Selasa, 31 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 31 Jan 2012 03:31 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Karnival Mesra Rakyat Kota Raja

Posted: 30 Jan 2012 07:30 AM PST
















DUN BUKIT PAYONG

Posted: 31 Jan 2012 03:14 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Penyamun minta hidang nasi selepas pecah rumah

Posted: 30 Jan 2012 03:48 AM PST

Petikan : Harian Metro

KUALA TERENGGANU: "Hidang aku nasi" itulah permintaan seorang penyamun selepas memecah masuk ke dalam rumah seorang pembantu veterinar di Kampung Bukit Payung, Besut, di sini pagi semalam.

Bagaimanapun ketika penyamun itu sedang asyik menjamu selera, anak perempuan pemilik rumah itu sempat melarikan diri ke rumah jiran berdekatan dan menelefon bapanya bagi memaklumkan kejadian tersebut dan seterusnya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan sebilah parang telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan mengugut anak perempuan pemilik rumah yang ketika itu tinggal berseorangan supaya menyerahkan semua barang berharga.

"Mangsa 21 tahun yang dalam keadaan ketakutan kemudian terus menyerahkan dua utas gelang emas yang dipakainya.

"Selepas mendapat barang kemas itu suspek kemudian meminta mangsa menghidangkannya nasi, namun mangsa menyuruh suspek mengambil sendiri nasi di dapur sebelum mengambil peluang melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Manoharan, tidak lama selepas itu bapa mangsa tiba bersama beberapa anggota polis, namun suspek bersama seorang rakannya yang menunggu di dalam kereta berjaya melarikan diri.

Katanya hasil siasatan yang dijalankan, polis telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kira-kira jam 8 malam tadi di Jalan Pasir Akar dan hasil soal siasat, seorang lagi suspek berjaya ditahan.

"Kita berjaya menahan suspek utama yang berusia 29 tahun kira-kira sejam kemudian di Kampung Bukit Payung dan hasil penahanan kedua-dua suspek itu polis berjaya merampas parang yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Bagaimanapun dua utas gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanitanya untuk dijual.

"Kita telah menelefon keluarga wanita berkenaan memaklumkan kejadian itu sebelum wanita berusia 28 tahun itu tampil menyerahkan diri di Balai Polis Jerteh kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan hasil siasatan yang dijalankan wanita itu mengakui telah menjual gelang emas yang bernilai RM800 itu di sebuah kedai emas di Jerteh.

"Polis telah pergi ke kedai emas berkenaan pagi tadi dan menahan seorang jurujual yang berusia 31 tahun bagi membantu siasatan, bagaimanapun jurujual berkenaan memaklumkan barang kemas itu telah diserahkan kepada pemilik kedai dan kita akan membuat tangkapan ke atas pemilik kedai berkenaan," katanya.

Manoharan berkata kedua-dua suspek yang positif dadah jenis methamfetamine itu direman selama seminggu dari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata. -- BERNAMA

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 31 Jan 2012 01:22 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Najib patut tinggalkan saja NKRA perangi rasuah

Posted: 31 Jan 2012 01:00 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut tinggalkan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi rasuah dalam GTP jika beliau tidak berani mewajibkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes skandal RM250 juta "lembu dan kondo" ataupun kes wang haram berjumlah RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) yang telah dialirkan keluar daripada negara dari tahun 2000-9.

Pada bulan April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan 6 NKRA dalam GTP, dan salah satu daripadanya merupakan NKRA memerangi rasuah. Selepas hampir 3 tahun, Perdana Menteri masih tidak ada kejayaan. Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran beliau.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun diberi bajet tahunan sebanyak lebih RM200 juta sejak 2011 hanya diatasi oleh penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawainya. Selain daripada dakwaan rasuah, dua kes kematian telah terjadi dalam kawasan SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan pegawai kanan Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 6 2011.

Parlimen telah memperuntukkan bajet RM202.2 juta untuk SPRM pada tahun 2011 dan hasilnya adalah kedudukan CPI terendah untuk negara kita iaitu tangga ke-60 dan juga kadar CPI terendah iaitu 4.3. Pada tahun 1996, Parlimen telah memperuntukkan bajet RM29.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pada tahun itu Malaysia menduduki tangga ke-26 dan mencapai CPI tertinggi dalam 17 tahun iaitu 5.32.

Rakyat Malaysia berhak untuk membandingkan bajet yang diberi kepada BPR pada tahun 1996 dan SPRM pada tahun 2011, dengan CPI Malaysia pada kedua-dua tahun ini. Walaupun SPRM diberi bajet hampir 7 kali ganda apa yang diberi pada tahun 1996, kenapakah CPI Malaysia pada tahun 2011 mendapat kedudukan yang paling rendah iaitu tangga ke-60 dan kadar CPI 4.3 apabila pada tahun 1996 kita berada di kedudukan ke-26 dengan kadar 5.32?

Nampaknya lagi besar bajet, lagi ramai staf dan lagi banyak sumber yang diberi kepada SPRM, lagi teruk keadaan rasuah di Malaysia. Ke manakah perginya lebihan sebanyak RM172.8 juta dalam bajet anti-rasuah pada tahun 2011 berbanding 1996?

1996 29.5 juta

1997 32.4 juta

1998 32.2 juta

1999 38.2 juta

2000 41.8 juta

2002 63.8 juta

2003 67.7 juta

2004 70.4 juta

2005 76.4 juta

2006 99.1 juta

2007 148.1 juta

2008 146.7 juta

2009 162.1 juta

2010 156.8 juta

2011 202.2 juta

2012 211.2 juta

Yang lebih teruknya adalah keengganan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan RCI mengenai skandal "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet dengan alasan lemah bahawa SPRM sedang menyiasat perkara ini. Sebenarnya, RCI diperlukan untuk menyiasat skandal "lembu dan kondo" ini kerana pihak umum sudah hilang kepercayaan dalam SPRM, seperti yang ditunjukkan oleh penurunan dalam kadar dan kedudukan TI.

NKRA memerangi rasuah yang dijuarai Perdana Menteri juga nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Pada 29.1.2012, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri VK Liew telah mewajarkan keengganan beliau dengan mempersoalkan kenapa Ahli-ahli MMK (Exco) Pulau Pinang mengambil masa 4 tahun untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Tidakkah pemimpin-pemimpin BN berasa malu kerana Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah berjaya melakukan demikian selepas 4 tahun walhal BN telah gagal selepas 55 tahun? Pengisytiharan harta Ahli-ahli MMK Pulau Pinang merangkumi juga aset dan liabiliti mereka pada 8 Mac 2008 dan setakat 31.12.2011. Tambahan pula, pengisytiharan harta kita dibuat secara terbuka, dimuat naik ke dalam Internet dan telah disahkan oleh sebuah firma audit dan akauntan bebas, KPMG.

Jika Perdana Menteri tidak memberi SPRM kuasa pendakwaan bebas dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen, menubuhkan RCI untuk skandal-skandal dan mewajibkan pengisyiharan harta secara terbuka, CPI Malaysia yang dikendalikan Transparency International akan terus merosot.

sinar harian/-

Kepala babi ditemui di masjid di Rawang

Posted: 31 Jan 2012 12:50 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

malaysaikini/-








Najib patut tinggalkan saja NKRA perangi rasuah

Posted: 31 Jan 2012 12:45 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut tinggalkan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi rasuah dalam GTP jika beliau tidak berani mewajibkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes skandal RM250 juta "lembu dan kondo" ataupun kes wang haram berjumlah RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) yang telah dialirkan keluar daripada negara dari tahun 2000-9.

Pada bulan April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan 6 NKRA dalam GTP, dan salah satu daripadanya merupakan NKRA memerangi rasuah. Selepas hampir 3 tahun, Perdana Menteri masih tidak ada kejayaan. Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran beliau.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun diberi bajet tahunan sebanyak lebih RM200 juta sejak 2011 hanya diatasi oleh penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawainya. Selain daripada dakwaan rasuah, dua kes kematian telah terjadi dalam kawasan SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan pegawai kanan Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 6 2011.

Parlimen telah memperuntukkan bajet RM202.2 juta untuk SPRM pada tahun 2011 dan hasilnya adalah kedudukan CPI terendah untuk negara kita iaitu tangga ke-60 dan juga kadar CPI terendah iaitu 4.3. Pada tahun 1996, Parlimen telah memperuntukkan bajet RM29.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pada tahun itu Malaysia menduduki tangga ke-26 dan mencapai CPI tertinggi dalam 17 tahun iaitu 5.32.

Rakyat Malaysia berhak untuk membandingkan bajet yang diberi kepada BPR pada tahun 1996 dan SPRM pada tahun 2011, dengan CPI Malaysia pada kedua-dua tahun ini.

Walaupun SPRM diberi bajet hampir 7 kali ganda apa yang diberi pada tahun 1996, kenapakah CPI Malaysia pada tahun 2011 mendapat kedudukan yang paling rendah iaitu tangga ke-60 dan kadar CPI 4.3 apabila pada tahun 1996 kita berada di kedudukan ke-26 dengan kadar 5.32?

Nampaknya lagi besar bajet, lagi ramai staf dan lagi banyak sumber yang diberi kepada SPRM, lagi teruk keadaan rasuah di Malaysia. Ke manakah perginya lebihan sebanyak RM172.8 juta dalam bajet anti-rasuah pada tahun 2011 berbanding 1996?
1996 29.5 juta
1997 32.4 juta
1998 32.2 juta
1999 38.2 juta
2000 41.8 juta
2002 63.8 juta
2003 67.7 juta
2004 70.4 juta
2005 76.4 juta
2006 99.1 juta
2007 148.1 juta
2008 146.7 juta
2009 162.1 juta
2010 156.8 juta
2011 202.2 juta
2012 211.2 juta

Yang lebih teruknya adalah keengganan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan RCI mengenai skandal "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet dengan alasan lemah bahawa SPRM sedang menyiasat perkara ini. Sebenarnya, RCI diperlukan untuk menyiasat skandal "lembu dan kondo" ini kerana pihak umum sudah hilang kepercayaan dalam SPRM, seperti yang ditunjukkan oleh penurunan dalam kadar dan kedudukan TI.

NKRA memerangi rasuah yang dijuarai Perdana Menteri juga nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Pada 29.1.2012, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri VK Liew telah mewajarkan keengganan beliau dengan mempersoalkan kenapa Ahli-ahli MMK (Exco) Pulau Pinang mengambil masa 4 tahun untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Tidakkah pemimpin-pemimpin BN berasa malu kerana Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah berjaya melakukan demikian selepas 4 tahun walhal BN telah gagal selepas 55 tahun? Pengisytiharan harta Ahli-ahli MMK Pulau Pinang merangkumi juga aset dan liabiliti mereka pada 8 Mac 2008 dan setakat 31.12.2011.

Tambahan pula, pengisytiharan harta kita dibuat secara terbuka, dimuat naik ke dalam Internet dan telah disahkan oleh sebuah firma audit dan akauntan bebas, KPMG.

Jika Perdana Menteri tidak memberi SPRM kuasa pendakwaan bebas dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen, menubuhkan RCI untuk skandal-skandal dan mewajibkan pengisyiharan harta secara terbuka, CPI Malaysia yang dikendalikan Transparency International akan terus merosot.

Harakah Daily

NFC tolak memo NGO

Posted: 31 Jan 2012 12:40 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Usaha sebuah NGO menghantar memorandum kepada National Feedlot Corporation berhubung dakwaan perbelanjaan kredit kad RM600,000 yang didakwa menggunakan wang daripada dana kerajaan hanya sampai di muka pintu.

Rombongan kira-kira 10 aktivis JINGGA 13 pulang hampa apabila kehadiran mereka di Kuala Lumpur gagal mencapai matlamat apabila pegawai syarikat itu enggan menerima memorandum itu.

"Walaupun Saudara Fariz Musa selaku ketua koordinator menyatakan bahawa JINGGA 13 mewakili kehendak rakyat untuk dapat penjelasan, namun pegawai itu bertegas untuk mengikuti arahan atasan dengan alasan NFC adalah 'entiti perniagaan'," kata setiausahanya Saifuddin Shafi Muhammad.

Menurut Saifuddin, pegawai itu juga menyatakan tidak mahu mengganggu tugas pihak polis yang sedang menyiasat kes itu walaupun pengarah eksekutifnya Wan Shahinur Izmir Salleh didakwa berkali-kali membuat kenyataan menafikan dakwaan itu.

JINGGA 13 sebelum ini membuat laporan polis terhadap empat anggota menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Dalam kenyataannya hari ini, NGO yang dekat dengan PKR itu juga mempersoalkan keistimewaan kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan 11 NGO yang dijemput khas untuk diberi penerangan oleh NFC sebelum ini.

Justeru, Saifuddin mempersoalkan kenapa JINGGA 13 yang melaporkan perkara itu kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilayan jika benar tiada fakta mahu disembunyikan.

malaysiakini/-










Bekalan air: Orang Asli adu pada Suhakam

Posted: 31 Jan 2012 12:40 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Sekumpulan wakil Orang Asli hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung tindakan sub-kontraktor memusnahkan dan membuka saluran paip air sehingga menyebabkan penduduk di enam perkampungan Orang Asli tidak mendapat bekalan air bersih.

Difahamkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan akibat pertelingkahan di antara sub-kontraktor dengan kontraktor utama.

Kontraktor utama,Rossington Sdn Bhd. yang menerima projek tersebut pada 2009 gagal melunaskan bayaran kepada sub-kontraktor seperti yang dijanjikan.

Wakil penduduk kampung Orang Asli Bera, Bob Manolan Mohamad berkata, pihaknya mahu Suhakam menjalankan siasatan berhubung perkara itu termasuk mendapatkan maklumbalas daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

"Kami berharap Suhakam dapat memberi tekanan kepada kontraktor dan kementerian yang terbabit kerana perkara ini menyulitkan orang kampung yang baru sahaja mendapat bekalan air bersih.

"Kami juga meminta Suhakam menghubungi Jabatan Kebajikan Orang Asli yang sampai sekarang belum membuat sebarang kenyataan walaupun aduan sudah dibuat," kata beliau sewaktu membentangkan perkara tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Kerja-kerja membuka semula saluran paip itu dilakukan secara berperingkat pada minggu kedua bulan ini menyebabkan hampir semua projek itu musnah.

Dimaklumkan, penduduk baru empat hari menerima bekalan air bersih setelah bertahun-tahun terpaksa mengangkut air dari perigi dan sungai.

Enam kampung yang terlibat dalam projek bekalan air bersih itu ialah Kampung Kuala Serting, Kampung Lengot, Kampung Lubuk Perah, Kampung Patil, Kampung Lubuk Tambangan dan Kampung Pasal.

Minta penjelasan menteri

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya akan membawa wakil Orang Asli ini bertemu dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafei Afdal bagi mendapatkan penjelasan beliau.

Beliau berkata, Shafei harus menyatakan peruntukan sebenar projek tersebut, dan ia diberikan secara runding terus atau tender terbuka.

"Saya mengesyaki projek ini dijalankan secara runding terus kerana kalau buka tender, semestinya ada dokumen perjanjian dan sub-kontraktor boleh menyaman kontraktor yang belum bayar.

"Tapi kalau secara runding terus, beginilah jadinya dan amalan runding terus ini diamalkan oleh orang politik," kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambahnya, projek yang dimusnahkan itu adalah sebahagian daripada projek bekalan air ke seluruh Negeri Pahang semasa kempen pilihan raya umum (PRU), 2008 lalu bernilai RM112 juta.

"Memang tidak masuk akal, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air bila dah siap dimusnahkan pula. Orang siuman tak akan buat kerja seperti itu. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja," katanya.

Perbuatan jenayah

Dalam pada itu, Sha'ani selepas mendengar aduan tersebut menyifatkan tindakan sub-kontraktor itu sebagai tindakan jenayah kerana memusnahkan harta awam.

Beliau yang berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada pihak berwajib berkata, sub-kontraktor tidak sewajarnya mengambil tindakan sesuka hati sehingga menyebabkan kesusahan orang lain.

"Bila sebut harta awam, ia bukan lagi harta kerajaan. Kalau musnahkan harta awam, itu satu tindakan jenayah.

"Agensi penguatkuasa harus menjadi contoh yang baik dalam perkara ini dengan membuat pemantauan," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang membuat aduan bagi membolehkan Suhakam menjalankan peranannya.

"Banyak peruntukan yang diluluskan dengan menjual nama orang lain, tapi orang lain yang dapat untung.

"Perkara-perkara begini harus didedahkan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan janji-janji dan pengumuman kerajaan," katanya.

harakahdaily/-

Salahuddin: PAS bukan parti pecat orang

Posted: 31 Jan 2012 12:30 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Jan - PAS menolak tanggapan dan spekulasi tentang kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turut dipecat, sebagaimana nasib Hasan Ali, berikutan keengganan beliau campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan PAS bukanlah satu parti yang akan memecat ahli sewenang-wenangnya, lagipun isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza.

"PAS bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang hanya melihat siri pemecatan dari PAS. Jadi, tidak mengamalkan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.

"Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai PAS," katanya dipetik Sinar Online.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, isu Azizan hanyalah menyentuh berkenaan teknikal, berkenaan pelaksanaan AUKU di KUIN, manakala Hasan Ali melibatkan penentangan dasar parti secara terbuka.

"Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan.

"Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza daripada isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut, Umno Kedah mempertahankan tindakan Azizan yang enggan tunduk terhadap desakan PR yang mendesak supaya Menteri Besar itu campur tangan dalam isu "KUIN lima."

Tegas Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tindakan Azizan enggan campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN adalah tepat sambil menambah AUKU masih lagi releven digunakan walaupun Pakatan Rakyat dan kumpulan mahasiswa mahu ia dimansuhkan.

Beliau menambah, Azizan mempunyai kuasa untuk melaksanakan AUKU di Kedah dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan pemimpin pembangkang.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti berkenaan dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati bersalah terlibat dalam demonstrasi bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang dibuat di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Tambah Ahmad Bashah, percanggahan pendapat dalam isu AUKU itu membuktikan Pakatan Rakyat tidak sepakat seperti yang dinyatakan.

Ahmad Bashah juga tidak menolak kemungkinan Azizan bakal mengikuti jejak bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali yang dipecat keanggotaan awal bulan ini kerana bertentangan dengan dasar parti.

Bagaimanapun, Azizan semalam berkata, lima pelajar KUIN yang dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian adalah berdasarkan peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya AUKU, seperti yang didakwa kebanyakan pihak.

Sehubungan itu, pengerusi KUIN ini menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti tersebut kerana tidak mahu ianya menimbulkan kekeliruan.

malaysian insider/-

4 balik majlis pengebumian maut

Posted: 31 Jan 2012 12:00 AM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFP
PATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diserang oleh mangsa yang berada dalam trak pikap, semalam.

Mangsa terbabit yang beragama Islam baru balik dari upacara pengebumian, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di Pattani, antara wilayah selatan yang bergolak.
"Renjer tentera melihat trak pikap dan mengarahkannya berhenti,

Mereka dengar bunyi tembakan dan menyangka ditembak, jadi mereka melepaskan tembakan ke arah trak, membunuh empat orang dan mencederakan lima yang lain," menurut laporan mengenai kejadian petang kelmarin itu.

Laporan agensi berita Reuters pula menyatakan bahawa renjer terbabit ditembak dua lelaki bersenjata ketika mereka mendekati trak dan penyerang kemudian lari.

Warga emas berusia 70 tahun dan remaja lelaki berusia 18 tahun antara yang terbunuh manakala lima lelaki dan kanak-kanak turut cedera termasuk tiga remaja berusia 14,15 dan 19 tahun serta seorang lagi warga emas berusia 76 tahun.

Dua senapang ditemui dalam trak itu, walaupun laporan tidak mendedahkan sama ada tembakan dilepaskan menggunakan senjata itu.

Polis berkata, pemandu memberitahu pegawai bahawa senjata berkenaan bukan milik mereka dalam trak itu.

"Kami akan siasat kejadian itu dengan teliti dan menyoal siasat anggota renjer serta mangsa yang terselamat untuk memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak," kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Polis, Chonnawee Chamareuk.

Tiga wilayah paling selatan Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda keganasan sejak 2004. Ia memaksa kerajaan menempatkan ramai tentera yang dibantu pasukan renjer bersenjata di situ.

Menurut perangkaan terbaru daripada agensi Deep South Watch, yang memantau rapi konflik di selatan itu, hampir 5,000 penduduk Islam dan Buddha terbunuh dan 8,300 cedera sejak ketegangan bermula. – AFP/Reuters

PR Perak terbit filem pendek Aduhai 1Malaysia

Posted: 30 Jan 2012 11:58 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 31 Jan: Selepas mencapai kejayaan dalam filem pendek yang pertama Orang Kuat Umno (OKU), Semarak Production sekali lagi menerbitkan filem pendeknya yang kedua bertajuk 'Aduhai 1Malaysia'.

Filem tersebut telah dimuat naik di dalam youtube semenjak tiga hari yang lepas dan boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=Pv5srEmNVGk.

Ianya antara lain menyentuh isu politik semasa termasuk skandal NFC yang sedang hangat diperkatakan.

Selain itu, filem ini juga menyentuh kisah 'panglima ludah' yang ada kaitan dengan isu mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno tempoh hari.

Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakruddin Abd Aziz, filem ini adalah kesinambungan daripada filem "orang kuat umno" yang berjaya menarik seramai 100,000 pengunjung dalam masa 3 hari.

"Hasil daripada sambutan filem tersebut, kali ini kami terbitkan satu lagi filem yang dijangka akan mencapai jumlah pengunjung yang lebih tinggi," ujar beliau.

Sementara itu, pengarah filem pendek tersebut iaitu Ustaz Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan filem ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan filem ini terutamanya pihak Sekterariat Pakatan rakyat Perak dan juga pihak Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

"Tanpa kerjasama dari pihak sekteriat pakatan rakyat perak dan juga lujnah penerangan dakwah ini mungkin filem ini agak sukar dihasilkan," katanya.

Dalam menerbitkan filem ini, pihak Semarak Production telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa selebriti terkenal antaranya bekas penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman dan juga pelakon filem Hantu kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.

Harakah Daily

Guru bebas pertuduhan seks luar tabii dengan pelajar

Posted: 30 Jan 2012 11:50 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seorang guru sekolah rendah hari ini dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun
Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.

Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, telah memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa telah
diliwat.

Ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya, dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh, kata Hakim Slamat.

Beliau berkata kes itu berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa yang telah membaca mesej pesanan ringkas dalam telefon bimbit mangsa.

Badrul Akmal dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu masing-masingnya pada 1 pagi dan 3 pagi 24 Ogos 2008 di rumah No 53 Jalan Genting 5/KU 4 Taman Kembara 2, Rantau Panjang, Klang. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamaruddin manakala Badrul Akmal diwakili peguam bela, Gerard Lazarus.

Tertuduh yang terharu dengan keputusan mahkamah memeluk Lazarus sambil menangis teresak-esak.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun bagi setiap pertuduhan. - BERNAMA

Sinar Harian

4 April tarikh perbicaraan kes NFC

Posted: 30 Jan 2012 11:40 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau.

Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi.

Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan.

Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November tahun lepas.

Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 November dan 6 Disember tahun lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Shamsulbahrin diwakili Zarina Ismail. — BERNAMA

NFC: SPRM digesa siasat polis elak rasuah

Posted: 30 Jan 2012 11:19 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Jan: PKR hari ini menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan institusi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bebas dari unsur rasuah bagi menjamin ketelusan siasatan terhadap skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Jelas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada sidang media di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pihaknya menerima salinan laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Samsubahrin Ismail pada 27 Januari yang lepas terhadap Pengerusi NFC Datuk Seri Dr. Salleh Ismail.

"Kita telah menerima salinan laporan polis tersebut dan kita dapati bahawa dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu," jelasnya yangmemetik kandungan sms itu.

Zuraida juga memberitahu melihat kepada apa yang dilaporkan itu jelas wujud arahan rasuah yang dilakukan oleh Salleh bagi memastikan skandal tersebut dapat dilindungi serta tiada tindakkan diambil.

"Kita mahu siasatan dilakukan oleh SPRM berhubung dengan laporan tersebut dan saya pasti pihak SPRM di Putrajaya juga mengetahui kandungan SMS itu kerana salah satu telefon milik Samsubahrin telah disimpan di sana sebagai bahan bukti.

"Apa yang kita kesalkan mereka yang mengarahkan rasuah masih lagi terlepas manakala yang Samsubahrin pula diambil tindakan segera malah juga telah didakwa," sambungnya.

Tambahnya yang juga Ketua Wanita PKR, SPRM perlu bertindak keatas Ismail yang jelas mengarah agar membayar (rasuah) kepada pihak polis bagi menutup kes skandal NFC.

Sementara itu, R Sivarasa memberitahu perkara itu amat serius malah ia merupakan satu jenayah rasuah yang perlu diambil tindakan segera oleh SPRM.

"Saya tegaskan kepada pegawai SPRM tadi bahawa tuduhan tersebut amat serius iaitu ada arahan dilakukan oleh Salleh kepada Samsubahrin yang mengarah agar merasuah pihak polis, dalam selain SMS dari Salleh terdapat juga SMS yang dihantar oleh pegawai NFC mengarahkan Samsubahrin merasuah pihak polis.

"Kita tidak nyata ini satu fitnah kerana beliau berani serta cakap mempunyai bukti dan sanggup hadapi tuduhan tersebut, SPRM perlu segera siasat Salleh yang bertindak mengarah beliau (Samsubahrin) merasuah pihak polis," katanya.

Ahli Parlimen Subang itu juga menyatakan kekesalan bagaimana Salleh sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan tetapi tindakan sebaliknya pula berlaku.

"Mereka yang mengarah terlepas tepati yang tidak pula sebaliknya, keadaan ini seolah-olah SPRM mahu memberi perlindungan kepada NFC.

"Kita mahukan Salleh ditahan serta dibawa ke mahkamah dengan segera bukannya lepas begitu sahaja, jika SPRM tidak bertindak dalam masa dua minggu, kita akan mendesak agar Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh," jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Zuraida dan juga Sivarasa berharap jika kes itu disiasat di bawah SPRM soal keselamatan Samsubahrin perlu diperketatkan agar apa yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock dan juga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad tidak akan berulang.

Sebelum ini, dalam laporan polis Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

Pegawai SPRM yang menerima laporan daripada Zuraida dan Sivarasa ialah Penolong Kanan Penguasa, Norshimah Abd Ghani dan juga Ketua Unit Siasatan, Maznah Che Muda.

Harakah Daily

Rumah baru penduduk Berembang siap April ini

Posted: 30 Jan 2012 11:15 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

AMPANG, 31 Jan: Projek perumahan baru untuk penduduk Kampung Berembang yang tertangguh sejak empat tahun lalu dijangka siap menjelang April tahun ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika meninjau tapak projek itu berkata, beliau telah diberi jaminan tersebut oleh kontraktor yang bertanggungjawab.

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya.

Menurutnya, selepas beberapa kali tertangguh, pihak Kerajaan Negeri Selangor memantau secara serius perkembangan projek tersebut.

Ia kerana, penduduk di situ sudah menunggu lama janji pihak kontaraktor yang gagal menyiapkan projek tersebut seperti jadual asal.

"Setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

"Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, kita telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan," katanya.

Projek perumahan tersebut berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta termasuk 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Ianya diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk asal.

Sebelum PRU 2008, ketika Selangor masih dibawah penguasan BN, penduduk Kg Berembang
telah mengadakan bantahan ekoran kerajaan pada ketika itu mahu merobohkan kediaman mereka bagi melaksanakan program setinggan sifar.

Sebahagaian besar penduduk pada masa itu membantah dan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri yang pada waktu itu dipimpin Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

"Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat".

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," kata Iskandar.

Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, beliau gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

"Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.

"Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun," katanya.

Harakah Daily

Bankrap: Pakatan Rakyat tidak tiru cara BN

Posted: 30 Jan 2012 11:12 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pakatan Rakyat (PR) sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau yang mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang disifatkan boleh menghancurkan negara.

"Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR," katanya kepada Harakahdaily.

Jelas Idris, pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi, bukan bertindak secara membabi buta.

Setakat hari ini, ujarnya semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN.

Katanya, Sabah dan Terengganu, walaupun memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.

"Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019 ialah Datuk Seri Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Secara sinis katanya, memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya.

Tambahnya lagi, negara bankrap jika bil elektrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160,000 sebulan dan bil air pula RM31,000 sebulan.

"Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta," katanya.

Beliau menambah, negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan.

Menurutnya lagi, negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingga negara mengalami kerugian RM28 bilion setahun.

Katanya, negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara.

Contohnya, kata beliau Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta walaupun tanpa baucer.

"Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap," ujarnya.

Justeru, katanya PR jangan meniru perangai buruk pemimpin Umno BN yang menjahanamkan khazanah negara.

"Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti di Sabah dan Sarawak," katanya.

Harakah Daily

Israel: Dr Mahathir sengaja putar belit, melupakan fakta

Posted: 30 Jan 2012 11:10 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.

Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri.

Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin. Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.

Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka.

*Penulis adalah Pengarah Komunikasi PKR

Harakah Daily

Heroin hampir RM1 juta dirampas

Posted: 30 Jan 2012 11:02 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Polis Kelantan berjaya merampas heroin bernilai hampir RM1 juta, yang diisi dalam 320 botol plastik, ketika serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Bakat, Rantau Panjang hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, polis turut merampas selaras pistol, empat peluru hidup, satu kelongsong dan wang tunai.

Menurutnya, heroin yang dianggarkan satu kilogram itu dipercayai adalah untuk pasaran di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, dalam serbuan itu juga tiga lelaki tempatan berumur 29 hingga 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian

Remaja dipenjara sebabkan kematian anak baru lahir

Posted: 30 Jan 2012 10:58 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lepas.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lepas.

Mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Rohaiza Hamzah, Nor Atika tidak diwakili peguam.

Sinar Harian

Lubuk pelacur asing diserbu

Posted: 30 Jan 2012 10:56 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KLANG - Hasrat seorang pekerja kilang warga Nepal untuk mendapatkan 'belaian manja' wanita berstatus pelacur punah sama sekali apabila premis yang menjadi lokasi kegemaran­ pekerja asing memuaskan nafsu serakah di sebuah kawasan perindustrian, di sini diserbu polis, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang, lelaki berusia 22 tahun itu berjaya ditahan setelah gagal melarikan diri apabila premis yang dijadikan tempat pelacuran sudah dikepung sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan tujuh wanita warga Indonesia berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai pelacur.

"Ketika serbuan dilakukan, kesemua wanita terbabit sedang berehat di sofa sambil menunggu pelanggan masuk ke premis bagi mendapatkan khidmat mereka.

"Semua pelacur tidak sempat melarikan diri berikutan kawasan premis sudah dikepung pihak berkuasa sedari awal lagi," katanya.

Sewaktu premis berkenaan diserbu, polis berkali-kali meminta individu yang menjaga premis terbabit membuka pintu, namun enggan menurut arahan.

Polis terpaksa memanjat pagar dan menggunakan pemotong besi bagi membuka mangga untuk masuk ke premis itu.

Mohamad Shukor berkata, siasatan awal polis mendapati, premis berkenaan dijadikan tempat pelacuran bagi pekerja kilang warga asing di kawasan berkenaan, tetapi keadaan premis itu tidak ubah seperti asrama pekerja bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambahnya, semua pelacur dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pekerja warga asing di sekitar kawasan perindustrian berkenaan dan dipercayai sudah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang ditahan dalam serbuan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan (KK) kerana menawarkan khidmat untuk tujuan persundalan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

"Kita akan terus memantau dari semasa ke semasa tempat pelacuran di sekitar daerah Klang Utara, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang sebarang aktiviti tidak bermoral diminta menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sinar Harian

Rumah jadi port penagih

Posted: 30 Jan 2012 10:53 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BALAKONG - Penduduk di Taman Harmoni, Balakong bimbang apabila sebuah rumah kosong yang ditinggalkan lebih dua tahun lalu kini dijadikan sarang mengumpul barangan terpakai oleh beberapa mat gian.

Penduduk, Ikhzal, 37, berkata, sebelum ini rumah itu diduduki penyewa, namun diarahkan keluar oleh tuan rumah kerana ingin menjalankan pengubahsuaian.

Bagaimanapun menurutnya, dalam tempoh lebih dua tahun ini, kerja pengubahsuaian terhenti dan kini mengundang masalah baru kepada penghuni di kawasan berhampiran apabila 'rumah tinggal' itu dijadikan markas mengumpul barang terpakai oleh sesetengah individu dipercayai penagih.

"Ada kalangan mereka seperti penagih dan kami bimbangkan keselamatan apabila rumah itu mungkin akan menjadi lokasi penagih melepak dan mengumpul barangan­ terpakai, apatah lagi kawasan rumah hampir dengan pusat membeli dan mengumpul barangan­ terpakai," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, sebelum ini berlaku dua kejadian pecah rumah bersebelahan rumah kosong itu menyebabkan penyewa berkenaan serik dan berpindah ke kawasan lain.

Ikhzal berkata, dia pernah cuba menghubungi tuan rumah berkenaan, namun gagal kerana dikatakan telah menukar nombor telefon.

Keadaan itu katanya, menyebabkan penduduk terpaksa memohon tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar masalah dapat diselesaikan segera.

"Sebelum membuat pengu­bahsuaian, pihak mereka ada meminta izin untuk membuka bumbung rumah, namun selepas kerja pengubahsuaian terhenti, bumbung ditinggalkan terbuka menyebabkan air memasuki rumah bersebelahan.

"Dua basikal saya sebelum ini turut dicuri, malah penduduk di kawasan ini beberapa kali bertindak menghalau beberapa lelaki yang memasuki rumah tinggal ini disyaki sebagai penagih kerana bimbang akan mengundang gejala negatif," katanya.

Ikhzal berkata, pihaknya memohon agar PBT dapat mengenal pasti pemilik rumah berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya mandangkan keadaan rumah yang ditinggalkan mengundang ketidakselesaan kepada penduduk.

Sinar Harian

Mati lemas ketika cuba selamatkan rakan

Posted: 30 Jan 2012 10:50 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang murid Tahun Enam mati lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika mandi di Pantai Batu Hitam, di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, Mohd Sharul Hafiz Ramli, 12, murid Sekolah Kebangsaan Balok ke pantai berkenaan untuk mandi bersama dua rakannya, Mohd Nor Faiz Rolzami, 10, dan Mohd Taufik Firdaus Omar, 12, kira-kira pukul 4 petang.

Menceritakan pengalamannya kepada pemberita, Mohd Taufik berkata pada mulanya mereka hanya mandi di tepi pantai sebelum Mohd Shahrul dan Nor Faiz berenang ke tengah sedikit.

"Tiba-tiba saya ternampak Nor Faiz terkapai-kapai dan mangsa cuba menyelamatkannya namun dia turut lemas dan saya cuba untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal sebab air agak tinggi lalu saya pergi meminta pertolongan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata anggota penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menyelamatkan mangsa kira-kira pukul 7.05 petang dan diberikan rawatan bantuan pernafasan.

Katanya mangsa dan Nor Faiz dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas manakala Nor Faiz dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, bapa tiri mangsa, Razali Rahim, 31, yang ditemui di bilik mayat berkata dia reda dengan kejadian itu.

"Mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sebelum ini tetapi sebelum kejadian dia ada meminta duit 20 sen untuk membeli gula-gula di kedai berhampiran," katanya. - BERNAMA

Sinar Harian

Tahanan pemberontak Sudan dibebaskan

Posted: 30 Jan 2012 10:30 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KHARTOUM - Seramai 14 pekerja China yang diculik pemberontak Sudan di Kordofan Selatan, berjaya dibebaskan tentera Sudan, semalam.

Gabenor negeri, Ahmad Harun memberitahu, kesemua mangsa berjaya dibebaskan dan berada dalam keadaan baik.

14 mangsa itu kini dibawa ke kawasan berhampiran el Obeid di kejiranan Kordofan Utara.

Dalam pada itu, Harun menjelaskan, masih ada lagi mangsa culik yang belum dibebaskan dan nasib mereka agak kabur.

China mengesahkan sebilangan warganegaranya telah hilang selepas pemberontak menyerang kem sebuah syarikat China, Sabtu lalu, dan senarai nama yang dikeluarkan majikan Sya­rikat Power China Construction Corp, menyatakan lebih 20 pekerjanya telah hilang.

Dalam pada itu, kumpulan pemberontak Gera­kan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-N) sendiri mengesahkan seramai 29 warga China telah diculik.

sinar harian/-

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012

Posted: 30 Jan 2012 08:30 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 1 Februari 1974. Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-37 pada 1hb Februari 2012, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.

DPPWP mengucapkan takziah dan jutaan terima kasih ke atas keluarga Allahyarhamuha YB Dr Lo' Lo' Hj Ghazali ahli Parlimen PAS di Titiwangsa juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat juga AJK di dalam PAS Pusat. Jasa yang telah beliau curahkan di dalam PAS menyebabkan pemergiannya pada 17 Julai yang lalu amat dirasai oleh warga PAS dan juga rakyat Titiwangsa.

Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' pernah menyatakan masalah yang besar sekali di hari wilayah pada tahun yang lalu iaitu masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk.

Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan. Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini.

DPPWP juga mendapati selain maslah kesesakan lalu lintas, masalah jenayah juga semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang sebagai contoh merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah 'business district' yang terkenal sekali di Kuala Lumpur. Kes ragut dan rompak kerap berlaku menyebabkan seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam.

DPPWP amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai masalah jenayah serta gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. DPPWP bersedia duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai bentuk pendekatan supaya masalah ini dapat di bendung serta memperbanyakan aktiviti bermanfaat dan pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.

Sempena Sambutan Hari Wilayah ini, DPPWP mengharapkan sokongan rakyat terhadap PAS dan PR terus meningkat menjelang PRU-13 dan kita menawarkan pakej Negara Berkebajikan sebagai alternatif rakyat dalam menolak Umno-BN. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Melihat pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa. Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai. Oleh sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan PAS.

10 agenda yang ditawarkan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama. Selain itu, Konsep Negara Berkebajikan juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini. DPPWP mengharapkan supaya rakyat Wilayah Persekutuan terus menolak BN dan pilih PAS-Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Pemuda PAS Perak serah bantuan kepada Kaum Tionghoa yang miskin

Posted: 30 Jan 2012 08:00 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

(TELUK INTAN) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Perpaduan Nasionalnya telah mengadakan program berbentuk kebajikan bersempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Program khas kepada golongan miskin Kaum Tionghoa tersebut bagi menerima beras dan sedikit sumbangan angpau khas daripada Pemuda PAS Perak yang disampaikan oleh Setiausahanya, Salman Saleh.

Hadir sama di dalam program yang meriah tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Abu Bakar Hussien dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak, Beh Heng Ken.

Program yang dikendalikan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Perak ini telah mendapat sambutan luas biasa dan Pengerusinya, Mohd Syamsul Alauddin yakin akan meneruskan program seumpama ini di masa akan datang kelak.

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

29 pekerja China diculik di Sudan masih belum dibebaskan

Posted: 30 Jan 2012 07:40 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEIJING: Seramai 29 pekerja China yang diculik selepas serangan di wilayah bergolak di Sudan masih belum dibebaskan walaupun laporan akhbar menyebut sebahagian daripada mereka sudah dilepaskan.

Agensi berita Xinhua berkata, 29 pekerja yang mengendalikan projek jalan raya masih ditahan dan 18 orang berjaya melarikan diri dan 17 yang lain diselamatkan manakala seorang masih hilang.

Terdahulu, sekumpulan pekerja China diculik kumpulan militan di wilayah terpencil di selatan Sudan dan semalam, kerajaan Sudan mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 14 daripada mereka sudah dibebaskan. - AP

Iran cipta peluru artileri laser berteknologi tinggi

Posted: 30 Jan 2012 07:30 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TAHERAN 31 Jan. - Iran semalam dilapor berjaya menghasilkan peluru artileri yang berpandukan laser yang berkemampuan mengesan dan mengenai sasaran bergerak dengan kadar ketepatan yang tinggi.

Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata, peluru pintar itu merupakan pembaharuan dalam kelengkapan senjata dan ketenteraan negara ini.

"Selain Amerika Syarikat dan Rusia, hanya tiga negara lain yang mempunyai teknologi seperti ini," katanya. - REUTERS

Majlis Kebangsaan Syria tolak rundingan damai

Posted: 30 Jan 2012 07:25 PM PST

7 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NICOSIA 31 Jan. - Majlis Kebangsaan Syria semalam menolak sebarang tawaran rundingan dengan Damsyik selagi Presiden Bashar al-Assad tidak meletak jawatan.

Ketua majlis itu, Burhan Ghalioun berkata, peletakan jawatan Bashar merupakan syarat untuk rundingan dalam membentuk kerajaan yang lebih demokratik.

Kerajaan Syria semalam bersetuju tawaran Rusia yang menjadi tuan rumah dalam rundingan damai yang diadakan di Moscow.

Moscow, merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menawarkan rundingan itu dengan harapan dapat menamatkan krisis berdarah yang berlaku di Syria. - AFP

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 31 Jan 2012 01:05 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Santai Anak Muda Bersama Radzi Melissa

Posted: 30 Jan 2012 07:44 AM PST

JOM Permatang Pasir

Posted: 30 Jan 2012 07:24 AM PST

RAKYAT PULAU PINANG AMAL POLITIK CERDIK

Posted: 30 Jan 2012 07:17 AM PST

Mohamad Sabu ketika bertemu Mansor GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan Mat Sabu, optimis Pulau Pinang kekal ditadbir Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum Ke-13.Ini berdasarkan pembudayaan politik cerdik yang mula diamalkan rakyat di negeri ini selepas melihat kecemerlangan pemerintahan PR diketuai DAP sebaik mengambil-alih tampuk pentadbiran daripada kerajaan terdahulu bermula [...]

Benarkah Malaysia Tiada Hubungan Dengan Israel?

Posted: 30 Jan 2012 06:40 AM PST

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 30 Jan 2012 11:15 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 30 Jan 2012 11:12 PM PST

Menjelang PRU13 - dulu stadium runtuh, sekarang peralatan kena curi

Posted: 30 Jan 2012 11:08 PM PST



KUALA TERENGGANU: Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lesap dipercayai dicuri. 

Sumber Berita dan Gambar - Berita Harian



















sumber gambar : berita harian

notasemut : nak salahkan siapa bila hal macam ni terjadi? kalau stadium ni berdiri megah dan dijaga rapi, confirm takde siapa nak mencuri. ini benda dah runtuh, lepas tu ditinggalkan macam sampah, memang seronok la pencuri tu kutip barang barang yang masih ada harga. kiranya pandai jugak la pencuri ni. yang bodoh siapa? ni projek siapa? berapa RATUS JUTA dah bazir? kenapa boleh runtuh? apa perkembangan siasatan? ada siapa siapa kena penjara tak? kenapa semua kes yang melibatkan RM beratus juta senyap sunyi? kenapa budak jual baucar buku 1malaysia tak sampai RM200 cepat polis ambil tindakan? kenapa bela lembu dalam kondo boleh pergi bercuti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

PAS Negeri Sembilan

Posted: 30 Jan 2012 09:22 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bekalan air campur pasir

Posted: 30 Jan 2012 08:27 PM PST



Bekalan air campur pasir
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2012

SELARU – Penduduk Taman Rasa Sayang, di sini, gusar apabila tangki yang menyalurkan air bersih ke kawasan mereka terjejas akibat limpahan tanah dari tebing berhampiran hingga menyebabkan bekalan air yang diterima kotor dan berpasir.

Yang Dipertua Persatuan Taman Rasa Sa­yang, Mohd Rudzi Mat Deris, 49, berkata, hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan tanah liat berpasir memasuki saluran tangki berkenaan.

"Ini berikutan longkang yang dibina sudah tidak berfungsi kerana dipenuhi tanah.

"Bukit ini mengotorkan air tangki kerana tanah memasuki saluran berkenaan hingga menyebabkan air di rumah seperti berpasir," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dua hari lalu, masalah lain pula timbul apabila air mencurah keluar dari tangki berikutan pelampung yang digunakan tidak berfungsi.

"Saya difahamkan beka­lan elektrik yang disalurkan ke tangki ini tidak dihidupkan, menyebabkan pelampung tidak dapat berfungsi dengan baik.

"Air melimpah selama dua hari, sekali gus menyebabkan pembaziran," katanya.

Sementara itu, katanya, tangki itu membekalkan air kepada 68 penduduk di taman berkenaan.

"Sebelum ini, taman ini belum pernah mengalami gangguan air. Jadi, saya harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Muhd Rudzi berkata, beliau juga berharap pihak berkenaan dapat memasang lampu di kawasan tangki berkenaan.

"Saya sering lihat anak-anak muda melepak di sini pada waktu malam. Walaupun sudah ditegah tetapi mereka masih berdegil," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bekalan-air-campur-pasir-1.21024

Bas henti-henti terjejas

Posted: 30 Jan 2012 08:26 PM PST



Bas henti-henti terjejas
SYAMILAH ZULKIFLI
29 Januari 2012

SEREMBAN – Sebuah syarikat pengusaha bas henti-henti di negeri ini didakwa menyewa bas mereka kepada sebuah agensi kerajaan dalam jumlah yang banyak, sehingga menimbulkan masalah kepada perkhidmatan itu, semalam.

Orang ramai dikatakan merungut kerana terpaksa menunggu lama selepas difahamkan hanya sebuah bas sahaja yang mengambil penumpang bagi setiap destinasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senawang, P.Gunasekaran berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai seawal 7 pagi yang memaklumkan perkara itu selepas mereka terpaksa menunggu lama untuk ke destinasi masing-masing.

"Saya bersama Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin datang ke Terminal One untuk membuat tinjauan dan saya dapat tahu hari ini (semalam) sebanyak 20 buah bas syarikat terbabit sudah disewakan kepada sebuah agensi kerajaan yang mengadakan program di Serdang.

"Bagi saya tindakan syarikat bas terbabit tidak wajar kerana mereka telah pun menerima subsidi daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM581,000 dan menjadi tanggungjawab mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Gunasekaran berkata, syarikat terbabit sepatutnya mendahulukan rakyat dan bukannya mencari keuntungan semata-mata dengan menyewakan bas mereka kepada pihak luar.

Menurutnya, berdasarkan maklumat pengguna, pada hari biasa, sebanyak lima buah bas akan berulang-alik bagi setiap kawasan pada waktu ditetapkan, bagaimanapun semalam hanya satu bas sahaja.

"Saya faham masalah dihadapi pengusaha bas henti-henti yang sebelum ini terpaksa menanggung kerugian akibat dibebani tanggungan kos tinggi.

"Tapi Kerajaan Negeri telah pun mengambil keputusan memberi subsidi, jadi tidak timbul lagi isu mereka rugi dan perlu mencari dana tambahan lain," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bas-henti-henti-terjejas-1.20688

n12selinsing

Posted: 30 Jan 2012 09:13 PM PST

n12selinsing


ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI

Posted: 30 Jan 2012 07:36 PM PST


Bagan Serai; 31 januari 2012, peniaga di Jalan Besar Bagan Serai mengadu kepada Pejabat Pusat Khidmat ADUN Semanggol/Selinsing berkenaan jalan belakang bangunan kedai mereka yang menjadi laluan untuk mengangkut barang jualan harian menjadi sempit akibat dari pembinaan yang dilakukan oleh pemaju yang mendirikan sebuah bangunan di kawasan belakang kedai mereka, seorang peniaga kedai hardware mendakwa pembinaan longkang yang dibuat di tepi jalan tersebut menyebabkan laluan menjadi sempit dan lori mengangkut barang tidak dapat melalui jalan tersebut dan ini menyukarkan mereka berurusniaga. Mereka mengharapkan pihak berwajib memantau keadaan tersebut.

Laluan jalan menjadi sempit dan menyebabkan kenderaan besar seperti lori tidak boleh masuk melalui jalan tersebut.



laluan sempit yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan dalam satu masa

Rembau Hari Ini

Posted: 30 Jan 2012 07:16 PM PST

Rembau Hari Ini


Jelajah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan Feb 2012

Posted: 30 Jan 2012 12:01 AM PST

SIRI JELAJAH CERAMAH PENERANGAN
Manifesto Pakatan N.Sembilan serta isu semasa

CERAMAH SIRI 1
Tarikh : 5 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban
Penceramah : YB Salahuddin Ayub, Adly Zahari, Chegubard, YB Hj Taufek, Ustaz Fairus

CERAMAH SIRI 2
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Paroi , UPU Senawang(tempat akan dimaklumkan)
Penceramah : YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa, Nazree Yunus, Hakki Bawadi

CERAMAH SIRI 3
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Kota (tempat akan dimaklumkan)
Penceramah : Sani Hamzan, Chegubard, Hishamuddin Sulaiman, Rozmal Malakan

CERAMAH SIRI 4
Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Paroi (tempat akan dimaklumkan)
Penceramah : Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Nazree Yunus, Ustaz Nasaei, Hakki Bawadi

CERAMAH SIRI 5
Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : DUN Chembong (tempat akan dimaklumkan)
Penceramah : YB Ng Suee Lim, Chegubard, Ustaz Norazman Mohamad, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan

Program Ziarah DUN Kota

Posted: 30 Jan 2012 12:00 AM PST

5/Feb/2012 9.30 pm, Ahad - Kg. Sg Layang
6/Feb/2012 9.30 pm, Isnin - Kg. Pulau Bintongan
7/Feb/2012 9.30 pm, Selasa - Kg Bongek
8/Feb/2012 9.30 pm, Rabu - Kg.Gadong
9/Feb/2012 9.30 pm, Khamis - Pekan Kota
10/Feb/2012 9.30 pm, Jumaat - Kg. Semerbok
11/Feb/2012 9.30 pm, Sabtu - Kg. Sawah Raja

Dr Azman Ibrahim

Posted: 30 Jan 2012 07:09 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Forum Kepenggunaan; Jangan lupa BBN, Bahana Barisan Nasional

Posted: 30 Jan 2012 04:29 AM PST


Kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat di negara amnya dan di Negeri Terengganu khususnya. Kenaikan kos sara hidup jelas memberi tekanan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan harian.

Situasi ini boleh memberi banyak impak  negatif kepada semua pihak.Oleh kerana itu PAS Terengganu mengambil peranan tampil untuk menganjurkan forum bagi menyediakan platform dengan tujuan penyaluran maklumat dan medan menerima maklum balas daripada rakyat berkaitan isu yang menyentuh kepentingan mereka secara langsung.

Forum tersebut bertemakan: 'Kenaikan Harga Barang, Rakyat Tanggung Bahana'.

Objektif Forum di atas adalah;
1.    Memberi kefahaman kepada umum,kenapa kenaikan harga barang ini berlaku.
2.    Bagaimana kenaikan harga barang memberikan impak  kepada kehidupan rakyat.
3.    Apakah kenaikan ini natijah dari penyalahgunaan kuasa  atau salah urus tadbir oleh pihak berwajib.
4.    Membincangkan solusi dan jalan penyelesaiannya

Forum ini akan di adakan di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dan akan diadakan pada hari Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, 4 Februari 2012.

Ia akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dengan menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Pengerusi Lujnah Pengguna Pas Pusat, merangkap Naib Presiden Pas, Dato' Haji Mahfuz Omar.

Selain Dato' Mahfuz, ia turut di paneli oleh wakil FOMCA dan Usahawan Peruncitan Terkenal Encik Che Salmi Che Ibrahim, selaku Pengurus Pasaraya Sabasun Hyper Runcit, Kuala Terengganu. Editor Harakahdaily, Encik Zulkifli Sulong akan bertindak sebagai moderator.

Jangan lupa (BBN) Bahana Barang Naik, Bahana Barisan Nasional! Forum ini terbuka kepada umum dan semua dijemput hadir.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu.

PAS LENGGONG

Posted: 30 Jan 2012 07:06 PM PST

PAS LENGGONG


Sememangnya umno sentiasa membawa fitnah

Posted: 30 Jan 2012 02:19 AM PST

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 30 Jan 2012 03:24 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


NASIHAT DPPWM BUAT BLOGGER DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Posted: 30 Jan 2012 12:12 AM PST

Salam Perjuangan,

Blog dan kuasa atau pengaruh alam siber yang disebarkan melalui Internet telah dipergunakan dengan cukup berkesan oleh parti-parti politik terutama yang tidak menganggotai gabungan dalam Barisan Nasional (BN). Namun kemunculan laman-laman sesawang PR telah sedikit sebanyak merobah suasana dan keberadaan pengaruh politik terutama di kalangan golongan muda dan terpelajar.

Momentum kebangkitan blogger pada masa ini semakin meningkat namun mereka masih lagi tidak mencipta jaringan yang kuat sesama sendiri dan tidak lagi mampu menyusun serangan yang lebih berkesan. Ibarat permainan bola sepak yang mana prestasinya bagus tetapi belum mampu menjaringkan gol akibat tidak ada persefahaman yang kukuh di kalangan mereka.

Namun sikap pengendali blog yang tidak mengemaskini laman blog mereka menyebabkan pengaruh terhadap blog tersebut semakin pudar dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Dibawah ini ana paparkan laman blog (terkini) yang tidak dikemaskini ....

Dewan Pemuda Pas Putrajaya


 Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai
Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu

Dewan Pemuda Pas BTR

Dewan Pemuda Pas Kepong

Justeru, saranan kepada semua blogger Pemuda PAS di Wilayah Persekutuan agar dapat mengemaskini blogger dengan segala informasi dan maklumat serta menjawab tomahan dari pihak BN dalam menghadapi PRU 13 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Semoga tangan kita akan menjadi saksi kepada penat lelah kita semua menghasilkan jawapan dan membalas serangan yang dibuat oleh para munafiq, fasiq dan kafir harbi yang jelas tidak mahu melihat kemakmuran berkekalan di bumi bertuah ini. Sehingga kita akan mendapat hasil perjuangan ini di akhirat kelak Insya Allah.


...TAKBIR!!!....

HASAN BAKAL BERGABUNG DGN EZAM & UMMI : DEDAHKAN SIAPA ANWAR

Posted: 29 Jan 2012 10:14 PM PST


Hasan Ali dalam kenyataannya akan mendedahkan salahlaku buruk perangai pemimpin pakatan rakyat terutamanya Azmin dan Anwar jika Azmin terus mencabarnya melakukannya.

Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR lebih-lebih lagi Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut... (siapakah 'gabungan' tersebut???

Salahlaku yang akan didedahkan akan mengaibkan seseorang pemimpin kanan pakatan rakyat."jangan paksa saya mendedahkan semuanya nanti awak juga yang malu" kata Hasan kepada Azmin

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh untuk mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti seperti yang heboh sebelum ini," kata Hassan lagi.

Ayat sebegini jugalah yang sering diulang-ulang oleh Ezam Md Nor dan Ummi Hafilda bagi mendapatkan publisiti murahan.

USTAZ NASA BUAT LAPORAN POLIS

Posted: 29 Jan 2012 08:54 PM PST

(poster yang meletakkan wajah Ust. Nasarudin)

Ustaz Nasharudin Mat Isa telah membuat laporan polis semalam berikutan penggunaan gambar beliau pada poster dan banner satu program ceramah politik pada 31 Januari 2012 (Selasa) yang dianjurkan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat (bila masa perajurit ada persatuan kawasan? ) yang turut menampilkan Dr. Hasan Ali sebagai penceramah utama. Ceramah tersebut difahamkan akan diadakan di Balai Pahlawan, BB Bangi. Walaupun nama Ustaz Nasha tidak dibariskan dalam para penceramah pada malam itu nanti, namun penggunaan gambar beliau telah mengundang cakap-cakap yang beliau akan turut sama hadir pada malam tersebut.


Ustaz Nasa menegaskan akan terus bersama PAS. Kita hargai usaha Ustaz Nasa dalam membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan program ceramah yang bertujuan menyediakan platfom kepada Hasan Ali untuk membelasah PAS dan Pakatan Rakyat.

Namum, sekiranya bukan kerana kelakuan Ustaz Nasa sejak akhir-akhir ini termasuk hadir ke rumah Hasan Ali ketika beliau dipecat serta memberikan pula beberapa komen selepas itu pastilah menjadi senjata kepada musuh untuk melaga-lagakan Ustaz dengan pimpinan PAS.

Justeru buat Ustaz Nasa sekiranya anta masih sayangkan PA, berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk dan tutur kata anta! Ini merupakan satu pengajaran, tiada angin masakan pohon bergoyang!

CERAMAH HASAN ALI YANG BUAT PAS TAKUTTTTT... KALAH USTAZ AZHAR...

Posted: 29 Jan 2012 07:42 PM PST

Kali pertama dalam sejarah hidup Hassan Ali… 'ribuan' orang hadir ceramahnya… semalam di Dataran Bukit Gantang, Perak menyaksikan kehadiran daripada masyarakat setempat nak dengar cerita lucu daripada Hassan Ali. Katanya Dataran itu merupakan Parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh YB Nizar Jamaluddin.

Dikatakan samapi 10k gi dengar ceramah Hasan…sampai melimpah sehingga di kawasan luar berdekatan lokasi…





... takutnya..... puluh ribu tueee... kalah ustaz azhar semalam

Umno/BN kalau nak tawan Kelantan kena ikut cakap Ibrahim Ali

Posted: 29 Jan 2012 07:34 PM PST

Oleh: anaabdullah

"Pada saya perdana menteri 1 Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak kena dengar cakap Ibrahim Ali. Kalau benar benar berhasrat hendak lawan Kelantan,sekali lagi saya katakana umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali. Perkara ini pernah disebut Ibrahim Ali calon yang akan diletak bertanding pada musim pilihanraya umum ke 13 nanti mestilah calon yang dilihat bersih.

Hal ini pernah juga disebut sebut oleh perdana menteri 1 malaysia iaitu calon umno/BN kali ini mestilah boleh menang. Calon boleh menang yang dimaksudkan oleh Mohd Najib Razak itu tidak lain dan tidak bukan ialah calon yang dilihat bersih sepertimana disebut oleh Ibrahim Ali itu. Lihat Ibrahim Ali. Dia dilihat sebagai calon yang bersih. Sebab itu dia boleh menang bertanding ahli parlimen Pasir Mas musim pilihanraya umum ke 12 dulu (2008). Semasa berada Dalam umno dulu Ibrahim Ali dilihat tidak bersih. Sebab itu ia kalah pada calon PAS ketika bertanding di Parlimen Pasir Mas. Bukan setakat itu saja malahan beliau sangat kotor dan buruk sehingga umno memecatnya.

Nasib baik Nik Aziz ambil dan membersihkan kotor dan buruk yang ada pada dirinya dengan menggunakan colorap ciptaan PAS. Tidak lama kemudian Ibrahim Ali buat hal dan dianggap sesetengah pucuk kepimpinan PAS sebagai katak. Ibrahim Ali setuju jenama itu lantas berkata dia adalah "katak emas" yang masih ada harga diri dan mahal nilainya. Atas sebab itu saya sarankan umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali jika nak tawan Kelantan. Calon yang dilhat bersih hari ini salah seorang daripadanya ialah Ibrahim Ali sendiri yang masih dilihat bersih. Lebih lebih lagi beliau kini presiden PERKASA yang hala tujunya ialah memperjuangkan hak melayu di Negara 1 malaysia ini. Setakat hari ini saya tak nampak ada orang lain yang dilihat bersih selain diri Ibrahim Ali. Oleh itu ia sangat layak jadi calon tajaan umno/BN.

Calon calon umno/BN yang akan diletak bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kena belajar dan berguru dengan Ibrahim Ali macam mana nak jadi calon yang dilihat bersih. Kalau dulu calon yang dilihat bersih oleh Tun Mahathir mereka yang sujud dan mencium tangannya. Tun Abdullah Ahmad Badawi besar kemungkinan berbuat demikian, sebab itu pilihanraya umum ke 12 BN kalah teruk dan menafikan 2/3. Kali ini gelaran Mohd Najib Razak pula.Kalau nak tawan Kelantan kata Ibrahim Ali kena letak calon yang dilihat bersih. Jadi untuk Umno/BN nak menang mudah dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kenalah letak calon yang dilihat bersih. Kebanyakan rakyat berminat dengan calon yang dilihat bersih miskipun bertindak macam dajjal.

NFC : PINJAMAN NFC TIADA PERSONAL GUARANTEE

Posted: 29 Jan 2012 06:51 PM PST

Tiada jaminan peribadi terlibat dalam pinjaman yang diberikan kerajaaan sebanyak RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp), lantas menimbulkan persoalan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) gagal, demikian menurut ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Parlimen.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh pentadbiran NFCorp pada 27 Januari lepas yang mengatakan pinjaman tersebut harus dibayar atau "kami akan diisytihar bankrup dan disumbat ke dalam penjara."

"Perkara itu tidak melibatkan jaminan peribadi, itu adalah apa yang kami diberitahu. Ia merupakan pinjaman mudah yang diberikan kepada syarikat.

"Berdasarkan pemahaman kami, tiada pihak akan bertanggungjawab," menurut sumber PAC.
"Tiada panduan khusus diberikan, bagaimana caranya untuk mengurus wang tersebut dengan betul ... Itu adalah sebab mengapa sukar untuk mengesahkan berlakunya penyalahgunaan wang," tambah sumber terbabit.
Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua menjelaskan , isu berkenaan penglibatan jaminan peribadi terhadap pinjaman berkenaan tidak pernah disebut dalam mana-mana mesyuarat PAC, sedangkan setiap dokumen - kenyataan kewangan dan perjanjian pinjaman harus diberikan kepada PAC.

Salah seorang lagi ahli jawatankuasa PAC, Datuk Kamarul Baharin Abbas turut sependapat dengan Pua, dan menyatakan, "berdasarkan pengetahuan saya, tiada jaminan peribadi."

Maklumat mengenai NFC boleh melayari laman web www.nfc.com.my atau menghantar e-mel ke sales@nfc.com.my atau telefon ke 03-620 40398 atau faks ke 03-6204 3099...huhuhuhuhuhu

(GAMBAR) USTAZ AZHAR DI MASJID NEGERI SHAH ALAM & DOWNLOAD

Posted: 29 Jan 2012 04:56 PM PST

Difahamkan sekitar 30k muslimin & musliamt sekitar Klang Valley membanjiri Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Syah Shah Alam Selangor dan sementara lebih kurang 40k lagi menonton secara live di internet yang dibawakan oleh TV Pas Selangor.







Up load ceramah di Kuliah & Soal Jawab
(Amaran : Untuk diri sendiri bukan untuk diniagakan)

DIBELASAH 18 LELAKI GARA-GARA HUBUNGA DENGAN ISTERI ORANG

Posted: 29 Jan 2012 04:45 PM PST

KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.


Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.

Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

"Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.

"Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya," katanya.

Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

* gambar hiasan

... hati-hati boh!!!.....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Jan 2012 03:16 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BENAR KATA ASPAN, UMNO MEMANG BEBAN

Posted: 30 Jan 2012 01:17 AM PST

Mahal sungguh nak 'maintain' UMNO ini
Masalah yang dihadapi oleh parti pemerintah sekarang ini ialah perpecahan dalaman yang berlaku dari atas sehingga ke bawah. Perpecahan yang sangat serius ini bukan kepalang besarnya. Beberapa minggu lalu di Shah Alam Dr Mahathir telah menyeru ahli-ahli UMNO supaya menyokong calon UMNO walaupun yang diturunkan oleh parti itu bukannya seorang ahli UMNO.

Seruan Dr Mahathir ini sangat besar maknanya kepada seseorang yang berpolitik Ia bermakna UMNO memang sedang berada didalam keadaan tenat sehinggakan ada tempat-tempat dan kawasan yang tidak ada seorang pun ahli UMNO yang layak untuk diturunkan sebagai calon yang mendapat sokongan yang menyeluruh.

Dr Mahathir pula nampaknya sudah berubah lagi. Kali ini beliau menyokong parti, tidak seperti dalam PRU yang lalu di mana beliau meyokong calon dan tidak parti. Tetapi itu adalah tindakan yang tidak mengejutkan ramai sebab Mahathir adalah seorang yang sentiasa 'flip-flop' dalam perjuangan beliau.

Jadi benarlah pandangan saya selama ini yang UMNO memang tidak ada kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Jika seorang pemimpin yang digelar sebagai negarawan oleh penyokong-penyokong setianya itu, boleh menzahirkan kata-kata seruan seperti itu maka sah UMNO memang sedang menghadapi masalah yang bertindih-tindih yang tidak dapat diselesaikan walaupun PRU akan diadakan tidak lama lagi.

Malah semalam saya terdengar Muhyiddin Yassin sedang berbincang dengan J/K disiplin parti untuk mencari jalan bagaimana hendak mengelakan ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon UMNO dalam pilihanraya yang akan datang ini. PRU kali ini amat sengit yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam sejarahnya kewujudannya.

Dalam satu dua isu ini, kita boleh memahami dengan jelas yang UMNO sebenarnya tidak ada masa untuk menyaingi PR kerana masalah dalam parti pemerintah itu masih terlalu besar untuk diatasi dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, bagi UMNO untuk mnyelesaikan isu dalamannya parti itu memang sewajarnya berehat dari memerintah negara. Apabila sudah dapat cari formula yang baik barulah kembali menawarkan diri dalam pilihanraya yang berikutnya nanti.

Keadaan akan sampai keperingkat lebih teruk lagi apabila sampai waktu nama calon-calon diumumkan oleh pucuk pimpinan. Apabila diumumkan sahaja nama-nama calon itu nanti maka akan bermulalah perpecahan dan sabotaj dikalangan ahli-ahli dan pemimpin yang tidak berpuas hati terhadap calon yang diturunkan. Tidak ada calon yang tidak akan disabotaj oleh pihak yang tidak berpuas hati itu.

Masalah isu ditokok tambah pula dengan kekosongan pimpinan yang akan menjadi pemimpin yang akan menjadi Menteri Besar di sebabkan kekurangan peribadi yang layak untuk menerajui kerajaan-kerajaan negeri bagi BN. Di Selangor contohnya tidak ada nama yang sesuai untuk dijadikan Menteri Besar di negeri itu dan jika ada pun mungkin seorang yang akan diturunkan secara 'parachute' dari atas dan mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir supaya ahli-ahli UMNO menerima sahaja sesiapa yang diturunkan oleh parti walaupun mereka itu bukan ahli UMNO.

Sebenarnya perkara ini telah berlaku dalam PRU ke 12 yang lalu dimana lebih dari 1.3 juta ahli-ahli UMNO telah bertindak menyokong pembangkang. Tetapi dengan keadaan lebih buruk di zaman pentadbiran Najib ini prestasi UMNO dijangka berada di dalam keadaan yang lebih tenat. Keadaan ini ditambah pula dengan perasaan kecil hati ahli-ahli dan pemimpin UMNO di bahagian kerana menurunkan calon-calon yang datang dari entah mana.

Maka UMNO akan menghadapi masalah yang lebih besar kali ini…..masalah yang tidak pernah dialami oleh UMNO sejak penubuhannya pada Februari 1988 yang lalu. Berbagai-bagai kaedah dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Najib, Presidennya, akhir-akhir ini.

Tindakan Najib membeli sokongan rakyat melalui pengagihan wang RM500 itu sebenarnya tidak membantu UMNO. Malahan ia memberi kesan negatif dikebanyakkan tempat. Saya merasakan sangat sedih apabila kita melihat ribuan yang beratur panjang itu adalah dari kaum Melayu dan hanya segelintir bangsa bukan Melayu yang beratur. Ia menunjukkan indikasi yang 'desperate' adalah orang Melayu.

Sekaligus menunjukkan kegagalan UMNO untuk menjayakan kehidupan orang Melayu. Laungan puluhan tahun untuk meningkatkan kehidupan orang Melayu hanyalah lagu yang sudah begitu lama yang begitu jauh dari mendekati kejayaan. Inilah caranya UMNO mendapatkan sokongan terus-terusan dengan membiarkan Melayu yang ramai ini berada di dalam pengharapan sentiasa dan waktu inilah UMNO cuba untuk mendapatkan semula kuasa dengan membayar ratus-ratusan ringgit sahaja.

Itulah sebabnya ramai orang-orang Melayu sedang meninggalkan UMNO. Mereka meninggalkan parti UMNO untuk menyeberang kepada parti-parti alternatif atau mendiamkan diri sambil menunggu untuk melakukan penentuan dalam PRU yang akan datang. Najib tidak mampu melakukan transformasi seperti yang digembar gemburkan.

Tindakan membayar RM500 ini sudah dianggap sebagai satu tindakan 'desperate' Najib untuk memenangi PRU yang akan datang. Benarlah anggapan setengah-setengah pihak yang Najib mempunyai anggapan yang semuanya boleh diselesaikan cara membayar segala-galanya dengan wang ringgit. Najib mempercayai yang undi ini boleh dibeli seperti beliau membeli barang-barang 'shopping' beliau di seluruh dunia itu.

Najib lupa yang manusia mempunyai perasaan dan perasaan ini tidak boleh dijual beli terutamanya semasa rakyat sedang menunggu perubahan dalam landskap politik negara. Najib sudah jauh meninggalkan penyokong yang mempunyai 'convictions' terhadap perjuangan. Najib merasakan yang rakyat hanya memperjuangkan untuk mendapatkan RM500 sahaja.

Dengan cara membayar duit ini ia akan melumpuhkan nilai dan kekuatan orang Melayu dan tidak kita ketahui sampai bila beli membeli ini akan dilakukan. Inilah dia cara orang yang datang dari keluarga 'pembeli belah' ini. Selain dari membeli belah besar besaran dengan jenama yang hebat-hebat dan berharga tinggi, dalam pilihanraya juga orang seperti ini beranggapan yang cara untuk mengekalkan kuasa itu adalah melalui 'membeli belah'.

Pentadbiran kerajaan pimpinan berbelanja seperti duit boleh dipetik dari pokok-pokok rimbun. Kerajaan Perak sahaja sedang berbelanja duit rakyat berjuta ringgit untuk menyambut kedatangan 'Najib the shopper' ini. Zambry Kadir dilaporkan telah berbelanja jutaan ringgit wang rakyat untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin dalam bulan Februari ini.

Nampaknya UMNO memang seperti orang tua yang sedang sakit tenat. Terlalu banyak wang diperlukan untuk membiayai perubatan. Penyakit yang dialami oleh UMNO ini membuatkan rakyat berbelanja begitu banyak wang untuk memulihkan penyakit 'terminal' yang sedang dihadapi UMNO kini.UMNO sedang mengalami 'brain death' dan sedang disokong oleh penyokong hayat (life support) iaitu wang semata-mata.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada 'life support' ini? Saya ada jawapan yang 'conclusive' kepada jawapan ini; iaitu rakyat akan menyabutkan 'life support' ini tidak lama lagi.

Rakyat sudah tidak berjaya hendak 'maintain' UMNO yang sudah menjadi seperti kereta buruk ini.Setiap hari terpaksa menambah minyak enjen bertin-tin kerana terlalu banyak memakan minyak enjen. tayarnya dah makan sebelah kerana selalu lari kekiri dan kekanan. Lampunya selalu padam dan breknya selalu rosak. Wipernya pula kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak berfungsi. Asap hitamnya tebal dan merosakkan persekitaran kita.

Rakyat hantar sahaja UMNO ke bengkel dan lakukan 'overhaul' kali ini. Sementara UMNO berada dalam bengkel itu, kita pakai kereta kedua kita yang masih baik dan berfungsi dengan baik...mudah nak menghala kesana dan kemari.

Perjalanan kita pun tidak tergendala di lebuhraya yang jauh itu.
Posted by Aspan Alias

BILA PESURUHJAYA PAS SELANGOR TURUN KE BUKIT SENTOSA

Posted: 30 Jan 2012 12:41 AM PST






USAHA KEJI YANG WAJIB DIKAJI

Posted: 29 Jan 2012 05:06 PM PST

Komen : RM22,000,000 kos bagi membina 1 kilometer jalanraya? Memang gila betul Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, dan lebih-lebih lagi Perdana Menterinya yang menjadi ketua UMNO Malaysia(Pengerusi Bn dan UMNO). Memeilih syarikay yang ntah apa KPI nya dan kriteria yang ada.
Konsesi selama 60 tahun? RM7,000,000,000 ? Memang PM gila bai ,gila wang untuk keadaan terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kelmarin menuntut pentadbiran Najib menjelaskan konsesi selama60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. Syarikat berkenaan juga mengumumkan mereka telah memperoleh pinjaman mudah RM2.24 bilion, bagi projek pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan subsidi faedah 3 peratus untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam. .

Lim juga menuntut kerajaan memberi penjelasan, mengapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan.
Lim turut mempersoalkan kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah "dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km."
"Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya,"
"Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia."

Menurut Lim, rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol itu sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.

"Kenapa pengendali PLUS dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?"
"Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE," katanya.
"Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal PLUS," tegas Lim.

Menurut Lim, jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk?
"Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah," katanya lagi.
Sumber: The Malaysian Insider

Dupahang's Weblog

Posted: 30 Jan 2012 11:19 AM PST

Dupahang's Weblog


Felda bakal defisit RM1.2b jika disenaraikan. Ku Li Bakal Ketuai Kempen Anti-Penyenaraian Felda Global?

Posted: 29 Jan 2012 06:46 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 30 Jan 2012 11:18 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pelancaran Anak Muda Tolak UMNO

Posted: 29 Jan 2012 06:49 PM PST

PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap

Posted: 29 Jan 2012 06:48 PM PST


BERA, 29 Jan: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.

Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.

(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)

"Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.

"Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.
"Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.
"Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya," katanya.

Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.
Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.

Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.

Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.

"Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.
"Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap," katanya.

Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.
"Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.

"Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.

Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.

Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.

Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.

Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.

Ladang Rakyat: Umno sengaja burukkan Kelantan

Posted: 29 Jan 2012 06:47 PM PST

GOMBAK, 29 Jan: Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan berhubung Ladang Rakyat sememangnya amat berfaedah kepada rakyat, tetapi sengaja dijadikan isu oleh para pemimpin Umno untuk memburukkan kerajaan negeri itu.
Isu tersebut sengaja dicetuskan oleh Umno menerusi peneroka-peneroka tanah secara haram daripada kalangan penyokong parti itu, dengan memanipulasikan kegagalannya untuk memiliki tanah ekoran tindakan mereka sendiri yang menyalahi undang-undang.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaqi Attiqullah (gambar) berkata, namun usaha Umno itu tetap tidak berhasil kerana isu tersebut sudah difahami dengan jelas oleh majoriti rakyat Kelantan.

Menurutnya, dakwaan Umno yang kononnya Kerajaan Kelantan mengambil tanah rakyat untuk melaksanakan usaha tersebut ternyata tidak berasas.

Katanya, sebaliknya tanah-tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri itu untuk melaksanakan usaha tersebut adalah tanah-tanah yang tiada pemilik atau tanah kerajaan sendiri.

"Jika tanah-tanah rakyat pula, yang dimaksudkan adalah tanah-tanah yang masih belum ada pemiliknya, tetapi diusahakan secara haram oleh para peneroka penyokong Umno.

"Walaupun permohonan telah dibuat ke Pejabat Tanah dengan disertai bayaran deposit, permohonannya tidak pun diluluskan tetapi mereka sendiri yang mengakui tanah-tanah itu adalah milik mereka yang sah.

"Sedangkan hakikatnya tidak begitu," katanya ketika berdialog bersama wartawan-wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke=13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, malam tadi.

Dalam proses pemilikan tanah, menurutnya, semua pihak tahu, walaupun seseorang itu telah membuat permohonan dan membayar deposit ke Pejabat Tanah tidak bererti tanah itu telah menjadi milik individu terbabit.

Sebaliknya, tegas beliau, masih banyak lagi proses-proses lain yang mesti dilalui bagi membolehkan permohonan itu diluluskan oleh Pejabat Tanah sehingga membolehkan tanah itu sah menjadi milik individu terbabit.

"Sebahagian tanah-tanah itulah sebenarnya yang terbabit dengan usaha Ladang Rakyat itu dan tak timbul soal kerajaan mermpas tanah rakyat yang sebenarnya," katanya yang juga Adun Pasir Tumbuh.

Ladang Rakyat yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan itu, tambahnya, diadakan di setiap kawasan Dun, manakala setiap Dun pula disertai 100 orang peserta.

"Jadi jumlah keseluruhannya 4,500 orang manakala setiap peserta pula menerima dividen RM200 setiap bulan. Ini jelas membayangkan betapa berfaedahnya usaha itu kepada rakyat," tegasnya.

Langkah Kerajaan Kelantan mengadakan Ladang Rakyat, katanya, ternyata mencemaskan Umno BN, sehingga menyebabkan para pemimpin parti itu mencetuskan pelbagai isu bagi memburukkan kerajaan negeri.

"Pada hal ia sebenarnya tak ada sebarang isu pun. Malah janji Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memberikan tanah kepada para peneroka yang meneroka tanah sebelum tanah 1980 telah lama ditunaikan.

"Tapi itu juga telah dijadikan isu oleh para pemimpin Umno. Namun kerajaan negeri tetap bertindak bijak. Malah kepada peserta-peserta Kesedar pun turut diberikan tanah oleh kerajaan negeri," tegasnya.

Najib mula ugut rakyat untuk pertahan Putrajaya

Posted: 29 Jan 2012 06:46 PM PST



GOMBAK, 29 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ternyata telah bertindak menyalahi undang-undang bagi mempertahankan Putrajaya agar tidak terlepas dari Umno BN dengan cara mengugut rakyat.

Dengan tindakan Najib itu ternyata Umno BN masih juga tidak berubah walaupun berjanji untuk melakukan perubahan bagi perjalanan pilihanraya di negara ini agar menjadi bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan terbaru Najib semalam jelas bertentangan dengan undang-undang dengan mengeluar kenyataan berbaur ugutan mengenai perkara itu.

"Pada hal dia Perdana Menteri sendiri. Mana boleh Perdana Menteri mengugut rakyat?" katanya ketika berucap pada Retreat Harakah Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seperti yang dilaporkan media semalam berkata, Umno BN akan tetap mempertahankan Putrajaya walaupun ke titisan darah yang terakhir.

Untuk mempertahankan Putrajaya, menurut Najib, pihaknya tidak mengalami kepayahan kerana Kerajaan BN ada polis, ada Rela dan ada tentera untuk digunakan.

Menurut Tuan Ibrahim, kenytaan Najib itu jelas bermaksud mengugut rakyat agar jangan menyokong PAS atau Pakatan, tetapi mesti terus menyokong BN jika tidak mahu susah.

"Tindakan Najib itu merupakan sesuatu yang amat merbahaya kepada rakyat. Ini jelas melambangkan elemen ugutan terhadap rakyat telah berlaku sekarang ketika negara kita akan menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat antara lain berkata, setiap wartawan Harakah sama ada Harakah cetak dan Harakahdaily perlu mempunyai rujukan yang mencukupi untuk menulis sesebuah berita dan rencana.

Beliau yang turut hadir bagi menjayakan majlis itu turut mengingatkan setiap petugas media PAS agar memainkan peranan dengan baik bagi kepentingan perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di tanah air.

Katanya, sepanjang BN memerintah sememangnya terdapat pelbagai kepincangan di negara ini dalam pelbagai aspek dan di segenap peringkat.

"Kesemua itu perlu dijelaskan dengan baik oleh para wartawan Harakah cetak dan Harakahdaily berdasarkan fakta yang betul untuk diketahui oleh orang ramai.

"Isu-isu yang patut diketengahkan itu pula bukan hanya melibatkan peringkat negara, tetapi juga negeri, kawasan dan segenap pelosok desa untuk diketahui oleh orang ramai, bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat yang tepat untuk melakukan perubahan di tanah air," ujar beliau.

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat

Posted: 29 Jan 2012 06:45 PM PST


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.

Pemuda Guchil

Posted: 30 Jan 2012 09:31 AM PST

Pemuda Guchil


Soi Lek takut DAP dan PKR tapi orang Cina kini juga lebih suka PAS dari MCA

Posted: 29 Jan 2012 04:58 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 30 Jan 2012 09:12 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Anak Raja yang begitu prihatin terhadap negeri dan rakyatnya

Posted: 29 Jan 2012 07:29 PM PST



Artikel di bawah ini yang ditulis oleh Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz iaitu Putera kedua Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir , Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku Zain Al-'Abidin telah melawat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tunku Zain Al-'Abidin amat prihatin akan nasib para graduan USIM yang sukar mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, serta memberi pandangan kebaikan USIM serta IPTA lain diberi kuasa autonomi seperti mana yang dinikmati oleh Universiti Al Azhar di Mesir pada tahun 972 M ke tahun 1812 Masihi dimana dana wakaf adalah sama sekali bebas dari campurtangan kerajaan pada ketika itu.

*****************
Gonging for autonomy
by Tunku 'Abidin Muhriz. First published in The Star 27 January 2012

Gong Xi Fa Cai! Although this time Chinese New Year occurred earlier in the Gregorian calendar, the long weekend was widely welcomed with too many projects adding to the pile of procrastinations.

Alas, while long weekends are usually a welcome bonus in terms of getting work done or revisiting dormant projects, this one was comparatively unproductive as so many friends returned home from Singapore and Hong Kong, requesting long afternoon teas until the firecrackers marked the beginning of open house season.

Attention then focused on eating Teochew oranges and trying to receive ang pow from my married Chinese friends, who gave conflicting predictions about my (Water Dog) fortunes in the Year of the Water Dragon. Before the religious authorities descend upon my tail I should stress that my decisions are in no way affected by the recommendations of Feng Shui masters, however scientific their approach.

The visit to Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) on Wednesday morning provided an excellent opportunity to refocus the mind. This university, founded in 2000, appointed a new Chancellor two months ago. This is the Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, who presented degrees to hundreds of graduates at the Putrajaya International Convention Centre in the ceremony that took place in November.

The university's main campus is situated in Nilai, a town whose impressive story of growth is a merit to the state government. Even though some aspects of the planning could be better (the forests of signs obscure one another), urbanisation here seems to have taken place in a more organised manner than settlements in the Klang Valley.

Capitalising on the opportunities for merantau provided by the proximity to Kuala Lumpur, Seremban, KLIA and Putrajaya, a new education hub next door, Bandar Enstek, is coming into fruition too. Cempaka International Ladies' College is already here on a vast, stunning campus. The top-performing Tunku Kurshiah College will soon open here, and Epsom College is opening here too, providing competition to Marlborough College already under construction in Iskandar in Johor.

Unlike those colleges, USIM is a publicly-funded institution of higher learning. This, together with its label as an "Islamic university" might trigger some assumptions – if not images of fully veiled-ladies and gutra-topped jubbah-clad bearded scholars wandering around dome-tipped academic blocks, then perhaps of agitation and controversy that the International Islamic University Malaysia is sometimes host to.

The Chancellery, centrepiece of the campus, does indeed have a dome, is oriented towards Mecca, and it is state-of-the-art. A briefing was given in the Senate room, whose technological gadgetry was complemented by rustic chandeliers and flags of the federation in the correct order (states with monarchs ordered by length of reign unless serving as Yang di-Pertuan Agong, then states with governors ordered by length of service, and the Federal Territories flag at the end) instead of randomly, which one unfortunately sees even in government departments these days.

This was followed by a tour of the Faculty of Leadership & Management, of which the counselling training rooms were the most spectacular feature. Dropping by the campus radio station, run by the students, I asked: "Do the university authorities censor you?" With one eye on the Vice-Chancellor, the young lady replied "We have our own editor," and the VC immediately added "I don't stop them from saying whatever they like; same with the university newspaper." Curious – so the university's radio station and newspaper have more freedom than those licensed outside for public consumption. Yet anyone can visit radio.usim.edu.my.

Throughout the library tour, I had some interesting side discussions. One lament was that USIM's graduates have a tough time securing employment in the private sector: "the private sector only employ privately-educated students". I have heard exactly this complaint before – but from the other side – at a private university, a senior administrator complained that her graduates find it difficult to secure employment because of discrimination against privately-educated students.

One way to combat such perceptions is to enable public universities to behave like private universities. Already, some public universities have been granted some autonomy from the government.

I asked if USIM wanted the same. "Of course," came the reply. I suggested to the assembled executives, board members and academics that USIM, and indeed all public universities in Malaysia, would be better off if more decisions could be made by them instead of at the Ministry of Higher Education – recalling that another Islamic university I recently visited, Al-Azhar, is in the midst of claiming greater autonomy for itself too, remembering the period from 972 to 1812 when its waqf (trust) funding was truly free from government interference.

"Tunku," they anxiously chorused, "please don't get us into trouble with the Minister".

Enough said!

Tunku 'Abidin Muhriz is the president of IDEAS

Sumber : http://ideas.org.my/?p=4632

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi akan pupus

Posted: 29 Jan 2012 05:43 PM PST



(Begitu jauh fikiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan nasib yang bakal menimpa tulisan jawi dalam filem Pendekar Bujang Lapok)

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. Pada tahun 2007 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah
menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN
30 Jan 2012

Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: "Many experts I became acquainted with have retired without replacements.

"For us, the Korean language and script are the identity of our people.

"And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

"As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian identity," said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further research into the script.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling system, which is simple and easy to learn. - Bernama

**********************
Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. 2012 – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Monday January 30, 2012
Jawi at risk of extinction

KUALA LUMPUR: A Korean expert in Jawi has expressed concern that the script is increasingly being forgotten in Malaysia and may become extinct.

"Malaysia has to educate the young generation in the Jawi script," said Prof Dr Kang Kyoung Seok of the Pusan University of Foreign Studies.

Prof Kang, who began his research into Jawi in 1974, regards the script as a one-of-a-kind asset of Malaysia.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: "Many experts I became acquainted with have retired without replacements.

"Without the experts, who is going to take charge of safeguarding the Jawi script?

"Malaysia should produce more experts in the Jawi script, especially among the young, to succeed the retired experts," he said.

He said the media plays an important role in ensuring the wide use of Jawi and hoped newspapers using the script, such as Utusan Melayu, would be given a boost to attract more readers.

He suggested the Malaysian Institute of Translation and Books as well as Dewan Bahasa dan Pustaka to translate more books into Jawi script.

"In (South) Korea, we translate many books because we want our people to master the Korean language and script more than any other language.

"For us, the Korean language and script are the identity of our people.

"And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

"As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian identity," said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further research into the script.

He said Malaysians were comfortable with the romanised script, which was more widely used compared to Jawi.

He added this was the main reason why Jawi was being forgotten.

Western influence was also a reason because the romanised spelling was adopted from the English language, he said.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling system, which is simple and easy to learn. - Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/30/nation/10562169&sec=nation#13278810665231&if_height=294

**************
Tulisan Jawi: Khazanah Pendidikan al Quran Di Tanah Melayu

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan.

Berdasarkan berita yang bertarikh 5 Julai 2007, Harakahdaily melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah
menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.
http://bkasm.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=205

Adakah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan tak masuk akal?

Posted: 29 Jan 2012 05:08 PM PST



Mungkin ada yang mempertikaikan perkara-perkara yang terdapat dalam Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan yang telah dilancarkan pada 15 Jan 2012 yang lalu di Gemas. Mungkin ada yang mengatakan N.Sembilan bukan negeri kaya yang banyak hasil mahsulnya. Mana nak cari duit untuk naikkan elaun guru KAFA RM1,000 sebulan, beri elaun Dato Lembaga Adat RM1,000 sebulan, beri sumbangan RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf dan macam-macam lagi.

Jawapan secara rasionalnya mudah saja.

Jika N.Sembilan boleh buat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) untuk masak 200 periuk bubur lambuk, takkan tak boleh beri RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

Jika N.Sembilan akan bina Menara Majlis Agama Islam N.Sembilan setinggi 15 tingkat, takkan tak boleh naikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan.

Jika N.Sembilan boleh buat Jamuan Hari Raya Idil Fitri besar-besaran sebanyak 3 kali dalam seminggu di satu kawasan DUN saja, takkan tak boleh naikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan.

Jika N.Sembilan ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam satu DUN sahaja, takkan tak boleh beri elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

Jika 15 Sekolah Menengah Agama (SMA) di N.Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), takkan tak boleh beri elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

Jika N.Sembilan boleh buat rekod Sambutan Hari Guru peingkat negeri dengan kehadiran 15,000 guru, takkan tak boleh buka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

Di bawah ini sebahagian daripada intipati Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan. Untuk perincian di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html

1. Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
2. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
4. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.
5. Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
6. Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.
7. Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
9. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
10. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
11. Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.



Kutipan zakat meningkat saban tahun di Negeri Sembilan ini, iaitu sekitar RM39 juta pada tahun 2009, RM50 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan RM53 juta pada tahun 2011. Dalam pada masa yang sama pula beban kewangan kerajaan negeri telah begitu banyak berkurangan apabila sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/naikkan-gaji-guru-kafa-di-nsembilan.html

MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA
"Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/09/pendapat-umum-keperluan-menara-mains.html

3 Jamuan Raya, 3 Pusat Khidmat
http://pasns.blogspot.com/2012/01/untung-dun-paroi-3-jamuan-raya-3-pusat.html

Sambutan Hari Guru tak membazir
Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru itu, Mohamad berkata, program berkenaan akan dihadiri 15,000 guru di seluruh negeri ini dan beberapa pengisian akan dijalankan sepanjang majlis berkenaan termasuklah jamuan makan malam.

Cipta rekod bubur lambuk
Utusan Malaysia SEREMBAN 15 Sept. 2007 – Satu lagi rekod tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak sempena pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2007, di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang ini.
http://amkns.blogspot.com/2010/06/hari-guru-rekod-bubur-lambuk-mb.html

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 30 Jan 2012 07:11 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PRESIDEN PAS JIWA BESAR

Posted: 30 Jan 2012 04:10 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 30 Jan 2012 03:35 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Posted: 30 Jan 2012 09:16 PM PST



 Sila sebarkan dan berikan komitmen kepada Pakatan Rakyat Kawasan Temerloh

2 ulasan:

  1. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam
  2. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam