Khamis, 5 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Apr 2012 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bersih 3.0: SPR tidak perlu rasa gelisah

Posted: 05 Apr 2012 01:42 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wan Ahmad Wan Omar supaya jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April 2012.

Bagi Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor, kenyataan Wan Ahmad yang menyifatkan perhimpunan itu sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan 'kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu'.

Sepatutnya, kata beliau Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0 kerana itu bukan kerjanya.

"Tugas utama beliau, adalah memastikan perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Riduan menambah, yang perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana Menteri, menteri terbabit atau pihak polis.

Justeru, katanya kenyataan Wan Ahmad menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.

Beliau menambah, Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0 adalah perhimpunan aman.

"Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan menyeleweng, jangan main wayang atau 'silap mata'," ujarnya.

Justeru, ujarnya SPR jangan bimbang kerana hasil himpunan itu rakyat sendiri akan memerhati setiap pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU13 dan setiap penipuan pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan.

Ini, ujar beliau kerana sudah banyak hints oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU13 adalah pilihan raya yang paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.

"Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang hendak ditakutkan," katanya.

Beliau berkata, SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihan raya.

Jelasnya, Bersih 3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan pilihan raya, hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.

Menurutnya, himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai 'loceng amaran' kepada rakyat supaya bersedia menghadapai PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan menyusun jadual ke luar negara.

"Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan teraba-raba.

"Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum rakyat menghadapi PRU13," katanya lagi.

Harakah Daily

Dr Rani: J/K Khas Sebagai Agen Kepada Jais

Posted: 05 Apr 2012 01:30 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji kekuatan dan kemampuan khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menyelesaikan konflik umat Islam termasuk isu murtad disifatkan sebagai cara terbaik untuk menangani masalah itu secara efektif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri itu akan bertindak sebagai agen untuk memberi maklumat kepada Jais sebelum dipanjangkan kepada Majlis Agama Islam (Mais) sekiranya berlaku sebarang masalah akidah di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga bukanlah kerana mempertikaikan kredibiliti Jais dalam menangani isu umat Islam di Selangor, sebaliknya ia bertujuan memberi penambahbaikan kepada jabatan itu untuk membela martabat Islam.

"Saya berpandangan bahawa jawatankuasa ini adalah sebagai satu jalinan kerjasama bersama Jais dan Mais memandangkan kes akidah di kalangan umat Islam sekarang bertambah serius.

Tidak hanya isu murtad, sebaliknya kes gejala sosial dan rasuah yang berlaku di kalangan masyarakat hari ini juga adalah disebabkan kurangnya pengetahuan atau pendedahan mengenai ajaran Islam.

Jawatankuasa ini dibentuk bukanlah kerana meragui Jais tidak boleh buat kerja, tetapi ia hanya sebagai agen untuk bersama-sama membantu menangani isu akidah Islam," tegasnya.

Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin, Pengarah Penguatkuasa Jais, Mohd Rais Rashid, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman serta dibantu dua pegawai undang-undang dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Jais.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, anggota jawatankuasa yang dipilih ini bukan sahaja akan menilai kemampuan Jais, tetapi juga akan merangka mekanisma dan kaedah bagi memantapkan lagi peranan jabatan dalam mencari penyelesaian berkesan dan holistik.

Sementara itu, ketika ditanya tentang pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin, Dr Rani menegaskan, isu berkenaan seharusnya dipantau pihak berkuasa sejak dulu lagi memandangkan ia adalah perkara serius.

Jelasnya, isu murtad telah lama berlaku dan bukannya selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemertintahan di Selangor pada 2008 seperti yang didakwa.

"Isu ini sangat serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutama umat Islam termasuk ahli PAS, Keadilan (PKR) dan Umno-Barisan Nasional (BN) sendiri.

Video yang ditunjukkan oleh Adun Gombak Setia (Hasan) itu dikatakan berlaku sekitar tahun 2002. Kenapa baru sekarang hendak didedahkan? Secara tak langsung, ia telah mempertikaikan tanggungjawab Hasan sebagai Exco Hal Ehwal Agama sebelum ini.

Saya berharap, mana-mana pihak yang mempunyai bukti mengenai isu murtad, tidak perlulah menunggu lama sebaliknya tampilkan bukti itu dengan segera kepada Mais, Jais atau pihak Kementerian. Jangan salahkan mana-mana pihak," jelas beliau lagi.

selangorku/-

Mahfuz pertahan dakwaan 'task force' wujud

Posted: 05 Apr 2012 01:26 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan dakwaanya wujud task force dalam masa yang sama beliau bersedia mendedahkan butiran terperinci kepada Suruhanjaya Diraja nanti.

Beliau juga bersedia membantu Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk untuk meneliti semua dakwaannya berhubung wujudnya 'task force' untuk memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Bahkan beliau sudah menjangka akan ada penafian oleh individu-individu yang dinamakannya semalam, antaranya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Saya sudah menjangka mereka yang saya sebut semalam akan menafikan. Penafian mereka membuktikan dakwaan saya benar. Mereka boleh menafikan, biar Suruhanjaya Diraja menjawab," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Hari ini, Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mahfuz, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Wan Ahmad menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

Mahfuz menegaskan Wan Ahmad hanya menafikan beliau tidak terlibat bukannya menafikan wujudnya 'task force' sebagaimana yang didakwanya semalam.

Malah dalam masa yang sama katanya, Wan Ahmad juga tidak menafikan wujudnya pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing.

Bersandarkan kenyataan itu, Mahfuz menyifatkan Wan Ahmad bersama-sama dengan beliau menyedari kewujudan pendaftaran warga asing dalam daftar pemilih.

"Saya minta beliau duduk bersama saya (tubuh Suruhanjaya DiRaja) dengan segera," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar.

"Saya tidak tahu apa-apa," kata Thajudeen Abdul Wahab.

Harakah Daily

Waran tangkap terhadap MP Sabak Bernam

Posted: 05 Apr 2012 01:25 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, kerana gagal menghadiri prosiding mahkamah.

Abdul Rahman adalah pengerusi Majuikan Sdn Bhd yang telah
diperintahkan membayar RM2.3 juta pada November lalu, ekoran saman Benzteel Sdn Bhd Perdagangan terhadap United Arena (M) Sdn Bhd

Ketika dihubungi, peguam plaintif, A Saha Deva berkata Abdul Rahman (kiri), sebagai salah seorang pengarah Majuikan, telah gagal menghadiri prosiding pelaksanaan.

"Para pengarah gagal hadir di mahkamah untuk menjelaskan mengapa mereka tidak membuat bayaran bagi jumlah penghakiman tersebut," kata peguam itu.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan waran tangkap baru-baru ini dan akan diserahkan hari ini.

Saha Deva berkata bailif akan cuba menyerahkan waran tangkap itu hari ini.

Semasa berita ini ditulis, Abdul Rahman tidak ada di Parlimen.

Pada 1 Mac, Abdul Rahman dan pembantunya disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap kesalahan membuat tuntutan palsu ketika mejadi ahli dewan undangan negeri.

Mereka masing-masing dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000.

malaysiakini/-

Skirt balet S'pura terlalu pendek di M'sia

Posted: 05 Apr 2012 01:00 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kerajaan Malaysia menafikan permit untuk kumpulan Singapura untuk mempersembahkan tarian balet, termasuk "The Nutcracker" ekoran pakaiannya yang dikatakan menjolok mata.

Ballet Illuminations sepatutnya dipentaskan tiga kali hujung minggu ini tetapi Singapore Dance Theatre diberitahu bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi menggantung permitnya tanpa penjelasan, lapor Reuters.

Ia mengejutkan kumpulan itu yang sudah mementaskannya di Singapura - dengan pakaian ketat dan skirt pendek yang sama - sejak dua tahun lalu tanpa sebarang masalah.

Bilqis Hijjas, presiden MyDance Alliance di Kuala Lumpur berkata, keputusan itu "amat dikesali" dan bakal merosakkan reputasi Malaysia sebagai tuan rumah persembahan seni.

"Penyanyi Ballet di Baghdad pun dibenarkan memakai pakaian balet di pentas," beliau dilapor berkata kepada sebuah portal berita.

Kementerian terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka setakat ini.

malaysisakini/-

Pemandu teksi ditemui mati di bilik hotel

Posted: 05 Apr 2012 12:45 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan pasar di sini, hari ini.

Mayat Mat Rosli Abdul Karim, 56, berasal dari Kijal, Kemaman, Terengganu itu ditemui pekerja hotel berkenaan dalam keadaan terbaring kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mangsa sepatutnya mendaftar keluar dari hotel itu tengah hari tadi.

"Pekerja hotel itu memeriksa bilik tempat mangsa menginap bagaimanapun pintunya berkunci dan tiada sebarang jawapan selepas dipanggil beberapa kali.

"Pekerja terbabit kemudiannya bertindak membuka pintu bilik mengunakan kunci pendua dan mendapati mangsa terbujur kaku di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat. - Bernama

Sinar Harian

3 sekolah di Sarawak diarah hentikan agihan susu

Posted: 05 Apr 2012 12:41 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUCHING - Tiga sekolah di Sarawak telah diarahkan memberhentikan buat sementara agihan susu kepada murid susulan kejadian keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sacred Heart, SK Temenggong dan Sk Koran.

Kejadian keracunan makanan itu yang dipercayai berpunca daripada susu yang dibekalkan melibatkan keseluruhan 212 murid, katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Katanya kejadian pertama berlaku di SK Sacred Heart pada 28 Mac melibatkan 44 murid, manakala dua lagi berlaku pada 30 Mac membabitkan 55 murid di SK Temenggong dan 113 murid SK Koran.

Langkah pemberhentian sementara itu adalah bagi menunggu hasil siasatan, katanya.

Beliau turut meminta guru yang bertanggungjawab mengedarkan susu terbabit agar memastikan murid menghabiskan susu berkenaan di sekolah serta tidak disimpan lama bagi mengelakkan kejadian berulang.- Bernama

Asid: Dari Wanita Cantik Kepada Jembalang

Posted: 05 Apr 2012 12:30 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LONDON – Mangsa serangan asid, Patricia Lefranc, menganggap insiden malang yang berlaku ke atas dirinya menjadikan dia "jembalang" walaupun sebelum ini pernah memiliki paras menarik.

Ibu kepada tiga anak itu disimbah asid sulfurik oleh kekasihnya, Richard Remes, pada 22 Mac 2009.

Semalam, dia menceritakan pengalamannya secara terbuka untuk kali pertama.

Menurut Patricia, serangan itu meninggalkan kesan abadi pada fizikal dan emosinya.

Akibat simbahan berkali-kali itu, hidung dan kelopak mata Patricia cair dan dia turut kehilangan jari.

Satu daripada mata dan telinga Patricia pula hilang keupayaan untuk berfungsi selama-lamanya.

Ketika asid sulfurik itu memusnahkan tubuh Patricia, 48, perlahan-lahan, dia berada di ambang maut kerana cecair itu hampir membakar jantung dan paru-parunya.

Namun, Patricia bernasib baik kerana implan payudaranya menghalang kerosakan organ penting itu berlaku.

Selepas melalui 86 pembedahan dan 30 lagi pemindahan kulit, Patricia terus mengalami kesakitan berpanjangan.

"Azam mahu melihat anak-anak gembira menguatkan semangat saya," katanya.

Bercakap mengenai pengalamannya kepada majalah Closer, Patricia berkata, Remes bertanggungjawab menukar dirinya menjadi "jembalang." Pada ketika tertentu, katanya, dia hanya mampu menangis.

"Orang ramai merenung dan mempersendakan penampilan begini. Ia bagaikan hukuman seumur hidup untuk saya," katanya.

Patricia bertemu Remes, 57, kali pertama ketika mereka tinggal di apartmen sama di Brussels, Belgium, pada Disember 2008.

Selepas berbual seketika dalam lif, Remes mempelawa Patricia minum dan hubungan itu kemudian menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, selepas beberapa pertemuan, Patricia mendapat tahu Remes sudah berkeluarga dan dia nekad memutuskan hubungan itu.

Kata Patricia, dalam keadaan begitu, hubungan itu sepatutnya tidak lebih daripada kawan biasa.

"Tambahan pula kami tidak pernah tidur bersama, justeru perpisahan itu sepatutnya tidak sukar," katanya.

Sejak itu, mereka bertemu dua kali seminggu di rumah Patricia.

Pada satu ketika, isteri Remes mengetahui skandal berkenaan dan dia diusir, tetapi lelaki terbabit kembali ke keluarganya tidak lama kemudian tanpa memutuskan hubungan dengan Patricia.

Hanya ketika bercuti di Mesir pada 2009, Patricia menyedari sifat jahat yang ada pada Remes apabila lelaki terbabit mula bercakap mengenai filem ganas, termasuk membabitkan penyeksaan ke atas wanita.

Apabila pulang ke Brussels, Patricia enggan bertemu Remes lagi, menyebabkan lelaki itu semakin obsesif.

Patricia mengadu kepada polis dan dia dinasihat supaya berpindah.

Empat hari selepas pindah ke Molenbeek-Saint-Jean, Remes mengunjungi kediaman Patricia dengan menyamar sebagai penghantar bungkusan.

Remes dihukum penjara 30 tahun atas kesalahan cuba membunuh. – DM

Malaysia,Thai perketat kawalan sempadan

Posted: 05 Apr 2012 12:25 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Militan lebih profesional lakukan serangan bom terbaru di selatan Thailand

PHNOM PENH: Malaysia dan Thailand bersetuju meningkatkan kerjasama dan memperketat kawalan keselamatan di sempadan selepas letupan bom berlaku di Yala dan Songkhla dengan siasatan mendapati penyerang menggunakan pendekatan lebih profesional dalam keganasan terbaru.

Menteri Luar Thailand, Surapong Tovichakchaikul, berkata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan Datuk Seri Najib Razak yang bermesyuarat di sidang ASEAN di sini, mempersetujui kerjasama itu khususnya dalam memeriksa identiti individu dan kenderaan yang memasuki kawasan sempadan dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar, Thani Thongphakdi berkata Yingluck juga memberitahu pemimpin ASEAN bahawa kerajaannya akan memberi penjagaan sepenuhnya kepada mereka yang cedera dalam serangan Sabtu lalu selain menghadapkan pihak bertanggungjawab ke pengadilan, lapor akhbar Bangkok Post.

Seorang pelancong Malaysia maut dalam serangan itu, Low Tsian Hock dan beberapa lagi cedera kerana bom kereta di Hotel Lee Gardens di Hatyai.

Di Pattani, polis menahan seorang suspek yang dituduh terbabit dalam serangan bom itu di sebuah restoran di depan balai polis Mae Lan.

Suspek dikenali sebagai Samlee Huluduerae dan dia menafikan terbabit dalam keganasan itu.
Seorang lagi lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan di Yala ialah Anuwat Tohjeh yang turut menafikan terbabit dalam kejadian itu.

Pegawai polis berkata, Anuwant dikenal pasti sebagai orang dalam rakaman kamera keselamatan memandu kereta di belakang sebuah kenderaan yang membawa bahan letupan dalam serangan itu.

"Kami lihat cara mereka lakukan serangan kali ini lebih profesional," kata Surapong mengenai letupan bom yang meragut 15 orang dan mencederakan beratus-ratus lagi termasuk pelancong.

"Agensi keselamatan yang menjaga situasi di selatan perlu lebih berhati-hati dan berusaha lebih baik," katanya.

Surapong, bagaimanapun, menolak dakwaan bahawa keganasan di selatan semakin meningkat selepas kejadian terbaru itu.

"Kami melihat keadaan di rantau selatan sentiasa begitu," katanya.

Berikutan kejadian serangan di Hatyai dan Yala, kawalan keselamatan akan diperketatkan di semua kawasan berisiko sepanjang tiga bulan akan datang.

Di Songkhla, askar diminta untuk membantu polis mengawal sekatan jalan raya dan melakukan rondaan di kawasan utama, kata komander kanan polis, Leftenan Jeneral Jakthip Chaijinda yang mengakui bahawa kehadiran tentera mungkin akan menakutkan pelancong asing.

Dalam perkembangan berkaitan, polis juga cuba menjejaki kenderaan yang dilaporkan hilang kerana bimbang ia boleh digunakan dalam serangan akan datang.
Beliau berkata, antara suspek yang dikenal pasti dua mempunyai nama yang sama iaitu Jehmah Wani.

"Mereka adalah dua orang dalam kumpulan usia berbeza disyaki terbabit tetapi saya tidak boleh katakan siapa yang lebih disyaki pada masa ini," katanya. – AFP/Agensi

PAS sertai himpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0

Posted: 05 Apr 2012 12:18 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: PAS hari ini secara rasmi menyatakan sokongan penuh terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengerahkan seramai mungkin ahli untuk 'Duduk Bantah' di Dataran Merdeka, jam 2 petang.

"Saya menyeru ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Saya menjangkakan setengah juta akan hadir pada 28 April ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Turut bersama pada sidang media Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman, Setiausaha Dewan Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Harakah Daily

Murtad: Mapim sambut baik kesediaan Selangor

Posted: 05 Apr 2012 12:16 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik kesediaan Kerajaan Negeri Selangor menyiasat aduan kes murtad.

"Tindakan ini adalah wajar memandangkan isu ini menjadi perhatian yang amat sensitif dikalangan umat Islam," Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Katanya, aduan yang dilaporkan mengenai wujudnya pihak yang telah memurtadkan orang Islam perlu diambil tindakan tegas jika benar mempunyai bukti yang kukuh.

Tegasnya, Mapim berpendirian bahawa soal murtad bukan sahaja soal pelanggaran undang-undang negara, malah ia adalah soal maruah agama dan kemuliaan hukum Allah.

"Keputusan Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas adalah wajar agar pemantauan dan tindakan dapat diambil dengan tepat berdasarkan undang-undang yang wujud," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa umat Islam perlu peka dengan kelemahan dan kecuaian yang telah lama menjangkiti mereka akibat leka dengan kehidupan materialistik sehingga pihak lain mengambil kesempatan untuk mengubah pegangan Islam yang dianuti selama ini.

Beliau berkata, agenda pihak tertentu yang mahu menggugat aqidah umat Islam akan dapat dikekang jika peruntukan undang-undang dikuatkuasakan dan pendidikan diperkukuhkan.

Di samping itu, kata beliau semua agensi agama Islam semada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan perlu diperkasa supaya program pengukuhan aqidah dapat dilaksanakan dengan lebih dinamik dan kreatif.

Katanya, kesungguhan pihak lain berperanan untuk menghulurkan bantuan dan menangani keperluan mereka yang menghadapi kesempitan hidup menunjukkan betapa kesalahan harus juga diletakkan ke atas agensi-agensi Islam yang bertangunggjawab.

"Mapim menegaskan bahawa selagi pihak berkuasa dan pelbagai badan dakwah gagal bekerjasama untuk mengukuhkan pendidikan penghayatan Islam di kalangan masyarakat selagi itu umat Islam akan terdedah kepada gugatan aqidah," ujarnya lagi.

Menurutnya, sudah sampai masanya setiap institusi Islam di peringkat akar umbi seperti masjid dan surau bertindak lebih bersungguh mendidik anak qaryah masing-masing agar kefahaman dan penghayatan Islam disemarakkan.

Harakah Daily

FAM: Pemuda PAS simpati Annuar Musa digantung

Posted: 05 Apr 2012 12:15 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan simpati terhadap nasib yang menimpa Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang digantung selama dua tahun enam bulan dari terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.


Beliau dikenakan tindakan demikian setelah Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapati beliau bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat.

DPPNK secara dasarnya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk tertinggi sukan bola sepak Malaysia itu namun di dalam masa yang sama melihat bahawa keputusan ini merupakan satu kerugian kepada sukan bola sepak negara.

Ini kerana beliau dilihat sebagai seorang individu yang berpotensi untuk memajukan sukan bolasepak tanah air sebagaimana yang dilakukan oleh beliau di Kelantan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Rakyat tentunya amat kecewa sekiranya ada unsur politicking di dalam keputusan ini. DPPNK sejak dulu lagi menentang sebarang unsur mempolitikkan sukan khususnya bola sepak yang diminati ramai dalam apa jua bentuk sekalipun.

Justeru, DPPNK satu ketika dulu mengecam tindakan mengarak Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Kelantan pada tahun 2010 ke kawasan pilihanraya kecil DUN Galas untuk kepentingan politik pihak tertentu.

DPPNK amat berharap agar kemelut pergantungan yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa ini dapat dijernihkan. Sesungguhnya, pergantungan beliau merupakan satu kerugian yang besar kepada bola sepak negara khususnya negeri Kelantan.

Kepada Tan Sri Annuar Musa, DPPNK ucapkan semoga bersabar dan menempuhi saat-saat ini dengan tenang dan tabah.

Ahmad Najib Deris,
Pengerusi Bahagian Sukan, Seni dan Budaya (DACS)
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Harakah Daily

Umno Putrajaya koyak Harakah, tak jadi bakar

Posted: 05 Apr 2012 12:13 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA, 5 April: Kerja-kerja PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduknya mula memberikan kesan.

Ia dapat dilihat apabila Umno Putrajaya merancang untuk membakar akhbar yang menjadi suara rasmi PAS itu hari ini di food court Presint 8 tengahari ini.

Wakil Harakahdaily sedang menunggu peristiwa itu untuk merakamkan keberkesanan kerja yang dibuat oleh petugas PAS di Putrajaya.

"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah sebagai tanda protes terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu kententeraman penduduk di Putrajaya.

"Tarikh 5/4/2012 jam 1.00 tghr. Bertempat di Presint 8, berdekatan dgn medan selera. Dato/tuan/puan dijemput buat liputan," kata satu SMS yang diedarkan oleh pemimpin Umno tempatan.

Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata, beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya.

Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.

"Orang kuat Umno Putrajaya sudah ada di sini tetapi belum nampak lagi akan adanya majlis pembakaran ini," kata Uzir kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Pemuda sedia, tunggu pendirian PAS

Posted: 05 Apr 2012 12:10 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyokong himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini dan bersedia mengerahkan semaksimum ahli untuk turut serta.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, DPPM bersedia membatalkan semua program melibatkan pemuda di peringkat negeri atau pusat bagi memberi laluan kepada Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, jam 2 petang.

Namun katanya, DPPM tetap bersama pendirian PAS Pusat yang akan mengeluarkan kenyataannya petang ini.

"Pemuda akan mengerahkan semaksima mungkin ahli dan akan membatalkan semua program kawasan, negeri mahu pun nasional supaya mereka boleh bersama-sama Bersih 3.0.

"Walau bagaimanapun, pemuda bersama dengan pendirian PAS Pusat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Nasrudin juga menegaskan, "format" Bersih 3.0 dengan "Duduk Bantah" lebih dekat dengan rakyat dan tidak ada sebab rakyat takut untuk menyertainya.

"Format Bersih yang baru ini lebih lunak dan santai, jadi tidak ada sebab rakyat tidak mahu turun.

"Saya yakin format ini menjadi ibu kepada himpunan-himpunan selepas ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bersih 3.0 sangat penting kerana lapan tuntutan rakyat ke arah penambaikan pilihan raya belum dilaksanakan kerajaan.

"Kita kena berusaha menjayakan Bersih 3.0 ini kerana kerajaan dan pihak betanggungjawab masih bersikap acuh tak acuh dan mempersenda tuntutan rakyat seperti pembersihan daftar pemilih dan akses kepada media yang adil," katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan mengumumkan secara rasmi pendirian parti berhunung perkara ini pada jam 2 petang ini di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

Harakah Daily

Tarikh PRU: Ini kena tanya Rosmah

Posted: 05 Apr 2012 12:08 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 5 April: Rakyat Malaysia perlu bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor samada suaminya Perdana Menteri Najib Razak sudah mendapat satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya umum ke 13 (PRU13).

"Beliau berkerja bersama-sama dengan Rosmah bukan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir atau sesiapa saja dalam Umno, Najib sedang mencari satu tarikh yang boleh memberikan ganjaran 2/3 majoriti di PRU13.

"Bagi Rosmah dan Najib, perkara ini bukanlah susah kerana semua bekas perdana menteri Umno, termasuklah Pak Lah telah memenangi PRU mereka melebihi 2/3 majoriti apabila pertama kali mereka menerajui Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah kali pertama untuk Najib dan mereka berdua adalah pendekar, sudah tentu mereka tidak mahu kehebatan politik mereka kelihatan tidak sehebat para pemimpin terdahulu yang membawa BN ke arah kemenangan," kata Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

Namun, kata Mustafa, Najib sebenarnya dalam dilemma untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pilihanraya, kerana seandainya silap, teori RAHMAN akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, menurut teori RAHMAN, Najib adalah perdana menteri terakhir daripada Umno.

Teori RAHMAN adalah khabar angin yang sering diperkatakan orang mengenai rancangan menyusun turutan perdana menteri di Malaysia.

Teori RAHMAN merupakan singkatan kepada nama perdana menteri Malaysia yakni Tunku Abdul (R)ahman, Tun (A)bdul Razak, Tun (H)ussien Onn, Tun Dr (M)ahathir, Tun (A)bdullah dan (N)ajib.

"Najib kini sebenarnya tersepit mencari tarikh yang sesuai untuk PRU13. Terlalu awal, negeri-negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak ikut.
"Terlalu lambat, segala faktor feel good yang dijana melalui pemberian duit seperti RM100 kepada sekolah rendah, RM200 baucar buku dan RM500 melalui BR1M akan dilupakan," kata Mustafa.

Mustafa berkata pemberian duit bantuan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa pengundi telah mendapat pembelaan tidak akan bertahan lama.

"Untuk kekal perasaan feel good itu, pilihanraya tidak boleh dilengahkan. Seperti kata Mahathir, Melayu mudah lupa," kata Mustafa dengan seloroh.
"Jadi apakah tarikh sesuai untuk Najib? Rasanya Jun hingga pertengahan Julai kerana selepas itu ialah bulan Ramadan, Hari Raya dan orang bersiap hendak pergi menunaikan haji – ia adalah tidak sesuai dan perasaan feel good dah hilang," kata beliau.

Negeri Selangor, pusat pertembungan dalam pilihan raya ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan ikut serta PRU13 sekiranya ia diadakan sebelum bulan Jun.

Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain, selain Kelantan belum menyatakan hasrat samada akan turut mengadakan pilihanraya serentak atau tidak.

Dengan itu, Mustafa berkata Najib kini berdepan dengan satu lagi dilemma di mana beliau akan berlawan di PRU13 kemungkinan tanpa hadiah utama, Selangor yang dihajatkannya.

"Kini, PR telah menemui jumlah pengundi hantu yang besar di Selangor, modus operandi yang sama digunakan BN untuk mengalahkan PAS di Terengganu pada 2004.

"Tidak mustahil untuk negeri Pakatan Rakyat untuk menangguhkan pilihanraya ke Mei 2013 untuk membersihkan daftar pemilih terlebih dahulu.

"Najib boleh meneruskan untuk pillihanraya parlimen, dan mungkin menang tapi negeri PR masih kekal," kata Mustafa.

Namun dengan prediksi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya selamat di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Johor, Mustafa bertanya samada Najib berani memanggil PRU13 sekiranya negeri-negeri PR tidak ikut serta.

"Teori RAHMAN akan menjadi kenyataan sekiranya tarikh yang salah dipilih, dan Najib mungkin adalah perdana menteri terakhir daripada Umno dan ketika itu berakhirlah BN," Mustafa memberikan amaran.

Siapakah yang Najib patut rujuk untuk mendapat tarikh PRU13.

"Saya rasa Rosmah. Beliau juga ingin kekal terus berkuasa, jadi beliau mungkin memanggil pilihanraya sekiranya rasa BN boleh menang di peringkat parlimen.

"Peranan Rosmah mungkin ialah mengumpulkan segala prediksi daripada ahli astronomi, nujum, bomoh dan feng shui untuk mendapat tarikh yang sesuai," sindir beliau.

Harakah Daily

MCA dicabar keluar BN jika Lynas diteruskan

Posted: 05 Apr 2012 12:07 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: PAS mencabar Presiden MCA memberikan kata dua kepada Barisan Nasional (BN) untuk keluar parti jika kilang Lynas teruskan operasinya di Gebeng, Kuantan.

Cabaran itu dibuat Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar dalam satu kenyataan medianya.

"Sekiranya MCA tidak menarik diri, ini menunjukkan bahawa Presiden MCA dan juga MCA tidak ada kredibiliti atau prinsip memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat," kata Zulkefly dalam kenyataan itu.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua SoiLek, yang menyatakan bahawa MCA bersetuju dan menyarankan agar Kilang Lynas ditutup disebabkan rakyat tidak bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut di Malaysia.

"Saya selaku Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia beranggapan bahawa kenyataan Presiden MCA tersebut sebagai kenyataan rhetorik politik kerana MCA sebagai gabungan kerajaan Barisan Nasional boleh bertindak lebih awal lagi dalam menghalang pembinaan kilang tersebut, sebelum tindakan mahkamah yang diambil oleh rakyat," katanya.

Bagi beliau, kenyataan Presiden MCA itu adalah kenyataan terdesak kerana beliau sedar bahawa masyarakat cina tidak lagi menyokong MCA dan beliau sedar bahawa masa depan MCA bergantung penuh kepada sokongan masyarakat Cina bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

Semalam, beliau bersama beberapa pihak lagi berkesempatan bersama-sama rakyat di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta untuk mendengar semakan kelulusan TOL Lynas di mahkamah.

Mahkamah dibanjiri semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum, umur dan peringkat yang turun untuk memberi sokongan kepada plaintiff.

Hakim yang mendengar kes ini, Datuk Rohana Yahya dan beliau menyatakan bahawa keputusan mahkamah akan diumumkan pada 12hb April, 2012.

"Sehubungan itu, kami berharap rakyat yang bersimpati dan tidak bersetuju dengan kewujudan Lynas ini akan turun ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk memberikan sokongan kepada plaintiff dan juga rakyat Kuantan," kata Zulkefly.


Di samping itu, Solidariti Hijau SeMalaysia yang dianggotai oleh pelbagai NGO telah menyatakan pendirian mereka bahawa mereka menolak PSC (Parliamentary Select Committee) dan pemberian lesen TOL kepada Lynas dengan mengisytiharkan Himpunan Solidariti Hijau SeMalaysia – Stop Lynas pada 13hb April 2012 di seluruh negara.

Tempat utama perhimpunan tersebut adalah Dataran Shah Alam, Selangor.

Harakah Daily

Bazar Tok Guru terima urusniaga dinar, dirham

Posted: 05 Apr 2012 12:05 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 5 April: Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang syariah dinar dan dirham.

Atas inisiatif anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT), kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.

(Gambar: Seorang peniaga Bazar Tok Guru menunjukkan logo 'Kami Terima Dinar dan Dirham')

Untuk kemudahan pengunjung dan pembeli, kedai-kedai yang menerima dinar dan dirham boleh dikenalpasti dengan dengan melihat kertas penanda bercetak 'Kami Terima Dinar dan Dirham' yang ditampal di dalam kedai atau bertanyakan terus kepada peniaga.

"Sebanyak 50 peratus peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu sudah menerima dinar dan dirham dalam jualan harian mereka dan ini adalah satu perkembangan positif ke arah mengembalikan matawang syariah kepada ummah.

"ini satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sementara itu, KGT juga katanya akan menganjurkan Souq Dinar Dirham bagi memberi lebih peluang kepada orang ramai membeli belah dengan menggunakan dinar dan dirham.

Beberapa program diluar Kelantan juga turut diadakan termasuk penganjuran pasar terbuka yang menjalankan jual beli menggunakan dinar dirham yang telah diadakan di Shah Alam dan Bangi baru-baru ini.

Terbaru katanya, ianya akan diadakan di Masjid Bandar Sunway, berdekatan dengan Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 7 April ini.

"KGT menjemput peniaga barangan halal untuk menyertai Pasar Terbuka Dinar Dirham tanpa yuran penyertaan dan sewaan tapak hanya perlu bawa kerusi meja sahaja," katanya.

Harakah Daily

Cubaan terbaik

Posted: 05 Apr 2012 12:03 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PENYERANG Marseille, Loic Remy mengakui tuah tidak menyebelahi pasukannya selepas mereka tidak berjaya menebus kekecewaan tewas 0-2 dengan Bayern Munich dalam saingan kedua suku akhir Liga Juara- Juara.

Tersingkir untuk meneruskan saingan ke separuh akhir dengan agregat 4-0, Remy bagaimanapun tetap bersikap realisitk dan menganggap perlawanan tersebut merupakan medan ujian buatnya untuk meneruskan saingan akhir La Liga Coupe, 14 April nanti.

"Kami sudah menjangkakan keputusan ini memandangkan kami berdepan dengan pasukan yang hebat. Ternyata kami bukan pesaing Bayern," katanya yang tekad mahu menebus kekecewaan dalam pertemuan dengan Lyon nanti.

Ahad ini Marseille akan bertemu musuh tradisi, Paris Saint-Germain dalam sai­ngan Ligue 1 sebelum bertemu Montpellier seminggu lagi.

Sinar Harian

Dua gerila pemisah Thai ditangkap

Posted: 05 Apr 2012 12:01 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan lokasi pusat beli-belah dan Hotel Lee Gardens Plaza yang rosak akibat letupan bom di Hatyai pada Sabtu lalu.

BANGKOK – Polis menyatakan dua anggota kumpulan pemisah Islam ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pengeboman di selatan Thailand pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damapong semalam berkata, dua suspek itu adalah antara 20 anggota pemisah yang dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan bom kereta ke atas Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hatyai pada Sabtu lepas.

Sebanyak tiga orang terbunuh manakala lebih 200 yang lain cedera dalam serangan itu.

Polis turut percaya bahawa serangan tersebut memiliki kaitan dengan pengeboman pada hari yang sama di wilayah Yala.

Siri pengeboman di Yala meragut nyawa lebih 11 orang.

Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand sejak gerakan pemisah Islam tercetus pada 2004.

Kejadian letupan bom itu menandakan peningkatan serangan kumpulan tersebut.

Penentangan yang berlaku di selatan Thailand telah meragut nyawa ribuan penduduk Thailand sejak tahun 2004.

Serangan bom atau tembakan yang berlaku hampir pada setiap hari disasarkan terhadap askar dan orang awam sama ada penganut Islam atau Buddha.

Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayut Chan-O-Cha menyatakan sebelum ini terdapat lebih 3,000 militan Islam terlibat dalam keganasan di selatan Thailand.

Militan terbabit dipercayai bukan sebahagian daripada gerakan jihad global tetapi menentang apa yang didakwa mereka sebagai diskriminasi turun-temurun terhadap etnik Melayu Islam yang dilakukan kerajaan Thai.

Gabenor Songkhla, Grisada Boonrach kelmarin menawarkan ganjaran 500,000 baht (RM49,196) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan setiap seorang daripada dua suspek yang terlibat dalam letupan bom di hotel tersebut. – Agensi

Penghantar surat dituduh cederakan dua pelajar

Posted: 05 Apr 2012 12:01 AM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua orang pelajar tingkatan tiga.

Zulkarnaen Azmi, 24, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap N.Saktivel, 15, dengan memukul di bahagian kepala dan badannya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak, pada 5.30 petang, 8 November lepas.

Tertuduh juga dituduh atas pertuduhan yang sama terhadap M. Indaran, 15, dengan menendang perut dan memukul kepalanya.

Zulkarnaen yang ditangkap pada 8 Nov 2011 didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Suzarika Sahak membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nom Phot manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Sinar Harian

Sunderland bakal hadapi hukum FA

Posted: 04 Apr 2012 11:58 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SUNDERLAND bakal berdepan dengan hukuman berat Persatuan Bola Sepak Inggeris berikutan kegagalannya mengawal tindak tanduk pemainnya ketika pertemuan menentang Manchester City dalam persaingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Pemain Sunderland dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadilan Phil Dowd yang didakwa memihak kepada Manchester City.

Keputusan Dowd memberi sepakan penalti kepada Manchester City menimbulkan perasaan marah sehingga berlaku suasana tegang di stadium Etihad.

Dalam perlawanan tersebut, Sunderland hanya mampu seri tiga gol dengan Manchester City.

Bagaimanapun, Sunderland masih mempunyai peluang untuk mengemukakan respons berhubung tuduhan yang dibawa selewat-lewatnya 11 April.

Sunderland pernah berhadapan dengan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris bulan lalu.

Sinar Harian

Kontraktor terbunuh, kereta masuk gaung

Posted: 04 Apr 2012 11:56 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang kontraktor terbunuh apabila kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Jalan Mambau-Port Dickson berdekatan Kampung Bemban, di sini, semalam.

Mangsa, J Ravindran, 41, yang berasal dari Kuala Lukut, Port Dickson dalam perjalanan pulang ke rumah.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, sebelum seorang saksi memaklumkan kemalangan itu kepada polis jam 11.40 pagi, semalam.

"Saksi melaporkan kepada polis selepas ternampak sebuah kereta terjunam ke dalam gaung dengan keadaan empat tayar ke atas.

"Saksi ketika itu dalam perjalanan untuk menebang pokok pisang di lokasi berdekatan tempat kejadian, katanya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandu Ravindran dipercayai terbabas sendiri.

"Apabila sampai di satu selekoh, mangsa yang masih bujang dan memandu sendirian itu tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya, lalu merempuh sebatang pokok sebelum terjunam masuk ke dalam gaung.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat namun setakat ini punca kematian belum dikenal pasti," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan 2 Balai Bomba Seremban 2, Khairuddin Mohamad, berkata, satu jentera dan 10 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit, jam 11.55 pagi.

"Kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Sinar Harian

Sidang DUN Perak hangat dalam isu Kilang Asean Red Erth di Perak

Posted: 04 Apr 2012 11:54 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Perbahasan ADUN DAP dari Canning mengenai kematian yang didakwanya sebagai akibat dari kebenaran mendirikan kilang Asean Red Erth di Bukit Merah Ipoh.

Mendiang Chia Kok Leong yang meninggal dunia pada 29 Mac 2012 yang disebutkan oleh ADUN Caninng telah dibantah oleh ADUN Sungai Rapat, pengkalan Hulu dan Trong yang dianggap sebagai tuduhan yang tidak ada bukti dan hanya seorang magsa sahaja.

Namun ADUN mengelebu yang bangun memberi penjelasan mengatakan jumlah yang terlibat ialah sebanyak 13 orang semuanya dan yang hidup cuma tingga 2 orang sahaja.

"Task Force" Beri IC Kepada Rakyat Asing, Peringatan Besar Untuk Najib & Sekutunya

Posted: 04 Apr 2012 11:50 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.

Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?

"Apabila berlaku pengkhianatan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.

Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

"Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.

Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

"Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu. -HD

Sebuah kereta terjunam ke dalam Selat Tebrau

Posted: 04 Apr 2012 11:37 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Sebuah kereta jenis Perodua Myvi terjunam ke laut Selat Tebrau berdekatan dengan Tambak Johor, di sini, selepas hilang kawalan dan dipercayai bergesel dengan sebuah bas.

Kenderaan terbabit yang dipercayai dipandu laju turut melanggar tembok konkrit yang berdekatan.

Bagaimanapun, pemandunya, Mohd Amin Miran, 31, dari Pekan Nenas, Pontian bernasib baik kerana sempat berenang ke tebing menyelamatkan diri sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan dan maklumat mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 10.25 pagi.

"Kira-kira jam 10.35 pagi, seramai 16 anggota dari jentera Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru termasuk tujuh anggota dari unit skuba tiba ke tempat kejadian.

"Dua kren juga digunakan bagi mengeluarkan kereta tersebut yang tenggelam sedalam kira-kira tiga meter.

"Pemandu kereta terbabit berjaya menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan di tangannya. Operasi tamat kira-kira 12.45 tengah hari," katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut mengakibatkan kesesakan jalan raya sejauh 300 meter selama kira-kira dua jam.

sinar harian/-

PAS TAMBUN

Posted: 05 Apr 2012 01:23 AM PDT

PAS TAMBUN


Posted: 05 Apr 2012 12:54 AM PDT


Salam Perjuangan

Posted: 04 Apr 2012 11:03 PM PDT

Salam Perjuangan


PENDEDAHAN HASAN ALI TIDAK JEJASKAN PAS

Posted: 04 Apr 2012 07:39 PM PDT

13 Jamadil Awal 1433 H | 5 April 2012

Pas tidak melihat pendedahan video murtad dibuat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin sebagai satu konspirasi menjatuhkan parti itu. Isu yang dibangkitkan langsung tidak memberi kesan memandangkan ia bukan parti yang memerintah kerajaan pusat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tidak mahu isu murtad dijadikan bahan polemik, tetapi melihat sebagai perkara serius yang merupakan tanggungjawab bersama bagi menangani sebarang perkara berkaitan akidah orang Islam.

"Tindakan Hasan itu tidak memberi kesan memandangkan selama ini Pas tidak lepas tangan menangani isu murtad yang dianggap perlu ditangani bersama secara tegar.

"Sepatutnya beliau tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan sebarang tindakan memandangkan rakaman tersebut dikatakan berlaku sekitar 2002 lagi.

"Pada ketika itu Hasan merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, jadi dia mempunyai kuasa bertinda,k namun mengapa baru sekarang ingin membuat tindakan sebegini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, justeru tindakan Hasan telah menampakkan kelemahan kepimpinannya ketika itu yang tidak mampu menangani perkara tersebut.

"Sepatutnya melalui pengakuan tersebut Hasan bertindak dengan segera bersama pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

"Melalui rakaman tersebut mereka sudah boleh memanggil mereka yang terlibat untuk disoal siasat bagi mendapatkan penjelasan lebih lengkap dan tepat.

"Bukan dengan mencari jalan menunggu masa sesuai melakukan pendedahan lisan yang boleh mencetuskan kekeliruan," katanya.

Beliau menegaskan, Hasan perlu membuat laporan di Jabatan Perdana Menteri dan mengambil tindakan susulan berkaitan isu ini.

"Perkara ini perlu ditangani dengan cara betul dan bukannya membangkit isu yang boleh diprovokasi. Banyak lagi perkara yang turut dipandang serius dalam usaha memansuhkan perkara murtad.

"Sebagai contoh, Orang Asli yang sudah memeluk Islam kembali kepada ajaran mereka, pengikut ajaran sesat dan banyak lagi," katanya. - SinarHarian

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Apr 2012 09:06 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kuliah Dhuha dan Rawatan Bekam 8 Apr 2012 Rembau

Posted: 04 Apr 2012 08:25 PM PDT



KULIAH DHUHA DAN RAWATAN BEKAM

KULIAH DHUHA
Tempat : Pusat Komuniti Pakatan Rakyat DUN Chembong (depan Majlis Daerah Rembau)
Tarikh : 8 April 2012, Ahad
Masa : 9 pg - 10 pg
Penyampai : Ustaz Alizan Abd Rahman
Kitab : Bidayatul Hidayah, Imam Al Ghazali
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

RAWATAN BEKAM
Selepas Kuliah Dhuha di atas sehingga 3 petang
Kadar rawatan yang berpatutan

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Nazri 019-3457690

Program ini dirancang untuk diadakan setiap bulan hari Ahad pada minggu kedua dan keempat.

Sumber http://parchembong.blogspot.com/2012/04/kuliah-dhuha-bersama-ust-alizan-abd.html

'Sakit kepala' tahan bau busuk

Posted: 04 Apr 2012 12:41 AM PDT



'Sakit kepala' tahan bau busuk
4 April 2012

D'PINGGIRAN KOTA – Rata-rata penduduk, di sini, kecewa apabila terpaksa menghidu bau busuk dan me­loyakan hampir setiap hari berikutan sistem kumbahan, per­paritan serta longkang di kawasan itu tidak diselenggarakan sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun aduan sudah dibuat kepada pelbagai pihak, namun pen­duduk mendakwa masalah mereka masih belum diberi tindakan sekali gus menyebabkan mereka terus berdepan dengan situasi yang sama.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman D'Pinggiran Kota, Adyanto Tauhid berkata, penduduk sudah 'sakit kepala' menahan bau busuk najis akibat kerosakan sistem kumbahan dan longkang tersumbat.

Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan dengan men­gemukakan surat rasmi permohonan bantuan penyelenggaraan kepada pelbagai pihak, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.

"Kami sudah maklum akan banyak perkara yang menidakkan kami untuk memperoleh kemudahan kerana taman perumahan ini masih belum memperoleh Sijil Layak Men­duduki (CF) disebabkan pemaju bersikap lepas tangan, namun kami ber­harap pihak berkuasa dapat membantu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Adyanto berkata, pada per­tengahan tahun lalu, loji kumbahan itu pernah rosak dan diperbaiki Jabatan Insolvensi, namun untuk kali ini kata putus mengarahkan agar kos pembaikan ditanggung penduduk sendiri yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

"Walaupun kami sudah beberapa kali melakukan kerja-kerja pem­bersihan longkang, namun masalah ini masih berlarutan selagi loji kum­bahan tidak dibaiki.

"Pada waktu hujan, keadaan ini akan menjadi bertambah teruk me­mandangkan kami tinggal ber­hampiran dengan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Palong," katanya.

Katanya, penduduk sudah me­mohon agar ada pihak yang tampil menangani masalah ini, sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

"Kami sebenarnya sudah habis ikhtiar dan selepas semua usaha di­lakukan persatuan penduduk me­nemui jalan buntu, kami mengambil keputusan untuk mengajukannya kepada media sebelum membawanya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati bau busuk turut dapat dihidu di kawasan perumahan tersebut dan dimaklumkan semua penyelenggaraan taman tidak pernah diperoleh selain kutipan sampah yang tidak konsisten walaupun penduduk di sini adalah pembayar cukai.

Untuk rekod, Taman D'Pinggiran Kota menempatkan seramai 2,00 penduduk melibatkan hampir 90 rumah berpenghuni.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sakit-kepala-tahan-bau-busuk-1.37420

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 04 Apr 2012 07:42 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


Najib Tipu Rakyat Lagi !!!

Posted: 04 Apr 2012 04:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Apr 2012 07:18 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Diterima Oleh Masyarakat Majmuk Di Sarawak

Posted: 04 Apr 2012 04:34 AM PDT

PAS Untuk Semua Sesuai Untuk Sarawak
Photo menunjukkan rombongan PAS berada dihadapan mendiang ayah mr Yeo

MIRI - Baru-baru ini ayah kepada Encik Yeo Kian Leong, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak telah meninggal dunia di rumah beliau di Krokop. Bapa beliau yang sudah lama uzur dan sakit tua telah disahkan meninggal dunia lebih kurang pada jam 12 tengahhari di rumah beliau pada hari isnin 2hb April 2012 yang lalu.

Pada sebelah malamnya rombongan PAS Miri telah berkunjung dan memberi ucapan takziah kepada keluarga beliau. Kedatangan rombongan PAS disambut dengan baik oleh keluarga beliau dan secara tidak langsung ini membuktikan bahawa PAS bukanlah parti yang ekstremis dan perkauman seperti anggapan sesetengah pihak. Ramai orang bukan Islam agak terkejut dengan kedatangan rombongan PAS Miri yang datang melawat jenazah mendiang ayah encik Yeo yang bukan beragama Islam kerana selama ini mereka fikir bahawa PAS terlalu jumud dan tidak dapat menerima budaya dan adat orang bukan Islam.

En Yeo merupakan seorang yang komited dengan perjuangannya dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu yang mengatakan bahawa PAS hanya berjuang untuk umat Islam. Encik Yeo telah banyak kali mempertahankan PAS sekiranya ada orang mengatakan yang PAS tidak sesuai untuk orang bukan Islam. Itulah sebabnya orang panggil dia sebagai Cina PAS.

Beliau selalu mengatakan walaupun PAS parti yang berjuang untuk agama Islam tetapi agama Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan kejahatan, salahguna kuasa dan melakukan dosa seperti rasuah dan mencuri.

Semua agama mengajar penganutnya menjadi baik cuma orang politik yang mempunyai kepentingan diri dan menyalahgunakan kuasa saja yang menyebabkan kehidupan rakyat menjadi sukar dan hidup dalam kemiskinan katanya. Sepanjang beliau bersama PAS beliau merasa aman dan tidak pernah pun terfikir yang PAS melakukan kerja yang tidak baik yang boleh mencetuskan huru hara dalam negara ini seperti mana dakwaan orang yang anti PAS.

Pengakuan seorang bangsa Cina yang bukan Islam ini telah membuktikan bahawa PAS tidak pernah memaksa orang bukan Islam menjadi penganut Islam sekali pun mereka menjadi penyokong kuat PAS.
Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam jadi penganut Islam, kalau mereka hendak memeluk Islam itu terserah dengan kepercayaan mereka dan keyakinan masing-masing.

Hubungan PAS dengan semua masyarakat bukan Islam di Miri dan Sarawak cukup baik setelah mereka mengetahui tujuan dan matlamat sebenar PAS. PAS berjuang untuk menegak sistem yang adil untuk semua, hanya mereka yang ada kepentingan diri dan melakukan jenayah berat saja takut PAS memerintah negara ini.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa PAS bukanlah parti yang ganas dan jumud yang tidak mahu menerima pembangunan dan juga kemajuan. Semua tuduhan mereka yang benci dengan kehadiran PAS di Sarawak akhirnya akan terbukti apabila PAS berjaya menyakinkan masyarakat bukan Islam bahawa PAS memang sesuai dan adil untuk semua.

Kita mahu negara ini maju dan membangun menurut kaca mata Islam yang adil untuk semua. Tiada sebab untuk orang yang bukan Islam takut dengan PAS kerana selama PAS memerintah Kelantan tidak pernah kita mendengar orang bukan Islam dibunuh atau disiksa kerana tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup. PAS berjuang berdasarkan syariat agama yang melarang penganutnya melakukan kezaliman terhadap sesama insan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version

PAS for All Suitable for Sarawak
MIRI - Recently, the father of Mr Yeo Kian Leong, the Secretary of Sarawak PAS Supporters Congress has passed away at his home in Krokop. Her father had been long ill and old age was confirmed dead at about 12 noon at his home on Monday 2nd April 2012 ago.

In the evening PAS Miri delegation has visited and gave heartfelt condolences to his family. PAS delegation arrival was well received by his family and this indirectly proves that the PAS is not the party of extremists and racist groups such as the assumption by some people. Many of non-Muslims quite surprised with the advent of PAS Miri delegation who visited the remains late father of Mr. Yeo who are not Muslims because until now they thought that PAS is too rigid and cannot accept the culture and customs of non-Muslims.

Mr.Yeo is a committed with his struggle and not easily influenced by the propaganda of certain quarters who say that PAS only fought for the Muslims. Mr.Yeo has been a lot of time defending the PAS if someone says that PAS is not suitable for non-Muslims. That's why people call him as a PAS Chinese.

He always said that although PAS a party that fought for Islam, but Islam never teaches its followers to do evil, abuse of power and commit sin such as corruption and theft. All religions teach its followers to be good but the politicians that have self-interest and misuse of power alone that caused the life of the people become difficult and living in poverty he said.

Throughout his with PAS he felt safe and never even thought that PAS will do any bad thing that could cause chaos in this country as the anti-PAS allegations.

Admission of a non-Muslim Chinese this has shown that PAS never force non-Muslims become Muslims even if they become a strong supporter of PAS. Islam never forced non-Muslims to be Muslims, if they want to convert up to their faith and their confidence.

PAS relations with all non-Muslim communities in Miri, Sarawak is good enough when they know the real purposes and objectives of PAS.

PAS fight for upright the system that is fair to all, only those who have interests and commit crimes only afraid of PAS rule this country.

Once again we stress that PAS is not violent and rigid party who do not accept the development and progress. All allegations to those who hate the presence of PAS in Sarawak will ultimately prove when PAS managed to convince non-Muslims that PAS is appropriate and fair to all.

We want this country to progress and grow in accordance with Islamic eyes of justice for all. There is no reason for non-Muslims afraid of PAS because during PAS ruled Kelantan we've never heard of non-Muslims were killed or tortured for refusing to accept Islam as a way of life. PAS fought based on religious laws that prohibit its follower's injustice against a fellow human.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 Apr 2012 03:54 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TASK FORCE TERBONGKAR, HATI RAKYAT MEMANG TERBAKAR

Posted: 04 Apr 2012 02:07 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing."Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.
Sumber: Sharpshooter

TIADA ALASAN ! JOM BERSIH 3.0

Posted: 04 Apr 2012 12:40 AM PDT



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu dijangka diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu. (Gambar kiri)

Melalui bahan cetakan yang diedar awal kepada media, himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan.Hrkh

ASYIK ZIARAH BLOG JER ! MANA NAK ZUHUD

Posted: 03 Apr 2012 10:21 PM PDT

Dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw. bersabda, "Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)

Abu Said al-Khudri berkata Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian." (HR Muslim).

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi saw. mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)


TRANSFORMASI ? RAKYAT MENGGELENG DEK DUIT SYILING

Posted: 03 Apr 2012 07:55 PM PDT

Duit Syiling Baru Tak Laku

duit syiling baru malaysia Duit Syiling Baru Tak Laku

Saya ada cerita 'pelik' mengenai duit syiling Malaysia yang baru ini. Kejadian ini berlaku dalam negara, bukan di Uganda, Kazakhstan atau Pakistan.

Jumaat lepas saya dan suami menaiki komuter ke Nilai dan meninggalkan kereta kami di pekan Rawang. Selok sana, belek sini kami berdua tiada sekeping pun duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin bayar dan peraga tempat letak kereta.

Saya terpaksa tinggalkan kereta tanpa bertiket untuk membeli sesuatu di kedai sekitar stesen komuter bagi mendapatkan duit syiling yang mencukupi. Kami terpaksa membeli jajan murah secara berasingan supaya memperolehi syiling yang mencukupi. Kalau nak minta tukar terus dengan pekerja, tak ada pekedai yang sudi.

Kelam kabutlah juga kerana komuter telah berada di landasan yang akan bergerak pada bila-bila masa. ( Rawang adalah stesen terakhir perjalanan komuter dari Seremban, biasanya akan berhenti 10-15 minit sebelum membuat perjalanan semula )

Cukup saja syiling dalam gengaman, saya berlari lari anak gajah ke tempat letak kereta untuk membeli tiket bayar dan peraga. Saya dah tak fokus berapa syiling yang ada dalam gengaman, rasa macam cukup pun dah lega.

Saya masukkan sekeping demi sekeping syiling yang berada di tapak tangan…. sampai syiling yang ke 3, duit tersebut bergolek keluar. Cuba lagi kali ke empat, ke lima… ke enam… syiling tetap bergolek keluar.

Nilai yang tercatit hanyalah 30 sen yang tidak melayakkan saya 'menyewa 1 jam' petak letak kereta. Saya tekan butang untuk keluarkan semula duit di dalam mesin, bunyi berdenting tetapi bukanlah di luar petak untuk dikutip semula. Mesin kekenyangan menelan 30 sen saya yang berharga.

Baki syiling berkilau di dalam tapak tangan saya tidak berharga, tidak laku untuk diguna pakai di dalam negara sendiri.

Dalam keadaan terdesak setelah mencuba untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawap, saya bertekad dan bertawakal meninggalkan kereta tanpa memperagakan tiket. Saya bukan buat dengan sengaja.

Kesemua syiling yang tidak diterima oleh mesin bayar dan peraga tersebut adalah syiling baru Malaysia yang memenuhi standard kualiti duit syiling seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh BNM.

ADUN UMNO KUALA NERANG AKHIRNYA BERTERUS TERANG

Posted: 03 Apr 2012 05:31 PM PDT

Alor Setar - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Apr 2012 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB MAKIN TENAT

Posted: 04 Apr 2012 12:26 AM PDT

Masa semakin 'tenat' buat Najib Razak menunaikan janjinya terhadap beberapa cadangan dan dijangkakan ditunda hingga Jun depan walaupun sesi Parlimen dilanjutkan sehingga minggu depan.


Terdapatnya beberapa perubahan perundangan termasuk pemansuhan media cetak untuk memperharui lesen mereka setiap tahun, had umur persaraan dinaikkan, dan penyusunan semula Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) akan di bawa ke sesi depan, menimbulkan keraguan terhadap ura-ura perdana menteri akan memanggil pilihan raya dalam tempoh tiga bulan.

"PPA, saya rasa belum lagi, kata menteri berkaitan undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz kepada The Malaysian Insider semalam, merujuk kepada Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar, yang mana Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk memberikan lesen percetakan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S. Subramaniam turut berkata cadangan untuk meningkatkan had umur persaraan kakitangan swasta kepada 60 tahun dan akan dibentangkan ketika sesi Parlimen Jun depan.

Hishamuddin Hussein berkata, "Akta Rela dilambatkan kerana kami sedang bekerja semakan untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri."

Kadar gaji minimum pula yang sepatutnya dibentangkan bulan lalu akan disemak semula berikutan pentadbiran Najib menerima tekanan daripada persatuan sekerja.

Pejabat Peguam Negara akan mendedahkan draf terakhir pindaan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membenarkan mahasiswa berumur 18 tahun ke atas terlibat dalam politik.

PERANG DUNIA... RON 97 NAIK 10 SEN...

Posted: 03 Apr 2012 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90 pada tengah malam Selasa, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).


Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 harga dan diesel, kata Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti pada Selasa.

Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong, katanya.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.

.... kat mane perang sampai minyak dunia naik nie....

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 04 Apr 2012 03:23 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Atas pagar mula sokong Pakatan

Posted: 03 Apr 2012 06:25 PM PDT



Fokus IsuOleh Abd Shukur Harun
Pengundi 'atas pagar' (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.

Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:


+ Semakin ramainya golongan yang dikenal 'Atas Pagar' datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.

Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.

+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti  majlis ceramah PR.

+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.

+ Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.

+  Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.

Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.

Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0  itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.

Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.

Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan 'takut' rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.

Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.

Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan 'atas pagar' dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam  melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.

Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan 'mencengkam' golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku,  mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.

Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.

Golongan 'atas pagar' muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.

Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.

Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.

Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan 'Buku Jingga' yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku 'Negara Berkebajikan' yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan 'Buku Jingga'.

Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.

Apabila golongan 'Poros Tiga' ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting  ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.

Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan 'atas pagar' ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan 'menuju ke Putrajaya' akan lebih mudah.

Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 04 Apr 2012 01:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


UMNO Jangan Cuba Jadi Samseng!

Posted: 04 Apr 2012 01:52 AM PDT


Kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil yang cuba mengugut seorang surirumah yang menggantungkan bendera PAS. Adakah ini yang diajar oleh pemimpin mereka supaya melakukan politik samseng? Budaya bacul ini sepatutnya sudah tiada dalam era politik moden kerana politik samseng ini berlaku pada tahun 70-an yang dikenali pemuda tahan lasak.

Sekarang bukan lagi dikenali pemuda tahan lasak tapi dikenali sebagai pemuda mandom kerana menjadikan surirumah sebagai tempat melepaskan samseng. apa salah surirumah sehingga mengugut bunuh? Hebat sangatkah dengan ugutan bunuh itu? Mana pembela Melayu jika orang melayu pun sanggup dibunuh? Dangkal pemikiran seperti orang kurang waras.

Adakah bendera PAS itu haram dari sisi undang-undang? adakah hanya UMNO sahaja yang wujud dalam Melaka? Jika UMNO betul-betul anak jantan, bersainglah dalam ruang lingkup yang sihat dan bukannya cuba menujukkan samseng. Adakah budaya samseng ini diajar oleh zionis Israel? Pemimpin kenyang dan ahli bawah cuba tunjuk samseng.

Kenapa sakit hati sangat dengan penduduk yang menggantung bendera PAS? PAS tidak pernah mencabut atau mengugut rakyat atau surirumah untuk menanggalkan bendera yang digantung oleh ahli UMNO. Jika UMNO merasakan mereka tidak diterima oleh rakyat, maka mereka harus terima dengan hati terbuka mengapa rakyat tolak UMNO dan bukannya mengugut orang ramai.

Polis juga kena ambil serius kes seperti ini dan jangan asyik memantau ceramah Pakatan Rakyat tanpa buat kerja menyelesaikan masalah jenayah. Pertarungan politik hanya untuk parti dan pihak polis seharusnya tidak mencampuri urusan politik. Diharapkan pihak polis telus dalam menjalankan siasatan kerana pihak PAS tidak pernah menjadikan polis musuh sebaliknya mahukan polis melindungi orang ramai dari keganasan.

DUN Lembah Jaya

Posted: 04 Apr 2012 11:49 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Pangsapuri Kos Rendah Akan Nikmati Air Percuma

Posted: 03 Apr 2012 05:33 PM PDT

Oleh MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM - Kini, penduduk pangsapuri kos rendah di seluruh negeri yang menggunakan meter pukal boleh mendapatkan 20 meter padu air percuma.

Mulai April, penghuni hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) di kediaman masing-masing berhubung jumlah kediaman bagi mendapatkan faedah itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, kerajaan negeri kemudian akan menyampaikan maklumat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi membolehkan pemotongan pada bil meter pukal.

"Oleh itu, Jawatankuasa Pengurusan (MC), Badan Pengurusan Bersama (JMB), agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut.

"Pemotongan yang diberikan oleh Syabas adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu, kali jumlah kediaman yang berpenghuni," kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Dengan inisiatif ini, semua penghuni flat yang menggunakan meter pukal, bakal mendapat 20 meter padu air percuma yang dibekalkan kepada penduduk yang mempunyai meter individu.

"Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk. Bukti pemotongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB.

"COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan," kata beliau.

Menurut Iskandar lagi, program 'Lapor Dan Dapat' ini akan melipatgandakan bilangan penduduk rumah kos rendah yang mendapat 20 meter padu air percuma.

"Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program 'Lapor Dan Dapat' akan meringkaskan lagi prosedur permohonan."

Tambah Iskandar, penduduk pangsapuri rumah kos rendah perlu mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB.

"Sistem kupon turun dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.

"Pemotongan bil pada meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh Syabas tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat," ujar Iskandar.

- Sumber: Berita utama, Selangorkini edisi 23-30 Mac 2012

PAS Kawasan Gerik

Posted: 04 Apr 2012 09:59 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Ambiga Sreenevasan: Mengapa Bersih 3.0? Why Bersih 3.0?

Posted: 04 Apr 2012 05:27 AM PDT

Suara Rakyat Terus Maju !

Posted: 03 Apr 2012 11:23 PM PDT


Kempen BERSIH 3.0 Bermula.



Gedang BERSIH 3.0 sudah di palu..


Sudah puas Rakyat merayu..


Tetapi kerajaan tetap buat tak tahu..


Maka ayuh semua kawan-kawan ku..


Tidak kira India, Cina atau Melayu..


28 April sekali lagi kita bersatu..


Dataran merdeka tempat dituju..


Kita buktikan Suara Rakyat akan terus Maju!!


28 April 2012


Yang kuat ingatan hafal tarikh ini..


Yang tak kuat ingatan tulis dalam diari..


Kalau takut lupa pangkah kalendar hari-hari..


Yang makan gaji siap-siap apply cuti..


Yang tak makan gaji, boleh buat perancangan sendiri..


Yang takde baju kuning boleh start beli..


Yang berniaga baju kuning boleh buat harga promosi..


Dataran Merdeka.. Tunggu!!


Kita kumpul ramai-ramai..


Yang takde kawan boleh start cari kawan..


Kita kongsi naik kereta..


Kita kongsi sewa bas..


Kita kongsi naik motor..


Orang-orang Siber


Mari kita kempen hari-hari..


Bakar semangat rakyat untuk berani..


Bukakan mata orang yang masih bermimpi di siang hari.


Sebelum kita kena tipu..


Sebelum Mat Bangla pangkah dacing biru..


Sebelum bas datang bawa hantu..


Sebelum pendatang asing dapat ic biru


Kita bersihkan semua ini dahulu..


Yang sudah letih kena tipu


Yang sudah tahu akan ditipu


Yang sudah marah sebab kena tipu


28 April nanti kita pakat serbu.


Kita tahu Umno mahu menang..


Dia ingat senang-senang boleh menang?


Sorrylah.. Rakyat kini bukan bangang..


INGAT.. 28 APRIL 2012


DATARAN MERDEKA


-TM-


Nah.. Video Kasi Naik Semangat.. Layan.










Sumber: http://gerai3abdul.blogspot.com/

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis

Posted: 03 Apr 2012 08:02 PM PDT

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.


Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

- Bernama

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Apr 2012 09:56 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14

Posted: 03 Apr 2012 06:33 PM PDT



Free Malaysia Today - 3 April 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019.

JEMPOL: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tidak mustahil Umno-Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan Putrajaya dengan percuma kepada Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu memberikan andaian tersebut apabila merujuk kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi baru-baru ini pada majlis ceramah umum di Dataran Muasasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol yang dihadiri lebih 1,000 penyokong malam Ahad lalu.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. Pakar ekonomi, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata Malaysia mungkin akan bankrap pada 2015.

"Kalaulah benar-benar terjadi begitu; katalah pada PRU-13 tahun ini BN menang, BN masih memerintah Putrajaya. PRU akan datang dijadualkan pada tahun 2016.

"Kalau berlaku bankrap pada tahun 2015; ketika PRU ke-14 pada tahun 2016, Umno-BN akan beri sahaja Putrajaya kepada Pakatan Rakyat.

Dia tidak akan lawan dah!

"Kamu Mat Sabu nak jawatan Menteri? Ambik! Ambik negara bankrap! Kamu nak memerintah Negeri Sembilan? Ambik! Ambik! Kita tidak mahu setelah Malaysia bankrap baru nak beri kita memerintah," kata Mat Sabu dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.

Mat Sabu turut membawa orang ramai yang hadir pada malam itu mengimbas kembali bagaimana Greece dan Iceland menjadi bankrap.

Mat Sabu memberitahu bagaimana Greece yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2004 yang sudah tentu hanya negara yang mampu dari segi kewangan dan kemudahan sukan yang mencukupi sahaja boleh menjadi tuan rumah penganjuran sukan terbesar di dunia itu.

"Untuk menganjurkan Sukan Olimpik negara kita tidak bersedia dari segi bilangan padang sukan, kolam renang, gelanggang lumba basikal dan sebagainya.

Jalan menuju bankrap terbuka luas

"Semua orang puji Greece maju dan hebat ketika itu. Beberapa tahun tidak lama selepas itu Greece menjadi bankrap. Di Malaysia jalan menuju bankrap terbuka luas.

"Wang yang dikeluarkan secara haram dari Malaysia dalam masa 12 tahun ialah sebanyak RM1.077 trillion.

"Orang Jempol tahu tak trillion itu macam mana? Tahu? Aku pun tak tahu….," kata Mat Sabu dengan berseloroh dan sekali lagi gelak ketawa orang ramai menggamatkan suasana di Muasasah Darul Sharif.

"Kita paling banyak tengok ribu. Ratus ribu jarang. Juta tak pernah. Kalau macam bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo pernahlah tengok juta.

"Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan pernahlah tengok juta sebab dia hantar RM10 juta ke luar negara melalui Money Changer (pengurup wang).

"Money Changer dikenakan tindakan, Menteri Besar tuan-tuan tidak diambil tindakan," jelas Mat Sabu.

Mat Sabu turut memberitahu hadirin bahawa pada zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negara telah kehilangan sebanyak RM100 billion mengikut sebuah penulis buku.

Beliau berpendapat jika apa yang ditulis oleh penulis buku itu tidak tepat, dah tentu sudah lama Mahathir menyaman penulis buku tersebut iaitu Barry Wain.

Hutang negara pada paras bahaya

Mat Sabu turut menyentuh hutang negara merujuk kepada pengumuman di Parlimen minggu sebelumnya.

"Hanya dua peratus sahaja lagi daripada menemui garis kecemasan.

"Contohnya katalah hutang negara ialah RM460 billion sekarang ini dan bersamaan dengan 48 peratus misalnya. Hutang negara kita boleh berhutang 50 peratus, bermakna hanya berbeza dua peratus sahaja lagi. Ertinya kedudukan kewangan dalam negara kita menuju bahaya.

"Walaupun dalam keadaan begini kerajaan BN tidak insaf. Mereka terus boros seperti biasa. Dalam masa 11 minggu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbelanja lebih RM609 juta," ulas Mat Sabu lagi.

Justeru itu Mat Sabu meminta rakyat menyelamatkan kekayaan negara dengan menukar kerajaan di peti undi pada PRU-13 tidak lama lagi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pemimpin PKR serta DAP Negeri Sembilan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/tidak-mustahil-bn-beri-percuma-putrajaya-menjelang-pru14/

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 04 Apr 2012 09:46 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14

Posted: 03 Apr 2012 10:07 PM PDT



Free Malaysia Today - 3 April 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019.

JEMPOL: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tidak mustahil Umno-Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan Putrajaya dengan percuma kepada Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu memberikan andaian tersebut apabila merujuk kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi baru-baru ini pada majlis ceramah umum di Dataran Muasasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol yang dihadiri lebih 1,000 penyokong malam Ahad lalu.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. Pakar ekonomi, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata Malaysia mungkin akan bankrap pada 2015.

"Kalaulah benar-benar terjadi begitu; katalah pada PRU-13 tahun ini BN menang, BN masih memerintah Putrajaya. PRU akan datang dijadualkan pada tahun 2016.

"Kalau berlaku bankrap pada tahun 2015; ketika PRU ke-14 pada tahun 2016, Umno-BN akan beri sahaja Putrajaya kepada Pakatan Rakyat.

Dia tidak akan lawan dah!

"Kamu Mat Sabu nak jawatan Menteri? Ambik! Ambik negara bankrap! Kamu nak memerintah Negeri Sembilan? Ambik! Ambik! Kita tidak mahu setelah Malaysia bankrap baru nak beri kita memerintah," kata Mat Sabu dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.

Mat Sabu turut membawa orang ramai yang hadir pada malam itu mengimbas kembali bagaimana Greece dan Iceland menjadi bankrap.

Mat Sabu memberitahu bagaimana Greece yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2004 yang sudah tentu hanya negara yang mampu dari segi kewangan dan kemudahan sukan yang mencukupi sahaja boleh menjadi tuan rumah penganjuran sukan terbesar di dunia itu.

"Untuk menganjurkan Sukan Olimpik negara kita tidak bersedia dari segi bilangan padang sukan, kolam renang, gelanggang lumba basikal dan sebagainya.

Jalan menuju bankrap terbuka luas

"Semua orang puji Greece maju dan hebat ketika itu. Beberapa tahun tidak lama selepas itu Greece menjadi bankrap. Di Malaysia jalan menuju bankrap terbuka luas.

"Wang yang dikeluarkan secara haram dari Malaysia dalam masa 12 tahun ialah sebanyak RM1.077 trillion.

"Orang Jempol tahu tak trillion itu macam mana? Tahu? Aku pun tak tahu….," kata Mat Sabu dengan berseloroh dan sekali lagi gelak ketawa orang ramai menggamatkan suasana di Muasasah Darul Sharif.

"Kita paling banyak tengok ribu. Ratus ribu jarang. Juta tak pernah. Kalau macam bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo pernahlah tengok juta.

"Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan pernahlah tengok juta sebab dia hantar RM10 juta ke luar negara melalui Money Changer (pengurup wang).

"Money Changer dikenakan tindakan, Menteri Besar tuan-tuan tidak diambil tindakan," jelas Mat Sabu.

Mat Sabu turut memberitahu hadirin bahawa pada zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negara telah kehilangan sebanyak RM100 billion mengikut sebuah penulis buku.

Beliau berpendapat jika apa yang ditulis oleh penulis buku itu tidak tepat, dah tentu sudah lama Mahathir menyaman penulis buku tersebut iaitu Barry Wain.

Hutang negara pada paras bahaya

Mat Sabu turut menyentuh hutang negara merujuk kepada pengumuman di Parlimen minggu sebelumnya.

"Hanya dua peratus sahaja lagi daripada menemui garis kecemasan.

"Contohnya katalah hutang negara ialah RM460 billion sekarang ini dan bersamaan dengan 48 peratus misalnya. Hutang negara kita boleh berhutang 50 peratus, bermakna hanya berbeza dua peratus sahaja lagi. Ertinya kedudukan kewangan dalam negara kita menuju bahaya.

"Walaupun dalam keadaan begini kerajaan BN tidak insaf. Mereka terus boros seperti biasa. Dalam masa 11 minggu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbelanja lebih RM609 juta," ulas Mat Sabu lagi.

Justeru itu Mat Sabu meminta rakyat menyelamatkan kekayaan negara dengan menukar kerajaan di peti undi pada PRU-13 tidak lama lagi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pemimpin PKR serta DAP Negeri Sembilan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/tidak-mustahil-bn-beri-percuma-putrajaya-menjelang-pru14/

Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri

Posted: 03 Apr 2012 10:05 PM PDT

PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pusat Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabit. Sikap acuh tak acuh ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir. Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa". Inilah senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu. Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri tidak cakna dengan isu itu. "Bayangkan sudah banyak kali kami ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga PM sendiri. Namun jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami terpaksa membayar pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila diajukan kepada pihak berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan menyelesaikannya. Tapi, apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang asing dibumi sendiri. Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan terutamanya Kamboja, Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri yang berbangsa Melayu kini dianaktirikan. Kami tidak diberi keistimewaan, walau pun kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana pergi laungan, Hidup Melayu yang diwar-warkan selama ini", katanya yang tidak mahu nama beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah menyiarkan rintihan para pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang bertajuk "Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah, isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas itu. Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan sebuah IPT di Pekan.



Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai

Jasindaily Online

Posted: 04 Apr 2012 09:45 AM PDT

Jasindaily Online


BERSIH 2.0: Penipuan pilihan raya akan berterusan

Posted: 03 Apr 2012 11:53 PM PDT


Gabungan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH 2.0 kecewa kerana laporan jawatankuasa pilihan parlimen untuk menambahbaik proses pilihan raya (PSC) tidak membawa lima isu utama yang dipertikaikan.


Menurut BERSIH 2.0, lima isu berkenaan ialah:
Manipulasi dalam daftar pemilih;
Skanda undi-untuk-kewarganegaraan di semenanjung Malaysia;
Penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan mengukuhkan takrid kesalahan pilihan raya;
Rancangan untuk menghentikan 'politik kotor'; dan
Pemerhati undangan antarabangsa
Sehubungan itu, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menyatakan kebimbangannya bahawa penipuan pilihan raya dan perkara lain yang tidak kena "berkemungkinan tinggi" akan berterusan tanpa dibendung.

"Peluang keemasan untuk membetulkan kesilapan dan untuk berbakti kepada rakyat Malaysia buat masa kini dan masa depan, dengan dukacitanya telah berlalu," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan untuk menuntut reformasi dalam proses pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Perhimpunan raksasa itu antara lainnya menyebabkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PSC yang disasarkan untuk memberi cadangan bagi menambahbaik proses pilihan raya.

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April

Posted: 03 Apr 2012 11:48 PM PDT

Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."

"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini.

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu.

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarik kehadiran 15,000 orang.

Penganjur sasar 500,000 sertai himpunan 28 Apr

Posted: 03 Apr 2012 11:44 PM PDT

bersih pc on jom 100 170112 samad said
Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

Katanya, anggaran itu dibuat berdasarkan interaksi dan pertemuan beliau dengan anggota masyarakat dalam majlis tertentu dan juga di laman media sosial.

"Saya sendiri berjalan di mana-mana dan orang bertanya bila?

"Daripada interaksi sewaktu berjumpa dalam majlis atau dalamFacebook, saya mengkhayalkan setidak-tidaknya, himpunan ini akan mengumpul 500,000 orang," katanya.

Perhimpunan yang anjurkan bersama dengan 84 NGO lain itu juga akan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia, kata sasterawan negara itu lagi.

Dalam perhimpunan kali ini, para peserta akan duduk di lokasi tersebut bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

bersih announcing 3rd rally 040412 leaflet"Walaupun BERSIH 3.0 adalah duduk sahaja, tetapi dia memberikan impak yang kuat," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Sementara itu, Datuk S Ambiga yang juga pengerusi bersama berkata pada perhimpunan lalu, sebanyak 32 lokasi di seluruh dunia terlibat dengan BERSIH 2.0.

Katanya, jumlah itu berkemungkinan akan bertambah pada perhimpunan kali ini.

Lokasi luar negara itu akan diumumkannya pada sidang media selepas ini, katanya.

Perhimpunan kedua pada 9 Julai tahun lalu dihadiri puluhan ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

Kerajaan kemudiannya menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara untuk menambahbaik pilihan raya.

Laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen semalam dengan bantahan oleh wakil pembangkang.

Kandungan Penuh Laporan Minoriti

Posted: 03 Apr 2012 10:45 PM PDT

Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) telah mencadangkan satu Laporan Minoriti berhubung Daftar Pemilih, dilampirkan bersama laporan akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak. Hari ini, Dewan Rakyat juga turut menolak usul mereka berhubung perkara yang sama.

Berikut adalah kandungan Laporan Minoriti tersebut.

1.0 Pendahuluan

Ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya iaitu Ahli bagi kawasan Gombak YB Mohamed Azmin Ali, Ahli bagi kawasan Rasah YB Loke Siew Fook dan Ahli bagi kawasan Kuala Krai YB Dr Hatta Md Ramli telah mencadangkan supaya satu Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa dijalankan pada 29 Mac 2012.

Namun, cadangan tersebut telah ditolak dengan satu undian belah bahagi. Keputusan ialah 3 undi bersetuju dengan cadangan tersebut (Gombak, Rasah dan Kuala Krai) manakala 6 undi tidak bersetuju (Kota Marudu, Kangar, Alor Gajah, Kapit, Hulu Selangor dan Wangsa Maju).

Adalah mustahak untuk ditegaskan bahawa sepanjang perjalanan dan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, ahli jawatankuasa dari Pakatan Rakyat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas mereka.

Penyata Minoriti adalah penting untuk memberikan ruang kepada suara minoriti dalam Jawatankuasa melaporkan pandangan dan cadangan mereka yang tidak dipersetujui oleh majoriti dalam Jawatankuasa.

Walaupun tidak mendapat undi majoriti, namun cadangan dan pandangan minoriti dalam sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas wajib direkod dan dilaporkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa.

Tujuan 3 wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa tersebut mencadangkan Penyata Minoriti ialah kerana kami berpendapat perkara yang paling asas dan penting dalam soal penambahbaikan sistem pilihanraya iaitu memastikan Daftar Pemilih yang bersih dan telus masih belum mendapat perhatian yang sepatutnya dan tindakan yang serius daripada pihak Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

SPR gagal memberikan komitmen yang penuh untuk memastikan segala kepincangan dalam Daftar Pemilih akan diatasi dan menjamin satu Daftar Pemilih yang bersih yang bakal digunakan pada Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

2.0 Isu-isu berkenaan Daftar Pemilih yang gagal ditangani oleh SPR

2.1 Membetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen

Di antara bulan Mac 2008 dan suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan seramai 31,294 pemilih keluar dari kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen di mana mereka mengundi pada PRU ke-12 tanpa keizinan mereka.

Alasan yang diberikan oleh SPR ialah mereka menjalankan proses memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya ke kawasan yang sepatutnya.

SPR menggunakan peruntukan undang-undang di dalam seksyen 7 Akta Pilihan Raya iaitu memperbetulkan kawasan daerah mengundi dan lokaliti di dalam aktiviti belah bahagi untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang iaitu memindahkan pengundi tanpa izin mereka dan memperbetulkan sempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen tanpa melalui persetujuan Parlimen.

Prinsip Belah Bahagi di bawah tajuk Sempadan Pilihanraya jelas menyatakan:

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH sama sekali melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 bahagian Pilihan Raya yang berlainan."

Aduan rasmi daripada YB Ahli Parlimen Subang kepada SPR berhubung isu tersebut yang melibatkan kawasan Parlimen Subang adalah dilampirkan dalam Apendiks 1.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengakui bahawa proses yang mereka telah lakukan adalah menyalahi peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan serta-merta untuk mengembalikan pengundi-pengundi yang terjejas dalam proses tersebut kebahagian pilihanraya DUN dan Parlimen yang mereka mengundi pada PRU ke-12. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.2 Isu berkenaan 42,000 pengundi ragu yang masih belum dibersihkan oleh SPR

Pada penghujung tahun 2011, SPR telah mempamerkan 42,000 nama pengundi ragu yang dikatakan status kewarganegaraan mereka tidak dapat disahkan oleh JabatanPendaftaran Negara. Proses pameran tersebut telah tamat beberapa bulan yang lepas namun sehingga kini, SPR gagal membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan membersihkan senarai tersebut dan mengeluarkan nama-nama pengundi ragu tersebut dalam tempoh 15 hari daripada Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.3 Nama pengundi yang melebihi 100 tahun

Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900. Walaupun kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.

Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.

2.4 Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina

Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina. Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai pengundi lelaki.

Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai pengundi perempuan.

Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

2.5 Isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos

Satu kajian bebas ke atas Daftar Pemilih mendapati bahawa terdapat lebih kurang 4,500 nama isteri kepada anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Isteri kepada anggota polis sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. SPR telah memaklumkan kategori anggota keselamatan yang layak menjadi pengundi pos ialah anggota tentera dan pasangan mereka serta anggota polis sahaja.

Contoh senarai isteri anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos adalah dilampirkan di Apendiks 4.

Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengeluarkan semua nama isteri anggota polis yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos dan dimasukkan semula dalam Daftar Pemilih sebagai pemilih biasa dalam tempoh 15 hari selepas Laporan ini dibentangkan di Parlimen.

3.0 Rumusan

Makanya keputusan kami untuk tidak memperakui Laporan Akhir Jawatankuasa sebagai laporan yang konklusif serta menekankan keperluan dibentangkan bersama penyata minoriti adalah kerana kegagalan SPR sehingga kini untuk bertindak sesuai dengan mandat Perlembagaan demi memastikan perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil.

Malah sepanjang perjalanan mesyuarat Jawatankuasa, berdasarkan penjelasan yang diberikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, tambah meyakinkan kami bahawa SPR kian hilang kewibawaan menyempurnakan mandat tersebut secara bebas dan adil.

YB Mohamed Azmin Bin Ali (Ahli Parlimen Gombak)

YB Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah)

YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)

Tarikh: 2 April 2012

ADUN BN Kuala Nerang Muflis ...

Posted: 03 Apr 2012 07:14 PM PDT

Alor Setar - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Pak Samad Ketuai Bersih 3.0

Posted: 03 Apr 2012 07:12 PM PDT


Sasterawan Negara, A Samad Said disebut-sebut bakal mengetuai perarakan besar menuntut reformasi dalam proses pilihanraya umum, setelah jawatankuasa BERSIH bermesyuarat semalam.


Jika tiada halangan, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad akan mula menggerakkan usaha untuk berhimpun di Kuala Lumpur, dan lokasi yang paling sesuai dicadangkan adalah Dataran Merdeka di Jalan Raja.

Butiran mengenai himpunan yang dijangka paling besar dalam sejarah Malaysia sejak merdeka dari tangan penjajah British ini akan diumumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi!

Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.

Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan "Bersih 3.0" akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.

Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.

Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

"Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan," kata sumber berkenaan.

"Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.

"Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas."

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.

Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.

"Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

"Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari," tambahnya.

Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

TRANFORMASI NKERA BERJAYA : MALAYSIA MENGHASILKAN PENARI TIANG

Posted: 03 Apr 2012 07:10 PM PDT

Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.

Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.

Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.

Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan."Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.

"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya.

PANDIKAR SPEAKER PENGECUT!!!

Posted: 03 Apr 2012 07:07 PM PDT

Penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka."Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.



Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen."Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat diletakkan di tempat yang adil.

"Walaupun kita menyertai PSC serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara," sambung beliau lagi.Salahuddin ketika ditanya berkenaan pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas."Saya tidak melihat ia sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini, tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan pihak eksekutif mahupun Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.

"Kita melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara komanwel," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Pandikar Amin menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.Penolakan itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan lain, di Parlimen negara Komanwel lain.

Malah beliau juga turut mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakan ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan tersebut.Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.

KHIDMAT MERU

Posted: 04 Apr 2012 09:29 AM PDT

KHIDMAT MERU


HENTIKAN PROJEK LYNAS

Posted: 04 Apr 2012 12:25 AM PDT





YB Dr Hj Abd Rani selaku Pesuruhjaya Pas Selangor menyokong tuntutan Solidariti Hijau SeMalaysia - Stop - Lynas yang menuntut agar Kerajaan Pusat menghentikan Projek Lynas yang di jalankan tanpa mengambil kira faktor keselamatan, alam sekitar dan keshatan.

Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap bencana yang bakal dihadapi sekiranya Projek Lynas ini diteruskan, digalakkan untuk menyertai Mobilisasi Perhimpunan Aman gelombang ini yang akan diadakan serentak diseluruh Malaysia pada 13 hb April nanti insyaAllah.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 Apr 2012 09:24 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SKANDAL mendaftarkan warga asing sebagai pengundi segera untuk dipaksa undi BN

Posted: 04 Apr 2012 08:51 AM PDT

Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

Salmiyah Harun, 04 Apr 2012
KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin  Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

(Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

mtdchenderoh

Posted: 04 Apr 2012 07:19 AM PDT

mtdchenderoh


Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah dalam kenangan

Posted: 03 Apr 2012 09:49 AM PDT

 Gambar kenangan Exco Dewan Pemuda Pas Perak bersama Al Marhum

 Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telahdiputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapatpendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkanpelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamatpelajaran di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaranya dalambidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti ofNottingham pada tahun 1981.

Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannyadi dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari UniversitiCambridge dan di Lincoln's Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagaichambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu denganSheikh Nazim di London.

Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islamdaripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil SulongPerak, Raja Ashman Shah dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliautelah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazimal-Haqqani.

Mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat.... Al fatihah

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 04 Apr 2012 07:07 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


28-4 : BERSIH 3 " DUDUK BANTAH "

Posted: 04 Apr 2012 04:11 AM PDT

SUKAN : SINGAPURA NAIK KEPALA ?

Posted: 03 Apr 2012 09:14 AM PDT

SEMASA : DI SAMBAR PETIR SELEPAS MAIN BOLA

Posted: 03 Apr 2012 09:08 AM PDT

NAIK 10 SEN : RAKYAT DIDAHULUKAN..?

Posted: 03 Apr 2012 08:57 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 04 Apr 2012 03:13 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Parlimen Dibubarkan Bermula di Dun Semantan

Posted: 03 Apr 2012 08:52 PM PDT

TEMERLOH: Jabatan Pilihanraya PAS Pahang (JPN) hari ini akan turun ke Dun Kuala Semantan bagi memperkemaskan jentera pilihanraya ke arah mengekalkan kemenangan PR di sini.

Program 100 hari menjelang parlimen dibubarkan. Adalah program lawatan kerja Dewan Harian negeri ke Dun sasaran PAS bagi PRU 13. Program ini menyasarkan pertemuan pimpinan negeri dengan para pengundi di kawasan Melayu. Selain untuk menyemarakkan tenaga kerja jentera parti agar terus bertahan dan lajukan stamina menjelang Pilihanraya yang semakin dekat ini.

Antara acara pengisian program adalah memberi pemantapan kerohanian, Selain acara-acara santai seperti Hi Tea, penyampaian bantuan sumbangan dan sukan  serta beberapa acara lain lagi bagi menyantuni rakyat di sini pada hari ini.

Kemuncak acara adalah persembahan dikir Barat di selangi seli dengan ceramah Dato Pesuruhjaya PAS Pahang pada sebelah malamnya bakal memeriahkan Program 100 hari menjelang Parlimen dibubarkan





DUN BUKIT PAYONG

Posted: 04 Apr 2012 03:10 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Buang anak, penari tiang dan hukum

Posted: 03 Apr 2012 09:11 AM PDT

Oleh : Ustaz Mohd Nor Hamzah

Bismillahir rahmaanir rahiim

Meneliti berita terbaru beberapa hari lepas berkenaan janin yang dibuang dan kepalanya pecah terhantuk di longkang kerana dibawa oleh aliran air yang deras, menguris hati ini. Janin yang berusia empat bulan itu dibuang bagaikan sampah, tiada harga bagi satu nyawa manusia oleh manusia lain yang bersifat kehaiwanan. Bukan mudah untuk membaca bait-bait laporan tentang berita yang menyayatkan hati itu walaupun sudah dihidangkan dengan mungkin ratusan laporan seumpamanya kerana ianya melibatkan nyawa manusia yang sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai oleh manusia, akan tetapi disia-siakan begitu sahaja oleh tangan-tangan yang
tidak takut akan janji hukuman dari Allah atas dosa membunuh. Begitulah apabila agama dibakulsampahkan oleh masyarakat. Amat sukar untuk hati menerima ajaran agama apabila hati telah dipenuhi dengan kekotoran dosa dan noda. Tiada lagi rasa takut kepada Allah. Kejahatan masyarakat ini adalah hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia.Benarlah firman Allah dalam surah ar-Rum yang menyatakan bahawa

"Telah timbul kerosakan dan bala bencana di darat oleh dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan-tangan manusia"

Pernah diwar-warkan dahulu untuk digubal akta bagi memperuntukan hukaman yang berat berkaitan kesalahan kes pembuangan bayi ini oleh kabinet. Cetusan idea itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka telah dipersetujui oleh kabinet untuk menetapkan kes pembuangan bayi akan disisasat dibawah akta 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan. Kelulusan oleh kabinet itu telah dilakukan kira-kira hampir dua tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2010. Setelah itu, sehingga kini, masih belum kedapatan walau seorangpun pesalah yang dikenakan dengan hukuman berat seperti yang dijanjikan. Apakah maknanya dengan hukuman berat yang dijanjikan, sedangkan kes pembuangan bayi masih terus-terusan berlaku?

Statistik yang diambil bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 sehingga Kabinet membuat keputusan itu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dikatakan dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu. Statistik ini hingga tahun 2010 sahaja. Bagaimana 2011 dan 2012?

Apa yang sangat jelas disini ialah ada dua perkara yang tidak seiring perjalanannya dalam hal ini iaitu hukuman berat yang bakal dikenakan dengan perlaksanaan kepada hukuman itu. Laungkanlah seberat mana sesuatu hukuman itu, tapi sekiranya tidak disertakan dengan perlaksanaan hukuman sebenar, maka manusia tidak akan takut.Inilah tanda gagalnya undang-undang jenayah masa kini. Apa ada pada ugutan tanpa disertakan perlaksanaannya? Kes pembuangan bayi ini adalah bermula daripada pergaulan bebas, bermesra-mesra dengan pasangan berlainan jantina dan kemudiannya berzina. Adakah remaja yang masih muda dan bertenaga dan masih mencari-cari nikmat dunia itu akan meninggalkan zina yang penuh kenikmatan itu hanya kerana diugut?

Lihat sahaja kes penari tiang di Seremban baru-baru ini. Kes-kes sebegini adalah diantara penyebab permulaan kepada zina dengan mempertontonkan aksi-aksi ghairah demi sedikit wang. Atas kesalahan menari tiang dan berpakaian menjolok mata, mereka didenda sebanyak RM25 seorang oleh mahkamah. Denda yang dibayar sambil tersenyum oleh mereka sepertimana gambar mereka di muka depan sebuah akhbar yang melaporkan kes tersebut baru-baru ini. Ada diantara mereka seperti GRO sanggup berbuat lebih dari itu sepertimana pendedahan-pendedahan kerja-kerja "pintu belakang" mereka dibongkar oleh pihak berkuasa apabila membuat serbuan di tempat-tempat sebegitu. Inilah kegagalan kepada sistem undang-undang yang ada sekarang ini. Mengugut dengan hukuman yang berat, kemudian apabila ada kes yang boleh dikaitkan atau permulaan kepada kes yanglebih berat (seperti tarian tiang ini yang menghala kearah zina) maka hukuman ringan dikenakan. Lebih mencengkam jiwa apabila ada komen dari menteri yang mengatakan bahawa janganlah lihat hanya kepada denda RM25 itu sahaja akan tetapi kaunseling yang diberikan kepada pesalah itu yang lebih penting. Kenyataan yang sungguh merentap dan menghiris hati bila dibaca.

Berbeza dengan undang-undang Islam. Islam mengugut akan mengenakan hukuman berat dan Islam mewajibkan manusia melaksanakannya, tiada pilihan hukuman ringan. Apabila disebut hudud, maka ianya dari Allah dan tiada manusia yang boleh membuat tawar menawar. Tersebut dalam satu kisah ketika salah seorang perempuan dari kalangan Bani Ma'zum didapati bersalah kerana mencuri, maka rasulullah s.a.w memutuskan hukuman potong tangan ke atas wanita itu. Maka bermesyuaratlah orang-orang penting dari Bani Ma'zum bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih ringan untuk wanita itu. Kemudian diutuskan wakil mereka menemui Usamah bin Zaid, cucu angkat kesayangan baginda untuk menyampaikan hasrat mereka. Maka apabila dipersembahkan kepada rasulullah rayuan itu, merah padamlah muka baginda kerana marah. Antara lain sabda baginda ialah kaum sebelum ini telah dibinasakan oleh Allah kerana apabila mereka dari kalangan kaya dan berpangkat melakukan kesalahan, maka hukuman yang ringan sahaja dikenakan.

Manakala apabila kaum yang lemah dan miskin melakukan kesalahan maka hukuman berat dijatuhkan dan baginda bersabda lagi bahawa jika sekiranya anak perempuan kesayangan baginda Fatimah binti Muhammad bersalah kerana mencuri, maka baginda akan memotong tangannya. Begitulah keadilan dan ketegasan Islam yang tidak memilih 'bulu'. Tidak akan
berundur seincipun apabila diperintahkan Allah. Itulah ketinggian taqwa seperti yang selalu disebut khatib dalam khutbah Jumaat. Dek kerana ketegasan itulah maka manusia takut dengan hukuman Allah. Apa dikata, dikota.

Islam mengutamakan pencegahan dalam perkara dosa. Islam seboleh-bolehnya tidak mahu menghukum manusia. Oleh kerana itu diseru manusia agar mencegah diri dari melakukan dosa besar. Lihatlah apabila Allah berfirman dalam surah al- Isra'

"Dan janganlah kamu menghampiri zina".

Dia tidak menyebut "melakukan" tetapi "menghampiri". Apabila hampirpun jangan, maka apatah lagi melakukannya. Begitulah keindahan pencegahan yang Allah anjurkan kepada kita. Akan tetapi awas untuk manusia yang tetap juga berdegil untuk melakukan dosa besar, maka hukuman yang dijanjikan amatlah berat. Dan jika pemerintah tidak melaksanakannya maka pemerintah itu pula akan dikenakan azab oleh Allah diakhirat nanti. Maka tiada jalan lain lagi kecuali kita kembali kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya. Telah terbukti kegagalan sistem yang dibina oleh manusia untuk membentuk dan mengawal manusia. Kerana manusia tidak mencipta manusia. Hanya sistem yang terbaik adalah datangnya dari pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah. Maka bersegeralah kita kembali kepada Allah.

Akhirnya saya menyeru kepada semua remaja-remaja, belia-belia dan muda-mudi yang sedang sibuk dengan mencari kenikmatan dunia agar segera meninggalkan perkara-perkara dosa yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Kita bukannya tidak boleh berhibur dan mencari keseronokan, akan tetapi mestilah berpada-pada dan dalam lingkungan yang dibenarkan Allah. Ayuh pemuda-pemudi sekelian, jangan sia-siakan masa muda kamu dengan perkara yang bakal merugikan kamu sendiri. Kamulah generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara dimasa depan. Ustaz mengharapkan diri ustaz dan kamu serta keluarga kita semua dilindungi Allah sentiasa insyaAllah.

Wallahua'lam

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 04 Apr 2012 01:40 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ceramah Paluan Gendang PRU 13

Posted: 03 Apr 2012 07:45 AM PDT

Mujahid Yusof Rawa Cabar Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Debat

Posted: 03 Apr 2012 02:35 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 2 April:Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Husein Mydin berdebat secara terbuka isu tanah masjid di Bayan Mutiara kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat bertindak biadap menjual tanah berkenaan yang di dalamnya akan dibangunkan masjid. Cabaran beliau dibuat ketika berceramah di Tanah Liat, di sini [...]

Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit

Posted: 03 Apr 2012 02:32 AM PDT

Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang. Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan. Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Apr 2012 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

Posted: 04 Apr 2012 12:52 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

Harakah Daily

Pelajar cemerlang Kelantan dapat RM500

Posted: 04 Apr 2012 12:46 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan Kelantan akan meneruskan sumbangan kepada semua pelajar cemerlang negeri ini bagi kali keempat sebanyak RM500.

Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat exco hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata semua pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan SPM, STPM dan STAM yang mengambil peperiksaan di negeri itu layak menerima.

"Selain itu, anak Kelantan yang belajar di luar Kelantan juga layak menerima sumbangan kerajaan negeri," ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco.

Sambungnya, mana-mana pelajar yang layak menerima mesti mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan SPM, STAM (mumtaz) dan STPM (4P) ke atas.

Jelasnya, mana-mana pelajar yang layak mesti mendapatkan borang khas yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan (Yik) minggu hadapan yang dilantik sebagai urusetia dalam program itu.

"Saya minta rakan-rakan pelajar sekolah termasuk sekolah kementerian atau ibu bapa sendiri memaklumkan perkara ini pada kawan atau anak masing-masing.

"Kita tidak mahu ada yang tercicir macam sebelum ini, dah lepas lama majlis siap baru ada yang datang memohon," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar cemerlang yang terlibat menghubungi Yik bermula minggu hadapan.

Harakah Daily

PRU13: Mafrel gesa SPR laksana syor PSC

Posted: 04 Apr 2012 12:45 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menerima dan melaksanakan syor-syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta-merta sebelum pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) menegaskan di antara 22 syor yang dikemukakan itu, ada di antaranya boleh dilaksanakan serta-merta, seperti pembersihan daftar pengundi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), berkata selain soal daftar pengundi, syor bagi mengukuhkan kedudukan SPR juga perlu dilakukan segera sebelum pilihan raya umum.

"Ada beberapa syor yang memerlukan kajian atau pindaan undang-undang, ada juga syor yang boleh dilaksanakan serta-merta. Apapun, ia perlu dilakukan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang menerima baik laporan jawatankuasa itu, bagaimanapun masih berpandangan tempoh kempen selama 10 hari yang dicadangkan PSC masih belum cukup, khususnya di luar bandar.

Katanya, dalam keadaan akses media yang tidak seimbang terhadap semua parti politik yang menyertai pilihan raya, tempoh 10 hari kempen itu dilihat agak singkat berbanding 21 hari yang dituntut ramai pihak, termasuk Bersih 2.0.

Biarpun soal akses media itu bukan berada di bawah kuasa SPR, badan itu masih boleh mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan untuk membenarkan penglibatan semua parti politik yang bertanding.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim meminta SPR menyegerakan syor-syor yang boleh dilaksanakan serta-merta, selain membabitkan wakil parti-parti politik dan NGO-NGO berkaitan berhubung perkara-perkara yang memerlukan kajian dan penelitian.

Laporan PSC itu telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat, semalam, setelah jawatankuasa itu ditubuhkan enam bulan lalu.

Harakah Daily

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0

Posted: 04 Apr 2012 12:42 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia.

"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.

"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Kerajaan perlu nilai kebobrokan p'raya

Posted: 04 Apr 2012 12:40 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Anwar Ibrahim Club (AIC) terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

"Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokan sistem pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.

Katanya, AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.

Beliau menegaskan, keraguan paling besar adalah terhadap kecelaruan daftar pemilih induk, sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang jelas membuktikan wujud tangan-tangan ghaib untuk memastikan kerajaan sedia ada terus selesa mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara mencurangi rakyat.

Maka, ujarnya adalah wajib rakyat seluruhnya untuk 'duduk bantah' dan menyatakan pendirian tegas rakyat bahawa tidak boleh berlaku sebarang proses pilihan raya selagi daftar pemilih induk dipenuhi dengan kekeliruan dan keraguan yang munasabah.

Menurutnya lagi, rakyat terutamanya anak-anak muda harus segera bangkit bagi menghalang penjajahan serta pembodohan minda terus-terusan berlaku dan menekan kita ke dasar untuk lima tahun akan datang.

"Maka pada tarikh 28 April 2012 jam 2.00 petang di Dataran Merdeka seharusnya menjadi tarikh keramat agar segala kepincangan ini dapat dipertontonkan di mata dunia, bahawa negara ini sedang dalam kancah penipuan terang-terangan dan wajar segera diselamatkan," ujarnya.

Harakah Daily

Niat Berkahwin Boleh Mengikat Kasih Sayang

Posted: 04 Apr 2012 12:40 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Berapa ramai orang berniat apabila berkahwin? Berapa ramai pula yang berniat sesuatu yang baik dan yang sesuai dengan Islam? Apakah mereka tahu bahawa niat penting apabila memutuskan hendak berkahwin?

Ramai yang tidak sedar kepentingan niat dalam mendirikan rumah tangga. Sebab itulah apabila ditanyakan apa niat anda untuk berkahwin, baru mereka tercari-cari akan jawapannya. Ada yang tidak tahu hendak menjawab kerana terdapat perkara tertentu yang mahu dirahsiakan. Atau mungkin mereka malu untuk menyatakan niat mereka, atau mungkin juga kerana tiada niat langsung.

Namun niat yang lazimnya diberikan ialah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga, dan ada juga yang berkata, ikut sunnah Nabi. Tidak kurang juga menjawab hendak merasai hidup berkeluarga. Apakah niat-niat seumpama ini boleh diterima sebagai niat baik atau sesuai dengan kehendak Islam?

Niat penting dalam melakukan segala urusan terutama ibadah kepada Allah berdasarkan hadis:

"Sesungguhnya setiap amalan ada niatnya, setiap seorang dinilai mengikut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis masyhur ini bukan hanya khusus untuk amal ibadah sahaja, tetapi turut melibatkan amalan atau pekerjaan yang melibatkan orang Islam.

Jadi, pasangan yang hendak berkahwin perlu ada niat, dan niat itu nantilah yang akan direalisasikan oleh mereka sepanjang kehidupan berumah tangga. Kalau baik niat mereka maka itulah yang akan mereka kecapi.

Sekiranya tidak, tentulah kecundang padahnya pada pertengahan jalan. Apatah lagi kalau mereka menyimpan niat yang tidak ikhlas, maka kewujudan rumah tangga yang diibaratkan sebagai syurga itu tidak akan menjadi kenyataan.

Niat yang Syarie

Sebenarnya niat seseorang lelaki tidak sama dengan niat seorang perempuan dalam soal kahwin. Memang naluri dua insan ini tidak sama sampai bila-bila, namun ia akan saling lengkap melengkapi setelah berkahwin. Malah niat itu akan menjadikan mereka lebih bahagia apabila saling mengetahui niat hati masing-masing.

Antara niat yang syarie ialah lelaki akan berniat untuk menjadi suami soleh dan memiliki isteri solehah dan bertekad untuk saling menyayangi. Niat ini amat baik, tetapi berdasarkan pengalaman saya jarang bertemu dengan lelaki seumpama ini.

Bagi perempuan pula, mereka boleh berniat untuk menjadi isteri yang taat dan memiliki suami yang boleh membimbing ke jalan yang diredai Allah. Niat sebegini amat baik dan wajar dimiliki seorang isteri. Tetapi sampai saat ini pun saya belum ada mendengar seorang wanita berniat sebaik ini.

Apa yang pernah saya dengar ialah, "Saya hendak berkahwin kerana cintakan dia." "Saya mahu kahwin kerana sudah lama kenal dan percaya kebaikannya." Dan tidak kurang juga yang berniat untuk berkahwin kerana sudah terlanjur.

Saya percaya kecelaruan kehidupan umat Islam pada hari ini terutama dalam mengatur rumah tangga adalah berpunca daripada niat yang tidak sesuai malah bercanggah dengan Islam. Oleh sebab itu Allah tidak menerima niat mereka.

Niat Terbaik

Setelah melihat niat-niat di atas, suka saya mencadangkan kepada kaum lelaki satu niat yang pada saya amat relevan pada zaman ini. Niat itu berbunyi, "Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan sesuatu yang halal yang tanpanya (kahwin) tidak akan kuperolehi."

Tanpa berkahwin kita boleh dapat banyak perkara yang halal. Kita boleh makan makanan halal semahunya dengan membayar harganya di restoran. Kita juga boleh pakai pakaian halal lagi cantik dengan membelinya di butik. Dan banyak lagi yang boleh kita dapat secara halal tanpa perlu berkahwin.

Tetapi bolehkah anda memegang wanita apatah lagi menidurinya dengan pergi ke kedai, bayar dan guna? Ya, boleh tetapi yang itu tidak halal. Maka untuk mendapat yang halal perlulah berkahwin.

Inilah yang saya maksudkan dan anda harus berniat begitu.
Percayalah, waktu anda berniat begitu, Allah campakkan keyakinan isteri kepada anda bahawa suaminya tidak mungkin akan mencari yang haram.

Dia yakin suami ini tidak akan mencari peluang daripada perempuan murahan. Lainlah jika anda berniat secara tidak ikhlas, maka isteri akan meragui setiap tindakan suaminya.

Berbeza dengan kaum perempuan, niat mereka adalah supaya mendapat pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Inilah niat terbaik yang seharusnya diungkapkan oleh para isteri. Kenapa? Lelaki memang ramai, tetapi bolehkah seseorang wanita yang tanpa berkahwin mengharapkan pembelaan daripada lelaki? Lazimnya harapkan pagar, pagar makan padi.

Jika seseorang perempuan itu berniat, "Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami," tentulah isteri itu memberi kepercayaan kepada suaminya. Dan pastinya dia tidak akan menyerahkan hak pembelaan kepada orang lain selain suaminya.

Dengan niat isteri yang sebegitu, Allah campakkan ke dalam hati suaminya bahawa isterinya telah memberi kepercayaan kepadanya. Dengan itu suami akan memberi perhatian kepada isterinya dalam semua keadaan. Dan yang paling penting suaminya akan sentiasa memberi perlindungan dan akan sentiasa membela kehidupannya.

Saya yakin pasangan yang sudah berniat seperti di atas dengan ikhlas, mereka akan mendapatkan apa yang diniatkan. Allah tentu tahu apa yang diniatkan mereka, maka dengan sebab itu pasangan itu akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya.

Kasih Sayang Terbina

Apabila suami isteri telah berniat seperti yang dianjurkan di atas akan terbinalah ikatan kasih sayang sebenar. Allah akan campakkan ke dalam hati masing-masing perasaan "mawaddah warahmah" iaitu kasih sayang sejati. Firman Allah SWT dalam al-Quran:

Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Surah ar-Rum 30: 21)

Ayat "daripada jenis kamu sendiri" merujuk kepada ayat "min amfusikum" bukan sahaja pada unsur-unsur fizikal, tetapi juga melibatkan rohani iaitu niat. Niat isteri seperti yang dicadangkan di atas itulah yang menepati kehendak naluri suami. Ini kerana suami mahu mereka dihargai sebagai pemimpin dan pembela walaupun dia seorang cacat.

Sebenarnya, suami yang mendapat kepercayaan isteri akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan perkara itulah yang boleh mencernakan kasih sayang yang sejati. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh berubah apabila isteri secara fizikal atau rohaninya meragui suami lalu enggan memenuhi kehendak suami. Padahal si suami tetap mahu bermanja dengan isterinya.

Suami dalam keadaan apa pun tetap akan sayang kepada isterinya, dan itu fitrah. Ini kerana perkahwinannya pada awal-awal lagi diniatkan untuk mendapat yang halal. Tentu mustahil dia mencari yang haram selepas itu atau dengan sengaja melakukan perbuatan dosa. Sebab itu walau dalam keadaan terdesak sekalipun, seorang suami sukar untuk melafazkan cerai jika diminta oleh isterinya.

Keadaan ini berbeza dengan isteri kerana lazimnya isteri berkahwin berasaskan cinta kepada suami. Sedangkan kecintaan seseorang akan berkurangan apatah lagi jika sudah tertanam di dalam hatinya sangka buruk terhadap suami. Inilah yang sering terjadi dalam kehidupan rumah tangga.

Ibu Bapa Penyelamat

Selain niat suami isteri, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Walaupun anak-anak sudah dilepaskan dengan tanggungjawab mereka sendiri, tetapi ibu dan bapa masih ada hak memantau pergerakan anak mereka dari jauh.

Apabila didapati kehidupan anak dan menantu tidak begitu ceria, janganlah mengambil sikap "biar mereka selesaikan sendiri". Sebaliknya pada peringkat awal lagi ibu bapa perlu bertanyakan keadaan anak masing-masing.

Bantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dengan memberikan kata-kata nasihat dan panduan berguna. Tetapi perlu diingatkan, jangan sesekali salahkan menantu dalam apa jua keadaan.
Sentuhan ibu bapa dalam keluarga anak-anak mereka boleh menjadikan hubungan suami isteri lebih murni.

Tetapi ia perlu dibezakan dengan bentuk campur tangan yang boleh meruntuhkan. Jangan sampai masalah yang timbul amat sedikit, tetapi dengan campur tangan ibu bapa, isu kecil menjadi besar.

Oleh sebab itu ibu bapa juga perlu ada niat yang baik apabila mengahwinkan anaknya di samping niat anak itu sendiri. Begitu juga, niat ibu bapa melepaskan anak perempuannya kepada suaminya juga mesti ikhlas, jangan ada udang di sebalik batu. Ramuan inilah yang menjadikan kehidupan anak dan menantu sentiasa ceria dan bahagia.

Ahmad Baei Jaafar

Kelantan bagi tanah kepada bekas perajurit

Posted: 04 Apr 2012 12:38 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 4 April: Para bekas perajurit negara yang berasal dari Kelantan akan mendapat durian runtuh tidak lama lagi apabila bakal diberikan 2 ekar tanah setiap seorang.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara ini, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi merangka mekanisma pelaksanaan keputusan ini.

Tempat tanah ini juga akan dikenalpasti tidak lama lagi, kata Datuk Mejar (B) Anizam Abd Rahman (gambar), Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Jawatankuasa khas mekanisma ini akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

"Kita akan meminta laporan dari Kementerian Pertahanan juga bagi mengenal pasti status bakal penerima,"ujarnya.

Menurutnya lagi, mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan seberapa segera yang mungkin.

Sambungnya, hadiah tanah untuk tentera diberikan oleh kerajaan negeri sebagai menghargai tugas mereka selama ini dalam menjaga keamanan negara sejak sekian lama.

Tegasnya yang diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu, ada di antara pesara tentera yang tidak berpencen akibat pencen awal, ada yang tidak berpendapatan tetap dan sebagainya.

Harakah Daily

Samun kakak ipar, polis cari wanita bantu siasatan

Posted: 04 Apr 2012 12:33 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

NIBONG TEBAL - Polis sedang mencari seorang wanita untuk membantu siasatan kes samun di rumah kakak iparnya di Taman Cempaka, Batu Kawan yang menyebabkan kerugian hampir RM125,000.

Wanita terbabit, Zarina Begum Sujaudeen, 32, dan seorang lelaki yang tidak dikenali dipercayai dapat menyelesaikan kejadian samun yang berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat, berkata, dalam kejadian berkenaan, seorang suspek wanita bersama seorang lelaki tidak dikenali telah ke rumah mangsa yang berusia 45 tahun untuk meminta pertolongan selepas mendakwa kereta mereka rosak.

"Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita terbabit telah menarik mangsa yang sedang tidur dan mengugut untuk mencederakannya sekiranya tidak memberi barangan berharga.

"Takut akan ugutan terbabit, mangsa telah menyerahkan dua telefon bimbit, sebentuk cincin, dua utas gelang, dua utas rantai emas di samping wang tunai RM2,500," katanya.

Shafien memberitahu, alamat terakhir Zarina Begum ialah No 181, Jalan Bendahara, Happy Garden, Ipoh Perak.

"Selain mengugut dan menyamun, wanita terbabit turut mencederakan mangsa dengan menggunakan pemutar skru. Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda CRV milik mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di dahi, kepala, tangan serta leher dan masih dirawat di Hospital Sungai Bakap.

"Semasa kejadian, ibu mangsa yang berusia 62 tahun turut berada di rumah dan sedang tidur., namun tidak diapa-apakan.

"Bagi membantu menyelesaikan kes ini, saya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali wanita berkenaan untuk tampil memberikan maklumat," katanya.

Sinar Harian

Pelepah pinang wajah manusia

Posted: 04 Apr 2012 12:30 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KLUANG - Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia.

Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.

Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit.

"Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya.

"Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.

Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia.

"Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu," katanya.

Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya.

"Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.

"Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu," katanya.

Sinar Harian

Gempa Bumi Sederhana Di Kepulauan Aru, Indonesia

Posted: 04 Apr 2012 12:30 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pukul 7.42 pagi Rabu di rantau kepulauan Aru, Indonesia, demikian menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu, dalam kenyataannya berkata, pusat gempa berkenaan terletak 617 km ke tenggara Sorong di Indonesia dan 2,043 km ke tenggara Semporna, di Sabah.

Tiada amaran tsunami dikesan, tambah kenyataan itu. - BERNAMA

Bekas eksekutif pecah amanah dijel 9 tahun

Posted: 04 Apr 2012 12:19 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Mendapat padah akibat pecah amanah, bekas eksekutif akaun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selain dikenakan lapan sebatan dan denda RM4.6 juta selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim, Mohd Nasir Nordin memerintahkan hukuman terbabit ke atas M Suresh, 41, selepas meneliti hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan ke atas 57 pertuduhan pecah amanah dalam tempoh setahun, sejak Disember 2007.

Berdasarkan fakta kes, Suresh berhadapan dengan 20 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah membabitkan sejumlah RM6,525,930 dan AS$435,000 milik sebuah syarikat kimpalan di Pasir Gudang, di sini.

Dia turut berhadapan dengan 20 pertuduhan lain di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama 467 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan 20 keping borang pindahan telegrafik melalui dua bank.

Suresh bertindak menggunakan wang milik syarikat kimpalan itu dan dipindahkan kepada empat akaun syarikat lain, membabitkan syarikat miliknya dan adiknya yang memegang jawatan sebagai pengarah.

Manakala, 17 lagi pertuduhan yang didakwa ke atas Suresh di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) kerana terlibat dalam penggubahan wang haram.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nuur Fakhizaa Abu Bakar, M Puveneswaran, Iskandar Shah Ibrahim dan Norasyikin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam V Stanilaslaus.

Sinar Harian

Tersembam dalam longkang

Posted: 04 Apr 2012 12:17 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang ­lelaki ditemui mati dalam ­keadaan kepalanya tersembam ke bawah dalam sebuah longkang berhampiran Balai Raya Taman Pengkalan Indah, Pengkalan, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mayat mangsa, M Ratana Kumar, 28, ditemui saudaranya, M Murugan, 30-an, yang ­menyedari motosikal dinaiki mangsa berada di tepi jalan sebelum terlihat kaki mangsa di longkang berkenaan.

Murugan berkata, dia ­terkejut apabila melihat ­sepasang kaki terjulur di atas tembok longkang sebelum melihat kepala mangsa ­terbenam dalam air longkang hingga paras leher.

"Saya cuba mengeluarkan mangsa dari dalam longkang sedalam kira-kira satu meter itu, namun tidak mampu dan segera memanggil seorang rakan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk membantu.

"Selepas mangsa berjaya dibawa naik, saya terus menghubungi Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk merawat mangsa yang mungkin lepas selepas kepalanya terbenam dalam air," katanya.

Menurutnya, mangsa yang masih bujang dikatakan ke Seremban, Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis perkah­winan pada sebelah pagi dan bercadang ke rumahnya.

"Sepatutnya kira-kira jam 3 petang mangsa ­datang ke ­rumah saya namun puas ­ditunggu kelibatnya ­masih tidak kelihatan," katanya, kelmarin.

Saksi yang juga penduduk, Ramli Majid, 32, berkata,­ sebelum itu mangsa dilihat sedang duduk di atas tembok sebelah kanan jalan sambil menundukkan kepala.

"Saya hanya biarkan ­sahaja sebelum keluar semula ­bersama isteri ke sebuah bengkel motosikal kira-kira 15 minit kemudian.

"Ketika keluar semula saya dapati mangsa sudah tiada lagi di tembok berkenaan dan ­menyangka dia sudah bergerak ke tempat lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin me­ngesahkan laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Taman Pengkalan Indah, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ­sebelum mayat mangsa ­dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk ­bedah siasat dan kes berkenaan diklasifika­sikan sebagai mati mengejut ," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis

Posted: 04 Apr 2012 12:15 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

- Bernama

Alex selar pemain Chelsea

Posted: 04 Apr 2012 12:14 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BEKAS pertahanan The Blues, Alex menyelar pemain Chelsea kerana mempunyai sikap ego yang terlalu tinggi.

Katanya, situasi itu menyebabkan moralnya jatuh setiap kali berada dalam bilik persalinan sebelum atau selepas perlawanan.

Alex kini beraksi buat Paris Saint Germain.

"Saya lebih tenang bersama PSG berbanding di Stamford Bridge.

"Di situ terlalu ramai nama besar dan masing-masing mempunyai ego yang tinggi," katanya.

Sinar Harian

Budak Magnet di Brazil

Posted: 04 Apr 2012 12:11 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Seorang budak lelaki di Brazil telah menghairankan doktor dengan memiliki dada yang seperti magnet. Tidak mengejutkan apabila Paolo David juga diberi nama samaran 'Budak Magnet'.

Paulo yang berusia11 tahun dikatakan telah mendapati kebolehan ganjil selepas bapanya meminta beliau untuk mengambil pisau dan garpu dan ianya tiba-tiba melekat pada dadanya.

Sejak itu anak muda ini dan keluarganya telah mendapat banyak keseronokan menggunakan gunting, sudu, duit syiling, telefon bimbit dan juga kuali melekat pada badan 'magnet'.

Doktor mengatakan mereka bingung dengan sifat-sifat magnet seorang anak lelaki muda dan tidak tahu apa yang menyebabkannya walaupun mereka seronok melekat clipboards mereka kepadanya. Doktor tidak berfikir bahawa kesihatan budak sekolah itu berisiko.

Portal Kami

Rampasan diesel bernilai RM3,000

Posted: 04 Apr 2012 12:09 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sebuah premis tidak bernombor yang dikesan menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM3,000, diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, di Seksyen 25, di sini, petang kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa PPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5.30 petang, selepas pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan haram premis itu daripada orang ramai.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di kawasan terbabit mendapati pintu pagar berkunci, selain terdapat anjing dalam premis.

Menurutnya, enam pegawai penguat kuasanya yang diketuai Najib Shaukrol Kiah bertindak mengetuk pagar premis dan memanggil pemiliknya, namun tiada maklum balas.

"Kita menunggu selama 15 minit, sebelum bertindak masuk melalui dinding pada bahagian tepi premis yang tidak ditutup hingga ke bawah.

"Pemeriksaan dalam premis menemui dua tong muatan 1,000 liter setiap satu yang berisi kira-kira 1,500 liter minyak disyaki diesel, empat tong kosong dan dua tong dram dan skid tangki kosong," katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.

Othman berkata, setelah hampir setengah jam pemeriksaan dibuat, datang seorang lelaki berusia 39 tahun mengaku pemilik premis serta mendakwa jalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu.

"Siasatan awal menunjukkan pemilik premis menggunakan modus operandi dengan mengutip minyak dari stesen minyak dalam kuantiti sedikit, sebelum dijual kepada pihak industri.

Beliau berkata, semua minyak disita untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sinar Harian

Mayat penyamun dalam kereta

Posted: 04 Apr 2012 12:05 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan individu yang ditemui mati dalam kereta Proton Waja di Tasik Titiwangsa, kelmarin adalah seorang daripada empat suspek yang terlibat dalam kejadian samun seorang bekas pegawai tentera di Kelana Jaya empat jam sebelum itu.

Suspek yang maut adalah warga Indonesia dikenali sebagai Ariyango, 44, ditemui terbaring di bahagian tempat duduk sebelah pemandu, dengan kesan kecederaan akibat ditembak satu das di bahagian abdomen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek terbabit ada kaitan dengan kes cubaan menyamun seorang bekas pegawai tentera yang dikatakan baru keluar bank kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Menurutnya, cubaan suspek bersama tiga lagi rakan senegara gagal, apabila mangsa terbabit yang memiliki pistol bertindak melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

"Suspek yang cedera terkena tembakan dipercayai melarikan diri bersama tiga rakannya dengan menaiki kereta Proton Waja itu.

"Bagaimanapun, mayat suspek ditemui ditinggalkan dalam kereta terbabit di kawasan parkir di Tasik Titiwangsa kira-kira jam 5 petang kelmarin," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku 'Scorpio On The Dragon's Demise', semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu dicuri, selain turut merampas parang, nombor pendaftaran kereta serta pasport yang ditemui dalam bonet kenderaan terbabit.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang penagih dadah, nyaris maut ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah tokong di kawasan Jinjang, Sentul, kelmarin.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12 tengah hari dan 1 petang itu, mangsa yang cedera parah dikatakan sempat menahan teksi dan meminta dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Chin Wah berkata, pihaknya belum terima maklumat lanjut berhubung kejadian, ekoran mangsa berusia 44 tahun itu masih menerima rawatan di hospital.

"Kita kena tunggu mangsa pulih, sebelum rekodkan percakapannya bagi dapatkan gambaran sebenar.

"Setakat ini, kita belum mengetahui motif sebenar kejadian, namun percaya mangsa mengenali individu yang menyerangnya," katanya.

Kata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa penyerang yang melepaskan tembakan adalah musuh mangsa, kerana semakan awal mendapati mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sinar Harian

Ditahan di pusat pemulihan

Posted: 04 Apr 2012 12:00 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KAMPUNG RAJA – Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 19 tahun, diperintah ditahan di rumah pemulihan akhlak selama enam bulan, apabila dia mengaku bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman itu apabila beliau berpuas hati dengan pengakuan salah dan rayuan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Manakala pasangan pelajar itu, seorang pemandu lori berusia 23 tahun pula, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Wira di bawah pokok rhu tepi pantai Benting Lintang dekat Tembila di sini pada jam 12.30 pagi, 1 Mac lalu bersama pasangannya yang tidak sah atau mahram.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu kerana kesala-han persediaan melakukan persetubuhan luar nikah, yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan pantai Benting Lintang pada tarikh tersebut.

Penguat kuasa mendapati kereta tertuduh dihujung jalan mati dan mendekati kereta itu dari arah belakang ke tepi pintu sebelah penumpang.

Didapati semua pintu dan tingkap tertutup rapat dengan enjin dan penghawa dingin dihidupkan, manakala keadaan ketika itu sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Dengan menggunakan lampu suluh ke dalam kereta , penguat kuasa mendapati, kedua-dua tertuduh dalam keadaan separuh bogel menutup kemaluan masing-masing dengan tangan.

Nik Mohd Shahril Irwan berkata, penguat kuasa mendapati di bahagian kerusi hadapan terdapat seluar dan seluar dalam milik mereka.

Sementara itu beberapa barang kes milik kedua-dua tertuduh seperti seluar dalam milik lelaki dan perempuan, seluar jeans, sukan (track) dibawa ke mahkamah untuk pengesahan tertuduh.

Pelajar perempuan tersebut beralamat di Kampung Lak Lok, Jertih manakala pasangannya dari Kubang Ikan, dekat Kampung Raja.

Mohd Nazri menegur sikap keterlaluan pasangan malah kecewa apabila tertuduh lelaki memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan pelajar kolej itu.

Sinar Harian

Pemerasan: Warga emas bersama anak didakwa

Posted: 03 Apr 2012 11:52 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU- Seorang warga emas bersama anaknya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin setelah didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang pelajar tingkatan tiga pada 26 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Noor Sulong, 57 dan anaknya Muhamad Azlan, 20, didakwa dengan niat jahat melakukan pemerasan terhadap pelajar terbabit dengan cara paksaan mengambil motosikal Suzuki mangsa kira-kira jam 4 petang di Wakaf Mek Zainab.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan kedua-dua beranak tersebut yang memakai baju lokap oren mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Hafis Mohd Noor.

Bagi kesalahan itu, bapa dan anaknya itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding tersebut, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah menawarkan ikat jamin RM3,500 terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kemudiannya kedua-dua tertuduh meminta jasa baik mahkamah supaya wang tawaran jaminan berkenaan dikurangkan dan Mohd Hafiz menetapkan bayaran RM3,000 untuk setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sinar Harian

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 10:36 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pasir Panjang mencadangkan bahawa dia mencadangkan kepada syarikat dari brazil supaya memilih tanjung hantu. kerana ia tidak menggangu alam sekitar.

Dia menafikan dia meluluskan kepada syarikat brazil itu dan menyatakan banyak syarat-syarat yang diberikan. Penafian itu sekaligus menafikan surat yang didedahkan oleh MB Zambry .

Beliau juga memihta pihak kerajaan BN supaya mendedahkan segala dokumen dan syarat perjanjian yang telah ditantangani. Beliau juga meminta supaya didedahkan siapakah pemegang saham syarikat yang terlibat dalam projek tersebut.

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 10:25 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pasir Panjang juga mempersoalkan tindakan Sungai Rapat yang mengadakan ceramah pada masa yang sama dengan ceramah yang terlebih dahulu mendapat permit .Tindakan Sungai Rapat tersebut yang didedahkan oleh pasir panjang menggamatkan dewan.

YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 10:12 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pasir Panjang menegaskan bahawa kerajaan perak dibawah pakatan rakyat pada masa akan datang supaya meringankan beban pelajar-pelajar di perak dengan membantu peminjam PTPTN. malah katanya di peringkat pusat kita menjanjikan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Beliau mempersoalkan mengenai tanah milik KAFA yang telah dijual kepada sebuah syarikat, sedangkan sebelum itu tanah itu pernah ditawarkan kepada sebuah sekolah tamil. Beliau memohon penjelasan adakah benar isu tersebut.

DS Nizar juga mempersoalkan mengenai kos yang dibelanjakan membiayai lawatan Najib dan Rosmah dalam beberapa siri lawatan dinegeri Perak adakah ditanggung oleh kerajaan negeri atau pusat.

keadaan dewan kecoh apabila DS Nizar bertanyakan persoalan adakah benar AC Mizal sebagai duta pelancongan dibayar dengan rm 150,000 lalau dibantah oleh Sungai Rapat.

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 09:56 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Ketua pembangkang, DS Nizar Jamaluddin sekarang sedang menyampaikan ucapan perbahasan dengan memulai dengan mengucapkan takziah ke atas kemangkatan Raja Kecil Sulong.

DS Nizar menyentuh mengenai titah ucapan dari DYMM pemangku Raja Perak yang menyentuh persoalan kesucian agama islam. Katanya tidak ada dokumen dalam Bn sedangkan dalam dalam Pakatan Rakyat telah ditandatangani dalam buku jingga.

Demikian juga beliau mempersoalkan mengenai sikap presiden MCA yang mempersendakan hukum Islam dan tidak ditegur oleh pemimpin UMNO.

DS nizar juga tidak mahu melihat termasuk di perak ada orang yang bercakap dengan bersikap rasisi kepada sesuatu pihak termasuk sungai rapat sebelum ini yang menyentuh tentang orang india yang dihina dalam dewan satu masa dulu.

YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Ikan Pelik Kepala Raksasa Terdampar di Pantai

Posted: 03 Apr 2012 09:00 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Seekor ikan pelik lagi sangat luar biasa, yang berupa sangat ganas telah dijumpai terdampar keletihan dan mati di persisiran pantai di Sepanyol.

Ikan yang mempunyai gigi taring yang tajam itu telah membuatkan semua penduduk gempar dan takut untuk mendekatinya. Tetapi ada juga seorang lelaki yang berani datang kepada ikan tersebut, mengangkatnya dan mengambil gambar ikan pelik itu.

P/S: Bumi mempunyai 70% lautan dan 30% daratan. Tambahan lagi, isipadu lautan lagi besar dari daratan. Memang tak ada apa yang mustahil. Allah punya kuasa. Banyak yang kita tak ketahui tentang alam ini. Wallahualam.

Portal Kami

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 08:41 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Selepas MB menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas titah ucapan Duli yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak dan mendapat sokongan dari Pengkalan Hulu lalu speaker membuka sidang dengan sesi perbahasan.

Setiap pembahas diumumkan diberikan masa selama 15 minit dan menjawab soalan dari Setiawan, speaker menjelaskan sidang akan berlanjutan sehingga hari isnin akan datang.

Pengkalan Hulu mendahului perbahasan mewakili pihak kerajaan.

YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Salam Perjuangan

Posted: 03 Apr 2012 11:36 PM PDT

Salam Perjuangan


RESPON UTK NAJIB - 'PEMANDU YANG BAHAYA MESTI DITUKAR'

Posted: 03 Apr 2012 12:56 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433 H | 4 April 2012

Aspan Alias

PM Najib berkata: "Jangan tukar pemandu di pertengahan jalan!" Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya akan datang kerana itu adalah tindakan merbahaya.

Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver). Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak membahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban ke dalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.

Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin dia merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu. Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu.

Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin membahayakan penumpang. Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.

Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, 'toll-gate' dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelimpangan di tepi lebuhraya. Sebabnya pemandu yang keletihan dan tidak ditukar.

Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat 'duit luar' dengan menjual 'spare tyre' serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan di jual kepada orang luar.

Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat 'maintenance' yang lebih baik.Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu.

Jika pemandu sekarang masih memandu maka 'premium' insurannya akan terlalu mahal kerana 'loading' kepada premiumnya terlalu tinggi, 'loading' kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu.

UNDI PAS MASUK SYURGA - 'UMNO DENDANG LAGU LAMA, DIBERI NAFAS BARU'

Posted: 03 Apr 2012 07:27 AM PDT

11 Jamadil Awal 1433 H | 3 April 2012
3 APRIL — Sejak lebih 30 tahun apabila kerajaan dan pimpinan Umno dianggap rasuah, pemimpin Umno tidak menafikannya tetapi mengalihkan anggapan itu dengan berkata, rasuah paling teruk ialah parti politik yang menjanjikan syurga kepada pengundi yang mengundinya.

Ia diulang-ulang hingga hari ini oleh penyokong-penyokong Umno.

Dengan berkata begitu, Umno tidak kata ia tidak rasuah, tetapi menyindir ada yang lebih rasuah iaitu parti yang dikatakannya menjanjikan syurga kepada penyokongnya dan sesiapa yang mengundinya.

Tentulah yang disindirnya itu PAS kerana di negara ini PAS saja yang bercakap tentang pahala dan dosa dalam politik.

Politik itu ada jenayahnya. Hosni Mubarak dan Gaddafi adalah orang yang dituduh melakukan jenayah politik, tetapi tidak ada orang mengatakan politik mereka itu berdosa. Kalau pun dikata berdosa dan derhaka, mereka berdosa kepada rakyat dan derhaka kepada negara.

Tiada yang mengatakan mereka berdosa kepada Allah dan derhaka kepada Allah. Tetapi pemimpin PAS Tok Guru Nik Aziz berkata, politik seperti itu tidak sekadar berdosa kepada rakyat dan negara tetapi berdosa juga kepada Allah.

Chua Jui Meng, ketua PKR Johor berkata dalam Wacana Sinar, "PAS kata, rasuah berdosa." Berdosa itu adalah pada sisi Allah.

Orang yang berdosa masuk neraka kecuali taubatnya diterima.

Rasuah itu adalah kejadian yang boleh berlaku dalam politik. Politik macam itu berdosa. Banyak lagi perbuatan poliltik yang berdosa.

Politik yang boleh berdosa itu adalah politik itu tidak dijadikan ibadat. Orang Islam mesti menjadikan politiknya sebagai ibadat. Ketika memula solat dia berikrar dalam doa Iftitah bahawa solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Tuhan semesta alam.

Maksud hidupku ialah segala kegiatan selepas lahir hinggalah mati. Antara kegiatan hidup itu ialah sekolah, kerja, kahwin, berniaga dan berpolitik. Maka mestilah politiknya politik ibadat.

Oleh kerana politik PAS itu politik Islam, maka politiknya adalah ibadat. Apa jua kegiatan politiknya jika diterima Allah sebagai amal soleh secaya mendapat pahala. Dengan pahala itulah semua masuk syurga.

Pahala itu bukan PAS yang menjanjikannya dan bukan PAS yang memberinya. Allah yang menjanjikan pahala dan syurga bagi yang beramal soleh. Apabila pilihanraya, mengundi dan kempen menjadi ibadat, maka terhindarlah ia dari maksiat, menipu undi, membeli undi, undi hantu dan sebagainya.

Tapi kalau niat tidak betul mengundi calon parti Islam pun tidak dapat pahala seperti banyak orang solat masuk neraka kerana solatnya lagho. Solat itu adalah jalan ke syurga, tetapi kalau solatnya lagho, dia tidak dapat pahala.

Demikian juga politik. Politik yang menjadi jalan ke syurga ialah politik yang diredha Allah. Politik yang diredhai itu ialah yang menjadikan politik itu ibadat. Barang siapa yang berada dalam politik ibadat itu dapatlah dia pahala.

PAS tidak memandai-mandai menjanjikan syurga kepada sesiapa, tetapi PAS sampaikan apa suruh sampaikan melalui al-Quran dan Sunnah NabiNya. Neraka dan syurga itu Allah yang punya. Dia saja yang menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.

Apa yang dikatakanNya boleh masuk syurga, itu yang PAS kata. Dan apa pula yang menyebabkan masuk neraka, maka itulah PAS kata. Allah saja yang berhak berkata begitu dan menjanjikan begitu. PAS adalah sebagai pendakwah menyampaikan apa yang Allah janji.

Maka apa yang PAS sampaikan itulah dikatakan oleh Umno, PAS menjanjikan rasuah syurga kepada penyokongnya dan sekalian yang mengundinya. PAS tidak mendakwa begitu. Umno yang kata PAS kata begitu.

Sejak lebih 30 tahun dulu tak habis-habis Umno kata, PAS kata undi PAS masuk syurga. - themalaysianinsider

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 03 Apr 2012 09:20 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


Ayuh tukar segera pemandu yang mabuk itu

Posted: 03 Apr 2012 12:41 AM PDT





Sumber : Harakahdaily
http://alhusseyn51.blogspot.com/,03 Apr 2012
Memandu dalam keadaan mabuk adalah merbahaya dan merupakan satu kesalahan undang-undang jalan raya. Jangan tanya saya seksyen mana. Saya bukan pakar undang-undang. Tapi begitulah sekolah memandu bagi tau kita orang dulu.

Ada dua jenis mabuk yang sangat merbahaya bila memandu. Satu mabuk alkohol dan satu lagi mabuk kuasa dijalan raya.

Mabuk kuasa di jalan raya merupakan pemandu yang berlagak samseng. Apa pun dia tidak kira!

Asyik mahu memotong kenderaan di hadapannya walau pun di selekoh maupun di double line.Lampu merah pun tidak diendahkannya – polis trafik takut nak saman kerana sikap sombong dan samsengnya!

Pemandu jenis ini akan marah kalau kereta lain mahu memotongnya!

Jangan bahayakan diri kita dengan jenis pemandu yang mabuk alkoholik atau mabuk kuasa macam ini!

"Bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, negara memerlukan 'pemandu' yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat." Demikian kata Perdana Menteri Najib di sini 

Oleh itu, janganlah kita biarkan pemandu yang mabuk memandu kenderaan. Bagi memastikan kita selamat, kita perlu tukar pemandu yang mabuk itu serta merta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan