Isnin, 4 Jun 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Jun 2012 01:28 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Wanita Jepun kumpulan serang tren guna gas ditahan

Posted: 04 Jun 2012 01:24 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

TOKYO - Seorang wanita, ahli kumpulan pemujaan yang mengadakan serangan gas maut pada 1995, berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Jepun semalam.

Naoko Kikuchi, 40, bekas ahli Aum Shirikyo ditahan di Sagamihara, barat Tokyo.

Bagaimanapun pihak polis belum dapat mengesahkan laporan berkenaan.

Kikuchi merupakan seorang ahli daripada dua ahli kumpulan spiritual yang bebas sejak itu.

Dua belas orang maut dalam serangan itu.

Beratus-ratus yang lain cedera apabila mereka melepaskan gas saraf di beberapa gerabak kereta api yang masih beroperasi.

Pada malam sambutan tahun baru lalu, seorang lagi bekas ahli, Makota Hirata menyerah diri kepada polis selepas 17 tahun hidup dalam keadaan pelarian.

Hamper 200 orang ahli disabitkan kesalahan berkaitan serangan ini dan jenayah lain. Tiga belas yang lain masih menunggu hari perbicaraan.

Aum Shirikyo bermula sebagai satu kumpulan spiritual yang mencampur aduk kepercayaan Hindu dan Buddha pada 1980-an tetapi berkembang menjadi kumpulan paranoid yang taksub dengan Harmagedon.

Pemimpin kumpulan itu, Shoko Asahara sedang menunggu untuk dijatuhi hukuman mati.

Sinar Harian

Badminton: Chong Wei mula jalani latihan

Posted: 04 Jun 2012 01:23 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kecederaan yang dialami perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak menghalang beliau daripada menjalani latihan di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei hanya akan mengikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.

"Buat masa ini fokus utama beliau (Chong Wei) adalah pada 'rehab' (proses pemulihan).

"Beliau hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan saja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaan beliau," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan.

Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Beliau yang dijadualkan beraksi di Olimpik London pada Julai, kini menjalani rawatan fisio di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Tinjauan Bernama mendapati jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Beliau berlatih lebih kurang 30 minit bersama Tey sebaik sahaja selesai sesi terapi fisio.

Tey berkata beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak buahnya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN.

"Kita pun tak tahu berapa cepat proses pemulihan beliau. Mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi, bagaimanapun kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawat beliau," katanya. -- Bernama

Sinar Harian

Euro 2012: Croatia miliki 'X factor'

Posted: 04 Jun 2012 01:22 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

SEJAK meraih kemerdekaan 21 tahun lalu, Croatia tidak pernah memenangi sebarang kejohanan utama. Namun, pasukan yang terkenal dengan gelaran The Blazers ini merupakan sebuah unit yang pantas berkembang.

Penyertaan kali pertama Croatia dalam Piala Dunia 1998 juga mengejutkan ramai pihak. Tiada siapa yang menyangka pasukan itu mampu menamatkan kejohanan di tempat ketiga.

Dalam sejarah Euro pula, Croatia pernah dua kali melangkah ke suku akhir iaitu pada 1996 dan 2008. Untuk edisi kali ini, Croatia yang dibimbing Slaven Bilic diundi bersama Itali (Ranking ke-12 dunia), Republik Ireland (18) dan juara bertahan, Sepanyol (1).

Namun Croatia yang menghuni tangga kelapan ranking dunia, dilihat sebagai calon kegemaran mengiringi Sepanyol ke pusingan kedua. Keputusan seri 1-1 ketika menentang Norway awal pagi semalam bukanlah gambaran sebenar kekuatan mereka.

Apa yang pasti Croatia adalah ancaman dalam Kumpulan C.

Sinar Harian

Euro 2012: Skuad Portugal jangan panik

Posted: 04 Jun 2012 01:21 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KETUA Jurulatih Portugal, Paulo Bento mahu pemainnya membina semula keyakinan susulan kekalahan memalukan 1-3 di tangan Turki pada aksi pemanas badan Euro 2012 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Selepas perlawanan berakhir, Bento dihentam teruk peminat kerana kekalahan itu tidak boleh diterima memandangkan Turki bukan salah sebuah pasukan yang bertanding di Euro nanti.

Pada perlawanan itu, Umut Bulut meledak dua gol buat Turki manakala pertahanan Portugal, Pepe menjaringkan gol sendiri bagi memberi kemenangan selesa buat pasukan pelawat.

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Nani. Kapten pasukan, Cristiano Ronaldo pula gagal menyempurnakan penalti "Saya fikir ia keputusan yang tidak adil. Apa pun, pemain harus percaya pada diri sendiri dan jangan cepat berputus asa.

"Kami tidaklah bermain teruk cuma gagal menggunakan peluang terhidang. Itu sahaja," katanya.

Untuk edisi kali ini Portugal diundi dalam Grup B bersama Belanda, Denmark dan Jerman.

Sinar Harian

Pemuda PAS syukur Suwandi, Azman bebas

Posted: 04 Jun 2012 01:18 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Hari ini, Allah telah memenangkan keadilan buat Saudara Suwandi dan Saudara Azman di atas kebatilan tuduhan yang dibuat ke atas diri mereka," tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya melahirkan rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah di atas pembebasan Suwandi Ab Ghani dan Azman Abdul Aziz dalam tuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Suwandi dan Azman merupakan antara mangsa keganasan polis yang berlaku di Batu Burok pada 8 September 2007 yang lalu.

Tragedi berdarah di Batu Burok ini adalah berikutan tembakan peluru hidup daripada pihak polis untuk meleraikan perhimpunan orang awam.

Suwandi dan Azman adalah di antara mangsa yang terkena tembakan peluru hidup oleh pihak polis.

Daripada mendapat keadilan untuk dirinya, kedua-dua mereka telah dituduh oleh pandakwaraya menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis dalam Tragedi Batu Burok pada 8 September 2007.

"Isu keganasan polis ke atas peserta himpunan orang awam bukanlah sesuatu yang baru bahkan mangsanya dibicarakan dan dikenakan tuduhan seolah-olah mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara," ujarnya Nasrudin dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali mengucapkan tahniah buat kedua-dua mereka.

"Semoga kedua pejuang ini akan terus istiqamah di dalam memperjuangkan Islam di bumi Malaysia," ujarnya.

Harakah Daily

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh

Posted: 04 Jun 2012 01:14 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

PERMATANG PAUH: Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa,beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan.

Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan 'Hijau Menuju Putrajaya' yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Harakah Daily

Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH

Posted: 04 Jun 2012 12:53 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menggerakan puluhan ribu peneroka Felda dalam Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan dimuktamadkan pada 28 Jun ini.

Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan.

Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA.

"Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda.

Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat.

"Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.

Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka.

Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik.

"Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan.

"Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau.

Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu.

Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti.

Harakah Daily

Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun?

Posted: 04 Jun 2012 12:52 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mengapa tidak tunggu 10 tahun lagi untuk siar visual himpunan Bersih 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

"Rakyat yang terlibat dalam himpunan tersebut telah siarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan itu seawal hari yang sama, mengapa KDN perlu menanti sehingga lebih dari sebulan untuk menyiarkan rakaman itu?

"Tidak masuk akal jika sebuah kementerian yang mendapat peruntukan begitu besar setiap kali belanjawan negara di bentangkan bertindak begitu lembab sedangkan rakyat yang menyiarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan 28 April itu seawal hari yang sama tidak mendapat apa-apa upah, gaji atau bayaran," katanya.

Mahfuz menyifatkan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian hari ini dan akan dapat dilihat orang ramai mulai esok sebagai sudah terlambat dan amat lucu.

"Kalau rakaman-rakaman yang disediakan oleh KDN itu benar-benar menguntungkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), mengapa tidak siarkan pada hari yang sama?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus mempersoalkan.

Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa rakaman itu kelihatan tergesa-gesa hendak disiarkan selepas tersiar berita bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum selepas himpunan Bersih 3.0 itu?

"Kenapa nampak kelam kabut hendak siarkan selepas diumumkan rating Najib jatuh merudum?

"Adakah kerana kerajaan baru tersedar bahawa rakyat benci tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan kerajaan Najib terhadap mereka yang berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu?" soal beliau.

Mahfuz juga menyuarakan kebimbangannya rakaman yang akan disiarkan itu diedit oleh kementerian Hishammuddin terlebih dahulu untuk menipu rakyat.

"Kita masih ingat selepas Bersih 2.0, polis mendakwa (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan jenis Pajero milik polis sedangkan sebelum itu Mat Sabu membuat laporan polis bahawa beliau dilanggar kenderaan jenis Proton Waja milik polis.

"Seluruh dunia melihat rakaman insiden itu diedit terlebih dahulu dan oleh kerana terlalu ghairah hendak menuduh Mat Sabu berbohong, polis terlupa laporan kepada pihaknya yang dibuat oleh Mat Sabu yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau dilanggar oleh kereta jenis Waja milik polis.

"Ternyata akhirnya polis menjadi bahan ejekan rakyat kerana pembohongan itu," kata beliau.

Mahfuz bagaimanapun yakin, rakaman yang hendak dipertontonkan oleh KDN kepada orang ramai itu akan menjadi bahan ketawa dan persendaan rakyat.

"Rakyat tidak lupa rakaman yang diedit dalam peristiwa Mat Sabu dilanggar Proton Waja polis itu dan saya yakin rakaman KDN mengenai Bersih 3.0 itu juga akan menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat," katanya.

Harakah Daily

Kereta nyaris terjunam bawah jambatan

Posted: 04 Jun 2012 12:50 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta baru tidak sampai setahun digunakan terbakar dalam kemalangan di Jalan Syed Abdul Aziz, berhampiran kompleks beli- belah Mahkota Parade, di sini, pagi semalam.

Kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandu mangsa, Sulaiman Ayem, 48, juga nyaris terjunam ke bawah jambatan setinggi bangunan tiga tingkat selepas terbabas, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu.

Menurut sumber, mangsa yang menetap di Batu 9, Pantai Kundur, Tanjung Kling, dikatakan datang dari arah lampu isyarat persimpangan Eye On Malaysia menghala Melaka Raya memandu seorang diri sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

"Mangsa sebelum itu melanggar sebuah pasu bunga, besi pengadang dan sebuah lagi pasu bunga di kiri jalan jambatan sebelum terbakar.

"Mangsa yang tidak mengalami kecederaan luaran dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Sebuah jentera bersama enam anggota termasuk seorang pegawai diarahkan ke lokasi dan api yang marak dapat dikawal pada jam 9.12 pagi dalam operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Hong Tiong Bee," katanya.

Sinar Harian

Polis tumpaskan tiga sindiket dadah

Posted: 04 Jun 2012 12:49 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah dengan merampas 28.8 kg ganja, 750 gram syabu serta 44,930 biji pil Eramin 5, dalam serbuan berasingan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam kes pertama Khamis lepas, polis menahan empat lelaki dan dua wanita tempatan dan merampas 44,930 biji pil Eramin 5 bernilai RM900,000.

"Dua serbuan dijalankan terhadap dua buah rumah iaitu di Kepong dan Bandar Seri Damansara. Polis dapati enam suspek itu adalah sindiket pengedaran dadah yang dipercayai bergiat aktif di sekitar Lembah Klang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kes kedua pada Rabu lepas, polis menahan seorang wanita warga Togo dipercayai keldai dadah di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Wanita berusia 47 tahun itu ditahan kerana menelan kapsul yang mengandungi dadah jenis syabu ketika pemeriksaan di pintu masuk.

"Sehingga kini wanita terbabit telah mengeluarkan 55 ketulan kapsul dengan anggaran berat keseluruhan 750 gram bernilai RM200,000 dan suspek ditahan di Hospital Serdang kerana masih terdapat baki ketulan kapsul yang belum dikeluarkan," katanya.

Pemeriksaan awal polis mendapati, wanita itu telah memasuki negara sebanyak 11 kali sejak 2008 dan dipercayai mempunyai kaitan dengan raja dadah di Afrika Barat kerana polis menyifatkan wanita berkenaan mempunyai hubungan yang rapat dengan sindiket dadah antarabangsa dari negara berkenaan berdasarkan maklumat interpol.

Noor Rashid berkata bagi kes ketiga, polis menahan dua lelaki tempatan setelah hasil pemeriksaan ke atas beg yang dibawa mendapati terdapat 18 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dalam serbuan yang dijalankan di Dataran Selayang, Batu Caves pada Rabu lepas.

"Susulan tangkapan ini, kita buat serbuan ke sebuah premis di Taman Amaniah, Batu Caves dan menemui tujuh lagi ketulan mampat daun kering menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25 ketulan mampat daun kering seberat 28.8 kg dengan anggaran nilai RM90,000 hingga RM100,000.

Beliau berkata kesemua suspek dalam tiga kes berkenaan berumur 22 hingga 60 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat mengedar dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan. - Bernama

Sinar Harian

Jaringan keselamatan kewangan Palestin dilulus

Posted: 04 Jun 2012 12:46 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

GENTING GAZA - Liga Arab, kelmarin bersetuju memberikan bantuan jaringan keselamatan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika Israel membekukan dana bulanan, kira-kira AS$100 juta (RM320 juta).

Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat berkata, beliau meminta bantuan itu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Inisiatif Keamanan Liga Arab di Doha,Qatar. "Saudara kami di rantau Arab bersetuju membantu Palestin dan saya berharap, ia akan diproses dalam masa terdekat dan mekanisme pelaksanaan ditubuhkan," katanya.

Difahamkan, di bawah perjanjian damai sementara, pihak berkuasa Israel mengenakan cukai dan duti kastam kononnya bagi pihak PA tetapi mereka didakwa mungkir janji dengan membekukan hasil wang yang sepatutnya menjadi milik penduduk Palestin.

Sinar Harian

Pekerja butik nyaris dirempuh kereta terbabas

Posted: 04 Jun 2012 12:43 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Hanya jeritan yang mampu dilahirkan saat berdepan situasi mencemaskan. Itulah yang dilalui seorang pekerja butik yang terselamat daripada menjadi mangsa rempuhan sebuah kereta yang terbabas secara tiba-tiba sebelum melanggar tiga kereta lain dalam satu kejadian di Jalan Sultan Iskandar, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 petang, semalam, pemandu kereta jenis Perodua Alza itu melanggar kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Myvi dan Toyota Estima yang di parkir di hadapan butik yang terletak berhampiran pejabat Utusan Melayu Malaysia Berhad (UMMB) cawangan Perak.

Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga kereta berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Pekerja butik yang dikenali sebagai Chong, 30, berkata, sewaktu kejadian, dia baru sahaja meletakkan kenderaannya sebelum didatangi Perodua Alza yang secara tiba-tiba merempuh kereta Perodua Kenari serta dua kereta lain.

"Kejadian itu berlaku tidak sampai lima minit dan saya hanya mampu menjerit akibat terlalu panik.

"Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat keluar daripada kereta dan terselamat daripada terbabit dalam kejadian yang tidak diingini," katanya yang masih terkejut dengan insiden tersebut.

Dalam perkembangan sama, pemilik butik, Ang Jua Tuan, 39, berkata, dia amat kecewa dan sedih apabila Toyota Estima miliknya yang baru dua bulan dibeli rosak akibat dilanggar kereta berkenaan.

Katanya, dia hanya mampu menjerit ketakutan ketika melihat kereta tersebut merempuh ketiga-tiga kereta yang di parkir di hadapan kedainya.

"Sebenarnya, kejadian kemalangan pada hari ini (semalam) bukanlah yang pertama berlaku kerana sebelum ini empat kenderaan milik kakitangan Utusan juga pernah dirempuh oleh kenderaan lain," katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kemalangan serta anggaran kerugian keseluruhan masih dalam siasatan.

Sinar Harian

Marwijk: The Oranje di landasan terbaik

Posted: 04 Jun 2012 12:42 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

MORAL pasukan Belada kini berada pada tahap tertinggi dalam persediaan menghadapi Euro 2012 menentang Denmark Sabtu ini selepas berjaya membelasah Ireland Utara 6-0 dalam perlawanan persahabatan, awal pagi semalam.

Sedar kedudukan lawan yang berada di kedudukan ke-100 ranking dunia bukanlah lawan sebenar buat The Oranje yang kini berada di tangga ke-4, Bert van Marwijk bagaimanapun tetap gembira dengan perkembangan prestasi pasukannya.

"Kami sudah berada di landasan terbaik. Namun itu tidak bermakna kami sudah berpuas hati kerana Euro masih lagi belum bermula. "Apa yang pasti, kami kini lebih kuat dari segala sudut dan juga lebih mantap berbanding kejohanan Piala Dunia dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, belum lagi menyenaraikan kesebelasan utama yang akan beraksi dalam acara pembukaan saingan kumpul B nanti, Marwijk masih lagi mempertimbangkan keputusan untuk mengamanahkan tanggungjawab mengetuai
jentera pasukan kepada Robin Van Persie terutama selepas penyerang Arsenal itu berjaya menghadiahkan dua gol pada perlawanan tersebut.

Mengulas kecederaan pemainnya, Marwijk tetap mengambil langkah berjaga-jaga. "Meskipun Wesley Sneijder boleh bermain untuk 90 minit perlawanan, namun saya masih perlu berhati-hati berikutan masalah kecederaan groin yang dialaminya.

Begitu juga Ibrahim Afellay yang baru sahaja sembuh daripada kecederaan serius lutut kirinya. "Namun begitu, saya mungkin akan menyenaraikan Rafael van der Vaart dalam perlawanan pertama nanti," katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Del Bosque bimbang ancaman Pirlo

Posted: 04 Jun 2012 12:41 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

SEPANYOL akan menghadapi Itali pada perlawanan pertama Kumpulan C, 10 Jun ini. Menganggap Itali lawan yang sukar, pengendali Sepanyol Vicente del Bosque mengakui terdapat seorang pemain Azzurri yang paling digeruninya.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah tonggak tengah Juventus, Andrea Pirlo. Menurutnya, Pirlo pemain yang berbahaya kerana mempunyai hantaran tepat dan bijak membaca pergerakan lawan.

"Saya bimbang dengan kehadiran Pirlo. Dia pemain yang hebat. Hantarannya tepat malah tendangan percumanya juga berbahaya," katanya.

Sementara itu mengulas keadaan terkini Cesc Fabregas, del Bosque berkata pemain tengah Barcelona itu sempat pulih sepenuhnya sebelum hari perlawanan sebenar berlangsung.

"Doktor pasukan memaklumkan keadaannya positif dan akan pulih tepat pada waktunya," katanya.

Sinar Harian

Euro 2012: Smuda optimis jadi juara

Posted: 04 Jun 2012 12:38 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

TUAN rumah bersama Euro 2012, Poland membina keyakinan tinggi menjelang sepak mula Euro 8 Jun ini selepas menundukkan Andorra 6-0, kelmarin.

Sebelum ini, pasukan kendalian Franciszek Smuda itu diramal berdepan laluan sukar untuk melangkah ke pusingan kedua apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Russia, Republik Czech dan juara 2004, Greece.

Namun, dengan kemenangan terbaru itu Smuda optimis Poland mampu menjadi negara tuan rumah pertama yang menjulang kejuaraan tersebut.

"Kami mempunyai peluang yang baik untuk melangkah sekurang-kurang ke suku akhir atau lebih jauh dari itu. "Bagaimanapun perlawanan pertama (menentang Greece) Jumaat ini penting untuk pemain bagi membuktikan momentum kecemerlangan yang sama dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas kecederaan belakang Lukasz Fabianski yang dialami pada perlawanan menentang Slovakia, Sabtu lalu.

Sinar Harian

Rokok dalam lubang rahsia

Posted: 04 Jun 2012 12:36 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

BESUT – Polis merampas sebanyak 1,560 karton rokok pelbagai jenis dalam satu serbuan di sebuah bengkel tersorok dekat Kampung Mak Sara dekat Jertih kelmarin.

Serbuan jam 12 tengah hari itu membabitkan operasi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut dan Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menyerbu bengkel tersebut yang terletak di lokasi agak tersembunyi bagi menyiasat kes kecurian kereta yang dilaporkan hilang di Pasir Puteh.

Menurutnya, polis telah menjumpai sebuah kereta jenis Audi, disyaki kenderaan curi yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Serbuan itu turut membawa kepada penemuan sejumlah rokok Gudang Garam pelbagai jenis bernilai kira-kira RM50,000 yang disembunyikan di dalam lubang rahsia di kawasan bengkel itu.

"Jumlah tersebut membabitkan sebanyak 920 karton rokok Gudang Garam Menthol, Gudang Garam Merah (560 karton) dan Gudang Garam Premium (80 karton)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di IPD Besut di sini semalam.

Kamaruddin berkata, pemeriksaan lanjut di dalam sebuah lori kecil buruk di depan bengkel itu pula menemui 41 bungkus mercun jenis 'cake'.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun beralamat di bandar Jertih untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan kelmarin, polis turut berjaya menahan seorang suspek kes rogol berusia 27 tahun di Kuala Besut.

Suspek dikehendaki kerana dipercayai merogol seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun pada 21 April lalu.

"Turut dirampas, sebuah kereta Proton Perdana yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kenderaan itu dipercayai kereta curi," katanya.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah serta mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Sinar Harian

Pasukan khas dibentuk siasat kes bayi dibunuh

Posted: 04 Jun 2012 12:35 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

BATU PAHAT - Satu pasukan siasatan khas dibentuk bagi mengesan dalang di sebalik insiden penemuan mayat bayi empat bulan, Lim Xin Yao, di Pusat Rekreasi Tasik Y di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, unit siasatan itu akan dijalankan di bawah kelolaan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

"Sementara itu, pasukan forensik dan unit khas dari Bukit Aman akan tiba petang ini (semalam) bagi membantu menjalankan penyiasatan yang terperinci bersama polis Johor.

"Suspek yang juga pengasuh berusia 43 tahun itu kini dalam tahanan reman sehingga 8 Jun bagi membantu siasatan," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, sehingga kini, pihaknya sudah merakam 13 percakapan berhubung kejadian tragis ini, malah menemui beberapa barang seperti bantal, tuala dan selimut yang dipercayai ada kaitan dengan dengan kes terbabit.

Difahamkan, unit khas yang ditubuhkan akan bekerjasama dengan pihak hospital bagi mengesan sama ada wujud masalah psikologi dan kesihatan pada suspek atau tidak.

Ketika ditanya berhubung dua lagi kes yang didakwa mempunyai kaitan dengan suspek berdasarkan laporan polis pada 2010 dan 2011, Mohd Mokhtar berkata, kertas siasatan masih dibuka.

"Keazaman kita (polis) kuat untuk menyelesaikan kes ini, sekali gus melengkapkan kertas siasatan.

"Kami akan memastikan dalang di sebalik insiden ini dibawa ke muka pengadilan dan mereka yang punyai maklumat berhubung kes terbabit diminta menghubungi pihak polis," katanya ketika membuat kunjungan takziah di kediaman mangsa di Taman Banang Jaya di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang bersama pegawai kanan IPD Batu Pahat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bayi malang terbabit ditemui di bawah rimbunan pokok Pusat Rekreasi Tasik Y kira-kira jam 7 petang oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan kejadian.

Penemuan itu sekali gus memberi jawapan kepada kebimbangan sepasang suami isteri berhubung kehilangan bayi mereka yang ketika itu dalam jagaan pengasuhnya.

Sinar Harian

Risau dimarahi bapa, kanak-kanak nyaris temui ajal

Posted: 04 Jun 2012 12:30 AM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun nyaris maut akibat dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja ketika berada di satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Selasih kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Saksi di tempat kejadian berkata, remaja remaja berusia 19 tahun itu menunggang motosikal dengan laju ketika masuk ke selekoh di mana kenduri perkahwinan itu diadakan.

Menurutnya, penduduk sudah beberapa kali menasihatkan remaja terlibat supaya memperlahankan motosikalnya apabila masuk ke kawasan taman perumahan kerana ramai kanak-kanak bermain terutama pada waktu petang.

"Dia (remaja terlibat) memang tunggang motor dengan laju. Apabila dia masuk ke selekoh dia tak sempat membrek lalu merempuh seorang kanak-kanak dan terbabas ke meja tetamu. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan­ di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan.

"Remaja itu cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditahan orang awam yang berada di majlis perkahwinan itu sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

Remaja terlibat ketika ditemui di Balai Polis Taman Selasih berkata, dia baru selesai bermain bola keranjang bersama beberapa orang rakan.

Katanya, bapanya menghubunginya melalui telefon bimbit dan mengarahkan pulang awal ke rumah.

"Bapa telefon, jadi saya nak balik cepat, kalau tidak nanti bapa marah. Apabila melalui selekoh itu, tiba-tiba budak perempuan itu muncul.

"Saya tak sempat elak dan terus langgar dia. Saya takut orang pukul sebab itu saya nak lari," katanya.

Sementara itu, waris remaja berkenaan yang kemudiannya datang ke rumah kenduri kahwin itu meminta penjelasan mengapa anaknya dipukul.

Tidak berpuas hati dengan tindakan diambil orang awam terhadap anaknya, ibu remaja terlibat turut membuat laporan­ di Balai Polis Kulim.

Sinar Harian

Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno

Posted: 03 Jun 2012 11:35 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja untuk perjuangan Islam," tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka.

Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul.

Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini.

"Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk seperti mereka juga.

"Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang.

"Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini," ujarnya.

Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai projek RM100,000 mereka belanja RM500,000.

Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat.

Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya".

Harakah Daily

Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda

Posted: 03 Jun 2012 11:34 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: "Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan.

"Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).

Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri.

Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama.

"Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan," katanya di sini.

Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang.

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri.

Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat.

"Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina," ujarnya.

Harakah Daily

Keputusan Kes Batu Burok: Azman dan Suwandi tak bersalah

Posted: 03 Jun 2012 11:33 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini membebas dan melepaskan mangsa tragedi tembakan polis di Batu Burok yang berlaku pada 8 September 2007, lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Azman Aziz, 26, dan Suwandi Ab. Ghani, 43, dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah setelah pihak peguam belanya berjaya mewujudkan keraguan dalam perbicaraan tersebut.

Selain Azman dan Suwandi, dua lagi tertuduh di bawah Sesyen 27(5)(a) Akta Polis iaitu Hisham Aziz@Abdul, 43, dan A.Rahman Abdullah, 67, turut dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Mereka diwakili Tetuan Aziz & Co.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim membaca keputusan perbicaraan tersebut pada jam 10.15 pagi serta disambut dengan laungan takbir para hadirin.

"Hari ini mahkamah memutuskan kamu, Muhammad Azman Aziz dan Suwandi Ab.Ghani yang didakwa di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibebas dan dilepaskan setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan.

"Mahkamah juga membebaskan Hisham Aziz@Abdul dan A.Rahman Abdullah yang dituduh di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis," ujarnya ketika mengumumkan keputusan tersebut.

Sebelum ini, Suwandi dan Azman dituduh bersama 18 orang yang lain pada 8 September 2007, jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud kerana menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Polis yang bertugas ketika menyurai perhimpunan tersebut iaitu Wan Aziz Wan Omar (RF143706) telah melepaskan tembakan peluru hidup hingga hampir meragut nyawa Suwandi dan Azman.

Mereka berdua dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan pembedahan bagi mengeluarkan peluru hidup dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Harakahdaily difahamkan, seramai 350 anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan bagi mengawal keadaan dengan melepaskan gas pemedih mata serta tembakan meriam air terhadap orang awam.

Ketua Polis Terengganu ketika itu, Datuk Ayub Yaakob telah menahan reman seramai 23 orang yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Hadir sama memberi sokongan moral, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Pemuda PAS Marang, Mohammad Khalil Abdul Hadi bersama lebih 50 orang ahli keluarga dan orang ramai.

[Berita penuh dalam Harakah edisi Jumaat ini]

Harakah Daily

Keperluan asas guru pedalaman masih daif

Posted: 03 Jun 2012 11:31 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

MIRI: Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pedalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.

Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee berkata, masih banyak lagi sekolah di pedalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.

Menurutnya, walaupun guru pedalaman dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pedalaman.

Malah katanya, para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar," katanya.

"Para guru tidak mengharapkan rumah batu yang mewah, tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama." katanya.

Di antara sekolah-sekolah di pedalaman yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana guru adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan.

"Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya ke atas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pedalaman ini.

"Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," tegasnya.

Harakah Daily

Kenapa kerajaan tergesa-gesa jual saham FGVH

Posted: 03 Jun 2012 11:26 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

Apakah sebabnya kerajaan terdesak dan tergesa-gesa menjual sahamnya dalam syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) untuk mendapatkan wang sebanyak RM5.5 bilion?

Semasa pelancaran prospektus FGVH pada 31 Mei 2012, Perdana Menteri berkata bahawa penyenaraian FGVH akan melonjakkan FGVH untuk menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia. Penawaran saham FGVH akan mengumpul sebanyak RM9.96 bilion.

Akan tetapi, jika FGVH benar-benar akan "melonjak" menjdai sebuah syarikat bertaraf dunia, apakah sebabnya kerajaan bertindak untuk menjual kepentingan dan sahamnya secara besar-besaran?

Daripada RM9.96 bilion dana yang akan dikumpul, hanya 40% daripada wang tersebut akan ditujukan kepada FGVH untuk matlamat pelaburan dan operasi.

Prospektus syarikat berkata 87.7% daripada dana tersebut akan digunakan untuk pelaburan aset ladang yang baru, membeli kelengkapan dan perniagaan kilang pembuatan minyak dan lemak, dan juga untuk penaiktarafan aset-aset yang sedia ada.

Sebaliknya, baki 60% daripada wang yang terkumpul daripada penyenaraian FGVH adalah milik kerajaan melalui penjualan saham yang dimilik oleh FELDA. Jumlah yang akan dikumpul kerajaan adalah melebihi jumlah yang diperuntukkan kepada syarikat FGVH, iaitu RM5.5 bilion.

Apakah sebab kerajaan memerlukan RM5.5 bilion daripada penjualan saham FGVH milik FELDA tidak dinyatakan dalam prospektus.

Kita hanya mengetahui melalui media bahawa RM1.69 bilion telah diperuntukkan untuk memberi bayaran "durian runtuh" RM15,000 kepada setiap keluarga FELDA yang akan memakan perbelanjaan sebanyak RM1.69 bilion.

Hakikatnya, kerajaan bertujuan untuk menjual begitu banyak sahamnya sehingga pemilikan kerajaan dalam syarikat FGVH akan dikurangkan dari 100% kepada 40% sahaja.

Jika perbandingan dibuat dengan penyenaraian Facebook baru-baru ini, pihak pengusaha dan pelabur asal Facebook hanya menjual sebanyak 25% daripada pemilikan mereka dalam syarikat tersebut. Akan tetapi, kerajaan bertindak secara bermisteri, dengan pengurangan pemilikan saham dalam FGVH sebanyak 60%.

Tindakan kerajaan menimbulkan soalan yang penting - jika FGVH benar-benar akan berubah menjadi syarikat global yang amat beruntung, apa sebabnya kerajaan tergesa-gesa menjual begitu banyak sahamnya?

Jika kata-kata Dato' Seri Najib Razak adalah tepat dan benar, bukankan ianya lebih wajar jika kerajaan terus memegang saham FGVH selama mungkin untuk mendapat pulangan yang lebih lumayan?

Apatah lagi, kerajaan telah memilih masa yang kurang sesuai untuk menjual sahamnya kerana suasana pasaran pelaburan adalah amat negatif sekarang dan kerajaan tidak akan mendapat nilai yang paling tinggi untuk sahammya.

Langkah yang begitu terdesak, disamping dengan penambahan keuntungan FGVH dengan pendapatan melebihi RM500 juta yang sepatutnya hasil kepada Koperasi Permodalan Felda (KPF) setiap tahun, membina keraguan bahawa ada udang disebalik batu.

Atas sebab jumlah wang RM5.5 bilion yang teramat besar dan kepentingan 112,635 peneroka Felda, kami menyeru supaya kerajaan akan secara telus dan akauntabel menjawab isu-isu membangkitkan rasa kecurigaan terhadap niat kerajaan dalam penyenaraian FGVH.

Harakah Daily

Kesian Pak Lah, dituduh punca Umno lemah

Posted: 03 Jun 2012 11:24 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa simpati kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terus menjadi sasaran kritikan dan dipersalahkan oleh pemimpin Umno termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam suatu kenyataannya menyalahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penyebab Umno lemah di bawah pemerintahan beliau.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, Tun Dr Mahathir sebenarnya masih tidak berpijak di bumi nyata kerana sukar menerima kenyataan bahawa partinya sudah tidak popular lagi.

Malah sebaliknya kata Riduan, Tun menyalahkan pula pihak lain sebagai penyebab parti beliau lemah.

"Beliau sepatutnya sedar bahawa rakyat sudah muak dengan Umno-BN yang sudah memerintah terlalu lama di negara ini dan melakukan terlalu banyak kepincangan dalam negara ini.

"Rakyat sebenarnya tidak hirau siapa yang berkuasa, sama ada Tun Abdullah mahupun Datuk Seri Najib. Semua pemimpin Umno adalah sama di mata rakyat – bahawa rasuah, penyelewengan kuasa, bersikap zalim dan memboros sudah sebati dalam kehidupan mereka," katanya.

Beliau mempersoal, jika era pemerintahan Datuk Seri Najib kedudukan Umno menjadi lebih baik, mengapa sokongan rakyat terhadap beliau tetap merudum, malah rasuah semakin parah di zaman Najib.

Ianya termasuk kes rasuah projek lembu nasional (NFC) yang melibatkan beratus juta ringgit sehingga Datuk Seri Shahrizat Jalil tersingkir.

Malah belum pernah dalam sejarah negara katanya, seorang Perdana Menteri Malaysia yang dituduh dan didakwa di mahkamah Perancis kerana terlibat dengan rasuah komisyen pembelian kapal selam Scorpene sebanyak USD1 bilion.

"Sebaiknya Tun Dr Mahathir sedar diri bahawa Umno sudah tidak relevan di zaman ini.

"Bukankah Tun Mahathir juga pernah menyebut bahawa 'Umno sudah busuk sehingga ke ususnya'," katanya melemparkan soalan kepada Tun.

Harakah Daily

Penipuan besar-besaran dalam PRU-13?

Posted: 03 Jun 2012 07:39 PM PDT

14 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"(Timbala Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

"Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau.

Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya.

Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu.

Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya.

Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar.

PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh.

Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya.

"Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya.

"Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih.

"Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu.

Harakah Daily

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Jun 2012 09:18 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Posted: 03 Jun 2012 07:56 PM PDT


Tarikh : 4 Jun 2012, Isnin
Masa : 7.40 mlm, Selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Imam serta Khatib : Al Fadhil Ustaz Hj Khairuzzaman bin Mohd Yusof

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 03 Jun 2012 07:25 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Guru Di Pedalaman Sarawak Terpinggir

Posted: 03 Jun 2012 06:52 PM PDT

Keperluan Asas Guru Di Pedalaman Sarawak Diabaikan
Guru merupakan aset atau tenaga pengajar yang amat berharga untuk membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.


Masalah atau nasib para guru yang mengajar di pedalaman Sarawak seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan, agar mereka tidak terbiar tanpa sebarang pembelaan.

Kita dapati masih banyak lagi sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang masih tiada kemudahan asas seperti bekalan air bersih, eletrik dan juga jalan perhubungan yang baik untuk kemudahan para guru berurusan dengan pihak pentadbiran atau membeli barang keperluan di bandar.

Walaupun mereka dibayar dengan gaji tambahan, tetapi kemudahan asas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal jauh di pedalaman. Para guru terpaksa membayar lebih mahal, disebabkan kos pengangkutan untuk ke bandar terlalu tinggi dibandingkan dengan mereka yang mengajar di bandar.

"Mereka tidak mengharapkan rumah batu yang mewah,tidak mengharapkan lampu neon bergemerlapan atau air yang ditapis sehingga tujuh tapisan tetapi mereka perlukan perhatian untuk kelangsungan hidup, mendidik supaya insan-insan yang dididik lebih berkualiti dapat dilahirkan untuk negara, bangsa dan agama." begitulah keluhan para guru yang mengajar di pedalaman.

Kita juga dapati diantara sekolah-sekolah di pedalaman yang masih belum mendapat kemudahan asas sepenuhnya seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Laong dimana para guru terpaksa tinggal dalam keadaan daif dan segala kemudahan asas yang pernah dijanjikan dahulu belum lagi ditunaikan sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan.

Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dan pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesaikan dan segera mengambil tindakan sewajarnya keatas masalah yang dihadapi oleh para guru yang tinggal di pedalaman ini.

Jangan biarkan kehidupan para pendidik dan juga penduduk diluar bandar dipinggirkan dari arus pembangunan. Sebagai sebuah kerajaan seharusnya perkara ini perlu diberi perhatian dan keutamaan yang sewajarnya, kerana mereka ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat memerlukan infrastuktur dan pembangunan. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Teacher Basic needs in rural Sarawak ignored

Teachers or trainers are a valuable asset that precious for guiding students to become useful in the future.

Problems or the fate of teachers who teach in rural Sarawak should be given due attention by the parties concerned, so they are not left behind without any protection.

We find that there are still many rural schools in Sarawak is still no basic facilities like clean water, electricity and good roads for the convenience of the teachers deal with the administration or buy essentials in the city.

Although they are paid an additional salary, but the basic facilities much needed by those who live far inland. The teacher had to pay more, because the cost of transport to the city is too high compared with those who teaching in the city.

"They do not expect luxury concrete house, do not expect sparkling neon lights or filtered water for up to seven filtering, but they need attention for survival, so that educated human being taught with more quality could be born for the nation and religion." That is grievances of teachers who teaching in remote areas.

We also found that among the schools in rural that have not achieved full basic facilities such as the Sekolah Kebangsaan (SK) Manok, SK Sungai Kelabit and SK Sungai Laong where the teachers had to live in poor conditions, where all the basic facilities that had previously promised still not fulfilled by the parties concerned.

We urge the ministry of education and relevant parties to help resolve and immediately take appropriate action on the problems faced by teachers who live in these remote areas.

Do not let the life of the educators and the rural population marginalized from mainstream development. As a government, this should be given due attention and priority, because they are part of the Malaysian citizens in dire need of infrastructure and development. Be fair to all regardless of race, religion and political belief.

Dupahang's Weblog

Posted: 03 Jun 2012 11:32 AM PDT

Dupahang's Weblog


Fathul Bari Enggan Berdebat, Beri Syarat

Posted: 03 Jun 2012 12:38 AM PDT

Berita asal: Antarapos.com SHAH ALAM: Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) hari ini menyatakan kesediaannya mengambil bahagian dalam debat anjuran Pemuda PAS Gombak jika ia disertai oleh pucuk pimpinan parti itu. Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya juga berkata topik perbahasan, PAS vs Umno: Siapa Sesat yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak [...]

Gambar berbicara

Posted: 03 Jun 2012 12:23 AM PDT

Peserta ‘Himpunan HIJAU’ yang diadakan di Stadium Darul Aman. Datang secara sukarela, sebab tu tak ramai yang datang.   Himpunan Ulangtahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil. Datang dengan beimbuhan sebab tu ramai peserta.

Himpunan Hijau memperkukuhkan azam Pas untuk ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 08:21 PM PDT

ALOR SETAR (1.6.12): Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya mengumpulkan kehadiran yang melebihi 100,000 orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda sokongan ahli-ahli dan penyokong Pas yang seakan tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya bagi merealisasikan impian Pas menegakkan syiar Islam dibumi Malaysia. Orang ramai yang hadir [...]

Xpresi Hijau Anak Muda: Ustaz Azhar Idrus pemangkin tarikan anak muda kepada ulama

Posted: 02 Jun 2012 07:59 PM PDT

http://ajijoi.blogspot.com/ ALOR SETAR Ustaz Azhar Idrus, satu nama yang menjadi fenomena dan kegilaan kepada muda mudi untuk kembali mendekati kuliah agama, mahupun melalui videonya di laman youtube ataupun siri-siri ceramah beliau yang diadakan di serata tempat di seluruh negara. Ustaz yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ ini bagaikan satu magnet besar yang berkuasa untuk menarik [...]

Ramai bengang RM10 juta untuk Himpunan Belia

Posted: 02 Jun 2012 07:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini. Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang [...]

Pelakon, Mustapha Kamal menyantuni Tok Guru Nik Aziz

Posted: 02 Jun 2012 05:49 PM PDT

TERKINI : Lagi Artis Mesra PAS… Pelakon, Mustapha Kamal menyantuni Tok Guru Nik Aziz di Majlis Dialog Anak Kelantan Di Perantauan kelmarin…

Akhbar Cina Lapor 100 Ribu Hadir Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 05:47 PM PDT

Tulisan Di Gambar Atas : Malam “Hijau Ke Putrajaya” mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia.  Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem. Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana [...]

Tan Sri Abdul Kadir – Sujud dan Solat Pertama Kali Di Stadium Darul Aman

Posted: 02 Jun 2012 05:37 PM PDT

Gambar Solat Munajat Pertama Kali Di Stadium Darul Aman dan Laungan Azan Bergema Di sini Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awnag Sedang Berbual dengan Tuan Guru Ustaz Saleh Sik sementara Tan Sri Abdul Kadir Memerhati sahaja. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awnag Sedang Berbual dengan Tuan Guru Ustaz Saleh Sik sementara Tan Sri Abdul Kadir [...]

100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah

Posted: 02 Jun 2012 05:34 PM PDT

Gambaran awal di salah satu sudut stadium, orang ramai masih kurang. Stadium sudah penuh sesak dipadang dan juga di tempat duduk. Semua ruang dan arah penuh. Ramainya hingga tidak terhitung. Mahfuz Omar yang jadi pengarah himpunan tertegun. Mohamad Sabu, Azizan Razak, Abdul Hadi dan lain-lain di pentas utama. Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu juga tertegun [...]

SB Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 05:32 PM PDT

Lihat gelagat 4 orang SB upahan Umno semasa di Himpunan Hijau ke Putrajaya yang Addin sempat rakamkan. Walaupun apapun penyamarannya penyokong Pas masih dapat mengenali pencacai nih.

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Jun 2012 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


Exco Kanan Kerajaan Perak tak ada Maruah?

Posted: 02 Jun 2012 09:19 PM PDT


Apa maruah seorang Dato' Hamidah Osman, seorang Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia mengganggu program PAS terutama di Dun Sungai Rapat iaitu dun kawasannya.. Sepatutnya pembangkang ikut kerajaan.. Tapi udah terbalik plak kat Perak ni..

Lebih lucu lagi setiap ceramah mesti tidak kurang 2 kali naik pentas.. Tak malu ke? Apa maruah kamu sebagai seorang Exco? dah macam tak ada adab naik pentas banyak kali.. Hahaha..

Udah le yang datang tu kamu angkut dari mana entah.. sogok dengan kueytiaw goreng dan air kelapa kepada mak cik mak cik tu...


Baru-baru ini Midah juga udah jatuhkan martabat seorang artis yang juga penjual gelang yang berjaya iaitu AC Mizal.. Selalunya di buat persembahan dihadapan ribuan hadiri... tetapi baru-baru ni Midah ajak dia ceramah di hadapan ratusan bangku.. Hahaha..

Udah2 le.. pastu kata aku tipu.. Kata aku tangkap gmbo takda orang sebabnya baru start 10 minit.. Usah le nipu Kak oii.. Orang tak bodoh..


Dengo cerita ceramah Aishah Rabu ni Midah akan kaco juga.. Khabarnya nak buat majlis pecah tanah.. majlis pecah tanah malam-malam buta? HAHAHAHA.. Tengin? Meroyan?

Fikir-fikirkan..

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 03 Jun 2012 11:26 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Program Dialog Anak Kelantan diPerantauan yg diadakan di Hotel Putra KL

Posted: 02 Jun 2012 10:09 PM PDT












Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang

Posted: 02 Jun 2012 09:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.


Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.


(Seorang ibu mengajar bayinya menderma untuk pembinaan lebuh raya rakyat)

Sementara itu, ketika memberi ucapan Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan konsep yang dibawakan dalam pembinaan lebuhraya ini adalah melalui konsep menderma untuk kebaikan.

"Apa yang kita ingin lakukan adalah melalui konsep menderma dan derma ini adalah untuk kebaikan.

"Setiap apa yang kita lakukan mestilah memilih syurga dipenghujungnya, hanya orang yang tidak berakal menolak syurga dalam setiap apa yang mereka lakukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa memberitahu, memang peringkat awal beliau ada kebimbangan berhubung soal kewangan untuk menjayakan projek lebuhraya itu.

"Pada mulanya saya ingat duit yang menjadi masalah utama tetapi apabila kita telah laksanakannya segalanya menjadi mudah dan duit bukannya masalah utama.

"Kuasa kerajaan negeri yang lebih kuat dalam pembinaan lebuhraya iaitu dalam urusan pemgambilan tanah dan sebagainya, kerajaan negeri membenarkan kita mengambil segala hasil bumi ini seperti pasir mahu pun batu bagi kegunaan pembinaan lebuhraya tersebut jadi segala urusan itu dapat kita laksanakan,' jelasnya.

Tambah beliau lagi, sumbangan derma yang diperolehi akan diumumkan jumlah kutipannya setiap hari bagi menunjukkan ketelusan kerajaan negeri dalam memastikan ia tidak menjadi isu kepada pihak lain.

"Kita akan umumkan jumlah sumbangan yang kita perolahi dan untuk makluman sumbangan ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya sahaja dan ia tidak termasuk untuk urusan-urusan operasi syarikat," katanya.

Menurut beliau lagi, sebuah syarikat dari Iran telah bersetuju untuk membekalkan minyak tar dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan harga di dalam negara ini.

Suasana Himpunan Hijau ke Putrajaya, Stadium Darul Aman

Posted: 02 Jun 2012 09:55 PM PDT


Jalan ke Putrajaya berliku tapi tidak mustahil

Posted: 02 Jun 2012 09:53 PM PDT


TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan jalan untuk membawa perubahan di Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk membangun masyarakat dan Negara yang berasaskan keredhaan Allah.
 
Menjadi suatu keanihan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan Allah bahawa Allah memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki.

Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan agama Allah sekalipun.

Benar peringatan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dalam amanatnya di Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam.

Pra syarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan Allah.

Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi setiap pejuang agamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada Allah akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam.

Adapun persoalan strategi dan taktik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan Allah memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan.

Inilah intisari dari tuntutan Allah agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh.

Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelosok negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam.

Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu.

Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit dipadang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang.

Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung disebalik justifikasi program agensi kerajaan.

Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU 13 sebagai "Ibu segala Pilihanraya".

Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang samarata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi.

Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika Allah sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba , kebatilan pasti akan hancur.

Antara harapan dan yakin kepada Allah  dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung.

Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah.

Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada di tangan rakyat sudah tiba.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras.

Program Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya Sebelah Malam

Posted: 02 Jun 2012 09:51 PM PDT

















Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang

Posted: 02 Jun 2012 09:44 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.

Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.

"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.

"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.

Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.

"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu,  saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.

"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi.

Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 09:38 PM PDT














Hubungan dengan Allah, syarat menang Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 09:30 PM PDT


ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.

Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.


(Pemimpin utama PAS di atas pentas malam tadi)


Kemenangan juga katanya, tidak akan datang dengan percuma dan memerlukan ahli PAS untuk turun ke medan melaksanakan tugasan berdepan dengan golongan yang memerangi Islam.

Namun katanya, Himpunan Hijau ke Putrajaya yang dianjurkan PAS malam ini adalah sebagai usaha awal untuk mencapai kemenangan tersebut.

"Malam ini kita melihat tanda kemenangan. Himpunan diisi dengan solat hajat memohon pertolongan Allah.

"Berbeza dengan (himpunan) pihak satu yang diisi dengan perkara yang melalaikan," katanya dipercayai merujuk kepada Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan Umno BN.

Himpunan anjuran Umno BN minggu lalu itu turut diisi dengan persembahan tarian K-Pop artis korea dan kumpulan penari seksi dari Jepun sehingga mendapat respon negatif dari rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengingatkan semua ahli PAS berkerja bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihan raya umum nanti.

"Jangan jadi orang yang tidak mengerti iaitu pertama orang yang anggap kita tak boleh menang sampai bila-bila, dan kedua orang yang nak menang cepat," tegasnya.

Amanat Khas Presiden : Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 09:27 PM PDT















Himpunan Hijau resahkan Najib

Posted: 02 Jun 2012 09:11 PM PDT

ALOR SETAR: Kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung seharian di sini semalam sekali lagi menambah kerisauan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan pilihan raya.
 AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata kejayaan PAS menghimpunan ratusan ribu rakyat khususnya anak muda tanpa ada sebarang konsert melalaikan sudah tentu memberi tekanan kepada Najib.

"Himpunan ini berjaya membangkitkan semangat petugas dan menggerunkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadapi PRU 13.

"Lagi lama Datuk Seri Najib tidak mengumumkan pembubaran Parlimen, lagi banyak himpunan seperti ini dapat kita lakukan untuk membangkitkan semangat jentera pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, semua kita maklum bahawa membangkitkan semangat dan membentuk persepsi adalah perlu selain daripada peranan jentera parti.

Himpunan Hijau Ke Puterajaya menurutnya bukan sahaja berjaya mengumpul ramai orang, malah matlamat dan sasaran tercapai.

Semua ruang stadium ujarnya padat dan beribu orang di luar stadium terpaksa melihat skrin besar kerana di dalam penuh sesak.

Lebih menarik kata Ustaz Idris, mereka yang datang dengan ikhlas tanpa mengharap balas di mana 70 peratus kehadiran adalah orang muda, mereka datang walaupun tanpa dihidang dengan program K-Pop seperti program Himpunan Jutaan Belia di Puterajaya.

Pak Samad Said pula mendeklamasi sajak khas untuk anak muda, kerana mereka adalah benteng negara untuk melakar politik masa depan.

"Walaupun ada bloger Umno kata hanya 10,000 sahaja. Memang sudah dijangka kerana mereka mengalami penyakit "terencat bilang".

"Biarkan Najib lambat umum tarikh, kita akan asak dengan Himpunan Hijau di seluruh negara," katanya.

Roadshow Xpresi Hijau Anak Muda ke seluruh negara

Posted: 02 Jun 2012 09:10 PM PDT

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS akan meneruskan roadshow Xpresi Hijau Anak Muda yang dilancar di Stadium Darul Aman semalam ke seluruh negara.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata roadshow tersebut akan diadakan sepanjang dua bulan ini sehingga pertengahan Julai akan datang.

Bermula dari Kedah, mereka akan ke Perlis dan kemudian akan ke Johor pada 16 Jun ini.

Mengikutinya Pahang pada 17 Jun, Pulau Pinang 23, Perak 24 dan Terengganu 30 haribulan.

Untuk Julai pula, program akan dimulakan di Kelantan pada 1 haribulan kemudian Melaka 7, Selangor 14 dan Negeri Sembilan pada 15 haribulan.

Menurut Nasruddin, tarikh untuk program tersebut di Sabah dan Sarawak akan diumum pihaknya kemudian.

Kesemua tarikh-tarikh tersebut turut diumumkannya sewaktu menyampaikan pidato khas Ketua Pemuda di Stadium Darul Aman petang semalam sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.

Xpresi Hijau Anak Muda semalam bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.

Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan

Posted: 02 Jun 2012 09:09 PM PDT


ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.

Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.

Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.

Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.

"baju macam tadika PASTI bEStari," kata Rosnain Romli di Facebook.

Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.

Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda  seperti cerita Upin Ipin.

"Mesti ramai yg suka," kata beliau.

Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.

"blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT," tulis beliau.

Bekas KSU Tanah dan Koperasi sertai PAS

Posted: 02 Jun 2012 09:08 PM PDT


(Datuk  Profesor Dr Nik Zain pengibar bendera PAS yang terbaru)

ALOR SETAR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.

Penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13.

Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

Sebelum ini, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Kedua-dua mereka berjanji akan menghabiskan sisa umur mereka untuk perjuangan Islam.

Genggam warna ini ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 09:07 PM PDT



(Nasrudin berucap kepada peserta perhimpunan ketika hujan renyai-renyai)

ALOR SETAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi mengajak seluruh ahli PAS supaya genggamkan bendera hijau dan tunjukan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa warna ini akan menyuluh jalan ke Putrajaya bersama dengan Pakatan Rakyat.

Perbuatan itu bukan untuk mengatakan keangkuhan sebaliknya ingin membuktikan kepada masyarakat awam bahawa PAS bukan bercakap kosong untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan.

Ujarnya lagi, keupayaan PAS nyata terbukti dengan kesungguhan para pemimpinya yang inginkan kuasa bagi mengembangkan peranan dakwah yang selama ini dipandang kecil oleh Umno yang kononya parti melayu Islam terbesar di dunia.


(Nasrudin yang tiba dengan membonceng superbike dari Masjid Perwaja, Gurun)

"Tunjukan kepada rakyat dan Umno serta BN bahawa warna ini akan bersama mendaki Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak.  Masa untuk Umno menunjukan taring tiada lagi, " jelasnya ketika berucap sempena pentas pemuda di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Jelas beliau lagi, kata-kata ini adalah laungan terakhir sebelum memecut ke garisan kemenangan.  Biar apapun halangan yang ada warna hijau tetap melanda kerana cahaya yang menanti adalah cahaya kebenaran.

"Jangan pandang kanan atau kiri, tetapi halakan fokus terus ke arah sasaran kerana kerja berfokus merupakan bola yang boleh menyumbat ke gol.

"Usah bercakap soal remeh atau bercakaran berkaitan persoalan yang kecil yang akhirnya boleh melemahkan ikatan perpaduan yang kita jalingkan.  Biarkan Umno melaungkan irama yang merosakan partinya bersendirian kita jangan sekali-kali menyahut kerana sahutan kita bermakna kemenangan bagi Umno dan BN, " katanya di hadapan puluhan ribu orang hadirin yang berada di padang yang berair.

(Ustaz Azhar ceramah menjadi acara kemuncak petang semalam)

Ahli PAS dan penyokong tegar pastikan mahukan nama PAS bergema di dunia global maka kerja yang penting ialah usaha memenangkan kerusi PAS yang ditandingi serta Dewan Undangan Negeri (Dun) yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Kedatangan ahli tanpa di upah dengan wang ringgit di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya pada 1 Jun 2012 adalah sejarah untuk membuktikan kesungguhan PAS untuk berkuasa di Malaysia.

Anak muda hari ini terutamanya masyarakat bukan Islam tidak lagi gerun dengan PAS yang dulunya dianggap parti pelampau dan perkauman.  Tetapi, kini semua tanpa batasan perkauman tidak lagi bimbang dengan kemunculan PAS sebagai parti yang mampu mengetuai pergerakan ke Putrajaya.

"Mereka telah tahu keindahan Islam yang ditunjukan oleh PAS maka tidak hairanlah bergondong-gondong mereka menyertai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.  Apa yang diusikan oleh Umno dan BN dulunya dianggap satu penipuan, " tegasnya lantang.

Turut berucap di majlis berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaludin, bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Dr Mariah Mahmud yang
mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat.

(Maskot Pasti, Hadi dan Huda menarik perhatian)


Sebelum itu beliau diarak ke stadium dengan konvoi 200 motosikal dari Masjid Perwaja Gurun.

Bob Lokman turut memeriahkan suasana di ketika stadium berhujan. Turut berucap adalah Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abdub Nik Aziz dan Naib Ketua, Raja Ahmad AlHiss.

Kedatangan maskot Pasti Hadi dan Huda menarik perhatian ramai di samping pelancaran buku Siapa Sesat yang ditulis Ketua Pemuda PAS Marang, Khalil Abdul Hadi juga mendapat perhatian sepanjang Expresi Anak Muda ini.

Namun kemuncak perhimpunan adalah ceramah oleh ustaz selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang hampir memenuhkan stadium ini jika tidak hujan.

Himpunan Hijau penuh gaya menuju Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 09:06 PM PDT



(Pandangan penuh dalam Stadium Darul Aman malam tadi)

ALOR SETAR: PAS melancarkan kempen menuju Putrajaya malam ini dengan penuh bergaya apabila Himpunan Hijau ke Putrajaya berjalan dengan meriah dan  penuh warna warni.

Himpunan malam ini berjalan ala pesta-pestaan apabila segala bunyi-bunyian dari serunai di samping bendera PAS sentiasa sahaja berkibar memenuhi stadium.

(Mengibarkan bendera satu pendekatan baru dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS)


Ia sangat hidup dan merupakan sejarah baru yang dicipta PAS apabila majlis yang dikendalikan oleh Datuk Mahfuz Omar berjalan dengan penuh  jayanya.

Kalau selama ini takbir yang bergema di dalam majlis-majlis PAS tetapi kali ini takbir bergema dengan diiringi serunai dan kibaran bendera PAS, Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri yang memenuhi stadium Darul Aman.


(Datuk Mahfuz yang mengendalikan majlis malam tadi menjadikan acara ini penuh happening)



Keceriaan jelas terbayang kepada semua yang hadir hatta Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sentiasa tersenyum sepanjang majlis ini.

Pendek kata, jika himpunan ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada ahli dan penyokong PAS, Himpunan Hijau ini benar-benar mempersiapkan mereka untuk ke Putrajaya.

Baiah atau ikrar yang dipimpin oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan penolongnya, Datuk Takiyudin Hasan benar-benar meresap ke dalam jiwa para peserta perhimpunan ini.

Hampir semua yang hadir berdiri dengan megah dan sama-sama melaungkan ikrar yang dilafazkan Mustafa dengan bantuan layar besar stadium ini.

(Tiga pemimpin utama di pentas malam tadi)


Gimik himpunan iaitu tendangan 13 biji bola berwarna hijau ke arah penonton oleh enam bekas pemain bola sepak kebangsaan yang kini bersama PAS juga membuatkan peserta himpunan ini teruja.

Mereka sama-sama berebut bola yang ditendang oleh pemain yang sebelum ini menjadi pujaan mereka. Lagu Hijau Kuning yang dimainkan selepas tendangan Radzi Mat Din, bekas Kapten bolasepak Kedah, juga memberi seribu makna.

Bait-bait lagunya diikuti dan dinyanyikan sama-sama oleh lebih 100,000 peserta yang sudah pasti kebanyakan mereka penduduk negeri Kedah itu.
Kemuncak acara malam ini adalah perisytiharan Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, menyertai PAS.

(Nik Zain memegang bendera PAS menjadi teknokrat terbaru yang menyertai PAS)

Nik Zain menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia menjadi acara yang paling ditunggu oleh media kerana sejak beberapa hari lepas, media sudah diwar-warkan akan ada kejutan malam ini.

Dan kejutannya adalah penyertaan seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS selepas penyertaan Datuk Fauzi Shaari sebelum ini.

Dengan penyertaan beliau, lengkaplah sudah organisasi PAS. Ada artis, ada karyawan, ada bekas polis dan tentera, ada bekas pegawai tadbir yang kanan dan sebagainya.


(Stadium yang penuh sesak...44,000 kerusi dan lebih 60,000 di atas padang menjadikan sasaran untuk 100,000 mencapai sasaran)

Pendekata, PAS menyertai pilihan raya umum ke 13 ini dengan penuh gaya dan dengan moral yang tinggi untuk mencapai kemenangan terbaik. Moral yang tinggi disuntik oleh Himpunan Hijau ini.

Moral yang tinggi inilah yang bakal menjadi bekalan kepada mereka untuk menerima segala serangan media BN yang sudah menjadi kepastian menjelang pilihan raya ini.

Benar sebagaimana kata pepatah China yang dikemukakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw pagi tadi, "emas yang baik tidak takut disepuh dengan api yang panas."

Jika PAS ke Putrajaya, jangan tinggalkan artis - Aishah

Posted: 02 Jun 2012 09:05 PM PDT


ALOR SETAR: Penyanyi popular tahun 90-an, Aishah yang menyertai PAS baru-baru ini meletakkan harapan kepada parti itu terus mendekati dan membimbing golongan artis.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) berkata, PAS harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai  dakwah kepada masyarakat.

"Bila PAS sampai Putrajaya, jangan lupakan artis di sini.

"Saya menyeru PAS bersabar dalam  mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat," kata Aishah dalam nada sebak di hadapan lebih 50,000 yang hadir di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini malam tadi.

Aishah yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu dan Bahtera Merdeka juga yakin artis memainkan peranan yang besar untuk menarik masyarakat khususnya golongan muda mencintai Islam.

"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.

"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.

"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al Quran dan hadis," katanya.

Aishah juga berkata, tindakan PAS memberikan peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.

"25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas PAS  dan membuktikan PAS for everyone," katanya disambut laungan takbir dan sorakan semangat hadirin sambil mengibarkan bendera PAS di segenap ruang stadium.

Selain beliau, seorang lagi selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi.

Muhamad Zaid yang berasal dari Sarawak  bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.

"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.

Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.

Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai duduk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung.

Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau

Posted: 02 Jun 2012 09:04 PM PDT


ALOR SETAR: Program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah malam tadi berjaya menghimpunkan hampir 100,000 ahli PAS, penyokong dan rakyat yang datang dari seluruh negara.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran untuk memberi amanat pilihan raya kepada seramai mungkin ahli PAS.

"Alhamdulillah program yang berlangsung sejak pagi tadi berjalan lancar yang bermula dengan Amanat Khas Presiden di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000.

"Dan malam ini kehadiran keseluruhan saya kira hampir 100,000 orang di dalam stadium dan tak sempat masuk ke stadium," katanya selepas program berakhir kira-kira 11.45 malam tadi.

Selepas majlis Amanat Khas Presiden di sebelah pagi, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4 petang.

Program bermula dengan konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan solat Asar berjemaah.

Selepas itu acara pentas bermula dengan pidato oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His.

Ia kemudian disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pentas kemudian menampilkan Pengerusi Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum Sketsa Kopi Amal membuat persembahan.

Program kemudian diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu hadirin kemudian dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus selama 40 minit.

Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin sendiri selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dalam program itu juga menyaksikan buku Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tomahan Umno.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

Program tersebut berakhir sebelum solat Maghrib.

Pada malamnya program Himpunan Hijau ke Putrajaya bermula dengan solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.

Solat isyak kemudian diimamkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sejurus selepas itu bermula acara di pentas ceramah yang dipengerusikan Datuk Mahfuz Omar.

Turut mengisi pentas malam tadi, ucapan aluan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ucapan oleh tokoh wakil masyarakat seperti  penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Paling menarik, kelainan gimik perasmian malam tadi dengan membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said pula turut mendeklamasikan puisi khas bertajuk Generasi yang Gagah.

Majlis kemudian menyaksikan bacaan ikrar baiah oleh semua ahli PAS yang hadir diketuai Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Kemuncak malam tadi menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas sebelum dijemput memberi ucapan.

Turut berucap malam tadi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membacakan doa penutup.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Jun 2012 11:18 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 02 Jun 2012 04:15 PM PDT

PASCA PINDAAN AKTA KETERANGAN (2012) DAN HIMPUNAN UMNO STADIUM BUKIT JALIL......NAMPAKNYA PAS GAGAL MENGHIMPUNKAN PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI-AHLINYA DI STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR...MENGIKUT PENGIRAAN YANG DIGUNA PAKAI RAIS YATIM, TAK SAMPAI 1,000 YANG HADIR....SILA LIHAT KOLEKSI FOTO-FOTO SEBAGAI BAHAN BUKTI...SEDIH DAN PILU MENGGURIS HATI...



Kehebatan PAS terserlah bersama keriuhan pekikan takbir dan sorokan puluhan ribu rakyat yang sudah bersedia untuk mengambilalih Putrajaya.Sesunggoh nya UBN sudah tidak mampu lagi mentadbir negara ini,semakin hari semakin runtoh moral UBN.Rakyat disogokan dengan duit dan k pop.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Jun 2012 09:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


JKKK begitu berkuasa tentukan siapa dapat Rumah PPRT?

Posted: 02 Jun 2012 08:45 PM PDT


Apakah JKKK begitu berkuasa untuk memproses dan menentukan siapa yang layak mendapat Rumah Mesra Rakyat, Rumah PPRT dan sebagainya? Di Rembau pula rakyat yang berpendapatan rendah masih dibelenggu dengan projek perumahan terbengkalai sejak tahun 2005, dan tiada nampak jalan penyelesaiannya hingga kini. Cuepacs pula mendapati ramai penjawat awam berpendapatan bawah RM3000 sebulan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Jawapan tak kunjung tiba

3 Jun 2012 ALOR GAJAH - Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sejak 2009 sudah diluluskan namun masih belum menerima sebarang
jawapan pasti.

Itulah dilema dihadapi pasangan suami isteri, Jef Roslan Abd Rahim, 40, dan Mariani Mamat, 33, di Kampung Lendu, di sini.

Pasangan ini mempunyai tiga anak yang masih kecil dan bersekolah, berumur antara 3 hingga 10 tahun.

Mariani berkata, kali pertama mereka membuat permohonan pada penghujung 2009 dan pihak berkenaan memaklumkan alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat yang dipohon.

"Mereka minta kami buat semula permohonan dan majukan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tapi selepas itu terus senyap.

"Jika ada masalah, mereka sepatutnya maklum kepada kami, bukannya mendiamkan diri kerana menyebabkan kami seolah-olah 'menunggu buah yang tak gugur," katanya, semalam.

Menurutnya, dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan iaitu RM500 sebulan.

"Kami berpindah ke kampung ini dan tinggal bersama ibu saya, Jamaliah Pakeh, 72, sejak tiga tahun lalu sebelum memohon bantuan PPRT.

"Saya memang dibesarkan di sini, cuma pernah merantau ke negeri lain, tetapi kembali semula menetap di kampung halaman," kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini.

Justeru, Mariani merayu pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk memiliki rumah PPRT.

"Walaupun sudah tiga kali memohon, saya masih menaruh harapan supaya permohonan diluluskan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lendu, Norhayati Yatim berkata, segelintir pemohon menghantar borang bantuan PPRT tanpa melaluinya.

Menurutnya, pihaknya menyimpan senarai nama penduduk yang memohon bantuan\ PPRT dan jika ada yang tercicir, kami akan siasat.

"Kami akan selidik perkara ini terlebih dahulu kerana tidak pasti sama ada permohonan melalui saya atau sebaliknya," katanya yang baru memegang jawatan tersebut dua tahun lalu.


Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005

Utusan Malaysia - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah beberapa tahun terbengkalai.

Seorang pembeli, Ibrahim Mahat, 38, berkata, projek perumahan itu sepatutnya siap pada November 2005, namun sehingga hari ini pembeli-pembeli hanya mampu menggigit jari kerana tidak dapat mendiami rumah milik sendiri.

Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

''Pada masa ini, saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu mertua kerana tidak mampu lagi menyewa rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini hari ini.


Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.


Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah

MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.


Ucapan perpisahan Datuk Seri Syed Zainal Abidin tinggalkan Proton

Posted: 02 Jun 2012 08:42 PM PDT


Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.

Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri?

Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.

Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.

Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.

Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya.

Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.

Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
"There You'll Be"
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Salam hormat dari saya, Syed Zainal


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Jun 2012 09:07 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


WARGA EMAS ditatang seperti minyak yang penuh di Selat Klang

Posted: 03 Jun 2012 07:53 AM PDT

 3.6.12
AHAD
SURAU SAYYIDAH ZAINAB
KPG DELEK
SELAT KLANG

ADUN Selat Klang merangkap EXCO Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor dijemput oleh BADAN KEBAJIKAN PESARA(BAKARA) untuk minum pagi bersama YB di perkarangan Surau Sayyidah Zainab.
Pesara dan pasangan memenuhi ruang perkarangan surau Sayyidah Zainab untuk majlis suai kenal dan ramah mesra serta program membership drive BAKARA yang baru itu.
Badan Kebajikan yang dipengerusikan oleh En Osman Salleh bernaung di bawah Surau Sayyidah Zainab dan merupakan badan yang sangat aktif memberi perhatian tentang kebajikan ahli dan keluarga ahli.

Usaha ini harus digalakkan di mana selain menjadi sistem sokongan yang bagus kepada para pesara dan keluarga ia juga memperluaskan jaringan di antara pesara dan keluarga yang dalam konteks negeri Selangor yang sudah menjadi bandar dan keluarga terpisah-pisah.

 Corak keluarga yang individualistik dan warga tua yang semakin ditinggal anak cucu mengundang seribu satu masalah kepada pesara.
Rindu, sunyi dan banyak masa lapang mengundang banyak fikiran negatif yang boleh mendatangkan dan menambah penyakit.Kematian isteri atau suami menyebabkan hidup semakin sunyi dan pilu.

Dengan wujudnya BAKARA, mereka ada sebab untuk berjumpa, berbincang dan merancang aktiviti dan program untuk kebaikan bersama.
Orang muda sepatutnya mengambil peluang menimba pengalaman orang yang sudah banyak makan garam untuk menjadi teladan bagi yang baik dan juga sempadan bagi kesilapan mereka.

ADUN SELAT KLANG rai pertandingan bolasepak7sebelah AMAZING HEIGHTS

Posted: 03 Jun 2012 06:40 AM PDT

 3.6.12
Ahad
Padang Amazing Heights
DUN SELAT KLANG

Pertandingan bola sepak 7 sebelah di padang Amazing Heights DUN Selat Klang yang bermula seawal 8pagi telah ditutup oleh ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali.
Program dianjurkan oleh Kumpulan Silat Seranteh bersama dengan JMB dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu pelajar 9tahun ke atas dan golongan dewasa.

Kumpulan dewasa dijuarai oleh Kumpulan Seranteh sendiri mengalahkan kumpulan Shapadu 1-0.
Keceriaan jelas kelihatan dikalangan pemain, serta keluarga mereka. Kanak-kanak juga begitu cenderung mengadakan 'permainan' mereka sendiri bagi yang tidak cukup umur.
Aktiviti positif sebegini patut dianjurkan oleh JMB pangsapuri untuk memberikan ruang dan peluang bagi mereka yang tinggal dirumah tinggi bertingkat yang tidak ada tanah sendiri untuk merasa kelapangan padang

Tenaga orang muda yang berlebihan juga boleh disalurkan ke arah yang membina sekurang-kurangnya tidak destruktif atau membinasa.
Insan yang sihat tubuh badan dan cergas lazimnya lebih ceria dan produktif daripada insan yang terkurung dan tidak aktif.

Jasindaily Online

Posted: 03 Jun 2012 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


Jom Buat Perbandingan

Posted: 02 Jun 2012 10:13 PM PDT


RMM: Tidak benar tiada permintaan bawah RM150,000

Posted: 02 Jun 2012 10:12 PM PDT

YB Iskandar Abdul Samad 

 Terdapat satu dakwaan yang disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 pada 31 Mei lepas bahawa rumah kediaman di bawah RM150,000 susah hendak dijual. Dakwaan ini kemungkinan besar untuk mempertahankan program Perumahan 1Malaysia atau PR1MA di mana terdapat rumah dijual dengan harga sehingga RM300,000 sebuah. Walau bagaimanapun Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dijual dari RM85,000 hingga RM150,0000 sebuah. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Projek rumah mampu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sedang bina di Bangi telah dijual 100 peratus. Lebih 500 permohonan telah diterima untuk membeli 124 unit pangsapuri yang sedang dibina itu. Setiap unit dijual dengan harga di bawah RM100,000. Malah lebih 2,000 borang permohonan untuk membeli rumah mampu milik telah dibeli oleh orang ramai dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Malah adalah dijangkakan 136 unit rumah mampu milik yang sedang dibina di Sg Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta akan habis dijual dalam masa yang singkat apabila tempahan dibuka. 


 Begitu juga hampir 1,000 unit rumah mampu milik yang telah diluluskan pembinaannya oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam dan Damansara RUMAH KOS RENDAH Pihak yang mendakwa rumah di bawah RM150,000 susah hendak dijual juga mendakwa rumah kos rendah juga tidak laku. Harga rumah kos rendah dikawal pada RM42,000 sebuah dan RM35,000 untuk bekas penduduk setinggan. Memang benar terdapat rumah-rumah kos rendah dibina semasa kerajaan negeri yang lepas yang masih tidak terjual. Tetapi ini bukan disebabkan tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah. Lokasi dan kedudukan rumah-rumah tersebut yang menyebabkan ia tidak laku. Dari segi kedudukan terdapat pemaju yang membina rumah-rumah kos rendah pada lokasi yang jauh dari pengangkutan awam, pusat pekerjaan, sekolah atau kemudahan-kemudahan lain. Pemaju-pemaju tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Kerajaan negeri yang lepas mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah di projek melebihi 10 ekar tanpa mengambil kira lokasi dan permintaan setempat. Akhirnya terdapat rumah-rumah kos rendah yang tidak terjual hingga ke hari ini. Walau bagaimana pun di bawah kerajaan negeri sekarang pemaju-pemaju boleh memohon untuk membina rumah mampu milik sekiranya sesuatu kawasan itu tidak sesuai untuk rumah kos rendah atau tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah. Kedudukan rumah kos rendah di dalam sesuatu projek juga menyebabkan ia tidak laku. Ada yang dibina bersebelahan dengan kolam najis atau pencawang utama TNB. Atau terletak di lokasi paling hujung, jauh dari kemudahan rekreasi, kedai-kedai atau keperluan-keperluan lain. Lokasi tersebut dibina rumah kos rendah kerana ia tidak boleh dibina rumah-rumah jenis lain. 


Rumah-rumah yang dibina di kawasan tersebut memang tidak akan dapat dijual walaupun harganya di bawah harga pasaran. Di bawah kerajaan negeri sekarang, kedudukan rumah-rumah kos rendah diteliti agar masalah-masalah yang timbul sebelum ini tidak berulang kembali. RUMAH KOS RENDAH MASIH DIPERLUKAN Kerajaan negeri masih mengekalkan polisi yang mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah. Terdapat desakan dari pelbagai pihak agar rumah kos rendah tidak lagi dibina. Mereka mahu rumah kos rendah RM42,000 digantikan dengan rumah mampu milik RM85,000 hingga RM150,000. Tetapi pendapatan 40 peratus isi rumah di negara kita adalah di bawah RM1,500 sebulan. 

 Sekiranya rumah kos rendah tidak lagi dibina maka peluang sebahagian besar golongan ini untuk memiliki rumah sendiri akan tertutup sama sekali. Kerajaan Negeri Selangor sekarang amat sensitif kepada keperluan rakyat berpendapatan rendah dan tidak akan tunduk kepada desakan-desakan untuk tidak dibina lagi rumah kos rendah. Masalah-masalah yang ada pada rumah kos rendah seperti kualiti kerja dan kualiti bahan binaan yang rendah boleh diselesaikan. Para pemaju mesti lebih bertanggung jawab. Tetapi golongan berpendapatan rendah tidak sepatutnya dihukum. Oleh yang demikian sehingga pendapatan golongan ini dapat dipertingkatkan, rumah kos rendah akan terus dibina.~ HRKH

Jalan Ke Putrajaya Berliku Tapi Tak Mustahil - Cikgu Azmi TERAS

Posted: 02 Jun 2012 10:10 PM PDT


TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan jalan untuk membawa perubahan di Putrajaya berliku tetapi tidak mustahil asalkan semua pencinta keadilan dan kebenaran bergabung tanpa sebarang niat lain melainkan untuk membangun masyarakat dan Negara yang berasaskan keredhaan Allah. Menjadi suatu keanihan jika seorang Muslim tidak beriman kepada ketetapan Allah bahawa Allah memberi kuasa kepada siapa yang Ia kehendakki dan merampas kuasa dari siapa yang Ia kehendaki. Namun semua ketetapan juga akan menuntut kepada syarat hatta untuk memenangkan agama Allah sekalipun. Benar peringatan oleh Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dalam amanatnya di Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam. Pra syarat utama adalah mengukuhkan hubungan dengan Allah.


 Dengan penuh kesedaran bahawa segalanya akan ditentukan oleh Allah S.W.T. Bagi setiap pejuang agamaNya yang mengguna medan politik berdasarkan sokongan rakyat, syarat hati yang ikhlas kepada Allah akan mampu memenangi hati rakyat yang mahukan kemenangan Islam. Adapun persoalan strategi dan taktik, Teras berpandangan sememangnya pertolongan Allah memerlukan persiapan dan kesungguhan dalam perjuangan. Inilah intisari dari tuntutan Allah agar kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan kekuatan apa sahaja bila berhadapan dengan musuh. Teras mengira bahawa hampir 100,000 orang dari seluruh pelosok negara yang membanjiri Pehimpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Alor Star Kedah semalam adalah digerakkan oleh hati-hati yang jernih untuk matlamat memenangkan Islam. Tidak ada upah dan elaun, tidak ada kemudahan kenderaaan, tidak ada saguhati, tidak ada kemudahan penginapan, tidak ada kerahan agensi kerajaan untuk memenuhi stadium itu. 

 Menggagahi hujan yang lebat pada petangnya, berhimpit-himpit dipadang dan tangga stadium sehingga tidak ada ruang sedikitpun untuk bergerak, tekun dan sabar serta bersemangat untuk solat berjamaah bersama pemimpin mereka, tekun mendengar ucapan sejumlah pemimpin dan penyokong kebenaran, menumpu perhatian kepada doa Mursyidul Am mereka semua ini adalah ciri ke arah menyiapkan syarat kemenangan yang perlu dikekal dan dijadikan gelombang. Inilah perbezaan dengan mereka yang berhimpun dengan cara pacingan wang, kemudahan pengangkutan yang ditanggung semua, acara hiburan yang mengelorakan nafsu, elaun poket yang dibayar tunai, peruntukan wang kerajaan yang dibelanja tetapi berselindung disebalik justifikasi program agensi kerajaan. Perbezaan inilah yang menggerunkan pihak yang melihat PRU 13 sebagai "Ibu segala Pilihanraya".

 Kami berpendapat bahawa sementara sangat sukar untuk memperolehi kemenangan dalam kepungan sebuah sistem yang sudah dirangka sehingga tidak membenarkan ruang yang samarata untuk berhujah dan bersaing dalam ruang demokrasi yang adil, namun tidak mustahil tsunami bakal berulang lagi. Semangat dari kecintaaan kepada kebenaran Islam yang jitu walaupun dalam sekatan yang dianggap maha mencabar inilah yang akan menentukan kemenangan hakiki. Ia perkara kecil jika Allah sudah memutuskan bahawa bila kebenaran tiba , kebatilan pasti akan hancur. 

 Antara harapan dan yakin kepada Allah dan kerja keras inilah yang akan menjadikan perjuangan ini dirasai nikmatnya. Bagi mereka yang berpandangan dan beranggapan para pejuang Islam itu akan lelah dan kecewa sebenarnya akan jauh lebih kecewa kerana perjuangan Islam tidak pernah mati. Diperlaku sezalim mana sekalipun nafas perjuangan Islam tetap terus disambung. Ikhwan Muslimin di Mesir sudah melalui babak yang jauh lebih pahit. Kini ruang terbuka dan dengan penuh istiqamah mereka meniti kemenangan sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah. Kami menyeru agar rakyat bersiap menempa zaman dan sejarah baru dengan gagah dan penuh bermaruah. Saatnya Putrajaya berada di tangan rakyat sudah tiba.

Nik Abduh Tawar Diri Calon PRU 13

Posted: 02 Jun 2012 08:59 PM PDT

Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya sekiranya diperturunkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau sudahpun bersedia untuk berbuat demikian sejak 10 tahun lalu. "Saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno," katanya seperti dipetik dalam laporan edisi dalam taliannya hari ini. Menurut laporan itu lagi, isu mengenai pencalonan Nik Abduh pertama kali ditimbulkan timbalan ketua pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang bertanggungjawab menentukan senarai calon dari negeri itu. Nik Abduh dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan kedudukan naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengosongkan kerusi tersebut untuk bertanding di Johor.

Ramai Sudah Buka Mata Isu K-Pop

Posted: 02 Jun 2012 07:09 PM PDT

Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini. Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk 'pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.' 

 Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop. "Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata. Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut," tulis laporan tersebut. The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok.

 "Adakah ia dibuat daripada emas?" soal beliau. Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan. "Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan," kata Roslan. Roslan berkata jumlah yang dituntut ada "lebih rendah" daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi. 

 Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian," kata Mohid yang dipetik The Star. Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000.

mtdchenderoh

Posted: 03 Jun 2012 07:37 AM PDT

mtdchenderoh


WAJIB UNDI PARTI ISLAM: UAI

Posted: 02 Jun 2012 10:00 AM PDT


Apabila diajukan soalan parti manakah yang hendak diundi pada pilihanraya, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan tegas menyatakan "wajib mengundi parti Islam kerana parti lain tidak mahu melaksanakan undang- undang Islam".

Selain daripada itu beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan sekarang yang lebih rela melihat masyarakat menjadi rosak apabila kuliah agama dibatalkan manakala hiburan K-Pop dibenarkan. Merujuk kepada pembatalan kuliah beliau di putrajaya semata- mata kerana kuliah K-Pop (Himpunan Sejuta Belia) dijalankan tidak jauh daripada tempat kuliah asal yang sepatutnya beliau sampaikan.

Penampilan beliau berkaca mata hitam di pentas ceramah disambut dengan laungan takbir dalam program Expresi Anak Muda sempena Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman. Walaupun hujan serta ribut membasahi bumi Alor Setar sekitar jam 3 petang namun semangat pejuang pas menyahut seruan parti untuk berhimpun amat mengkagumkan.

Ada yang datang bersama rombongan bas, bersama keluarga serta berkonvoi untuk melahirkan keazaman untuk menumbangkan UMNO/ BN pada PRU ke 13 akan datang.

Sama ada angka 100 ribu mencapai matlamat atau tidak, namun jumlah kehadiran penyokong dan pendokong Pas yang datang dengan mengeluarkan duit poket sendiri sudah cukup untuk menggambarkan perbezaan himpunan sejuta belia anjuran BN yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengangkut belia untuk menghadiri program mereka.

Pengisian program yang mendidik rakyat untuk bertakwa kepada Allah dengan dimulakan kuliah asar, diikuti solat maghrib, solat hajat berjamaah di stadium dan diakhiri dengan amanat pemimpin sudah cukup untuk menolak dakyah bahawa Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar, hanyalah fitnah dari golongan yang munafik.

Dengan kejayaan himpunan terbesar Pas pada kali ini sudah pastinya akan memberikan momentum yang kuat untuk petugas- petugas parti untuk membawa perubahan lanskap politik Malaysia bersama- sama rakan- rakan Pakatan Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Komen