Isnin, 12 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Jabatan Amal Malaysia DPPP

Posted: 12 Mar 2012 03:20 AM PDT

Jabatan Amal Malaysia DPPP


Muslimat Ampang rayu bantuan tenaga segera

Posted: 10 Mar 2012 10:34 PM PST

AMPANG, 11 Mac: Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang, Rohaina Ahmad merayu kepada seluruh Ketua-ketua Muslimat, Pemuda, Ulama, Unit Amal, Nisa', Briged Amal mengarahkan ahli mereka menghulurkan bantuan tenaga segera bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Lembah Jaya Utara. 

Beliau berkata, bantuan tenaga amat diperlukan memandangkan semua rumah di Kampung Seputeh, Lembah Jaya Utara penuh lumpur yang perlu dibersihkan segera sebelum lumpur tersebut kering.

"Kami juga memohon dan merayu sangat tenaga Nisa' dan Muslimat Kawasan-kawasan datang untuk membantu membasuh pinggan mangkuk di rumah-rumah mangsa," katanya.

Paling penting, tambahnya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti memberi bantuan air tanpa putus dan disemua lorong, bukan meletakkan air di hadapan lorong sahaja.


Katanya, lumpur dan pinggan mangkuk yang penuh berlumpur perlu dibersihkan segera jika tiada air apa yang boleh dilakukan oleh mangsa banjir dan tenaga sukarelawan yang hendak membantu.

Menurut beliau, ada mangsa banjir yang berusaha mendapatkan air daripada bukit dengan menggunakan baldi dan tong.



"Saya juga mohon bantuan segera dan setiap masa MPAJ seperti jengkaut, lori dan apa sahaja untuk mengangkut sampah-sampah dan perabot yang telah rosak," katanya.

Beliau bersama ahli muslimat, PAS Kawasan dan jentera Pusat Khidmat Masyarakat bekerja 24 jam dan hanya tidur tidak lebih dua jam di penempatan mangsa banjir di Desa Permai, Lembah Jaya Utara.

Katanya, Muslimat Ampang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Selangor, Maryam Abd Rashid bersama AJKnya dan exco Selangor, YB Rodziah Ismail yang turun segera pusat Penempatan Sementara.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan wang, pakaian dan makanan daripada Lajnah Kebajikan PAS Pusat; Adun Hulu Kelang, YB Shari Sungib menghantar muslimat memberi barang dan duit.

"Bantuan diterima daripada Islamic Relief Malaysia iaitu nasi 500 bungkus setiap malam; Ikram bantuan tenaga; unit Amal dari Kota Raja; Kelana Jaya; Pandan dan Ampang serta Lajnah Pemerkasaan Parti yang memberi sumbangan duit," katanya.

Bantuan segera terutama daripada tenaga amat diperlukan dan hubungi Hajah Rohaina 013-3407441.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Mar 2012 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mati peluk cucu

Posted: 12 Mar 2012 01:00 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR : Seorang datuk dan cucunya mati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki, dirempuh dari belakang oleh sebuah MPV lain dalam kemalangan di kilometer 181.5 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, MPV dinaiki mangsa dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana pemandunya dikatakan mahu membuat panggilan telefon.

Mangsa Tang Ah Tee, 65, dan cucunya Tan Tei Yee, 13, yang duduk di belakang Toyota Estima itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Kemalangan itu itu turut menyebabkan 10 lagi cedera, termasuk pemandu dan penumpang Toyota Alphard.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata pemandu MPV itu, Tan Bee Ling, 39, memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon apabila dirempuh sebuah MPV Toyota Alphard dari belakang.

"Kedua-dua MPV berkenaan datang dari arah Selatan dan akibat kemalangan itu, Toyota Alphard serta Toyota Estima melintang di tengah jalan akibat rempuhan kuat itu," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian Toyota Estima berkenaan dinaiki satu keluarga dalam perjalanan dari Pontian, Johor, dipercayai mahu bercuti ke Pulau Pinang manakala Toyota Alphard dari Kuala Lumpur.

"Penumpang Toyota Alphard, Wan Azizah Husin, 62, dipercayai duduk di sebelah pemandu parah di kaki dan dihantar ke Hospital Parit Buntar (HPB) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Pemandunya, Mohsin Amran, 34, isterinya, Wan Fatah Ileyah Ramli, 32 serta tiga anaknya, Nur Isa Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5, dan Mohd Evan Mizari, setahun, cedera ringan," katanya.

Menurut Fauzi, Tan Ling bersama empat penumpangnya iaitu Tan Bok Tack, 31, Tan Yeok Leng, 30, Tan Foh Siong, 36 dan Tan Bee Ling, 39, hanya cedera ringan dan dimasukkan ke HPB untuk rawatan.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian.

metro/-

Melayu belum sedar MCA bodohkan Umno?

Posted: 12 Mar 2012 12:53 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Di mana-mana pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA. Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS boleh kuasai Dap?"

Selalunya, kata-kata ini lahir dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.

Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai MCA itu?

Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah MCA akan didiamkan.

Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi Umno adalah kekuatan paling tinggi!

Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.

Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.

Soal sama ada benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu di kala susah walaupun parti itu korup.

Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.

Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat, setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS kuasai Dap atau sebaliknya?"

Rakyat mahu tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan dengan debat itu.

Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan Eng.

Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?"

Nampaknya, dalam pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.

Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Lim tidak berkata bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap. Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini tidak menyekat agama lain juga.

Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir. Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini, manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.

harakahdaily/-

Ceramah Anwar terus diganggu

Posted: 12 Mar 2012 12:50 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Siri jelajah dan ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diganggu malam tadi walaupun tidak ada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Kali ini, penceramah BN yang juga mengadakan ceramah mereka di lokasi yang sama hanya sekadar menjadi pengacau dan mencetuskan provokasi semata-mata.

anwar ceramah at melakaDua lokasi tumpuan semalam adalah di dalam kawasan Parlimen Bukit Katil yang dijalankan di Solok Baroh, Kampung Pasir Puteh, Bachang dan lokasi kedua di Parlimen Jasin iaitu di Kampung Sebatu Sungai Rambai.

Namun, sesi ceramah umpama keadaan di pasar borong apabila pentas kedua-dua pihak iaitu Pakatan Rakyat dan BN yang dipelopori beberapa pemimpin setempat dari Umno cuma dipisahkan dalam jarak kurang 30 meter sahaja.

Perang pembesar suara berlaku apabila masing-masing melontarkan hujah bagi meraih sokongan dan keyakinan penyokong tidak sampai 2,000 orang itu.

Kata-kata kesat

Penceramah Umno yang dilihat banyak menggunakan kata-kata kesat dan tidak profesional itu lebih menyentuh soal isu peribadi Datuk Seri Anwar.

anwar ceramah at melakaKeadaan itu menimbulkan suasana hangat di kalangan hadirin namun mujur kehadiran ratusan anggota polis yang mengawal keadaan, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada sesi ceramah malam tadi, tiada isu baru yang dibangkitkan selain, sekali lagi mengulangi hasrat mahu rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya umum akan datang dengan menyingkirkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan lambakan kesilapan dilakukan kerajaan Najib terus menjadi senjata utama pemimpin terbabit yang mahukan rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.

anwar ceramah at melakaAntara yang disentuh, isu kerajaan BN mengadakan hubungan dengan rejim Zionis dan isu berkaitan projek lembu oleh NFC.

Dalam pada itu, Anwar turut melahirkan rasa lega, berikutan sokongan di kalangan generasi muda yang dianggap mula sedar dengan kelemahan kerajaan sedia ada kini dan mula beralih arah terhadap perjuangan dibawa Pakatan Rakyat.

Sementara itu, sesi ceramah yang diadakan di Kampung Sebatu Sungai Rambai, berlangsung dengan tenang dan dihadiri kira-kira 2,000 penyokong.

Hadir sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dan ADUN Bachang, Goh Leong San.

malaysiakini/-

3 kedai rebah

Posted: 12 Mar 2012 12:40 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KLANG: "Saya baru saja masuk kedai dan sedang tunggu air teh yang dipesan tiba-tiba dengar bunyi rebak sebelum disusuli anjung hadapan senget.

"Saya dan lapan lagi pelanggan lain kemudian terus keluar melarikan diri sebelum melihat kedai itu dan beberapa lagi kedai lain tenggelam sedikit demi sedikit," kata Kamaruddin Hanim, 31, nelayan Kampung Teluk Gong, di sini.

Dalam kejadian petang semalam, tiga kedai makan, empat stor penyimpanan barangan nelayan, sebuah kedai menjual peralatan nelayan dan sembilan bot nelayan tenggelam dihanyutkan air pasang, di Jeti Kampung Nelayan Telok Gong.

Menceritakan kembali kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu, Kamaruddin berkata, dia lega dapat menyelamatkan diri walaupun masih terketar-ketar.

"Petang-petang jika tak turun ke laut atau baru balik menangkap ikan memang saya dan kawan-kawan minum di kedai di jeti.

"Semalam (kelmarin) memang sudah ada rebak sikit tetapi tak sangka kali ini tenggelam membabitkan kedai serta stor nelayan," katanya.

Seorang pemilik kedai makan tenggelam itu, Rahimah Sameon, 60, berkata kejadian itu dianggapnya dugaan baginya yang dijadualkan ke tanah suci Makkah menunaikan umrah hari ini.

"Apapun, saya tetap akan pergi umrah esok (hari ini). Ini saya anggap sebagai dugaan Tuhan untuk hamba-Nya.

"Saya bersyukur tidak ada sesiapa pun yang cedera dan tiada berlaku kemalangan jiwa dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.16 petang sebelum tujuh jentera bomba bergegas dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Sebaik tiba, pihak kami dapati beberapa kedai sudah tenggelam secara perlahan-lahan di muara itu.

"Secara keseluruhan setakat ini tiga kedai makan, empat stor penyimpanan barangan nelayan, satu kedai menjual peralatan nelayan dan sembilan bot nelayan tenggelam dan dihanyutkan.

"Kejadian dipercayai berlaku disebabkan arus air pasang menyebabkan hakisan di tebing tempat premis itu didirikan," katanya ketika ditemui di lokasi.

metro/-

NFC: Suami Shahrizat hadapi tuduhan CBT

Posted: 12 Mar 2012 12:30 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation.

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Mohamed Salleh merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

sinar harian/-

Lelaki serigala diminati wanita

Posted: 12 Mar 2012 12:20 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGGA...Gomez bersama anak lelakinya Michael yang kini berusia 10 tahun.

LOS ANGELES: Dia mengalami keadaan yang jarang ditemui dan menjadikan dia lelaki paling berbulu di dunia, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan serigala daripada muncul di pintu rumahnya.

Selepas diketawakan sepanjang hidupnya dan berlakon dalam pertunjukan sarkas, Larry Gomez mula mengukir nama di Hollywood.

Dia muncul dalam filem popular dan menghasilkan rancangan realiti televisyennya sendiri. Dan lelaki serigala, nama yang dikenalinya di kalangan rakan dan peminatnya menikmati kemasyhuran.

Gomez, 35, di mana seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi bulu hitam lebat berkata: "Apabila wanita melihatnya kali pertama, mereka tidak percaya.

"Kemudian apa yang ingin mereka lakukan ialah menyentuhnya. Berapa ramai teman wanita yang saya miliki? Sekurang-kurangnya 35 orang. Wanita mengharapkan saya menjadi lebih daripada seorang lelaki, gagah kerana bulu itu. Saya boleh berhubung dengan wanita dengan baik. Malah, saya mempunyai beberapa peminat setia," katanya. Gomez mengalami keadaan genetik hypertrichosis yang jarang berlaku atau sindrom serigala.

Hanya 50 orang sejak zaman pertengahan dikesan mengalami sindrom itu hingga ke tahap teruk dan 15 daripadanya adalah anggota keluarganya. Gomez menjelaskan: "Setiap dua minggu saya bersihkan wajah saya. Ia tumbuh di seluruh wajah saya, malah juga di kelopak mata. Saya mempunyai lebih banyak bulu di lengan berbanding di kaki saya. "Adik lelaki dan adik perempuan saya juga mengalami keadaan sama. Dan beberapa sepupu saya. Ia lebih sukar bagi adik perempuan saya, Jamie Maria. Dia baru berusia 20 tahun. Anda perlu kuat apabila menjadi seperti ini.

"Ada seorang lelaki di China, tetapi dia tidak begitu berbulu seperti saya. Dia mencabar saya tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Gomez dilahirkan sebagai Gabriel Ramos Gomez di Mexico tetapi mendapat nama baru daripada filem seram 1941 The Wolf Man, di mana karakter utamanya yang dipenuhi bulu digelar Larry Talbot. Ketika muda, dia dan adik lelakinya Danny, 33, menyertai sarkas dan dikenali sebagai budak serigala.

Gomez pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Michael, kini 10 tahun yang tidak mengalami keadaan sama sepertinya.

Bagaimanapun, pada 2007 dia berpisah dengan isterinya, Nadine dan berpindah ke Los Angeles untuk meraih kemasyhuran dalam filem.

metro/-

PKR akan failkan usul tergempar berhubung AG

Posted: 12 Mar 2012 12:00 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

Sesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.

shahrizat announce to resign as minister 110312Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Seorang lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.

malaysiakini/-

Saya ditahan dalam keadaan lapar dan dahaga

Posted: 12 Mar 2012 12:00 AM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?
Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.

Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.

Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!
Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Himpunan 123

Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?

Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!

Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?

Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?

Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan!

Penulis, AJK PAS Pusat, telah dihalang memasuki Sabah malam tadi. Beliau ditahan dan dihantar balik kemudiannya ke Semenanjung.

harakahdaily/-

Air zamzam: Jangan cemar kesucian

Posted: 11 Mar 2012 11:50 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan penjualan air zamzam di negara ini adalah dibenarkan, selagi ia tidak mencemarkan kesucian air berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustafa berkata, keputusan itu dibuat Fatwa Kebangsaan ke-77 pada 12 April 2007, berdasarkan hukum Syarak membenarkan penjualan, perdagangan atau urus niaganya.

Katanya, bagaimanapun, kerajaan berhak mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak mencemarkan kesucian air itu.

Othman berkata, ia berikutan teguran Kerajaan Arab Saudi berhubung penjualan air zamzam kerana mereka menekankan kemuliaannya perlu dijaga.

"Tiada masalah jika air zamzam dijual kerana ia dibenarkan berdasarkan keputusan fatwa.

"Cuma apa yang penting kesuciannya perlu dijaga kerana kerajaan Arab Saudi pernah melihat di beberapa tempat menjual air tersebut dan menegurnya," katanya.

Menurutnya, apa yang ditekankan oleh Kerajaan Arab Saudi adalah mereka meminta supaya penjual-penjual memperoleh air zamzam tersebut hanya daripada satu sumber.

Ketika ditanya sama ada air zamzam boleh dicampur atau tidak, Othman berkata, sekiranya ianya dicampur, maka ia bukan lagi air zamzam.

Menurutnya, perkara seperti itulah yang kerajaan Arab Saudi tidak mahu ia berlaku.

"Sekiranya penjual mencampurkan air zamzam tersebut dengan air biasa maka ia bukan lagi air zamzam dan mereka perlu memaklumkan perkara itu kepada pengguna," katanya.

sinar harian/-

PAS Kuala Kedah terima semua keputusan Pusat

Posted: 11 Mar 2012 11:45 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 12 Mac: Krisis kerajaan negeri Kedah dianggap selesai apabila PAS Kuala Kedah sebulat suara menerima penyelesaian yang diumumkan oleh PAS Pusat baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang (gambar bawah) sebagaimana yang dimuatkan dalam facebooknya, mesyuarat PAS kawasan petang semalam sebulat suara bersetuju dan akur terhadap keputusan serta arahan PAS Pusat.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas PAS Kawasan Kuala Kedah yang bersidang pada 5.30 petang, Ahad, 11 Mac di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kampung Kuala Sungai, Kubang Rotan.

Keputusan tersebut adalah:

a. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu.

b. Datuk Seri Hj Azizan Abd Razak kekal sebagai Menteri Besar Kedah.

c. Datuk Phahrolrazi Zawawi menerima semula jawatan sebagai exco negeri Kedah.

"Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa semua keputusan yang diputuskan sebelum ini dimansuhkan serta merta," kata Aris Awang.

PAS kawasan Kuala Kedah adalah pusat krisis di Kedah apabila kawasan itu memutuskan pimpinan mereka menolak sebarang perlantikan exco dari kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Razak.

Ketika Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh tidak menyertai exco kerajaan negeri, Datuk Amirudin Hamzah menyertainya.

Ekoran itu, PAS kawasan memutuskan exco kerajaan negeri, Datuk Amiruddin Hamzah memberikan penjelasan.

Dengan keputusan baru ini bermakna keputusan itu dibatalkan.

Mesyuarat juga, kata Aris, memutuskan satu majlis kesyukuran dan ceramah yang melibatkan Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Amiruddin Hamzah dan Mohd Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan) akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

harakahdaily/-

Anak temui mayat bapa yang telah reput

Posted: 11 Mar 2012 11:41 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN — Seorang lelaki menemui mayat bapanya yang telah reput dalam rumah kedai barangan terpakai milik bapanya di Jalan Magazine awal pagi tadi.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan itu menemui mayat bapanya Wan Hock Pin, berusia 60-an, pada kira-kira pukul 1 pagi setelah pergi ke rumah bapanya yang tinggal seorang diri.

Katanya, beliau tidak menghubungi bapanya selama tiga minggu lepas kerana beranggapan bapanya pergi ke luar negara setelah tidak menjawap panggilan telefon sebelum itu.

"Saya fikir bapa tiada di rumah kerana ke luar negara (China dan Singapura) untuk melawat saudara mara kerana bapa sering ke sana. Lagipun setahu saya dia sentiasa sihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan tanpa berpakaian berhampiran tandas dan sebahagian tubuh badannya telah reput.

Beliau yang tinggal berasingan di Seberang Perai berkata, sebelum itu, beliau tidak dapat memasuki rumah kedai bapanya kerana pintu terkunci dari dalam.

"Setelah mengesyaki sesuatu yang tidak kena, saya menghubungi bomba untuk memecah masuk dan kemudiannya terkejut apabila menjumpai mayat bapa saya berhampiran tandas," katanya.— BERNAMA

Shahrizat: Parti reput tiada tempat di sisi rakyat

Posted: 11 Mar 2012 11:30 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April nanti sebagai suatu kemenangan rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran tertegak di negara ini.

Bagi DPPM, tindakan Shahrizat mengumumkan peletakan jawatan beliau adalah hasil daripada tekanan pemimpin Pakatan Rakyat yang berterusan mendedahkan penyelewengan beliau.

"Ia juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah tertekan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 sehingga terpaksa tunduk kepada desakan pelbagai pihak," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar).

Sememangnya, kata beliau kes skandal NFC mempunyai asas yang begitu kukuh berlakunya penyelewengan sehingga sukar bagi Shahrizat menepis dan sukar pula Perdana Menteri menjawab dengan rakyat.

Menurutnya, meskipun Shahrizat akan melepaskan jawatannya, ini tidak bermaksud penyiasatan dan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhenti setakat itu sahaja.

Sebaliknya, ujar beliau SPRM perlu meneruskan tugasnya menyiasat penglibatan suami Shahrizat dalam Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) serta pengaruh Shahrizat sebagai Menteri Kabinet sehingga suaminya mendapat projek tersebut.

Tambahnya, rakyat masih menunggu dengan penuh sabar apakah kesudahan kes itu sehinggalah kebenaran tersingkap dan mereka yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.

DPPM juga, katanya mendesak SPRM bersikap telus dengan mengheret sama pemimpin lain yang terlibat dalam meluluskan projek ini.

"Jangan hanya 'mengkambing hitamkan' seorang pemimpin dengan membiarkan ramai pemimpin lain terlepas.

"Semua pemimpin lain yang terbabit dalam projek ini mesti disiasat dan diambil tindakan sama," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, apa yang terjadi kepada Shahrizat menjadi bukti bahawa Umno adalah sebuah parti yang korup.

Bahkan, tambah beliau pengekalan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno menunjukkan bahawa mereka masih pelihara pemimpin yang korup.

Sebelum ini, katanya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah.

Malah sehingga kini, ujarnya masih banyak lagi kes pemimpin-pemimpin Umno menanti masa akan didedahkan penyelewengan mereka satu persatu.

"Sudah tidak ada tempat lagi buat parti yang reput dan bergelumang dengan skandal yang memalukan, juga tidak ada nilainya permohonan maaf dan rayuan Perdana Menteri terhadap rakyat," ujarnya lagi.

Undur kerana Umno, bukan rakyat

Keputusan Shahrizat tidak menyambung khidmatnya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada bulan hadapan demi kepentingan Umno dan bukan kerana rakyat Malaysia.

Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan salah sebuah akhbar media perdana hari ini yang di antaranya bertajuk 'Keputusan Demi Kepentingan Umno, BN'.

"Nampaknya kepentingan Umno, BN diutamakan dan kepentingan rakyat dikemudiankan," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, laporan media perdana tersebut menyerlahkan lagi warna sebenar Umno BN dalam menangani isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat.

Katanya, bagi mereka rakyat bukan keutamaan, yang penting Umno BN terus berkuasa walaupun terpaksa berdiri dan berpijak diatas keringat rakyat.

"Kalau beginilah sikap Umno yang hanya meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan rakyat, maka tidak ada guna bagi rakyat Malaysia untuk terus memberikan undi kepada Umno BN dalam pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya.

Ini, katanya adalah kerana apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat hanya dilihat melalui kacamata kepentingan Umno BN dan bukan untuk kepentingan agama dan negara.

HARAKAHDAILY/-

Mayat ditemui di Sungai Kinta

Posted: 11 Mar 2012 09:00 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BATU GAJAH : "Dia sangat manja dengan saya dan rapat dengan adiknya," kata Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang mayatnya ditemui di Sungai Kinta di sini, kelmarin, 40 kilometer dari tempat dia terjatuh ke dalam longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh, Rabu lalu.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya itu dihanyutkan ke sungai ketika bermain berhampiran longkang berkenaan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku," kata Mazlinah ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG). Lebih menyedihkan apabila adiknya, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, sering bertanya di mana abangnya.

Mazlinah terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat anaknya itu untuk belajar ilmu mempertahankan diri di sekolah. "Sebelum kejadian, dia memaklumkan hasratnya menyertai kelab tae kwondo di sekolah, tetapi saya minta dia tangguhkan dulu," kata Mazlinah sebak. Sementara itu, Kapten Mohamad Anas Emran dari Kem Syed Putra yang menyelaras operasi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam pada jam 11.30 pagi.

Menurut Anas, seorang penduduk kampung memaklumkan mengenai mayat budak lelaki terapung berhampiran pokok di tebing kiri Sungai Kinta antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang. Mayat Yushahiriezal dimandi dan dikapankan di HBG sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun.

METRO/-

Lebih 20,000 Wanita, Kanak-Kanak Diculik Di China Berjaya Diselamatkan

Posted: 11 Mar 2012 08:30 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BEIJING: Polis China telah menyelamatkan lebih 20,000 wanita dan kanak-kanak yang diculik di seluruh negara pada tahun lalu.

Satu laporan daripada Kementerian Keselamatan Awam pada Ahad berkata, polis menyelamatkan seramai 8,660 kanak-kanak dan 15,458 wanita yang diculik pada tahun 2011 di mana melibatkan hampir 3,200 kumpulan penyuludupan manusia.

Pemerdagangan ke atas wanita dan kanak-kanak merupakan masalah besar di China di mana secara tradisinya, waris lelaki diperlukan dan polisi seorang anak telah menyebabkan harga kanak-kanak lelaki jauh lebih tinggi berbanding perempuan.

Gadis dan wanita juga diculik untuk digunakan sebagai buruh atau pengantin perempuan bagi anak luar nikah.

Tiada perangkaan diberikan bagi jumlah penculikan pada tahun lalu. China adalah sebuah negara dengan jumlah populasi 1.3 bilion ornag menyebabkan kes-kes berkenaan tidak dilaporkan. - AP

Cemas lori terbakar

Posted: 11 Mar 2012 08:28 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PERAI – Tindakan pantas seorang pemandu lori kontena yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan menyelamatkan nyawanya, selepas lori itu tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian berhampiran Bulatan Perusahaan Perai, kira-kira jam 2.45 petang kelmarin.
Zainol Omar, 43, berkata, dia terlebih dahulu mendengar bunyi pelik ketika memandu lori berkenaan.

Menurutnya, tidak sedap hati dengan bunyi itu, dia kemudiannya memberhentikan kenderaan ketika menghampiri bulatan dan belum pun sempat mematikan enjin, lorinya itu sudah terbakar.

"Saya dalam perjalanan pulang ke depot kontena syarikat selepas menghantar barangan alat ganti kenderaan di sebuah kilang di Kulim, Kedah.

"Saya kemudiannya melompat keluar dari lori bagi menyelamatkan diri kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Lima minit kemudian, kepala lori terbakar.

"Mujur sempat keluar, jika tidak tak tahu apa yang akan jadi," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Menurutnya, masa selama 10 minit diambil untuk memadam kebakaran dari terus merebak ke bahagian lain kenderaan.

Begitupun katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tarik diri: Chong Wei gagal pertahan kejuaraan

Posted: 11 Mar 2012 08:25 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan All England apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan set kedua perlawanan akhir perseorangan lelaki di National Indoor Arena, Birmingham semalam.

Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6.

Walaupun agak terganggu dengan kesakitan di bahunya, Chong Wei tetap memberikan tentangan sengit sebelum memberi laluan kepada Lin Dan untuk memenangi set pertama 21-19.

Penonton yang berada di National Indoor Arena itu nyata tidak putus-putus memberi sokongan padu dan sorakan semangat kepada pemain negara itu sehingga Chong Wei terpaksa akur dengan kecederaan yang dialaminya.

"Saya rasa kami bermain baik dan dia (Chong Wei) juga bermain baik. Tetapi dia tidak mahu kecederaannya menjejaskannya kerana saya tahu dia mahu bermain dan kami akan bertemu lagi di Sukan Olimpik," kata Lin Dan ketika ditemu bual selepas perlawanan itu. – BERNAMA

Palestin kemuka 20 tapak warisan

Posted: 11 Mar 2012 08:00 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

RAMALLAH - Palestin, kelmarin berhasrat untuk mengemukakan senarai 20 lokasi di Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza yang mungkin boleh diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ketua jabatan PBB di Kementerian Luar Palestin, Omar Awadallah berkata, dalam tempoh beberapa hari mereka akan menghantar senarai kepada Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia mengikut undang-undang konvensyen.

Langkah itu diambil selepas badan PBB tersebut mengiktiraf keanggotaan Palestin pada akhir Oktober lalu walaupun mendapat bantahan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Lokasi yang dipilih termasuk tempat kelahiran Nabi Isa AS dan beberapa lokasi bersejarah di Baitulmaqdis.

"Senarai akhir akan dibentangkan semasa mesyuarat tahunan jawatankuasa tersebut pada Jun depan dan kami berharap struktur bersejarah di Palestin akan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia," menurutnya.

SINAR HARIAN/-

Askar Amerika tembak mati 16 rakyat Afghan

Posted: 11 Mar 2012 07:40 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KABUL - Seorang askar Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah kampung di Kandahar semalam, menyebabkan 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh.

Ini kejadian pertama ketika rakyat Afghanistan masih marah dengan insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera di Bagram lebih dua minggu lalu.

Ekoran kejadian itu, Presiden Barack Obama menghubungi rakan sejawatannya dari Afghanistan, Hamid Karzai untuk menyampaikan takziah dan menjanjikan satu siasatan.

Hanya seorang askar didakwa melepaskan tembakan.

Obama berkata, individu yang melakukan perbuatan yang tragis dan mengejutkan itu akan dipertanggungjawabkan.

Hamid mengecam tindakan itu dan menuntut penjelasan.

Suspek, dipercayai seorang sarjan, dilaporkan keluar dari pangkalan tentera sekitar 3 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) semalam, dan melepaskan tembakan sembarangan di kawasan perkampungan Alkozai dan Najeeban.

Kedua-dua kampung itu terletak 500 meter dari pangkalan tentera. Dia dilaporkan menjadikan tiga buah rumah sebagai sasaran.

Di sebuah rumah di Najeeban, 11 orang ditemui mati dengan beberapa mangsa dibakar.

Seorang saksi wanita di Najeeban memberitahu BBC bahawa dia kedengaran bunyi tembakan kira-kira jam 2 pagi.

Seekor anjing yang menyalak juga ditembak.

Menurutnya, puak Taliban tidak dilihat berada di kawasan sejak beberapa bulan.

Sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak terbunuh dalam satu tembakan.

Lima mangsa yang cedera telah dibawa ke pusat perubatan Nato, lapor AP.

Ini adalah kali pertama seorang askar melepaskan tembakan dalam cara seperti ini ke atas orang awam di Afganistan oleh anggota tentera asing.

SINAR HARIAN/-

Pesara, pensyarah ditemui mati

Posted: 11 Mar 2012 07:30 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Anggota polis mengusung mayat dua beranak ayah dan anak yang dipercayai telah dibunuh di Taman Kinrara 1, Puchong.

Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian.
Anggota polis melakukan siasat ditempat kejadian.

PUCHONG: Seorang wanita yang datang dari Segamat, Johor bagi mencari suaminya mendapat berita paling mengejutkan apabila mendapati suami dan anak perempuan tunggalnya mati dipercayai dibunuh di Taman Kinrara 1 di sini, malam tadi.

Mayat dua beranak itu ditemui di dalam dua bilik berasingan selepas sepasukan polis memecah pintu rumah teres setingkat itu, kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata mangsa yang berketurunan Portugis itu dikatakan berkunjung ke rumah anak perempuan dan bekerja sebagai pensyarah kolej swasta kira-kira empat hari lalu untuk membawanya pulang ke Segamat.

Katanya, isteri mangsa yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak ikut ke Puchong. Bagaimanapun, dia ada cuba menghubungi lelaki itu dan anaknya sejak beberapa hari lalu tetapi gagal.

"Berikutan gagal menghubungi suami dan anak perempuannya, wanita terbabit membuat laporan kehilangan mereka di balai polis di Segamat sebelum datang ke Puchong.

"Apabila sampai ke rumah anaknya, dia cuba memanggil suami dan anaknya tetapi tiada yang menyahut manakala pintu berkunci menyebabkan dia pergi ke balai polis berdekatan kira-kira jam 9.45 malam tadi untuk meminta bantuan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis membawa isteri mangsa ke tempat kejadian sebelum memecah pintu rumah teres berkenaan.

"Sebaik masuk ke dalam rumah yang tidak ditutup lampu itu, anggota kami menemui mayat lelaki terbabit di atas katil di dalam sebuah bilik manakala mayat anak perempuannya ditemui di atas lantai di bilik lain," katanya.

Menurutnya, mayat anak perempuan mangsa yang ditemui dalam keadaan terlentang itu masih lengkap bertudung.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, tidak ditemui sebarang kesan kecederaan fizikal pada kedua-dua mangsa dan mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Abd Razak berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah di rumah berkenaan tetapi dua telefon bimbit milik mangsa dan anak perempuannya hilang.

"Kereta Perodua Kenari milik anak perempuan mangsa juga dipercayai hilang manakala kereta Toyota Camry milik mangsa ditemui diletakkan di luar pagar di depan rumah," katanya.

Difahamkan, kereta mangsa berada di kawasan rumah itu manakala kereta Perodua Kenari milik anak perempuannya tiada di situ.

Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh yang mana sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum mati mandatori.

METRO/-

Dia bukan berundur la… pasai dah tamat tempoh

Posted: 11 Mar 2012 07:20 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Dia nak undur dari jawatan menteri dia 8 April nanti teman rasa idak le pelik bebenor..sebab tarikh yang dia pilih tu adalah tarikh tamat tempoh dia jadi senator..maka otomatik le dia punya jawatan kena ditinggalkan..pasai dia bukan ahli mana2 parlimen pon..jadi pasai apa nak beria-ia buat sidang media bagai..
ingatkan dia ada rasa bersalah kepada rakyat Malaysia dek sebab kes lembu2 dia..rope-ropenya dia berundur pasai tempoh senator dia udah nak habis..citt akai filem bollywood dia pakai..mokcik bollywood oh mokcik bollywood..

bukan saja mokcik ni bawa rentak bollywood..dengan pok Najib..Sapie Apdal pon ngikut juga..udah-udah le nak buat drama pon..kalau nak bagi hebat undur sekali la jadi Ketua Wanita Umnuu..lepas tu buat la adegan nangis-nangis sampai keluar hingus..ayat kena power.."dah lama dah saya pikir nak mengundurkan diri..sob..sob..lama dah tapi tunggu dulu tamat tempoh noo..sob..sob" baru la gempak nampak keplastikkannya..

maka moral of the story mokcik ni..bukan le dia letak jawatan ke..lepaskan jawatan ke..yang jelas lagi soheh adalah dia udah tamat tempoh pegang jawatan..ceh lakonan semata-mata..sedikit pun dia tidak berasa bersalah dan berdosa sebab perabihkan duit rakyat untuk memewahkan diri..ramai lagi rakyat yang harus dibantu..yang berhak untuk untuk dibantu..tetapi lain yang diamanahkan..lain yang dibuat..

kalau nak letak jawatan..sekarang la beb..apa tunggu-tunggu lagi..!!

250 juta jangan buat-buat lupa pulak..UMNUU memang mudah lupa tapi rakyat TIDAK LUPA..!! - http://haninasution.blogspot.com

Mesin pengundian elektronik timbulkan keraguan

Posted: 11 Mar 2012 07:00 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEORANG wanita mengundi menggunakan sebuah mesin pengundian di Sandy Springs, Georgia AS. Keyakinan orang ramai terhadap mesin itu semakin terhakis kerana ia boleh digodam dengan mudah.

WASHINGTON - Masalah-masalah yang dialami oleh mesin pengundian elektronik menimbulkan persoalan baharu berkaitan teknologi pilihan raya ketika sistem komputer itu bakal digunakan pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada November depan.

Sebanyak 25 peratus rakyat AS dijangka menggunakan mesin-mesin pengundian tersebut. Namun, keyakinan terhadapnya dilihat semakin terhakis, jelas Yayasan Pengundian yang Disahkan (VVF).

Yayasan itu yang mahukan sistem pilihan raya lebih bagus menyatakan mesin pengundian di 11 buah negeri adalah elektronik sepenuhnya. Ia juga tidak mempunyai sistem kertas bagi tujuan kiraan semula.

Tahun lalu, pihak Microsoft Research menerbitkan satu laporan yang menjelaskan tentang pelbagai kelemahan sistem Rakaman Elektronik Lanngsung (Direct Recording Electronic, DRE) yang membolehkan penggodam mengubah bilangan undi dalam jumlah besar tanpa boleh dikesan.

Aspek keselamatan dan teknologi pilihan raya telah menjadi isu di AS sejak pilihan raya presiden pada tahun 2000 yang dicemar oleh 'undi hantu' di negeri Florida yang membuatkan keputusan bercelaru.

"Masih terdapat beberapa buah negeri yang tidak memiliki sistem kiraan semula yang meyakinkan. Sekiranya berdepan masalah, mereka tidak mampu menanganinya," kata Pamela Smith daripada VVF.

Pada September tahun lalu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Roger Johnston daripada Argonne Lab membuktikan bahawa undian di sebuah mesin pengundian dapat diubah. Dengan hanya menggunakan satu peranti berharga AS$25 (RM75) ia mampu memanipulasi skrin sentuh mesin pengundian dan boleh dikawal dari jarak jauh. - AFP

Pendidik punya jawapan kepada masalah negara

Posted: 11 Mar 2012 06:30 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Saya menyambut baik hasrat YAB TPM dalam usaha jelajah seluruh negara untuk mengumpul pandangan yang bernas dalam menaik taraf pendidikan. Pendidikan adalah asas kepada pembangunan negara. Kementerian sepatutnya membawa halatuju pendidikan kita ke arah yang memberi manfaat kepada semua pihak. Pendidikan yang murah daripada pra-sekolah sehingga menara gading adalah ciri utama sebuah sistem pendidikan yang merakyat. Kementerian perlu adil dalam pengagihan bantuan kepada sekolah-sekolah samada di bandar atau luar bandar. Bukan sekadar membantu sekolah yang sudah cemerlang tetapi juga berpandangan positif kepada sekolah yang punya rekod buruk. Guru yang mengajar di sekolah juga perlu dianggap sebagai individu yang sangat penting di sekolah, bukan sekadar kakitangan kerajaan. Taraf guru sepatutnya diangkat tinggi dan menjadi inspirasi kepada semua penggerak masyarakat. Kebajikan guru sepatutnya menjadi keutamaan, bukan mengejar bilangan A yang belum tentu menjamin kecemerlangan yang berkekalan. Guru yang tidak stabil emosinya akan memberi natijah yang buruk kepada perkembangan anak murid.

Selain itu, institusi pendidikan sepatutnya dipimpin oleh individu yang dihormati oleh semua guru. Jawatan guru, pengetua malah naib canselor adalah ketua kepada semua pendidik, bukan CEO kepada sesebuah syarikat. Untuk menjadi ketua pendidik, seseorang mesti sudah membuktikan kepakarannya dalam bidang kependidikan. Sukar untuk pelajar menghormati pengetua sekiranya pengetua itu sendiri tidak dihormati para guru. Urusan birokrasi pula sepatutnya dilaksanakan oleh kakitangan bukan akademik, bukan dibebankan kepada para pendidik. Akibat buruk daripada gejala ini akan menyebabkan pendidik melupakan tugas mereka yang hakiki iaitu mendidik anak murid menjadi manusia.

Silibus pelajaran kita juga sepatutnya dirombak supaya pelajar yang keluar daripada institusi pendidikan akan menjadi manusia yang berkhidmat kepada masyarakat, bukan sekadar pekerja kepada industri. Fenomena pengindustrian pendidikan hanya memberi industri lebih kata putus dalam membentuk halatuju sesebuah institusi dan menyebabkan pandangan pendidik tidak diambil kira. Pendidik yang telah berkhidmat berpuluh tahun tentulah lebih arif tentang bidang masing-masing. Malah krisis kewangan yang dihadapi dunia hari ini membuktikan bahawa industri itu sendiri telah tersilap percaturan. Mengapa perlu mendengar kata mereka? Mungkinkah para pendidik kita punya penyelesaian yang lebih tuntas?

Sebagai penutup, kementerian perlu mendengar luahan hati daripada para pendidik. Malah tidak perlu jelajah seluruh negara. Yang penting hala tuju kementerian jelas dan menghormati status pendidik sebagai obor penerang bangsa.

Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin ialah Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Perkasa takut dengan kekuatan Nik Aziz

Posted: 11 Mar 2012 06:20 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Permintaan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa supaya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz mengundur diri daripada menjadi Menteri Besar Kelantan adalah tidak masuk akal.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, kenyataan itu menunjukkan Perkasa mahupun Barisan Nasional (BN) takut dengan kekuatan yang ada pada Nik Aziz.

Katanya, Nik Aziz mempunyai kekuatan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa, malah rakyat di Kelantan sendiri mahukan beliau terus mentadbir di negeri itu.

"Pihak lain tidak perlu masuk campur dan menyuruh beliau (Nik Aziz) undur daripada menjadi Menteri Besar Kelantan, sedangkan itu adalah keputusan rakyat.

"Rakyat yang memilih dan memberi hak kepadanya mentadbir, orang lain tidak perlu bersusah payah memikir menjatuhkannya," katanya.

Menurutnya, beliau yakin Ibrahim membuat kenyataan itu kerana bimbang kedudukannya dan takut dengan kelebihan yang dimiliki Nik Aziz bagi memastikan Pas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Sepanjang Nik Aziz memerintah di Kelantan, banyak kemajuan dan pembangunan di lakukan.

"Malah banyak material pembangunan, hotel besar, pasar raya besar mula membangun di negeri tersebut.

"Kita perlu hormati keputusan rakyat, kerana rakyatlah yang akan menentukan masa depan negeri mereka sendiri, bukannya Ibrahim, mahu pun pihak lain," katanya.

sinar harian/-

Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

Posted: 11 Mar 2012 06:00 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya 'ketua' kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah "sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

malaysiakini/-

Letupan Gereja Di Nigeria, Empat Terbunuh

Posted: 11 Mar 2012 05:50 PM PDT

19 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NIGERIA: Sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, pada Ahad diletupkan di luar gereja Katolik di bandar bergolak di tengah Nigeria, membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan yang lain, kata seorang jurucakap yayasan.

Letupan itu berlaku pada pagi Ahad di luar Gereja Katolik St Sinba di bandar Jos. Empat orang terbunuh kata Mark Lipdo, penganjur untuk sebuah pertubuhan Kristian di Jos yang dikenali sebagai Yayasan Stefanos.

Pengebom itu dilihat memberhentikan kereta sebelum memasuki perkarangan gereja, kata seorang pegawai penyelamat.

Tidak dapat dipastikan sama ada gereja mempunyai aktiviti pada masa serangan itu. Pegawai penyelamat rasmi bercakap tanpa mahu dikenali kerana beliau tidak dibenarkan untuk mengumumkan angka mangsa kepada wartawan.

mstar/-

PAS Negeri Sembilan

Posted: 11 Mar 2012 09:30 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


FORUM HIJRAH ARTIS

Posted: 11 Mar 2012 06:22 PM PDT


"Santai Bersama Selebriti"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ Sham KAMIKAZE
~ Azhar SPRING

Turut Serta : Ustaz Nor Azman Mohamad & Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)

Anjuran SAMM & Pakatan Rakyat N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azizi 012-3696474


Apa yang menarik di DUN Lenggeng sepanjang Mac 2012

Posted: 11 Mar 2012 03:47 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 13 Mac 2012, Selasa

Masa : 9 malam

Tempat : Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly Mohd Omar)

Penceramah :

~ YB Mohd Nasir Zakaria

~ YB Tian Chua

~ Rafizi Ramli

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar


CERAMAH PERDANA

Bersama Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub

Tarikkh : 30 Mac 2012, Jumaat

Masa : 9.00 malam

Tempat : Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya, Seremban


24 Mac 2012 : Konvoi Jom Daftar Pengundi - Lokaliti Panchor

30 Mac 2012 : Ceramah Perdana "PAS for Lenggeng" oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Tempat : MTD Lenggeng

31 Mac 2012 : Majlis Makan Malam untuk Dana PRU ke-13 bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Tempat : PASTI Wildan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)

06 April 2012 : Pidato Anak Muda (Penceramah akan dimaklumkan kemudian). Tempat : MTD Lenggeng

http://dppksns.blogspot.com


SEJARAH LENGGENG

Nama Lenggeng itu sendiri pada masa dahulunya adalah berasal dari nama seekor ikan yang disebut oleh orang Rawa sebagai Langging. Lama kelamaan nama itu disebut sebagai Lenggeng. Maka hingga ke hari ini nama Lenggeng itu digunakan. Lenggeng telah dibuka oleh orang Asli atau orang Sakai sekitar tahun 1600-1700.

Sehari bersama Darussyifa 17 Mac 2012 di Gemencheh

Posted: 11 Mar 2012 03:45 PM PDT


PROGRAM SEHARI BERSAMA DARUSSYIFA N.SEMBILAN DAN HPA

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 pagi - 11 malam

Tempat : Masjid As-Syakirin, Gemencheh, N.Sembilan

ACARA MENARIK

~ Pameran Darussyifa

~ Rawatan penyakit fizikal dan makhluk halus

~ Bekam

~ Rawatan Refleksologi

~ Rawatan Akupuntur

~ Rawatan Kiropraktik

~ Forum Perdana

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut program di http://puspa-ns.blogspot.com/2012/03/sehari-bersama-darussyifa-17-mac-2012.html

Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Posted: 11 Mar 2012 03:13 AM PDT


Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Oleh: Sapar Sutir

11 Mac 2012 , Gemas : Saya sudah berusia 70 tahun, sejak Felda Pasir Besar di buka sekitar tahun 1966 sehingga kini banyak kemajuan yang telah di perolehi oleh peneroka Felda Pasir Besar Gemas, dari generasi pertama sehingga kedua pembangunan di kawasan Felda ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dari harga getah sekitar RM 1.50 hingga mencecah RM 5.00 sekilo peneroka telah merasainya, kata Ketua Kampong Pasir Besar.

Di Felda Pasir Besar ini terdapat Pusat Giat Mara bagi melatih tenaga mahir anak peneroka dalam bidang mekanik kenderaan bermotor, welding juga bidang kemahiran teknikal lain, di samping anak muda membantu ibu dan ayah di kebun juga ada yang menimba pengalaman di kilang getah milik Felda yang beropersi di kawasan Felda Pasir Besar sejak dahulu lagi.

Generasi kedua Felda Pasir Besar mempunyai kepelbagian kemahiran malah terdapat seorang anak peneroka Felda Pasir Besar pernah menjadi Wakil rakyat Gemas iaitu Datuk Jamlus bin Abdul Aziz yang merupakan anak peneroka di sini.

Peneroka Felda di sini juga adalah penyokong kuat kerajaan dan Barisan Nasional di mana telah di buktikan pada pilihanraya ke 12 yang lalu, di mana undi kepada Barisan Nasional dari Kawasan Felda Pasir Besar dan penduduk Pasir Besar amat tinggi sekali.

Tambah katanya lagi Felda Pasir Besar dan Kampong Pasir Besar adalah berkedudukkan sebelah menyebelah cuma di bezakan dengan nama Felda dan kampong sahaja, segala aktiviti tetap di jalankan bersama-sama secara musawarah dan gotong royong.

Terdapat 27 blok di Felda Pasir Besar yang di anggarkan sejumlah 4,000 peneroka mendiami tanah rancangan Felda Pasir Besar tidak termasuk yang tinggal di kawasan kampong tradisional bersebelahan tanah rancangan Felda ini. Terdapat juga Taman Pasir Besar yang merupakan taman perumahan yang di miliki oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan Felda Pasir Besar juga yang berkerja di kawasan Gemas juga terdapat juga pasaraya besar D.MART di kawasan Felda untuk kemudahan masyarakat di sini.

Tapi yang membuatkan kami penduduk kampong dan peneroka di sini kecewa adalah kerana kemudahan untuk mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM tidak terdapat di sini, mesin ATM amat di perlukan di sini untuk penduduk dan peneroka mengeluarkan wang bila memerlukan wang tanpa perlu keluar ke pekan Gemas sejauh 15 kilometer atau ke Pekan Rompin sejauh 12 kilometer hanya untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaan harian penduduk di sini. katanya lagi.

Kemudahan mesin ATM amat diperlukan bagi memudahkan warga Emas mengambil duit pencen dari kerajaan tanpa perlu bersusah payah ke Pekan Gemas juga Rompin, di tambah pula warga emas yang usur ianya amat baik kepada mereka.

Kami berharap ada satu daya usaha yang bersepadu untuk pihak -pihak tertentu membantu kami agar di dirikan sebuah mesin ATM di kawasan Pekan Felda Pasir Besar akan tercapai. Tempat untuk mendirikan mesin ATM tiada masalah kerana terdapat sebuah stesen minyak yang besar di sini boleh di letakan di kawasan dalam premis mereka bagi menjamin keselamatan mesin ATM berkenaan.

Kami penduduk mengharapkan keluhan kami di sini di ambil tindakan, bagi kami jika kami di bantu untuk mendapatkan kemudahan yang kami amat perlukan pasti kami akan tetap menhargainya malah akan membantu siapa yang sudi membantu kami di masa akan datang.

Sumber : http://saparsutir66.blogspot.com/2012/03/peneroka-felda-pasir-besar-mohon-mesin_10.html

ANAK akan saman tiga bekas MB

Posted: 11 Mar 2012 03:11 AM PDT


Mac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

Penduduk resah bau busuk

Posted: 11 Mar 2012 03:10 AM PDT


Penduduk resah bau busuk

11 Mac 2012

TANJUNG IPOH – Rata-rata penduduk di Taman Pemarak resah apabila terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk yang berpunca dari tong sampah berhampiran.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan tong sampah itu sudah bocor dan usang menyebabkan kawasan sekitar kotor.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman Pemarak, Zainudin Adam berkata, keadaan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Menurutnya, masalah itu boleh menimbulkan kurang selesa dalam kalangan penduduk terutama pelawat yang keluar masuk ke taman itu.

"Dahulu sampah tidak banyak tetapi akibat penambahan penduduk, taman ini perlu mempunyai tong sampah yang besar dan baru untuk keselesaan penduduk," katanya.

Zainudin berkata, tong sampah itu perlu diganti baru supaya sampah tidak lagi bertaburan.

"Masalah ini sudah dimaklumkan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) melalui surat bertarikh 8 Disember 2011. Kemudian, saya menerima maklum balas daripada pihak mereka pada 13 Disember lalu.

"Surat itu menyatakan pihak Majlis sudah mengarahkan SWM Kuala Pilah menggantikan tong sampah tersebut dan perkhidmatan kutipan sampah serta pembersihan awam diambil alih Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)," katanya.

Katanya, sekiranya tanggungjawab tersebut digalas PPSPPA, diharap masalah ini akan diselesaikan sebaik mungkin.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya hanya harapkan pihak berkaitan dapat menjalankan tugas dengan baik dan menerima rungutan penduduk kampung secara rasional.

"Aduan saya berasas kerana tong sampah ini sememangnya perlu diganti baru supaya tidak berlaku lambakan sampah selain bau kurang menyenangkan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penduduk-resah-bau-busuk-1.31219

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 11 Mar 2012 09:11 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Banjir Bukit Gantang:Nizar ucap terima kasih kepada Unit Amal.

Posted: 11 Mar 2012 06:35 PM PDT

10 Mac 2012 – Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang bersama anggota Jabatan Unit Amal telah kelokasi yang terjejas akibat dilanda banjir sejak semalam turut serta meredah banjir dimalam hari ialah YB Dato Seri Nizar. Kejadian banjir ini berlaku selepas hujan lebat turun melebihi 5 jam disini.

PAS Bukit Gantang telah menyumbangkan tenaga kerja kebajikan bagi meringankan beban mangsa banjir disini dengan kerjasama Unit Amal PAS Bukit Gantang yang telah bertungkus lumus memberi bantuan tenaga,makanan,membersihkan rumah,menyelamat dan sebagainya kepada mangsa sejak bermula kejadian banjir disini. Rata-rata penduduk disini berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Unit Amal PAS Bukit Gantang dengan bantuan iklas dari mereka.

Dalam lawatan YB Nizar di lokasi banjir ini didapati masih ada mangsa banjir yang tidak mahu pindah ke pusat pemidahan mangsa banjir yang disediakan,bagaimana pun masih terdapat 2 pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi dan dihuni mangsa banjir . YB Nizar telah meredah air banjir di malam hari untuk melihat sendiri kejadian dan menyelami hati penduduk serta bertanya khabar kepada mangsa dilokasi disini.

Kejadian banjir kali ini dianggap paling buruk sejak 10 tahun menurut kata seorang penduduk disini. Mengikut maklumat dari penduduk lagi keadaan ini berlaku kerana benteng ( Ban ) Sungai Matang pecah kerana tidak mampu menampung air hujan yang lebat dan menyebabkan airnya melimpah keluar dan diburuk lagi dengan kejadian air laut pasang di sekitar Matang.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke lokasi banjir Kuala Sepetang. (Matang Road dan Simpang Halt)
Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

DSN diberi taklimat mengenai kejadian dan lokasi banjir oleh Anggota Unit Amal turut serta Tn Hj Zainuddin dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Mangsa banjir ini mengalami kerugian harta benda berikutan ternakan ayam-nya telah musnah dan kenderaan-nya turut tidak dapat diselamatkan.

DSN sedang mendengar penerangan dari Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenai operasi mereka dilokasi

DSN menyampaikan sumbangan makanan dan minuman dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Jalan utama Matang Road

DSN bertanya khabar kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Anggota Jabatan Unit Amal yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir

Musollah An Najah juga turut digenangi air

DSN bertanya khabar mangsa banjir di penempatan mangsa banjir di SK Ngah Ibrahim Jalan Matang

Pemimpin berjiwa rakyat

Taman Berkat menyediakan pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk Simpang Halt. Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

DSN diberi taklimat oleh Pegawai JKM mengenai jumlah dan perlaksanaan di penempatan banjir di Taman Berkat. Turut sama ialah Tok Ketua Kampung Dew dan ketua Cawangan PAS Taman Berkat

YB Nizar prihatin dengan rakyat..

Rembau Hari Ini

Posted: 11 Mar 2012 07:39 PM PDT

Rembau Hari Ini


Ceramah Mukim Soleh 17 Mac 2012 di Rembau

Posted: 11 Mar 2012 06:28 PM PDT


CERAMAH AGAMA
Tajuk : "Haji Membentuk Mukmin Soleh Musleh"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur Rembau
Penceramah : Ustaz Zamri Zainal Abidin (Mantan Penerbit Radio IKIM)
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6680801


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 Mar 2012 04:31 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB AKAN UMUM KEDUDUKAN LEMBUNYA

Posted: 10 Mar 2012 04:03 PM PST

Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Shahrizat dipercayai telah mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini, lebih dari empat bulan selepas mula dikritik di atas isu pemberian projek RM250 juta kontroversial Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada keluarganya.

"Saya akan membuat suatu pengumuman pada waktu yang sesuai," Najib berkata, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, dengan Shahrizat turut hadir semasa sidang media tersebut.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Mar 2012 04:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PM BURUNG TEKUKUR, SHAHRIZAT PUN AKUR

Posted: 11 Mar 2012 03:31 AM PDT

TAHNIAH PAKATAN RAKYAT, TAHNIAH KESEDARAN RAKYAT MARILAH RAKYAT MALAYSIA BER MANAFAAT KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM PRU13 NANTI.
Tak sangka PM Malaysia yang dilahirkan BN/UMNO ini adalah PM burung tekukur. Yang mengacah kur..kur..kur ialah Rakyat . Bila Pakatan Rakyat yang menjadikekuatan rakyat berkata kepada PM burung tekukur maka PM burung tekukur akan berbunyi kur, kur,kur. Kenapa begini, kerana PM BN ini yang menjadi pengerusi BN, merangkap pengerusi UMNO tidak lagi mempunyai kekuatan bererti lemah dan sangat lemah dari segi mentadbir Malaysia dengan baik hanya kekuatannya sekarang ialah pada wang, tiada wang tiada kuasa dan tiada kuasa maka beliau sukar dapat wang.

Kenapa kita kata PM tekukur kerana kini bila rakyat kata buang tol , beliau pun akur kurangkan 2 buah tol. Bila rakyat demo besar-besaran bantah Lynas maka beliau kata akan alihkan ke tempat lain. Bila rakyat dan kakitangan awam kata SBPA tidak adir maka beliau terus batalkan skim SBPA. Dan kini beliau memohon maaf dan merayu2 meminta peluang sekali lagi kepada rakyat agar memberi mandat sekali lagi pada beliau.Bila rakyat komplen dari laporan audit tentang NFC maka akhirnya Shahrizat letak jawatan. Tahniah kemenangan rakyat!

Selepas kontoversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Pengumuman Shahrizat tidak akan menjadi menteri kabinet selepas April dan akan terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno membuktikan bahawa Umno menghalalkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.


Sepatutnya bukan sahaja tidak meneruskan khidmat sebagai menteri malah yang lebih penting Shahrizat dilucutkan jawatan dalam Umno.

Namun sekali lagi Umno membuktikan bahawa mereka tidak kisah samada seorang pemimpin ada moral atau tidak. Umno tidak kisah samada seseorang pemimpin itu ada maruah atau tidak; Umno juga tidak kisah samada seseorang pemimpin itu bersih atau tidak. Sebab itu Shahrizat, Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain terus dikekalkan.

INGAT NABI INGAT PARA SAHABAT HINDARI JADI MUSIBAT !

Posted: 10 Mar 2012 09:23 PM PST

10 Sahabat Nabi Dijamin Masuk syurga
Sahabat Nabi, Khalifah, Surga, Peperangan
Setiap dari kita pasti ingin masuk surga. Namun, tidaklah mudah untuk meraihnya. Tidak cukup hanya mengaku sebagai muslim, butuh ketaatan dan pengorbanan. Lihatlah bagaimana sikap itu ditunjukan oleh para sahabat Nabi SAW. Tidak hanya harta, jiwa dan raga pun rela mereka persembahkan untuk kejayaan islam. Dari sekian banyak sahabat Nabi, ada sepuluh sahabat yang memperoleh jaminan surga.
1. Abu Bakar Ash-Shiddiq
Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu'anhu (RA) adalah khalifah pertama, setelah Nabi wafat. Ia sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah, kemanapun Nabi pergi, ia selalu menyertainya. Termasuk saat Rasul dalam perjalanan hijrah dari Mekkah ke Madinah, suatu perjalanan yang penuh dengan risiko.
Sejak remaja, Abu Bakar telah bersahabat dengan Nabi. Ia juga orang yang pertama memeluk Islam. Tidak sulit baginya untuk mempercayai ajaran islam, karena ia tahu betul keagungan ahklak Rasulullah.
Demikian juga saat Nabi menyampaikan peristiwa Isra Mi'raj. Abu Bakarlah sahabat yang pertama kali membenarkan peristiwa tersebut. Oleh sebab itu, ia diberi gelar oleh Rasulullah yakni Ash-Shiddiq ( yang benar, jujur, dan membenarkan ).
Abu Bakar wafat dalam usia 63 tahun ( 13 hijriah ). Ia dimakamkan di Madinah bersebelahan dengan makam Rasulullah.
2. 'Umar bin Khattab
'Umar bin Khattab RA adalah khalifah kedua. Ia termasuk sahabat yang sangat dikasihi oleh Nabi. Sebelum masuk Islam, ia dikenal sebagai sosok yang jago gulat dan gemar mabuk-mabukan. Seluruh penduduk Makkah merasa takut kepadanya.
'Umar memeluk islam setelah mendengar surat Thoha yang dibacakan saudara perempuannya. Ia sangat keras dalam membela agama Allah. Ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan sahabat.
Saat 'Umar diangkat menjadi khalifah, daerah kekuasaan Islam bertambah. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukan dalam kurun waktu satu tahun (636-637 M). Pemimpin yang sederhana dan peduli pada rakyatnya ini, wafat setelah dibunuh Abu Lukluk saat hendak memimpin shalat (23 H/644 M). Ia dimakamkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah.
3. 'Ustman bin Affan
'Ustman bin Affan RA adalah khalifah Islam ketiga. Pada saat kepemimpinannya, ia berhasil mengumpulkan wahyu, dan menyusunnya dalam bentuk mushaf Al-Qur'an.
'Ustman bin Affan masuk islam lewat ajakan Abu Bakar. Ia mendapat gelar Dzun Nur 'Ain ( pemilik dua cahaya ), karena menikahi dua putri Nabi, Ruqqayah dan Ummu Kultsum.
'Ustman dikenal sebagai saudagar kaya dan dermawan. Ia selalu menafkahkan hartanya di jalan Allah. Saat berkecamuk perang Tabuk, 'Ustman menyumbang lebih dari 940 unta, kemudian membawa 60 kuda untuk menggenapinya menjadi 1000. 'Ustman wafat pada tahun 35H atau 655M.
4. 'Ali bin Abi Thalib
'Ali bin Abi Thalib RA dilahirkan di Makkah tahun 598 Masehi. Ali adalah orang yang pertama masuk Islam dari golongan anak-anak.
Ali terkenal orang yang sangat berani, ahli siasat perang, dan cerdas. Pada saat peristiwa hijrah, 'Ali tidur diatas tempat tidur Nabi. Sehingga, para tentara Quraisy yang mengepung rumah Nabi, mengira Nabi masih berada di dalam rumah.
'Ali wafat pada tahun 40 Hijriyah, setelah ditikam oleh Abdurrahman bin Muljam dengan pedang yang beracun setelah shalat shubuh. Ia meninggal dalam usia 63 tahun dan menjabat selama 4 tahun 9 bulan. Beliau di makamkan di Kufah, Irak.
5. Thalhah bin Abdullah
Thalhah bin Abdullah dikenal sebagai salah satu konsultan Rasulullah. Ia berasal dari suku Quraisy.
Saat berkecamuk perang Uhud, Thalhah ikut serta. Di arena tersebut ia menderita luka parah. Dia menjadikan dirinya sebuah perisai bagi Rasulullah dan mengalihkan panah yang akan menancapkan diri Nabi dengan tangannya. Sehingga semua jari-jarinya putus.
Thalhah wafat pada 36 H atau 656 M. Ia syahid saat mengikuti perang Jamal.

6. Zubeir bin Awwam
Zubeir bin Awwam termasuk golongan yang pertama masuk Islam (as-sabiqun al-awwalun). Usianya saat itu baru berumur 15 tahun.
Pembelaannya terhadap islam begitu nyata. Zubeir tidak pernah absen dalam berbagai pertempuran bersama kaum muslimin. Ia selalu berada di garda depan saat jihad di kumandangkan. Sekujur tubuhnya terdapat luka dari hasil peperangan.
Ia sangat dicintai Rasulullah. Saat terjadi perseteruan di antara kaum muslimin, Zubeir tidak sedikitpun memihak yang berseteru. Ia malah berusaha menyatukannya.
Zubeir ditikam ketika sedang menghadap Allah, ia wafat pada tahun 36H atau 656M.
7. Sa'ad bin Abi Waqqas
Sa'ad bin Abi Waqqas memeluk Islam saat berusia 17 tahun. Ia sangat mahir menunggang kuda dan memanah. Jika ia memanah musuh dalam sebuah peperangan pastilah tepat sasarannya. Hampir seluruh peperangan ia ikuti.
Saat awal memeluk Islam, ibunya mengancam untuk mogok makan dan minum. Dengan harapan, Sa'ad kembali ke ajaran nenek moyang. Namun, hampir sang ibu menemui ajalnya, ancaman itu tetap tidak dihiraukan oleh Sa'ad. Ia tidak menjual keyakinannya dengan apapun, sekalipun dengan nyawa ibunya.
Saat periode khalifah Umar bin Khatab, Sa'ad diangkat sebagai gubernur mileter di Iraq yang bertugas mengatur pemerintahan dan sebagai panglima tentara.
Sa'ad wafat pada usia 70 tahun (55H atau 676M). Ia di makamkan di tanah Baqi'
8. Sa'id bin Zaid
Sa'id adalah di antara sahabat yang beruntung. Dia masuk islam bersama-sama istrinya, Fathimah binti al-Khattab, adik perempuan 'Umar bin Khattab. Sa'id membaktikan segenap daya dan tenaganya untuk berkhidmak kepada islam. Ketika memeluk islam usianya belum genap 20 tahun.
Sa'id turun berperang bersama Rasulullah dalam setiap peperangan. Ia juga turut bersama kaum muslimin mencabut singasana Kisra Persia. Sa'id pernah diperintahkan Rasulullah memata-matai aktivitas musuh.
Ia wafat dalam usia 70 tahun (51H atau 671M) dan di makamkan di Baqi' Madinah.
9. 'Abdurrahman bin 'Auf
'Abdurrahman bin 'Auf termasuk tujuh orang yang pertama masuk Islam. Ia termasuk diantara sahabat Nabi yang mempunyai harta melimpah yang didapatkan dengan perniagaan.
Kesuksesannya tidak membuat ia lupa diri, ia selalu menafkahkan hartanya dijalan Allah. Bahkan saat ia diberitakan Rasulullah bahwa dirinya dijamin masuk surga, semangat sedekahnya makin membara. Tak kurang dari 40.000 dirham perak, 40.000 dirham emas, 500 kuda perang, dan 1.500 ekor unta ia sumbangkan untuk perjuangan Islam.Abdurrahman sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Ia wafat pada umur 72 tahun(32H atau 652M) di Baqi'
10. Abu 'Ubaidah bin Jarrah
Rasulullah pernah memberikan pernyataan tentang Abu 'Ubaidah. "Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan sesungguhnya kepercayaan umat ini adalah Abu 'Ubaidah," begitu kata Rasulullah. Abu 'Ubaidah orang yang amanah dan jujur dalam berperilaku.
Abu Ubaidah masuk Islam melalui perantara Abu Bakar Ash-Shiddik pada awal kerasulan nabi Muhammad SAW. Ia beberapa kali dipercaya Rasul memimpin peperangan. Ia wafat pada tahun 18H atau 639M.

Demikianlah 10 sahabat-sahabat Nabi yang dijamin masuk surga melalui hadist Nabi Muhammad SAW.
Posted by MADAH 1A

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru

Posted: 11 Mar 2012 12:14 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru


(Updated) Makluman : Ceramah Pemuda Pakatan Rakyat malam esok berjalan seperti biasa

Posted: 11 Apr 2010 07:49 PM PDT

Ceramah Pemuda Pakatan Rakyat

Posted: 04 Apr 2010 07:19 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 11 Mar 2012 12:07 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Posted: 11 Mar 2012 12:42 AM PST

Tuduhan Mustapa Mohamed meleset lagi

Posted: 11 Mar 2012 12:39 AM PST

KOTA BHARU, 11 Mac: Mungkin agak memalukan apabila seorang berjawatan menteri melemparkan tuduhan tak berasas dengan mendakwa ada tempat tiada bekalan air di bandar ini.

"Saya dimaklumkan peniaga di gerai Flat Buluh Kubu tidak mendapat bekalan air menyebabkan terpaksa menggunakan telaga boring," kata Datuk Seri Mustapa Mohamed, seperti dilaporkan media hari ini.

Sedangkan maklumat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan sebanyak 327 akaun di Flat Buluh mendapat bekalan air yang mencukupi.

Pengurus Besarnya, Ir Mohamad Hanapi Mahmud berkata, jumlah penggunaan air di enam blok flat tersebut iaitu sebanyak 12,095 meter padu pada Febuari 2012.

"Flat Buluh Kubu ada enam blok bangunan dengan bilangan akaun sebanyak 327. Ini bermakna setiap akaun menggunakan sebanyak 37 m3 bagi tempoh tersebut.

"Malah paras air tangki bawah di blok ke-6 ialah 2.2 meter. Ini secara jelas menggambar air yang dibekalkan kepada pengguna di situ mencukupi bagi keperluan harian mereka," katanya di sini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendakwa ketiadaan bekalan air di Flat Buluh Kubu amat memalukan kerana ia terletak di tengah-tengah bandar.

Pada Febuari lalu Mustapa juga mendakwa pinjaman RM600 juta projek bekalan air yang dilulus kerajaan pusat tidak perlu dibayar balik, sedangkan AKSB sudah membayar pinjaman tersebut sejak 2008.

Ekoran kenyataan tersebut Pemuda PAS di Jeli membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno terbabit kerana cuba membohongi rakyat Kelantan.

Hanapi juga berkata, tidak berbangkit sama sekali dakwaan Penasihat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Datuk Ibrahim Ali kononnya berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB.

Katanya, dakwaan kononnya AKSB akan mengalami kerugian RM130 juta tidak berasaas kerana peruntukan tersebut merupakan projek air tidak berhasil (NRW) yang dijalankan sejak 2008.

"Peruntukan projek berkenaan dilulus kerajaan pusat melalui Kementerian Tenaga, Tekonologi Hijau dan Air bagi mengatasi NRW di Kelantan," katanya.

Menurutnya projek tersebut termasuk menukar sebanyak 80,000 meter lama kepada meter pintar bagi memastikan ketepatan bacaan.

Kata beliau sudah menjadi peraturan bagi setiap operator air, meter lama yang berusia lebih tujuh tahun perlu ditukar memandangkan terdapat kandungan ion sehingga menyebabkan meter berkarat.

Katanya, meter lama yang berusia lebih tujuh tahun akan kehilangan ketepatan bacaan sehingga 40 peratus.

"Sehingga sekarang sebanyak 60,000 meter lama sudah ditukar. Projek NRW dijangka selesai pada Ogos hadapan. Dan selepas itu tempoh setahun diberi bagi kerja-kerja pemantauan.

"Selepas tempoh itulah baru kita dapat lihat kesannya bagi mengurangkan NRW ke tahap yang minimum," ujarnya.

Anugerah Cakna Rakyat 2011

Posted: 11 Mar 2012 12:38 AM PST

PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap

Posted: 11 Mar 2012 12:38 AM PST


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing.

"Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa.

"Rakyat dah muak dengan segala penipuan yang kita dah lalui dalam 12 pilihan raya umum sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Sementara itu, timblannya, Dr Siti Mariah Mahmood pula berkata, jentera muslimat pada ketika ini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU 13.

Katanya, jentera mereka iaitu Halwa telah bergerak aktif di semua kawasan malah sudah mula membuka bilik gerakan.

Halwa katanya akan memberi fokus untuk membantu calon muslimat yang akan bertanding kelak.

"Kami akan bantu semua calon, akan buka bilik gerakan di semua kawasan yang muslimat bertanding," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Mengulas soal calon pula, Dr Mariah memberitahu 30 nama yang dihantar kepada pusat terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 50 peratus daripadanya adalah golongan muda.

Jumlah 30 itu juga katanya adalah termasuk semua nama wakil rakyat muslimat sedia ada yang dirasakan masih mampu untuk memberi khidmat berdasarkan laporan kecemerlangan mereka.

Muslimat juga ujarnya mensasarkan bertanding di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kami telah serahkan lebih 30 nama kepada pimpinan tertinggi, kami telah kenal pasti sampai ke peringkat kerusi pun.

"Kita juga telah mendapat persetujuan daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri," katanya.

Bawa isu Felda

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md. Nawi berkata, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) antara isu besar yang akan dibawa jentera muslimat kepada rakyat.

Sehubungan itu juga, mereka semalam mengadakan bengkel kepada jentera muslimat bagi memberi kefahaman berhubung isu tersebut.

"Saya percaya kalau isu ini difahami dengan baik, pengundi wanita yang dianggar 51 peratus akan buat kejutan.

"Isu Felda boleh memberi kesan kepada lanskap politik keseluruhan negara kita," katanya.

Sekitar Program Bicara Selebriti

Posted: 11 Mar 2012 12:37 AM PST









Himpunan 10,000 wanita tuntut kerajaan bersih

Posted: 11 Mar 2012 12:35 AM PST


KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat akan bersama-sama badan NGO akan menganjurkan 'Himpunan 10,000 Wanita' bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan.

Bertemakan 'menuntut kerajaan yang bersih', himpunan yang dijadual pada 18 Mac ini itu akan diadakan di Padang Astaka 1 Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor bermula jam 2 hingga 5 petang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

"Wanita melihat hari ini, antara krisis utama negara adalah kerajaan tidak bersih dan tidak adil.

"Sebagai simbol menuntut kerajaan yang bersih, kita akan pakai sarung tangan putih pada hari himpunan tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, himpunan inisiatif NGO Gabungan Suara Wanita Untuk Perubahan itu akan menuntut enam perkara seperti berikut:

- Kerajaan yang bebas dari rasuah dan penyelewengan.

- Akta gaji minima, bukan dasar gaji minima.

- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.

- Hapuskan keganasan terhadap wanita.

- Membatalkan Akta Perhimpunan Aman.

- Pilihan raya bebas dan adil.

"Yang mana kita tahu tiga kali ganda wang hasil pendapatan negara telah tiris akibat rasuah dan penyelewangan," tambah Aiman.

Menurutnya lagi, perhimpunan wanita yang julung kali diadakan itu dibuat sempena sambutan hari wanita antarabangsa tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh wanita perihatin agar hadir bersama-sama pada hari perhimpunan tersebut.

Bantuan sekolah: Kenapa Felda beri runding terus?

Posted: 10 Mar 2012 03:46 PM PST


KUALA LUMPUR, 10 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa berlaku penyelewengan oleh Felda berhubung pembekalan kelengkapan sekolah kepada anak peneroka yang dibuat secara runding terus.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ianya membabitkan bantuan kelengkapan dengan nilai RM185 bagi setiap murid yang berlumlah 15,000 orang.

Bantuan tersebut terdiri daripada 2 pasang pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan sepasang kasut bagi setiap pelajar.

"Nilai keseluruhan kalau kita kira lebih kurang RM2.775 juta. Kita dapat maklumat ianya diberi secara runding terus tanpa ditender, kenapa runding terus, itu yang kita persoalkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sambil mendedahkan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan itu, Mazlan mendakwa pegawai yang berkait dengan projek itu adalah Pegawai Khas kepada Pengerusi Felda iaitu Muhammad Zahid Md. Arip.

Mazlan turut mempersoal bagaimana pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan itu dibuat di peringkat tanah-tanah rancangan.

"Kita buat survey, banyak Felda tak mengagihkan kelengkapan ini. Kita kira-kira sekurangnya mereka boleh buat untung RM1 juta untuk projek ini," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad serta Pengerusi Yayasan Felda membuat penjelasan.

Konvensyen Kebangsaan

Pada sidang media sama, Mazlan turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan konvensyen kebangsaan membincangkan masa depan dan hala tuju Felda.

Konvensyen itu akan diadakan pada 22 April ini dan bakal menampilkan tokoh-tokoh berkaitan Felda bagi berkongsi pandangan.

Ianya termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dan juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Alias Raja Ali yang terkenal dengan jolokan arkitek Felda.

Konvensyen itu menurut Mazlan, turut akan membincangkan pro dan kontra penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Untuk tujuan itu katanya, konvemsyen tersebut akan menjemput kedua-dua wakil iaitu yang menyokong dan yang membantah penyenaraian itu untuk membentangkan kertas kerja.

Selain mereka, semua 222 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan turut akan dijemput ke program tersebut.

Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Posted: 10 Mar 2012 03:45 PM PST

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41391_100000284467391_5085_n.jpgArtis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.


Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih" Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

"Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara "Bicara Selebriti" yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem" tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.


Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.
Selanjutnya, kata Oki "Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!"

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. "Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.

Mengakhiri "Bicara Selebriti" Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama'
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama'
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

Bertunang: Rakyat perlu bukti, bukan sekadar nafi

Posted: 10 Mar 2012 03:44 PM PST


Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.


Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.

Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:

Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;

Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;

Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan Purchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;

Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;

Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;

Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan

Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan

Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.

Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.

Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

Mohd Rafizi ialah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Erykah: The Star enggan jumpa Pemuda PAS

Posted: 10 Mar 2012 03:43 PM PST


GOMBAK, 10 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberitahu pihaknya telah menerima jawapan daripada akhbar The Star berhubung pertemuan bagi membincangkan isu Erykah Badu yang diterbitkan oleh akhbar berkenaan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan memberitahu Harakahdaily jawapan tersebut diterima melalui faks semalam.

"Mengenai cadangan pertemuan DPPM dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star seperti mana yang kita putuskan pada 5 Mac yang lalu, pihak DPPM telah menerima maklum balas mengatakan mereka tidak bersedia untuk bertemu.

"Pihak akhbar The Star tidak menyatakan lebih terperinci kenapa mereka enggan menerima pelawaan tersebut dan mereka hanya mengatakan belum bersedia, jawapan kita perolehi semalam melalui faks," jelasnya.

Nasruddin turut menyatakan cadangan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum mendapat kata putus sehingga sekarang.

"Manakala pertemuan dengan Tun Mahathir kita belum menerima jawapan lagi kerana kita dimaklumkan bahawa beliau berada di luar negara.

"Walaupun cadangan pertemuan itu pada 12 Mac tetapi pihak DPPM bersedia jika Tun Mahathir mempunyai cadangan untuk meminda pada tarikh lain termasuk juga bentuk pertemuan tersebut," sambungnya lagi.

Pada 5 Mac lepas DPPM telah mengutuskan surat kepada akhbar The Star dan Mahathir bagi membincangkan isu-isu yang menjadi kontroversi di negara ini.

Perbincangan dengan The Star mengenai kemasukan penyanyi antarabangsa Erykah Badu yang telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam kerana terdapat tatu perkataan 'Allah' di dadanya.

Tun Mahathir pula terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.

Sekitar Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda PAS Dun Kemuning

Posted: 10 Mar 2012 03:43 PM PST


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Mar 2012 10:30 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG ceriakan wanita di Selat Klang

Posted: 11 Mar 2012 07:40 AM PDT

 10.3.12
SELAT KLANG

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali memulakan harinya awal ke pasar pagi di Telok Pulai dengan membawa beratus tangkai bunga ros, kad ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA untuk diagihkan kepada wanita -wanita yang ditemui.

Tidak terbayang pengunjung pasar pagi selain daripada rutin mencari bekalan harian dapur mereka pada pagi yang bersejarah itu, mereka di'manjakan' oleh ADUN mereka dengan hadiah setangkai bunga mawar dan sekeping kad yang ditulis dalam 4 bahasa untuk mempastikan mesej YB sampai kepada semua kaum wanita di DUN Selat Klang. 
 Mula-mula rombongan muslimat PAS Dun Selat Klang bersama Pejabat ADUN mengagih-agih satu persatu wanita yang dijumpai apabila sudah 4-5 orang yang dapat, pengunjung wanita yang lain menjadi 'alert' tengah sesuatu berlaku dan berkerumun dikeliling Dr Halimah untuk mendapatkan hadiah 'istimewa' sebagai  peringatan dan penghargaan kepada kaum wanita.
 Ada seorang wanita Tionghua yang cukup gembira setelah menerima bunga kemudian tetap masih rapat. YB tidak perasan dan menghulur setangkai lagi. Beliau cepat-cepat menjawab,'Saya sudah dapat. Tapi saya suka tengok. You mesti menang lagi aa..'
 Tidak kurang kaum lelaki yang terasa tersinggung kerana tidak dapat hadiah. YB ADUN terpaksa membujuk, 'ini hari wanita'. setakat ini tidak ada hari kaum lelaki.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Mar 2012 10:16 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


ANAK akan saman tiga bekas MB

Posted: 11 Mar 2012 03:17 AM PDT


Mac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Posted: 11 Mar 2012 03:15 AM PDT

Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Oleh: Sapar Sutir

11 Mac 2012 , Gemas : Saya sudah berusia 70 tahun, sejak Felda Pasir Besar di buka sekitar tahun 1966 sehingga kini banyak kemajuan yang telah di perolehi oleh peneroka Felda Pasir Besar Gemas, dari generasi pertama sehingga kedua pembangunan di kawasan Felda ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dari harga getah sekitar RM 1.50 hingga mencecah RM 5.00 sekilo peneroka telah merasainya, kata Ketua Kampong Pasir Besar.

Di Felda Pasir Besar ini terdapat Pusat Giat Mara bagi melatih tenaga mahir anak peneroka dalam bidang mekanik kenderaan bermotor, welding juga bidang kemahiran teknikal lain, di samping anak muda membantu ibu dan ayah di kebun juga ada yang menimba pengalaman di kilang getah milik Felda yang beropersi di kawasan Felda Pasir Besar sejak dahulu lagi.

Generasi kedua Felda Pasir Besar mempunyai kepelbagian kemahiran malah terdapat seorang anak peneroka Felda Pasir Besar pernah menjadi Wakil rakyat Gemas iaitu Datuk Jamlus bin Abdul Aziz yang merupakan anak peneroka di sini.

Peneroka Felda di sini juga adalah penyokong kuat kerajaan dan Barisan Nasional di mana telah di buktikan pada pilihanraya ke 12 yang lalu, di mana undi kepada Barisan Nasional dari Kawasan Felda Pasir Besar dan penduduk Pasir Besar amat tinggi sekali.

Tambah katanya lagi Felda Pasir Besar dan Kampong Pasir Besar adalah berkedudukkan sebelah menyebelah cuma di bezakan dengan nama Felda dan kampong sahaja, segala aktiviti tetap di jalankan bersama-sama secara musawarah dan gotong royong.

Terdapat 27 blok di Felda Pasir Besar yang di anggarkan sejumlah 4,000 peneroka mendiami tanah rancangan Felda Pasir Besar tidak termasuk yang tinggal di kawasan kampong tradisional bersebelahan tanah rancangan Felda ini. Terdapat juga Taman Pasir Besar yang merupakan taman perumahan yang di miliki oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan Felda Pasir Besar juga yang berkerja di kawasan Gemas juga terdapat juga pasaraya besar D.MART di kawasan Felda untuk kemudahan masyarakat di sini.

Tapi yang membuatkan kami penduduk kampong dan peneroka di sini kecewa adalah kerana kemudahan untuk mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM tidak terdapat di sini, mesin ATM amat di perlukan di sini untuk penduduk dan peneroka mengeluarkan wang bila memerlukan wang tanpa perlu keluar ke pekan Gemas sejauh 15 kilometer atau ke Pekan Rompin sejauh 12 kilometer hanya untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaan harian penduduk di sini. katanya lagi.

Kemudahan mesin ATM amat diperlukan bagi memudahkan warga Emas mengambil duit pencen dari kerajaan tanpa perlu bersusah payah ke Pekan Gemas juga Rompin, di tambah pula warga emas yang usur ianya amat baik kepada mereka.

Kami berharap ada satu daya usaha yang bersepadu untuk pihak -pihak tertentu membantu kami agar di dirikan sebuah mesin ATM di kawasan Pekan Felda Pasir Besar akan tercapai. Tempat untuk mendirikan mesin ATM tiada masalah kerana terdapat sebuah stesen minyak yang besar di sini boleh di letakan di kawasan dalam premis mereka bagi menjamin keselamatan mesin ATM berkenaan.

Kami penduduk mengharapkan keluhan kami di sini di ambil tindakan, bagi kami jika kami di bantu untuk mendapatkan kemudahan yang kami amat perlukan pasti kami akan tetap menhargainya malah akan membantu siapa yang sudi membantu kami di masa akan datang.

Sumber : http://saparsutir66.blogspot.com/2012/03/peneroka-felda-pasir-besar-mohon-mesin_10.html

DUN Kota, kawasan Umno paling selamat di N.Sembilan

Posted: 10 Mar 2012 07:44 PM PST


Oleh : BGS PAS N.Sembilan

Berdasarkan statistik Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dan ke 12 pada tahun 2008, DUN Kota dalam kawasan Parlimen Rembau adalah merupakan kawasan paling selamat Umno di Negeri Sembilan. 3 DUN lain yang paling selamat untuk Umno di Negeri Sembilan ialah DUN yang mempunyai ribuan pengundi pos tentera dan polis iaitu DUN Bagan Pinang, DUN Gemas dan DUN Serting. Ketiga-tiga DUN yang begitu ramai pengundi pos ini termasuk DUN Kota (yang pengundi posnya kurang 100 orang) yang ditandingi oleh PAS, juga merupakan DUN paling selamat untuk Umno di atas kertas, sudah pasti menjadi rebutan pihak Umno untuk menjadi calon semasa pilihanraya.

Apabila DUN Kota ini menjadi DUN paling selamat untuk Umno, maka secara tidak langsung permasalahan utama rakyat di kawasan ini tidaklah menjadi perhatian utama pimpinan pusat dan negeri.

Ini terbukti apabila terdapat sebuah Projek Perumahan yang terbengkalai di Lubuk China dalam DUN Kota sejak tahun 2005, sehingga kini belum dipulihkan. Maklumat lanjut Projek Perumahan yang terbengkalai ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html

Ura-ura pembinaan UiTM (kemungkinan di Chengkau) dalam DUN Kota semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, akhirnya kini tidak menjadi kenyataan. Maklumat lanjut pembinaan UiTM di Parlimen Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

Semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, calon PAS, Azhar Ibrahim tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 23.62% undi.

Manakala pada Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004, calon PAS, Zainal bin Jinin juga tewas dengan majoriti 4601 undi dengan hanya memperolehi 21.58% undi.

Sekiranya PAS bertanding 14 kerusi DUN di N.Sembilan , secara teknikalnya PAS hanya bertanding 10 kerusi DUN, apabila 4 DUN di atas dikategorikan DUN paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.

Untuk Pakatan Rakyat memenangi 4 DUN tersebut, maka suatu usaha yang luar biasa oleh semua pihak haruslah dilakukan. Jika tidak , permasalahan para pengundi di DUN tersebut tidak akan mendapat perhatian oleh pimpinan di peringkat negeri dan pusat.

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Mar 2012 10:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


WARGA EMAS DISANTUNI DAN DIHARGAI

Posted: 10 Mar 2012 03:42 PM PST









Isteri YB Dr Rani, Puan Afidah Anum bt Moghni telah membantu suami beliau menyampaikan sumbangan dana kepada warga-warga emas di Pekan Meru.


Memandangkan kesibukan Dr Rani yang penuh jadual nya menghadiri berbagai mesyuarat bersama jabatan kerajaan, majlis dialog bersama rakyat dan program ziarah, maka beliau bergantung juga kepada khidmat isterinya bagi membantu menyelaraskan tugasan-tugasan lain.


Bagi masyarakat Meru, samaada dari golongan bangsa Melayu, Cina dan India, kehadiran dan penglibatan Puan Hjh Afidah Anum bukanlah perkara baru, malah mereka sudah biasa bermesra dan mengenalinya.









DUN BUKIT PAYONG

Posted: 11 Mar 2012 04:41 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Konsert BIG JAM 2012: Sejauh mana mendidik jiwa?

Posted: 10 Mar 2012 10:02 AM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) terpanggil untuk mempersoalkan sejauhmana sebenarnya Kerajaan Negeri Terengganu serius dan mengambil berat dalam menangani permasalahan sosial yang melanda anak-anak muda di Negeri Terengganu pada hari ini.

[Gambar - Konsert Monsson Cup di Dataran Shahbandar Tahun 2007 ]

DPPNT melihat akhir-akhir ini pelbagai program berbentuk Konsert Hiburan diadakan hampir di seluruh negeri. Terbaru BIG JAM 2012 yang akan diadakan pada 10 Mac ini di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Penganjuran sesebuah konsert, bukanlah menjadi satu kesalahan. Malah jika kena dengan caranya, ianya boleh mendatangkan manfaat.

Bagaimanapun, berkenaan dengan BIG JAM 2012 ini, DPPNT melihat ianya hanya bertumpu kepada hiburan semata-mata. Malah dibimbangi menjurus kepada hiburan melalaikan memandangkan konsert ini bermula seawal jam 2 petang dan berakhir sehingga jam 12 malam. Di sana juga dibimbangi berlaku pergaulan bebas, pendedahan aurat, perlakuan sumbang dan sebagainya.

Kita baru sahaja meninggalkan 'bulan Maulud'. Hampir setiap hari di sana-sini berselawat, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berarak. Pelbagai sepanduk, kain rentang diusung bagi menunjukkan semangat. Semuanya dilakukan bagi menunjukkan cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W. Apakah cinta dan kasih kita sebagai Umat Muhammad hanya untuk sebulan?

DPPNT juga mempersoalkan sejauh mana garis panduan sesuatu program hiburan dibenarkan diadakan di Negeri Terengganu. Apakah tiada peraturan yang boleh mengawal atau memandu sesuatu program hiburan yang ingin diadakan supaya lebih bermanfaat dan lebih sihat untuk dinikmati?

Akhirnya, DPPNT mencadangkan supaya program-program umum yang melibatkan kehadiran muda-mudi seperti konsert ini diasingkan tempat penonton lelaki dan wanita. Ini bagi mengelakkan pergaulan bebas dan memastikan wanita yang hadir dapat menjaga dirinya dari diambil kesempatan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Muhammad Zaidan Abdullah
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan