Sabtu, 21 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Jan 2012 03:24 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Naga : Tahun perubahan

Posted: 20 Jan 2012 08:31 PM PST

YB Dr Siti Mariah menyampaikan sumbangan limau pagi tadi di Tmn Sentosa 
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat Cina khususnya di Parlimen Kota Raja dan seluruh negara. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan melihat suatu perubahan yang lebih baik dari tahun yang lalu.

Menurut kepercayaan Cina, Naga adalah salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk menetapkan tahun dalam kalendar Cina. Ianya berpendapat bahawa setiap haiwan dikaitkan dengan personaliti tertentu. Tahun Naga biasanya yang paling popular untuk melahirkan bayi.Terdapat lebih banyak bayi yang dilahirkan pada tahun-tahun Naga daripada mana-mana binatang yang lain dalam tahun Zodiak.

Walau apapun kepercayaan masyarakat kita, sebagai rakyat Malaysia kita harus saling hormat menghormati antara kaum agar kita dapat hidup dalam rukun damai tanpa ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita juga seharusnya menghormati adat dan pantang larang agama masing-masing agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan kita seharian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.



Semoga dengan kerjasama dan kesepakatan dalam memperjuangkan keadilan, kita mampu mengubah system pentadbiran negara ke arah yang lebih baik dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga kita dapat merayakan tahun baru ini dengan perasaan harmoni antara kaum.

Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina.

Ikhlas sungguh ...

Posted: 20 Jan 2012 07:54 PM PST

ish!!!! ish!!!! ikhlas sungguh orang ni  ... tapi ia tetap satu idea kreatif cara umno

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Jan 2012 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Beberapa laluan lebuh raya PLUS bergerak perlahan

Posted: 20 Jan 2012 08:02 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata, antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun...di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bahru namun pergerakan masih lancar," katanya.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini. - BERNAMA

Gempa bumi 5.7 magnitud gegar timur Indonesia

Posted: 20 Jan 2012 07:59 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher menggegarkan sebahagian timur Indonesia, awal pagi tadi, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik tempatan.

Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa yang berlaku pada jam 5.50 pagi itu berpusat kira-kira 128 kilometer di Pulau Sangihe, utara Maluku dengan kedalaman 59 kilometer dari aras laut.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami atau kecederaan dilaporkan.

8 terbunuh serangan pemberontak di utara Nigeria

Posted: 20 Jan 2012 07:56 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

KANO: Beberapa siri letupan bom yang mensasarkan pasukan keselamatan di bandar kedua terbesar Nigeria, di sini, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk seorang pengebom berani mati di pejabat polis di sini, semalam.

Bandaraya Kano, bandar terbesar di utara yang didiami sebahagian besar masyarakat Islam, bergolak apabila kira-kira 20 letupan dan beberapa tembakan kedengaran di sekitar bandar itu yang mensasarkan lapan pejabat polis dan imigresen termasuk kediaman penduduk.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung pihak yang mendalangi serangan terbabit.

Sementara itu, pihak polis tempatan mengesahkan lapan kawasan diserang kumpulan pemberontak, termasuk ibu pejabat polis dan wilayah. - AFP

Pelukan terakhir.

Posted: 20 Jan 2012 07:37 PM PST


27 Safar 1433H. [MOD] -Pelukan terakhir: Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Tahun Naga Tahun Untuk Berubah

Posted: 20 Jan 2012 07:26 PM PST

27 Safar 1433H. [MOD] -

Saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat cina. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan melihat suatu perubahan yang lebih baik dari tahun yang lalu.

Menurut kepercayaan Cina, Naga adalah salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk menetapkan tahun dalam kalendar Cina. Ianya berpendapat bahawa setiap haiwan dikaitkan dengan personaliti tertentu. Tahun Naga biasanya yang paling popular untuk melahirkan bayi.Terdapat lebih banyak bayi yang dilahirkan pada tahun-tahun Naga daripada mana-mana binatang yang lain dalam tahun Zodiak.

Walau apapun kepercayaan masyarakat kita, sebagai rakyat Malaysia kita harus saling hormat menghormati antara kaum agar kita dapat hidup dalam rukun damai tanpa ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita juga seharusnya menghormati adat dan pantang larang agama masing-masing agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan kita seharian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Semoga dengan kerjasama dan kesepakatan dalam memperjuangkan keadilan, kita mampu mengubah system pentadbiran negara ke arah yang lebih baik dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga kita dapat merayakan tahun baru ini dengan perasaan harmoni antara kaum.

Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina

Jofri Jaraiee
PAS Miri

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 20 Jan 2012 09:28 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


DOKTOR TURUN KAMPUNG LAGI BERSAMA ADUN MAHARANI

Posted: 20 Jan 2012 09:00 AM PST

DOKTOR TURUN KAMPUNG LAGI
BERSAMA ADUN MAHARANI.

Petang ini, Jumaat 20 Januari 2010, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, turun kampung lagi bersama Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani), Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar) dan Puan Norizan Adnan ( muslimat tempatan yang memandu perjalanan kami di kampung ini).. Ini adalah kesinambungan  daripada Program Doktor Turun Kampung bulan lalu yang disertai oleh 9 orang doktor bersama YB Dr Mohammad sendiri.Walau bagaimana pun program ziarah dan rawat ini telah dimulakan sejak lebih 10 tahun dalam DUN Maharani khususnya juga di kawasan Muar. Kali ini YB Dr Mohammad berkesempatan menziarahi 3 orang penduduk Parit Sakai Laut Muar yang telah uzur dan memerlukan bantuan rawatan kesihatan.

Dalam lawatan ini YB Dr Mohammad dalam menyelami perasaan dan keadaan penduduk yang menghadapi masalah kesihatan sambil memberi khidmat nasihat, pemeriksaan kesihatan  dan ubat-ubatan yang diperlukan.
Sambutan mesra dapat dirasakan dalam pertemuan ini.Di samping itu bantuan tambahan yang mereka perlukan juga akan diikhtiarkan.


Puan Raonah Bongkek (gambar di atas), 63 tahun, lumpuh badannya kerana penyakit angin ahmar sejak 2 tahun lalu. Alhamdulillah ahli keluarganya banyak membantu. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat walau tidak mencukupi. Beliau memerlukan kerusi roda untuk bergerak.


Sedikit sumbangan daripada kami untuk Puan Raonah. Sdr Abu Bakar dan 
Puan Norizan turut serta. 



 Tuk Sulaiman Isnin (gambar di atas) juga kami ziarahi. Sudah 93 tahun umurnya, di antara penduduk tertua di kampung ini. Sebelum ini beliau masih boleh menaiki motorsikal sendiri dan membuar kerja-kerja ringan. Hari ini kesihatannya agak terjejas. Beliau tinggal berdua sahaja bersama isterinya.Semoga lawatan kami ini dapat meringankan sedikit bebanan beliau.


 
Oleh-oleh daripada kami untuk Tok Sulaiman.


 
Seorang lagi penduduk yang kami zarahi ialah Nenek Sima Khamis. Matanya kurang awas. Beliau tinggal bersama anak dan keluarganya. Walaupun sudah berusia beliau sentiasa ceria dan tabah menhadapi kehidupan yang mencabar.Syukur, anak-anak banyak membantu beliau.

 
Kegembiraan terbayang di wajah Nek Simah ketika menerima sumbangan daripada kami.

Program ini akan sentiasa berterusan sebagai sumbangan kecil kami kepada masyarakat setempat sebagai satu tanggungjawab sosial. Kami cuba membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Inilah sebahagian daripada sumbangan dalam merialisasikan Negara Berkebajikan. 

PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Jan 2012 07:23 PM PST

PAS Kawasan Miri


PAS Sarawak ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina

Posted: 20 Jan 2012 04:07 PM PST

Tahun Naga Tahun Untuk Berubah
Saya bagi pihak PAS Sarawak ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua masyarakat cina. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan melihat suatu perubahan yang lebih baik dari tahun yang lalu.

Menurut kepercayaan Cina, Naga adalah salah satu daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk menetapkan tahun dalam kalendar Cina. Ianya berpendapat bahawa setiap haiwan dikaitkan dengan personaliti tertentu. Tahun Naga biasanya yang paling popular untuk melahirkan bayi.Terdapat lebih banyak bayi yang dilahirkan pada tahun-tahun Naga daripada mana-mana binatang yang lain dalam tahun Zodiak.

Walau apapun kepercayaan masyarakat kita, sebagai rakyat Malaysia kita harus saling hormat menghormati antara kaum agar kita dapat hidup dalam rukun damai tanpa ada perasaan prejudis diantara satu sama lain. Kita juga seharusnya menghormati adat dan pantang larang agama masing-masing agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan kita seharian dalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Semoga dengan kerjasama dan kesepakatan dalam memperjuangkan keadilan, kita mampu mengubah system pentadbiran negara ke arah yang lebih baik dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Kepada mereka yang balik kampung, hati-hati di jalanraya agar selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga kita dapat merayakan tahun baru ini dengan perasaan harmoni antara kaum.

Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Year of the Dragon Year for change
On behalf of the PAS Sarawak, I would like to take this opportunity to say Happy New Year to all Chinese communities. May the coming New Year, we will see a change that is better than last year.

According to the Chinese belief, the dragon is one of the 12 animals in the Chinese zodiac which is used to designate years in the Chinese calendar. It is thought that each animal is associated with certain personality traits. Dragon years are usually the most popular to have babies. There are more babies born in Dragon years than in any other animal years of the Zodiac.

Whatever belief of our society, as Malaysians, we should respect one another among the races so that we can live peacefully without any feeling of prejudice among one another. We should also respect the customs and religious restrictions respectively to avoid misunderstandings arise in our daily interactions in a multi-racial society.

Hopefully, with the cooperation and unity in fighting for justice, we can change the administrative system of the country towards a better and fair to all regardless of race, religion and political belief.

For those who return home, be careful on the roads to reach safely to their respective destination. Hopefully we can celebrate the New Year with a sense of harmony between the races.

Gong Xi Fa Cai to all Chinese communities.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 20 Jan 2012 07:14 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS

Posted: 20 Jan 2012 06:15 PM PST

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga  menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka. 
Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.
 
Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Gong Xi Fa Cai kepada semua.
Presiden PAS

Rayuan Peguam Negara : Menambah Kebencian Rakyat Kepada BN

Posted: 20 Jan 2012 02:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu minit terakhir pada hari terakhir kes ini boleh dibuat rayuan.

9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, keraguan mahkamah terhadap intergriti sampel DNA yang diambil polis dari Saiful.

Semalam Saiful menghantar surat rasmi kepada pejabat Peguam Negara agar kes beliau itu dibuat rayuan oleh pihak pendakwa.
"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini," kata Saiful melalui blognya berkenaan suratnya kepada pejabat Peguam Negara itu.
Tindakan politik

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), rayuan tersebut dilihat lebih cenderung kepada tindakan politik semata-mata biarpun Peguam Negara mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk merayu.

Katanya, dengan pelbagai persoalan yang membelenggu kes tersebut sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebelum ini, kes tersebut seharusnya selesai dan ditutup sejak 9 Januari lalu lagi.

"Apabila rayuan dibuat, saya kira ianya lebih kepada tindakan politik.

"Kenapa kes yang membabitkan Razak Baginda dulu tidak rayu, sekarang rayu? Saya kira kes Razak Baginda dulu itu lagi besar kerana melibatkan maruah negara di mata dunia," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan merayu itu juga hanya akan memberi pandangan negatif kepada Peguam Negara yang seolah-olah menjadi alat politik kepada Umno BN.

"Apapun pada saya rayuan ini akan menguatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pada masa yang sama menambah kebencian mereka kepada Umno BN," tegasnya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Jan 2012 03:21 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


APALAH LAPORAN POLIS KENA REJECT 2 KALI !

Posted: 20 Jan 2012 01:13 AM PST

NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis
Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis dan mengarahkan mereka meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci.

abdul razak baginda altantuya case 040607 tun majid tun hamzahKetua Pendakwa, Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan bahagiannya telah meminta pihak polis untuk menyiasat lanjut perkara itu.

"Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya.

Adalah menjadi kelaziman bagi Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kepada polis, walaupun sehingga berulang kali, jika tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sebelum memutuskan sama ada untuk membuat dakwaan.

Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara awal minggu ini.

Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengumumkan siasatan polis lengkap selepas mengambil 54 keterangan, termasuk daripada kakitangan NFC.

Kes berkenaan pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah pecah amanah. Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah.

Sementara itu, pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan.

MK

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/01/nfc-pejabat-ag-tak-puas-hati-siasatan.html#ixzz1jxFJiqlO

BUDAK LELAKI DAH, PEREMPUAN PUN SUDAH, KINI MENANTI PONDAN PULAK!

Posted: 19 Jan 2012 09:04 PM PST


Sebelum ini pelajar lelaki dan kini Pelajar USM pula mengugut mengebom helikopter PM. Bagaimana budak yang ugut nak bunuh Tok Guru Nik Aziz? Kalau teman, gertak dalam twitter tu atau amaran terakhir pada sesiapa yang celupar atau menulis sebegitu rupa dah ler.Kalau degil juga baru hantar polis. Ini tidak, baru guna 3 perkataan dan ada sebut buhun jer macam kes Azwan Ali guna twitter dah kena tangkap.
Tang kes Prof Koo Kay Kim pula yang terus terang mengatakan tiada bukti Hang Tuah bersaudara ujud tak pula rasa sensitif orang Melayu UMNO terutama PERKASA dan tertinggi PM DS Najib yang memang orang Melayu, Walaupun teman kin dah kata Melayu tak relevan namun dari segi fakta kenapa dah 60 tahun UMNI memerintah tiba2 ada pula kajian kata Hang Tuah tak wujud. Banyak buku bagai nak rak telah banyak dicetak, dijual dan dibaca dan disimpan diperpustakaan, dalam internet dan sebagai rujukan. Lagi berumur UMNO/Bn lagi teruk hasil sejarah yang berlaku.


Saya petik:
[kosmo] ALOR SETAR — Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis semalam, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial.

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut.

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan.

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.

Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan.

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut.

"Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. -BERNAMA

CIKAI BETUL SISTEM KOMPUTER SPR !

Posted: 19 Jan 2012 07:01 PM PST

Dah berpuluh tahun merdeka dan dah berganti pengerusi SPR hanya nak bersihkan daftar undi kena guna khidmat MIMOS? Tak boleh buat sendiri ke? Dan tak silap teman Sistem Komputer SPR dah diupgred dan mesti ada pakar dan orang komputer dalam SPR, tapi kenapa tidak boleh bersihkan daftar undi? Hantarlah kursus bagi bijak sana dan sini. Kalau tak ambilah teman jadi jururunding cuma bayor RM10k sebulan ada keta dan rumah cukuplah.kontrak 3 tahun pun tak per.Tapi teman minta tak banayak cum RM10K murah sangat berbanding anak tukang jaga lembu sampai RM45K sebulan.

Tan Sri Abdul Aziz Yusof
KUANTAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) bagi tujuan pembersihan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, senarai itu dihantar akhir tahun lalu tetapi tidak menetapkan tempoh siap pembersihan itu.

Pembersihan senarai itu, katanya adalah antara 10 cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC)


"Kita tidak memberikan tempoh tertentu tetapi berharap senarai itu dapat dihantar sebelum laporan awal dihantar ke Parlimen," katanya selepas menghadiri Majlis Taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, semalam.

SPR turut bersetuju melaksanakan enam lagi cadangan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal anggota polis dan tentera, tempoh pameran Rang Daftar pemilih selam 14 hari, dan pemansuhan proses pencalonan dan tempoh penarikan pencalonan.

Beliau berkata, tiga lagi cadangan PSC masih dalam kajian SPR ialah berkaitan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir luar negara.

Abdul Aziz turut memaklumkan mengenai kesilapan pengisian Borang A oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) menyusahkan suruhanjaya itu.

Justeru, SPR terpaksa menamatkan pelantikan 198 PPP dan 90 lagi diberi amaran.

WAHAI RAKYAT MALAYSIA , HANYA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MAMPU HAPUSKANNYA

Posted: 19 Jan 2012 05:43 PM PST

Keuntungan berlipat kali ganda yang diterima oleh syarikat konsesi kutipan tol-tol di Malaysia disifatkan sebagai maha firaun oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ini berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Lim lanjutan daripada soalan yang dikemukakan beliau di dalam parlimen tahun lepas berkenaan kutipan tol di Malaysia.

"Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan beberapa syarikat mengaut untung yang sangat besar, maha besar dan maha firaun," ulas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim memberi contoh pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang memperuntukkan kos pembinaan sebanyak RM 6 billion tetapi menerima pulangan sebanyak 308% daripada modal yang dikeluarkan. Ini memberi jumlah kutipan dan pampasan berlipat ganda daripada kos asal iaitu sebanyak RM 24.3 billion.

"Ini bermakna mereka telah mencapai keuntungan sebanyak RM 18.3 billion dan inilah dikatakan keuntungan maha firaun. Sedangkan mereka boleh mengutip tol sehingga Disember 2038 sehingga ke anak cucu cicit kita.

Justru, Lim menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Beberapa lokasi kutipan tol akan dihapuskan terutama kepada syarikat yang sudah menikmati keuntungan besar selama ini.

Lim juga mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noh Mohd Yaakob bahawa jika tol dihapuskan, negara ini akan muflis sedangkan keuntungan diperolehi jauh lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan.

"Saya kata tidak. Malaysia tidak akan muflis. Dan sekiranya dia masih yakin dengan kenyataannya, marilah berbahas berdasarkan fakta dan bukan sekadar serangan yang tidak masuk akal.

"Saya harap beliau tidak takut untuk berbahas tentang isu penting seperi isu ekonomi dan kos hidup rakyat ini. Malah sekiranya tol dihapuskan, inflasi juga akan turun," jelas Lim lagi sambil mencabar Noh Yaakob untuk berbahas dengannya secara terbuka mengenai isu ini.

Sementara itu setakat 31 Disember 2010, Lebuhraya Metramac memperolehi hasil kutipan keuntungan tertinggi dengan pulangan setakat 2010 sebanyak 877% iaitu RM440 juta dengan kos pembinaan cuma RM 45 juta. Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak turut dicatat keuntungan besar sebanyak RM1.4 billion dengan kos pembinaan RM 451 juta selain tempoh konsesi selama 38 tahun.

Manakala Keuntungan konsasi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang dibina dengan kos RM1,08 bilion telah memcatat keuntungan RM1.61 bilion. Manakala tempoh konsasinya selama 34 tahun.

INI BUKAN SURAT LAYANG, INI SOALAN AHLI PARLIMEN SELAYANG

Posted: 19 Jan 2012 04:50 PM PST

Bongkar:Pemimpin BN Terlibat Bawa RM1.07 Trilion Keluar Negara?
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Selayang, William Leong mempertikaikan samaada ada dikalangan pemimpin BN terlibat dalam pengaliran wang haram keluar negara berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) sejak 10 tahun lalu.

Katanya berdasarkan pendedahan Bank Negara bahawa pengaliran wang haram tersebut membuktikan tiada usaha dilakukan oleh kerajaan BN untuk menangani isu tersebut.

"Pengaliran wang haram ke luar negara dalam tempoh 10 tahun berjumlah USD291 bilion (RM1.07 trilion) membuktikan amalan rasuah dan aktiviti haram di negara ini berlaku secara berleluasa.

"Saya pertikai ketelusan kerajaan BN yang tidak mengambil sebarang tindakan drustik berhubung hal ini.

"Apakah hal ini tidak diambil tindakan disebabkan oleh ramai pemimpin BN terlibat. Inilah persepsi rakyat sekiranya kerajaan bersikap lepas tangan dan tidak mengambil sebarang usaha untuk menghentikan kegiatan yang merugikan negara ini.

Kata William, Pakatan Rakyat merasa amat kesal dan bimbang dengan pengaliran aset negara tersebut.

"Amat membimbangkan apabila Malaysia di istihar sebagai negara ke lima di dunia menjadi pusat pengaliran wang haram.

"Jumlah ini bukan sedikit tetapi amat besar serta memberikan imej buruk kepada negara dimata antarabangsa.

"Secara tidak langsung menjadikan negara ini sebagai pusat kegitan haram antarabangsa yang gagal ditangani oleh kerajaan." kata beliau ketika di hubungi TV Selangor.

Beliau yang juga seorang ahli ekonomi berkata masalah pengeluaran wang haram yang telah berlaku sekian lama dinegara ini tidak ditangani oleh kerajaan BN.

"Mengapa isu ini tidak ada pemimpin BN yang bersuara untuk mengatasinya kerana sudak 10 tahun negara berhadapan masalah ini." ujar beliau

Katanya, tidak sukar untuk mengenal pasti isu tersebut kerana transaksi pengaliran wang haram tersebut boleh dilakukan oleh pihak Bank Negara dan Kementerian Kewangan.

"Saya bimbang ada komplot yang besar yang beroperasi di negara ini dan saya menyeru supaya kerajaan segera bertindak menghalang kegiatan ini." tegas beliau

Dalam pada itu beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat di pilih menerajui negara dalam pilihanraya akan datang, usaha untuk memburu dan mengatasi masalah ini akan diberi perhatian utama.

"Kita tidak mahu wang negara dan aset negara dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab." katanya

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Jan 2012 03:19 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Posted: 20 Jan 2012 02:34 AM PST

KETUA UNIT MEDIA BARU UMNO SECARA TERBUKA AKUI BLOGGER PRO UMNO PAPAGOMO DAN PARPUKARI KAKI FITNAH MELAMPAU YANG SUKAR DIKAWAL!!!!'Unit media Umno tak dapat kawal Papagomo, Parpukari'Pengerusi unit media baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata beliau tidak dapat mengawal penulis blog tertentu seperti Papagomo dan Parpukari yang dikatakan sering menyiarkan tulisan berunsur fitnah di laman berkenaan.Katanya, beliau tidak menyokong pandangan tertentu yang diketengahkan dalam blog berkenaan namun beliau mengakui bahawa laman berkenaan menyumbang kepada pengaruh Umno, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya kecil dan pilihan raya umum."Tapi saya lebih bimbang apabila berdepan dengan pemilihan Umno. Penulis blog ini akan bersaing antara satu sama lain."Nak kawal blogger Umno sendiri bukan senang. Apa cara kita hendak kawal mereka?," katanya lagi ketika ditemui di satu majlis diskusi pengguna laman blog Twitter, malam tadi..Susah sangat ke nak kawal blogger berdarah UMNO pekat ni?....bagi kertas ada gambar agung pasti boleh kawal....kawal blogger UMNO ni macam kawal hantu raya....tiap hari kena bagi makan 2 biji telur....bila terlupa atau dah tak mampu nak suapkan dengan 2 biji telur itu yang mereka buat pusingan 360 darjah terus terkam dan gigit telur tuannya....tapi satu yang harus diberikan pujian kepada Tun Faisal ialah dia akui yang mangkuk ayun dua ekor ini adalah blogger kaki buat fitnah...tiada apa yang mereka tulis melainkan fitnah belaka....Pssttttt.....helo papagomo @ Wan Mohamad Azri b Wan Deris dan Parpukari @ Mohd Salim Iskandar....kamu berdua dah dapat ke saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan yang nak saman kamu setiap sekor RM10juta?.

PEMUDA PAS SELAR KUIN

Posted: 20 Jan 2012 02:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan sayap parti Islam itu berpendirian teguh untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), selari dengan kehendak kumpulan mahasiswa dan Pakatan Rakyat sambil menyifatkan keputusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan undang-undang itu menggantung pengajian lima mahasiswa bukan langkah bijak.


"Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik," kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan.

Dalam tulisan terbarunya di laman Facebook, Nasrudin berkata pihaknya serius untuk memansuhkan AUKU selain telah berulang kali meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan pengurusan KUIN agar tidak menggantung kelima-lima mahasiswa pusat pengajian tinggi itu.

"Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Pendirian ini bukan kepada kes-kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah kerajaan negeri Kedah dan ia ditadbir Pakatan Rakyat manakal menteri besarnya dari PAS.

"Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali saya kemukakan kenyataan kepada menteri besar sendiri, ataupun kepada KUIN menggesa bertindak wajar dan tidak menggantung lima mahasiswanya," katanya.

CURI RM78 DUIT TABUNG MASJID... PENJARA 1 TAHUN

Posted: 19 Jan 2012 08:21 PM PST

SINGAPURA: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman setahun penjara kerana mencuri S$32 (RM76) dari sebuah masjid.


Noraizam Abdullah, 40, mengaku bersalah bulan lalu kerana mencuri duit untuk membeli makanan untuk dirinya adan ibunya yang berkerusi roda.

Dia berkata, dia mencuri duit itu kerana terdesak dan tidak mendapat bantuan daripada pihak masjid.

Duit itu dicuri dari tabung wang derma yang diletak di pintu masuk Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West pada 11 Disember lalu.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia membawa tabung itu ke tangga, memecahkannya dan mengambil duitnya. - Asiaone

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Jan 2012 01:40 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Projek Propaganda Lagakan Pakatan Rakyat

Posted: 19 Jan 2012 03:22 PM PST



Tidak menghairankan bagaimana idea untuk menggambarkan Hasan Ali sebagai pejuang Melayu Islam yang tulen – setulen UMNO agaknya – dan menggambarkan seolah-olah dalam Pakatan Rakyat, hanya PAS sahaja yang mampu membela Islam.

Pakejnya mudah iaitu, UMNO mahu dilihat sebagai pejuang Melayu dan Islam sebagai hak istimewa PAS. Pakej Islam dan Melayu ini adalah agenda perpaduan yang diimpikan oleh UMNO dan beberapa kerat pemimpin PAS termasuk Hasan Ali.

Matlamat ini hanya untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Itu sahaja niat suci mereka untuk terus berkuasa dan mencuri harta negara. Tiada kaitan dengan Melayu atau Islam.

Mentaliti mengatakan bahawa Melayu hanya mampu dibela oleh UMNO adalah manifestasi kewujudan UMNO itu sendiri. Tafsiran pemimpin UMNO hari ini ialah UMNO adalah parti satu kaum, oleh satu kaum dan untuk satu kaum sahaja.

Ia berbeza dengan semangat kelahiran UMNO pada 1946 yang mahu membela Melayu kerana situasi hari ini lebih menunjukkan bahawa parti itu hanya mahu memastikan para pemimpin elit, keluarga dan kroni mereka sahaja mendapat pembelaan, dan bukannya umat Melayu keseluruhannya.

Kita dapat lihat bahawa dalam Barisan Nasional, UMNO menjadi dominan bukan hanya dengan nombor atau jumlah kerusi tetapi UMNO membolot semua hak-hak parti dan kaum lain termasuk wang dan khazanahnya. MIC, MCA, Gerakan dan yang lain hanya menjadi kuda tunggangan UMNO.

Adakah ini bermakna UMNO hebat kerana berjaya menundukkan parti-parti lain? Dari satu sudut, jawapannya ialah ya. Dari sudut yang lain pula, walau pun parti-parti komponen BN hanya menjadi kuda tunggangan UMNO, para kapitalis kaum-kaum lain mengaut keuntungan hasil persahabatan para pemimpin elit UMNO.

Yang terpinggir adalah rakyat, termasuk orang Melayu dan kaum-kaum lain sendiri akibat permainan politik UMNO-BN.

Untuk mengabui mata rakyat, isu emosi kaum dan agama terus dimainkan. Oleh kerana UMNO mempunyai mimpi ngeri dengan Anwar Ibrahim, maka PAS cuba dipujuk, diserang dan dikelirukan semata-mata kerana tidak mahu melihatnya berkawan dengan PKR dan DAP.

Maklumlah UMNO tidak akan berjaya memujuk dan berkawan dengan PKR kerana ramai pemimpin dan ahli parti itu adalah bekas UMNO yang benci dengannya. DAP pula tidak boleh dijadikan kawan kerana ketulusan dan kelurusan (skema) kepimpinannya menyukarkan UMNO yang penuh intrik dan korupsi berkawan dengan DAP.

Sumber: Akhbar Roket

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 20 Jan 2012 09:33 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Negeri Terengganu (3): Sekitar Majlis Perasmian

Posted: 20 Jan 2012 12:54 AM PST


DUNGUN, 20 Disember: Selepas selesai talkshow bersama ad-Da'eiyatul Islami al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, program diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian oleh al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Yahya bin Ali diikuti ucapan alu-aluan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB al-Fadhil Ustaz Mohd Nor Hamzah.

" Semalam –alhamdulillah-, telah mengadakan ceramah dan mendapat sambutan yang sangat baik. Hari ini –alhamdulillah-, kita masih mendapat sambutan yang agak baik walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat menyukarkan untuk kita hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari ini. Tetapi saya mengharapkan seluruh kita dapat menjayakan majlis ini sepanjang Sambutan Jubli Emas", ujar beliau memulakan ucapan.


Beliau meneruskan ucapan dengan mendoakan kepada seluruh pemuda sejak dahulu sehingga sekarang yang telah berusaha memastikan kelansungan perjuangan ini supaya diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah Taala. Beliau yang juga Adun Bukit Payung turut mengimbau kembali sejarah tertubuhnya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

" Insyaallah, kita mengharapkan supaya kita mencapai kemenangan di negeri dan negara ini dengan bantuan daripada Allah Taala. Saya mengucapkan penghargaan besar kepada seluruh pemuda yang bertungkus lumus menjayakan program ataupun Sambutan Jubli Emas kali ini", jelas beliau menutup ucapannya.

Selepasnya, majlis diteruskan dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Haji Abdul Wahid bin Endut. Beliau melahirkan rasa semangat yang timbul di jiwa apabila melihat semangat anak muda yang berdiri di tengah panas matahari yang terik setelah bertahan dalam hujan ketika mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus sebelum itu.

Beliau turut mengingatkan seluruh yang hadir dengan sejarah Terengganu yang pernah merasai kesejahteraan di bawah pemerintahan yang mengamalkan Syariat Allah Taala. PAS Terengganu baru sahaja selesai mengadakan sambutan 100 tahun Pemerintahan Islam Terengganu di Kuala Berang awal bulan yang lalu.

" Kita merayakan 100 tahun Itqan al-Muluk, kita mengadakan sambutan 50 tahun Pemuda Pas dan kita mengadakan program-program gerakan rakyat PAS Ganti UMNO; tujuannya kita ingin membina kekuatan dan membina semangat rakyat untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13 akan datang. Janji Allah Islam akan menang, itu keyakinan kita", tegas beliau mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Mengarahkan Pemuda Berkumpul Di Hadapan Pentas

Acara berada di kemuncak apabila al-Fadhil Ketua Pemuda bangkit memberi ucapan.

" Nabi mengharapkan lahir generasi, lahir sekelompok/segolongan manusia yang beriman kepada Allah biarpun generasi terdahulu mengingkari Allah Taala. Saudara-saudara yang dihormati Allah sekalian, moga kita termasuk dalam kalangan pemuda-pemuda yang mengabdikan diri kepada Allah, dari kalangan pemuda-pemuda yang siap dan bersedia untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab menimarahkan bumi Allah Taala dengan syariat yang telah diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam', tegas beliau.


Dalam kesempatan tersebut, beliau mengingatkan pemuda supaya menghargai jasa kepimpinan yang sejak dahulu bersusah payah berjuang menegakkan agama Allah Taala. Beliau mendoakan supaya semua yang hadir mampu istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat. Beliau turut mengimbau kenangan mengayuh basikal ketika berusia 13 @ 14 tahun dari Kampung Batu 13 ke Rusila untuk mendengar pemidato yang hebat ketika itu, al-Fadhil Ustaz Harun Jusoh yang juga merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Selain itu, beliau menceritakan pertemuan dengan beberapa orang artis supaya pemuda mengatur pertemuan artis dengan Al-Fadhil Tuan Guru.


" Jadi, insyaallah, sempena himpunan anak muda hari ini, sempena sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Negeri Terengganu, saya berharap antumlah menjadi manusia yang mengajak manusia kepada Allah. Boleh atau tidak? Kalau boleh, saya rasmikan Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ini dengan melaungkan tiga kali lafaz takbir".

Majlis perasmian disemarakkan lagi dengan gimik perasmian diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada bekas ketua-ketua pemuda PAS yang lalu sebelum majlis berakhir.

Selesai majlis, para hadirin menikmati jamuan rakyat yang disediakan oleh penganjur.

Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Negeri Terengganu (2): Sekitar Talkshow Pendakwah Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus

Posted: 20 Jan 2012 12:48 AM PST

DUNGUN, 20 Disember: Cuaca pagi hari ini sedikit menguji keikhlasan seluruh ahli PAS untuk menghadiri majlis Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT). Hujan yang turun kira-kira jam 9 pagi semakin lebat.

Namun begitu, hujan tersebut sedikitpun tidak menghalang para hadirin untuk khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Majlis tersebut dimoderatorkan oleh Ketua Lajnah Tarbiyah DPPNT, al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.


Walaupun hujan masih tidak berhenti, semakin ramai yang hadir berkumpul di hadapan majlis. Kesungguhan hadirin ini menjadikan majlis semakin rancak dengan selingan nasihat-nasihat penuh hikmah daripada al-Fadhil Ustaz Azhar yang ditujukan kepada pemuda khususnya dan seluruh yang hadir umumnya.

Dalam kesempatan tersebut, beliau sempat menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh moderator program dengan jawapan-jawapan yang bersifat realiti semasa menyebabkan seluruh yang hadir mampu menerimanya dengan baik.

Majlis talkshow tersebut diakhiri dengan nasihat dan taujihat yang disampaikan kepada seluruh yang hadir supaya istiqamah memastikan seluruh umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Negeri Terengganu (1): Sekitar Ceramah Umum Timbalan Presiden PAS

Posted: 20 Jan 2012 12:41 AM PST


DUNGUN, 19 Disember: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah Berjaya menganjurkan Sambutan Jubli Emas, 50 tahun Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.

Sambutan bermula dengan ceramah umum yang disampaikan oleh 3 penceramah iaitu al-Fadhil YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua DPPNT; al-Fadhil Us Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya BPPNT dan al-Fadhil Tuan Haji Mohamad bin Sabu Timbalan Presiden PAS. Majlis dipengerusikan oleh pengarah sambutan, al-Fadhil Us Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Ceramah dimulakan dengan ucapan al-Fadhil Ketua Pemuda DPPNT. Beliau mengimbau kenangan sejarah penubuhan DPPNT. Istimewanya, DPPNT ditubuhkan secara rasminya pada 20 Januari 1961, hari Jumaat dan akan disempurnakan perasmiannya pada 20 Januari 2012 juga jatuh pada hari Jumaat.

Majlis dihangatkan lagi dengan ucapan al-Fadhil Ustaz Saiful Bahri Mamat. Beliau menyentuh isu-isu yang berlaku dalam negeri Terengganu melibatkan kezaliman dan penindasan kerajaan UMNo terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, beliau menerangkan 10 janji dan manifesto PAS yang telah diumumkan sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir kerajaan Terengganu.

Dalam kesempatan itu juga, beliau menceritakan kes terbaru melibatkan rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka. Tanah yang menjadi milik SRIDB itu dibahagikan kepada lima lot atas nama beberapa orang ahli jawatankuasa JKKK sekitar kampung tersebut.

Ceramah menjadi semakin menarik dengan ucapan kemuncak yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Sabu. Beliau banyak menyentuh isu-isu nasional. Beliau membandingkan kejayaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik daripada negeri-negeri di bawah Barisan Nasional.

Beliau meminta seluruh rakyat untuk menjadikan orang tengah sebagai kayu ukur kebenaran. Majlis audit negara yang berada di bawah Yang diPertuan Agong telah mendedahkan dengan jelas cara UMNO yang banyak menipu ketika menguruskan harta negara. Ini adalah bukti jelas penipuan UMNO kepada rakyat yang tidak disebut langsung oleh media massa yang berada di bawah kawalan mereka.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 20 Jan 2012 09:25 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Siri Kuliah Ustaz Kamal Ashaari

Posted: 19 Jan 2012 11:53 PM PST










Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Jan 2012 09:08 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Jelebu

Posted: 19 Jan 2012 06:49 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 24 Januari 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan (dari K.Pilah menghala ke Karak, sempadan dengan Simpang Pelangai, Bentong, Pahang)
Penceramah : Chegu Bard, Aiman Athirah, Wfauzdin NS dan pimpinan PAS N9

Semua dijemput hadir

KHIDMAT MERU

Posted: 20 Jan 2012 09:08 AM PST

KHIDMAT MERU


DR.RANI TURUN PADANG BERMAIN BADMINTON DAN KARRUM

Posted: 20 Jan 2012 02:03 AM PST
















Dr Rani bersama 10 orang rakan-rakan bermain badminton di dewan badminton Meru dan sejurus selepas itu bermain karrum bersama pemuda-pemuda di warung makan bersebelahan Dewan Serbaguna Meru.


Dr Rani bersama-sama beberapa orang ketua kampung bercadang menjadikan permainan badminton tersebut sebagai aktiviti mingguan bagi program riyadhah mereka.



















EDARAN BUAH LIMAU KEPADA PENJAJA PASAR

Posted: 20 Jan 2012 12:41 AM PST















YB Manikavasagam dan YB Dr Rani menemui peniaga-peniaga Cina di Pasar Malam Klang untuk menyampaikan kad ucapan Gong Xi Fa Cai dan beberapa biji buah limau kepada mereka.


Ramai dari peniaga-peniaga tersebut mengatakan bahawa mereka akan mengambil cuti selama 5 hari pada perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini untuk bersama keluarga tercinta dan sahabat handai.


YB Dr Rani berharap Tahun Naga dapat menyuntik semangat kerja yang tinggi dan berkesan kepada kaum Cina di negara ini.


















Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 20 Jan 2012 07:37 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ROAD SHOW HASAN ALI TIADA MEMBIMBANGKAN PAS

Posted: 19 Jan 2012 08:31 PM PST

PEMUDA BAGAN DATOH SEDIA HADAPI PRU 13

Posted: 19 Jan 2012 03:21 PM PST

TIADA MASALAH GUNA DAKWAT KEKAL

Posted: 19 Jan 2012 07:42 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan