiba menjuarai Euro 2004.

Mereka menewaskan tuan rumah ketika itu, Portugal yang boleh dianggap gergasi bola sepak pada ketika itu.

Namun bagi kejohanan lepas, anak buah Otto Rehhagel hanya menjaringkan satu gol pada kejohanan lepas.

Merka tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan yang diletakkan bersama Sweden, Rusia dan Sepanyol.

Bintang tumpuan: Georgios Samaras dan Sotiris Ninis.


RUSIA
Mereka pernah sekali bergelar juara, kejohanan pertama dianjurkan pada tahun 1960.

Kejohanan kali ini mereka dilihat tidak mempunyai banyak masalah melapasi saingan peringkat kumpulan. Dengan gabungan pemain lama dan baru yang seimbang. Tidak mustahil skuad kali ini mampu menghadirkan sesuatu kepada lawan mereka.

Benteng akhir yang di ketuai Igor Akinfeev pastinya merumitkan kerja penyerang pasukan lawan. Di tambah lagi kreativiti Andrey Arshavin yang memudahkan kerja rangkaian penyerang mereka.

Jika dilihat pada kejohanan lepas, di bawah bimbingan Guus Hiddink mereka mara ke separuh akhir sebelum diketepikan oleh juara kejohanan, Sepanyol.

Bintang tumpuan: Andrey Arshavin, Igor Akinfeev dan Roman Pavlyuchenko.


REPUBLIK CZECH
Republik Czech yang layak pada setiap edisi kejohanan Eropah bermula Euro 1996. Meskipun mereka pernah mengejutkan Itali, Portugal dan Perancis dalam kemaraan ke final di mana mereka tewas pada masa tambahan menentang Jerman di Wembley. Ketika itu mereka mempunyai general tengah yang cukup berpengaruh, Pavel Nedved.

Skuad kali ini dilihat nampak sedikit pincang, pada perlawanan persahabatan Jumaat lepas mereka tewas 1-2 kepada pasukan Hungary yang tidak mempunyai latar belakang bola sepak sehebat Republik Czech.

Mereka memerlukan elemen keajaiban untuk mara lebih jauh pada kejohanan kali ini.

Bintang tumpuan: Petr Cech dan Tomas Rosicky.

Sinar Harian

Pekerja ladang maut ditetak

Posted: 07 Jun 2012 08:11 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Nasib seorang pekerja ladang yang baru bekerja 10 hari bertukar malang apabila lelaki itu mati dipercayai dibunuh di sebuah ladang buah tembikai di Felcra Changkat Sulaiman, di sini.

Lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga warga Myanmar itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa berpakaian lengkap dengan hanya mengenakan kain pelekat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku, Ahad lalu apabila pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.45 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota forensik dikejarkan ke tempat kejadian bagi menyiasat penemuan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut terhadap mayat mendapati, ada kesan tetakan di beberapa bahagian anggota badan mangsa.

"Lelaki itu mempunyai kecederaan parah di tengkuk, bahu dan lengan kiri yang dipercayai ditetak. Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti berikutan ketiadaan pengenalan diri dijumpai, bagaimanapun berdasarkan siasatan yang dibuat, mangsa berkemungkinan berusia lingkungan 20-an," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini. Kok Liang berkata, pihaknya turut menjumpai sepasang selipar berwarna hitam di kanan dan kiri mangsa selain sebatang cangkul yang mempunyai kesan darah.

"Kesemua penemuan tersebut dibawa ke makmal bagi mengesan bukti.

Sementara itu, berdasarkan hasil maklumat soal siasat pemilik ladang tembikai menyatakan mangsa baru bekerja dengannya 10 hari lalu.

"Majikan ini menyatakan dia mempunyai tujuh pekerja namun, kejadian bunuh itu menyebabkan kesemuanya menghilangkan diri tanpa sebab.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan selanjutnya dan motif pembunuhan masih disiasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian

Lima tukang urut ditahan

Posted: 07 Jun 2012 08:10 PM PDT

18 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Lima warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urutan tradisional sekitar bandar raya ini ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P, kelmarin.

Serbuan sekitar jam 3.25 petang dan berakhir 4.15 petang itu disertai oleh 12 anggota dan pegawai yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar.

Khairulanuar berkata, kelima-lima pekerja asing itu adalah warga Indonesia yang berumur antara 34 hingga 43 tahun dan ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Hasil dari maklumat aduan awam, kami melakukan serbuan dan menahan lima tukang urut warga Indonesia. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika operasi dilakukan.

"Ketika kami hadir, kesemua pekerja asing sedang mengurut pelanggan. Hasil dari kenyataan mereka, kami diberitahu segala urusan pasport dan permit diuruskan oleh majikan.

"Bagaimanapun, majikan gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan lima pekerja ini selain mendakwa berurusan dengan ejen menerusi pembayaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi urusan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, seorang daripada pekerja asing itu ditahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala selebihnya Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Khairulanuar berkata, majikan kesemua tukang urut terbabit yang merupakan warga tempatan berusia 51 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 berikutan mengajikan pekerja asing tanpa dokumen sah.

Selain itu, katanya, operasi berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang dan semua majikan dinasihatkan supaya tidak membenarkan imigran larangan bekerja di premis masing- masing atau terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

"Majikan boleh berurusan terus ke pejabat Imigresen bagi mengelak dari ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh menimbulkan masalah kepada mereka," katanya.

Sinar Harian

PAS TAMBUN

Posted: 08 Jun 2012 01:06 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 08 Jun 2012 12:27 AM PDT

Sehingga ke hari ini , walaupun sudah diberi amaran oleh Pas kawasan Tambun, pemilik blog ini masih menggunakan alamat http://pasulukinta.blogspot.com, arahan Pas Kawasan Tambun mengarahkan supaya pemilik blog ini tidak mengunakan alamat tersebut berikut artikel-artikel yang mempunyai unsur memfitnah pimpinan Pas Kawasan dan Negeri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan