Rabu, 12 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dun Kijang

Posted: 12 Oct 2011 03:15 AM PDT

Dun Kijang


Aktiviti Ziarah Lagi...

Posted: 11 Oct 2011 10:28 PM PDT

Selasa, 4 Oktober 2011 yang lalu.. YB Kak Ubai telah menziarahi beberapa rumah di DUN Kijang . Kunjungan Kak Ubai pada kali ini adalah untuk menyerahkan sendiri cek OKU kepada penerimanya di samping menziarahi keluarga si mati dan yang akan menunaikan haji. Antaranya adalah :

YB Kak Ubai menyerahkan cek kepada penerima sumbangan kerana masalah penglihatan (penyakit katarak ) di Kg.Keseng..

 Penerima sumbangan bagi mengerjakan ibadah haji di Kg Kuala Besar

Penerima cek OKU di Kg Kijang.

Penerima cek OKU bagi pihak anaknya di Kg Kijang.

Penerima cek OKU (masalah cacat penglihatan ) di Kg.Bunga Mas,Penambang. 

Penerima cek OKU..

 Menerima sumbangan kifaalah kerana kematian suami..

YB Kak Ubai juga ada bertanyakan khabar kepada keluarga si mati di Kg.Badang.

Kunjungan Kak Ubai ni menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan warga di bawah pimpinan beliau dengan turun padang sendiri untuk bertemu dengan rakyat. 

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 12 Oct 2011 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran

Posted: 11 Oct 2011 11:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur,: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. -HD

Perut ibu dibelah, anak dicuri

Posted: 11 Oct 2011 11:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MADISON: Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya, semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil, membelah perut mangsa dan mengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.

Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa, mangsa, Maritza Ramirez-Cruz, 23, hamil anak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.

Wanita keturunan Puerto Rico itu tidak pernah menyangka bakal menemui ajal di tangan Annette Morales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran di kawasan Milwaukee selama dua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6 Oktober, Annette terjumpa Maritza - dijadual bersalin beberapa minggu lagi - dan menawarkan mangsa menaiki keretanya.

Bagaimanapun, Annete mendakwa dia perlu pulang dulu ke rumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.

Dokumen mahkamah menyatakan, sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette, 33, memukul kepalanya dengan kayu besbol.

Apabila Maritza terbaring, Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.

Annette kemudian menyorok mayat Maritza di tingkat bawah rumahnya.

Petang hari itu, pasukan paramedik tiba di rumah Annette selepas dia mendakwa kononnya dia baru bersalin dan bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Bagaimanapun, paramedik gagal menyelamatkan bayi berkenaan, manakala Annette dibawa ke hospital.

Di situ, doktor kehairanan kerana mendapati tiada sebarang tanda Annette hamil atau baru bersalin.

Siasatan lanjut polis mendapati Annette bukan ibu kepada bayi yang mati di rumahnya.

Pegawai polis Wisconsin, Edward Flynn, berkata pemeriksaan di rumah Annette membolehkan polis menemui mayat Maritza yang disembunyikan sebelum itu. Doktor berkata, Maritza mati akibat kehilangan darah yang banyak. - DM

Gaddafi sembunyi di gunung

Posted: 11 Oct 2011 09:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipercayai bersembunyi di kawasan terpencil dikelilingi gunung-ganang bagi menggagalkan usaha kumpulan pemberontak mengesannya, menurut Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.

Sehingga kini jejak Gaddafi masih gagal dikesan walaupun kumpulan pemberontak berjaya menawan kubu kuatnya di Tripoli, 23 Ogos lalu.

Wakil NTC, Mousa Alkoni berkata, bekas pemimpin veteran Libya itu mungkin berpindah-randah di kawasan padang pasir yang luas di bahagian selatan antara sempadan Libya, Algeria dan Niger.

Beberapa ahli keluarga Gaddafi termasuk isteri dan anaknya Aisha serta Hannibal melarikan diri ke Algeria sejak Ogos lalu manakala seorang lagi anak lelakinya, Saadi berada di Niger.

SINAR HARIAN/-

MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan

Posted: 11 Oct 2011 09:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 12 Okt: Kecelaruan masyarakat bukan Islam dalam isu hudud bukannya datang dari ketidak fahaman mereka terhadap hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman tersebut tetapi ia adalah berpunca dari hasutan dan penyebaran maklumat salah oleh pihak tertentu kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan (DHPPK), Lim Guan Seng, perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah 2 di Kelantan hanyalah melibatkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua DHPP Pusat, Hu Pang Chaw yang sering menimbulkan kekeliruan dalam menangani isu terutamanya melibatkan negeri Kelantan.

"Saya berharap beliau memahami dengan mendalam suasana Kelantan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masyarakat bukan Islam di Kelantan lebih memahami hasrat kerajaan negeri," ujar beliau.

Sementara itu, Penasihat DHPPK Jeff Lee berkata sudah sampai masanya pihak parti MCA diajak berdebat dalam soal perlaksanaan hukuman hudud ini.

Beliau ditemui di sidang media bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama semalam. Turut hadir ahli jawatankuasa DHPP Kelantan.

"Kami mencabar MCA yang selama ini sering mempolitikkan isu hudud sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar,sepatutnya mereka mengambil usaha datang mengunjungi kerajaan Kelantan seperti mana mereka mendapat penjelasan dalam isu judi dulu," kata beliau.

MCA turut dicabar membawa seberapa ramai ahli maupun masyarakat luar untuk mendapat penjelasan terus dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau nak harapkan pihak rakan mereka dalam BN seperti umno sudah tentu lah mereka tidak akan mendapat maklumat tepat kerana umno sendiripun menentang perlaksanaan hukuman ini," katanya lagi.

DHPP Kelantan juga mengecam sikap pimpinan MCA yang mempolitikkan isu ini dan menimbulkan rasa takut dalam masyarakat bukan Islam di Kelantan.

Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman masyarakat bukan Islam di Kelantan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam semua dasar dan aktiviti kerajaan negeri.

Lee juga berkata masyarakat bukan Islam di Kelantan telah menerima penjelasan berkaitan enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 sejak ia diluluskan pada tahun 1993 lagi, Cuma ia digembar gemburkan oleh pihak yang dengki dengan keharmonian masyarakat di Kelantan sahaja.

"Saya juga berharap selepas ini tidak akan berbangkit lagi soal terima atau tidak terhadap perlaksanaan hukum hudud kerana ia hanya untuk masyarakat Islam sahaja, mengapa kita perlu takut, adakah kita sering melakukan kesalahan seperti mencuri dan berzina itu, yang saya hairan lagi ialah orang umno yang mengaku Islam sendiri pulak yang menentangnya dan ini adalah semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya lagi.

HARAKAHDAILY/-

Lari dalam keadaan terbakar

Posted: 11 Oct 2011 09:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Chakra yang mati melecur akibat kebakaran di sebuah pangsapuri di Seksyen 20, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki Nepal yang terbakar hampir seluruh badan sempat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang dan mati di Blok 14 Pangsapuri Seksyen 20 di sini semalam.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila rumah sewa yang dihuni mangsa, Chakra Bahadur Bolum, 21, bersama tujuh rakan senegara di aras bawah bangunan lima tingkat tersebut terbakar.

Dalam kebakaran tersebut, tiga rakannya yang berada di dalam rumah melecur teruk manakala seorang lagi cedera ringan.

Difahamkan, ketika kebakaran, kesemua mangsa sedang tidur kerana penat bekerja syif malam di sebuah kilang elektronik di sini.

Ketiga-tiga mangsa yang melecur teruk ialah Chanda Bahadu, Tibendra Rana Mughar dan Khadka Bahadur Shasta manakala yang cedera ringan ialah Sibu Bahadur.

Kesemua mangsa berumur di antara 21 hingga 27 tahun.

Bagaimanapun, tiga lagi penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang saksi, Zakaria Baharudin, 45, berkata, pada mulanya dia terdengar suara orang meminta tolong sebelum pergi ke tempat kejadian dan melihat asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

KOSMO/-

Israel dan Hamas setuju pertukaran tahanan

Posted: 11 Oct 2011 09:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Israel dan Hamas bersetuju mengikat perjanjian bersejarah untuk membebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditangkap sebagai pertukaran dengan beribu-ribu tahanan Palestin, kata pegawai tempatan kedua-dua pihak.

Jika perjanjian itu dilaksanakan, ia akan menamatkan pengalaman pahit askar muda yang ditahan selama lebih lima tahun sekali gus menjadi ikon negara di Israel sejak dia ditangkap oleh kumpulan militan yang berpangkalan di Gaza pada 2006.
Perjanjian itu juga dianggap sebagai tindakan cemerlang pemerintahan politik Hamas di Gaza.

Kerajaan Israel secara rasmi meluluskan perjanjian itu hari ini apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan butiran pembebasan berkenaan selepas mewakili kerajaannya ketika mesyuarat tergempar malam tadi. - AFP

Thai cuba halang banjir ke lapangan terbang Bangkok

Posted: 11 Oct 2011 09:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

DUA penduduk berjalan di belakang dinding beg pasir di wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam.

BANGKOK - Thailand meningkatkan pertahanan di lapangan terbang utamanya di sini dan beberapa kawasan lain bagi melindungi 12 juta penduduk di Bangkok daripada berdepan masalah banjir.

Dinding-dinding perlindungan banjir dinaikkan sehingga 3.5 meter di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kata Pemangku Pengarah Lapangan Terbang Thailand, Somchai Sawasdipol.

Beliau berkata, lapangan terbang itu akan terus beroperasi seperti biasa.

"Saya yakin (akan dapat menghalang banjir di lapangan terbang itu) tetapi kami tidak akan cuai," katanya.

Menurutnya, lapangan terbang itu mempunyai dua stesen pam air utama dan sebuah pasukan pemantau selama 24 jam.

Sekurang-kurangnya 269 orang mati dalam banjir yang berlaku di Thailand sejak dua bulan lalu. - AFP

Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa

Posted: 11 Oct 2011 09:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka.

Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu.

Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos.

''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan.

''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.'' ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu.

''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi.

Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan.

''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya.

''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda.

Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat.

''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar.

''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).''

''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis.

Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut.

Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Selatanonline/-

Ya’acob dakwa berusia 128 tahun

Posted: 11 Oct 2011 08:50 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya'acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya'acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

"Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

"Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang 'kenering'. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo

Ya’acob dakwa berusia 128 tahun

Posted: 11 Oct 2011 08:50 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya'acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya'acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

"Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

"Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang 'kenering'. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo

Taman burung terbesar - satu pembaziran, kata DAP

Posted: 11 Oct 2011 08:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membina sebuah taman burung di Taman Botanikal Melaka dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar di kawasan berkenaan, dakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Selain itu, katanya projek berkenaan juga, membawa terlalu banyak pembangunan ke kawasan terbabit.

"Mengapa perlu dibina satu tarikan hanya untuk membolehkan peminat burung datang ke Melaka sedangkan Melaka sudah ada satu tarikan cukup popular untuk peminat burung di Tanjung Tuan?

"Apa yang saya risaukan adalah projek ini akan menjadi satu lagi projek gajah putih sebagaimana dibuktikan oleh projek-projek lain kerajaan negeri," katanya.

Wakil rakyat DAP itu juga berkata, pembangunan pesat di kawasan Taman Botanikal berpotensi memberi kesan kepada faktor semula jadi, sekaligus menafikan akan kemudahan rekreasi semula jadi yang kian berkurangan di negeri ini.

Menurutnya, keghairan kerajaan negeri membangunkan kemudahan itu jelas menunjukkan ia lebih mementingkan pelancong semata-mata dan bukannya memikirkan tentang rakyat negeri ini.

Khoo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan kerajaan negeri baru-baru ini bahawa sebuah taman burung yang dikatakan terbesar di rantau ini akan dibina di kawasan Taman Botanikal Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya menggunakan peruntukan RM30 juta dari Kementerian Pelancongan bagi memperbaiki dan menaiktaraf tarikan pelancongan sedia ada.

"Saya kesal dengan tindakan menggunakan peruntukan ini untuk membina sebuah tarikan baru dan bukannya menyelenggara apa yang sedia ada. Ini merupakan satu pembaziran," katanya.

Menurut Khoo lagi, tarikan sedia ada seperti kawasan bersejarah mempunyai beberapa masalah yang boleh diselesaikan seperti masalah meletak kenderaan serta kesesakan lalu lintas.

malaysiakini/-

Britain sekat Internet

Posted: 11 Oct 2011 08:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LONDON - Kerajaan Britain mengikuti jejak langkah Turki dengan mengawal akses Internet dalam usaha membantu ibu bapa melindungi anak-anak daripada terdedah kepada bahan lucah yang meruntuhkan moral masyarakat negara itu.

Peraturan baru yang diumumkan Perdana Menteri Britain, David Cameron bertujuan untuk menangani masalah pendedahan melampau kanak-kanak terhadap bahan seksual yang semakin meruncing di negara tersebut.

Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Britain pernah melihat bahan lucah di Internet.

Selain menyekat Internet, Cameron juga menegaskan iklan yang memaparkan model berpakaian seksi dan terlalu agresif tidak akan dibenarkan disiar di papan iklan di seluruh negara.

Kerajaan juga membuka laman sesawang digelar Parentport, di mana ibu bapa boleh mengadu mengenai sebarang program televisyen, produk atau perkhidmatan yang dirasakan tidak sesuai bagi golongan kanak-kanak.

sinar harian/-

Penduduk Pulau Melaka bantah kenaikan bayaran

Posted: 11 Oct 2011 07:55 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran tambahan 20 peratus terhadap hartanah di Pulau Melaka mengundang bantahan dari lebih 80 pemilik bangunan di pulau buatan manusia itu.

Bangunan rumah kedai dan apartmen di pulau berkenaan telah terbengkalai lebih 17 tahun sebelum kerajaan negeri mengambil alih projek berkenaan dan membangunkannya semula menerusi anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Bagaimanapun, tindakan mengenakan bayaran tambahan 20 peratus di atas harga asal bangunan berkenaan, yang bertujuan meliputi kos membaik pulih serta mengganti pelbagai bahagian bangunan yang dicuri, tidak mendapat sokongan pembeli.

Bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka, sekumpulan 80 pembeli telah mengadakan satu protes aman serentak dengan majlis perasmian jualan bangunan baru yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin semalam.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, yang turut hadir bersama mereka, berkata, protes berkenaan adalah bagi mendesak kerajaan negeri supaya tidak mengenakan bayaran tambahan berkenaan.

Menurutnya, tindakan ini adalah tidak adil memandangkan ramai daripada mereka sudah menanggung beban kewangan, termasuk terpaksa membayar pinjaman bank, semenjak projek berkenaan terbengkalai lebih 17 tahun lalu.

"Setelah menanggung beban kewangan selama ini, adalah tidak adil mereka sekarang diminta membayar lagi untuk harta yang sudah sepatutnya menjadi milik mereka.

"Tambahan pula, laporan yang dikeluarkan 'liquidator' syarikat pemaju terdahulu jelas menunjukkan tiada kos tambahan untuk melengkapkan projek ini sebelum diserahkan kepada pemilik," katanya.

Sehubungan itu, menurut Sim, pemilik terbabit ingin bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bagi menyuarakan sendiri permasalahan yang mereka hadapi, dengan harapan, kerajaan negeri akan mengabaikan bayaran tambahan 20 peratus itu.

Menurutnya, mereka telah beberapa kali cuba mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, termasuk menulis kepada setiausaha sulit beliau, tetapi tidak berjaya.

"Malahan saya juga berpeluang menyuarakan kebimbangan pembeli kepada Md Yunos dan saya berharap ini akan membawa satu keputusan yang baik bagi para pembeli," katanya.

malaysiakini/-

45,000 orang muda muflis

Posted: 11 Oct 2011 07:45 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KEBANJIRAN kompleks beli-belah menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berbelanja melebihi kemampuan. - Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

Kosmo

Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

Posted: 11 Oct 2011 07:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.

"Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.

"Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya.

Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.

Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.

Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.

Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.

"Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang," ujarnya lagi.

Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.

Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.

Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.

Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya,

tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.

Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.

"Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang," ujarnya.

harakahdaily/-

Timbalan Perdana Menteri Mesir Letak Jawatan

Posted: 11 Oct 2011 07:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan pada Selasa ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.

Perletakan jawatan itu sekali gus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu.

Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.

Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera.–AFP

Takziah buat keluarga allahyarham Ahmad Jais

Posted: 11 Oct 2011 07:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS merakamkan takziah kepada keluarga penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), semalam.

Pemergian allahyarham, menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara.

"Saya peminat nombor satu lagu-lagu allahyarham. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam menghiburkan masyarakat dengan lagu-lagu dendangannya," katanya.

Allahyarham Ahmad Jais, 75, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 pagi semalam dipercayai akibat masalah paru-paru.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Selamat Hari Raya' dan 'Budi Setahun Segunung Intan' yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

"Kita doakan semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," ujar Mahfuz lagi.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya, Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Persembahan terakhir allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

harakahdaily/-

Temukan Kebahagiaan Dalam Diri Anda

Posted: 11 Oct 2011 06:45 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Cinta bukanlah pikiran dan perasan. Cinta bukanlah semata harapan dan keinginan, tetapi cinta adalah sebuah latihan kesabaran, sebab cinta itu memberi, cinta itu berkorban, cinta itu memaafkan.

Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan canda tawa namun cinta yang hakiki dilewati dengan peristiwa yang menguras derai air mata, perih dan terluka agar anda mengerti bahwa sesungguh cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Allah, Sang Pemilik Kehidupan.

Bagi mereka yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan menemukan cinta yang hakiki cobaan dan ujian yang terberat adalah kehilangan. Kehilangan sesuatu yang berarti tentu saja membuat kita merasa sedih dan berduka. Terlebih kehilangan seseorang yang begitu kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung kepada kehadirannya,

maka rasa perih dan terluka mengiringi kepergiannya teramat dalam dan tidak akan pernah terhapus dari ingatan kita. Setiap benda, peristiwa, jalan yang pernah kita lalui atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat perih dan luka hati menganga kembali dan rasa sakit menyayat begitu perih, nyeri.

Kenangan indah, hidup penuh semerbak harum mewangi bunga, bagai di taman surga tersimpan dalam ingatan kita. Cinta dan kasih sayang, kemesraan, menimbulkan kenangan manis tak terlupakan. Sementara disisi lain kecintaan penuh muatan emosi,

pertengkaran, menimbulkan luka yang teramat dalam. Setiap benda, tempat, peristiwa dengan orang yang kita cintai menimbulkan kenangan manis dan pahit juga perih. Itulah sebabnya ketika kita kehilangan orang yang kita cintai terjadi secara tiba-tiba, sama sekali tidak diduga dan tidak dikehendaki, jiwa kita memberontak, marah, tidak dapat menerima keadaan yang terjadi karena ditinggalkan.

Sahabatku, kehidupan tidak hanya dipenuhi dg kegembiraan, terkadang derita menyapa. anda tidak bisa menolak perih dan luka dihati karena kehilangan orang yg anda cintai, mau tidak mau anda harus menerima dan menghadapi duka serta melewati masa-masa berat ditinggalkan orang yg anda sayangi. Sahabatku, temukan kebahagiaan dalam diri anda.

Fafiru Ilallah, Larilah pada Allah, menangis dan memohon pd Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran melewati masa-masa berat itu. "Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung.

Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa satu bencana dan mereka mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar." (QS. ali Imran : 173-174).

Wassalam,
M. Agus Syafii

DHPP sasar 30,000 ahli menjelang akhir tahun

Posted: 11 Oct 2011 06:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mensasarkan 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Komitmen ini dibuat oleh DHPP dalam mesyuarat pimpinan DHPP Pusat dengan pimpinan Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu disertai oleh pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, timbalannya N Balasubramanian, naib pengerusi Vincent Lee, setiausaha Letchumanan dan lain-lain pimpinan pusat dan negeri DHPP.

Turut serta adalah lembaga penasihatnya iaitu Dr Mujahid Yusof dan pimpinan lain. JPP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Dr Hatta Ramli serta ahli-ahlinya iaitu Mohd Firdaus Jaafar (anggota parlimen Jerai) dan Mohamad Husin (anggota parlimen Pasir Puteh).

Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, usaha akan dibuat dengan kerjasama JPP untuk mencapai sasaran itu.

"Kita akan buktikan PAS sebuah parti yang relevan dan diterima pelbagai pihak dalam masyarakat majmuk Malaysia ini," katanya.

Dalam mesyuarat itu juga DHPP dan JPP saling bertukar idea dalam usaha mereka mempersiapkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga mencapai kata sepakat usaha yang perlu dibuat untuk memenangi hati masyarakat di samping mengembangkan PAS.

harakahdaily/-

WASPADA: Lagi Kebakaran Disebabkan Tong Gas, Sebuah Kedai Hangus

Posted: 11 Oct 2011 06:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Angkara hos dapur gas tercabut

KOTA BHARU: Akibat saluran getah dapur gas tercabut, sebuah kedai makan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, dekat Pengkalan Chepa, petang semalam. - Gambar fail

Kejadian disedari pemilik kedai, Siti Nor Mohd Zain, 30, bersama dua pekerja dan beberapa pelanggan pada jam 3.45 petang.

Menurut Siti Nor, ketika kejadian, dia berehat bersama beberapa pelanggan dan pada masa sama melihat api dan kepulan asap dari dapur.

"Saya bersama pekerja dan pelanggan melarikan diri sebelum menghubungi bomba.

"Sebelum melihat api itu, saya terdengar seperti benda bocor dan rupa-rupanya saluran getah dapur gas tercabut sehingga mengeluarkan api," katanya. Siti Nor berkata, dia bersyukur kerana ketika kejadian, tiada pekerjanya berada di dapur.

Sementara itu, sepasukan 17 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.51 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Sabri Zakaria berkata, sebaik tiba di tempat kejadian keseluruhan kedai makan itu sudah musnah.

Katanya, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

green boc/-

Tak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang

Posted: 11 Oct 2011 06:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

- Bernama

Lynas: Mahathir patut pindah ke Gebeng

Posted: 11 Oct 2011 05:55 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PROJEK dan pelaburan Lynas di Gebeng, Kuantan terus terawang-awang apakah ia bahaya untuk alam sekitar atau ia selamat untuk didiami oleh manusia?

Pakatan Rakyat menyokong Anggota Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh mahu projek itu dikaji semula tetapi kerajaan Pahang yang mendapat sokongan pusat tidak bercadang untuk menangguhkannya.

Tidak badan berwibawa dibentuk bagi membuat kajian atas projek yang dipertikai itu.

Apa pun isu itu telah menimbulkan rasa ragu setengah penduduk atas keselamatan mendiami kawasan itu.

Dr. Mahathir keluar dengan kenyataannya memihak kepada kerajaan Pahang, mengira ia tidak mengancam mesra alam dan selamat untuk semua. Tetapi tidaklah mudah bagi orang yang bimbang untuk menerima jaminan Dr. Mahathir itu.

Dr. Mahathir boleh jadi bercakap betul, tetapi tidaklah mudah bagi meyakinkan semua orang.

Jika pandangan Dr. Mahathir itu tepat, apa cara bagi meyakinkan orang-orang yang bimbang dengan keselamatan mereka?

Ada satu cara bagi merdakan keraguan setengah orang itu. Ia itu Dr. Mahatahir dan setengah pembesar Pahang pindah ke Gebeng. Beli rumah di situ dan tinggal di situ. Bukan pergi sekali sekala. Tetapi banyakkan masa tinggal di situ.

Menteri Besar Pahang, Dato' Adnan Yaakub dan keluarganya juga pindah ke kawasan itu.

Jika Dr. Mahathir bertindak pindah ke situ, maka ia boleh meyakinkan orang lain membenar projek itu dan menerima apa yang disangsikan.

Apakah Dr. Mahathir terpaksa bertindak begitu?

Tidak ada cara bagi menyakinkan orang lain, melainkan beliau terpaksa mengambil risiko menghadapi apa juga kemunginannya. Sekadar dia bercakap mengatakan selamat dan tidak bahaya tidak memadai. Tidak menyakinkan orang lain.

Sebagai pemimpin Dr. Mahathir boleh mengambil contoh dari tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah.

Rombongan baginda disekat di Hudaibiyah. Tidak dibenarkan menunaikan Umrah. Rombongan sekitar 1,400 jamaah umrah terpaksa membatal niat umrah, terpaksa pulang ke Madinah. Hanya tahun akan datang baru boleh masuk Mekah bagi menunaikan umrah.

Baginda bersetuju dengan tuntutan musyrikin Mekah. Para sahabat yang kanan dalam rombongan itu semuanya tidak gembira dengan persetujuan Rasulullah SAW itu. Mereka kira ia satu kekalahan bagi baginda.

Musyrikin Quraisy menolak kalimah Muhamad Rasulullah dalam draf perjanjian Hudaibiyah yang ditulis oleh Saidina Ali kerana mereka tidak percaya baginda Rasulullah. Mereka menerima kalimah Muhammad saja. Baginda bersetuju tetapi Saidina Ali enggan memadam kalimah Rasulullah. Baginda mengambil draf itu dan memadam sendiri kalimah Rasulullah itu.

Sebelum berangkat pulang ke Madinah baginda memerintahkan sekaliannya supaya bercukur atau memotong rambut bagi membatalkan niat umrah itu supaya bolehlah pakaian ihram ditanggalkan.

Tidak seorang pun, termasuk Saidina Umar al-Khatab, melaksanakan perintah baginda. Ini menyebabkan baginda dukacita dan masuk berihak di khemahnya. Baginda menyatakan kepiluannya kerana perintah itu tidak dipatuhi oleh sekalian.

Isterinya lalu menasihatkan baginda supaya keluar khemah dan mencukur rambutnya dulu, nescaya sekaliannya akan mengikut apa yang dibuat oleh baginda.

Baginda pun keluar dan bercukur. Seluruhnya bercukur.

Buat kali itu sahabat tidak melaksanakan perintah baginda, maka baginda terpaksa menjalannya dulu, maka orang lain pun akan mengikut perbuatannya.

Dalam hal ini jika Dr. Mahathir mengikut contoh yang ditunjuk Rasulullah SAW itu, pindah ke Gebeng, berumah tangga di situ. Bersedia mengambil risiko walau pun apa yang terjadi.

Apabila dia pindah di situ berjamaah bersama penduduk setiap waktu, moga-moga percaya mereka, projek itu tidak mengancam keselamatan orang ramai.

Tetapi sekadar kata ia selamat, tak jadi. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya.

harakahdaily/-

Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12 kondo

Posted: 11 Oct 2011 05:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut.

- Bernama

PAS cabar Najib tak bubar Parlimen sebelum laksana Bajet 2012

Posted: 11 Oct 2011 05:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan semua janji yang dibentangkan menerusi Bajet 2012 Jumaat lalu sebelum membubarkan Parlimen sekiranya ikhlas mahu membantu rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib telah memberikan janji kepada semua lapisan masyarakat menerusi Bajet 2012 dan ia perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

"Dengan kedudukan ekonomi dunia terus muram, dan krisis zon Euro dan kewangan Amerika terus berlanjutan sekali gus menguncupkn pemintaan dan pertumbuhan global, meramalkan pertumbuhan negara sebanyak 5.5 peratus adalah tidak realisitik.

"Juga begitu ramalan defisit fiskal sebanyak 4.7 peratus KDNK sebagai satu yang sukar dicapai, tambahan kerajaan pastinya akan membentangkan bajet tambahan tahun depan," katanya.

malaysia today/-

Apabila pelajar kita jatuh hati dengan negara luar

Posted: 11 Oct 2011 05:21 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

"DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti.

Beliau menambah, universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan.

Katanya, kerajaan perlu menggalakkan pelajar mahupun universiti tempatan sendiri belajar bagaimana universiti terbaik dunia mendapat pengiktirafan mereka.

Menurutnya, sistem pengajian di samping kualiti yang diterapkan oleh universiti terbaik dunia juga boleh diambil perhatian.

"Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan kualiti akademik yang standard serta sasaran misi jangka panjang agar universiti tempatan kita mampu bersaing dan mendapat tempat antara yang terbaik di dunia," ujarnya lagi.

Tambahnya, DPPM bimbang kesan daripada ini, universiti tempatan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa, kualiti universiti tempatan tidak diperakui malah mungkin akan dipertikaikan dan pelajar tempatan pula akan memilih universiti luar negara sebagai tempat mereka menimba ilmu.

"Lebih dari itu, pelajar-pelajar ini tidak pulang ke negara kita selepas tamat pengajian kerana 'jatuh hati' dengan negara tempat mereka belajar," katanya.

Justeru, katanya DPPM mengharapkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini dijaga dan dipertingkatkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan universiti lain di dunia.

"Ia juga penting bagi memberi keyakinan kepada pelajar khususnya pelajar dari luar negara agar mereka memilih universiti tempatan kita," katanya.

harakahdaily/-

Salam Perjuangan

Posted: 11 Oct 2011 11:30 PM PDT

Salam Perjuangan


PERLANTIKAN ISA SAMAD TIDAK SAH

Posted: 11 Oct 2011 02:37 AM PDT

13 Dzulka'edah 1432 H | 11 October 2011
Malaysiakini
Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionSaifuddin yang mendakwa memetik sumber-sumber dalam gergasi perladangan negara itu berkata lembaga pengarah KPF telah meluluskan kemasukan Isa sebagai ahli lembaga berkenaan tanpa mengambil kira undang-undang dan peraturan-peraturan yang mengawal koperasi.

Beliau berkata pihak pengurusan KPF yang tidak senang dengan pelantikan yang didakwa dilakukan sewenang-wenangnya telah meminta nasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Ia (SKM) menyatakan bahawa apa-apa pelantikan ke lembaga mana-mana koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Koperasi 1993 dan undang-undang yang mengawalnya," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

"Oleh kerana Akta itu dan undang-undang berkaitan menyatakan bahawa hanya ahli-ahli  (koperasi) yang telah disahkan (keahlian mereka) selama dua tahun layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, pelantikan beliau (Isa) juga tertakluk kepada peruntukan ini."

azlanDifahamkan cadangan Isa yang juga pengerusi Felda - sebagai ahli lembaga pengarah KPF dan menjadikan beliau pengerusi koperasi berkenaan telah diluluskan pada mesyuarat khas lembaga pengarah pada 22 Jun lalu.

Tindakan itu didakwa menimbulkan kekeliruan kerana di sebalik keputusan lembaga pengarah, pengurus besar Felda dan ketua KPF sebelumnya, Zukifli Wahab telah mempengerusikan mesyuarat lembaga pada 8 September lalu untuk membincangkan kerusinya untuk diisi oleh Isa.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada pelantikan Isa sememangnya telah berkuat kuasa.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 11 Oct 2011 09:31 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Jalan ditutup mengundang rasa tidak puas hati

Posted: 10 Oct 2011 11:15 PM PDT

KOTA KINABALU, 11 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penutupan jalan pintas dari Jalan Bersatu 1 menuju Sabah Medical Centre (SMC).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Saudara Mohd Julfikar Abd. Mijan berkata, pihak DPPNS mempersoalkan mengenai penutupan jalan tersebut yang merupakan satu-satunya jalan pintas menuju SMC.

Menurutnya, penutupan jalan pintas anggaran sejauh 500 meter itu juga menyebabkan pengguna terpaksa melalui jalan utama yang jauh dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas apabila tiba waktu kemuncak.

"Jalan ini merupakan jalan pintas yang menjadi pilihan orang awam untuk menuju ke SMC.

"Justeru, DPPNS dan Pakatan Rakyat Sabah akan mengambil inisiatif untuk mendesak pihak kerajaan agar menjelaskan kepada rakyat berhubung penutupan jalan tersebut", katanya.

Jalan itu juga melalui beberapa rumah termasuklah kediaman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau yang melawat kawasan berkenaan ditemani wakil Pemuda DAPSY, Jenz Wong dan beberapa ahli pemuda PAS.

PAS KDAS 3

Posted: 11 Oct 2011 09:22 PM PDT

PAS KDAS 3


Pakatan mahu bawa isu Kg Baru kepada Agong

Posted: 11 Oct 2011 09:05 AM PDT

RM1 juta untuk PM ke Kazakhstan

Posted: 11 Oct 2011 08:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.
Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.
Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.
"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.
Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.
Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.
Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

Posted: 11 Oct 2011 08:21 AM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. 
Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. 
Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. 
Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.
"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

 "Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. 
"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya. Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. gulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang."Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. 
Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah."Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. 
"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. "Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. "Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. 
Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.
Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.

PAS LENGGONG

Posted: 11 Oct 2011 07:42 PM PDT

PAS LENGGONG


Haru biru kewangan negara.

Posted: 11 Oct 2011 03:07 AM PDT

Kepada upco dibayar 70 juta setahun walau dibantah PR. MP PR yang membantah dikenakan 6 bulan tak boleh hadir dewan. Hebatnya kuasa MP BN.
Nak naik elaun MP 30 juta PR bantah walaupun BN sokong Dato Nazri batalkan usul. Tiada kuasa MP BN.
Najib ke Kazakhstan belanja 1juta. Mujur YB Tian tanya kalau tidak tak siapa yang tahu. Tak perlu minta kelulusan parlimen. MP BN tak kata apa. Siapa yang cerdik? dan siapa yang diperbodohkan?
upco dan yang diperbodohkan MP BN dan katak-katak.

MP BN yang pelek.

Posted: 10 Oct 2011 09:48 PM PDT

Kenapa dikatakan pelek?
Untuk UPCO RM70juta setahun PR bantah MP BN setuju dan 4 orang MP PR digantung 6 bulan menghadiri sidang. Bila cadangan elaun RM30juta MP PR bantah juga menteri tak jadi usulkan di dewan. MP BN komplain termasuk 2 ekor katak bantah dan Dato Nazri tetap juga tak mahu usulkan.
untuk upco 70 juta diusahakan bayar juga.
untuk semua ahli parlimen 30 juta sahaja PR bantah BN setuju dan semua tak dapat.
pelek sungguh untuk yahudi tak llaku bantahan PR. Untuk MP laku pulak bantahan PR.


Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan.

Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

"Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

"Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka," tegas beliau.

Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit.

"Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

"Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain," kata beliau.

Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah.

"Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang'," hujah beliau lagi.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 11 Oct 2011 04:27 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SAYA DITANGKAP SEBAB UMNO BUKAN AGAMA...HUHUHUHU

Posted: 11 Oct 2011 01:58 AM PDT

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi "untuk Umno."


Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya dipetik Harakahdaily.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.
Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

Aziz Bari:Selarikah Dengan Islam Campurtangan Itu???

Posted: 10 Oct 2011 11:46 PM PDT

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.

NONEMenurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

"Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

"Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan," katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.

NONE"Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia," katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.

"Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

"Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

"Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik."

BERSIH 2.0 : RAMAI SANGGUP JADI SAKSI KEKEJAMAN POLIS

Posted: 10 Oct 2011 11:43 PM PDT

Anggota polis antirusuhan didakwa menolak seorang pemberita bertudung di kawasan Brickfields manakala yang lain menendang seorang budak lelaki di Pudu ketika meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu, demikian siasatan awam Suhakam dimaklumkan hari ini.


Kenneth Steven Chan Wen Chin memberitahu, dia ada melihat seorang pemberita wanita dari TV Selangor ditolak sehingga jatuh di Jalan Tun Sambathan di sini.

"Kami sedang menuju ke Jalan Tun Sambanthan di mana anggota polis menjerit 'Tangkap! Tangkap!' Kami nampak seorang budak perempuan yang bertudung, polis menarik dan menolak dia dengan kasar," kata Chan.

Dia memberitahu, teman wanitanya yang juga seorang pemberita turut berada di kawasan itu ketika kejadian dan mereka mengambil gambar.

Chan juga mendakwa dia nampak beberapa anggota polis menendang seorang budak lelaki di Jalan Pudu dan mereka juga mengambil gambar kejadian itu.

"Polis memberi amaran agar kami tidak mengambil gambar, dan berkata mereka akan memecahkan kamera kami," kata Chan yang merupakan saksi pertama dalam siasatan awam Suhakam yang bermula hari ini.

Pautan sebelum http://dppwm.blogspot.com/2011/07/lensa-dppwm-remaja-patah-kaki-disepak_494.html
.... ini kene contact sdr Bakar (pemuda batu) merangkap doktor yg merawat mangsa pada tempoh hari sebagai saksi

ISU KG BARU... MB KHALID SEDIA JUMPA SULTAN SELANGOR

Posted: 10 Oct 2011 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membawa isu Kampung Baru ke perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya majoriti besar pemilik tanah kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu membantah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.


Menurut Khalid beliau akan membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum membuat keputusan termasuk menghadap Sultan Selangor bagi "melengahkan" pelaksanaan rang undang-undang itu, yang akan dibawa ke Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kita akan bicang dulu (dengan pemilik dan pewaris tanah), kalau setuju kita akan pergi jumpa (Sultan Selangor)... kita orang Melayu ada adat, apa-apa kita akan bincang dulu," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Penerangan "Selamatkan Kampung Baru" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau menjawab demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri Selangor pimpinannya akan menghadap Sultan Selangor sebagai alternatif bagi "melengahkan" rang undang-undang itu dilaksanakan memandangkan Kampung Baru turut terletak di bawah bidang kuasa baginda.

Tanah di Kampung Baru ini adalah kurnia Almarhum Sultan Abdul Samad kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu dan sehingga sekarang Sultan Selangor berperanan sebagai pelindung dan penjaga kepentingan serta hak orang Melayu di kawasan itu.

Difahamkan dalam isu pembangunan Kampung Baru, Sultan Selangor berhak memberi pandangan serta nasihat kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) dan penduduk Kampung Baru, malah kedudukan MAS sebagai badan pentadbir juga diputuskan baginda.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 11 Oct 2011 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TPM LETAK JAWATAN EKORAN KONFLIK !

Posted: 11 Oct 2011 03:09 PM PDT

KAHERAH 12 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan semalam ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.

Perletakan jawatan itu sekali gus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu.

Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.

Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera.– AFP

TPM LETAK JAWATAN EKORAN KONFLIK !

Posted: 11 Oct 2011 03:09 PM PDT

KAHERAH 12 Okt. – Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan semalam ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.

Perletakan jawatan itu sekali gus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu.

Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.

Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera.– AFP

PM PALING BOROS LEBIH DASYAT DARI SOROS

Posted: 11 Oct 2011 05:48 AM PDT

Komen : 1. Fakta 2 hari lawatan 'ATAS JEMPUTAN' ke Khazastan bernilai RM 1 JUTA lebih.
2. Fakta 2 hari lawatan Turkmenisthan dgn kos RM323,268
3. Fakta bercuti senyap di Australia dgn kos pesawat RM9 juta.

Kalau George Soros pun kalau belanja tak guna wang kerajaan, dia bisnes sendiri.

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta. Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi Perdana Menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam, lapor Malaysia Kini.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dengan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan lawatan itu juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Dalam laporan yang sama, Menteri Luar Ngara Datuk Seri Anifah Aman turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.Lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi, namun khabarnya menggunakan pesawat yang dibayar sewanya oleh kerajaan. Cuba baca di sini.

SAPA NAK BERJAHAT KENA ADA TAULIAH BARU ADIL !

Posted: 11 Oct 2011 02:16 AM PDT

Komen : Ye tak ye , orang nak sampaikan yang baik itu digalakkan walau satu ayat dan juga Rasulullah juga kata kena sampaikan perkara yang benar walaupun pahit atau tak sedap didengar atau ada orang yang akan terasa.
Nabi tak kata sampaikan walau satu ayat tapi mesti ada tauliah?
Kalau nak bertazkirah demi kebaikan samapai kena ada tauliah yang menyusahkan, tak terfikirkah bahawasa kalau dijadikan syarat sesiapa yang nak ke disko, pub atau berjudi di genting highland atau main ekor kena ada tauliah. Buka nak menghina, tapi fikirlah dengan tenang.
Kita harap Dr Hasan Ali sebagai Exco Agama akan dapat berjumpa Sultan dan mudahan Allah bukakan pintu hati semua orang Islam agar dapat mengeluarkan satu arahan yang tidak bertentangan dengan sunnah nabi dan perintah Allah. Amin.


Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak.

Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.

Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.

"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.

Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.

"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat," jelasnya.

Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil.

Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik.

Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki.

Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya.

CERITA SEDIH AMAD JAIS & KISAH PEDIH PEGAWAI JAIS

Posted: 10 Oct 2011 08:22 PM PDT

Al-Fatihah , kita sedekahkan pada Roh Allahyarham Mohd Jais.

Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Darul Ehsan pada jam 9.28 pagi ini akibat komplikas paru-paru.

Datuk Ahmad Jais sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.
http://greenboc.blogspot.com/2011/10/datuk-ahmad-jais-kembali-ke-rahmatullah.html

Takbir pada Bob Lokman dan Astagfirullah pada Pegawai JAIS.

Bob Lokman taji Pegawai JAIS-"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer..."
Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!Teratakkampungku

BUKAN UBAT IBU DAN ANAK TAPI PROJEK MENTERI DAN ANAK KANTOI !

Posted: 10 Oct 2011 06:44 PM PDT

Siapa menteri dan anak menteri buat projek feedlot rugi RM250 juta?
Projek RM250 juta isteri menteri berbangkit lagi-Malaysiakini

Dakwaan pemberian projek sekitar RM250 juta membabitkan suami dan anak seorang menteri kabinet yang menemui kegagalan berbangkit lagi dalam parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara program yang diumumkan perdana menteri dalam Rancangan Malaysia atau belanjawan, tetapi tidak membawa sebarang hasil.

"Izinkan saya untuk memberikan beberapa contoh kegagalan tersebut: Projek ternakan feedlot yang menelan belanja sekitar RM250 juta yang membabitkan suami dan anak seorang menteri di dalam kabinet perdana menteri," katanya.

Anwar berkata, soalan itu sudah dibangkitkannya sejak tahun lepas tetapi tidak pernah dijawab oleh perdana menteri mahupun menteri yang bertanggungjawab.

Sedangkan, tambahnya, jumlah peruntukan itu sama dengan potongan subsidi gula yang ditanggung rakyat.

Komen pada DSAI : Jangan lurusbendul dan terlalu baik , dedahkan nama mereka untuk keadilan bukan nak burukan.

Siti Zailah | Home

Posted: 11 Oct 2011 03:23 PM PDT

Siti Zailah | Home


SUASANA QURBAN TAHUN 2010

Posted: 10 Oct 2011 06:54 PM PDT







Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 11 Oct 2011 01:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2011

Posted: 10 Oct 2011 08:19 PM PDT

Tentatif Ijtima' Tarbawi 2011.
*Tertakluk kepada perubahan

Hari Pertama : 28 Oktober 2011
________________________

3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:
Oleh: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS

8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam

9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian

Oleh:
YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Yb Salahudin bin Ayub
Ustaz Nasrudin Hassan
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011
____________________________

4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh:
Oleh: al Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad

7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 - 10.20 am : Rehat

10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura)
Pengulas : Dato' Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS)
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dr. Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia
Dr. Abu Hassan,
Ustaz Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 - 8.35 pm : Kuliah Maghrib:
Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM)
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011
_____________________________

4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : Ustaz Nasharudin Mat Isa - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 - 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri
Pengerusi: Dr. Raja Iskandar - Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

10. 05 - 11.00 am : Rehat

11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss.

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

Jom pakat pi... mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang sejati seterusnya mencapai cita-cita tertinggi, Syahiddd..

Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya

Posted: 11 Oct 2011 01:24 PM PDT

Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya


Durian Runtuh Warga Felda

Posted: 11 Oct 2011 07:37 AM PDT




Salam Hudud,
terkini, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.. baru2 ini terima sms dari seorang rakan yg bekerja di kota raya. katanya dgn penyenaraian FGVH tiada lain yg akan dapat untung melainkan sebuah bank yg di CEO kan oleh Pak Su kite. gaji Pak su saja pun dah mencecah RM800,000 sebulan), ura ura sudah pun diwarwarkan dalam media oleh pengerusi FGVH 2 Bank akan dilantik sebagai penasihat.. keputusan penyenaraian itu juga kerana dari kesinambungan daripada keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang "dikuasai" Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dan pencagaran tanah kepada Felda Global Ventures Holdings. "Bila mereka buat keputusan soal pelaburan, tanah yang dicagar, keputusan melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda, ini perancangan mereka yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri," kata Presiden Anak, Mazlan Aliman

Segala tindakan yg dibuat oleh kerajaan termasuk usaha penyenaraian ke BSKL itu melambangkan yg Felda benar kesusutan (muflis) dan utk mengaut keuntungan kroni.

penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka…mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya hari ini.

sepatutnya kerajaan mengutamakan teras utama Felda iaitu perladangan dan masa depan peneroka sendiri kerana pelbagai masalah utama peneroka masih belum selesai. Bukan beramaksud utk anti pelaburan dan perniagaan tapi kerajaan harus mengutamakan nasib peneroka dahulu. Soal hutang peneroka, wang tanam semula, masalah selenggara kebun yang tidak diuruskan dengan baik masih membelenggu peneroka.

Tapi Perdana Menteri langsung tidak menyentuh perkara ini sebaliknya dengan bangga mengumumkan penyenaraian FGVH yang saya pasti bukan peneroka yang mendapat untung besar, sedangkan masalah tanam semula yg turun temurun bermasalah dan saman keatas felda oleh peneroka semakin bertambah..

penyenaraian ini tidak lebih daripada menghidupkan kroni mereka kerana mereka tahu asas kekuatan Felda…dengan aset tanah, sektor komoditi yang kukuh, ini peluang terbaik mengumpul kekayaan. Wallahualam..

ELAUN & KEMUDAHAN WAKIL RAKYAT

Posted: 10 Oct 2011 07:32 PM PDT

Ahli Parlimen Malaysia, Dr Hatta Ramli

    Kenaikan Elaun utk wakil rakyat (MP) dlm bajet 2012 dtarik balik atas desakan Parti Pembangkang.. mm.. harap rakyat nampak wakil rakyat mane yg gile duit! yg mane utk kepentingan rakyat. Ahli Parlimen PAS dh lame buat potongan dr elaun gaji setiap sorg utk sumbangan pd rakyat. dato' nik aziz elaun kediaman rasmi 3,000 sebulan, elaun keraian 30, 000 setahun tak pernah ambik spnjg jd MB, UMNO bile lagi? makin naik pulok?? kena celik mate wahai anak bangsa.
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000


Source: www.beritasemasa.com




DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA
MENURUT STATUT
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

MENURUT Seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan)1980. Yang di-Pertuan Agong dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;
Akta 237



1. ELAUN KERAIAN

Elaun ini layak dibayar sebanyak RM9,860 sebulan

1A. PEMBERIAN PELANTIKAN

Pemberian Pelantikan berjumlah RM10,000 layak dibayar bagi sekali pelantikan sahaja. Jika telah menerima pemberian semasa dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian bagi Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua.


ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10




2. KEDIAMAN RASMI

a) Disediakan rumah Kerajaan dengan penuh kelengkapan dan diselenggarakan percuma.

b) Jika tidak disediakan rumah Kerajaan. Elaun Rumah layak dibayar seperti berikut:

(i) jika mendiami rumah sendiri, dibayar Elaun Rumah sebanyak RM4,000 sebulan;

(ii) jika mendiami rumah yang disewa, dibayar sewa rumah terus kepada empunya rumah atau kepada Yang di-Pertua tetapi tidak melebihi RM4,000 sebulan.

c) Layak dibekalkan satu set pinggan mangkuk untuk 50 orang

(d) Sebagai kenangan-kenangan, Yang di-Pertua dibenarkan untuk mengekalkan satu set peralatan pinggan mangkuk untuk kegunaan 50 orang yang dibekalkan kepada mereka, apabila mereka bersara atau tamat tempoh perkhidmatan. Pemberian ini hanya diberi sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan. Kerajaan tidak bertanggungjawab membuat sebarang penggantian ke atas peralatan ini sekiranya berlaku sebarang kerosakan selepas mereka tamat perkhidmatan

2A. ELAUN MENYELENGGARA RUMAH

Elaun ini layak dibayar sebanyak RM10,000 setahun


ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10




3. ELAUN PEMBANTU RUMAH

Layak dibayar elaun pembantu rumah secara bulanan sebanyak RM2,500 atau dibekalkan dengan 4 orang pembantu rumah termasuk seorang tukang kebun.


ST 49/10
mdt. 1.5.10




4. BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK

Layak dibekalkan dengan percuma bekalan air dan elektrik bagi kediaman rasmi atau tempat kediaman.






4A. BEKALAN GAS MENGGUNAKAN METER DAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN

Layak dibekalkan dengan percuma bekalan gas menggunakan meter dan perkhidmatan pembentungan bagi kediaman rasmi atau tempat kediaman


ST 176/07 mdt. 1.1.07



5. TELEFON

(a) Bagi kediaman rasmi / tempat kediaman :

(i) diperuntukkan dua talian terus

(ii) bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut ditanggung oleh Kerajaan

(iii) bayaran panggilan telefon ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan

(b) Bagi Pejabat di Kawasan Pilihan Raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau tempat kediaman asal bagi Ahli Dewan Negara

(i) dibekalkan dengan satu telefon talian terus

(ii) bayaran-bayaran pemasangan dan sewa telefon rasmi tersebut ditanggung oleh Kerajaan.

(iii) bayaran panggilan telefon atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM400 sebulan.


ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 176/07 mdt.1.1.07




(c) Telefon Bimbit

(i) Yang di-Pertua layak dibekalkan dengan suatu telefon bimbit yang berharga tidak melebihi RM3000 termasuk aksesori.

(ii) semua bayaran yang berhubung dengan pembelian, pendaftaran, laluan dsb. ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan

(iii) telefon bimbit itu tidak boleh digantikan lebih awal daripada 3 tahun dari tarikh pembelian

(iv) Yang di-Pertua bebas untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat telefon/telekomunikasi

(v) Yang di-Pertua layak diberi semua kemudahan asas dan kemudahan berbayar yang lain yang disediakan oleh syarikat telefon/telekomunikasi

(vi) caj bagi panggilan daripada telefon bimbit yang dilakukan berkenaan dengan urusan rasmi ditanggung oleh Kerajaan tertakluk kepada maksimum sebanyak RM1,000 sebulan.


ST 101/01 mdt. 1.1.01



6. ELAUN HIDUP HARIAN SEMASA BERTUGAS RASMI





a) Elaun ini dibayar atas kadar RM230 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya, sekiranya tugas rasmi tersebut dilakukan di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu dari pejabat tempat bekerja).

b) Sekiranya tugas rasmi tersebut dilakukan di luar Malaysia, elaun ini dibayar atas kadar RM400 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya.


ST 176/2007 mdt.1.1.07




7. PERBELANJAAN MAKAN SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Perbelanjaan Makan yang sebenar disokong dengan resit layak dituntut semasa menjalankan tugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja.

b) Jika bertugas rasmi di luar Malaysia, Perbelanjaan Makan yang sebenar disokong dengan resit layak dituntut.

8. SEWA HOTEL/ELAUN LOJING SEMASA BERTUGAS RASMI

a) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari pejabat tempat bekerja dan memerlukan bermalam di luar tempat kediaman, adalah atas perbelanjaan sebenar termasuk bayaran perkhidmatan (service charge) dan cukai perkhidmatan yang terwajib berkaitan dengan sewa hotel itu dan hendaklah disokong dengan resit.

b) Bayaran Sewa Hotel semasa bertugas rasmi di luar Malaysia adalah sebanyak perbelanjaan sebenar dan hendaklah disokong dengan resit. Bayaran perkhidmatan (service charge), cukai dan lain-lain bolehlah dikira sebagai sebahagian dari kadar bayaran sewa hotel itu.

9. BELANJA PELBAGAI

Belanja Pelbagai bagi perjalanan semasa menjalankan tugas rasmi layak dituntut seperti berikut:

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta rasmi;

b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;

c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;

d) bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong denqan resit:

f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong dengan resit;

g) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai ganti rugi berkaitan penukaran mata wang asing.

10. BAYARAN "TIPS" SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR MALAYSIA

Bayaran bagi perbelanjaaan "tips" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia layak dituntut sebanyak seperti berikut:

a)tidak melebihi RM400 sehari; atau
b) jika tinggal di rumah kediaman rasmi yang disediakan oleh negara yang menjadi tuan rumah, sebanyak perbelanjaan "tips" yang sebenar dibayarkan.

11. KELAYAKAN PERJALANAN

a) Bagi perjalanan rasmi dengan menaiki kapal terbang, Yang di-Pertua dan juga isteri (jika mendapat kebenaran) layak dibekalkan tiket kapal terbang kelas satu.

b) Yang di-Pertua layak dibekalkan dua Pas Keretapi Percuma bagi kelas satu termasuk tempat tidur bagi diri sendiri dan isteri.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan istimewa adalah diberi.



























ST 176/2007 mdt.1.1.07




12. KERETA RASMI

a) Kereta rasmi, jenis Proton Perdana V6 Executive Standard Edition, yang dilengkapi dengan radio dan pendingin udara, hendaklah dibekalkan. Kereta rasmi yang dibekalkan ini tidak boleh digantikan lebih awal daripada sekali dalam tiap-tiap empat tahun.

b) Yang di-Pertua diberi keistimewaan, sekali dalam perkhidmatannya dengan Kerajaan, untuk membeli kereta yang pernah digunakannya sebagai kereta rasmi mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Kereta itu hanya boleh dibeli pada masa Yang di-Pertua menamatkan perkhidmatannya.

12A. PENGGUNAAN KENDERAAN PERIBADI UNTUK TUGAS RASMI

Yang di-Pertua yang menggunakan kenderaan peribadi semasa menjalankan tugas rasmi adalah dibenarkan menggunakan kemudahan bekalan petrol/bahan api yang disediakan oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

(i) kemudahan bekalan petrol/bahan api yang dibekalkan oleh Kerajaan hanyalah untuk kenderaan peribadi yang didaftarkan atas nama Yang di-Pertua sendiri;

(ii) kenderaan peribadi tersebut hendaklah didaftarkan dengan Parlimen Malaysia; dan

(iii) kemudahan bekalan petrol/bahan api yang dibekalkan oleh Kerajaan hanya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja termasuk lawatan ke kawasan pilihan raya masing-masing.


ST. 101/01 mdt. 1.1.01

ST 49/10
mdt. 1.5.10




13. PEMANDU KERETA

(a) Elaun Pemandu Kereta

Yang di-Pertua layak dibayar Elaun Pemandu Kereta bulanan bersamaan dengan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan pemandu kereta Kerajaan bagi dua orang pemandu kereta termasuk apa-apa faedah kewangan seperti yang dibayar atau diberikan kepada pemandu kereta Kerajaan atau sebagai alternatif layak dibekalkan dengan dua orang pemandu kereta Kerajaan.
.

b) Elaun bagi membekalkan pakaian seragam

Jika tidak dibekalkan dengan pemandu kereta Parlimen, Yang di-Pertua layak diberi peruntukan bagi tujuan membekalkan pemandu kereta dengan:
(i) 3 pasang pakaian seragam baju/seluar;
(ii) 2 pasang kasut.


ST 49/10
mdt. 1.5.10




c) Elaun Makan/ Elaun Harian bagi pemandu kereta

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu kereta rasmi semasa menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang di-Pertua layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu kereta itu bersamaan dengan Elaun Makan atau Elaun Harian bagi pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.


ST.172/2003 mdt.1.6.2003



d) Elaun bagi bayaran Sewa Hotel/ Elaun Lojing bagi pemandu kereta

Jika Yang di-Pertua menggaji pemandu kereta sendiri bagi kereta rasmi itu dan menggunakan pemandu kereta itu bagi memandu kereta rasmi semasa bermalam menjalankan tugas rasmi di luar pejabat tempat bekerja, Yang di-Pertua layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta itu bersamaan dengan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing bagi pemandu kereta Kerajaan mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.

e) Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.P.

Elaun Caruman Syer Majikan kepada K.W.S.P. bersamaan dengan caruman bulanan majikan yang telah dibayar oleh Yang di-Pertua bagi faedah pemandu kereta rasminya layak dituntut kembali sebagai elaun bulanan.

f) Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi.

Elaun Sagu hati Pemandu kereta Rasmi layak dibayar kepada Yang di-Pertua bagi faedah pemandu kereta rasminya atas syarat-syarat dan perkiraan seperti berikut:

(i) pemandu kereta rasmi yang layak ialah yang akhir berkhidmat dengan Yang di-Pertua pada tarikh tamat perkhidmatan atau kematian Yang di-Pertua sewaktu dalam perkhidmatan;

(ii) banyaknya Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi Yang layak dibayar ialah bersamaan dengan 17 1/2% daripada elaun bulanan pemandu kereta rasmi yang akhir dibayar kepada Yang di-Pertua bagi tiap-tiap bulan perkhidmatan yang tidak terputus oleh pemandu berkenaan;

(iii) caruman syer majikan kepada K.W.S.P. serta faedah atasnya hendaklah ditolak daripada jumlah Elaun Sagu hati Pemandu Kereta Rasmi itu sebelum bayaran dilakukan;

(iv) Elaun ini adalah layak dibayar kepada Yang di-Pertua selepas tamat perkhidmatannya atau terus kepada pemandu kereta rasmi berkenaan jika Yang di-pertua telah meninggalkan dunia semasa dalam perkhidmatannya.

14. ELAUN PAKAIAN PANAS

Yang di-Pertua yang menjalankan tugas rasmi di luar Malaysia di negara beriklim sederhana adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas atas kadar RM6,000 sekali dalam tempoh 3 tahun, dengan syarat tuntutan tersebut dibuat sebelum pergi ke luar Malaysia atau selewat-lewatnya satu bulan selepas balik ke Malaysia.

15. ELAUN PAKAIAN RASMI ISTIADAT

Elaun Pakaian Rasmi Istiadat layak dibayar sebanyak RM1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun.


ST.172/2003 mdt.1.6.2003

ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10




15A. BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE

Yang di-Pertua layak dibayar Bantuan Bayaran Pakaian " Black Tie" sehingga had maksimum RM1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun mengikut syarat-syarat Bantuan Bayaran Pakaian " Black Tie" Anggota Perkhidmatan Awam atau apa-apa pindaan terhadapnya

15B. Yang Di-Pertua layak di bayar Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi iaitu Pakaian Kebangsaan atau Dark Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita sebanyak RM1,500 sekali dlm tempoh 3 tahun mengikut terma dan syarat Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Anggota Perkhidmatan Awam atau apa-apa pindaan terhadapnya.

16. KEMUDAHAN MERAIKAN PELAWAT

Yang di-Pertua diberi kemudahan meraikan pelawat atas kadar-kadar dan syarat-syarat seperti berikut;


ST.176/2007 mdt.1.1.2007




a) Bagi Makan Tengahari

Tidak melebihi RM120 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman7


ST.176/2003 mdt.1.1.07



b) Bagi Makan Malam

Tidak melebihi RM150 bagi seorang pelawat termasuk kos minuman






c) Bayaran perkhidmatan (service charge) cukai dan lain-lain bayaran yang diwajibkan berhubung dengan perenggan kecil (a) (b) di atas bolehlah dikira sebagai tambahan kepada kadar maksimum.

d) Erti kata "pelawat" ialah orang-orang kenamaan atau rombongan rasmi baik dari luar Malaysia ataupun dalam negeri yang diakui terwajib diraikan secara rasmi berkaitan dengan urusan Kerajaan.

17. SURAT-MENYURAT

Layak menghantar surat atas urusan rasmi sebagai Ahli Parlimen secara percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.

18. WARTA KERAJAAN

Dibekalkan percuma di pejabat Kawasan Pilihan raya bagi Ahli Dewan Rakyat atau tempat kediaman bagi Ahli Dewan Negara satu naskhah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.

19. LENCANA KERETA

Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

20. LESEN PERCUMA SENJATA API

Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri adalah dibekalkan.

21 . LESEN PERCUMA KERETA MOTOR

Satu lesen percuma kereta bermotor layak dibekalkan bagi sebuah kereta yang didaftarkan atas nama sendiri.

22. KAD YANG DI-PERTUA

Satu Kad Yang di-Pertua percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

23. CUTI REHAT

Bagi setahun perkhidmatan, Yang di-Pertua layak mendapat cuti rehat sebanyak 30 hari tidak termasuk hari-hari kelepasan mingguan atau hari cuti am. Dengan kebenaran Perdana Menteri, baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun berikutnya dengan syarat jumlahnya bagi sesuatu tahun berkenaan menjadi tidak melebihi kelayakan cuti bagi 2 tahun.






23A. KEMUDAHAN CUTI LAUT REHAT DI SEBERANG

a) Yang di-Pertua layak mendapat kemudahan tambang berbayar untuk bercuti rehat di seberang laut sekali dalam tiap-tiap tahun, iaitu tambang kapal terbang kelas satu untuk 2 orang dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak tanggungan tetapi kemudahan itu tidak boleh melebihi tambang bagi perjalanan pergi balik di antara Kuala Lumpur dan London.

b) Yang di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM 2000 sehari bagi bayaran penginapan, tanpa bukti resit, bagi cuti rehat di seberang laut.

c) Kemudahan ini hendaklah diberikan setelah perkhidmatan Yang di-Pertua genap setahun.

23B. CUTI DALAM NEGERI BAGI MENGGANTIKAN KEMUDAHAN CUTI SEBERANG LAUT

(a) Yang di-Pertua serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas satu dan kelas ekonomi bagi 3 orang anak yang masih dalam tanggungan Yang di-Pertua. Tambang kapal terbang untuk perjalanan itu atau wang tunai yang dibayar sebagai ganti harga tambang itu hendaklah tidak melebihi bayaran tambang untuk perjalanan pergi dan balik di antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan sekiranya diterima wang tunai, wang tunai itu hendaklah digunakan hanya bagi maksud cuti dalam negeri dalam tahun berkenaan. Bagi maksud kemudahan ini, anak-anak yang masih dalam tanggungan Yang di-Pertua ialah mereka yang berumur di bawah 21 tahun pada tarikh cuti tersebut bermula. Kemudahan ini diberikan hanya sekali dalam setahun.

(b) Yang di-Pertua boleh dibayar sebanyak RM300 sehari bagi maksud bayaran penginapan, tanpa memerlukan resit, bagi cuti dalam negeri, walaupun lebih daripada sekali dalam setahun dengan syarat jumlah hari cuti yang diambilnya tidak melebihi kelayakan cuti tahunannya. Elaun itu tidak boleh dibayar jika beliau memilih untuk menginap di rumah Kerajaan.

(c) Kemudahan ini diberi setelah perkhidmatan genap setahun.

(d) Yang di-Pertua tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Dalam Negeri Bagi Menggantikan Cuti Seberang Laut sekiranya Kemudahan Cuti Rehat Seberang Laut telah diambil.

24. KEMUDAHAN PERUBATAN

a) Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma, dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta klinik-klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad kelas satu bilik khas (jika ada kosong); melainkan di dalam keadaan kecemasan di mana Yang di-Pertua itu terpaksa mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau klinik swasta (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.

b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi, Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk rawatan pergigian.

c) Yang di-Pertua yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati oleh pegawai Kerajaan.

d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Yang di-Pertua. Bagi maksud ini keluarga bermakna:

(a) isteri atau suami;

(b) anak yang ditanggung sepenuhnya oleh Yang di-Pertua dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang mana had umur ini tidak dipakai.


ST 30/97 mdt 1.1.1996

ST 49/10
mdt. 1.5.10

ST 49/10
mdt. 1.5.10




25. PINJAMAN KERETA

a) Yang di-Pertua layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM160,000 bagi pembelian kereta nasional atau pembelian kereta lain daripada kereta nasional untuk sekali dalam tempoh 5 tahun dengan dikenakan bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

b) pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam masa tidak melebihi 72 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 60 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua.

c) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta bagi Yang di-Pertua adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.


ST.176/2007 mdt.1.1.2007




26. PINJAMAN PERUMAHAN

a) Yang di-Pertua layak memohon pinjaman perumahan sehingga maksimum RM720,000 bagi maksud- maksud seperti berikut:

(i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;

(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;

(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;

(iv) menyelesaikan pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang disahkan oleh Kerajaan;

(v) membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi apabila hendak mendirikan rumah atas tanah itu.

b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:

(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv), tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;

(iii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 12 tahun.

d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap.

e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5/1980.

26A. BAYARAN PERPINDAHAN RUMAH

Layak menuntut Bayaran Perpindahan Rumah jika berpindah ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan atau sebaliknya secara sekaligus sebanyak RM5,000.

27. PERBELANJAAN MENGENAI MEMEGANG/ MELEPASKAN JAWATAN.

Apabila Yang di-Pertua Dewan Negara atau Yang di-Pertua Dewan Rakyat mula memegang jawatan ataupun semasa melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, perbelanjaan-perbelanjaan layak dituntut seperti berikut:

a) Tambang kapal terbang Kelas satu dari tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur (apabila mula memegang jawatan) dan dari Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya (apabila melepaskan jawatan) bagi diri dan isterinya. Bagi anak-anak dan orang gaji yang diperlukannya layak menuntut tambang kapal terbang kelas ekonomi, atau perbelanjaan pengangkutan awam atas kadar sebenar.

b) Perbelanjaan pengangkutan dan bungkus membungkus termasuk upah buruh, bayaran stor, insurans dan apa-apa perbelanjaan lain yang perlu ditanggungnya untuk mengemas dan menjaga keselamatan barang-barangnya layak dituntut atas kadar sebenar.

c) Layak menuntut atas kadar sebenar tambang pengangkutan kerana membawa kenderaan kepunyaannya sendiri dari tempat mastautinnya ke Kuala Lumpur apabila mula dilantik atau dari Kuala Lumpur ke tempat mastautinnya apabila melepaskan jawatan.

d) Layak menuntut Perbelanjaan Makan dan Sewa Hotel atas kadar sebenar bagi dirinya, keluarga dan orang gajinya sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan sesudah sampai di Kuala Lumpur dan sebaliknya apabila melepaskan jawatan. Dengan syarat bagi tempoh menginap di hotel, Elaun Rumah tidak akan dibayar.


ST 49/10
mdt. 1.5.10




27A. PINJAMAN KOMPUTER

Yang di-Pertua layak diberi pinjaman komputer mengikut amaun, terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat dalam Pekeliling/Surat Pekeliling Perbendaharaan mengenai Pinjaman Membeli Komputer bagi anggota perkhidmatan awam.

27B. PEMBERIAN TAMAT PERKHIDMATAN

Yang di-Pertua layak dibayar Pemberian Tamat Perkhidmatan yang sama nilai dengan Pemberian Pelantikan sebagai Yang di-Pertua. Bayaran ini layak dibayar sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua. Jika telah menerima pemberian semasa tamat perkhidmatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian Yang di-Pertua dan Timbalan yang di-Pertua.

27C. PERBELANJAAN PERJALANAN SUAMI/ISTERI KEPADA YANG DI-PERTUA

(a) Isteri/suami kepada Yang di-Pertua yang mengiringi mereka semasa membuat lawatan rasmi di dalam negeri dan ke luar negeri atau isteri/suami yang membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negeri atau di luar Kuala Lumpur iaitu di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari kediaman rasmi, adalah layak menuntut perbelanjaan seperti yang berikut :

(i) perbelanjaan tambang kapal terbang kelas satu;

(ii) perbelanjaan makan sebenar disokong dengan resit;

(iii) perbelanjaan sewa hotel sebenar yang disokong dengan resit, jika membuat lawatan rasmi secara bersendirian;

(iv) Elaun Hidup Harian atas kadar 50% daripada kelayakan Yang di-Pertua dibayar sekiranya membuat lawatan rasmi secara bersendirian;

(v) belanja Pelbagai menurut kelayakan Yang di-Pertua; dan

(vi) Elaun Pakaian Panas atas kadar 50% daripada kelayakan Yang di-Pertua.

(b) Isteri/suami Yang di-Pertua dibenarkan mengiringi Yang di-Pertua bagi lawatan rasmi ke luar negeri dengan syarat seperti yang berikut :

(i) bagi lawatan ke negara-negara ASEAN, tiada had tempoh lawatan; dan

(ii) bagi lawatan ke negara selain daripada negara-negara ASEAN, tempoh lawatan hendaklah melebihi 7 hari, termasuk hari perjalanan.

(c) Persetujuan Perdana Menteri perlu diperoleh terlebih dahulu bagi lawatan rasmi bersendirian ke luar negeri selain daripada negara-negara ASEAN.

(d) Di mana isteri/suami mengiringi Yang di-Pertua, tuntutan perbelanjaan perjalanannya hendaklah dikemukakan oleh Yang di-Pertua.

(e) Perbelanjaan perjalanan rasmi bersendirian hendaklah dituntut dari Parlimen Malaysia.

27B. PEMBERIAN TAMAT PERKHIDMATAN

Yang di-Pertua layak dibayar Pemberian Tamat Perkhidmatan yang sama nilai dengan Pemberian Pelantikan sebagai Yang di-Pertua. Bayaran ini layak dibayar sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertua. Jika telah menerima pemberian semasa tamat perkhidmatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua, adalah layak diberi beza pemberian Yang di-Pertua dan Timbalan yang di-Pertua.

27D. KEMUDAHAN PERSONAL DATA ASSISTANT (PDA)

Yang di-Pertua layak dibekalkan sebuah Personal Data Assistant (PDA) dengan harga tidak melebihi RM3,500 seunit dan tidak boleh diganti lebih awal daripada tiga tahun.

27E. KEMUDAHAN MENGIKUTI KURSUS DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA

Yang di-Pertua layak mengikuti kursus di dalam dan di luar Negara mengikut syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam "Garis Panduan Kemudahan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mengikuti Kursus Di Dalam dan Luar Negara seperti di lampiran A


ST. 101/01 mdt. 1.1.01

PAS KOTA TINGGI

Posted: 11 Oct 2011 01:18 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan

Posted: 10 Oct 2011 04:26 PM PDT

Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.

Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?

Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama 'negara berkebajikan ala Umno BN' hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.

Namun, semua langkah 'menelan' ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.

Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 11 Oct 2011 01:03 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Khalwat Ibu Tunggal

Posted: 10 Oct 2011 07:00 PM PDT


MELAKA: Niat bapa tiga anak mahu melepas rindu bersama kekasih gelapnya membawa padah, apabila dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sebuah rumah di Taman Seri Bertam, dekat sini, malam kelmarin.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 11.50 malam, lelaki berusia 34 tahun itu dicekup bersama ibu tunggal anak satu, berusia 30 tahun di rumah sewa wanita berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pihaknya melakukan serbuan dan sebaik tiba di rumah dikenal pasti, penguat kuasa memberi salam sebelum pintu dibuka seorang lelaki.

"Soal siasat mendapati pasangan terbabit bukan mahram. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kerana bersekediaman," katanya.

Mat Rempit Belasah Dalam Ambulans

Posted: 10 Oct 2011 04:39 PM PDT


MELAKA TENGAH: Seorang pemandu kereta cedera selepas diserang sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit ketika berada di dalam ambulans di Hospital Melaka, sejurus dua rakan mereka terbabit dalam kemalangan dengan pemandu itu di Jalan Limbongan di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi dan lebih 20 remaja bermotosikal berusia lingkungan 20an turut berada di lokasi kejadian, namun belum dipastikan jumlah mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu.

 KEADAAN Proton Wira  selepas diserang kumpulan remaja.
KEADAAN Proton Wira selepas diserang kumpulan remaja.

Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. - Chuah Ghee Lye, Ketua Polis negeri Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kumpulan remaja itu bergerak dalam kumpulan besar penunggang motosikal, manakala mangsa berusia 50 tahun dan menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Melaka Raya menuju ke Klebang.

Beliau berkata, sejurus kemalangan yang menyebabkan penunggang berusia 18 tahun dan pemboncengnya itu cedera, kumpulan remaja berkenaan dikatakan bertindak menyerang pemandu serta memecahkan semua cermin kereta.

"Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Dipercayai akibat tidak berpuas hati, kumpulan remaja disyaki rakan kepada penunggang motosikal itu mengekori ambulans hingga di hadapan bahagian kecemasan hospital, sebelum bertindak menyerang dan memukul pemandu berkenaan yang masih berada di dalam ambulans. 

"Akibat kejadian itu, cermin bahagian belakang sebelah kiri ambulans pecah," katanya.

Mengulas lanjut, Chuah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian pergaduhan itu.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-2842222 atau cawangan Trafik IPD di 06-2834139 bagi membantu siasatan," katanya. 

Dupahang's Weblog

Posted: 11 Oct 2011 11:49 AM PDT

Dupahang's Weblog


50 tahun guna air sungai

Posted: 10 Oct 2011 06:05 PM PDT

Rahman Musa, membetulkan pam bagi mengepam air dari Sungai Panching ke rumahnya di Kuantan, semalam. KUANTAN  Ketika sebahagian besar masyarakat hidup selesa dengan pembangunan dan kemudahan yang disediakan, terdapat segelintir penduduk luar bandar yang tersisih daripada menikmati kemajuan tersebut. Keadaan itu berlaku kepada penduduk Kampung Machang, Panching dekat sini yang tidak mendapat bekalan air paip [...]

PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

Posted: 10 Oct 2011 06:02 PM PDT

Kesian betul ya rakyat Pahang ni. Selalu betul buat aduan dalam akhbar penderitaan mereka. Kenapa sampai jadi begini, nak ganti jambatan gantung yang agaknya tak sampai RM1 juta pun kena masuk akhbar. Mana pergi wakil rakyat atau ahli parlimen di Pahang ni? PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG TEMERLOH  - Seramai 500 penduduk Kampung [...]

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Oct 2011 09:40 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


B.N.=BARANG NAIK, Mesti naik punya.Jangan pakai telefon!!

Posted: 11 Oct 2011 06:19 AM PDT

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari | Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.
(Klik untuk dengar rakaman perbualan dengan operator TM Net)
12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Oct 2011 09:34 AM PDT

KHIDMAT MERU


JOM SHOPPING WARGA EMAS (3)

Posted: 10 Oct 2011 06:52 PM PDT



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 11 Oct 2011 09:31 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Piala Malaysia 2011 : Kebangkitan dramatik Terengganu

Posted: 11 Oct 2011 05:05 AM PDT



KUALA TERENGGANU – Terengganu berjaya memanfaatkan sepenuhnya permainan di laman sendiri apabila berjaya mengetepikan seteru utamanya Kelantan 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shgah, di sini, malam tadi.

Pertemuan dua seteru utama itu, menyaksikan lima kad merah dan 10 kad kuning dikenakan kepada pemain kedua-dua pasukan.

Kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA musim lalu, meskipun perlawanan baru melangkah ke perlawanan suku akhir pertama.

Memulakan babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan beraksi agresif apabila saling menggandakan asakan ke pintu gol lawan masing-masing.

Pemain tambatan Terengganu, Joseph Kalang Tie, hampir menghadiahkan gol awal kepada tuan rumah, namun rembatan derasnya dalam kotak penalti pada minit ke-10 sekadar melewati palang gol.

Gawang gol pelawat sekali lagi teruji apabila Abdul Manaf Mamat hampir memberi gol, namun rembatan lemah pada minit ke-29 dalam kawasan kotak penalti berjaya disambut kemas Khairul Fahmi Che Mat.


Aksi dengan sembilan pemain

Pemain pasukan pelawat, Mohd Shakir Shaari menjadi pemain pertama yang diarah keluar padang setelah mengasari pemain Terengganu pada minit 31.

Selang tiga minit selepas itu, pasukan pelawat sekali lagi diuji apabila Mohd Daudsu Jamaluddin dikenakan kad merah, di mana menyaksikan pasukan The Red Warriors terpaksa bermain dengan sembilan pemain.

Kelantan yang ternyata tidak menunjukkan aksi tempang, walaupun terpaksa bermain dengan sembilan pemain, apabila terus melakukan beberapa percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan tuan rumah.

Ismail Faruqi ternyata bijak memanfaatkan peluang apabila hantaran kemas Abdul Manaf Mamat berjaya ditolak kemas ke pintu gol pelawat pada minit ke-43.

Aksi panas kedua-dua pasukan terus berlarutan apabila Ismail Faruqi Asha'ari dikenakan kad merah setelah menolak Norshahrul Idlan Talaha pada masa kecederaan. Keputusan itu kekal hingga ke minit terakhir separuh masa pertama.

Memulakan babak kedua, pasukan pelawat yang nyata tertekan, cuba menggandakan asakan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya, namun tersasar jauh dari pintu gawang, namun Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya menghasilkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-78 yang diambil ketua pasukan, Mohd Badri Radzi.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, tuan rumah menggandakan asakan dan hasilnya Abdul Manaf Mamat berjaya menambah jaringan tuan rumah apabila sepakan penalti pada minit ke-88 terus meluru masuk ke pintu gol.

Kepten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof menambah derita pasukan pelawat, apabila menghasilkan gol ketiga tuan rumah pada masa kecederaan.

Terengganu melangkah selesa untuk aksi kedua timbal balik di Kelantan 14 Oktober ini.(Sinar Harian edisi Terengganu)


Kreativiti Orang Mude Geng Kite

Posted: 11 Oct 2011 03:35 AM PDT

RILEKS SEKEJAP...hasil kreativiti pemuda Kg Padang Jambu,Dun Sura.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 11 Oct 2011 07:48 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


PANDANGAN ILMUAN & PENDAKWAH ISLAM TERHADAP BAJET 2012

Posted: 10 Oct 2011 10:52 PM PDT

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.

Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu, oleh itu kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.

LIQA1

liqa1_rumah

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.

Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.

Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.

Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


baca selanjutnya...


Dari kami untuk khidmat masyarakat,


Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)

Ustaz Dr. Maszlee Malik

Ustaz Dr Zahazan Muhammad,

Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,

Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,

Ustaz Hj Aizam Mas'ud,

Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,

Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,

Ustaz Ramadhan Fitri Elias,

Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,

Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'

Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Ustaz Shauqi Othman

Ustaz Mohd Izhar Ariff

Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta

Dr. Mohd Nizam Barom

PAS Kulaijaya

Posted: 11 Oct 2011 07:35 AM PDT

PAS Kulaijaya


Tak Perlu Naik Elaun, Tapi Pastikan Peruntukan Kepada AP Adil Dan Saksama

Posted: 11 Oct 2011 04:37 AM PDT

Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan

Posted: 11 Oct 2011 04:32 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 11 Oct 2011 07:04 AM PDT

mtdchenderoh


TALKSHOW bersama UST RADZI Melissa

Posted: 10 Oct 2011 10:27 AM PDT


Dun Kijang

Posted: 11 Oct 2011 04:25 AM PDT

Dun Kijang


Waktu-waktu Ijabah

Posted: 10 Oct 2011 08:39 PM PDT

gambar SINI..

Saya pernah terbaca dalam satu buku yang bertajuk Penyakit dan Penawar. Dalam buku tersebut ada menyatakan tentang waktu-waktu Ijabah iaitu waktu Allah menjawab doa kita. Waktu Ijabah ni ada enam iaitu :
> sepertiga terakhir daripada waktu malam
> waktu azan (dikumandangkan)
> waktu azan dan iqamah
> selesai solat fardhu
> waktu imam naik mimbar hingga selesai solat pada hari itu
> pada waktu-waktu terakhir setelah solat asar.


Selain waktu ijabah, perkara yang perlu diambil kira adalah adab dalam berdoa iaitu :


> Hati benar-benar merasa hadir dan bertemu dengan Allah swt sehingga mampu menumpukan khusyuk
> Merendahkan diri serta tunduk khusyuk ke hadrat-Nya
> Menghadap arah kiblat
> Harus dalam keadaan suci. Kalau boleh dakan keadaan berwudhuk
> Mengangkat tangannya kepada Allah
> Memulainya dengan pujian kepada Allah . Misalnya membaca selawat ke atas Nabi.
> Sebelum menyampaikan keinginannya, seseorang terlebih dahulu memohon ampunan dan bertaubat kepada Allah, misalnya "Astaghfirullah al-azim wa atubu ilaihi"
> Mengajukan permohonan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh 
> Berdoa dengan penuh harap dan takut, bertasawul kepadaNya dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya dan mengesakanNya
> Mengeluarkan sedekah sebelum berdoa.

Sesungguhnya doa seperti itu tidak ditolak .. Namun,perkara-perkara yang mempengaruhi gagalnya suatu doa adalah sifat tergesa-tergesa dalam menanti ternakbulnya doa.. Terlalu terburu-buru dalam berdoa sehingga merasakan putus asa untuk berdoa.. Akhirnya, meninggalkan doa sama sekali..

Dalam shahih Bukhari. Ada hadith yang diriwayatkanoleh Abu Huraurah. Rasulullah saw bersabda :
Bermaksud :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan