Isnin, 9 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP PADANG TERAP

Posted: 08 Apr 2012 09:36 PM PDT

DPP PADANG TERAP


 Tempat belajar ada tetapi kerja tiada.

Posted: 08 Apr 2012 12:05 AM PDT


KUALA LUMPUR, 4 April: Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) mendakwa kerajaan tidak serius dalam menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan belia di negara ini tetapi hanya tempat belajar sahaja kerana ia satu perniagaan.

Kerajaan seolah-olah hanya menyediakan tempat pengajian kepada pelajar lepasan menengah tanpa merangka rancangan khusus untuk menempatkan mereka di pasaran kerja.

Nasir berkata demikian sebagai respons kepada jawapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kepada soalannya di Dewan Rakyat hari ini.

"Kewujudan kolej ini menunjukkan kerajaan tak mempunyai rancangan khusus untuk graduan mendapat kerja, hanya menyediakan tempat untuk belajar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang wujud
di dalam negara dan bilangan universiti dan kolej universiti swasta yang mendapat geran serta jumlah universiti dan kolej universiti swasta.

Timbalan Menteri dalam jawapannya memberitahu, sehingga 31 Januari 2011 bilangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf universiti dan kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar negara adalah sebanyak 49 buah iaitu 24 universiti swasta, 20 kolej universiti swasta dan lima kampus cawangan universiti luar negara.

Jumlah keseluruhan IPTS termasuk universiti swasta, kolej universiti swasta dan kampus cawangan luar negara adalah sebanyak 485 buah.

Jumlah pelajar yang menuntut di semua IPTS adalah seramai 541,629 orang.
Sehubungan itu, Nasir mengemukakan soalan tambahan dengan meminta pihak kementerian menyatakan langkah yang diambil untuk memastikan penuntut-penuntut tersebut mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.

Beliau berkata, karnival kerjaya yang dianjurkan pemuda BN membuktikan kadar pengangguran yang serius apabila 300 ribu belia menghadirinya.

Timbalan Menteri bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut secara tepat sebaliknya hanya memuji pemuda BN yang menganjurkan karnival tersebut.

"Kerajaan tak menjawab apa usaha kerajaan untuk memastikan graduan mendapat pekerjaan," katanya.

Nasir turut menyatakan kebimbangan jika kerajaan hanya menyediakan IPTS semata-mata untuk mengaut keuntungan.

"Kita bimbang kewujudan kolej-kolej ini hanya satu bentuk perniagaan, bagi orang masuk belajar tapi tak ada kerja selepas keluar," katanya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Apr 2012 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


6 kampung terputus hubungan

Posted: 08 Apr 2012 08:48 PM PDT



6 kampung terputus hubungan
9 April 2012

LABU – "Kami tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi," kata Ropiah Omar, 54, penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.

Biarpun menyedari tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,

Semuanya kerana jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.

Menurut Ropiah yang tinggal di Kampung Padang Bola, di sini, sejak jambatan berkenaan roboh, dia dan penduduk lain berhari-hari tidak keluar dari kawasan rumah.

"Hanya dengan menyeberangi landasan keretapi sahaja kami boleh ke pekan kerana hampir kesemua jalan rosak. Manakala, dua jambatan sudah runtuh," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Ropiah yang bekerja sebagai tukang masak berkata, masalah banjir bukan perkara baru kerana sebelum ini kawasan rumahnya sering dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Seorang lagi penduduk, Abdul Samad Abdul Hamid, 52, berkata, dia bersama anak berusia 13 tahun nyaris maut apabila kereta yang dipandunya termasuk ke dalam lubang yang berlaku akibat jalan mendap berhampiran Kampung Pasir Puter, di sini.

"Kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anak saya pulang dari sekolah.

"Saya melihat jambatan dalam keadaan baik, namun sebaik melaluinya secara tiba-tiba tanah mendap dan menyebabkan kereta saya terjunam sedalam satu meter.

"Kami segera keluar dari kereta kerana bimbang kereta akan terjunam ke dalam sungai. Mujur saya dan anak selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Abdul Samad yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Hashim berkata, jamba­-tan yang roboh itu dibina tidak sampai dua tahun lalu.

"Penduduk kampung juga terdedah kepada bahaya kerana tiada amaran berbahaya di kawasan jambatan rosak berkenaan," katanya.

Siasat kemungkinan penyelewengan

Sementara itu, Ko­ordinator Keadilan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Mokhtar Ahmad berkata, masalah kerosakan infrastruktur melibatkan jambatan dan jalan memutuskan hubungan enam kampung iaitu Kampung Jawa, Kampung Kering, Kampung Merbau, Kampung Condong, Kampung Padang Bola dan Kampung Pelegong.

"Setiap kali hujan lebat pasti kampung ini akan dilanda banjir. Bagi penduduk, kejadian banjir bukan asing lagi kerana masalah banjir kerap kali berlaku sejak lima tahun lalu.

"Kita percaya kejadian banjir mungkin berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik dimana saluran longkang tidak mampu menampung air hujan," katanya.

Berikutan itu, katanya, penduduk mencadangkan agar membina pembetung bagi memudahkan air mengalir ke sungai bagi mengelak limpahan air sungai memasuki rumah penduduk.

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang turut turun padang melihat kawasan berkenaan berkata, masalah berlaku di kampung berkenaan amat teruk dan tidak seharusnya dipandang ringan.

"Kami ingin persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak memenuhi piawaian sepatutnya.

"Bagaimana jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan rosak," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu segera mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kerosakan infrastruktur sedia ada.

"Masalah ini perlu disusuli dengan tindakan segera kerana penduduk terbeban, terutama pelajar sekolah dan orang tua yang perlu mendapatkan bantuan sekiranya mengalami masalah kesihatan," katanya.

Siew Fook berkata, pihaknya akan meminta Pegawai Pembangunan Negeri untuk mengeluarkan peruntukan khas Parlimen Rasah untuk kerja-kerja pembaikan di kampung berkenaan.

"Tidak timbul isu kerajaan tiada peruntukkan kerana ini merupakan masalah rakyat dan ianya perlu didahulukan," katanya.

Siew Fook turut menimbangkan untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta siasatan dilakukan terhadap projek berkenaan sama ada wujud unsur penyelewengan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/6-kampung-terputus-hubungan-1.38651

Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

Posted: 08 Apr 2012 06:43 AM PDT


CERAMAH UMUM

Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN

Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau

Penceramah :

~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung

~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086


Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol

Posted: 07 Apr 2012 11:17 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsaman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)


Semua dijemput hadir

Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban

Posted: 07 Apr 2012 11:16 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminnudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson

Posted: 07 Apr 2012 11:15 PM PDT


PIDATO ANAK MUDA

Isu BERSIH 3.0, PTPTN, PLKN

Bersama : Mazlan Aliman, Chaa Kee Chin, Ust Norazman Mohamad, Nazree Yunus & Ust Noraiza

Tarikh : 10 Apr 2012, Selasa

Masa : 9 mlm

Tempat : Batu 4, Port Dickson (perkarangan rumah Pak Ngah Zainal), N.Sembilan

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 08 Apr 2012 09:21 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Pahang: Kenaikan kos hidup bebankan rakyat

Posted: 08 Apr 2012 02:34 AM PDT



Harakahdaily,08 Apr 2012

Fokus Panah-UBAH Pahang yang panelnya terdiri daripada pimpinan tertinggi PAS Pahang akan berbicara setiap dua minggu sekali khusus mengenai suasana dan isu-isu semasa politik negeri Pahang Darul Makmur.

Ahli-ahli panel terdiri daripada:
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan PJ Pahang 1, Ustaz Yusof Embong
Timbalan PJ Pahang 2, Dr Hamzah Jaafar
Timbalan PJ Pahang 3, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan kepada ahli-ahli panel kita, sila emailkan kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini mereka berbicara mengenai topik berikut:

Bagaimana seriusnya kos hidup menjejaskan rakyat Pahang? Bagaimana anda ingin menyampaikan senario keseriusan hutang negara, defisit bajet dalam bahasa yang boleh difahami rakyat biasa?


Ustaz Tuan Ibrahim:

Kenaikkan kos hidup memang di rasai oleh sebahagian besar rakyat yang berpendapatan rendah serta mempunyai tanggungan bebanan yang besar. Mereka terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup, harga barangan yang tidak terkawal.

Kenaikan kos hidup ini dapat dilihat dengan trend perbelanjaan harian dan bilangan tenaga kerja keluarga yang bertambah. Kini, sebahagian besar dari kalangan keluarga turut sama bekerja samada suami isteri bagi menambah pendapatan bagi menghadapi kenaikan kos barangan pengguna.

Dengan pendapatan yang statik serta harga barangan semakin tinggi, kehidupan masyarakat luar bandar tertekan dan terjejas. 

Bagi menjelaskan senario peningkatan hutang dan defisit belanjawan untuk mudah difahami oleh golongan awam ialah dengan mengemukakan carta perbandingan antara kedudukan hutang terkini dan sebelumnya. Demikian juga membanyakkan grafik dan gambar dengan ilustrasi yang lebih mudah difahami oleh orang awam.

Lantaran itu, semua bentuk penerangan mestilah disusuli dengan bahan edaran samada ianya diolah dalam bentuk grafik atau carta. Biasanya kaedah ini lebih mudah difahami berbanding ucapan berjela-jela dalam perkara yang sukar difahami oleh orang awam.

Dalam penerangan, pengurusan kewangan negara boleh dikaitkan dengan pengurusan kewangan rumah tangga supaya lebih mudah difahami rakyat.

Contohnya, defisit berlaku apabila pendapatan melebihi pembelanjaan rumah. Ramai yang menggunakan kad kredit untuk menampung defisit berkenaan, iaitu hutang. Apabila timbulnya hutang, ia akan menambahkan komitmen bulanan, kerana selain bayaran bulanan rumah, kereta dan kini kena mengambil sebahagian pendapatan rumah untuk membayar hutang kad kredit bulanan.

Sekiranya pembelanjaan tetap tidak dikawal, defisit setiap bulan dengan hutang akan semakin bertambah, sehingga semua pendapatan masa depan kita tidak boleh digunakan pada perkara yang lebih berfaedah selain membayar hutang.. itulah situasi negara kini, dan cara ini lebih berkesan untuk membuatkan rakyat faham kegawatan dan kepincangan pembendaharaan negara di bawah Umno-BN.

Sebaliknya, sekiranya pembelanjaan dikawal, ada lebihan bulanan dan hutang tidak meningkat, sudah tentu hutang rumah akan dapat dilangsaikan dan inilah sebabnya mengapa rakyat perlu bertukar kerajaan untuk menggantikannya dengan kerajaan yang hemah berbelanja.

Disebabkan hutang negara semakin bertambah, Umno-BN kini cuba meningkatkan pendapatan dengan mengenakan cukai 6 peratus pada kad telefon pra-bayar dan memperkenalkan cukai barangan dan servis (GST) selepas PRU13 atas nama membahagikan beban negara kepada semua lapisan rakyat dengan lebih seimbang – tapi di belakang rakyat, projek-projek seperti NFC terus berlaku tanpa disedari rakyat.

Ustaz Yusof Embong:

Masalah utama yang dihadapi pengurusan kewangan negara ialah soal amanah. Malaysia adalah sebuah negara yang dikurniakan pelbagai sumber semulajadi yang banyak, termasuklah minyak, balak, hasil lautan dan sebagainya.

Dengan pendapatan minyak RM80 bilion setahun – sepatutnya banyak perkara boleh ditanggung kerajaan umpamanya penghapusan PTPTN sekiranya pengurusan kerajaan dijaga rapi dengan kurangnya rasuah dan kebocoran.

Mari kita mengambil contoh pembandingan antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, waktu BN memerintah pada 1985-1989, daripada 158,200 hektar kawasan pembalakan hanya RM8 juta sahaja dikumpul. Di waktu PAS memerintah, kawasan seluas 30,451 hektar, hasil yang dikumpul ialah RM355.85 juta.

Ini jelas menunjukkan soal pengurusan khazanah yang tidak cekap oleh BN.

Di Kedah pula, sebelum PAS memerintah, hasil balak hanya RM8 juta di 2007. Jumlah ini meningkat berlipat-ganda apabila Kedah diperintah PAS, pada 2009, RM38 juta dan pada 2010, RM53 juta.

Di Pulau Pinang pula, kehebatan pentadbiran menyebabkan warga emas dapat menikmati RM100 setahun dan imam-imam masjid di negeri tersebut mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding negeri yang lain.

Di Selangor, rakyat pula dapat menikmati air percuma untuk sekian lama dan apabila banjir berlaku, kerajaan PR dapat memberikan peruntukan kepada mangsa banjir pada kadar segera kerana pembelanjaan berhemah mereka.

Rakyat kena memahami bahawa punca kos hidup mereka meningkat di Malaysia adalah disebabkan kurangnya soal amanah di peringkat pentadbiran negara.

Kerajaan boleh memainkan peranan yang penting dan menstabilkan harga-harga keperluan asas seperti minyak bagi menjamin kos kehidupan yang seimbang untuk rakyat dan mementingkan kebajikan rakyat.

Pemimpin yang beriman dan mementingkan soal kemanusiaan akan mementingkan soal amanah, bahawa apa yang diurus adalah duit wang rakyat, dan sentiasa 'takut kepada Tuhan' dalam menguruskan pembendaharaan negara.

Tanpa ini, ketirisan, kebocoran, rasuah dan penyelewengan akan terus belaku kerana tiada perasaan tanggungjawab terhadap tugas menjaga wang rakyat.

Rakyat perlu difahamkan bahawa defisit ialah tidak belanja mengikut pendapatan dan kemampuan yang ada. Untuk mengelakkannya, rakyat perlu memilih pemimpin yang beriman dan bersifat kemanusiaan (bagi yang non-Muslim) kerana mereka akan pentingkan soal amanah dan berjimat-cermat dalam menguruskan wang rakyat.


Dr Hamzah Jaafar:

Bahang kenaikan harga barang keperluan dilihat serius apabila rakyat bawahan sendiri mula bercakap di kedai kopi sekaligus mula mempertikaikan kewibawaan kerajaan yang memerintah sekarang. Adakalanya rakyat hanya bercakap di kedai kopi sahaja namun rakyat tidak merasakan keperluan menukar kerajaan.

Walau bagaimanapun situasi sekarang, rakyat mula bercakap soal perlunya melakukan perubahan politik negara apatah lagi politik negeri Pahang. Untuk menambahkan keghairahan rakyat bagi menukar kerajaan maka semua pihak seperti NGO dan parti politik pembangkang harus turun ke bawah membuat penerangan dengan bahasa yang mudah.

Antara perkara yang serius berlaku dalam pengurusan kewangan negara atau negeri ialah masalah kedudukan hutang terkini Kerajaan BN dan juga perbelanjaan yang deficit, berlaku saban tahun.

Dalam konteks ini, rakyat lebih mudah faham tentang hutang negara atau negeri Pahang yang serius bilamana penceramah berjaya mendedahkan jumlah hutang kerajaan negeri semasa diperintah oleh BN dahulu yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat - di mana hasil daripada pentadbiran kewangan yang berasaskan takut kepada Allah, telus, bertanggungjawab dan berjimat cermat, rakyat boleh melihat bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat mampu melangsaikan hutang mengikut jadual dan tidak melakukan hutang baru kecuali pada perkara yang munasabah.

Contohnya hutang kerajaan Kelantan sewaktu PAS mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990 ialah RM736 juta dan kini telah bejaya dilangsaikan dengan jadual pembayaran yang teratur hasil dari langkah berjimat cermat.

Begitu juga hutang Kerajaan P. Pinang pada 2008 sebanyak lebih kurang RM630 juta dan kini hanya tinggal lebih kurang RM30 juta sahaja lagi.

Manakala Negeri Kedah yang miskin pula terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh kerajaan BN sebanyak RM2 bilion sebelum 2008 dan kini sedang membayar hutang tersebut dengan tidak membuat hutang baru.

Rakyat juga perlu difahamkan bahawa hutang kerajaan negeri yang dibuat oleh Kerajaan BN adalah merupakan hutang atas nama untuk projek yang sebenarnya dibuat untuk mengaut komisyen tapi diwar-warkan di depan untuk keselesaan rakyat.

Seperkara lagi ialah rakyat tidak faham sangat istilah defisit yang sering dilontarkan oleh penceramah bagi membuktikan bahawa kerajaan BN tidak cekap dalam mengurus kewangan negara atau negeri.

Tetapi rakyat kebanyakannya lebih mudah terasa dan faham sekiranya maksud deficit itu diulas dengan bahasa mereka iaitulah kerajaan negeri berbelanja lebih dari pendapatan.


Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi:

1. Negara kita dewasa kini sedang muram dilanda hutang yang begitu tinggi. fenomena ini turut menjejaskan reputasi seluruh negeri untuk membangun serupa pelan pembangunan negeri yang telah dirancang. Justeru hutang negara adalah hutang kita semua. Membayar hutang mesti diambil dari dana negara sementara dana negara adalah terkumpul dari hasil negara yang diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai sektor pula.

2. Meningkatnya angka hutang bermakna meningkatnya pula tekanan ke atas rakyat agar bekerja lebih keras serta berjimat sebanyak yang boleh. Sementara harga barang meningkat tentu sahaja kos hidup turut meningkat dan menghambat keselesaan serta ketenangan rakyat. Saksikan senario yang saya bawa di bawah :

Senario Hutang Negara :

a] Hutang negara bernilai RM 266 bilion pada tahun 2007
Hutang negara meningkat kepada nilai RM  456 bilion pada tahun 2011

b] Sementara hutang rakyat mencecah RM 700 bilion.  60% daripadanya ialah hutang perumahan. 30% hutang kenderaan dan 10% hutang peribadi seperti PTPTN dan sebagainya. [ Tahukah anda tutang rakyat Malaysia kedua tertinggi di Asia?]

c] Hutang negara mengatasi kadar pendapatan. Justeru itulah pakar-pakar ekonomi menjangkakan pada tahun 2019 hutang negara bakal mencecah 100% dan masa itu negara akan jatuh bankrap.

3. Begitulah seriusnya kedudukan ekonomi negara kita dan kesannya menjulur ke negeri Pahang. Tambah duka apabila negeri Pahang antara negeri yang dikurniakan balak dan stoknya yang begitu banyak, namun malang Pahang juga antara negeri memiliki kadar hutang yang tinggi dengan nilai RM 2.17 bilion sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

4. Persoalan yang timbul ialah bagaimana pula mahu memberi penjelasan mengenai tahap kritikal masa depan hidup rakyat. Sumber maklumat kita dikekang. TV, radio dan akhbar arus perdana masih teguh di belakang Datok Seri Najib Abd Razak dan memberi ruang selebarnya kepada mereka untuk berkempen dan memenangi tumpuan minda rakyat. Sedang PR hanya banyak bergantung dari media lidah rasmi parti yang sangat terhad dan terbatas penerbitannya.

5. Selain memanafaatkan semaksima mungkin ruang teknologi maklumat yang ada seperti Facebook, Twitter dan laman-laman web untuk memuat naik segala maklumat dan risalah perjuangan yang didokong oleh parti [sementara di ruang inilah kebanyakan anak-anak muda era ini lepak, santai dan bertukar pandangan], pihak petugas parti tidak mempunyai pilihan lain melainkan terus memperkasakan kaedah tradisional dan konvensional sehingga tiada sebuah rumah pun tertinggal melainkan sampai dipintu rumah dan hati penghuninya maklumat semasa dan risalah perjuangan kita.

6. Kreativiti adalah suatu yang penting. Menyedari kaedah pembelajaran dengar dan tonton lebih berkesan dari hanya mendengar semata-mata, maka Jabatan Penerangan PAS Negeri boleh menyediakan format-format slide berfakta untuk semua petugas penerangan dan ahli parti  bahkan pimpinan menggunakan kaedah penyampaian maklumat berfakta serta tonton dan dengar.

7. Konsep sembang kedai kopi serta berbual santai tetapi membawa mesej serta maklumat berfakta antara pendekatan yang boleh dipraktis dengan mensasarkan hotspot  anak-anak muda, warung rakyat, hentian bas atau teksi, kantin tempat kerja, anjung surau dan masjid.

8. Fokus juga pada sumber tenaga parti yang mesti di perkukuhkan. Ianya boleh diperkukuh melalui internal program parti seperti usrah, tamrin, mukhayyam, liqa fikri dan seumpamanya. Paling minima , 3 paksi utama ini mesti mantap dan kukuh.

a] paksi pertama ialah tasawwur ilmu Islam yang jelas. Tasawwur yang didirikan atas aqidah yang sah dan fikrah serta manhaj perjuangan islam jelas dan tulen. Memahami tuntutan serta keperluan jamaah dan ummah.

b] paksi kedua ialah kaedah penyampaian dan pendekatan. Akhlak yang soleh mestilah melandasi setiap aktiviti dan kreativiti kita. Konsep Gembirakan jangan meliarkan orang ramai dari perjuangan kita amat penting dihayati dan menjadi modul teras dalam latihan petugas penerangan parti.

c] paksi ketiga ialah hubungan petugas parti dengan Allah swt Tuhan yang akan memberi hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya. Termasuklah konsep hubungan dengan Allah [ Taqarrub ] petugas parti sekali-kali jangan melakukan maksiat dan mungkar justeru inilah satu-satunya advantage yang ada pada kita untuk mengatasi lawan yang serba lebih dalam memiliki keupayaan material dan fizikal.

Ustaz Suhaimi Saad:

Kos hidup kini meningkat pada kadar yang sangat tinggi. Barangkali orang tua yang duduk di kampung tak merasainya sebab anak-anak sudah dewasa dan bekerja, kos membesarkan anak anak tak perlu, malah anak-anak yang hantar belanja setiap bulan ke kampung.

Orang tua di kampung ini pula tinggal di rumah sendiri, tak perlu fikir soal sewa. Bil api air yang rendah kerana hanya suami isteri tinggal berdua.

Peningkatan kos hidup ini amat dirasai oleh golongan pertengahan yang menjadi jumlah terbesar rakyat. Membesarkan anak di tengah-tengah kenaikan harga barang sangat menyesakkan, ramai yang bergelut dengan kadar sewa rumah, bil api air yang membebankan, hutang kereta yang perlu dilangsaikan setiap bulan, bagi mengelakkan kereta ditarik kerana dengan pengangkutan awam yang tidak efisyen, tanpa kenderaan kebanyakan golongan pertengahan akan hilang sumber pendapatan.


(Gambar kartun di atas barangkali boleh menjelaskan secara mudah. apa yang sedang rakyat hadapi sekarang.)

Ringkasnya, golongan pertegahan ini kini hidup dalam tekanan.

Sebab itulah kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk menurunkan kos hidup rakyat, bukannya memberi wang pada rakyat yang habis dibelanjakan dalam masa setengah hari. RM500 hanya menyelesaikan masalah rakyat dalam setengah hari,

Jika kerajaan berusaha menurun dan mengawal kenaikan harga barang, bermakna kerajaan telah membantu rakyat pada setiap hari.  

Saya melihat hutang negara tinggi hanya untuk memenuhi nafsu kemewahan pemimpin negara. Rasuah semakin bermaharajalela, malah telah menjadi raja dalam segala transaksi kerajaan.

Ketirisan perbelanjaan berlaku besar, istilah tiris tak sesuai digunakan sebab tiris hanya melibatkan lubang yang kecil, sekarang ini, lubang bocornya tersangat besar. Hutang yang banyak sekarang ini, adalah duit daripada masa depan untuk hanya menutup lubang rasuah, salahguna wang rakyat dan pembaziran. Jika ini berterusan, apa yang akan ditinggalkan untuk generasi hadapan hanyalah hutang, kerana pendapatan mereka sudah dihabiskan dalam hutang. Inilah ciri-ciri negara yang bakal menghadapi bankrap.  

Beban hutang kerajaan akhirnya perlu ditanggung oleh rakyat melalui pelbagai cukai langsung atau tidak langsung yang akan diumumkan oleh kerajaan. Tunggu selepas pilihanraya dengan cukai 6% prabayar kad telefon dan GSTnya semata-mata untuk meningkatkan pendapatan negara untuk menampung kebocoran perbelanjaan dan projek-projek seperti NFC

Dr Azman Ibrahim

Posted: 08 Apr 2012 07:29 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


RAMPASAN TANAH RTB KUBANG LABI, BANGGOL, PERMAISURI UNTUK PROJEK i-SHARP

Posted: 08 Apr 2012 06:51 AM PDT

Pendahuluan
Kampong Banggol merupakan sebuah kampong yang terletak dalam DUN Permaisuri, Parlimen Setiu, Terengganu.  Pertanian merupakan sumber pencarian utama penduduknya di samping menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Komposisi penghuninya adalah seratus peratus Melayu Islam.
Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi adalah 400 lot RTB pertanian dengan keluasan 1 hektar untuk setiap  lot tanah di kawasan Kampung Banggol yang diagihkan kepada rakyat yang berhak pada tahun 2002 ketika era pemerintahan PAS Terengganu dalam bentuk pemberian Lesen Menduduki Sementara (LMS). Perlu dimaklumi bahawa sebahagian dari peserta RTB Kubang Labi ini adalah penyokong Umno dan JKKK tetapi kerana mereka juga berhak menjadi tanggungjawab kerajaan PAS Terengganu untuk melaksanakan keadilan tanpa pilih kasih dan diskriminasi.
Sebelum daripada kawasan tanah Kubang Labi diagihkan kepada rakyat, ia merupakan kawasan hutan belukar dan semak-samun terbiar tanpa sebarang aktiviti ekonomi kecuali kepada pemungut  madu lebah dan pencari daun palas.
Atas semangat untuk membina asas baru mata pencarian bagi kehidupan keluarga serta memanfaatkan  langkah bijak kerajaan negeri ketika itu, para peserta RTB telah mengeluarkan belanja sendiri dengan purata jumlahnya sekitar RM5,000 seorang untuk membiayai kerja-kerja pembersihan sehinggalah kawasan hutan belukar bertukar menjadi kawasan pertanian yang terang benderang.
Berbudi pada tanah tidak sia-sia. Hasilnya kawasan hutan belukar, semak samun bertukar menjadi kebun sayur, lada, terung, mentimun, kacang panjang, nenas malah ada yang mengusahakan ternakan ayam. Peratusan kecil sahaja daripada kawasan RTB yang ditumbuhi lalang, mengambarkan bahawa penduduk memang sangat-sangat memerlukan tanah pertanian.
Peserta RTB Kubang Labi terus mengusahakan tanah-tanah mereka bermula 2002 sehingga Julai 2010, detik di mana buldozar pemaju i-SHARP mula mengali dan meratakan tanah mereka. LMS lot-lot tanah ini memang telah tidak diperbaharui selepas kembalinya UMNO/BN berkuasa pada 2004 walaupun pihak kerajaan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk mengguna pakai tanah-tanah tersebut. Satu-satu alasan kenapa LMS tidak diperbaharui adalah semata-mata kerana RTB tersebut diagihkan kerajaan Pas.
Ketika tindakan rakus merampas tanah, meruntuhkan rumah dan masjid serta memusnahkan kebun-kebun penduduk semasa era MB Idris Jusoh, peserta RTB Kubang Labi terselamat walaupun sebenarnya kerajaan BN Terengganu memang berhajat untuk melenyapkan apa jua peninggalan kerajaan PAS terdahulu.

Anugerah tanah untuk Blue Archipelago
Hadirnya  Syarikat Blue Archipelago Berhad dengan anugerah dan restu Kerajaan BN Negeri Terengganu membawa episod baru perjuangan rakyat. Demi melaksanakan projek udang, Taman Akuakultur Udang Bersepadu, Setiu (i-SHARP) berkeluasan kira-kira 1,000 hektar (2,400 ekar) dan menelan kos RM290 juta, yang merangkumi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampong Banggol, Kerajaan Negeri  Terengganu telah menganugerahkan tanah berkeluasan tersebut dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju, Blue Archipelago Berhad sebuah anak Syarikat Khazanah Nasional Berhad, Agensi Pelaburan Kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Bermakna dana 290 juta yang digunakan adalah dana awam. Syarikat inilah juga yang mengusahakan Projek Ternakan Udang Harimau di Kerpan, Kedah.
Di samping kawasan hutan paya gelam Kampung Nyatoh, Permaisuri yang telah dimusnahkan, tanah RTB penduduk turut terlibat. Daripada 400 peserta, RTB yang diusahakan kira-kira 70 orang peserta termasuk ke dalam perancangan projek i-SHARP.

'Sodok' terus, jangan pedulikan penduduk!
Asalnya kerajaan negeri seolah-olah memberi lesen untuk pemaju menjalankan kerja termasuklah memusnahkan kebun dan tanaman penduduk tanpa apa-apa bayaran! Alasannya, tanah itu adalah milik kerajaan dan rakyat adalah peneroka haram tanah kerajaan. Kemudian, atas ihsan pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan prasarana, peserta RTB ditawarkan RM500 untuk setiap lot tanah.  Sungguh satu penghinaan kepada rakyat yang tak berdaya.
Perbincangan dengan penduduk terlibat

Pendirian i-BANTAH
Di sinilah segalanya bermula bagi 'Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu Projek Udang i-SHARP' atau ringkasnya i-BANTAH yang ditubuhkan dan menjadi teraju dalam menangani permasalahan ini . Di samping Isu alam sekitar dan sosio-ekonomi yang turut ditangani walaupun kadang-kadang penilaiannya terlalu relatif dan subjektif. Tetapi isu melibatkan rakyat akan kehilangan tanah yang diusahakan sebagai punca pencarian adalah suatu yang tragis. Sebagaimana sering ditegaskan, i-BANTAH tidak pernah menghalang projek dan kemajuan, tetapi, ingat! Jangan ada pihak yang teraniaya. Apa saja atas nama projek dan pembangunan tidak sepatutnya dibina di atas titisan air mata dan kehampaan satu pihak yang lain.
i-BANTAH, berperanan sebagai orang tengah antara penduduk dengan pemaju dengan pelbagai tindakan dan gerak kerja.  Rapat umum bantahan telah dibuat, edaran risalah kepada penduduk, sidang media, penulisan artikel dalam media cetak dan elektronik, engagement dengan NGO's seperti Sahabat Alam Malaysia serta perundingan demi perundingan dengan pihak pemaju Blue archipelago Berhad dilakukan, akhirnya mereka bersetuju untuk membayar pampasan dengan nilai yang dijanjikan setimpal dengan penat lelah, kehilangan mata pencarian dan hasil yang sedang disusahakan. Janji pemaju, nilainya mencecah jutaan ringgit. Penduduk menunggu dengan penuh harapan.

Secara ringkasnya apa yang telah dan akan dilakukan oleh i-BANTAH
1.    Kajian dan pengumpulan fakta.
2.    Mewujudkan laman web.
3.    Perjumpaan dan penerangan serta edaran maklumat dengan masyarakat setempat.
4.    Sidang akhbar.
5.    Ceramah umum.
6.    Pertemuan dan dialog dengan agensi berkaitan seperti JAS.
7.    Penyerahan memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri.

Putar Belit Pemaju dan Pejabat Tanah Setiu
Para peserta RTB terlibat dipanggil ke pertemuan dengan pihak Pentadbir Tanah Setiu di Suria Beach Resort, Merang pada 3 Februari 2011 yang lalu. Agendanya, kononnya perbincangan berkenaan pampasan tanah yang akan diambil untuk projek udang. Tapi ternyata rakyat sekali lagi diperbodohkan. Tidak ada sebarang perbincangan berlaku sebenarnya.

Benarkah peserta RTB peneroka haram?
Pegawai dari Pejabat Tanah Setiu hanya bercakap seorang diri, syok sendiri tanpa memberi peluang penduduk bersuara. Berulang kali beliau menayangkan, buku hijau 'Kanun Tanah Negara' dengan menegaskan juga secara berulang kali beserta nada penghinaan bahawa penduduk adalah penceroboh tanah kerajaan yang sebenarnya tidak layak mendapat sebarang pampasan atau saguhati.
Bersama Dato' Abu Bakar Chik meninjau kebun peserta RTB

Pampasan atau sekadar jenaka?
Tapi atas ihsan dan belas kasihan, mereka akan dibayar RM5,000 seorang untuk tanah yang diusahakan dan RM3,000 seorang untuk tanah yang tak diusahakan. Sebahagian besarnya cuma mendapat RM3,000. Kata Pegawai Pejabat Tanah tersebut, inilah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh pemaju. Mana mungkin ada orang yang waras boleh bersetuju dengan nilai pampasan ini setelah menerima penghinaan sebegitu termasuk juga Pengerusi JKKK Banggol yang turut hadir dalam majlis tersebut.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, kos yang telah dikeluarkan oleh setiap peserta untuk kerja-kerja pembersihan tanah diperingkat permulaan dahulu sahaja mencecah RM5,000 bagi setiap peserta. Belum lagi diambil kira nilai penat-lelah, kehilangan hasil-hasil tanaman dan sumber pendapatan dan pelbagai lagi.
asal kebun menjadi kolam

Peserta RTB Mangsa Putar Belit
i-BANTAH telah menghubungi peguam pemaju beberapa kali, memohon penjelasan berkenaan hal pampasan ini. Mana yang dijanjikan dulu pampasannya bernilai jutaan ringgit? Kalau RM5,000 untuk 70 peserta baru RM350,00. Itu pun ramai yang terima Cuma RM3,000. Sikap dolak dalihnya mula terdedah. Katanya, inilah jumlah nilai saguhati yang dinilai oleh Pejabat Tanah Setiu, sedangkan pegawai Pejabat Tanah Setiu menyatakan, inilah nilai yang setuju dibayar oleh pemaju. Siapa yang benar dalam hal ini atau kedua-duanya pembohong untuk melepaskan diri. Siapa yang menjadi mangsanya? Masih rakyat bawahan. Atas kebenaran siapakah, pemaju boleh melakukan semua ini? Jawabnya, atas lesen yang diberikan kerajaan Umno Terengganu.
Pak Su Mat menunjukkan kebun nenasnya yang dimusnahkan

Setimpalkah nilai saguhati?
Saguhati antara RM3,000 – RM5,000 yang dibayar untuk satu lot tanah RTB dengan keluasan 2.4 ekar tak banyak memberi makna berbanding kehilangan pergantungan petani kepada hasil pertanian yang dimusnahkan menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian. Walaupun dijanjikan peluang pekerjaan di kawasan projek, tetapi tinjauan  i-BANTAH mendapati buat masa ini tenaga kerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja masih mendominasi. Janji adalah suatu janji tetapi situasi semasa itu yang dilihat. i-BANTAH tidak menyatakan pemaju berbohong, tetapi mohon diberikan penjelasan.
Ketua Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat turut menyantuni penduduk

Bantahan dan Tuntutan Penduduk
1.    Keluarkan kawasan RTB Kubang Labi dari kawasan projek i-SHARP. Daripada 1,000 hektar tanah yang diperuntukan, kira-kira 70 lot tanah RTB dengan keluasan 1 hektar setiap lot yang terlibat atau kira-kira 70 hektar sahaja tanah RTB penduduk. Tak cukupkah keluasan projek udang dengan baki kira-kira 930 hektar yang ada sehingga punca mata pencarian rakyat rakyat seluas sekangkang kera pun dilahap ?
2.    Walaupun pembinaan kolam di kawasan tanah RTB penduduk adalah rancangan fasa kedua projek, tetapi hakikatnya kemusnahan dahsyat telah berlaku apabila tanah-tanah kebun penduduk dikorek dan diangkut untuk kerja-kerja tebus guna tanah paya di kawasan fasa pertama projek. Penduduk menuntut segala kemusnahan ini dipulihkan walau dengan apa kos sekalipun dan kembalikan sumber periuk nasi kami.
3.    Kenapa penduduk yang terlibat tidak pernah diajak berunding berkaitan pelaksanaan suatu projek yang mengaitkan kesan langsung kepada mereka. Dakwaan didalam laporan EIA bahawa pandangan dan perundingan dengan penduduk setempat telah dibuat adalah pembohongan semata-mata. Apatah lagi 'Local Agenda' mengariskan bahawa sebelum sesuatu pembangunan yang melibatkan kepentingan penduduk dilaksanakan, penduduk setempat mesti diajak berunding terlebih dahulu.
4.    Kerajaan Negeri dituntut untuk member penerangan menyeluruh berkenaan projek ini kepada rakyat. Amat malang sekiranya MB pula bertindak seolah-olah menjadi jurucakap bagi pihak pemaju untuk mewar-warkan kononnya pelbagai kejayaan yang sebenarnya masih di awangan.


 Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH





DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 08 Apr 2012 07:19 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Mesy Agung Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh Lulus Usul YDP MAIPP

Posted: 08 Apr 2012 08:41 AM PDT

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh kali ke 24 yang berlangsung pada 8 Aprl 2012 di Dewan Haji Yusof Ar Rawa Sama Gagah telah meluluskan usul untuk mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada wakil PAS. Ini selaras dengan janji yang telah dibuat oleh YAB Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng semasa kempen Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir.

Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah. Mesyuarat agung tersebut telah dihadiri oleh lebih 70 orang perwakilan yang mewakili lebih 15 cawangan di kawasan Permatang Pauh.


Muktamirin


Urusetia Pendaftaran : Syaril dan Rizal

Wakil PAS Kawasan

Doa Rabithah

Mendapatkan Tips dari Ust Yusni

Ust Afnan membahaskan usul YDP MAIPP

Barisan Exco berdoa
Muktamirin

PAS LENGGONG

Posted: 08 Apr 2012 07:16 PM PDT

PAS LENGGONG


Krisis air di Gerik ?

Posted: 08 Apr 2012 02:23 AM PDT

Kenapa sampai mintak tolong dari SYABAS? Kemana LAP. Masa Pakatan memerintah LAP Bayar zakat berjuta, bila zambry merampas LAP dah tiada keberkatan?
Sayang mufti juga sengap membisu.

PAS Kawasan Miri

Posted: 08 Apr 2012 07:13 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Tanah Kubur Semakin Sempit Di Bandaraya

Posted: 08 Apr 2012 03:59 PM PDT

Tanah Perkuburan Islam Semakin Sempit

MIRI - Kubur merupakan tempat tinggal yang terakhir bagi setiap manusia yang meninggal dunia. Kawasan tanah perkuburan merupakan satu keperluan asas yang sama pentingnya dengan kemudahan asas lain.

Keperluan ini sering kali tertinggal apabila memajukan sesuatu kawasan perumahan dan ini akan menimbulkan masalah kepada penduduk kerana tiada tanah perkuburan yang dirancang dalam kawasan perumahan mereka. Bila berlaku kematian barulah sibuk hendak mencari tempat untuk pengkebumian yang mungkin jauh dari tempat tinggal mereka.

Masalah tanah di kawasan bandar juga merupakan satu faktor yang perlu diambil kira untuk menepatkan kawasan yang sesuai untuk tanah perkuburan. Tanah perkuburan umat Islam di bandaraya seperti Miri semakin sehari semakin sempit akibat pembangunan yang pesat dan juga kepadatan penduduk Islam yang semakin bertambah yang tinggal dalam kawasan bandar.

Kawasan tanah perkuburan di Sungai Baong Miri umpamanya, suatu hari nanti sudah pasti tidak akan mampu untuk menampung jumlah kematian yang ramai pada masa akan datang sekiranya pihak yang berkenaan tidak mencari tapak yang baru yang berdekatan dengan kawasan penduduk Islam yang tinggal dalam kawasan bandar.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan dan juga LAKMM (Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri) dengan menyediakan tapak perkuburan yang baru untuk menampung tempat perkebumian umat Islam terutama sekali untuk masa depan umat Islam yang ramai menetap dalam kawasan perumahan dan juga di pinggir bandaraya Miri.

Perancangan Tapak
Bagi bandaraya seperti Miri yang penduduknya lebih 300,000 orang keperluan tanah perkuburan ialah seluas 30 hektar dan dipusatkan dengan jarak tidak lebih dari 30 km itu mengikut pandangan penganalisa.

Tapak perkuburan umat Islam amat sesuai kalau ditempatkan di pinggir kawasan perumahan dan berhampiran dengan rumah ibadat seperti masjid. Tapak perkuburan seharusnya diatas tanah yang rata sebab ianya akan memudahkan pengurusan mayat semasa perkebumian.

Setiap barisan kubur perlu ada lot-lot supaya ianya kelihatan tersusun dan teratur. Dengan susunan lot-lot tersebut akan memudahkan pengurusan pengkebumian. Menyediakan tapak letak kenderaan untuk mengelak kesesakan jalanraya amatlah perlu, apabila ramai keluarga, saudara mara dan sahabat handai hadir semasa upacara pengkebumian. Pejabat pentadbiran, kawasan rehat dan kemudahan awam seperti tandas juga perlu untuk orang ramai yang berurusan dengan pengkebumian.

Sekali lagi kita mendesak agar pihak kerajaan dan juga Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) segera mencari tapak baru untuk tanah perkuburan Islam Miri, dimana nilai tanah pada masa akan datang sudah tentu tinggi nilainya dan sebelum tanah-tanah yang ada disekitar bandar habis digunakan untuk pembangunan yang semakin pesat membangun di bandaraya Miri.

Jangan mengkomersialkan tanah perkuburan hanya untuk membuat keuntungan kerana orang ramai juga berhak untuk mendapatkan tempat yang sesuai bukan sahaja semasa hidup tetapi selepas kematian. Bersikap adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Muslim Burial Ground getting narrower
MIRI - The grave is the last place of residence of every human being who died. Cemetery is a basic need that is as important as other basic facilities.

This requirement often left out when developing residential areas and this will cause problems for residents because there are no planned cemeteries in their areas. When there are event of death only then busy to find a place for burial that may be far from their homes.

Land problem in urban areas is also a factor to be taken into account to adjust the appropriate area for the cemetery. Muslim cemetery in Miri city getting a day getting narrower due to the rapid development and the density of the growing Muslim population living in urban areas.

Sungai Baong Miri Cemetery for example, one day of course will not be able to accommodate a large number of deaths in the future if the parties do not seek a new site close to the Muslim population living in urban areas.

This should be taken seriously by the government and also LAKMM (Miri Malay Charitable Trust Board) to provide a new cemetery to accommodate a Muslim funeral for the future especially that many Muslims live in residential areas and also on the outskirts of Miri city.

Site Planning
For cities such as Miri, a population of over 300,000 people need the cemetery is about 30 hectares and is centered at a distance of not more than 30 km in accordance with the views of analysts.

Muslim burial site is suitable if placed at the edge of a residential area and near to places of worship such as mosques. Burial sites should be on flat land because it will facilitate the management of the body during funeral.

Each line of the graves must have lots so that it looks organized and orderly. With the arrangement of these lots will facilitate the management of funerals. Provides vehicle parking to avoid congestion on the roads is necessary, when many families, relatives and friends present at the funeral.

Administrative offices, rest areas and public facilities such as toilets also need for people who deal with the funeral.

Once again we urge the government and Miri Malay Charitable Trust Board (LAKMM) quickly find a new site for Miri Muslim cemetery where the value of the land in the future of course highly valued and before the land existing around the city used up for development which is booming in the Miri city.Do not commercialize the cemetery just to make a profit because people are also entitled to get the ideal place not only during life but after death. Be fair to all regardless of race, religion and political belief.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Apr 2012 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PAS MESRA MASYARAKAT CINA :TIMB. PRESIDEN

Posted: 07 Apr 2012 10:28 PM PDT

Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina.
Pemimpin mereka menolak dakyah, tuduhan dengan membuktikan parti Islam itu tidak tunduk kepada parti majoriti Cina-DAP, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Kebanyakan pemimpin Umno dan akhbar mereka Utusan Malaysia menuduh PAS tunduk terhadap DAP.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata ketika perhimpunan malam tadi Umno cuba menakutkan komuniti Melayu, walaupun "propaganda" mereka itu tidak lagi efektif.
Beliau turut menuduh kritikan Umno itu bersifat hipokrit kerana mereka juga bekerjasama dengan Cina.
"Ye, memang (Presiden Gerakan Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon itu Jawa," sindirnya kepada Umno dihadapan penyokong yang kesemuanya Melayu malam tadi.
"Dan Lim Chong Eu Bugis," tambahnya.
Perhimpunan yang diadakan di Stadium Melawati itu dianjurkan sebagai pentas pemimpin pembangkang mempertahankan pentadbiran PR di Selangor daripada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya akan datang, termasuk menyambut ulang tahun ke 25 PAS di negeri ini.
Kedua-dua Koh dan Lim adalah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Gerakan, elah mengadakan hubungan dengan Umno di dalam BN.
Mat Sabu turut menjelaskan DAP seringkali dikritik sebagai chauvinis anti Islam oleh Umno namun menegaskan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah menerima peruntukan yang lebih tinggi sewaktu pemerintahan DAP berbanding Gerakan.
"Tahun pertama parti 'anti Islam' Lim Guan Eng telah memberikan RM20 juta, tahun berikutnya meningkat kepada RM24 juta, dan tahun ketiga RM33 juta," katanya.
"Masuk tahun keempat, beliau yang dikatakan anti Melayu telah memperuntukkan RM64 juta."

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 08 Apr 2012 01:22 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Sukan Pasti Al-Khauthar 2012

Posted: 08 Apr 2012 12:48 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 08 Apr 2012 11:32 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


TUNAIKAN HAK KITA

Posted: 08 Apr 2012 03:38 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 08 Apr 2012 09:38 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Karnival Sukaneka PASTI kawasan Sepanggar 2012 meriah

Posted: 07 Apr 2012 08:50 PM PDT

1 April, Kota Kinabalu: Tahun ini sekali lagi PASTI kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan karnival sukaneka PASTI kawasan. Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sukaneka kali ini telah disertai 9 buah PASTI sekitar Sepanggar dan sebuah PASTI Tuaran dimana lebih 380 pelajar telah menyertainya.

Sukaneka dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari pelajar-pelajar yang mewakili PASTI masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan selain dari pakaian yang ceria dari setiap PASTI. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu En. Lahirul Latigu. Beliau mengingatkan para ibu bapa bahawa PASTI ini adalah milik semua mereka yang cintakan pendidikan Islam. Pada majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Sepanggar 2012.

Selain dari sukaneka, turut disediakan pada karnival tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS, derma darah dari Hospitan Queen, gerai-gerai jualan dan pameran. Selain itu acara ibubapa juga tidak ketinggalan, dimana acara pertandingan melipat kain untuk kaum ibu dan acara larian 4 x 100m untuk kaum bapa turut diadakan.

Pemenang keseluruhan sukaneka pada tahun ini dimenangi oleh PASTI Al-Islah, Kg. Lobou yang memenangi hampir kesemua acara. Manakala PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana telah memenangi acara perbarisan lintas hormat.

Gambar sekitar karnival sukaneka PASTI

 Perbarisan dari PASTI As-Solihin Taman Puterajaya

Pemenang perbarisan lintas hormat dari PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana


 Acara isi air dalam botol

Acara membawa bola pingpong dalam sudu

 Pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS

 Acara kaum ibu, pertandingan melipat kain

Sebahagian ibu bapa dan hadirin yang hadir memenuhi ruang utama

 Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar meyampaikan piala kepada pemenang

PASTI Al-Islah, Kg. Lobou, juara keseluruhan sukaneka menerima hamper dan piala pusingan

Jumpa lagi pada Karnival Sukaneka PASTI Sepanggar tahun depan.

Jasindaily Online

Posted: 08 Apr 2012 09:33 AM PDT

Jasindaily Online


PAS Melaka cabar ADUN kelab malam

Posted: 07 Apr 2012 09:44 PM PDT

Pada 25 Mac 2012, seorang YB dari Barisan Nasional telah ditangkap di kelab dangdut pada jam 2 pagi.Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Melaka mencabar PAS mendedahkan siapakah ADUN yang dimaksudkan.Ikuti temubual bersama Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Melaka berkenaan isu ini.

Inilah Yang Datuk Ali Rustam Cukup Takut

Posted: 07 Apr 2012 09:39 PM PDT


Program dan ceramah Pakatan Rakyat di Melaka sering diganggu oleh UMNO.
Mentaliti kuno UMNO menjumudkan demokrasi.
Ali Rustam bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini.
Berubah Sekarang!!

VIDEO BN BUAT KACAU DI BILIK GERAKAN DAP KLEBANG

Posted: 07 Apr 2012 09:29 PM PDT



Insiden ini berlaku ketika para petugas sedang bersiap sedia untuk program ceramah bertempat di Bilik Gerakan DAP Dun N14 Klebang, Melaka Pada 6 April 2012

RAKYAT MELAKA MAHU DATUK ALI SAHUT CABARAN DEBAT

Posted: 07 Apr 2012 09:24 PM PDT

Rakyat negeri Melaka meletakkan harapan tinggi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyahut cabaran debat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Amat Alang, 43 dari Taman Merdeka berkata rakyat khususnya anak muda negeri Melaka memang sudah lama menanti-nanti debat bersejarah antara pimpinan PAS dan Umno.


"Rakyat khususnya anak muda ingin mendengar hujah-hujah kedua-dua parti bagi membuat penilaian dan pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa pada pilihanraya umum akan datang" ujar Wan Azmi.

Rakan beliau Hamed Wahab, 44 dari Durian Tunggal pula berpendapat bahawa debat merupakan kaedah terbaik bagi pimpinan menunjukkan idea dan karisma masing-masing secara spontan di hadapan rakyat.

"Di negara-negara maju pimpinan mereka menjadikan pentas debat sebagai cara mereka berkempen dan menonjolkan keupayaan diri dan parti mereka, malangnya di negara kita pemimpin takut untuk berdebat, pemimpin yang takut berdebat ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin" ujar Anuar.

Sementara itu, Adly dalam ceramahnya di sini malam tadi berkata beliau akan tetap menunggu Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.

"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.

"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan Pilihan Raya DAP Dun Klebang di sini malam tadi.

Beliau berkata ketua menteri itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.

"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".

"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Apr 2012 09:30 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

Posted: 08 Apr 2012 06:36 AM PDT


CERAMAH UMUM

Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN

Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau

Penceramah :

~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung

~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086


Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA

No akaun : 05-021-02-011755-8

Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

JELAJAH JANJI DITEPATI?

Posted: 08 Apr 2012 12:12 AM PDT

JANJI BINA UITM DI REMBAU

Kosmo, 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Selanjutnya di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

JANJI BINA LANDASAN PESAWAT KECIL DI REMBAU

Utusan Malaysia, 21 Feb 2008

Seremban - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

Selanjutnya di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

JANJI HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU

Utusan Malaysia 8 Mac 2008

REMBAU - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. BELIAU MENJELASKAN DENGAN PEMBINAAN HOSPITAL INI PADA TAHUN INI, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

Selanjutnya di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson

Posted: 07 Apr 2012 11:13 PM PDT


PIDATO ANAK MUDA

Isu BERSIH 3.0, PTPTN, PLKN

Bersama : Mazlan Aliman, Chaa Kee Chin, Ust Norazman Mohamad, Nazree Yunus & Ust Noraiza

Tarikh : 10 Apr 2012, Selasa

Masa : 9 mlm

Tempat : Batu 4, Port Dickson (perkarangan rumah Pak Ngah Zainal), N.Sembilan

Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban

Posted: 07 Apr 2012 11:12 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminnudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol

Posted: 07 Apr 2012 11:12 PM PDT

MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsaman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)

Semua dijemput hadir

Nyawa bayi jadi taruhan

Posted: 07 Apr 2012 11:09 PM PDT

Nyawa bayi jadi taruhan

7 April 2012

Sungai Timun, Rembau – Sepasang suami isteri yang sedang tidur terkejut apabila lampu bilik dinyalakan sebelum terlihat tiga lelaki bertopeng berada di dalam bilik mereka kira-kira 3.30 pagi di Kampung Sungai Timun, dekat sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, pasangan berkenaan, Khairuddin Abdul Hamid, 48, dan Norlaila Ali, 49, tidur bersama cucu mereka, Qistina Khairul Ashraff, 2 bulan dan anak perempuan, Nur Atiqah Khairuddin, 12.

Menurut Norlaila, sebaik tersedar, tiga penyamun bertopeng berkenaan mengacu parang ke arah mereka dan salah seorang daripada penyamun nekad mengambil Qistina untuk mengugut mereka menyerahkan barangan berharga.

"Walau bagaimanapun suami saya telah bertindak pantas menghalang penyamun berkenaan daripada mengambil cucu kami namun tindakannya itu menyebabkan suami cedera di pergelangan tangan kiri terkena parang milik perompak terbabit.

"Selepas itu penyamun berkenaan bertindak mengikat dan menutup mata kami dengan kain pelekat manakala Qistina diletakkan di tengah peha suami. Seorang lagi anak lelaki saya yang tidur di bilik belakang tidak menyedari rumah disamun," katanya ketika ditemui di kediamannya, petang kelmarin.

Difahamkan, keluarga berkenaan mengalami kerugian lebih RM20,000 susulan insiden berkenaan membabitkan kehilangan barangan kemas berjumlah RM8,000; rokok untuk dijual bernilai RM1,200; duit pusingan kedai runcit bernilai anggaran RM8,000, duit membaiki rumah bernilai RM4,000 dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Khairuddin berkata, itu merupakan kejadian kali pertama dialami mereka sekeluarga selama menetap di perkampungan berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, susulan kejadian pecah rumah yang pernah berlaku awal Mac lalu di perkampungan berkenaan, kebanyakan penduduk kampung termasuk keluarganya sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa memeriksa kawasan rumah mereka.

"Saya memang sudah sediakan batang besi untuk meronda kawasan rumah, bagaimanapun pada malam kejadian hanya isteri saya sahaja memeriksa keadaan rumah kerana saya tidak sihat," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nyawa-bayi-jadi-taruhan-1.38183

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 08 Apr 2012 09:30 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Santai Anak Muda Dun Bintong

Posted: 08 Apr 2012 02:46 AM PDT

Pak Tam yang memakai baju kuning selaku tuan rumah menyampaikan hadiah kepada pemenang,nampaknya Pak Tam tak sabar-sabar nak pi BERSIH 3.0 "Duduk Bantah".


YDP Kawasan Kangar,Sdr Hairy Hashim turut bersama anak muda pada malam ini


Sdr Jamil Kamis bersama penduduk kampung yang turut membantu menjayakan program BBQ dan Karom untuk anak muda


Makan sambil mendengar ceramah multimedia Ustaz Azhar Idrus dan Zizan


Jentik jangan tak jentik


Menu tambahan selain nasi berlauk


Kanak-kanak turut hadir bersama ibu bapa mereka


Sdr Yasser Desa sebagai hakim pada malam ini untuk pertandingan karom



Pasukan yang terlibat

PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih

Posted: 08 Apr 2012 02:40 AM PDT

SHAH ALAM, 8 April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.

"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.

Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

"Datuk A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih.

"Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya.

Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

"Sampai bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara untuk merampas kembali negeri itu.

"Di Selangor, kita jangan ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012 tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.

harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Apr 2012 07:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISU VALE : PENJELASAN MANTAN MB PERAK.

Posted: 08 Apr 2012 01:18 AM PDT

SUKAN : SHAHIDAN NAK KEKAL JAWATAN ?

Posted: 08 Apr 2012 12:49 AM PDT

GLOBAL : PRESIDEN MENINGGAL

Posted: 08 Apr 2012 12:43 AM PDT

GLOBAL : MATI DI HUKUM DI ARAB SAUDI

Posted: 08 Apr 2012 12:27 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 08 Apr 2012 07:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


MUKTAMAR AGUNG DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Posted: 08 Apr 2012 05:34 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 08 Apr 2012 03:32 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


CERAMAH PGU DI N-26 DUN RANTAU ABANG

Posted: 07 Apr 2012 06:10 PM PDT

50 pekerja nyaris maut

Posted: 06 Apr 2012 11:07 PM PDT

PAKA - Seramai 50 pekerja di tapak binaan di kawasan industri minyak dan gas dekat sini, berdepan detik cemas setelah mengalami sesak nafas dipercayai terhidu gas ammonia yang bocor.

Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 8.15 pagi, ketika kira-kira 100 pekerja sebuah syarikat kontrak di kawasan industri petrokimia Petronas dekat Kerteh, Paka melakukan kerja teknikal.

Beberapa pekerja dikatakan secara tiba-tiba mengalami sesak nafas, pening, loya selain muntah-muntah dan terdapat beberapa pekerja turut pengsan.

Sebaik menyedari kejadian terbabit, semua pekerja diarahkan berpindah ke lokasi lain termasuk ada yang menyelamatkan diri masuk ke dalam bangunan sebelum mangsa dipindahkan secara berperingkat ke lokasi lain yang difikirkan selamat.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Rantau Petronas serta Hospital Dungun dengan ambulans dan kenderaan persendirian.

Sehingga jam 2 awal pagi semalam, lebih 20 mangsa menerima rawatan di Hospital Dungun, dua daripadanya, Mohd Zawawi Lokman, 26, dan Mohd Sarjun Abdullah, 48, terpaksa ditahan di wad Hospital Dungun untuk rawa-tan lanjut, manakala yang lain dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.

Sehingga jam 8 pagi semalam, semua mangsa yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan dan sehingga jam 9 pagi semalam, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkenaan berkaitan insiden yang disifatkan kes terpencil itu.

Untuk berita selanjutny, sila klik link dibawah;

"http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/50-pekerja-nyaris-maut-1.38229">

CERAMAH ISU SEMASA BERSAMA PRESIDEN PAS

Posted: 24 Mar 2012 10:02 PM PDT

22 Mac-Mengenang Kembali Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin

Posted: 22 Mar 2012 07:06 AM PDT


Mengenang Sheikh Ahmad Yassin
1938- 2004
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.
Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.
Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.
Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.
Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..
Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Menjadi Rakan Dagang Bermakna Mengiktiraf Kewujudan Entiti Haram Israel

Posted: 19 Mar 2012 03:45 AM PDT

Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam. 


Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. 

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.  Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012


Apa Beza Konsert Anjuran PAS Berbanding Anjuran Umno?

Posted: 18 Mar 2012 02:53 AM PDT

KUALA TERENGGANU– Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berbelanja ribuan ringgit bagi 'mengarak' dan 'mengusung' konsert Wali Band ke seluruh pelosok negeri menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas, bagi meraih sokongan anak-anak muda.

Manakala PAS sering mengadakan konsert-konsert kesenian dan muzik alternatif, di setiap ceruk rantau bagi memberi pilihan dan menjelaskan, hiburan itu tidak haram disisi agama Islam.

Kehadiran para artis 'rockers' yang cenderung dan yang telah kembali memilih jalan hidup Islam pada Konsert Gema Keinsafan di hadapan Pasar Borong Gong Pauh Kuala Terengganu, membawa makna dan perspektif yang berbeza tentang konsert dan muzik.

Skuad Buletinonline mengambil peluang mendekati bekas vokalis  lagu-lagu 'rock', Ismail Zainuddin yang dikenali ramai dengan gelaran Mel Wings

Beliau mendapat gelaran demikian kerana pernah menganggotai Wings sekitar tahun 1995, apabila 'vakum' penyanyi utama kumpulan itu diisi
olehnya. 

SIRI KE-2 DEMO BANTAHAN JKKK RAMPAS TANAH SEK. RENDAH ISLAM DARUL BAYAN

Posted: 11 Mar 2012 04:11 PM PDT

Tarikh : 7 Mac 2012
Masa : Selepas Zohor
Tempat : Dari Surau Tuan Guru Hj Zainal Abidin ke Pejabat Tanah Daerah
Catatan :
1. DO tiada pada masa tersebut kerana tgh bercuti, memorendum diserahkan kepada wakil DO
2. Himpunan ini bukan episod terakhir, siri yang akan datang akan dibuat sekiranya isu ini tidak diendahkan oleh pihak kerajaan












PAS : 10 Tahun Akan Datang

Posted: 25 Feb 2012 06:33 AM PST

1. PAS adalah sebuah parti yang kukuh dengan prinsip perjuangan yang bertunjangkan Islam. Sebagaimana kukuhnya Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt maka begitulah kukuhnya prinsip perjuangan yang dipangku oleh PAS menongkah 1001 macam halangan, rintangan dan cabaran sejak hari tubuhnya.

2. Meredah masa depan, selama PAS berpegang teguh dengan perjuangan Islam, ia tetap unggul biarpun menggapai usia 100 tahun lagi justeru Islam adalah agama dari Allah swt yang sesuai sepanjang zaman sehinggalah dunia digulung kiamat kelak.

3. Sebagai sebuah Gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan good governence, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah swt. Dunia semakin kosong dan gersang tanpa Islam sebagai petunjuk Allah swt. Inilah yang difirmankan oleh Allah swt :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

4. Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan ummah mesti dipersiapkan agar hadhir dan tampilnya menepati tuntutan semasa. PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif.

5. Bermula dengan menyusun saff kepimpinan parti yang terdiri dari kalangan figure mampu dan layak menggalas amanah kepimpinan, bukan sahaja kepimpinan parti tetapi juga kepimpinan negara. Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah 2 line up kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi ialah kepimpinan yang mengurus negara. Namun kedua - dua line up kepimpinan berada di dalam satu majlis pemesyuaratan parti.

6. Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekaligus mampu mendokong aspirasi parti. Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan karenah masaalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai.

7. Menuju cabaran 10 tahun akan datang, antara lain PAS perlu menumpukan kepada 2 skim kualiti.

Pertama kualiti pada figure samaada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.

Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

CERAMAH ISU SEMASA

Posted: 18 Feb 2012 12:18 AM PST

TARIKH: KHAMIS,23/2/2012
MASA: 9.30 MALAM
TEMPAT: SURAU HAJI ZAINAL ABIDIN, SURA GATE,DUNGUN

FOTO DEMO BANTAHAN JKKK RAMPAS TANAH SEK. RENDAH ISLAM DARUL BAYAN

Posted: 12 Feb 2012 05:46 AM PST

DULU UMNO SEKARANG PAS..ALLAHUAKBAR!!

Posted: 09 Feb 2012 08:27 PM PST

JOM PAKAT DEMO BELAKE

Posted: 09 Feb 2012 08:16 PM PST

Awas Jalan ‘Hancur’ di Hadapan!

Posted: 07 Feb 2012 09:59 AM PST

DUNGUN –  Jalan Haji Zainal Abidin yang merentangi bandar Dungun di sini tidak akan siap kerana kontraktor pembinaannya dilaporkan telah 'melarikan diri' akibat wang kos pembinaannya telah habis.
Menurut  ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa mengambil tugas kontraktor terbabit dan melakukan kerja-kerja pembina secara berdikit-dikit.


Oleh kerana jalan tersebut mengalami kerosakkan yang teruk, beliau menyarankan supaya papan tanda yang diletakkan oleh JKR 'Awas Jalan Rosak Di Hadapan' ditukar kepada 'Awas Jalan Hancur Di Hadapan'.

"Jangan pilih pemimpin yang kutip komisyen daripada projek, jangan kita pilih (kerana) ini (dia) kita pilih (menyebabkan) jalan pun tak siap,

"jalan ini tak boleh siap sebab duit bayaran sudah habis, sudah taka da duit, itu 'company (syarikat kontraktor) pun sudah lari, (sekarang) JKR yang buat,

"sikit-sikit buat (kambus) lubang, dia tulis, Awas Jalan Rosak Di Hadapan,  saya kata bukan jalan rosak (tetapi) Awas, Jalan hancur Di Hadapan,"tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan tahun Baru Cina di sini pada Ahad malam, 5 Februari.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Bendahari PAS Dungun, Ustaz Roslan ismail, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Dungun Puan Serena Lim, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Dr Bala Chandran dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.
Sebelum itu, pada sebelah petangnya, para pemuda Dun Sura sekali lagi turun ke 'jalan hancur' tersebut mengagih-agihkan risalah berkenaan jalan terbabit kepada para pengguna jalan raya.
Edaran risalah pada kali ini adalah sempena program Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat turun ke negeri Terengganu.

Setiausaha Lujnah Penerangan PAS, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui berkata, PAS terpaksa turun ke jalan raya memberitahu rakyat kerana PAS tidak diberi peluang untuk muncul dalam media masa kerana ia dikuasai kerajaan.

"PAS hanya ada Harakah, terhad da hanya untuk ahli sahaja, jadi kita turun untuk sampaikan maklumat kepada rakyat,"katanya.

Pada 12 Januari sebanyak 3,000 keping risalah membantah kelembapan perlaksanaan projek menaiktaraf telah diedarkan.

Turut sama mengedarkan risalah bersama kira-kira 50 orang pemuda tersebut adalah Setiausaha PAS Dungun Norul Azhar Ali.

KULIAH MAGHRIB USTAZ SHEIKH HANAFI

Posted: 04 Feb 2012 12:49 AM PST



CERAMAH UMUM

Posted: 31 Jan 2012 07:33 AM PST

Tukang Basuh Pinggan Kedai Mamak Pun Boleh Jadi Warganegara!

Posted: 26 Jan 2012 01:26 AM PST

DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS  berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.

"saya masuk PAS kerana PAS bukan parti 'haram' dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,

"bukan seperti mana parti 'Melayu' disebelah sana (Umno),  yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,"ujanya.


[Gambar - Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh]

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.

Katanya, 'pendatang haram' tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

"sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita,

"melalui Langkawi perrgi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato' Seri Najib Razak.

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang 'profesional'.

Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.



FOTO SAMBUTAN JUBLI EMAS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

Posted: 22 Jan 2012 02:08 AM PST

Program : Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Tarikh    : 19-21 Disember 2011
Tempat  : Batu 5, Alur Tempoyak, DUNGUN
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu



  






 












 



 

 





CERAMAH UMUM

Posted: 21 Jan 2012 11:56 PM PST

Empat Mahasiswa menggegar bandar Dungun

Posted: 15 Jan 2012 11:04 PM PST

DUNGUN -  Empat orang mahasiswa melakar sejarah politik negeri Terengganu apabila mereka berucap di khalayak ramai dalam Majlis yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan WARIS, disini pada Sabtu 14 Januari.

Pengerusi BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) Safwan Anang menuntut di Universiti Malaya, Ketua Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli Abdul Halim dari UPSI, Khairul Naim dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) UiTM dan Ehsan Bukhari dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan berani menyuarakan hasrat mereka dan menyeru rakyat menumbangkan regim Umno dan Barisan Nasional.








[Gambar diatas- Safwan menunjukkan gaya, bagaimana beliau mengoyak kertas kebenaran hospital yang bersekongkol dengan polis, merakam 'curi' gambarnya, ketika beliau terlantar di hospital setelah di belasah pada peristiwa UPI berdarah]

Keempat-empat mereka berkongsi dengan ribuan hadirin, bagaimana mereka diperlakukan dengan zalim oleh 'Sang Penguasa' dalam himpunan aman yang di adakan di UPSI pada malam tahun baru 2012.
                               
[Gambar diatas - Adam menunjukkan isyarat 3 dengan jarinya, dengan tegas mengatakan, ia akan kembali selepas digantung oleh UPSI, untuk meneruskan perjuangan menuntut hak dan kebebasan mahasiswa]

Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara.

Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.

Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan!

PAS PECAT HASSAN ALI

Posted: 08 Jan 2012 07:24 AM PST

Persiapan awal di tapak Sambutan Jubli Emas DPPNT

Posted: 08 Jan 2012 06:06 AM PST


JUMAAT 06 Jan 2012 - Bahang kehangatan mulai terasa dengan persiapan awal di tapak yang akan berlangsungnya program Jubli Emas DPPNT di Batu 5,Dungun awal petang tadi.
Kerja pembinaan pintu gerbang giat diusahakan oleh petugas yang terdiri dari Pemuda PAS Dungun terutama dari Dun Rantau Abang dan Dun Sura.

Selain itu syiar utama perjuangan iaitu bendera besar juga dinaikkan oleh petugas di tapak program yang berada di laluan utama dari Dungun ke Paka itu yang berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Bauk.



Kerancakan persiapan akan lebih terasa menjelang minggu terakhir sebelum berlangsungnya program terbesar yang akan menghimpunkan para Pemuda PAS dan petugas dari seluruh negeri Terengganu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 nanti.


LOKASI tapak program JUBLI EMAS DPPNT


Mampu menghimpunkan ribuan pemuda 

Berlatarbelakangkan pemandangan Bukit Bauk

Berhadapan Stesyen Minyak Shell Batu 5 Dungun @ laluan utama Dungun - Kemaman


CERAMAH UMUM & KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN

Posted: 08 Jan 2012 05:42 AM PST






Protes Auku: 17 ditangkap, 2 parah

Posted: 02 Jan 2012 11:25 AM PST

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden kekasaran pihak keselamatan ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham dan terpaksa mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respons segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk kekasaran ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

"Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini agar semua tahanan itu dibebaskan.

"Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River," katanya kepada Harakahdaily.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sungguh zalim dan kejam, Nasruddin juga memeberi amaran, satu himpunan lebih besar akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa tersebut.

"Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia.

"Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," tegasnya.

HARI KELUARGA PEMUDA DUN RANTAU ABANG 2011

Posted: 31 Dec 2011 04:22 PM PST

Sabtu, 31 Desember 2011.

Pemuda PAS dun Rantau Abang telah Berjaya mengadakan sambutan Hari Keluarga Pemuda 2011 bertempat di perkarangan Surau Kampung Baru, Kuala Abang. Program ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti bagi 2011. Sambutan kepada program ini adalah amat menggalakkan dan diluar jangka di mana ia turut dimeriahkan oleh mereka yang telah melepasi lingkungan umur pemuda. Seolah-olah cuaca yang kadang kala hujan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan.

Pelabagai acara sukaneka telah dijalankan yang merangkumi semua peringkat umur dan jantina. Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah "wood ball", lumba basikal fixxie dan bowling padang. Selain acara sukaneka, kaunter khidmat berbekam sunnah turut disediakan sebagai khidmat kebajikan kepada penduduk setempat. Majlis penutup program telah dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari pelajar-pelajar PASTI khariah Pulau Serai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Rantau Abang, Tn Hj Alias Harun di dalam ucapan penutupnya telah menekankan kesatuan yang ditunjukan di dalam menjayakan hari keluarga ini perlu diterjemahkan kepada perkara yang lebih besar iaitu kesatuan di dalam menegakkan "Daulah Islamiah'' terutamanya di Terengganu. Beliau mengingatkan bahawa hanya Islam yang dapat menjamin kesejahteraan di dalam kehidupan. Dimana pemimpin yang patuh kepada Islam pasti akan menjadi peminpin yang adil, bertanggungjawab dan beramanah.
Disamping hadiah-hadiah yang dimenangi melalui acara sukaneka dan cabutan bertuah, mereka yang hadir telah juga dijamu di dalam jamuan rakyat yang telah disediakan oleh ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru Kuala Abang. Rata-rata yang hadir gembira dengan perjalan program secara keseluruhan dan mengharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Akhirnya, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang telibat terutamanya ahlijawatankuasa Pemuda Dun, ahlijawatankuasa pemuda cawangan-cawangan, Unit Amal dun, Nisa' dun dan ahlijawatankuasa PAS cawangan Kampung Baru selaku tuan rumah.



 Acara Lempar Syiling Plastik Bagi Kanak-Kanak Lelaki

 Acara Woodball Bagi Kanak-Kanak Lelaki

Gaya Seorang Pemain Pentaque 

 Acara Woodball Untuk Muslimin Dewasa

 Muslimat Sedang Anyam Ketupat

Acara Mewarna Untuk Kanak-Kanak 

 Acara Keluarga Bahagia Yang Melibatkan Mak, Ayah & Anak ( Lambung Syiling Dalam Bakul )

Persembahan Nasyid Oleh Adik-Adik Dari PASTI Pulai Serai.  

 Tuan Hj. Alias Harun Menyampaikan Hadiah Untuk Pemenang








SEKITAR PROGRAM GUNTING RAMBUT PERDANA 2011

Posted: 30 Dec 2011 07:44 AM PST





1 ulasan:

  1. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    BalasPadam