Khamis, 9 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


KHIDMAT MERU

Posted: 08 Feb 2012 09:14 AM PST

KHIDMAT MERU


PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI SUNGAI PINANG

Posted: 08 Feb 2012 04:23 AM PST





Sebanyak 13 sepanduk dari berbagai NGO, persatuan dan kariah surau di Sungai Pinang telah mengambil bahagian dalam Majlis Perarakan sempena Maulidur Rasul 1433 H.

Mereka berarak sejauh 200 meter sambil ramai-ramai membaca salawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah saw dan memuji keberanian dan strategi baginda dalam mendaulatkan Daulah Islamiyah.

Nazir masjid, Tuan Hj Bostami dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua peserta yang mengambil bahagian dan berharap perarakan itu dapat menjalin sillatul rahim antara ummat Islam.

SEMARAK HIJAU DUN CHEMPAKA

Posted: 08 Feb 2012 03:06 AM PST







Program Semarak Hijau Pas yang diadakan di DUN Chempaka mendapat feedback yang cukup positif dari masyarakat setempat dari berbilang kaum di DUN berkenaan.

YB Iskandar Samad selaku ADUN Chempaka mengucapkan ribuan tahniah kepada segala petugas parti yang bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut.

YB Dr Rani selaku Pesuruhjaya Pas berharap program mesra rakyat sebegini bukan habis begitu sahaja malah di lakukan setiap masa bagi memenangi hati rakyat bagi memberi peluang kepada PR untuk memerintah dan mentadbir Negeri Selangor dengan lebih telus dan amanah.

KARNIVAL MAHABBAH MAULIDUR RASUL 1433H

Posted: 08 Feb 2012 02:24 AM PST









Karnival Mahabbah Maulidur Rasul 1433 H yang dianjurkan oleh Masjid Sirajuddin Al Abror Kg Batu Belah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan masyarakat.


Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Tahsin Solat, Mini Konsert, Pertandingan Futsal dan Pingpong dan Forum Perdana.


Karnival yang diadakan selama 7 hari itu menyaksikan penglibatan remaja dan orang muda yang cukup ceria dan bersantai.


Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dihormatkan Orang Beasr Daerah Klang, Dato Abd Ghani Fateh Akhir itu juga mendapat pujian dan komen yang cukup baik dari masyarakat setempat.









Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Feb 2012 09:13 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Senawang

Posted: 07 Feb 2012 07:25 PM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Masa : Mula jam 8 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Sport Planet , Senawang
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Johan RM800 + Medal
Naib Johan RM500 + Medal
Ke3 RM300 + Medal
Ke4 Saguhati + Medal

Tempat terhad. Tinggal beberapa penyertaan sahaja lagi untuk cukupkan 32 pasukan.

Sila hubungi segera Syukur 013-2124086

Anjuran : Budak Mudo Geng Kito Rembau dan Belia Alamanda

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Feb 2012 07:04 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SEPAK TAKRAW : SAMBUTAN HEBAT ANAK MUDA

Posted: 08 Feb 2012 05:20 AM PST

WANG YAYASAN TAQWA - JAMIL MESTI JELASKAN ISU INI

Posted: 08 Feb 2012 04:32 AM PST

PAS TOLAK CADANGAN SPR - TIADA DALAM TUNTUTAN BERSIH

Posted: 07 Feb 2012 10:11 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 08 Feb 2012 03:38 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Alaf Baru ABC

Posted: 07 Feb 2012 06:46 AM PST

Macam-macam pendekatan nak sesuaikan dengan zaman. 

Maka pendekatan PRU 12 tak sama dengan PRU 13?? Semua perlu memainkan peranan dan perkuatkan semangat untuk memastikan PR menguasai Malaysia

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Feb 2012 03:33 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


PAKATAN MENANG, MELAYU HILANG KUASA?

Posted: 07 Feb 2012 09:40 PM PST

Seorang pengundi di DUN Sri Andalas minta satu ceramah penerangan diadakan dengan tajuk PAKATAN MENANG MELAYU HILANG KUASA?. 

Insyaallah kita sedang aturkan. 

Sementara itu saya hendak membuat beberapa catatan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kuasa Melayu. 

Tohmahan terkini yang hangat dilaungkan di ceramah-ceramah HIMPUN ialah sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti, maka DAP akan membawa Malaysia bercantum dengan Singapura dan menjadikan Malaysia sebuah republik. 

Tohmahan ini datang dari tidak lain daripada mantan naib presiden PAS dan juga mantan PJ Selangor, pakar motivasi terulung Malaysia - DHA. Dia juga mendakwa DAP juga akan memansuhkan perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia. Perkara atau artikel 153 inilah yang meletakkan kedudukan istimewa orang-orang Melayu di dalam perlembagaan Malaysia.

Saya pun agak hairan fakta apa yang digunapakai oleh DHA dan UMNO/BN bila membuat dakwaan tersebut guna untuk menakutkan orang Melayu. Semasa BN memerintah di Pulau Pinang selama 54 tahun, UMNO tidak pula bising yang Cina memerintah Pulau Pinang (menjadi Ketua Menteri) walaupun UMNO mempunyai lebih banyak kerusi dari Gerakan! Masa itu tidak pula UMNO khuatir menjadi tunggangan GERAKAN (baca Cina). 

Sekarang bila Pakatan menang di Pulau Pinang dan DAP memegang Ketua Menteri, mulalah orang Melayu dikatakan dipinggirkan walaupun banyak perkara yang YAB LGE untuk lakukan orang Melayu. 

Bila DAP menang kerusi terbanyak di Perak (18 kerusi) dalam PRU 12 yang lalu berbanding dengan PAS (6) dan PKR (7), tetapi yang menjadi MB Perak ialah seorang Melayu Islam dari PAS, UMNO/BN buat tohmahan pula kata PAS ditunggang DAP! Itulah mainan UMNO/BN bila mereka tidak memegang tampuk kuasa. 

Kalau parti Melayu lain memegang kuasa selain dari UMNO/BN maka Melayu akan hilang kuasa. Ini logik songsang UMNO. Mereka sahaja yang Melayunya. Mereka sahaja yang sayang bangsa.

Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberi jaminan yang 4 perkara didalam perlembagaan tetap dijunjung PR. Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, Kedudukan istimewa orang Melayu (artikel 153) dan Institusi raja Berpelembagaan. 

Jadi bagaimana boleh negara ini hendak dijadikan negara Republik atau hendak menghapuskan perkara 153. 

Untuk menjadi sebuah negara Republik, kedudukan Raja-raja Melayu perlu dilucutkan. Mustahil untuk meminda perlembagaan tanpa 2/3 majoriti. Dengan 2/3 majoriti inilah dahulu UMNO/BN telah berjaya melemahkan kuasa raja-raja semasa zaman Tun Dr Mahathir. 

Nampaknya kalau JATI nak perjuangkan IMR (Islam. Melayu, Raja) , Pakatan Rakyat ada satu perkara yang lebih untuk kita pertahankan iaitu Bahasa.

Jadi DHA bercakap tidak guna fakta tetapi hati yang penuh kebencian kepada DAP. Lagipun DAP tidak mungkin dapat menguasai kerajaan kerana jumlah kerusi mereka bertanding pun pada PRU12 dahulu hanya 49 kerusi dan mereka menang 28 kerusi. 

Kalaulah dalam PRU 13 ini mereka bertanding tidak lebih 60 kerusi (status quo ialah 49 kerusi, dan katakan lah ada tambahan 10 kerusi lagi) dan ditakdirkan mereka menang semua, jumlah kerusi mereka diparlimen masih kurang dari satu pertiga (jumlah kerusi parlimen ialah 222). 

DAP bertanding di kerusi-kerusi majoriti Cina dan calon lawan hanya dari MCA atau Gerakan atau parti-parti komponen BN yang lain di Sabah dan Sarawak. 

Jadi kalau calon DAP Cina, maka ia akan mengalahkan calon MCA/Gerakan Cina bukan calon Melayu UMNO. UMNO tidak pernah meletakkan calonnya di kawasan majoriti Cina -tentu kalah punya! Tapi MCA banyak jugalah calon mereka bertanding dikawasan majoriti Melayu yang tegar penyokon atau ahli UMNO. 

Di Perlis, Di Perak dan di Johor calon MCA menang di kawasan majoriti Melayu. Belum masuk calon MIC yang tiada kawasan majoriti India, semua mereka bertanding di kawasan majoriti Melayu. Eh, eh, eh..... siapa tunggang siapa ye?

Bukan niat saya hendak menonjolkan perkauman di sini. Calon mengikut kaum sepatutnya tidak menjadi faktor utama lagi di kebanyakan tempat di Malaysia kalau pemimpin tidak mainkan sentimen kaum. Namun realiti di Malaysia kita sudah lama diperkotakkan, maka ramai yang masih berfikir mengikut jalur kaum.

Jadi di mana kebenarannya dakwaan Malaysia akan direpublikkan sekiranya Pakatan menang.? Bukan mudah mana-mana parti nak dapat 2/3 majoriti sekarang ini. Rakyat sudah cerdik sangat. Bodoh sangatlah ahli parlimen Melayu (dari kedua-dua belah pihak-kerajaan dan pembangkang) kalau hendak menghapuskan institusi Raja Berpelembagaan kita. 

Kalau tak ada raja atau sultan siapa nak anugerah segala gelaran yang menjadi status simbol pembesar negara!. Tidak sama anugerah dari Sultan dengan anugerah dari Yang di Pertua negeri-negeri yang tidak tiada daulat seperti di Melaka atau Pulau Pinang dan lain-lain negeri..

Yang penting Raja-rajalah yang menjadi payung kepada pentadbiran agama Islam walaupun ada kalanya sesetengah mereka memberi sedikit cabaran kepad PM atau MB negeri masing-masing. Itu perkara biasa. Raja dan Sultan-sultan pun semakin hari semakin terpelajar dan semakin memahami peranan mereka di dalam institusi Raja Berpelembagaan ini.

Corak perwakilan mengikut bangsa di dalam parlimen tidak akan banyak berubah. Melayu UMNO tetap akan bertanding melawan calon Melayu PAS atau calon Melayu PKR atau calon Melayu DAP. Melayu UMNO kalah ganti dengan Melayu PAS/PKR. Melayu tetap akan menjadi majoriti juga di parlimen.

Ahli Parlimen mengikut bangsa (PRU 13)

MELAYU
UMNO =78
PAS =23
PBB =14
PKR =15
KATAK =4
JUMLAH =134

BUKAN MELAYU
MCA =15
MIC =3
GERAKAN  =2
DAP =29
PKR =11
KATAK =1
JUMLAH = 61

BUKAN MELAYU lain-lain* =27

JUMLAH AHLI PARLIMEN=222
MELAYU = 134
BUKAN MELAYU (CINA DAN INDIA) = 61
BUKAN MELAYU (LAIN-LAIN) =27

Kesimpulannya dengan jumlah orang Melayu di pihak kerajaan maupun pembangkang, Melayu masih majoriti. 

Jika perlu pengundian yang membabitkan kepentingan orang Melayu Islam, maka sepatutnya ada kesatuan fikiran di sini dan kedudukan dan hak orang Melayu akan terbela. Malah bangsa-bangsa lain juga memerlukan sokongan orang Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka. 

Tidak timbul Melayu hilang kuasa sekiranya apa yang dibawa ke parlimen untuk dibahaskan maka Melayu atau Bukan Melayu dalam pembangkang tidak akan menyokong. Bergantung kepada isu, selagi membela rakyat terbanyak sudah tentulah akan mendapat sokongan dari semua pihak. 

Tapi kalau yang dibawa bertujuan melindungi atau memberi keuntungan kepada golongan tertentu sahaja dan menafikan hak orang lain, maka ianya tidak wajar disokong.

KALAU di dalam PRU 13, PAS boleh memenangi 60 kerusi yang sudah pasti perlu datang dari UMNO/BN maka PAS lah akan menjadi komponen terkuat Pakatan Rakyat. Tidak timbul isu di dalam Pakatan Rakyat,PAS seperti melukut ditepi gantang. 

Untuk PAS memainkan peranan yang penting orang Melayulah yang perlu memberi sokongan. Jika PAS tidak diberi kepercayaan oleh orang Melayu maka jumlah kerusi Melayu di dalam Pakatan dalam lingkungan yang ada sekarang. 

Adat berpolitik, siapa mempunyai kerusi yang tertinggi maka dialah yang dominan. Kalau di Selangor PAS menang 8 kerusi DUN, DAP 13, dan PKR 15 maka kerusi MB tentulah milik PKR. Begitu juga di Kedah dan Kelantan, kerusi PAS terbanyak maka PAS pegang kerusi MB.

Kebimbangan saya jika PAS tidak disokong Melayu (kerana kebanyakan kerusi PAS di kawasan majoriti Melayu), dan orang Melayu beri sokongan kepada UMNO/BN, maka keputusan PRU13 akan menunjukkan rakyat negara ini terbelah dua ( majoriti bukan Melayu beri undi pada Pakatan Rakyat). 

Maka politik negara akan terus tegang kerana Pakatan dan BN tidak boleh bersetuju dalam banyak perkara. Kalau orang Melayu tidak faham sifir ini, maka kerajaan yang dibentuk tidaklah kuat. Cabaran kepada orang Melayu ialah memilih kombinasi terbaik demi masa depan negara. 

UMNO/BN sudah memrintah begitu lama dan amat susah dan payah mereka hendak membuat perubahan kerana banyak perkara negatif telah menjadi budaya parti UMNO. 

Mereka perlu dikalahkan supaya mereka boleh mengislahkan diri untuk berjuang pada landasan asal mereka dan tidak menjadikan materialisme atau maddiyah motivasi perjuangan mereka.

Rakyat tidak perlu bimbang kerana jika betul Pakatan Rakyat tidak boleh "deliver" maka pada PRU 14 nanti boleh buat perubahan lagi.

*(parti-parti sabah dan sarawak - pelbagai bangsa yang belum dapat perincikan bangsa dan agama)

Dr Siti Mariah Mahmud

Kisah 2 Gergasi Umno

Posted: 07 Feb 2012 06:05 AM PST

PAS mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas negeri itu walaupun Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu kerap sekali turun ke Selangor.

Bagi AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tindakan Najib dan Muhyiddin itu seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga.

"Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah-olah anak pungutan.

Katanya, pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.

"Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat," ujarnya.

Tambahnya, andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan.

Menurutnya, anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa  mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik.

Mereka, katanya akan pastikan ibu bapa mereka tidak dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.

Katanya lagi, banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru Kafa kepada RM1,500, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.

Di samping itu, ujarnya kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai.

Justeru, kata beliau Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno.

Oleh itu, tambahnya akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka  rakyat akan  buta agama.

"Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula  dirasai oleh semua lapisan rakyat, tidak seperti zaman Umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi," ujarnya lagi.

Katanya, kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173  juta daripada RM800 juta yang mana BN berhutang, PR tolong bayar.

Menurutnya, untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah, maka diperuntukkan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.

"Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insya Allah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR," katanya.... harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan