SHAH ALAM 14 Nov. – Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus mendesak Kerajaan negeri  menjelaskan dakwaan wujudnya amalan salah tadbir urus membabitkan sebuah  anak syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
 
Desakan itu dibuat kerana mendakwa  syarikat terbabit, Selangor Palm Oil Industries Corporation Sdn Bhd.  (SOPIC) yang didapati telah membelanjakan kira-kira 50 peratus daripada  RM20 juta wang tunai milik anak syarikat itu pada tahun 2010.
 
Beliau menegaskan, perbelanjaan yang  membabitkan pelantikan kontraktor bernilai jutaan ringgit untuk projek  pembinaan kandang lembu tenusu Milking Parlour dan Pejabat Ladang PKPS  Jelutong Jati, Sabak Bernam menimbulkan pelbagai persoalan kerana SOPIC  sendiri telah dihentikan operasinya oleh PKPS pada tahun 2009.
 
Amalan itu katanya didakwa dikesan  menerusi satu prosedur kewangan yang tidak munasabah apabila SOPIC  menerusi dua ahli lembaga pengarahnya, pada 19 julai 2010 meluluskan  pelantikan kontraktor iaitu syatikat LLK Construction Sdn Bhd. (LLK  Construction) untuk melaksanakan projek tersebut yang berjumlah RM1.38  juta.
 
"Bagaimana sebuah anak syarikat  yang  telah dihentikan operasinya pada tahun 2009 boleh menjalankan operasi  perniagaan. Malah, dia ahli lembaga pengarah SOPIC terbabit  difahamkan  tidak mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah PKPS selaku  syarikat induk.
 
"Malah, Menteri Besar (Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim) yang juga Pengerusi PKPS sendiri tidak kah mengetahui  perkara ini. Apa penjelasan Menteri Besar mengenai perkara ini.  Difahamkan salah seorang ahli lembaga pengarah SOPIC yang juga Pengurus  Besar PKPS itu merupakan proksi Menteri Besar dan pernah bertugas di  Kumpulan Guthrie sebelum ini," katanya ketika membahaskan Bajet Selangor  2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
 
Tambahnya, selain projek tersebut,  amalan sedemikian turut melibatkan kelulusan pelantikan kontraktor yang  sama untuk projek ternakan ayam daging di Ladang PKPS Jelutong Jati,  Sabak Bernam berjumlah  RM975,130 pada 18 Mei 2011.
 
Jelasnya, pemberian kontrak itu turut  melibatkan pembelian mesin projek ternakan ayam sejumlah RM3.5 juta oleh  syarikat Jensen Poultry Equipment atas cadangan LLK Construction  sendiri.
 
"Kita merasakan pemberian kontrak kepada  syarikat kontraktor ini buat tanpa melalui proses tender yang telus dan  menimbulkan banyak keraguan," jelasnya lagi.
 
Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor  ketika bercakap kepada media di luar sidang DUN turut mempersoalkan  ketelusan kerajaan negeri dalam amalan pengurusan perlombongan pasir  menerusi anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
 
Katanya, berdasarkan maklumat yang  diterima, wujud campurtangan dalam pengurusan perlombingan pasir di  negeri ini oleh ahli lembaga pengarah KSSB yang terdiri daripada Exco  serta ADUN daripada  kerajaan negeri.
 
Perkara itu disahkan sendiri oleh  seorang bekas Eksekutif Pemasaran KSSB, T . Sivanesan yang menyatakan  wujud elemen campurtangan tersebut dari segi pemberian kontrak  perlombongan pasir, penjualan pasir kepada syarikat yang sama yang  didakwanya dimiliki oleh individu yang berpentingan politik serta  mempunyai hubungkait dengan Menteri Besar dan juga Penasihat Parti  Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Menurut Sivanesan, beliau telah  memaklumkan amalan salahlaku KSSB itu kepada pihak pengurusan tertinggi  syarikat perlombongan pasir itu sebelum ini, bagaimanapun beliau  kemudiannya dipecat tanpa alasan yang munasabah pada 9 September lalu.
-Sumber dari 
klik disini  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan