Rabu, 11 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dun Kijang

Posted: 11 Jan 2012 03:16 AM PST

Dun Kijang


Kita satu Malaysia

Posted: 10 Jan 2012 08:07 PM PST


Terbaik... Ini baru namanya Satu Malaysia,.. Yer dak??? 

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 11 Jan 2012 01:56 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS: Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim

Posted: 10 Jan 2012 07:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin. [...]

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 11 Jan 2012 01:42 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Penyenaraian Ke Felda Global Merugikan Peneroka - Hj Razman

Posted: 09 Jan 2012 09:47 PM PST


Peneroka Felda seluruh Malaysia akan mengalami kerugian sekiranya Felda Plantation dibuat pelarasan dan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global. Penyenaraian ini akan mengakibatkan tergadainya saham KPF Felda yang selama ini membawa keuntungan yang besar kepada peneroka Felda. Dalam jangka panjang, penyenaraian ini akan menggadaikan tanah peneroka.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata demikian ketika memberikan taklimat tertutup kepada ahli-ahli Pas Kawasan Tg Malim serta jemputan yang majoritinya masyarakat peneroka felda.

Tambahnya lagi, Kawasan Tg Malim yang mempunyai 11 kawasan Felda menyaksikan keperluan sokongan peneroka bagi merubah lanskap politik dan tadbir utus Malaysia ke arah yang lebih baik. Kesedaran yang benar tentang isu felda harus disebarluaskan kepada peneroka-peneroka felda agar mereka faham dan tahu bahawa nasib mereka sedang diperjudikan dan diperbodohkan. BN melihat felda adalah satu cara bagi mereka mendapatkan keuntungan secara tunai dengan mudah.

Turut hadir, YDP Pas Kawasan Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli, Ketua Pemuda, Sdr Junaidin Yusop, barisan exco Pas kawasan dan Pemuda Kawasan.

Majlis diakhiri dengan sesi dialog oleh para peserta dan soalan rata-rata ditanya oleh peneroka felda.


BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 11 Jan 2012 01:23 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


KALAU ADE YANG MASIH KELIRU.

Posted: 10 Jan 2012 08:04 AM PST

Ulasan Harun Din berkaitan betulkah PAS sudah melencong perjuangan asal?

Oleh DATO' HARON DIN

http://4.bp.blogspot.com/_C1EPAkx1iC8/SwjSSgs3API/AAAAAAAALYw/Hu1r8S_M7NU/s400/Prof+Dato+Dr+Harun+Din.jpg

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

"Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS."

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah 'Baldatun Tayyibah' sebagaimana firman Allah (mafhumnya): "Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba', ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun." (Surah Saba' ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, 'Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).' Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): "Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya." Wallahua'lam.
SUMBER:
http://www.kedahlanie.info/

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jan 2012 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Parti KITA Melaka dibubarkan, ahli masuk PKR

Posted: 11 Jan 2012 01:00 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

Satu-satunya cawangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Melaka yang mempunyai keahlian seramai 60 orang hari ini bertindak membubarkan parti berkenaan sekaligus memasuki PKR di bawah Cabang Tangga Batu, Melaka.

Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

Justeru katanya, ahli terkeliru dengan perjuangan yang dibawa presidennya, Datuk Zahid Ibrahim.

"Kita telah mengambil keputusan bahawa kita tidak lagi menyokong parti KITA kerana akar umbi yang bersama-sama kita di sini sudah keliru dengan perjuangan yang dibawa Datuk Zahid Ibrahim dan juga parti KITA.

"Penubuhannya empat bulan sebelum itu memang ada pelbagai aktiviti tetapi selepas itu sehingga sekarang kira-kira dalam enam bulan dan tujuh bulan setelah itu kita tidak dipanggil untuk bermesyuarat, mungkin telah dipinggirkan berikutan tiada gerak kerja parti yang dijalankan.

Turunkan papan tanda

"Kita ada pejabat iaitu di Taman Gadong Perdana, Pulau Gadong Melaka, tetapi kita hanya bergerak dalam negeri Melaka sahaja dan pusat tidak pernah memanggil kita atau memberi arahan melakukan gerak kerja dan lain-lain," katanya pada sidang media di perkarangan bekas pejabat parti berkenaan hari ini.

Sebaik sahaja papan tanda parti itu diturunkan di premis berkenaan Hashim bertindak menyerah 60 borang keahlian PKR kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara itu, bekas setiausaha agung parti KITA yang dipecat 10 Disember lalu, Abdul Latif A Tambi yang turut dijemput pada majlis berkenaan mendakwa setakat ini hanya parti KITA cawangan Kedah sahaja yang dilihat aktif sementara yang lain sepi.

"Biarpun parti KITA adalah sebuah parti yang sah namun kita masih meragui pada peringkat cawangan di Melaka kerana ia dikatakan masih tidak memperolehi kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Mungkin mereka tidak mahu wujudkan lagi cawangan ini, jadi saya rasa eloklah kami bubar dan berjuang di bawah parti lain yang sesuai kepada kehendaki kita justeru kami memilih PKR.

"Kita bekerja bukan untuk mendapatkan kedudukan dan pangkat tetapi bekerja untuk menumbangkan BN dan Umno dan kita akan bekerja kuat menerusi PKR Cabang Tangga Batu untuk menyatukan kekuatan kita.

"Kita nampak Datuk Zahid Ibrahim tiada tumpuan dan terlalu berubah kerana suatu ketika dahulu dia terlalu taksub memuji-muji BN sehingga melakukan "road show" meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak bagi menyokong transformasi BN itu sendiri dan menidakkan keupayaan Pakatan Rakyat terutama PKR.

Memohon maaf

"Tetapi sejak akhir-akhirnya setelah dia kurang mendapat perhatian daripada BN dia memuji pula Pakatan Rakyat dan tidak mahu bertanding enggan tidak mahu meletakkan sebarang calon semata-mata mahu menyokong pembangkang.

"Dua tiga hari lepas menerusi laman sosial Twitter dia memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah nampak macam tidak ada pendirian jadi kita merasakan tidak patut lagi mengikut pemimpin seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul menyambut baik kemasukan seramai 60 ahli dari parti KITA ke dalam PKR.

"Saya ingin menyeru semua ahli KITA seluruh negara untuk bersama sama Pakatan Rakyat dan kita mengambil pendirian tegas di dalam persiapan PRU 13 nanti.

"Kita memerlukan sokongan dari semua segmen dalam masyarakat sama ada yang pernah menentang PKR dan Anwar.

"Selepas pembebasan kes liwat Datuk Seri Anwar telah mula menampak cahaya baru dan rakyat sedar ia merupakan fitnah politik," katanya.

Parti KITA dilancarkan pada 12 Jan 2010 oleh Zahid manakala cawangan KITA di Melaka mula diwujudkan pada 19 Jun 2011.

Pembubarangan itu bermakna parti berkenaan hanya bertahan dalam tempoh kira-kira enam bulan sahaja di Melaka.

malaysiakini/-

Foto hari ini : Kereta terbang.

Posted: 11 Jan 2012 12:53 AM PST


Safar 1433H. [MOD] - PEMILIK memeriksa keadaan kenderaannya yang rosak teruk selepas sebuah PERODUA Myvi yang terbabas dan merempuh longgokan pasir lalu terbang dan tersangkut di atas bumbung vannya di Jalan Perkeliling, Kota Bharu, 7.30 pagi tadi. - Foto Zaman Huri Isa

Hasan Ali masih exco, tapi tak hadir mesyuarat

Posted: 11 Jan 2012 12:49 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

Selangor exco member Hasan Ali, yang dipecat daripada PAS Ahad lalu, tidak menghadiri mesyuarat exco hari ini, kata rakan sejawatannya, Ronnie Liu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat exco hari ini, Liu berkata Hasan "sedang bercuti", dan berkata isu penggantian Dr Hasan "belum lagi" dibincangkan.

Beliau juga enggan mengulas panjang sebaliknya meminta pemberita bertanya perkara itu kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

"Tunggu MB (beri penjelasan)," katanya.

Khalid tidak hadir dalam sidang media hari ini kerana mempunyai program di tempat lain.

Selain Liu, exco lain yang hadir ialah Iskandar Samad dan Halimah Ali daripada PAS dan Yaacob Sapari daripada PKR.

Sementara itu, Iskandar pula berkata pihaknya kini masih menunggu arahan daripada presiden parti untuk memutuskan ADUN yang patut menggantikan Dr Hasan.

"Kena tunggu presiden. Kita tak boleh mendahului presiden. Apa-apa pun kita kena tunggu," katanya ketika ditanya tentang proses penggantian itu.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen Dr Hasan setakat ini belum berhasil.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid dijadual mengadap Sultan Selangor Jumaat depan bagi membincangkan isu panas itu.

Malaysiakini/-

Porsche perkenalkan 911 Carrera Cabriolet

Posted: 11 Jan 2012 12:45 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Porsche telah memperkenalkan 911 Carrera Cabriolet di Pameran Auto Amerika Utara, Detroit, Amerika Syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Porsche, Matthias Mueller dalam ucapannya berkata: "Jurutera kami telah membina 911 terbaik dalam tempoh 48 tahun.

" Model-model Cabriolet baharu itu bermula dengan 911 Carrera, dikuasakan dengan 350 kuasa kuda, (257kW), 3.4-liter enjin enam silinder dan 911 Carrera S dengan 400hp (294kW) enjin pipih dan pengalihan 3.8 liter.

Kereta itu lebih ringan, sporty, menggunakan kurang bahan bakar dan menyediakan keselesaan perjalanan. — BERNAMA

Pihak Berkuasa Indonesia Tingkatkan Langkah Pencegahan Selesema Burung

Posted: 11 Jan 2012 12:30 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Berikutan satu kematian seorang lelaki di Jakarta Utara yang disyaki akibat jangkitan virus H5N1 atau selesema burung pada Sabtu lalu, pihak berkuasa Indonesia meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan terhadap gelaja penyakit itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Ali Gufron Mukti berkata kerajaan sedang menangani hal itu secara lebih profesional sebagai langkah mengelakkan penyakit selesema burung daripada menular di masa depan.

Ia termasuklah sumber-sumber penularan selain menyediakan hospital tertentu untuk menangani masalah itu jika berlaku kes selesema burung di masa depan, katanya di sini, Selasa.

Sementara itu, Menteri Pertanian Suswono berkata Indonesia belum sepenuhnya bebas daripada virus selesema burung.

"Yang penting, kami berharap masyarakat tidak segan-segan jika ada ayam tiba-tiba mati segeralah melaporkannya, jangan sembunyikannya. Apa lagi jika kes ada ayam mati dan ada pihak berkaitan pula sakit, maklumatnya harus lebih cepat lagi," katanya.

Suswono juga meminta semua agensi berkaitan di Kementerian Pertanian supaya memantau kes-kes yang disyaki jangkitan selesema burung.

Media tempatan republik itu melaporkan bahawa bahagian kesihatan Kerajaan tempatan Jakarta pada Selasa menjalankan operasi memeriksa unggas yang sakit di sekitar kawasan Jakarta Timur selain menguatkuasakan peraturan larangan penternakan unggas dalam kawasan 25 meter dari kediaman.

Dalam operasi itu, beberapa unggas yang dipelihara dalam kawasan terlarang dimusnahkan.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan memelihara burung merpati di sekitar rumahnya. - BERNAMA

PAS: Mengapa kumpulan 901 mahu letupkan diri sendiri?

Posted: 11 Jan 2012 12:25 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

"Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.

Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

Belum ada keputusan siapa ganti Hasan Ali

"Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

NONE"Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku," kata Mahfuz (dua dari kiri).

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Mengenai langkah-langkah tambahan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di Alor Setar, hujung minggu ini, Mahfuz berkata: "Minta polis dapat kawal bukan sahaja di sana tapi juga di (semua) program biasa."

Hasan ali pcDitanya wartawan, siapa yang akan menggantikan exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS Ahad lalu, Mahfuz berkata jawatankuasa pusat PAS belum membuat keputusan.

"PAS pusat tak buat keputusan lagi. Surat rasmi dah dihantar.

"Saya tak nak komen (pasal impak pada Pakatan) takut ia akan diputar-belitkan menjadi serangan peribadi. Tapi bagi PAS dan Pakatan akan teruskan perjuanagan," katanya sambil menambah Hasan telah menerima surat pemecatannya dan parti akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

MALAYSIAKINI/-

Muflis 2019: Henti beri mandat kepada BN

Posted: 11 Jan 2012 12:21 AM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG, 11 Jan: Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 menujukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Menurutnya, Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.

Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.

Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.

Yang lebih menrunsingkan kata Lim, kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

"Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas "menobatkan" Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

"Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang," kata Lim.

Beliau yang juga Setiausaha DAP berkata, Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah:

1. Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) – 58% dalam 18 bulan.

2. Telur: Gred B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang).

3. Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011.

4. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%).

5. Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011).

6. Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan).

7. Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010).

8. Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011.

9. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm.

10. Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.

Sebaliknya ujar Lim, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang.

Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 201.

"Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia.

"Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.

Harakah Daily

AMK cabar Perkasa nafi insiden letupan

Posted: 10 Jan 2012 11:57 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA 11 Jan: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin, lalu.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas laporan utama akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Peserta Bawa Bom' yang mendakwa tiga butir bom buatan sendiri itu adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.

Menurut Shamsul, laporan berita yang kononnya memetik sumber polis itu jelas bersifat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan imej penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku.

"Sebelum daripada itu, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?," soal beliau.

AMK juga katanya, mendesak akhbar Utusan Malaysia mendedahkan identiti 'sumber polis' yang dikatakan mendakwa tiga butir bom berkenaan milik peserta perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, adalah pelik apabila polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan, tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan 'hasil siasatan' mereka sendiri yang kemudian diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.

"Berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

"Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai," kata beliau.

Justeru, katanya, AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur supaya mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden yang menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan.

Keadilan Daily

Tawaran Jingga untuk rakyat 14 Januari ini

Posted: 10 Jan 2012 11:53 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA 11 Jan: Manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan dikemukakan pada konvensyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah 14 Januari ini.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat di sidang media hari ini mendedahkan bahawa manifesto berkenaan akan dibentangkan melalui beberapa kertas kerja yang memfokuskan isu rakyat.

"Konvesyen ini adalah konvesyen yang penting dalam memberitahu rakyat tentang tawaran pakatan melalui Tawaran Jingga yang akan dilancar dalam manifesto," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah mengenai pembaharuan memulihkan perkhidmatan awam oleh exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan isu 'Federalisme', oleh Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula akan menyampaikan kertas kerja mengenai anti-monopoli dan Pengerusi Biro Felda Kebangsaan KEADILAN, Suhaimi Said akan membentangkan kertas kerja tentang reformasi Felda.

Menurut Mahfuz, dengan tema 'Bersihkan Malaysia', konvensyen kali ini lebih memfokuskan gerak kerja dan strategi bersama tiga parti dalam persediaan pilihan raya umum akan datang

"Konvensyen ini akan memberikan rakyat Malaysia gambaran bagaimana Pakatan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu dalam negara untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, iaitu satu keluarga yang berbilang kaum," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Manakala Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Konvensyen ini akan mengumpulkan dan menampil pelbagai pendapat terutamanya dari badan NGO dan Mahasiswa.

"Ini merupakan satu tempat di mana kelompok-kelompok yang datang dari badan bebas serta mahasiswa untuk menyuarakan pendapat mereka," kata beliau.

Menurut Ketua Pemuda Dap, Anthony Loke Siew pula, Pakatan akan bekerja keras mengatur strategi bersama dalam konvesyen ini untuk persediaan pilihanraya.

"Kita akan lebih kuat dan mengaturkan lebih strategi. Tawaran jingga ini banyak memfokuskan kepada isu-isu masalah rakyat seperti Felda, monopoli, penjawat awam dan sebagainya.

"Ini akan memberi rakyat apa yang kita mampu tawarkan untuk rakyat dalam menawan Putrajaya," atanya pada wartawan.

Keadilan Daily

Laluan tak dinaik taraf

Posted: 10 Jan 2012 11:42 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

ALAI - Penduduk di Jalan Medan Ikan Bakar, Muara Punggor, di sini, mahu pihak berkenaan menaik taraf laluan di kawasan terbabit.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, laluan dari jalan raya utama sepanjang kira-kira 500 meter berlopak-lopak dan sebahagiannya tidak berturap menyebabkan becak setiap kali musim hujan.

Penduduk, Dzulkifli Ab­dul Rahman, 56, berkata, permohonan demi permohonan sudah diajukan kepada pihak berkenaan sejak lima tahun lalu namun sehingga kini keadaannya tetap sama.

Menurutnya, kecewa keadaan yang tidak pernah berubah, dia akhirnya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menurap sebahagian laluan yang hampir de­ngan kediamannya.

"Alasan yang diberikan setiap kali ajukan pertanyaan status permohonan adalah tidak cukup peruntukan.

"Anehnya, di sesetengah kawasan berhampiran, laluan diturap sehingga belakang rumah orang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Turut kesal, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Punggor, Alai, Abdol Rahman Abdullah.

Menurutnya, masalah itu menjejaskan pemandangan kawasan terbabit yang terkenal sebagai tumpuan medan ikan bakar di negeri ini.

"Laluan ini sering digunakan pengunjung dan sekiranya ia tidak sempurna, sudah pasti mencemarkan imej Melaka sendiri.

"Siapakah yang akan menanggung malu, sudah tentu Kerajaan Negeri dan wakil rakyat kawasan ini," katanya.

Seorang lagi penduduk, Shahrom Dahlan, 51, berkata, setiap kali hujung minggu, kenderaan pengunjung medan ikan bakar sering menjadikan sepanjang laluan berkenaan sebagai tempat letak kereta.

"Keadaan ini memberikan tekanan buat kami kerana sukar untuk keluar masuk akibat laluan yang sering dipenuhi dengan kenderaan pengunjung.

"Jadi, apa salahnya Kerajaan Negeri memberikan penumpuan yang lebih sedikit terhadap kawasan ini dengan menyediakan laluan lebih selesa daripada menumpukan pada kawasan kurang penting," katanya.

Difahamkan, selain pengunjung luar, laluan berkenaan turut menjadi jalan keluar masuk utama kira-kira 60 nelayan dan lebih 20 keluarga di kampung terbabit.

Sinar Harian

1-800-88-2824 talian bebas tol masalah sampah Selangor

Posted: 10 Jan 2012 11:39 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 11 Jan: Mesyuarat exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah memutuskan penyediaan satu talian bebas tol bagi menguruskan setiap aduan berkaitan isu sampah di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata talian ini bagi memudahkan orang ramai mengadu setiap apa kesulitan yang timbul terutamanya berkaitan dengan masalah sampah di kawasan mereka.

"Kita hari ini memutuskan satu talian bebas tol yang bernombor 1-800-88-2824 akan digunakan secara rasmi pada 17 Januari nanti bagi menerima aduan orang ramai berhubung maslah sampah ditempat mereka.

"Talian ini akan beroperasi 24 jam, yang mana pada jam 8 pagi hingga 6 petang akan diuruskan oleh pegawai manakala selepas jam 6 petang sebarang aduan akan di rekodlkan pada mesin aduan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media sejurus selesai mesyuarat exco hari ini.

Katanya, bagi mempermudahkan urusan pengangkutan sampai setiap pengadu perlu memberikan segala maklumat dengan lengkap mengenai lokasi masalah itu berlaku.

"Pengadu perlu tinggalkan maklumat lengkap setiap kali membuat aduan termasuk nombor telefon mereka dan ini adalah bagi memudahkan urusan kerajaan negeri untuk bertindak," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi pihak berkuasa akan bertindak segera setiap kali aduan diterima jika ia dilaporkan pada waktu pejabat, manakala jika laporan itu dibuat pada sebelah malam maka tindakkan akan diambil pada keesokkannya.

Sebelum ini, beberapa laporan polis sudah dibuat ekoran dakwaan berlaku tindakan sabotaj pungutan sampah oleh pihak tertentu khususnya di kawasan Majlis Bandaray Shah Alam (MBSA).

Harakah Daily

Melaka digesa selesai masalah bas henti-henti

Posted: 10 Jan 2012 11:36 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

MELAKA, 11 Jan: Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak kerajaan negeri serius dalam usaha menangani masalah syarikat bas henti-henti di negeri itu yang membayangkan akan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Februari ini.

Ketua Penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, Kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk mengambil alih perkhidmatan bas henti-henti sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada syarikat bas yang mengalami kerugian, tapi malangya sehingga kini tiada pampasan yang di terima dari kerajaan negeri.

Katanya, jika benar keadaan itu berlaku, ianya dijangka akan menjejaskan hampir 30,000 orang penduduk negeri itu yang masih menggunakan perkhidmatan bas henti-henti tersebut.

"Menghairankan, bagaimana Kerajaan negeri boleh berhabis duit untuk membeli 10 buah bas Panorama bernilai RM2 juta untuk tujuan pelancongan dan melalui hanya beberapa destinasi tetapi bas untuk kegunaan penduduk negeri sendiri ibarat hidup segan mati tak mahu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Melaka, Razali Endun sebelum ini dilapor berkata sebanyak 120 buah bas terpaksa dihentikan perkhidmatannya akibat kos operasi yang tinggi menyebabkan syarikat tersebut menanggung hutang yang bertambah hari demi hari.

Kerugian yang terpaksa di tanggung oleh syarikat bas setiap hari hampir mencecah RM600 termasuk penyelengaraan kenderaan sedangkan kutipan tiket hanya sekitar RM200 sehari.

Mengulas lanjut, Muhamad Aizat berkata, perkhidmatan bas henti-henti di Melaka telah beroperasi berpuluh-puluh tahun lalu di mana kebanyakan penduduk masih menggunakannya khususnya pelajar untuk ke sekolah.

"Sudahlah monorel bernilai RM15juta masih lagi rosak, kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam pula hanya 3 kali penerbangan dalam seminggu, kini perkhidmatan bas awam pula bakal menamatkan operasi.

"Peliknya kerajaan negeri masih mampu membeli 'kenderaan' kapal selam bernilai RM7 juta untuk bahan pameran sedangkan hutang negeri sahaja telah mencecah RM800 juta. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri," katanya.

Harakah Daily

Koyak poster, dakwa semarak Rapat Rakyat N9

Posted: 10 Jan 2012 11:31 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

SEREMBAN, 11 Jan: Pakatan Rakyat Negeri Sembilan berazam untuk menjadikan kawasan Gemas yang menjadi tapak projek Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) sebagai tapak pelancaran kebangkitan rakyat negeri ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, atas dasar itulah, Pakatan akan melancarkan Rapat Rakyat N9 Ahad ini di Dataran Rakyat Gemas.

"Walaupun tiga ahli PAS akan didakwa esok ekoran program ini, kita akan jadikannya pembakar semangat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS bertanding di Parlimen Tampin, Dun Gemas dan Gemencih manakala DAP bertanding di Dun Repah. Namun, Harakahdaily difahamkan, selepas ini akan ada perubahan pembahagian kerusi kawasan ini.

9 Januari lepas, tiga ahli PAS ditahan polis ketika mereka datang ke Balai Polis Tampin untuk membuat laporan ekoran satu kejadian pertengkaran mereka dengan beberapa orang yang tidak dikenali.

Sekitar jam 10 malam, lima petugas PAS dengan diketuai Zanil Subuh, Ketua Penerangan PAS Tampin menampal poster rapat ini di sekitar pekan Gemenchih.

Namun, apabila mereka pusing balik ke tempat poster itu ditampal, mereka mendapati poster-poster yang dipasang mereka telah dikoyak.

Setelah disiasat mereka menjumpai sekumpulan orang sedang mengoyak poster itu. Apabila ditanya, mereka menjawab, mendapat arahan untuk membuang poster itu.

Ekoran itu, berlaku pertengkaran antara mereka kerana para petugas PAS ini beranggapan mereka dari parti lawan yang cuba merosakkan majlis mereka kerana mereka tidak memperkenalkan diri atau berpakaian seragam.

Selepas itu, satu laporan polis dibuat. Para petugas PAS ini pula ke balai polis Tampin jam 2 pagi hari yang sama untuk membuat laporan polis juga ekoran pertengkaran itu.

Namun, tiga orang termasuk Zanil telah ditahan polis atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam iaitu petugas Majlis Daerah Tampin yang membuang poster itu.

"Kami telah menziarahi mereka di lokap dan kita juga telah memaklumkan hal ini kepada keluarga masing-masing. Kita juga telah siapkan peguam untuk mereka kerana kita dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes ini ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin esok," kata Taufek yang juga Adun Paroi itu.

Ahad ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucapannya yang pertama di Negeri Sembilan selepas dibebaskan dari pertuduhan liwat 9 Januari lepas. Beliau akan disertai oleh timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Perhimpunan di pekan Gemas Ahad ini adalah yang pertama selepas Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 yang akan diadakan di Alor Setar 14 Januari ini.

"Sehingga kini, 80 peratus persiapan sudah siap. Kita jangkakan lebih 20,000 rakyat negeri ini akan hadir majlis ini," kata Taufek kepada Harakahdaiily.

Harakah Daily

Halang tugas polis, pelajar mengaku tidak bersalah

Posted: 10 Jan 2012 11:29 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Penuntut Universiti Malaya (UM), Bukhary Mohd Sofian hari ini mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan menghalang tugas polis, Sabtu lalu.

Bukhary, 21, ditahan reman empat hari di lokap Balai Polis Bukit Jalil sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling dan dibebaskan Ahad lalu dengan jaminan polis.

Dia ditahan atas sebab tidak bekerjasama dengan anggota polis yang mahu memeriksa pengenalan diri dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, berhampiran pintu masuk utama UM.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Parwin Hameedah Natchiar mengikut seksyen 186.

Parwin menetapkan jaminan sebanyak RM 2,000 dan sebutan kes pada 16 Februari depan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita di luar kamar perbicaraan, peguam Farhana Abdul Halim turut mempertikai pihak polis apabila menahan Bukhary tanpa alasan munasabah.

"Anak guam saya didatangi tujuh anggota polis yang meminta untuk memeriksa pengenalan diri namun dia enggan menyebabkan dia dibawa ke Balai Polis Pantai.

"Hanya kerana itu dia ditahan reman empat hari, dan saya minta dia dibebaskan kerana ada peperiksaan semalam. Polis tak ada sebab untuk berlengah membebaskan Bukhary,' katanya.

Turut hadir memberikan sokongan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Che Abd Razab, Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abdul Halim dan beberapa anggota SMM yang lain.

Harakah Daily

Di usia panjang ini saya kerja untuk agama - Nik Aziz

Posted: 10 Jan 2012 11:24 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 11 Jan: "Saya bekerja ni untuk itulah, untuk meluaskan bingkai agama, jadi melalui usia yang panjang inilah saya boleh melakukannya," kata Tuann Guru Datuk Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily selepas majlis meraikan harijadi beliau ke 81 hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu hari ini begitu terkejut apabila majlis keraian diadakan untuknya sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-81, yang jatuh pada 10 Januari semalam.

Mursyidul Am itu juga tidak menduga acara itu dibuat sedemikian rupa yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu padanya sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas menjamu selera sempena majlis keraian itu yang diadakan di pejabatynya hari ini.

Majlis itu diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini. Semalam Nik Aziz berpuasa tanda kesyukuran ekoran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat.

"Saya hanya diberitahu oleh setiausaha saya hari ini ada jamuan, itu sahaja,"ujarnya sambil tersenyum ceria.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyambut hari ulangtahunnya sendiri selama ini.

Tambahnya, hanya setiap hari beliau berdoa semoga usia yang diberikan Allah setiap hari itu dapat dimanfaatkan dengan baik khususnya untuk berdakwah semoga rakyat Kelantan termasuk Malaysia menggunakan Islam yang syumul, bukan hanya separuh sahaja.

Katanya, Islam separuh hanya disebarkan oleh orentalis barat seperti agama dan politik perkara yang berasingan yang akhirnya ditelan oleh umat Islam pelbagai bangsa di dunia ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Turut meraikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fauzi Che Mamat dan lain-lain pimpinan.

Harakah Daily

Bertaqwalah Kepada Allah S.W.T.

Posted: 10 Jan 2012 11:20 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

Hadith:

RASULULLAH saw. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).

Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

1. Tiga perkara yang apabila dilakukan oleh seseorang maka ia dikasihi oleh Allah S.W.T.

Pertama: Bertaqwa

Kedua : Kaya Jiwa (Berakhlak mulia)

Ketiga : Tidak menonjolkan diri

2. Setiap umat Islam hendaklah sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa dengan menanamkan tiga sifat tersebut diatas secara berperingkat-peringkat.

3. Islam menyuruh umatnya supaya bertaqwa kepada Allah dan mempunyai sifat-sifat yang mulia dan berbudi bahasa, jangan bersifat sombong, ego dan sebagainya yang boleh menjatuh dan merendahkan martabat kemuliaan manusia itu sendiri.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

PAS kaji kendali permohonan jadi ahli yang ramai

Posted: 10 Jan 2012 11:20 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Berikutan permintaan yang bertalu-talu untuk menjadi ahli PAS sejak kebelakangan ini, PAS akan menyusun pendekatan bagi menguruskan permohonan yang datang bertalu-talu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga memberikan jawapan yang sama. Pihaknya akan mengkaji fenomena ini.

Harakahdaily sejak beberapa hari ini menerima panggilan bertalu-talu dari pihak-pihak yang bertanya bagaimana cara mahu menjadi ahli PAS.

Menurut laman rasmi PAS www.pas.org.my, syarat untuk menjadi ahli PAS itu ialah: Warganegara Malaysia, beragama Islam (bukan Islam boleh menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS-DHPP), 'aqil baligh menurut hukum syarak.

Di samping itu, mereka juga perlu mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.

Pelajar universiti atau kolej universiti pula tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada naib canselor universiti berkenaan. Ia berdasarkan Akta Universiti yang sedang ditentang oleh para pelajar universiti sekarang.

Harakah Daily

Maritim patahkan cubaan seludup ganja

Posted: 10 Jan 2012 11:13 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA KEDAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kedah, berjaya mematahkan cubaan menyeludup 10 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja dalam operasi di perairan Kedah-Perlis, kelmarin.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, dalam operasi kira-kira jam 12.20 tengah hari Isnin lalu, bot ronda Maritim dari Pangkalan Maritim Kuala Perlis Wilayah Maritim Utara, mengesan dua bot kayu berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, bot tanpa nombor pendaftaran itu dilihat berada hampir antara satu sama lain, dalam jarak kira-kira 200 meter dari pantai Kuala Jerlun, Kedah.

"Kedua-dua vesel (bot) ditahan untuk pemeriksaan. Siasatan seterusnya menemui 10 ketulan mampat daun kering disyaki ganja, dianggarkan seberat 10 kilogram, di­simpan di dalam guni berwarna putih dalam vesel pertama.

"Pemeriksaan ke atas vesel kedua mendapati terdapat satu plastik kecil mengandu­ngi daun kering disyaki ganja, namun berat sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Kok Kwee berkata, Maritim turut menahan empat suspek berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun, terdiri daripada dua warga tempatan dan dua warganegara asing, dipercayai dari Thailand, untuk membantu siasatan.

"Ini merupakan kes pertama tahun ini yang melibatkan penyeludupan dadah melalui perairan utara negara.

"Maritim akan terus membuat pemantauan terhadap penyeludupan atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang Maritim," katanya.

Sinar Harian

Pencuri kasut kantoi

Posted: 10 Jan 2012 11:10 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

KERTEH – Hanya kerana mahu mencari wang dengan cara mudah, kasut turut dijadikan sasaran untuk dicuri.

Namun, perbuatan seorang lelaki Melayu berusia 30-an yang mencuri kasut di Kawasan Perumahan Bandar Baru Kerteh akhirnya, kantoi apabila berjaya dicekup polis di kawasan Kampung Telaga Papan dekat sini, kelmarin.

Dalam tangkapan kira-kira jam 3 petang kelmarin, suspek yang berasal dari Kemasik, ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kerteh, diketuai Inspektor Jamali Abu Bakar dengan bantuan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kerteh.

Tindakan pantas polis memburu suspek adalah susulan maklumat orang awam dan ekoran penahanan itu, polis merampas sepasang kasut, sepasang selipar dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

Hasil ujian saringan awal, polis mendapati suspek positif dadah dan hasil pemeriksaan rekod suspek juga dikehendaki berkait laporan polis di Melaka Tengah atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berikutan itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat mengesahkan kes berkenaan ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian

Tak sangka mangsa ibu sendiri

Posted: 10 Jan 2012 11:04 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

JITRA - "Saya tidak sangka mangsa kemalangan itu ibu kandung saya." Demikian luah seorang remaja, Mohd Azhar Abu Talib, 20, selepas melihat kemalangan atas jambatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Jitra-Bukit Wang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi semalam, ibunya, Ariza Daud, 39, yang menunggang motosikal bersama jiran sekampung mereka, Fatimah Dali, 48, masing-masing dari Kampung Padang Panjang, di sini maut di tempat kejadian selepas terlanggar sebuah pikap.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar borang permohonan bantuan persekolahan anak mereka di Pejabat Zakat daerah Kubang Pasu.

Mohd Azhar berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan melanjutkan pengajian di Pusat Giat Mara.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, ketika melalui jambatan tersebut, dia dimaklumkan orang awam terdapat kemalangan membabitkan mangsa dari Kampung Padang Panjang.

"Saya segera menghampiri tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa kemalangan adalah ibu.

"Saya terkedu seketika apabila melihat ibu yang sudah tidak bernafas diangkat menaiki kenderaan polis untuk dibawa ke hospital," katanya di pekarangan Jabatan Forensik HJ.

Mohd Azhar berkata, dia pasrah namun reda dengan pemergian ibunya yang juga seorang penyabar itu.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya ialah beberapa jam sebelum kejadian itu, namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan.

"Awal pagi sebelum kejadian, ibu kejutkan saya untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di HJ, namun tidak sangka itu kali terakhir bertemu dengannya," katanya.

Suami Fatimah, Mohd Noh Abd Wahab, 53, ketika ditemui turut memberitahu kali terakhir dia bertemu isterinya pada jam 9 malam kelmarin sebelum keluar bekerja.

Mohd Noh yang bekerja sebagai pemandu lori kuari itu berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian oleh rakan sekampung.

"Saya terkejut mendengar berita kematian isteri saya memandangkan tiada perubahan ditunjukkannya sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof berkata, kemalangan terbabit melibatkan sebuah kenderaan pikap jenis Nissan Navara dengan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

Menurutnya, ketika kejadian pikap terbabit yang dalam perjalanan dari Malau ke Jitra membrek secara mengejut lalu terbabas melanggar tembok jambatan sebelum berpusing dan kemudiannya melintang di jalan bertentangan.

"Ketika itu keadaan jalan basah selepas hujan dan motosikal Honda EX5 yang datang dari arah Jitra ke Malau tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian pintu penumpang sebelah kiri sebelum terbabas.

"Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya.

Beliau berkata, pemandu tempatan berusia lingkungan 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

DSP disabit bersalah rasuah

Posted: 10 Jan 2012 10:54 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) disabit bersalah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM36,000 lapan tahun lalu di Mahkamah Seksyen, di sini, semalam.

Mansor Mohamad, 55, menghadapi enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada tiga individu yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram di Muar antara 21 April dan 5 Mei 2003 ketika menjadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah tersebut.

Dia didakwa meminta rasuah sebanyak RM6,000 daripada Toh Ah Ban di sebuah hotel pada 21 April jam 2 petang bagi tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan itu.

Mansor juga meminta jumlah rasuah yang sama daripada Wong Choon Seng dan Lee Cheng Seng masing-masing di Plaza Tol Plus Tangkak dan di sebuah stesen minyak dekat Jalan Temenggung Ahmad pada 28 April jam 12 tengah hari dan 2 petang.

Dia didakwa menerima wang tersebut dari ketiga-tiga lelaki berkenaan di sebuah bilik hotel pada 9 Mei, 10.15 malam.

Untuk kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut nilai lebih tinggi.

Hakim, Mohamad Haidar Abdul Aziz menjatuhi hukuman empat tahun penjara bagi setiap kesalahan tersebut dan mengarahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini serta denda RM180,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayarnya.

Peguam tertuduh, Rosli Kamaruddin memohon hukuman terbabit ditangguh­kan bagi membolehkan rayuan dibuat terhadap keputusan itu dengan mengambil kira anak guamnya seorang penjawat awam yang berkhidmat cemerlang sepanjang 30 tahun perkhidmatannya.

Mohamad Haidar kemudiannya membenarkan penangguhan hukuman itu dan mengarahkan tertuduh mengemukakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sinar Harian

PKR Dedah Bukti Dakwaan Seleweng Wang Zakat MAIWP

Posted: 10 Jan 2012 10:50 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri.

"Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

"Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut.

"Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara," katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

"Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu," katanya.

Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWIP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.

"Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.

"Kenapa beza untuk menteri?," soal Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara," katanya.

mstar/-

Hantar notis saman

Posted: 10 Jan 2012 10:50 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

IPOH – Bukan omong kosong, malah Pemuda Pas Negeri menunaikan janji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohamad Annuar Ariffin dengan menghantar notis tuntutan ganti rugi berjumlah RM600,000.

Pemuda Pas Negeri turut menamakan Pergerakan Pemuda Umno Negeri sebagai pihak kedua.

Rombongan 20 Unit Amal Pas itu diketuai oleh Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda Pas Negeri, Mohammed Zamri Ibrahim dan turut mengiringi bersama adalah Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Saleh; Exco Pemuda Pas Negeri, Mohd Hakimi Syah Alani; Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri, Arif Sha'arani.

Dalam notis berkenaan, Mohamad Anuar telah membuat kenyataan tidak benar mendakwa Unit Amal Pas sebagai dalang demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dan disusuli tuntutan permohonan maaf dari beliau.

Tindakan itu telah mencemar nama baik dan menjejaskan reputasi anak guamnya (Pemuda Pas Negeri) dan menggambarkan Unit Amal Pas menggalakkan serta menyokong demonstrasi diadakan.

Mohamad Anuar dan Pemuda Umno Negeri diberi tempoh tujuh hari bermula semalam, untuk menjelaskan tuntutan berkenaan berserta kos notis sebanyak RM200.

Sekiranya gagal menjelaskan tuntutan RM600,200 itu, pihak berkenaan akan mengambil tindakan dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi setelah tamat tempoh yang diberikan.

Notis Tuntutan Ganti rugi itu diterima oleh Pegawai Media Pemuda Umno Negeri, Syed Afzarizal Syed Salim di perkarangan Bangunan Umno Negeri di sini, semalam.

Sinar Harian

Wang zakat: PKR bawa bukti baru, laporan polis esok

Posted: 10 Jan 2012 10:46 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - PKR tampil dengan dua bukti berhubung dakwaan salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk tujuan fi khidmat guaman, yang telah dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112, bertarikh 29 April 2010 melibatkan wang sebanyak RM32,150.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan.

Kedua menurut beliau, merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat dalam baucer tersebut, digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

"Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman," kata beliau.

Namun kata beliau, Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

"Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini," katanya lagi.

Sehubungan itu kata beliau, PKR memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam dan akan membuat laporan polis di di Balai Polis Dang Wangi berkaitan isu berkenaan.

Sinar Harian

Majlis Fatwa: Dakwat kekal harus dan dibenarkan

Posted: 10 Jan 2012 10:42 PM PST

17 Safar 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lepas, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 11 Jan 2012 12:07 AM PST

Salam Perjuangan


INGATAN UNTUK AHLI PAS - KUKUHKAN UKHUWAH, JANGAN MERUGIKAN JEMAAH

Posted: 10 Jan 2012 09:49 PM PST

16 Safar 1433 H | 11 January 2012
Dalam suasana hampir dengan pilihanraya, pelbagai isu luaran dan dalaman yang akan timbul untuk mengganggu kelancaran gerak-kerja parti.

Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.


Terbaru media perdana dilaporkan sebagai membayangkan Dato Dr Harun Din, YB Ustaz Taib Azamuddin, dan Ustaz Ismail Kamus antara yang hadir dalam penjelasan di rumah Dato Dr Hasan Ali malam Ahad yang lalu.


Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.


Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Dato Dr Harun Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agong PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan.

Manakala bagi Ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau yang baru kembali dari luar negara ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya ke rumah Dato Dr Hasan Ali.

Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.


Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti.

Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.


Dalam suasana mencabar ini,  semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.

HASAN ALI DIPECAT BUKAN SEBAB ANWAR

Posted: 10 Jan 2012 04:34 AM PST


15 Safar 1433 H | 10 January 2012

PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.

Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 berkata, Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.


"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya kepada
 The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang 'menongkah arus'.


Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda. 
Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan. Ekoran pemecatan itu Hasan berkata keputusan itu berpunca daripada Anwar.

Tuan Ibrahim menambah sekiranya Hasan tidak berpuas hati dengan keputusan itu beliau boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari.


"Keputusan ini sebulat suara... tiada pandangan berbeza.

 

"Kalau tidak berpuas hati beliau perlu hantar rayuan kepada Majlis Syura Ulama," katanya. - themalaysianinsider

Idris Ahmad

Posted: 10 Jan 2012 11:40 PM PST

Idris Ahmad


BN Tergugat Di Perak, 135 Wakil Rakyat Terpaksa  Berkampung

Posted: 10 Jan 2012 03:40 PM PST

BN Tergugat Di Perak, 135 Wakil Rakyat Terpaksa  Berkampung
Idris ahmad
10/1/12

Seramai 135 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan mengikuti program pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di beberapa kawasan di utara negeri ini selama tiga hari dua malam bermula 12 Januari ini sebagai petanda Perak tidak  selamat untuk BN. Sebelumnya pemukiman ini telah dibuat di Selangor. Semua ini gara-gara Perak dan Selangor bukan selamat untuk BN di dalam PRU akan datang. Menurut Pengerusi Kelab ADUN BN (BBBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tupuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan. Rakyat Perak akan mengajar pemimpin BN yang menggambil alih dengan cara yang tidak demokratik setelah 11 bulan PR memerintah Perak. Sekarang pemimpin Umno BN terpaks melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat. 

Pemimpin Umno sedar bahawa rakyat benci dengan gelagat mereka ketika mengambil alih kuasa tempoh hari. Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan. Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu.

Walau bagaimana pun rakyat Perak beruntung kerana PR kuat sehingga BN terpaksa menurun bala tenteranya dan membawa berkandar-kandar projek untuk rakyat Perak. Amat rugi negeri yang rakyatnya menyokong Umno, kerana mereka dianak tiri kerana pemimpin Umno sedar mereka ini di dalam gengam Umno BN.


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jan 2012 09:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


GEMPAR, 3 ahli PAS N.Sembilan masuk lokap kerana poster

Posted: 10 Jan 2012 01:52 AM PST



Program Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan disabotaj
Faiz Abdullah (wartawan Harakah)

GEMAS - Program 'Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan' yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 15 Januari, 08.00 malam ini di Dataran Rakyat, Gemas, Negeri Sembilan dikatakan disabotaj oleh pihak tertentu, kata Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim.

Menurut Zakaria tiga Ahli PAS Tampin termasuk Ketua Penerangan Zainil Subuh melakukan kerja-kerja menampal poster ceramah pada malam Isnin 9 Januari, di sepanjang jalan dari pekan Gemencheh sehingga ke pekan Gemas.

"Walaubagaimanapun dalam perjalanan pulang ke Gemencheh semula mereka mendapati beberapa orang sedang mengoyakkan poster tersebut.Seterusnya Zainal dan dua lagi ahli kita menghalang tindakan mereka dan tercetus pergaduhan kecil.

"Kedua-dua pihak membuat laporan polis dan pihak polis menahan Zainal dan dua ahli PAS atas alasan mengganggu kerja-kerja menanggal poster.

"Seterusnya didapati mereka adalah Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin. Saya difahamkan mereka tidak perkenalkan diri masing-masing kepada ahli PAS dan ini punca Zainal dan sahabat beliau mengganggap mereka adalah orang-orang Umno untuk sabotaj program kita", kata Zakaria.

Zakaria berkata ketiga-tiga ahli PAS telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 10 Januari dan akan ditahan reman selama tiga hari.

"Justeru itu sebagai tanda sokongan kepada pengorbanan tiga ahli PAS ini yang meringkuk dalam lokap polis dan sebagai bukti rakyat sudah bangkit untuk membuat perubahan, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan hadir ramai-ramai ke Program Ceramah Rapat Rakyat ini.

"Rakyat Johor di sempadan Gemas, Negeri Sembilan dan rakyat Melaka di sempadan Gemencheh, Negeri Sembilan juga dialu-alukan hadir untuk mengetahui perkembangan terbaru isu politik nasional.

"Kehadiran Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Gemas ini merupakan antara penampilan paling awal beliau di khalayak umum dan kali pertama selepas beliau dibebaskan oleh Mahkamah pada 09 Januari.

"Dua lagi pemimpin Nasional Gergasi yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng", kata Zakaria.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata tindakan pihak Majlis Daerah Tampin mengoyakkan poster program itu adalah satu tindakan terdesak dan untuk menggagalkan program tersebut.

"Mereka sudah menjadi alat Umno dan panas punggung apabila kemaraan Pakatan Rakyat di salah satu kubu kuat Umno meresahkan mereka.

"Saya yakin pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kita mampu menawan Negeri Sembilan dan usaha itu akan lahir di Gemas pada 15 Januari ini.

"Walaupun mereka cuba sabotaj usaha kami tetapi ini tidak akan patahkan semangat kami. Lawan tetap lawan!", tegas Mohd Taufek yang juga ADUN Paroi.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 10 Jan 2012 09:14 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

Posted: 10 Jan 2012 07:16 AM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 10 Jan 2012 09:07 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Hasrat seorang lagi 'Bob' ingin sertai Pas

Posted: 10 Jan 2012 08:44 PM PST

PAS LENGGONG

Posted: 10 Jan 2012 07:45 PM PST

PAS LENGGONG


Dari FB Hj Razman Zakaria

Posted: 10 Jan 2012 02:05 AM PST

MINTA TOLANG KEKAWAN TOLONG BAGI TAU KAT ORANG LENGGONG JANGAN TERUS TERTIPU DENGAN UMNO

Dari FB Hj Razman Zakaria

Posted: 10 Jan 2012 02:03 AM PST


TOLANGLAH SAHABAT BAGI TAU KAT ORANG LENGGONG. KALAULAH DEMO TAHU MESTI DAH LAMA DEMO SOKONG PAS APAKAN DAYA ORANG KAMPONG TADE INTERNET
http://networkedblogs.com/swM9V

Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros, kata pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.
Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.
Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.
Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

"Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.
"Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi," katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.
Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.
Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.
Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).
"Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan," kata Mohamad Ariff.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai "kemahuan politik" untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.
"Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia," katanya.
Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.
Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.
"Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan," katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.
"Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar."
Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

Umno bimbang trauma 1999 berulang kembali

Posted: 10 Jan 2012 01:59 AM PST

KOTA BHARU, 10 Jan: Trauma kerana kehilangan sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum 1999 mungkin menjadi tanda aras kes liwat II tidak menyebelahi pihak pendakwa.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hafiz Musa berkata, Umno/Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan sebahagian besar orang Melayu ketika itu.

"Jika situasi itu berlaku sekali lagi, rejim Umno/BN diyakini akan kehilangan undi majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.

"Seterusnya pemerintahan BN di Malaysia pasti akan berakhir," katanya di sini.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan kes liwat II setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti menyakinkan.

Oleh kata Hafiz Pemuda PAS Kelantan melihat keputusan di luar jangka itu sebagai satu perkembangan amat baik terhadap institusi kehakiman negara kerana dibebaskan daripada kongkongan rejim Umno/BN.

Bahkan katanya pembebasan tersebut sewajarnya dilihat sebagai petanda di mana pengamal perundangan berjaya mengikis rasa takut terhadap rejim yang mentadbir negara sekarang.

Sedangkan menurutnya senario itu amat berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes liwat 1, di mana institusi kehakiman berada di bawah kongkongan rejim pemerintah.

"Kes tersebut membawa gelombang kebangkitan apabila Dato' Seri Anwar dipenjara mengikut telunjuk pemerintah ketika itu, walaupun pendakwa juga gagal membawa bukti mensabitkan beliau," katanya.

Oleh itu Pemuda PAS Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dilepas daripada tuduhan liwat II.

Menurutnya ia dianggap sebagai tamat episod siri fitnah dan permainan politik kotor yang memalukan negara di mata dunia.

"Pembebasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atasnya selama ini hanyalah merupakan fitnah yang direka," katanya.

Hafiz juga berkata, sudah tiba masanya semua pihak dalam Pakatan Rakyat memfokus gerak kerja menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pemuda Umno Perak dituntut bayar RM600 ribu

Posted: 10 Jan 2012 01:58 AM PST

IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak hari ini membuat serahan notis tuntutan ganti rugi RM600 ribu kepada pemuda Umno negeri ekoran kenyataan mengaitkan Unit Amal PAS dengan demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 1 Januari lalu.

Notis saman itu dibuat ke atas Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Naib Ketuanya, Mohamad Annuar Ariffin.

Mereka yang diwakili Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) membuat serahan itu di pejabat pergerakan itu dan diterima Pegawai Komunikasi Media Pemuda Umno Perak, Syed Afzarizal Syed Salim.

Mengetuai penyerahan itu adalah Peguam dan Pengarah Undang-Undang Pemuda PAS Perak, Mohammed Zamri Ibrahim, manakala turut serta, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, Exco Pemuda PAS Perak, Mohd Hakimi Syah Alani, Zairul Azrun Zainal Abidin dan Pengarah Jabatan Amal Negeri Perak, Arif Sha'arani.

Dalam satu kenyataan, Safarizal berkata Pemuda PAS Perak akan menunggu tempoh yang telah dinyatakan bagi tujuan tuntutan ganti rugi tersebut dan akan terus mengambil tindakan susulan mengikut lunas undang-undang jika Pemuda Umno Perak dan Annuar masih gagal menjelaskan ganti rugi yang telah dikemukakan.

Sebelum ini, mereka memberi tempoh tiga hari bermula 4 Januari lalu kepada Mohamad Annuar untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Bagaimanapun, sehingga tempoh itu tamat, mereka mendakwa tiada sebarang tindakan dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Perak itu.

Sehubungan itu, mereka hari ini menyerahkan notis ganti rugi sebelum mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 10 Jan 2012 07:35 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


BOB KUMAN CALL USTAZ - USTAZ AZHAR IDRUS

Posted: 10 Jan 2012 08:27 AM PST

Bob Kuman - Ayah Saya Kuat PAS

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 10 Jan 2012 04:09 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


PROGRAM KEBAJIKAN PAS PASIR GUDANG

Posted: 10 Jan 2012 01:44 AM PST

Pemimpin turun Kepadang Ydp Kawasan Ziarah Nelayan
Mendengar cerita Mangsa di gigit kera  yang terima 12 jahitan
 Penyelia PAR Permas  ,Ziarah Warga Emas
Ziarah Warga Emas
Muslimat Kawasan Bersemangat ziarah dari Rumah ke Rumah
Pada 08.01.2012 Pas kawasan Pasir Gudang telah turun ke Padang ,di bawah Lajanah Kebajikan sampaikan sumbangan di Kg Pasir Gudang  Baru ,seramai 15 keluarga menerima barang keperluan Harian ,Program yang bermula jam 9.30 pagi berakhir 12 tengahari,turut bersama Ydp Kwasan ,Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Jan 2012 03:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


NAMWEE MEMBUJUR , ADAM MELINTANG SAPA YANG PATAH ?

Posted: 10 Jan 2012 01:28 AM PST

Kenyataan media oleh Steven Sim Chee Keong in Bukit Mertajam pada hari Isnin, 9hb Januari 2012:Hukuman ke atas Adam Adli: UPSI belot tradisi kritis Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'baPemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang mengecam tindakan pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian Adam Adli Abdul Halim selama tiga (3) semester. Justifikasi pihak universiti dalam mengambil tindakan tersebut ialah bahawa tindakan Adam Adli menurunkan bendera berimejkan portret Perdana Menteri menjatuhkan nama baik universiti dan mengancam keamanan dan moral awam. Alasan tersebut bukan sahaja tidak benar dan menindas malah bersifat kolot.Di masa dunia mengakui peranan "Si Pemprotes" sebagai pemacu pembaharuan sosial seperti di negara-negara Timur Tengah dan Afrika di mana orang awam yang rata-ratanya anak muda seperti Adam Adli telah melumpuh dan menumpaskan rejim-rejim kuku besi di negara mereka. Hanya rejim kuku besi sahaja yang akan takut dan mengambil pendekatan menghukum terhadap tindakan protes aman seperti yang dilakukan oleh Adam Adli dan rakan-rakan.Tindakan pihak universiti menghukum Adam Adli sebenarnya telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi yang tertua di Malaysia tersebut, dengan para alumninya seperti Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'ba yang begitu lantang mengemukakan kritikan terhadap kezaliman dan kepincangan semasa, termasuk terhadap pihak pemerintah.DAPSY Pulau Pinang berpendapat keberanian Adam Adli serta kumpulan mahasiswa yang menentang undang-undang tidak adil seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah amat tepuji. Justeru, DAPSY Pulau Pinang menyeru agar pihak universiti menarik balik keputusan tersebut dan membebaskan institusi pendidikan negara daripada cengkaman politik partisan yang sempit dan hanya berpihak kepada pemerintah tanpa kritis.* Steven Sim Chee Keong, Bendahari DAPSY Pulau Pinang & Ahli Majlis MPSP
Anggaplah mereka-mereka ini Mahasiswa nakal yang bijak tapi perlu di kawal cara baik. Cho So Lek pun tahu mengendalikan pelajar agresif macam Namwee . Adam juga spesis macam Namwee yang perlu diselamatkan. Nah ! sekarang Namwee yang tidak dihukum walaupun ramai UMNO marah pada beliau kini dah jadi jutawan bila filemnya meletup di panggung. Takder pun di gantung semester macam Adam.Kalau begini cara UMNO melayan Adam memang UMNO derhaka kepada perjuangan orang Melayu. Walaupun teman bukan setuju memperjuangkan Melayu cuma nak bagi orang Melayu buka mata jangan tertipu pada pemimpin politik UMNO yang mentekedarah wang rakyat , bila disedari rakyat barulah citer pasal ketuanan Melayu, Hak Melayu dan Perpaduan dan Islam.

HASAN ALI WAJAR AMBIL PENGALAMAN SEMASA KHALID SAMAD DIPECAT !

Posted: 09 Jan 2012 07:22 PM PST

Teman tabik dengan tulisan MSO yang baik isi kandungan mengulas tentang Dr Hasan Ali.Tuesday, 10 January 2012[Mesti Baca] Ulasan Pemecatan Hasan Akidah: Oleh Mohd Sayuti OmarHasan AkidahIngat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan GersangReaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemecatannya ialah dia terkejut dan kesal dengan keputusan itu. Dia tidak sangka perjuangannya selama ini menegakkan Islam diperlakukan demikian. Amboi sehe batnya mana perjuangan Islam Hasan Akidah dalam Pas. Apakah lebih besar dari perjuangan Muhammad Sabu yang dipenjara dan dipukulk polis?Kalau diukur perjuangan Hasan Akidah dengan Mat Sabu rasanya tidak sampai besar kuku cucu saya, Muhammad Khalif Ummar, yang dizahirkan 30 Disember tahun lalu.Beberapa jam selepas melahirkan pernyataan itu Hasan Akidah berkata, pemecatannya kerana dia menyentuh Anwar. Pas pecat dia kononnya kerana dia mengkritik dan tidak bersetuju dengan Anwar. Rakaman kenyataannya itu sepanjang hari diputar oleh semua setesen tv yang menjadi penjilat buntut UBN.Menerus syarahan ringkas di perkarangan rumahnya itu Hasan Akidah cuba memperbetulkan akidah politiknya. Penjelasan atau dakwaan itu tidak lebih dari motivasi basinya untuk menarik perhatian ramai supaya bersimpati dengannya. Apakah Hasan Akidah sedar dengan apa yang dikatakan itu. Sekali lagi dia cuba meremehkan jemaahnya sendiri. Memperkecilan tindakan presiden dan seluruh ahli jawatan kuasa.Mereka yang rasional dan tidak mudah hanyut dalam kepetahannya boleh mengukur apa dijelas dan didakwa oleh Hasan Akidah itu. Dengan Inchek Ibrahim Ali duduk di sampingnya orang sudah boleh menganggakl sejauh mana kebenaran dan kelurusan akidah politiknya. Dr Haron Din, Ismail Kamus dan Taib Azamuddin dilaporkan hadir sama tetapi tidak diletakkan di depan. Mereka hadir mungkin untuk menyatakan simpati ke atas apa yang berlaku.Dakwaan dan penjelasan Hasan Akidah itu sia-sia saja. Orang yang tidak mengaji sampai peringkat Phd yang tahu membuat research, pengkaian maklumat dan sebabgainya pun mengerti kenapa Pas harus mengambil keputusan yang maha berat itu. Isu yang membelit Hasan Akidah bukan sehari dua ini saja, tetapi sejak lama dulu. Sejak beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor lagi, tetapi ia tidak didedahkan kepada umum demi kebaikan Pas.Kesabaran Pas tidak mendedah itu menandakan Pas memberi peluang kepada Hasan untuk memperbetulkan akidahnya sebagai ahli Pas.Pas telah menahan diri begitu lama kerana tidak mahu menimbulkan keributan dalam rumah dan memberi peluang kepada Hasan Akidah supaya kembali kepada akidah Pas. Pas membuat beberapa teguran termasuk memecatnya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor kerana akidah Hasan Akidah terhadap akidah Pas sudah terpesong.Saya membenarkan kalau orang mengatakan Hasan Akidah seorang yang jahil politik peringkat murakad. Seorang yang tidak tahu feqah politik. Dari awal lagi Hasan Akidah telah tersalah memilih Pas sebagai flatform perjuangannya. Dengan latar belakang pendidikan beliau sekular itu seharusnya dia kekal dalam Umno.Hasan Akidah berlagak saja sebagai pakar motivasi boleh membangun jiwa orang lain, memberi semangat kepadanya murid mencapai A A A dalam pelajaran tetapi dia sendiri gagal untuk membajai dan membangun jiwa hamba dan jiwa juang dalam dirinya. Dia gagal untuk menjadikan jiwanya jiwa yang besar dan hebat.Saya suka merujuk kepada tindakan jawatankuasa disiplin Pas yang pernah menganggutungkan keahlian Ahli Parlimen Khalid Samad kerana bergaduh dengannya. Sebelum itu dia memecat Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya. Pemecatan itu memedihkan Khalid Samad. Tetapi Khalid boleh menahan diri dan bersabar. Dia tidak bertindak mengkritik balas balik Hasan Akidah dan akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya.Kenapa Hasan Akidah tidak boleh mengambil pendirian dan sikap seperti Khalid Samad? Kalau Khalid redha dengan keadaan kenapa tidak dengan beliau?Satu perkara yang ramai orang tidak tahu macam mana Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Hasan Akidah. Pengorbanan dan jasa presiden ini tidak dikenang oleh Hasan Akidah. Selepas beliau tidak menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor ada desakan kecil agar beliau dipecat dari jawatan Exco. Tetapi Abdul Hadi mempertahankan agar kedududkan Hasan Akidah sebagai Exco jangan diganggu.Sewaktu usul untuk membincangkan kedudukan Hasan Akidah, Abdul Hadi telah memberi warning. Apa saja cadangan terhadap Hasan boleh dibuat tetapi jangan usik kedududkannya sebegai Exco. Begitu sekali Abdul Hadi mempertahankan Hasan sehinggalah ke hari ini jawatan itu disandangnya walaupun Hasan Akidah bukan Pesuruhjaya Pas Selangor.Malanya pengorbanan dan sikap rendah diri dan mahabbah yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi Awang itu tidak dinilai oleh Hassan Akidah. Sepatutnya sebelum dia membuat reasech atau kajian tentang hala tujuan perjuangan Anwar yang kemudian dia menolaknya, kaji dan selidik dulu sikap, pendirian dan jiwa Abdul Hadi sebagai presiden. Kalau pun dia benci kepada Anwar yang tidak membantunya untuk menjadi MB Selangor, tetapi dia kena hormati Abdul Hadi sebagai ketua jemaah.Hasan Akidah masih lagi dengan akidah merasakan dirinya hebat. Semasa berucap kepada kawan-kawan dan penyokong malam tadi, dia membilang dirinya sebagai hebat. Pakar itu dan ini sebab itu dia merasakan perjuangan Anwar, dasar ekonomi yang Anwar hendak bawa tidak dipersetujuinya. Dia juga obses kepada Islam, Melayu dan raja. Baguslah.Marilah kita akui akan kehebatan dan keilmuan Hasan Akidah dalam segala macam aspek itu. Justeru elok rasanya kalau Umno memanggil Hassan Akidah menyertai parti itu. Mudahan dengan kemasukan Hasan beliau boleh perbetulkan akidah Umno ke atas landasan sebenarnya. Seorang pakar motivasi yang bijak membangun dan mempengaruhi jiwa orang tentu Hasan Akidah akan berjaya.Bukan itu saja kalau Hasan Akidah menyertai Umno harapannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor juga masih terbuka. Umno boleh letak Hasan Akidah atas belakang gajah dan keliling ke seluruh daerah di Selangor. Dari atas belakang gajah Hasan Akidah boleh membuka syarah.Untuk menguatkan sokongan Hasan Akidah boleh diregukan dengan Ezam Mohamad Noor, tokoh memperjuangkan keadilan, membenteras kepalsuan Anwar Ibrahim dan anti korupsi itu. Kalau Hasan Akidah jadi MB, Ezam boleh jadi timbalannya.InysaAllah dengan masuknya Hasan Akidah ke dalam Umno, Umno akan jadi parti akidah, parti yang kuat memperjuangkan Melayu sebab itulah yang hendak dibawa oleh Hasan Akidah di dalam Pas tetapi Pas pula 'tak amboh' dengan idea dan perjuangan itu.Sama-sama kita tenguk setinggi mana kejayaan Hasan Akidah selepas ini. Apakah dia hanya setakat diberi jawatan presiden Perkasa(m) sahaja selepas NGO itu semakin hari semkin menirus dan pengaruhnya semakin mengecil.Petua untuk Hasan Akidah sebagai orang pernah mengenali Inchek Ibrahim, ahli Parlimen menang atas tikit Pas itu tidak akan mencari dahan untuk bergantung kalau dia masih kuat dan berpengaruh serta berdiri sendiri. Apabila katak menghampiri lembah maka dia sudah tahu bahawa bumi akan gersang. Selamat berjuang kepada Hasan Akidah! /MSO

PAKATAN RAKYAT SUDAH BUKTIKAN TETAPI BN TIDAK CUKUP BUKTI?

Posted: 09 Jan 2012 05:02 PM PST

FAKTA UTAMA BUKTI PADA RAKYAT SETELAH DIMOMOKAN BAHAWA DSAI PELIWAT DAN DEMONSTRASI MERUGIKAN DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.1. RAKYAT DAPAT SAKSIKAN DEMONSTRASI 901 MENDAPAT RESTU POLIS DAN TANPA SEKATAN JALANRAYA JALAN TIDAK SESAK DAN TIADA RUSUHAN ATAU GERAI/KEDAI KERUGIAN.2. RAKYAT DAPAT LIHAT PENDAKWAAN DSAI SEWAJARNYA TIDAK WUJUD JIKA TIADA CUKUP BUKTI. 3. RAKYAT DAPAT LIHAT PENDAKWAAN DSAI ADALAH SALAH SATU KONPIRASI YANG TIDAK DAPAT DISANGKAL, AKHBAR UM HARI INI 10 JAN MENYATAKAN TIDAK CUKUP BUKTI PENDAKWAAN. INI BERMAKNA PERBICARAAN TERSEBUT HANYA MEMBUANG MASA , PEGUAMBELA DSAI TELAH NYATAKAN DAN BUKTIKAN SEBELUM PERBICARAAN LAGI TENTANG TIDAK PERLUNYA PENDAKWAAAN JIKA TIADA BUKTI.Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.Daya tahan pemimpin ulung mengharungi pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang amat lama dan memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan lebih-lebih lagi umur DSAI sudah lebih 60 tahun.Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Jan 2012 03:06 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


HIMPUNAN 901 PERALAT OKU SEBAGAI PESERTA???

Posted: 09 Jan 2012 11:09 PM PST

Seronok betul blogger pencacai angkat najis umporno memfitnah penganjur Perhimpunan 901 kononnya telah memperalatkan golongan buta OKU sebagai penyokong kes DSAI sewaktu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur


walaupun mereka buta mata ...sekurang-kurangnya mereka ini tak buta hati seperti budak-budak suruhan perkasa & pekida.... mereka tahu yang mane hak yang mane bathil...huhuhuhuhuhu

HASAN DIPECAT SEBAB DIRINYA SENDIRI BUKAN DSAI

Posted: 09 Jan 2012 10:20 PM PST

PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.

"Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.

"Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama," katanya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 10 Jan 2012 01:19 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Tahniah DSAI - Ahli PAS Perlu Tumpu Kepada Kerja Pilihanraya

Posted: 09 Jan 2012 03:57 PM PST

PAS mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) daripada pertuduhan melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari. Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak.

PAS mengharapkan dengan keputusan ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan. PAS menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

 
Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan datang.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 10 Jan 2012 12:39 PM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Pusat Pengajian Islam Bukit Kuang - FASA 5

Posted: 10 Jan 2012 04:24 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 10 Jan 2012 11:04 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Tok-tok Guru Pondok bersama sambutan 100 tahun Itqan al-Muluk b Ta'dil as-Suluk

Posted: 10 Jan 2012 09:56 AM PST






Bersama Tokku Haji Ibrahim bin Mohamad, Pengerusi Biro Dakwah dan Tarbiyah Kesatuan Madrasah Islamiah SeMalaysia. 

Kebetulan duk sebelah dia atas pentas, masa program Sambutan 100 tahun Itqan al-Muluk B Ta' Dil as-Suluk, Undang-undang Islam bertulis yang pertama bagi kerajaan negeri Terengganu dikuatkuasakan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin III, Tok Nyang kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zinal Abdin.

Tokku Haji Ibrahim tanya ambe, sihat dok? Ambe jawab shat lah Tok ku!

Dia kata lagi, napok ramai orang mari, InsyaAllah kita menang trek ni (pilihanraya kali ini). InsyaAllah berkat doa Tok-tok Guru Pondok, Umno dan Barisan Nasional akan digantikan oleh Paeti islam SeMalaysia (PAS) dan rakan-rakan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat.

Tok ku Haji Ibrahim kata lagi......bagus-bagus program ni.

Sambutan 100 tahun Itqan al-Muluk B Ta' Dil as-Suluk, yang dadakan selama dua har pada 6 dan 7 Januari, 2012 adalah cetusan idea Presden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang membawa kembali sejarah kegemilangan Islam pada zaman Tok Ku Paloh menjadi Ketua Ulamak kepada kerajaan yang dipimpin oleh Sultan Zainal Abdin.

PAS Terengganu tawarkan lagi manifesto PRU13 kepada rakyat

Posted: 09 Jan 2012 06:28 PM PST


KUALA TERENGGANU – Setelah menawarkan lima manifesto pada 15 Oktober tahun lalu, PAS Terengganu bergerak maju ke hadapan dengan mengisytiharkan lagi ikrarnya kepada seluruh rakyat.

Tawaran yang dikemukakan itu, menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu sebagai 'kerajaan menunggu' bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu telah menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji mengembalikan royalti petroleum.

"Mad Said (MB Terengganu) kata dalam dewan (Sidang DUN) nak bayar royalti dalam bulan Mac 2011, kita tungu…tunggu…(rupanya) 'menipu atas darat kering',

"Perdana Menteri menipu, Mad Said Menteri Besar sendiri menipu,"ujarnya ketika berucap pada ceramah perdana, Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk, pada Sabtu 7 Januari.

[Gambar - Harapan kepada PAS sebagai kerajaan menunggu....termasuk anak kecil dalam buaian yang dibawa oleh salah seorang peserta ketika Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk]

Maka, kata Wahid, janji pertama daripada lima manifesto tambahan yang diumumkan ialah meneruskan usaha perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.


Yang keduanya, kata beliau, PAS Terengganu menegaskan akan mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.


Selain itu, PAS Terengganu berjanji akan memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan.


"kita juga berjanji untuk memberi 20 meter padu air yang pertama, ini telah dilaksanakan dengan jayanya di negeri Selangor, kita akan beri percuma, kalau guna lebih, kena bayar,"jelasnya.


PAS Terengganu juga melihat kekurangan sekolah-sekolah agama dibawah kerajaan negeri menyebabkan kerugian kepada rakyat.


Menurut Wahid, sebanyak 14 buah sekolah agama, termasuk Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang telah berusia lebih seratus tahun, telah diserah kepada kerajaan pusat.


Atas permintaan rakyat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama, yang meningkat setiap tahun, kata Wahid, PAS berjanji akan menubuhkan sebuah sekolah disetiap daerah, sekiranya diberi mandat oleh rakyat utuk memerintah negeri Terengganu.


"Kita nak tambah sekolah menengah agama negeri disetiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok,


"sekolah agama dibawah kerajaan negeri tak, ada 14 (buah) dia (Umno/BN) serah ke (kerajaan) pusat,"tegasnya.


PAS juga berjanji akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu bagi menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan.


"KUSZA ditubuhkan pada zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar jadi Menteri Besar negeri Terengganu, KUSZA banyak berjasa, Terengganu adalah negeri yang mula-mula ada Institusi pengajian agama Islam di negara kita (kemudian) diikuti oleh negeri-negeri lain,


"tapi bila negeri-negeri lain semua ikut kita (Terengganu) kita serah (KUSZA) kepada (kerajaan) pusat, kononnya nak tubuh universiti,"katanya.


Penubuhan IPTI itu, tambah Wahid, akan dapat membantu anak-anak negeri melnjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi.

KHIDMAT MERU

Posted: 10 Jan 2012 09:56 AM PST

KHIDMAT MERU


YB BERSANTAI DAN SENANG DITEMUI

Posted: 09 Jan 2012 01:48 PM PST










YB Dr Rani bukan sahaja bersantai dan bermesra dengan mudah bersama semua lapisan masyarakat di DUN Meru, tetapi amat mudah di temui di warung - warung, masjid dan surau dan juga di khenduri-khendarat serta majlis layat kematian.


Selain mendengar keluhan rakyat di peringkat akar umbi, beliau juga akan menyelami rintihan rakyat dengan hati yang terbuka dan prihatin.








CERAMAH PR MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT MENGGALAKKAN

Posted: 09 Jan 2012 12:32 PM PST



















Sejak kebelakangan ini ceramah-ceramah umum yang dianjurkan oleh Pas, DAP atau PKR mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari pelbagai golongan masyarakat samaada di bandar atau dikampung-kampung.

Masyarakat nampaknya tidak menerima bulat-bulat segala fitnah dan pembohongan yang cuba dimainkan oleh akhbar media massa purba.

Sebaliknya roadshow dan peranan media baru alternatif lebih mendapat perhatian pengundi-pengundi yang dahagakan maklumat sebenar yang cuba di sorokkan oleh umno/bn.

Pimpinan Pas, DAP dan Pkr peringkat pusat yang turun padanag dan menyampaikan ceramah mereka dengan membawa sekali fakta-fakta adalah dinanti-nantikan oleh rakyat.



















GANTI ZINK BUMBUNG PENDUDUK KAMPUNG

Posted: 09 Jan 2012 08:16 AM PST











Salah satu projek kebajikan yang di adakan di DUN Meru ialah mengenalpasti masaalah-masaalah yang dihadapi oleh penduduk kampung terutama yang berpendapatan rendah dan sedaya upaya berusaha untuk mengatasinya.

Di Kampung Bukit Cerakah Jaya ada 2 buah rumah penduduk yang dikenalpasti bumbung rumahnya bermasaalah sehingga mendatangkan ketidak selesaan kepada penghuni tersebut.

Dengan kerjasama pihak ADUN dan JKKK Kampung, sejumlah 100 keping zink bumbung baru telah dipasang di kedua-dua buah rumah tersebut.








PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 10 Jan 2012 09:44 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Letupan Bom: Pihak Polis 'Tidak Wajar' Menuduh Penyokong Anwar Ibrahim Yang Melakukannya !!

Posted: 09 Jan 2012 07:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Pihak polis tidak wajar terlalu cepat mengumumkan kononnya letupan bom yang berlaku ketika himpunan "Bebas Anwar 901" berhampiran jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam dilakukan oleh penyokong Anwar.


Ini kerana, polis sepatutnya mendedahkan maklumat itu selepas mereka menjalanlan siasatan dengan rapi dan profesional. Mana mungkin penyokong Anwar boleh lakukan perbuatan sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama Anwar sudah pun dibebaskan. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara maka alasan polis bom dilakukan oleh penyokong Anwar ada logiknya.


Tapi, tidak mungkin mana-mana individu akan bertindak "bodoh" seperti itu selepas apa yang diperjuangkan mereka berjaya mencapai matlamatnya. Malah, pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan awal-awal lagi sudah meletakkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari segenap arah untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan provokasi. Menuduh penyokong Anwar dikala hati dan perasaan mereka gembira dengan keputusan pembebasan beliau, jelas sekali satu tuduhan yang boleh dipertikaikan sebenarnya.


Paling mengejutkan, ada beberapa pihak yang nampak dan mungkin boleh menjadi saksi siapa yang meletakkan bom berkenaan. Malah, mereka percaya ia dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri bagi "menconteng arang" ke muka Anwar kononnya penyokong beliau bertindak ganas. Padahal, mereka yang mengatur semua itu. Pihak polis tidal wajar terus memperbodohkan rakyat Malaysia lagi. Cukuplah dengan apa yang dilakukan selama ini, kenapa mahu ditambah lagi "dosa kering" yang bakal menjatuhkan imej mereka dikalangan rakyat.


Paling menarik, seperti yang dijangka media arus pengampu (TV3) dengan bangga menyiarkan laporan tajuk utama dalam Buletin Utama malam tadi. Ia seolah-olah mahu menggambarkan betapa ganasnya penyokong Anwar Ibrahim. Kenyataan kononnya "bom buatan sendiri" juga tidak boleh diterima kerana lokasi letupan itu adalah di kawasan penyokong Anwar berhimpun. Mana mungkin penyokong sendiri mahu cederakan kumpulan mereka, sedangkan mereka sama-sama berjuang. Ini bermakna, memang ada pihak lain yang merencanakan semua itu demi merosakkan nama baik Parti Pembangkang. Oleh itu, pihak polis wajar bertindak profesional dan mendedahkan siapa yang terlibat supaya rakyat boleh menilainya.


[Begitu cepat pihak polis tuduh penyokong Anwar terlibat, sedangkan mereka belum buat penyiasatan yang rapi terhadap kes ini. Kenapa perlu dedahkan kepada media bahawa penyokong Anwar terlibat?. Bukankah Perkasa juga ada yang datang untuk membuat provokasi semasa perhimpunan itu berjalan semalam. Bahkan, bom yang meletup itu begitu kuat hingga menggegarkan mereka yang berada di sekitar kawasan Masjid Wilayah yang berdekatan. Sepatutnya pihak polis membuat penyiasatan dengan lebih detail sebelum mengatakan ia dilakukan oleh penyokong Anwar. Tidak mungkin orang akan membawa bom sebab polis begitu ramai berada di sekeliling kawasan itu sebenarnya. Takkanlah ada orang begitu bodoh sanggup membawa bom dan kenapalah tidak dilempar terus ke khalayak ramai ketika mereka sedang berasak-asak ].

SUMBER : Pahang Daily Online

Pemuda Guchil

Posted: 10 Jan 2012 09:38 AM PST

Pemuda Guchil


AMK gesa Saiful didakwa tuduhan qazaf

Posted: 10 Jan 2012 09:13 AM PST

Anwar bebas, Najib belum... ,

Posted: 10 Jan 2012 09:08 AM PST

DATO' HARUN DIN : PAS Tidak Melencong Dari Perjuangan Asal ,

Posted: 10 Jan 2012 09:05 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 10 Jan 2012 09:28 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Got Talent (Wanita Kelantan)

Posted: 09 Jan 2012 07:07 PM PST

Lawak dalam ceramah Anwar

Posted: 09 Jan 2012 04:46 PM PST



lawak ceramah Anwar Ibrahim pada 8 Januari 2012 di Kg baru pasal pengacara tv3 tersasul dlm berita buletin utama tersebut nama Anwar ibarat sbg PM malaysia ....

Sanah Helwah Tok Guru

Posted: 09 Jan 2012 04:36 PM PST



‎::..SANAH HELWAH TOK GURU..::

BELIAU dilahirkan pada 10 januari 1931,,
ANAK yang ke 2 dari 9 adik beradik,,
Mempunyai 10 orang ANAK,5 LELAKI dan 5 PEREMPUAN..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 81 DATUK BENTARA SETIA TUAN GURU HAJINik Abdul Aziz Nik Mat..
SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR TOK GURU DAN TERUS MENTADBIR KELANTAN DALAM RAHMAT DAN REDHA-NYA..
SIIRU ALA BARAKATILLAH...
TAKBIRR!!!

Misi yang gagal...

Posted: 09 Jan 2012 04:25 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jan 2012 09:27 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Lanjutan Imam Masjid Lenggeng, N.Sembilan dipecat

Posted: 10 Jan 2012 05:44 AM PST


Dibawah lanjutan kisah Imam Masjid Lenggeng, Negeri Sembilan di pecat dari Facebook Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar :

"Masjid Lenggeng bergolak lagi dimana ramai dikalangan AJK Masjid dan Anak Kariah telah bangun membuat bantahan. Imam 2 (yang lama) turut meletakkan Jawatan maka tinggal Imam Umno berseorangan memegang jawatan tersebut. ( Lanjutan peristiwa pemberhentian Imam 1 Tn Hj Mohd Said Abd Ghani yang membaca Khutbah berkaitan qazaf)"

Sumber http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=221218947960325&id=100002166637189

GEMPAR, 3 ahli PAS N.Sembilan masuk lokap kerana poster

Posted: 10 Jan 2012 01:51 AM PST



Program Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan disabotaj
Faiz Abdullah (wartawan Harakah)

GEMAS - Program 'Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan' yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 15 Januari, 08.00 malam ini di Dataran Rakyat, Gemas, Negeri Sembilan dikatakan disabotaj oleh pihak tertentu, kata Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim.

Menurut Zakaria tiga Ahli PAS Tampin termasuk Ketua Penerangan Zainil Subuh melakukan kerja-kerja menampal poster ceramah pada malam Isnin 9 Januari, di sepanjang jalan dari pekan Gemencheh sehingga ke pekan Gemas.

"Walaubagaimanapun dalam perjalanan pulang ke Gemencheh semula mereka mendapati beberapa orang sedang mengoyakkan poster tersebut.Seterusnya Zainal dan dua lagi ahli kita menghalang tindakan mereka dan tercetus pergaduhan kecil.

"Kedua-dua pihak membuat laporan polis dan pihak polis menahan Zainal dan dua ahli PAS atas alasan mengganggu kerja-kerja menanggal poster.

"Seterusnya didapati mereka adalah Penguatkuasa Majlis Daerah Tampin. Saya difahamkan mereka tidak perkenalkan diri masing-masing kepada ahli PAS dan ini punca Zainal dan sahabat beliau mengganggap mereka adalah orang-orang Umno untuk sabotaj program kita", kata Zakaria.

Zakaria berkata ketiga-tiga ahli PAS telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada 10 Januari dan akan ditahan reman selama tiga hari.

"Justeru itu sebagai tanda sokongan kepada pengorbanan tiga ahli PAS ini yang meringkuk dalam lokap polis dan sebagai bukti rakyat sudah bangkit untuk membuat perubahan, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan hadir ramai-ramai ke Program Ceramah Rapat Rakyat ini.

"Rakyat Johor di sempadan Gemas, Negeri Sembilan dan rakyat Melaka di sempadan Gemencheh, Negeri Sembilan juga dialu-alukan hadir untuk mengetahui perkembangan terbaru isu politik nasional.

"Kehadiran Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Gemas ini merupakan antara penampilan paling awal beliau di khalayak umum dan kali pertama selepas beliau dibebaskan oleh Mahkamah pada 09 Januari.

"Dua lagi pemimpin Nasional Gergasi yang akan hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng", kata Zakaria.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pula berkata tindakan pihak Majlis Daerah Tampin mengoyakkan poster program itu adalah satu tindakan terdesak dan untuk menggagalkan program tersebut.

"Mereka sudah menjadi alat Umno dan panas punggung apabila kemaraan Pakatan Rakyat di salah satu kubu kuat Umno meresahkan mereka.

"Saya yakin pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti kita mampu menawan Negeri Sembilan dan usaha itu akan lahir di Gemas pada 15 Januari ini.

"Walaupun mereka cuba sabotaj usaha kami tetapi ini tidak akan patahkan semangat kami. Lawan tetap lawan!", tegas Mohd Taufek yang juga ADUN Paroi.

Bayaran untuk kerusi, meja sekolah tidak wajar

Posted: 09 Jan 2012 08:07 PM PST



SAYA tertarik dengan tulisan Cikgu Keliru dari Dengkil, Selangor dalam ruangan ini baru-baru ini yang menyatakan bahawa para pendidik dan murid-murid akan dikenakan bayaran bagi menambah kelengkapan sekolah yang tidak cukup.

Jika tidak silap saya dalam Belanjawan 2012 lalu peruntukan khusus untuk penambahbaikan kelengkapan sekolah, membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan diwujudkan di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang berjumlah RM1 bilion.

Jadi di mana logiknya pihak sekolah mengenakan bayaran bagi murid dan guru untuk menambah peralatan sekolah?

Menurut Perdana Menteri, dalam gagasan 1Malaysia dan pelbagai kempen Kementerian Pelajaran sendiri telah menyatakan tidak akan ada kekangan kewangan untuk mendapat pendidikan dari kerajaan. Malah usaha memansuhkan pelbagai yuran sekolah dilihat sesuatu yang amat dialu-alukan.

Tetapi pihak sekolah tiba-tiba mengenakan bayaran lain yang dilihat tidak selari dengan niat sebenar kerajaan. Malah bayaran bagi kelengkapan bilik darjah sekolah seperti kerusi dan meja pada saya amatlah mengarut. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak bersekolah saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini.

Jangan pula ia akan jadi polemik bagi pihak yang mencari isu untuk dibangkitkan untuk menentang kerajaan.

Kempen pendidikan percuma yang sedang kerajaan jalankan kini amat membantu, terutama bagi golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya.

KAS ISMAIL
Bentong, Pahang
10 Jan 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Landskap Siasah

Posted: 10 Jan 2012 08:43 AM PST

Landskap Siasah


Mahathir beri statement refresh dosa lama

Posted: 09 Jan 2012 08:01 PM PST

Dr Mahathir hairan dengan keputusan mahkamah (kesian orang tua ini...)

http://www.malaysiakini.com/news/186152

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun hairan dengan keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun katanya keputusan itu membuktikan tiada konspirasi atau campur tangan kerajaan terhadap badan kehakiman negara.

mahathir and rais yatim pc 190309 04Dr Mahathir berkata keputusan mahkamah hari ini juga membersihkan imej dan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dakwaan-dakwaan buruk, kononnya zalim sehingga boleh memanipulasikan hakim dan keputusan mahkamah di negara ini.

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang. Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian insentif kepada pemenang pingat emas acara tenis kerusi roda, Abu Samah Borhan, di Sukan Para Asean ke-6 di Solo Indonesia yang berlangsung baru-baru ini.

Tegas beliau badan kehakiman negara sentiasa bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan atau pembangkang dalam membuat sebarang keputusan.

Kenyataan Media Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)-kemenangan kes DSAI

Posted: 08 Jan 2012 11:24 PM PST

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Januari 2012 bersamaan 14 Safar 1433
ANWAR TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memutuskan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan. Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
IKRAM berharap keputusan mahkamah ini adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes-kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
IKRAM percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan.
IKRAM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Jan 2012 07:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


GANTUNG 3 SEMESTER KEPADA ADAM ADLI : UPSI

Posted: 09 Jan 2012 06:59 PM PST

SIASAT SEGERA INSIDEN LETUPAN : AMK

Posted: 09 Jan 2012 06:49 PM PST

ANWAR BEBAS, TIDAK BERSALAH : MAHKAMAH

Posted: 09 Jan 2012 05:49 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Komen