Khamis, 19 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 19 Jan 2012 01:26 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Setuju Dengan Tuntutan Pas Perak

Posted: 18 Jan 2012 07:48 PM PST

IPOH: PAS Perak `melanggar' persetujuan pembangkang untuk mengekalkan status quo kerusi yang akan ditandingi di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila menuntut tiga kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana yakin peluang parti itu memenanginya lebih cerah berbanding PKR.
Tiga kerusi itu ialah Parlimen Bagan Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan DUN Behrang, tetapi dibantah PKR negeri.
Pada PRU-12, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi oleh calon PKR tetapi mereka membuat keputusan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas beberapa bulan kemudian.

Bagaimanapun, hasrat PAS Perak diumumkan semalam dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bulan lalu yang dilaporkan berkata Perak antara enam negeri yang mengekalkan status quo pengagihan kerusi pada PRU-13, hasil persetujuan pimpinan pakatan pembangkang peringkat negeri itu yang sudah dimaklumkan ke pimpinan pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, berkata tuntutan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli parti di ketiga-tiga kawasan terbabit yang merasakan pakatan pembangkang boleh mengekalkan kerusi terbabit jika ditandingi calon PAS.

Ulasan

Tindakan yang baik. Sekurang-kurangnya ada juga tindakan...

Sumber : Berita Harian

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Jan 2012 01:14 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Khalid lantik dua pegawai khas baru

Posted: 19 Jan 2012 01:00 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 19 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) telah melantik dua Pegawai Khas bagi membantu beliau dalam menjalankan portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang baru diambil alih semalam.

Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau dipilih untuk memegang jawatan tersebut yang bertanggungjawab memastikan penyelarasan kerja-kerja pembaikan jalan dan parit yang dikelola Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjalan lancar.

"Pelantikan mereka berkuatkuasa serta merta dan Menteri Besar berharap kedua-duanya akan bekerja keras untuk memberi perkhidmatan yang baik dan berkesan kepada rakyat Selangor," kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat MB hari ini.

Semalam Khalid membuat rombakan kecil kepada exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS.

Melalui rombakan itu, Khalid mengambil alih portfolio yang dipegang Hasan sebelum ini iaitu Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dr Yunus yang merupakan Pembantu Exco kepada Khalid sebelum ini diberikan portfolio yang dipegang beliau iaitu Belia dan Sukan di samping mengambil portfolio Hasan iaitu Adat Melayu.

ISU SAMPAH

Sementara itu, talian bebas tol (1-800-88-282) yang dibentuk kerajaan negeri untuk memantau isu kutipan sampah di negeri ini berjalan dengan baik.

Talian yang bermula dua hari lepas, 17 Januari itu mendapat sambutan baik dari orang ramai yang ingin mengadu masalah kutipan sampah di kawasan mereka.

"Kita pastikan, tindakan terhadap aduan itu dibuat dalam masa 48 jam," kata Arfa'eza Aziz, Setiausaha Akhbar MB Selangor kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor juga sudah mengeluarkan tender terbuka untuk melantik kontraktor bagi membuat kutipan sampah ini.

Ia dibuat ekoran pemberhentian syarikat Alam Flora dari menjadi kontraktor tunggal pengutipan sampah di Selangor.

Di samping itu, kata Arfa, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membuat skuad khas untuk memastikan kutipan sampah di seluruh negeri ini berjalan lancar.

"Di Shah Alam, Datuk Bandar turun sendiri (untuk memantau)," beritahu Arfa.

Harakah Daily

Beri singa makan daging

Posted: 19 Jan 2012 12:50 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

SEORANG pekerja menggunakan kereta sorong untuk menghantar daging mentah untuk diberikan kepada sejumlah singa di kawasan ibu pejabat agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya di Nairobi kelmarin.

NAIROBI - Sejumlah daging mentah disediakan di ibu pejabat agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya untuk diberi makan kepada sejumlah singa yang dipelihara di sini.

Para pekerja akan mengerat bekalan daging mentah sebelum dihantar dengan menggunakan kereta sorong ke kandang haiwan itu.

Agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya di sini ditubuhkan menerusi satu akta Parlimen dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai hidupan liar. - Agensi

Hentikan biasiswa pengkhianatan kepada negara - Presiden PAS

Posted: 19 Jan 2012 12:50 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) kesal dengan ura-ura tindakan kerajaan memberhentikan biasiswa kepada pelajar sarjana dan PhD di beberapa universiti terkemuka dan dalam negara atas alasan kekurangan dana.

Ini kerana, bagi Abdul Hadi, pelajar terpilih ini merupakan aset penting negara yang perlu dibantu untuk maju dalam pelajaran mereka.

Namun, katanya, dipertengahan jalan, ianya terbantut disebabkan pemberhentian biasiswa oleh kerajaan.

Abdul Hadi berkata demikian dalam satu kenyataannya semalam.

Menurut beliau, PAS dimaklumkan bahawa pemberhentian biasiswa ini berkait rapat dengan usaha kerajaan mengecilkan dana kepada IPTA yang turut melibat sama pengecilan pengambilan kakitangan.

Ramai kakitangan diambil secara kontrak sahaja kerana IPTA kekurangan dana.
Bahkan ada yang sudah berkhidmat lebih lima tahun pun masih belum disahkan jawatan, katanya.

"Ia merupakan satu pengkhianatan dan penggadaian masa depan negara," kata beliau.

Dalam masa yang sama IPTA digalakkan berlumba 'ranking' di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh syarikat yang mempunyai kepentingan komersil tertentu.

PAS, katanya, tidak menolak usaha untuk meletakkan IPTA Malaysia di 'ranking' lebih baik di dunia, namun jika ia mengikat IPTA dengan syarat-syarat yang merugikan masa depan negara, ia perlu dihentikan.

Antaranya meluaskan pengambilan pelajar asing dan 'post-Graduate', dalam masa yang sama mengecilkan pengambilan pelajar tempatan di peringkat sarjana muda, kata beliau.

Tindakan ini, dakwa beliau, menyebabkan tempat untuk rakyat Malaysia belajar di IPTA terkemuka negara semakin mengecil dan tempat untuk warga asing pula terbuka luas semata-mata untuk penuhi syarat ditetapkan dalam perlumbaan 'ranking'.

Kesannya, dakwa Abdul Hadi, kerajaan berusaha untuk mengecilkan saiz jabatan-jabatan dan fakulti, mengecilkan pengambilan kakitangan dan pelajar di peringkat sarjana muda.

Lebih malang lagi, apabila pelajar diperingkat Master dan PhD yang sudah berada di semester kelima dan keenam dihentikan terus biasiswa yang merencatkan pembelajaran mereka.

"Oleh itu kita mendesak kerajaan, supaya mengembalikan skim biasiswa-siswazah kepada pelajar-pelajar tersebut dan menawarkan lebih banyak biasiswa di masa depan buat rakyat Malaysia," desak beliau.

Desakan ini, kata beliau, dibuat kerana di kala negara berhadapan dengan kemelut ekonomi yang meruncing ini, penjimatan sepatutnya dilakukan dalam hal lain khususnya melibatkan perbelanjaan pemimpin negara, kebocoran rasuah dan projek membazir, bukan dengan mengecilkan dana IPTA yang merupakan aset berharga negara.

Harakah Daily

Blogger terkejut didakwa melarikan diri

Posted: 19 Jan 2012 12:40 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Kerana tidak berpuashati dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia kononnya beliau lari dari menerima surat saman, Blogger Shardshooter datang sendiri ke pejabat peguam.

Sharpshooter atau nama sebenarnya, Amizuddin Amat dilaporkan datang sendiri ke pajabat peguam Datuk Seri Rais Yatim iaitu Datuk Seri Muhamad Shafee Abdullah di Kampung Atap untuk mendapatkan dokumen saman itu.

Namun ketika ditemui peguam berkenaan tidak menyerahkan dokumen itu tetapi meminta Amizuddin datang mengambilnya di mahkamah keesokan harinya.

Utusan 13 Januari lepas dalam laporannya mendakwa, kes menghina mahkamah terhadap blogger berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana 'penulis blog itu hilangkan diri'.

Sharpshooter disaman oleh Rais Yatim berhubung isu dakwaan merogol amah dikatakan telah melarikan diri daripada menerima dokumen saman menghina mahkamah.

Sharpshooter dilaporkan benar-benar terkejut dengan laporan berita ini sebaik sahaja ditunjukkan kepada beliau.

Blogger tersebut berasa hairan, sejak bila beliau lari atau menghilangkan diri?

Oleh kerana tidak berpuas hati, Amizuddin ditemani oleh tiga orang rakannya telah pergi sendiri ke pejabat Peguam Rais Yatim di Alamat 25, Jalan Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur untuk meminta dokumen saman tersebut.

Namun peguam Rais Yatim iaitu Mohd Shafee meminta beliau datang ke mahkamah keesokan harinya untuk mendapatkan dokumen itu sambil bertegas sudah tujuh kali pihaknya cuba menyerahkan dokumen itu.

Amizuddin berkeras dengan berkata beliau tidak ke mana-mana dan tidak menerima sebarang dokumen atau surat dari peguam berkenaan.

Harakah Daily

Rasuah Taib Mahmud: Antarabangsa desak tapi SPRM membisu

Posted: 19 Jan 2012 12:39 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

SARAWAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian, Ali anak Biju mempersoalkan sikap membisu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, pihak berkuasa masih gagal mengumumkan status siasatan ke atas Taib, meskipun kes itu menerima desakan di peringkat antarabangsa dan sekaligus menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

"Ini sangat pelik, kalau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa pun mahu kes ini disiasat, mengapa SPRM Malaysia masih membisu," soalnya.

Menurutnya, kes rasuah melibatkan Taib dan keluarganya bukan sahaja berkaitan soal perundangan tetapi turut merangkumi kepentingan rakyat miskin di seluruh Sarawak.

"Kita tidak kisah Taib kaya tapi yang kita persoalkan ialah sumber kewangan itu dari mana, adakah kerana penyelewengan dan berunsur rasuah?

"Ini isu penting yang perlu disiasat dan kita berharap siasatan dijalankan segera kerana kekayaan Taib sangat luar biasa sekaligus menimbulkan persoalan," tegasnya.

Awal bulan lalu, BMF dan 16 NGO lain menulis sepucuk surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO terbabit menggesa Malaysia menahan Taib dan ahli keluargnya kerana melakukan salahguna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Pada masa yang sama, polis antarabangsa Interpol, menyatakan siasatan mengenai jenayah membabitkan Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa Malaysia.

Sebelum ini, banyak laporan SPRM telah dibuat terhadap Taib dan keluarganya. Namun sehingga kini SPRM masih gagal mendedahkan status siasatan berkenaan.

Keadilan Daily

Qazaf: Peguam Anwar kemuka hujah 30 Jan

Posted: 19 Jan 2012 12:36 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Rayuan kes isu qazaf akan dihujah oleh barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Syariah pada 30 Januari ini, jam 9 pagi.

Penghujahan itu diteruskan apabila notis rayuan yang dikemukakan oleh peguam Anwar dibantah oleh peguam yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir dan dua lagi, Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali yang mohon agar Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan tersebut.

Salah seorang peguam yang mewakili Anwar, Dorina Abdullah (gambar) yang ditemui di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan pihaknya akan membahas terhadap bantahan rayuan yang dikemukakan berhubung kes qazaf yang sebelum ini tertangguh.

"Pihak kami telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan Syariah bagi mendengar semula permohonan qazaf yang tertangguh sejak sekian lama apabila Hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memberitahu beliau tiada kuasa untuk mengarah pihak pendakwa syarie agar mengambil tindakan mendakwa Saiful Bukhari berhubung kes qazaf.

"Tetapi belum pun lagi perkara itu diputuskan pihak peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka itu telah memfailkan notis kepada mahkamah agar ia ditolak kerana terdapat kesilapan teknikal yang kecil, dan kami akan membahaskan perkara tersebut yang mana ia tidak memberi kesan kepada keseluruhan kes tersebut," jelasnya yang mewakili Tetuan Kamar Ainiah, Raziff dan Zashidi.

Tambahnya lagi isu pendakwaan qazaf terhadap Saiful ini masih jauh lagi tetapi sudah ada halangan awal.

"Belum lagi di peringkat pendakwaan sudah ada halangan, kita masih di peringkat awal. Kita akan meneruskan dakwaan qazaf ini walaupun terdapat halangan," sambungnya lagi.

Sebelum itu, Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahu atau kedua-duanya.

Anwar yang sebelum ini diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Harakah Daily

Jual Proton: Pastikan rakyat dapat manfaat

Posted: 19 Jan 2012 12:35 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Penjualan Proton kepada DRB-Hicom seharusnya menjadi langkah pertama ke arah industri automotif yang memberi faedah kepada rakyat serta penghapusan dasar perlindungan industri automotif yang membebankan rakyat, selaras dengan prinsip "rakyat diutamakan".

Demikian pandangan Eksekutif Kanan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Medecci Lineil sebagai respons kepada isu DRB-Hicom yang telah disahkan sebagai pemilik baru Proton Holdings Berhad apabila berjaya memeterai perjanjian penjualan dan pembelian 42.7% kesemua saham yang dipegang oleh Khazanah Holdings Berhad pada harga RM1.291 billion.

Katanya, penjualan Proton kepada DRB-Hicom harus dijadikan peluang sebaik mungkin untuk kerajaan melakukan perubahan struktur (structural changes) terhadap industri automatif negara.

Menurutnya, proses liberalisasi industri automatif tidak hanya melibatkan persaingan domestik Proton dan Perodua tetapi juga proses persaingan dan interaksi antara pengeluar kereta tempatan dan asing secara terbuka, pembukaan kilang pembuatan kenderaan asing di Malaysia serta proses pemindahan teknologi dan kepakaran yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan eksport sebagaimana yang dialami oleh sektor automotif negara Thailand.

"Saya berpandangan bahawa strategi pembangunan Proton kini harus berpaksikan prinsip persaingan yang kompetitif di pasaran terbuka. Perlindungan yang diberikan kerajaan selama ini tidak membawa kejayaan yang diharapkan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Maka, ujarnya dengan terjualnya Proton, mekanisme pasaran tanpa perlindungan harus dibenarkan memacu Proton ke hadapan.

Beliau menambah, Proton hanya boleh berjaya jika ia dapat berdikari dalam pasaran terbuka, bersaing dan seterusnya meningkatkan mutu dan inovasi produk, lebih penting lagi, rakyat juga mesti mendapat manfaat.

Untuk memastikan manfaat akan sampai kepada rakyat, katanya penjualan Proton mestilah disusuli dengan penghapusan segala bentuk cukai dan duti yang menekan pengguna seperti duti eksais, cukai jualan dan skim permit import (AP).

"Langkah penghapusan cukai-cukai ini akan membolehkan pengguna menikmati harga kenderaan yang rendah dan mampu memberi model yang pelbagai," katanya lagi.

Menurutnya, data yang dikeluarkan oleh NGO Refsa hari ini mengatakan bahawa rakyat Malaysia membayar harga yang amat tinggi akibat dari semua cukai ini.

Contohnya, kata beliau Refsa mengatakan bahawa kereta Gen 2 1.6L di Arab Saudi berharga hanya sekitar RM40,000 sedangkan di Malaysia ianya berharga RM60,000.

"Jika data Refsa ini benar, kenapa orang luar menikmati harga lebih rendah daripada rakyat Malaysia sendiri?" soalnya.

Harakah Daily

Lagi suara desak Gerakan keluar BN

Posted: 19 Jan 2012 12:33 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 19 Jan: Barisan Nasional (BN) tidak mampu lagi mempertahankan hegemoninya apabila pakatan pelbagai parti hampir 55 tahun dalam gabungan itu kini semakin rapuh.

Retak menunggu belah semakin jelas sekarang, lebih-lebih lagi Gerakan yang bergabung dalam BN selepas menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969, mulai berani mempersoalkan keikhlasan Umno.

Gerakan diasaskan Prof Dato' Dr Syed Hussein Alatas bersama Tan Sri Dr Tan Chee Khoon, Dr J.B.A Peter, Tun Dr Lim Chong Eu, Prof Wang Gangwu dan V. Veerapan pada 1968.

Bagaimanapun hasil pujukan Tun Razak Hussin parti itu menyertai BN pada 1972 dengan alasan mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali.

Sejak itulah Gerakan mulai hilang identiti sebagai parti pelbagai kaum apabila lebih didominasikan kaum Cina.

Kini selepas hampir 40 tahun mimpi sebahagian pemimpin Gerakan dan Umno mulai berlainan, lebih-lebih lagi selepas Pulau Pinang terlepas ke Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

Suara-suara muak dan kecewa semakin nyaring apabila ramai pemimpin menyuarakan mereka sekadar menjadi alat Umno bagi mencengkam kuasa politik Malaysia.

Sebulan selepas tsunami Mac 2008 Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon menjadi pemimpin kanan pertama keluar parti itu.

Pada 8 Mac tahun lepas seorang lagi pemimpin pusat Gerakan, Dr Hsu Dar Ren mengikut jejak langkah Kah Choon.

Beliau secara anak jantan menunding jari ke arah Umno yang mendominasi kuasa politik gabungan BN.

Tidak lama selepas itu pada 19 Oktober 2011 Setiausaha Gerakan Kedah yang juga Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye mengambil langkah serupa.

Suara-suara kecewa dan mendesak Gerakan bersendirian seperti sebelum 1972 bergema hebat apabila Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua pada ucapannya di Mesyuarat Agung parti itu pada September tahun lepas secara terus terang mempersoalkan keikhlasan Umno.

"Pada peringkat awal Gerakan Kelantan mahu usul supaya Gerakan keluar daripada BN dimuatkan dalam usul peringkat pusat, namun mereka tolak.

"Namun saya tetap mahu berucap pada perhimpunan itu. Ekoran itu Setiausaha Agung meminta saya tidak menyebut perkataan mendesak keluar daripada BN.

"Saya memang tidak sebut permintaan itu, namun saya tanya kepada 2,100 perwakilan, siapa yang mengkhianati Gerakan, adakah DAP, PKR atau PAS, perwakilan menjawab tidak.

"Saya sebut lagi adakah Umno yang sabotaj Gerakan, tiba-tiba perwakilan dengan nada kuat menjawab ya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Chua bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Bahagia, Kuala Krai tiga tahun lalu, memberi ingatan kepada Presiden, Tan Sri Koh Tsu Koon supaya segera membawa keluar parti itu sebelum terlambat.

Menurutnya, Gerakan perlu bertanding secara bersendirian seperti sebelum 1972 sekiranya mahu parti kembali kuat, memandangkan sekarang mereka banyak disabotaj Umno.

Bagaimanapun katanya beliau amat kecewa dengan pemimpin di atas apabila enggan mendengar keluhan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.

Ekoran kedegilan Tsu Koon akhirnya pada 3 Januari lalu Cikgu Chua menghantar surat meletak jawatan sebagai Setiausaha Gerakan Kelantan yang disandangkan 21 tahun lalu.

Dan pada 14 Januari lalu beliau berceramah di pentas PAS di Wakaf Baru bagi menyedarkan masyarakat Cina dan Siam terhadap hipokrasi pemimpin Umno.

Harakah Daily

Dekat Pilihanraya, Najib semakin baik dengan rakyat!

Posted: 19 Jan 2012 12:19 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

"Assalamualaikum,Tempoh penggal pemerintahan sudah semakin hampir tamat, yang juga menandakan pilihanraya negara semakin hampir.PR meningkatkan kempen menyedarkan rakyat akan keperluan menukar kerajaan dan BN menerusi pengerusinya merangkap PM, Najib tidak mahu ketinggalan.Memandangkan isu keburukan PR sudah semakin tiada sesudah DSAI dibebaskan dari drama liwatnya, Najib mula menggunakan pendekatan mesra rakyat.

Di Selangor, Najib mengumumkan keprihatinan kerajaan dengan memberi peruntukan segera untuk membina sebuah surau dan kuil di Rimba Raya yang satu ketika dulu merupakan tempat di mana rakyat dizalimi oleh Khir Toyo.Najib juga berjanji dengan peniaga di komplek PKNS untuk menyelesaikan masalah mereka dan berjanji dengan rakyat Selangor untuk menyelesaikan segala masalah mereka sekiranya menang.

Masalah yang dibuat oleh Abu HAssan Omar, Mat Tyson dan Khir Toyo sejak bertahun tahun dulu kini dijanjikan Najib akan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun penggal pemerintahan akan datang sekiranya BN menang pilhanraya kali ini.

Dari Selangor, Najib ke negeri kelahirannya Pahang, di mana Najib akan melancarkan dana bantuan untuk nelayan.Nelayan yang pada setiap kali ada pilihanraya akan dibantu kerajaan bakal mendapat durian runtuh kali ini.Kerana bukan sahaja mereka akan dibantu tetapi anak anak mereka juga akan dibantu.

Itu janji Najib untuk pilihanraya kali ini walaupun janji janji pilihanraya yang lalu tidak semua ditunaikan terhadap masyarakat nelayan.Tabung kecemasan yang diumumkan pada PRK Kuala Terengganu sekarang entah ke mana, tetapi Najib masih berani untuk turun dan berjanji kepada nelayan dengan harapan undi para nelayan akan diberikan kepada BN.

Lebih menarik, Najib juga akan memberi bantuan khas kepada nelayan yang botnya tenggelam dan diserang jerung pada tahun 1993, 19 tahun yang lampau.Demikianlah baiknya Najib kerana prihatin dengan kesusahan nelayan terbabit sejak 19 tahun yang lampau walaupun dalam tempoh itu, nelayan tersebut tidak dipandang Najibpun.

Selepas ini akan kedengaran berita Najib menemui rakyat dari berbagai latar belakang yang berbeza untuk menunjukkan keprihatinannya sempena pilihanraya yang hampir tiba dan selepas pilihanraya seperti biasa kalau Najib dan BN menang, minyak akan naik harga lagi dan secara langsung, para nelayan akan menanggung akibat.

tranung kite/-

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Posted: 19 Jan 2012 12:19 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi'ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : " Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ?

Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya." (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

tazkirah/-

Bank Dunia ramal ekonomi lembap

Posted: 19 Jan 2012 12:15 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Bank Dunia, kelmarin memberi amaran kepada masyarakat antarabangsa, supaya bersedia menghadapi pertumbuhan ekonomi lembap pada tahun ini, berikutan krisis hutang di Eropah sejak akhir 2009.

Dalam laporan tahunannya yang dicatatkan Jun lalu, krisis hutang berlarutan di Eropah, mungkin menyebabkan kemelesetan dan pertumbuhan ekonomi menjadi lembap di beberapa negara miskin dan membangun seperti di India, Brazil, Rusia, Afrika Selatan serta Turki.

Bagaimanapun, Ketua penulis laporan tahunan untuk Bank Dunia itu Andrew Burns turut menjangkakan ekonomi global akan berkembang 2.5 peratus pada 2012 dan meningkat 3.1 peratus pada tahun hadapan.

sinar harian/-

Permainan 'Aku Jimat' mirip Rosmah di pasaran

Posted: 19 Jan 2012 12:00 AM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

Pengguna alat elektronik Apple, - iPod, iPad dan iPhone kini boleh mempelajari beberapa petua tentang bagaimana untuk berjimat untuk masa depan berdasarkan satu permainan yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Permainan versi 1.1 Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu. Ia memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, termasuk gaya rambutnya. Permainan ini mengajak pengguna supaya 'menyimpan wang' untuk membolehkan mereka 'membeli-belah'.

Pengusaha permainan Antartica Group berkata, permainan ini adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulan".

Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama adasebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).

Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$ 24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

malaysiakini/-

Terima kasih lepas samun

Posted: 18 Jan 2012 11:45 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek berbual dengan mangsa.

KUALA LUMPUR: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

"Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.

"Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit," katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara 'percuma', suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

"Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

"Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan," katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.

MY METRO/-

Khalid rangka pelan baru untuk Kampung Baru

Posted: 18 Jan 2012 11:34 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan penyusunan semula Jawatankuasa Lembaga Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) supaya hak dan kedudukan penduduk Kampung Baru dipertahankan.

Katanya, masalah Kampung Baru perlu diselesaikan dengan cara rundingan bersama supaya kuasa dan undang-undang dapat dimantapkan tanpa membelakangkan penduduk.

MAS telah ditubuhkan sejak sekian lama, sebelum kemerdekaan supaya dapat menjaga kepentingan tanah-tanah.

Selain Menteri Besar, MAS dianggotai 11 anggota, termasuk tujuh ketua-ketua kampung di kawasan itu dan empat anggota dilantik.

Jelas Abdul Khalid, beliau telah menyiapkan pelan pembangunan Kampung Baru sejak 20 tahun lalu. Oleh kerana tidak ada ketetapan dari segi undang-undang dan penyatuan pendapat daripada penduduk setempat maka perkara ini berlarutan sehingga sekarang.

"Saya telah diminta oleh beberapa ahli untuk campurtangan dan saya akan selidik kalau betul, kita akan campurtangan supaya diadakan perhimpunan Jawatankuasa Akta MAS.

Saya akan buat mengikut lunas undang-undang bukan untuk merugikan tetapi untuk memberi kuasa kepada semua pimilik dan pewaris.

"Kita juga ada peguam termasuk peguam negeri untuk menerangkan mengapa kita mesti ada kuasa tersebut," katanya di Majlis Jamuan bersama Pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau menambah, berdasarkan pengalaman daripada kes projek terbengkalai yang lalu akan dipraktikkan supaya dapat membantu masyarakat di Kampung Baru selain menyediakan khidmat nasihat guaman secara percuma supaya pemilik dapat maklumat yang betul.

"Negeri Selangor akan membantu penduduk Kampung Baru kerana negeri Selangor yang membuat undang-undang MAS dan ianya berkuat kuasa.

"Tapi bila tanah KualaLumpur diserahkan kepada kerajaan persekutuan, maknanya tanah itu dibawah kuasa mereka, tapi idea MAS itu masih lagi dibawah jagaan negeri Selangor. Sebab itu kita bertanggungjawab untuk membantu," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan perniagaannya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Fathul Rahman Abu memberi jaminan pelan pembangunan baru dalam tempoh dua minggu daripada sekarang.

Beliau yakin satu-satunya kampung Melayu di Kuala Lumpur itu akan dibangunkan tanpa mengetepikan kepentingan penduduk, lapor Tv Selangor.

Keadilan Daily

Kenaikan gaji kakitangan awam perlu adil- Abdullah Sani

Posted: 18 Jan 2012 11:30 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 19 Jan: Cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi bagi pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA), menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Ekoran itu, kerajaan mengumumkan penangguhan SBPA, yang menggambarkan sikap berdolak dalik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam mengumumkan sesuatu dasar.

Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji kepada penjawat dengan adil dan bukan hanya mementingkan peringkat tertinggi seperti JUSA dan TURUS.

"SBPA ini sebenarnya satu laluan untuk kroni Kerajaan untuk bertambah kaya, yang peringkat bawahan diabaikan. TURUS mendapat kenaikan gaji 50 peratus, manakala JUSA 100 peratus. Sistem ini sepatutnya membuat kenaikan yang adil,"

"Di sini kita lihat kenaikan yang tidak adil dan memberikan kesan buruk.

Namun,sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah, perkara ini tidak berlaku kerana sekiranya peringkat tertinggi menerima kenaikan 20 peratus maka semua peringkat akan mengalami kenaikan peratusan yang sama," katanya.

Pakatan Rakyat (PR) pada konvensyen Sabtu lalu memberi jaminan mengkaji semula pelaksanaan SBPA bagi memastikan kakitangan awam mendapat pembelaan sewajarnya, sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum kelak.

Perkara itu ditegaskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan di Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga di Alor Setar, Kedah, 14 Januari lalu.

Di bawah SBPA, kakitangan awam dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Sokongan.

Pengumuman Anwar itu melegakan rakyat kebanyakan apabila pelaksanaan SBPA yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari mencetuskan rasa tidak senang di semua peringkat sektor perkhidmatan awam terutamanya di kalangan Kumpulan Pelaksana.

Ini kerana ia merugikan majoriti kakitangan awam apabila 75 peratus golongan berpendapatan rendah dalam sektor awam hanya diberi kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus berbanding kakitangan kumpulan Turus melebihi 50 peratus dan Jusa 100 peratus.

Skim SPBA juga tidak dirundingkan secara terperinci dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum dijadikan dasar.

Keadilan Daily

Penduduk di pedalaman Sibuti Perlukan Pembangunan

Posted: 18 Jan 2012 11:25 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

MIRI - Kg Bungai, Kg Kepurau, Kg Subak dan Kelulit terletak dalam
kawasan parlimen Sibuti dan merupakan perkampungan orang Kadayan dan
juga orang Melayu. Terdapat juga orang Iban dan Cina tinggal di
kawasan tersebut. Jarak perjalanan dari bandaraya Miri ke kawasan
tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Walaupun aktiviti PAS Miri berjalan seperti biasa di bandaraya Miri,
tetapi baru-baru ini rombongan PAS Miri telah meninjau keadaan
penduduk yang tinggal di kawasan Sibuti.

PAS Miri telah melawat Tamu Bungai dan bertemu dengan penduduk kampung
serta memberi penerangan tentang Negara Berkebajikan kepada penduduk
tempatan di Kg Bungai, Kg Kepurau dan Kg Subak.

Disamping lawatan sambil kerja tersebut, PAS Miri telah menghulurkan
bantuan sumbangan kepada 57 buah keluarga miskin dan ibu tunggal yang
tinggal di kawasan tersebut. Sumbangan dilakukan dari rumah ke rumah
ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan.

Ini merupakan kali pertama PAS dapat bertemu dengan penduduk tempatan
di kampung tersebut dan merupakan langkah yang pertama ke arah Negara
Berkebajikan. Disamping itu PAS juga telah berjaya mendaftar 16 orang
pengundi baru di kawasan tersebut.

Masalah jalanraya dan juga bekalan air bersih masih lagi jadi isu
utama yang dihadapi oleh sesetengah kawasan khasnya Kg Kejapil ke Kg
Keluru dimana jalanraya yang masih rosak dan belum dibaiki sepenuhnya.
Jalanraya tersebut hanya diturap semasa Pilihan Raya Umum (PRU)
Sarawak yang lalu.

Masalah bekalan air bersih dibeberapa kawasan kampung seperti Padang
Kelulit masih lagi agak ketinggalan dan perlu diberi perhatian oleh
pihak yang berwajib. Kemudahan infrastuktur perlu diutamakan di
kawasan luar bandar kerana keadaan kampung di Sibuti masih lagi belum
membangun sepenuhnya walaupun kita sudah merdeka hampir 55 tahun.

Kemana perginya peruntukan untuk luar bandar yang sepatutnya dapat
dinikmati oleh penduduk di luar bandar?

Kita mendesak agar kerajaan BN dan pihak yang berwajib dapat
menunaikan janji-janji mereka kepada penduduk di Sibuti semasa PRU
Sarawak yang lalu. Peruntukan yang sepatutnya disalur kepada kawasan
pendalaman hendaklah dilaksanakan dengan segera tanpa menunggu PRU 13
nanti.

Tanggungjawab pemerintah adalah menjalankan amanah rakyat dengan jujur
dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

NFC: PKR cadang enam skop audit, siasatan telus

Posted: 18 Jan 2012 11:17 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: PKR mencadangkan enam skop utama audit bagi memastikan siasatan terhadap penyelewengan wang rakyat dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) benar-benar telus dan menepati kehendak rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengumumkan kerajaan akan melantik firma perunding perakaunan bagi mengaudit dan menyiasat skandal NFC dalam tempoh sebulan bagi 'melindungi kepentingan kerajaan'.

Skop itu kata Rafizi termasuk menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan bagi memastikan tiada campur tangan politik semasa projek itu diluluskan.

Katanya, semua minit mesyuarat juga perlu disemak bagi menentukan keterlibatan setiap menteri terbabit serta menilai samada projek NFC mempunyai daya komersil untuk dibiayai kerajaan;

"Kedua, menyiasat proses pemberian dana NFC oleh Kementerian Kewangan bagi menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik.

"Ini termasuklah menyemak setiap pengeluaran dana (loan drawdown) untuk menentukan bahawa ia menepati syarat perjanjian dan tiada penipuan dokumen semasa permohonan mengeluarkan wang dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi turut menegaskan, skop audit itu wajar menyiasat setiap perbelanjaan NFC termasuk memastikan setiap perbelanjaan adalah berpatutan,diluluskan dan ada kena mengena dengan aktiviti penternakan lembu.

"Keempat, menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan tiada unsur penyelewengan.

"Ini termasuklah menyiasat segala pembelian harta, penubuhan syarikat-syarikat lain, perbelanjaan oleh syarikat-syarikat lain yang ditanggung NFC dan segala operasi oleh pihak ketiga yang ditanggung atau berkaitan dengan NFC," tegasnya.

Siasat keluarga Shahrizat

Skop audit kelima ialah menyiasat setiap pembelian aset keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bermula dari tempoh kontrak dianugerahkan sehingga kini, termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan samada dana NFC diguna bagi tujuan peribadi.

Manakala skop audit terakhir ialah menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC.

"Saya percaya enam skop audit ini akan memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri setakat mana berlakunya penyelewengan di dalam NFC dan menguji samada Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar ikhlas menyiasat penyelewengan," tegasnya.

"Salah satu terma lantikan juga mestilah mewajibkan juruaudit membentang keputusan siasatan dan kesimpulan dibuat pada persidangan Dewan Rakyat, Mac ini," tegasnya.

Jika kerajaan enggan menerimapakai keenam-enam skop itu katanya, bermakna pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bermain politik berhubung skandal siasatan NFC.

"Jika ia sampai ke peringkat itu, saya bersetuju dengan cadangan YB Lim Kit Siang dan pendirian kepimpinan PAS, bahawa sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) wajar ditubuh bagi membongkar segala penyelewengan yang berlaku dalam NFC," katanya lagi.

Harakah Daily

Bekas presiden NUJ Hata Wahari sertai DAP

Posted: 18 Jan 2012 11:15 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP.

Setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, dalam mengalu-alukan Hata, berkata beliau berharap bekas presiden NUJ itu akan terus berjuang demi kebebasan akhbar di negara ini.

"Saya percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar," katanya.

Awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz juga menyertai parti itu.

Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias.

malaysiakini/-

Tahniah mencurah-curah untuk Dr Ahmad Yunus

Posted: 18 Jan 2012 11:13 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 19 Jan: Ucapan tahniah terus datang mencurah-curah untuk Dr Ahmad Yunus Hairi atas perlantikan beliau sebagai Exco baru kerajaan negeri Selangor.

(Gambar: Khalid dan Dr Rani mengucapkan tahniah kepada Dr Ahmad Yunus sejurus selepas dilantik)

Terbaru, ucapan tahniah datang dari lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dr Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor yang baru semalam.

Beliau dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS sebelum ini.

Bagi lajnah ini, perlantikan ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan Negeri Selangor.

"Sesungguhnya perlantikan individu professional seperti YB Dr Ahmad Yunus Hairi amat-amat diperlukan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran kerajaan negeri," kata pengerusi lajnah itu, Dr Ghazali Hasbullah.

Lajnah ini mengharapkan penumpuan yang lebih fokus diberikan oleh beliau dalam portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Isu-isu yang melibatkan pembelaan orang melayu dan belia sudah semestinya menjadi agenda utama beliau, kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Isu zakat MAIWP timbul prejudis umat Islam

Posted: 18 Jan 2012 11:07 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerah satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantah penggunaan dana zakat sebanyak RM63,650.00.

Ketuanya, Nasrudin Hassan yang mengetuai Pemuda PAS bagi penyerahan memorandum tersebut menjelaskan DPPM melihat isu penggunaan wang zakat sebagai pendahuluan kos guaman merupakan satu penyelewengan terhadap dana zakat.

"Timbul persoalan bagaimana wang zakat boleh disalurkan kepada pihak yang tidak layak menerimanya.

"Isu ini boleh mengakibatkan timbulnya prejudis umat Islam bahawa wang zakat tidak digunakan kepada saluran yang sewajarnya dan boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh mereka yang berkepentingan," jelasnya.

Tambahnya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan pihak MAIWP berkali-kali menafikan penggunaan wang zakat sebaliknya hanya menyatakan menggunakan wang dari peruntukan kerajaan.

"Jamil Khir dan MAIWP menafikan wang tersebut dari wang zakat walaupun terdapat bukti yang mengesahkan ia benar-benar dari sumber zakat.

"Lihat kepada Laporan Ketua Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Negara yang mengesahkannya dan juga terdapat baucer bayaran bernombor 2010B04112 yang bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150 dikeluarkan," sambungnya lagi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu DPPM juga mempersoalkan mengenai kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merujuk kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan The bahawa penggunaan wang zakat kes guaman adalah dibolehkan demi mempertahankan kedaulatan Islam.

"DPPM ingin bertanya bagaimana boleh diklasifikasi penggunaan kos guaman itu sebagai mempertahankan kedaulatan Islam sedangkan kes sebenar adalah melibatkan kes qazaf oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tetapi kes tersebut dinafikan di Mahkamah Syariah dan dibicarakan di Mahkamah Sivil, adakah itu dianggap sebagai mempertahankan kedaulatan Islam," katanya lagi.

Nasruddin tegaskan pihaknya memohon agar MAIWP tampil memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia serta memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang berlaku.

Dalam pada itu, beliau nyatakan DPPM menegaskan bahawa isu penggunaan wang zakat bagi tujuan kos guaman adalah suatu isu kesalahan dan merupakan penyelewengan yang besar di sisi rakyat.

"Kita tidak akan bersekongkol dengan kemungkaran yang berlaku dan menjadi tanggungjawab kami untuk membantah tindakan ini bagi kepentingan agama Islam dan umat Islam di negara ini," katanya lagi.

Sebelum itu, memorandum tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Ismail Porjo di Pejabat MAIWP.

Turut hadir bersama Nasrudin adalah Pengarah Jawatankuasa Isu Zakat, Kamaruzaman Mohamad yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan juga beberapa anggota exco DPPM yang lain.

Harakah Daily

Pakar nuklear dibunuh: Jangan sekat kebangkitan rakyat

Posted: 18 Jan 2012 11:05 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Peristiwa pembunuhan seorang pakar nuklear Iran oleh pihak Israel dengan persekongkolan Amerika Syarikat semalam perlu dijadikan pengajaran oleh Kerajaan Malaysia agar tidak menyekat kebangkitan rakyat.

Perancangan jahat pihak Israel dan Amerika Syarikat sehingga membawa kepada pembunuhan pakar nuklear itu ternyata gagal melemahkan semangat rakyat negara itu, malah ia telah mencetuskan kebangkitan puluhan belia lain untuk menggantikan tempatnya bagi kepentingan negara mereka.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, rakyat Iran sememangnya tidak akan tunduk dan lemah dengan tekanan Israel dan Amerika Syarikat kerana kerajaan yang ada di negara itu sendiri kini adalah terhasil daripada kebangkitan rakyat.

Menurutnya, mereka telah bangkit bersama-sama Ayatollah Khomeini menerusi Revolusi Iran pada tahun 1979 lalu untuk menggulingkan Shah Iran bagi melakukan perubahan terhadap pemerintahan di negara itu ke arah yang lebih baik.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Agensi yang menyebut kira-kira 1,300 pelajar universiti di Iran memohon menukar bidang pengajian utama kepada sains nuklear berikutan pembunuhan seorang pakar nuklear Teheran, Mostafa Ahmadi Roshan (gambar) minggu lalu.

Mostafa terbunuh pada 11 Januari lalu akibat letupan sebutir bom magnet dilekatkan pada keretanya oleh seorang penunggang motosikal.

Pegawai Iran menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendalangi pembunuhan beliau.

Syed Azman menambah, perubahan yang mereka ingini itu telah berlaku di negara tersebut setelah Shah Iran digulingkan dan kini mereka sedang berusaha mempertahankan dan membangunkan negara mereka dengan pelbagai cara, setanding dengan negara-negara sedang membangun lain di dunia ini.

"Kerajaan Iran juga telah mengambil inisatif membangunkan nuklear di negaranya untuk pembangunan tenaga. Pihak Israel dan Amerika Syarikat ternyata tidak senang dengan usaha Iran itu kerana dibimbangi akan turut membawa kepada perkembangan persenjataan menerusi nuklear yang akan mengancam mereka.

"Jika Iran mahu, Iran memang boleh membangunkan persenjataan menerusi nuklear di negaranya, tetapi sehingga kini nuklear yang dibangunkan itu sememangnya untuk tenaga seperti juga yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sendiri, Jepun, Jerman dan Perancis bagi pembangunan perindustrian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tindakan Iran tetap tidak disenangi pihak Israel dan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sehingga mereka telah melakukan pelbagai tekanan terhadap Iran termasuk dengan melakukan sekatan ekonomi.

"Terbaru, Mossad Israel telah berjaya membunuh pengarah nuklear Iran, tetapi sebaik sahaja pembunuhan itu berlaku, puluhan pelajar universiti di republik itu telah mengambil keputusan menukarkan jurusan pengajian mereka kepada nuklear bagi membolehkan mereka meneruskan usaha saudara mereka yang telah terbunuh itu.

"Begitulah hebatnya kebangkitan rakyat Iran. Dalam diri mereka sememangnya sentiasa menyala dengan semangat revolusi setelah tercetusnya Revolusi Iran pimpinan Khomeini tahun 1979 lalu, bagi membolehkan mereka terus mempertahankan kerajaan yang ada sekarang," katanya yang juga Adun Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu.

Kejadian yang berlaku di Iran itu, tambahnya, sememangnya penuh dengan pengajaran untuk Kerajaan Malaysia yang berada di bawah BN sekarang, khususnya mengenai kebangkitan rakyat.

Katanya, di negara kita, kebangkitan rakyat juga kini telah berlaku dengan keseluruhan rakyat menuntut keadilan dari pihak pemerintah dalam pelbagai aspek termasuk politik bagi melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

"Kebangkitan ini tidak lagi boleh disekat oleh kerajaan kerana jika disekat pasti akan mencetuskan kebangkitan lebih besar termasuklah kebangkitan rakyat ke jalan-jalan raya.

"Pihak pemerintah sememangnya tidak mempunyai pilihan lain lagi, kecuali dengan memenuhi tuntutan rakyat bagi mendapatkan keadilan setelah keadilan yang dituntut itu dinafikan oleh pihak Kerajaan BN sejak sekian lama," tegas beliau.

Harakah Daily

Ops SIkap 25: 13 kematian pada hari ketiga

Posted: 18 Jan 2012 11:00 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 19 Jan. — Sebanyak 13 kematian dicatat pada hari ketiga Ops Sikap ke-25 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula pada Isnin lalu kepada 39 orang.

Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan, jumlah kematian semalam meningkat empat orang berbanding hari kedua operasi itu dan pengguna kereta mencatatkan angka yang tertinggi.

Mereka yang terkorban melibatkan lapan pengguna kereta, tiga pengguna motosikal dan dua pejalan kaki.

Sebanyak 21,199 saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, kebanyakannya memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat dan memandu di laluan kecemasan.

Selain itu, sebanyak 1,198 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan jalan bandaran mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 433 kes diikuti jalan negeri (283) jalan persekutuan (282), lebuh raya (78) dan 122 kes lagi di jalan-jalan lain.

Ops Sikap ke-25 yang akan berakhir 30 Jan. dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina bagi mendidik pengguna memandu secara berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan. — BERNAMA

Dua remaja 16 tahun direman

Posted: 18 Jan 2012 10:59 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

PASIR MAS – Dua remaja lelaki ditahan, bagi membantu pihak polis berhubung kes simbah asid ke atas seorang duda di Kampung Tendong, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kedua-dua suspek berusia 16 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas bagi tahanan reman bermula semalam sehingga 24 Januari ini.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah, dipercayai diupah mendatangkan kecederaan kepada duda berkenaan.

"Sebelum ini, pihak polis menahan dua wanita dipercayai bekas isteri duda terbabit, di dua tempat berasingan dekat Tumpat, 16 Disember lalu.

"Ini menjadikan jumlah penahanan kepada empat suspek dan kita percaya dapat menyelesaikan kes tersebut dalam masa terdekat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kejadian Sabtu lalu, melibatkan seorang mangsa, Wan Hussin Wan Yusoff, 52, cedera parah di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid.

Haliludin berkata, mangsa dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, dilaporkan stabil.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

"Kita menasihati semua, agar tidak menjadikan jenayah sebagai satu jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang berlaku," katanya.

Sinar Harian

NFC: PKR mahu tahu terma rujukan audit

Posted: 18 Jan 2012 10:57 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan enam skop utama audit yang memberi kuasa sepenuhnya kepada juruaudit untuk menyiasat sepenuhnya isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) ekoran keputusan kerajaan melantik juruperunding.

Sehubungan itu, PKR juga mengesyorkan supaya terma pelantikan dan skop audit diumumkan kepada rakyat apabila lantikan dibuat.

"Salah satu terma lantikan mestilah mewajibkan juruaudit membentangkan keputusan siasatan dan kesimpulan yang dibuat dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang dalam bulan Mac ini," kata Pengarah Strategi Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya percaya enam skop audit ini akan memberi peluang kepada rakyat menilai sendiri setakat mana berlakunya penyelewengan di dalam NFC.

"Ia bakal menguji sama ada (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar ikhlas menyiasat penyelewengan yang berlaku apabila beliau mengumumkan perlantikan firma juruaudit semalam," kata beliau lagi.

Semalam, kerajaan berhasrat untuk melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan satu penelitian wajar dan audit projek NFC.

Muhyiddin berkata, bagi melindungi kepentingan kerajaan, firma perunding itu akan membuat penelitian dan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan projek tersebut.

"Tugasan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan," katanya.

Sabtu lepas, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah mengatasi isu yang melanda NFC ini dalam masa terdekat.

Isu NFC timbul apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan perbadanan itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Di bawah enam skop yang dicadangkan itu, Rafizi mahu panel audit menyiasat proses membuat keputusan di peringkat tertinggi kerajaan untuk memastikan tiada campur tangan politik dalam meluluskan projek NFC serta penganugerahan projek kepada keluarga menteri.

"Ini termasuklah menyemak semua minit mesyuarat untuk menentukan keterlibatan setiap menteri terbabit serta menilai sama ada projek NFC mempunyai daya komersil untuk dibiayai kerajaan," katanya lagi.

Selain itu, kata beliau, pihaknya mahu panel audit menyiasat proses pemberian dana kepada NFC oleh Kementerian

Kewangan untuk menentukan ia mengikut prosedur Perbendaharaan dan amalan terbaik.

Syor-syor lain ialah:

- menyiasat setiap perbelanjaan oleh NFC untuk memastikan ia benar dan tepat dengan matlamat penubuhan NFC

- menyiasat setiap pemindahan wang keluar dari NFC kepada pihak ketiga untuk memastikan

- menyiasat setiap pembelian aset oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat

Jalil bermula dari tempoh kontrak dianugerahkan sehingga sekarang, termasuk pembelian atas nama peribadi untuk menentukan sama ada dana NFC telah digunakan bagi tujuan peribadi

- menyiasat setiap pembayaran besar dan berkala oleh NFC dan syarikat-syarikat berkaitan keluarga Shahrizat untuk menentukan latar belakang pembekal dan individu terbabit yang berurusan dengan NFC.

Kata Rafizi, sekiranya kerajaan enggan menerima pakai keenam-enam skop itu, ia bermakna pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak serius mencari penyelesaian kepada skandal NFC yang berlarutan.

"Jika ia sampai ke peringkat itu, saya bersetuju dengan cadangan Lim Kit Siang dan pendirian kepimpinan PAS bahawa sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam NFC," katanya lagi.

Sinar Harian

Hilangkan diri kerana merajuk

Posted: 18 Jan 2012 10:52 PM PST

25 Safar 1433H. [MOD] -

MUAR – "Sejak mengetahui saya bukan bapa kandungnya, Mohd Azan merajuk dan menghilangkan diri daripada keluarga," kata Adnan Jaafar, 60.

Menurutnya, sejak itu pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki anak angkatnya, Mohd Azan Mohd Sufian, 17, tetapi gagal.

"Terbaru, saya mengetahui Mohd Azan kini berada di Shah Alam dan bekerja menjual burger serta pakaian terpakai.

"Sudah dua tahun kami tidak berjumpa, malah saya ada cuba menghubungi telefon bimbitnya juga tidak berjaya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Jalan Junid, dekat sini.

Adnan berkata, dia buntu memikirkan tindakan Mohd Azan yang menghilangkan diri dianggapnya terlalu drastik.

"Sebelum ini, hubungan kami sangat akrab dan langsung tidak menampakkan jurang sebagai anak angkat.

"Jadi apabila keadaan ini berlaku, saya sangat sedih dan berharap Mohd Azan sudah tidak merajuk lagi serta sudi bertemu semula dengan saya," katanya.

Katanya, dia mengambil Mohd Azan sebagai anak angkatnya ketika usianya sehari selepas seorang kenalan memaklumkan ada seorang wanita mengandung mahu menyerahkan bayi yang dikandungnya kepada orang lain.

"Saya berasa simpati dan berminat mengambil bayi ini untuk dijadikan anak angkat dan tinggal bersama arwah ibu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Ketika itu saya hanya bekerja sebagai tukang masak di Kuala Lumpur," katanya.

Katanya lagi, ketika berusia 16 tahun, Mohd Azan ada bertemu dengan ibu kandungnya di Perak, tetapi malangnya wanita tersebut tidak mengaku Mohd Azan sebagai anaknya.

"Sejak peristiwa itu, Mohd Azan kecewa dan dia sering bertanya serta mencari bapa kandungnya.

"Bagaimanapun, usaha Mohd Azan mencari bapa kandungnya hingga kini masih lagi gagal, menyebabkan dia terus menghilangkan diri," katanya.

Adnan berkata, dalam tempoh tiga tahun di Kuala Lumpur, dia berkenalan dengan seorang lelaki, Sufian Yakob, 40-an, yang mendakwa bapa kandung kepada Mohd Azan.

Katanya, malangnya lelaki tersebut tidak memberikan maklumat lengkap berkaitan dirinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

"Ketiadaan maklumat ini menyebabkan saya sukar menjejaki Sufian dan merayu agar Sufian dapat mencarinya di alamat 46-4 Jalan Junid, Muar," katanya.

Sinar Harian

Idris Ahmad

Posted: 18 Jan 2012 11:32 PM PST

Idris Ahmad


Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas

Posted: 18 Jan 2012 07:40 PM PST

Sombong Bukan Akhlak Ahli Pas

Idris Haji Ahmad

19/1/12

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." – (Al-Mukmin: 60). 

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat. Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar." 

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

 

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

 

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

 

 

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud:  Rasulullah Saw bersabda: "Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya". [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

 

Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan
Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian
Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW
 

 

"Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
 

Cara untuk mengubat

 

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

 

 

Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  ahli dan pemimpin  Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa  dan rasa bangga diri.

 

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh  Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap  sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

 

Firman Allah s.w.t

 

"Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

 

 

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

 

Juga sabdanya s.a.w.:

 "Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah."

 

Rasulullah SAW bersabda

 

 

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. 

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


Filed under: Tarbiyyah

Peghelih La...

Posted: 18 Jan 2012 11:30 PM PST

Peghelih La...


Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 5

Posted: 18 Jan 2012 05:51 PM PST

Hasan Ali seperti ‘buah buruk’, tak perlu petik akan jatuh sendiri, kata veteran PAS

Posted: 18 Jan 2012 05:45 PM PST

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 18 Jan — Veteran PAS Subky Abdul Latif mengibaratkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali seperti "buah buruk" yang akan jatuh bila-bila masa tanpa perlu "dijolok " .

Ketika dihubungi The Malaysian Insider Subky berkata kepimpinan PAS tidak perlu melayan dan ambil peduli tentang tuduhan yang dilemparkan Hasan terhadap parti itu.

Beliau juga berkata Hasan kini hanya "orang luar" dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hasan (gambar) dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Jan 2012 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Dato Tuan Ibrahim di Lenggeng 27 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 06:21 AM PST


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 27 Jan 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat


Semua dijemput hadir

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 18 Jan 2012 07:31 PM PST

Pemuda PAS Hulu Kelang


Santai Anak Muda AU1, 14 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 09:40 AM PST











Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

SOFIYYAH binti IBNU AZHAR

Posted: 18 Jan 2012 09:31 AM PST



Alhamdulillah..sebentar tadi selesai sudah aktivit menziarahi rumah shbt UKJHK, Sdr Afiffuddin di rumahnya di Taman Melati.

Walaupun tidak ramai yg hadir, mgkin atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan, aktiviti ziarah sebegini memang amat penting sebagai ahli gerakan atau abnaul harakah khususnya pemuda2 yg mengikuti usrah.

Selain dapat mengenali shbt seusrah kita juga sepatutnya dan sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mencari jalan untuk lebih mengenali, memahami shbt seusrah dan ahli keluarganya, bg memupuk lagi rasa mahabbah dan kasih sayang sesama kita..

Sesungguhnya ukhuwah islamiah yg ingin kita bentuk bukan shj dari liqa'2 yg diadakan, dari program2 yg dihadiri bersama, tetapi lebih dari itu.
ana mengharapkan lebih banyak aktiviti2 ziarah sebegini dapat diadakan tidak mengira waktu2 keraian tertentu.

disertakan sedikit lakaran wajah2 yg sempat ana lukiskan melalui hp ana sebentar tadi...

Rukun Usrah yg perlu ana ingatkan kepada diri sendiri dan sahabat2:
1. Taaruf (Mengenali)
2. Tafahum (Memahami)
3. Takaful (Tolong-menolong)


Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Sedikit Coretan Usrah UKJ_16 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 09:29 AM PST

Usrah UKJHK

16 Jan 2012/Isnin

PKMHK,AU2


Pengerusi Majlis : Muthanna

Naqib: Us Imran


Muqaddimah

Bulan safar ada peristiwa penting dlm sirah dimana dakwah nabi dikhianati.

Nabi baca qunut nazilah selama sebulan.

Rujuk kitab Raheeq Al-Maqtum.

Jika nak dibandingkan kesusahan yg kita alami sekarang, zaman nabi dulu lagi susah.

Nabi pernah pergi dari satu khemah ke satu khemah semasa musim haji untuk berdakwah pd org2 yg pergi mengerjakan haji.

Pengisian Usrah

Tajuk: Prinsip ke 9 (Risalah Ta'alim)


- Setiap permasalahan yg tidak mendorong kpd amal dan memberat-beratkan hukum syarak adalah ditegah.

(takalluf: memberat-beratkan/mengada-ngada)

- Memperbanyakkan cabang2 hukum yg belum berlaku adalah ditegah.

- Membahaskan/mempertikaikan kebaikan dan keburukan para sahabat juga ditegah.

- Imam al-banna telah meletakkan cara utk mengelakkan perkara ini drpd berlaku.

- Cth pertanyaan yg tidak membuahkan amal: bertanya ttg zat Allah, perkara2 mustashabihat dlm Quran, pkr2 fiqh yg belum berlaku.





Setiausaha Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Alhamdulillah..Semarak Hijau

Posted: 18 Jan 2012 09:27 AM PST

Alhamdulillah...

Sedikit memoir perjalanan Program Semarak Hijau Hulu Kelang Hari ini, Sabtu. 14 Jan 2012 kepada sahabat-sahabat yg tidak dapat mengikuti dari awal ataupun yg sedang berjuang nun jauh di perantauan.

Bermula jam 8 pagi pemuda2 UKJHK khususnya kpd ketua UKJ dan shbt2 yg lain sudah tiba awal di lokasi yg telah disepakati oleh jumhur AJK UKJHK iaitu di Pasar Pagi Kuala Ampang.

Kuala Ampang adalah salah satu UPU drpd 20 UPU di DUN Hulu Kelang yang majoriti pengundinya berbangsa cina. Rakan-rakan dari KeAdilan banyak membantu melancarkan program disana selaku Tuan Rumah.

Yg ana kenal Mr Patrick sahaja.

S/U UKJ...mcm biasa lambat lagi..x abih2 dengan kelambatannya klu prog belah pagi. kali ni set alarm Kunci Kereta pulak hilang..cari punya cari rupanya ada dalam plastik sampah kat luar rumah. Terbunag masa buang sampah mlm sebelum tu. Set Alarm Kunci kereta siapa? Dirahsiakan..

Bermula hampir jam 9 pagi, kaunter daftar pemilih dan khidmat kesihatan dibuka oleh petugas2 aka pemuda2 PAS Kaw Gombak yang diserikan juga dengan petugas2 Nisa' (mcm first time nampak depa bantu sekali.. apapun alhamdulillah bertambah team yg sedia ada) yang datangnya dari Gombak Setia dan Batu Cave. Dari Hulu Kelang x payah cerita la sebab memang Tuan Rumah.

Tidak seperti biasa (Memang x biasa sebab ni kali pertama kot~), kali ini lebih daripada 3 rim (600 naskhah) SelangorTimes habis diedar kepada pengunjung2 PASar Pagi Kuala Ampang.
Tidak kurang juga pada info dari pendaftar dan penyemak daftar pemilih kita..khabarnya borang daftar pemilih pun abih.. ink printer pun abih.. agak2 berapa ramai yang mendaftar eh? Nak tahu blh tanya S/U nanti..
Kepada yang ikut jaga kaunter insya allah tahu juga..

Hampir pukul 11 barulah kaunter disiap2kan untuk ditutup untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu Jejak Pengundi di AU5C Lembah Keramat Hulu Kelang. Waktu petugas muslimat dah gerak awal untuk mulakan aktiviti Jejak Pengundi.. diekori dengan pemuda2 yg xsabar2 nak lari dari hiruk pikuk di Kuala Ampang untuk edar slip pengundi pula.

Dipendekkan cerita Jejak Pengundi habis dlm waktu zohor di Surau Mustaqim..
lepas tu kebanyakan petugas balik berehat untuk prig Santai Pemuda pulak sebelah malamnya~

belah malam ramai yg dtg so postpone dulu cerita night mode version..penat juga jadi penulis sambilan ni..hari Ahad ada program dri pagi hingga ke malam jugak..masing dah ambil port utk berhat dilokasi2 masing2..
mungkin ada yg dirumah, dikereta di.. wallahua'lam.

Setiausaha Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 18 Jan 2012 07:22 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Agih Limau Sempena Tahun Baru Cina

Posted: 17 Jan 2012 07:50 PM PST

DUNGUN, 18 Januari Rabu - Menjelang seminggu sebelum sambutan Tahun Baru Cina, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Dungun telah mengambil inisiatif menyusun program agihan limau kepada para peniaga masyarakat Tionghua di sekitar bandar Dungun.
Di DUN Sura, agihan tersebut diadakan pada 16 Januari, bermula di Pasar dan Kuala Dungun  dan keesokannya 17 Januari, agihan dilakukan di sekitar Sura Gate dan sekitarnya.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah hadir melakukan agihan ke premis perniagaan para peniaga yang tersenarai. 
Sebanyak lebih kurang 200 buah kedai telah menerima kunjungan ADUN Sura atau wakilnya sempena agihan limau Tahun Baru Cina tahun ini.
Turut mengiringi ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Dungun iaitu Puan Serena Lim Abdullah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasanya, di antaranya Haji Hassan Abdul Aziz, Abdullah Che Yahya dan Abdul Rajak Hj Abdul Hamid.

Bendahari MTD Sura, Haji Abdullah Ibrahim dan AJK MT Pemuda DUN Sura, Shaikh Salmin Shaikh Mohamad turut mengiringi ADUN Sura semasa agihan limau tersebut.

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Jan 2012 07:22 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apa Kemajuan Yang Terdapat Di Sibuti?

Posted: 18 Jan 2012 02:45 PM PST

Penduduk di pedalaman Sibuti Perlukan Pembangunan
MIRI - Kg Bungai, Kg Kepurau, Kg Subak dan Kelulit terletak dalam kawasan parlimen Sibuti dan merupakan perkampungan orang Kadayan dan juga orang Melayu. Terdapat juga orang Iban dan Cina tinggal di kawasan tersebut. Jarak perjalanan dari bandaraya Miri ke kawasan tersebut mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Walaupun aktiviti PAS Miri berjalan seperti biasa di bandaraya Miri, tetapi baru-baru ini rombongan
PAS Miri telah meninjau keadaan penduduk yang tinggal di kawasan Sibuti.

PAS Miri telah melawat Tamu Bungai dan bertemu dengan penduduk kampung serta memberi penerangan tentang Negara Berkebajikan kepada penduduk tempatan di Kg Bungai, Kg Kepurau dan Kg Subak.

Disamping lawatan sambil kerja tersebut, PAS Miri telah menghulurkan bantuan sumbangan kepada 57 buah keluarga miskin dan ibu tunggal yang tinggal di kawasan tersebut. Sumbangan dilakukan dari rumah ke rumah ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk tempatan.

Ini merupakan kali pertama PAS dapat bertemu dengan penduduk tempatan di kampung tersebut dan merupakan langkah yang pertama ke arah Negara Berkebajikan. Disamping itu PAS juga telah berjaya mendaftar 16 orang pengundi baru di kawasan tersebut.

Masalah jalanraya dan juga bekalan air bersih masih lagi jadi isu utama yang dihadapi oleh sesetengah kawasan khasnya Kg Kejapil ke Kg Keluru dimana jalanraya yang masih rosak dan belum dibaiki sepenuhnya. Jalanraya tersebut hanya diturap semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak yang lalu.

Masalah bekalan air bersih dibeberapa kawasan kampung seperti Padang Kelulit masih lagi agak ketinggalan dan perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib. Kemudahan infrastuktur perlu diutamakan di kawasan luar bandar kerana keadaan kampung di Sibuti masih lagi belum membangun sepenuhnya walaupun kita sudah merdeka hampir 55 tahun.

Kemana perginya peruntukan untuk luar bandar yang sepatutnya dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar?

Kita mendesak agar kerajaan BN dan pihak yang berwajib dapat menunaikan janji-janji mereka kepada penduduk di Sibuti semasa PRU Sarawak yang lalu. Peruntukan yang sepatutnya disalur kepada kawasan pendalaman hendaklah dilaksanakan dengan segera tanpa menunggu PRU 13 nanti.

Tanggungjawab pemerintah dalam menjalankan amanah rakyat dengan jujur dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Sibuti rural communities need Development
MIRI - Kg Bungai, Kg Kepurau, Kg Subak and Kelulit located in the Sibuti parliamentary constituencies and are Kadayan villages and also the Malays. There is also the Iban and Chinese living in the area. Distance from the city of Miri to the area takes about 1 hour.

Although Miri PAS activities went on as usual in Miri city, but recently Miri PAS delegation had observe the situation those who live in Sibuti areas.

PAS Miri also visit Tamu Bungai and met with villagers and provide information about the Benevolent State to local residents in Kg Bungai, kg Kepurau and Kg Subak.

Besides working visits, PAS Miri has contributed to helping poor families and 57 single mothers who live in the area. A contribution made ​​from house to house has received good response from local residents.

This is the first time PAS was able to meet with the locals in the village and is the first step towards Benevolent State. Besides, PAS has also been successfully registered 16 new voters in the area.
Problem of roads and clean water supply are still major issues to be faced by some areas, especially Kg Kejapil to Kg Keluru where the roads are still damaged and has not been fully repaired. The Road only surfaced during the Sarawak General Election (GE) recently.

Treated water supply problem in some rural areas such as Padang Kelulit still lagging behind and need to be addressed by the authorities. Infrastructure facilities should be given priority in rural areas due to the condition village in Sibuti still not fully developed even though we have independence nearly 55 years.

Where did the provisions for rural areas that should be enjoyed by the people in rural areas?

We urge the BN government and the authorities able to fulfil their promises to the people in Sibuti during the Sarawak last general election.

The provisions that suppose to be channelled to the interior must be implemented immediately without waiting for GE 13 later.

The responsibility of the government in carrying out the trust of the people is honestly and fairly regardless of race, religion and political belief.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Jan 2012 03:55 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN UMporNO!!!

Posted: 17 Jan 2012 07:43 PM PST

Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar "muhasabah diri" tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga sanggup mendakwa wujud "parasit" dalam parti Islam itu.


Sayap pemuda parti itu juga menasihatkan Hasan agar memohon maaf kepada kepimpinan PAS dan jangan sesekali menggadai maruah diri dan menjadi kuda tunggangan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS negeri sepatutnya menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka.

"Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hasan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau," katanya.

Bagaimanapun Mohd Sany menambah: "Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh peraturan parti."

WARDINA DIROMPAK... BLOGGER UMNO TERUS MENGHENTAMNYA!!!

Posted: 17 Jan 2012 07:18 PM PST

Sejak kejadian rompakan di kediaman Wardina Saffiyah tempoh hari oleh 3 orang warga Indonesia di Bukit Antarabangsa di Ampang dan suaminya Ikhwan telah dicederakan. Blogger UMporNO terus memainkan isu ini dengan tulisan-tulisan yang berbau kebencian dan kejelikan dengan kejadian tersebut sehingga ada tulisan menyatakan "seolah-olah dalam negara ini dia sahaja yang kena rompak, sedangkan ramai lagi mangsa yang lebih teruk dari dia"… mungkin kebencian terhadap Wardina dengan kenyataannya yang terbuka selama ini membuatkan blogger pencacai angkat najis UMporNO terus menyerangnya.


mungkin mereka jelous ....huhuhuhuhuhu
biasa la ....

BAUCER NOTE RM50 TINDAKAN TIDAK BIJAK KERAJAAN BN

Posted: 17 Jan 2012 05:40 PM PST

PEMBERIAN baucar buku berjumlah RM200 seorang  kepada pelajar IPTA kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Contohnya, pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.

Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.

Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar.
Manakala kedai kedai buku pula menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 - RM150 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.

So, apakah penberian boucer dalam note RM50 adalah suatu tindakan yang bijak????

ISKH..ISKH...GANAS NYE AZWAN...NAK BAKAR ADIKNYA YANG DERHAKA!!!

Posted: 17 Jan 2012 04:43 PM PST

Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

"Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.

"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, semalam. - HMetro

FITNAH : ANWAR SAMAN UTUSEX RM50

Posted: 17 Jan 2012 04:40 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu "menghalalkan homoseksual" dalam terbitan hari ini.


Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar — Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran, laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

"Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah," kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak."

"Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar," katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Jan 2012 03:32 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SATU KELUAR 3 MASUK ! ALHAMDULILLAH , TAKBIR!

Posted: 18 Jan 2012 12:08 AM PST

Dr Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco menggantikan Hasan Ali di depan Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Sidang akhbar bersama ahli Exco yang baru, YB Dr. Yunus Ahmad Hairi. YB Dr. Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor turut hadir bersama.

YB Dr. Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan. Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas akan dipegang oleh Menteri Besar. YB Dr. Rani memegang jawatan Pengerusi Skimsel dan YB Dr. Shafie Abu Bakar memegang jawatan Pengerusi PADAT


UTUSAN MUFLIS 48 JAM LAGI?

Posted: 17 Jan 2012 08:21 PM PST

DS Anwar Beri Tempoh 48 Jam Kepada Utusan Malaysia Tuntut Utusan Tarik Balik Laporan Palsu Dan Mohon Maaf Perlu Siarkan Di Muka Depan, Jika Utusan Gagal Penuhi, Gantirugi RM50juta Bakal Dituntut..

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu "menghalalkan homoseksual" dalam terbitan hari ini.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar — Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.
Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.
Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguanUtusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar ulas isu gay" turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
"Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah," kata Surendran yang juga peguam Anwar.
Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak."
"Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar," katanya.
Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.
Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

TAHNIAH ! EXCO BARU SELANGOR

Posted: 17 Jan 2012 07:04 PM PST

ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.



Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

LEGENDA MAT INDERA FAKTA, HANG TUAH LEGENDA BUTA? ORANG MELAKA TAK MARAH KA?

Posted: 17 Jan 2012 06:05 PM PST

, 2012

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

KENYATAAN UNTUK BEKALAN JAWAPAN!

Posted: 17 Jan 2012 04:54 PM PST

Kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Dipetik Dari TV Selangor :


SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai satu tindakan pribadi kerana ia adalah diluar kawalan dan tanggungjawab parti.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS."Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.
Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.

2 kenyataan dari Ketua penerangan dan Naib Presiden PAS ini insyallah dapat memberi sedikit bekalan minda dan fakta untuk ahli PAS menjawab jika disoal dan untuk pemantapan diri sendiri dalam arus fitnah dan mehnah zaman kebangkitan Pakatan Rakyat menjelang kemenangan PR di PRU13 nanti.


Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi."Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya.

Kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar Dipetik Dari Sinar Harian :

SHAH ALAM - Kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali wujudnya parasit dalam Pas, seolah memberi gambaran menghina keputusan kepimpinan Pas dalam isu pemecatannya, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, tindakannya itu memberi gambaran keputusan pemecatannya yang diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti dalam parti didorong dan dipengaruhi oleh parasit."Ia juga seperti menafikan keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Hasan, mendakwa wujudnya parasit dalam Pas yang semakin menguasai hala parti termasuk dalam isu pemecatannya.Enggan mengulas panjang, Mahfuz berkata, terpulang kepada Hasan mengenai parasit yang didakwanya berlaku dalam parti.

"Kami tidak tahu, ada atau tidak parasit. Itu terpulang padanya. Kami tiada masalah," katanya.Mahfuz berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Hasan Ali yang tidak berhasrat untuk membuat rayuan berhubung pemecatannya.

"Saya hormati keputusannya itu untuk kebaikan dirinya dan meneruskan perjuangan yang kini berbeza dengan parti," katanya.Berhubung siri ceramahnya, Mahfuz memberi jaminan, ia berjalan lancar."Ahli Pas tidak akan ganggu ceramahnya. Itu saya jamin. Tidak seperti sesi ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sering diganggu," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Jan 2012 10:51 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Manifesto PR Negeri Sembilan cedok idea BN

Posted: 18 Jan 2012 06:53 AM PST


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto Pakatan Rakyat itu sebenarnya berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pembangkang hanya mencedok idea Kerajaan Negeri dan menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini. Jika benar dakwaan beliau, apakah kerajaan negeri akan menawarkan perkara yang sama, kurang atau lebih lagi dari apa yang terdapat dari sebahagian daripada Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan di bawah ini :

1. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

2. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

3. Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.

4. Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

5. Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.

6. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).

7. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).

8. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

9. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.

10. Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.


Manifesto PR Negeri Sembilan cedok idea BN

January 18, 2012

SEREMBAN – Kerajaan Negeri menasihatkan kepada seluruh rakyat negeri ini agar tidak terpengaruh dengan manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang dilancarkan baru-baru ini, di Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto itu sebenarnya berasaskan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, pembangkang hanya mencedok idea Kerajaan Negeri dan menidakkan apa yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri selama ini.

"Mereka (PR) hanya ambil idea dan pelaksanaan kita (BN), kemudian mencari sesuatu yang tidak betul untuk menyelar BN.

"Apa yang pasti, semua idea dalam manifesto berkenaan telah kita laksanakannya, misalnya pengisytiharan harta benda, BN telah lama lakukannya.

"Macam saya, semua harta benda saya isytiharkan dan hantar maklumat kepada Perdana Menteri, manakala semua ahli Exco Kerajaan Negeri pula, mereka isytiharkan kepada saya, selaku Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Negeri, semalam. Mohamad berkata, BN adalah parti yang buat kerja dan tidak suka menabur janji berbanding pihak lain.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/manifesto-pr-negeri-sembilan-cedok-idea-bn-1.18964

Dato Tuan Ibrahim di Lenggeng 27 Jan 2012

Posted: 18 Jan 2012 06:16 AM PST


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 27 Jan 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat

Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat

Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Naikkan gaji guru KAFA di N.Sembilan, komitmen PR

Posted: 17 Jan 2012 06:08 PM PST



Di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bertemakan "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan. Tonggak yang ke 5 bertajuk Rakyat Nan Berakhlak. Di mana salah satu perkara yang diketengahkan ialah untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

Perkara ini adalah tidak mustahil memandangkan kutipan zakat meningkat saban tahun di Negeri Sembilan ini, iaitu sekitar RM39 juta pada tahun 2009, RM50 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan RM53 juta pada tahun 2011.

Dalam pada masa yang sama pula beban kewangan kerajaan negeri telah begitu banyak berkurangan apabila sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dimana SABK-SABK ini telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa.

***************
SEREMBAN, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah tersebut dibuat agar sekolah ini akan dapat dilengkapi dengan kemudahan serta guru terlatih yang mencukupi.

"Sekarang ini kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan serta menghadapi kekangan kewangan untuk memperlengkapkan kemudahan terutama infrastruktur sekolah itu sendiri. Kita juga menghadapi kekangan daripada perjawatan sebab lebih 50 peratus guru sekolah ini merupakan guru sandaran (sementara).

Mohamad berkata Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan di Gemencheh, Maahad Ahmadi (Gemencheh), SMA Sains Kuala Pilah (Selaru, Johol) dan SMRA Gemencheh bagaimanapun masih di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=285833&cat=tn

Muhyiddin sarankan SAR diserap di bawah Kementerian Pelajaran

Mengenai SABK Madrashah Al-Attas Arabiah, Muhyiddin berkata, ia merupakan sekolah agama rakyat yang pertama di Johor menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran untuk berdaftar di bawah SABK.

Beliau memberitahu, sekolah berkenaan telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan kementerian sama seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

MAINS SASAR RM53 JUTA KUTIPAN ZAKAT 2011

18 April 2011, Seremban - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) bagi mencapai sasaran pungutan zakat mencecah RM53 juta bagi tahun ini.

"Bagi tahun lalu, kita mensasarkan RM48 juta, namun kita berjaya memungut hampir RM50 juta dari pelbagai jenis zakat dan fitrah dan ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dari segi prestasi pungutan dan ia jelas membuktikan prestasi yang ditunjukkan oleh PZNS amat baik ".

http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/30-tahun-2011/179-mains-sasar-rm53juta-kutipan-zakat-2011

Kutipan Januari hingga Disember Tahun 2009 RM 38,569,850.39
http://www.zakatns.com.my/v3/analisis-zakat/tahun-2009

Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku?

Posted: 17 Jan 2012 05:23 PM PST



Pemberian baucer buku sebanyak RM200 untuk setiap pelajar di IPT perlu penambahbaikan untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan penyalahgunaan samada oleh para pelajar, para peniaga mahu pun mereka yang menguruskan pemberian baucer tersebut.

Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku?
Utusan Malaysia 18 Jan 2012

PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut.

Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri.

Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping.

Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai.

Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada?

Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan.

Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT.

Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain.

Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

MEZA
Sungai Buloh, Selangor
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik

Posted: 17 Jan 2012 04:57 PM PST



Hak kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja di Malaysia ini seharusnya dikaji semula untuk mengelakkan ketidaksefahaman diantara para pekerja dan para majikan. Justeru itu Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998 haruslah disemak semula selaras dengan perkembangan dunia semasa. Media juga harus memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada semua pihak dalam isu ini.

Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik
Utusan Malaysia , 18 Jan 2012

SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.

Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.

Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.

Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?

Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian.

Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.

JURUWANG TERANIAYA
Taiping, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Jan 2012 09:04 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Panduan Kerja Sukarela Pahlawan Cyber

Posted: 17 Jan 2012 10:07 AM PST


"Ramai pengguna internet yang membuka akaun facebook, buat laman web, blogspot, wordpress berorientasikan politik. Mereka menulis apa yang mereka mahu tulis. Ada yang memang penulis professional tetapi tidak ramai.

Kebanyakannya adalah amatur. Tetapi peranan mereka besar. Semangat mahu jatuhkan Umno BN pun berkobar-kobar tetapi apa yang berlaku ialah kebanyakannya biasa mengikut arus dalam membawa isu. Mereka bersifat reaktif dalam mengutarakan isu, jadi responsif terhadap isu yang dimainkan media arus perdana(a.k.a. media umno BN). Justeru, perlu suatu garis panduan untuk kita bergerak ke arah memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti insyAllah!!!.

Di bawah ini sedikit panduan yang terlintas secara lalu di minda saya untuk dikongsi bersama. Saudara saudari boleh beri cadangan untuk menambah apa yang perlu untuk kebaikan bersama.

1.MENERANG: Sebarkan segala bahan penerangan Pakatan Rakyat kepada pengguna internet terutamanya dari sumber yang rasmi. Antara bahan penerangan yang wajib disebarkan ialah seperti berikut:

1.1. Dasar Parti-parti Pakatan Rakyat dan Dasar bersama Pakatan Rakyat.
1.2.Aktiviti dan Program Parti-parti Pakatan Rakyat di semua peringkat
1.3.Penerangan isu-isu tempatan dan nasional. Ini perlu bagi menjawab tuduhan-tuduhan UMNO BN terhadap parti dan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

2.MENYERANG: Serang UMNO BN dengan pelbagai cara dan sudut.Antara elemen yang perlu diserang:

2.1.Pembongkaran isu-isu rasuah, penyelewengan dan kezaliman di semua peringkat.
2.2.Pendedahan dasar-dasar kerajaan yang menzalimi dan tidak menguntungkan rakyat.
2.3.'Highlight'kan PEMBOHONGAN2 pemimpin UMNOBN secara berterusan.

3.PERKARA YG WAJIB DIELAKKAN:

3.1.Memberi fokus kepada perbezaan ideologi antara parti-parti Pakatan Rakyat
3.2.Memperbesarkan isu-isu masalah dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.
3.3.Menghentam dan memperkecil pimpinan pati-parti Pakatan Rakyat.

4.CARA ATASI 'DIVERSION OF ISSUES' OLEH BLOGGER/UNIT MEDIA BARU UMNO:

4.1.Jangan layan atau jawab isu yang dibangkitkan. Ini kerana masing-masing parti dalam Pakatan Rakyat ada Bahagian Penerangannya. Kita boleh guna jawapan 'standard' yang akan dikeluarkan parti untuk elakkan percanggahan.
4.2.Padamkan dari 'wall' atau 'chatbox' anda.
4.3.Kembali kepada isu-isu asal seperti NFC dan sebagainya.



JABATAN MEDIA BARU
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU


SEKIAN. TERIMA KASIH.
SELAMAT BERJUANG!!!
WALLAHU A'LAM.

Sebarkan!!!
"

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Jan 2012 07:51 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DR. AHMAD YUNUS GANTI DR. HASAN ALI

Posted: 17 Jan 2012 08:14 PM PST

KERAJAAN PR KEDAH DAPAT PUJIAN SULTAN

Posted: 17 Jan 2012 05:20 PM PST

PENGERUSI BERSAMA BERSIH DILANTIK - SAMAD SAID

Posted: 17 Jan 2012 03:49 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 18 Jan 2012 03:32 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Siapa Parasit?

Posted: 17 Jan 2012 07:40 AM PST

Isu DHA semakin panas seperti panasnya lembah Klang. Selepas dilucutkan keahlian PAS, kini berazam untuk pusing 1Malaysia mendedahkan "Parasit" yang wujud dalam PAS. Siapakah Parasit yang dimaksudkan? Adakah orang nak dengar DHA berceramah?? Kita tunggu dan lihat aksi si DHA.

Jangan setakat PhD yang ada hendak dijaja seluruh dunia. TGNA seorang tokoh ulama' yang kita sanjungi berpesan acap kali kepada DHA supaya jaga mulut jangan suka melatah tak tentu hala.

Bukan masanya kita nak melayan karenah DHA. Misi menawan Putrajaya perlu kita tumpukan sepenuhnya bagi memastikan agenda tersebut tidak digagalkan seperti isu DHA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan