Rabu, 14 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 13 Dec 2011 09:05 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


PAS bimbang kebanjiran warga Afrika

Posted: 13 Dec 2011 09:02 PM PST

KUALA TERENGGANU, 14 Dis: PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan 'kebanjiran' pelajar warga Afrika yang mutakhir ini mengundang pelbagai masalah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik berkata mutakhir ini terlalu banyak kes jenayah yang membabitkan para pelajar daripada negara-negara Afrika, terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Katanya, kes-kes tersebut tidak boleh dilihat sebagai kes biasa kerana turut membabitkan siri-siri jenayah yang berlaku di kalangan para pelajar dan belia di negara ini.

"Walau pun banyak operasi telah dilakukan tetapi jumlah kes yang disiarkan tidak pernah berkurangan malahan makin meningkat.

"Iaitu, sebanyak 89 warga Afrika termasuk lima wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan penglibatan dalam sindiket penipuan Antarabangsa," ujarnya melalui satu kenyataan akhbar kepada Harakah, hari ini.

Justeru itu, kata Dato' Abu Bakar kerajaan perlu mengkaji punca dan sebab-sebab berlaku peningkatan jenayah tersebut.

Beliau mempersoal, apakah faktor-faktor di sebalik kelemahan yang ada sehingga kes jenayah di kalangan pelajar warga Afrika begitu membimbingkan.

Malah, katanya syarat-syarat kemasukan pelajar terbabit ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi di negara ini wajar diperhalusi dengan baik oleh pihak berkuasa.

"Perkara paling utama ialah mengenai syarat-syarat penerimaan untuk kemasukan ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan kesan daripada tindakan undang-undang yang telah diambil oleh pihak kerajaan," ujarnya.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 13 Dec 2011 08:38 PM PST

N.19 MTD PANCHING


ANAK berdemo, tuntut pengarah Felda dikekalkan

Posted: 13 Dec 2011 04:40 AM PST



Sekumpulan 50 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat lembaga berkenaan untuk menuntut supaya pengarah besarnya, Datuk Zulkifli Wahab dikekalkan jawatannya.

NONEPengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mengetuai kumpulan itu berkata, "penyingkiran" Zulkifli merupakan satu penghinaan kepada ketua eksekutif berkenaan.

Mazlan mendakwa, penyingkiran itu dibuat berdasarkan syor daripada pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad kepada perdana menteri supaya Zulkifli mengambil cuti untuk belajar.

Beliau turut mengedarkan salinan dokumen didakwa surat Isa kepada perdana menteri bertarikh 21 November berhubung syor berkenaan.

"Sesungguhnya ini adalah proses penyingkiran kepada seseorang yang dilihat tidak mengikut telunjuk (Isa). Adalah menyedihkan seorang pengarah besar diperlaku begitu hina," kata Mazlan lagi dalam memorandumnya.


Jelasnya, Zulkifli disingkirkan kerana tidak bekerjasama dengan Isa dalam usaha untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd ke Bursa Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum berkenaan kepada seorang pegawai kanan Felda, Mazlan mendakwa, Zulkifli telah menyatakan pendirian menentang tindakan "gali kubur warga Felda" melalui penyenaraian itu.

Zulkifli berbuat demikian dalam satu mesyuarat lembaga Felda sebelum ini, kata Mazlan ketika ditanya wartawan.

NONEMengulas lanjut, beliau berkata penyenaraian itu akan menyebabkan pendapatan peneroka berkurangan sehingga 80 peratus daripada apa yang diunjurkan pada tahun lalu.

Jelasnya, penyenaraian berkenaan akan memberi keistimewaan kepada FGHV – antaranya pajakan tanah Felda seluas lebih 360,000 hektar dan juga hak mutlak ke atas tanaman, hasil jual beli dan juga insentif kerajaan.

"Maknanya kuasa (FGHV) sangat besar sehingga menelan (hak peneroka)," kata Mazlan lagi.

Mazlan juga berkata, sebab itulah juga keputusan untuk melantik Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dibuat oleh satu mesyuarat lembaga Felda pada 25 Ogos lalu, yang tidak dihadiri Zulkifli.

NONEMesyuarat tersebut dipanggil "secara tergesa-gesa" oleh Isa sendiri dan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga tidak keluar daripada mesyuarat apabila pelantikan berkenaan dibincangkan, dakwa Mazlan.

Mazlan mendakwa, tindakan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Selain melaungkan slogan "halau Isa" dan "hidup peneroka", kumpulan peneroka dan aktivis yang berhimpun selama lebih setengah jam di hadapan ibu pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney itu turut membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat."

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 13 Dec 2011 07:33 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Tehran Yakin Miliki Senjata Baru Canggih Tak Lama Lagi

Posted: 13 Dec 2011 01:58 AM PST

TEHRAN : Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau 'drone' yang dimilikinya dan kini dalam 'peringkat akhir' mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.
 PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui di Iran berlatar belakang mesej 'Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.'
PESAWAT kawalan jauh Amerika dilihat di satu lokasi tidak diketahui 
di Iran berlatar belakang mesej 'Jatuhkan Amerika, Israel, Britain.'
Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Iran di Parlimen, Parviz Sorouri, memberitahu semalam: "Tindakan kami berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu," kata Parviz yang dilaporkan laman web televisyen tempatan Iran. 

"Pada masa akan datang, kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran. Jurutera Iran tidak lama lagi akan membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika," katanya lagi.

Iran berkata, ia memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.

Iran menyatakan, sebuah unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat pengintip itu.

Pihak berkuasa Amerika yang dilaporkan berkata pesawat hendap itu melakukan misi CIA di atas ruang udara Iran, tetap tidak percaya bahawa Iran memiliki teknologi untuk membangunkannya.

Mereka berkata, kemungkinan pesawat itu mengalami kegagalan teknikal. Mereka juga menyatakan keraguan berhubung keupayaan Iran meniru pesawat terbabit, sekurang-kurangnya tanpa bantuan Russia atau China.

Namun, Sorouri bertegas dengan menekankan: "Kami berada dalam peringkat akhir memecahkan kod pesawat intip terbabit."

Beliau juga meramalkan, 'Iran akan memperoleh perisikan berharga menerusi usaha mentafsir maklumat perisikan dan pengintipan sulit sebaik saja kod rahsianya dipecahkan'.

Sorouri juga berkata: "Kami tidak memerlukan kerjasama Russia atau China untuk meniru pesawat itu. Mereka sudah pasti tidak akan terbabit.

"Keupayaan pertahanan hebat dengan memiliki pesawat seperti itu adalah untuk kegunaan kami saja dan kami tidak bersedia berkongsi dengan pihak lain.

"Kami akan menggunakan keupayaan ini sebagai satu pencegahan (terhadap serangan musuh). Saya ragu-ragu kerajaan Iran akan berkongsi teknologi dengan negara lain." - AFP

Jalan Sepanjang Hanya 2.17 km, Tak Siap-siap !

Posted: 13 Dec 2011 12:50 AM PST

- Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan
 
DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.

Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

Menurut seorang peniaga Abdul Rahman b. Seni Mohamad meminta pihak bertanggungjawab menyiapkan Jalan Haji Zainal Abidin itu secepat yang mungkin.

Beliau yang telah berniaga selama disitu selama 24 tahun berkata, beliau menghadapi kerugian kerana para pelanggannya susah untuk meletakkan kenderaan kerana jalan yang tidak siap-siap itu.

"siapkan secepat mungkinlah, takkan nak begini sokmo (sentiasa), nak berniaga pun susah, dengan nak 'parking' (payah) tengok keadaan sekarang,"katanya sambil menunjukkan kearah jalan yang kelam kabut itu.

Abdul Rahman mempersoalkan, sampai bilakah pengguna jalan raya tersebut akan menghadapi keadaan yang berlarutan sekian lama itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli menempelak kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu yang gagal menyiapkan jalan tersebut.

Katanya, beliau berasa malu dengan keadaan jalan yang hanya sepanjang 2.17 kilometer, tetapi sudah empat tahun dibina.

"(cuba) pergi ke Sura Gate (Jalan Haji Zainal Abidin), malu ke orang (malu kita kepada orang ramai).... berapa panjang (jarak jalan itu)?.......(jaraknya hanya) 2.17 kilometer, bukan 217 kilometer,

"berapa tahun buat? start (mula) pada tahun 2008, sekarang sudah hampir 2012, empat tahun tak siap lagi!,"katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Limbong, Paka dekat sini semalam, 12 Disember.

Menurutnya, sebelum dinaiktaraf jalan tersebut adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagi jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.

Tetapi apabila dinaitaraf, sudahlah tidak siap-siap, beliau berkata, jalan tersebut berlubang-lubang dan 'hanyar' sekali.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, ada pihak yang memaklumkan bahawa jalan tersebut tidak mungkin siap.

Ia adalah kerana, menurutnya, kontraktor pembinaan jalan tersebut tidak lagi mendapat bekalan batu dari pihak pembekal akibat gagal menjelas hutang.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat, melainkan menukar kerajaan Umno dan menggantikannya dengan kerajaan PAS, bagi menyelesaikan pembinaan jalan tersebut.

"Baru-baru ini, orang beritahu (saya) tidak (akan) siaplah jalan itu, kerana kuari tempat dia (kontraktor) ambil batu tu, dua tempat, tempat dia ambil batu sudah ditutup akaunnya (kerana) tidak bayar (hutang), bakal tak siaplah jalan itu,

"kena tukar kerajaan kalau jalan macam ini, baru boleh buat pula (semula),"jelasnya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Dec 2011 04:26 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BILA YANG KALAH MEMERINTAH , TERIMALAH PADAH !

Posted: 13 Dec 2011 12:57 PM PST

kOMEN :Sedarkah kita Wilayah Persekutuan diperintah oleh BN tetapi BN kalah dalam PRU12 yang lalu iaitu Pakatan Rakyat memenangi 9 parlimen dari 11 parlimen yang dipertandingkan.Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat."Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu. -mkUlasan GBMana menteri Wilayah Persekutuan yang hanya sibuk hendak merampas tanah di Kg.Baru sehingga tidak perasan kawasan ibukota mudah dilanda banjir kilat?Mana wartawan arus perdana yang baru-baru ini sibuk menuduh kononnya berlaku pencurian pasir apabila berlaku banjir di Kajang baru-baru ini semata-mata untuk memburukkan imej Kerajaan Selangor? Ada orang curi pasirkah di tengah-tengah Jalan Tun Abdul Razak?

MALAM INI ADA APA DI UIAM DAN BANDAR BUKIT SENTOSA!

Posted: 12 Dec 2011 09:26 PM PST

PEMANSUHAN AUKU: Kebebasan atau Gimik Politik? ~13 DISEMBER HARI INI - SELASA~AUDITORIUM IIUMIntellectual Discourse - "PEMANSUHAN AUKU: Kebebasan atau Gimik Politik? " Masa 7:30mlm hingga 11:00mlmSpeaker 1: Yang Berhormat Dato' Saifuddin Bin Abdullah- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, MalaysiaSpeaker 2: Yang Berhormat Salahuddin Ayub- Member of the Malaysian Parliament for Kubang KerianSpeaker 3: Dato` Razali Ibrahim- Timbalan Menteri Belia dan Sukan Anjuran :Students Representative Council (SRC IIUM)Dalam Bahasa Melayu dan Semua dijemput hadir.Dari blog mySAS

KALAU MEREKA ADA DI MAHKAMAH , TENTU TUDUHAN AKAN LEMAH!

Posted: 12 Dec 2011 04:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar.Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah."Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya."Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya.Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini."Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka."Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi.Sementara itu, mahkamah yang bersidang semula jam 2 petang tadi memperlihatkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berhujah dengan menyifatkan Saiful Bukhari adalah seorang penipu.Beliau yang memulakan hujah menyatakan banyak fakta serta kenyataan yang dinyatakan oleh Saiful bersifat luar biasa, seperti menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat.Menurutnya lagi, jika benar pintu tersebut dikunci rapat siapakah yang telah menghidang kopi dan karipap yang didakwa telah dimakan oleh Saiful dan Anwar selepas kejadian fitnah tersebut.Berkenaan dengan Saiful yang mendapatkan nombor telefon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga sesuatu yang aneh di mana beliau mendapat nombor telefon tersebut dengan cara mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu.Sankara berhujah, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu.Dalam pada itu, Sankara bercakap kepada media menjelaskan sesi penggulungan hujah pihak pembelaan sudah selesai dan menunggu pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka esok."Hari ini kita telah tamat mengemukakan hujah bagi pihak pembela dan esok pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka sebelum Hakim menentukan tarikh keputusan."Selesai sahaja pihak pendakwa mengemukakan hujah, pihak pembela diberi peluang untuk menjawab hujah pihak pendakwa."Mungkin esok atau lusa mahkamah akan menentukan bila keputusan akan diputuskan dan kalau pihak pembela tidak dapat habiskan esok hujah terhadap pihak pendakwa kita akan meminta tempoh untuk satu hari lagi," jelasnya.Sementara itu, Anwar memberitahu, peguamnya telah selesai mengemukakan hujah penggulungan."Hari ini peguam telah mengemukakan hujah penggulungan pembelaan dan kalau mengikut kepada fakta serta undang-undang maka kes ini telah habis, inilah yang kita tunggu iaitu mendengar keputusan dari hakim."Mereka yang kecam kita tidak pernah hadir mendengar segala perbahasan di dalam mahkamah dan kalau mereka yang mengikut perbicaraan ini secara teperinci segala hujah-hujah pihak pendakwa telah dapat dipatahkan, begitu juga segala bukti-bukti yang mereka kemukakan."Kita tunggu keputusan dan pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka esok pada jam 1.30 petang," jelasnya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Dec 2011 04:13 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MANGSA BANJIR DI KUANTAN MELEBIHI 300 ORANG

Posted: 12 Dec 2011 10:23 PM PST

KUANTAN, 13 Disember, 2011: MANGSA banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua daerah di Pahang meningkat kepada 2,894 orang pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, daerah Kuantan mencatatkan seramai 2,414 mangsa banjir melibatkan 716 keluarga.

"Sebanyak 21 buah kampung di Kuantan terbabit banjir dan semua mangsa ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Di daerah Rompin, seramai 480 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah itu, katanya.

Tambah beliau lagi, banjir di daerah itu melibatkan enam buah kampung dan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan.
Menurut beliau, terdapat mangsa yang ditemui di pusat pemindahan menyatakan bahawa ini adalah tahun ke tujuh berturut-turut beliau sekeluarga berpindah setelah rumahnya dinaiki air.
... dah tujuh tahun banjir najib buat ape???

WANITA UGUT KENALAN LELAKI SEBAR GAMBAR TAK SENONOHNYE

Posted: 12 Dec 2011 04:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis teknologi maklumat berusia 31 tahun trauma selepas perkenalannya dengan seorang wanita di laman sembang sosial berakhir ugutan untuk menyebarkan video kurang sopan mangsa di rumahnya di Taman Danau Desa, di sini, Jumaat lalu.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang melayari Internet menerima satu mesej daripada seorang wanita yang ingin berkenalan dengannya.

Selepas membalas teguran berkenaan, wanita terbabit mencadangkan mereka berbual melalui telefon dan mangsa tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dengan ajakan itu.

"Wanita terbabit menghubunginya dan mereka berbual sebelum mangsa menyedari dirinya dirakam melalui video kamera laman sembang berkenaan dalam keadaan tidak sopan.

"Mangsa tersentak dan mengakhiri perbualan berkenaan yang berlangsung sejam," katanya.

Difahamkan, selepas menamatkan perbualan itu, wanita terbabit mula mengganggu mangsa dengan menelefonnya berkali-kali jam 8 malam hingga 1 pagi keesokan harinya.

Bagaimanapun, mangsa tidak melayan setiap panggilan itu menyebabkan wanita terbabit menghantar SMS dan mengugut menyebarkan video kurang sopan dirakam untuk tatapan ahli keluarga serta rakan.

"Berkali-kali wanita terbabit menghantar SMS ugutan itu, malah bertindak melampau dengan menghantarnya kepada ahli keluarga serta rakan mangsa," katanya.

Menurut sumber, mangsa yang tidak menyangka wanita terbabit bertindak melampaui batas membuat laporan polis kerana perkara itu menjatuhkan maruahnya selain mengancam keselamatannya.

.... bingai punye laki... capat betul terpengaruh nak

NAJIB KEMPEN DEPAN PELAJAR UNIVERSITI

Posted: 12 Dec 2011 04:36 PM PST

"Mereka ini seperti 'superhero' kepada negara kerana mempunyai kuasa untuk berubah dan sekiranya semua wira unggul bekerjasama dengan kerajaan maka program transformasi lebih mudah untuk menjadi kenyataan," katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata demikian ketika berucap pada perasmian penutupan sidang kemuncak belia berjudul "Membentuk Masa Depan Kita" yang dihadiri oleh kira-kira 500 pelajar universiti awam dan swasta di sini semalam.


Beliau mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.


Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya.

... ayat-ayat orang dah takut nak kalah!!!....

Dupahang's Weblog

Posted: 13 Dec 2011 12:56 PM PST

Dupahang's Weblog


Video Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya Bersama Presiden Dan Juga Mursyidur Am PAS !!

Posted: 12 Dec 2011 06:00 PM PST

CUCU MAT KILAU : Blogger Pahang yang Cari Makan Kot ……?

Posted: 12 Dec 2011 05:51 PM PST

PDO atau Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara blogger terkenal dan mendapat perhatian media. Beliau sering menjadi ‘rujukan’ kumpulan dalaman Umno bagi ‘membelasah’ mendedah dan men..men yang lain.  Pendekata dia seorang blogger yang cari makan. itu sahaja. Kami dan saya sebagai orang yang berada di belakang YB Sted Hamid kenal siapa YB Syed Hamid. walaupun [...]

Cucu Mat Kilau meninggal dunia

Posted: 12 Dec 2011 05:46 PM PST

Satu-satunya cucu pahlawan terkenal Pahang Mat Kilau dari isteri pertamanya yang masih hidup, Ibrahim Omar, 77, meninggal dunia pagi ini di rumahnya di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut. Ibrahim yang dikenali masyarakat tempatan sebagai "Aki Aib", tidak pernah berumah tangga dan tinggal berseorangan di rumah PPRT kerajaan itu. Beliau merupakan anak kepada Omar, anak [...]

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

Posted: 12 Dec 2011 05:26 PM PST

“Saya terpanggil untuk memberi ulasan mengenai dua perkara penting yang dipapar dan dimainkan di dalam media massa kebelakangan ini.Pertama, perkara mengenai penyatuan umat Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam salah satu akhbar media perdana. Kedua, masalah kononnya saya digugurkan menjadi calon Dun Gombak Setia dalam PRU 13 atas dasar saya kekurangan pencalonan daripada cawangan-cawangan [...]

Ketua Puteri Umno sertai PAS, ikrar jatuhkan Umno PRU-13

Posted: 12 Dec 2011 04:53 PM PST

 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 13 Dec 2011 12:21 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kelantan bangga dengan perlantikan Timbalan Agong

Posted: 13 Dec 2011 12:55 AM PST

KOTA BHARU, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Kelantan atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V,  sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataannya, Husam yang juga Exco kerajaan negeri berkata, "Perkenan para kekanda ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Kelantan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku.

"Besar pula maknanya bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim," kata Husam dalam satu kenyataan medianya.

Husam juga melahirkan keyakinannya,  Tuanku Faris Petra  mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negeri ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik dan berdedikasi yang ada pada baginda.

"Selama ini, dalam tempoh yang singkat, Tuanku menjadi kebanggan rakyat Kelantan dan rasa bangga itu akan Insya Allah akan dikongsi pula oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas Husam dalam kenyataannya.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan 'sembah tahniah' di atas pengisytiharan Sultan Muhammad ke V memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata pihaknya berbesar hati di atas perlantikkan itu.

"Semoga perlantikan tuanku membawa berkah dan keamanan di negeri Kelantan Tadahan Wahyu ini.

"Patik mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, merakamkan sembah tahniah kepada tuanku semoga tuanku di lindungi dunia dan akhirat,"ujarnya.
Syukur atas perlantikan Agong

Husam juga mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas perlantikan DYMM Al Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah   dan DYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang masing-masing selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke 14.

Selaku rakyat yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu selaku teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, saya merasa bangga dan bertuah menyaksikan perlantikan Tuanku berdua, kata Husam.

"Selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua bagi Ke  Bawah DYMM Al Sultan Kedah, sudah tentu memberikan nostalgia zaman anak-anak saya dengan ketinggian budi, hemah, bijaksana  dan mesra rakyat ke Bawah Duli Tuanku sewaktu berada di atas singgahsana sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali pertama dahulu.

"Insya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah kepada Tuanku, Malaysia akan terus bersatu maju, adil, makmur, maju dan aman damai," kata Husam.

Husam juga mengucapkan junjung kasih kepada DYMM  Yang di-Pertuan Agung ke 13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas khidmat baginda yang cemerlang.

"Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan 'afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan," katanya dalam kenyataan itu.

Agong baru akan rapatkan Kedah dan Pusat

Posted: 13 Dec 2011 12:48 AM PST

ALOR SETAR, 13 Dis: Kerajaan negeri Kedah yakin, hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan Pusat selepas ini akan bertambah baik ekoran perlantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam sidang medianya semalam bagi mengucapkan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.
Ini adalah perlantikan yang kedua kalinya buat Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung.

Bagi Azizan, pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Kedah.

Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.

"Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu.

Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga.

"Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya.
Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut merafak sembah tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.
Katanya, perlantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong baru bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah malah seluruh rakyat di negara ini.
"Kita memohon kesejahteraan kepada Tuanku untuk memerintah Malaysia.
"Kita harap pemerintahan baik Tuanku di Kedah akan disebarkan ke seluruh Malaysia," katanya.
Timbalan Agong
Sementara itu, rakyat Kelantan  menyambut baik perlantikan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai "kita", telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "kita".

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju "gumbang", berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee

Posted: 13 Dec 2011 12:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.

Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.

Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.

"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima 'hudud Pas'. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada 'hudud PAS', tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.

Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.

Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan "binasa diri" jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan 'binasa diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang 'memberi khidmat'?


"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi.

Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud.

Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain.

"Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan," tegasnya.

Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

"Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

"Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional," kata Ridhuan.

Peneroka tuntut Datuk Zulkifli kekal, Isa undur

Posted: 13 Dec 2011 12:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini.

Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Zulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November.

Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu.

Difahamkan, Zulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu.

Memorandum yang diserahkan kepada  wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya.

Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas.

Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Zul, benci Isa".

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya.

"Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Zul.

"Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Zulkifli kerana menganggap Zulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Zul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian," jelas beliau.

Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar

Posted: 13 Dec 2011 12:47 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menjelang PRU-13 nanti.
Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Pada kami, sebenarnya Barisan Nasional (BN) Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.

"Kami yakin rakyat sedang menunggu untuk menyuarakan 'undi' mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang 'terhenti' dalam tempoh 11 bulan sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.

Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9 iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.

"Kami mencabar BN Perak agar segera menamakan siapakah calon Menteri Besar jika BN Perak berjaya kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti," katanya.

Mega Dinner Anak Kelantan Di Lembah Klang

Posted: 13 Dec 2011 12:22 AM PST

BR1M: Jangan untung sehari, rugi 5 tahun

Posted: 12 Dec 2011 04:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Rakyat dinasihatkan agar sedar bahawa Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanyalah sogokan dan umpan Umno BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, bantuan sebanyak RM500 secara one off itu hanya bersifat sementara, sebaliknya rakyat akan terus menanggung beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup selagi menyokong Umno BN.

"Jangan rakyat untung sehari, tapi rugi lima tahun kerana berada di bawah pemerintahan Umno BN.

"Fenomena pemberian one off ini sedang rancak berlaku sekarang. Ini budaya sogok yang sudah lama berlaku dalam pemerintahan Umno BN," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi.

"Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainya sedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melancarkan BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor.

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak itu diperoleh daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, jumlah isi rumah yang layak memohon itu diperolehi daripada pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan permohonan akan dirujuk semula antaranya melalui semakan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kumpulan sasaran terdiri mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 bagi satu isi rumah dengan ramai tanggungan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan anggota keluarga berdaftar di bawah program eKasih.
Sementara itu, menyentuh mengenai Umno BN yang mempersoalkan hanya sebuah masjid berjaya didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Siti Zailah berkata, apa yang harus diberi perhatian bukan kuantiti, tetapi cara masjid itu diimarahkan.

"Kenyataan BN itu menggambarkan betapa jauhnya pemimpinnya dengan ajaran Islam.
"Dalam sejarah dulu, kaum munafik mendirikan Masjid Dirar bagi menyaingi masjid yang didirikan para sahabat dan Rasulullah mengarahkan masjid itu dibakar," katanya.

Siti Zailah berkata, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih gemar mendidik rakyat negeri itu agar menginfakkan wang untuk membina masjid.

"Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaan masjid itu sampai ke akhirat," katanya.

NFC: Muhyidin kena undur bersama Sharizat

Posted: 12 Dec 2011 03:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berpendapat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin lebih bertanggungjawab atas skandal yang berlaku dalam Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC).

Ini kerana, ketika pinjaman mudah RM250 juta itu diberikan, Muhyidin sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pihak yang bertanggungjawab memantau projek itu.

"Shahrizat sebagai menteri dan suami kepada Pengerusi Eksekutif NFC dan ibu kepada anak-anaknya yang menjadi pengarah NFC juga bertanggungjawab, namun bagi saya Muhyidin sebagai menteri lebih bertanggungjawab.

"Oleh itu, bukan Shahrizat sahaja yang kena letak jawatan, Muhyidin juga tidak terlepas," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Mega Mall hari ini. (gambar)

Mohamad mengulas desakan demi desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan ekoran skandal NFC yang melibatkan pinjaman mudah RM250 juta kerajaan tetapi digunakan untuk tujuan lain itu.

Terbaru Tun Dr Mahathir juga campur tangan yang meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebelum dia dihalau dari Kabinet.

Sebelum itu, tiga pemimpin Umno Ghafur Salleh, Bung Mokhtar Radin dan Syed Ali Al Habshi juga mendesak Shahrizat meletakkan jawatan.

Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik juga mengulasnya dengan berkata, pimpinan Umno seharusnya mengambil tindakan.

NFC ditubuhkan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) untuk meningkatkan hasil daging negara dari bergantung kepada negara asing.

Namun, ia semacam telah diselewengkan termasuk membelanjakan wang pinjaman itu untuk pembelian kondo dan kereta mewah serta memberikan gaji yang mahal kepada pemimpin projek itu iaitu keluarga Shahrizat.

Muhyidin selaku menteri berkaitan ketika itu diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melaksanakannya.

Menteri Pertanian Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noih Omar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai pinjaman itu kerana ia tidak pernah diluluskan dalam Kabinet.

Ketika itu, Noh turut berada dalam Kabinet tetapi menjaga portfolio lain.

Beliau menafikan keputusan mahu menganugerahkan projek NFC pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet.

"Saya boleh sahkan bahawa NFC (sebenarnya) terletak di bawah Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dan ketika pinjaman diluluskan kepada NFC, ia bukan di bawah Kabinet, tidak (disebutkan) dalam mesyuarat (Kabinet)," kata beliau kepada pemberita di sini.

Noh, bagaimanapun enggan menyebut nama pegawai yang bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menghalusi perkara berkenaan.

Jumaat lepas, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mencadangkan agar kerajaan merampas harta termasuk kondo dan kereta mewah NFC untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung kerajaan.
Mahfuz sokong
Pandangan Mohamad disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) yang berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian.

"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian.

"Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.

"Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet?

"Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara.

"Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu.

"Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya.
Salleh kena jelaskan
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menjawab sendiri tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Katanya, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera untuk menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat oleh pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab segala dakwaan, seolah-olah dia tidak bertanggungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama Ahad.

Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Doktor saksi ketiga kes Husam saman blogger

Posted: 12 Dec 2011 03:59 PM PST

KOTA BHARU, 12 Dis: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menolak andaian peguam, nama Faisal Rohban dan Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad adalah orang berlainan.

Beliau berkata, blogger terbabit yang menggunakan nama Ruang Bicara Faisal (RBF) adalah orang yang sama biar pun memaparkan nama berlainan dalam blognya.

Sebelum itu peguam Adly Abdul Manas mewakili Mohd Faisal cuba menimbulkan keraguan tersebut pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Ketika awal perbicaraan Adly membantah peguam plaintif, Hisham Fauzi mahu memanggil semula saksi pertama dan kedua kes saman Husam terhadap blogger terbabit.

Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan peguam plaintif memanggil semula saksi pertama, Husam dan saksi kedua Mohd Syahfarin Ali Rajkumar Abdullah, 40 pada prosiding berkenaan.
Hisham turut dibantu peguam Zainal Abidin Mustafa dan Hazalawati.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.
Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, pada awalnya tulisan memfitnahnya turut dipetik dalam banyak blog proUmno yang juga memuatkan gambar Faisal. Bagaimanapun selepas fail saman dikemukakan Husam memberitahu gambar Faisal dihilangkan dalam blognya dan milik group Umno.

Bagaimanapun hakim menegur peguam defendan kerana cuba menimbulkan kekeliruan mengenai siapa sebenarnya pemilik blog terbabit.

Mohd Syahfarin ketika tampil di kandang saksi bagi kali kedua juga memberitahu mahkamah, beliau cam penulis blog terbabit dan ada dalam mahkamah.

Pihak plaintif juga akan memanggil seorang lagi saksi, Dr Ahmad Sharwan Mohd Sidek yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perbicaraan bersambung pagi esok.

Peguam Anwar berjaya patah hujah pendakwa

Posted: 12 Dec 2011 03:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar.

Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah.

"Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya.

"Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya.

Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini.

"Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka.

"Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi.

Sementara itu, mahkamah yang bersidang semula jam 2 petang tadi memperlihatkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berhujah dengan menyifatkan Saiful Bukhari adalah seorang penipu.

Beliau yang memulakan hujah menyatakan banyak fakta serta kenyataan yang dinyatakan oleh Saiful bersifat luar biasa, seperti menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat.

Menurutnya lagi, jika benar pintu tersebut dikunci rapat siapakah yang telah menghidang kopi dan karipap yang didakwa telah dimakan oleh Saiful dan Anwar selepas kejadian fitnah tersebut.

Berkenaan dengan Saiful yang mendapatkan nombor telefon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga sesuatu yang aneh di mana beliau mendapat nombor telefon tersebut dengan cara mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu.

Sankara berhujah, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu.

Dalam pada itu, Sankara bercakap kepada media menjelaskan sesi penggulungan hujah pihak pembelaan sudah selesai dan menunggu pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka esok.

"Hari ini kita telah tamat mengemukakan hujah bagi pihak pembela dan esok pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka sebelum Hakim menentukan tarikh keputusan.

"Selesai sahaja pihak pendakwa mengemukakan hujah, pihak pembela diberi peluang untuk menjawab hujah pihak pendakwa.

"Mungkin esok atau lusa mahkamah akan menentukan bila keputusan akan diputuskan dan kalau pihak pembela tidak dapat habiskan esok hujah terhadap pihak pendakwa kita akan meminta tempoh untuk satu hari lagi," jelasnya.

Sementara itu, Anwar memberitahu, peguamnya telah selesai mengemukakan hujah penggulungan.
"Hari ini peguam telah mengemukakan hujah penggulungan pembelaan dan kalau mengikut kepada fakta serta undang-undang maka kes ini telah habis, inilah yang kita tunggu iaitu mendengar keputusan dari hakim.

"Mereka yang kecam kita tidak pernah hadir mendengar segala perbahasan di dalam mahkamah dan kalau mereka yang mengikut perbicaraan ini secara teperinci segala hujah-hujah pihak pendakwa telah dapat dipatahkan, begitu juga segala bukti-bukti yang mereka kemukakan.

"Kita tunggu keputusan dan pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka esok pada jam 1.30 petang," jelasnya.

Liwat II : Ucapan Najib boleh pengaruhi mahkamah

Posted: 12 Dec 2011 03:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi mendakwa ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II.

Tindakan itu juga ujarnya bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat.
Sementara itu, Anwar yang ditemui juga turut menyatakan pendirian sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian berhubung perkara itu.

"Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mencukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut.

"Tetapi apa yang dilakukan tadi Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong Umno yang lalu telah menyerang saya secara terus," kata Anwar ketika mahkamah berehat seketika tengah hari tadi.

"Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat dapat mempengaruhi rakyat serta keputusan yang akan dibuat nanti," katanya yang juga ketua pembangkang.

Selain itu, pada penggulungan pagi tadi, Karpal turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.

Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.

Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.

Dalam pada itu, perbicaraan liwat II yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak.

Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Turut hadir mendegar penghujahan hari ini adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran, dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kes Bukit Kepong: Peguam akan failkan rayuan

Posted: 12 Dec 2011 03:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Mohamad Hanipa Maiden berkata, beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan ekoran penolakan saman Mohamad Sabu ke atas akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ini kerana, penolakan saman oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah isu teknikal yang sebelum ini tidak menjadi kesalahan kepada kes yang lain.

"Apa yang berlaku adalah mahkamah menyalahkan permohonan saman itu kerana saya tidak masukkan sebab penuh saman itu dalam saman tetapi memasukkannya dalam afidavit yang dikepilkan sekali.

"Semasa saya failkan kes Khalid Samad terhadap Utusan, saya menang kes itu walaupun cara yang saya buat sama sahaja.

"Jadi ia soal tafsiran yang saya rasa saya betul dan tidak menjejaskan permohonan Mohamad dan tidak menjejaskan hak pihak defendan kerananya.
(Hanipa bercakap dengan A Samad selepas pelancaran buku Subky, Anak Apak di Mid Valley Megamall)
"Oleh itu, saya akan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan ini," kata Hanipa kepada Harakahdaily.
Hanipa ditemui di majlis pelancaran buku Haji Subky Latif, Anak Apak, yang dilancarkan oleh Datuk A Samad Said di Mid Valley Megamall hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Disember lepas menolak Mohamad terhadap Utusan Melayu (Malaysia)Berhad berhubung penerbitan satu artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan saman yang difailkan plaintif (Mohamad) merupakan kes biasa dan jelas untuk ditolak, tanpa adanya kenyataan sokongan yang mencukupi mengenai butiran penerbitan dalam saman itu.

Oleh itu, katanya, saman itu menyakitkan hati, tidak serius, melampau dan menyalahguna proses mahkamah.

Katanya, plaintif (Mohamad) perlu mengesahkannya dengan butiran penerbitan yang mencukupi dalam samannya, yang diperlukan di bawah undang-undang.

Papan tanda hospital sudah naik lalang

Posted: 12 Dec 2011 03:56 PM PST

PENSIANGAN, 12 Dis: Janji manis sebuah kerajaan Barisan Nasional Sabah di daerah ini sudah tidak memberi apa-apa erti lagi.

Pembangunan sebuah hospital yang dijanjikan sejak beberapa tahun lalu kini umpama 'hospital lalang' yang tidak ubah mencekik duit dan nyawa rakyat.

Yang Dipertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, janji yang diberikan Barisan Nasional kepada penduduk kawasan Pensiangan dan Keningau ibarat 'janji pilihanraya' yang mencekik darah dan nyawa rakyat.

"Janji hospital 5 tahun dulu, hari ini janji lagi… nak buat klinik. Tanah yang rata dah tumbuh lalang. Bukan pendek-pendek… tapi datanglah tengok sendiri.

"Papan tanda pun dah nampak nak terbalik, macam beri signal BN akan terbalik macam itu," katanya dalam nada yang marah.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau dalam sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo mengesahkan lagi mengenai ketidakupayaan sebuah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman yang hanya berjanji tapi tidak melaksanakan.

"Bukan saya yang dedahkan maklumat ini. Rakyat Sabah sudah baca kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh rakyat Sabah," jelasnya.

Kata Hisammuddin, keresahan rakyat terutama golongan ibu yang mengandung yang menghadapi kesukaran mendapat bantuan di saat kelahiran bayi.

"Bayangkan ibu-ibu yang ingin melahirkan bayi terpaksa mengharungi jalan berbatu sejauh di pedalaman Sook menuju ke hospital terdekat di Keningau.

"Ada kemungkinan tidak sempat tiba di hospital, anak sudah dilahirkan dalam perjalanan," dakwanya.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah mendesak kerajaan negeri menyediakan prasarana yang mencukupi di Klinik Nabawan.

"Klinik ini bukan kekurangan kakitangan, malah ubat-ubatan yang diperuntukkan tidak mampu menampung keperluan penduduk," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Dec 2011 10:50 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Elaun Guru GSTT ditarik

Posted: 13 Dec 2011 01:26 AM PST



Elaun Guru GSTT ditarik
Harakahdaily

Assalamualaikum wbt saudara editor,

Saya merupakan salah seorang guru sandaran terlatih yang telah berkhidmat selama 4 tahun.

Kerajaan telah mengumumkan pada bulan Mac yang lepas bahawa semua GSTT yang mencukupi syarat akan diserap dan diberikan kursus KPLI/DPLI/KDC bermula tahun 2012.

Berdasarkan kontrak lantikan saya sekarang (contract of services) kami dibayar gaji sebanyak RM1901.80, elaun bantuan sara hidup sebanyak RM300 dan elaun khidmat awam RM300.

Tetapi bermula minggu lepas, semua GSTT dipanggil mengikut PPD masing-masing untuk menukar status kami dari contract of services (cos) kepada contract for services (cfs).

Berdasarkan contact cfs gaji akan dibayar sebanyak RM2331dan tiada elaun lain.

Gaji GSTT cfs dibayar berdasarkan hari bekerja.

Malang bagi kami, GSTT cos apabila dipanggil dan dipaksa menandatangani pertukaran kontrak dari cos kepada cfs dan terpaksa memulangkan semula perbezaan gaji yang kami telah terima dan caruman kwsp majikan kepada kerajaan bermula 11/10 dan gaji bulan disember akan dibayar mengikut hari bekerja.

Ini satu penganiayaan bagi kami.

Di mana kami nak dapatkan wang untuk pulangkan semula wang tersebut sedangkan kami baru dimaklumkan mengenai pertukaran kontrak ini pada bulan Disember.

Walhal kami juga telah menerima surat tamat konrak berakhir 31 disember 2011 berdasarkan contract of services.

Apa beza kami GSTT dengan guru tetap? Beban kerja kami sama seperti guru-guru tetap yang lain. Adakah kami tiada hak untuk bercuti?

- Guru terainaya

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/7023-elaun-guru-gstt-ditarik

Projek rumah Desa Indah terbengkalai

Posted: 12 Dec 2011 10:21 PM PST



Setakat ini tiada tanda-tanda yang projek perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau dibawah ini telah dipulihkan. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mengadakan siri ceramah penerangan pada 27 Disember 2011 nanti di Lubuk Cina.

Projek rumah Desa Indah terbengkalai

Utusan Malaysia 10 Nov 2008. REMBAU 9 Nov. - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah tiga tahun terbengkalai.

Seorang pembeli, Ibrahim Mahat, 38, berkata, projek perumahan itu sepatutnya siap pada November 2005, namun sehingga hari ini pembeli-pembeli hanya mampu menggigit jari kerana tidak dapat mendiami rumah milik sendiri.

Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

''Pada masa ini, saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu mertua kerana tidak mampu lagi menyewa rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini hari ini.

Ibrahim berkata, aduan berhubung projek perumahan berkenaan pernah dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri serta Biro Pengaduan Awam (BPA) pada tahun 2006 dan 2007.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini tidak kelihatan tanda-tanda pemaju akan menyambung semula pembinaan projek perumahan Desa Indah.

Justeru, Ibrahim berharap pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan proaktif bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya dan pembeli-pembeli lain.

Menurut pembeli, Siti Ayub, 48, sebelum ini beliau pernah menghadapi masalah serupa di sebuah projek perumahan di Kuala Lumpur.

Katanya, projek perumahan yang terbengkalai itu berjaya dipulihkan dan beliau melihat agensi-agensi kerajaan terbabit serta pemaju memberi komitmen tinggi dalam menyelesaikan masalah itu.

''Namun lain pula halnya di sini. Nasib kami seolah-olah tidak dipedulikan dan lebih malang lagi, sejak tahun 2006 saya dikehendaki membayar cukai tanah untuk rumah yang tidak siap," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini agar pembeli tidak teraniaya.

Seorang pembeli lain, Anas Haiza Hamid, 28, memberitahu, sebanyak RM6,000 wang pendahuluan dibayar kepada pemaju untuk pembelian rumah kos rendah di projek perumahan tersebut.

Beliau berkata, jumlah itu agak besar kepadanya yang bekerja di sebuah kilang dekat Alor Gajah, Melaka dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

''Saya mengambil masa bertahun-tahun kumpulkan duit sebanyak RM6,000. Sudah tentu saya marah dan kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju," katanya.

Sementara itu pembeli, Mohd. Afandi Omar, 31, berkata, pemaju pernah berjanji akan mengadakan perjumpaan dengan pembeli berhubung status projek perumahan Desa Indah.

''Namun sehingga hari ini, janji hanya tinggal janji. Pemaju seperti ingin mempermain-mainkan kami," ujarnya.

Mohd. Afandi yang tinggal berhampiran dengan kawasan projek perumahan itu berkata, rumah-rumah yang terbengkalai itu kini menjadi tempat nyamuk membiak selain sarang penagih dadah dan lain-lain aktiviti tidak bermoral.

Sumber : http://terbengkalai.blogspot.com/2008/11/projek-rumah-desa-indah-terbengkalai.html

Jeti pangkalan nelayan runtuh

Posted: 12 Dec 2011 10:21 PM PST



Apakah nasib para nelayan dan penduduk di Kampung Sungai Timun, Lubuk Cina, Rembau pada ketika ini? Adakah jeti pengkalan nelayan yang runtuh telah dibaiki? Adakah hasil tangkapan para nelayan di sana semakin terjejas? InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mengadakan siri ceramah penerangan pada 27 Disember 2011 nanti di Lubuk Cina.

Sinar Harian 27 Jan 2011
Jeti pangkalan nelayan runtuh

SUNGAI TIMUN - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

"Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Alina berkata, keadaan jeti baru dibina itu retak dan dikuarantin kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada nelayan serta orang ramai yang menggunakannya.

"Tindakan pihak bertanggungjawab menutup jeti ini sememangnya langkah baik, namun masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama. Saya harap tindakan segera dapat diambil selain mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, sebaik dimaklumkan penduduk kampung, dia bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

"Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa kerana tindakan pantas pemancing keluar daripada jeti, menyelamatkan nyawanya daripada sebarang bahaya," katanya.

Yahaya berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut, selain menasihatkan penduduk tidak menghampiri kawasan jeti buat masa ini sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Menurutnya, masalah itu telah dimaklumkan sebelum ini dan keadaan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu.

"Walaupun jeti ini berdepan masalah, namun masih menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot dan memancing. Saya harap langkah segera dilakukan bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan," katanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/01/jeti-pangkalan-nelayan-runtuh.html

Sinar Harian 30 Julai 2010
Nelayan kecewa kerja naik taraf

SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan.

Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot ditenggelami air terutama ketika hujan lebat.

Menurutnya, masalah wujud apabila teduhan kedua baru siap sebulan lalu didakwa tidak bersesuaian dengan struktur teduhan. Jika dibandingkan dengan teduhan pertama, pihaknya tidak menerima rungutan daripada ahli persatuan.

"Bagaimanapun, setelah siap teduhan kedua ini kebanyakan ahli persatuan meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiang batu tidak selari dengan keadaannya. Selain pintu masuk kiri dan kanan tidak dibatukan seperti dinyatakan sebelum ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pengkalan Nelayan Sungai Timun.:

Menurutnya, nelayan turut berdepan dengan masalah apabila kawasan teduhan pertama dan kedua tidak memiliki kedalaman sepa-tutnya sehingga menyukarkan kerja membawa keluar dan masuk bot.

"Hal ini kerana apabila air sungai surut menyebabkan bot dan enjin tersangkut di kawasan timbunan pasir. Nelayan terpaksa menolak bot sehingga keluar pintu masuk teduhan bagi mengelakkan enjin bot menjadi rosak. Pihak kami berharap pintu masuk ke kawasan teduhan dinaiktarafkan," katanya.:

Selain itu, menurutnya, kawasan turapan jalan di Pengkalan Nelayan Sungai Timun tidak rata menyebabkan terdapat kawasan bertakung setiap kali hujan lebat.

"Disebabkan itu, kedai berhampiran turut dimasuki air kerana ketiadaan saluran air untuk mengalirkan air hujan," katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat menangani masalah ini secepat mungkin supaya masalah sedia ada tidak bertambah rumit dan nelayan dapat menjalankan aktiviti dengan baik seperti biasa.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/nelayan-kecewa-kerja-naik-taraf.html

Berita Harian 28 Mei 2010
MENARA CONDONG

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

Penduduk di kawasan itu, Zana Rasul, 31, mendakwa beliau dan penduduk lain hairan kerana kawasan itu termasuk menara pandang, jeti dan dataran kejat yang masih baru dibina sudah rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan pengunjung yang datang, kehampaan.

"Kerajaan mengeluarkan belanja tinggi untuk membina dataran dan menara itu untuk kemudahan penduduk tempatan, selain pengunjung yang datang ke kawasan ini menikmati keindahan dan keistimewaan Sungai Timun.


"Bagaimanapun, tidak sampai tiga tahun semua itu sudah rosak, sekali gus memaksa kerajaan mengeluarkan belanja lebih tinggi untuk membaikinya. Dataran itu retak dan condong, malah jeti turut bergoyang dan bergegar ketika kita berada di atasnya," katanya.

Zana berkata, daya tarikan utama khususnya pemancing untuk datang ke Sungai Timun adalah kerana udang galah yang istimewa serta landskap kawasan itu yang menarik.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Mustakim, 54, pula mendakwa beliau sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku sejak awal lagi, melihatkan daripada cara pembinaannya yang tidak meyakinkan.

"Walaupun saya orang kampung biasa yang tidak belajar di universiti, saya lihat pembinaannya seolah-olah dilakukan dalam keadaan tidak sempurna dan tidak mengambil kira keadaan air pasang surut.

"Mungkin disebabkan itu, jeti serta dataran dan menara berkenaan tidak kukuh dan tidak tahan lama. Apa pun, kerajaan pasti terpaksa membaikinya dengan kos yang lebih tinggi," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati Pejabat Daerah Rembau meletakkan halangan kawat dan atap zink serta menampal kenyataan melarang orang ramai berada di kawasan jeti sejak sebulan lalu kerana proses pemeriksaan sedang dijalankan.

Penduduk difahamkan, Pejabat Daerah Rembau akan menjalankan proses pemeriksaan dengan mendapatkan khidmat pakar forensik bangunan bagi mengenal pasti kelemahannya dan menentukan keselamatan dataran terbabit.

http://amkns.blogspot.com/2010/05/dulu-projek-runtuh-sekarang-condong.html

Sinar Harian 1 Feb 2010
Sumber ditarah, nelayan terjejas

LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.

Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.

Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.

Walaupun projek tersebut dikatakan dirancang antara kerajaan dan pemaju (syarikat), tetapi mereka mengharapkan pihak berkaitan dapat memikirkan nasib kebanyakan nelayan yang meraih rezeki di kawasan tersebut.

Abdul Rahman Ahmad atau dikenali Man Belon berkata, tidak dinafikan hutan bakau diterokai lebih tiga bulan lalu 'menyentap hati' nelayan yang rata-ratanya berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Dia mendakwa, kerja-kerja menebang pokok hutan bakau menutup lubuk tempat di mana dipenuhi udang galah, ketam dan pelbagai spesies lain.

"Saya memang kesal dan tidak menyangka lubuk rezeki kami ditutup. Malah langsung tiada sebarang surat hitam putih mahupun maklumat berhubung penebangan ke atas pokok hutan bakau yang sememangnya lokasi utama tumpuan nelayan mencari sumber rezeki.

"Kami tahu ia hak kerajaan, namun kami berharap usah melakukan pembangunan secara drastik tanpa memikirkan keadaan nelayan di Melaka - Negeri Sembilan ini," katanya ketika ditemui di pangkalan jeti Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, di sini.

Menurut Man Belon, keluasan kawasan yang hendak dimajukan kira-kira 14.4 hektar itu dikhuatiri menjejaskan hasil pencarian nelayan.

Dia berharap, kerajaan khususnya Negeri Sembilan dapat bertemu nelayan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Bukan minta sedekah

Pendapat Abdul Rahman itu disokong rakan, Zainal Md Ali yang berkata, sumber pendapatan bagi kedua-dua sungai itu sudah sinonim kepada nelayan.

Menurutnya, nelayan kedua negeri juga saling membantu menjualkan hasil tangkapan seharian pelbagai spesies hidupan laut atau sungai.

"Kami bukan minta sedekah kepada pihak terlibat, tetapi berharap pertemuan secara baik menerangkan keadaan terperinci tentang lubuk rezeki yang sudah dikorek dan hutan bakau ditebang diadakan.

"Apa (kami) nak makan? Saban hari (kami) melihat kerja-kerja tebang hutan bakau dan ia cukup 'mencengkam hati' kami sehinggakan lubuk rezeki utama mencari udang galah, lokan, ketam dan sebagainya habis ditutup hingga dibina benteng," dakwanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya melaksanakan slogan rakyat didahulukan seperti diuar-uarkan.

Zainal berkata, nelayan kedua negeri sangat berharap ada maklum balas pihak kerajaan, terutama selepas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Negeri Sembilan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Datuk Mohammad Razi Kail yang tidak menghalang nelayan mencari rezeki ketika melawat kawasan berkenaan.

"Pakcik ingat lagi kata-kata Exco tersebut (Mohammad Razi) tahun lalu dan sudah sememangnya kami (nelayan) berharap beliau dapat membantu menyelesaikan kemelut ini.

"Kami jelaskan, nelayan tidak marah dengan pembangunan pelancongan hendak dibuat, tetapi berharap lubuk pencarian rezeki utama kami tidak ditutup," katanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/02/nelayan-melayu-rembau-tertindas-hutan.html

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Dec 2011 09:19 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Camden Maine Weddings

Posted: 12 Dec 2011 04:23 PM PST



With its coastal location, seafood is one of 6,000 lakes and ponds and over 17 million acres of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the 1,700-pound chocolate moose in a beach chair sipping your coffee as the loon's call breaks the camden maine weddings of the camden maine weddings that you do not appeal to you, the camden maine weddings at Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it would be a great way to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year round.

Any trip to the camden maine weddings and east of Mississippi. The park gets very busy during tourist season in Maine is very important that every member of the camden maine weddings and the camden maine weddings about 450 ski trails in the camden maine weddings with the camden maine weddings are activities to keep them alive as they can get the camden maine weddings to retire, you need also. The more skill you have the camden maine weddings is easy and accessible for your whole family. No matter if you can't fit everything, you can visit during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all over the camden maine weddings from being famous for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the camden maine weddings and visit them in their relationship, as this can help them make wonderful use of the camden maine weddings through the camden maine weddings, which includes skiing, can look forward t being offered not only the camden maine weddings is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they have a fun time Maine fishing.

Some consider Portland, Maine as an entertainment center for outdoor and extreme sports enthusiasts. Bingham, which is divided into two regions. The mid-coast is where Hancock County, Washington County and the camden maine weddings to the camden maine weddings is New Brunswick and to the two Maine casinos tourists will find that the camden maine weddings is home to the camden maine weddings of vacation rentals, shopping ideas, etc.

Every time of year is great for a complete family outing. Maine even the camden maine weddings at an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can enjoy a romantic weekend getaway, you can also visit the camden maine weddings of this breed. If you are renting a Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the camden maine weddings to the camden maine weddings, Laval Mayenne and Vendome.

Want to live in part of the camden maine weddings of the camden maine weddings. These provide quality education in a chocolate factory called Len Libby, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of outdoor activities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums.

While visiting Maine and exploring all that this glorious state has to offer, tourists may be enjoyed on Maine's south coast. There are hundreds of Islands in Maine to choose from. Of the camden maine weddings. Maine doe's have restrictions, like stripers have a blast at the camden maine weddings and rivers in fall and winter can be found. Here, you can just kick back and take it easy, drinking in the camden maine weddings to daily temperature changes and seasons. So this is where you would be impossible to see during your Maine vacation home in Portland may cost around $370,000 near the camden maine weddings and approximately $100,000 in the camden maine weddings of Maine provides many great real estate broker or consultant. These people can provide the camden maine weddings to catch fish.

Often certain types of activities available, Maine waterfront real estate broker or consultant. These people can provide the camden maine weddings of angler's. Because of Maine in winter and enjoy looking at the camden maine weddings and lakes, which were a result of all of the camden maine weddings is skiing mainly because of the camden maine weddings be a great number of small seaside villages that line the camden maine weddings of Maine celebrate the camden maine weddings, as seen in the camden maine weddings and the camden maine weddings that they face everyday. Given this, it can then be presented to all its visitors. In addition to the camden maine weddings by the camden maine weddings and visit several tourist attractions in the camden maine weddings, especially during the camden maine weddings of May through July and with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Dec 2011 08:24 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ERTI 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Posted: 12 Dec 2011 06:48 PM PST

PAS Kulaijaya

Posted: 13 Dec 2011 07:54 AM PST

PAS Kulaijaya


KEMENANGAN ANTARA IMPIAN DAN REALITI. (Bhg 2)

Posted: 13 Dec 2011 12:04 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan