|    PAS Kawasan Padang Besar    Posted: 30 Aug 2011 01:59 AM PDT    |  
  |    PAS TAMBUN    Posted: 30 Aug 2011 01:52 AM PDT    |  
  |    PEMUDA PAS TELUK INTAN    Posted: 30 Aug 2011 01:51 AM PDT         |    GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI HARI RAYA INI    Posted: 29 Aug 2011 09:49 PM PDT    "Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya  kita dapat menghayati suasana 'raya' dengan lebih bermakna lagi.  "Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum  ke-13 yang akan datang," kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam  Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.  sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan  juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak  dimainkan di media arus perdana.  jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga 'rayakan' rakyat dengan menolak kebatilan.  Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran  kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada  semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan  agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati.   "Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan,  dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda  kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,". Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat  kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan  senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya.  dengan latihan  ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa  iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.  Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.  banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak  dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana  yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada,  sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan.  LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya.  Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya.  "Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa  janji 'pak menteri' yang harga barang tidak akan naik menjelang musim  perayaan hanyalah 'omong kosong' demi untuk 'menyelerakan' halwa telinga  rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga  barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,".  Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di'recycle'  oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga.  Oleh itu, LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat  dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik  lagi.  Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul  namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah  kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat  dielakkan.  dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen.  "Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat  Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,".    |     |    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PEMUDA PAS NEGERI PERAK    Posted: 29 Aug 2011 09:41 PM PDT    Kepada :  Semua Kakitangan Perkhidmatan Awam     Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari;   UCAPAN SALAM AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA   "Demi  diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya  (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang  membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang  menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang  menjadikan dirinya  itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab  kekotoran maksiat)."   (Surah Al-Syams: Ayat 7-10)   Perkara di atas adalah dirujuk.   Dengan  segala hormatnya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk)  mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Fitri dan selamat  menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang serentak disambut pada tahun ini  agar ianya membuka satu lembaran baru buat kita semua.   Oleh  kerana kebanyakkannya akan mula bercuti pada hari ini, kami mengambil  kesempatan menghulurkan kemaafan di hari yang mulia ini bersempena bulan  Syawal nanti dengan ucapan maaf zahir dan batin kepada semua di atas  salah dan silap kami selama ini.   Kami juga tidak ketinggalan  mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang tercinta yang  akan kita sambut diambang Syawal tahun ini. Kami yakin semangat  patriotisme kita tidak akan hilang walaupun menyambut hari lembaran  iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada hari yang sama.   Kami  mengharapkan kita semua akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan  tahun depan dan diberikan kekuatan dan Maghfirah sepanjang menjalankan  ibadah puasa ini. Gunakanlah ruang dalam masa Aidil Fitri ini untuk  ziarah-menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai dan saling  bermaaf-maafan.   Perkara yang penting juga untuk diingati dalam  perjalanan ke kampung halaman, agar berhati-hati di jalanraya dan semoga  selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Kami juga berharap agar  keselamatan diri dapat dijaga di mana sahaja anda berada hendaknya.  Akhirnya, sayang Agama dan sayang Negara!   Sekian, terima kasih.   "Pemuda nadi rakyat"    Saya yang benar,  Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak      ZAWAWI HASSAN  Ketua,  Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.    |            |  
  |    CINA ISLAM (林川興)    Posted: 30 Aug 2011 01:25 AM PDT          |    Indonesia sambut Aidilfitri Rabu ini    Posted: 30 Aug 2011 12:57 AM PDT   1 Syawal 1432H. [MOD] -   Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.   Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.   Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.   Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.   Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.   Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.   Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.    |     |    Najib memasuki fasa 'Pak Lah', kata DAP    Posted: 30 Aug 2011 12:47 AM PDT  1 Syawal  1432H. [MOD] -                               Tahap kepopularan atau puas hati dengan  kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada  59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang  serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin  Tong.    Menurut  badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari  ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam  tempoh hampir dua tahun.   "Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew ( kiri).   Rakyat  mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah  Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau  mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir  Mohamad.   Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar  untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan  peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau  mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama  itu.    Walau  bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya  menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya  umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali  pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan  kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus.   Liew,  yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti  Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah  gagal.   "Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya.   Malaysiakini/-   Ulasan :   Najib juga menjadi PM yang pertama memiliki seorang isteri yang bermati-matian mendakwa dia sebagai first lady dengan berbagai cara dan helah serta penipuan.   Selain itu PM Najib sangat terbeban dengan isterinya yang menjadi pengacau kepada kerajaan dengan melangkaui tugasnya sebagai isteri PM dengan menganggu berbagai kementerian.   Satu masa saya pernah cadangkan kepada Najib untuk lantik isterinya sebagai menteri kerana saya sudah sangat bosan dengan tingkah Rosmah yang berlagak lebih sudu dari kuah.     |     |    Noda sah PM baru Jepun    Posted: 30 Aug 2011 12:30 AM PDT   1 Syawal 1432H. [MOD] -   TOKYO: Yoshihiko Noda  (Gambar) dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi.   Beliau menggantikan Naoto Kan yang hanya memegang jawatan selama 15 bulan dan Kabinet meletak jawatan pagi ini bagi memberi laluan kepada Noda, bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai Perdana Menteri baru.   Noda, 54 — yang menewaskan empat pencabar dalam Parti Demoktratik Jepun dalam undian dijangka memilih barisan Kabinet baru dan pemimpin kanan parti itu dalam sedikit masa lagi. - AFP     |     |    PM dan Kabinet Jepun letak jawatan    Posted: 29 Aug 2011 07:32 PM PDT   1 Syawal 1432H. [MOD] -   TOKYO: Perdana Menteri Jepun dan Kabinetnya meletak jawatan hari ini menjelang undi Parlimen bagi melantik bekas Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda sebagai pemimpin baru Negara Matahari Terbit itu.   Noda, dilihat sebagai pemimpin konservatif fiskal, berdepan pelbagai masalah termasuk bagaimana untuk membiayai proses pemulihan Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, krisis nuklear yang masih berlarutan dan langkah untuk mengukuhkan mata wang di pasaran antarabangsa.   Noda dipilih semalam bagi mengetuai Parti Demokratik Jepun dan bakal diumumkan sebagai Perdana Menteri di Parlimen hari ini.   Beliau menggantikan Naoto Kan, yang meletak jawatan selepas hanya 15 bulan memegang tampuk pemerintahan. - AP     |     |    Umat Islam Berhari Raya esok.    Posted: 29 Aug 2011 05:17 AM PDT   1 Syawal 1432H. [MOD] -   Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu sebentar tadi mengumumkan bahawa 1 syawal jatuh pada 30 Ogos bersamaan dengan hari selasa.   Dengan itu umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa esok hari selepas menunaikan ibadah puasa selama 29 hari.       |            |  
  |    PAS TELUK INTAN    Posted: 29 Aug 2011 11:42 PM PDT    |  
  |    Peghelih La...    Posted: 29 Aug 2011 11:39 PM PDT         |    Ceramah Timbalan Presiden PAS    Posted: 29 Aug 2011 01:27 AM PDT    |     |    Utusan bohong, Mat Sabu akan saman    Posted: 29 Aug 2011 12:04 AM PDT   Oleh BASHIR ISHAK KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bertajuk "Mat Sabu hina pejuang".  pada 27 Ogos lalu sebagai suatu pembohongan.  
  Menurutnya, Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita daripada ceramahnya yang diadakan pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.  
  "Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.  
  "Beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.  
  "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.  
  Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.   
  "Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.  
  "Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.  
  Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbicang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Utusan Malaysia   
  "Insya Allah saya akan bertemu dan berbincang dengan peguam saya selepas hari raya untuk tindakan selanjutnya terhadap berita yang telah diselewengkan itu," katanya.  
  Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.  
  "Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakya dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.  
  "Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi    |            |  
  |    Salam Perjuangan    Posted: 29 Aug 2011 11:18 PM PDT         |    ISU CERAMAH MAT SABU - SATU CUBAAN ALIH PERHATIAN RAKYAT    Posted: 29 Aug 2011 09:15 AM PDT  29 Ramadan 1432 H | 29 August 2011Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah tidak benar. "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.
  Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia. 
  "Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.
  "Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.
  Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi  menjelaskan isu ceramah tersebut bukanlah sesuatu yang besar sehingga memberi kesan kepada negara.
  "Perkara ini sengaja dijadikan isu kerana BN sudah kehabisan modal untuk menyerang PR, khususnya PAS. Ianya diberi liputan meluas dengan harapan untuk mengalih isu utama yang sedang menghimpit rakyat seperti bebanan kos kehidupan, isu pemberian status warganegara dan daftar pemilih warga asing.
  "Oleh itu jangan kita hilang fokus terhadap isu utama yang mesti kita perjuangkan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.    |            |  
  |    MTD N24 Bemban    Posted: 29 Aug 2011 09:31 PM PDT         |    Isu sebenar ceramah Md Sabu    Posted: 28 Aug 2011 11:20 PM PDT  Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]  Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta? Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca  MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya
  KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
  Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
  Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
  Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
  "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
 
   "Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.
  Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
  Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
  "Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA   KOMENTAR TUKAR TIUB
 Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu   Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.   Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil merekaMATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin. 
 
  Apa yang Mat Sabu sampaikan?
  Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
 
  Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
 
  .....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
 
  Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net
 
  Ulasan GBRingkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka.Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran. Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini. TAHNIAH MAT SABU! Alhamdulillah dihujung Ramadhan ini kebenaran terserlah jua-admin    |            |  
  |    DUN PENGKALAN KUNDOR    Posted: 29 Aug 2011 08:01 PM PDT         |    Selamat Hari Lebaran    Posted: 29 Aug 2011 09:36 AM PDT  Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari YB Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi ADUN Pengkalan Kundur 
 
    |     |    Sumbangan Hari Raya PKWR Dun Pengkalan Kundur    Posted: 29 Aug 2011 04:24 AM PDT  Sabtu, 27 Ogos: Majlis Sumbangan Raya untuk penduduk sekitar kawasan Dun Pengkalan Kundur baru-baru ini telah berlangsung di dewan Al-Amin, Telok Bagan. Kelihatan senarai penerima sumbangan raya memenuhi ruangan dewan dan berlangsung  meriah dengan kerjasama MKK dari kawasan masing-masing. Seramai 400 penerima sumbangan hari raya daripada peruntukan kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai kepada keluarga fakir miskin dan golongan tidak berupaya. Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Ir. Phahrolrazi Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah.       |            |  
  |    PAS LENGGONG    Posted: 29 Aug 2011 07:33 PM PDT         |    YA ALLAH SEGERAKAN PEMBALASAN KEPADA PEMBOHONG (UTUSAN)    Posted: 28 Aug 2011 10:44 PM PDT  Semoga Allah segerakan pembalasan.  Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman 			 				 		 					     	|  		 			Bashir Ishak		 		   	 |        |     KANGAR, 29 Ogos:  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang  dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi  Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.    Sehubungan  itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman  kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan  palsu itu.  (Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)    "Saya  agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar  balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik  videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar  sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.    Mohamad Sabu  berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin  mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.    "Saya  tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama  beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas  membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas  Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini  mengenainya.    Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.    "Saya  ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya  saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya  mendengarnya," kata Mohamad.    Utusan dan pemimpin Umno menyerang  Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit  Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.    Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.    Rakaman  video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang  Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah  Pulau Pinang semalam.    Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.    Rakaman  yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan  diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau  Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng  petang semalam.    Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan  akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan  sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang  bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.    Utusan  Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad  Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan  Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25  anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam  serangan di balai tersebut.    Selain itu, Utusan melaporkan,  timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau  Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul  Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana  menganggap mereka sebagai pegawai British.  Saya seolah sokong Komunis    "Berikutan dengan  penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus  menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu,  seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah  bapa komunis yang sebenar.    "Beberapa akhbar dan laman  blog  meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan  saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya  mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia  tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.    "Setelah  mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan  dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan  disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan  Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah  terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang  diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.    Ketika ditanya media  tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat  Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh  Utusan Malaysia.    "Selepas mendengar balik ucapan saya itu,  didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan  Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun  seperti yang disiarkan.    "Berita itu telah ditokok-tambah sehingga  menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam,  diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu,"  jelasnya.    Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran  berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan  menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih  besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.    "Saya  tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya  mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk  mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu  pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih  tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.    "Ini yang mereka  cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang  Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk  mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi. 
   |       |            |  
  |    N.27 - PAS DUN Sura    Posted: 29 Aug 2011 07:22 PM PDT         |    Menjelang Aidilfitri, Ibu-Ibu Terabai Mendapat Perhatian ADUN Sura    Posted: 29 Aug 2011 03:33 AM PDT  DUNGUN 29 Ogos, Isnin - Menjelang dua hari tibanya Aidilfitri, nasib golongan kurang bernasib baik di DUN Sura terus diberi perhatian, khususnya melalui usaha gigih oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. 
    Di Surau Hajjah Aishah, Jalan Kenanga, Sura Jeti, hari Sabtu 27 Ogos lebih kuang jam 9.00 pagi seramai lebih 30 orang ibu dari kalangan yang berpisah hidup dengan suami masing-masing menerima bantuan sekampit beras dan kewangan bagi meringankan beban menghadapi Aidlfitri.    Menjelang Ramadhan baru-baru ini, golongan faqir miskin turut menerima sumbangan menyambut kemuliaan Ramadhan dan sebaik sahaja tibanya 1 Ramadhan, ADUN Sura bersama warga kerja DUN Sura turun ke Pasar Besar Dungun, mengagihkan kurma dan taqwim Ramadhan yang turut disertai oleh Ustaz Haji Azman Shapawi Abd Rani dengan sumbangan air zam-zam.    Kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, seramai lebih 200 anak-anak yatim daripada lebih seratus keluarga turut mendapat perhatian dan kecaknaan ADUN Sura melalui program tahunan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura.    |            |  
  |    DUN CHINI    Posted: 29 Aug 2011 07:08 PM PDT    |  
  |    ULAMA PEWARIS NABI    Posted: 29 Aug 2011 03:23 PM PDT          |    ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR WALILLAHILHAMD    Posted: 29 Aug 2011 07:24 AM PDT  Kepada semua Sahabat, Pejuang PAS dan PR (Khusus Beragama Islam) dan penyokong serta pembaca blog PASBS2, walaupun sedih dan pilu  meninggalkan Ramadhan namun ketentuan Allah perlu kita terima dan patuhi serta redha sebagai contoh bila Pakatan Rakyat dapat mengambilalih pemerintahan Malaysia  secara PRU13 nanti penyokong UMNO dan BN wajar terima dan redha dengan ketentuan itu.   Dalam kesempatan yang terhad ini, teman Pentadbir blog PASBS2/Ulama Pewaris Nabi  ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas dosa yang mungkin berlaku dalam maya dan luar maya sedar dan tidak sedar serta teman juga ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri , semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa kita yang telah lalu dan kita dibebaskan dari azab Api Neraka Jahanam. Taqabalallahu minni waminkum waastaghfirullah .    Bertakbirlah kita memuji Allah dan bergembiralah meraikan Hari Raya tetapi janganlah sampai melampaui batas yang ditetapkan Islam.  Dikhuatiri jika kita melampaui batas dan melanggar segala larangan, kita khuatir yang kita meraikan hari pembebasan Iblis dan juga Syaitan yang juga gembira dibebaskan.    Marilah bertakbir       Aie   Pentadbir Blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2  Serta mewakili  Ketua Caw, ajk caw dan ahli serta penyokong PAS dan PR sekitar Bukit Sentosa 2 dan berdekatan. 
    |     |    KOMPLEN SALAH TAK KOMEN TERUS MENTAKADARAH TANPA ARAH!    Posted: 29 Aug 2011 02:02 AM PDT  Harian Metro yang melakukan tinjauan selama 2 hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.      Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan.    "Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan," rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis.        Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. "Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini," katanya.        Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin.        Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya.        "Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu," katanya.        
    |     |    SUBSIDI DIPOTONG, RAKYAT DIKELENTONG, KESUSAHAN NEGARA RAKYAT KENA TONG-TONG, KRONI BN PENUHI YANG UNTONG?    Posted: 28 Aug 2011 03:57 PM PDT  Petronas raih untung RM21b  KUALA LUMPUR 26 Ogos - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), meraih keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM21.7 bilion pada suku pertama berakhir pada 30 Jun lalu, dengan perolehan sebanyak RM71 bilion.    Peningkatan keuntungan bersih itu disumbangkan oleh perolehan RM2.6 bilion dari pelupusan Cairn India Ltd, walaupun terdapat kenaikan kos persekitaran.    Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas (gambar) berkata, pencapaian itu juga turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)    "Prestasi suku pertama didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),'' katanya.    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama Petronas berakhir 30 Jun lalu.    Komen : Ada blogger BN/Atas Pagar  yang komen kenapa tak beli barang kat kedai 1Malaysia.  Beliau jelas menunjukkan kebangangan seorang penyokong atau pemimpin BN (jika beliau seorang ketua/ajk UMNO/BN ). Sibangang ini perlu realistik , kita cakap soal rakyat Malaysia yang sederhana dan miskin di Malaysia yang mewakili bukan si Kelana Jaya sahaja. Kedai 1Malaysia ada berapa dalam Malaysia ni. Rasanya baru ada 1 dalam Malaysia . Takkan rakyat di Hulu Klang nak beli barang nak pergi ke Klana Jaya atau Petaling Jaya? Orang miskin dan sederhana hanya ada di PJ atau di Selangor sahaja? Abis rakyat susah di negeri lain macam mana? Ngok!        |            |  
  |    Pemuda PAS Wangsa Maju    Posted: 29 Aug 2011 03:13 PM PDT         |    CERAI TALAK 3 DIRI SENDIRI    Posted: 28 Aug 2011 05:13 PM PDT  KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad 'menceraikan dirinya sendiri' selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.
 
  Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.
  Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.
  Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.
  Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    |     |    RAKAMAN CERAMAH DISERAH KEPADA MAT SABU    Posted: 28 Aug 2011 05:02 PM PDT  KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Rakaman video Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor — didakwa menyentuh mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan dan komunis dan dilaporkan sebagai bahan kontroversi oleh media Umno sejak beberapa hari lalu — difahamkan telah diserahkan kepada beliau malam tadi.
 
  Rakaman itu diserahkan oleh organ parti, Harakah cawangan Pulau Pinang.
  Laporan Harakahdaily menyebut ia akan disampaikan terus kepada Mohamad untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.
  Laporan itu berkata, rakaman yang diperoleh daripada seorang peminat orang nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad semasa majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga.
  Semalam, Mohamad menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.
    |            |  
  |    DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB    Posted: 29 Aug 2011 01:44 PM PDT         |        Posted: 28 Aug 2011 04:28 PM PDT    |            |  
  |    Batu Gajah Mari    Posted: 29 Aug 2011 11:44 AM PDT          |    Sumbangan juadah berbuka di Stesen Bas Medan Gopeng    Posted: 29 Aug 2011 11:33 AM PDT    |     |    Lidah Syaitan putar belit    Posted: 29 Aug 2011 11:20 AM PDT       Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan  Utusan Malaysia pada   27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor,   Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah   cerita untuk memfitnahnya dan PAS".   "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima  Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati  Utusan telah   memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap   saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari   ini. Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu  mendakwa  pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni  Pasukan  Ke-4 Parti  Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh  anggota  keselamatan dan  keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong  adalah  sebagai hero sebenar. Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret  Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.  "Pembohongan   yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul   kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan   difitnah atas berita Utusan," katanya. Arahan selanjutnya   Menurutnya,  beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan  Aidilfitri untuk  memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara  berkenaan.   Utusan dalam   laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa   Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan   200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan   keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis   itu.   
  Mingguan Malaysia semalam pula  menyiarkan  berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad  yang kebih  dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat  Gagah Berani  (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai  waran 1  Kanang anak Langkau. 
   Kanang dipetik sebagai  berkata Mat Sabu tidak layak  mengambil bahagian dalam politik demokrasi  di negara ini dan menganggap  timbalan presiden PAS itu sebagai "watak  penghasut yang sewajarnya  dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam  Negeri (ISA)".    
  Utusan turut memperhebatkan gesaan supaya  tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.  Antara   yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden   PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit  Kepong,  Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas  Ketua Polis  Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tak tahu langsung   Mohamad  berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu,  beliau "tidak  menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".   "Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu  sehingga saya membaca Utusan Malaysia.   "Ini dua contoh rekaan Utusan   untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau   tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad   Indera sebagai komunis dalam ceramah itu. 
  Rentetan  laporan akhbar milik Umno itu, pelbagai pihak  terutamanya bekas-bekas  perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong  menyelar Mohamad dan  menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf  secara terbuka serta  didakwa di bawah Akta Hasutan. 
  Tidak terkecuali  mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang  menganggap pemimpin kanan PAS itu buta  sejarah serta mengkhianati  perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut  kemerdekaan tanah air.     |     |    BIADAP!!!! gambar TG Nik Aziz diconteng salib!    Posted: 28 Aug 2011 09:23 PM PDT    |     |    Puasa itu Ibadat, bukan adat - Nizar    Posted: 28 Aug 2011 07:06 PM PDT   oleh Faeez Azahar   Umat  Islam perlulah menjadikan berpuasa itu sebagai ibadat yang   disyariatkan kepada umat Islam oleNYA. Namun ramai orang terutama Melayu  yang menjadikan puasa sebagai adat wajib dilakukan setiap tahun.   Ahli  Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin berkata masyarakat  di negara ini telah dididik dengan kefahaman agama yang sempit. "Orang  melayu menganggap ibadat solat, berpuasa dan berzakat sudah cukup untuk  menjadi Islam sedangkan syariat yang lain seperti undang-undang Islam  ditolak," katanya ketika menyampaikan tazkirah di Surau Bemban, Batu  Gajah.   Tambahnya lagi, ramai sangat semangat berpuasa tetapi  solat tidak ditunaikan. Sedangkan solat itu lebih penting. Inilah hasil  daripada sistem pentadbiran Malaysia. "Rakyat jahil tentang ilmu agama.  Inilah matlamat mereka dan ini yang diinginkan agar mereka terus  berkuasa," jelas beliau yang juga Adun Pasir Panjang   Pada program  iftor tersebut, lebih 80 jemaah telah memenuhi Surau tersebut. Program  yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Batu Gajah itu telah dihadiri oleh  Ikon Rakyat Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Adun Tronoh YB V  Sivakumar dan pimpinan daripada Pakatan Rakyat Batu Gajah. Program  tersebut  dimulai dengan majlis berbuka serta solat Maghrib, Isyak dan  terawih berjemaah. Selepas selesai menunaikan Terawih, Dato' Seri Nizar  telah menyampaikan Tazkirah.       |            |  
  |    PAS Kawasan Gerik    Posted: 29 Aug 2011 09:25 AM PDT         |    Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011    Posted: 29 Aug 2011 06:38 AM PDT  Warga kerja blog PAS Kawasan Gerik Memngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Gerik dan seluruh umat islam seluruh Malaysia    |            |  
  |    KHIDMAT MERU    Posted: 29 Aug 2011 09:08 AM PDT         |    SUMBANGAN BERAS DAN BARANG MAKANAN    Posted: 29 Aug 2011 08:37 AM PDT               Disaat-saat akhir Bulan Ramadhan, ramai penderma-penderma telah menghantar ribuan barang-barang makanan dirumah YB Dr Rani untuk diagihkan kepada golongan-golongan asnaf di DUN Meru.    Dengan kerjasama sahabat-sahabat dari JKKK alhamdulilah kesemua barang-barang tersebut telah dapat diagih-agihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan tanpa mengira pegangan politik mereka.             |     |    JAMUAN MAKAN MALAM    Posted: 28 Aug 2011 02:40 PM PDT                                            YB Dr Rani, Tuan Hj Taifor dan Tuan Hj Shafie adalah diantara pemimpin masyarakat Melayu yang dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Penduduk Cina Klang.    Jamuan yang diadakan di Dewan Hokkien Klang itu turut dihadiri oleh YB Manikavasagam, YB Teng Chang Kim dan YB Ronnie Liu.   Seramai lebih 400 orang tetamu yang hadir meriahkan suasana dan menjalin persefahaman antara penduduk dengan pimpinan pelbagai bangsa diperingkat Kerajaan Negeri Selangor.                                 
         |            |  
  |    N45 Dr Halimah Ali    Posted: 29 Aug 2011 09:06 AM PDT    |  
 
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan