Ahad, 25 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Mar 2012 03:39 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Geran Selangorku Lulus 20 Projek Pembangunan

Posted: 24 Mar 2012 05:38 AM PDT

SHAH ALAM 23 MAC : Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan 20 projek pembangunan insfrastruktur serata Selangor dengan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama.

Projek yang diluluskan ini antaranya bertujuan untuk menurap semula jalan dan membaiki jalan termasuk pemasangan lampu jalan dan pembinaan longkang di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang, dan Kuala Langat.
Menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek insfrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek insfrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.
Geran Selangorku memperuntukkan RM50 juta untuk projek insfrastruktur daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM300 juta.

Salam Perjuangan

Posted: 24 Mar 2012 11:41 PM PDT

Salam Perjuangan


FAHAMI PERBEZAAN YAHUDI DAN ZIONIS

Posted: 24 Mar 2012 09:57 PM PDT

2 Jamadil Awal 1433 H | 25 March 2012
Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Datuk Seri Presiden PAS bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam. Beliau menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana Baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah, kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestine dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam.

Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel. Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestine.

Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel.

DPP PADANG TERAP

Posted: 24 Mar 2012 09:07 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Sekitar Majlis Ceramah Bersama CheguBard di Kg Kubang Kenyeng

Posted: 23 Mar 2012 11:31 PM PDT








PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Mar 2012 07:24 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Media Massa Perlu Berani Menyampaikan Suara Rakyat

Posted: 24 Mar 2012 09:52 AM PDT

PAS Sarawak Hargai Peranan Media Tempatan

Pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak telah menerima panggilan dari pihak SPR Sarawak di Kuching yang mengatakan mereka akan menjelaskan bayaran cagaran poster calon yang tertangguh setelah membaca kenyataan PAS Sarawak yang keluar dalam media tempatan baru-baru ini.

PAS Sarawak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SPR Sarawak atas kerjasama dan tindakan pantas mereka membalas kenyataan yang pihak kami keluarkan dalam media baru-baru ini.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak media tempatan yang memberi ruang dan kerjasama yang baik dengan laporan yang kami keluarkan selama ini.

Apa yang kami laporkan adalah berdasarkan aduan orang ramai dan masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib untuk diambil tindakan segera.

Kita akan sentiasa memberi kerjasama dengan semua pihak dan akan memberi cadangan yang membina untuk kebaikan semua. Harap pihak berwajib juga sedia menerima teguran dan cadangan yang kami kemukakan dengan hati terbuka agar tidak timbul salah faham yang boleh menyebabkan hubungan tegang antara pihak pemerintah dengan rakyat.

Begitu juga dengan peranan pihak media agar sentiasa melapor kebenaran tanpa ada tokok tambah atau memutarbelitkan kenyataan yang boleh mencetuskan kemarahan kepada pihak tertentu.

Kerjasama dengan semua pihak amat kami hargai demi kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

Mudah-mudahan dengan kerjasama yang baik begini akan mengeratkan hubungan baik antara pihak yang berwajib dengan rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, SARAWAK

English version

PAS Sarawak Appreciated the Role of Local Media

The State PAS liaison has received a call from the EC Sarawak in Kuching who say they will pay the outstanding candidate collateral poster after reading the statement of PAS Sarawak that came out in the local media recently.

Sarawak PAS would like to express gratitude to the EC Sarawak for their cooperation and quick action they responded to the statement we released in the media recently.

We also wish to thank the local media give space and good cooperation with the reports we have issued over the years.

What we report is based on public complaints and community problems that need to be addressed by the authorities to take immediate action.

We will cooperate with all parties and will provide constructive suggestions for the good of all. Hope that the authorities also accept any suggestions that we provide with an open heart so that no misunderstandings arise which may cause strained relations between the government and the people.

Similarly the role of the media to constantly reported the truth without any exaggeration or distorted statements that could trigger anger to a certain party.

The cooperation with all parties is appreciated for the good of all regardless of race, religion and political belief.

Hopefully with this good cooperation will foster good relations between the authorities and the people.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Mar 2012 07:20 PM PDT

Rembau Hari Ini


Tebing runtuh hampiri rumah

Posted: 23 Mar 2012 10:02 PM PDT


Tebing runtuh hampiri rumah

23 Mac 2012

SENAWANG - Rata-rata penduduk di Taman Jasmin, resah apabila kawasan tebing berdekatan kediaman mereka mulai runtuh dan hampiri rumah sejak enam bulan lalu.

Wakil penduduk, Zulkafli Ahmad, 50, berkata, runtuhan itu berpunca daripada kolam takungan air di taman berkenaan yang tidak diselenggarakan.

Menurutnya, kolam takungan itu dibina bagi mengalirkan air buangan yang digunakan penduduk, namun sudah dipenuhi rumput.

"Kolam ini tidak diselenggarakan sejak dua tahun lalu. Dahulu ada kerja-kerja pembersihan dijalankan dan penduduk juga pernah mengadakan gotong-royong bagi membersihkannya.

"Air dari kolam takungan ini mengalir ke kawasan tebing sekali gus menyebabkannya terhakis. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan, ia akan membahayakan keselamatan kami khususnya kanak-kanak," katanya.

Zulkafli berkata, perkara itu sudah diadukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, namun penduduk dimaklumkan bahawa perkara tersebut di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan kontraktor yang terlibat membina taman perumahan itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Amirudin Ghazali, 42, berkata, kolam takungan sedia ada perlu diselenggarakan agar arah aliran air tidak terus mengalir ke kawasan tebing.

"Jika aliran air terus mengalir, runtuhan ini akan semakin besar dan merebak ke kawasan berhampiran rumah penduduk," katanya.

Katanya, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera tanpa menunggu sesuatu yang buruk berlaku.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tebing-runtuh-hampiri-rumah-1.34603

PAS KOTA TINGGI

Posted: 24 Mar 2012 01:32 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Posted: 24 Mar 2012 12:35 AM PDT



Salam alaik. Jangan ketinggalan mengikuti siri ceramah umum PAS Kawasan Kota Tinggi. Sebarkan pada rakan-rakan anda. Terima kasih.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 24 Mar 2012 09:49 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kejohanan Sepaktakraw PAS Ganti Umno antara Regu Tertutup Dungun 2012

Posted: 23 Mar 2012 11:35 AM PDT

Ucapan perasmian Kejohanan Sepaktakraw PAS Ganti Umno antara Regu Tertutup Dungun 2012 oleh Ustaz Shaikh Hanafi Abd Aziz (Ketua Pemuda PAS Dungun) di Dewan MSN Dungun, Terengganu pada 23 Mac 2012.

Anjuran : DACS Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun

Jasindaily Online

Posted: 24 Mar 2012 09:19 AM PDT

Jasindaily Online


Lawatan Haji Mohamad Sabu ke Batang Melaka

Posted: 24 Mar 2012 07:47 AM PDT

Bersama Kepimpinan PAS Batang Melaka dan Jasin 

 Tuan Haji Mohamad Sabu menyampaikan ucapan ringkas 






Jaguh Bina Badan Bakar Piala

Posted: 24 Mar 2012 03:44 AM PDT

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan.Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam.

Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama.Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan

Alahai Najib Al-Wasatiyah

Posted: 24 Mar 2012 03:39 AM PDT

Belanja atau kos sambutan hari jadi Perdana Menteri Malaysia Datuk seri Haji Muhd Najib Razak pada 24 Julai di Seri Perdana berjumlah RM79,053. (ringgit Malaysia; tujuh puluh ribu lima puluh tiga sahaja). Inilah dikatakan WASITIYYAH ALA NAJIB YANG PENUH DENGAN PEMBAZIRAN DAN KEMEWAHAN.

Majlis itu menyajikan 47 hidangan istimewa termasuk DAGING PANGGANG yang diimport dari New Zealand, termasuk makanan Jepun dan Barat. Purata atau pecahan perbelanja hari jadi Najib Razak seperti berikut:-
  • Buffet untuk 100 tetamu RM20,700
  • Band Syed Sobri RM7,738
  • Band Batak RM5,300.
  • Minuman 5 gelen (ARAK?) RM795
  • Gubahan Bunga RM31,800

Cas pengendalian RM12,720.

(untuk bacaan yang lebih detial sila rujuk kepada SUARA KEADILAN BERTARIKH 20.3.2012).

Banyak sungguh pitis (wang/duit) Najib Razak sambut hari jadi belanja RM80,000 dan belanja majlis bertunang anak Najib Razak mencecah RM400,00.

Kita nak tanya Najib Razak siapa yang membayar bil bil hari jadi dan majlis bertunang tersebut?. Mengikut sumber dari pengarah Stategi Keadilan Sdr. Rafizi Ramli semuanya dibayar oleh kerajaan Malaysia.
Jika tidak dibayar oleh kerajaan Malaysia betullah Najib Razak telah simpan pitis sejak menjadi YB lagi atau sejak bayu lagi.
Namun semuanya dibuat atau "BANGQUET or Order (BEO) DIBUAT OLEH PEJABAT PERDANA MENTERI WALAUPUN IANYA MAJLIS PERIBADI NAJIB RAZAK.

Sehingga sekarang Najib Razak hanya menafikan tidak ada bukti yang menyokong penafian Najib Razak . Rakyat hanya dapat (one off) RM500 dalam tempuh 56 tahun merdeka. Tapi pemimpin UMNO dan kroninya dapat diut rasuah puluhan juta. Memang UMNO jahat dari dulu kini dan selamanya

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Mar 2012 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sham Kamikaze di Gemencheh, N.Sembilan 5 Apr 2012

Posted: 23 Mar 2012 09:11 PM PDT


PROGRAM SANTAI

Bersama Sham KAMIKAZE

Tarikh : 5 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Bidin Kraf, No 105, Peringkat 4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan

Hubungi ; Nor Iskandar 019-2223231 , Isa 019-2169249

Ceramah dan Dialog DUN Gemencheh 3 Apr 2012

Posted: 23 Mar 2012 09:10 PM PDT


CERAMAH DAN DIALOG ISU SAHAM FELDA

Tempat Dialog : Bilik Gerakan PAS, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 5 ptg

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim


Tempat Ceramah : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 8 mlm

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim


KHIDMAT MERU

Posted: 24 Mar 2012 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


KARNIVAL PEMUDA MASJID MERU

Posted: 24 Mar 2012 12:28 AM PDT




















Masjid As Syariff Meru melalui Biro Pemudanya telah berjaya menganjurkan Karnival Pemuda Masjid yang dijalankan dari pagi sehinggalah selepas solat Isyak.


Berbagai program untuk pemuda dan pemudi termasuk peraduan menembak, timbang bola takraw, ping pong, bowling buah kelapa, motor bikers dan peraduan mewarna serta mengubah bunga telah diadakan.


Jabatan Bomba, Polis, Maritim dan Lembaga Zakat telah mengambil bahagian dalam booth-booth pameran-pameran yang disediakan.


YB Dr Rani yang merasmikan program Karnival Pemuda Masjid tersebut berharap agar program tersebut dapat mendekatkan lagi pemuda dan pemudi kepada masjid dan merapatkan lagi hubungan rakyat dengan pimpinan masyarakat.


















ROMBONGAN MUSLIMAT DARI PULAU PINANG

Posted: 23 Mar 2012 04:54 PM PDT




















Seramai 45 0rang rombongan Muslimat dari Pulau Pinang telah berkunjung ke Meru untuk melihat dengan mata kepala mereka sendiri apakah yang diperolehi oleh rakyat Selangor hasil dari Program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang selalu diperkatakan oleh pimpinan PR dalam ceramah-ceramah mereka.


Kebetulan kedatangan mereka di Meru bertepatan dengan Program Jom Shopping yang diperuntukkan bagi warga emas di Negeri Selangor.


Rombongan muslimat dari Pulau Pinang itu melahirkan rasa gembira mereka apabila melihat sendiri dan mendapati dalam wawancara mereka bersama warga-warga emas tersebut bahawa mereka mereka berterima kasih dengan langkah-langkah baru yang diambil oleh pimpinan baru di Negeri Selangor yang sebenarnya beretika dan telus dalam mengembalikan wang negeri kepada rakyat yang betul-betuk memerlukannya.


















SIDANG DUN PENGGAL KELIMA

Posted: 23 Mar 2012 01:42 PM PDT



















Mesyuarat Pertama Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor Yang Ke Dua Belas telah bermula pada 19 Mac dan dijangka berakhir pada 30 hb Mac 2012.


Dalam mambahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor, pihak ADUN Pakatan Rakyat ramai yang dilihat jauh lebih matang dan berintegrasi dari pihak pembangkang.


Dengan kelengkapan fakta dan berhemah serta berakhlaq pimpinan PR dapat melemahkan dan mematahkan berbagai jenis tohmahan dan tuduhan pihak pembangkang yang dilemparkan secara tidak bermoral dan memalukan.


YAB Tan Sri Menteri Besar dilihat sebagai pemimpin yang banyak bersabar beretika dalam ucapan-ucapan balas beliau.


Pihak pembangkang yang ketika berucap berapi-api namun dilihat cukup tersepit dan memalukan apabila lebih banyak ponteng mesyuarat dari menghadirinya.



















Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 24 Mar 2012 07:29 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERTANDINGAN CABAR '12 : HADIR MEMERIAHKANNYA !

Posted: 24 Mar 2012 07:19 AM PDT

NASIB AWANG IMPORT YOP !

Posted: 24 Mar 2012 06:39 AM PDT

KRISIS AFGHAN : KEKEJAMAN TENTERA SETAN !

Posted: 24 Mar 2012 06:29 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 24 Mar 2012 07:07 AM PDT

mtdchenderoh


KEBANGGAAN PENGUNDI BN DI PADANG RENGAS

Posted: 23 Mar 2012 07:08 AM PDT

 Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV. Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 24 Mar 2012 03:43 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Mengapa saya memilih PAS : Abdullah Ali

Posted: 23 Mar 2012 05:47 PM PDT

Sena Rendang : Susuk tubuhnya masih kelihatan tegap, disamping wajahnya yang masih kacak walaupun sudah berusia 57 tahun dan tetap petah berbicara dalam loghat Terengganu.

Satu ketika dahulu di era 70 an dan awal 80 an, dengan stokinnya yang meleleh ke buku lali, serta tendangan "inswinger"nya yang terkenal itu, beliau tangkas berlari ke sana ke mari mengejar bola yang menjadikannya hebat di padang.

Pernah membantu pasukan Terengganu melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Malaysia tahun 1982 tetapi tewas 1-2 kepada Selangor.

Itulah Abdullah Ali, bekas pemain bolasepak Terengganu, Selangor dan juga kebangsaan, anak kelahiran Kampung Wakaf Kedondong, Bukit Payong.

Walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman, namun masih banyak lagi kenangan yang beliau ingati apabila berbicara tentang kisah silam kehidupannya di Bukit Payong semalam bersama penduduk di situ.

Pada majlis minum petang dan ramah mesra bersama Abdullah Ali semalam di Kampung Sena Rendang itu, beliau telah meluangkan masa kira-kira sejam setengah berucap dan berdailog dan menjamu selera bersama penduduk sekitar.

Dalam ucapannya beliau antara lain menjelaskan bahawa Umno memang tidak suka rakyat cerdik dan bermaklumat.

"Umno suka kalu rakyat dok (tidak) cerdik sebab dia boleh tipu dan kekal memerintah.

Kalau rakyat bermaklumat,payohlah (payah) dia nok (nak) tipu," kata beliau.

Pengurus sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji itu turut menyeru pemuda-pemuda Bukit Payong agar melakukan kerja-kerja dengan bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan kepada PAS dalam pihanraya akan datang.

Antaranya seperti memujuk orang-orang tua mereka dengan memberi maklumat tentang penyelewengan Umno,kerana orang-orang tua ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka telah, sedang dan akan ditipu oleh Umno.

Ditanya dalam temubual selepas majlis apakah yang mendorong beliau menyokong PAS, beliau memberitahu antara sebab utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan itu ialah isu penyelewengan National Feedlot Coperation (NFC).

Baginya isu itu telah menyerlahkan kejahatan Umno menipu duit rakyat.

"Dalam isu ini saya melihat Umno begitu rakus dengan mengambil duit rakyat.

Saya nampak Umno buat ikut suka dia saja untuk mengambil duit rakyat.

Dibawah pemerintahan Umno, duit rakyat tidak dijaga dengan baik dan amanah," tegas beliau lagi.

Dalam majlis yang turut disertai oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah itu juga telah diadakan acara penyerahan sumbangan bola yang ditandatangani oleh Haji Abdullah kepada pasukan Pemuda Sena Rendang.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang penduduk sekitar itu, diakhiri dengan solat asar berjemaah di Surau Sena Rendang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan