Rabu, 18 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Apr 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


BN resah pemimpin utama Pakatan tanding di Johor

Posted: 18 Apr 2012 01:21 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun masih di peringkat khabar angin, Barisan Nasional (BN) terutama MCA sudah menggeletar apabila pemimpin popular PAS dan DAP akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, PAS mengumumkan naib presidennya, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor, kini akhbar Cina mula memainkan isu pemimpin kanan DAP pula akan bertanding di Johor.

Akhbar Sin Chew pada 16 April melaporkan bahawa terdapat desas-desus penasihat DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat Barisan Nasional di negeri selatan itu.

Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.

Bukan itu sahaja, ahli parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan yang digeruni di parlimen dan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga. Suami Fong adalah setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.

Perkembangan ini telah menakutkan MCA dan sebagai langkah awal, MCA Perak telah mengganggap khabar angin itu seolah-olah betul dan mengeluarkan kenyataan mengecam hasrat para pemimpin DAP terbabit walaupun tiada kenyataan rasmi daripada mereka untuk mengesahkan bahawa mereka akan bertanding di Johor.

"Laporan di Sin Chew Daily (16 Apr 2012) bahawa pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berkata bahawa beliau akan bertanding kerusi di Johor pada pilihan raya umum yang akan datang dan DAP secara semula jadinya mempunyai sokongan berterusan daripada rakyat tanpa mengira keadaan adalah bukti keangkuhan mereka.

"Mereka telah mengambil ringan sokongan pengundi dan menganggap pemikiran rakyat sebagai permainan kanak-kanak. Ia adalah jelas bahawa DAP merasakan bahawa rakyat berkewajipan untuk menyokong mereka dalam mana-mana bahagian yang mereka bertanding dalam pilihan raya umum," kata Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng dalam satu kenyataan.

Tan turut menyelar DAP, yang dikatakan lupa diri selepas kejayaan pada pilihanraya umum ke-12, dan mula menunjukkan belang dengan menganggap diri mereka boleh menang mudah di mana-mana kerusi yang mereka ingin bertanding.

Tan berkata pemimpin DAP yang digembar-gemburkan ingin bertanding di Johor tidak pernah menyumbangkan apa-apa di negeri itu tidak layak bertanding di Johor.

"Saya berharap rakyat Johor akan berfikir tentang ini dengan sebaiknya. Pengundi hari ini lebih bijak. Rakyat akan memberikan sokongan kepada mereka yang pernah berkhidmat pada negeri dan bukannya kepada selebriti ahli politik yang hanya bertindak apabila ada isu hangat," kata beliau.

Para penganalisa politik Harakahdaily berpendapat langkah yang diambil DAP itu adalah amat wajar diteliti kerana Umno Johor mula goyah dengan kepulangan naib presiden PAS Salahuddin Ayub, yang mengesahkan akan bertanding di Johor kali ini.

"Jika ada dua tiga lagi jeneral perang daripada PAS dan PKR turut mengikuti jejak DAP untuk bertarung di Johor, BN akan terasa betul-betul terancam pada PRU13 kerana sekiranya Johor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kemungkinan besar Putrajaya juga akan terlepas daripada tangan Umno," kata mereka.

Harakah Daily

Dua van bertembung, lelaki warga Pakistan maut

Posted: 18 Apr 2012 01:08 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MUAR – Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Parit Bakar berhampiran Kampung Seri Tanjung, Bakri dekat sini, kelmarin.

Mangsa dikenali Said Kalam Shah, 42, mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan lain.

Said Kalam disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hopsital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), iaitu kira-kira satu jam selepas terbabit kemalangan tersebut.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, melibatkan tiga kenderaan iaitu dua van dan sebuah lori.

Mangsa memandu van bersendirian dalam perjalanan pulang selepas menghantar barang-barang ke rumah pelanggan di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori yang sarat membawa muatan benih tanaman.

Malangnya, dia gagal memotong dan menyebabkannya merempuh sebuah van di laluan bertentangan.

Akibat rempuhan itu, van yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbalik sehingga menyebabkan Said Kalam tersepit di tempat duduk pemandu.

Difahamkan, mangsa sudah 10 tahun bermastautin di negera ini dan menjalankan perniagaan menjual karpet serta perabot di sini.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan bedah siasat dilakukan di HPSF sebelum dituntut keluarganya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian

Buang muatan elak dicekup JPJ

Posted: 18 Apr 2012 01:06 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Gara-gara membawa terlebih muatan, seorang pemandu lori nekad melarikan diri selepas menyedari kenderaannya dikejar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejauh empat kilometer di Jalan Kuala Kangsar, semalam.

Bukan sahaja berjaya melarikan diri, malah pemandu berkenaan juga sempat membuang muatan tanah merah bercampur batu yang dibawanya di tepi jalan sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas sesak selama setengah jam.

Ketua Unit Operasi JPJ Negeri, Hashim Mat Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sepasukan anggota JPJ sedang menjalankan operasi rondaan rutin sebelum mengesan sebuah lori terlebih muatan di Lebuhraya Utara Selatan yang sedang menuju ke arah selatan.

Menurutnya, pemandu lori tersebut yang menyedari diekori bertindak cuba melarikan diri namun gagal apabila kenderaannya dihalang ketika tiba di satu simpang jalan oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) JPJ kira-kira setengah jam kemudian.

"Pemandu lori berkenaan sempat melarikan diri namun meninggalkan kenderaannya selepas melanggar MPV kami sehingga menyebabkan bahagian belakang rosak," katanya di sini, semalam.

Katanya sebanyak lima MPV dengan lebih 20 anggota termasuk pegawai JPJ berada di tempat kejadian dan dibantu anggota polis bersama kenderaan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintenden Wan Shahruddin Wan Omar berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi menjejaki pemandu lori berusia 20 tahun itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut tidak mempunyai lesen memandu malah cukai jalan kenderaan didapati sudah tamat tempoh.

"Kami akan akan mengambil tindakan ke atas pemilik lori berkenaan jika didapati mereka bersalah dalam kes berkenaan," katanya.

Lori berkenaan dibawa JPJ Ipoh untuk siasatan lanjut sementara Kerja-kerja pembersihan terhadap muatan tanah merah selesai kira-kira jam 1.45 petang, semalam.

Sinar Harian

Penjual telefon bimbit dibelasah tiga lelaki

Posted: 18 Apr 2012 12:57 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang penjual telefon bimbit mendakwa dibelasah tiga lelaki dalam kejadian samun di Taman Pakatan, Pengkalan pada Khamis lalu.

Sewaktu kejadian, mangsa, Lam Kok Leong, 37, sedang menuju ke bank untuk menyimpan wang hasil jualan telefon bimbitnya kira-kira jam 10.20 malam pada hari tersebut.

Malangnya, dia didatangi lelaki yang tiba-tiba memukulnya di kepala, kemudian kaki dan tangan sehingga dia rebah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Selepas itu mangsa didatangi dua lelaki lain yang turut membelasahnya lalu merampas beg yang mengandungi wang tunai hampir RM7,000 kemudian melarikan diri.

Mangsa kemudian menelefon Ketua Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan, Liew Hong Meng untuk mendapatkan bantuan.

Hong Meng ketika ditemui semalam berkata, mangsa menelefonnya untuk mendapatkan bantuan dan dia bersama beberapa anggota lain bergegas ke tempat kejadian.

"Apabila tiba mangsa sudah terbaring dengan kepala, kaki dan tangannya cedera parah. Kami segera menelefon ambulans untuk membawa mangsa ke hospital," katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa ketika kejadian terdapat orang ramai lalu di sekitar kawasan tersebut namun tidak mengendahkannya yang sedang dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

"Sepatutnya, orang ramai yang nampak harus menelefon polis untuk membantu mangsa namun mereka lebih pentingkan diri sendiri agar terselamat daripada ancaman penjenayah terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan di Balai Polis Pasir Putih dan akan siasatan akan dijalankan sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.

Sinar Harian

Cubaan curi motosikal gagal

Posted: 18 Apr 2012 12:52 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KULIM - Dua remaja berusia 18 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan melarikan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berjaya dipatahkan oleh Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Kulim yang sedang membuat rondaan kira-kia jam 1.30 pagi semalam.

Kejadian berlaku di persimpangan Taman Cendana bila suspek dilihat sedang menunda motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Jurucakap polis berkata, polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan tetapi mereka enggan berbuat demikian, memaksa polis memintas motosikal suspek untuk mengelakkan mereka melarikan diri.

Menurutnya, kerana takut dicekup, suspek yang menunggang motosikal jenis SYM bertindak agresif dengan memecut motosikalnya ke arah pekan Kulim manakala seorang lagi mencampakkan motosikal yang dicuri sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Siasatan awal mendapati motosikal itu dicuri di hadapan sebuah pasar raya di Kulim. Polis kemudiannya menerima panggilan di mana seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini kehilangan motosikal.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke tempat kejadian untuk membuat pengecaman dan mengesahkan motosikal yang ditemui adalah miliknya," katanya.

Menurut pelajar IPTA itu, dia meletakkan motosikal di hadapan sebuah restoran makanan ringan sebelum masuk ke dalam pasar raya untuk berjumpa seorang rakan.

"Apabila keluar saya dapati motosikal saya sudah tiada. Saya kemudiannya memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas dan meminta bantuan polis untuk mengesan motosikal saya.

"Beberapa minit kemudian, seorang anggota polis berpangkat koperal berjumpa saya dan meminta saya membuat pengecaman terhadap sebuah motosikal dan saya mengesahkan ia milik saya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, permasalahan kehilangan motosikal selalunya berpunca daripada kelalaian pemilik ketika meletakkan motosikal mereka.

Menurutnya, sehingga kini kadar kehilangan motosikal semakin menurun dan kebanyakan suspek yang terlibat berjaya ditahan.

"Saya nasihatkan pengguna jangan meletakkan motosikal mereka dalam keadaan berisiko di mana ia boleh dicuri. Gunakan kunci tambahan dan letak motosikal di tempat terang supaya senang dilihat oleh orang ramai," katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kebanyakan kes kecurian motosikal melibatkan suspek yang tinggal di luar Kulim.

"Selain itu sindiket pengedaran dadah juga terlibat dalam kehilangan motosikal. Pengedar dadah sekarang ini menggunakan taktik baru di mana penagih hanya perlu mencagarkan motosikal mereka untuk mendapatkan bekalan.

Ini mengakibatkan penagih yang tidak mempunyai motosikal mengambil jalan mudah dengan mencuri motosikal," katanya.

Sinar Harian

Remaja nyaris maut bertembung kereta

Posted: 18 Apr 2012 12:50 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja di Jalan Air Merah kira-kira jam 5 petang semalam.

Menurut mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas, dia datang dari arah pekan Kulim menuju ke lampu isyarat jalan yang sama.

Mangsa berkata, tiba di selekoh Taman Desa Impian kereta Proton Waja keluar dari selekoh untuk menyeberangi jalan sebelum bertembung dengan mangsa.

"Saya dalam perjalanan menuju ke Taman Selasih. Tiba di selekoh Taman Desa Impian kereta Proton Waja itu muncul menyebabkan saya tidak sempat membrek dan bertembung.

"Akibat rempuhan kuat, motosikal saya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan," katanya.

Mangsa berkata, dia tercampak ke jalan bertentangan bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayop menasihatkan penunggang motosikal supaya tidak menunggang motosikal mereka dengan laju terutama di jalan lurus di sekitar pekan Kulim kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya terdapat kenderaan melintas atau keluar selekoh.

"Sehingga kini kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca dari kecuaian kedua-dua pihak. Pemandu dan penunggang motosikal seharusnya bersikap sabar ketika memandu kenderaan mereka," katanya.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila mangsa terlibat cuai dan tidak bersikap peka apabila memandu.

"Selain terlibat dalam kemalangan, kecuaian juga boleh mengakibatkan pengguna jalan raya lain terbunuh.

"Sehingga kini kebanyakan kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal. Ini adalah kerana penunggang motosikal terdedah kepada pelbagai kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan," katanya.

Sinar Harian

Selangor hantar 50,000 ke Bersih 3.0

Posted: 18 Apr 2012 12:42 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 18 April: PAS Selangor hari ini menyokong penuh himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 pada 28 April nanti dan akan menghantar 50,000 peserta.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Ab Rani Osman menjelaskan PAS Selangor telah menerima arahan daripada PAS Pusat agar menggerakkan 50,000 ahli dan penyokong PAS dari Negeri Selangor untuk menyertai himpunan tersebut.

"Seperti mana yang diarahkan oleh PAS Pusat, kita akan menggerakkan 50,000 ahli dan penyokong untuk sertai himpunan Bersih pada 28 April nanti.

"PAS Selangor akan menggerakkan sekurang-kurangnya 2,500 ahli dan penyokong dari setiap PAS Kawasan yang mana terdapat 22 PAS Kawasan di seluruh Negeri Selangor," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.

Tambahnya lagi, sebagai usaha memobilisasi ahli dan penyokong, beberapa program pelancaran mobilisasi himpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di beberapa kawasan.

"Antara program yang akan diadakan adalah PAS Kawasan Gombak pada 18 April, PAS Kawasan Sabak Bernam 23 April dan PAS Kawasan Kuala Langat pula pada 25 April.

"Dalam pada itu PAS Pusat juga telah mengarahkan PAS Negeri Selangor untuk menyediakan petugas-petugas Unit Amal pada hari himpunan tersebut," sambungnya lagi.

Menurutnya lagi, usaha-usaha untuk memobilisasi 50,000 ahli dan penyokong PAS dari seluruh Selangor akan diketui oleh Mohd Sany Hamzan selaku Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu agar ahli dan penyokong PAS hadir dengan tangan kosong tanpa apa-apa senjata kerana himpunan ini adalah aman.

"Himpunan ini dilakukan secara aman dan kepada mereka yang hadir jangan sesekali membawa apa-apa senjata.

"Rakyat yang hadir himpunan ini adalah untuk menzahirkan agar pilihanraya perlu dijalankan secara adil dan telus," katanya.

Tambah Khalid lagi, apa yang dilakukan ini bukannya untuk mengecam sesiapa pun walaupun Perlembagaan Persekutuan termasuk Institusi Di Raja.

"Apa yang kita minta ini bukannya bermaksud untuk mengecam sesiapa termasuk intitusi di raja, Pakatan Rakyat akan memelihara kesemuanya malah mendokong Perlembagaan Persekutuan.

"Yang kita tuntut pilihanraya bersih dan adil adalah ingin memastikan Umno-Barisan Nasional tidak lagi memerintah negara ini, kita tahu pilihanraya yang kotor hanyalah bertujuan untuk memastikan kemenangan mereka sahaja," sambung beliau lagi.

Kerajaan Selangor jumpa SPR

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 19 April nanti bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan daftar pemilih.

Pertemuan itu akan disertai exco-exco kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan juga Speaker Dewan Negeri Selangor.

Harakah Daily

Rasa sedih dan ingin menangis bila melihat gambar ini...

Posted: 18 Apr 2012 12:38 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!
...
Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya: Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

Harakah Daily

Zuriat Wali Songo kunjungi Nik Aziz

Posted: 18 Apr 2012 12:37 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 18 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menerima rombongan Pertubuhan Zuriat Wali Songo Se Indonesia malam tadi di rumahnya Pulau Melaka.

Seramai 23 anggota rombongan yang diketuai pengetuanya, Dr Dhiyauddin mengambil kesempatan bertemu Tuan Guru sempena lawatannya selama dua hari di Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengetua Penalti Nasab Wali Songo, Kiyai Ali Badri.

Dhiya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu seorang ulama yang telah lama dirindui beliau sebelum ini.

Katanya, hasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru telah lama disimpan, bagaimanapun baru kini berkesempatan bertemu.

"Saya begitu tertarik dengan perwatakannya yang lembut, sederhana sekali kehidupannya yang begitu menyentuh perasaan saya.

"Beruntung rakyat Kelantan kerana dapat pemimpin yang wara' sepertinya, subhanallah saya cukup terpegun,"ujarnya.

Rombongan ini juga seakan tidak percaya apabila Tuan Guru menatang sendiri juadah untuk mereka malam tadi.

Ali pula berkata, pihaknya telah menjelajah beberapa negara di nusantara ini untuk menjejaki keturunan Wali Songo.

"Alhamdulillah syukur, di Kelantan juga kami telah bertemu beberapa orang dalam pencarian kami,"ujarnya.

Harakah Daily

MB lain punyai pembantu rumah, MB ini layan sendiri tetamu

Posted: 18 Apr 2012 12:34 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)


Harakah Daily

Sebelum ini punca masalah, kini bakal pengundi

Posted: 18 Apr 2012 12:29 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata negara akan menghadapi masaalah sosial yang tegang dan dalam keadaan bahaya sekiranya kerajaan BN menggunakan rakyat luar sebagai 'pengundi hantu' untuk menghadapi PRU-13 ini.

Katanya, tindakan itu juga akan merugikan rakyat dan masa depan negara apabila golongan berkenaan juga turut mempunyai hak terhadap negara ini melalui cara yang terancang untuk mendapat memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ijtima' Almala' di sini semalam.

Hampir 800 peserta menghadiri majlis keraian untuk mereka itu.

Turut berucap pada majlis itu Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan Ustaz Saibon.

Kata Menteri Besar Kelantan itu lagi, kerana ingin mengekalkan kuasa Umno dan BN sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya membahayakan negara, asalkan mereka kekal berkuasa.

"Kerajaanpun tahu masaalah sosial yang berlaku dalam negara ini sekarang sama ada bunuh, rogol, rompak dan berbagai lagi sebahagiannya dilakukan oleh rakyat negara asing.

"Sekiranya menjadikan mereka sebagai alat untuk kemenangan, padah yang akan menerima negara pada masa akan datang,"ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata Umno semakin hilang pegangan apabila terpaksa membuat pelbagai cara untuk mengekalkan pemerintah seperti mewujudkan pengundi hantu.

"Di Parlimen Kota Raja, bayangkan bagaimana pertambahan undi berlaku mendadak sampai 30,000 lebih. Takkan lah dalam tempoh hampir empat tahun masing-masing bersalin lepas tu boleh mengundi terus pulak,"ujarnya sambil menyindir.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat seluruh negara bukan hanya berhati-hati dengan permainan BN, sebaliknya memahami isu-isu semasa yang kini semakin kronik melanda negara khususnya berhubung rasuah.

Harakah Daily

Pelajar kolej maut nahas

Posted: 18 Apr 2012 12:26 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANDAR BENTONG – Seorang pelajar kolej maut ­dalam kemalangan di Kilometer 48.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Syafiq Zainudin, 20, beralamat di Taman Puchong Permai, Selangor.

Menurutnya, mangsa menunggang motosikal ­jenis Yamaha Lagenda bersama pembonceng dikenali ­sebagai Safiah Hashim, 19, dalam ­perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Karak.

"Setibanya di tempat ­kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terlanggar bahagian belakang treler yang dalam perjalanan dari arah sama.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Safiah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Bentong," ­katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Yusri berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Menurutnya, ­pemandu ­treler berusia 36 tahun ­tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kejadian berlaku selepas hujan dan siasatan lanjut akan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Susulan kejadian ini, saya mengingatkan ­pengguna j­alan supaya berhati-hati ketika ­memandu dengan ­mengamalkan sikap peka terhadap persekitaran," katanya.

Sinar Harian

Golongan remaja terlibat kes ragut

Posted: 18 Apr 2012 12:22 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Polis berjaya menangkap dua suspek terlibat beberapa kes ragut sekitar bandar Kuantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, masalah ragut merupakan kes terpencil, namun dengan penangkapan suspek tersebut dapat membantu pihak polis meneruskan siasatan dan mendapatkan maklumat.

"Penangkapan suspek tersebut yang merupakan golongan remaja menunjukkan golongan ini yang sering terlibat.

"Dengan penangkapan itu dapat membantu polis membanteras masalah ragut dalam tempoh terdekat ini.

"Kebanyakan mereka terlibat bergerak secara berpasangan bagi melaksanakan aktiviti tersebut terutama bagi mereka yang menggunakan motosikal," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Cenderahati kepada pesakit Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam.

Katanya, pihak polis semakin giat melakukan rondaan di kawasan sunyi dan mempunyai potensi berlaku kes tersebut.

"Kawasan rondaan meliputi kawasan kediaman yang turut menjadi kawasan baru bagi peragut, lorong sunyi dan kawasan dikenal pasti pihak polis.

"Jadi jika berlaku kejadian tersebut, mangsa sedikit sebanyak perlu mengecam peragut dan segera melaporkan kepada pihak polis.

"Polis memerlukan maklumat dan gambaran jelas terutama ketinggian, rupa paras, nombor motosikal, jenis kenderaan dan sebagainya yang membolehkan penangkapan dilakukan secepat mungkin," katanya.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan supaya tidak mengenakan sebarang perhiasan yang mampu menarik perhatian peragut.

"Suri rumah tidak perlu memakai barang kemas semata-mata untuk membuang sampah atau sekadar berada di luar rumah.

"Selain itu, orang ramai perlu mengelakkan diri mereka untuk berjalan kaki di tempat sunyi atau secara berseorang.

"Langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara ini terjadi kepada diri sendiri selain bantuan daripada tindakan polis," katanya.

Sementara itu, warga polis Kuantan diketuai Jasmani melawat 42 pesakit lelaki dan 16 pesakit wanita di wad Kiambang, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Jasmani berkata, lawatan tersebut dilakukan tanda keprihatinan pihak polis terhadap pesakit yang masih dirawat sekali gus sempena sambutan Hari Polis ke-205.

"Wad ortopedik dipilih pada sesi lawatan kali ini memandangkan ia relevan dengan pasukan polis.

"Ada sesetengah daripada mereka terlibat dalam kemalangan dan sebagainya jadi kesempatan ini kami dapat bertanya khabar serta memberikan sedikit sebanyak nasihat yang dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Sinar Harian

Lelaki ditemui mati tergantung

Posted: 18 Apr 2012 12:21 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TAMAN MEDAN INDAH - Seorang lelaki tidak dapat menanggung tekanan apabila dibebani hutang yang banyak sehingga nekad menamatkan riwayatnya, malam kelmarin.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia (MIYDF) Pahang, K Tamil Selvam berkata, difahamkan si mati mengalami masalah kewangan yang agak kritikal.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, si mati yang hanya bekerja kontrak di kilang papan berhampiran, tinggal sendirian di rumah sementara isteri dan anak-anak berada di rumah mentuanya.

"Saya dapat tahu daripada abang iparnya, dia tertekan akibat menanggung hutang terutama selepas mendapat tahu rumah yang dibeli akan di­lelong tidak lama lagi.

"Tetapi dia tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan seperti murung atau sebarang tanda negatif sehinggalah di­temui tergantung di ruang ­dapur rumahnya," katanya.

Tamil Selvam berkata, pada sebelah siang, si mati ada berjumpa dengannya dan berbual seperti biasa, namun tidak ada langsung menyentuh perkara berkaitan masalah kewangan yang dihadapinya.

Katanya, tidak lama selepas itu, dia mendapat tahu daripada beberapa rakan, si mati sedang berusaha mendapatkan pinjaman kewangan.

"Dia berjumpa beberapa rakan untuk mendapatkan wang tunai lebih kurang RM5,000, namun semua usahanya buntu.

"Ketika semua ahli keluarga tidak berada di rumah, dia bertindak nekad menamatkan riwayat hidupnya di bahagian dapur dan hanya disedari sebaik sahaja isterinya pulang ke rumah pada sebelah malam," katanya.

Sementara itu, polis Raub mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut kerana berdasarkan bedah siasat tidak menunjukkan sebarang tanda perbuatan jenayah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berkenaan adalah penduduk tempatan dan sudah pun meninggal dunia ketika ditemui ahli keluarganya di bahagian dapur rumah dekat Taman Medan Indah.

"Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan lain dan si mati meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja serta dua anak berusia 19 dan 5 tahun," katanya.

Sinar Harian

Ugut bapa kerana tidak dapat duit yang diminta

Posted: 18 Apr 2012 12:19 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan, seorang buruh tergamak mengugut ayah kandungnya sendiri dengan sebilah pisau.

Kejadian berlaku di kediaman mereka di Kampung Batin, Seberang Takir, di sini, Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun, perbuatan Mohamd Roziemy Ismail, 32, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja mengamuk dan melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan kecederaan kepada bapanya, Ismail Abdullah @ Abd Ghani Abdullah, 65, di rumah mereka pada 13 April lalu kira-kira jam 9 pagi.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian, bapa malang itu sedang berada di rumah dan secara tiba-tiba tertuduh mengamuk dengan mengacukan pisau ke arah bapanya, kerana bengang permintaannya untuk mendapatkan wang tidak diendahkan.

Tidak puas dengan itu, tertuduh turut bertindak ganas dengan merosakkan barang-barang di dalam rumah mereka.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 16 April lalu kira-kira jam 5 petang.

Sinar Harian

Si tua mengaku tidak bersalah mencabul

Posted: 18 Apr 2012 12:18 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan mencabul pelajar tahun tiga di dalam kedai runcit miliknya di Lorong Surau Baru, Pasir Panjang, di sini, Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga berstatus duda itu, 66, dari Jalan Pasir Panjang, di sini, mengaku tidak bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 14 Disember 2011, kira-kira jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam di sebuah kedai miliknya telah menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa, dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana daripada kedua-dua hukuman.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor L.Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sinar Harian

Wanita tersepit hutang 16 ah long

Posted: 18 Apr 2012 12:06 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Gali lubang tutup lubang. Itulah situasi dihadapi seorang peniaga wanita apabila terpaksa membuat pinjaman kepada 16 ah long untuk digunakan sebagai modal berniaga.

Menurut Dila (bukan nama sebenar), pada mulanya dia membuat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada seorang ah long, namun disebabkan gagal melunaskan bunga sebanyak RM200 seminggu, dia terpaksa pinjam kepada ah long lain sehingga pinjaman mencecah RM15,600.

Dia tiada pilihan selain membuat pinjaman melalui ah long untuk mendapatkan modal perniagaan pada Februari lalu apabila dia mula mengambil alih warung milik rakannya di sebuah taman perumahan di Skudai, di sini, selepas namanya disenarai hitam.

"Sebelum ini, saya tiada masalah dengan pihak bank sehinggalah pada tahun 1998, rakan membuat pinjaman membeli kereta menggunakan nama saya. Malangnya dia gagal bayar balik sehingga kereta itu ditarik balik, sekali gus nama saya disenarai hitam.

"Oleh kerana terlalu buntu dan yakin untuk berniaga, saya tidak berfikir panjang dan mengambil keputusan membuat pinjaman dengan ah long selepas usaha mendapatkan pinjaman daripada pihak tertentu termasuk ahli keluarga gagal," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, dia berani mengambil risiko selain yakin mampu untuk membuat pembayaran balik kerana jumlah pinjamannya hanyalah RM1,000, namun tidak menyangka apabila bunga yang perlu dibayar tiap minggu melebihi jumlah pokok iaitu RM1,900 seminggu.

Paling membuatkan dia tertekan apabila sering diburu ah long berkenaan sekiranya gagal menjelaskan bunga setiap minggu, sehinggakan dia tidak berani untuk membuka warung kerana bimbangkan keselamatannya.

Satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Johor Bahru Central Jumaat lalu.

"Saya terpaksa menggunakan hasil perniagaan sebanyak RM3,000 sebulan, selain gaji kerja sambilan sebanyak RM800 untuk melangsaikan hutang, namun hanya hutang dengan lima daripada 16 ah long berjaya saya langsaikan dan masih ada baki pinjaman sebanyak RM8,950." katanya.


Agency

Sime Darby belum puas!

Posted: 18 Apr 2012 12:03 AM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SELEPAS berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir Piala FA, Sime Darby mengukuhkan cengkaman mereka di Liga Perdana apabila membelasah Harimau Muda B,
3-0 kelmarin.

Kekal di tangga ketiga liga, jurulatih, Ismail Zakaria menyifatkan anak buahnya mengekalkan rentak permainan dengan baik meskipun terpaksa bermain dalam kea­daan padang yang becak.

"Mereka mempunyai motivasi yang tinggi walaupun berdepan hujan lebat dan berjaya meraih tiga mata di laman lawan.

"Apa pun, kita perlu bekerja lebih keras bagi memantapkan pasukan sekali gus sasaran untuk ke saingan Liga Super musim depan dapat direalisasikan," katanya yang enggan pasukan berpesta terlalu awal kerana siri perlawanan yang masih panjang.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pemain import baru dari Brazil, Liandro Santos Pinto bakal menggantikan pemain importnya, Sengbah Kennedy untuk mengisi posisi pertahanan.

"Kita berharap kehadirannya dapat membantu pasukan terutama dalam memburu slot ke saingan akhir Piala FA menentang Terengganu," katanya yang turut memuji aksi Patrick Ronaldinho yang menjaringkan gol pada minit ke-46 dan 74 selain turut dibantu Zamri Hassan pada minit ke-90.

Enggan menekan butang panik terlalu awal, be­liau mengakui anak buah Mat Zan Mat Aris antara pasukan paling konsisten di Liga Super dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang berlangsung Sabtu ini.

"Kita akan buat persiapan sebaik mungkin dan mungkin akan berlaku satu keputusan yang mengejutkan nanti," katanya yang tetap meletakkan Ronaldinho untuk bergandingan dengan Mohd Irme Mat di jentera serangan.

Sinar Harian

Dollah gesa pemain kekal disiplin

Posted: 17 Apr 2012 11:35 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BERKONGSI mata dengan pendahulu liga, Pahang mahu membuktikan pasukannya layak berada di senarai teratas liga dengan perbezaan mata melalui kemenangan dalam perlawanan dan bukan disebabkan jurang jaringan.

Pengendali pasukan, Dollah Salleh berkata, untuk kekal di senarai teratas, setiap perlawanan perlu menang bagi memastikan jurang mata yang lebih besar dengan pendahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan mereka terutama kesefahaman dan kerjasama yang dicapai sebagai sebuah pasukan.

"Mereka begitu bersungguh-sungguh dan nampak lebih matang daripada sebelum ini meskipun berdepan dengan pemain import dari pasukan lain," katanya.

Berjaya membelasah MBJB FC, 5-0 kelmarin, beliau turut yakin kesebelasan utama yang ditampilkan sudah cukup cemerlang meskipun tanpa pemain import.

"Saya harap semua pemain mengekalkan komitmen dan disiplin jika mahu meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik," katanya.

Sinar Harian

Pemandu bas dituduh miliki barangan curi

Posted: 17 Apr 2012 08:23 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memiliki barangan komputer yang disyaki dicuri yang disimpan di rumahnya di sini, 14 April lalu.

Tuduhan terhadap Mohd Shatawee Yaacob, 42, dibuat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil setelah gagal memberi keterangan atas pemilikan barangan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Harian, Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian di sini, pada jam 1.30 pagi, 14 April lalu.

Dalam serbuan itu, anggota polis menjumpai tiga unit pengecas komputer riba, 16 pengecas telefon bimbit, 10 pendrive, kamera digital, broadband dan dua telefon bimbit.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Bagaimanapun, pengakuan salah tertuduh ditolak mahkamah selepas mendapati ada percanggahan antara pengakuan itu dengan rayuan mitigasi yang dibuat Peguam bela, Mohd Ilyas Mohd Nor.

Mohd Fazaly Ali dalam penolakan itu berkata, mahkamah mendapati pengakuan tertuduh dibuat dengan syarat, sehubungan itu, mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes ini pada 16 Mei depan.

Selepas kedua-dua pihak menyatakan persetujuan, Mohd Fazaly Ali kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Sinar Harian

Dihukum denda kerana miliki barangan ragut

Posted: 17 Apr 2012 08:20 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang penghantar gas dikenakan hukuman denda RM7,000 atau lapan bulan penjara selepas mengaku bersalah memiliki barangan yang dilaporkan hilang dalam kejadian ragut di sini, Januari lalu.

Hukuman terhadap Wan Mohd Syazwan Wan Abdullah, 19, dibuat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana dengan niat memiliki harta curi iaitu kad pengenalan, Wan Rohayati Wan Hussin, Nur Farhana Mohamad Suhaimi dan pelbagai kad ATM serta lesen memandu milik mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Flat Bandar Baru Kubang Kerian di sini, pada jam 5.30 pagi, 17 Januari lalu.

Pada prosiding semalam, Wan Mohd Syazwan berdepan tuduhan asal meragut mangsa di Jalan Telipot di sini, pada jam 11.30 pagi, sehari sebelum barang kes ditemui bersama tertuduh.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya mengaku pada pertuduhan pilihan yang ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly sebelum menjatuhkan hukuman, menasihati tertuduh agar insaf atas perbuatannya itu serta tidak mengulangi jenayah sama pada masa hadapan.

"Saya berharap kamu insaf. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu mesti ingat, apa yang berlaku menyebabkan banyak air mata yang mengalir, ada yang mengalami fobia untuk menaiki motosikal sebab terjatuh dan tercedera kesan daripada kejadian ini," katanya.

Sinar Harian

Kes simbah asid jadi kes bunuh

Posted: 17 Apr 2012 08:16 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Polis menukar kertas siasatan kes mangsa samun dan simbah asid, S Rani, 46, kepada kes bunuh selepas wanita itu maut di Hospital Selayang, kelmarin.

Mangsa, seorang guru, mati akibat melecur teruk di muka, badan dan tangan.

Sejak kejadian pada 27 Mac lalu, dia dilaporkan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Beliau berkata, sebelum ini dua suspek lelaki, berumur 30-an, ditahan di Rawang dan Kuala Kubu Baharu.

"Suspek yang ditahan di Kuala Kubu Baharu masih direman manakala rakannya itu dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim berkata, siasatan kes masih diteruskan dan polis sedang mengumpul bukti kejadian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Rani maut, kira-kira jam 2 petang, selepas menderita 22 hari.

Insiden simbah asid itu berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sun Yook, Batu 17, Rawang.

Kejadian itu turut membabitkan tiga pelajar ketika mereka sedang menunggu bas, kira-kira jam 7 pagi.

Dua lelaki tidak dikenali menghampiri Rani dan meragutnya sebelum dia disimbah asid.

Pelajar terbabit hanya cedera ringan akibat terkena percikan simbahan asid selepas berlaku pergelutan antara Rani dan suspek.

Sinar Harian

Identiti mangsa bakar masih misteri

Posted: 17 Apr 2012 08:13 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KULIM - Identiti mayat wanita mangsa bunuh dan bakar di kawasan semak di Padang Serai, masih menjadi misteri kerana belum ada pihak tampil memberi maklumat atau mengecamnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata: "Saya minta sesiapa yang ada maklumat, kehilangan anggota keluarga atau mahu membuat pengecaman­ mayat agar segera hubungi polis."

Mereka boleh hubungi balai polis berhampiran atau Ketua Polis Daerah Kulim menerusi talian 04-4906222.

Sinar Harian kelmarin melaporkan penduduk di Taman Desa, Padang Serai, di sini gempar apabila polis menemui mayat seorang wanita, dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an, yang masih terbakar di dalam parit tidak jauh dari kawasan perumahan.

Mohd Zakaria juga meminta dua pemikat burung yang menghubungi polis untuk melaporkan tentang penemuan mayat tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Sinar Harian

Bayi buang tumor di usia 10 hari

Posted: 17 Apr 2012 07:52 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PULAI INDAH – Baru ­berusia 10 hari, seorang bayi ­lelaki dekat sini sudah menjalani pembedahan membuang ­tumor dan air di kepalanya yang mengembang akibat penyakit 'hydrocephaalus' atau kepala besar yang dihidapinya.

Ibu bayi berkenaan, Safiah Md Nasir, 30, dan suaminya, Jalalludin Omar, 36, redha ­dengan ketentuan apabila anak bongsunya dari lima beradik, Muhammad Akid Hazimi Jamaluddin lahir tidak seperti kanak-kanak lain.

Safiah berkata, bayinya yang baru berusia 10 hari itu sudah menjalani pembedahan membuang tumor dan air di kepalanya yang semakin mengembang di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Februari lalu.

Menurutnya, kepala anak­nya itu membesar sehingga berukuran lilit 46 sentimeter semasa dilahirkan, berbeza dengan bayi normal lain yang hanya bersaiz ukur lilit sekitar 35 sentimeter.

"Sebelum ini doktor ada memaklumkan yang anak saya tidak boleh hidup lama dan hanya boleh bertahan ­sekitar dua jam selepas dilahirkan ­berikutan tisu otaknya ­dipenuhi air.

"Namun kami hanya berserah kepada ALLAH SWT dan berdoa semoga anak kami sihat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pulai Indah, semalam.

Safiah berkata, dalam keadaan anaknya yang sakit, dia dan suami terpaksa berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur memandangkan setakat ini tiada sebarang ubat yang dibekalkan pihak hospital dan perlu menjalani rawatan secara berjadual termasuk di Hospital Melaka.

"Biarpun suami hanya bekerja sendiri dengan meng­usahakan bengkel kereta secara kecil-kecilan, namun kami tetap berusaha mengubati Muhammad Akid meskipun peluang melihat dia membesar dengan normal tipis.

"Alhamdulillah tidak ­sukar untuk menjaganya kerana dia tidak banyak menangis dan berharap orang ramai dapat mendoakan anak saya sembuh," katanya.

Katanya, doktor juga memaklumkan selepas ini anak mereka akan melalui beberapa lagi pembedahan ekoran terpaksa bergantung kepada tiub yang diletakkan di kepalanya.

Orang ramai yang ber­simpati terhadap nasib yang ­menimpa pasangan suami isteri dan berhasrat menghulurkan sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Maybank ke­luarga terbabit, 154026378067 atau hubungi Jalalludin menerusi talian 017-2266813.

Sinar Harian

Lima dicekup ceroboh hutan

Posted: 17 Apr 2012 07:50 PM PDT

26 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PUCHONG – Gara-gara menjalankan kerja tanah di Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH) Puchong tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan Selangor, lima pekerja syarikat kontraktor yang dilantik pemaju dicekup manakala empat jentera digunakan dirampas pihak berkuasa itu.

Difahamkan, kerja dijalankan pihak kontraktor dilantik pemaju itu bagi membuat lencongan arah aliran air dari HSAH supaya tidak mengalir ke kawasan perumahan di Bandar Puteri 9 yang sebelum ini pernah dilaporkan berlakunya kejadian tanah runtuh.

Sinar Harian turut dimaklumkan kontraktor yang menjalankan kerja itu mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Negeri.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Hutan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (Selangor), Mohd Yussainy Md Yusop berkata, kontraktor pemaju terbabit didapati menceroboh kawasan hutan tanpa kebenaran.

Menurutnya, ketika pihaknya tiba di lokasi kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, kontraktor pemaju didapati melakukan kerja tanah tanpa pengetahuan pihak jabatan.

"Mereka sudah menolak tanah dan menebang pokok dengan jarak 50 meter malah difahamkan sudah menanam culvert di bawah tanah.

"Kita arahkan kerja dihentikan serta-merta manakala semua mesin dan jentera digunakan disita," katanya pihaknya kesal kerana pelaksanaan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Jabatan Perhutanan yang menguruskan hutan simpan.

Beliau berkata, tindakan diambil dan disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana pihak berkenaan didapati melakukan beberapa kesalahan.

Antara kesalahan dilakukan katanya, termasuk di bawah Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara kerana memasuki hutan simpan tanpa kebenaran dan Seksyen 81 kerana menolak dan membersihkan kawasan tanpa kebenaran.

"Jika sabit kesalahan, pemaju berdepan tindakan denda sehingga RM500,000 atau penjara satu hingga 20 tahun. Semua yang ditahan hari ini (semalam) akan ditahan dan diambil keterangan.

"Saya sudah maklumkan kepada MPSJ tindakan diambil berdasarkan prosedur di bawah Akta Hutan Negara dan pihak kami akan membuat kertas makluman kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk tindakan lanjut," katanya.

Mohd Yussainy berkata, Jabatan Perhutanan kesal kerana hutan simpan menjadi mangsa untuk menyelesaikan masalah teknikal tanah yang timbul akibat pembangunan pesat.

Isu berkenaan katanya banyak berlaku di tempat lain dan ia juga berikutan ada kawasan tidak sewajarnya diluluskan dalam Pelan Kebenaran Merancang oleh majlis tetapi diluluskan sehingga akhirnya menyebabkannya masalah di kemudian hari.

"Apabila timbul isu, aliran air bawah tanah dan sungai dialihkan pula, perkara ini dipandang serius kerana kita tidak mahu hutan jadi mangsa keadaan," katanya.

Sinar Harian

PAS TAMBUN

Posted: 18 Apr 2012 01:16 AM PDT

PAS TAMBUN


Orang PAS Tambun dah sampai ke dataran merdeka

Posted: 17 Apr 2012 10:52 PM PDT

Wakil PAS Tambun Puan Kamisah dan Hj Mat Lazim telah sampai ke Dtaran Merdeka untuk bersama-sama merasaikan semangat mahasiswa menentang PTPTN, semoga semangat ini akan pemangkin anak muda di sana untuk meneruskan cita-cita mereka..

Posted: 17 Apr 2012 09:47 AM PDT


PASTAMBUN.BLOSPOT.COM 
SOKONG 100% 
BERSIH 3.0

WAJIB DATANG KE CERAMAH MEREKA MEMANG MAIN KOTOR

Posted: 17 Apr 2012 09:38 AM PDT


PETALING JAYA 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum akan datang.

Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto).

Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai "bakal pengundi" yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13. "Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya (yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada PRU-13," tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.

Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. "Saya tidak boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi mengundi pada PRU 13," katanya lagi.


Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu. Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan agensi-agensi persekutuan. Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000 pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain. Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal. Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan kemenangan BN].


Posted: 17 Apr 2012 09:34 AM PDT



PROGRAM YANG SAMA.. JANGAN KONFIUS.. 

CUMA MAT SABU JE DI PARIT..

Posted: 17 Apr 2012 09:31 AM PDT





SOKONG 100%

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Apr 2012 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Dapat juga saya jumpa Tok Guru – Bob Kuman

Posted: 17 Apr 2012 05:06 PM PDT


Harakahdaily, 18 Apr 2012

PETALING JAYA, 18 April: "Dapat juga saya jumpa Tok Guru," kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

"Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya," kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.

Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

"Saya tak minta," kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid (kanan).

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.

Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.

Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9644-dapat-juga-saya-jumpa-tok-guru-bob-kuman


Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

Posted: 17 Apr 2012 05:05 PM PDT



Harakahdaily, 17 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 16 April: Walaupun ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi beberapa insiden yang berlaku pada hari kejadian Mohd Nordin Ahmad Bakri meninggal dunia di depan pejabat Perdana Menteri amat mengecewakan rakyat.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.

Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

"Tidak mustahil, ia boleh melibatkan kejadian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di Pejabat Perdana Menteri termasuk YAB Perdana Menteri?," kata Taufek (gambar) dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Tegasnya, pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sewajarnya menjadi pejabat yang mempunyai kemudahan mesra rakyat di mana rakyat yang hadir untuk berjumpa beliau diberi keutamaan dan kemudahan yang sesuai.

"Apa yang boleh disimpulkan daripada kejadian ini Putrajaya yang dicanang sebagai pusat Petadbiran Negara yang canggih dan moden sebenarnya masih jauh ketinggalan dan perlu dilakukan transformasi segera," katanya.

Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

Beliau menuntut satu siasatan terperinci dijalankan oleh polis berdasarkan laporan polis yang telah dibuat di Putrajaya pada hari ini bagi memastikan kejadian sama dapat dielakkan dari berulang pada masa depan.

http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kematian-di-depan-pejabat-pm.html

Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

Posted: 17 Apr 2012 06:32 AM PDT


PENTAS WANITA

Bersama :

- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat

- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat

- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia

- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Tarikh : 22 April 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)

Semua dijemput hadir

Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi

Posted: 16 Apr 2012 10:54 PM PDT



CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0
Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942

Rembau Hari Ini

Posted: 17 Apr 2012 07:51 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

Posted: 17 Apr 2012 06:24 AM PDT


PENTAS WANITA

Bersama :

- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat

- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat

- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia

- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Tarikh : 22 April 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)

Semua dijemput hadir

Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi

Posted: 16 Apr 2012 10:58 PM PDT



CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0
Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942

Dr Azman Ibrahim

Posted: 17 Apr 2012 07:21 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


MUBAHALAH DALAM ISLAM

Posted: 17 Apr 2012 01:08 AM PDT


Susunan: Dr Azman Ibrahim

Dinukilkan beberapa petikan ayat-ayat al Quran, peristiwa dari sirah nabawiyyah dan pandangan-pandangan ulama' berkenaan mubahalah. Wallahu a'lam.

Makna Mubahalah dari sudut bahasa adalah saling Laknat melaknati. Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati.

DALIL MUBAHALAH
Firman Allah Surah Al-Imran : 61 yang bermaksud;
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta."

Sebab turunnya ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang Nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.

Dalam perdebatan itu, semua hujah-hujah Nasrani itu dijawab oleh Nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah tidak mempunyai hujah lagi.

Ibnu Kathir menyatakan, atas sebab inilah Allah menurunkan ayat 61 surah al Imran.

SYARAT-SYARAT MUBAHALAH
Melihat kepada asbab nuzul ayat ini, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian hujah dan ilmu  terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang boleh dihujahkan dengan keilmuan.

Firman Allah dalam Surah al Haj ayat 8:
Maksudnya;

"Ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah tanpa berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran"

Ketiga, hendaklah orang yang mengajak mubahalah itu dari kalangan orang yang dikenali sebagai ahli kebaikan dan ketaqwaan. Ini kerana, dalam mubahalah, ia mengandungi doa bersedia mendapat laknat. Doa orang yang bukan dari ahli taqwa dan kebaikan, tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Keempat, ia hendaklah dilakukan selepas kedua-dua belah pihak telah mendatangkan hujah masing-masing. Hujah itu pula, hendaklah hujah yang nyata dan jelas. Sekiranya mereka tetap berkeras atas pendapatnya yang kekal atas kesesatan, tanpa bersedia menerima kebenaran, maka baru boleh mengajak kepada mubahalah.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam Zad Al-Ma'ad:

"Sesungguhnya sunnah dalam berdebat golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah yang benar. mereka tetap tidak mahu kembali kepada kebenaran  malahan tetap dengan kedegilan, ajaklah mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan Mubahalah. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah"

Kelima, hendaklah mubahalah ini berlaku dalam perkara agama yang terlalu penting. Ia digunakan untuk menghasilkan kemaslahatan kepada Islam dan ummat Islam, atau menolak kerosakan terhadap Islam dan ummat Islam.

Imam Ibnu Qayyim dalam Syarh Qasidah  menyatakan;

"Tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan."

TIDAK DIGALAKKAN MUBAHALAH KECUALI DALAM PERKARA YANG SANGAT PENTING

Dalam memberi pandangan tentang Mubahalah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada berkata;
Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik dan  beragama serta mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang Nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah kepercayaan mereka, dan mereka adalah ahli hujah. Lantaran itu, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 61.
Melihat kepada perkataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja.

DUN CHINI

Posted: 17 Apr 2012 07:14 PM PDT

DUN CHINI


SPR PERLU DICABAR

Posted: 17 Apr 2012 12:14 AM PDT

Apakah jenis- jenis penipuan yang boleh dijangkakan di dalam Pilihanraya Umum akan datang? Setelah beberapa kajian dibuat dan disertakan dengan fakta dan bukti, di antara jenis-jenis penipuan yang dirancang dan sedang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Potong Nama Pemilih Tanpa Di Pamer Di Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat seramai 106, 255 pemilih awam yang dipotong nama dari Daftar Pemilih Induk tanpa di pamer. Mereka mungkin sudah mati, tetapi bagaimanakah untuk kita mengetahuinya kerana ianya tidak dipamerkan? Tidak mustahil sebenarnya mereka masih wujud.

2. Nama Ditambah Tanpa Dipamer.
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat 6,705 pemilih seluruh negara yang ditambah ke dalam Daftar Pemilih Induk tanpa dipamer.

3. Pemilih Yang Ramai Dalam Satu Alamat.

- MIMOS Bhd setelah membuat semakan audit, di dalam taklimatnya kepada PSC berkata terdapat kira-kira 200, 000 pengundi yang mencurigakan.

- Antaranya;

> 820 kes - 100 pengundi menggunakan satu alamat.

1259 kes - 51 - 100 pengundi satu alamat.

3254 kes - 21 - 50 pengundi satu alamat.

6002 kes - 11 - 20 pengundi satu alamat.

4. Pemilih Tiada Alamat.

- Terdapat 2, 425, 045 pemilih di seluruh negara yang langsung tiada alamat.

- Hanya ada lokaliti.

- Di khuatiri di sini terdapatnya `Pengundi Hantu'.

5. Penambahan Pemilih Secara Mendadak

- Subang (27, 765)

- Kapar (21, 606)

- Kuala Langat (17, 172)

- Selayang (16, 189)

- Gombak (15, 467)

- Gelang Patah (17, 356)

- Bukit Katil (16, 206)

- Hulu Selangor (15, 481)

- Pekan (18, 000)

6. Pindah Pemilih Dengan Alasan Perbetulkan Sempadan

- Terdapat 31, 294 pemilih di seluruh negara yang terlibat di dalam cara penipuan ini.

- Alasan yang diberikan ialah membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Penting untuk diketahui, apabila sesuatu lakaran baru dibuat ke atas kawasan pilihanraya, ianya bererti sempadanan semula kawasan pilihanraya telah berlaku,dan ianya mesti dilakukan melalui kelulusan di Parlimen 2/3 majoriti terlebih dahulu.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad mengatakan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 7, Akta Pilihanraya yang membenarkan SPR berbuat demikian. Terbukti beliau berbohong kerana ini melibatkan melukis semula sempadan kawasan Pilihanraya yang memerlukan kelulusan 2/3 Dewan Rakyat.

Membetulkan sempadan lokaliti dan Daerah Mengundi dibenarkan oleh Akta akan tetapi selagi ianya tidak melepasi sempadan kawasan Dun atau Parlimen. Disebut;

4. Prinsip-Prinsip Membelah Bahagi

4.6 Sempadan Bahagian Pilihanraya.

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk tujuan mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 Bahagian Pilihanraya yang berlainan"

7. Daftar Undi Pos Pemilih Berumur 30 Tahun Ke Atas

- Modus Operandi

- Suku ke 3 dipamer potong nama atas alasan masuk tentera/polis.

- Suku ke 4 diberi Kad Pengenalan Tentera.

- Kemudian diwartakan sebagai Tukar Alamat Tentera.

- Ada `Slash' "/" di dalam nombor Kad Pengenalan Tentera bermaksud mungkin boleh mengundi di dua kawasan.

8. Seluruh Kem Dipindahkan Kawasan Mengundi Ikut Suka
- Contoh, Pusat Bekalan Polis Shah Alam. Kedudukan dalam peta di DUN Seri Setia dan mengundi di Subang.

9. Daftarkan Pengundi Yang Memang Sedia Jadi Pemilih

- Suku Ke 4 2011 sahaja terdapat 1969 pengundi didaftarkan semula.

- Dipamerkan 1689 pengundi yang telah sedia berdaftar sebagai pengundi baru.

- Kemudian didaftarkan semula menggunakan "/" dihujung nombor Kad Pengenalan untuk membezakan no Kad Pengenalan asal agar boleh diterima masuk melalui sistem komputer.

- Kebanyakan ialah di dalam Pengundi Pos.

- Dikhuatiri oleh sebab tiada dipamer pemotongan di dalam Rang, maka akan dibiarkan status pengundi sah di dua tempat.

BAGAIMANA JADI BEGINI? SPR PERLU DICABAR
- SYSTEM - Kemungkinan ada System B yang ada akses kepada Database SPR melalui Remote Station.

- PROSEDUR - Jelas tidak diikuti. SPR buat ikut suka dan beri alasan untuk melepaskan diri.

- DATABASE - Daftar Pemilih SPR hilang kredibiliti dan perlu ada inkuari/Lembaga Siasatan Bebas.

WUJUD `TASK FORCED" BEROPERASI DI PEJABAT PM?

Pendedahan oleh Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar amat mengejutkan. Sehingga kini pihak kerajaan gagal menafikannnya secara jelas. Pakatan Rakyat menuntut Siasatan Bebas diadakan atas dakwaan YB Mahfuz ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan soal penipuan di dalam pilihanraya, lebih serius lagi melibatkan soal keselamatan negara. Bayangkan, bagaimana suatu hari nanti Pendatang Asing boleh menentukan dasar dan pemimpin negara ini.

JENTERA PARTI PERLU BEKERJA KUAT

Melihat kepada fakta yang diberikan di atas, secara lojiknya bukan mudah untuk kita menuju ke Putrajaya walaupun kita sedar sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat amat melonjak sekali. Di Pahang, sokongan peneroka Felda dan Orang Asal jauh berbeza dari PRU yang lalu.

Masyarakat bandar dan mana jua kawasan yang maju, Umno/Bn tidak usah bermimpi untuk beroleh sokongan. Sehubungan itu, semua jentera parti mesti bergerak dari sekarang dengan menjadikan apa jua maklumat tentang penipuan pilihanraya sebagai panduan. Paling penting, lakukan semakan dengan teliti pada Senarai Daftar Pengundi di kawasan masing-masing bagi mengenalpasti sebarang penipuan atau keraguan.

Petugas-petugas juga perlu dilantik untuk melakukan siasatan mengikut alamat di dalam Senarai Daftar Pemilih yang terkini sekiranya terdapat keraguan. Arahan dari Pengarah Pilihanraya Negeri atau Cabang dari masa ke semasa mesti dipatuhi

http://pkrnegeripahang.blogspot.com/2012/04/bagaimana-jadi-begini-spr-perlu-dicabar.html?spref=fb

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Apr 2012 07:10 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Siapa Sebenarnya Banyak Merampas Tanah Dan Hak Rakyat Sarawak?

Posted: 17 Apr 2012 04:29 AM PDT

Pemimpin PBB/BN Takut PAS?
Pemimpin PBB/BN amat takut sekali dengan kemunculan PAS di Sarawak sehingga tergamak mengatakan "Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua," kata Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dengan penuh semangat pada satu Majlis Muzakarah dan Penjelasan Isu-isu Semasa di Dewan Masyarakat Bekenu pada petang Ahad lalu dalam Utusan Borneo.

Bila masa pula PAS pernah merampas tanah dan hak orang Sarawak? Semua orang tahu yang paling banyak merampas tanah dan hak orang Sarawak adalah pemimpin BN dan mereka yang sekutu dengan mereka bukannya PAS. Janganlah kerana terlalu takut dengan PAS sehingga bercakap pun tidak tentu arah. Mengapa mesti takut dengan PAS? Ini Negara demokrasi sesiapa pun berhak untuk memilih pemimpin atau pemerintah yang mereka yakini benar, jujur dan adil. Biarlah rakyat yang menentukan nasib masa depan mereka bukannya pemimpin BN.

Kalau dulu mereka menghalang orang awam menggunakan Dewan Masyarakat Bekenu digunakan untuk program seminar bersama masyarakat setempat tetapi apabila mereka sendiri dengan jelas dan nyata menggunakan dewan tersebut untuk tujuan politik tidak pula kita mendengar ada pihak keselamatan menghalang program tersebut. Inilah Malaysia negaraku tercinta yang berkuasa mereka boleh lakukan apa saja demi kepentingan mereka dan rakyat terus dikongkong dari menyuarakan masalah mereka kepada pihak berkuasa.

Antara lain kata Ahmad Lai ""Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?" soalnya. Kalaulah orang yang mempunyai akal fikiran yang waras macam mana PAS hendak merampas negeri Sarawak kalau kita setakat dapat menawan Sibuti. Walaubagaimana pun jika ditakdirkan PAS memerintah Sarawak suatu hari nanti, Insyallah rakyat Sarawak akan hidup aman dan maju kehadapan berbanding dengan negeri lain dalam Malaysia.

Segala hasil galian dan sumber kekayaan negeri Sarawak akan dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, kalau PAS diberi peluang, mentadbirkan negeri Sarawak.

Biar apa pun pandangan buruk pemimpin BN terhadap PAS, kita akan tetap meneruskan perjuangan kita membebaskan rakyat dari terus terkongkong dalam minda yang sempit akibat terlalu lama diperintah oleh kerajaan BN sehingga rakyat sukar menerima pembaharuan.
Kita minta agar pemimpin PBB/BN bersikap professional apabila berhadapan dengan PAS dan janganlah bersikap seperti budak-budak dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal tanpa berpijak di bumi nyata.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK

English version
PBB/BN leaders Scared of PAS ?
PBB/BN leaders was very scared by the appearance of PAS in Sarawak until dare to say "This is our land and our rights, so no one can steal it from us all," said Member of Parliament for Sibuti, Ahmad Lai Bujang with enthusiasm at a ceremony of the Muzakarah and Explanation on current issues in Bekenu Community Hall on Sunday afternoon in the Borneo Post.

\When did PAS ever seize the land and the rights of Sarawak people? Everyone knows that the most seize the land and the rights of the Sarawak people are BN leaders and those who associate with them rather than PAS. Not because they are too afraid of PAS, until their talk is not aimlessly. Why must be afraid of PAS? This is a democratic country, anyone is entitled to choose a leader or government that they believe is true, honest and fair. Let the people who determine the fate of their future instead of BN leaders.

Before that they prevent the public using the Bekenu Community Hall is used for seminar program together with the locals community but when they themselves neither use it clearly and obviously using the hall for political purposes, nor have we heard the law enforcement force to stop the program. This is my beloved country Malaysia, the powerful they can do anything for their interests and the people continue to strictly control from expressing their problems to the authorities.

Among others, said Ahmad Lai "" Are the people of this country want to see Sarawak were seized in 13th GE later especially by PAS?"He asked. If those who have sound mind how PAS do be able to seize the State if we could only capture Sibuti. However, if PAS is destined to rule Sarawak one day, God Willing people of Sarawak will live in peace and move forward as compared to other states in Malaysia.

All mineral resources and wealth of Sarawak will be enjoyed by all people regardless of race, religion and political affiliation if PAS given the opportunity to administer the State.
Whatever the negative views of BN leaders against PAS we will continue our struggle to free the people from further confined in a narrow mind due to too long ruled by the BN government until the people could not accept the renewal.


We urge PBB/BN leaders to be professionals when dealing with PAS and do not acts like the kids with a statement that does not make sense without the toes all t

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Apr 2012 03:24 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


UMNO GAGAL DAN TERUS BEBAL BILA RASA DIRI KEBAL !

Posted: 17 Apr 2012 02:11 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, kepimpinan Umno gagal dalam membentuk sahsiah pemimpin mereka dengan ilmu dan sahsiah Islam kerana parti pemerintah itu hanya membentuk pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi.


Dalam satu kenyataan bertajuk "Surat Terbuka untuk Pejuang Melayu", Hadi menjelaskan, Islam yang ada pada Umno hanyalah sekadar agama, dan bukannya "al-Din" seperti yang dinyatakan al-Quran.

"Pendekatan semangat kebangsaan Melayu Umno sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Islam sekadar satu religion atau agama, bukan 'al-Din' yang dinyatakan oleh al-Quran.

"Umno tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sahsiah Islam, Umno hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti," tegasnya.

Tambah Hadi, kepimpinan itu menurut pemimpin Umno dianggap sebagai peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna.

"Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam," katanya.
"Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam,sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya, akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan Umno, bahkan jatuh terhumban bersamanya," tegasnya lagi.
"PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

"Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya," tambahnya.

Menurut Hadi, Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya.

"Tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

"Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita.

"Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua," tambahnya lagi.

"Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO," tegas Hadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa, individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, seperti yang diwar-warkan di media massa, mereka harus benar-benar ikhlas kerana Allah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia termasuk bangsa Melayu.

"Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu," tambahnya lagi.

ANTARA BURUK SIKU DENGAN BUSUK BAU LEMBU

Posted: 16 Apr 2012 11:39 PM PDT

Hari ini Menteri Pengajian Tinggi (Buat kenyataan macam Menteri sekolah rendah) cabar mahasiswa yang berdemontrasi mendesak Pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional(PTPTN) agar memulangkan semula wang pinjaman itu.
nama jer mengaji tinggi tapi perangai macam budak-budak, merajuk sikit marah sikit dan minta balik ...macam duit dia.
Mahasiswa yang masih bersih dari rasuah dan buruk maruah yang sedang menimba ilmu itu sanggup ditagin kembalikan wang tersebut yang bukan wang free. Wang Pinjaman! lagi sekali diulang ..Itu Wang Pinjaman yang dipinjam bukan biasiswa atau sumbangan yang tidak perlu dibayar!
Kalau nak adil Kerajaan BN perlu minta NFC pulangkan wang RM250 juta yang diberi oleh Kerajaan untuk menternak dan mengeluarkan banyak lembu untuk makanan negara.Kalau seorang penuntut perlu bayar yuran RM25,000 atau hingga RM50,000 seorang maka jika penuntut terlibat seramai 5,000 orang (andaian) maka jumlah kos terlibat baru lebihkurang RM125,000,000 (5,000 penuntut bagi kos RM25,000) atau RM250,000,000 (5,000 penuntut jika kos RM50,000 eorang).

Jika kita bandingkan dengan Projek NFC keluarga Shahrizat yang memakan kos RM250,000,000 hanya untuk tak sampai 5 orang.

UMNO KEHILANGAN 1 DUN ! HANCUR BN

Posted: 16 Apr 2012 05:46 PM PDT

Datuk Syed Sobri Syed Hashim

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.

"Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat," katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam)," katanya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Apr 2012 03:18 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PRESIDEN : UMNO GAGAL LAHIR PEMIMPIN BERSAHSIAH...APA KATE UMNO?

Posted: 16 Apr 2012 11:10 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, kepimpinan Umno gagal dalam membentuk sahsiah pemimpin mereka dengan ilmu dan sahsiah Islam kerana parti pemerintah itu hanya membentuk pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi.


Dalam satu kenyataan bertajuk "Surat Terbuka untuk Pejuang Melayu", Hadi menjelaskan, Islam yang ada pada Umno hanyalah sekadar agama, dan bukannya "al-Din" seperti yang dinyatakan al-Quran.

"Pendekatan semangat kebangsaan Melayu Umno sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Islam sekadar satu religion atau agama, bukan 'al-Din' yang dinyatakan oleh al-Quran.

"Umno tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sahsiah Islam, Umno hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti," tegasnya.

Tambah Hadi, kepimpinan itu menurut pemimpin Umno dianggap sebagai peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna.

"Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam," katanya.
"Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam,sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya, akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan Umno, bahkan jatuh terhumban bersamanya," tegasnya lagi.
"PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

"Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya," tambahnya.

Menurut Hadi, Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya.

"Tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

"Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita.

"Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua," tambahnya lagi.

"Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO," tegas Hadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa, individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, seperti yang diwar-warkan di media massa, mereka harus benar-benar ikhlas kerana Allah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia termasuk bangsa Melayu.

"Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu," tambahnya lagi.

UNIVERSITI DATARAN SUDAH DIBENTUK... TAHNIAH!!!

Posted: 16 Apr 2012 07:15 PM PDT


(gambar yang dirakam jam 10.10 pagi tadi...so korang agak le dari mane)

Universiti Dataran juga telah dibentuk. Pelbagai acara dan kelas telah diadakan bermula jam 6.00 ptg semalam.

Suasana hari ke-4 Perkhemahan tuntutan Mahasiswa anak muda mengenai pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN semakin meriah.


Semakin ramai yang hadir memberi sokongan dan dokongan. Walaupun sebelumnya beberapa buah khemah dan makanan telah dirampas oleh DBKL, namun sebaliknya, khemah dan makanan semakin bertambah atas sumbangan dari orang ramai.

Tahniah kepada semua. Teruskan perjuangan tegakkan pendirian.

RANG UNDANG2 PTPTN DIBENTANG OLEH NAJIB PADA 1997 :DSAI

Posted: 16 Apr 2012 06:55 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.
"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.
"Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997," jelas dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blog milik Anwar.

Sedangkan Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
"Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa skim pinjaman PTPTN diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.
"Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa," katanya dipetik Bernama.

PR telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.
Pakar strategi PR berkata bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.

Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.

Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan mana ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 17 Apr 2012 01:23 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


MALAYSIA KE ARAH NEGARA MUFLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO BN

Posted: 16 Apr 2012 04:43 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussianmenyatakan, dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan, dan menunaikan tiga janjimereka adalah satu tuduhan jahat dan langsung tidak berfakta.
Sebenarnya Umno-BN perlu faham bahawa perkara yang menyumbangkepada negara muflis adalah disebabkan pembaziran melampau, pengurusan tidaktelus  dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka. 
Beliau menyatakan bahawa pentadbiran Umno-BN sepatutnyamengambil iktibar daripada cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.
Di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat  pengurusan lebihtelus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Memetik ucapan beliau,
"Di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sepertiSkim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untukrakyat tidak menjadikan negeri itu muflis.
"Di Kedah pula, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menurunkan cukaitanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus.
Tegasnya, janji yang ditawarkan Pakatan, antaranya gaji minimaRM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), tidak akan merugikan negara.
 "Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuahdan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapatberkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,"jelasnya.
Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa,keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarangkurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiransemakin tinggi.
 "Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa merekabukanlah pemerintah yang baik.
"Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perludigantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebihbaik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara," katanya

Hakikat Menyayat Hati Kesan Politik Durjana Umno Terhadap Orang Melayu

Posted: 16 Apr 2012 04:40 PM PDT

Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus dikalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya partipolitik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinanpolitik atau agama.

Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu.Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerimasistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapakerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya partiberteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut,kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.

Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dansokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bilamanakita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerimaperbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.  Andainya iniditerjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggapdemikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujudkelompok- kelompok yang berbeza.

Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalauperbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaanmeluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yangmemperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yangmemperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnyamasalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.

Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkaranormal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu,al Quran menjelaskan:

"Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang adadimuka bumi ini untuk menyatukan hari hati  manusia, kamu TIDAK akan dapatmenyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka." (Surah Al-Anfal ayat 63)

Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilaiuniversal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana inibukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa  Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang bolehditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (aqidah) keranamanusia boleh memilihnya.

Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana iadibina di atas keyakinan seseorang.

Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan dikalangan masyarakat agar Islam diketahui  dan difahami dengan sebenarnya.Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yangbersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.

Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, keranayang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Iniadalah perkara normal  di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidakakan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya.

Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihatsekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah, manakala golonganyang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehinggaianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang palingmenyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang merekaingin bela.

Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahandi kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malasdan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa,masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.

Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dariRaja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawaidaerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.

Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkanCina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinannegara.

Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagalmengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PASsebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dansemakin jatuh berpunca dari DAP.

Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterimaoleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno dimedia perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikirsejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 17 Apr 2012 01:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 17 Apr 2012 12:38 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Александр Сибиряков
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (495) 661-6100
Web: www.future-adv.ru

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 17 Apr 2012 01:08 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Bersih 3.0 : Amaran Rakyat kepada BN

Posted: 17 Apr 2012 07:43 AM PDT

Presiden PAS kerah ahli lengkapkan 500,000 'duduk bantah' Bersih 3.0

Presiden PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang (kanan) hari ini mengerahkan ahli partinya dari seluruh negara melengkapkan mobilisasi 500,000 rakyat Malaysia ke himpunan aman Bersih 3.0 ini pada 28 April ini.

Beliau berkata, Bersih 3.0 wajar dilancarkan memandangkan kerajaan pusat hari ini dilihat enggan melunaskan 8 tuntutan Bersih 2.0 bagi mereformasi sistem pilihan raya.
"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan," ujarnya di Harakahdaily.net.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerajaan pusat sepatutnya tidak menolak laporan minor Pakatan Rakyat, termasuk berkaitan daftar pemilih yang meragukan dan akses media yang tidak bebas.
Akibat dari itu, beliau berkata, rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil dalam proses pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada Jun ini.
"Walaupun kerajaan menubuhkan jawatankuasa (PSC) task force parlimen, apa yang sangat mendukacitakan, pilihan raya boleh diumum bila-bila masa walaupun tuntutan (syor) yang dibuat belum ditunaikan," katanya di parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan PAS terhadap himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini anjuran Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut disokong 84 NGO.
Himpunan tersebut akan diadakan bermula jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka.
"Mereka juga tidak menghormati pandangan-pandangan yang berhujah dengan menggunakan pandangan majoriti tanpa hujah yang kuat.
"Ini bukan cara demokrasi yang adil," kata presiden PAS itu.

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Apr 2012 11:47 AM PDT

Batu Gajah Mari


TERKINI....PANAS... MELETOP...!!

Posted: 17 Apr 2012 10:00 AM PDT



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Apr 2012 09:27 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

Posted: 17 Apr 2012 06:21 AM PDT


PENTAS WANITA

Bersama :

- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat

- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat

- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia

- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Tarikh : 22 April 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)

Semua dijemput hadir

'PTPTN supaya pemodal dapat meniaga kolej'

Posted: 17 Apr 2012 12:12 AM PDT


Apr 17, 2012

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa kerajaan mahu mengekalkan kebergantungan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 'melindungi' kepentingan "pemodal" yang mahu membina kolej kediaman bagi tujuan perniagaan.

Justeru itu, Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma PSM, R Karthiges berkata "tindakan kasar" Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pelajar yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka diambil kerana pendidikan percuma dianggap sebagai ancaman kepada amalan kapitalisme.

"Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan terhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan.

"Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?" soal pemimpin parti berhaluan kiri itu.

Karthiges juga mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa memberikan reaksi keterlaluan terhadap pengumuman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untk memansuhkan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya.

"Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan apabila pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera," katanya dalam kenyataan semalam.

http://malaysiakini.com/news/195220


Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap

Posted: 17 Apr 2012 12:11 AM PDT



Sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan didakwa 'merompak' wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah 'debit' daripada akaun pelajar secara paksa.

Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.

Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.

Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.

Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.

"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.

"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang 'tambahan' yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.

Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.

"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.

Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.

Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.

Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.

"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.

26 Januari 2012

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kolej-swasta-rompak-ptptn-pelajar-secara-senyap-1.20309

Graduan kelas pertama kekal berhutang dengan PTPTN

Posted: 17 Apr 2012 12:11 AM PDT

April 17, 2012

KUALA LUMPUR: Graduan kelas pertama masih kekal berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dari DAP hari ini membangkitkan kes 8,000 graduan institusi pengajian tinggi yang tidak dikecualikan dari membayar hutang.

"Sejak 1997 hingga Julai 2005, pinjaman mahasiswa kelas pertama ditukarkan kepada biasiswa.

"Mengapa pula sejak Julai hingga 2010, mereka tak dapat taraf biasiswa?," soal Nga yang juga setiausaha DAP Perak semasa sidang media di Parlimen pagi tadi.

Nga turut mempersoalkan sebab di sebalik layanan tidak adil terhadap para graduan tersebut.

"Adakah ia kerana sijil mereka palsu atau adakah ia kerana pilih kasih?"

Nga akan menyerahkan memorandum setebal 600 muka surat kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Sri Khaled Nordin.

Memorandum tersebut mengandungi bukti bahawa mahasiswa tersebut adalah sebenarnya graduan kelas pertama.

Dalam perkembangan berkaitan Nga turut meminta kerajaan mempertimbangkan agar faedah 3% yang dikenakan sekarang dimansuhkan untuk membantu meringankan beban kos graduan lepasan universiti yang baru menamatkan pengajian mereka.

Beliau turut menyeru agar Khalid melawat dan mendengar rintihan mahasiswa yang berdemonstrasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang yang mewakili kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan' Khalid wajar melawat pelajar di Dataran Merdeka untuk mengetahui isu-isu mahasiswa," kata Nga.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/17/graduan-kelas-pertama-kekal-berhutang-dengan-ptptn/

Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi

Posted: 16 Apr 2012 10:51 PM PDT



CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0
Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942

Pemuda Guchil

Posted: 17 Apr 2012 09:21 AM PDT

Pemuda Guchil


Suhakam: Pengganti ISA dialu-alukan, tapi perlu kajian semula

Posted: 16 Apr 2012 06:03 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Apr 2012 09:19 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kronolgi Pencalonan Kerusi Presiden Mesir Ikhwan Muslimin

Posted: 17 Apr 2012 09:01 AM PDT

8 April 2012: Jam 12 tengah hari tadi, tempoh pencalonan bagi Presiden Mesir ditutup secara rasmi. Hingga kini, terdapat 30 calon menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding. Pagi tadi, Presiden FJP, Dr.Mohammad Mursi menyerahkan borang pencalonan sebagai "calon simpanan" kepada calon mereka yang sedia ada, Ir.Khairat Shatir. Sebelum itu, pagi tadi peguam Ikhwan Muslimin, Abdul Mun'im Abdul Maqsud menerima ugutan melalui telefon bimbitnya yang menyebabkan beliau terpaksa meminta kawalan keselamatan diperketat di bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden.

9 April 2012: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 mengumumkan sehingga tempoh pencalonan jawatan tersebut ditutup jam 12 tengah hari semalam, seramai 23 orang calon mengemukakan pencalonan. Hari terakhir, seramai 7 calon menyerahkan borang mereka termasuk Dr.Mohammad Mursi, Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sebagai "calon simpanan" kpd Ir.Khairat Shatir. Selama 2 hari akan dibuka bagi tempoh bantahan. Beberapa kumpulan politik menyeru rakyat membuat bantahan besar-besaran terhadap pencalonan bekas org kanan Mubarak, Omar Suleiman. Dalam tempoh bantahan ini, pihak Jawatankuasa Pilihanraya berhak membatalkan mana-mana pencalonan yg dirasakan munasabah berdasarkan aduan dan bukti bantahan yg dikemuka.

11 April 2012: Mesir berhadapan suasana politik paling gawat ketika ini selepas revolusi apabila sekurang2nya tiga calon fulul, org kanan Mubarak dicalonkan sbg Presiden Mesir. Mereka ialah Omar Suleiman (bekas Naib Presiden dan Ketua Perisikan Mesir yg banyak membantu Israel menghapuskan Hamas dan Ikhwan), Ahmed Syafiq (bekas PM) dan Amru Musa (bekas SU Agung LIGA ARAB dan Menteri Luar zaman Mubarak). Jika menang salah seorg dari mereka, maka tiada makna revolusi yg berlaku dan akan membawa Mesir kembali ke zaman kegelapan. Untuk itu, "JUMAAT MEMELIHARA REVOLUSI" dianjurkan bagi mengumpul jutaan rakyat di TAHRIR pd 13 April ini. Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin, Dr.Mahmud Husein mengumumkan penyertaan Ikhwan dalam himpunan tersebut.

13 April 2012: Dr.Abdul Munim Abul Futuh, bekas anggota Maktab Irsyad dan Majlis Syura 'Am Ikhwan Muslimin. Beliau mendapat didikan secara langsung dalam madrasah Ikhwan. Pernah menitiskan air mata ketika Khairat Shatir dihukum penjara oleh Mubarak tahun 2006 dulu. Malangnya, beliau melanggar keputusan Syura Ikhwan setahun lalu yang melarang mana-mana ahli Ikhwan mencalonkan diri sebagai Presiden Mesir. Cuma saya kagum dengan tarbiyah Ikhwan, sekalipun dipecat dan dibuang dari Ikhwan, ukhuwah mereka tetap seperti dulu. Demi Allah! Selepas beliau dipecat, tidak pernah saya dengar sepatah ucapan dari mulut Abul Futuh menghentam Ikhwan Muslimin dan memaki hamun Mursyidul Amnya atau mendedahkan aib mana-mana anggota Maktab Irsyad ekoran rasa tidak puas hati atas pemecatan beliau! Apa yang beliau ucap masa berkempen hanya berkaitan manifesto beliau jika dipilih..Memang benar kata anggota Ikhwan: "ABUL FUTUH TELAH KELUAR DARI IKHWAN, AKAN TAPI BELIAU TIDAK PERNAH KELUAR DARI HATI-HATI KAMI"..Semoga ALLAH merahmati Imam Hasan Banna yang mengajar erti ukhuwah yg hakiki ini:

Gambar beliau sedang memeluk erat Mursyidul Am Dr.Mohd Bad'ie:


"SABAR KELUARGA SHATIR"..Khairat Shatir ditangkap di bawah pemerintahan Mubarak sbyk 2 kali, pertama pd tahun 1995 dan dikenakan penjara selama 5 tahun dan kali kedua pd tahun 2004 dan dipenjara selama 7 tahun serta syarikat dan perusahan miliknya disita. Sepanjang dipenjara, Shatir menyambut 21 kali hari raya dalam jeriji besi dan 8 anak perempuannya melangsungkan perkahwinan tanpa kehadirannya serta kelahiran 15 cucu juga tanpa kehadirannya!

"Sabarnya mereka..Akhirnya kesabaran mereka dibalas oleh Allah":


15 April 2012: TERKINI: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memutuskan untuk menyingkir 10 orang calon Presiden,antara mereka ialah Omar Suleiman (bekas Timbalan Presiden Mesir dan fulul Mubarak) yang tidak dpt menyempurnakan 1,000 tandatangan lagi di salah sebuah muhafazah. Turut disingkirkan ialah Ir.Khairat Shatir (calon Ikhwan Muslimin), Syeikh Hazim Abu Ismail, Aiman Nur dan Murtadha Mansur.
Ahli Parlimen Iskandariah dari FJP yg juga pakar undang2, Subhi Soleh: Ikhwan Muslimin dan FJP akan mengemukakan bantahan dlm masa terdekat atas keputusan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden yg menyingkirkan Naib Mursyidul 'Am, Khairat Shatir. Calon simpanan sblm ini, Dr.Mohammad Mursi (Presiden FJP) hanya akan diumum sbg calon Ikhwan Muslimin yg sah selepas proses bantahan bg Shatir ditakdirkan menemui kegagalan. Utk mkluman, calon2 yg disingkir ini berhak mengemukakan bantahan dlm tempoh 48 jam
Dalam peraturan Pilihanraya Presiden Mesir, seseorg calon yg mahu menyerahkan pencalonan perlu memperolehi lebih 30 tandatangan daripada mana2 Ahli Parlimen Mesir ATAU perlu mendapat lebih 30,000 tandatangan pengundi dari 15 wilayah. Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir memaklumkan sbb penyingkiran 10 calon daripada 23 calon yg mengemukakan pencalonan mereka kerana tidak lengkap syarat2 tersebu...t:
1) Omar Suleiman: Tidak mencukupi 1,000 tandatangan rakyat dari 15 wilayah dan Suleiman hanya mendapat tandatangan rakyat dari 14 wilayah sahaja.
2) Khairat Shatir dan Aiman Nour: Kes mahkamah yg dihadapi.
3) Syeikh Hazim Abu Ismail: Ibunya dikatakan memiliki status kewarganegaraan Amerika walaupun dua hari lalu mahkamah memutuskan ibunya seorg warga Mesir.
Khairat Shatir dalam himpunan rakyat di Matoriah, Kaherah malam ini: "Segala perancangan dan manifesto yg saya kemukakan tidak berkait dgn peribadi saya. Maka kita bersedia menyokong Mursi (Dr.Mohammad Mursi Presiden FJP) jika nama saya dipadamkan dari senarai calon yg akan bertanding"
Murtadha Mansour adalah seorg drpd 10 calon yg ditolak pencalonannya sbg Presiden Mesir. Mansour disabitkan dgn kes mahkamah yg berjalan ketika ini apabila dia dituduh sbg perancang serangan perusuh2 di Tahrir pd 2 dan 3 Februari 2011. Perusuh2 trsebut diupah bertujuan rakyat dpt mengosongkan Tahrir dr tunjuk perasaan anti-Mubarak. Yg menariknya, beberapa jam selepas pencalonannya ditolak tadi, Mansour terpaksa mengaku yg dia bukan perancang serangan trsebut, katanya perancang sebenar ialah Musyir Tantawi, Ketua Pemerintah Tentera Mesir skrg!!! Jelas bukan, siapa pihak tentera sebenarnya?
Lajnah Guaman FJP dan Ikhwan Muslimin: Kami telah berkali2 bermesyuarat tentang kedudukan Khairat Shatir sblm ini bagi memastikan beliau dapat bertanding mengikut lunas undang2.

Fakta kes: Pihak tentera telah memberikan pengampunan kpd Shatir terhadap kes "rekaan palsu" pd zaman Mubarak iaitu tuduhan Shatir terlibat dgn gerakan yg diharamkan disisi kerajaan. Tapi, seorang Ahli Parlimen berhaluan kiri berideologi Komunis, Aboul 'Eiz Hariri yg juga calon Presiden Mesir (gambar) mengemukakan bantahan terhadap pengampunan yg diberikan oleh tentera kpd Shatir.Apa motifnya? Hanya satu bg pencalonan Shatir dibatalkan..
Mari mengenali Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012. Jawatankuasa ini dianggotai oleh hakim-hakim mahkamah seluruh Mesir.Lima drpd mereka yg paling bermasalah.
1) Pengerusi jawatankuasa ini diketuai oleh Farouq Sultan (gambar).Sultan adalah hakim di mahkamah tentera yg dipindah bertugas sbg hakim mahkamah awam. Bertanggungjwb mengeluarkan perintah utk membekukan aktiviti kesatuan2 spt Ju...rutera, Doktor yg aktif bersama2 Ikhwan Muslimin sblm ini.
2) Hatim Bagato, Setiausaha bg jawatankuasa ini. Ibunya mempunyai pertalian darah dgn ibu seorg calon Presiden Mesir, Amru Musa yg dikenali sbg "org kuat Mubarak". Musa pernah dilantik sbg Menteri Luar dan Setiausaha Agung Liga Arab.
3)Mustasyar Madbuli: Antara bekas ahli jawatankuasa SPR yg mengendali pilihanraya paling kotor dlm sejarah Mesir tahun 2010.
4) Mustasyar Khafagi: Hakim yg terlibat menjatuhkan hukuman penjara kpd tokoh pembangkang, Aiman Nour.
5)Abdul Mu'izz Ibrahim: Bekas Pengerusi SPR bg Pilihanraya Parlimen Mesir lalu, hakim yg bertanggungjwb membebaskan warga Amerika dr tuduhan "menyalurkan dana asing" kpd lebih 100 NGO haram bertujuan menghuru-harakan Mesir.Lihat seterusnya..
Lajnah Guaman Ikhwan Muslimin: Khairat Shatir akan kemukakan rayuan esok, Isnin dan "calon simpanan" Dr.Mohammad Mursi masih kekal di posisi simpanan hingga keputusan rayuan kelak tidak berpihak kpd Shatir.
Jawatankuasa Pilihanraya: Omar Suleiman (calon fulul dan bekas Naib Presiden kpd Mubarak) mgkin akan diterima pencalonannya jika dia berjaya menyempurnakan baki 1,000 lagi tandatangan pengundi... di mana2 muhafazah. Ini kerana faktor pencalonan Suleiman ditolak hanya teknikal iaitu kekurangan 1,000 tandatangan pengundi dari 14 muhafazah, bercanggah dgn syarat2 pilihanraya iaitu seseorg calon mesti mendapat tandatangan dari 30 Ahli Parlimen ATAU 30 ribu pengundi dari 15 muhafazah.Ini bermakna, pencalonannya ditolak bukan atas faktor dirinya adalah calon pro-Mubarak.
16 April 2012: Apabila rakyat Mesir terutama pengundi yg memberikan undi bg parti Ikhwan, FJP dlm pilihanraya lalu merungut, "Ikhwan ni dah dapat majoriti kerusi di Parlimen pun,tak boleh bentuk kerajaan lagi..Krisis petrol,diesel,terbaru letupan kilang minyak..semua ni bukti kegagalan Ikhwan yg menguasai Parlimen. Menyesal kami mengundi Ikhwan!!" Ayat inilah yg dimahukan oleh musuh politik Ikhwan termasuk Majli...s Tentera. Walaupun sebenarnya Majlis Tentera yg menolak cdgn penubuhan kerajaan baru yg diketuai oleh FJP. Ikhwan sudah lama mahu membentuk "Kerajaan Perpaduan" yg dianggotai oleh semua wakil2 parti politik tp PM mesti drpd FJP kerana mempunyai jumlah kerusi yg banyak..Tapi rakyat bawahan terus keliru..Lihat seterusnya..
17 April 2012: Selepas tamat tempoh bantahan 48 jam yg diberikan kpd 10 calon yg disingkirkan, hanya 5 org calon yg mengemukakan bantahan bg dicalon semula. Tidak tersenarai dlm calon ini ialah calon fulul Mubarak dan disokong kuat Israel, Omar Suleiman.

Kenyataan rasmi Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir bertarikh 16 April 2011

-Jawatankuasa pada hari ini menerima bantahan daripada mereka yang berikut:
1) Muhammad Hazim Solah Abu Ismail
2) Aiman Abdul 'Aziz Nur
3) Muhammad Khairat Shatir
4) Murtadha Ahmed Mohammed Mansur
5) Ahmed Mohammad 'Iwadh 'Ali
-Jawatankuasa memutuskan untuk menetapkan hari Selasa bersamaan 17 April 2012 sebagai keputusan bagi bantahan tersebut
Kedudukan Khairat Shatir, Hazim Abu Ismail dan 3 org calon yg lain akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir beberapa jam lagi hari ini selepas mereka mengemukakan rayuan terhadap jawatankuasa tersebut. Hanya 5 org drpd 10 calon yg disingkir mengemukakan rayuan selepas tempoh 48 jam tamat semalam
Lima orang pakar undang2 Mesir selesai mengemukakan hujah bagi menggugurkan penyingkiran Khairat Shatir sbg calon Presiden Mesir bersama2 rayuan Shatir yg diserahkan oleh peguamnya, Abdul Munim Abdul Maqsud kpd Jawatankuasa Pilihanraya Presiden. Mereka ialah tiga pakar undang2 iaitu Dr.Atif Al-Banna, Dr.Kamal Mendur dan Nabil AbdusSalam, Subhi Soleh (wakil Jawatankuasa Perundangan di Dewan Rakyat)... dan Nasir El-Hefi (Bendahari Kesatuan Peguam-peguam Mesir dan Ahli Parlimen).
Menurut Mukhtar El-'Isyri Pengerusi Lajnah Guaman Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), terdapat 13 org pakar undang2 turut berada di pejabat Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bg menyokong Shatir dan hanya 5 org drpd mereka dibenar mengemukakan hujah mempertahankan Shatir dari segi undang2. Beliau percaya dgn hujah yg kukuh diberikan oleh 5 wakil tersebut, jawatankuasa akan membatalkan penyingkiran Shatir.
Laporan tidak rasmi dilaporkan Ikhwanonline.com: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 menerima rayuan yg dikemukakan oleh calon Ikhwan Muslimin, Khairat Shatir..

Tuduh PAS Sesat – Us Azman Shapawi, Us Nasarudin Daud Bidas UMNO

Posted: 16 Apr 2012 07:59 PM PDT

Fasy: Farti Ajaran S'esyat": Eja Pun Salah, Ada Hati Nak Tuduh Orang Sesat

Sura, 16.4.2012: Kecelaruan UMNO semakin terserlah apabila terpaksa mengadakan satu wacana yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. Paling memalukan, ketika mereka cuba menghebahkan program tersebut, banner yang dicetak dalam tulisan jawi (mungkin bertujuan menunjukkan ke'islam'an UMNO) memakan diri sendiri apabila ejaan yang dibuat penuh dengan kesilapan.

Al-Fadhil Us Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dalam satu ceramah di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin memulakan ceramah beliau dengan mengulas tuduhan pelik UMNO tersebut. PAS apabila memenangi pilihan raya 1999 menguatkuasakan undanag-undang hudud, qisas dan takzir boleh dituduh sesat oleh UMNO.

PAS telah melalui pelbagi tuduhan oleh UMNO sehingga pernah dituduh lebih jahat daripada komunis. Bahkan, beliau juga turut menyebut peristiwa pembunuhan As-Syahid Ibrahim Libya dengan pelbagai tuduhan palsu yang dilemparkan bagi menghalalkan tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak yang terlibat.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengulas mengenai isu PTPTN dan pemotongan pinjaman Yayasan Terengganu yang melibatkan 9 mahasiswa di Mesir.


Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Us Nasaruddin Daud turut menyifatkan tuduhan UMNO itu sangat pelik.

" Adakah orang yang ikut Al-Quran itu sesat" soal beliau

" Yang sesat orang lawan hukum Allah. Allah berfirman: " sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul, maka mereka sesat dengan kesesatan yang amat jelas dan nyata". Ini yang dinyatakan oleh Allah. Tiba-tiba mereka kata kita sesat. Mereka sesat tetapi mereka kata kita sesat"

Kemudian, beliau membuat satu perumpaan menarik sebagai bandingan terhadap kenyataan pemimpin UMNO itu.

" Memang orang gila tidak akan mengaku dia gila. Dia kata kita gila. Pernah ada orang gila duk ngail dalam baldi. Bila orang tengok dia ngail dalam baldi, orang yang tidak gila tanya: mu main dalam baldi tu ada ikan ke? Dia (orang gila) tu jawab: mana ada ikan. Mu ni gila. UMNO serupa macam orang gila yang ngail dalam baldilah"

Kehadiran beliau ke Dungun kali ini turut mengulas beberapa isu nasional dan isu negeri Kelantan termasuk isu Petroleum.

Genap 8 Tahun Syahidnya Syeikh Rantisi

Posted: 16 Apr 2012 07:41 PM PDT


Pada 17 April 2004, pulanglah seorang syahid menemui Kekasih yang didambakan. Kita sering tercari-cari siapakah di kalangan manusia pada hari ini yang pantas dijadikan contoh ikutan dalam perjuangan menegakkan kalimah al-Haq. Insan yang pernah memiliki sifat-sifat ini ialah as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

Pada 17 April 2012 ini genaplah 8 tahun as-Syahid meninggalkan kita semua.

Beliau dibedil oleh helikopter Apache Zionis Israel dengan peluru berpandu Hellfire yang juga telah mengambil nyawa as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dua puluh enam hari lebih awal.

Sebelum kakinya melangkah keluar dari rumah kerana menziarahi keluarga selepas waktu Isya, beliau dengan hati penuh harap berkata, "Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgamu, ya Allah. Inilah puncak harapanku.."


Tidak beberapa langkah dia meninggalkan rumah, kedengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh as-Syahid. "Ia adalah kematian samada dengan pembunuhan atau barah. Tidak ada yang berubah samada dengan Apache atau sakit jantung. Dan aku memilih Apache"

Bukti bahawa as-Syahid gembira dengan anugerah ini tergambar dari senyuman yang menguntum dari bibirnya dan darah yang terus mengalir setelah 24 jam beliau syahid yang menghamburkan bau harum kasturi. Semua yang hadir menziarahi jenazah as-Syahid yang mulia melihat kebesaran Allah dan benarnya janji Allah dan rasulNya. "Jangan kamu menyangka mereka yang mati syahid itu mati, bahkan mereka hidup dan diberi rezeki, hanya kamu tidak mengetahuinya."

Pendirian As-Syahid Abdul Aziz Rantisi terhadap perjuangan, cintanya terhadap tanah-airnya bumi Palestin dan Baitul Maqdis yang suci telah sedia kita maklumi. Dia mengabdikan seluruh hidupnya untuk jihad dan untuk al-Quds. Inilah yang digambarkan oleh isteri as-syahid Ummu Muhammad, beliau adalah gambaran ayat Allah 'Sesungguhnya tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Dia.'

Sebagaimana juga as-Syahid syeikh Ahmad Yasin yang mendahului beliau, Israel tidak pernah merasa aman dengan beliau yang tidak pernah mengenal erti mengalah dan lemah.

Tidak seperti pemimpin-pemimpin Palestin sekular yang siap untuk menggadaikan prinsip dan tanah air atas nama rundingan damai, As-Syahid Abdul Aziz Rantisi tidak pernah berganjak dari keyakinan bahawa bumi Palestin tidak mungkin ditukar ganti dengan apapun. Pilihan yang ada pada Israel hanya satu iaitu keluar dari bumi Palestin yang mereka jajah dan kembalikan hak rakyat Palestin yang mereka rampas. Jika mereka gagal untuk melakukan ini maka bersedialah untuk berhadapan dengan api jihad yang akan terus bersemarak membakar jiwa-jiwa para mukmin sehingga akhir.

Hasrat Zionis untuk melihat lumpuhnya HAMAS dengan terbunuhnya dua pemimpin utama dalam selang 4 minggu meleset sama sekali. Bahkan kematian dua tokoh ini menyuburkan lagi jihad di bumi Palestin dan kini setelah enam tahun kedua mereka meninggalkan kita, Palestin terus berdiri teguh berhadapan dengan segala macam kekuatan yang ditalakan dunia ke atas mereka.

Bukan sahaja mereka diperangi oleh senjata-senjata terkini bahkan mereka dikepung dan di kelilingi oleh tembok-tembok kematian serta dikhianati pula oleh saudara-saudara seagama yang bersekongkol dengan musuh-musuh untuk mencengkam Gaza dan Tanah suci al-Quds. Inilah karamah yang terbit dari kehebatan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.

'Di belakang seorang lelaki yang agung pastinya seorang wanita yang mulia', demikianlah ungkapan yang disebut kepada isterinya Ummu Muhammad. Namun Ummu Muhammad segera menyanggah kata-kata ini. Sebaliknya beliau memuliakan ibu as-syahid yang mana di atas didikan kemuliaan dan kehebatan dari almarhumah ibunyalah lahir as-syahid Abdul Aziz Rantisi.

Beliau digambarkan oleh isterinya sebagai seorang suami, ayah dan datuk yang bukan sahaja melimpah dengan kasih sayangnya terhadap isteri, anak-anak dan cucu-cucu bahkan kasih sayang itu akan segera diluahkan sebaik sahaja ada ruang dan kesempatan.

Bahkan ketika dikelilingi oleh tugasan yang banyak termasuk ketika melayan para tetamu dan wartawan beliau akan berhenti sebentar untuk menegur anak-anaknya dengan penuh kemesraan. Lantaran itu tidak seorang pun dari anak-anaknya dan cucu-cucu (14 orang semuanya) yang tidak merasakan kemesraan ayah dan datuk mereka sehingga mereka semua bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah as-syahid dalam perjuangan.

Kelembutan as-Syahid terhadap keluarga digambarkan oleh Ummu Muhammad dalam satu pengalaman di mana beliau tersinggung peti televisyen sehingga pecah skrinnya. Beliau begitu bimbang kerana sekatan ekonomi tidak memungkinkan mereka menggantikan TV yang pecah itu. Tetapi as-Syahid yang melihat kebimbangan Ummu Muhammad telah memujuk beliau dan berkata "Qadarallah maa syafaa'a fa'al" (Setiap sesuatu itu ada tempoh akhirnya). Semoga contoh-contoh kecil dari tokoh besar ini membekas di hati kita semua dan menjadikan kita berjiwa besar dan tidak terikat dengan dunia.

Sesungguhnya membebaskan diri dari kesempitan dunia lah yang menjadikan seseorang itu mendambakan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Ketegasannya di dalam perjuangan tidak dipersoalkan. Sewaktu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi diusir bersama 416 org pejuang oleh Israel di selatan Lubnan pada tahun 1992, beliau didatangi oleh seorang wartawan media barat mengajukan soalan, "Kenapa HAMAS enggan iktiraf Israel?" Jawapan yang diberikan oleh as-Syahid Abdul Aziz Rantisi meninggalkan wartawan tersebut sendiri kebingungan. Israel yang mana? Israel 1948? Atau Israel 1967? Atau Israel 1981? Atau Israel 1993? Atau Israel 2000? Hakikatnya Israel adalah entiti palsu yang tidak punya sebarang sempadan yang hakiki.

Bagaimana mengiktiraf sebuah negara haram yang tidak punya sebarang ketentuan sempadan kerana ia didirikan di atas negara orang lain yang dirompak dan dirampas semaunya dan sekehendak hati mereka. Lantaran itu as-Syahid Abdul Aziz Rantisi berikrar, "Israel tidak akan mengenal keamanan, kami akan memerangi mereka sehingga Palestin dibebaskan, dibebaskan seluruhnya."

Inilah gambaran orang-orang beriman yang digambarkan oleh Allah SWT, "Mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berkasih sayang sesame mukmin (izillah alal mu'mimin) dan tegas terhadap golongan kafir (a'izatul alal kafirin), mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela…"

#As-Syahid Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 berhampiran Jaffa (Yaffa) dan syahid pada 17 April 2004.

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Apr 2012 09:13 AM PDT

KHIDMAT MERU


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KAPAR

Posted: 16 Apr 2012 03:34 PM PDT










Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kapar yang di adakan di DUN Selat Klang telah berjalan dengan lancar.
Mesyuarat yang dirasmikan oleh YB Dato Kamarudin Jaafar, AJK Pas Pusat menyaksikan kehadiran ahli yang cukup memberangsangkan, sekaligus melambangkan komitment dan semangat ahli yang tinggi.
Dalam ucapan perasmiannya, Dato Kamaruddin menekankan betapa perlunya kekuatan dalaman parti untuk menghadapi musuh-musuh Allah.
Selain anugerah cawangan aktif, anugerah untuk cawangan yang paling ramai mendaftarkan keahlian juga di adakan.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Apr 2012 07:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GLOBAL : MAHU MOGOK LAPAR ...

Posted: 17 Apr 2012 05:11 AM PDT

ISU MUFLIS : ADUN AKUR !

Posted: 17 Apr 2012 05:02 AM PDT

ISU HINA SULTAN: UMNO YANG DERHAKA !

Posted: 17 Apr 2012 05:00 AM PDT

INFO : FB BOLEH SEBAB GIAN ?

Posted: 16 Apr 2012 10:09 AM PDT

GLOBAL : ZIONIS TERUS BIADAP HALANG KEAMANAN!

Posted: 16 Apr 2012 10:07 AM PDT

ISU HINA RAJA : HANYA HELAH UMNO TUTUP MASALAHNYA!

Posted: 16 Apr 2012 09:45 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan