Jumaat, 24 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 24 Feb 2012 03:27 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Maklum bakal calon lebih awal

Posted: 23 Feb 2012 05:47 AM PST

Petikan Sinar Harian :

KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Bakar mengesyorkan mana-mana individu yang akan dicalonkan atau digugurkan perlu diberitahu lebih awal bagi mengelak perkara tidak diingini dalam parti.

Beliau berkata, ia juga boleh me­ngelakkan perkara sama yang pernah berlaku kepada beliau apabila mendakwa pernah ditipu oleh bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh ketika pengumu­man calon pada pilihan raya umum lepas.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Marang pada waktu itu dimaklumkan Idris bahawa semua Ketua Umno Bahagian akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), sebaliknya lain yang berlaku apabila nama beliau dan beberapa ketua Umno bahagian lain tidak tersenarai ketika pe­ngumuman calon Februari 2008.

"Saya bukannya sedih kerana tidak dicalonkan pada waktu itu sebaliknya diberitahu bahawa semua Ketua Umno Bahagian akan dicalonkan. Begitu juga sehari sebelum pengumuman calon, kita dimaklumkan perkara yang sama bahkan turut meminta gambar.

"Cara itu menipu dan kita tertipu lainlah kalau diberitahu awal-awal kita tidak bertanding. Tidak menjadi calon tidak me­ngapa tetapi cara dia (Idris) buat, sepatutnya diberitahu awal-awal.

"Apabila diumumkan begitu, semua orang marah, penyokong kita juga mahu tahu sama ada kita mempunyai rekod buruk atau sebaliknya," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Antara Ketua Umno Bahagian lain yang tidak dicalonkan pada waktu itu ialah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pengundi Luar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Umno Terengganu berkata, jika dimaklumkan awal sama ada digugurkan atau dicalonkan, ia dapat memastikan kedua-dua pihak memberi komitmen yang baik demi kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagi bakal calon, katanya, sudah tentu ia mempengaruhi persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan dalam usaha melawan musuh parti.

"Memilih calon pun memerlukan transformasi dan perlu diberitahu awal-awal supaya mereka bersedia dari semua aspek. Kalau diberitahu dalam masa singkat, dibimbangi mereka tidak bersedia," katanya.

Bagi calon yang akan digugurkan, beliau berkata, individu terlibat juga perlu dijelaskan lebih awal supaya mereka tidak berasa dianiaya selain memberi peluang memujuk diri kerana beliau percaya segelintirnya tidak dapat menerima hakikat tersebut.

"Mereka patut diberitahu lebih awal supaya dapat menerima hakikat tidak dicalonkan dan diberi masa supaya dapat menyokong calon lain. Tempoh yang masih panjang sesuai untuk muhasabah diri, membelai diri, memujuk diri dan menerima hakikat mereka tidak dicalonkan," katanya.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 24 Feb 2012 03:26 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


'beras' JATI 'ditaja'

Posted: 24 Feb 2012 02:37 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Feb 2012 01:31 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Wajah Pemuda Pakistan Yang Didakwa Larikan Nurul Zakiah

Posted: 24 Feb 2012 01:00 AM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Nurul Zakiah telefon keluarga

KUALA LUMPUR - Remaja hilang yang didakwa terkena ilmu pengasih Pakistan, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, telah menghubungi keluarganya kelmarin untuk menegaskan bahawa dia melarikan diri kerana ingin hidup berdikari.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Azman Saad, 51, yang turut memberitahu, Nurul Zakiah telah menghubunginya kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin untuk menyatakan perkara tersebut kepadanya.

Selain itu, dia memberitahu, anaknya itu turut merayu agar dia menarik semula laporan polis yang telah dibuat berkenaan kehilangannya sejak 14 Februari lalu.

"Dia menceritakan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kekasihnya itu dan dia kini berhasrat untuk bekerja dan hidup sendiri," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan tentang ahli keluarga Nurul Zakiah yang merayu agar dia pulang selepas disyaki lari dari rumah kerana mengikut Samer Khan atau nama sebenarnya, Arsad Mohd., 20-an apabila cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Kuala Langat itu dikatakan telah terkena ilmu pengasih lelaki Pakistan tersebut hingga menyebabkan dia mula berbohong dan melawan cakap orang tua.

Mengulas lanjut, menurut Azman, walaupun hanya berbual selama seminit, dia berjaya mendapatkan nombor telefon bimbit baharu anaknya. -kosmo

Isu Kes Helmi: UMNO Lakukan Apa Saja Untuk Malukan Elizabeth & PKR

Posted: 24 Feb 2012 12:40 AM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Umno dan Hilmi: Melakukan apa jua untuk memalukan Eli Wong dan PKR

Seperti yang dijangka, Umno kini sedang memfokus kepada Elizabeth Wong, Ahli dewan undangan negeri Selangor yang dihormati dan cuba memalukan beliau dengan menggali fakta mengenai hubungan sulit beliau dengan Hilmi Malek, bekas teman lelakinya yang telah bersetuju untuk membuat temuramah eksklusif dengan surat khabar Umno walaupun mendakwa bahawa diri beliau dalam bahaya.

"Adalah sangat pelik kerana Hilmi sepatutnya dikehendaki di Malaysia dan dia dijumpai di Indonesia. Kenapa pihak berkuasa Malaysia tidak meminta pihak berkuasa Indonesia menghantarnya balik?" beritahu timbalan presiden Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Menjadikan Eli dan PKR sebagai target

Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan episod ini. Mula-mula sekali, tidak banyak yang Hilmi boleh buat untuk menjatuhkan Eli, mungkin hanya dengan memalukan Eli dan PKR dari segi politik.

Beliau telah meletak jawatan semasa skandal itu terbongkar pada 2009 tetapi disebalik protes daripada rakyat kawasan yang menyukai beliau disebabkan dedikasi serta kerja keras yang dicurahkan beliau, pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Wan Azizah telah meminta beliau mengekalkan jawatan.

Selepas bercuti satu bulan untuk pulih daripada terkejut dan trauma, Eli tidak lagi memandang ke belakang. Beliau telah menyumbang kepada Perakuan Kebebasan Maklumat pertama di negara. Semasa peristiwa bersejarah PKR, pemilihan satu undi satu ahli , beliau telah memenangi jumlah undian terbanyak dalam merebut kerusi majlis tertinggi.

Baru-baru ini, beliau telah memulakan kempen terhadap Syabas yang dikawal oleh ahli perniagaan kaya Umno, Rozali Ismail. Jadi tidak sukar untuk mengesan daripada parti mana musuh beliau. Eli memegang portfolio pelancongan, hal ehwal pengguna dan persekitaran dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini beliau pernah bertelingkah dengan rakan sekerjanya yang dipecat, Hassan Ali yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Membuatkan lelaki Melayu nampak 'murah' di mata dunia

Musuh beliau akan kecewa sekiranya mereka berharap dapat menjatuhkan beliau daripada konstitusi Bukit Lanjan. Beliau semakin popular kini. Lagipun, tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya pada penipuan lelaki sepeti Hilmi yang orang Melayu sendiri anggap merosakkan imej lelaki Melayu.

"Inilah masalahnya dengan orang Umno. Mereka tidak pernah berfikir panjang dan menyedari bahawa tindak-tanduk mereka itu akan merosakkan maruah bangsa Melayu sendiri. Lihat sahaja cara mereka memburu Anwar. Anwar adalah antara sebilangan kecil pemimpin Melayu yang berbakat. Beliau mampu menarik perhatian dunia. Orang penting seperti Al-Gore pernah keluar daripada majlis makan malam rasmi demi menunjukkan sokongan kepadanya tetapi orang yang cemburu seperti Mahathir dan Najib melemparkan fitnah liwat ke atasnya. Mereka memburukkan bangsa mereka sendiri untuk kuasa politik," ujar pemerhati veteran PKR Eddie Lee kepada Malaysia Chronicle.

Sama juga dengan Hilmi. Dia seperti seperti manusia bodoh dan sama ada dia mendedahkan gambar-gambar itu atau tidak, dia akan kelihatan seperti seorang lelaki tidak bermaruah. Membuka pekung sendiri. Eli sangat bijak dan berkuasa manakala dia, seorang lelaki Melayu yang perlu jual gambar untuk wang. Inilah yang dirasakan oleh orang ramai dan inilah yang akan menjadi anggapan terhadap lelaki Melayu – 'jualan murah' –berterima-kasihlah pada Umno.

Eddie merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad dan perdana menteri Najib Razak yang kedua-duanya telah melemparkan tuduhan liwat terhadap Anwar untuk menamatkan kerjaya politik Anwar.

Melodrama yang tidak masuk akal

Menurut Kosmo, akhbar berbahasa Melayu yang mewawancara Hilmi di Batam, Indonesia, bekas pekerja PKR itu mengakui pernah mempunyai hubungan intim dengan Eli tetapi menyangkal dakwaan yan dia membocorkan gambar-gambar Eli yang terdedah dan sedang tidur kepada akhbar yang dikuasai Umno seraya memulakan skandal itu pada 2009.

"Saya tak tahu siapa yang bocorkan gambar-gambar tersebut. Yang saya tahu telefon bimbit itu telah lama tiada," ujar Hilmi yang berusia 36 tahun.

Hilmi juga enggan mengatakan jika dia telah mengambil gambar-gambar tersebut tetapi mengakui bahawa kebanyakkan laporan media mengenai kontroversi itu adalah salah.

"Saya tak lari kerana rasa takut. Saya tak mahu mengeruhkan situasi. Saya juga tak mahu jadi bahan sarkas politik," ujarnya lagi.

Kini sudah 3 tahun berlalu. Mengapa pergi begitu lama dan kenapa khabar angin mengatakan dia bimbang akan nyawanya. Sememangnya jelas bahawa ada lebih dari yang kita nampak mengenai perkara ini dan juga ia angkara Umno.

Selangor kekal sebagai negeri utama yang mahu ditawan semula pada PRU 13 dan PM Najib Razak telah mengumumkan bahawa BN akan melakukan apa jua cara untuk menawannya kembali. Tidak perlulah orang bijak pandai menfasirkannya untuk rakyat.

Perlindungan politik? Kenapa tak balik sahaja?

Hilmi juga ada menyebut beliau mahu memulakan hidup baru dan mancari perlindungan politik di Eropah dan berharap agar polis Malaysia tidak mencarinya.

"Saya mahu mulakan hidup baru," kata beliau.

"Keselamatan saya tidak dapat dipastikan di Malaysia kerana ugutan yang dibuat kepada saya oleh pemimpin Malaysia yang menggunakan saya sebagai umpan politik untuk pihak berkuasa," dia juga ada memberitahu perkata tersebut kepada pegawai imigresen menurut akhbar Indonesia, Detik.

Jika benar kata-katanya itu, sudah tentulah pihak Umno yang mengancam nyawanya dan bukan pihak pembangkang. Ini kerana, pembangkang akan cuba menutup mulutnya dan apa yang dia perlu buat ialah kembali dan menyerah diri kepada pihak polis. Tiada sebab dia berada dalam ketakutan kecualilah musuhnya itu adalah pihak kerajaan.

Dibayar untuk berbohong?

Alternatif lain adalah dia telah dibayar untuk berbohong untuk memalukan Eli, Kerajaan Negeri Selangaor dan Parti PKR.

"Tidakkah ini mengingatkan kita kepada pita rakaman seks Datuk T terhadap Anwar? Ia sangat bodoh. Ia adalah contoh terbaik politik kotor dan tidakkah melampau untuk mencari perlindungan politik hanya kerana perkara sebegini dan sesuatu yang berlaku pada tahun 2009? Jika Hilmi didapati bersalah, hukumannya sudahpun berakhir. Lihat saja trio Datuk T, mereka bebas dengan sedikit bayaran denda," ujar Eddie.

"Mengenai orang yang mengancam hidupnya, nasihat saya pada Hilmi adalah, balik sahaja dan laporkan kepada polis. Kecualilah jika itu polis Umno, mereka akan mencari Hilmi pula. Saya percaya dia ni menipu selepas menerima sejumlah wang yang besar daripada mereka yang mempunyai sebab untuk memalukan Eli dan Pakatan. Anda boleh teka sendiri siapa mereka itu." -malaysia-chronicle

Nelayan tangkap udang karang gergasi

Posted: 24 Feb 2012 12:25 AM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

AIMEE HAYDEN-Rodriques memegang udang karang gergasi yang ditangkap oleh Robert Malone pada 17 Februari lalu.

ROCKLAND, Amerika Syarikat - Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.

Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.

Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan.

Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. - Agensi

Jawapan Najib Buktikan Beliau PM Untuk UMNO BN Bukan PM Untuk Malaysia

Posted: 24 Feb 2012 12:15 AM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa

Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi.

"Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja.

"Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

"Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa.

Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit.

"Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan.

Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang".

Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno. -mk

Subhanallah! Pokok Kelapa Bercabang Tujuh

Posted: 24 Feb 2012 12:00 AM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai 7 cabang yang agak pelik. Buah pokok kelapa ni pula dikatakan boleh menyembuh pelbagai penyakit. Jom tengok!

Melayukini.net – Subhanallah! Pokok Kelapa Bercabang Tujuh | Biasanya kita akan dapati sebuah pokok kelapa tidak mempunyai cabang. Mungkin secara kebetulan kadang-kadang kita juga boleh nampak pokok kelapa bercabang dua di tepian jalan atau di tepian kampung-kampung.

Tetapi pernahkah anda melihat pokok kelapa yang bercabang tujuh? Betul, ini merupakan satu fakta dan bukan gambar yang telah diphotoshopkan. Sebuah pokok kelapa telah dilihat mempunyai 7 cabang. Kejadian amat pelik berlaku di sebuah kampung di Indonesia. Seorang penduduk yang namanya dirahsiakan berkata pokok kelapa ini sudah 50 tahun berada di situ.

Dia juga turut menambah buah pokok kelapa bercabang tujuh itu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan dapat mengelak dari diganggu oleh makhluk halus. Jom tengok gambar pelik pokok kelapa bercabang tujuh ni.

P/S: Tiada yang mustahil dan pelik dalam dunia ni. Yang pelik dan ajaib ialah semua manusia tahu mereka akan mati tetapi tidak berusaha untuk beramal ke arah kehidupan yang kekal abadi itu. Yang paling penting ialah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah yang dapat membawa kita ke syurga di Hari Akhirat kelak insyaAllah. Wallahualam.

Informasi Malaysia Kini/-

“KARNIVAL ANAK MUDA GENG KITA” TARIK 25 RIBU PENGUNJUNG

Posted: 23 Feb 2012 11:50 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SELAMA 16 feb – 20 feb 12 : Dewan Pemuda Pas Kawasan Larut telah berjaya menarik lebih 25 ribu pengunjung ke Karnival Anak Muda Geng Kita sempena Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut 2012 (TEMPIT 12) di Kg Sg Dendang Kubu Gajah Selama Perak yg berlangsung selama 5 hari bermula 16hb hingga 20hb februari 2012.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato Hj Mahfuz Omar dan berakhir dgn persembahan mantap malam kemuncak dan penutup oleh Man Juara Raja Lawak musim ke 5,Ali XPDC,Akhil Hay,Mp guitarist kumpulan spring dan Bob Lokman. Pada malam ke 3 turut diserikan dgn persembahan Mael XPDC dan Mel Wings.

Pada hari terakhir Konvoi Raksaksa Anak Muda Larut berjaya melibatkan lebih 2 ribu peserta yg menarik perhatian penduduk setempat dengan melambai-lambai dan menunjuk isyarat bagus ke arah peserta sepanjang perjalanan sebagai tanda sokongan kepada Konvoi .

Peserta seterusnya melibatkan diri dalam Himpunan Tanzim Pemuda PAS Larut 2012 (TEMPIT 12) dan seterusnya menerima suntikan semangat perjuangan dari Tuan Hj Mohd Sabu, Ust Idris Ahmad dan Zawawi hasan. Himpunan ini diakhiri dgn ikrar dan bacaan doa wehdah oleh Akmal Kamarudin selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut

"Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk menarik lebih ramai anak muda menyokong kita"kata Nazri Din selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Larut

Penceramah lain yg terlibat dlm menjayakan program terbesar dalam sejarah Larut ini ialah Yb Dato Saifudin nasation,Cikgu Bard, Yb Zailah, Sdr salman Saleh

Qahar
Unit Berita Pas Larut/-

Bayi antara tiga terbunuh dalam kemalangan berasingan di Perak

Posted: 23 Feb 2012 11:40 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH: Seorang pelajar sekolah dan seorang bayi adalah antara tiga orang yang terbunuh dalam kemalangan berasingan di Perak semalam.

Pemangku Ketua Polis Trafik negeri DSP Mohamad Roy Suhaimi berkata dalam kejadian di km 67 Jalan Tapah-Kuala Lumpur dekat Bidor pada 7.45 malam, Mohamad Khairul Anuar Zuri, 13, pelajar Sekolah Menengah Seri Bidor, terbunuh selepas dilanggar lori ketika terjatuh dari basikalnya.

"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian di Hospital Tapah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian di Taiping pada 1.30 petang, bayi berusia 11 bulan, Sara Khadijah Mohd Shahzrul Nazrin, meninggal dunia di Hospital Taiping selepas kereta yang dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di km 2.4 Jalan Taiping-Sepetang.

Bapanya Mohd Shah Nazrin, 35, dan ibunya Nurul Aini Abdullah, 34, cedera di kepala dan kaki dan mereka turut dirawat di hospital yang sama.

Keluarga itu berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian di Kuala Kangsar pada 8.40 malam tadi, Muhamad Badrul Hisham Mohd Khairuddin, 24, terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta apabila motosikal yang ditungganginya terbabas ketika dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Lenggong. -- BERNAMA

Kereta mewah terbakar

Posted: 23 Feb 2012 11:36 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MELAKA TENGAH - Sebuah kereta mewah musnah dalam kebakaran di sebuah rumah teres, dekat Taman Asean, di sini, awal pagi semalam.

Kereta jenis Nissan Skyline yang diletakkan di laman rumah seorang pengurus sebuah pusat servis kenderaan, B Murugan, 33, terbakar selepas bahagian hadapan rumah tersebut terbakar kira-kira jam 4.30 pagi.

Murugan bagaimanapun berkata, dia bersyukur ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berada di Johor Bahru, sementara isteri dan anaknya di Seremban.

"Saya baru dua bulan bekerja di Johor Bahru dan terkejut dimaklumkan kejadian ini oleh jiran yang menghubungi saya jam 5.30 pagi.

"Walaupun kereta bernilai RM200,000 musnah namun saya bernasib baik kerana saya sekeluarga selamat," katanya.

Sementara itu, jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Teh, 40, berkata, sebelum kejadian dia terdengar bunyi salakan anjing lalu keluar dan terlihat dua lelaki bermotosikal melepasi rumah Murugan.

"Saya sangka ada pencuri selepas terdengar bunyi letu­pan. Saya segera keluar sebelum terhidu bau asap dan terkejut melihat api di baha­gian hadapan rumah mangsa.

"Saya cuba memadamkan api dengan dibantu jiran yang sempat saya kejutkan mereka selepas melihat api dan asap hitam, di rumah mangsa" katanya.

Teh berkata, mereka kemudian berhenti memadamkan api pada kereta yang dipercayai bermula dari ba­hagian hadapan selepas mendengar bunyi beberapa letupan.

"Bagaimanapun kami bernasib baik kerana api tidak merebak ke rumah lain dan bomba tiba 15 minit kemu­dian," katanya.

Ketua Polis Daerah Me­laka Tengah, Asisten Komi­sioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

"Pemeriksaan awal, kami percaya terdapat unsur khianat. Justeru, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya.

Sinar Harian

Tiga pelajar antara 10 ditahan terbabit pecah rumah di Kangar

Posted: 23 Feb 2012 11:32 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KANGAR - Tiga pelajar, seorang daripadanya berusia 16 tahun, adalah antara 10 lelaki yang ditahan polis kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kesemua mereka ditahan dalam beberapa operasi dari 13 hingga 21 Feb lepas.

Suspek yang dipercayai anggota 'Geng Kola' berusia antara 16 dan 27 tahun, dengan lima daripadanya diuji positif dadah, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Kami masih mengesan tiga lagi anggota kumpulan yang masih bebas berumur antara 19 tahun dan lewat 20-an," katanya.

Beliau berkata hasil penangkapan itu juga polis menemui semula empat unit komputer riba, satu komputer netbook, lima telefon bimbit yang dipercayai dicuri kumpulan terbabit.

Abdul Rahman berkata kesemua mereka yang ditahan juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dengan penangkapan ini juga polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah dan curi di daerah ini, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi, serta Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menolong menyembunyikan harta curi.- Bernama

Sinar Harian

Kenapa Aku Baling Kasut Kepada Panel Hakim... - Imam Hosnan

Posted: 23 Feb 2012 11:30 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Imam: Baling kasut tanda 'kehakiman rosak'

Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

Berbeza dengan sudut lain di masjid berkenaan, sebahagian daripada dinding sudut berkenaan diwarnakan dengan warna hijau.

Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.

Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.

Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.

'Saya hanya seorang imam'

Ketika ditemui, Hoslan menimbulkan semula dakwaan tersebut, yang turut dikemukakannya ke mahkamah Rabu lalu.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.

"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.

Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.

Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.

Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.

Tidak berpakaian rasmi

"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.

Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.

Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.

"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi. -mk

Pemilik Kedai Gambar Ditahan Berhubung Penjualan Sijil Cuti Sakit Palsu

Posted: 23 Feb 2012 11:25 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHARU: Polis berjaya membongkar kegiatan penjualan sijil cuti sakit palsu di bandar raya ini selepas menahan seorang pemilik kedai gambar di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berumur 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang selepas polis bertindak atas satu maklumat berhubung kegiatan itu.

"Pemeriksaan di dalam premis itu menemui 10 keping sijil cuti sakit yang disyaki palsu dalam poket seluar suspek, 162 keping sijil cuti sakit yang disyaki palsu dalam pejabat kedai itu dan 13 cop getah atas nama 13 orang doktor hospital kerajaan.

"Turut ditemui beberapa peralatan yang dipercayai diguna untuk membuat sijil cuti itu termasuk tiga komputer, satu komputer riba, mesin cetak, pemotong kertas dan kertas bersaiz A4 berwarna kuning," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Khamis.

Mohd Mokhtar berkata siasatan mendapati kegiatan membuat sijil cuti sakit itu dilakukan sejak setahun lepas dengan menjualnya pada harga RM25 sekeping termasuk kepada rakyat negara ini yang berkerja di Singapura.

Beliau berkata lelaki terbabit hanya menyediakan sijil cuti sakit berserta cop doktor itu manakala butiran maklumat pesakit serta tarikh cuti diisi sendiri oleh mereka yang membelinya.

"Semakan terhadap 13 cop itu mendapati enam daripadanya adalah nama pegawai perubatan yang masih bertugas di hospital kerajaan di sekitar bandar raya ini manakala tujuh lagi sudah berpindah ke hospital lain.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan surat bagi tujuan menipu dan Seksyen 471 kanun yang sama kerana menggunakan suratan pemalsuan sebagai tulen," katanya.

Sementara itu, Mohd Mokhtar mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kegiatan menjual perlawanan bola sepak ketika Johor FC menentang Perlis pada saingan Piala Presiden, di Stadium Pasir Gudang, Khamis lepas.

Beliau berkata laporan polis dibuat Setiausaha Kelab Johor FC, Sabtu lepas dengan mendakwa perlawanan terbabit telah diatur.

"Polis menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk tindakan susulan dan dalam masa yang sama polis sedang mengenalpasti dalang yang terlibat dalam kegiatan itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM JOhor Simi Abdul Ghani ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan itu, namun enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

7 kaki judi kantoi dengan penguat kuasa Jaij

Posted: 23 Feb 2012 11:20 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KLUANG - Seramai tujuh kaki judi yang sedang leka menulis nombor pertaruhan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Kluang dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar bandar ini, petang kelmarin.

Kesemua kaki judi berjaya di tahan oleh pihak penguat kuasa Jaij dalam 'Ops Nombor' yang mensasarkan pusat nombor ekor di kawasan bandar Kluang dan Taman Intan, di sini.

Ketua Unit Penguat kuasa Jaij daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, sewaktuditahan, semua kaki judi sedang leka menulis nombor dan ada yang sedang beratur untuk membeli nombor.

Menurutnya, tangkapan yang dibuat itu berdasarkan aduan daripada orang ramai kepada pejabat agama yang mengatakan ramai orang Islam terlibat dalam aktiviti membeli nombor ekor tanpa ada rasa segan silu.

"Walaupun telah tertera larangan dan peringatan kepada masyarakat yang beragama Islam di setiap kedai nombor ekor namun, mereka tetap melakukannya dan seolah-olah tidak melihat larangan tersebut.

"Walau bagaimanapun, sewaktu kesemua kaki judi ditahan kebanyakan mereka memberikan alasan tidak perasan papan larangan yang digantung di kedai nombor berkenaan", katanya kepada Sinar Harian.

Anuar berkata, ada di antara yang ditahan boleh digelar datuk kerana usianya sudah tua namun, masih juga terlibat dalam aktiviti membeli nombor ekor itu.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh keluarga masing-masing dan mereka juga
dikehendaki melapor semula ke Pejabat Agama daerah Kluang.

"Kesemua yang ditahan adalah dalam lingkungan umur 33 hingga 57 tahun dan mereka akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khalil menasihatkan agar masyarakat Islam menghindari gejala tidak sihat itu.

Sinar Harian

Bunyi kera sebagai petanda rumah dimasuki pencuri

Posted: 23 Feb 2012 11:18 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MELA, LIPIS - "Ketika kejadian pecah ­rumah, bunyi kera bersahutan dari arah kebun getah di belakang rumah dan saya mulai tidak sedap hati apabila telefon bimbit sudah tiada di ­sebelah saya."

Demikian kata mangsa pecah rumah, Mohd Safri Salleh, 32, ketika menceritakan detik awal kejadian pecah rumah yang berlaku di rumahnya kira-kira jam 3 pagi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama kakaknya, Rafizah Salleh, 42, berserta dua anak Rafizah, Nurul Hanis Mohd Faizal, 10, dan Nur Khairunnisha Mohd Faizal, 12, tidur di bahagian ruang tamu rumah ­manakala ibu mereka, Rosnah Mohammad, 73, tidur di bilik belakang.

"Saya tersedar kira-kira jam 3 pagi untuk menarik selimut kerana berasa sejuk. Ketika itu, saya juga mencari telefon bimbit yang biasanya diletakkan di bawah bantal ketika ­tidur namun tidak menjumpai ­telefon tersebut.

"Saya kemudian membuka suis lampu ruang tamu untuk mencari dengan lebih jelas. Dalam masa sama, Rafizah tersedar dan turut mengadu telefon bimbit yang diletakkan di ­bawah bantal turut hilang," katanya, di sini, semalam.

Mohd Safri berkata, dia ber­tindak menghubungi telefon bimbitnya menggunakan telefon rumah.

"Setelah mendail, saya terdengar nada dering telefon bimbit saya dari arah luar rumah, lantas saya melulu ke luar rumah dan mendapati ­seorang pencuri melarikan diri ke arah kebun getah di belakang rumah saya," katanya.


Hilang barang kemas, wang tunai

Sementara itu, Rafizah berkata, suspek menanggalkan cermin tingkap di bahagian rumah tamu bagi memudahkannya masuk ke dalam rumah.

"Suspek masuk ke dalam bilik saya dan mengambil dua rantai serta sepasang subang emas berserta tunai RM100 yang diletakkan di dalam almari.

"Kemudian, suspek masuk ke ­dalam bilik ibu saya di bahagian belakang rumah dan mengambil ­sebentuk cincin emas berserta tunai RM100," katanya.

Rafizah berkata, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit ­milik anaknya yang diletakkan di rak televisyen berserta dompet milik Mohd Safri.

"Setelah mengambil barang ­berharga, dia keluar dari rumah ­melalui pintu belakang.

"Dompet Mohd Safri ditemui ­semula di bahagian luar rumah namun tunai berjumlah RM47 ­dilarikan pencuri," katanya.

Mangsa membuat laporan di IPD Lipis pagi kelmarin.


Rugi lebih RM10,000

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa ­mengalami kerugian lebih RM10,000 dan ­menolak kemungkinan mangsa dipukau.

"Sehingga kini, kami masih ­menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pencuri terbabit," katanya.

Abdul Razak berkata, penduduk dinasihatkan membuka lampu di ­rumah bagi ­memudahkan penglihatan jiran ­tetangga sekiranya rumah mereka dihampiri individu yang mencurigakan.

"Jangan terlalu berjimat cermat untuk tidak membuka lampu di ­kawasan rumah. Selain itu, penduduk dinasihatkan supaya membina pagar di kawasan rumah masing-masing bagi menyukarkan perompak memecah masuk rumah.

"Penduduk juga dinasihatkan ­supaya tidak menyimpan wang tunai dan barang kemas terlalu banyak di rumah. Mereka perlu memberitahu jiran tetangga dan polis sekiranya ­ingin pulang ke kampung," katanya.

Sinar Harian

Lelaki Tanam Kamera Pada Kepala

Posted: 23 Feb 2012 11:15 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Lelaki Iraq bernama Wafaa Bilal yang juga profesor fotografi di New York University's Tisch School of Arts, ini ingin merakam kehidupannya dari dua sisi sekaligus dan munculah idea tak masuk akal, menempatkan dan melekatkan kamera pada tengkorak kepala??

Tapak kamera dipasang menggunakan bahan diperbuat dari titanium di belakang kepalanya. Dengan itu, ia dapat merekam gambar video secara 'real time' semua perkara dan visualiti yang berada di sekelilingnya.

Kamera yang terpasang melalui operasi pada Desember 2010 itu, mampu mengambil sebuah gambar dalam satu minit. Kamera yang sama juga berfungsi sebagai penanda GPS.

Menurut Wafaa, hal ini tetap dilakukan demi kecintaannya terhadap seni. Semua gambarnya akan dijadikan sebuah persembahan berupa seni kontenporeri di Muzium Seni Doha, Qatar.

Walaupun mengakui operasi pemasangan di sebuah salon body piercing sangat menyakitkan, Wafaa gembira kerana dapat merakam visual kehidupan sehariannya.

"Bila mengingat peristiwa yang terjadi di kota Najaf yang penuh bom ketika kami menyelamatkan diri, saya sangat teringin untuk merakamnya," katanya dipetik BBC News."

Namun kaedah lelaki Iraq ini terhenti setelah sebulan lebih menjalankan misinya. Tubuhnya tidak boleh menerima alat kamera tersebut. Pada 3 Februari 2011, doktor melakukan operasi membuang set kamera tersebut kerana menimbulkan risiko kesihatan. Menurut doktor lagi, pemasangan kamera tersebut menyebabkan gangguan dan rasa sakit walaupun diubati dengan antibiotik dan steroid.

Wafaa tidak menyerah kalah, dia menyatakan di laman webnya WafaaBilal.com bahawa akan segera menggunakan kamera lain setelah sihat semula. Namun kali ini dia akan menggantungkan kamera bertali pada lehernya yang mana fungsinya tetap sama, boleh mengambil gambar dan merakam video.

edidikini

Treler papan tanda keropok lekor jadi tanda tanya

Posted: 23 Feb 2012 11:14 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Kehadiran sebuah treler diletakkan di tepi jalan dengan papan tanda keropok lekor di Jalan Beserah-Kemaman menimbulkan tanda tanya apabila hampir sebulan di parkir di situ.

Seorang pengguna, Mubin Othman, 45, berkata, dia sering melalui jalan tersebut hairan melihat treler tersebut tidak pernah beralih dari tempat itu.

Menurutnya, ia seolah-olah dijadikan sebagai tempat menggantung papan tanda keropok lekor bagi kedai berdekatan.

"Situasi tersebut bukan sahaja menjadi tanda tanya, tetapi lebih penting adalah keselamatan pengguna lain.

"Keadaan ini berbahaya terutama pada waktu malam dan pemilik treler terbabit tidak sepatutnya meletakkan kenderaan berat di situ untuk tempoh yang lama," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Beserah Darat, Hasan Stapa berkata, pihaknya tidak dapat mengesan pemilik treler terbabit namun memohon supaya mengalihkannya demi keselamatan orang ramai.

Katanya, ada pihak yang seolah-olah mengambil mudah soal tersebut dengan meletakkan papan tanda keropok lekor.

"Ia bukan sesuatu yang relevan jika hendak membuat promosi kepada produk dijual.

"Saya harap, perkara tersebut akan di ambil perhatian oleh pihak berkenaan secepat mungkin," katanya.

Sinar Harian

Syor debat Umno P Pinang dengan Melayu DAP

Posted: 23 Feb 2012 11:11 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini debat yang diadakan adalah lebih kepada soal transformasi ke atas masyarakat Cina di negara ini. Ianya lebih berkisar kepada soal pentadbiran oleh MCA di peringkat pusat dan Parti DAP sebagai peneraju Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada usia 63 tahun Parti MCA wujud sudah pasti banyak sejarah telah dikecapi sepanjang bersama Kerajaan Barisan Nasional jika hendak dibandingkan dengan Parti DAP yang baru memasuki tahun ke 4 menjadi peneraju Kerajaan Negeri. Tentulah begitu banyak masa diperlukan untuk menyelami permasalahan integriti kaum terutamanya kaum Cina. Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yakin masyarakat Cina di Malaysia sudah boleh membuat perbandingan demi masa depan mereka di negara ini.

Pihak KMPP juga berpandangan bahawa sudah ada keperluan bagi pemimpin- pemimpin Melayu di negara ini turut mengadakan debat yang sihat berkenaan bagi memperjelaskan hala tuju politik orang-orang Melayu di negara ini. Dilihat sudah terlalu banyak permainan politik murahan yang akhirnya merugikan orang-orang Melayu sendiri. Isu fitnah memfitnah sesama pemimpin Melayu atas anjakan politik tidak langsung ada titik noktah bahawa orang-orang Melayu akan maju dalam negara ini yang telah diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.

Hari ini KMPP mencadangkan atas nama politik dan ekonomi orang Melayu pada masa hadapan agar satu sesi debat diadakan secara langsung di antara pemimpin UMNO Pulau Pinang dan pemimpin Melayu dari parti DAP negeri ini. Cadangan ini dianggap realistik terutamanya di Pulau Pinang di mana oran- orang Melayu di negeri ini berada di dalam situasi "LIMBO" apabila Barisan Nasional tidak lagi berkuasa dan apakah perancangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP untuk orang-orang Melayu di negeri ini. Apakah pemimpin Melayu dalam DAP dianggap sebagai boneka? Isu DAP Melayu sedang memuncak menjelangnya PRU-13 nanti.

Lanjutan dari kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bahawa UMNO negeri ini sudah bersedia dan yakin untuk merampas empat kerusi parlimen dan tigabelas kerusi dewan undangan negeri. Ini bermakna bahawa mereka begitu yakin sokongan orang-orang Melayu di negeri ni sudah meningkat dan pada waktu yang sama parti DAP begitu serius untuk menempatkan calon-calon Melayu di negeri ini bagi menghadapai PRU13 nanti. Justeru itu cadangan dan desakan KMPP untuk mereka berdebat adalah bertepatan pada masanya semoga hala tuju dan masa depan orang-orang Melayu di negeri ini dapat diterjemahkan melalui sessi debat berkenaan.

Kesinambungan dari desakan tersebut pihak KMPP mencadangkan agar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman sendiri mewakili UMNO negeri Pulau Pinang berdebat dengan seorang pemimpin veteran Melayu DAP Pulau Pinang. Oleh yang demikian diharapkan desakan ini akan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak demi melaksanakan pelan transformasi pada orang-orang Melayu Pulau Pinang dan debat tersebut mestilah tanpa sebarang syarat dan diadakan di Pulau Pinang.

Diharapkan akan ada penganjur yang sudi menganjur sessi berdebat tersebut. Namun jika tiada pihak penganjur yang berminat maka pihak KMPP sanggup untuk menganjurkannya. Akibat dari debat antara UMNO dan pemimpin DAP Melayu nanti maka dalam situasi sihat dapatlah dihuraikan hala tuju perancangan politik dan ekonomi orang-orang Melayu nanti.

Harakah Daily

Pentadbiran angkuh Najib jatuhkan lagi imej korup negara

Posted: 23 Feb 2012 11:10 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS yakin, pentadbiran angkuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjatuhkan lagi indeks persepsi korup negara.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, tindakan kerajaan PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah ke kemuncak keangkuhan kerajaan BN dalam mengurus kewangan negara.

Tindakan ini telah menambahkan keburukan yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal dan yang paling mutakhir adalah skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menurut beliau, Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib.

Ia tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan.

Ini kerana, kerajaan Najib-BN terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32% kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

"Mahathir masih punya pelbagai 'tengkorak' atau 'skeleton' yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, malang sekali," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Harakah Daily

Muslimat jangan bimbang sertai Himpunan Hijau 2.0

Posted: 23 Feb 2012 11:08 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru seluruh wanita Malaysia agar tidak bimbang dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang dilihat seolah-olah cuba menyekat Hiimpunan Hijau 2.0 di Padang MPK, Kuantan, Ahad ini.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi sebaliknya berkata, wanita dari seluruh negara harus tetap dengan pendirian menyokong himpunan tersebut sebagai tanda membantah projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

"Tindakan kerajaan negeri memagar padang dan sebagainya merupakan aksi biasa seperti yang berlaku menjelang perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

"Agenda mereka memang untuk menakut-nakutkan rakyat dan agenda kita pula memberi maklumat dan kesedaran kepada rakyat. Jadi wanita jangan takut," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau menyeru seluruh wanita di seluruh negara turun beramai-ramai sebagai solidariti bersama rakyat Pahang.

"Dewan Muslimat PAS Pusat menyeru seluruh warga wanita Malaysia yang prihatin khususnya Muslimat PAS di seluruh negara untuk turun ke Kuantan Pahang bagi menyertai Himpunan Hijau 2.0 sebagai solidariti kita bersama rakyat Pahang khususnya di Gebeng Kuantan yang kini dijangka akan berhadapan dengan ancaman radiasi selepas bermulanya operasi Kilang Lynas menjelang September 2012 ini," katanya.

Athirah menambah, solidariti ini tentunya akan membantu rakyat di Pahang untuk berani bangkit menolak pentadbiran yang tidak peka terhadap kehendak dan kekhuatiran rakyatnya sendiri.

"Sekarang berbangkit isu keselamatan dan kesihatan rakayt untuk jangka masa panjang, bukan kepada rakyat Kuantan sahaja tapi melibatkan rakyat seluruh negara.

"Contohnya peristiwa Bukit Merah dahulu, ramai yang menjadi mangsa kesa radiasai. Kita tidak mahu perkara sedih ini berulang," katanya.

Semalam, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertindak memagar padang yang menjadi lokasi perhimpunan yang dijadualkan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir secara aman jam 12 tengahari.

Tiga hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang tersebut.

Harakah Daily

Lynas: Padang MPK atau banjiri jalan raya Kuantan

Posted: 23 Feb 2012 11:06 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai.

"Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai," kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun.

Justeru, ujarnya hasrat Menteri Besar Pahang untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan adalah satu lagi retorik apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan.

Menurutnya, pada peringkat awal iaitu dua hari lalu, sebuah notis telah memberi maklum bahawa MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang yang sama manakala hari ini pula padang tersebut telah dipagar.

Ini, tambahnya tindakan terdesak oleh pihak yang takut akan kebangkitan rakyat khususnya menjelang perhimpunan anti-lynas.

"Tindakan ini juga memberi gambaran betapa Menteri Besar Pahang panik sesudah memberi lampu hijau untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan.

"Di atas penipuan ini juga, rakyat yang akan hadir dalam Himpunan Hijau tidak mempunyai pilihan apabila padang yang sepatutnya cukup untuk memuatkan 20 ribu kehadiran yang dijangka, akan melimpah ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, SAMM memberi kata dua buat kerajaan negeri Pahang sama ada untuk membuka kembali padang MPK(1) atau bertanggungjawab di atas kebanjiran demonstran ke jalan raya seluruh bandar Kuantan selama beberapa jam himpunan berlangsung.

Beliau menambah, jika jalan raya adalah pilihan, sila beri kerjasama dengan menjaga lalulintas dan kawalan trafik.

"Akhir, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat dari seluruh pelosok negara supaya turut sama hadir berhimpun 26 Febuari ini di Kuantan dan beberapa spot lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan pusat janakuasa yang berorientasikan radiasi," ujarnya.

Katanya, semua harus percaya projek Lynas ini bukan hanya masalah untuk rakyat negeri pahang tetapi juga merupakan malapetaka berjangka buat setiap rakyat di seluruh negara.

Harakah Daily

Himpunan Hijau pindah ke Padang MPK 4

Posted: 23 Feb 2012 11:03 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 24 Feb: Himpunan Hijau 2.0 telah berjaya mencapai kata sepakat dengan polis hari ini untuk memindahkan perhimpunan mereka ke padang MPKT 4 Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan.

(Ketua Polis Kuantan menunjukkan syarat yang dikenakan kepada perhimpunan ini. Turut serta adalah jawatankuasa Hijau serta Fuziah Salleh)

Dalam pertemuan antara jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 itu dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi dengan disertai oleh lima wakil Himpunan Hijau.

Antaranya adalah Fauziah Salleh (anggota Parlimen Kuantan), Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

Harakah Daily

Gamis anjur diskusi tentang Syria Ahad ini

Posted: 23 Feb 2012 11:00 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAJANG, 24 Feb: Ekoran krisis yang sedang melanda Syria sekarang, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menganjurkan diskusi isu semasa Syria Ahad ini.

Diskusi yang bertaju Syria : Antara Penindasan dan Kebangkitan akan diadakan di Dewan MPKj (berhampiran sate hj samuri, Kajang) muali jam 8 malam Ahad ini.

Diskusi ini akan membariskan tiga ahli penal iaitu Dr Syed Azman Syed Nawawi (Pen SUA PAS), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial) dan Wakil mahasiswa, Eikhwan Ali.

Diskusi ini terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya.

Harakah Daily

Pencuri sempat minum air

Posted: 23 Feb 2012 10:57 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PASIR PANJANG, Negeri Sembilan – Pencuri yang memecah masuk sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampung Telok Pelandok, di sini, sempat minum air berikutan terdapat cawan dan plastik yang ditinggalkan di dalam bilik snoezelen, iaitu salah sebuah bilik terapi pelatih PDK.

Kejadian yang berlaku malam kelmarin menyebabkan barang pemulihan pelatih dan tunai yang kesemuanya bernilai puluhan ribu ringgit dilarikan pencuri.

Difahamkan, wang yang dicuri itu adalah hasil sumbangan orang ramai melalui tabung kebajikan untuk rumah kebajikan tersebut yang diletakkan dalam tabung khas.

Penyelia PDK Cahaya Murni, Hasnah Samad berkata, dia dimaklumkan keja­dian itu oleh salah seorang gurunya.

Menurutnya, guru terbabit adalah orang pertama yang datang ke PDK untuk sesi persekolahan hari ini (semalam) iaitu sekitar jam 6.45 pagi dan dalam masa sama, terdapat juga seorang pelatih telah tiba.

"Sebaik masuk melalui pintu utama, guru berkenaan kemudian membuka lampu dan terkejut melihat keadaan ruang belajar PDK bersepah, selain almari yang menempatkan alat pemain cakera padat terbuka.

"Guru berkenaan terus keluar dan segera menghubungi saya sebaik merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hasnah berkata, dia adalah orang terakhir meninggalkan PDK iaitu sekitar jam 5 petang kelmarin dan meninggalkannya dalam keadaan berkunci.

"Daripada kesan yang dapat dilihat, kemungkinan pencuri terbabit lebih daripada seorang dan mereka masuk melalui tingkap di bahagian dapur dengan meregangkan besi penghalangnya serta tiada kesan pecah pintu.

"Terdapat juga kesan pagar digunting berdekatan dapur PDK. Selain kehila­ngan barang berharga, bilik pejabat PDK juga diselongkar," katanya.

Menurutnya, ia kejadian pertama sejak PDK itu beroperasi 15 tahun lalu.

"Setiap hari PDK ditinggalkan dalam keadaan lampu terbuka di depan dan belakang. Bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu, lampu belakang tidak dibuka kerana ada projek pengubahsuaian bangunan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PDK sendiri.

"Rak menyimpan dokumen PDK turut diusik pencuri selepas mereka menanggalkan peralatan keselamatan yang dipasang," katanya.

PDK Cahaya Murni ini menempatkan 12 pelatih dengan pelbagai kategori kecacatan dan lima pelatih bagi kes lawa­tan rumah.

Berikutan kejadian itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Pasir Panjang.

Sinar Harian

Nilai Minyak Ekstrak Gaharu Mampu Cecah Ribuan Ringgit - Pakar

Posted: 23 Feb 2012 08:00 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Bahan daripada pokok gaharu di mana minyaknya diekstrakkan itu mendapat permintaan tinggi di Timur Tengah dengan harga yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 per kilogram, menurut seorang ahli akademik universiti.

Pensyarah Fakuliti Sains Biologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Baharuddin Salleh berkata, minyak yang diekstrakkan menggunakan bahan daripada pokok dengan nama saintifiknya aquilaria malaccensis mampu memberi hasil ribuan ringgit, bergantung pada kualiti dan grednya.

"Kenapa nilainya begitu tinggi? Saya tidak dapat menjawabnya.

"Ia adalah sama apabila orang bertanya kenapa nilai emas tinggi," katanya pada Khamis.

Beliau menambah, ekstrak minyak pokok itu biasanya digunakan dalam minyak wangi, ubat-ubatan dan kadang-kala sebagai bahan untuk mencuci pakaian dan bahan linen oleh orang kaya Arab.

"Bahagian-bahagian lain di pokok gaharu turut berguna seperti daunnya digunakan dalam minuman teh manakala sisa-sisa kayu dapat dijadikan sebagai colok," katanya.

Beliau menjelaskan negara-negara Timur Tengah mengimport kayu dan minyak gaharu dari Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia termasuk Malaysia.

Baharuddin mengulas mengenai laporan bersiri akhbar The Star berhubung kegiatan penebangan haram pokok gaharu di Pulau Pinang dan indisen terbaru berlaku di Bukit Gambier.

Kerajaan negeri telah mengisytiharkan akan mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penebangan haram itu.

Kegiatan haram itu didakwa melibatkan sindiket tempatan yang bekerjasama dengan pihak asing menebang pokok gaharu yang amat bernilai di hutan hujan berhampiran Botanic Gardens serta beberapa kawasan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang memandang serius terhadap perkara itu berkata, operasi akan diadakan bersama pihak polis untuk membanteras kegiatan tersebut.

Baharuddin berkata, pokok Aquilaria malaccensis boleh didapati dengan meluas di Malaysia, tetapi kurangnya kesedaran mengenai potensi pokok berkenaan.

"Malaysia sebenarnya ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara jiran yang lebih maju dalam industri gaharu.

"Tidak banyak perladangan pokok gaharu di Malaysia kerana ia masih di baru tetapi masa depan gaharu begitu cerah," kata beliau.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk M Samarajoo berkata, pihaknya akan memulakan siasatan sekiranya terdapat maklumat atau laporan mengenai rasuah yang berkaitan dengan kegiatan penebangan haram.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perhutanan negeri bagi membuat laporan mengenai penebangan haram di talian 04-826 2716, 04-650 5250, 017-590 9909 atau 016-931 8059.

mstar/-

Tahanan warga asing dipindah

Posted: 23 Feb 2012 07:50 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BALI: Indonesia membuat persediaan untuk memindahkan puluhan tahanan warga asing dari penjara yang penuh sesak di sini, semalam ekoran insiden rusuhan yang berlaku untuk malam kedua, kata jurucakap tentera.

Tentera dilengkapi meriam air dan kenderaan bersenjata sudah mengepung penjara itu. Beberapa orang cedera dalam insiden kekacauan itu, tetapi tidak membabitkan kemalangan jiwa. Setakat ini, semua tahanan warga asing selamat. "Kami mahu memindahkan tahanan warga asing segera demi keselamatan mereka," kata jurucakap tentera, Kolonel Wing Handoko.

"Kami perlu memastikan mereka tidak digunakan oleh tahanan lain untuk mendapatkan perhatian antarabangsa atau sebagai alat tawar-menawar bagi memenuhi tuntutan mereka.

"Kami tidak mahu mereka dijadikan sebagai tebusan," katanya.

Lebih 120 tahanan wanita dan 13 kanak-kanak juga akan dipindahkan.

Keganasan yang tercetus Selasa lalu di penjara Kerobokan yang menempatkan lebih 1,000 pengedar dadah, penjenayah seks dan penjenayah berat lain merusuh ekoran seorang tahanan ditikam ketika berlaku pergaduhan seminggu yang lalu. - Jakarta Post

Harta Karun menanti Najib di penghujung PRU-13

Posted: 23 Feb 2012 07:40 PM PST

2 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melambatkan keputusan tegas mengenai hampir setiap isu. Ia atau tidak kelewatan itu disengajakan, kerana beliau telah dituduh sebagai memanipulasi, beliau telah memilih untuk membiarkan kejatuhan kewangan NFC sebanyak RM250 juta yang melibatkan menteri Shahrizat Jalil lepas walaupun ia boleh mencetuskan tindak balas sentimen awam bagi pihak Umno.

Beliau juga telah memotong hanyut MCA, Gerakan dan MIC, menyebabkan pihak-pihak ini untuk terus lemah di mata masyarakat mereka. Malah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba lebih keras, menghantar timbalannya Ghafar Baba untuk menyelesaikan masalah pada komponen dan membantu membaiki keadaan biasa Barisan Nasional. Tetapi mungkin, BN tidak boleh diselamatkan lagi.

Hanya sekali sejak mewarisi jawatan Perdana Menteri dari Abdullah Badawi pada April 2009 telah Najib cuba untuk mengemudi hala tuju BN. Ia adalah semasa pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April 2011, dan Najib gagal - teruk. Beliau telah menetapkan bagi 'menjinakkan' Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tetapi berakhir dimalukan oleh seorang lelaki lebih tua yang licik itu.

Taib berjaya membuatkan Najib kelihatan bodoh tanpa meninggikan suaranya. Apa yang beliau harus lakukan adalah mengabaikan panggilan terdesak dan agak biadap Najib untuk beliau meletak jawatan. Ia adalah selepas pilihan raya Sarawak adalah bahawa rakyat Malaysia, khususnya dari Semenanjung, sedar bahawa Najib tidak berkuasa sebagaimana yang digambarkan oleh parti Umno.

Begitu 'lembut' Najib kerana beliau tidak boleh mengawal Rosmah Mansor isteri beliau atau menghalangnya daripada merebut gelaran Wanita Pertama Malaysia, yang sebenarnya untuk Permaisuri. Tidak perlu dikatakan, beliau juga tidak berjaya menghalangnya dari membeli-belah barangan yang teramat mahal.

Tiba-tiba sahaja bertindak menyerang

Tiba-tiba, mulai 15 Februari, Najib mula bergerak dengan tenaga yang lebih jelas. Beliau mula untuk melontarkan peluru berpandu lisan kepada saingan ketatnya Anwar Ibrahim, memanggilnya "bermuka-muka" dalam satu temu bual dengan WSJ mengenai isu Israel-Palestin, yang juga ditimbulkan oleh akhbar Utusan Umno.

Senior Umnonya Mahathir Mohamad melepaskan serangan seterusnya, memanggil Anwar pengintip bagi membantu AS dan Israel menubuhkan sebuah kerajaan boneka di Malaysia untuk menumbangkan BN. Ini adalah topik yang amat panas untuk Umno, terutama di zaman dahulu apabila ia mahu untuk memangkin umat Islam ke dalam blok pengundi BN.

Malah Anwar percaya Pu-13 adalah begitu hampir, dan telah mengunjurkan hari pengundian pada Mei-Jun 2012. Tetapi ini mungkin terlalu awal. November 2012 adalah lebih mungkin lagi, memandangkan skim wang penjanaan Najib fikirkan untuk Umno, BN dan sudah tentu, dirinya sendiri.

Membersihkan imejnya dan merosakkan imej Anwar pada masa yang sama

Dalam salah satu langkah-langkah tangkas beliau, Najib telah berjaya meyakinkan Mufti Perak Harussani Zakaria bahawa beliau dan Rosmah bukannya umat Islam yang teruk bagi menghadiri Thaipusam di Batu Caves, Selangor.

Harussani telah mengejutkan negara apabila beliau mencaci pasangan kerana 'tidak Islamik' dan menghadiri acara "berhala". Dalam masa 2 hari, TV1 kebangsaan menunjukkan perjumpaan Najib dengan Mufti dan menjelaskan perjalanan beliau ke Batu Caves.

Sudah tentu, Harussani mengakui kesilapan beliau dan mengisytiharkan status Islam yang bersih untuk kedua-dua PM dan isteri.

UMNO menyerang PR dan bersedia untuk memenangi Selangor

Pada malam yang sama, TV3 telah mengadakan satu rancangan bual bicara dengan Satim Diman dari Umno, Ketua Pembangkang Selangor dan Sohaimi Shahadan, ahli Exco Pemuda Umno. Kedua-dua lelaki bergegas untuk menyerlahkan semua perkara yang Pakatan Rakyat gagal sampaikan dalam manifesto pilihan raya.

Minggu sebelum itu, Najib mengesahkan pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Ketua BN Selangor. Malam tadi di tengah-tengah kritikan bahawa perancangan beliau yang hebat untuk mengambil semula Selangor hancur kerana beliau tidak dapat menamakan seorang MB sebagai ketua menteri yang dilantik, beliau melantik Mohd Zin, Ahli Parlimen Umno Sepang untuk menjadi penyelaras kempen pilihan raya BN bagi Selangor.

Spekulasi telah berpusar bahawa Tee Keat mungkin dijadikan Menteri Besar Selangor jika dia memberi kerusi Parlimen Pandan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN). Jika benar, ini sememangnya akan menjadi satu langkah kontroversi kerana ia akan menjadi kali pertama Selangor mempunyai MB bukan-Melayu. Walau bagaimanapun, semua ini akan bergantung kepada rahmat Sultan.

Umno telah memulakan usaha untuk memenangi semula Kedah

Tangan Umno telah bergolak dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, dengan persatuan berkaitan MCA mengetuai membuat aduan bahawa pembantu kepada Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat telah menuntut 'rebat' antara 25 hingga 30% daripada dana yang perlu dibayar kepada mereka.

Ini diikuti oleh BN mengisytiharkan Kedah sebagai negeri yang boleh dimenangi.

Dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa dakwat kekal akan digunakan dalam PU-13, dan stok yang ditempah mesti digunakan dalam tempoh tiga bulan jangka hayatnya.

Jadi, ketika Kastam mengumumkan ketibaan kumpulan pertama dakwat tersebut

, rakyat Malaysia akan tahu bahawa PU-13 akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tersebut!

Menguatkan BN

Najib juga telah mengumumkan tiga gabungan ahli-ahli baru untuk BN, iaitu Gabungan Wawasan Generasi Felda, Persatuan bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Ketiga-tiga badan ini mempunyai ahli di seluruh Semenanjung Malaysia, yang akan digerakkan untuk membantu BN memenangi PU-13,memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dan perkhidmatan di sana.

Mahathir menyokong kempen BN

Mahathir telah meningkatkan ante itu, dan cuba untuk menakutkan orang Melayu khususnya, dengan menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan AS dan Israel untuk menggulingkan BN dan menubuhkan sebuah kerajaan boneka di sini.

Mesej yang tersirat sudah tentunya adalah bahawa nasib orang Melayu akan menjadi sangat tidak tentu di bawah Pakatan Rakyat. Mahathir pada masa yang sama cuba untuk menanam rasa takut dalam fikiran orang bukan Melayu bahawa perubahan rejim akan ditentang oleh orang Melayu. Keganasan boleh berlaku, dan menghancurkan Malaysia.

Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Taib

Selepas pengajarannya pada April 16, 2011, Najib telah berhenti mencuba untuk menolak Taib.

PM akan terus menutup mata kepada Taib yang merampas kekayaan rakyat Sarawak,

selagi sebagai MB tersebut memberikan kerusi Parlimen kepada BN dalam PU-13.

Kesan pemberian Belanjawan dan pertumbuhan ekonomi

Najib juga yakin bahawa faktor rasa-baik dari pelbagai Bajet 2012 pemberian wang tunai kepada pelajar

dan keluarga berpendapatan rendah akan memihak kepada BN.

Beliau berharap pengumuman oleh Bank Negara bahawa pertumbuhan ekonomi

Malaysia adalah 5.2 peratus, melebihi 4.2 peratus ramalan sebelumnya, akan meningkatkan keyakinan dalam pengurusan ekonomi.

Tetapi, penganalisis mengadu hasilnya adalah 'dinaikkan' dan bukan mencerminkan trend yang sihat langsung kerana ia bergantung kepada perbelanjaan pengguna - di kedua-dua tahap kerajaan dan swasta untuk menaikkan pertumbuhan tajuk utama. Ketiadaan pertumbuhan adalah sangat ketara dalam pelaburan awam dan swasta.

Adakah UMNO dan Najib benar-benar bersedia?

Jawapannya adalah TIDAK. Najib masih tidak berpuas hati dengan keadaan sekarang walaupun Rosmah telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Curtin untuk membantu menebus beberapa kredibiliti.

Terdapat juga kata-kata bahawa Najib bekerja keras dalam tinjauan populariti yang akan menunjukkan dirinya jauh lebih hebat dari Anwar dalam pandangan rakyat. 'Kajian' ini akan ditangguhkan sehingga beliau cukup yakin untuk membubarkan Parlimen.

Najib tidak hanya mahu mewujudkan faktor rasa-baik. Beliau mahu orang ramai untuk kembali keyakinan dalam BN dan membantu beliau mencapai margin dua pertiga di Parlimen. Tetapi Rosmah juga akan memberitahu beliau bahawa itu tidak mungkin!

Najib needs more time and money

Kemudian, Najib juga memerlukan lebih banyak wang. Ia adalah penting jika senarai Felda Global Ventures akan berada di pasaran pada bulan Mei-Jun. IPO boleh dijangka untuk melompat pada hari penyenaraian dan peneroka Felda yang terlalu gembira boleh dijangka untuk mengundi Umno sekali lagi apabila dipanggil untuk peti undi tidak lama selepas itu.

Khabar angin di Kementerian Kewangan sarat dengan desas desus bahawa Umno akan menyedut setiap sen pembiayaan ganti daripada semua badan kerajaan lain atas alasan mahu melaksanakan projek-projek di seluruh negara. Sebenarnya, wang itu akan digunakan untuk berfoya-foya membeli undi gergasi, seperti perjalanan membeli-belah keterlaluan Rosmah.

Kontroversi 1Care akan berjalan, meningkatkan kira-kira RM11bilion bagi Umno-BN untuk disedut keluar sebaik sahaja ia dilancarkan, mungkin menjelang Januari tahun depan. Umno sudah tentu akan terus menghisap Wang Simpanan Pekerja.

Penyenaraian Felda, dijangka mencapai RM21bil apabila ia keluar, akan dikawal oleh koperasi Permodalan Felda (KPF), yang akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar entiti Felda Global Ventures yang tersenarai dengan 37 peratus pegangan. Tidak hairanlah, Najib mendesak menjadikan Isa Samad pengerusi KPF. Ini akan membolehkan UMNO dan proksinya di Felda mengambil wang dan menarik sejumlah besar yang diperoleh daripada jualan saham.

Dana PERKESO atau Socso juga akan dialihkan serta Tabung Haji, koperasi yang disokong UMNO, badan-badan berkanun yang lain dan semua Syarikat Berkaitan Kerajaan. Tidak perlu dikatakan, mereka semua akan dipanggil untuk menyumbang sebahagian besar sumber-sumber mereka bagi membantu UMNO supaya terus berkuasa.

Emas di hujung pelangi

Soalan bernilai yang patut ditanyakan adalah, adakah Umno-BN benar-benar memerlukan begitu banyak wang untuk memegang PU-13? Jelas sekali, jawapannya TIDAK. Najib dan kroni beliau juga melompat bagi mendapat pegangan TERAKHIR mereka, dan rakyat Malaysia boleh yakin bahawa jumlah yang diraih mereka akan menjadi berlipat ganda yang sebenarnya dibelanjakan untuk pembiayaan PU-13, termasuk 'peruntukan' yang diketepikan untuk membeli undi.

Panggilnya penipu atau rasuah yang diinstitusikan, tetapi ia tidak akan menghalang Najib. Untuk rancangannya berjaya, Najib akan memerlukan masa dan dia sanggup menunggu sehingga hampir akhir tempoh perkhidmatan pada tahun 2013. Pepatah emas di hujung pelangi adalah terlalu banyak untuk diabaikan. Malah Mahathir tidak boleh menakutkan beliau dalam memegang PU-13 sebelum ini.

Diberikan status semasa 1Care dan penyenaraian Felda, yang keduanya masih menghadapi tentangan awam, PU-13 kelihatan lebih mungkin akan diadakan pada bulan November 2012 dan bukannya pada bulan Mei-Jun. Malah mungkin pada tahun 2013.

Malaysia Chronicle

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 24 Feb 2012 01:29 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Lagi foto Kompleks PAS Kawasan

Posted: 23 Feb 2012 02:14 AM PST

YDP meninjau Kompleks PAS Kawasan baru-baru ini

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 24 Feb 2012 01:23 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Kunjungan AMK Cabang Tg Malim ke Pejabat Pas Kawasan Tg Malim

Posted: 23 Feb 2012 10:08 AM PST

Slim River - Seramai 20 orang terdiri daripada pimpinan Pas Kawasan Tg Malim dan PKR Cabang Tg Malim telah berkumpul dan bertukar-tukar pandangan di Pejabat Pas Kawasan malam tadi. Suasana ukhuwah jelas tergambar pada wajah semua yang hadir.

Pertemuan bertujuan merapatkan lagi ukhuwah serta berbincang beberapa program terdekat yang bakal dianjurkan secara bersama.

Dalam ucapan penutupan, YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli menekankan betapa UMNO BN gerun dan tak tidur malam bila berhadapan dengan gerak kerja secara bersama yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, terutama Pas dan PKR di kawasan ini.

Semua pimpinan yang hadir pada pertemuan kali ini memberi pengakuan akan terus bekerja dalam titik persamaan demi memenangkan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO BN.

Salam Perjuangan

Posted: 23 Feb 2012 11:08 PM PST

Salam Perjuangan


NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK - "JANGAN AMBIL BERITA DARI TEPI JALAN."

Posted: 22 Feb 2012 11:49 PM PST


30 Rabi'ul Awal 1433 H | 23 February 2012

PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak Dato Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah:

"Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu ba'iah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu ba'iah dalam PAS. Ba'iah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba'iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba'iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah ba'iah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat ba'iah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba'iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan ba'iah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang diluar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat ba'iah dalam PAS disediakan oleh Majlis syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam ba'iah ialah sekiranya seseorang calon yang menang berba'iah dengan nama Allah lalu melanggari ba'iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.

Peghelih La...

Posted: 23 Feb 2012 11:07 PM PST

Peghelih La...


Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad....

Posted: 23 Feb 2012 02:13 AM PST



Ceramah isu semasa...

Posted: 23 Feb 2012 02:09 AM PST


Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 8

Posted: 23 Feb 2012 02:03 AM PST



Langgar fatwa Tugu 1 Malaysia hina Raja

Posted: 23 Feb 2012 01:57 AM PST

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menganggap kegagalan mematuhi fatwa tentang pembinaan replika tugu 1 Malaysia sebagai menghina Tuanku Raja Perlis selaku ketua agama di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam (foto), masih terdapat tempat termasuk premis kerajaan yang masih mempunyai binaan replika tugu 1 Malaysia yang mana ianya melanggar fatwa yang telah dikeluarkan di negeri ini.

"Keputusan majlis fatwa negeri Perlis tentang larangan membina replika tugu 1 Malaysia di dalam negeri Perlis dibuat berdasarkan ayat 90 surah al-Maidah mula-mulanya disiarkan dalam buletin Majlis Agama Islam kemudian terbit pula dalam Buletin Jabatan Mufti dan kemudiannya disebut dalam teks khutbah yang dibaca di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Walaupun sudah ada premis kerajaan seperti Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang sudah membuang tugu tersebut, masih ada lagi tempat yang belum melakukannya.

"Dewan Ulama Perlis berasa kesal dengan pihak-pihak yang masih tidak mengendahkan fatwa ini. Mereka bukan sahaja melanggar fatwa malahan menghina Tuanku Raja memandangakan bidang agama terletak di bawah bidang kuasa bagainda," katanya.

Sementara itu, Ustaz Salleh juga turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan menggunakan surau-surau kerajaan untuk aktiviti politik.

Katanya, terdapat surau yang berada di bawah jagaan Majlis Agama Islam telah digunakan sebagai bilik gerakan Umno/BN.

"Kami berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini tanpa bersikap prejudis atau memilih bulu. Perbuatan ini juga melanggar arahan yang dikeluarkan dan dianggap menghina Tuanku Raja Perlis kerana surau ini di bawah jagaan majlis agama islam," ujarnya.

Selepas 20 tahun projek gagal, penduduk tuntut janji kerjaan BN Perlis

Posted: 23 Feb 2012 01:52 AM PST

CHUPING - Pada tahun 1992, 53 buah keluarga yang menduduki tanah di Batu Bertangkup dekat sini diarahkan untuk mengososngkan tanah mereka untuk memberi laluan kepada projek Pusat Pertumbuhan Desa.

Setelah hampir 20 tahun, penduduk terbabit yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Siam masih janji-janji kerajaan Barisan Nasional terhadap mereka.

PPD Batu Bertangkup yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kangar ini dibangunkan di atas tanah seluas 2799 hektar dengan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM25 juta.

Tujuan pembinaan PPD ini adalah untuk menyusun semula masyarakat luar bandar dengan konsep "INSITU" iaitu membawa semula penduduk masuk apabila projek siap.

Bagaimanapun sehingga kini penduduk yang terbabit masih menunggu dengan penuh harapan janji-janji kerajaan BN tersebut, antara lainnya menyediakan 122 lot rumah berdusun, 160 unit rumah biasa dan 58 unit rumah PPRT.

Selain itu, antara projek yang dicadangkan ialah Pusat Latihan Kemas Wilayah Utara, stesen minyak, tapak pasar malam, masjid, dewan orang-ramai, asrama desa dan lot kedai.

Menurut seorang waris penduduk terbabit, hanya sebahagian kecil sahaja janji-janji kerajaan BN itu telah ditepati dan hapir keseluruhannya gagal dilaksanakan selain tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

"Masjid yang didirikan terletak jauh dari kawasan kampung kami dan asrama desa pula didirikan di dalam sekolah. Yang ada didirikan ialah tadika dan Kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Selepas hampir 20 tahun tapak pasar malam, stesen minyak dan lot kedai langsung tak nampak sebatang besipun yang terpacak di sini. Lebih menyedihkan, janji untuk menyediakan lot-lot rumah langsung tak terlaksana. Dah dekat 20 ahun kami menunggu," katanya.

Tinjauan Harakah mendapati di 10 lot Kompleks IKS yang dibina, hanya dua syarikat yang beroperasi iaitu sebuah syarikat memproses air minuman bertapis yang menyewa satu lot dan sebuah lagi syarikat berkaitan industri disel, SynGas iaitu menyewa 4 lot.

Kompleks IKS ini pernah menimbulkan kontroversi apabila gagal menarik pelaburan ke sana dan pernah menjadi projek gajah putih beberapa tahun yang lalu.

Sumber memberitahu, syarikat SynGas sendiri terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membersihkan kawasan dan menggantikan infrasrtuktur yang rosak sebelum menyewa lot terbabit.

Begitu juga, sebahagian besar tanah yang terbabit kini terbiar. Menurut penduduk setempat, beberapa projek pertanian seperti tanaman jagung yang diusahakan sebelum ini gagal.

Pengambilan tanah untuk pembangunan PPD ini pernbah menimbulkan kekecohan pada tahun 1993 dahulu apabila wujudnya bantahan penduduk terbabit, Pada masa itu, penduduk membantah bayaran pampasan ke atas tanah TOL yang mereka usahakan dengan kadar RM4000 serelong.

Menurut seorang penduduk yang terlibat, pada masa itu kerajaan menjanjikan elaun untuk membantu penduduk berpindah keluar dari rumah mereka selain dijanjikan eluan makan selama dua tahun.

"Mengikut matlamat asal penubuhan PPD ini, pada bulan pertama tahun ketiga pula, kami boleh pindah masuk semula ke situ. Tap yang ada hari ini hanya janji tinggal janji," katanya.

DPP PADANG TERAP

Posted: 23 Feb 2012 09:16 PM PST

DPP PADANG TERAP


Penyenaraian Felda dan cadangan balas Pemuda PAS

Posted: 23 Feb 2012 02:11 AM PST

Nasrudin Hassan & Mohd Syahir Sulaiman, 23 Feb 2012
1.    Usaha mencari rezeki dan memakmurkan tanah sebagai sumber pendapatan yang halal adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dan dikira sebagai salah satu daripada cabang ibadah. Di dalam lipatan sejarah Islam, banyak riwayat yang mencatitkan penglibatan nabi-nabi terdahulu di dalam aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan di samping melaksanakan tugasan utama mereka iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t.

2.    Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai penggembala kambing yang paling dipercayai ketika di usia remaja, Nabi turut menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan oleh para sahabat sebagai sumber pendapatan utama. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, Baginda telah menganjurkan agar usaha pertanian dipertingkatkan di bumi Madinah yang pada ketika itu sememangnya sebuah lembah wadi yang subur. Malah kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian.

"Dari Jabir r.a. berkata: Kami biasa menyewa tanah dengan mendapatkan sebagai dari hasil (mukhabarah), kemudian kami mendapat hasil tanah itu begini dan begini. Maka sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa memiliki tanah, maka tanamilah sendiri atau suruhlah saudaranya untuk menanaminya, kalau tidak, tinggalkanlah." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

3.    Dalam konteks di Malaysia, inisiatif yang diambil oleh Almarhum Tun Abdul Razak dalam memperkenalkan skim tanah rancangan FELDA yang bertujuan memberi pemilikan tanah kepada rakyat sebagai sumber aktiviti ekonomi yang mampan amatlah dihargai. Dasar yang penuh berwawasan ini adalah amat signifikan dalam menjayakan agenda peningkatan tahap sosia-ekonomi rakyat di luar bandar, khususnya kepada golongan belia dan yang kurang berkemampuan.

4.    Namun, tujuan asal penubuhan FELDA ini sedikit sebanyak mula terhakis dek peredaran zaman dan campurtangan politik yang menjejaskan hak dan masa depan peneroka dan generasi seterusnya.

Polemik Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)


5.    Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (Pemuda PAS) menyambut baik perintah injunksi interim oleh Mahkamah Tinggi Kuantan dan notis pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari 2012, serta mengucapkan sekalung tahniah kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang gigih menyedarkan rakyat dan peneroka akan kesan buruk natijah cadangan penyenaraian ini.

6.    Pemuda PAS berpendapat cadangan penyenaraian FGVH ini perlu ditolak atas empat premis berikut:

i.        Hak tanah - Penyerahan hak tanah peneroka kepada FGVH adalah bertentangan dengan tujuan asal penubuhan FELDA dan merugikan peneroka dalam jangka masa panjang;

ii.        Peneroka membuat keputusan tanpa nasihat kewangan – Tatkala penganalisis dan pengurus dana pelaburan masih menunggu butiran cadangan penyenaraian, adalah tidak munasabah untuk perwakilan KPF untuk membuat keputusan menyokong atau membantah cadangan ini, tanpa nasihat kewangan yang menyeluruh berkenaan impak untung-rugi, seterusnya memberi mandat kepada Lembaga Pengarah untuk merunding dan memutuskan terma penyenaraian. Setiap ahli dan perwakilan KPF berhak mendapat nasihat dan butiran terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini;

iii.        Imbuhan 'durian runtuh' – Laba keuntungan jangka pendek kepada peneroka yang masih belum pasti nilainya, malah tidak setimpal dengan risiko yang diambil oleh peneroka yang menggadaikan pemilikan tanah masing-masing;

iv.        Tiada keperluan ekonomi untuk penyenaraian – Lazimnya, sesebuah entiti perniagaan akan disenaraikan sebagai langkah menambah modal untuk menampung keperluan perniagaan yang lebih besar. Dalam keadaan Felda Holdings dan KPF yang mencatatkan keuntungan hasil daripada perniagaan perladangan, adalah tidak ekonomikal untuk mereka dipaksa menampung risiko dan kerugian yang ditanggung oleh FGVH.

7.    Pemuda PAS mengulangi komitmen untuk berganding-bahu dengan semua pihak khususnya ANAK serta rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO untuk menggerakkan program penerangan dan kesedaran melalui penganjuran aktiviti santai bersama generasi belia FELDA yang telah dan akan kami laksanakan di peringkat Pemuda PAS Kawasan, antaranya siri jelajah Jom Ubah dan program 'Orang Muda Geng Kita'.

8.    Di samping program-program turun padang, Pemuda PAS berpendapat sudah tiba masanya pihak-pihak yang prihatin ini duduk semeja untuk mencari formula terbaik bagi membantah cadangan penyenaraian FGVH dengan mengemukakan cadangan balas (counter-offer) untuk dikemukakan kepada golongan peneroka sebagai pilihan untuk menolak cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

9.    Pemuda PAS dengan berbesar hati tampil dengan enam gagasan berikut sebagai kerangka awal perbincangan 'Cadangan Balas Pakatan Rakyat Terhadap Cadangan Penyenaraian FGVH':

i.        Penstrukturan korporat - Kekalkan status 51% sedia ada (status-quo) KPF yang menjamin hak peneroka sebagai pemilik mutlak terhadap tanah, operasi, dan keuntungan FELDA;

ii.        Penstrukturan model perniagaan – Melupuskan perniagaan-perniagaan bukan teras (divestment of non-core business) yang mengalami kerugian atau menyumbangkan keuntungan yang kecil berbanding kos pengurusan yang tinggi. Ini sebagaimana yang telah diambil oleh Sime Darby dan Khazanah Nasional sebagai langkah mengoptimakan agihan modal (capital allocation) dan memaksimakan keuntungan (profit maximization) kepada pemegang saham. FELDA boleh mengambil model strategi perniagaan "more upstream, profitable downstream" (peningkatan hasil di huluan, peningkatan keuntungan di hiliran) dan langkah ini diunjurkan mampu meningkatkan 15% keuntungan dalam tempoh tiga tahun;

iii.        Partisipasi peneroka dalam aktiviti ekonomi FELDA – Keutamaan diberi kepada pihak koperasi dan anak peneroka dalam aspek peluang pekerjaan dan pemberian kontrak seperti perbekalan baja, kerja tanaman semula, perbekalan pekerja, penyelenggaraan ladang peneroka, projek landskap, penyelenggaraan aset, penternakan haiwan, tanaman kontan dan seumpamanya. Selain mampu menjana pendapatan sampingan kepada peneroka, diunjurkan hampir 300 peluang pekerjaan mampu dihasilkan di setiap 300 gugusan rancangan FELDA yang membawa kepada angka 90,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia seluruhnya;

iv.        Sistem pewarisan – Menggantikan sistem penama pewaris yang digunapakai sekarang kepada sistem pewarisan Islam seperti wasiat, faraidh, dan waqaf. Agensi Amanah Raya boleh dilantik untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak FELDA dan peneroka bagi memastikan 100% pemilikan tanah peneroka tidak terlepas tangan kepada pihak tidak bertanggungjawab;

v.        Etika urus tadbir dan professionalisma – Amalan tender terbuka dan penglibatan wakil peneroka di dalam jawatankuasa tender, sistem gred perahan minyak (OER) yang telus, pembudayaan etika urus tadbir dan amanah yang tinggi di peringkat pembuat keputusan dan pengurusan, memperkenalkan skim penjawatan dan gaji yang lebih kompetitif, serta mengurangkan campurtangan politik di dalam pengurusan FELDA. Keuntungan FELDA sedia ada diunjurkan mampu meningkat 25% dalam tempoh 5 tahun jika diurus tadbir dengan penuh amanah (governance);

vi.        Amalan operasi lestari (sustainability) – Mengemaskini manual kerja di ladang kelapa sawit mengikut piawaian antarabangsa RSPO dan amalan terbaik yang digunapakai oleh pemain industri perladangan yang lain seperti Sime Darby, IOI dan KLK.

10.  Sekali lagi kami Pemuda PAS tegaskan, jangan dikhianati tujuan asal penubuhan FELDA dan bersamalah kita membela hak peneroka FELDA.

------------------------------------------
1) Nasrudin Hassan adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia. Beliau sendiri merupakan seorang anak peneroka yang membesar di rancangan FELDA Keratong, Pahang.

2) Mohd Syahir Sulaiman adalah Pengarah Institut Polisi Studi DPPM.


Sumber: Harakahdaily

MTD N24 Bemban

Posted: 23 Feb 2012 09:05 PM PST

MTD N24 Bemban


MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN AIR PANAS KALI KE-10

Posted: 22 Feb 2012 11:54 PM PST


Tentatif majlis mesyuarat
            7.00 petang      - pedaftaran
                                    - solat maghrib berjamaah
                                    - kuliah Maghrib
(Kuliah Maghrib akan disampaikan olehTuan Guru Ustaz Haji Mohd Salleh b Hamzah-Mudir Sekolah Pondok Kampung Kemengkang)

                                    - majlis penyerahan borang ahli baru
                                    - solat Isya' berjamaah
                                    - Jamuan
                                    - Mesyuarat Agung Kali ke 10 PAS Cawangan Ayer Panas bermula

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Feb 2012 03:17 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


AIR MATA ANAK INI MENGALIR SEBAIK PEMERGIANNYA ... AL-FATIHAH

Posted: 22 Feb 2012 11:02 PM PST

Sebelum ini ana ada  mem'post' berita berkenaan dengan adik Faris Nur Daniel, 6 tahun yang menghidap pengakit HLH atau barah darah. Allah lebih sayangkannya .... adik comel ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.05 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Antara dialog  Allahyarham dan ayahnya 2 hari lalu...
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

 Perhatikan titisan airmata jernih mengalir di pipi Faris semalam....Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

 Namun Allah lebih sayangkannya...

Kata Puan Zuraine, ibu Allahyarham, "Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," .
Al-Fatihah.... syurga buatmu...

Nota : Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini. Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok.

www.mazidulakmal.com



PAS IKUT AMALAN BAI'AH UMNO PUN SALAH KE?

Posted: 22 Feb 2012 08:12 PM PST


Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, bai'ah boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin.
Menurutnya, tidak salah bagi mana-mana individu untuk berbai'ah selagi sumpah taat setia dinyatakan itu tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam.

"Misalnya, satu ketika dulu, Pas perkenalkan amalan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai tanda kesetiaan kepada parti. Perkara seperti ini yang harus diperincikan oleh Pas..

"Jika bai'ah yang baru ini mengandungi unsur-unsur tersasar dari syariat Islam maka ia satu dosa dan haram," katanya.

Selain itu kata Dr. Juanda, mereka yang mengingkari bai'ah boleh dianggap ditimpa kecelakaan dalam kehidupannya kerana amalan sumpah yang dibuat berteraskan agama Islam.

"Hakikatnya, amalan bai'ah ini sudah lama dipraktikkan di kalangan pemimpin Islam zaman terdahulu bagi memastikan kepimpinan yang diamalkan mengikut lunas-lunas Islam," jelasnya.

... itu le bahana bercakap tanpa rujuk ulama'...

KERANA GENDANG... HARUSANI MINTA NIZAR BERTAUBAT

Posted: 22 Feb 2012 07:40 PM PST

Mufti Perak menasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang beragama lslam supaya menggelakan diri dari melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan haram ketika menyertai perayaan keagamaan.


Mengulas perbuatan mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin memalu gendang diupacara Ponggal tempoh hari, Harrusani berkata "haram bagi kita memukul gendang ketika meraikan perayaan agama hindu ..itu lagi teruk sama teruknya jadi hindulah kerana memukul gendang adalah  cara keagamaan mereka."


Sesiapa yang telah melakukan perbuatan itu, Harrusani menasihatkan mereka supaya wajib bertaubat segera dan kembali kepada Islam. "Ini Allah telah sebut dalam alquran".

Beliau berkata dari segi syarak " kita tidak boleh merayakan dengan mengenakan pakaian baru-baru bagi menghormati hari itu kerana hukumnya haram."

Beliau juga memberi contoh amalan sesetengah pengacara tv yang memakai pakaian seperti meraikan tahun baru Cina kerana hukumnya haram.

"Orang yang cari lain daripada Islam sebagai agamanya, pegangannya, kepercayaannya maka ini tidak akan diterima oleh Allah taala dan di akhirat nantii dia akan masuk dalam kumpulan orang-orang yang rugi. Perbuatan kufur kita redha  dan dengan perbuatan itu maka kufur kita dibuatnya"katanya lagi.-

PAK NIL YANG KOMEN TG NIK AZIZ PASAL DOA DILANTIK SENATOR

Posted: 22 Feb 2012 07:24 PM PST

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era,  melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. 

"Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.


"Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia," katanya bersemangat.


Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai  perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.


Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam. Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.


"Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.


"Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.


"Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. 'Mind set' penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.


"Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan," katanya. 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 23 Feb 2012 01:53 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Keluar Parti: PR Sedang Menjalani Proses Pembersihan - Ng Suee Lim

Posted: 22 Feb 2012 06:12 PM PST


23 Feb 2012 - Mengulas mengenai isu yang bukannya baru dalam fenomena politik di Malaysia, ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim yang menyifatkan mereka yang berkenaan sebagai 'katak puru' menyatakan ini adalah antara proses 'pembersihan' yang sedang berlaku di dalam Pakatan Rakyat (PR). 

PR menurut YB Ng berjuang untuk membersihkan Malaysia daripada anasir-anasir jahat yang bakal membinasakan negara, namun dalam masa yang sama PR harus membersihkan dalamannya agar ianya tidak akan merosakkan matlamat perjuangan PR itu sendiri. Beliau berucap demikian di dalam ceramahnya yang diadakan di Bandar Baru Ampang malam tadi. Turut berucap ialah ADUN Lembah Jaya YB Hj Khasim Abdul Aziz, Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida Kamarudin dan Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop.




PAS KOTA TINGGI

Posted: 23 Feb 2012 01:36 PM PST

PAS KOTA TINGGI


KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS : DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Posted: 22 Feb 2012 03:56 PM PST

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama' PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel. 

Majlis Syura Ulama' juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama' , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini. 

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram. 

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu. 

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.



Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 23 Feb 2012 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Konvoi Lujnah Penerangan PAS Pusat Ke Melaka siri 2

Posted: 22 Feb 2012 06:16 PM PST

Alhamdulillah,

untuk sesi petang, konvoi lujnah penerangan PAS pusat telah menghadiri program Hi-Tea di pekan Durian Tunggal. Konvoi petang ini disertai sekali oleh konvoi bermotosikal ARC.

Selepas asar, Dato Tuan Ibrahim Tuan sempat meluangkan masa bersama PAS kawasan Bukit Katil untuk bertemu rakyat dan mengedar Risalah di pasar malam Paya Ikan.

Dalam masa yang sama, Ust Misbahul Munir meluangkan masa bersama rakyat di Pantai Kundor.

Berikut adalah gambar-gambar yang yang sempat dirakam semasa program hi tea ini..

Konvoi ARC yang disertai anak muda melaka menyambut kovoi Tuan Guru Presiden

Tuan Guru Presiden memberi ucapan dan taujihat kepada orang ramai

orang ramai yang khusyuk mendengar ucapan Tuan Guru Presiden

pelbagai bangsa yang terus menyokong PAS

anak-anak muda turut bersama ulamak

Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan sumbangan kepada rakyat

TG Haji Hadi, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Haji Adli (Pesuruhjaya Pas Melaka) di meja hidangan.


Semasa ketua penerangan, Tuan Ibrahim Tuan Man hadir ke pasar malam Paya ikan untuk beramah mesra dengan rakyat, beliau bertembung dengan ketua menteri melaka Dato Ali Rustam yang juga beramah mesra dengan rakyat. Video ini sempat dirakam:

http://www.youtube.com/watch?v=rao8PwrBO58&feature=youtube_gdata

ini adalah gambar-gambar yang sempat dirakam:

Ketibaan Tuan Ibrahim Tuan Man di pasar malam Paya Ikan

Tuan Ibrahim Tuan Man beramah mesra bersama peniaga

Tuan Ibrahim Tuan Man sempat bersalaman dengan Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam

Untuk sesi malam, kami akan memberi laporan di dalam siri 3 nanti.

Moga Islam akan berdaulat di melaka. Takbir.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 23 Feb 2012 11:56 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


M’sia sekongkol syarikat urus niaga dengan Israel

Posted: 22 Feb 2012 08:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) kesal dan membantah keras dasar kerajaan mengizinkan syarikat Malaysia berurusniaga dengan syarikat atau kerajaan Israel.

"Kerajaan Malaysia tidak boleh berlepas tangan dengan mengatakan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi merestui syarikat Malaysia mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel," kata Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin (kanan) dan Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri) dalam kenyataan bersama kepada Harakahdaily.

Ini, kata mereka sama dengan mengatakan sebuah ketua rumah tidak mahu mengiktiraf perompak tetapi membenarkan anggota keluarganya berurusan dengan perompak untuk mendapat keuntungan bersama.

"Apakah kerajaan boleh menganggap dirinya bersih dari menyokong ekonomi Israel dengan hanya mengatakan dia tidak mengiktiraf Israel tetapi masih mahu mengadakan hubungan ekonomi dengan sebuah negara haram iaitu Israel?

"Bukankah ini merupakan polisi hipokrit?"  soal mereka.

Ini, menurut mereka dalam satu ketika Malaysia tidak mahu mengiktiraf Israel namun dalam ketika yang lain turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi Israel.

"Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia mendedahkan semua syarikat semada milik swasta yang bertapak di Malaysia atau mana-mana syarikat GLC yang mengadakan urusniaga dengan mana-mana syarikat Israel," tegas mereka.

Kerajaan juga, kata mereka hendaklah mendedahkan apakah barangan dan perkhidmatan Israel yang masuk ke Malaysia melalui pihak ketiga seperti Singapura dan Thailand.

Bagi mereka, kerajaan perlu telus mengenai urusniaga yang dijalankan antara syarikat-syarikat Malaysia dan Israel serta hendaklah mendedahkan  berapakah nilai perniagaan yang dilakukan antara  pihak-pihak berkenaan dengan Israel.

"Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan  bahawa urusniaga syarikat swasta dengan Israel tidak boleh dikawal," kata mereka lagi.

Mereka menambah, dengan segala kelulusan yang berkaitan dengan import dan eskport yang pasti melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, perdagangan dengan Israel sememangnya boleh dipantau dan dihalang.

"Kami mendesak supaya suatu dasar yang jelas mengenai larangan berusniaga dengan mana-mana syarikat Israel hendaklah ditetapkan dengan jelas dan tegas.

"Kami mengutuk keputusan pihak berkuasa yang membenarkan kapal syarikat Israel berlabuh di pelabuhan Klang," ujar mereka lagi.

Mereka mempersoalkan jika Gaza dikenakan dasar kepungan (blockade) sepenuhnya oleh tentera Israel sehingga tidak memungkin mana-mana kapal luar mendekati pantai Gaza, kenapa Malaysia dengan mudah membenarkan kapal Israel berlabuh di perairan Malaysia.

"Bukankah ini menunjukkan Malaysia tidak konsisten dengan penentangannya terhadap Israel?" soalnya.
Justeru, tegas mereka Mapim dan Shura mendesak supaya kerajaan tidak membenarkan mana-mana kapal perdagangan Israel masuk ke dalam perairan Malaysia.

"Mengizinkan kapal Israel berlabuh walaupun tidak membenarkan krewnya mendarat tidak membawa erti apa-apa kerana yang jelas ialah kebenaran memasuki perairan Malaysia itu sendiri sudah memberi mesej bahawa Malaysia merestui dan mengiktiraf Israel," ujarnya.

Hai Siri 4

Posted: 22 Feb 2012 08:03 PM PST

Hukuman tidak patah semangat bantah ISA

Posted: 22 Feb 2012 08:01 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati kepada 11 orang tahanan himpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun 2009 yang dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

"Bagi DPPM, hukuman yang dikenakan tidak akan mematikan semangat perjuangan jutaan rakyat yang bangkit dalam himpunan terbabit kerana sememangnya ISA diterima rakyat sebagai akta yang zalim dan menindas rakyat," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Malah, katanya DPPM percaya rakyat semakin bersemangat dan berkobar-kobar menantikan himpunan lain dalam menentang sebarang bentuk kezaliman yang berlaku.

Menurutnya, mereka yang terlibat dan ditahan itu benar-benar membuktikan bahawa perjuangan menuntut keadilan bukan suatu perjuangan yang kecil dan ringan, melainkan ia menuntut pengorbanan yang besar, sekalipun terpaksa mendekam dalam penjara besi atau didenda serta dikenakan hukuman yang berat.

Justeru, ujarnya DPPM mengharapkan hukuman yang dikenakan itu tidak melemahkan semangat juang para aktivis terbabit, sebaliknya ia menjadi suatu inspirasi kepada mereka untuk terus gigih berjuang menentang sebarang bentuk kezaliman di negara ini.

Tambahnya, tidak ada istilah lemah semangat atau berundur sebelum memastikan negara ini benar-benar bebas dari penindasan.

"Sejarah akan mengenang semua tahanan ini sebagai contoh insan yang begitu prihatin dan peka terhadap suasana yang berlaku di negara ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, mereka adalah di antara golongan yang tidak rela akta zalim dan kejam yang menafikan hak tahanan daripada dibicarakan di mahkamah terbuka.

"DPPM mengharapkan para aktivis terbabit serta rakyat seluruhnya supaya bersabar seketika sehingga PRU ke-13 dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran," ujarnya.

Katanya, DPPM memberi jaminan, Pakatan Rakyat akan memastikan ISA akan dihapuskan seluruhnya apabila mentadbir Putrajaya kelak serta kebebasan rakyat dalam mengadakan himpunan aman.

Ceramah Di Machang

Posted: 22 Feb 2012 08:01 PM PST


PAS bersama tangisan, derita rakyat Palestin

Posted: 22 Feb 2012 07:59 PM PST


KUALA LUMPUR, 22 Feb: PAS hari ini menegaskan lagi pendirian untuk kekal bersama 'tangisan, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka'.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menegaskan bahawa keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel.

"Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel," tegas beliau.

Mengenai pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata pertemuan itu adalah bertujuan untuk membuka ruang penjelasan kepada Anwar berhubung kenyataannya dalam Wall Street Journal pada penghujung Januari lalu.

"Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa PAS berpendirian bahawa apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.

PAS, tegasnya juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.

Beberapa pemimpin Umno, termasuk ketua pemudanya Khairy Jamaluddin dan anak Tun Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir semalam mengaku bahawa Malaysia sememangnya ada hubungan perdagangan dengan Israel.

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan  pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang ahli parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah  hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang  bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.



Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel.

"PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional yang diterajui yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan," tegas Tuan Ibrahim.

Tengku Mahkota rasmi Tahun Melawat Kelantan

Posted: 22 Feb 2012 07:58 PM PST


KOTA BHARU, 23 Feb: Tengku Mahkota Kelantan akan mewakili Sultan Muhammad Ke-V merasmikan Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) pada 2 Mac ini.

Acara yang bakal bermula 9.00 malam pada sesi sebelah malam itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) memberitahu, program penuh bermakna itu akan diserikan dengan persembahan hiburan.

"Kita menjemput artis tidak asing lagi, Papa Rock Malaysia Ramli Sarif, artis Indonesia Opic dan Kumpulan Nasyid Al-Walid bagi mewarnai majlis yang penuh gemilang ini," ujarnya.

Katanya, akan turut serta Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan kerajaan negeri untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

Takiyuddin juga turut menambah, pada 2 Mac juga berlangsung acara majlis kuliah yang berpusat di Medan Ilmu yang bermula sejak jam 8.00 pagi.

Menurutnya, ceramah agama akan disampaikan pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 9.30 pagi.

"Manakala di Medan Ilmu juga motivasi terkenal Ustaz Azhar Idrus bakal menyampaikan kuliah 'Perdana Belia' kira-kira jam 5.00 petang.

"Malah khutbah Jumaat khas yang bertajuk Pelancongan Adalah Sunnah akan disampaikan di semua masjid di seluruh negeri ini," ujarnya.

Ketika ditanya berhubung perkembangan pelancong yang mengunjungi negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata ianya begitu membanggakan.

Katanya, maklumat yang diperolehi dari Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), memberitahu perkembangan begitu positif apabila kadar kehadiran pelancong begitu bertambah berbanding biasa pada tempoh yang sama tahun lalu.

Tegasnya, perkembangan itu dapat dilihat sewaktu musim cuti Tahun Baru Cina dan cuti umum baru-baru ini.

"Kita menjangkakan dengan perkembangan awal ini target kita untuk mencapai kedatangan pelancong ke negeri ini antara 5.8 juta hingga 6 juta orang akan berjaya," ujarnya.

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Feb 2012 09:58 AM PST

KHIDMAT MERU


CERAMAH UMUM PR DI MARKAZ WAK LIBON

Posted: 22 Feb 2012 11:24 PM PST
















Ceramah umum di Markaz Wak Libon telah dihadiri ramai penduduk-penduduk tempatan yang ingin mendengar sendiri penjelasan tentang isu-isu semasa.


Penceramah jemputan YB Saifudin Nasution, Ustaz Nik Abduh dan Saudara Bob Lokman telah mendapat tepukan gemuruh dan laungan takbir dari para hadirin dan hadirat.

















KELAB PENYOKONG KERAJAAN SENANTIASA AKTIF

Posted: 22 Feb 2012 03:32 PM PST










Mesyuarat BBC atau Kelab Penyokong Kerajaan senantiasa diadakan setiap 2 bulan sekali bagi membincangkan isu-isu tertentu dan program-program Kerajaan Negeri Selangor yang di rancang dan dijalankan.


Sekiranya Pengerusi BBC, YB Azmin Ali sibuk, maka Timbalan Pengerusi BBC iaitu YB Dr Rani dan YB Ng Sui Lim akan mempengerusikannya.








JOM SHOPPING MENDAPAT SAMBUTAN BAIK RAKYAT

Posted: 22 Feb 2012 02:16 PM PST

















Program Jom Shopping yang di perkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor amat mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan warga emas tanpa mengira latarbelakang politik, agama dan bangsa.


Rata-rata rakyat warga emas berasa bangga dibawa shopping atau berbelanja beramai-ramai dikalangan mereka, pimpinan dan keluarga mereka.


YB Dr Rani berharap program ini dapat di teruskan dan dimanafaatkan sebagai langkah memupuk kemesraan rakyat dan pemimpin.














Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Feb 2012 09:43 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pidato Pemuda 24 Feb 2012 Senawang

Posted: 22 Feb 2012 06:36 PM PST



PIDATO PEMUDA
Tarikh : 24 Feb 2012 , Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al-Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban
Pemidato :
~ Ust Nasrudin Hassan at Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat
~ Nazree Yunus , Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan
~ Ust Khairil Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Ust Nasaie Ismail , Naib Ketua Pemuda WP/Setiausaha Akhbar Presiden PAS
~ Hakki Bawai , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Ceramah Md Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan

Posted: 22 Feb 2012 06:35 PM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad
Jam : 9.30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Tampin, N.Sembilan
Penceramah :
~ Tuan Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
~ YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi
~ Zulkefly Mohamad Omar , AJK PAS Pusat
~ Zakaria Khalim , Yang Dipertua PAS Tampin

Semua dijemput hadir

Foul-mouthed rep gets what he got coming

Posted: 22 Feb 2012 05:38 PM PST



Foul-mouthed rep gets what he got coming
February 22, 2012

What goes around comes around, PKR's Ravi tells an Umno man who knows a dirty word in Tamil.

SEREMBAN: "Just a little old fashioned karma coming down," says Willie Nelson in one of his songs. Had Umno's Zainal Abidin Ahmad heeded the singer's message, he might have avoided being hit in the face with the Tamil word for vagina.

According to yesterday's Negeri Sembilan edition of Sinar Harian, the state assemblyman for Sungai Lui was offended by the "P" word, now that a young man has used it to deface his Facebook.

But he was not blushing when he brandished the same word in November 2009 and April 2011 in the August hall of the state assembly. FMT reported both incidents.

Commenting on the Sinar Harian interview with Zainal Abidin, Port Dickson state assemblymen M Ravi of PKR said he had it coming.

"I'm not condoning the young man's action," he told FMT, "I'm just saying I believe in the law of karma. What you do unto others comes back at you."

Ravi was in fact the target of Zainal Abidin's P-word abuse in 2009. In the midst of a heated argument about broken promises made to estate workers, he yelled out the word as a substitute for Ravi's name and made the motion of hurling a bottle at him.

In the second incident, he used it to insult DAP's Teo Kok Seong, the state assemblyman for Bahau, during an argument about policies that affect race relations. Ravi got into the fray again, saying his use of the P-word humiliated Indians and women.

Zainal Abidin told Sinar Harian he would have taken legal action over the outrage in his Facebook if the culprit had not openly apologised.

Ravi said the Umno man had no moral ground to stand on to criticise the young man.

"Probably the youth read about his behaviour in the state assembly," he said. "I would advise Zainal Abidin to stop seeking cheap publicity. If you can humiliate people with vulgar words, then you have to be able to take the same medicine."

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/22/foul-mouthed-rep-gets-what-he-got-coming/

300 peneroka di NS bantah penyenaraian FGVH

Posted: 22 Feb 2012 05:37 PM PST



300 peneroka di NS bantah penyenaraian FGVH
Feb 22, 2012

Lebih 300 peneroka Felda dari penempatan di Palong 4, 5 dan 6 di Negeri Sembilan membantah cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, malam tadi.

Sehubungan itu, peneroka di penempatan berkenaan menyatakan sokongan terbuka dengan meletakkan tandatangan pada kain rentang serta mencatatkan segala kekecewaan mereka. Antaranya, 'Umno-BN penipu', 'Felda penipu', 'Hidup Keadilan' dan 'Lawan tetap Lawan.

Ini adalah acara sampingan semasa presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan ke kawasan Felda Palong 6 malam semalam.

Isteri ketua umum PKR itu juga melancarkan kempen mengumpul 100,000 tandatangan yang diterajui oleh Biro Felda dan Orang Asal PKR yang membantah cadangan penyenaraian FGVH.

Biro itu merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 29 Mac ini di Kuala Lumpur, sebelum menganjurkan satu lagi bantahan di Putrajaya pada hari berikutnya untuk membantah cadangan penyenaraian yang dijadualkan pada 10 Mei ini.

"Kami telah memohon kepada pihak pengurusan Kelab Sultan Sulaiman dan masih menunggu kelulusan mereka. Kami akan jahit kain rentang itu bersama-sama berarak membawa tandatangan pada hari itu.

"Kemudian pada 30 Mac, kami akan menyiapkan diri untuk perhimpunan besar di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, "kata ketua biro itu, Suhaimi Said (kanan, berdiri).

Menurut beliau, peneroka Felda pada hari berkenaan akan berhimpun di masjid Putrajaya sebelum berarak, manakala kain rentang yang mengandungi 100,000 tandatangan peneroka Felda juga akan dibawa bersama.

http://malaysiakini.com/news/189949

PAS Kulaijaya

Posted: 23 Feb 2012 07:54 AM PST

PAS Kulaijaya


Penyenaraian FGVH bahaya kepada peneroka – Ku Li

Posted: 22 Feb 2012 05:49 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 23 Feb 2012 07:50 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


NAFI TOHMAHAN TUN M

Posted: 23 Feb 2012 05:22 AM PST

PROTES : 6 TERBUNUH DI AFGHANISTAN

Posted: 22 Feb 2012 07:42 PM PST

DEBAT PASAL ISU HALAL

Posted: 22 Feb 2012 07:35 PM PST

PERJUANGAN ISLAM MEMANG SEBEGITU..

Posted: 22 Feb 2012 07:29 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 23 Feb 2012 03:47 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Siapa Yang Iktiraf Israel??

Posted: 22 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekitar bantahan kapal Israel di WestPort petang tadi sekitar jam 5 petang. Siapa sebenarnya mengiktiraf Israel??Adakah kenyataan DSAI yang diputar belit?? Kita boleh menilainya sendiri






Tiada ulasan:

Catat Ulasan