Isnin, 10 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 10 Oct 2011 01:21 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Bola Sepak 9 Sebelah Sempena 60 Tahun PAS

Posted: 09 Oct 2011 07:43 AM PDT

Bersih: Koperal jadi ‘kambing hitam’ polis selesai isu Tung Shin

Posted: 09 Oct 2011 07:33 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai "kambing hitam" memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu. "Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat… keseluruhan dunia telah menonton video. [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Oct 2011 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Jenazah jemaah haji maut jatuh bangunan dikebumi

Posted: 10 Oct 2011 12:45 AM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Jenazah jemaah haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah, selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi' berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 4 petang waktu tempatan kelmarin.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi. Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut seminar itu, beliau berkata penerangan tentang kedudukan sebenar Islam dan makna Islam adalah Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan akan diberi sepanjang progam sehari anjuran IKIM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.

"Bila kita sebut Islam di Malaysia, masyarakat akan mengganggap Islam sebagai agama rasmi, ada juga yang menyifatkan agama Islam hanya digunakan dalam majlis rasmi kerajaan seperti bacaan doa ataupun anggapan Islam itu sebagai cara hidup dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Seminar ini kita amat harapkan akhirnya ia akan membentuk satu kefahaman untuk melihat maksud agama Islam dalam konteks Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Jamil Khir berkata, mereka yang menggubal Perlembagaan Persekutuan sebelum kemerdekaan dulu menggunakan kebijaksanaan dalam merangkanya untuk menyatupadukan kira-kira 82 etnik termasuk di Sabah dan Sarawak dengan satu Perlembagaan yang mempunyai ikatan yang kuat.

Seminar sehari itu akan memberi kefahaman kepada peserta yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan kerajaan mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan menerusi beberapa pembentangan kertas kerja.

Bernama/-

Sokong Nizar kembali jadi MB

Posted: 10 Oct 2011 12:24 AM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan kembali Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Katanya, semua pimpinan tertinggi parti berkenaan juga telah menyuarakan persetujuan untuk menyokong Mohammad Nizar bagi menjawat jawatan berkenaan setelah memikirkan kesesuaian calon sedia ada.

Menurutnya, DAP di peringkat negeri juga berjanji untuk memberi sokongan penuh kepada Mohammad Nizar bagi menjawat semula jawatan berkenaan.

"Kita sentiasa sokong Nizar sebagai Menteri Besar kerana beliau adalah calon yang paling layak untuk menjawat jawatan tersebut.

"Yang penting bagi kita adalah untuk terus berjuang untuk membela nasib rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media sempena Konvensyen Tahunan DAP Negeri Ke-16 di sebuah hotel di sini, semalam.

Terdahulu, Guan Eng berkata, isu hukum hudud yang diperkatakan pada hari ini adalah mainan pihak media biarpun sebenarnya ia tidak terkandung dalam manifesto atau Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Guan Eng, dirinya juga sedia meletak jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP bersama dengan 30 ahli jawatankuasa tertinggi parti sekiranya pelaksanaan hukum hudud wujud dalam manifesto berkenaan.

"Kita (DAP) tak terima hudud, tetapi dalam PR, kita boleh bekerjasama dalam isu-isu lain berdasarkan kepada prinsip yang telah kita persetujui bersama," katanya.

Sementara itu ketika berucap pada konvensyen tersebut Guan Eng menyeru rakyat untuk mengundi PR pada PRU akan datang.

Katanya, rakyat juga sewajarnya memberi peluang kepada barisan kepimpinan tertinggi PR untuk mentadbir negara berdasarkan kepada kejayaan mereka mentadbir di tiga buah negeri sebelum ini.

"Rakyat perlu berani membuat perubahan dan mengundi PR," katanya.

sinar harian/-

Luar bandar juga akan tolak BN nanti

Posted: 10 Oct 2011 12:15 AM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Okt: PAS yakin, penduduk luar bandar juga akan menolak BN sedikit waktu lagi dengan perkembangan pesat teknologi maklumat yang ada sekarang.

Ini kerana, BN tidak akan mampu mengawal media sebagaimana yang dilakukannya sekarang sehingga menyebabkan BN hanya disokong pengundi luar bandar.

Demikian kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam kenyataanya kepada Harakhdaily.

Sehubungan itu, Perdana Menteri diberikan ingatan, dengan teknologi maklumat yang ada sekarang, penduduk luar bandar juga akan menolak BN apabila mereka mendapat maklumat yang tepat nanti.

"Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung," katanya.

Idris berkata, ini akan berlaku kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

"Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar," katanya.

Beliau memetik ingatan bekas presieden Amerika, Abraham Lincoln ada menyebut "Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa"

Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melahirkan rasa bimbangnya kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja.

Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN.

"Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

"Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? " soal Idris.

Bagi beliau, dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat.

Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN, katanya.

harakahdaily/-

Kenaikan elaun MP ditarik balik

Posted: 10 Oct 2011 12:00 AM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz hari ini mengumumkan bahawa cadangan untuk menaikkan elaun ahli parlimen telah ditarik balik.

Katanya, tindakan itu dilakukan ekoran kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang membantah usaha berkenaan diteruskan.

"(Kenyataan ahli parlimen pembangkang) merupakan bukti bahawa saya tidak mendapat sokongan pembangkang seperti yang saya janjikan kepada perdana menteri pada Jumaat.

"PM dengan niat baik telah menjalankan tanggungjawabnya (mengumumkan kenaikan elaun dalam bajet), tetapi saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab saya.

"Jadi saya tiada pilihan, saya menarik balik permohonan saya supaya peruntukan dalam Bajet 2012 menaikkan peruntukan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan oleh barisan ahli parlimen Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad yang mengulas pembentangan bajet 2012 oleh perdana menteri.

Jelasnya, cadangan kenaikan elaun tersebut, melibatkan jangkaan peruntukan sebanyak RM30 juta, telah dikemukakan pada saat terakhir sebelum perdana menteri membentangkan belanjawan berkenaan Jumaat lalu.

Cadangan berkenaan juga telah dipersetujui oleh satu jawatankuasa kecil yang turut dianggotai ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Saya percaya ramai ahli parlimen yang gembira pada hari itu (pembentangan bajet) sebab kenaikan (elaun) itu tidak boleh menjadikan kita kaya.

"Ia hanya boleh membantu meningkatkan perkhidmatan ke kawasan kita," katanya lagi.

Mohamad Nazri berkata, beliau telah memasukkan kos untuk menyewa premis untuk pusat khidmat, pemandu dan pembantu penyelidik.

Jelasnya, parlimen tidak boleh menggaji penyelidik berkenaan kerana penyelidik itu hanya bekerja ketika parlimen bersidang selama 20 minggu setahun.

malaysiakini/-

Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS

Posted: 09 Oct 2011 11:38 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Selesai melalui mesyuarat

Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

"Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

"Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim.

"Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu.

Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti.

"Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya.

Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan.

Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan.

harakahdaily/-

Kedudukan: Uni M'sia perlu lebih masa

Posted: 09 Oct 2011 11:30 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin menjelaskan universiti di negara ini memerlukan masa hingga lapan tahun untuk disenaraikan dalam kedudukan atau ranking Times Higher Education (THE).

Ini kerana universiti negara ini belum terlibat "lebih aktif" dalam penyelidikan THE, yang meliputi sebahagian besar penilaian.

Pada 7 Oktober lalu, tiada universiti di Malaysia dilaporkan berjaya disenaraikan dalam majalah THE yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan. Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan berkata, universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat antara universiti terkemuka di dunia.

malaysiakini/-

Arena laga ayam rosak dibom

Posted: 09 Oct 2011 10:21 PM PDT

Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Arena laga ayam rosak dibom

Posted: 09 Oct 2011 10:21 PM PDT

Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Arena laga ayam rosak dibom

Posted: 09 Oct 2011 10:21 PM PDT

Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Arena laga ayam rosak dibom

Posted: 09 Oct 2011 10:21 PM PDT

Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Banjir: PM Thailand Tangguh Lawatan Ke Malaysia, Singapura

Posted: 09 Oct 2011 09:30 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra menangguhkan lawatan beliau ke Malaysia dan Singapura pada minggu depan ekoran keadaan banjir yang teruk di negaranya, terburuk dalam masa dua dekad.

Beliau yang pada mulanya dijadual melawat Malaysia pada Selasa ini dan Singapura keesokan hari, bertujuan memperkenalkan dirinya selepas mengambil alih pucuk pimpinan Thailand Ogos lepas.

Tarikh baru untuk kedua-dua lawatan itu belum lagi ditetapkan.

Sebanyak 30 daripada 77 wilayah di Thailand dilanda banjir khasnya di kawasan utara dan tengah yang meliputi kira-kira 40 peratus negara ini, dengan jumlah kematian meningkat 261 orang.

Seramai 2.3 juta orang dari lebih 10,000 kampung terjejas dengan banjir yang melanda Thailand secara berperingkat-peringkat sejak Julai lepas dan telah mencecah ke tahap kritikal baru-baru ini.

Sebanyak 11 daripada 26 empangan utama di negara ini di mana airnya melepasi kapasitinya sementara sesetengah yang lain hampir penuh, menurut Jabatan Pengairan DiRaja.

Wilayah yang paling teruk dilanda banjir ialah Ayutthaya di mana benteng setinggi enam meter runtuh disebabkan arus banjir deras mengakibatkan banyak kilang di Rojana Industrial Park serta Hospital Ayutthaya digenangi air.

Bagaimanapun menurut Menteri Sains dan Teknologi Thailand Plodprasop Suatsawadee berkata hanya sebuah kilang musnah akibat banjir.

"Kira-kira 90 peratus taman perindustrian itu masih OK dan banjir tidak menjejaskan zon teknologi tinggi," katanya selepas melawat wilayah itu pada Ahad.

Timbalan pengarah Hospital Ayutthaya Surachai Chokekhanchitchai berkata semua 600 pesakit telah dipindahkan ke hospital lain kerana kemudahannya digenangi air setinggi 2.2 meter.

Pusat pemindahan di Ayutthaya telah mencecah kapasiti maksimum dan Yingluck menggesa sektor swasta membenarkan kerajaan menggunakan tanah mereka untuk menempatkan lebih ramai mangsa banjir.

Sebahagian kawasan di ibu negara dilanda banjir pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri Pracha Promnok bimbang dengan keadaan yang bertambah buruk itu.

Beliau membayangkan wilayah hiliran berhampiran dengan Empangan Chao Phraya dan Bangkok akan dilanda banjir yang datang dari wilayah utara da tengah mulai 15 hingga 17 Oktober, yang akan memburukkan lagi keadaan dengan ramalan ribut serta ombak tinggi di laut. -BERNAMA

Virus serang Predator, Reaper

Posted: 09 Oct 2011 09:30 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sistem pesawat kawalan jauh AS hadapi masalah, gagal usir penceroboh

WASHINGTON: Virus komputer menyerang pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat, Predator dan Reaper yang digunakan tentera negara itu untuk menyasarkan militan dengan mengganggu sistem juruterbang ketika di berada udara, lapor majalah komputer, Wired.

Virus itu kali pertama dikesan dua minggu lalu oleh Sistem Keselamatan Berdasarkan Hos tentera tetapi belum lagi menyebabkan mana-mana misi penerbangan yang dikawal dari Pangkalan Tentera Udara Creech, Nevada. daripada melakukan misi di Afghanistan dan kawasan zon perang lain.

Tiada maklumat sulit dipercayai hilang atau dihantar ke luar daripada rangkaian sistem komputer tetapi virus itu didapati berdaya tahan terhadap beberapa cubaan membuangnya.

"Kami sentiasa membuangnya, tetapi ia tetap muncul semula. Kami fikir ia tidak berbahaya. Tetapi, kami masih belum boleh yakin sepenuhnya," kata sumber yang arif dengan gangguan komputer kepada majalah berkenaan.

Pakar rangkaian keselamatan tentera Amerika berkata, masih belum jelas sama ada virus itu dihantar secara sengaja dan bagaimana ia disebarkan tetapi mereka yakin ia menjangkiti mesin operasi sulit dan tidak sulit pangkalan udara Creech.

Oleh sebab itu, data rahsia mungkin sudah bocor dan jatuh ke tangan pihak luar yang bukan anggota tentera.

Tentera Amerika tidak menyembunyikan pesawat kawalan jauhnya apabila melancarkan operasi di Libya atau di medan perang Afghanistan, berbeza dengan misi rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) bertujuan membunuh militan al Qaeda di Pakistan, Yaman dan di tempat lain. – AFP

Waspada: Kurang Tidur Boleh Sebabkan Penyakit Jantung Dan Angin Ahmar

Posted: 09 Oct 2011 09:20 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau.

Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.

Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Agensi/-

Lelaki penjual bunga

Posted: 09 Oct 2011 09:15 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PULUHAN jenis bunga berwarna-warni pasti menyebabkan pelanggan rambang mata dalam membuat pilihan.

DARI jauh, kelihatan orang ramai terutama wanita sudah memenuhi ruang kecil di sebuah kedai yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni.

Sebaik sampai di hadapan kedai tersebut, bau semerbak daripada bunga-bungaan segar itu pantas menusuk hidung seolah-olah menyambut kedatangan pelanggan ke sana.

"Jemputlah masuk dan lihat sendiri bunga yang mungkin anda minati. Jangan risau, jangan bimbang, semua bunga ini segar-segar belaka," demikian tutur seorang pemuda Cina sambil melemparkan senyuman manis kepada pengunjung yang datang.

Segak dengan penampilan kemeja-T hitam dan jean biru, pemuda berusia 31 tahun itu ramah melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai miliknya, Ken Highlands Flower Shop yang terletak di pasar Brinchang, Cameron Highlands.

Menurut Ken Foo, kedainya menjual pelbagai jenis bunga segar yang diperoleh daripada lebih 10 pembekal di sekitar kawasan tanah tinggi tersebut.

Mula berniaga secara kecil-kecilan pada tahun 2003, kini perniagaan jualan bunga yang dilakukan bersama seorang rakan semakin berkembang dan mendapat tempat di hati pelanggan.

"Terdapat puluhan bunga segar ada dijual di sini termasuk bunga ros, matahari, kekwa, pom pom, lili, daisy, teluki dan banyak lagi. Setiap bunga pula mempunyai beberapa perbezaan contohnya warna yang mampu membuatkan pelanggan rambang mata untuk memilih bunga yang disukai.

"Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama ketika musim cuti persekolahan, cuti umum dan hujung minggu. Setiap hari kami juga mampu menjual lebih 100 batang bunga. Ini tidak termasuk penghantaran yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak," jelas Ken lebih lanjut.

Antara bunga lain yang ada seperti bunga yang diberi nama Everlasting Love yang amat diminati pelanggan kerana bau yang kuat dan tahan lama. Malah, jika dijaga dengan teliti bunga itu boleh bertahan dan hidup sehingga beberapa tahun.

Selain itu, tambah Ken kedainya turut menjual bunga lalang yang semakin popular di Cameron Highlands. Bunga tersebut dibekalkan oleh Orang Asli di sekitar kawasan itu.

"Terdapat tiga jenis bunga lalang yang dijual iaitu lalang rumput, lalang lidi dan lalang emas. Apa yang pasti, bunga ini mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri.

"Apabila saya mengambil bekalan bunga lalang daripada Orang Asli, secara tidak langsung saya dapat membantu mereka menambah sumber pendapatan yang biasanya menjual petai dan ulam-ulaman," ungkap Ken lagi.

Faktor cuaca

Di samping bunga-bunga segar, kedai Ken turut menjual pelbagai variasi bunga kering, daun teh, daun paku, daun asparagus dan daun ekor musang yang boleh dijadikan potpouri atau hiasan di dalam rumah.

Bagi rakan kongsi Ken, Leong Chang, 35, kebiasaannya pada bulan Oktober hingga Disember, bekalan bunga agak berkurangan kerana faktor cuaca yang sering hujan. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi berbanding biasa.

Sementara pada bulan April hingga Ogos, cuaca baik sekali gus bekalan bunga tidak putus dan sentiasa ada. Justeru, harganya tidak terlalu tinggi.

"Begitu juga pada hari-hari keraian istimewa seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan sebagainya, harga bunga akan melonjak daripada biasa.

"Tidak ketinggalan, apabila tibanya musim perkahwinan terutama dalam kalangan masyarakat Melayu, kami akan banyak melakukan penghantaran bunga di sekitar Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah,"

katanya sambil memberitahu kunjungan seseorang ke Cameron Highlands tidak akan lengkap tanpa membawa pulang bunga segar sebagai kenangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai bunga Ken, layari laman sosial Facebook/kenflowershop.

Kosmo/-

Bekas Presiden China muncul

Posted: 09 Oct 2011 08:30 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JIANG ZEMIN (tengah) melambaikan tangan semasa dia menghadiri majlis memperingati ulang tahun revolusi yang berjaya menumbangkan Dinasti Qing di Beijing semalam.

BEIJING - Bekas Presiden China, Jiang Zemin membuat kemunculan dalam satu majlis di sini semalam beberapa bulan selepas tersebarnya khabar angin bahawa dia sudah meninggal dunia.

Zemin yang berusia 85 tahun itu muncul dalam majlis memperingati ulang tahun ke-100 revolusi yang berjaya menamatkan pemerintahan dinasti Qing yang berlaku pada 1911.

Bekas Presiden itu memakai sut berwarna biru gelap dan bertali leher berwarna merah.

Rambutnya disikat kemas seperti semasa dia menjadi Presiden selain memakai cermin mata.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden China, Hu Jintao.

Zemin gagal hadir dalam majlis meraikan ulang tahun ke-90 penubuhan Parti Komunis pada Julai lalu menyebabkan spekulasi muncul bahawa dia sudah meninggal dunia.

Namun, pemerintah China kemudian menafikan khabar angin yang menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Zemin yang mengetuai banyak perubahan kemajuan di China menyerahkan jawatan Presiden kepada Jintao pada 2002 selepas berkuasa pada 1989.

Dia mengetuai perubahan ekonomi yang dilancarkan oleh tokoh komunis China yang terkenal, Deng Xiaoping.

Pada zaman pentadbirannya, hubungan AS dengan China sentiasa tegang.

- Agensi

Politik yang halang hudud, bukan perlembagaan

Posted: 09 Oct 2011 08:00 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta menjelaskan halangan sebenar pelaksanaan undang-undang itu di negara ini.

Tambahnya perlembagaan tidak menghalang kerana tidak ada peruntukan yang menuju ke arah itu.

Sebaliknya, beliau menambah, jika perlembagaan dibaca dengan betul dan tidak prejudis hudud boleh dilaksanakan.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Kanan IDEAS itu berkata sifat perlembagaan yang kononnya sekular itu pun tidak wujud.

"Tak mengapalah mereka boleh kata perlembagaan apa yang mereka mahu: sekular, taghut, anti-Islam dan sebagainya. Yang penting di dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang menyatakan perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan," ujarnya.

Ditanya mengenai Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Aziz berkata: "Peruntukan ini hanya mengingatkan kita yang segala tindakan dan undang-undang perlu akur dengan batasan perlembagaan. Pendeknya undang-undang, termasuk hudud, perlu dilaksanakan dalam kerangka dan skima perlembagaan.

Pada hakikatnya peruntukan yang didakwa mengkesampingkan Islam itu sebenarnya hendak mempastikan yang perlembagaan ini benar-benar berguna kepada semua orang sebab sekiranya perlembagaan boleh diketepikan maka ia tidak berguna. Itulah maksud Perkara 4(1)".

Dualisme

Mengenai isu diskriminasi dan dualisme dalam perundangan beliau menjelaskan: "Ciri ini sudah wujud lama di Malaysia; kita ada undang-undang sivil dan syariah dan kita mengambil pendekatan tidak mahu memaksakan hukum Islam kepada bukan Islam. Tetapi bagi orang Islam mereka tidak ada pilihan; mereka tertakluk kepada hukum Islam".

Aziz menegaskan pelaksanaan hudud tidak akan menjejaskan hak orang bukan Islam. Ini kerana ia hanya dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja.

"Tetapi apabila hudud tidak dilaksanakan ini adalah satu penafian hak terhadap umat Islam. Ini kerana perlembagaan - melalui Perkara 11(1) - menjamin hak umat Islam untuk menganut agama itu sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Hidup di bawah sistem Islam ialah hak umat Islam yang tidak boleh dinafikan," tegasnya.

Mengulas mengenai bidang kuasa jenayah yang diletakkan di tangan persekutuan beliau berkata: "Kita perlu akur bahawa bidang kuasa jenayah di dalam negara kita ada dua; yakni sivil dan syariah. Manakala jenayah sivil adalah bidang kuasa persekutuan jenayah syariah adalah kuasa negeri".

Aziz berkata salah satu hujah untuk pendapat tersebut ialah bidang kuasa mengenai hukum syarak yang diletakkan di tangan negeri. "Kita perlu melihat isu-isu ini dalam konteks yang komprehensif; yakni dengan melihat keseluruhan kerangka dan skima perlembagaan", ujarnya.

Profesor undang-undang UIAM itu berkata mereka yang skeptikal dan anti-hudud sering mengambil pendekatan harfiah yang kaku dan pedantik. Jelasnya: "Dengan itu mereka kemudian menuding kepada bidang kuasa jenayah persekutuan dengan melupakan kenyataan bahawa hukum syarak adalah kuasa negeri dan ia ada konsep jenayahnya sendiri. Golongan anti-hudud juga membuat andaian bahawa Islam dalam perlembagaan kecil dan sempit; sesuatu yang tidak disebut oleh perlembagaan pun.

"Saya berpendapat oleh kerana perlembagaan tidak memberikan tafsiran kepada hukum syarak maka ini perlu dirujuk kepada hukum Islam yang sebenar. Dalam soal ini perlembagaan juga tidak menghalang. Saya berpendapat bidang kuasa itu harus dilihat dalam konteks hukum syarak dan bukan sebaliknya."

Aziz mengakui bahawa pandangan yang dikemukakan itu baru dan sebelum ini beliau sendiri berpendapat bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kecuali oleh persekutuan kerana wujudnya bidang kuasa jenayah tadi.

Boleh laksana tanpa pinda perlembagaan

Katanya perubahan pandangan adalah sesuatu yang biasa dan apa yang dikemukakan sekarang ialah penemuan baru yang memberi isyarat bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan.

Sehingga ini agak ramai yang mempunyai tanggapan bahawa pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ini bermakna sokongan majoriti dua pertiga di parlimen.

Beliau menjelaskan apa yang perlu dibuat ialah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah. "Saya berasa hairan mengapa parlimen membuat undang-undang atas satu perkara yang bukan miliknya", ujarnya.

Meskipun hudud adalah hak dan kuasa negeri beliau mengakui pelaksanaannya memerlukan bantuan kerajaan persekutuan.

"Bagaimanapun ini adalah satu tanggung jawab di sisi undang-undang dan kerajaan pusat tidak boleh membuat ugutan sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Agensi-agensi seperti polis, umpamanya, mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakan tugas mereka dan kerajaan pusat tidak boleh halang," katanya.

Aziz berkata sekiranya tafsiran baru ini terus ditentang maka apa yang Kerajaan Kelantan boleh lakukan ialah mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan dan terpulang kepada mereka yang menentang tadi untuk membawa isu ini ke mahkamah.

Beberapa tahun lalu bekas pemimpin Umno, Datuk Zaid Ibrahim, pernah membawa isu ini ke mahkamah. Bagaimanapun beliau kemudian menarik balik tindakan itu.

Bagaimanapun ketika Enakmen Hudud Kelantan diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 semua Adun Umno dalam dewan menyokongnya.

harakahdaily/-

PAS mahu kemuka petisyen gesa tubuh suruhanjaya siasat Gani Patail

Posted: 09 Oct 2011 07:45 PM PDT

12 Zulkaedah1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Okt — PAS akan mengemukakan satu petisyen agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi menyiasat Peguam Negara, sekali gus menolak keengganan Putrajaya untuk mendakwa Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes rasuah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider hari ini bahawa petisyen itu bertujuan mengenakan tekanan ke atas kerajaan mengambil tindakan tegas.

Katanya, tindakan kerajaan secara berterusan tidak mempedulikan siri dakwaan berhubung salah laku peguam negara adalah sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Beliau menegaskan jika Gani telah dibebaskan daripada kesemua dakwaan, maka tindakan fitnah seharusnya dikenakan ke atas mereka yang membuat tuduhan termasuk bekas pegawai kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dan blogger Raja Petra Kamaruddin.

"Bagi saya, ini menunjukkan kerajaan tiada pendirian dalam isu ini. Keengganan mereka mengambil tindakan menunjukkan kesanggupan mereka untuk membersihkan institusi.

"Ia bukan urusan mengenakan tuduhan ke atas peguam negara semata-mata, tetapi keseluruhan institusi Jabatan Peguam Negara sendiri yang kelihatan kurang integriti dan kredibiliti," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini.

Minggu lalu Putrajaya menegaskan tiada tindakan akan dikenakan ke atas Gani meskipun wujud dakwaan terbaru berkenaan amalan rasuah dan mengada-adakan bukti yang dibawa ke atas peguam negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan tahun lalu berhubung dakwaan pembabitan Gani dalam kes berkaitan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal.

"Jawapan yang sama, jawapan yang sama. Saya telah menjawab (Penasihat DAP Lim) Kit Siang di Parlimen sebelum ini. Jawapannya masih sama," kata beliau ketika ditanya sama ada Putrajaya akan bertindak ekoran kemunculan dakwaan baru ke atas Gani.

Apabila ditanya sama ada kerajaan ke atas pengadu-pengadu terhadap Gani, Nazri menjawab: "Jawapan yang sama."

Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengetepikan dakwaan dikemukakan oleh Mat Zain bahawa Gani telah memalsukan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes mata lebam Anwar.

Sebaliknya, Nazri telah memberitahu Parlimen tidak perlu bagi Mat Zain untuk mengadu bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan namanya dalam insiden itu.

Ini kerana, menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan.

Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menegaskan kuasa untuk menubuhkan sebuah tribunal terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Di sebalik respons Nazri itu, Mat Zain terus-menerus berusaha untuk meyakinkan kerajaan agar mendakwa Gani dan beberapa bulan lalu menghantar siri surat terbuka kepada Ismail.

malaysian insider/-

Batu nisan pula dirosakkan oleh pelampau Yahudi

Posted: 09 Oct 2011 07:33 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LELAKI Palestin menunjukkan batu nisan yang diconteng dengan ayat Hebrew bermaksud 'Maut Kepada Arab' di Jaffa di Tel Aviv, kelmarin. - REUTERS

TEL AVIV 9 Okt. - Berpuluh-puluh batu nisan dirosakkan di tanah-tanah perkuburan Islam dan Kristian yang terletak bersebelahan di Jaffa manakala sebutir bom petrol dilontar ke sebuah rumah ibadat Yahudi di bandar di selatan Tel Aviv itu, semalam.

Pada hari Yom Kippur (Hari Penebusan Dosa) penganut Yahudi itu, sekurang-kurangnya lima batu nisan dipecahkan dan kira-kira 20 lagi disembur dengan grafiti berbahasa Hebrew, termasuk 'Maut kepada Arab' dan 'Tanda Harga', iaitu slogan yang digunakan oleh pendatang haram Yahudi dan penyokong mereka di Tebing Barat.

Polis menggambarkan insiden 'tanda harga' sebagai perbuatan membalas dendam oleh pelampau Yahudi terhadap penduduk Palestin atau Arab, dan istilah itu selalunya merujuk kepada serangan pendatang haram Yahudi ke atas penduduk Palestin atau harta mereka di Tebing Barat, termasuk dengan membakar masjid.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, sebutir bom petrol turut dilemparkan ke bumbung sebuah rumah ibadat Yahudi di kawasan Jaffa tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa.

"Kami sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab merosakkan batu nisan itu," katanya.

Beberapa puluh penduduk Israel dan Palestin keluar memprotes serangan itu dan seorang anggota majlis perbandaran tempatan menyalahkan pendatang haram Yahudi.

Jaffa yang merupakan kawasan purba di Tel Aviv mempunyai penduduk terdiri daripada penganut Yahudi dan orang Arab yang beragama Islam dan Kristian.

Isnin lalu, sebuah masjid di kampung Badwi di utara Israel dibakar dan grafiti disemburkan pada dindingnya dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh pendatang haram Yahudi. - Reuters

Otak berterabur atas jalan

Posted: 09 Oct 2011 07:30 PM PDT

12Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BAHAU- Seorang askar maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan bertembung lori tangki dari arah bertentangan di kilometer 8 Jalan Bahau-Rompin, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Lim Linggan, 26, yang menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Sabri Muhamad berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah Bahau.

"Mangsa yang tiba-tiba hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung lori tangki terbabit.

"Ketika itu, lori tangki tanpa muatan yang dari arah Rompin gagal mengelak daripada bertembung dengan mangsa.

"Mangsa merempuh bahagian tengah tayar lori dan menyebabkannya digilis bersama motosikalnya sebelum tercampak ke laluan asal," katanya ketika mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, motosikal mangsa terhumban ke dalam longkang manakala, mangsa terdampar dalam keadaan mengiring di bahu jalan.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian berikutan mengalami cedera parah di bahagian kepala, kaki kanan koyak, manakala otaknya berkecai dan bertaburan di atas jalan raya.

"Bagaimanapun, pemandu lori yang berusia 54 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol sebelum dituntut keluarganya," katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa berasal dari Tenom, Sabah meninggalkan seorang balu dan anak lelaki berusia 11 bulan.

Mangsa yang berpangkat Gunner itu telah berkhidmat hampir lapan tahun di Kem Syed Sirajuddin dalam Unit 21 Artelari.

Mayat mangsa akan diuruskan di kem berkenaan terlebih dahulu sebelum diterbangkan ke Sabah dalam masa terdekat.

Permohonan dana RM1juta Jeyakumar ditolak

Posted: 09 Oct 2011 07:20 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Permohonan semakan kehakiman ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar untuk mencabar tindakan kerajaan kerana tidak memberi dan menyediakan butiran peruntukan dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada bahagian pilihan raya kawasan itu telah ditolak.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan semakan kehakiman.

Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama dengan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Anantham Kasinater sebulat suara membenarkan rayuan itu dan menolak permohonan Jeyakumar.

Pada bulan Februari lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali memberi kebenaran kepada Jeyakumar untuk memfailkan semakan kehakiman.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak membenarkan kerajaan untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasam yang mewakili Jeyakumar berkata, keputusan itu cukup mengecewakan kerana Jeyakumar berharap keputusan mahkamah akan menentukan ketelusan kerajaan dalam mengagihkan wang rakyat.

Mengulas keputusan mahkamah hari ini, Jeyakumar berkata mahkamah sebagai benteng terakhir untuk rakyat, sepatutnya menyokong keputusan untuk memastikan wang yang diperuntukkan tidak disalahgunakan.

"Saya tidak mahu wang untuk diri sendiri tetapi hanya ingin pastikan wang yang diperuntukkan dibelanjakan dengan betul dan tidak disalah-guna.

"Wakil rakyat pembangkang tidak langsung menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan ini adalah amat mengecewakan. Berikutan keputusan ini, mesej saya kepada rakyat adalah kita tidak boleh bergantung pada mahkamah bagi mendapatkan ketelusan tetapi mengharapkan kuasa rakyat dalam membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang."

Jeyakumar berkata, beliau akan berunding dengan Parti Sosialis Malaysia sama ada untuk meneruskan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Persekutuan yang bakal menelan perbelanjaan yang besar meskipun peguamnya melakukannya secara percuma.

malaysiakini/-

Bajet 2012 tidak menyeluruh

Posted: 09 Oct 2011 07:20 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Bajet 2012 yang diumumkan Jumaat lalu masih belum menyeluruh, apabila meninggalkan aspek rohani.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, tidak guna ada bangunan pencakar langit tetapi akidah ketinggalan.

"Bajet 2012 tidak menyeluruh, apabila kerajaan menekankan aspek material dan fizikal sahaja, tanpa mengambil kira pembinaan sumber manusia.

"Pembentukan ummah adalah perkara utama dalam pembangunan negara. Sungguh mengecewakan apabila unsur kerohanian dan spiritual tiada dalam pembentangan kali ini," katanya kepada :Sinar Harian:.

Menurutnya, apabila unsur spiritual tidak ditekankan, ia akan menyumbang kepada keruntuhan sosial dan akhlak.

Nasrudin berkata, kerajaan tidak memandang ke hadapan dalam bajet kali ini.

"Apabila moral rakyat runtuh, negara alami banyak kerugian, untuk memulihkannya kembali memerlukan modal.

"Saya juga mahu kerajaan memberi jaminan kepada rakyat, kesemua bajet di umumkan itu sampai kepada rakyat seperti dijanjikan," katanya.

Menurutnya, beliau bimbang akan ada ketirisan dalam pengagihan itu seperti korupsi dalam kalangan orang tengah.

sinar harian/-

Bukti Jelas Najib Hina Petani Dan Nelayan - Anggap Ia Kelas Rendah

Posted: 09 Oct 2011 07:00 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PM: `Pilihan raya dah dekat'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata "gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai"

"Anda sendiri boleh mendengarnya."

Beliau yakin BN akan menang sekali lagi berdasarkan kelebihan dan kekuatan yang ada.
Bagaimanapun, beliau mengingat komponen mengadakan persiapan di tahap terbaik kerana BN memasuki pilihan raya mahu menang dan bukan mahu kalah.

"BN ada kekuatan sekali lagi untuk menang kerana kita berkhidmat untuk rakyat," katanya memberitahu 8, 000 ahli dan penyokong BN.
.
Pengerusi BN itu juga menegaskan BN bukan parti kelas rendah yang hanya disokong oleh petani dan nelayan.

Menurut Najib beliau mahu BN turut disokong oleh orang bandar terutama di Kuala Lumpur.

Jangan sabotaj

"Kuala Lumpur penting walaupun Kuala Lumpur bukan lagi deposit tetap (BN)," tambahnya.

Pengerusi BN itu mengingatkan semua komponen BN menyelesaikan masalah masing-masing selain tidak menimbulkan masalah baru.

Beliau juga tidak mahu orang parti sendiri membuat sabotaj sebagaimana yang berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

Menurutnya, ada seorang setiausaha bahagian Umno membuat sabotaj dalam pilihan raya kecil kerana tidak terpilih sebagai calon.

"Bayangkan rumah Setiausaha Umno bahagian ja, 10 malam sudah gelap, buat pura-pura tidur. Dia tutup pintu rumah," katanya.

Najib memberitahu seorang wakil rakyat BN Sarawak selama tiga penggal telah lari ke London kerana merajuk tidak terpilih menjadi calon.

KELAB GREENBOC/-

Petani dakwa benih padi tak cukup

Posted: 09 Oct 2011 06:40 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan mengkaji rungutan sesetengah petani yang mendakwa bekalan benih padi tidak mencukupi di beberapa kawasan Mada dan luar kawasan Mada sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata berdasarkan laporan daripada pengeluar-pengeluar benih padi, tiada masalah tentang kekurangan bekalan benih padi.

"Kita mempunyai tiga pengeluar benih padi iaitu SPPM, Seri Merbok dan Bernas dan semua mereka mengatakan bahawa bekalan benih padi mencukupi malah mempunyai stok yang lebih.

"Kita hairan sekarang ini bagaimana sesetengah pihak mendakwa benih padi tak cukup sedangkan laporan daripada Jabatan Pertanian pun mengatakan bekalan benih padi memang ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bekalan benih padi di Ibu Pejabat Mada dekat Alor Setar semalam.

Beliau berkata bagi satu musim, kawasan Mada memerlukan benih padi sebanyak 14,000 tan manakala 5,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Kedah dan 2,000 tan diperlukan bagi kawasan luar Mada di Perlis.

Johari berkata antara kawasan yang dilaporkan menghadapi masalah bekalan benih padi ialah Simpang Empat, Perlis (Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) E-1), Kangar (PPK C1) dan Simpang Empat Kuar (PPK F-2) bagi kawasan Mada dan bagi kawasan luar Mada pula ialah di Langkawi, Asun dan Changlun.

"Bagaimanapun, saya dah minta pihak Mada dan PPK buat pemantauan, kita nak lihat di mana kekurangannya. Kita akan minta pihak PPK bekalkan dahulu benih padi kepada petani untuk sementara waktu," katanya.

Bernama/-

Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan

Posted: 09 Oct 2011 06:30 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.

Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?

Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama 'negara berkebajikan ala Umno BN' hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.

Namun, semua langkah 'menelan' ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.

Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Rusuhan Agama: 24 Maut Di Kaherah

Posted: 09 Oct 2011 06:20 PM PDT

12 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Puak Kristian bertempur dengan tentera serta polis berhubung protes terhadap serangan yang berlaku ke atas sebuah gereja di selatan Kaherah, Mesir pada Ahad.Foto -AP
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera dalam keganasan rusuhan agama membabitkan puak Kristian di Kaherah.

Rusuhan yang berlarutan hingga malam Ahad memaksa lebih 1,000 anggota keselamatan dan kereta perisai dikerah bagi mempertahankan bangunan televisyen negara di tebing Sungai Nil di mana ia bermula sebelum merebak ke Medan Tahrir.

Kumpulan terbabit bertempur menggunakan batu dan bom api. Beberapa kenderaan termasuk milik tentera dibakar.

Puak Kristian mendakwa pentadbiran tentera Mesir terlalu berlembut dengan pihak yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan anti Kristian. -AFP

Salam Perjuangan

Posted: 09 Oct 2011 11:53 PM PDT

Salam Perjuangan


RAKYAT PERLU TERUSKAN AGENDA PERUBAHAN

Posted: 09 Oct 2011 03:51 AM PDT

11 Dzulka'edah 1432 H | 9 October 2011

Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh-puluh tahun.

Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya. 

Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan. 

Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?

Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama 'negara berkebajikan ala Umno BN' hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.

Namun, semua langkah 'menelan' ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.

Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.


Idris Ahmad

Posted: 09 Oct 2011 11:25 PM PDT

Idris Ahmad


Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN

Posted: 09 Oct 2011 08:19 PM PDT

Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN
Idris Ahmad
10/10/11
Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN. Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.
Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.
Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.
Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.
Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut "Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa"


Filed under: Pilihanraya, Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2011 09:26 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Majlis Minum Petang Parlimen Rembau 16 Okt 2011

Posted: 09 Oct 2011 08:12 PM PDT

MAJLIS HI-TEA
Bersama Pemimpin sempena MATC Rembau
Tarikh : 16 Okt 2011, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pejabat PKR DUN Rantau, No. 2531, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas Rantau)
Penceramah :
- Datuk Chua Jui Meng ( Ahli MPP )
- YB Fuziah Saleh ( MP Kuantan )
- YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi & PJ PAS N. Sembilan)
- YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
- YB Anthony Loke ( ADUN Lobak )
- Chegubard ( Ketua Cabang PKR Rembau )
Hubungi 0123696474 / 017 6664084 (Azizi )

Bajet 2012 ‘gula-gula’ rakyat

Posted: 09 Oct 2011 07:45 PM PDT



Bajet 2012 'gula-gula' rakyat
Sinar Harian 10 Okt 2011

KUALA KLAWANG – Pas Kawasan Jelebu menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kelmarin sebagai 'bajet gula-gula rakyat'.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Saiful Bahri Jamaan berkata bajet tidak lebih daripada bertujuan mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jika diteliti isi kandungan Bajet 2012 hampir sama dengan Bajet 2004. Antara persamaan ialah pemansuhan yuran sekolah.

"Yuran sekolah yang dimaksudkan diberi percuma ialah yuran sebanyak RM20 sahaja. Manakala yuran-yuran lain seperti sukan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masih perlu dibayar ibu bapa.

"Justeru, tiada istilah yuran sekolah percuma kerana ibu bapa tetap mengeluarkan belanja untuk menyekolahkan anak-anak mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurutnya, tindakan kerajaan menaikkan gaji sektor awam seharusnya dilakukan sejak dahulu lagi.

Katanya, kerajaan lambat menaikkan gaji sektor awam disebabkan tiada peningkatan ekonomi negara sejak 20 tahun kebelakangan ini.

"Ekonomi negara tidak menunjukkan peningkatan positif sejak 20 tahun kebelakangan ini sekali gus menyebabkan rakyat terpaksa hidup dengan bergantung kepada gaji yang kecil.

"Jika dikaji gaji sektor awam bagi kelulusan ijazah ialah RM1,800 hingga RM2,000 pada sekitar tahun 1980-an dan sehingga kini masih sama meskipun hampir 30 tahun berlalu.

"Ini diburukkan dengan kenaikan harga barang yang kerap naik. Harga barang naik dua atau tiga kali tetapi kenaikan gaji hanya sekali sahaja.

"Keadaan ini sudah semestinya menyukarkan rakyat. Kerajaan seharusnya membendung harga barang dan bukan membiarkan ia naik sehingga menyusahkan rakyat," katanya.

Tambahnya, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk meluluskan kadar gaji minimum untuk sektor swasta bagi melindungi rakyat yang bekerja di sektor berkenaan.

Menurutnya, pengilang-pengilang misalnya takut menaikkan gaji pekerja ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9618596.asp

Bajet 2012 tidak gugat Pas

Posted: 09 Oct 2011 07:44 PM PDT



Bajet 2012 tidak gugat Pas
Sinar Harian 10 Okt 2011

JEMPOL- Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Abdul Rahman Ramli, menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin hanyalah sekadar bajet pilihan raya.

Menurutnya, ia sekadar taktik Barisan Nasional (BN) untuk memancing hati rakyat bagi memenangi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"BN mungkin ingin mendapatkan kembali kepercayaan rakyat bagi memancing undi pada PRU-13 akan datang.

"Begitu juga dengan pemansuhan yuran sekolah.

"Bagaimanapun, kita percaya ibu bapa mahupun penjaga tetap perlu mengeluarkan belanja untuk anak-anak yang bersekolah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, apa yang jelas belanjawan 2012 meniru belanjawan yang dikemukakan oleh PR.

"Pas tidak gentar menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang walau banyak mana BN menggula-gulakan rakyat.

"Pas Jempol bersedia menggempur ke semua gugusan Felda di kawasan Parlimen Jempol memandangkan semboyan PRU-13 semakin hampir.

"Kita lihat, senario politik negara semakin berubah dan Pas mula memecahkan tembok kubu Umno di kawasan Felda," katanya.

Sementara itu katanya, kini, kesedaran dalam kalangan peneroka terutama generasi kedua dan ketiga di Felda semakin meningkat.

Malah, beliau juga menyifatkan kehadiran Pas di Felda telah menemui rentak positif.

"Ingin saya ingatkan di sini, kepimpinan dan ahli Pas di peringkat cawangan tidak memulaukan ahli Umno.

"Sebaliknya, kita sentiasa cuba mendampingi mereka selaras dengan negara berkebajikan dibawa oleh Pas," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9619377.asp

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Oct 2011 03:50 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PEJUANG ISLAM MELAKA KEMBALI KE RAHMATULLAH !

Posted: 09 Oct 2011 05:00 AM PDT

Jasin : PAS Melaka kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak berjasa khususnya kepada PAS Kawasan Jasin apabila Hj Said Omar atau lebih dikenali sebagai Pak Sheikh, 72 tahun pulang ke rahmatullah pukul 5.00 petang ini di Hospital Besar Melaka akibat penyakit kencing manis.

Allahyarham merupakan bekas calon PAS Dun Serkam pada Pilihanraya Umum 1995 di mana beliau tewas kepada Ahli Parlimen Jasin sekarang Dato Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,117 undi. Allahyarham memperolehi 2427 undi manakala Dato Ahmad Hamzah mendapat 6594 undi.

Ketokohan Allahyarham memang disegani oleh kawan dan lawan di mana beliau pernah diamanah dengan pelbagai jawatan antaranya Yang Dipertua PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jasin serta lain-lain jawatan di peringkat cawangan. Sehingga ke akhir hayatnya terus istiqamah menjadi Penasihat kepada PAS Cawangan Serkam.

Allahyarham cukup dikenali di kawasan Serkam kerana menjadi Guru Agama di Surau Umri Serkam (gambar) selain menjadi Pengerusi surau yang sama. Sejak dari muda beliau menghidupkan kelas pengajian agama di surau tersebut yang amat terkenal di Melaka.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 9 malam ini di Kampung Serkam Pantai Jasin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah

WAJIB RAKYAT IKUT PEMIMPIN ISLAM YANG JADIKAN AKHIRAT SEBAGAI MATLAMAT

Posted: 09 Oct 2011 12:57 AM PDT

Wajib Ikut Pemimpin Yang Memahami Islam Dan Menjadikan Akhirat Sebagai Matlamat
1. "Saudara-saudara yang berada di Pahang jika ingin ke Kuala Lumpur, ada papan tanda yang disediakan oleh pihak berkuasa. Ada papan tanda ke Johor, ke Temerloh dan ke Kuala Lumpur. Jika ikut papan tanda ini, kita tidak akan sesat sekalipun kali pertama melalui jalan raya tersebut. Demikian juga perjalanan kita ke akhirat, ada papan tanda yang disediakan oleh Allah SWT. melalui NabiNya Muhammad SAW. Jika di ikut papan tanda ini, kita tidak akan sesat sama sekali. Papan tanda itu ialah Islam..."
(Ceramah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Darul Hikmah, Pahang pada 24 Februari 2011).

2. "Jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur, kena cari pemandu yang tahu jalan ke Kuala Lumpur. Jika pemandu yang kita tumpang itu hanya tahu jalan setakat Gua Musang, kita tidak akan sampai ke Kuala Lumpur dan terpaksa turun menumpang kenderaan lain. Demikian juga dengan pemimpin, kita kena cari pemimpin yang tahu jalan ke akhirat. Jika hanya tahu memimpin setakat dunia, bagaimana kita mahu meneruskan jalan ke akhirat..?"
(Ceramah di kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa pada 29 April 2011).

3. "Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama menyusuri bukit bukau sudah pasti dicemari dengan kelodak apabila tiba di muara sungai, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis. Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. memerlukan penapis yang bersih. Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu.."
(Ucapan di Himpunan Awam Warga Kota Darul Naim pada 5 Mac 2011).
Posted by Azman Mukhattitul Madani al-Shah Alami at

TAULADAN UNTUK FRU !

Posted: 08 Oct 2011 05:51 PM PDT

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama, tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap…."saya minta maaf banyak-banyak." Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.




Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!" Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu.."sapa tu?"


"Polis pencen…tak betui dah!!" jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…"sabor Yop!"..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. "Waalaikum salam. huk..huk..huk." Tak gila pun!

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?" aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

"Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang." Tiba-tiba dia berhenti menangis.

"Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!" aku tanya.

"Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!" Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

"Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?" aku tanya.

"Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja." dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

"Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?"

"Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja."

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

"Abang ni masih kerja polis ka?"

"Tak….medikal bod. Dah dua tahun" dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

"Abang nak pi mana lepaih ni?" aku tanya.

"Nak ambik anak…dah lama dia tak balik." dia kata.

"Nak ambik kat mana?" aku tanya.

Dia diam…

"Dah berapa lama tak jumpa anak?" aku tanya.

"Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!" Haji Rahman, Che'gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

"Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang" Haji Rahman bercerita.

"Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia." kata Hj. Rahman.




"Ooooo!!!" Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?"

" Dulu dia jaga orang demo… main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang.. dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la." Cerita Hj. Rahman.

"Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?" aku tanya.

"Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal.. tapi dia tak pakai. Dulu bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!"

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. "Mamak Zamree!! Teh tarik satu!"
Gua no komen.... itu urusan Allah samada nak bayar cash dunia atau pakai kredit di mashyar, lu orang pikirlah sendiri....!!!!

TAULADAN UNTUK FRU !

Posted: 08 Oct 2011 05:51 PM PDT

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama, tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap…."saya minta maaf banyak-banyak." Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.




Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit.."hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!" Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu.."sapa tu?"


"Polis pencen…tak betui dah!!" jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…"sabor Yop!"..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. "Waalaikum salam. huk..huk..huk." Tak gila pun!

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?" aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

"Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang." Tiba-tiba dia berhenti menangis.

"Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!" aku tanya.

"Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!" Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

"Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?" aku tanya.

"Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja." dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

"Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?"

"Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja."

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

"Abang ni masih kerja polis ka?"

"Tak….medikal bod. Dah dua tahun" dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

"Abang nak pi mana lepaih ni?" aku tanya.

"Nak ambik anak…dah lama dia tak balik." dia kata.

"Nak ambik kat mana?" aku tanya.

Dia diam…

"Dah berapa lama tak jumpa anak?" aku tanya.

"Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!" Haji Rahman, Che'gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

"Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang" Haji Rahman bercerita.

"Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia." kata Hj. Rahman.




"Ooooo!!!" Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?"

" Dulu dia jaga orang demo… main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang.. dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la." Cerita Hj. Rahman.

"Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?" aku tanya.

"Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal.. tapi dia tak pakai. Dulu bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!"

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. "Mamak Zamree!! Teh tarik satu!"
Gua no komen.... itu urusan Allah samada nak bayar cash dunia atau pakai kredit di mashyar, lu orang pikirlah sendiri....!!!!

PAS KOTA TINGGI

Posted: 09 Oct 2011 01:59 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


PAS Desak Jabatan Koperasi Siasat Tan Sri Isa Samad

Posted: 08 Oct 2011 11:18 PM PDT


PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agong sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.

Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.

KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.

Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011. KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli.

Apa yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri sendiri untuk menerajui KPF didakwa hanya berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.

Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri.

Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF.

Kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda – banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat.

Antaranya:

1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.

2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.

Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu.

Demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 09 Oct 2011 01:56 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


PERKASA Kecut Perut Sampai Panggil Mat Sabu 'YB' !!

Posted: 09 Oct 2011 12:26 PM PDT

Begitu terserlahnya ketakutan wakil-wakil dari PERKASA hingga Abg Mat dengan dipanggil gelaran 'Yang Berhormat'. Bila dah gelabah, takut dan penuh rasa bersalah, akan menyebabkan tangan terketar-ketar dan boleh tersasul hingga dilihat... buta sejarah.

Edyes menjadi konfius! Setahu Edyes dalam pilihanraya umum 2008 lalu Abg Mat tewas dengan beberapa ratus undi sahaja untuk digelar YB. Edyes juga terus menelifon rakan-rakan di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk bertanya adakah Abg Mat diangkat menjadi ahli senator? Jawapannya belum lagi setakat ini.

Tu dia... punyalah ketaq... Dari lenggok badan wakil samseng juga dapat dilihat geri ketakutan mereka. Part last mungkin tidak sempat dirakam oleh empunya video - apabila kedua-dua wakil salam Abg Mat dan mohon maaf kepada kepada beliau. Biasanya orang mintak maaf nie sebab marah atau sebab rasa bersalah ?

Edyes tak berapa gemar nak kata orang lain bodoh atau bengap... tapi cara mereka bertindak untuk menghantar memorandum tu memang mendatangkan kekecohan di Rembau bila sepanduk menghina Abg Mat direntang. Terpalit pula peristiwa 'geng jahat' yang sama ini melontar batu hingga menyebabkan kecederaan orang awam ketika di Masjid Ampangan minggu lepas. Akhirnya di Rembau, mereka pula yang lari melintang pukang - sila baca di sini .

Sudahnya mereka sendiri yang menunjukkan kebodohan apabila Abg Mat digelarnya YB. Atau apakah Abg Mat mempunyai aura tersendiri hingga mereka begitu menghormati Abg Mat.

Di sini juga ingin Edyes ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada che'GuBard yang menjadi 'Man of The Match' malam itu juga selaku tuan rumah. Tahniah juga SAMM dan Unit Amal yang membuat benteng beberapa lapisan termasuklah aksi hambat-menghambat dan tahniah juga kepada penyokong PR dan orang-orang tempatan yang turut membantu mengekang samseng 'ketaq lutut' ini.

Difahamkan juga, menurut maklumat dari 'orang kita' yang menyusup dalam kumpulan yang kecewa ketika di Rembau tempohari, mereka akan sekali lagi membuat kacau di program Md Sabu seterusnya di Segamat pada hari Isnin 10hb nanti.

Mereka barangkali tidak menyedari bahawa Chegubard dan SAMM juga akan turut berada di Segamat malam tersebut. Harus diingat, kami di Rembau adalah selaku tuan rumah. Di Segamat situasi pasti lebih berbeza dan tiada muka lagi buat 'geng jahat'!

Ayuh bersama kita pertahan pimpinan dan lebih penting, pertahan penduduk tempatan selaku orang awam (yang juga terdiri dari wanita dan kanak-kanak) yang akan hadir mendengar penerangan Abg Mat. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau?

Esok ( 10/10/2011 ) Pembubaran Parlimen ??

Posted: 09 Oct 2011 12:13 PM PDT

Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu. Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi.

Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.

Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.

Kenapa Isnin ?

Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu jufa, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.

Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.

Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.

Dua kem

Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.

Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.

Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.

Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.

Faktor Anwar

Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian.

Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.

Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.

Mahathir masih 'tulang belakang'

Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.

Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.

Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini (Jumaat). Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung.

Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012!/mc

Akhirnya, Mahathir vs Najib

Posted: 09 Oct 2011 12:07 PM PDT

Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula.
Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan tidak bukan, Abdullah Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Tetapi walaupun hubungan mereka baik sebelum ini, apabila Badawi mula memansuhkan projek-projek besar Mahathir, orang tua itu tidak menyukainya dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Tetapi itu tidak mencukupi bagi Abdullah, yang ketika itu sedang menunjukkan imej reformnya. Badawi telah melakukan sesuatu yang tidak disangka, dengan melepaskan musuh ketat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang Mahathir telah bersusah payah untuk memasukkannya ke dalam penjara. Dan penambahnya pula, Badawi mendakwa kawan lama Mahathir, Eric Chia, atas tuduhan jenayah penyelewengan.
Semua perbuatan-perbuatan ini melukakan Mahathir, tetapi yang menambah garam pada luka ialah apabila langkah-langkah ini disambut dengan hebat dan meriah. Tidak biasa diketepikan, Mahathir tidak dapat berdiam diri dan mula mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, bertujuan untuk memperlekehkan dan akhirnya menjatuhkan penggantinya itu. Ia mengambil masa beberapa tahun dan kegagalan dalam pilihanraya pada tahun 2008 untuk akhirnya menyingkirkan Badawi, tetapi itu kerana sebelumnya Badawi telah membawa kemenangan besar untuk BN pada pilihanraya tahun 2004.
Begitu juga, pada April 2009, Abdullah digantikan oleh Najib Razak, seorang lagi pengganti Mahathir yang dipilihnya sendiri. Sekali lagi, Mahathir menyepi, timbul sekali-sekala seperti seekor jerung yang mengamati mangsanya pada majlis-majlis seperti pelancaran Perkasa dan lain-lain lagi badan-badan pro-Melayu. tetapi secara kasarnya, dia masih berdiam diri, memberi ruang kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri walaupun terdapat desas-desus yang Najib takut untuk melakukan apa-apa yang boleh menyinggung perasaan orang tua itu.
Mahathir kembali di atas pelana?

Tetapi hari-hari itu sudah mula berakhir. Kini Mahathir berada dalam berita hampir setiap hari. Apaila ada isu yang keluar, seperti pelancaran Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat Selasa lepas, pemberita berpusu-pusu untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa bulan kebelakangan ini, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar". Amaran yang kelihatannya seperti tidak diendahkan oleh Najib Razak, dan ini menimbulkan kemarahan bekas Perdana Menteri itu.
"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kiat boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir kepada pemberita pada hari Selasa.
Dan sewaktu hujung minggu, ini yang dikatakan oleh Mahathir. "Jika pilihanraya umum diadakan sekarang, UMNO mungkin akan kalah besar kerana sokongan terhadapnya sudah pudar," lapor Bernama seperti yang dikatakan oleh Mahathir pada hari Ahad.
Bekas Perdana Menteri itu sudah pastinya mempunyai alsan yang kukuh untuk memberi amaran kepada Najib kerana Perdana Menteri itu sekarang ini sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Najib akan membentangkan Belanjawan 2012 BN pada hari Jumaat tetapi peluangnya untuk meneggelamkan Belanjawan Pakatan adalah sangat tipis, walaupun kita boleh menjangka media yang dikawal kerajaan akan menggembar-gemburkannya.

Kehilangan kepercayaan rakyat

Tetapi mungkin Mahathir benar. Tentunya ini bukan waktu yang sesuai untuk Najib mengadakan pilihanraya. Semangat rakyat tidak bersamanya. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan ini tidak diberikan oleh Najib. Sebaliknya, mereka terpaksa akur dengan apa yang Mahathir mahu atau apa yang difikirnya adalah yang terbaik kerana Najib terlalu lemah untuk melawannya.
Oleh itu, adalah agak terlambat untuk Najib mendapat kembali tumpuan dan melakukan sedaya-upayanya. Sentimen awam bertentangan dengannya, dan rakyat menyalahkan Najib. Yang sering terngiang-ngiang di minda mereka adalah skandal-skandalnya dan sememangnya, tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang dibebani dengan begitu banyak skandal seperti Najib Razak. Dan kerana ini, tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain dirinya sendiri.
Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya. Tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis.
Kes pembunuhan Altantuya ini menunggu penyudahannya, kerana hakim yang menjatuhkan hukuman gantung ke atas dua pengawal peribadi Najib masih belum menulis penghakimannya lagi; membuatkan ramai yang bertanya - adakah ini penututpan kes bunuh yang terbesar dalam sejarah Malaysia yang melibatkan sistem kehakiman dan kerajaan?
Kemudian ada pula isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.
Kemudian ada juga kes perbicaraan Sodomi II yang sedang berlangsung, dengan adegan 'beri kami sepina kalau mahu lihat kami di mahkamah' yang dimainkan oleh Najib dan Rosmah. Adalah mencabar logik akal sekiranya paasngan itu alah kepada mahkamah untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan memerangkap Anwar Ibrahim. Halim dijangka membuat keputusan mengenai alasan bertulis Najib yang beliau tidak tahu-menahu tentang kes perbicaraan Sodomi II itu pada hari Khamis, alasan yang sama yang diberikan oleh Rosmah.

Mahathir memberi amaran kepada Najib

Sudah pastinya Mahathir sedang marah. Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini.
Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.
Patutlah berpendapat sekiranya pilihanraya diadakan pada tahun ini, BN dan UMNO akan hilang kuasa dalam kerajaan. Jadi sekarang, Mahathir Mohamad bertindak dengan serupa seperti apa yang beliau lakukan terhadap Abdullah Badawi - untuk memastikan Najib masuk balik ke dalam botol, seperti jin buruk, dan jika perlu, digantikan sebelum pilihanraya akan datang.
Najib lawan balik

Barangkali inilah puncanya Najib tidak mengambil peduli. Dia masih berusaha keras untuk meraih kembali sokongan untuk menang dalam PRU-13 dengan seberapa besar majoriti yang mungkin. Ya, Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan pilihanraya sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember. Dia merupakan seorang Perdana Menteri tanpa mandat rakyat, mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi di atas pengundurannya daripada kerusi Presiden UMNO pada tahun 2009. Jika Najib meraih mandat rakyat sebelum mesyuarat agung UMNO pada bulan Disember nanti, adalah lebih sukar untuk menyingkirnya daripada kerusi Presiden UMNO.
Terdapat juga spekulasi bahawa majlis tertinggi UMNO mahukan rancangan pemindahan kuasa yang terperinci daripadanya kepada Muhyiddin. Najib tidak dijangka untuk menghabiskan tahun 2012 sebagai PM walaupun BN berjaya mengalahkan Pakatan pada PRU-13. Oleh itu, adalah lebih penting lagi buat Najib untuk meraih mandat rakyat untuk mempunyai apa-apa kuasa dalam kepimpinan UMNO.
Untuk Mahathir pula, persembangan-persembangan di kedai-kedai kopi di seluruh negara adalah untuk membuang masa sehingga pilihanraya parti diadakan pada Oktober 2012, di mana Najib dijangkamendapat tentangan keras daripada timbalannya, Muhyiddin Yassin. Alternatifnya, Mahathir mahukan rancangan pemindahan kuasa bermula semasa pertemuan delegasi parti pada minggu pertama Disember tahun ini. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.
Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.

MENTERI ADALAH TUHAN ORANG UMNO?

Posted: 09 Oct 2011 12:01 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Rezeki peniaga disekat kerana tak hadir program menteri

SEORANG peniaga buah hilang mata pencarian hanya kerana tidak dapat menghadiri program bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Tapak sewaannya di Pasar Tani tempat beliau mencari sesuap nasi telah digantung. Bayangkan, bagaimana beliau mahu mencari rezeki? Bagaimana beliau mahu menyara anak dan isterinya?

Lihatlah bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya dengan sesuka hati untuk membuli rakyat bawah. Pemimpin bersenang lenang di kerusi empuk, di dalam bilik berhawa dingin menekan rakyat susah.

Sudahlah mereka ini susah bagaikan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", hanya kerana tak dapat hadir program bersama pemimpin yang suka diampu ini, mata pencariannya disekat.




Klik pada imej untuk besarkan

Negara ini negara rakyat, pemimpin dipilih untuk menguruskan negara supaya dapat menaikkan taraf hidup rakyat. Tapi menteri tak sedar diri menggunakan kuasa untuk menekan rakyat susah.

- milosuam


Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

Najib Tak Percaya 3 Perkara N/Kebajikan -A. Hadi

Posted: 09 Oct 2011 11:44 AM PDT

KL 9 Okt11: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya.

Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah.

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

"Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

"Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya.

BN nafi hak

Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun juga katanya, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.

Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya.

Selain itu, manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya.

"Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu rakyat menilai bahawa Negara Berkebajikan yang mahu dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya berbanding BN yang memfokus kepada pemberian subsidi semata-mata.

Konsep Negara Berkebajikan PAS jelasnya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas serta keperluan sosial yang wajib dipenuhi.

Lebih penting, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. (IH)

Wilayah RI Dicaplok Malaysia Lagi?

Posted: 09 Oct 2011 11:38 AM PDT

Persoalan perbatasan bermuara pada satu hal. "Kesadaran ruang kita benar-benar minim.

Peta perbatasan Indonesia-Malaysia di Kalimantan

Jakarta 9 Okt 11: Jndonesia dan Malaysia kembali berurusan dengan masalah perbatasan negara. Kali ini, seperti diungkapkan Wakil Ketua Komisi I DPR, TB Hasanuddin, Indonesia berpotensi kehilangan 1.400 hektare tanah di Camar Bulan dan 80 ribu meter persegi di pantai Tanjung Datu, Kalimantan Barat karena dicaplok Malaysia.

Dugaan pencaplokan wilayah Indonesia ditemukan Hasanuddin saat berkunjung ke sana, dua bulan lalu. Ada sejumlah warga yang diusir dari kedua wilayah ini oleh patroli Malaysia. "Malaysia bilang, itu kampung Malaysia."

Dia mengaku sudah menyampaikan temuannya itu ke anggota Komisi I DPR yang lain. "Tanggapan mereka positif. Semoga dalam waktu dekat ada tindak lanjut, termasuk memanggil Menteri Luar Negeri untuk menjelaskan ini."

Hasanuddin kemudian mengacu pada Traktat atau Perjanjian London, kesepakatan bersama antara Kerajaan Inggris dan Hindia Belanda terkait pembagian wilayah administrasi tanah jajahan kedua negara. Traktat ini memasukkan Camar Bulan ke wilayah Indonesia.

Namun, Wakil Kepala Penerangan Kodam Tanjungpura, Letkol Inf Totok, memberikan fakta sebaliknya. Menurutnya, Camar Bulan masuk wilayah Malaysia.

"Hal ini berdasarkan pertemuan antara Indonesia-Malaysia di Semarang tahun 1978 yang memutuskan wilayah Camar Bulan masuk ke wilayah Malaysia," kata Totok.
Meski demikian, Totok mengakui, jika Traktat London memasukkan Camar Bulan ke wilayah Indonesia.

Meski ada Traktat London, kata Totok, TNI bertugas menjaga perbatasan berdasarkan keputusan tahun 1978 di Semarang. "Untuk Kalbar ada 966 km, 30 pos penjagaan termasuk di wilayah Tanjung Datuk dan Camar Bulan," ujarnya.

Wilayah yang menurutnya bermasalah adalah pantai Tanjung Datu (berada di Dusun Camar Bulan), Sungai Buan, Titik D 400, Gunung Raya, dan Sungai Aum. "Kami sedang mempermasalahkan lima kawasan perbatasan itu," kata Totok.

Bagaimana tanggapan pemerintah atas temuan Komisi I DPR ini?
Staf Presiden Bidang Hubungan Internasional, Teuku Faizasyah, menyatakan pihak istana belum bisa menanggapinya. "Kami belum bisa mengomentari hal-hal semacam ini. Saya sendiri belum kordinasi dengan Kementerian Luar Negeri," kata Faizasyah.

Dia mengaku belum tahu apakah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mendengar dan menerima laporan pencaplokan wilayah tersebut. Namun, kata dia, informasi itu harus dipastikan dulu kebenarannya.
"Kita masih ingat soal helikopter Malaysia yang dikabarkan berulah di perbatasan kita, ternyata setelah diklarifikasi kejadiannya tidak benar," tambah dia.

Menurut Faizasyah, batas wilayah Indonesia dengan Malaysia itu sangat panjang dan kompleks. Sehingga, untuk menentukannya sangat sulit. "Makanya ada tim teknis yang secara khusus membahas perbatasan kita dengan Malaysia secara rutin," kata dia.

Bermasalah dengan 7 NegaraDirektur Perjanjian Internasional, Politik dan Keamanan Wilayah Kementerian Luar Negeri, Rachmat Budiman menyebut Indonesia bermasalah dengan tujuh negara dalam soal batas negara, yakni Malaysia, Singapura, Vietnam, Filipina, Palau, Thailand, dan India. Indonesia sudah melakukan perundingan. Dan, perundingan intens berlangsung dengan Malaysia dan Singapura.

Perundingan perbatasan lainnya yang sedang dilakukan oleh Indonesia adalah dengan Filipina. Tetapi, katanya, dengan adanya konflik internal di Filipina terkait polemik penentuan titik koordinat baru yang dipersoalkan oleh warga negaranya, maka perundingan dihentikan sementara.

Selain dengan Filipina, Indonesia juga sedang melakukan perundingan dengan Republik Palau. Pertemuan sudah digelar dua kali, namun belum menghasilkan kesepakatan. Selain itu, sambungnya, Indonesia juga sedang melakukan penjajakan dengan India dan Thailand terkait penetapan batas ZTE.

Menanggapi persoalan batas negara yang terus melanda Indonesia, pengamat militer dan pertahanan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Jaleswari Pramodhawardani, menilai Indonesia harus memanfaatkan posisinya sebagai Ketua ASEAN untuk mempertegas batas wilayah dengan negara tetangga.

"Negara-negara lain itu sedang agresif memperluas wilayah mereka, seperti China dan Amerika Serikat. Lah, kita masih saja sibuk menghadapi persoalan pencolongan wilayah," kata Jaleswari.

"Pemerintah harus memanfaatkan posisi sebagai Ketua ASEAN untuk memasukkan masalah perbatasan dalam agenda utama pertemuan ASEAN Community 2015."

Dia menilai persoalan perbatasan yang terus mendera Indonesia bermuara pada satu persoalan. "Kesadaran ruang kita benar-benar minim."

BAJET `STOK PENGHABISAN' OLEH NAJIB, UNIT AMAL, AMK, PEMUDA DAN SAMM BERKUMPUL DI SEGAMAT MALAM INI

Posted: 09 Oct 2011 11:34 AM PDT




PERKASA semakin mengganas. Sasaran mereka adalah DS Anwar dan Mat Sabu kerana kedua-dua tokoh ini akan menjadi `tukang gali kubur' buat Umporno selepas Pilihanraya Umum akan datang. Bajet Najib tidak dapat membayar `beribu' kemusnahan dan pembaziran yang telah dibuat oleh beliau dan isteri tercintanya selama beliau memimpin negara ini.

Ramai yang kata, Najib mengumumkan Bajet seperti tokeh supermarket yang mahu bankrap atau gulung tikar. Tokeh ini mesti akan membuat `Jualan Stok Penghabisan' dengan harga yang amat rendah. Ini bukan menandakan Tokeh ini untung besar, tetapi sebagai tanda mahu bankrap maka tidak perlu fikir lagi untung rugi dengan jualan stok penghabisan itu. Begitulah Najib, dia tahu Kerajaan tidak mampu sebenarnya untuk melaksanakan apa yang terkandung di dalam Bajet tersebut apatah lagi unsur-unsur rasuah masih berleluasa di dalam kabinetnya. Namun, Najib nekad kali ini mudah-mudahan rakyat akan terpedaya dengan janji-janji di dalam bajet beliau kali ini sebelum beliau umumkan pembubaran Parlimen.

Di dalam situasi sedemikian, musuh yang terpaksa dihadapi oleh Umporno adalah DS Anwar dan Mat Sabu. Kekuatan PR banyak terletak di tangan kedua-dua tokoh ini. Maka, satu tindakan mesti dilakukan agar kedua-dua tokoh ini tidak dapat menghampiri rakyat. DS Anwar mesti dicegah dari menerangkan banyak isu kemungkaran dan penyelewengan serta salah guna kuasa pimpinan Umporno. Mat Sabu pula mesti disekat dari `mengajar' sejarah kepada rakyat tentang siapa sebenarnya pejuang tanahair dan siapa pula pengkhianat atau tali barut penjajah.

Justeru itu, setiap program kedua-dua tokoh ini akan cuba disekat atau diganggu. Alatnya adalah PERKASA kerana Umporno tahu PERKASA boleh berbuat demikian. Itulah standard PERKASA yang ada pun. Maka, terdapat beberapa ceramah DS Anwar dan Mat sabu sebelum ini diganggu.

Malam nanti (10 Okt 2011), bertempat di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) akan diadakan program ceramah oleh Mat Sabu dan Chegu Bard. Program ceramah kedua-dua tokoh ini di Rembau berjaya membuatkan geng PERKASA `putih tapak kaki' di perhambat oleh Unit amal dan SAMM serta para penyokong PR. Di Labis, mereka menggila lagi umpama penyakit anjing gila. Dengar khabarnya di Segamat malam nanti `virus' anjing gila akan sampai ke sana.

Pesanan buat Penganjur di Segamat, tentukan Unit Amal mencukupi dan bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa yang perlu. Difahamkan kehadiran SAMM malam nanti akan membantu Unit Amal untuk mengawal keselamatan penceramah dan orang ramai yang hadir. Taklimat perlu diberi agar semua mereka akan faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jangan terlalu mengharap pada pihak Polis kerana PERKASA tidak takut kepada Polis kerana mereka ada sebab untuk tidak takut.

Bagi Unit-Unit Amal sekitar Segamat dan seluruh kawasan Johor mesti diturunkan di Segamat malam ini. Anggota-anggota SAMM samada di Johor, K.L, Pahang dan Terengganu juga ditagih khidmat mereka. Begitu juga dengan AMK atau Pemuda dari Pakatan Rakyat. Kita perlu bersama di barisan hadapan untuk menunjukkan kepada PERKASA, mereka tiada tempat untuk menunjukkan samseng mereka. Ayuh, kita ke Segamat malam ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi 013-7149720./wfauzdin.blogspot.com

Hasil judi/arak juga termasuk kumpulan wang yang di satukan !!siapa kesah?

Posted: 09 Oct 2011 05:21 AM PDT

Haktuih!!!!
BUDGET BELANJAWAN YG NAJIB UMUMKAN SMALAM ADALAH WANG DARI KUMPULAN WANG YG DI SATUKAN.

DARIMANAKAH SUMBER WANG YG DISATUKAN ?.

TAHUKAH ANDA,SELAIN DARI CUKAI DAN SUMBER HALAL YANG LAIN.WANG TERSEBUT JUGA BERCAMPUR DENGAN SUMBER YG TIDAH HALAL IAITU HASIL WANG JUDI..

INI FAKTANYA..UMNO..JANGAN NAK NAFIKAN..

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010
Posted on Disember 8, 2010 by Pelapor

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 September 2010 1,952,406,090.08

2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan saha
ja.

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Oct 2011 11:19 AM PDT

Batu Gajah Mari


Video Perjumpaan Wakil Perkasa: Mat Sabu terbaek!!

Posted: 08 Oct 2011 11:37 PM PDT


Cayalah Abang Mat..
Tapi aku tengok tegelak jugak..
Memang deme tak tau ape-ape pun..
Panggil Mat Sabu YB.. hahaha.. bila masa Mat Sabu YB?
raut wajah perkasa pucat lesu...

tapi saya bangga dengan Mat Sabu.
Sanggup berjumpa.. walapun tanpa diundang...

UMNO cuak!!! 2 nama besar sertai PAS!!!

Posted: 08 Oct 2011 09:58 PM PDT



oleh: Muhammad Faeez
TAIPING, 7 Okt: Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh besar. Mereka ialah Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Adnan Ibrahim dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh besar ini telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning Taiping.

Dato' Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO selepas pulang dari tanah suci.

" Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan UMNO. Tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.

"Perjuangan UMNO hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

" Bekas Pegawai Tinggi TLDM dan Bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS ?," katanya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak

" Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya UMNO. UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Oct 2011 11:07 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


NAJIB TIDAK FAHAM NEGARA BERKEBAJIKAN

Posted: 08 Oct 2011 07:08 PM PDT

E-mail Print PDF
Berikutan ucapan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen sebentar tadi bahawa BN telah melaksanakan konsep negara berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas negara berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.

Pertamanya negara berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya negara berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan.
Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri negara berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim dikala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri negara berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS. Oleh itu rakyat harus sedar bahawa 'Negara Berkebajikan' yang hendak dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara dimasa rakyat diperlukan semata-mata.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Oct 2011 09:52 AM PDT

KHIDMAT MERU


MEMBACA AYAT AL-QURAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM DAP

Posted: 08 Oct 2011 03:34 PM PDT



























YB Dr Abd Rani bin Osman selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor membaca petikan dari ayat Al-Quran dan terjemahannya dalam satu majlis Makan Malam anjuran DAP yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang.


Majlis itu turut dihadiri oleh YB Tony Phua, YB Teng Chang Kim, YB Teo Ni Ching, YB Gobind Singh dan YB Lau Weng San .


Dr Rani menjelaskan bahawa unjuran untuk berbaik-baik dan saling hormat menghormati antara berbagai bangsa dan kaum walau berbeza agama telah lama termaktub didalam Kitab Suci Al-Quran tetapi tidak langsung didedahkan oleh pimpinan umno selama ini kepada MCA atau MIC.


Selepas ucapannya, ramai tetamu yang bangun menepuk tangan dan datang bersalaman dengan Dr Rani atas penjelasan yang begitu menarik dan terang.












Jasindaily Online

Posted: 09 Oct 2011 09:32 AM PDT

Jasindaily Online


NAFI HAK POLIS DAN TENTERA : PAS KESAL

Posted: 09 Oct 2011 05:35 AM PDT

TIRU PR : USAHA AKHIR BEE END

Posted: 09 Oct 2011 05:32 AM PDT

PAK SHEIKH VETERAN PAS MELAKA KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 09 Oct 2011 05:06 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 09 Oct 2011 09:27 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Rakyat Malaysia mahu gula-gula daripada kerajaan ATAU mahu KERAJAAN YANG CEKAP DAN AMANAH??!!

Posted: 09 Oct 2011 05:55 AM PDT

Bajet tarik undi, kata Kit Siang
Limpahan 'gula-gula' bagi memancing undi - begitulah ketua parlimen DAP Lim Kit Siang menilai belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

NONELim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, ia semata-mata disasarkan menarik sokongan pengundi dengan tidak menyentuh sama sekali tentang sistem yang korup dan tidak adil.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, belanjawan itu direka untuk Najib memenangi pilihan raya dan bukan pembaharuan atau perubahan kepada sistem dan institusi dalam negara.

"Ini menyaksikan bagaimana Malaysia tewas dalam persaingan antarabangsa dan dipotong lebih banyak negara di Asia Tenggara dalam bidang ekonomi, dan pembangunan sumber manusia," katanya.

Lim berkata, badan ketelusan global Transparency International mengeluh bahawa Belanjawan 2012 gagal membawa negara ini ke arah ketelusan, yang sekali gus digambarkan penganalisis ekonomi sebagai "bukan acara untuk pasaran".

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan