Jumaat, 20 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 20 Jan 2012 01:35 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Lagi bantahan pemasangan bendera BN di premis awam

Posted: 19 Jan 2012 08:44 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Kangar ekoran pemasangan bendera BN di Klinik Kesiharan Beseri.

BACA DI SINI >>

Berikut adalah Kenyataan Media DPP Kawasan

BANTAHAN PEMASANGAN BENDERA BARISAN NASIONAL DI PREMIS AWAM

1. Kami mendapati pihak Barisan Nasional (BN) telah memasang begitu banyak bendera parti mereka di pagar Klinik Kesihatan Beseri sejak seminggu yang lalu. Begitu juga pihak BN dengan biadabnya telah memasang dua bendera di tiang bendera klinik tersebut bersama bendera Malaysia dan bendera Perlis.

2. Kami juga mendapati sejak beberapa minggu kebelakangan ini pemasangan bendera Barisan Nasional dibuat secara berleluasa di seluruh negeri Perlis yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri ini memandangkan pemasangan ini dibuat di luar musim pilihanraya.

3. Kami melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera di premis awam seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang di kalangan pengurusan dan kakitangan klinik serta menimbulkan pelbagai persepsi buruk di mata awam.

4. Begitu juga, kami membantah sebarang pemasangan bendera mana-mana parti politik di mana jua kawasan premis awam di negeri.

5. Justeru kami memohon pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan segera dengan sikap yang telus dan professional berkaitan bantahan kami supaya tidak timbul suasana yang tegang mahupun persaingan tidak sihat di kalangan parti politik di negeri ini.

6. Kami juga menuntut pihak MPK mengeluarkan garis panduan berkenaan pemasangan bendera-bendera parti politik di negeri ini.

SHUHAIRI BIN SAMSUDDIN
Ketua Dewan Pemuda
PAS Kawasan Padang Besar
19 Januari 2012

Ijtimak Tarbawi PAS Kawasan

Posted: 19 Jan 2012 08:33 PM PST

Ijtimak Tarbawi Pilihanraya peringkat PAS Kawasan Padang Besar diadakan 15 Januari lalu di Markas PAS Kawasan di Santan. Dihadiri pimpinan peringkat kawasan, DUN dan cawangan.


Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Azamhari Mahamood menyampaikan ucapan aluan
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Salleh Adam merasmikan program

Slot 1 bersama AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin

Slot 2 bersama YB. Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin

Penutup oleh YDP Kawasan

Cenderahati untuk Ustaz Lotfi

Cenderahati untuk Ustaz Hashim

PAS Perlis bantah pemasangan bendera BN

Posted: 19 Jan 2012 08:21 PM PST

KANGAR - PAS Perlis membantah pemasangan bendera Barisan Nasional secara berleluasa di seluruh negeri Perlis sejak beberapa minggu lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, pemasangan bendera tersebut yang dibuat di luar masa pilihanraya boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Perlis.

"Kita turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera berhampiran premis awam seperti sekolah dan sebagainya. Saya dapati terdapat bendera BN yang dipasang berhampiran pagar sekolah.

"Kita difahamkan bahawa pihak Umno/BN Perlis ada melakukan simulasi pilihanraya baru-baru ini, tetapi kenapa bendera-bendera tersebut tidak diturunkan lagi?

"Begitu juga kita faham bahawa ada pimpinan tertinggi BN yang akan datang ke Perlis, tetapi tidak wajar bendera tersebut dipasang terlalu hampir dengan premis awam," ujarnya.

Untuk itu menurut Anuar lagi, PAS Perlis akan mengemukakan bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berkaitan isu ini.

"Kita jangkakan jika bendera PAS, KeADILan ata DAP yang dipasang dengan banyaknya sudah tentu ianya akan diturunkan, jadi kita minta kerjasama dan pertimbangan baik MPK berkaitan hal ini.

"Janganlah pemasangan bendera yang banyak macam ni sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat sedangkan parlimen belum dibubarkan lagi. Jangan sampai nanti wujud persaingan tidak sihat di kalangan parti-parti politik di negeri ini," katanya lagi.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 20 Jan 2012 01:33 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Edaran Limau Sempena tahun baru Cina di DUN Behrang

Posted: 19 Jan 2012 07:39 PM PST

Tn Imam Kholili bersama Yee Ling berucap sesuatu...

Sedang mengedarkan limau mandarin..

Tn Imam, Hj Hamzah dan beberapa pimpinan sedang mengedarkan limau




Ceramah UMUM; Ustaz Idris Ahmad

Posted: 19 Jan 2012 09:35 AM PST

Ceramah Penerangan; Selamatkan FELDA

Posted: 19 Jan 2012 09:20 AM PST

Bersama

Tn Hj Aminuddin Zulkipli
(YDP PAS Kawasan Tg Malim)

Sdr Nasaie bin Ismail
(Setiausaha Akhbar Presiden Pas/ Exco Lajnah Tanah/ Exco ANAK)

Ustaz Fakrulrazi bin Mohd Mokhtar
(Exco Pemuda Pas Perak)

Sdr Junaidin bin Yusop
(Ketua Pemuda Pas Tg Malim/ Pengerusi ANAK Negeri Perak)

Pada:

24 Januari 2012 (Selasa)
9.00 Malam
Markas Pas Gugusan Felda Besout 01

Jom beramai-ramai kita hadir..

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Jan 2012 01:28 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Drs. Khalil Idham Lim : Duta Pen Digital Al Quran

Posted: 20 Jan 2012 07:34 AM PST


26 Safar 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 20 Jan :- Mulai hari ini Drs. Khalil Idham Lim dan blog Cina Islam akan menjadi Duta kepada Program jualan Digital Al Quran yang sedang hangat diperkatakan di pasaran Umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia.

Program ini bermula dengan pelancaran rasmi Website rasmi Pen Digital Al Quran . Ianya dapat dilayari pada http://digitalaq.blogspot.com/

Pelancaran pada hari ini cuma melibatkan sebuah model terkini yang menjadi pilihan ramai untuk pelbagai kegunaan termasuklah sebagai hantaran perkhawinan.

Berikutnya terdapat beberapa program yang berterusan termasuklah mencari pasaran keluar negara khususnya di Indonesia dalam masa yang terdekat.

Selain itu kami akan mengadakan promosi jualan terkini dengan 6 model terbaru dengan Pakej Istemewa yang akan dilancarkan tidak lebih sebulan dari sekarang.

Team blog Cina Islam semasa dihubungi menyatakan keyakinan kepada perlantikan tersebut disebabkan pengalaman selama 5 tahun Drs. Khalil berada di China iaitu Pengeluar Pen Digital Al Quran .

Dengan Program ini kami berkeyakinan untuk mensasarkan jualan sehingga mencecah sekurang-kurangnnya 1000 unit dalam bulan pertama jualan.

Pembacaan Al Quran & Muqaddam Melalui Pen Digital
ADA KELULUSAN KDN (KEMENTERIAN DALAM NEGERI)

MEMPUNYAI TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU. Sangat Sesuai Untuk :
  1. Semua umat Islam
  2. Semua peringkat umur
  3. Mudah digunakan dan dikendalikan
  4. Sesuai untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah
  1. Cara Penggunaan :
- Hanya dengan menyentuh ayat, pen akan membacakan ayat2 Al-Quran yang dibacakan oleh qari yang terkenal.

Spesifikasi Produk :
  1. Utmanic fond
  2. Boleh memilih qari
  3. Build in speaker dan earphone
  4. Pembacaan hanya dengan menyentuh ayat-ayat
  5. Pembacaan hanya dengan menyentuh Surah-Surah
  6. Repeat feature
  7. Forward & Rewind feature
  8. Terjemahan dalam Bahasa Melayu
  9. Pelbagai koleksi Doa Harian
Aksesori Lengkap Dalam Satu Kotak :

  1. Kitab Al Quran
  2. Muqaddam
  3. Pen Reader
  4. Earphone
  5. Set Charger/USB
  6. Kamus Perbualan Harian (14 Bahasa utama)
  7. Sahih Al Bukhari
  8. Kad Manual

Harga Promosi : RM500.00
BELI SATU PERCUMA SATU
Kos Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Kepada yang berminat memiliki naskhah Al-Quran bersama Pen Digital, sila hubungi saya
samada melalui EMAIL, SMS atau BERHUBUNG TERUS KE :

Email : digitalaq@yahoo.com.my
Hotline : 016 4951221
Fax : 05-7165382

MB: Pupuk Persaudaraan Dan Hormati Kepelbagaian

Posted: 20 Jan 2012 01:00 AM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 Jan: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina berharap rakyat berusaha lebih gigih untuk menambahbaik segenap aspek kehidupan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Abdul Khalid juga berkata sambutan Tahun Baharu Cina diharap akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia dan mengenali realiti kepelbagaian bagi membolehkan keunikan hidup bermasyarakat terpelihara.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina khususnya di Negeri Selangor, sempena Tahun Naga yang dikatakan membawa manfaat kepada semua.

"Semoga dengan itu kita semua akan dapat menikmati manfaat yang banyak, keunikan budaya kaum Cina ini mestilah dihormati sebagai sebahagian daripada ciri Malaysia," kata Abdul Khalid.

Sempena menyambut perayaan ini juga, Abdul Khalid mengingatkan rakyat agar memastikan aspek keselamatan ketika meninggalkan rumah atau semasa memandu pulang ke kampung.

Beliau juga menjemput rakyat untuk bersama dalam sambutan tahun baharu Cina peringkat negeri yang akan diadakan di Jalan Maxwell, Rawang pada 4 Februari 2012 ini bermula pada 6 petang sehingga 10 malam.

tv news/-

300 pesakit mental dirantai

Posted: 20 Jan 2012 12:50 AM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

DENPASAR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Bali mendedahkan seramai 300 pesakit mental diperlakukan seperti haiwan kerana masih dirantai oleh ahli keluarga mereka tanpa rasa belas kasihan.

Institut Kesihatan Mental Suryani turut menggesa pentadbiran wilayah tersebut untuk menggunakan pendekatan lebih berperikemanusiaan terhadap pesakit mental ke­rana kebanyakan daripada mereka tidak mendapat rawatan pada peringkat awal.

Setiausaha pertubuhan itu, Tjokorda Bagus Jaya Lesamana berkata, faktor bajet yang terhad menyebabkan mereka hanya dapat membantu 60 daripada 300 pesakit di seluruh pulau tersebut.

"Kebanyakan pesakit mental itu berumur 20 hingga 45 tahun. Ada juga yang dikurung dalam bilik berhampiran rumah keluarga mereka," katanya.

Laporan pertubuhan tersebut menunjukkan sekurang-kurangnya 7,000 penduduk di Bali mengalami masalah mental sehingga menyebabkan golongan itu mahu membunuh diri.

"Kami menggesa penubuhan kumpulan sokongan untuk membantu membebaskan pesakit mental ini kerana mereka berhak mendapat layanan lebih baik dengan mendapat bantuan dari ahli keluarga dan ketua masyarakat," katanya.

sinar harian/-

Negeri diminta tidak serah tanah kepada FGVH

Posted: 20 Jan 2012 12:45 AM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyeru kerajaan negeri tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang akan disenaraikan ke Bursa Malaysia April ini.

Melalui perjanjian itu, tanah Felda seluas 360,067 hektar di bawah kuasa kerajaan negeri akan dipajak selama 99 tahun kerana FGVH kekurangan aset bagi membolehkan penyenaraiannya.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, kerajaan negeri yang mempunyai Felda sudah menerima surat perjanjian tersebut untuk ditandatangi.

"Kita dimaklumkan, ketika ini surat telah dihantar kepada kerajaan negeri dan terserah kepada negeri untuk menandatanginya.

"Pajakan tanah ini akan menjejaskan aset peneroka sedangkan Felda terus mendapat keuntungan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Semua negeri kecuali Pulau Pinang mempunyai tanah Felda dan Pahang mempunyai tanah Felda paling luas iaitu sebanyak 143,584 hektar.

Sehubungan itu Mazlan berkata, Gerakan Selamatkan Felda (GSF) akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri bagi memberikan penerangan mengenai perjanjian tersebut.

Hujung bulan ini, Anak dan GSF akan mendedahkan semua isi kandungan perjanjian tersebut kepada peneroka supaya mereka menyedari bahaya yang menanti jika perjanjian itu diteruskan.

"Bayaran pajakan hanya pada kadar RM251 juta sahaja setahun sedangkan perolehan (Felda) ketika ini sekitar RM2 bilion dan tiada jaminan nilai pajakan boleh dipertahankan jika berlaku kejatuhan harga komoditi," kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu.

Selain turun menemui peneroka, Anak juga akan bertemu dengan menteri besar dan ketua menteri sendiri bagi membincangkan mengenai perjanjian tersebut sebelum ia ditandatangani.

Mengadap Sultan Pahang

Mengulas gesaan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar peneroka menyokong penyenaraian FGVH yang dikatakan bertujuan memperluaskan aktiviti perniagaan Felda, Mazlan menyifatkan ia sebagai agenda tersembunyi.

"Kita yakin kerajaan mempunyai agenda tersembunyi di sebalik penyenaraian ini dan peneroka akan menjadi mangsa.

"FGVH sudah banyak gagal dalam pelaburannya di luar negara, tapi masih diberi kepercayaan," katanya.

Beliau berkata, perbincangan sudah dibuat dengan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengadap Sultan Pahang berhubung isu ini.

"Kita akan mengadap Sultan Pahang supaya perjanjian ini sampai ke pengetahuan Tuanku dan langkah pencegahan boleh diambil," katanya.

harakahdaily/-

700 bekas tentera sertai Kerabat di P.Pinang

Posted: 20 Jan 2012 12:19 AM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 20 Jan: Seramai 700 orang bekas tentera mendaftarkan diri dengan Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) di Pulau Pinang setakat tahun 2011 kata, Pengerusinya, Saudara Azizan Salleh.

Ketika ditemui pada program penerangan Kerabat di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam beliau menambah, Kerabat kini sedang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini untuk menyampaikan penerangan betapa pentingnya bernaung di bawah Kerabat berbanding Persatuan Bekas Perajurit yang dilihat tidak mampu mengubah nasib ahli.

"Kerabat bakal menjadi penaung pada bekas tentera pula nampaknya sejak akhir-akhir ini apabila ramai yang membuat keputusan mendaftarkan diri. Sikap itu satu petanda yang baik, " katanya.

Hasil penerangan di Pongsu Seribu 23 orang bekas tentera datang mendaftar dan bersedia menjadi ahli yang aktif bagi membantu Kerabat di Pulau Pinang cuma sekadar memberikan mereka wang pencen.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertindak secara kolektif menyedarkan bekas tentera untuk bangun meneruskan penghidupan selepas bersara.

Lazimnya, pesara tentera dalam dilema apabila ingin bersara selepas memberikan perkhidmatan bertahun-tahun lamanya, ekoran bimbang bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

"Kenapa bekas tentera tidak mengambil peluang yang terbuka luas di depan mata kerana Kerabat bertekad membantu bekas tentera yang selama ini tidak terbela, " tegasnya.

Mereka yang masih dibelenggu pemikiran sempit katanya, tidak perlu bimbang kerana Kerabat akan bertindak dengan adil tidak mengira latar belakang politik bila memberikan bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Lagipun tentunya bekas perajurit tahu bahawa perjuangan dalam ATM bukan mengikut telunjuk orang politik sebaliknya akur di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.

Beliau sendiri sedih katanya, apabila melihat ada bekas perajurit terpaksa kerja jadi pengawal keselamatan atau kerja yang tidak sepatutnya.

"Tidak dinafikan memang ada yang bekerja sedemikian berbanding dulu dalam tentera mereka orang yang berpangkat.

Tetapi nak buat macam mana bila bersara pendapatan tidak setinggi mana. Ada yang lebih malang bila keluar tentera belum punyai rumah sendiri, " jelasnya.

harakahdaily/-

Tragedi Genting Sempah

Posted: 20 Jan 2012 12:00 AM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

BENTONG – Niat seorang penumpang bas ekspres berpindah tempat duduk dari belakang ke bahagian hadapan bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan petang semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Rizal Zaharon, 39 beralamat di Rumah Murah Peramu Jaya, Pekan menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak melibatkan sebuah bas ekspres dan lori treler membawa muatan kayu kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, bas dinaiki oleh 39 penumpang termasuk mangsa bersama seorang pemandu.

"Setibanya di tempat kejadian iaitu di kawasan menuruni bukit selepas terowong Genting Sempah, bas yang dipandu dipercayai terlanggar bahagian belakang lori treler itu.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang duduk di bahagian hadapan kiri tempat duduk penumpang tersepit," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Yusri berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

"Selain mangsa, sembilan lagi penumpang dan pemandu dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan akibat kecederaan ringan dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

"Kes kemalangan masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

sinar harian/-

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

Posted: 19 Jan 2012 11:30 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja'far, "Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, "Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: "Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka." (HR Bukhari)

Nabi bersabda, "Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya." (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

tazkirah/-

Wanita terkaya dihukum mati

Posted: 19 Jan 2012 11:12 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

Wu Ying diiringi dua anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah di Zhejiang atas tuduhan menipu. - AGENSI

SHANGHAI 19 Jan. - Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).

Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.

"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.

Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.

Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.

Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.

Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP

NFC: PKR Tak Akan Tutup Mulut

Posted: 19 Jan 2012 11:06 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berdiam diri malah akan terus memperhebatkan kempen pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC)walaupun menerima injunksi mahkamah agar tidak terus memperkatakan isu tersebut buat masa ini.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, sebagai seorang wakil rakyat, beliau tidak gentar untuk terus memperjuangkan isu NFC sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat.

"Shahrizat tidak berhak menghalang kami untuk bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan isu rakyat. Demi rakyat saya akan terus bersuara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Shahrizat juga memohon perintah injuksi bagi menghalang Zuraida dan Mohd Rafizi daripada terus membuat sebarang pernyataan atau kenyataan secara bertulis terhadapnya dan NFC atau syarikat-syarikat bersekutunya.

Bagaimanapun Zuraida menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang pendedahan baru berhubung skandal NFC walaupun mengakui masih mempunyai pelbagai maklumat mengenainya.

"Selepas terkeluarnya berita saman RM100 juta ini, ramai yang menawarkan diri untuk memberi maklumat-maklumat baru yang luar dari rekod kami.

"Kita akan kumpul, kita ada maklumat baru. Tapi kita akan simpan dan akan keluarkan di mahkamah nanti," katanya.

Dalam pada itu Zuraida memberitahu bahawa beliau dan Mohd Rafizi akan diwakili barisan peguam PKR yang antaranya terdiri daripada Naib Presiden PKR, N. Surendran dan R. Sivarasa. mStar/-

Lawatan PM: Penduduk Kg Baru tunggu kehadiran Najib

Posted: 19 Jan 2012 10:50 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS Wilayah Persekutuan mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turun melawat ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, tidak hanya menabur janji kosong buat rakyat.

Ketua Penerangannya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, paling dinanti adalah kehadiran perdana menteri di Kampung Baru bagi mendengar bantahan penduduk terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUUPPKB).

"Jika Menteri Besar Selangor sanggup turun dan bersemuka dengan rakyat dengan usaha membantu penduduk, apakah PM pula berani mendengar pertikaian penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang diluluskan oleh kabinetnya.

"Apakah PM sanggup membaca sendiri sepanduk dan kain rentang yang membantah tindakan kerajaan meluluskan RUU tersebut," soalnya.

Selain itu, PAS Wilayah Persekutuan katanya mahu lawatan perdana menteri itu menginsafkan dirinya betapa kehidupan sebahagian warga KL tertinggal jauh dari arus kemodenan dan memisahkan jauh antara mereka dengan golongan berada.

Turup diharap katanya, agar Najib sedar bahawa betapa penting melantik pemimpin yang berwibawa menjaga rakyat dan bukannya di kalangan mereka yang berusaha menggadai hak rakyat khususnya di Kampung Baru.

"Mungkinlah lawatan ini menjadikan PM lebih prihatin dengan masalah rakyat disamping bertegas untuk membanteras segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang sedang membarah di dalam parti dan pemimpin kanannya seperti yang didakwa ramai hari ini.

"PM perlu jadikan lawatan ini untuk mengajar beliau supaya melantik pemimpin-pemimpin bawahannya yang benar-benar membela rakyat dan mengerti kesusahan mereka, bukan mengkayakan diri mereka sendiri," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan untuk melakukan penambahbaikan terhadap Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) di Kampung Baru bagi menjaga kepentingan penduduk tersebut.

Antaranya ialah dengan membuka keanggotaan MAS kepada pelbagai kelompok masyarakat dan kumpulan profesional supaya ia lebih berkesan dalam memastikan kepentingan pemilik tanah dapat dipertahan.

Hari ini pula Najib memulakan lawatan kerjanya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kunjungan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Selepas itu beliau dijangka melawat Kampung Puah Lembah di Jalan Gombak dan akan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama penduduk di situ bersolat Jumaat di Masjid Az-Zubair.

Selepas itu, beliau akan menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat di Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak, sebelum meneruskan program lawatannya ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di Lembah Pantai pada petang.

harakahdaily/-

Jangan sekongkol dengan Amerika Syarikat: Ali Akbar

Posted: 19 Jan 2012 10:40 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

ANKARA: Menteri Luar Iran semalam memberi amaran kepada negara jiran Arabnya supaya tidak menempatkan diri mereka dalam 'kedudukan berbahaya' dengan bersekutu dengan Washington berhubung sengketa mengenai aktiviti nuklearnya.

Iran mengancam menutup Selat Hormuz jika tindakan Barat mengharamkan eksport minyak mentahnya melumpuhkan sektor tenaganya.

Teheran yang menyangkal dakwaan kononnya ia berusaha menghasilkan senjata nuklear, berang apabil Arab Saudi, berkata, ia mungkin menambah pengeluaran minyak untuk pelanggan penting jika perlu, jika eksport minyak Iran dikenakan sekatan.

"Kami inginkan keamanan di rantau ini. Tetapi beberapa negara jiran, mahu diarah oleh negara lain yang terletak sejauh 12,000 batu dari rantau ini," kata Menteri Luar, Ali Akbar Salehi ketika melawat Turki. - AP

Siapa Yahudi!! Penceroboh atau pembela tanah rakyat?

Posted: 19 Jan 2012 10:30 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

- Delegasi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dicaci pegawai i-SHARP
SETIU - "Pelik Tapi orang yang ingin membantu serta mempertahankan tanah-tanah rakyat miskin yang 'dirampas' menjadi sasaran cacian pihak yang sebenarnya boleh disifatkan sebagai "PENCEROBOH" terhormat.

Delegasi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar dilabelkan sebagai "Yahudi" hanya kerana kononnya kesalahan memasuki kawasan projek ternakan udang yang dikenali Taman Akuakultur Undang Bersepadu (i-SHARP) tanpa kebenaran pihak berkenaan.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 tengahari Khams 19 Januari, setelah delegasi lajnah tersebut selesai membuat tinjauan turun 'padang' menemui para petani dan penduduk yang tanahnya dirampas oleh kerajaan BN Terengganu.

Lokasi tinjauannya sekitar Kampung RTB Kubang Labi, Kampung Nyatoh serta beberapa tempat yang terbabit dengan projek berkenaan.
Ketika rombongan yang diketuai oleh Encik Zul (Zulkefly) bersama hampir 15 orang ahli memasuki kawasan tapak projek i-SHARP, telah 'dihalang' oleh seorang kakitangan yang bertanggungjawab menjaga projek tersebut.

Katanya, pihak luar tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak pengurusan syarikat.
Beliau menyergah ketua delegasi dan ahlinya dengan nada suara yang tinggi serta menyifatkan sebagai "YAHUDI" kerana masuk tanpa kebenaran.

"Kamu semua ini siapa..? masuk tanpa kebenaran macam orang 'YAHUDI'," sergahnya dengan nada marah.

Menurutnya, sesiapa pun tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali para pekerja terbabit sahaja.

Suasana agak tegang seketika apabila pihak delegasi PAS memperkenalkan diri serta meminta pegawai berkenaan memohon maaf dan menarik balik perkataan "YAHUDI" yang dilabelkan itu.

Sehubungan itu, Encik Zulkefly menjelaskan bahawa rombongannya adalah dari Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bagi membuat tinjauan serta melihat tapak projek i-SHARP.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan tentang kesan buruk yang dihadapi oleh penduduk akibat dari kewujudan projek kolam udang tersebut.
Menurutnya, pihak PAS dan rakyat secara umum tidak menentang sebarang bentuk projek pembangunan tetapi tidak mahu 'mengundang' 1001 masalah.

"Kami dari rombongan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, masuk ke sini (tapak projek) untuk melihat sendiri keadaan kolam udang dan persekitarannya.

"Kami masuk pun tidak ada 'sekatan' atau 'halangan' dari mana-mana pengawal sekuriti dan apa salahnya.

"Penduduk mengadu dan mereka hadapi masalah sejak projek ini dimulakan dengan kesan banjir dan sebagainya. Itu yang kami hendak tengok (tinjau) di sini," jelasnya kepada pegawai terbabit.

Sejurus selepas itu, masing-masing mengambil gambar (video dibawah) antara satu sama lain dalam usaha menghalang delegasi alam sekitar PAS berada lebih lama di lokasi kejadian tersebut.

Selepas kurang 10 minit, delegasi yang diketuai oleh Encik Zulkefly mula beredar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku antara kedua belah pihak.

buletin online/-

Penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 19 Jan 2012 10:25 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

Sekembali saya ke tanah air setelah berada di Saudi Arabia selama 16 hari, maka saya dapati beberapa perkembangan menarik sedang berlaku.

Oleh itu, saya ingin mengupas secara ringkas beberapa perkara yang saya akan mulakan dengan penstrukturan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pelantikan Dr Yunus mengemparkan ramai, termasuklah yang sudah pasti, Dr Yunus sendiri. Apabila ianya berlaku maka mula sibuklah pencacai UMNO yang telah terdiam terkedu setelah DSAI didapati tidak bersalah. Tiba-tiba ada isu, walaupun remeh dan kecil, yang memberi nafas baru kepada mereka untuk terus hidup.

Maka mulalah mereka menghasut setelah terbukti hasutan sebelum ini berhasil, supaya Dr Rani juga bertindak sepertimana sebelum beliau. "Tidak patut", kata mereka, "Dr Rani PJ dan sepatutnya dialah yang dilantik menjadi Exco".

Namun begitu, hasutan tukang hasut tidak berkesan ke atas manusia yang berjuang tanpa memikirkan jawatan atau pangkat. Atas sikap tidak peduli Dr Rani dalam soal hasutan ini, saya mengucapkan tahniah.

Jelas terbukti bahawa dakwaan beliau gilakan jawatan serta menjatuhkan mantan PJ kerana inginkan jawatanan Exco adalah tidak berasas dan amat meleset sama sekali.

Setiap individu di dalam PAS seharusnya mempunyai sifat tidak merajuk apabila tidak dipilih atau dilantik memegang sesuatu jawatan.

Malahan individu tersebut akan merasa lega apabila dilepaskan dari dipilih untuk menjawat sesuatu jawatan kerana dia faham bahawa jawatan itu adalah tanggung jawab dan amanah yang berat. Ianya bukan hadiah atau 'ghanimah'. Ianya bukan pengiktirafan atau penghormatan, ianya adalah amanah.

Kita tidak lari dari tanggung jawab, tetapi kita tidak juga mencari-carinya sehingga menjadikan sesuatu jawatan itu sebagai impian hati dan matlamat perjuangan hidup.

Orang yang dikuasai keinginan jawatan akan dirosakkan oleh keinginan itu sendiri sehingga apabila ianya terlepas dari tangannya atau kelihatan semakin jauh darinya maka dia mula berhempas-pulas ketidak tentuan.

Segala yang dikatakan betul selama ini menjadi salah, segala rakan menjadi lawan sehingga; segala segala yang dimuntahkan sanggup dijilat balik.

Maka bermulalah dia mengorak langkah melalui 'pendekatan baru' untuk mendapatkan jawatan tersebut tanpa menghiraukan segala yang telah dikatakan dan diikrarkan sebelum ini, termasuklah yang dibaiahkan selama ini.

Alhamdulillah Dr Rani, tidak bersifat sebegitu. Beliau hadir pada majlis pelantikan Exco baru dan apabila ditanya, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Dr Yunus.
Sememangnya sebelum ini pun Dr Rani pernah menzahirkan kekhuatiran beliau terhadap persoalan menjawat jawatan PJ dan Exco, dalam suasana di ambang pilihan raya, dikhuatiri dirinya tidak termampu.

Maka akhirnya apa yang telah terjadi diterima dengan hati terbuka, sebagai penentuan Allah yang terbaik bukan sahaja bagi dirinya, tetapi bagi jemaah.

Ada pula yang dari golongan yang agak jahil menyatakan bahawa perlantikan Dr Yunus sebagai Exco Belia dan Adat Melayu adalah sesuatu yang memalukan PAS.
"Tidakkah PAS parti Islam," tanya mereka, "mengapa tidak diberikan portfolio Exco Agama seperti dulu?"

Bagi mereka ini Islam adalah apa yang terkandung di dalam kerangka Jabatan Agama Islam. Tiada Islam dalam urusan Belia atau Adat Istiadat orang Melayu. Itulah apa yang disebut sebagai fahaman sekular.

Bagi PAS, Islam releven di dalam semua portfolio, termasuklah belia. Memandangkan pengundi Selangor adalah majoritinya di bawah umur 40 tahun, maka portfolio ini amat berharga bagi PAS. Masa inilah PAS perlu menarik sokongan golongan muda dengan membuktikan "orang muda geng kita".

Dari sudut praktikalnya, dalam tempoh 2 ke 3 bulan sebelum pilihan raya, lebih mudah diserahkan kepada Exco baru portfolio yang sedang dia jaga selama ini, walaupun bukan sebagai Exco pada ketika itu.

Dr Yunus salah seorang yang membantu MB menjaga portfolio belia dan sukan sebelum ini. Ianya tindakan yang praktikal bagi menjamin kesinambungan tugas serta kelicinan peralihan jawatan yang sedang dilalui secara mendesak dan di ambang pilihan raya.

Adalah agak sukar bagi Exco baru menguasai portfolio baru dalam suasana sebegini. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya portfolio Exco Agama kerana sekarang ini JAIS dan MAIS ingin dijadikan bagaikan lubuk UMNO dan BN.
Ianya medan pertahanan terakhir mereka dan mereka ingin menggunakannya sehabis-habisnya untuk menggagalkan usaha PR mengekalkan kerajaannya di Selangor.

Tindakan mengekalkan mantan PJ PAS Selangor sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, walaupun saya tahu ada yang mereka tidak begitu suka pada dirinya, jelas menunjukkan niat jahat mereka.

Dalam suasana yang 'hostile' sebegini, seorang Exco baru akan dihadapkan dengan bermacam-macam masalah. Jenis UMNO bukan faham soal menghormati keputusan rakyat. Mereka akan jadikan tempoh 3 bulan pertama satu tempoh yang sukar bagi Exco baru seperti Dr Yunus.

Oleh itu, memandangkan tempohnya singkat dan perjalanannya penuh dengan cabaran, maka adalah lebih baik MB sendiri yang memegangnya. Baru bertemu buku dengan ruas.

Ada pula yang berkata, "apa MB tahu pasal syariat Islam?" Jawab saya, "Exco Agama ini perlu keluarkan fatwakah?" Lagipun, bagi saya, beliau adalah jauh lebih baik dari Rahman Palil yang boleh duduk bersekongkol dengan Khir Toyo serta UMNO dan BN.

Mungkin juga lebih baik fahamannya berbanding mantan Exco yang mungkin hanya sekadar bersemangat dan bermotivasi tinggi sahaja tetapi sekarang sudah cukup jelas kefahamannya agak terencat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Zuraida dakwa Shahrizat terdesak

Posted: 19 Jan 2012 10:20 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA- Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kian terdesak sehingga terpaksa memfailkan saman RM100 juta terhadapnya dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau tidak gentar dengan tindakan saman itu dan akan terus menggiatkan usaha melakukan jelajah kempen pendedahan mengenai isu NFC.

"Permohonan perintah injuksi beliau bagi menghalang saya dan Rafizi daripada membuat sebarang kenyataan lisan atau bertulis terhadapnya berkaitan NFC atau syarikat bersekutunya jelas menunjukkan beliau kini sedang tertekan dan terdesak.

"Beliau tidak berhak halang kami bersuara. Selaku Ahli Parlimen saya berhak membela dan memperjuangkan nasib rakyat sama ada di dalam atau diluar Dewan Rakyat. Demi rakyat, saya akan terus bersuara!," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi ini.

sinar harian/-

Apa makna jawatan kalau wang zakat disalahguna?

Posted: 19 Jan 2012 08:30 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: "Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?"

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

"Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan.

"Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti," tambah beliau.

harakahdaily/-

Gabenor Texas tarik diri tanding pilihan raya Presiden AS

Posted: 19 Jan 2012 08:00 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 20 Jan. – Gabenor Texas, Rick Perry semalam menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat dan menyokong bekas speaker Parlimen, Newt Gingrich untuk pencalonan dari Parti Republikan.

Kempen yang dijalankan Perry sebelum ini dilihat hambar tetapi sokongannya kepada Gingrich dapat merangsang semangat untuk mengatasi seorang lagi calon Republikan, Mitt Romney yang bertanding di kawasan penting di South Carolina.

Empat lagi calon yang tinggal iaitu Gingrich, Romney, Rick Santorum dan Raul Paul bakal meneruskan saingan dalam pilihan raya itu yang diadakan pada Sabtu ini. – AFP

Impak negatif i-SHARP semakin membimbangkan

Posted: 19 Jan 2012 07:40 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

Umno khianat kepada rakyat,sengaja 'tidak meneruskan'tanah TOL Kubang Labi
SETIU – Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata impak negatif kesan perlaksanaan fasa 1 Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) semakin membimbangkan.

Menurutnya, pemusnahan sumber ekonomi rakyat dan pemusnahan alam sekitar sedang berkembang, sebagaimana amaran awal yang telah dikeluarkan.

Kesan menyeluruh yang amat mengejutkan, katanya, adalah banjir yang telah melanda 14 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri baru-baru ini.

"Amat mengejutkan, kita tidak menduga tentang 'malapetaka' buatan manusia, jalan serta kolam yang dibina menjadi empangan, menyekat aliran air, menyebabkan banjir melanda sehingga ke Hulu Setiu,

"dulu walaupun banjir tidak menyeluruh dan sekejap, ia pulih apabila air mengalir ke dalam sungai menerusi kawasan tadahan hutan gelam, sekarang hutan itu sudah tidak ada,"jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan dialog dengan penduduk Kampung Penarek disini, semalam, Khamis 19 Januari.

[Gambar - Dr Azman paling kiri, di sebelah krinya Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Haji Zulkefly Omar ketika melawat tanah RTB Kubang Labi yang telah dimusnahkan kerana membangunkan kolam udang]

Menurutnya, pertemuan dengan penduduk sekitar projek i-SHARP juga mendedahkan niat jahat Umno dan Barisan Nasional terhadap orang Melayu, rakyat Setiu yang telah diberikan tanah tersebut sebagai Rancangan tabah Berkelompok (Pertanian) pada tahun 2000 oleh kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, beliau dimaklumkan peracangan awal i-SHARP, tidak memasukkan RTB Kubang Labi tidak ke dalam kawasan perlaksanaaan projek.

Namun menurutnya, setelah wakil rakyat Umno mengetahui ia termasuk kawasan yang akan dijadikan kolam udang, mereka tidak mahu menggantikan dengan kawasan lain, dan sengaja tidak meneruskan status 'TOL' tanah itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, para nelayan juga kini gelisah dan bimbang, apabila projek kolam udang itu dilaporkan melepaskan air buangan pada 26 Disember tahun lalu ke dalam sungai Penarek.

"Mereka (para nelayan) melahirkan kebimbangan, air buangan yang 'bertoksid' dilaporkan telah dilepaskan ke dalam sungai Penarek,

"kesan pelepasan air tersebt kini, menurut para nelayan menyebabkan udang dan beberapa spesis ikan semakin kurang,"jelasnya,

Turut hadir dan berucap dalam pertemuan dan dialog dengan penduduk sekitar projek i-SHARP adalah Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (LPAS), Haji Zulkefly Mohd Omar.

Delegasi LPAS dalam rangka lawatan kerja selama 3 hari bermula semalam bagi membuat siasatan kemusnahan alam sekitar dalam perlaksanaan beberapa projek kerajaan Umno Terengganu termasuk i-SHARP dan pulau bebas cukai, di tasik Kenyir.

buletin online/-

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

Posted: 19 Jan 2012 07:30 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

Hak kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja di Malaysia ini seharusnya dikaji semula untuk mengelakkan ketidaksefahaman diantara para pekerja dan para majikan. Justeru itu Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998 haruslah disemak semula selaras dengan perkembangan dunia semasa. Media juga harus memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada semua pihak dalam isu ini.

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

Utusan Malaysia , 18 Jan 2012

SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang.

Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu.

Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini.

Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT.

Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam.

Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA

Taiping, Perak

Adakah sekat royalti prinsip wasatiyyah Umno?

Posted: 19 Jan 2012 07:25 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Umno diseru agar tidak mencemarkan kefahaman kesederhanaan di dalam Islam dengan perlaksanaan yang songsang.

Konsep kesederhanaan di dalam Islam adalah satu prinsip yang mulia dan ianya tidak boleh dieksploitasikan mengikut kehendak pemerintah.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din sebagai mengulas perkembangan terkini yang seolah-olah Umno BN memperjuangkan dan menjuarai prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam Islam.

Menurut beliau, Umno jangan hanya pandai bercakap tetapi perlaksanaannya jauh berbeza daripada apa yang diungkapkan oleh mereka bahkan bertentangan sama sekali.

"Kita ingin bertanya kepada Umno yang memerintah negara ini, adakah menyekat royalti Kelantan juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno?" soalnya.

Beliau juga mempersoalkan adakah menarik semula royalti kerajaan negeri Terengganu sewaktu ianya diperintah oleh PAS juga satu ajaran kesederhanaan dalam Umno sedangkan kedua-dua negeri itu ditadbir dua orang Tok Guru yang amat disegani.

Katanya, adakah mengenakan kekangan kebebasan juga adalah ajaran wasatiyyah Umno dan adakah tidak mendengar dan tidak bertindak terhadap rungutan rakyat berkenaan ketelusan pentadbiran juga termasuk dalam ajaran kesederhanaan Umno.

"Kalau inilah yang maksudkan dengan ajaran kesederhanaan dalam Umno, kita bimbang persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam akan tercemar dan orang Islam sendiri akan keliru," tegas beliau.

Beliau yakin dan percaya bahawa seluruh rakyat Malaysia telah sedar bahawa itu adalah tipu daya Umno untuk meraih sokongan rakyat Malaysia ketika parti itu sedang bertarung dengan 'nyawanya' sekarang menjelang pilihanraya PRU yang akan datang.

"Kita berharap Umno tidak termasuk di dalam ungkapan kalimatul haq turodu biha al-batil" yang bermaksud kata-kata yang benar tetapi disebaliknya terselindung kebatilan dan kejahatan," ulas beliau lagi.

harakahdaily/-

Logo halal swasta kena tanggal

Posted: 19 Jan 2012 07:15 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

SEORANG pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf Jakimdi Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.

SEREMBAN - Sebanyak lima buah premis makanan di sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini semalam diarah menanggalkan logo halal kerana tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Arahan tersebut dikeluarkan selepas premis berkenaan diperiksa sepasukan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, dalam pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, premis makanan tersebut didapati menggunakan logo halal swasta dan tidak diiktiraf oleh Jakim.

Katanya, pihaknya juga telah mengeluarkan notis amaran dan meminta pengusaha terbabit supaya tidak lagi menggunakan logo halal terbabit.

kosmo/-

Mengapa Hutan Simpan Kekal Kemasul boleh diceroboh?

Posted: 19 Jan 2012 07:00 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

BENTONG, 20 Jan: Kerajaan Negeri Pahang digesa mendedahkan bagaimana boleh meluluskan lesen pengeluaran balak di Hutan Simpan Kekal Kemasul dekat sini sedangkan ia berstatus kawasan tadahan juga sumber air bagi daerah ini dan Bera.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata rakyat perlu tahu bagaimana khazanah alam itu boleh dimusnahkan dengan rakus sedangkan kesannya boleh menjadi malapetaka besar kepada generasi akan datang

"Berdasarkan aktiviti penggondolan yang boleh disaksikan dengan jelas, mustahil pihak berkuasa tidak tahu. Memang ada diletakkan nombor lesen kelulusan iaitu proses untuk menghalalkan pembalakan tapi siapa pula yang meluluskannya?

"Justeru PAS Pahang berharap Jabatan Hutan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah dan Daerah Bentong tidak memejamkan mata terhadap aktiviti pembalakan dan penggondolan yang begitu rancak pada masa ini, sebelum berlaku malapetaka akibat kerakusan," katanya ketika melawat sendiri kawasan berkenaan.

Turut mengiringi ialah Yang Dipertua PAS Bentong, Abdul Hamid Bahatim.

Balak-balak yang sudah ditebang dilonggokkan di tepi jalan utama dari Felda Kemasul ke Simpang Pelangai menghala ke jalan keluar menuju Karak dan Kuala Pilah di mana dapat disaksikan dengan jelas kawasan hutan yang telah digondolkan.

Sementara kebanyakan balak yang ditebang didapati bersaiz kecil, yang sepatutnya tidak dimusnahkan begitu awal.

Roslan berkata, lebih mendukacitakan kawasan tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai yang diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tetapi yang peliknya tersergam papan tanda Hutan Simpan Kekal di situ.

"Kami mendapat aduan aktiviti pembalakan sudah berjalan kira-kira dua bulan dan lori yang membawa kayu balak keluar mengikut jalan kampung Chemomoi dan Felda Bukit Mendi termasuk pada waktu malam.

"Di sini terdapat Sungai Pertang dan Sungai Triang. Sejak beberapa bulan lalu penduduk telah mengadu air begitu keruh akibat pembalakan di kawasan ulunya.

"Namun yang lebih ditakuti ialah akan berlaku krisis bekalan air di sini, seperti yang berlaku kepada empangan Sungai Langat akibat aktiviti yang sama," katanya.

Justeru bagi pihak PAS Pahang Roslan mahu pihak berkuasa diminta bertindak segera sebelum terlambat atau kehidupan generasi akan datang terus terancam menghadapi kepupusan sumber air.

harakahdaily/-

Kena samun ketika solat

Posted: 19 Jan 2012 06:50 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.

"Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

"Dalam keadaan kesakitan, lelaki yang tidak mengenakan topeng muka itu memberikan amaran supaya tidak menjerit sambil mengambil barang kemas dan wang sebelum melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Halim Mat Jelani

Aminah yang masih trauma akan kejadian itu, mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan bibir serta menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Adik Aminah turut ditumbuk

Kejadian malang yang menimpa Aminah turut dialami adiknya, Aisyah Awang, 63, yang tinggal serumah.

Aisyah berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana sedang solat Subuh di bilik bersebelahan kakaknya.

Jelasnya, setelah selesai solat, secara tiba-tiba, dia ditumbuk di bahagian muka oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut mengenakan seluar dalam berwarna kuning sambil mengacukan parang di lehernya.

"Takut dicederakan lebih teruk, makcik menyerahkan barang kemas dan duit kepada lelaki seperti mana diminta, pada masa yang sama makcik terdengar jeritan kakak meminta tolong.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas dan saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH supaya keselamatan kami adik-beradik selamat," katanya.

Kata Aisyah, kedua-dua lelaki berkenaan sempat mengunci kembali pintu rumahnya sebelum melarikan diri.

"Kedua-dua lelaki itu sempat mengunci kembali pintu sebelum anak saudara kami, Nazri Zakaria, 43, datang untuk mengambil umpan itik yang disimpan di rumah kira-kira jam 6.50 pagi tadi (semalam), "katanya.

Aisyah berkata, anak saudaranya mereka terus membawa kedua-dua warga emas itu ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sebaik sahaja menyedari ibu saudaranya disamun serta dicederakan.

"Kejadian awal pagi tadi (semalam) menakutkan malahan kami adik-beradik masih trauma akibat kejadian itu.

"Mungkin dalam tempoh tertentu kami akan berada di rumah saudara kerana bimbang kejadian itu akan berulang kembali," katanya.

Dua lelaki diburu

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superitendan Mohamad Zaki Harun ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan membuat laporan di IPD Hilir Perak, kira-kira jam 1 petang, semalam.

Jelasnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu dan anggaran kerugian yang dialami warga emas berkenaan kira-kira RM2,500.

"Kes disiasat di bawah Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan usaha mencari suspek sedang giat dijalankan oleh pihak kami," katanya.

Kejadian malang yang dialami dua warga emas berkenaan mendapat perhatian Ketua Kampung Permatang, Abdul Halim Abdul Rashid, 50.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan berharap

permohonan kampung tersebut memasang lampu jalan dapat diluluskan dengan segera.

Menurutnya, keadaan beberapa jalan di kawasannya gelap pada waktu malam menyebabkan rumah penduduk berhampiran laluan berkenaan menjadi sasaran penjenayah.

"Kami sering mengadakan rondaan pada setiap malam, tetapi tidak menyangka penjenayah akan bertindak pada awal pagi.

"Mungkin selepas ini saya akan memastikan rondaan akan dijalankan lebih kerap supaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali," katanya.

sinar harian/-

Fenomena Rosmah telah membarah , liabiliti buat umno

Posted: 19 Jan 2012 06:47 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA

Fenomena "penjimatan" oleh Rosmah telah mencetus suasana baru politik tanah air, memandangkan beliau (Rosmah Mansur) merupakan isteri kepada Perdana Menteri, maka atas nama itu isu ini telah menjadikannya sebagai tarikan luar biasa sehingga muncul aplikasi permainan telefon pintar yang mirip kisah Rosmah dengan cara belanjanya.

Saya lihat isu salahguna wang kerajaan ini telah tersebar luas, tidak cukup dengan cincin yang dikatakan dimiliki oleh Rosmah Mansur, ditambah pula lagi dengan koleksi bag tangan berjenama yang menjadi miliknya, maklumat sebegini amat luar biasa berbanding isteri-isteri PM sebelum Najib Razak.

Gaya serta minat berbelanja mewah dan melampau seperti yang dipamerkan oleh DS Rosmah telah memberi inspirasi kepada penghasilan aslikasi permainan telefon pintar yang diberi nama AKU JIMAT, pengguna boleh muat turun dan pasang di iphone serta android.

Pengguna yang bermain dengan aplikasi ini pasti boleh kenal pasti apakah item yang mahu dibeli dengan wang yang disimpan sejak kecil, jika kita lihat, senarai barangan yang boleh dibeli dalam aplisaksi ini adalah aksesori yang ada dalam senarai koleksi produk berjenama mahal milik Rosmah.

Situasi Umno nampaknya semakin genting dengan perkembangan ini, manakan tidaknya, isteri Presiden Parti sendiri merupakan liabiliti terhadap Umno-BN, dalam masa sama para ahlinya masing-masing membuat pendekatan "yes sir" dan tidak berani kemuka usul itu yang bercanggah dengan kehendak Presiden.

Aplikasi permainan ini tidaklah khusus direka sempena nama DS Rosmah, tetapi saya yakin ahli Umno dan Rosmah khususnya jika pandang cermin pasti nampak siapakah watak sebenar dalam permainan AKU JIMAT.

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar,20 Januari 2012.

Awas! Gula-Gula Daripada Gelatin Babi

Posted: 19 Jan 2012 06:40 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.

Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

"Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

"Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

"Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

"Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal," katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

"Lebih mengecewakan mungkin ada pihak yang sengaja menipu fakta kandungan atau langsung tidak meletakkannya untuk menipu orang ramai," katanya.

Mengulas hal itu, Pengurus Pemasaran Kumpulan Halagel (M) Sdn Bhd, Muhammad Azhar Abdullah, 33, berkata kebimbangan orang ramai terhadap gula-gula diperbuat daripada gelatin babi berasas berikutan sumber gelatin babi (porcine) lebih murah dan menjadi pilihan utama pengilang gula-gula di luar negara, terutama di China.

Menurutnya, gelatin digunakan sebagai ejen penstabil, penebal, pembuih, pelekat dan pengikat.

Malah, boleh dikatakan tanpa penggunaan bahan ini, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

"Melalui pengalaman lebih 10 tahun, kebanyakan jenis gelatin yang digunakan pengusaha makanan ringan di luar negara diperbuat daripada najis mughallazah seperti tulang dan lemak babi atau lemak lembu yang tidak disembelih mengikut syariat Islam.

"Hanya segelintir pengilang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan gelatin bovine (lembu, kerbau atau kambing) selain gelatin tumbuh-tumbuhan (pectin) untuk dijadikan bahan asas gula-gula," katanya.

Namun menurutnya, tidak semua gelatin bovine benar-benar halal berikutan sumber ternakan seperti lembu atau kambing digunakan dibimbangi tidak disembelih mengikut hukum syarak.

"Melalui lawatan ke kilang menghasilkan gelatin di China sebelum ini, 70 hingga 80 peratus syarikat di sana mengeluarkan gelatin porcine. Malah ada syarikat yang menghasilkan gelatin porcine dan bovine dalam kilang sama.

"Keadaan ini menyebabkan syarikat kami mengimport gelatin halal dari Pakistan yang lebih diyakini berikutan sumber binatang halal disembelih," katanya yang amat meragui gula-gula getah dari China kerana kebanyakan pengilangnya mendapatkan sumber daripada pengusaha gelatin tempatan.

Selain itu, kata Azhar, dia meragui gelatin dalam bentuk blok yang kerap digunakan syarikat menghasilkan kek.

"Mengikut maklumat, gelatin blok berwarna putih jernih adalah dihasilkan daripada sumber babi manakala gelatin berwarna kuning dihasilkan daripada lembu atau kambing," katanya.

Azhar berkata, masalah berhubung produk yang haram dimakan dapat diatasi jika masyarakat lebih peka dan hanya memilih produk yang mempunyai logo halal Jakim.

Kami telah menghubungi PIHAK JAKIM melalui portal Islam GRID, ini adalah jawapannya:

Soalan

Assalamualaikum. saya ingin bertanyakan soalan tentang status kehalalan GULA-GULA JELI . menurut artikel di dalam harian metro 14 November 2007 jika saya tidak tersilap, ada mengatakan bahawaw gula-gula jeli mengandungi gelatin babi. Benarkah harap mendapat maklumbalas secepat mungkin.. terima kasih..

Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah

Mana-mana produk makanan yang dibeli perlu terlebih dahulu dipastikan status kehalalannya. Jika produk tersebut sudah mendapat pengesahan sijil dari Jakim atau jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri atau mana-mana badan dari luar negara yang telah mendapat pengiktirafan dari Jakim ianya halal, maka ia sudah terjamin status halalnya maka ia dibenarkan oleh syarak untuk dimakan.

Berkenaan status gula-gula jeli tersebut, mohon dikemukakan nama/jenama gula-gula tersebut di laman web halal Jakim bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan produk tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal http://www.halal.gov.my/index.php.sila klik pada pengguna kemudian klik pada direktori dan pilih produk.

wallahua'lam

Harian Metro

Penyakit Dengki

Posted: 19 Jan 2012 06:31 PM PST

26 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Jauhilah dengki karena sesungguhnya dengki itu membakar kebaikan seperti halnya api memakan kayu bakar" (HR. Abu Dawud).

Harus diakui memang, ada di antara manusia yang merasa senang melihat orang lain susah dan susah melihat orang senang. Inilah di antara penyakit hati yang dapat menimpa siapa saja, meskipun orang-orang yang berbadan sehat. Bahkan penyakit ini bisa diderita menahun, apalagi bila tidak dicek dan terus-menerus diobati. Dan membiarkan sesuatu penyakit, tak terkecuali penyakit hati, akan menambah tingkat keparahannya sekaligus merusak bagian-bagian (kepemilikan manusia) yang lain.

Di antara bagian yang akan dirusak, menurut Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, adalah kebaikan-kebaikan yang dimiliki penderitanya. Kebaikan yang dilakukan bertahun-tahun, dan bahkan kadangkala harus berjaga hingga larut malam, hilang sia-sia. Apa jadinya bila penyakit ini dibiarkan berjangkit sepanjang hayat manusia, maka akan sia-sia lah hidup ini. Saat-saat penting, seperti saat meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya, tak ada kebaikan yang dibawa, sedangkan kejahatan menumpuk.

Padahal Allah telah mengingatkan agar hamba-hambaNya senantiasa memikirkan kebaikan-kebaikan yang akan dibawa menuju kehidupan yang abadi. FirmanNya, "Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang dipersiapkannya untuk hari esok" (QS. Al Hasyr: 18). Tentunya, memikirkan hari esok tak akan mungkin kalau tidak memanfaatkan hari ini. Giat mencari pahala dengan beribadah dan berbuat baik hari ini adalah penting, tetapi mengelola atau menjaganya agar tidak hilang jauh lebih penting. Di antaranya adalah dengan menjaga hati agar tidak digerogoti penyakit dengki.

Serambi/-

Peghelih La...

Posted: 19 Jan 2012 11:34 PM PST

Peghelih La...


Pemuda PAS bantah pemasangan bendera BN di Klinik Kesihatan Beseri

Posted: 19 Jan 2012 08:13 PM PST

KANGAR - Ekoran perbuatan biadap Barisan Nasional (BN) Perlis yang memsang bendera parti mereka di kawasan premis awam, Pemuda PAS Padang Besar menghantar bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK).

Bantahan rasmi diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Padang Besar, Shuhairi Samsuddin kepada Setiausaha MPK, Suhaimi Abdul Majid yang mewakili Yang Dipertua MPK Khamis lalu.

Menurut Shuhairi, bantahan dikemukakan kerana BN telah memasang begitu banyak bendera parti mereka di pagar Klinik Kesihatan Beseri sejak seminggu yang lalu.

Begitu juga katanya, pihak BN
dengan biadabnya telah memasang dua bendera di tiang bendera klinik tersebut bersama bendera Malaysia dan bendera Perlis.

"Kami juga mendapati sejak beberapa minggu kebelakangan ini pemasangan bendera Barisan Nasional dibuat secara berleluasa di seluruh negeri Perlis yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan penduduk negeri ini memandangkan pemasangan ini dibuat di luar musim pilihanraya.

"Kami melahirkan rasa kesal dengan perbuatan memasang bendera di premis awam seperti ini yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang di kalangan pengurusan dan kakitangan klinik serta menimbulkan pelbagai persepsi buruk di mata awam," katanya.

Justeru Pemuda PAS Padang Besar memohon pihak MPK mengambil tindakan segera dengan sikap yang telus dan professional berkaitan bantahan yang dikemukakan.

"Kami tidak mahu wujudnya suasana yang tegang mahupun persaingan tidak sihat di kalangan parti politik di negeri ini, " ujarnya lagi.

Salam Perjuangan

Posted: 19 Jan 2012 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


UMNO, BUKALAH MINDAMU...

Posted: 19 Jan 2012 09:11 PM PST

25 Safar 1433 H | 20 January 2012
Pemikiran Umno yang masih berada dalam kotak lama, apabila menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama, sedangkan portfolio lain tak layak.

Jawatan apa bidang sekalipun merupakan amanah yang perlu ditunaikan.

Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar r.a, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya)…"
Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?

Kenyataan Menteri Besar Selangor dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

PAS juga yakin dengan Dr Yunus Ahmad yang baru dilantik sebagai exco dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan, bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti.

PAS KDAS 3

Posted: 19 Jan 2012 09:28 PM PST

PAS KDAS 3


Mat Sabu - Seri Iskandar 03.MTS

Posted: 19 Jan 2012 07:24 AM PST

Mat Sabu - Seri Iskandar 02.MTS

Posted: 19 Jan 2012 07:23 AM PST

Mat Sabu - Seri Iskandar 01.MTS

Posted: 19 Jan 2012 07:23 AM PST

n12selinsing

Posted: 19 Jan 2012 09:25 PM PST

n12selinsing


MERAIKAN KAUM CINA DI KUALA GULA

Posted: 18 Jan 2012 07:26 PM PST

Rabu 18 Jan 2012; Rombongan dari Pas Kawasan Bagan Serai yang diketuai oleh YB Haji Husin Din, telah melakukan lawatan mengejut ke tapak pasar malam di Kuala Gula sambil mengagih-agihkan buah limau sempena perayaan Tahun Baru Cina. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Ustaz Abu Bakar Husin (PJ PAS Perak), Mr Beh Heng Kin (Pengerusi DHPP Perak) Mr NalliRajah (SU DHPP Perak) dan Muslimat Pas Bagan Serai. Sokongan yang diberikan oleh masyarakat cina di sini amat menggalakkan dan di beri sambutan oleh masyarakat di sini. Menurut Mr Beh, program seperti ini akan di lakukan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan kaum cina membeli barangan keperluan sehingga Tahun baru cina.





PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Jan 2012 09:20 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Jelebu

Posted: 19 Jan 2012 06:48 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 24 Januari 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan (dari K.Pilah menghala ke Karak, sempadan dengan Simpang Pelangai, Bentong, Pahang)
Penceramah : Chegu Bard, Aiman Athirah, Wfauzdin NS dan pimpinan PAS N9

Semua dijemput hadir

Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Seremban Selatan

Posted: 19 Jan 2012 12:35 AM PST



CERAMAH PRU 13
Bersama :
Ustaz Nasrudin Hassan , Ketua Pemuda PAS Pusat
Yb Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
Siti Aisyah , Ketua Srikandi PKR
Tarikh : 24 Jan 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Semua dijemput hadir

Bob Lokman di Seremban 23 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 10:52 PM PST



CERAMAH UMUM
Penceramah : Bob Lokman, Dr Badrulamin Bahron dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Tarikh : 23 Jan 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Jan 2012 07:29 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Seremban Selatan

Posted: 19 Jan 2012 12:31 AM PST



CERAMAH PRU 13
Bersama :
Ustaz Nasrudin Hassan , Ketua Pemuda PAS Pusat
Yb Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
Siti Aisyah , Ketua Srikandi PKR
Tarikh : 24 Jan 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Semua dijemput hadir

Kejohanan Futsal Kampung 12 Feb 2012 di Rembau

Posted: 18 Jan 2012 11:38 PM PST



KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM800 + Medal
Tempat Kedua RM500 + Medal
Tempat Ketiga RM300 + Medal

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama Teratak Amal Rembau

Syarat asas penyertaan :
1. Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap di daerah Rembau
2. Nama kumpulan Futsal mestilah ada kaitan dengan daerah Rembau atau Adat Perpatih
3. Terhad kepada 16 pasukan sahaja yang daftar awal

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Izamri 013-2124086

Objektif Kejohanan :
1. Menanamkan rasa cinta terhadap kampung halaman
2. Merapatkan ukhuwwah di kalangan belia-belia di kampung
3. Memperatkan kerjasama di kalangan masyarakat
4. Mendedahkan para belia dan masyarakat setempat terhadap kegiatan sukarela

PAS Kawasan Miri

Posted: 19 Jan 2012 07:08 PM PST

PAS Kawasan Miri


Jangan Sekat Pekerja Islam dari Solat Jumaat

Posted: 19 Jan 2012 04:18 PM PST

Pekerja Islam dilarang dari Solat Jumaat?
Baru-baru kita mendapat maklumat dan aduan dari orang ramai, terdapat sesetengah syarikat swasta yang melarang pekerja Islam dari mengejarkan solat jumaat. Sekiranya perkara ini berlaku terhadap pekerja Islam dalam syarikat tersebut, kita minta mereka yang mempunyai masalah yang sama, boleh melapor terus ke pejabat buruh atau kepada pihak yang berkuasa untuk diambil tindakan.
Kita juga nasihatkan kepada pekerja Islam dan bukan Islam sekiranya berlaku diskriminasi di tempat mereka bekerja, mereka boleh melapor perkara tersebut kepada pejabat buruh di tempat masing-masing. Pihak PAS juga boleh memberi kerjasama kepada pengadu sekiranya diperlukan.
Kita tidak mahu ada pihak tertentu dalam syarikat yang lebih pentingkan urusan perniagaan dan mendapat keuntungan semata-mata, sehingga menyekat kebebasan beragama pekerja mereka dalam negara ini. Melarang pekerja mereka dari mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah satu kesalahan terkecuali mereka melanggar displin dan peraturan syarikat yang telah ditetapkan.
Tiada siapa pun boleh menyekat dengan sewenang-wenangnya kebebasan beragama seseorang pekerja dalam negara ini kerana kalau sesiapa atau syarikat yang cuba menyekat pekerjanya dari melakukan suruhan agama mereka, maka kita mendesak pihak yang berkuasa hendaklah bertindak segera menghentikan diskriminasi kaum pekerja di negara ini.
Kita mahu semua pihak dapat bekerjasama dengan semua kaum tanpa ada sebarang perasaan prejudice antara kaum dan agama. Pihak majikan perlu memberi sedikit kelonggaran terhadap pekerja Islam yang hendak mengerjakan solat Jumaat sebab solat Jumaat adalah wajib bagi umat Islam selagi mereka tidak ada keuzuran atau halangan.
Kita mendesak pihak kerajaan agar sentiasa memantau syarikat tempatan dan asing yang menggunakan tenaga kerja umat Islam supaya tidak berlaku kes diskriminasi di tempat kerja dimana mereka dilarang dari mengerjakan solat jumaat.
Sesiapa saja yang melanggar perlembagaan perlu di ambil tindakan sewajar agar tidak berlaku lagi unsur-unsur perkauman yang boleh mencetuskan huru hara dalam Negara ini. PAS akan sentiasa bersama membantu menangani masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Muslim workers are prohibited from Friday Prayer?
Recently, we received information and complaints from the public, some private companies that prohibit Muslim workers from pursuit Friday prayers. If this happens to the Muslim workers in the company, we ask those who have the same problems, can report directly to the labour office or to the authorities to take action.
We also urge the Muslim and non Muslim employees in case of discrimination in workplace, they can report the matter to the labour office in their respective places. The PAS can also provide full cooperation to the complainant if necessary.
We do not want any particular party in the company, which is more concerned with business and profit alone, to restrict religious freedom of their workers in this country. Prohibit their employees from practicing their religion as stated in the constitution of Malaysia is an offense except they violate the disciplinary and company rules which has been set.
No one shall be indiscriminately restrict the religious freedom of an employee in this country because if any person or company who tried to restrict its employees from performing their religious duties, we urge the authorities to act immediately to stop discrimination of the workers in this country.
We want all parties to work together with all the races without any feelings of prejudice between races and religions. The employer must provide some flexibility for Muslim workers want to perform Friday prayer because the Friday prayer is obligatory for Muslims as long as they have no illness or a barrier.
We urge the government to constantly monitor local and foreign companies, who use the Muslim workforce to avoid case of discrimination in the workplace where they are prohibited from the Friday prayers.
Anyone who violates the rules and constitution need to take appropriate action, so that no racial elements that could cause chaos in the country.
PAS will always help to tackle the problem of the people regardless of race, religion and political belief.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Jan 2012 03:25 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


NYAWA BE END TAMBAH NGERI ,GARA2 HATA WAHARI !

Posted: 18 Jan 2012 11:35 PM PST

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

BUKAN SEBARANG HERO, TUMPASKAN HERO UMNO 2 KALI !

Posted: 18 Jan 2012 08:05 PM PST

Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah hari ini sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kuota kerusi ini adalah milik PAS.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.

Apa yang menarik mengenai Exco baru ini, ialah beliau pernah difitnahkan oleh Berita Harian yang menyiarkan berita "Tikam dari belakang - Calon PAS".

Selepas PRU11,2004, pada 29 Julai 2004, Dr Ahmad Yunus Khairi telah memfailkan saman ke atas Datuk Abdul Fatah Iskandar, Kalimullah Hassan dan NSTP.

Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan Kumpulan NSTP setuju membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr. Ahmad Yunus.

GARA-GARA EGO SPAN, BENDA DAH LAMA TIDAK DAPAT DIGANTI

Posted: 18 Jan 2012 06:28 PM PST

Yang Berhormat Dato' Ismail bin Kasim
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Prima Avenue, Block 3510
Jalan Teknokrat 6
63000 Cyberjaya
Malaysia FAX DAN SERAHAN TANGAN
Assalamualaikum w.b.t Yang Berhormat Dato' Ismail,
MEMORANDUM BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PENGGANTIAN PAIP DI KAWASAN BANGSAR, LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Dato' Ismail berhubung permasalahan ketara yang berlaku di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur iaitu gangguan bekalan air akibat daripada kekerapan berlakunya paip pecah di kawasan berkenaan.
Saya difahamkan melalui maklumat daripada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa paip-pai yang digunakan di kawasan Bangsar ini dari jenis 'AC' (Asbestos Cement) yang telah berusia 25 tahun masih digunakan dan ketidakupayaan untuk menampung tekanan air di kawasan berkenaan.
Menurut rekod daripada pihak SYABAS juga, dalam tempoh 2 bulan yang lepas, sebanyak 27 kes paip pecah telah direkodkan di kawasan Taman Lucky, Bangsar dan perkara yang sama berlaku di kawasan sekitarnya.
Buat Pengetahuan Yang Berhormat Dato' Ismail, saya dimaklumkan oleh pihak SYABAS bahawa mereka telah memaklumkan tentang keperluan penggantian paip di kawasan Bangsar ini kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi satu lawatan tapak yang diadakan pada 13 Disember 2011 lalu. Walaubagaimanapun, program penggantian paip yang telah dirancang oleh pihak SYABAS terpaksa ditangguhkan berikutan arahan pihak SPAN untuk menangguhkan pelaksanaan semua program-program pengurangan air tanpa hasil (NRW) dan ini termasuklah Program Penggantian Paip Lama yang dilaksanakan di bawah perbelanjaan CAPEX (perbelanjaan modal) sehingga cadangan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selesai sepenuhnya.
Perkara yang dimaklumkan oleh pihak SYABAS ini tidak selari dengan janji yang telah dibuat kepada pihak Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya untuk mengantikan paip yang sedia ada (dalam Rolling Plan Kedua, RMK ke-10).

Oleh yang demikian, saya menggesa agar pihak SPAN dapat mempercepatkan proses penggantian paip sepertimana yang telah dijanjikan dan bersama-sama surat memorandum ini juga, saya lampirkan sokongan penduduk setempat yang turut sama menggesa agar masalah ini diselesaikan segera.
Segala kerjasama daripada pihak Yang Berhormat Dato' Ismail dan SPAN amatlah dihargai demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat dan didahului dengan ucapan terima kasih.
" Demi Malaysia yang Lebih Baik "
Sekian. Wassalam.
Yang berkhidmat,
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
S.k Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 27, Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Yang Berbahagia Dato' Teo Yen Hua
Ketua Pegawai Eksekutif
Prima Avenue, Block 3510
Jalan Teknokrat 6
63000 Cyberjaya
Malaysia
Yang Berbahagia Dato' Ir. Lee Miang Koi
Ketua Pegawai Operasi SYABAS
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdh. Bhd.
Ibu Pejabat
Peti Surat 5001
Jalan Pantai Baharu
59990 Kuala Lumpur

JOM ANAK PAHANG , SEBELUM PUTRAJAYA KITA BERHIMPUN DI AMPANG JAYA

Posted: 18 Jan 2012 04:42 PM PST


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Jan 2012 03:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


REPLIKA MAYAT UST AZIZAN DI PEJ AGUNG PAS!!!

Posted: 19 Jan 2012 01:31 AM PST

Sebujur badan mayat tidak bernyawa telah ditemui dihadapan pintu masuk utama PEJABAT AGUNG PAS  yang tertera nama Ustaz Azizan Abdul Razak...Difahamkan pelajar-pelajar KUIN yang meletakkannya...



... tapi macam tak lojik le pulak... jauh tue... kedah ke KL... awat tak pergi pejabat pentadbiran negeri Kedah je??? huhuhuhuhu

HATA WAHARI MASUK DAP... ASAL BUKAN UMNO (ABU)

Posted: 19 Jan 2012 12:42 AM PST

 Hata Wahari, wartawan yang dipecat Utusan Malaysia tahun lepas kerana mengkritik akhbar milik Umno itu hari ini mengumumkan menyertai DAP.

Wartawan kanan, yang juga merupakan bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkata memilih menyertai DAP selepas merasakan parti itu kerap memberikan kritikan berbanding rakan komponen Pakatan Rakyat.

"DAP, rasanya, ia lebih banyak. DAP merupakan parti paling banyak menjelaskan kepada rakyat tentang segala fitnah dan tuduhan-tuduhan yang disiarkan dalam media arus perdana.

"Saya rasa DAP perlu dipertahankan," katanya pada sidang media yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Hata, meletakkan jawatan sebagai presiden NUJ, bertugas di Utusan Malaysia sejak 1995 sehingga dipecat pada 21 April kerana mengkritik pengurusan akhbar berbahasa Malaysia.

NAIK GAJI PEG. TERTINGGI : UMNO MANSUH CADANGAN YANG DICADANG SENDIRI

Posted: 18 Jan 2012 05:05 PM PST

Dalam satu kenyataan, pihak kerajaan bersetuju untuk memansuhkan cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi untuk 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA).

Akibatnya cadanga tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam yang hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam (Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.

Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.

"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.

Siti Zailah | Home

Posted: 19 Jan 2012 03:15 PM PST

Siti Zailah | Home


IJTIMA' PILIHANRAYA DMP KAWASAN TANAH MERAH PADA 16 JAN 12, BERTEMPAT DI PASTI AL FALAH.

Posted: 19 Jan 2012 06:28 AM PST




IJTIMA' PILIHANRAYA DMP KAWASAN JELI

Posted: 19 Jan 2012 04:48 AM PST



 Tok Penghulu Kamaruzaman sedang menyampaikan
ucapan alu-aluan menggantikan Penyelia DUN kerana
ada urusan di Kota Bharu.

 KakLah sedang menyampaikan ceramah penerangan
isu-isu semasa yang berlaku dalam negara.




 Kelihatan para hadirat tekun memberi perhatian
terhadap ceramah KakLah.


Selesai program semua  AJK DMP Kawasan Jeli berpelukan
mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada KakLah.

DUN Lembah Jaya

Posted: 19 Jan 2012 11:38 AM PST

DUN Lembah Jaya


7 Keluarga Kaum Cina Terima Sumbangan Harakah, DUN Lembah Jaya

Posted: 18 Jan 2012 05:59 PM PST

Bersama Ahmad Lutfi meluangkan masa menziarahi mereka yang kurang berkemampuan

16 Januari 2012 - Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, pihak akhbar Harakah terus menunjukkan keprihatinanya untuk bersama-sama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga miskin kaum Cina di DUN Lembah Jaya menerima sumbangan berupa buah limau dan wang tunai daripada Harakah dan DUN Lembah Jaya.

Harakah diwakili oleh ketua pengarangnya Saudara Ahmad Lutfi Othman. Turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hjh Rohainah Hj Hasan, Ketua Kampung Tasek Permai, Che Yusof Che Mat dan Ketua Kampung Ampang Indah, Tuan Hj Misbah Samad.




PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 19 Jan 2012 11:37 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Apakah Hukumnya Memusnahkan Rumah Allah ?

Posted: 18 Jan 2012 11:13 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 Jan 2012 11:18 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 18 Jan 2012 09:04 PM PST

PAS sedia 'rampas' yang belum menang, pertahankan sedia ada


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenanginya serta 'merampas' kerusi-kerusi yang tewas daripada Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata PAS Terengganu akan bekerja bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen yang dimenangi.

Dalam masa sama, katanya berusaha merampas kembali kerusi-kerusi yang PAS kalah dan dimenangi oleh Umno-BN.

"Kita (PAS) bekerja bersungguh-sungguh sekarang. Jentera parti kita akan pertahankan semua lapan kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Masa yang sama, kita (PAS) berusaha untuk menang dan rampas kerusi-kerusi yang kalah ditangan BN, Insya'Allah," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan sokongan serta sambutan masyarakat Tionghua terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Kata Abdul Wahid, penerimaan pengundi Cina dan India di Dun Bandar Kuala Terengganu cukup memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

"Saya hari ini, buat lawatan ziarah sempena orang Tionghua hendak sambut Tahun Baru Cina 2012. Sambutan sangat baik dan mesra dengan kita (PAS).

"Saya masih yakin, mereka (pengundi Cina) akan buat perubahan dalam pilihan raya akan datang, Insya'Allah," jelasnya sempena lawatan temu mesra dengan mengagihkan limau mandarin dan angpau kepada penduduk di Kampung Cina, 17 Januari lalu.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat boleh menyatakan pilihan hati memilih PAS-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 'Asal Bukan Umno' (ABU).

Turut serta mengiringi beliau menemui masyarakat Tionghua di sekitar Kampung Cina tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Terengganu dan Muslimat PAS Dun Bandar.

Jasindaily Online

Posted: 19 Jan 2012 09:18 AM PST

Jasindaily Online


NAZRI TAKUT HARTANYA DIKETAHUI UMUM

Posted: 19 Jan 2012 06:29 AM PST

Pemuda Guchil

Posted: 19 Jan 2012 09:16 AM PST

Pemuda Guchil


Mana Ada Pemimpin Seperti TG Nik Aziz Sekarang

Posted: 19 Jan 2012 03:37 AM PST

Sah, Hasan Ali sudah satu khemah dengan Umno !!..

Posted: 19 Jan 2012 03:35 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 19 Jan 2012 09:11 AM PST

KHIDMAT MERU


MERAIKAN WARGA EMAS GONG XI FA CAI

Posted: 19 Jan 2012 12:59 AM PST








PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA & KAUNTER MES-TAMAN MEWAH

Posted: 19 Jan 2012 12:32 AM PST






GONG XI FA CAI

Posted: 18 Jan 2012 01:10 PM PST

















Sempena Perayaan Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, YB Dr Abd Rani seperti tahun-tahun sebelumnya telah turun ke Pasar Besar Klang untuk menyampaikan Kad Gong Xi Fa Cai dan beberapa bungkusan buah limau dan kacang kulit kepada kesemua peniaga-peniaga Cina di pasar tersebut.


Tahun ini adalah Tahun Naga bagi orang Cina dan ianya melambangkan semangat perjuangan dan kekuatan bagi meneruskan usaha menonggak keadilan dan kesaksamaan .


Selesai mengedarkan kad dan bungkusan makanan tersebut, YB Dr Rani dan YB Manikavasagam telah mengambil masa selama 15 minit untuk mendengar aduan-aduan dan keluhan peniaga-peniaga mengenai masaalah-masaalah di pasar berkenaan.

















Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Jan 2012 09:10 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Seremban Selatan

Posted: 19 Jan 2012 12:32 AM PST



CERAMAH PRU 13
Bersama :
Ustaz Nasrudin Hassan , Ketua Pemuda PAS Pusat
Yb Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
Siti Aisyah , Ketua Srikandi PKR
Tarikh : 24 Jan 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Semua dijemput hadir

Kejohanan Futsal Kampung 12 Feb 2012 di Rembau

Posted: 18 Jan 2012 11:37 PM PST



KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM800 + Medal
Tempat Kedua RM500 + Medal
Tempat Ketiga RM300 + Medal

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama Teratak Amal Rembau

Syarat asas penyertaan :
1. Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap di daerah Rembau
2. Nama kumpulan Futsal mestilah ada kaitan dengan daerah Rembau atau Adat Perpatih
3. Terhad kepada 16 pasukan sahaja yang daftar awal

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Izamri 013-2124086

Objektif Kejohanan :
1. Menanamkan rasa cinta terhadap kampung halaman
2. Merapatkan ukhuwwah di kalangan belia-belia di kampung
3. Memperatkan kerjasama di kalangan masyarakat
4. Mendedahkan para belia dan masyarakat setempat terhadap kegiatan sukarela

Bob Lokman di Seremban 23 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 10:49 PM PST



CERAMAH UMUM
Penceramah : Bob Lokman, Dr Badrulamin Bahron dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Tarikh : 23 Jan 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 19 Jan 2012 07:31 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


POLITIK : SERANG DASAR JANGAN PERIBADI MANUSIA

Posted: 18 Jan 2012 07:53 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 19 Jan 2012 07:09 AM PST

Landskap Siasah


Kenyataan Media-Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

Posted: 18 Jan 2012 08:34 AM PST

KENYATAAN MEDIA

15 Januari 2012

Tahniah atas Keperihatinan ADUN Sungai Rapat

Selepas siri penerangan dan pendedahan berkenaan isu setinggan yang belum selesai di bebrapa kampung di DUN Sungai Rapat di buat oleh Pihak Khidmat Masyarakat DUN Sg rapat (PAS) , pihak YB Dato' Hamidah kelihatan telah turun padang untuk menjengah sendiri penduduk kampung berkenaan.

Terdahulu pihak kami telah menyantuni rakyat yang masih berada di status setinggan dan mengeluarkan kenyataan media berkenaan pada 8 januari 2012 yang bertajuk Isu Setinggan yang berlarutan di DUN Sungai Rapat.

Apa yang amat dikesalkan oleh pihak kami adalah kenyataan 'penghasut rakyat' yang telah dilabelkan kepada pihak kami sepanjang pendedahan masalah rakyat dilakukan. Pihak YB hamidah Osman telah mengeluarkan kenyataan tersebut dalam laman pengundisetiasungairapat.blogspot.com yang bertajuk Radhi Zainon Penghasut Rakyat serta keenyataan yang disiarkan dalam Sinar Harian 15 Januari 2012 bertajuk Selesai dalam Tempoh terdekat (halaman 17).

Perlu diperjelaskan pihak Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat bukan mempertikai usaha dan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak YB sebaliknya cuba mempamerkan kekesalan rakyat bawahan berkenaan retorik 'setinggan sifar di Sungai Rapat' yang pernah diwar-warkan oleh pihak YB ADUN Sg rapat tersebut.

Bagi rakyat setinggan sifar bermaksud semua penduduk telah mendapat geran tanah dan bukan sekadar borang 5A dan pelbagai surat yang diberi. Malah pihak YB hanya turun padang secara responsif apabila pihak lain cuba membantu rakyat bersuara isu keperluan asasi rakyat iaitu tanah dan rumah.

Adakah cukup sekadar respon kepada kerja buat pembangkang sedangkan tugas tetap pihak ADUN adalah turun meneliti setiap masalah secara kerap dan menyelesaikannya bukan hanya pada setiap menjelangnya pilihanraya.

Pihak kami juga ingin mengucapkan tahniah atas keperihatinan pihak YB ADUN Sg rapat yang cukup cakna dengan setiap isu yang kami perjuangkan dan sebagai pulangannya, proses penerimaan geran terhadap rakyat akan dipercepatkan. Perkara yang penting bagi kami adalah kebajikan rakyat dan jika setiap siri pendedahan kami mendapat tindakan posistif sebegini ia membuahkan hubungan antara pihak kerajaan dengan pembangkang yang baik.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Unit Penerangan MTD Sungai Rapat (PAS)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 19 Jan 2012 03:16 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Jalan Rezab Buang Berwajah Baru

Posted: 18 Jan 2012 08:26 AM PST

Kerja-kerja pembaikan Jalan Rezab Buang dilakukan belah petang tadi diperhatikan sendiri oleh YB Suhaimi Shafie ADUN Sri Muda

Laluan masuk ke Markaz & Pasti Bukit Naga dinaik taraf. Memudahkan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari

Dr Ahmad Yunus Dilantik Exco

Posted: 18 Jan 2012 04:05 AM PST

Teta-teki siapakah pengganti DHA akhirnya terjawab. YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang dilantik Exco Agama Adat Istiadat Negeri Selangor disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor hari ini. Beliau yang berpengalaman luas dalam parti dan NGO sebelum ini memang berkelayakan untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran sekarang.

Pemuda PAS Kota Raja mengucapkan tahniah di atas perlantikan ini. Semoga Dr Yunus dapat menajalankan  tugas dengan amanah dan dedikasi

Tiada ulasan:

Catat Komen