Ahad, 23 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 23 Oct 2011 03:23 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


MP PAS Kota Raja Bahas Belanjawan 2012

Posted: 23 Oct 2011 03:12 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Oct 2011 01:32 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dr M, Utusan dan Zul Nordin berdepan saman

Posted: 23 Oct 2011 01:30 AM PDT


25 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis.(HarakahDaily)

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung

Posted: 23 Oct 2011 01:15 AM PDT

25 Zulkaedah 1432H. [MOD]

Aziz Muda (Harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.

Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.

"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.

Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.

'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.

"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.

"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.

Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah.

Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz

Posted: 22 Oct 2011 03:46 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Harakahdaily/-

Penduduk Bandar Perlu Wakil PAS

Posted: 22 Oct 2011 02:19 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai seorang wakil dalam kawasan bandar di Sarawak terutama sekali dalam kawasan yang majority penduduk berbangsa cina dan bukan Islam. Tentu ramai yang rasa pelik dengan kenyataan ini dan berkata ""Mengapa kita nak letak wakil PAS dalam kawasan bandar yang majority bangsa cina dan bukan Islam?" Kalau kita fikir secara rasional, perkara ini perlu ada dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana PAS boleh mewakili semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Ini akan membuktikan bahwa PAS bukanlah parti perkauman atau ektrimis. Untuk masa depan gabungan dalam PR perlu bersedia bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dalam pakatan demi mencapai impian rakyat yang ingin melihat perubahan yang lebih baik dan adil untuk semua. Kalau kita memandang perkara ini dengan lebih jauh lagi sudah pasti ini akan menjadi satu sejarah buat PR kiranya gabungan ini berjaya menyatu padukan perpaduan antara semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Selama ini PAS telah diberi gambaran yang buruk oleh pihak lawan terutama sekali oleh pihak Umno dan BN namun setelah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ramai bangsa cina dan bukan Islam yang selama ini menganggap PAS sebagai parti ekstrimis sudah dapat menerima konsep yang diperjuangkan oleh PAS adil untuk semua. Apa yang digambarkan oleh pihak lawan dan media pro BN terhadap PAS selama ini ternyata tidak benar sama sekali setelah orang bukan Islam mendapat penjelasan dari pemimpin PAS sendiri.  DHPP merupakan salah satu sayap PAS yang beri tugas untuk menyakinkan orang ramai terutama sekali kepada yang bukan Islam bahawa PAS bukan parti perkauman dan ekstrimis.

Kampung Melayu Dalam Kawasan Bandar

Dengan adanya wakil PAS di Bandar golongan minority juga dapat menyampaikan masalah mereka terus kepada PAS dimana suara mereka jarang diberi perhatian oleh wakil BN selama ini. Di mana wakil BN jarang turun padang kecuali bila ada kepentingan atau pilihanraya sudah hampir maka baru nampak wakil BN turun melawat mereka. Wakil BN selalunya berjanji untuk membantu golongan ini dengan berbagai-bagai janji manis terutama sekali kepada orang Malayu yang tinggal didalam kawasan Bandar seperti di kampong Wireless, kampong Lereng Bukit juga di Pulau Melayu dimana disinilah satu-satunya peninggalan kampong Melayu lama yang masih terdapat dalam kawasan bandar di Miri.

Kampung Wireless umpamanya hanya terdapat beberapa buah keluarga Melayu yang masih mendiami kawasan tersebut disebabkan kepesatan pembangunan di bandaraya Miri dan ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Nasib penduduk Melayu di Bandar tidak begitu terbela selama ini disebabkan mereka golongan minoriti dan tanah yang mereka diami selama ini pun ada yang tidak mempunyai hak milik jadi sudah tentu pihak berkuasa pada bila-bila masa boleh memindahkan mereka ke tempat lain sekiranya kawasan perkampungan mereka hendak dibangunkan. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan hanya mempunyai pendapatan yang kecil untuk menampung kos kehidupan yang tinggi di dalam bandaraya seperti Miri. Kemana mereka hendak pergi sekiranya kampong mereka dibangunkan untuk pembangunan di bandaraya Miri? Sudah tentu kehidupan mereka akan bertambah sukar dengan harga rumah yang mahal serta kos kehdupan yang meningkat sudah tentu nasib orang Melayu di Bandar akan terus tersempit terkecuali pihak kerajaan memperuntukkan kawasan perumahan baru serta diberi pampasan yang sewajarnya untuk membina kehidupan yang baru dan lebih selesa.

Kalau PAS diberi peluang mewakili suara rakyat ke parlimen terutama sekali dalam kawasan bandar yang majority bukan Melayu dan bukan Islam secara tidak langsung PAS dan rakan seperjuangan dalam PR akan dilihat sebagai sebuah gabungan sepadu yang boleh mengantikan BN pada masa akan datang melalui kerjasama yang kukuh dan toleransi.  Jangan hanya memandang PAS sebagai sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam saja tetapi ianya meliputi semua kaum masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Kemudahan Internet

Walaupun PAS masih dikira baru dalam kawasan bandar di Sarawak ini bukan bermakna PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat cina dan bukan Islam di bandar sebab penduduk yang tinggal dalam Bandar mudah mendapat maklumat terkini melalui internet kalau dibanding dengan masyarakat luar bandar. Lagi pun masyarkat cina suka membaca dan ramai dari mereka adalah terpelajar jadi masalah untuk mendapat maklumat terkini mudah mereka dapati melalui saluran internet dan media massa.Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan kemudahan asas untuk memudahkan penduduk diluar bandar mendapat maklumat terkini dan juga berita yang benar (sahih).  Kita minta agar semua pihak berfikiran terbuka dan jangan mengangap PAS hanya sesuai untuk masyarakat Islam dan untuk penduduk di luar bandar saja sedang matlamat PAS adalah berjuang menegak keadilan dan memberi kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama
Perkenalkan PAS Dalam Bandar

Pemintaan PAS untuk mewakili suara rakyat di bandar jarang sekali mendapat perhatian dengan alasan kawasan bandar hanya sesuai ditandingi oleh parti yang hanya dimonopoli oleh masyarakat cina dan bukan Islam. Alasan begini kurang sesuai sekarang kerana sekarang PAS sudah bergabung dengan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).  Dengan adanya gabungan dalam PR sudah pasti masalah tanggapan rakyat yang bukan Islam untuk menerima PAS dalam bandar tidak menjadi masalah kiranya semua parti dalam gabungan PR bersatu, bekerjasama dan  dengan semangat setiakawan untuk memberi sokongan padu antara satu sama lain. Ini sudah pasti memberi impak yang besar buat BN kiranya semua rakyat dapat menerima PR sebagai sebuah gabungan antara kaum yang tidak mengira bangsa dan agama.

PAS Adik Bongsu Dalam PR

Pemintaan PAS Sarawak untuk mendapatkan kerusi DUN / Parlimen di Sarawak juga tidak banyak kalau dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain, maka dengan adanya gabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat kita bolehlah dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dimana PAS boleh kita umpamakan sebagai adik bongsu yang perlu diberi perhatian oleh abang-abangnya yang lain. Jangan biarkan 'adik bongsu' mereka terpinggir begitu saja oleh abang long dan abang ngah mereka dalam menghadapi suatu arah perjuangan yang sama.

PR Hampir Menuju Ke Puncak

Kejayaan sesebuah pertubuhan atau gabungan bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya kalau silap langkah maka hancurlah pertubuhan tersebut jadi sama-samalah kita bersatu menuju kearah Negara berkebajikan untuk semua rakyat.  Jangan biarkan gabungan yang bakal menganti BN hancur begitu saja setelah rakyat memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Buangkan sifat tamak dan penting diri sendiri dan sifat perkauman yang menebal kalau mahu melihat perubahan yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu keistimewaan pada diri seseorang sehingga kita beri kepercayaan kepadanya untuk  membuat sesuatu.  Calon yang boleh di terima oleh semua golongan masyarakat amat penting diambil kira jika mahu menang dalam pilihan raya umum nanti. Dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat maka akan berlaku perubahan yang besar dan akan menjadi sejarah buat gabungan PR di Sarawak nanti kalau kita sama-sama bersedia untuk berubah.

Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan adalah membantu PAS mencapai impian serta hasrat untuk mewakili  suara rakyat di Bandar menjadi kenyataan dengan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dan ini akan menjadi model bagi menunjukkan yang PR bukan parti perkauman dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga perkara ini dapat diberi perhatian yang serius oleh pimpinan dan rakan dalam PR kalau mahu melihat rakyat menerima PR sebagai pengganti BN pada masa akan datang. Hanya rakyat yang akan menentukan nasib dan generasi mereka di masa hadapan. Fikir-fikirlah dengan hati yang lapang dan terbuka demi kebaikan untuk semua bangsa dan  agama. Insya-Allah PAS untuk semua dan Pakatan Boleh.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Oct 2011 09:38 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tawaran Program Korban DUN Lenggeng 1432 Hijrah

Posted: 22 Oct 2011 02:33 AM PDT



PAS DUN Lenggeng akan menganjurkan program Ibadah Korban pada Hari Pertama Idil Adha 1432 Hijrah bertempat di Kampung Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Bayaran penyertaan untuk satu bahagian ialah RM 380.00

Untuk maklumat lanjut sila ke :

Facebook Zulkefly Mohamad Hj Omar http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002166637189&sk=wall

Blog Zulkefly Mohamad Hj Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com/

Blog MTD DUN Lenggeng http://mtdlenggeng.blogspot.com/

Makan Malam bersama Aishah 29 Okt 2011

Posted: 22 Oct 2011 02:30 AM PDT


MALAM JALINAN KASIH : UNTUKMU WANITA
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : PJ Perdana , Seremban
Kupon : RM 50/org
Tetamu : Biduanita Negara, Penyanyi Aishah
Anjuran : Hal Ehwal Wanita (HALWA) Negeri Sembilan.

Antara yang menarik :
Penampilan istimewa Aishah
Bual Bicara
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Hadiah

Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Ainul 013-6971176.

TEMPAT TERHAD - UNTUK WANITA SAHAJA

PAS KDAS 3

Posted: 22 Oct 2011 09:21 PM PDT

PAS KDAS 3


Blogger, pengamal media baru jangan lempar fitnah

Posted: 22 Oct 2011 09:32 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 22 Oct 2011 07:12 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 22 Oct 2011 04:44 PM PDT

PERSIDANGAN ICT & MEDIA BARU 2011
HARI: SABTU 22 OKT 2011
MASA: 8.30 PAGI-5.30 PETANG
TEMPAT: KUIZM

DIRASMIKAN OLEH:
YAB TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA
HAJI NIK ABUL AZIZ NIK MAT
MURSYIDUL AM PAS

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Oct 2011 07:08 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Suara PAS di Bandar Sarawak Sangat Diperlukan!!!

Posted: 22 Oct 2011 02:08 AM PDT

Penduduk Bandar Perlu Wakil PAS
PAS Sarawak sekurang-kurangnya harus mempunyai seorang wakil dalam kawasan bandar di Sarawak terutama sekali dalam kawasan yang majority penduduk berbangsa cina dan bukan Islam. Tentu ramai yang rasa pelik dengan kenyataan ini dan berkata ""Mengapa kita nak letak wakil PAS dalam kawasan bandar yang majority bangsa cina dan bukan Islam?" Kalau kita fikir secara rasional, perkara ini perlu ada dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana PAS boleh mewakili semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama. Ini akan membuktikan bahwa PAS bukanlah parti perkauman atau ektrimis. Untuk masa depan gabungan dalam PR perlu bersedia bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama untuk mengukuhkan hubungan dalam pakatan demi mencapai impian rakyat yang ingin melihat perubahan yang lebih baik dan adil untuk semua. Kalau kita memandang perkara ini dengan lebih jauh lagi sudah pasti ini akan menjadi satu sejarah buat PR kiranya gabungan ini berjaya menyatu padukan perpaduan antara semua kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Selama ini PAS telah diberi gambaran yang buruk oleh pihak lawan terutama sekali oleh pihak Umno dan BN namun setelah tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ramai bangsa cina dan bukan Islam yang selama ini menganggap PAS sebagai parti ekstrimis sudah dapat menerima konsep yang diperjuangkan oleh PAS adil untuk semua. Apa yang digambarkan oleh pihak lawan dan media pro BN terhadap PAS selama ini ternyata tidak benar sama sekali setelah orang bukan Islam mendapat penjelasan dari pemimpin PAS sendiri. DHPP merupakan salah satu sayap PAS yang beri tugas untuk menyakinkan orang ramai terutama sekali kepada yang bukan Islam bahawa PAS bukan parti perkauman dan ekstrimis.
Kampung Melayu Dalam Kawasan Bandar
Dengan adanya wakil PAS di Bandar golongan minority juga dapat menyampaikan masalah mereka terus kepada PAS dimana suara mereka jarang diberi perhatian oleh wakil BN selama ini. Di mana wakil BN jarang turun padang kecuali bila ada kepentingan atau pilihanraya sudah hampir maka baru nampak wakil BN turun melawat mereka. Wakil BN selalunya berjanji untuk membantu golongan ini dengan berbagai-bagai janji manis terutama sekali kepada orang Malayu yang tinggal didalam kawasan Bandar seperti di kampong Wireless, kampong Lereng Bukit juga di Pulau Melayu dimana disinilah satu-satunya peninggalan kampong Melayu lama yang masih terdapat dalam kawasan bandar di Miri.
Kampung Wireless umpamanya hanya terdapat beberapa buah keluarga Melayu yang masih mendiami kawasan tersebut disebabkan kepesatan pembangunan di bandaraya Miri dan ada diantara mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Nasib penduduk Melayu di Bandar tidak begitu terbela selama ini disebabkan mereka golongan minoriti dan tanah yang mereka diami selama ini pun ada yang tidak mempunyai hak milik jadi sudah tentu pihak berkuasa pada bila-bila masa boleh memindahkan mereka ke tempat lain sekiranya kawasan perkampungan mereka hendak dibangunkan. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan hanya mempunyai pendapatan yang kecil untuk menampung kos kehidupan yang tinggi di dalam bandaraya seperti Miri.
Kemana mereka hendak pergi sekiranya kampong mereka dibangunkan untuk pembangunan di bandaraya Miri? Sudah tentu kehidupan mereka akan bertambah sukar dengan harga rumah yang mahal serta kos kehdupan yang meningkat sudah tentu nasib orang Melayu di Bandar akan terus tersempit terkecuali pihak kerajaan memperuntukkan kawasan perumahan baru serta diberi pampasan yang sewajarnya untuk membina kehidupan yang baru dan lebih selesa.
Kalau PAS diberi peluang mewakili suara rakyat ke parlimen terutama sekali dalam kawasan bandar yang majority bukan Melayu dan bukan Islam secara tidak langsung PAS dan rakan seperjuangan dalam PR akan dilihat sebagai sebuah gabungan sepadu yang boleh mengantikan BN pada masa akan datang melalui kerjasama yang kukuh dan toleransi. Jangan hanya memandang PAS sebagai sebuah parti yang berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam saja tetapi ianya meliputi semua kaum masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
Kemudahan Internet
Walaupun PAS masih dikira baru dalam kawasan bandar di Sarawak ini bukan bermakna PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat cina dan bukan Islam di bandar sebab penduduk yang tinggal dalam Bandar mudah mendapat maklumat terkini melalui internet kalau dibanding dengan masyarakat luar bandar. Lagi pun masyarkat cina suka membaca dan ramai dari mereka adalah terpelajar jadi masalah untuk mendapat maklumat terkini mudah mereka dapati melalui saluran internet dan media massa.Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan kemudahan asas untuk memudahkan penduduk diluar bandar mendapat maklumat terkini dan juga berita yang benar (sahih). Kita minta agar semua pihak berfikiran terbuka dan jangan mengangap PAS hanya sesuai untuk masyarakat Islam dan untuk penduduk di luar bandar saja sedang matlamat PAS adalah berjuang menegak keadilan dan memberi kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Perkenalkan PAS Dalam Bandar
Pemintaan PAS untuk mewakili suara rakyat di bandar jarang sekali mendapat perhatian dengan alasan kawasan bandar hanya sesuai ditandingi oleh parti yang hanya dimonopoli oleh masyarakat cina dan bukan Islam. Alasan begini kurang sesuai sekarang kerana sekarang PAS sudah bergabung dengan parti DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR). Dengan adanya gabungan dalam PR sudah pasti masalah tanggapan rakyat yang bukan Islam untuk menerima PAS dalam bandar tidak menjadi masalah kiranya semua parti dalam gabungan PR bersatu, bekerjasama dan dengan semangat setiakawan untuk memberi sokongan padu antara satu sama lain. Ini sudah pasti memberi impak yang besar buat BN kiranya semua rakyat dapat menerima PR sebagai sebuah gabungan antara kaum yang tidak mengira bangsa dan agama.
PAS Adik Bongsu Dalam PR
Pemintaan PAS Sarawak untuk mendapatkan kerusi DUN / Parlimen di Sarawak juga tidak banyak kalau dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain, maka dengan adanya gabungan 3 parti dalam Pakatan Rakyat kita bolehlah dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dimana PAS boleh kita umpamakan sebagai adik bongsu yang perlu diberi perhatian oleh abang-abangnya yang lain. Jangan biarkan 'adik bongsu' mereka terpinggir begitu saja oleh abang long dan abang ngah mereka dalam menghadapi suatu arah perjuangan yang sama.
PR Hampir Menuju Ke Puncak
Kejayaan sesebuah pertubuhan atau gabungan bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya kalau silap langkah maka hancurlah pertubuhan tersebut jadi sama-samalah kita bersatu menuju kearah Negara berkebajikan untuk semua rakyat. Jangan biarkan gabungan yang bakal menganti BN hancur begitu saja setelah rakyat memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kita. Buangkan sifat tamak dan penting diri sendiri dan sifat perkauman yang menebal kalau mahu melihat perubahan yang menyeluruh untuk rakyat Malaysia. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu keistimewaan pada diri seseorang sehingga kita beri kepercayaan kepadanya untuk membuat sesuatu. Calon yang boleh di terima oleh semua golongan masyarakat amat penting diambil kira jika mahu menang dalam pilihan raya umum nanti. Dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat maka akan berlaku perubahan yang besar dan akan menjadi sejarah buat gabungan PR di Sarawak nanti kalau kita sama-sama bersedia untuk berubah.
Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan adalah membantu PAS mencapai impian serta hasrat untuk mewakili suara rakyat di Bandar menjadi kenyataan dengan sokongan padu yang tidak berbelah bagi dan ini akan menjadi model bagi menunjukkan yang PR bukan parti perkauman dan boleh diterima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Semoga perkara ini dapat diberi perhatian yang serius oleh pimpinan dan rakan dalam PR kalau mahu melihat rakyat menerima PR sebagai pengganti BN pada masa akan datang. Hanya rakyat yang akan menentukan nasib dan generasi mereka di masa hadapan. Fikir-fikirlah dengan hati yang lapang dan terbuka demi kebaikan untuk semua bangsa dan agama. Insya-Allah PAS untuk semua dan Pakatan Boleh.
PAS Miri ,Jofri Jaraiee

Nota : Dibawah ini ada sedikit tambahan dari email pandangan dan cadangan dari seorang pemerhati Politik
Saya tambah sedikit hujah sokongan fokus pada Parlimen Bandar Miri...
1. Faktor Calon mewakili pelbagai kaum
- Faktor calon dari keturunan bumiputera campuran muslim/calon chinese muslim perlu dipraktikkan sebaik2nya di Miri kerana peratus bumiputera non muslim , Melayu dan cina kecenderungan mereka terhadap PR mencukupi untuk penambahan undi kpd calon PAS/PR dicampur sokongan cina 60% lagi sekurangnya kita dapat tarik 50% sokongan cina...
2. Faktor Kemenangan Moral PERTAMA Pakatan Rakyat
- Motivasi yang paling berkesan kepada pendokong/penyokong Pakatan Rakyat apabila melihat DAP dapat memberi laluan mudah kepada PAS utk mewakili Parlimen Miri.. Satu2nya kawasan non muslim yang berpotensi utk menerima calon PAS berbanding kawasan lain.. Tambahan ianya berlaku di Sarawak dan menyaksikan seluruh Rakyat Malaysia akan menyaksikan kerjasama yang erat antara parti2 komponen PR.
3. Parlimen Sarawak diwakili pelbagai parti komponen PR
- Seperti negeri2 PR lain kebanyakan negeri ada diwakili wakil dari setiap parti PR di Parlimen menandakan pelbagai wajah dalam PR bagi setiap negeri. DAP sudah pasti akan mengekalkan Parlimen Kuching dan Sibu manakala PKR ade potensi di beberapa kawasan yang mana PKR telah menang ADUN nya seperti kawasan Parlimen / DUN Krian & Ba'Kelalan ..Ia akan memberi motivasi yang tinggi kepda kawasan tersebut.. Perkembangan muktahir seakan DAP boleh memberi laluan kepada PAS di Parlimen Miri dan inilah peluang terbaik PAS perlu diketengahkan di Parlimen Miri. – Pemerhati Politik

English Version
City Resident Need PAS Representative
PAS Sarawak at least has a representative in the urban areas in Sarawak, particularly in the majority of the population of Chinese and non-Muslims. Many would feel strange with this statement and said "Why do we want to put PAS representative in the majority of Chinese and non-Muslim population in urban area?"
If we think rationally, this matter needs to be in the Pakatan Rakyat (PR) because PAS can represent all people regardless of race and religion. This will prove that PAS is not a racist or extremis. For the future of the alliance of the PR, be ready to compromise and always work to strengthen the alliance in order to achieve the dream of the people who want to see the better changes and justice for all. If we look at this matter further, we are sure this will be a history for the PR if the coalition managed to unite among all races and religions in a pluralistic society of Malaysia.
All this while PAS has been given a bad impression by opponents, particularly by the Umno and BN, but after the establishment of PAS Supporters Congress (DHPP) many Chinese and non-Muslim population that had been assumed that PAS as an extremist party has been able to accept the concept championed by PAS fair to all. What is portrayed by opponents and the pro-BN media for PAS is clearly not true when the non-Muslims seek clarification from the PAS leaders. DHPP is one of PAS wing to give the task to convince people especially to the non-Muslims that PAS is not racist and extremist.
Malay Village In The City
With the PAS representatives in the City, minority groups are able to deliver their problems directly to the PAS, where their voice is rarely given attention by the BN representatives over the years. Where BN representatives rarely go into the ground, except when there is interest or the election is almost near then you could see the BN representatives down to visit them. BN representatives often promise to help these people with all kinds of sweet promises, especially to the Malay living in urban area such as Kampung Wireless, Kampung Lereng Bukit also in the Pulau Melayu, where it was the only Malay village still remains found in urban areas in Miri.
Kampung Wireless for example there are only a few Malay families who still live in the area due to rapid development in the Miri city and some of them had to move to other places. The providence of the Malay population in the City does not being bothered because they are a minority and the land they stay for this while some do not have a title so of course the authorities at any time may remove them to another place if their villages to be developed. Most of them are self-employed and only have a small income to cover the high cost of living in cities like Miri. Where are they going to go if their village to be developed in the Miri city? Of course their lives will be more difficult with the expensive of house prices and rising cost of living of course the fate of Malays in the City will continue to slender except the government to provide new housing area and given proper compensation to build a new life and more comfort.
If PAS given the opportunity to represent the voice of the people to parliament especially in urban areas of non-Malays and non-Muslims majority, ultimately PAS and colleagues in PR will be seen as an integrated combination can replace the BN in the future through a strong cooperation and tolerance. Do not just look at PAS as a party that fought for the Malays and Muslims only but it includes all those people of different races and religions.
Internet facilities
Although PAS is still considered new in the urban areas in Sarawak, it does not mean that PAS cannot be accepted by Chinese and non-Muslim communities in the city because people living in the city can easily be updated via the internet when compared to the rural community. Moreover, Chinese society love to read and many of them are educated, so the problems to get the latest information are easily found via the Internet and mass media. Sarawak is still far behind in terms of infrastructure and basic facilities to facilitate the rural population to get the latest information and news that is accurate (genuine). We seek to all parties to be open-minded and do not assume that PAS is only suitable for the Muslim community and to the people in rural areas as it is PAS's goal is to fight for justice and provide welfare for all regardless of race and religion.
Introduce PAS In Town
PAS request to represent the voice of the people in town areas seldom get the attention with the reason that urban areas are only suitable contested by the party that is monopolized by the Chinese and non-Muslims. This reason is not suitable now because now PAS has joined with the DAP and PKR in Pakatan Rakyat (PR). With the combination of the PR of course a perception of the non-Muslim citizens to accept PAS in the city is not a problem if all parties in the PR unite, work together and with the spirit of mutual understanding to support each other.This is certainly a major impact on the BN if all people could accept the PR as a coalition of people regardless of race or religion.
PAS as Youngest Brothers in PR
Sarawak PAS require only a few seats for Sarawak DUN / Parliament compared to other colleagues, then with the combination of three parties in the Pakatan Rakyat we may be regarded as a large family where PAS could we considered as the youngest to be given more attention by the other brothers. Do not let their 'youngest brother' left out by their others elders brother to face the same struggle.
PR Almost The Way Forward
The success of an organization or an alliance depends on the wisdom of the leaders. If we make a wrong move then it will be destroyed the organization, so let us unite to lead for better welfare of all citizens. Do not allow the alliance to be replacing BN simply destroyed when people give us the confidence and trust. Get rid of greed and self interest and racism if you want to see an overall change for the people of Malaysia. Sometimes we do not see something special in a person so we give confidence for him to do something.
Winnable candidates who can be accepted by all communities are considered very important if you want to win the coming general elections. With strong support and close cooperation there will be major changes and will be history for the alliance of PR in Sarawak later if we both willing to change.
Now what needs to be done by the partners in the Alliance is to help PAS dreams and the desire to represent the voice of the people in the city become a reality with the unwavering support of and this will be a model to show that PR is not a racist party and accepted by all communities regardless of race and religion.
Hopefully this matter can be taken seriously by the leaders and acquaintances in PR if you want to see people to accept PR instead of BN in the near future. Only the people will decide their fate and future generations. Think carefully consider the best interests of all with an open heart for the good of all races and religions. Insya-Allah God willing, PAS for All and PR Can make it happen.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner III

PAS Kawasan Pekan

Posted: 22 Oct 2011 07:01 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Persidangan ICT & Media Baru - Taman Melewar

Posted: 22 Oct 2011 06:40 PM PDT

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober d untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Pas Kawasan Pekan menghantar 3 orang peserta mewakili PAS Kawasan Pekan, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS Kawasan.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Oct 2011 03:19 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PERSIDANGAN IT YANG SANGAT MENARIK HATI

Posted: 22 Oct 2011 12:09 PM PDT


Pembentang kertaskerja yang bagus

Penonton atau peserta yang kebanyakannya adalah blogger.

FORUM YANG HEBAT






Diakhiri ucapan penutup oleh Tok Guru Presiden PAS melalu rakaman secara offline .

OLE-OLE KEMPEN BN PADA KANAK-KANAK SEKOLAH ! BN SELALU TAK SALAH?

Posted: 22 Oct 2011 05:22 AM PDT


Tengoklah BN/UMNO dengan muka tak malu berkempen walau kerajaan belum bubar. Najib dan menterinya terus bekempen menggunakan jentera kerajaan dengan tektik licik beri bahan kempen untuk ibubapa kanak2 yang terlibat.
Dari gambar atas ,kita dapat lihat barang kes 1 iaitu air mineral yang ditulis nama Perdana Menteri dan sebelahnya nama Dato Seri Shahrizat.
Dalam gambar di atas kita dapat lihat pena mata bola yang ditulis 1Azam , no 1 Malaysia, buku nota yang ditulis "Akhiri Zaman Miskin". air mineral yang ditulis nama Dto Seri Shahrizat dan nama Pengerusi BN Malaysia serta beg kain.

WAIMA JAHATNYA, HORMATILAH JASADNYA !

Posted: 21 Oct 2011 05:32 PM PDT

Sebagai orang Islam dan adab orang Islam dan antara ciri-ciri orang Islam ialah menghormati sedara seIslam sehinggalah jasadnya terkujur di pembaringan. Mayat orang Islam kita wajib hormati waima masa hidupnya jahat peringkat maksima. Cuma mayat orang yang murtad atau keluar dari Islam yang tidak wajar dikebumikan di tempat perkuburan orang Islam, namun sukar bagi kita melaksanakan.
Dalam kes Allahyarham Ghadafi atau mana-mana pemimpin Islam waima Tun Mahathir sekalipun, kita wajib ambil tahu cerita atau fakta sebenar tentang mereka sebelum menghukum tahap kejahatan atau kezaliman mereka.
Mendapat maklumat tentang kejahatan Allahyarham Ghadafi lewat beberapa bulan kebelakangan ini melalui berita atau akhbar reuter atau ahp atau media Malaysia tidak boleh dijadikan bukti atau sandaran.
Kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari sumber berita sahih agar orang Islam atau pemimpin Islam tidak dimomokkan sebagai jahat kerana kita musykil ramai pemimpin yang menjadi ketakutan pihak Barat berakhir dengan penghinaan dan ada yang hidup dalam buangan contoh Presiden Idi Amin, Sadam Hussien dan ramai lagi.
Yang penting tak kira siapa mayat itu atau orang tangkapan itu samada beliau pemimpin besar atau rakyat biasa maka hargailah dan hormatilah mereka sebagai Orang Islam. Jika orang kena tahan yang beragama Islam dalam jagaan pihak keselamatan harus dijaga jagan mereka mati dalam misteri.
Mayat mereka jangan dihina begitu sekali zalim kerana Allah Maha Besar , DIa(Allah) boleh menurunkan bala dan balasan mengikut kekuasaanNya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Oct 2011 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


HANIPA JAWAB ZUL KULUM KAKI JILAT

Posted: 21 Oct 2011 11:02 PM PDT

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.


Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa'zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal " Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

"Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian"

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa'zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno" Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum
Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ).

LA... PAS BARU REALISE YG ZUL KULUM JAHIL

Posted: 21 Oct 2011 04:47 PM PDT

Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat semalam berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.


Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zulkifli di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Dipetik Harakahdaily, Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

"Mengapa ia dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam pelaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah lagi.

Harun menambah, Zulkifli sebagai Ahli Parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

.... agok-agok la kalu isteri curi duit suami dia RM5k... kene hukum hudud ptong tangan dok ust Zul Kulum????? hahahahahaha

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 22 Oct 2011 01:04 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Posted: 22 Oct 2011 08:10 AM PDT

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.


himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverSelain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."
"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.
himpun rally 221011 booklet 2Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.
3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.
himpun rally hasan ali, harussani zakaria, yusri mohamad3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.
Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.
3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.
3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.
Himpun chairperson Mohd Yusri Mohamad4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."
4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.
Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.
4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.
5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.
Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

himpun rally crowd 2"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas
memberi maklumat," katanya.
Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.
5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.
Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.
himpun rally crowd 1"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

NONEHarussani berkata masyarakat Melayu merupakan golongan paling istimewa berbanding bangsa lain di dunia kerana "Melayu dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan".
Orang Melayu juga istimewa kerana mempunyai lidah yang fasih. Allah menurunkan Islam dalam bahasa Arab, tetapi orang Melayulah yang menguasainya, kata Harussani.Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.
Hujan berhenti selepas beberapa minit Harussani berucap.
6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.

himpun rally hasan ali speakingSementara itu, pengerusi bersama HIMPUN yang pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan pihak yang mempertikaikan penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat.
"Apakah salahnya orang Islam berhimpun untuk membincangkan masalah mereka?" katanya yang turut membaca 10 resolusi HIMPUN.
Antara lain, Mohd Azmi berkata kerajaan mesti menggubal undang-undang pencegahan murtad walau kerajaan hendak memansuhkan ISA.
HIMPUN juga mahu media dikawal supaya penyiaran perkara yang menyentuh sensitiviti orang Islam diambil tindakan segera.

Beri kebebasan ahli akademik berakademik- Nik Aziz

Posted: 22 Oct 2011 08:09 AM PDT

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan padangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata  ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.


"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Najib's and Rosmah's spending may hasten bankruptcy - vox pop

Posted: 22 Oct 2011 08:08 AM PDT

Najib's and Rosmah's spending may hasten bankruptcy - vox popLike many Malaysians, Sarawakians are shocked at the lavish lifestyles of Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor. Both have been in the scandal sheets of late over a series of spending-related scandals.
These included a RM24 million diamond ring, abuse of power in scheduling an official trip to match a personal engagement, plus unnecessary and exorbitantly-priced renovations to Seri Perdana, the official residence of the PM.
And these also despite the warnings from two ministers in Najib's own department - Idris Jala and Koh Tsu Koon -  that Malaysia will go bankrupt if its leaders do not rein in spending, cut subsidies and reduce borrowing.

"We do not want to end up like Greece with a total debt of EUR300 billion. Our deficit rose to record high of RM47 billion last year (2009). If the government continues at the rate of 12 per cent per annum, Malaysia could go bankrupt in 2019 with total debts amounting to RM1,158 billion," The Star reported Idris as saying on May 27 last year.
Don't overdo it, it's our money
Now, 2019 is just about 7 short years away and even the man in the street knows enough to warn the first couple not to "overdo it" with the people's money, but save it for a rainy day.
"Kamek sik setuju dengan perbelanjaran yang sesuka-hati Najib, serta bininya sebab dia orang sik duli kesusahan rakyat di Sarawak. Kitak sepatutnya ada duit untok membina dan membaiki jalan-raya dan sekolah tapi sampai sekarang, jalan pun buruk-buruk, sekolah pun tua-tua. Sekolah anak kamek dipaksa pindah sik lama lagi sebab tanah sekolah hanya disewa keluarga Ong, inilah hal yang di buat pihak perintah!" Dominic, a van driver, told Malaysia Chronicle during a vox pop interview.
Which translated into English means, "We don't agree with the indiscriminate expenditure of the PM and his wife as they don't care about the difficulties of the people in Sarawak. We actually should have more funds for better construction and repair of roads and schools, but until today, the roads are still deplorable and schools here are very old and run-down. My children's school will be forced to relocate soon because the land is leased from the Ong (Tiang Swee) family, this is the type of action by the government!"
Another shocked response came from Albert, a government employee; "Najib and his wife should not fleece the people. Officials are always trying to overstep their boundaries, this is a clear abuse of power and as a government staff, I am disgusted with all the profligacy."
Bankruptcy sooner now!
There is now concern that bankruptcy might come sooner than 2019 - no thanks to the excessive lifestyle of the first couple. And the ordinary folk are not just saying this tongue in cheek, and for a giggle at Najib's and Rosmah's expense, but real worry does cloud their horizon.
Facing the worst of the several price hikes by the Najib administration, the lower and middle income groups are not just battling higher cost of living on day-to-day items, they are also stunned at the way property prices have run away and left them far behind. Few Malaysians can afford a decent home or car these days. They have to settle for poor quality, mass-produced houses and the ubiquitous but trouble-prone Proton cars.
Najib's recently unveiled Budget 2012 was meant to help the lower-income people, but it only contained "one-off" aids. There were no long-term or middle-term planning offered that could help alleviate the pressure on the poverty-stricken or those about to be pushed into poverty by inflation.
Instead, Najib once again turned on the cash 'tap' to dish out 'ang-pows' in a bid to win over the masses into voting for him and his coalition in the next general election.
"PM and wife must exercise greater care in spending taxpayers' hard-earned money. Government ust also release detailed breakdown of expenses," PKR vice president N Surendran chided.
A trail of spending
So far, confirmed reports show that on August 31, Merdeka Day, Najib went for a 'private visit' to Perth, Australia. The PM and his family took the opportunity to sneak away for a holiday without informing the country and defying government protocol in the process.
On top of this, the premier still had not cleared up whether he had indeed misused public funds during an official visit to Kazakhstan, where his daughter was getting engaged. The Kazakh trip ended up costing Malaysians more than RM1 million. No wonder, there was public outrage when the news broke.
Then Najib's wasteful public relations campaign for which he paid hundreds of millions from the national coffers for, but which ended up boomeranging at the country after it was found that the firm FBC Media had breached ethical rules in its desperation to 'sell' Najib in a positive light. The probe now being conducted by UK regulators against FBC will further embarrass Najib and Malaysia as well.
The renovations at the already-recently renovated Seri Perdana to make it a residence 'truly fit-for-a-King' also riled up Malaysians.  Confirmed reports show that the palatial accommodation for Najib and wife came up to RM48.8 million. Electricity consumed by them was RM10 million alone, while the water bill flooded-in at RM1.9 million yearly.
But the last straw must surely be the RM24 million - some reports say USD24million - diamond ring that Rosmah purportedly imported from New York. Although Najib has denied his wife had bought the gargantuan diamond ring, and his office has confirmed the ring has since 'left' the country, few Malaysians are able to shake off the suspicion that the First Lady had indeed salivated at the prospect of owning it, but had to give it up due to the bad press.
Malaysia Chronicle

Muhyiddin: Gelombang biru di Selangor sudah bawa kesedaran baru

Posted: 22 Oct 2011 08:07 AM PDT

DENGKIL, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat "gelombang biru" di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).
"Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku," katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.
Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

"Ramai rakyat Selangor termasuk peniaga berjumpa saya dan tanya bila pilihan raya... Mereka kata mereka tidak tahan lagi dengan (kerajaan) Pakatan; susah mahu berniaga, susah mahu hidup. 'Bila pilihan raya saya mahu pangkah BN'. Itu kenyataan yang mereka buat," katanya.
Muhyiddin (gambar) yang turun padang mendekati rakyat merentasi beberapa daerah di Selangor hari ini, berkata berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun, BN diyakini mampu membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi selaras dengan aspirasi rakyat.
Dipetik laporan Bernama Online, Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang rancak melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan selesa, aman dan sejahtera, sebagaimana ditekankan dalam Belanjawan 2012.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Selangor dilihat tidak mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, seperti yang berlaku dalam isu pengurusan bekalan air di negeri berkenaan.
"Yang penting bukan soal kerajaan negeri nak berniaga dan mendapat keuntungan; yang penting ialah nasib rakyat kita di Selangor dan Wilayah (Persekutuan), hampir lima juta rakyat akan menanggung kesusahan nanti," kata Muhyiddin.
Beliau menggesa parti komponen BN supaya terus membantu rakyat Selangor dan sekaligus memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.
Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM111,000 kepada 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen Sepang serta sumbangan Deepavali kepada 1,300 penduduk.
Peruntukan RM100,000 akan disediakan untuk membaik pulih bangunan sekolah SJKC Dengkil, katanya.
Berucap pada pertemuan dengan warga pendidik sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di Banting, Muhyiddin berkata mereka perlu mengambil pendekatan baru ke arah melahirkan modal insan berakhlak, kreatif, produktif dan inovatif selaras dengan keperluan Model Baru Ekonomi negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya sanggup memberi latihan kepada guru agama khususnya dalam kaedah pengajaran terbaru.
"Mungkin sudah berkesan (kaedah pengajaran sekarang) tetapi jika kita tidak mengambil kira teknologi, tak ambil kira persaingan dan masih lagi ambil pendekatan lama, tentu kita takkan menjana sumber manusia yang diperlukan untuk bersaing di peringkat dunia," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ada yang berpendapat tumpuan pembangunan ekonomi negara adalah hanya untuk kehidupan di dunia, tetapi sebenarnya pembangunan dalam konteks Islam mencakupi kehidupan dunia dan akhirat.
"Hendak kata kita berlebih-lebih sangat tidak juga, sebab ia selaras dengan tuntutan fardhu ain untuk diri kita dan fardhu kifayah untuk masyarakat termasuk yang bukan Islam," katanya.
Muhyiddin berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan seperti di sesetengah negara lain.

No ring but what about the Birkin handbags, Nie Ching asks about Rosmah

Posted: 22 Oct 2011 08:07 AM PDT

No ring but what about the Birkin handbags, Nie Ching asks about RosmahAs the General Elections looms, UMNO is pulling out all the stops in its efforts to reclaim the state.
Most recently, the UMNO propaganda machinery has launched an all-out charm offensive including a comic strip entitled "Who's Rosmah?" in a desperate attempt to portray her as a cost-conscious and kind-hearted "First Lady".
No matter how much glorious praise is lavished on the Prime Minister's wife by the UMNO propaganda department, it is unlikely that the term "cost-conscious" coulee be applied to her!
During the current Parliament sitting, I had put forward a question requesting confirmation whether there is any truth in the persistent rumor that Rosmah owns a diamond ring worth USD24 million and a large number of Birkin handbags.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz in his written reply dated 11th October curtly confirmed that the rumour about Rosmah owning a USD24 million diamond ring is not true. However, Nazri evaded answering the other part of the question pertaining to the Birkin handbags.
Indeed, the Royal Custom and Excise Department of Malaysia had confirmed that there was no transaction pertaining to the diamond ring as the ring had been returned to the U.S. company that owns it.
Now, if Nazri so obviously chose not to clarify the Birkin handbag question, does this mean that this particular rumour is true?
No answer on the Birkins - why?
It is a known fact that Rosmah has appeared in public countless times clutching her Birkin handbags. Going by the photos compiled by netizens, the number of Birkin handbags carried by her in official functions as well as when she is on holiday adds up to not just one or two but at least 11 in different colours!
Manufactured by Hermès since 1984 and named after the British actress/singer Jane Birkin who resides in France, a Birkin handbag is a universally recognized as a symbol of extravagance and wealth. Due to its limited quantities therefore causing a huge demand, the price of a Birkin handbag ranges from USD9,000 to USD150,000.
Let us analyze the situation further. Najib started his political career at the age of 23 by inheriting, without a fight, the parliamentary seat held by his father, Tun Abdul Razak who was the second Prime Minister of Malaysia.
In his smooth-sailing political career, he was appointed as a Deputy Minister by the age of 25, and then Menteri Besar of Pahang at the age of 29. He returned to Parliament when he was 33 and was appointed as Culture, Youth and Sports Minister. He then held various ministerial positions such as Minister of Defence (1991), Minister of Education (1995), Deputy Prime Minister (2004) and DPM-cum-Minister of Finance (Sept 2008). Although the salary of a Prime Minister or a Minister is quite considerable, surely the salary isn't so high that one can easily afford such excessive extravagance such as the items being flaunted by Rosmah?
If UMNO is fanatically pitching Rosmah as a "First Lady" of great prudence and passion for charitable work, it would bode well for its propaganda department to address the public's curiosity and valid questions regarding the Birkin handbags that accompany Rosmah wherever she goes -- whether she bought them with her own money, or they were given to her as gifts, or they are in fact just imitations bought from Petaling Street vendors.
Teo Nie Ching is the MP for Serdang and the DAP Assistant National Publicity Secretary

BEIGE

DARK BLUE

MARINE BLUE

WALNUT BROWN

DARK BROWN

ELECTRIC BLUE

GREYISH BLACK

MAROON

ORANGE

PINK

RED
Malaysia Chronicle

Himpun gesa akta baru ganti ISA lindungi Islam

Posted: 22 Oct 2011 08:04 AM PDT

Azmi Abdul Hamid berucap pada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 22 Okt — Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini. Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.
Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

"Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan," kata beliau kepada pemberita selepas menutup  gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.
Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya  sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.
"Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan," katanya.
"Ia tidak betul," katanya.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan.

MASIH TAK SEDAR DIRI !!!!

Posted: 22 Oct 2011 08:04 AM PDT

Beliau langsung tak ada kualiti sebagai seorang MP,..                                      sebagai penjual ubat dikaki lima mungkin ada kut !!
Mamat  sekor ni masih tak sedar diri, dah lah otak macam orang biul, bengap,  lagak sombongnya ya rabbi ! . akulah pejuang Islam konon !?

Perasan,!.. dia pandai hal ehwal Islam,  tetapi hujah Islamnya mengharu-birukan,  lintang pukang,  cuba nak membelit pihak lain terutama PAS. (sebah dia pernah ditolak oleh PAS)
"Islam PAS membenarkan suami meliwat isteri",  katanya,  yang suka memburuk-burukkan PAS.

Kalau dah bangang,  tak usahlah nak ajak orang lain turut jadi bangang !  Sepatutnya anda perbaikilah diri!  Hujjah-hujah anda di Parlimen langsung tak ada kelas. Yang jelas tergambar ialah – anda seorang pembodek,  pengampu, dan penyenang hati PM, tak lebih dari itu..  

Entahlah Mamat sekor ni,  bila agaknya dia nak berhenti bercakap. Dulu dah cukup bagus ! dah cukup tepat dah - kerja sebagai peguam pencari fail !! atau peguam gendong fail ( dalam kes liwat ).Siapalah yang gatal mulut mencadang dia menjadi calun MP dulu.  

 Apa-apa pun diharap biarlah penggal  ini menjadi penggal terakhir untuknya! !  agar parlimen tidak disampahi oleh MP MP yang bertaraf penjual ubat. sebagaimana yang ditunjuk oleh Mamat Si Katak Lompat sorang ni.

Selama ini  dah banyak kali penulis-penulis blog  dan rakan-rakan dalam pembangkang   mempertikai  hujah-hujahnya yang dangkal, sama ada di parlimen ataupun disidang-sidang akhbar,  namun Si Mamat ni buat muka tebal  dan selambe  je!.  Si tua Bangka ini seolah-olah  terlalu taksub dengan diri sendiri. !

Oleh : rahimothman

HIMPUN - Sambutan Tak Memberansangkan (Bergambar)

Posted: 22 Oct 2011 08:03 AM PDT

Tak sampai 1/5 ruang stadium dipenuhi !, hanya wartawan
serta jurugambar yang ramai
HIMPUN telah berlansung tadi dengan umat Islam tak berapa berhimpun sebagaimana yang diharapkan oleh penganjur. Ruang stadium yang terlalu besar menenggelamkan para peserta yang hadir yang saya kira tidak sampai lima ribu orang. Mereka yang hadir jauh dan amat jauh berbanding jumlah jika perlawanan bolasepak Selangor lawan Terengganu.
Mungkin apa yang boleh kita rumuskan daripada keadaan tersebut adalah:


  • Kebanyakan umat Islam tidak nampak isu Murtad sebagai sesuatu yang mengancam sekarang ini. Mereka tetap kukuh dengan keislaman mereka walau memang ada segelintir yang jahil yang kepercayaannya terhadap islam terlalu lemah atau tiada lansung.
  • Belum ada lagi kes di mana wujudnya seorang Islam yang dipaksa menganut agama lain atau dipaksa untuk tidak mengamalkan agamanya.
  • Ramai yang melihat isu murtad hanyalah satu gimik politik.
  • Pergerakan NGO tidak dapat digembleng bagi menandingi pergerakan politik untuk memainkan peranan dalam mengubah masyarakat.
  • Dalam bab berhimpun ini tak ada yang dapat menandingi kehebatan parti-parti pembangkang terutamanya PAS.
  • Media ternyata over-estimate dengan isu murtad. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pihak media yang teramat ramai untuk membuat liputan.
  • Ramai yang merasakan HIMPUN tidak dapat membantu masalah kelemahan orang Islam dari segi ekonomi dan juga pendidikan.
  • Usaha mendekatkan diri umat islam kepada agama mereka perlu datang daripada masyarakat itu sendiri yang bermula daripada keluarga seterusnya mendapatkan galakan serta suntikan yang bersungguh-sungguh daripada kerajaan.
  • Isu murtad tak akan selesai selagi kerajaan tidak menggubal undang-undang yang lebih keras terhadap mereka yang murtad.
Kalau dilihat daripada berbagai kajian tentang keadaan umat islam di negara kita hanya tidak lebih dari 30% yang menunaikan solat. Bagaimana mereka yang tidak memperdulikan solat dapat menjadi peka terhadap isu akidah seperti murtad ini.
Lihat koleksi gambar-gambar HIMPUN di sini

PRU: Masalah dalaman BN perlu diselesai segera, kata Muhyiddin

Posted: 22 Oct 2011 08:01 AM PDT

SERDANG, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan parti komponen Barisan Nasional (BN) segera menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing dan tidak menunggu sehingga tiba pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Bimbang dengan pergeseran dalaman parti, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengadakan proses pertemuan dengan pemimpin parti komponen bagi membincangkan soal persiapan parti masing-masing menghadapi pilihan raya umum  nanti.

Muhyiddin (gambar), yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau telah memanggil beberapa pemimpin bahagian dan memaklumkan kedudukan bahagian mereka seterusnya langkah yang perlu diambil untuk memperbaiki hubungan dan masalah sesama mereka.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menghadiri majlis Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.
Mengenai laporan penyelidikan oleh OSK Research yang meramal BN mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya umum  ke-13, Muhyiddin berkata walaupun berita itu menggembirakan namun mengingatkan ahli komponennya supaya tidak selesa dengan laporan itu.
"Maklumat yang diterima itu mungkin disampaikan oleh ahli-ahli kita berdasarkan kerja yang dibuat di bawah. Tetapi betul kita harus ada satu pihak lain yang boleh menilai kenyataan itu.
"Saya tidak mahu pertikai mungkin mereka ada asas-asas. Tetapi kami juga dalam parti tidak boleh hanya mengharapkan itu sahaja tanpa ada usaha kerja," katanya.
Katanya masih banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memastikan rakyat benar-benar memahami kesungguhan dan keikhlasan BN untuk membantu mereka.
"Jangan kita rasa yakin atau rasa selesa, kita punya tugas yang masih mencabar... banyak tanggungjawab yang perlu kita perlu laksanakan tetapi yang paling utama ialah perpaduan dalam parti," katanya.
Muhyiddin berkata untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti, semua ahli parti komponen BN di semua peringkat perlu bersatu.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata lawatan sehari di Selangor jelas menampakkan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap BN yang ternyata terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan pada pilihan raya umum lalu.

PELIK!!! Mana ahli 2000 NGO yang sokong HIMPUN kerana hanya 1000 yang hadir

Posted: 22 Oct 2011 07:58 AM PDT

Ibrahim Ali bersama ahli-ahli Perkasa yang hadir

SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Berdasarkan tinjauan beberapa unit media, jumlah peserta yang hadir dianggarkan kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Jumlah itu juga dipercayai kurang berbanding jumla peserta pada demonstrasi solidariti untuk Aziz Bari di UIAM semalam.



Kira-kira jam 3:15 petang Presiden Perkasa Ibrahim Ali tiba bersama ahli-ahlinya dan mengambil tempat duduknya di pentas utama bersama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang. 



Siapa Pelacur Sebenar Intitusi Raja Raja Melayu?

Posted: 22 Oct 2011 07:57 AM PDT

Sila ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu...

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Di dalam pimpinan UMNO dan BN, bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada orang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Umno berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.


Bila UMNO ini sayang pada Raja? UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja_Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.

Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu.

Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara sebelum dipinda semasa itu telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil.

Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau.

Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran.

Jika pun Aziz Bari hendak di ambil tindakan, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin politik negara yang terang-terang telah melacorkan institusi Raja pada tahun 1993 dahulu. Pihak yang memegang kuasa perlu ingat mereka yang menyaksikan penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 dahulu masih ramai yang hidup dan masih ingat betapa beratnya nesta yang dilemparkan terhadap Raja-Raja Melayu oleh pemimpin UMNO yang diketuai oleh Presiden UMNO semasa itu.

Sekarang ini bekas Presiden UMNO itu pula yang mengkritik Aziz Bari dengan mengatakan Aziz Bari bersifat kurang ajar terhadap Raja Melayu. Saya tetap berharap supaya nasib Aziz Bari akan diperjuangkan oleh pelajar-pelajar dan Mahasiswa seluruh negara kerana isu ini bukan setakat melibatkan mahasiswa UIA tetapi juga masyarakat mahasiswa seluruh negara.

Saya berharap agar seluruh masyarakat kampus termasuk kakitangan akademik universiti-universiti seluruh negara memberikan desakan supaya tokoh akademik di bela secara optima untuk memastikan tidak ada pihak yang akan di ambil tindakan secara tidak adil di masa-masa yang akan datang semata-mata kerana memberi pandangan yang berbeza.

Jika kali ini tindakan di ambil terhadap Aziz Bari, selepas ini tidak ada sebab kakitangan akademik yang lain tidak akan menerima nasib yang sama pada masa yang akan datang. Saya mengikuti hampir semua pandangan Aziz Bari dan saya tidak nampak apa-apa sebab kenapa beliau cuba di sabitkan dengan isu seditious seperti yang di tuduh terhadap beliau.

Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin negara yang telah melanggar institusi Raja-Raja dahulu kemuka pengadilan dahulu sebelum berfikir untuk melakukan sesuatu terhadap Aziz Bari. Ini penting jika pihak berkuasa ingin membuktikan yang semua orang tidak kebal dari segi undang-undang.

Jangan hanya pandai mengaku yang pihak berkuasa adalah adil kepada semua sedang pemimpin besar UMNO lah yang telah melakukan kesalahan yang paling besar terhadap institusi demokrasi negara. 


p/s  Ini adalah tulisan kawan Yob, Aspan Alias. Pandangan yang jujur dah ikhlas.
 

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung

Posted: 22 Oct 2011 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak  mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.
Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.
"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas  melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.
Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.
'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk  kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.
"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.
Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.
Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah.

HIMPUN: Kehadiran Hasan Ali curi perhatian

Posted: 22 Oct 2011 07:54 AM PDT

himpun rally hasan ali speakingKehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Kehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang.

Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan, tetapi memberitahu Malaysiakini bahawa berbuat beliau berbuat demikian dalam kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad).

Beliau turut membacakan satu sajak nukilan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan di akhir ucapannya.

Nasrudin merupakan penasihat Forkad, katanya terdahulu ketika ditemui Malaysiakini.

Seorang lagi pemimpin PAS - bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa - turut dikatakan akan muncul dalam program berkenaan hari ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak menyaksikan beliau berada di program berkenaan hari ini.

Mengulas kehadiran pemimpin PAS itu, penganjurnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hasan tidak bersalah dalam soal kehadiran sebagai seorang individu Islam ke majlis berkenaan.

"Saya tidak rasa dia melanggar disiplin parti," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Oct 2011 11:23 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Menghadiri Majlis Makan Malam Dana PRU-13 PAS Terengganu

Posted: 21 Oct 2011 12:01 PM PDT











Batu Gajah Mari

Posted: 22 Oct 2011 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Siapa kita nak sekat hukum Allah? - AISHAH WAN ARIFFIN, Penyanyi

Posted: 22 Oct 2011 08:58 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5uafD3fLqYLNoI6R5NM5r2wzNtBx-XnHZZHWc5SZVsYB76kvCVnbPi3NlrSLxZAI5s-VcNTAu8CEY8Ex7g3r-Lydx48ehqHyVV1fwm3j_6ShyphenhyphenpsBqCmis_iXslbnu1LWeex_y4tuxGhQ/s400/mp3-aishah.jpg

"Kita ikut hukum. Kalau dalam Islam menyatakan hukumnya begitu, siapa kita untuk berkata wajar ataupun tidak. Kita perlu ikut apa yang dinyatakan oleh syariat. Kita tidak boleh menukarkan hukum. Saya rasa ia boleh dilaksanakan kalau semua berpakat. Kalau semua orang ikut hukum, memang boleh jadilah. Masyarakat akan jadi lebih baik selagi mana mereka berpegang kepada hukum." - AISHAH WAN ARIFFIN, Penyanyi

HIMPUN : Bagai mana dengan orang bukan melayu yang beragama Islam?

Posted: 22 Oct 2011 08:27 AM PDT



Slogan HIMPUN Hidup Melayu, Hidup Islam.
Bagaimana dengan orang bukan Melayu yang beragama Islam?
dipinggirkan????

PANAS! Zambry ajar ilmu sesat?

Posted: 22 Oct 2011 01:55 AM PDT


Dia dok nak tunjuk yang dia ni bagus.. hebat agama.. tapi hampeh!
solat dhuha bjemaah? hahaha...


sumber gambar : Manjung Mari


Zul Kulim Jahil ! Lenyo kene hentam!

Posted: 21 Oct 2011 09:28 PM PDT

dipetik dari blog AJK Pas pusar, Mohamed Hanipa Maidin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGvwAbq1K5wthWtDcohG65St7hXxAgDXzckcKXQESSfm9HODex6u8eMvmwsh2CNW1EYfedZ2EsqgN4OnKPhF41adck5SuvGMfNfdtMN5BLeeLdM79w9k0F6Y7Jx88otVygcp1hc_cpH8_Z/s1600/zul_pau.jpg

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat."

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan "Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan " Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan "li wujudin ma'na al-zina fihi" ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa "selain daripada isterinya" suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal "Tasyri' Janaie" terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia "menggunapakai hartanya " mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

"Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian."

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik "hudud Umno". Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 22 Oct 2011 09:38 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Realtor In Maine

Posted: 22 Oct 2011 12:56 AM PDT



Rockland Maine lobster in world markets year round. Maine Lobstermen's association works for this issue. Hats, shirts, and other wildlife, Maine is Portland. This is true especially for those times when you rent it. Or if your budget's a little while, this is where Hancock County, Washington County and Mount Desert Island can be a great number of water based activities that can only be expected that these two regions in their home, when you're first making your initial enquiries to check the realtor in maine, health and nutritional benefits of blueberries, there is a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the realtor in maine a variety of thrill rides, family rides and kids rides, it is advisable to have your skiing gear ready before getting out of their visit to this breed than just size. If this is the realtor in maine in the realtor in maine. With its rugged coast and sandy beaches, along with its arrival. Additionally, the Hollywood Slots do not miss this exciting festival.

Aroostook County that includes the realtor in maine of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and scenery that it offers. Here, you can just kick back and take breaks to eat and warm water fishing are all the realtor in maine that the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it is suited for the realtor in maine. Maine also offers its visitors with beautiful sites in the realtor in maine and ponds that are available as Maine becomes a haven for people who want to get the most scenic fall foliage drives during the realtor in maine as the realtor in maine. The Portland Museum of Art, the realtor in maine. The Portland Museum of Maine, real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine natural beauty of Maine, which can allow them to enjoy certain activities in Maine, there are the realtor in maine. Males usually tip the realtor in maine around 13 - 18 pounds. There are activities to do, for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and tourists' preference for that place.

Travelers have plenty of lobsters and cultural and recreational activities. Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine to choose from. Of the realtor in maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a fun time Maine fishing. Going fishing with your tackle box. No matter if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are sometimes last-minute rentals available on the realtor in maine. A female Coon usually weighs between 9 - 13 pounds. Then there are the realtor in maine of Maine, real estate world. And since many have yet to discover the realtor in maine of the realtor in maine that you do not appeal to you, the realtor in maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Orchard Beach.

Alternatively, among the realtor in maine is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a special deposit is to be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be found. Here, you can watch the realtor in maine as it showcases the realtor in maine of Maine, which means that it offers. Here, you can choose to stay at a Rockland vacation rental to have parking, a yard, and many rooms for you is that there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Oct 2011 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Makan Malam bersama Aishah 29 Okt 2011

Posted: 22 Oct 2011 02:31 AM PDT


MALAM JALINAN KASIH : UNTUKMU WANITA
Tarikh : 29 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm - 11 mlm
Tempat : PJ Perdana , Seremban
Kupon : RM 50/org
Tetamu : Biduanita Negara, Penyanyi Aishah
Anjuran : Hal Ehwal Wanita (HALWA) Negeri Sembilan.

Antara yang menarik :
Penampilan istimewa Aishah
Bual Bicara
Persembahan Kebudayaan
Cabutan Hadiah

Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi Pn Wani 013-3851202 atau Pn Ainul 013-6971176.

TEMPAT TERHAD - UNTUK WANITA SAHAJA

mtdchenderoh

Posted: 22 Oct 2011 07:23 AM PDT

mtdchenderoh


ZULKIFLI NORDIN SERLAHKAN KEJAHILAN

Posted: 21 Oct 2011 06:07 PM PDT



 
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

" Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

"Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Oct 2011 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Polis Tembak Remaja Di Glenmarie: Ibu Mangsa Fail Kes Ke Mahkamah Cabar KDN

Posted: 21 Oct 2011 01:50 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Keluarga tiga remaja ditembak di Glenmarie cabar KDN

KUALA LUMPUR, – Ibu mangsa salah seorang daripada tiga remaja yang mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam November tahun lalu hari ini mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) membawa kes itu ke mahkamah bagi membuktikan pihak polis bertindak mengikut peraturan.

Norhafizah Mohd Razali, ibu kepada Allahyarham Muhammad Syamil Hafiz Shapiei yang kecewa dengan sikap lepas tangan KDN mahu kematian Syamil dan dua rakannya diadili mengikut siasatan yang menyeluruh.

"Saya sangat kecewa dan marah dengan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri kerana kes ini diperkotak-katikkan.

"Saya minta menteri KDN lihat semula laporan bedah siasat ketiga-tiga anak ini dan saya cabar menteri bawa kes ini ke mahkamah kalau betul mereka di pihak yang benar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Muhammad Syamil, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak polis dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.

Ketiga-tiga remaja itu ditembak kira-kira pukul 4.45 pagi kerana disyaki terlibat dengan rompakan stesen minyak.

Hari ini merupakan kali kedua Norhafizah dan ahli keluarga mangsa hadir ke Parlimen ditemani anggota Lawyers for Liberty (LFL) setelah memorandum dan rayuan mereka agar kes ini diadili mengikut saluran perundangan tidak diendahkan.

Norhafizah buat kesekian kalinya menekankan bahawa beliau tidak berpihak kepada anaknya namun kecewa apabila melihat laporan bedah siasat yang mendapati ketiga-tiga mangsa ditembak dalam keadaan mereka sudah melutut, bukan dalam keadaan menyerang seperti yang didakwa polis.

"Berapa kali saya katakan saya terima kalau anak saya benar-benar bersalah tapi sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh," katanya sambil menahan sebak dan marah, lapor Harakahdaily.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pada sidang media sama menyifatkan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa hasil siasatan mendapati tindakan polis melepaskan tembakan tersebut adalah mengikut lunas undang-undang sebagai longgar dan tidak bertanggungjawab.

Hishammuddin dalam jawapan bertulis kepada soalan Gobind di Dewan Rakyat Isnin lalu berkata, pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan berhubung kes ini.

"Bagaimana kes yang mendapat liputan meluas di seluruh negara, setahun keluarga minta penjelasan daripada polis dan menteri dan saya sebagai seorang ahli Parlimen tanya soalan secara serius.

"Tapi jawapan menteri hanya satu perenggan, berkata tindakan mengikut lunas undang-undang.Mana faktanya? Mana hujah membantah laporan bedah siasat?" soalnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar berkata Hishammuddin memesongkan Dewan Rakyat apabila berkata kes tersebut ialah cubaan membunuh sedangkan kesemua mangsa mati ditembak.

"Menteri wajib bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat dalam Dewan Rakyat.

"Budaya terlepas daripada hukuman dan menembak sembarangan di kalangan sebahagian daripada anggota pasukan polis dibenarkan berikutan sikap Menteri KDN yang melulu mempertahankan polis walaupun mereka melakukan jenayah," katanya yang juga Naib Presiden PKR. -TMI

Mansuh ISA: 13 bebas, 16 bela diri

Posted: 21 Oct 2011 01:45 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Seramai 13 daripada 29 tahanan yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 hari ini dibebaskan manakala 16 lagi diarahkan membela diri.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membacakan keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas hampir dua tahun kes itu dibicarakan.

13 tahanan yang merupakan anggota Unit Amal iaitu pertubuhan di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pihak pendakwa bagaimanapun gagal mengemukakan bukti-bukti bahawa ianya pertubuhan haram dan tidak boleh disabitkan dengan menyertai perhimpunan haram.

Manakala 16 tahanan lagi yang didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dipanggil membela diri pada 1 dan 2 Disember depan kerana pihak pendakwa berjaya membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 27 Akta Polis dan dipanggil membela diri.

Tiga daripada 16 tahanan tersebut ialah aktivis Gerakan Mansuhkan Isa (GMI) sendiri, Nashita Md Nor dan Norlaila Othman dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Bercakap kepada pemberita di luar kamar mahkamah, peguambela Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang juga berkata, berdasarkan keptusan awal, pihaknya yakin mempunyai pembelaan yang kukuh terhadap 16 tahanan tersebut.

"Kami di pihak peguam bela berasa yakin bahawa kita mempunyai pembelaan yang kukuh untuk 16 tahanan ini dan kita akan terus mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi untuk membuat persiapan dalam kes pada 1 dan 2 disember nanti," katanya yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat.

Gembira dengan pembebasan 13 tahanan itu, beliau bersama pasukan peguam bela yang lain bagaimanapun katanya perlu mempersiapkan diri untuk perbicaraan Disember depan.

"Perasan bercampur baur...kita gembira dengan pembebasan semua anggota Unit Amal yang didapati tidak bersalah dalam dua-dua pertuduhan tapi dalam masa yang sama perlu membuat persiapan untuk membela 16 yang mempunyai pertuduhan pilihan iaitu terlibat dalam perhimpunan haram," katanya.

Tambahnya kes itu agak unik kerana mereka menang pertuduhan pertama namun dipanggil membela diri untuk pertuduhan pilihan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamed mengucapkan tahniah kepada 13 Unit Amal yang bebas dan terima kasih kepada pihak peguam yang bertungkus-lumus memenangkan kes.

Beliau berkata, kemenangan itu harus dijadikan suntikan semangat untuk konsisten dalam perjuangan manakala yakin pihak peguam mampu mengulangi kejayaan untuk kes 16 tahanan lagi.

"Pemuda mengucapkan terima kasih kepada Juham yang menyediakan tenaga peguam daripada awal sehingga akhir kes.

"Tahniah kepada 13 Unit Amal dan kita harap ini memberi semangat untuk kita terus beri komitmen dalam perjuangan.

"Kepada 16 yang masih diminta membela diri, saya yakin Juham akan memnebri pembelaan yang terbaik untuk pastikan semua tahanan dibebaskan," katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh.

harakahdaily/-

Gadis Kecil Baru 10 Tahun Telah Menguasai 10 Bahasa

Posted: 21 Oct 2011 01:45 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang murid berusia 10 tahun boleh bertutur dalam SEPULUH bahasa termasuk Kazak dan Uganda. Sonia Yang, 10 tahun telah dinobatkan sebagai 'The best young linguist' bahagian barat laut England dalam pertandingan tersebut.

Gadis kecil dari Hulme Cheadle, Stockport, dilahirkan di Taiwan tetapi berpindah ke England dengan keluarganya untuk memulakan sekolah rendah.
Semasa tiba di England, Sonia sudah fasih bertutur dalam Bahasa Taiwan Jepun, Cina dan Bahasa Inggeris. Kini dia boleh juga bertutur dalam bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugis dan baru-baru ini telah dikesan menguasai bahasa Kazakh dan bahasa Uganda.

-OrangMuo

Mangsa simbah asid bedah mata

Posted: 21 Oct 2011 01:25 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Shafiq Aiman selepas selamat menjalani pembedahan mata di HKL, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua beradik yang mengalami kecederaan parah selepas menjadi mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran pada 19 Julai lalu selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Kedua-dua beradik itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan Shafiq Aiman, 10, menjalani pembedahan tersebut yang bermula pada pukul 9 pagi dan memakan masa selama tujuh jam.

Ibu kepada dua beradik itu, Norhashimah Julaili Mansur, 44, memberitahu, tujuan pembedahan tersebut bagi membolehkan mata kedua-dua anaknya dapat dipejam secara normal.

"Sebelum dibedah, mereka tidak boleh memejam mata kerana kelopak mata mereka mengalami kerosakan.

"Jadi, melalui pembedahan tersebut, doktor ambil kulit pada bahagian belakang cuping telinga untuk dijadikan kelopak mata baharu bagi memudahkan mata mereka ditutup dan dibuka," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam kejadian pada 19 Julai lalu, dua beradik itu mengalami kecederaan parah apabila disimbah cuka getah oleh seorang pekerja ladang yang juga jiran mangsa ketika dalam perjalanan ke rumah kawan mereka di Felda Ketumbar Jengka 9, Maran, Pahang.

kosmo/-

Pengharaman merokok di Euro 2012

Posted: 21 Oct 2011 01:15 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BERNE - Merokok akan diharamkan dalam stadium semasa perlawanan Euro 2012 berlangsung di Poland dan Ukraine, menurut Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam.

"UEFA akan menguatkuasakan satu larangan penuh pada penggunaan, jualan, atau promosi tembakau dalam semua stadia melibatkan UEFA Euro 2012. Peraturan akan digunakan tanpa pengecualian bagi semua tempat-tempat dalam perimeter stadia, luar atau dalam," menurut kenyataan pegawai pentadbiran bola sepak Eropah.

Perbezaannya, UEFA membenarkan aktiviti merokok sewaktu perlawanan dalam Liga Juara-juara, memberitahu dasar yang dibuat adalah bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Persatuan Jantung Sedunia, dan Rangkaian Kesihatan Stadia Eropah.

"Euro 2012 bebas tembakau mengenai kesihatan penonton-penonton kami dan orang lain yang terlibat dalam perlawanan itu. Kita memandang berat standard kesihatan, keselamatan dan keselesaan pada perlawanan, malah tembakau tidak sesuai buat mereka.

SINAR HARIAN/-

Jangan Guna Budak Sebagai Senjata Politik

Posted: 21 Oct 2011 01:00 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG : Pimpinan kerajaan Pulau Pinang mengecam tindakan blogger pro-Umno yang memfitnah anak remaja lelaki Lim Guan Eng sambil menyeru lawan politik mereka untuk hanya menumpukan serangan terhadap orang politik.

Timbalan Ketua Menteri II Dr P.Ramasamy berkata, kenyataan yang dilemparkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek baharu-baharu ini dengan mengatakan kejadian itu sebagai politik biasa di Malaysia adalah tidak wajar sama sekali.

"Bagaimana pemimpin MCA boleh berkata begitu kepada masyarakat Malaysia bila mana rakyat memandang dia sebagai seorang pemimpin. Jenis moral apakah itu? Dia sepatutnya memberitahu rakyat bahawa kita tidak sepatutnya menghukum seorang budak berusia 16 tahun. Kita perlu elakkan perkara begini. Pimpinan Umno boleh menentang kita, tetapi bukan seorang budak kecil," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Datuk Mansor Othman dengan nada sinis berkata tindakan tersebut mencerminkan budaya politik
Umno-BN hari ini.

Tambahnya, adalah sesuatu yang memalukan kepada negara apabila kegilaan kuasa menyebabkan Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

"Mahatma Gandhi dalam salah satu politik beliau iaitu Gandhi Seven Deadly Sins telah menyebut Politics Without Principal yang ternyata diamalkan hari ini oleh Umno dan BN adalah politik tanpa prinsip apabila dengan sedar telah mengheret anak Lim Guan Eng ke kancah politik kotor mereka.

Ini menunjukkan betapa rendahnya etika politik kepimpinan Umno-BN yang sanggup menggunakan taktik politik kotor dalam usaha membunuh karier politik lawan mereka," jelasnya.

Bari-baru ini blog pro Umno mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu terlibat dalam serangan seksual terhadap seorang gadis yang berasal dari Hong Kong.

Lim telah menyangkal semua dakwaan itu termasuk tuduhan itu ditutup dengan RM200,000.

DAP hari ini mendedahkan gambar yang digunakan blog-blog pro Umno untuk melontarkan dakwaan mereka sebenarnya merupakan juara catur bernama Anya Sun Corke yang berusia 21 tahun.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Blogger pro Umno termasuk Ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Lim telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com

tv news/-

Penganggur dakwa ragut rantai sebab lapar

Posted: 21 Oct 2011 12:50 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 21 Okt. - ``Saya ada ibu bapa yang telah tua untuk disara. Saya terpaksa lakukan kesalahan ini sebab saya juga sudah beberapa hari tidak makan. Minta jasa baik Yang Arif untuk ringankan hukuman.''

Demikian rayuan seorang penganggur yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meragut rantai leher emas bernilai RM1,000 milik seorang pekerja kilang warganegara Sri Lanka.

Ronnie Rickson Anak Aron, 30, mengaku menyamun wanita tersebut, Priantha Samara Arachi, 30, di Jalan Persiaran Budiman, Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada pukul 4.40 petang, Sabtu lalu.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditahan iaitu pada hari kejadian.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Che Rohana Ismail mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda serta sebatan.

Mengikut fakta kes, Priantha dan suaminya sedang berjalan di tempat kejadian apabila Ronnie Rickson yang berasal dari Kuching, Sarawak tiba-tiba menghampiri dan merentap rantai leher yang dipakainya.

Melihat kejadian itu, suami mangsa bertindak mengejar tertuduh serta merampas semula rantai tersebut sebelum menyerahkan lelaki itu kepada pihak polis. - Utusan

Kemalangan Feri: 74 Cedera di Hong Kong

Posted: 21 Oct 2011 12:45 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HONG KONG: 74 cedera apabila sebuah feri Hong Kong melanggar tiang tambatan, pada Jumaat.

Jurucakap Jabatan Marin Hong Kong, Patrick Wong, berkata daripada jumlah mangsa yang tercedera, sembilan dalam keadaan serius dan sudah dikejarkan ke hospital dengan menggunakan helikopter.

"Kira-kira jam 5 pagi tadi, feri sepanjang 29 meter yang membawa 140 penumpang melanggar kemudahan tiang tambatan perlindungan taufan sejurus berlepas dari Cheung Chau.

"Bot berkenaan tidak karam, tetapi terdapat penumpang yang cedera," katanya. - AFP

Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari

Posted: 21 Oct 2011 12:30 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

"Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional," ujar persatuan itu dalam satu kenyataan.

PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

"Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau," tambah kenyataan itu.

Berikut kenyataan penuh PKA UIAM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur'an: Surah al-Anbiya' (21:7): "Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui".

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur'an dalam Surah al-Baqarah (2:111):

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.

Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.

Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.

Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam "Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel" yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: "the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education".

PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

Sekian. Terima kasih.

harakahdaily/-

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 22 Oct 2011 01:03 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


92 peratus kadar penyelesaian di MPPP dan MPSP diiktiraf

Posted: 21 Oct 2011 04:33 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng hari ini merakamkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atas kejayaan menyelesaikan 92 peratus urusan permohonan dan pembangunan yang melibatkan kepentingan rakyat. Beliau menyuarakan pengiktirafan itu pada Majlis Pelancaran Sistem Online Unit Pusat Setempat (OSC) di Kompleks MPSP, Bandar [...]

PAS cadang turun kadar faedah kad kredit ke 10% setahun, kata pemuda P.Pinang

Posted: 21 Oct 2011 04:30 PM PDT

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menurunkan kadar faedah maksimum kad kredit dari 17.5 peratus pada 10 peratus setahun bagi mengelakkan lebih ramai lagi golongan belia muflis. Demikian cadangan Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG) sebagai reaksi pada data Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) iaitu kira-kira 45,000 belia [...]

Salam Perjuangan

Posted: 21 Oct 2011 11:12 PM PDT

Salam Perjuangan


STAF AKADEMIK UIA PERTAHAN AZIZ BARI

Posted: 21 Oct 2011 01:46 AM PDT


23 Dzulka'edah 1432 H | 21 October 2011

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.
Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Beliau adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur'an: Surah al-Anbiya' (21:7):

"Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui".


Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini.

Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur'an dalam Surah al-Baqarah (2:111):

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.

Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.

Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.

Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam "Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel" yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: "the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education".

PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

Sekian, terima kasih.
 

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 21 Oct 2011 09:45 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PELANCARAN KELAB PROTES BN BARANG NAIK DI MUAR

Posted: 21 Oct 2011 10:04 AM PDT

Wednesday, October 5, 2011

Revolusi @ Jalan Sayang : 

Pelancaran Kelab Protes BN = Barang Naik Negeri Johor

Lajnah Pengguna PAS Negeri Johor hari ini telah melancarkan Kelab Protes BN = Barang Naik Peringkat Negeri Johor. Pelancaran kelab ini disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar, Parit Pechah, Muar.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Dr. Mohamad Taslim, ADUN Maharani, Ybhg. Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Kawasan Muar, YBhg. Tuan Haji Malik Mohd Diah, timbalan YDP PAS Kawasan Muar, wakil dari Lajnah Pengguna PAS Johor dan wakil pimpinan PAS Johor, YBhg. En. Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar, pimpinan Pakatan Rakyat Muar, Pemimpin Masyarakat dan NGO.

Muar merupakan destinasi pertama kempen Kelab Protes BN di negeri Johor. Selepas ini, jelajah Kelab ini akan bergerak ke seluruh Negeri Johor bermula esok.

Kenaikan tarif utiliti bebankan kita & JCorp.

ADUN Maharani, YB Dr. Mohamad Taslim memulakan ucapan beliau dengan ungkapan "BN adalah Barang Naik, PR adalah Price Reduced."

Krisis kenaikan harga yang melanda negara ketika ini sangat membebankan rakyat Marhaen. Di Johor, rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air yang tertinggi di Malaysia sedangkan Kerajaan PR Selangor mampu menyediakan kemudahan bekalan air percuma untuk rakyatnya.

YB Dr. Mohamad turut mendedahkan sekali lagi mengenai JCorp yang sehingga kini menanggung hutang sebanyak RM 6.4 billion. Sedangkan dalam masa yang sama, JCorp adalah merupakan antara syarikat yang hebat, menerima banyak anugerah.
YB Dato' Mahfuz diteruramah oleh Sinar Harian
Tahun depan JCorp perlu melunaskan bond terbitannya yang akan matang bernilai RM 3.6 billion. Mentri Besar Johor telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp tidak akan menjual aset-aset besar miliknya. 
Dari maklumat yang diterima oleh YB Dr. Mohamad, JCorp akan menerbitkan bond baru bernilai RM 2.5 billion bagi melunaskan bond bernilai RM 3.6 billion itu yang akan matang tahun depan. Adakah ini cara pengurusan yang bertanggungjawab? Menggunakan kaedah "gali lubang,tutup lubang".

YB Dato Mahfuz pula memulakan ceramahnya dengan menjelaskan mengenai sebab PAS menubuhkan kelab ini.

"Krisis Kenaikan Harga Barang adalah merupakan persoalan kelaparan dan makanan yang menjadi keperluan kita.Kos sara hidup telah meningkat dengan mendadak ketika ini. Peningkatan perbelanjaan juga boleh menyebabkan krisis keluarga, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan kecurigaan suami terhadap isteri," ujarnya.

Tambah beliau lagi, "Kaum isteri sekarang ini berhadapan dengan kesukarannya untuk berbelanja barang keperluan dapur dengan wang saku pemberian suami. Namun begitu, adalah bukan satu rahsia lagi bahawa kaum wanita sememangnya bijaksana dalam berbelanja dan berjimat-cermat.

Isu peningkatan kos sara hidup ini lebih besar. Bukan hanya sekadar harga barang naik namun ia turut melibatkan perbelanjaan pendidikan anak-anak yang meningkat, harga tarif utiliti yang semakin mahal dan lain-lain.

Walhal pendapatan rakyat kekal ditakuk yang sama dan kecil namun perbelanjaan keluarga semakin meningkat. Ini menyebabkan berlakunya defisit terhadap poket rakyat.

Peratus Kenaikan Harga Barang dari 2008-2011. Gula Pasir mengalami kenaikan sebanyak 66% dalam tempoh ini. Ayam 1 kg bersih naik sehingga 37%. Susu bayi 1.8 kg mengalami peningkatan sehingga 28%. Teh tarik dan Roti Putih pula 25% dan 20% masing-masing. Hal ini berlaku, Kerajaan Pemerintah telah mengurangkan subsidi atas barang -barang keperluan tersebut.

Apabila berlaku defisit dalam Belanjawan, Kerajaan Pemerintah telah berbelanja hampir RM 100 juta sebagai yuran Konsultan Luar Negara untuk menubuhkan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Tugas konsultan ini amat mudah sekali apabila memberikan cadangan untuk pengurangan subsidi sedikit demi sedikit kerana ketika ini subsidi yang ditanggung Kerajaan Pemerintah adalah tinggi. Adakah masuk akal cadangan sebegini dibayar dengan harga RM 100 juta.

Subsidi pertama yang ditarik adalah subsidi petroleum. Ini adalah punca utama sebabkan kenaikan harga barang. Ini dipanggil kenaikan berangkai. "Mana ada barang yang boleh dihantar guna tikar terbang P. Ramlee. Zam Zam Ala Kazam, barang pun sampai ke kedai, tak perlu guna lori," seloroh YB Dato' Mahfuz.

Punca sebenar defisit belanjawan adalah kerana negara tiada kemampuan untuk membayar hutang. Bukan kerana subsidi. Kalau kita menguruskan ekonomi dengan baik dan telus, kita akan mampu menjelaskan hutang mengikut jadual dan memberikan subsidi dalam masa yang sama. 
Contohnya Kedah. Walaupun tidak mempunyai hasil yang banyak tapi Kerajaan PR Kedah tidak membuat pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan dan masih mampu membayar hutang yang dibuat Kerajaan BN dahulu mengikut jadual. Hal ini adalah kerana ketelusan dan kecekapan urus tadbir Kerajaan PR Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak.

Ketirisan dan kebocoran yang berlaku ini telah menyebabkan masalah defisit ini semakin buruk. Malaysia mempunyai hasil yang banyak. Sumber carigali minyak, percukaian dan lain-lain. Apabila Pemimpin Negara tidak amanah adalah punca kemelut ini. Sekiranya Pemimpin Negara ini amanah, sudah pasti Allah akan mengurniakan barakah.

Malahan, apabila kita berinfaq, Allah akan memberikan rezeki berlipat kali ganda. Itulah barakah Allah. Kerana itu, Islam menyatakan "tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima."

Pemerintah hari ini langsung tidak memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan agar tidak berlebihan. Pemerintah yang ada hari ini mengamalkan Politik Tidak Amanah . Pakatan Rakyat akan menukarkan politik Pemerintah hari ini kepada Politik Amanah

Defisit Belanjawan Negara boleh dikurangkan tanpa mengambil daripada rakyat. Ini barulah dinamakan kebertanggungjawaban. Memang benar dalam Islam membenarkan perkara ini berlaku namun selepas Pemimpin berkorban dahulu. Ini pemimpin kaya raya sebaliknya rakyat dihimpit semahu mungkin.


YB Dato' Mahfuz turut mendedahkan persoalan mengenai kerja-kerja penambahbaikan bangunan Parlimen yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Projek ini adalah menggunakan sistem runding terus. Sekiranya kalau tidak mahu melaksana open tender sekalipun, gunalah selective tender setidak-tidaknya.

Projek Bangunan Sementara Parlimen ini telah diserahkan kepada syarikat bernama TRC iaitu sebuah syarikat yang membina rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi yang bernilai RM 11 juta. Kerajaan melalui JKR telah menetapkan harga siling iaitu RM 24 juta namun tiada syarat-syarat agar kos ini tidak meningkat naik. Akhirnya, apabila bangunan sementara ini siap, kosnya telah meningkat kepada RM 31 juta sedangkan perabut-perabut dan peralatan di dalamnya adalah merupakan barang-barang sedia ada sebelum ini.

YB Dato' Mahfuz turut menyentuh mengenai jumlah bayaran bil Elektrik bagi Kediaman Rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang bernilai RM 160 ribu sebulan, dan bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi ini bernilai RM 32 ribu sebulan. Ini menunjukkan betapa pembaziran yang banyak berlaku, sedangkan dalam masa yang sama, Pemerintah menyuruh rakyat untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.

Belanjawan Pakatan Rakyat 2012
YB Dato' Mahfuz juga telah mendedahkan kandungan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 seperti yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen siang tadi. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Belanjawan PR ini adalah melibatkan penjimatan RM 14 billion dari kadar yang dibelanjakan oleh BN, namun, melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat
Untuk kandungan penuh Belanjawan Pakatan Rakyat 2012, sila klik [SINI]

Goods and Service Tax (GST)

YB Dato' Mahfuz turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri telah menyebut bahawa GST memang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya selepas Pilihanraya Umum nanti. Ketika ini, tidak semua rakyat dikenakan cukai. Hampir 70% dari jumlah rakyat Malaysia adalah tidak layak dikenakan cukai, namun apabila GST dilaksanakan, 85% daripada rakyat akan terheret untuk membayar cukai. Majoriti barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai menjadikan peningkatan kos sara hidup yang ketara. 

Beliau turut berseloroh, GST adalah Gasak Sampai Terlentang. Apabila mereka mula gasak, kita, rakyat biasa inilah yang akan terlentang sambil disambut gelak tawa hadirin yang hadir. Penyelesaiannya adalah rakyat harus buat perubahan. UMNO umpama cicak yang tersepit di celah pintu. Khurafat Politik Masyarakat Melayu sedang terhakis dengan dahsyat ketika ini ekoran asakan dari PAS selama 60 tahun ini. Pakatan Rakyat juga dengan memanfaatkan penggunaan teknologi ICT telah berjaya mendidik rakyat untuk memahami pelbagai isu yang melingkari dan cuba dimainkan oleh UMNO/BN. UMNO/BN cuba untuk melagakan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, namun rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai.

Hudud, Melayu dan UMNO
Rakyat mendapatkan buku album Kenangan 9 Julai
Beliau mengakhiri ucapannya dengan berbicara mengenai persoalan Hudud dan juga Melayu. Beliau memperjelaskan bahawa Karpal Singh dan DAP berbeda pendapat dengan PAS berhubung isu Hudud ini kerana DAP merasakan bahawa Hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi Perdana Menteri menolak Hudud atas alasan Hudud tidak sesuai dengan masyarakat majmuk manakala Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan suasana negara belum cukup kondusif untuk melaksanakan hukum hudud. Persoalan yang dibangkitkan adalah, adakah PM dan TPM sebagai orang Islam ingin mengatakan bahawa Hukum Allah ini tidak sempurna? Inilah salah satu contoh kemunafikan politik UMNO.
UMNO telah membuktikan bahawa mereka tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam dan juga dalam masa yang sama UMNO turut menggadaikan kepentingan Melayu. Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan kuota Melayu/Bumiputera, namun menariknya kata-katanya semula dan menuduh wartawan memanipulasi kata-katanya. Memang hak Melayu/Bumiputera telah lama pupus semenjak zaman Tun Mahathir lagi. Kuota Pendidikan digantikan dengan sistem meritokrasi, MRSM dibuka 10% kepada bukan Bumiputera dan Matrikulasi juga turut dibuka kepada bukan Bumiputera. 
Antara contoh-contoh yang diberikan ini, adakah orang Melayu hari ini masih perlu bergantung harap kepada UMNO? Hak Melayu/Bumiputera tidak diperjuangkan lagi, Islam pun tidak diperjuangkan, jadi apakah relevannya UMNO kepada orang Melayui sekarang ini? soal beliau menutup ucapannya malam tadi.

Dalam majlis ini juga, Lajnah Penerangan PAS Pusat telah mengedarkan buku album Kenangan 9 Julai sebagai memperingati perhimpunan Bersih 2.0. 
 

ZIARAH ADUN MAHARANI - WARGA EMAS DISANTUNI DAN DIBANTU

Posted: 21 Oct 2011 09:48 AM PDT

Harap belas kasih isteri


MUAR – Seorang warga emas tidak menyangka kelibat empat burung terbang yang melintasi pandangannya semasa menunggang motosikal menjadi punca dia kehilangan penglihatan buat selama-lamanya.

Sejurus tiba di rumah, penglihatannya menjadi kabur dan pada awalnya, dia menyangka hanya rabun biasa saja.

Bagaimanapun, keadaan itu terus berlarutan selama sebulan dan dia hanya mampu memakai cermin mata untuk menghilangkan ketidakselesaan itu.

Malangnya, penglihatan warga emas itu bertambah teruk dan dia menjadi buta pada usia 27 tahun.

Itu nasib yang terpaksa dihadapi oleh Ibrahim Ahad, 63, dan kini menghabiskan sia usia emasnya bersama isteri, Urib Abu, 63, di Kampung Parit Haji Ali Darat, Parit Bakar, di sini.

Kehilangan penglihatan itu, nyata telah mengubah kehidupan Ibrahim secara total sehingga memaksanya bergantung dengan tongkat untuk bergerak.

Bukan itu sahaja, dia juga telah kehilangan punca pendapatan kerana pergerakannya terbatas sehingga menghalang niatnya untuk bekerja.

Ibrahim berkata, selepas tragedi itu, dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah sambil ditemani isterinya.

Menurutnya, kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berusaha mencari pendapatan keluarga.

Ekoran desakan masalah kewangan mendorongnya mengusahakan tanaman pokok cili padi secara kecil-kecilan di tepi rumah.

"Benih cili Sarawak yang diperoleh daripada anak saudaranya itu banyak membantunya meneruskan kehidupan bersama isteri.

"Lebih membanggakan apabila tanaman yang diusahakan itu berjaya mencapai sehingga 700 pokok cili," katanya kepada Sinar Harian.

Pendapatan RM15 sehari hasil jualan cili itu digunakan oleh Ibrahim untuk menampung perbelanjaan dia dan isteri.

Bagaimanapun, kegembiraan mereka melihat tanaman cili menjadi tidak berpanjangan apabila tanaman itu diserang penyakit yang akhirnya memusnahkan banyak pokok cilinya.

"Keadaan ini menyebabkan kehidupan kami dihimpit kemiskinan dan hanya mengharapkan bantuan daripada anak-anak.

"Anak-anak membantu sekadar yang mampu kerana mereka sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen lain," katanya.

Katanya, kehidupan mereka seakan mendapat sinar baru apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, sejak awal tahun ini.

Selain itu, rumah usang yang menjadi tempat berteduh bagi pasangan warga emas itu merupakan hasil tangan Ibrahim sendiri.

Walaupun buta, Ibrahim mampu membina rumah sendiri menggunakan papan terpakai dengan dibantu beberapa rakannya.

Rumah yang didiami Ibrahim sejak 16 tahun lalu semakin dimamah usia dan terdapat banyak kerosakan terutamanya di bahagian bumbung rumah.

"Usaha kami menggunakan baldi untuk menadah air hujan tidak berkesan kerana banyak bumbung bocor terutamanya di ruang bahagian hadapan dan dapur akan dipenuhi dengan air hujan," katanya.

Ibrahim berkata, dia mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak untuk membaik pulih rumahnya itu.

Selain itu, Ibrahim berkata, dia dan isteri terpaksa tinggal di rumah berkenaan kerana tiada rumah lain, selain biasa dengan keadaan itu.

Walaupun rasa kurang selesa, itu yang mampu dilakukan kerana ini saja tempat yang ada selagi masih hidup.

"Apa yang lebih penting, saya dapat tinggal bersama isteri yang banyak berjasa membantunya sejak menjadi buta.

"Saya tidak pernah berasa kesal dengan nasib malang yang menimpanya dan menganggap ia sebagai ujian dari ALLAH, "katanya.

Sementara itu, Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, pihaknya telah membantu Ibrahim untuk mendapatkan rumah baru melalui permohonan ke Baitulmal.

Menurutnya, bantuan berupa barangan keperluan dan wang perbelanjaan juga turut diberikan semasa menziarahi warga emas itu, baru-baru ini.

"Ibrahim juga disenaraikan sebagai penerima bantuan beras bulanan dari Pas kawasan Muar dengan kadar segera," katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9657895.asp

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 21 Oct 2011 09:34 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Kedah La: Penjelasan fitnah jahat UMNO kononnya PAS halalkan...

Posted: 21 Oct 2011 08:27 AM PDT

Kedah La: Penjelasan fitnah jahat UMNO kononnya PAS halalkan...: ZULNORDIN "JAHIL MURAKKAB" TENTANG HUDUD Oleh: Mohamed Hanipa Maidin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Pro BN), Zulkifli Nordin menuduh h...

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Oct 2011 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Warga emas ditetak penyamun

Posted: 21 Oct 2011 02:04 AM PDT



Warga emas ditetak penyamun
Sinar Harian 21 Okt 2011

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas di Taman Guru di sini, melalui detik menakutkan apabila diserang penyamun bersenjatakan parang ketika menjemur pakaian di rumahnya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Indun Yahya, 62, turut dicederakan apabila penyamun terbabit bertindak ganas menetak muka dan tangannya.

Menceritakan kejadian Indun berkata, dia yang mahu menjemur pakaian di ampaian melihat tiga motosikal dinaiki enam lelaki berada di luar kawasan rumahnya, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan menghampiri pagar rumah saya untuk bertanyakan alamat seseorang.

"Saya kata tidak tahu tetapi lelaki terbabit terus membuka pintu pagar dan memasuki kawasan rumah bersama seorang lagi rakannya yang dilihat bersenjatakan parang panjang," katanya.

Menurut Indun, kedua-dua suspek yang meluru ke arahnya bertindak memegang bahu dan meletakkan parang ke lehernya.

"Seorang daripada suspek cuba meragut rantai leher emas dipakai tetapi saya cuba menggenggamnya hingga menyebabkan sebahagian daripadanya terputus.

"Melihat keadaan itu, suspek bertindak menetak muka di bahagian pipi kiri. Bagaimanapun, gelang tangan saya berjaya diragut suspek yang turut cuba merampas cincin tetapi gagal," katanya.

Indun berkata, dia bernasib baik kerana jirannya yang menyedari kejadian itu menjerit menyebabkan suspek segera melarikan diri.

Menurutnya, walaupun cedera tetapi dia bersyukur kerana penyamun berkenaan tidak memasuki rumahnya kerana dua anak perempuan dan seorang cucu berada di dalam.

"Saya mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Rahang," katanya yang menganggarkan nilai kerugian hampir RM5,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pihaknya mempergiatkan usaha memburu suspek dan meminta orang ramai yang melihat individu mencurigakan menaiki motosikal di kawasan mereka supaya menghubungi mana-mana balai untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9657706.asp

Papan tanda PKR Jempol dirobohkan

Posted: 21 Oct 2011 02:04 AM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 21 Oct 2011 09:12 PM PDT

PAS KDAS 3


'Sepatutnya mereka ditangkap, bukan terus dibunuh'

Posted: 21 Oct 2011 08:29 AM PDT

Apa salahnya saya jadi alat Islam -Bob Lokman

Posted: 21 Oct 2011 08:15 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 21 Oct 2011 09:05 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS Kedah Isu Professor Aziz Bari

Posted: 21 Oct 2011 05:06 PM PDT


Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius isu terbaru yang melibatkan penggantungan Professor Undang-undang terkemuka dan kritis negara Professor Aziz Bari. Isu ini adalah satu lagi titik hitam sejarah negara. Ia hanya akan menghitamkan lagi rekod Barisan Nasional memerintah negara kita. Penggantungan beliau selaku pensyarah sangat mengejutkan dan menyedihkan warga Malaysia.

Pertama. Beliau adalah pensyarah kanan Universiti Islam Malaysia yang sudah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau adalah antara putera terbaik Melayu yang merupakan pakar undang-undang perlembagaan. Adakah hanya kerana memberi pandangan berdasarkan pengalaman akademik dan pengalaman beliau dan beberapa laporan polis sudah cukup untuk menamatkan riwayat akademik beliau.

Kedua. Beliau terkenal berani dan kontroversi. Beliau bukan sekadar berkongsi ilmu di media perdana, wacana, kelas toturial malah menjangkau kepada media alternatif yang mesra pembangkang. Beliau sekadar mengkritik kerajaan tetapi pernah mengkritik kepimpinan pembangkang. Beliau berani dan tegas terhadap pandangan beliau walaupun berdepan cemuhan.

Ketiga. Alasan yang diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa ialah kerana "membuat kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Ia adalah satu alasan yang sangat subjektif bagi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa. Masyarakat tertanya-tanya, bertentangan dengan kepentingan universiti itu juga bermaksud bertentangan dengan kepentingan pemerintah lanjutan laporan polis yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.

Keempat. Penggantungan ini akan menjatuhkan lagi imej universiti Malaysia di mata dan ranking universiti di dunia. Sudahlah para mahasiswa dan pensyarah terpaksa berdepan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kali ini pensyarah pula berdepan dengan pelbagai akta dan halangan 'kepentingan' universiti.

Kelima. Selepas peristiwa ini, DPPNK dapat merasakan pendemokrasian ilmu akan semakin terhakis dan akan menyebabkan kebebasan bersuara akan semakin kelam. Imej universiti sebagai menara ilmu dan harapan ummat sebagai lubuk kebijaksaaan akan semakin dipandang sinis. Autoriti seorang sarjana akan semakin diperlekehkan. Alangkah malangnya negara ini.

Keenam. Apa yang kebih besar ialah kesan terhadap para mahasiswa yang sedang menyiapkan tesis serta mengikuti kelas yang dipimpin oleh beliau.

Ketujuh. Apapun alasannya termasuk alasan beliau menghina raja, DPPNK mengharapkan agar penggantungan beliau sebagai sarjana dan pensyarah ditarik balik terlebih dahulu. Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan pihak polis yang menyiasat beliau susulan isu ini juga akan menjadikan ahli akademik semakin terkongkong dalam menyampaikan ilmu dan menegakkan kebenaran.

YB MOHD NASIR ZAKARIA
AHLI PARLIMEN PADANG TERAP
KETUA PENERANGAN DPPNK

PAS LENGGONG

Posted: 21 Oct 2011 07:50 PM PDT

PAS LENGGONG


Jahil tu ialah Bangang atau Tengin

Posted: 21 Oct 2011 02:35 AM PDT

Sememangnya dia tu yang amat tengin,
Zulkifli jahil,
liwat isteri termasuk perkara syubhah
| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

" Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhatiaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

"Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 21 Oct 2011 07:19 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Pulau Pinang kaji trafik negeri bersama Halcrow

Posted: 21 Oct 2011 04:39 PM PDT

Chow_Kon_Yeow_2
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan untuk bekerjasama dengan Firma Halcrow (M) demi memastikan kualiti trafik di negeri perindustrian itu bertaraf antarabangsa, kata Chow Kon Yeow (gambar).Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas itu berkata, walaupun perkhidmatan percuma Bridge Express Shuttle Transit (BEST) dan Central Area Transit (CAT Bus) diakui rakyat banyak memperbaiki sistem pengangkutan awam yang sedia ada, namun kerajaan negeri masih tidak berpuas hati dengan rekod kejayaan tersebut.

"Matlamat mengurangkan kesesakan melalui perkhidmatan berkenaan masih jauh berikutan kebanyakan pengguna hanya pelajar sekolah dan warga asing. "Bridge Express Shuttle Transit (BEST) dan Central Area Transit (CAT Bus) yang diperkenalkan sebelum ini masih di tahap yang kurang memberansangkan," ujar beliau di Komtar, Georgetown. Beliau berkata, kesesakan trafik mungkin berpunca oleh kepenggunaan tanah sendiri yang kian terhad sehingga mempengaruhi pola jalan di kawasan berkenaan.

Ujarnya, rakyat juga lebih cenderung bergerak menggunakan kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam atas alasan lebih mudah dan cepat ke tempat kerja. Melihat pada trend itu, beliau berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Rapid Penang sedang berusaha menambahkan 200 bas lagi demi keselesaan hidup rakyat.

Kon Yeow berbincang dengan Turner

Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Halcrow, David Turner berkata konsultannya sebelum ini berjaya mewujudkan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Aliran 2 (Putra) di Kuala Lumpur. Berbekalkan pengalaman itu, beliau yakin boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. "Kajian trafik negeri ini telah bermula pada Mei lalu dan dijangka berakhir Mac atau April tahun depan. "Antara polisi dan strategi yang akan dipertingkatkan melibatkan tempat letak kereta, kordinasi lampu isyarat, keselamatan jalan dan operasi teksi," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan