AIDC – Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.
Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.
Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O'Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.
Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.
Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.
Dokumen-dokumen tentang FFF boleh dilihat di sini
Tentang FFF, baca selanjutnya, artikel bertajuk, "Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush "
Annapolis Summit 2007
Sebagai mengotakan janji di atas, Rice kemudiannya telah mengendalikan satu persidangan yang dinamakan 'Annapolis Summit atau Annapolis Conference' untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.
Persidangan Annapolis itu diadakan pada 27 November 2007, di Akademi Tentera Laut, Annapolis, Maryland, AS yang dipengerusikan oleh Presiden AS, George W. Bush.
Israel diwakili Perdana Menterinya, Ehud Olmert manakala Palestin pula diwakili Presidennya, Mahmoud Abbas.
Menariknya, laman presstv.ir lapor Presiden Abbas adalah proksi AS yang melakukan coup d'etat (rampasan kuasa) apabila Ismail Haniya dari Hamas menang pilihanraya Palestin.
Namun begitu, draf dokumen 'Road map for peace' anjuran Presiden Bush yang bertemakan 'two state solution' telah dibocorkan oleh akhbar Israel, Haaretz, 10 hari lebih awal daripada tarikh sebenar persidangan tersebut.
Bagaimanakah akhbar Israel mendapat maklumat lebih awal berkenaan dokumen sulit resolusi 'two state solution' itu ?
Menurut wikipedia, 'two state solution' merujuk kepada "two states for two peoples…solution envisages the establishment of an independent Palestinian state alongside the State of Israel.
Maksudnya, 'Solusi untuk membentuk Negara Palestin yang merdeka bersama dengan Negara Sah Israel'.
Pembentukan dan pengiktirafan 'Negara Sah Israel' yang menjadi faktor majoriti rakyat Palestin yang diwakili Hamas dan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memboikot persidangan tersebut.
Rakyat Palestin bangkit memprotes dan berdemonstrasi menentang agenda 'two state' itu di Semenanjung Gaza.
Manakala Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengutuk persidangan itu, dengan berkata "Sokong Annapolis bermakna Sokong Agenda Zionis".
"Kami tidak mengiktiraf wakil yang mengadakan perbincangan di Annapolis, dia tidak mewakili rakyat Palestin, " kata Ismail Haniyeh, Ketua Hamas.
Menurut wikipedia, Annapolis Summit 2007 adalah kesinambungan daripada 'Camp David Accords' yang diusahakan oleh Presiden Jimmy Carter pada tahun 1979, antara Anwar Al Sadat (Presiden Mesir) dengan Menachem Begin (Perdana Menteri Israel), namun usaha ini menemui kegagalan apabila Anwar Sadat telah ditembak mati oleh beberapa kelompok tertentu yang tidak bersetuju gagasan idea tersebut.
Orang yang memainkan peranan di sebalik Camp David Accords ini adalah Zbigniew Brzezinski, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Presiden Carter.
Brzezinski yang juga mentor kepada Madeline Albright adalah antara tokoh utama bersama Anwar Ibrahim dalam International Crisis Group (ICG) dan antara pelobi utama Annapolis Summit yang diusahakan Presiden Bush.
Anwar Tandatangan Lobi 'Two State Solution'
Selain terlibat dalam FFF, Anwar juga turut terlibat dalam badan antarabangsa tajaan George Soros, ICG (International Crisis Group).
Anwar dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006.
Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi 'two state solution' dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.
Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin sepertimana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf Negara Sah Israel.
Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.
Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.
Menurut sourcewatch, USMEP adalah organisasi yang dibentuk oleh Council on Foreign Relations (CFR) pada tahun 1994 untuk membuat kajian khusus tentang Timur Tengah.
Manakala New America Foundation pula merupakan badan pemikir yang berpengkalan di Washington DC yang mendapat tajaan yayasan-yayasan dana Yahudi termasuk Open Society Institute (OSI), Ford Foundation, Rockefeller Foundation dan lain-lain.
Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.
Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini
Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.
Kandungan Surat Lobi
Menurut laman prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net. pelobi-pelobi Annapolis Summit (termasuk Anwar Ibrahim) telah menghantar surat lobi kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara Condoleezza Rice yang memuji usaha menjayakan agenda 'two state solution' itu.
Selain itu, pelobi yang diwakili tiga badan, ICG, USMEP dan New American Foundation turut mengesyorkan garis panduan untuk menjayakan agenda tersebut :
1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1
2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin
3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.
4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula
5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin
Persidangan antarabangsa itu perlu termasuk perkara-perkara berikut:
1. Dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan Israel dalam proses tersebut, negara-negara Arab yang pada masa ini tidak menikmati hubungan diplomatik dengan Israel perlu menghadiri persidangan tersebut.
2. Kami memuji pentadbiran Amerika kerana keputusannya untuk menjemput Syria ke persidangan tersebut; ia perlu diikuti dengan penglibatan sebenar. Kejayaan laluan ini amat penting untuk mengubah landskap serantau. Secara minimum, persidangan tersebut perlu melancarkan rundingan Israel-Syria di bawah naungan antarabangsa.
3. Tentang Hamas, kami percaya bahawa kaedah dialog dengan pertubuhan ini jauh lebih baik daripada pengasingannya ; ia boleh dianjurkan oleh utusan PBB dan Kuartet Timur Tengah. Mempromosikan gencatan senjata di antara Israel dan Gaza mungkin merupakan titik permulaan yang baik.
Penandatangan :
1. Zbigniew Brzezinski, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter
2. Lee H. Hamilton, Bekas Ahli Kongres dan Pengerusi Bersama Iraq Study Group (Kumpulan Kajian Iraq)
3. Carla Hills, Bekas Wakil Perdagangan A.S. di bawah Presiden George H.W. Bush
4. Nancy Kassebaum-Baker, Bekas Senator (R-KS)
5. Thomas R. Pickering, Bekas Pembantu Utama Setiausaha Negara di bawah Presiden Bill Clinton
6. Brent Scowcroft, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Gerald Ford dan Presiden George H.W. Bush
7. Theodore C. Sorensen, Bekas Perunding Khas dan Penasihat kepada Presiden John F. Kennedy
8. Paul Volcker, Bekas Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rezab Persekutuan A.S.
Penandatangan Baru pada 10 Oktober 2007
(Penandatangan menandatangani dalam kapasiti individu lebih daripada kapasiti insititusi)
1. Fouad Alghanim, Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP
2. Jodie Allen, Senior Editor Pusat Penyelidikan Pew; Bekas Editor , Outlook Section, Washington Post
3. Harriet Babbitt, Bekas Duta A.S. ke Persatuan Negara-negara Amerika; Bekas Pengarah National Democratic Institute for International Affairs (Institut Demokrasi Kebangsaan untuk Hubungan Antarabangsa)
4. Birch Bayh, Bekas Senator A.S. (D-IN)
5. Shlomo Ben-Ami, Bekas Menteri Luar Israel
6. Stephen Bosworth, Dekan, The Fletcher School at Tufts University; Bekas Duta ke Korea, Filipina dan Tunisia
7. Lincoln Chafee, Felo Pelawat di Institut Kajian Antarabangsa Watson, Brown University; Bekas Senator A.S. (R-RI)
8. Steven Clemons, Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/Program Strategi Amerika)
9. Harvey Cox, Profesor Pengajian Teologi Hollis, Sekolah Teologi Harvard
10. Michael Cox, Professor di London School of Economics dan Pengarah Pusat Kajian Perang Dingin
11. Edward Djerejian, Pengarah, Institut untuk Dasar Awam James A. Baker III, Rice University; Bekas Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Timur Dekat; Bekas Duta A.S. ke Israel
12. James Dobbins, Bekas Penolong Setiausaha Negara
13. Joseph Duffey, Pengarah Agensi Maklumat A.S.(1993-1999); Penolong Setiausaha Negara untuk Pendidikan dan Budaya, 1977
14. Peter Edelman, Profesor Undang-Undang dan Pengarah Bersama, Ijazah Undang-Undang dan Dasar Awam; Bekas Penolong Setiausaha untuk Perancangan dan Penilaian
15. Gareth Evans, Presiden & CEO, International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa); Bekas Menteri Luar Australia
16. Leon Fuerth, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore
17. Philip H. Gordon, Felo Kanan untuk Dasar Luar A.S., Brookings Institution
18. Morton Halperin, Pengarah Eksekutif, Open Society Policy Center; Pengarah Sokongan A.S. , Open Society Policy Center ; Bekas Pengarah Staf Perancangan Dasar, Jabatan Negara A.S., 1998-2001
19. Gary Hart, Kerusi Wirth di University of Colorado; Pengerusi, Council for a Livable World and the American Security Project (Majlis untuk Dunia Yang Sesuai Didiami dan Projek Keselamatan Amerika) ; Bekas Senator A.S. (D-CO)
20. Rita E. Hauser, Bekas Ahli, President's Foreign Intelligence Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar Presiden)
21. William J. vanden Heuvel, Pengerusi, Emeritus of the Franklin & Eleanor Roosevelt Institute; Bekas Timbalan Wakil Tetap A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
22. Samuel M. Hoskinson, Naib Presiden Eksekutif , Jefferson Waterman International; Bekas Naib Pengerusi, National Intelligence Council (Majlis Perisikan Negara); National Intelligence Officer for the Middle East (Pegawai Perisikan Negara untuk Timur Tengah) dan Senior National Security Council Staff Officer under three National Security Advisors (Pegawai Staf Kanan Majlis Keselamatan Negara di bawah tiga Penasihat Keselamatan Negara)
23. Joseph Hotung, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Ho Hung Hing Estates Ltd., Hong Kong and United Kingdom; Ahli Lembaga Antarabangsa , USMEP
24. Amory Houghton, Bekas Ahli Muda Kongres A.S. (R-NY)
25. Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation; Bekas Duta A.S. ke NATO
26. Robert Hutchings, Diplomat Tamu, Woodrow Wilson School at Princeton University; Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara
27. Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia
28. Michael Intriligator, Profesor Ekonomi di UCLA; Bekas Pengarah, UCLA Burkle Center for International Relations (Pusat Burkle UCLA untuk Hubungan Antarabangsa)
29. Robert Jervis, Profesor Hubungan Luar Adlai E. Stevenson di Columbia University; Bekas Presiden, American Political Science Association (Persatuan Sains Politik Amerika)
30. Herbert C. Kelman, Profesor Etika Sosial Richard Clarke Cabot, Emeritus, Harvard University; Bekas Pengarah, Program Analisis dan Resolusi Konflik Antarabangsa, Weatherhead Center for International Affairs (Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa)
31. Said Khoury, Presiden, Consolidated Contractors International Company S.A.L., Greece; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP
32. Lawrence Korb, Felo Kanan, Center for American Progress (Pusat Perkembangan Amerika); Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan; Bekas Felo kanan & Pengarah Pengajian Keselamatan Negara di Majlis Hubungan Luar; Bekas Penolong Setiausaha Keselamatan
33. Flynt Leverett, Pengarah, Geopolitics of Energy Initiative and Senior Fellow, New America Foundation (Inisiatif Geopolitik Tenaga dan Felo Kanan, Yayasan Amerika Baru) ; Bekas Pengarah Kanan untuk Hubungan Timur Tengah, Majlis Keselamatan Negara; Bekas Pakar Timur Tengah untuk Setiausaha Negara – Staf Perancangan Dasar; Bekas Penganalisis Kanan, Central Intelligence Agency (Agensi Perisikan Pusat)
34. Daniel Levy, Pengarah, Inisiatif Dasar Timur Tengah, New America Foundation (Yayasan Amerika Baru); Felo Kanan, Century Foundation; Perancang Utama Israeli, Inisiatif Geneva; Ahli Delegasi Israeli, Rundingan Taba
35. Anatol Lieven, Profesor Pengajian Peperangan, Kings College London; Felo Penyelidik Kanan, New America Foundation
36. Fouad Makhzoumi, Pengerusi Parti Dialog Kebangsaan, Lubnan; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP; Pengerusi, Future Pipe Group; Pengasas Yayasan Makhzoumi
37. Robert Malley, Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara, International Crisis Group; Felo Kanan Bukan Residen di USMEP
38. John R. Malott, Bekas Duta A.S. ke Malaysia; Bekas Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Asia
39. Lenore Martin, Profesor Sains Politik, Emmanuel College; Rakan Sekutu, Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa, Harvard University
40. John McLaughlin, Bekas Timbalan Pengarah Central Intelligence Agency (CIA)
41. John Mearsheimer, Profesor Sains Politik, University of Chicago
42. Everett Mendelsohn, Profesor Emeritus untuk Sains Sejarah, Harvard University
43. Diana Villiers Negroponte, Pengajian Dasar Luar, Brookings Institution
44. William Nitze, Presiden The Committee for the Republic (Masyarakat untuk Republik)
45. Augustus Richard Norton, Profesor Hubungan Antarabangsa dan Anthropologi, Boston University
46. Ayo Obe, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu, World Movement for Democracy (Gerakan Dunia untuk Demokrasi); Bekas Naib Presiden, Civil Liberties Organisation (Organisasi Kebebasan Awam), Nigeria
47. Adnan Abu Odeh, Bekas Penasihat Politik kepada Raja Abdullah II dan kepada Raja Hussein Jordan; Bekas Wakil Tetap Jordan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
48. William E. Odom, Leftenan Jeneral (Bersama) Tentera Darat A.S. ; Felo Kanan, Hudson Institute; Profesor Sains, Yale University; Bekas Pengarah Agensi Keselamatan , 1985-1988
49. Hutham Olayan, Presiden & CEO, Olayan America Corporation; U.S.A. Ahli Lembaga Antarabangsa USMEP
50. Christopher Patten, Pengerusi Bersama International Crisis Group; Canselor, University of Oxford; Bekas Pesuruhjaya untuk Hubungan Luar; Bekas Panglima Besar Gabenor British Hong Kong
51. Edward L. Peck, Bekas Ketua Misi A.S. ke Iraq; Bekas Duta ke Mauritania
52. Paul R. Pillar, Profesor Pelawat, Program Pengajian Keselamatan, Georgetown University; Bekas Pegawai Keselamatan Negara untuk Asia Tekat dan Asia Tenggara, Central Intelligence Agency
53. Larry Pressler, Bekas Senator A.S. (R-SD) & Ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat; Ahli, Majlis Hubungan Luar
54. William B. Quandt, Profesor Politics Edward R. Stettinius, University of Virginia
55. Felix Rohatyn, Bekas Duta A.S. ke Perancis
56. Theodore Roosevelt IV, Pengarah Urusan, Lehman Brothers
57. Richard J. Samuels, Profesor Sains Politik Ford International & Pengarah, Center for International (Pusat untuk Pengajian Antarabangsa) di Massachusetts Institute of Technology
58. Pierre Schori, Ketua Pengarah FRIDE; Bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB; Bekas Duta Sweden ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa; Bekas Timbalan Menteri Luar, Kerajaan Sweden
59. J. J. Sheehan, Jeneral (Bersara), Kor Marin A.S.
60. Eric Shinseki, Jeneral (Bersara), Tentera Darat A.S.; Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S.
61. Henry Siegman ,Presiden, US/Middle East Project, Inc.
62. Dimitri K. Simes, Presiden, The Nixon Center ; Penerbit, The National Interest
63. Anne-Marie Slaughter, Dekan, Sekolah Hubungan Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson, Princeton University
64. Stephen J. Solarz, Bekas Ahli Kongres A.S. (D-NY)
65. Henry Steiner, Jeremiah Smith, Profesor Muda Undang-Undang, Emeritus, Harvard Law School
66. Richard Vague, Pengerusi dan CEO Adagio Partners
67. Stephen Walt, Profesor Hubungan Antarabangsa Robert and Renee Belfer
Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Harvard University
68. Phil Wilcox,Presiden, Foundation for Middle East Peace (Yayasan Keamanan Timur Tengah); Duta Besar Tugas Khas A.S. ; Bekas Pembantu Khas kepada Setiausaha Rendah untuk Pengurusan untuk Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah untuk Hubungan Serantau, Biro Hubungan untuk Timur Tengah dan Asia Tenggra, Jabatan Negara A.S.
69. Lawrence B. Wilkerson, Kolonel (Bersara) Tentera Darat A.S. ; Profesor Pamela C. Harriman, Kolej Kerajaan William Mary; Pensyarah Profesor, George Washington University; Bekas Ketua Staf, Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah, Kolej Perang Kor Marin A.S.
70. Joseph Wilson, Duta dalam Pentadbiran Presiden George H. W. Bush; Penolong Khas kepada Presiden Clinton; Pengarah Kanan untuk Hubungan Afrika, Majlis Keselamatan Negara
71. Timothy Wirth, Presiden, U.N. Foundation (Yayasan PBB); Bekas Senator A.S. (D-CO)
72. Frank Wisner, Bekas Duta A.S. ke Zambia, Mesir, Filipina dan India; Bekas Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar; Bekas Setiausaha Rendah untuk Hubungan Keselamatan Antarabangsa; Naib Pengerusi Hubungan Luar , American International Group
73. John S. Wolf, Bekas Ketua Pemantau, Middle East Roadmap, Jabatan Negara; Bekas Duta A.S.
Pisau kata
" PAS dah angkat Ehud Barak jadi mursyidul am "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan