|    PEJUANG BANGSA    Posted: 30 Oct 2011 11:25 AM PDT          |    Zul sudah kecewakan Abby Abadi    Posted: 30 Oct 2011 10:25 AM PDT     TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita hubungan cinta pasangan popular, Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin atau Zul sudah berakhir. Perkhabaran ini mula tersebar selepas Abby meluahkan isi hati di blog peribadinya pada Selasa lalu.   Kebetulan pada hari itu Zul menyambut ulang tahunnya ke-25. Abby secara terbuka mengakui sangat menyayangi aktor berdarah kacukan Melayu Belanda itu, namun apakan daya, keadaan dan nasib tidak menyebelahi mereka.   Harapan yang bersulam indah selama tiga tahun saling menyayangi hanya tinggal kenangan, namun dia reda biarpun hakikatnya kisah sedih itu sangat pedih untuk ditelan.   Ketika dihubungi kelmarin bagi mendapatkan penjelasan, Abby dengan rendah hati meminta supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Bukan tidak memahami tugas media, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keadaan yang sebenar.   "Saya bukan tidak mahu berkongsi, tetapi cukuplah dengan penjelasan yang saya tulis dalam blog pada 25 Oktober lalu. Saya meluahkan apa yang dirasa selepas kira-kira tiga minggu kami tidak bertemu.    "Adakalanya apabila kita sayangkan seseorang, kita kena bersedia melepaskannya. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik dan apa penyebab hubungan kami renggang, itu tidak boleh saya ulas kerana terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Zul.   "Macam yang saya jelaskan sebelum ini, biarlah dia bahagia dengan kehidupannya dan sebagai insan yang menyayanginya, saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada kini. "Tidak mengapalah andai dia tidak sedar saya selalu berada di sisinya selama ini," katanya tenang.    Abby tidak menafikan ujian ini sangat berat baginya, malah tiada kata-kata dapat menggambarkan kesedihan yang bersarang di tangkai hati. Enggan meletakkan sebarang harapan, Abby berkata biarlah takdir yang menentukan apa kesudahan hubungannya dan Zul.    |     |    Bukti Tsu Koon takut dengan Guan Eng berjaya dikesan blogger   !    Posted: 30 Oct 2011 09:37 AM PDT        Terbukti  Presiden Gerakan Tsu Koon  takut kepada Guan Eng ...kah kah kah ...   Memang elok la lu cepat-cepat letak jawatan ...lagi lama jadi Presiden , semakin seronok la Guan Eng berkuasa di tingkat 28  Komtar...    |     |    Sebab gawang gol  skuad negara  bolos 5 - 0 ketika menentang Australia    Posted: 30 Oct 2011 08:00 AM PDT   Patut la pintu gol Malaysia bolos 5 -0 semasa perlawanan persahabatan dengan Australia . Anda boleh nilai sendiri  life style penjaga gol utama negara ini   Baru saja menjadi  penjaga gol kebangsaan , sudah ada ramai awek follow  .  Gambar ini dikatakan di   Louge  Werners Bukit Bintang .  Yang lebih penting itu apa minuman yang dihidangkan di atas meja Apek dan rakan-rakannya  yang tak  cukup kain tu .  Air sarsi ke ??? haha ...   Lu fikirlah sendiri ........... Malaysia Boleh !!      
 depa ni mai stadium tak jika Apek main untuk Kelantan & Malaysia  ??     |     |    Konsert Elton John : Pemuda PAS ditegur Dr Asri jangan jadi Taliban !!    Posted: 30 Oct 2011 06:30 AM PDT    Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.   Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.   "Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.   Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.   Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.   Bercakap kepada Malaysiakini semalam,  Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.  "Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.   Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.   Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.    **  Tapi dalam PAS ada seorang digelar Mat Taliban ....patutla Dr Asri tegur ..haha   |     |    Tony Pua anggap pelajar guna Bahasa Melayu sebagai bodoh ?    Posted: 30 Oct 2011 05:17 AM PDT     Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.   Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka.    Memang terang lagi bersuluh sekarang  kenapa ramai orang-orang cina seumpama Tony pua menganggap cakap bahasa malaysia adalah amalan kasta rendah. Patutlah ramai dari kalangan mereka tergagap-gagap seperti tongkang pecah apabila bercakap melayu, ini untuk menggambarkan lagi betapa bahasa melayu itu sesuatu yang meloyakan.  Patutlah ramai majikan daripada orang cina yang amat liat untuk mengambil pekerja pengurusan mereka daripada kalangan orang melayu kerana tidak mahu ada bahasa melayu dipertuturkan di dalam kawasan kerja mereka. Takut kalau terjadinya pencemaran bunyi bahasa yang jelek di persekitaran tempat kerja.   Rupa-rupanya bahasa melayu itu bahasa orang bodoh dan bahasa inggeris itu bahasa orang pandai....rasa-rasanya ini dakyah penjajah. Nampaknya golongan yang dibawa oleh penjajah masuk ke tanah melayu juga membawa idea yang sama!   KLIK DI SINI   *** Kesian kepada  Samad Said dan juak-juak PAS -PKR yang turun berdemo dulu bantah PPSMI , rupanya DAP tak setuju dan anggap bahasa Melayu hanya untuk orang bodoh saja    |     |    Tok Him warning PAS jangan terlalu angkuh hendak Pasir Mas    Posted: 29 Oct 2011 05:20 PM PDT   Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik.   Menurutnya, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.   "Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).   "Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.   Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur.   "Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya.      |            |  
  |    Keris Pusaka Melayu    Posted: 30 Oct 2011 11:19 AM PDT         |    Azmin Ali Bodoh Bantah Undi Pos    Posted: 30 Oct 2011 01:05 AM PDT     Dia kata negara kita aman. Boleh mengundi normal.  Dia tak tahukah ada tentera jaga di sempadan untuk kekalkan keamanan dan sukar mengundi pada hari mengundi?  Azmin betul bila sebut kem dan berek tentera di tengah bandar tetapi bukankah tentera keluar ke sempadan tengah hutan dan perairan tengah lautan untuk bertugas?  Apalah nasib PKR parti kian runtuh mendapat Naib Presiden seperti Azmin.  Patutlah makin lama makin kurang ahlinya.  gambar akhbar berita harian ahad 30.10.2011 page 7                      |     |    Video Youtube : Gurauan Maut    Posted: 29 Oct 2011 07:43 PM PDT    |            |  
  |    AbangTuah    Posted: 30 Oct 2011 11:16 AM PDT    |  
  |    Tugu Bangsa Tembok Negara    Posted: 30 Oct 2011 07:30 AM PDT         |    KEMALANGAN DI SEKINCHAN : Vespa Ranggie Dihimpit Kereta    Posted: 29 Oct 2011 11:30 PM PDT    |     |    Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam    Posted: 29 Oct 2011 11:19 PM PDT   Oleh: zharifjenn
 
  Apabila disebut  Barbossa,  saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang  lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem  Pirates of The Carribean.  Namun tahukah kita, sebenarnya watak  Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala.  Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali.  (Gambar: Watak Hector Barbossa) Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddinatau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki. 
 
 Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha 
 
 Islam  pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi  Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama  infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia  (Sepanyol) tersebut.  Thariq bin Ziyad  yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan  namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq  yang disebut oleh orang barat sebagai  Gibraltar  (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan  selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era  kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan  Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu. Pemandangan dari Gibraltar. Sebelah kiri Afrika dan Sepanyol di sebelah kanan. Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan  misi Reconquista  iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu  bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa,  Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan  kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor  di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana  misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu  dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad  dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan. 
 
  Raja Ferdinand II Aragon 
 
 Misi ini memuncak ketika raja  Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan  ratu Isabella  dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of  Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang  fanatik. Umat Islam dan Yahudi dibunuh dengan kejam pada era  pemerintahannya.  Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 batang kini menjadi gereja, begitu pula  Istana Alhambra  hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan  ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di  wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki  yang ketika itu dipimpin oleh  Sulaiman I The Magnificientyang telah berjaya menakluk  Byzantium. Reconquista (790-1300) Pada  zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan  biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj  dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera  St. John of Jerusalem  atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah  membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan  Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal  tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti  oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers  kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa  dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada  komik  Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean.  
 
  Watak Captain Barbarossa dalam Pirates of the Carribean 
 
 Misi  dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan  Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia dari tangan orang Islam.  Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya  mereka selamatkan dengan membawa mereka ke negeri-negeri Afrika Utara  seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan  pangkalan pertahanan lautnya. 
 
 Penguasa  Algeria tidak seramah sultan di Tunisia. Sultan Salim pernah mengusir  Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol.  Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar  pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol  berjaya menghasut penguasa bandar  Tlemcen  (Tilmisan) untuk menentang Aruj. Aruj menyerahkan Algeria kepada  adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen tetapi di sana beliau  dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama  Islam. Pasukannya tewas namun Aruj sempat meloloskan diri disebalik  ramai yang tertewas. Namun oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya  yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur  dan gugur di medan perjuangan. 
 
  
 
 Gugurnya  Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa yang di bawah  Aruj sebelum ini berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era  Barbarossa telah berakhir di tengah-tengah lautan. Lalu, Sepanyol  menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat telah  berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut.  Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain  ancaman utama dari Sepanyol. Akhirnya Hayreddin meminta untuk melalui  Algeria supaya penguasa Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas  nama daulah Uthmaniah Turki. Mereka pun bersetuju, sehingga pada tahun  1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai  beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan  Janissari  iaitu pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin memimpin, ramai  bangsa Moor di Andalusia diselamatkan iaitu dengan 7 kali pelayaran  dengan 36 kapal direkodkan. 
 
 Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Hayreddin Barbarossa 
 
 Penguasa  Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I  dari Turki yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan  menguasai lautan dengan kehebatan Hayreddin Barbarossa. Pada tahun 1529,  di  Pulau Penon,  ketika azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke  menara masjid. Kejadian ini menjadi punca kepada peperangan hebat dan  setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di  daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk  menakluk  Vienna, Austria.  Sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal.  Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung  kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan  minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya  sebagai cappuccino. 
 
 Hayreddin Barbarossa sedang mengadap Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah 
 
 Pada tahun yang sama  Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan  Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan  Laut Tengah  (perairan Mediterranean). Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun  laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi  simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat  kaligrafi doa "Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril  mu'miniin", ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar  dan bintang segi enam Yahudi.  Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan.  Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi  pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan  simbol ini. Untuk memahami simbol yahudi ini, pembaca boleh merujuk  Rahsia Bintang Enam Israel.
 
  Bendera kapal perang angkatan laut Hayreddin Barbarossa 
 
 Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di  Malta,  namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut  Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat  beliau menjadi Panglima Laut ( Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah. 
 
 Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada  Knight of Malta  telah menyerang Tunisia dengan 25,000 lebih kekuatan di dalam 500 buah  kapal. Pertempuran tersebut amat dasyat dan Tunisia telah jatuh ke  tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya,  beliau telah berjaya menguasai  kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar. Preveza, tempat berlangsungnya perang antara Andrea dan Barbarossa Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di  Preveza  yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan  Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting  di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa  dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur  strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan  geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran  bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza  dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea  berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut  lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan  kelengkapan yang lebih canggih. 
 
 Serangan  ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan  sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria  kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di  bawah pimpinan  Hasan Agha  telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad  mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada  jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan penglibatan ulama'-ulama' di  sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang  memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan  Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain  daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dasyat ketika peperangan  tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya meloloskan diri dan kembali  ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit untuk diterima. 
 
 Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538) 
 
 Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah. Barbarossa berangkat ke Marseilles untuk merebut  Nice  dengan memimpin 30,000 tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice,  Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu  kepercayaannya,  Turgut Reis.  Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan  menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba  serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan  Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan  pertukaran hanya 3500  ducat emas.  Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah  Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada  Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin  Barbarossa Pasha. 
 
 Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545. Beliau meninggalkan anaknya Hasan Pasha  sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan  memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada  lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai " Gazavat Hayreddin Pasa"  (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah  di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin  Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di  kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah  Bosphorus.  
 
 Beliau  dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri  daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh  arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana digunakan untuk armadanya  berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam  beliau. 
 
 Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas 
 
 Kita  melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang  tertinggi di muka bumi oleh Allah kerana mempunyai pemimpin yang baik  serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke  serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat  bahawa Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan  berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di  samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam  walaupun berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.  
 
 Inilah  ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang  merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas  kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka  yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu  dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia.  Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah  dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan  digeruni musuh dan disenangi kawan. 
      |            |  
  |    Pedang Alif Ba Ta    Posted: 30 Oct 2011 07:28 AM PDT         |    Perang Poster Ganu vs Nogori Semalam    Posted: 30 Oct 2011 02:13 AM PDT    |     |    Vigil Pegang Lilin Pemimpin Pakatan Sama Amalan Paderi Gereja    Posted: 29 Oct 2011 07:56 AM PDT     Nasihat Pedang janganlah kita melawan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan upacara vigil.  Pemimpin yang melakukan vigil tidak menghormati kedudukan Majlis Fatwa yang menjadi rujukan kita umat Islam.  Bukti kebebasan mereka ialah fatwa upacara bertentangan agama yang dibuat kerajaan seperti mengalung bunga di Tugu Negara turut dilarang oleh fatwa mereka.  Maka jangan hormati orang yang hina fatwa atau beri undi kita kepada mereka.  Pemimpin tidak ikut fatwa ulama tidak boleh memerintah negara.  Fatwa  Vigii boleh anda cari guna Google.                      |            |  
  |    bumiyang    Posted: 30 Oct 2011 03:50 AM PDT    |  
  |    Politik Harian    Posted: 30 Oct 2011 03:43 AM PDT          |    Pemuda BN Mencari Bakat Baru Dalam Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri    Posted: 29 Oct 2011 09:33 PM PDT  Pemuda Barisan Nasional akan menganjurkan Pertandingan Akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri pada 29 Nov 2011 ini. Manakala saringan awal akan diadakan sepanjang November di 5 zon : 1. Zon Utara akan diadakan di Negeri Pulau Pinang 2. Zon Selatan akan diadakan di Negeri  Johor. 3. Zon Tengah akan diadakan di Negeri  Selangor. 4. Zon Pantai Timur akan diadakan di Negeri Pahang. 5. Sabah. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan wanita, berbilang bangsa, berusia 40 tahun ke bawah. Setiap pesertadiminta menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia selama 7 minit di peringkat saringan dan turut akan dimintamenjawab soalan para juri di pertandingan akhir. Ucapan mestilah berkisar kepada tajuk isu semasa yang disediakan oleh pihak penganjur atau tajuk yang peserta sendiri pilih dandi persetujui penganjur. Hadiah Juara RM5,000  Naib Juara RM3,000 Ketiga RM1,000 Dan Saguhati untuk peserta akhir besertakan piala pusingan. Kepada peserta yang berminat, sila hubunggi Sdr Lokman Adam di talian 0123320000/0355113726 atau twitter: @lokmanadam.  Anda juga boleh hubunggi  Sdr Arman PJU : 0122277266  Sdr Zaidel Baharuddin: 0192220145. Sila SMS nama penuh, No IC dan Alamat sebelum 10 November 2011.    |     |    Piala Malaysia: Jang Ranapkan Harapan Penyokong Terengganu!    Posted: 29 Oct 2011 08:24 AM PDT   
 Update: Nampaknya betul seperti apa yang telah diramalkan oleh Nujum Pak Belalang (Bro Jinggo) Negeri Sembilan Menang tewaskan Terengganu 2-1!  Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.  Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.  Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.  Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-85.  Kepada penyokong Ganu harap bersabar, cuba lagi tahun depan! Dan tak lupa ucapan syabas kepada MB N9 yang telah banyak memberi sokongan dan menghidupkan zaman kegemilangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan. Hoben Jang Hoben!!!    |     |    Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011!    Posted: 29 Oct 2011 07:49 AM PDT   
 Negeri Sembilan dinobatkan sebagai Juara Piala Malaysia 2011, setelah menumpaskan Terengganu 2-1! Hoben Jang Hoben!!!    |     |    Piala Malaysia: Separuh Masa Pertama Terengganu Gugup Di Padang!    Posted: 29 Oct 2011 06:42 AM PDT   
 Separuh masa pertama perlawanan akhir Negeri Sembilan bertemu Terengganu menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan. 15minit pertama pertahan Pasukan Terengganu banyak bocor. Manakala serangan Terngganu serba tidak menjadi! Pasukan Negeri Sembilan banyak mengasak dan banyak peluang untuk menembusi gol Terengganu. Satu kad kuning diberikan kepada permain Negeri Sembilan, Aidil Safuan.  Ganu terlebih makang ikang tadi hahaha! Hoben Jang Hoben!    |     |    Penyokong N9 Sudah Mula Membanjiri Stadium Shah Alam!    Posted: 29 Oct 2011 03:29 AM PDT   
 Mengikut ramalan nujum Pak Belalang, Nismilan monang malam ni tewaskan Terengganu 2-1 hureeyyy! Hobin Jang Hobin!    |            |  
  |    AL-Kesah AloQStaQ    Posted: 30 Oct 2011 03:21 AM PDT         |    PAS KEDAH WAJIB BERSAMA-SAMA PAS KELANTAN PERJUANGKAN HUKUM HUDUD (UNTUK TINGKATKAN PELANCONG) !!!    Posted: 30 Oct 2011 01:04 AM PDT  Aku tengok dalam paper Sinar Harian hari ini, berkenaan menjunamnya kadar kedatangan Pelancong ke Negeri Kedah sejak 2008 sehingga 2010 (tahun-tahun tersebut adalah dalam penggal PAS Kedah memerintah negeri ini), nampaknya statistik ini amat menyedihkan.
    Penurunan kadar penginapan hotel di Kedah daripada 64.6 % (tahun 2007) jatuh sehingga 49.6% (tahun 2010) adalah amat tidak membanggakan. Kemungkinannya angka tersebut banyak dibantu oleh sektor pelancongan di Langkawi (bukan Kedah di tanah besar).  
  Seandainya tidak wujud Pulau Langkawi di Kedah, sudah pasti Kedah lebih gagal lagi untuk mencapai angka yang rendah tersebut (iaitu 49.6% pada tahun 2010) ... INI SUNGGUH MEMALUKAN !
  Adakah ini mungkin diakibatkan kerana perbezaan cara kepimpinan Islam (kepimpinan Ulama PAS) di Kedah berbanding kepimpinan Ulama PAS di Kelantan (dan Terengganu pada suatu ketika dulu). 
  Apabila PAS memerintah negeri Kelantan dan Terengganu, beberapa tindakan drastik kerajaan PAS pada waktu itu telah menyebabkan ramai rakyat terbuka mata terhadap imej kepimpinan cara Islam (kononnya). Salah satunya dalam memperjuangkan hukum hudud ! 
  Walaupun PAS Kedah juga menggunakan bendera dan lambang bulan yang sama dengan PAS Kelantan, malahan PAS telah berjaya memerintah negeri Kedah pasca PRU12, sayangnya PAS Kedah langsung tidak menyebut untuk menjalankan hukum hudud seperti PAS di Pantai Timur, malahan amat jauh sekali untuk mengkaji perlaksanaannya seperti yang PAS Kelantan & Terengganu telah buat dahulu! ... 
  DRAF PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD KEDAH PUN TAK WUJUD ! ... Padahal PAS Kedah juga memakai lambang PAS yang sama !? Mereka satu parti yang sama , satu perlembagaan parti yang sama ... Apa halllll nieee PAS Kedah ????? ....
  Sebab itulah rasanya segala aktiviti pelancongan di Kedah semakin merudum, kot ?... (mungkin juga balasan Allah terhadap konda-kondi Parti PAS, di Kelantan nakkan hudud, di Kedah tak berusaha pun untuk buat hudud).
  Padahal, kalau PAS Kedah juga turut mengatakan untuk menjalankan undang-undang hudud, maka aku fikir pelancong luar pun akan rasa tertarik dan timbul keinginan untuk mai Kedah bagi melihat corak suasana pentadbiran negeri ini yang dikatakan penuh dengan ciri-ciri keislaman, tak gitu?
  Mungkinkah PAS Kedah tidak ada prinsip seperti PAS di Kelantan !? ... 
  PAS Kedah hanya sekadar mampu merampas tampuk kuasa Negeri Kedah dari kepimpinan BN semata-mata, tetapi pelaksanaan pentadbiran PAS Kedah adalah hampir serupa (baca: meniru) sahaja pentadbiran BN Kedah sebelum itu. 
  Tiada imej negeri Islam mahupun jolokan sebagai negeri serambi Mekah atau Madinah diperkenalkan yang di Kedah semenjak pasca PRU12 dahulu ! ...
  Malahan, pusat Karaoke tumbuh bercambah-cambah di pekan-pekan di negeri ini ... Pub hiburan juga muncul dan baru tumbuh di Kedah ! (Nantikan pendedahan AloQStaQBlog mengenai sebuah Pub baru dibuka di Alor Setar nanti !) ... Sememangnya maksud PAS Itu adalah PARTI ISLAM SEMALAYSIA ...
  PAS Kelantan nampak imej keislaman dalam kepimpinan negerinya ... PAS Terengganu juga (suatu masa dahulu) juga seperti PAS Kelantan ,nampak imej Islamnya... 
  Tetapi, apa imej Islam PAS Kedah ??? ... 
  Imej kepimpinan islam / ulama PAS Kedah langsung tidak nampak di mata rakyat, malahan juga tidak ada langsung perjuangan secara bersungguh-sungguh daripada PAS Kedah untuk sama-sama Kelantan berjuang menjalankan HUKUM HUDUD di Kedah !... 
  OHHHHH! Rupa-rupanya PAS Kedah mungkin gunapakai "kitab" lain, "kitab" yang tak sama dengan kitab PAS Kelantan dalam memerintah negeri secara Islam... Gamaknya, PAS Kelantan ISLAMNYA LAIN, PAS Kedah pulak ISLAM JENIS LAIN , KOT !??? ....
  Selamat melingkup PAS Kedah PRU13 !  InsyaAllah ! ....
  Kalau setakat nak memerintah negeri ikut style BN, lebih baik rakyat Kedah kasi balik undi kepada BN untuk memerintah semula , tak ada lah susah-payah nak kena melutut kat Kerajaan Pusat menagih bantuan sebab parti yang berbeza dengan Kerajaan Pusat. Lagi mudah rakyat menerima nikmat di bawah BN ! ... 
  InsyaAllah, aktiviti pelancongan & lain-lain sumber ekonomi akan lebih rancak jika BN memerintah ! ...
  Sudah Jahanam negeri aku dikerjakan PAS Kedah untuk sepenggal ini ! ....
 
  AloQStaQ 29 Okt 2011 AHAD 4:04 Ptg
 
    |            |  
  |    The Antics of Husin Lempoyang    Posted: 30 Oct 2011 03:20 AM PDT         |    Sembahyang prepaid dan postpaid?    Posted: 29 Oct 2011 06:00 PM PDT   Seorang sahabat Husin beritahu sebelum ke Mekah supaya rajin-rajin sembahyang jemaah di Masjid. "Fadilat sembahyang di Masjidil haram tu 100,000 lebih dari Masjid yang lain." katanya. "Banyak tu," jawab Husin. "Ente sembahyang berjemaah sudah dijanjikan 27 kali ganda dari sembahyang seorang diri." "Wah ... itu dah 2,700,000 kali ganda," Husin gandakan. "Lepas itu, sebagai orang yang sudah berumahtangga, sembahyang ente diberi 40 kali ganda ganjaran berbanding ganjaran untuk orang bujang." "Macam gitu sudah 108,000,000 kali ganda." "Itu satu sembahyang, belum kira lima waktu satu hari, pahala ente Allah kasi seolah-olah satu sembahyang bersamaan ganjaran 108,000,000 hari atau kurang dari 300,000 tahun punya sembahyang," Kawan ana terangkan. "Macam pahala sembahyang seumur hidup. Pahala sembahyang prepaid ...." Husin hanya terkata, "Alhamdulillah, baguslah itu. Tapi macam mana pula yang post paid? Pening fikirkan dosa tinggalkan sembahyang yang banyak ..."    |            |  
  |    tunku    Posted: 30 Oct 2011 03:08 AM PDT         |    Dr Mahathir Urges Rich Nations To Give Small Fraction Of Zakat To Poor Countries    Posted: 29 Oct 2011 09:19 AM PDT   LANGKAWI, Oct 29 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad has suggested that a small fraction of the zakat money from rich Muslim nations be set aside to help poor countries or poor people in other countries. The former prime minister said the zakat money would be distributed to the eight Asnaf (eight categories of people), adding that in most of the rich Muslim nations, the eight Asnaf did not exist anymore. He said that if they did exist, the amount of zakat money collected would far exceed their needs. "But, if we consider ourselves as the Ummah, the community of Muslims using the zakat for the poor in other countries cannot be considered as breaching the categories of the people entitled to zakat funds," he added. Dr Mahathir said this in his keynote address on the first day of the Third Langkawi Islamic Finance & Economics International Conference (LIFE 3) here today. The three-day conference is themed 'Islamic Banking and Finance: Waqaf, Zakat and Sadakah As Community Empowerment And Strategies For The Economic Transformation Of The Ummaah'. It is jointly organised by the Insaniah University College, Islamic Development Bank (IDB) and Islamic Research and Training Institute (IRTI). Also present were Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, IDB president Tan Sri Dr Ahmad Mohamed Ali Al Madani and Insaniah University College Rector Prof Datuk Dr Jamil Osman. Dr Mahathir, who is also LIFE patron, said even a fraction of the 2.5 per cent zakat that was collected by all countries would be very substantial and it would go a long way to relieve the pain and sufferings of the poor. He said it would also go a long way towards developing the poor Muslim countries, in terms of building infractures over a period of time and creating jobs for them, through investment in labour-intensive industries. "Can we spend zakat funds on the infrastructures? If they are for alleviating the poverty and the wretchedness of the people in poor Muslim countries, I do not think we would be going against the injunctions of Islam," said the former prime minister. Dr Mahathir said, for the purpose of collecting and administering the zakat fund, a special institution should be set up, manned by personnel from the contributing countries. Muslims, he said, were enjoined to be charitable but they should not confine their largesse to Muslims only, adding that they should also help humanity at large, when the need arose. tunku : if this idea to become reality, i believe the will be no muslims without food or shelter in this world. we should work on this idea and act on it asap.   |            |  
  |    PANEH MIANG    Posted: 30 Oct 2011 01:23 AM PDT         |    Apa sebenar "winnable candidate" Najib?    Posted: 30 Oct 2011 12:11 AM PDT   1. As the heat of General Election is increasing, one of the most talked about issues among the BN members is inevitably about searching for right candidates to contest for the State and Parliament seats. Datuk Seri (DS) Najib had several times mentioned that BN will not place just any candidate but the candidate must be a "winnable candidate". Say what? A winnable candidate? These questions rushed into my mind. So did he also mean after all these years BN have been putting candidates that were short of having winnable qualities? 2. DS Najib further described that a winnable candidate need not hold any post in the party where an ordinary member would suffice. According to him, the most important thing is that the candidate could garner majority acceptance and support from voters within and outside the party. 3. Are those descriptions "hard and fast" rules in determining whether a candidate is winnable or otherwise? What situations warrant a preference for an ordinary member to be chosen over the party division's top brass? What benchmark should be adopted in gauging acceptance and support from the voters? Frankly, those descriptions may sound complete yet in reality those descriptions are still far from drawing any picture of certainty. 4. The notion of "winnable candidate" was first tested during Bagan Pinang State bye election. When the election was called, BN was quite worried as BN had lost all previous bye elections and due to that record, there was a possibility the opposition might strengthen its hold in Negeri Sembilan State Legislative Assembly. BN's top brass gave a directive that Telok Kemang UMNO/BN division to submit three names for consideration but Telok Kemang UMNO/BN division gave only Tan Sri (TS) Mohd Isa name as the sole candidate to contest in the bye election. This inevitably attracted criticisms from many quarters. Even Tun Mahathir opined that TS Mohd Isa was not a suitable candidate. Telok Kemang UMNO/BN division did not budge from its decision and due to its persistence the BN's top brass gambled by following the division's decision. Evidently, the gambling move paid off. BN turned as victor in Bagan Pinang bye-election, after 7 consecutive defeats in previous bye elections. 5. Viewing Bagan Pinang's experience, it was not surprising to see TS Mohd Isa won the election. He was Negeri Sembilan Menteri Besar for nearly 22 years as compared to his opponent who was hardly known to the locals. In bye elections subsequent to Bagan Pinang's, BN mostly fielded fresh faces and yet BN still manage to win them. If Bagan Pinang experience is taken as a precedent, the winnable candidate must be the one that the Division chooses and a former "wakil rakyat" or a former MP still stand a chance to contest in the election. However, for other subsequent bye elections, fresh faces were preferred. So it is not wrong for me to say that the notion of "winnable candidate" varies from one instance to another! Neither there is a conclusive formula nor rule in picking a "winnable candidate". 6. Recently, it was reported in a newspaper that the Menteri Besar of Negeri Sembilan openly offered Datuk Chua Soi Lek, the MCA President, to contest in Negeri Sembilan for the coming election. It was unclear however; whether the offer was made out of a political strategy or out of good will or might even out of desperation. No doubt, Datuk Chua is a well-known figure. One,for he is the MCA leader and another for his discreet affair. Perhaps the Chinese voters can accept him but what about the Malay voters? After all, he is not local. As seen in 2008 election, voters preferred the contesting candidate to be local. Did the Menteri Besar consider "winnable candidate" factors before throwing this offer to Datuk Chua? Truly, this is so mind- challenging! Read more...   |            |  
  |    Panglima Perang Cyber    Posted: 29 Oct 2011 11:33 PM PDT          |    Video Jaringan Gol Final Piala Malaysia Antara N.9 vs Terengganu    Posted: 29 Oct 2011 02:36 PM PDT  
 
 Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dan tahniah juga kepada Terengganu atas kehebatan anak  negeri mereka Hairuddin Omar yang menjaringkan gol kemenangan Negeri Sembilan. 
 
 
 
  Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih   |     |    Kartun Siri 7 - Negara Islam vs Isle    Posted: 29 Oct 2011 04:30 AM PDT   Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih   |     |    Penyokong Negeri Sembilan Menuju Shah Alam    Posted: 29 Oct 2011 03:56 AM PDT        Panglima dalam perjalanan pulang dan terserempak kereta penyokong nogori menuju Shah Alam.     Tol Batu 3 juga telah dipenuhi oleh peminat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia N9 lawan Terengganu.   Jalan jem beberapa kilometer.     Pasukan pilihan panglima ialah Terengganu tanpa menidakkan N9 juga mampu menang malam nanti.     Bola kan bulat dan politik pun sama bulat juga dan boleh berlaku apa sahaja...     Yang kemaruk mahu ke Putrajaya tidak mustahil tersungkur di pintu penjara.     Sinar FM tengah rancak lagu nogori dan lagu ganu kite.     Published with Blogger-droid v1.7.4    |     |    Kartun Siri 6 -  Bulan dan Roket    Posted: 29 Oct 2011 02:30 AM PDT   Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih   |     |    Kartun Siri 5 - Sanggup Kawan Dengan Syaitan    Posted: 29 Oct 2011 12:30 AM PDT   Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih   |            |  
  |    Dialog Dewasa Kritik Berasa    Posted: 29 Oct 2011 11:27 PM PDT          |    Negeri BN mana yang bakal juara?!!    Posted: 29 Oct 2011 06:31 AM PDT  
 
 
 
 Promo percuma untuk RTM. 
 
 N. Sembilan dan Terengganu bakal berentap malam ini. Kedua-dua negeri ditadbir BN. Inilah bukti jelas kecemerlangan pentadbiran BN dalam segala aspek. 
 
 Kedua-dua pentadbiran negeri juga hadiahkan subsidi harga tiket kepada penyokong mereka. Cuma Terengganu lebih RM 5 kerana ada royalti minyak. Syukur alhamdulillah. Inilah baru dikatakan pentadbiran BERKEBAJIKAN!!! 
 
 Cuba bayangkan jika Selangor yang ke Final. PASti poket para penyokong mereka akan koyak rabak. Yalah, sedangkan pemain sendiri yang menjadi tunjang kejuaraan piala AFF 2010 pun tidak berapa diendahkan (hanya beri anugerah setelah ditekan media), apatah lagi rakyat biasa yang tidak mendatangkan untung. Tengok sahajalah rupa padang di Stadium Shah Alam sekarang. Kalah padang sekolah rendah. 
 
 Walau apa pun, segala yang terbaik kami ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Tunjukkanlah persembahan yang terbaik yang bertaraf world class. Namun, siapa pun yang juara, kami tetap akan sokong, kerana kedua-duanya negeri BN!!! hahaha... 
 
 Peteh Ganu Peteh!!! 
 
 Hoben Jang Hoben!!!     |     |    Hebat PAS Kelantan: Jom Heboh kini HALAL di Kelantan.    Posted: 29 Oct 2011 06:01 AM PDT  
 
 Syabas! Hebat betul Kerajaan PAS Kelantan ini. Sudah dua tahun berturut-turut PAS membenarkan konsert JOM HEBOH dianjurkan di Serambi Mekah. SYABAS!!!  
 
 Inilah baru dikatakan Al-Halalku Wal Harammu. 
 
 Mungkin juga inilah antara hasil pencapaian KPI PAS dalam memeluk fahaman liberalisme dan pluralsime ala-Anwar. Siapa sangka, Kerajaan PAS yang sama yang  begitu allergic dengan patung rusa sekitar Kota Bharu ketika mula-mula memerintah dahulu kini sudah pandai pula menganjurkan konsert-konsert sosial seperti ini. 
 
 Inilah berkat berkawan dengan SYAITAN a.k.a. DAP!!! 
 
 Insya-Allah, tidak lama lagi orang Kota Bharu pun boleh enjoy program riadah dan pelancongan ala DAP Penang selepas ini! 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    |     |    PAS rancang penghapusan penyokong BN jika PR menang?!!    Posted: 29 Oct 2011 01:19 AM PDT  Seram sejuk rasanya apabila difikirkan nasib dan masa depan anak-anak kita jika orang Melayu terus menerus tidak bersatu. Bayangkanlah jika soal akidah pun kini dipandang enteng dan hina, apatah lagi dengan nasib dan hak anak bangsa? Malahan sudah semakin ramai golongan muda dalam PAS sendiri (parti yang sepatutnya menjadi alternatif kepada UMNO) pun sudah malu untuk mengaku dirinya Melayu dan menolak hak keistimewaan bangsa sendiri atas nama toleransi. Kononnya tidak mahu bersikap Asobiyah. Namun adakah mereka benar-benar faham apakah sebenarnya yang dikatakan asobiyah itu?
 
  Golongan ini sanggup tunduk kepada kemahuan rakan sepakatan mereka yang bukan Islam. Malah sudah berapa kali PAS menolak untuk bersatu dengan UMNO dalam ikatan Islam yang sejati sejak PRU ke 12 lalu. Apakah mereka tidak mahu mengambil iktibar bagaimana nasib bangsa Melayu benar-benar terbela hanya selepas penyatuan PAS-UMNO penghujung tahun 60-an dahulu?
 
  KELIRU. Bangsa kita sebenarnya semakin terkeliru. Ramai di antara kita yang kini tidak dapat membezakan mana satu ZINA dengan mana satu fitnah dan aniaya. Tidak lagi tahu membezakan antara agenda kafir untuk menjatuhkan Kerajaan Islam dengan gerakan membersihkan pilihanraya. Malah ramai juga di antara kita yang kini sudah dapat membezakan yang mana satu cubaan MURTAD dan makan malam perpaduan!
 
  Lihatlah sendiri bagaimana saudara seagama sendiri kini dihina semata-mata kerana mereka menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan akidah umat Islam. Sedangkan perhimpunan yang digerakkan oleh musuh Islam a.k.a IFC ini pula dipertahankan. Apakah kita sedang menuju kehancuran seperti  di bawah ini?    |            |  
  |    DARUL EHSAN TODAY    Posted: 29 Oct 2011 11:19 PM PDT          |    Bahasa Jiwa Bangsa, Tengok Bahasa Nie Korang Tau La Bangsa Mane..    Posted: 29 Oct 2011 10:00 PM PDT  
 
 Malaysia dah merdeka 50 tahun lebih, tapi masih ada lagi orang malaysia yang tak reti berbahasa melayu dengan betul walau pun bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara, pundek kan, buat malu je. 
 
 Inilah sebapnya kenapa kerajaan nak buat sekolah satu aliran, disamping mengelakan pelajar-pelajar menjadi rasis, sekolah satu aliran juga boleh membantu pelajarnya menguasai bahasa melayu dengan baik. 
 
 Banner ni sebenarnya bermaksud gadis jurujual di perlukan, tapi di sebapkan orang yang buat banner ni tak paham bahasa melayu maka banner tu jadilah bergini... 
 
     |     |    DYMM Sultan Johor Warning Pelajar Universiti...    Posted: 29 Oct 2011 07:03 PM PDT   BATU PAHAT, 29 Okt ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara. 
 
 Sultan Ibrahim bertitah para penuntut perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terbabit dengan aktiviti politik atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan. 
 
 "Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai canselor universiti ini," titah baginda dipetik Bernama hari ini. 
 
 Titah baginda, adalah lebih baik untuk "saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini." 
 
 Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini. 
 
 Sultan Ibrahim juga bertitah, antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar membabitkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah. 
 
 Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta. 
 
 komen aku: woii budak-budak, dengar tu apa yang sultan johor titah, apa korang tahu pasal politik? kencing pun bercabang nak main politik konon, settlekan belajar korang tu dulu, lepas belajar cari kerja, duit gaji tolong mak bapa korang yang susah payah beranak dan besarkan korang, korang tolong pembangkang bukan depa pernah suapkan nasi kat mulut korang atau bagi beras, bagi susu kat korang pun.    |     |    Aziz Bari Terima Peluru... Porahh...    Posted: 29 Oct 2011 05:28 AM PDT  Kahh...kahh...kahh.... Nak tergelak aku dengar si profesor kangkung dapat peluru, biase la bro, orang terdesak memang macam tu, dia sendiri tulis surat ugutan, dia sendiri pos dan dia buat-buat terkejut konon ada orang bagi dia peluru, kalau betul benda ni serius, kenapa dia tunggu sampai esok baru nak buat polis report, kenapa tak buat hari ni? benda ni benda serius beb, melibatkan nyawa, boleh main postponed ke? bengong punya profesor.     Aku harap kalau dia buat polis report, polis siasat betul-betul profesor kangkung tu, tuduhan yang dia buat tu terlalu serius dan melibat sultan. ini orang dia sanggup buat apa sahaja untuk burukan institusi raja-raja melayu. Published with Blogger-droid v1.7.4    |            |  
  |    AZLI SHUKRI    Posted: 29 Oct 2011 11:14 PM PDT          |    Isu Konsert Di Genting : PAS Terlupa Persamaan Antara Elton John dengan Anwar Ibrahim    Posted: 29 Oct 2011 10:45 PM PDT   PAS  marah Elton John datang ke Genting Highland buat konsert - alasanya  penyanyi tersebut merupakan seorang gay. Tetapi pada masa yang sama, PAS  lupa siapa Anwar Ibrahim! Elton John mengaku bahawa beliau adalah  seorang gay dan Anwar Ibrahim pula sudah dijatuhkan hukuman meliwat  Azizan dan sekarang sedang dibicakan kerana meliwat Saiful Bukhari pula.  PAS Pahang sibuk berjuang menghalang konsert Elton John, tetapi terlupa  berpuluh-puluh konsert masuk ke Selangor. PAS membenci gay, tetapi terlupa untuk berdakwah dan menyelesaikan  masalah gay yang semakin "berlambak" di Selangor dak Kuala Lumpur - apa  yang PAS telah lakukan bagi mengurangkan masalah tersebut? Gay  ini penyakit yang terkena kepada semua umat - tidak mengira Melayu, Cina  atau India - semua pelaku luar tabii ini mesti dihukum dengan hukuman  yang sama. Apabila hukum Hudud dilaksanakan, maka tidak kira Islam atau  kafir, semuanya tertakluk kepada hukum Allah tersebut. Ini bukan  penyakit umat Islam sahaja! Islam tidak diturunkan sekadar untuk  menyelamatkan orang-orang yang beriman sahaja, sebaliknya untuk  kesejahteraan umat manusia. Mana mungkin Hudud hanya untuk orang Islam semata-mata, kalau Islam itu sendiri membawa rahmat kepada seluruh manusia? Elton John dibenci, tetapi apabila PAS disuruh menyertai HIMPUN  macam-macam alasan diberi. PAS kata hukum Hudud hanya untuk orang Islam  sahaja, seperti mana solat, puasa dan zakat -padahalnya ia adalah hukum  untuk semua orang yang berada di bawah pemerintah Islam. Hukum Hudud  tidak boleh diqiaskan dengan sebegitu rupa, ia adalah hukum yang  ditetapkan untuk keadilan bagi seluruh umat manusia tidak mengira  seseorang itu Islam atau kafir. Nabi bersabda,  "Bahawa Rasulullah Sallallahu 'alihi wa Sallam telah pun menghukum  rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai  persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya". (Bukhari).   Bahkan, sekiranya kita mendakwa  bahawa hukum Hudud hanya dikenakan atas umat Islam sahaja, maka secara  tidak langsung kita telah menolak perintah Allah yang mewajibkan hukum  Islam dilaksanakan sepenuhnya. Dan di mana kita mahu meletakkan  firman-firman Allah yang mulia ini? "Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah  turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka  dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu" [TMQ al-Maidah (5):48]. Firman Allah lagi,  "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa  kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah  Allah wahyukan kepadamu" [TMQ an-Nisa (4):105]. Di sini Allah menggunakan perkataan "manusia" dan bukan perkataan "orang-orang beriman" sahaja. Firman Allah lagi,  "Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak  beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang  telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan  ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum  Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan  tunduk patuh" [TMQ at-Taubah (9):29]. Firman Allah lagi,  "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa  yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak  hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu  dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian  jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka  ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab  sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat  manusia itu adalah orang-orang yang fasik" [TMQ al-Ma'idah (5):49]. PAS sudah terlalu banyak menyeleweng dan terpesong jauh daripada  landasan perjuangannya - kerana nafsu politik dan kemaruk untuk  berkuasa, Islam telah dijadikan komoditi yang dijual beli atas nama  demokrasi. Dan apabila Islam diletakkan di dalam peti undi, maka inilah  jadinya.  (Baca juga penjelasan menarik Hizbut Tahrir di sini).   |     |    Jangan seksa kami wahai JAIS! - Rintihan Syiah Melayu    Posted: 29 Oct 2011 08:54 PM PDT    |     |    PAS Kata 5 Ribu Aje?    Posted: 29 Oct 2011 10:43 AM PDT    |     |    Malaysiakini Biadab - Siarkan Komen Pembaca Menghina Sultan Johor    Posted: 29 Oct 2011 09:30 AM PDT    |     |    Isu Hutang Negara : Laaa Kita Kena Tipu Rupanya    Posted: 29 Oct 2011 08:00 AM PDT   Pembangkang   timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt.   Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah   tanggung hutang yang besar.   1.  Kerajaan  Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi  faedah  rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil  sahaja  (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang  besar  ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen   daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
  2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)   | Malaysia | 5.6% (Terendah) |  | UK | 12.8% |  | Greek | 12.0% |  | Ireland | 11.7% |  | Sepanyol | 9.3% |  | Portugal | 7.3%. |  
 3. Hutang Negara – % KDNK (GDP) | Malaysia | 34% (Terendah) |  | Sepanyol | 60% |  | Portugal | 82% |  | USA | 90% |  | Singapura | 98% |  | UK | 158% |  | Greek | 160% |  | Jepun | 200% |  
 4. HUTANG PER KAPITA | Malaysia | RM7,918 (US$2,514)/seorang - Terendah |  | USA | US$31,000/seorang |  Belanda, Switzerland dan | US$25,000/seorang |  Luxemburg, Sweden dan Kanada | US$17,000/seorang |  | Australia | US$11,400/seorang |  
 
       5.   Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM   DSN komited  untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan   tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.  ISU   – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh   bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir,   sudah tanggung hutang yang besar. PENJELASAN 1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen: 
  | 2009 (Bilion) | 2010 (Bilion) |  | 1.1 Hutang Sektor Awam: | RM   13.8 (16.2%) | RM   17.1 (20.0%) |  | a) Hutang Kerajaan Pusat | RM   71.6 (83.8%) | RM   68.3 (80.0%) |  | b) PABK* | RM   85.4 | RM   85.4 |  | 1.2 Sektor Swasta | RM   70.0 | RM   64.2 |  | 1.3 Hutang Jangka Pendek | RM   77.8 | RM   72.1 |  | Jumlah | RM 233.1 | RM 221.7 |  
 • Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom) 2.   Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan;  bukanlah  dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang  rumah dan  sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu  membayarnya.  Rakyat bukan penjamin. 3.   Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu   hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam   atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2%   daripada KDNK. 4.   HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik   hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010;   jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a   rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya   janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak   RM100 sebulan. 5.   HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan,   hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada   rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar   gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan,   hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu? 6.   Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat –  sentiasa  ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 =  RM10.0  bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion)  melebihi  perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji,  elaun,  pencen, api dan air. 7.   Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan   kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4   bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada   tahun 2010. 8.   Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal   Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)   atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi   kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%),   Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%). 9.   Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah  berapa  % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih  rendah  (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%),  Singapura  (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%). 10.   Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918   (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda,   Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan   Kanada (US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400). 11.   Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan   hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap   negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai   KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan   bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua   perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga. (Baca artikel penuh di sini).
      |     |    Cara Mudah Fitnah UMNO!    Posted: 29 Oct 2011 05:21 AM PDT   Inilah  cara paling mudah fitnah UMNO - baru sahaja dikenakan siasatan disiplin  oleh universiti, tiba-tiba sahaja Aziz Bari menerima surat ugutan  berisi peluru. Mudah..mudah..mudah sungguh mencipta fitnah. Sebelum ini,  Anwar Ibrahim mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh, manakala Nurul  Izzah pula mendakwa anak kecilnya dijadi sasaran untuk dikorbankan oleh  pihak-pihak tertentu. Dan sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang  juga mendakwa kononnya diugut bunuh melalui sms dan surat berantai.  Tetapi, yang peliknya semua laporan polis yang mereka buat seolah-olah  hilang begitu sahaja, bahkan Anwar dan Nurul Izzah pun tidak lagi  kedengaran mempertikaikan hasil siasatan polis yang sampai sekarang  masih tidak tahu hasilnya. Seperti yang kita ketahui, PKR adalah parti  yang begitu licik dalam melakukan kerja-kerja jahat seperti ini, dan  kemudian melamparkan tuduhan kepada UMNO atau PERKASA. Sekarang, Aziz  Bari pula menerima ugutan dan tidak mustahil ia adalah agenda jahat  Pakjatan Rakyat sendiri, dalam usaha mendapat laba politik daripada isu  yang sedang dihadapi oleh profesor undang-undang UIA itu. Namun  demikian, yang menarik adalah kenyataan Aziz bari di bawah: "Ditanya  perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana  pernah  mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik  kepimpinan  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar  pemilihan  parti itu pada 2009."Maka  kenyataan Aziz Bari ini sedikit sebanyak mendedahkan petualang  sebenar  yang gemar melakukan kerja-kerja kotor bagi memburukkan nama  UMNO  melalui jalan haram - iaitu "poskan sahaja peluru dan surat ugutan"  -  maka orang akan menuduh UMNO!    |     |    Yang Lain Tu Mengapa Tak Buat Solat Sunat Sama...Jadi Penonton Aje Ke?    Posted: 29 Oct 2011 02:25 AM PDT    |            |  
  |    oyabun    Posted: 29 Oct 2011 11:13 PM PDT    |  
  |    Belantan    Posted: 29 Oct 2011 11:09 PM PDT         |    Apabila "Ratu Porno" kesayangan Nik Aziz bercakap mengenai bekalan air - S'gor dakwa kadar NRW tidak terkawal!    Posted: 29 Oct 2011 02:06 AM PDT   Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong. "Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan. Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu. "Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus. "Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan. "Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," tambahnya. Elizabeth berkata, menteri-menteri kerajaan pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, yang didakwanya, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi terbabit. Sebaliknya, tegas beliau, isu yang patut diberi perhatian oleh kerajaan pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada kerajaan Selangor yang didakwanya sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul. "Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan. "Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," tambahnya. Wahai 'Eli Bogel' : Tak payah lah memberi pelbagai alasan. Cakap saja  kerajaan Selangor nak menguasai SYABAS supaya semua hutang tertunggak selama 3 tahun sebanyak lebih dari RM300 juta untuk air percuma dapat dilangsaikan! Ingat lah wahai 'Eli Bogel' bahawa kaedah pemberian air percuma ini juga tidak betul kerana orang kaya atau yang berada di dalam zon selesa juga menikmati 20 meter padu air percuma yang sepatutnya hanya dinikmati golongan daif, miskin dan tidak berkemampuan.  Dalam pada itu pemilik kediaman bertingkat yang menggunakan meter pukal, terdapat ramai lagi yang gagal menikmati air percuma ini kerana mereka masih belum berhijrah ke meter individu. Ini juga menampakkan kegagalan kerajaan Selangor kerana mereka masih lembab melaksanakan program penukaran meter ini. Adakah ini 'adil' untuk mereka! Contohilah cara SYABAS melaksanakan program  Tabung Budi yang sedang dan telah mengenal pasti pengguna yang miskin dan daif daripada pelbagai kaum untuk diberi air percuma dan dibantu menyelesaikan tunggakan bil air mereka. Ada faham ka 'Eli Bogel'! Suara Politik Taminsari..    |            |  
  |    PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA    Posted: 29 Oct 2011 11:05 PM PDT         |    Reformasikan Kementerian Belia dan Sukan - Jika kita nak selamatkan Malaysia    Posted: 28 Oct 2011 10:51 PM PDT  Dah lama Perak Bangkit tak menggarang. Dah lama Perak Bangkit tak menjerit! Dah lama Perak Bangjkit duduk diam..... Kini kami nak rembat Kementerian Belia dan Sukan. Pertama, Si manusia yang bernama Ahmad Shabery bin Cheek. Kau nak suruh aku panggil kau Yang Berhormat. Panggil kau Shabery Cheek. Kirim salam. Berani aku nak panggil kau nama-nama mulia begitu! Shabery kau mesti ingat. Kau ni makhluk Allah seperti kami. Jadi jangan sombong dan bongkak! Jangan kurang ajar yer bro! Kau pun muda lagi. mana prinsip kau? mana idealisme kau? Mana aktivisme kau? mana Intelektualisme Kau? Kawan kami dari Mayc Kumpulan Terbuang nak mintak surat 11 Oktober , 2011. Kononnya kau sain surat atas nama KBS meluluskan AGM Tajaan Syed Hamid. Apa ni Shabery? Jangan nak bodohkan golongan terpelajar macam pejuang MAYC yang kau buang tu. Kau angkat pemimpin boneka!  Shabery? Kami nak tanya kat kamu.... kamu tahu tak pa masalah dalam Kementerian kamu? kamu tahu tak Pengarah JBS N9 yang sepetutnya sudah S54 masih nak duduk N9 yang hanya S48? kenapa jadi begini sang ketua? Kamu tahu tak Pengerah JBS trengganu di singkirkan kerana tak nak bagi Syed Rahman bikin lagi projek bangunan KBS sehingga bocor! kau jangan buat kerja main-main Shabery. Sebelum kepala kau diketuk. Sebelum kau terhantuk! Baik sedar diri sahabatku.
  Roslan Latif dah cerita siapakah sebenarnya kamu wahai Mantan Ketua Penerangan Semangat 46. Manta aktivis PAS di kampus. Kau bikin dmonstrasi kerana konon tak suka Anwar masuk UMNO dulu. Kamu dan Saifuddin Nasution siapa? kawan baik bukan.... Ini cuma ajinomoto. Takder katan dengan isu ini... Perenggan kami tulis supaya nak kasik tau kat kamu yang ramai orang kenal dan tahu siapa kamu. Kamu adalah kemalasan! Titik dan titik...
  Shabery? Siapa Syed Rahman, Mantan SUA MAYC zaman Syed Hamid di sisi kamu? Kawankan? Funder kau kah! Siapa? Cuba jelaskan kepada rakyat jelata. Jangan jadi politikus dan membibir besar cakap bek bek bek! Kau tak baguslah Shabery!
  Banyak lagi kami nak cerita ... Tapi sikit-sikit dulu ter..... Oh ya! Ada berita mengejut untuk anda... Bersedialah yer!
    |            |  
  |    PenangWasabi    Posted: 29 Oct 2011 09:41 PM PDT         |    Teresa Kok jamin “Menu DAP” HALAL untuk umat Islam?    Posted: 29 Oct 2011 01:37 AM PDT   Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang wartawan dari sebuah akhbar Cina yang kebetulan hadir di sidang akhbar Teresa Kok yang mempromosikan menu yang murah bagi menandingi harga yang ditawarkan oleh "Menu 1Malaysia". Sidang akhbar tersebut khabarnya dibuat di sebuah restoran vegetarian yang terletak di Segambut. Menurut sumber tersebut, restoran vegetarian itu milik sebuah persatuan Cina yang kuat dengan fahaman Buddha dan mengamalkan diet pemakanan vegetarian yang sangat kuat. Katanya, restoran tersebut sangat tegas dengan prinsip "vege" dan melarang sebarang unsur daging, terutamannya daging babi untuk di bawa masuk ke premis restoran tersebut. Menurutnya lagi, restoran itu menawarkan set makanan berupa nasi putih dan tiga jenis lauk sayur-sayuran dengan harga RM2 sahaja, harga yang paling murah seumpamanya di Lembah Klang. Justeru itu, Teresa Kok dan beberapa Ahli Parlimen DAP, termasuk ADUN Segambut, mahu memperkenalkan restoran tersebut kepada rakyat dan dijadikan menu harian mereka.  Menurut Teresa Kok dan pengurus restoran itu, Agnes Yap, memandangkan makanan yang disediakan di restoran tersebut berkonsepkan vege dan tegas terhadap larangan "daging" masuk ke premis itu, ianya "halal" untuk dijamah oleh umat Islam. Katanya, ada juga orang Islam yang pernah datang makan di kedai tersebut sebelum ini. Begitulah cerita wartawan Cina tersebut kepada saya. Tak perlulah saya beritahu namanya, nanti Teresa Kok cari "amoi" tu pula. Teruk pula "amoi" tu kena maki dengan Teresa Kok nanti…heh! Melalui cerita amoi tersebut, saya dapati bahawa Teresa memang bodoh dan tidak membuat "homework" sebelum berbbuat sesuatu. Tindakannya memperkenalkan "menu murah" lawan "menu 1Malaysia" jelas akan "back fire" dia balik kemudiannya. Pertamanya ialah mengenai isu hukum halal atau haram makanan tersebut. Amboi..amboi..!!! Sesedap rasa saja Teresa Kok kata makanan dan minuman di restoran itu "halal"! Apa yang Teresa Kok tahu tentang "halal"? Teresa Kok sudah mengaji habis dengan Pok Nik tentang halal haram makanan, kah? Teresa patut tahu bahawa hanya JAKIM sahaja yang berhak untuk menyatakan restoran itu halal atau haram makanannya di Malaysia? Agensi kerajaan itu saja yang diberikan kuasa untuk memeriksa dan mengeluarkan sijil halal pada sesebuah restoran, apatah lagi untuk sebuah restoran kendalian seorang yang bukan Islam! Setahu saya, restoran tersebut dilaporkan media tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM, apatah lagi disahkan halal makanannya. Tiba-tiba saja datang si mangkuk ayun bernama Teresa Kok, seorang yang bukan Islam, memberitahu bahawa restoran itu halal! Halal kepala hotak dia! Dari segi murah, memanglah murah. Kalau nak diikutkan, harga begitu pun belum cukup murah! Sebenarnya, gerai-gerai nasi lemak di tepi jalan jauh lebih murah dari restoran yang dipromosikan Teresa Kok dan pemimpin DAP itu. Sebungkus nasi lemak di tepi jalan mengandungi nasi lemak dan tiga lauk berupa sambal ikan bilis, telur, kacang dan ikan bilis goreng, serta beberapa hiris timun. Harganya baru RM1.00 hingga RM1.50 sahaja! Lebih murah dari Menu DAP yang tidak tahu sama ada halal atau tidak itu! Nampaknya, DAP dan Pakatan Haram sudah benar-benar terdesak dan tertekan dengan populariti Datuk Seri Najib yang memperkenalkan Menu 1Malaysia baru-baru ini sehingga sanggup menyuruh anak dara tua DAP yang tak laku itu meniru corak pendekatan Perdana Menteri terhadap rakyat! DAP dan Pakatan Haram sudah takut benar dengan pengaruh penjenamaan 1Malaysia yang kini mendapat tempat dihati rakyat sebagai simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Apatah lagi sejak kebelakangan ini imej Pakatan Haram sering terjejas dengan kontroversi "taik-taik" Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negeri! Ayuh! Teruskan momentum sokongan rakyat kepada kerajaan BN. Rakyat yang tertipu dengan pembohongan Pakatan Rakyat sudah menyedari betapa busuknya hati DAP, PKR dan PAS dengan cara yang keji demi merebut kuasa politik. Rakyat sudah sedar betapa BN telah difitnah oleh Pakatan Haram! Sumber : MyKMU.net Penang Wasabi..    |            |  
  |    PISAU.NET    Posted: 29 Oct 2011 09:29 PM PDT         |    Tahaluf Siyasi Khawarij PAS Bukti Sebagai Tunggangan DAP    Posted: 29 Oct 2011 06:00 PM PDT  Khawarij PAS bertahaluf siyasi,istilah yang diguna pakai ternyata benar benar memperbodohkan penyokong sendiri.Dalam masa mereka menjaja agama,akidah dan hukum Allah sebagai produk politik,mereka tetap menganjingkan diri sebagai suruhan DAP.
  Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP. Awal awal lagi pemimpin khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri,sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri. Tindakan pre ampitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.  Pisau melihat khawarij PAS bersungguh sungguh menyakinkan  penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan khawarij PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar. Dokumen dibawah yang didedahkan oleh Yb Zulkifli Noordin membuktikan bahawa khawarij PAS tidak akan sama sekali memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat federal. Di bawah ini dilampirkan petikan sulit  fail taklimat rahsia bertajuk  "Formula Kemenangan" yang diadakan pada  18 Januari 2011. Baca dan  fahami sendiri motif Hudud PAS.
  Hudud PAS  bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk  PRU13.
 
  Justeru apa maknanya tahaluf siyasi versi khawarij PAS? Adakah walaq kepada DAP menjadi keutamaan? Pisau kata  " kesian penyokong pas,dah banyak kali kena tipu"   |     |    Dr Hassan Ali Saksi Permurtadan Di Selangor    Posted: 28 Oct 2011 11:00 PM PDT  AIDCNews – 29/10/11 – Siapa lagi pihak yang paling berautoriti untuk mengesahkan berlakunya usaha pemurtadan di Selangor, kalau bukan, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor."Beliau datang hari ini bukan untuk berucap, tetapi beliau bakal memimpin doa dan munajat bersama. 
 
 Dan hari ini, saya tidak akan memanggil beliau sebagai yang berhormat kerana beliau sendiri telah mengumumkan sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, beliau keluar sebagai seorang muslim, bukan seorang politician mahupun exco.
  "Atas dasar aqidah beliau di sini..atas dasar akidah kita bersama menadah tangan berdoa dan bermunajat kepada Yang Maha Esa..dipersilakan..kata pengerusi majlis semasa menjemput Dr Hassan Ali bermunajat dan memimpin doa dalam program HIMPUN di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Sementara itu, Sinar melaporkan exco kerajaan Selangor itu tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam Pas ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.
  Ini termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu yang bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai bahaya murtad.
  Hasan, bekas Naib Presiden Pas berkata, apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah ALLAH."Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan. Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada ALLAH SWT," katanya.
  Mengenai Himpun katanya, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah."Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik," katanya.Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah ALLAH SWT, manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia."Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah ALLAH SWT. 
  Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman ALLAH SWT, bayangkan jika tuhan mengecam kita," katanya kepada Sinar Harian.
  Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan."Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum," katanya. -sumber AIDC    |            |  
  |    GERAKAN ANTI PKR    Posted: 29 Oct 2011 09:06 PM PDT    |  
  |    KEPAL NASI KEPAL BERAS    Posted: 29 Oct 2011 03:50 PM PDT         |    TERBONGKAR: GUAN ENG SURUH ANAK RAMAS...!!??    Posted: 28 Oct 2011 06:56 PM PDT  Boleh tahan juga hebohnya pasal lapuran Ketua Audit Negara. Bunyi gamat berlaku over spending, over pricing dan sebahagian miss-appropriation of fund yang berlaku di sesetengah jabatan terus dipalitkan semuanya kepada Perdana Menteri Malaysia.
  Anak ponteng sekolah terus dipalitkan kepada salah ibu mengandung. 
  Anak curi coklat di supermarket terus dituduh ini adalah pengaruh yang dikenakan oleh ibubapa terhadap anak hingga menyebabkan berlaku kecurian di supermarket. 
  Anak mencuri pen cikgu di sekolah pun dituduh ibubapa yang bersubahat dan mempunyai kepentingan dalam kes kecurian pen di sekolah.
  Anak bertindak meraba rakan sekelas juga mahu dituduh akibat dari campurtangan bapa hingga menyebabkan anak bertindak bagi pihak nafsu bapa mereka untuk melempiaskan nafsu. Bapak takut kat mak. Jadi suruh anak tolong ramaskan bagi pihak bapak gamaknya.
  Inilah tahap kebongokkan atau percubaan untuk membongokkan pemikiran rakyat yang cuba digambarkan oleh pembangkang. Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia mentadbir secara solo dan tidak wujud langsung kementerian, jabatan atau pun kakitangan kerajaan.
  Seolah-olah semua kerja pentadbiran dari tugas sebagai Perdana Menteri hinggalah kepada tugas memanggil sebut harga membeli pen atau genset yang dibuat diperingkat chief clerke pun adalah diurus secara solo oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.
  Seolah-olah setiap ringgit dan sen penyelewengan dan salah urus kewangan yang berlaku di setiap kementerian, jabatan atau oleh kerani cabuk di seksyen terbabit adalah atas arahan yang datang dari seorang Perdana Menteri untuk tujuan menyonglap segala khazanah dan harta negara.
  Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia cuba digambarkan sebagai seorang manusia yang kerjanya siang dan malam tiada kerja lain dan hanya memikir bagaimana mahu merompak harta perbendaharaan negara, hingga pembelian pen dan pembaris pun mahu di mark-up oleh Najib.
  Sampai tahap mana pembangkang mahu menghina tahap pemikiran rakyat? Apakah pembangkang memikir rakyat begitu bidoh untuk diperbodohkan. Apakah pembangkang memikir rakyat hari ini tidak boleh langsung menggunakan akal mereka sehingga tidak berfungsi langsung. Apakah pembangkang mahu menyama-tarafkan rakyat dengan robot atau program komputer yang dipandu dan diberi apa saja input mengikut suka mereka?
  Pembangkang mendakwa majoriti kakitangan kerajaan dan kakitangan universiti atau mana-mana institusi kerajaan hari ini adalah penyokong pembangkang dan menentang kerajaan secara senyap.
  Tidakkah mereka-mereka ini yang terlibat membeli barangan dan memanggil sebutharga atau mengeluarkan mana-mana tender? Tidakkah kakitangan yang didakwa menyokong pembangkang ini yang menguruskan dan mempunyai tanggungjawab hakiki sebagai seorang kakitangan kerajaan?
  Kalau berlaku penyelewengan di peringkat authority kakitangan ini, merekalah yang bertanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan.
  Kalau berlaku penyelewengan, maka merekalah sebenarnya yang menyeleweng. Jika ada rundingan mark-up harga unruk kutip rasuah, mereka inilah yang rasuah. 
  Kalau benar seperti didakwa, majoriti mereka menyokong pembangkang, maka penyokong pembangkanglah sebenarnya yang kaki rasuah.   |            |  
  |    bERANIKAN hATI    Posted: 29 Oct 2011 03:44 PM PDT         |    PERANAN DAN KESAN MEDIA SOSIAL    Posted: 29 Oct 2011 05:04 AM PDT   Gambar hiasan 
 
 
 
 1. Kerajaan UMNO BN semakin sedar peranan Media Sosial terhadap keupayaannya merubah iklim politik negara, justeru semakin ramai pemimpin kerajaan memberikan perhatian mereka. 
 
 2. Keperhatinan PM juga telah ditunjukkan dengan memberikan perhatian terhadap facebook beliau sendiri serta hubungan dengan rakan-rakan facebooknya. Terkini PM meluangkan masanya untuk bersama-sama bloggers dan facebookers di program Himpunan Penulis Maya pada 16hb. Oktober lalu yang dihadiri 300 pengamal media sosial. 
 
 3. Pada 20hb November nanti, di PWTC, PM dijadualkan meraikan kira-kira 1000 orang pengamal media sosial seluruh negara dalam program Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia. 
 
 4. Kerajaan UMNO BN mesti bersahabat dengan pengamal media sosial @ Bloggers, Facebookers dan Twitters untuk menjalin kesefahaman dan seterusnya membantu kerajaan dalam PRU akan datang. 
 
 5. Bagaimanapun masih ada pemimpin yang masih tidak mesra pengamal media sosial ini dan bahkan ada yang bermusuhan dengan mereka. Demikian juga ada dikalangan pengamal media sosial yang tidak mesra sesetengah pemimpin kerana beberapa sebab dan alasan. 
 
 6. Saya juga pernah menegur pemimpin Wanita UMNO Pahang dan Ketua Wanita UMNO Malaysia @ Kak Ijat @ Mami Ijat untuk memberikan kesedaran supaya jangan terlalu berpolitik sehingga mampu melemahkan parti. ( Klik Sini) 
 
 7. Terbaru, beberapa sahabat blogger terus-terusan mengkritik 'Kak Ijat' kerana dilihat terbukti melakukan sesuatu yang 'tidak wajar' dan mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sila baca blog-blog yang di'link'kan  di bawah ini: 
 
 7. Segalanya adalah berlegar disekitar penyelewengan, pembaziran wang negara dan pengkhianatan terhadap rakyat. Sila baca tulisan A.Kadir Jasin  di sini.  Baca juga  Malaysia Insider. 
 
  8. Saya melihat Media Sosial adalah sebagai satu ledakkan revolusi maklumat yang tidak mungkin akan dapat dikawal oleh sesiapapun, namun sesuatu masih boleh dilakukan bagi menentukan arahtujunya supaya selaras dengan kehendak kita dengan cara menyertai penggiat media sosial berkenaan dan menggabungkan diri bersama-sama mereka. 
 
 9. Banyak pihak membuat ramalan bahawa PRU13 nanti adalah pertembungan siber trooper dari kedua pihak dan adalah perang siber terhebat dalam menentukan kemenangan ideologi politik seterusnya menguasai dan memerintah negara.
  10. Pemimpin mesti lebih cakna kepada siber tropper yang membantu kerajaan dan parti untuk terus mempertahankan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap siber troppernya selama ini. Jika tidak, siber tropper juga tidak akan cakna kepada para pemimpinnya dan tidak pertahankan mereka nanti.    |            |  
  |    eXception  - Bukan Sekadar Blog Picisan    Posted: 29 Oct 2011 03:41 PM PDT         |    Penyu Menangis Di Rantau Orang...    Posted: 29 Oct 2011 08:55 AM PDT  
 Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia
  Negeri Sembilan mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia dengan mengalahkan Terengganu 2-1... Walaupun pada awalnya Terengganu mendahului Negeri Sembilan 1-0, tetapi Negeri Sembilan tetap meneruskan perjuangan mereka... Berbekalkan semangat sedia ada, walaupun perlawanan diboikot oleh kebanyakan penyokong akibat kenaikan harga tiket oleh FAM, tetapi Negeri Sembilan tidak patah semangat... Tahniah Jang!!
  Walaubagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada penyokong Terengganu yang menerima kekalahan pasukan mereka dengan hati yang terbuka... Tidak kedengaran berlakunya rusuhan serta trak Polis dibakar oleh penyokong Terengganu, seperti mana dilakukan oleh penyokong Kelantan yang boleh dikatakan mempunyai masalah dalam 'Anger Management'...
 
  Apapun diharap penyokong Terengganu terus menyokong pasukan mereka pada musim akan datang... Tak perlu nak marah-marah lagi... Terimalah kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka... Adat perlawanan ada menang dan kalah...
    |     |    Panas!! Piala Malaysia 2011 Milik Rusa??    Posted: 29 Oct 2011 01:15 AM PDT  
 Perlawanan Akhir Piala Malaysia Negeri Sembilan VS Terengganu
  Malam ni malam penentuan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang menemukan Skud Rusa dan Skuad Penyu... Mampukah rusa menanduk penyu kembali ke dalam laut? Atau mampukah penyu menanam rusa ke dalam pasir bersama telur-telurnya?
  Persoalan itu bakal terjawab malam ini... Oleh itu sama-samalah kita turun ke stadium... Stadium Putra Bukit Jalil bakal bergema dengan sorakan penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu...
  Tentu korang tertanya-tanya pasukan manakah yang eXception sokong... Negeri Sembilan kah, atau Terengganu? Persoalan tersebut bakal terjawab bila korang tengok video kat bawah ni... Ni tanda sokongan eXception tanpa belah bahagi... He he he he he...
 
 
  Dari sawah turun padang Kini kau dah pandai nondang Kali ini mesti monang Bukan susah cukup sonang
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
  Sumbek gol banyak-banyak Bia sampai jaring kuyak Main mesti hati-hati Jangan masuk gol sendighi..sendighi
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
  1 - 0 kocik bonar 4 - 1 sonyum lebar Kalau boleh 7 - 0, Biar dio balik molopong Molopong-molopong
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
  Yam Tuan sokong kito Montoghi Bosar sokong kito Undang luak sokong kito Jangan buek malu muko
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
  Bukan main bola lisut Bukan main bola tampar Biar orang terkojut Kito monang piala Malaysia
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
  Kali ini kalau kalah Balik kamgpung potong gotah Kito jangan menggelabah Sokong pialo, kito punggah Punggah!! punggah!!
  Hoben jang hoben hoben jang hoben hoben jang hoben
 
    |            |  
  |    Kita MESTI Selamatkan Melayu    Posted: 29 Oct 2011 03:35 PM PDT         |    Pembangkang Jadikan Laporan Audit Sebagai “Lauk” Mereka...?    Posted: 28 Oct 2011 11:17 PM PDT   Boleh tahan juga hebohnya pasal lapuran Ketua Audit Negara. Bunyi gamat berlaku over spending, over pricing dan sebahagian miss-appropriation of fund yang berlaku di sesetengah jabatan terus dipalitkan semuanya kepada Perdana Menteri Malaysia.Anak ponteng sekolah terus dipalitkan kepada salah ibu mengandung. Anak curi coklat di supermarket terus dituduh ini adalah pengaruh yang dikenakan oleh ibubapa terhadap anak hingga menyebabkan berlaku kecurian di supermarket. Anak mencuri pen cikgu di sekolah pun dituduh ibubapa yang bersubahat dan mempunyai kepentingan dalam kes kecurian pen di sekolah.Anak bertindak meraba rakan sekelas juga mahu dituduh akibat dari campurtangan bapa hingga menyebabkan anak bertindak bagi pihak nafsu bapa mereka untuk melempiaskan nafsu. Bapak takut kat mak. Jadi suruh anak tolong ramaskan bagi pihak bapak gamaknya.Inilah tahap kebongokkan atau percubaan untuk membongokkan pemikiran rakyat yang cuba digambarkan oleh pembangkang. Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia mentadbir secara solo dan tidak wujud langsung kementerian, jabatan atau pun kakitangan kerajaan.Seolah-olah semua kerja pentadbiran dari tugas sebagai Perdana Menteri hinggalah kepada tugas memanggil sebut harga membeli pen atau genset yang dibuat diperingkat chief clerke pun adalah diurus secara solo oleh Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri.Seolah-olah setiap ringgit dan sen penyelewengan dan salah urus kewangan yang berlaku di setiap kementerian, jabatan atau oleh kerani cabuk di seksyen terbabit adalah atas arahan yang datang dari seorang Perdana Menteri untuk tujuan menyonglap segala khazanah dan harta negara.Seolah-olah Perdana Menteri Malaysia cuba digambarkan sebagai seorang manusia yang kerjanya siang dan malam tiada kerja lain dan hanya memikir bagaimana mahu merompak harta perbendaharaan negara, hingga pembelian pen dan pembaris pun mahu di mark-up oleh Najib.Sampai tahap mana pembangkang mahu menghina tahap pemikiran rakyat? Apakah pembangkang memikir rakyat begitu bidoh untuk diperbodohkan. Apakah pembangkang memikir rakyat hari ini tidak boleh langsung menggunakan akal mereka sehingga tidak berfungsi langsung. Apakah pembangkang mahu menyama-tarafkan rakyat dengan robot atau program komputer yang dipandu dan diberi apa saja input mengikut suka mereka?Pembangkang mendakwa majoriti kakitangan kerajaan dan kakitangan universiti atau mana-mana institusi kerajaan hari ini adalah penyokong pembangkang dan menentang kerajaan secara senyap.Tidakkah mereka-mereka ini yang terlibat membeli barangan dan memanggil sebutharga atau mengeluarkan mana-mana tender? Tidakkah kakitangan yang didakwa menyokong pembangkang ini yang menguruskan dan mempunyai tanggungjawab hakiki sebagai seorang kakitangan kerajaan?Kalau berlaku penyelewengan di peringkat authority kakitangan ini, merekalah yang bertanggungjawab dan harus dipertanggungjawabkan.Kalau berlaku penyelewengan, maka merekalah sebenarnya yang menyeleweng. Jika ada rundingan mark-up harga unruk kutip rasuah, mereka inilah yang rasuah. Kalau benar seperti didakwa, majoriti mereka menyokong pembangkang, maka penyokong pembangkanglah sebenarnya yang kaki rasuah.Kepal Nasi Kepal Beras...   |     |    Peteh Ganu Peteh..!! LG Ramalkan Terengganu Juara Piala Malaysia Malam Nie.....    Posted: 28 Oct 2011 07:20 PM PDT    |            |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan