Ahad, 28 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 28 Aug 2011 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Sambutlah Syawal Dengan Penuh Keimanan

Posted: 27 Aug 2011 10:31 PM PDT

28 Ramadhan 1432H. [MOD] -
md zainal mzd

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menikmati bulan Ramadan hingga ke hujungnya dan Insyaallah beberapa hari lagi kita akan dapat menyambut kedatangan Aidilfitri 1432 Hijriah.

Sebagai seorang mukmin sewajarnya kita berhati-hati dalam membuat persediaan menyambut satu Syawal dan lebih berhati-hati bila waktu menyambutnya nanti.

Amat malang kalau setelah sebulan kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya, siang dan malam, tiba-tiba dengan sedikit sahaja kesilapan, semua yang diusahakan habis hilang begitu sahaja ,dan kita balik ke asal, kosong tanpa dapat pahala atau ganjaran apa-apa dari Allah.

"Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Daku, " Al-Anbiyaa 92.

"Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu ( dan janganlah menurut adat resam Jahiliah ) sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.?" Al-Ahzaab 2

Sewaktu menyambut Syawal kadang-kadang kita terperangkap dengan pengaruh yang ada disekeliling kita tanpa kita sedari, ada yang baik ada yang tidak baik.

Dengan jenama-jenama moden berbagai perkara sebenarnya kadang-kadang membawa kita balik semula ke zaman jahiliah.

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata: "Di kemudian hari nanti, kekuatan Umat Islam akan terungkai satu persatu kerana mereka kembali kepada zaman jahiliah sedangkan mereka tidak menyedarinya."

Marilah kita renungkan beberapa perkara yang sewajarnya kita lakukan sewaktu menyambut Aidilfitri dan marilah kita berusaha untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak sewajarnya kita lakukan.

1. Tunaikanlah zakat sekurang-kurangnya zakat (fitrah) kerana zakat fitrah wajib ditunaikan dalam bulan Ramadan ( bila-bila masa sebelum solat sunat hariraya ).untuk diri dan keluarga dibawah jagaan kita sebelum terlepas waktunya.

" Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya."

Al-Mukmimun 1 - -5

2. Berbelanjalah kepada perkara-perkara yang baik dan berfaedah, janganlah membazirkan wang untuk perkara yang dilarang Allah, contohnya, kalau berhibur, berhiburlah secara yang dibenarkan syarak.

"Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan ( dirinya dan orang ramai ) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan, merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." Luqman 6

3. Berbuatbaiklah kepada semua ahli keluarga terutama kedua ibubapa dan orang-orang tua dan hormatilah mereka sewajarnya.

" Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)
Al-Israa' 23

" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Al_Israa' 24.

4. Ziarahlah dan berbuat baiklah kepada jiran tetangga terutama mereka yang telah tua dan uzur. Kadang-kadang kita lebih utamakan orang jauh sedangkan jiran sebelah rumah kita dilupakan. Jangan lupa, adakalanya jiran lebih penting dari ahli keluarga terutama bagi mereka yang bermusafir.

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, dan kaum kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri. " An-Nisaa 36

5. Lupakanlah segala permusuhan dan perselisihan dan berbaiklah semula dengan saling bermaaf-maafan, semoga sentiasa diberkati Allah.

" Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bertegur-sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari. Apabila bertemu masing-masing melarikan diri. Yang paling baik di antara mereka ialah yang memulakan salam"

" Barangsiapa yang memutuskan hubungan dengan saudaranya selama enam hari maka dia seolah-olah menumpahkan darahnya ( membunuh) "
Hadis: Sunan Abu Daud

6. Berilah makanan atau apa-apa bantuan kepada orang-orang yang memerlukan terutama mereka yang miskin dari kaum keluargamu dan orang-orang musafir dengan lkhlas kerana Allah tanpa sebarang sikap bongkak dan takbur.

"Maka ( bagi menyatakan sikap bersyukur ) berikanlah kepada kerabatmu dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
AR-.Ruum 38


7. Bergaullah dengan kaum keluarga, sahabat handai dan orang ramai dengan sopan dan tertib. Sepanjang masa jagalah adab berpakaian, tutur kata dan batas-batas pergaulan terutama antara yang bukan muhrim. Pakaian mesti mengikut syariat bukan sekadar berjenama Islam.

"Dan sederhanakanlah langkah-langkah semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata-kata ), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
Luqman 6

8. Jauhkan diri dari melakukan dosa-dosa besar, seperti syirik, judi, zina, minum arak, bertenung nasib atau mengambil harta atau nyawa secara haram dan lain-lain lagi. Sekiranya kita hanya melakukan dosa-dosa kecil, setelah sedar dan kita memohon ampun Insyaallah kesalahan kita itu akan diampunkan Allah.

" Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya. Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan ( dosa kecil ) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). " An-Nisaa 31

9. Jadilah orang Islam yang sebenar yang mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan berhati-hatilah terhadap orang munafik kerana orang munafik tidak ada pendirian yang tetap samaada beriman atau kufur, dibimbangi kita akan tergelincir menjadi sebahagian dari mereka, na'uzubillah minta dijauhkan Allah sesiapun bersifat munafik.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:" Aku tidak bimbang terhadap umatku yang mukmin dan Aku tidak bimbang dengan orang kafir tetapi yang Aku bimbang ialah orang-orang fasik dan munafik kerana apa yang mereka lakukan tidak dapat diterima (yakni salah)" Hadis dari Al Hakim

Rasulullah s.a.w. selanjutnya menerangkan, bahawa setiap orang mukmin tidak akan terpesong akidah mereka, orang kafir itu senang dilihat dan diketahui perbuatan mereka sedangkan orang munafik pula amat sukar untuk dikenali kerana mereka bijak berpura-pura dan penuh tipu muslihat dan sentiasa cuba mendampingi kita. Jika tidak berhati-hati kemungkinan kita akan terpengaruh dan akhirnya kita mengikut jejak langkah mereka.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya ( terhadap agama ) Allah ( dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya ), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka ( dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik ), Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka ( hanya bertujuan ) riak ( memperlihatkan solatnya ) kepada manusia ( supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah ( dengan mengerjakan solat ) melainkan sedikit sekali ( jarang-jarang )"
An-Nisaa 142

10. Sepanjang masa tanamkanlah dalam diri sifat bersyukur atas nikmat Allah yang melahirkan dan membesarkan kita dalam nikmat Iman dan nikmat Islam dan sentiasalah berdoa agar kita tetap dikekalkan begitu sehingga akhir nanti. Oleh itu marilah kita sentiasa istiqamah atas apa sahaja yang kita lakukan.

"Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan ( semasa jahiliah dahulu ), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu ( sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam ), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara"
A-Li Imraan 103

Akhir sekali sebagai penutup tulisan ini marilah kita menyambut Aidilfitri dengan berbelanja secara berhemah dan tidak membazir, berpakaian yang sopan. menutup aurat dan sentiasa menjaga tingkah laku kerana kita juga sentiasa diperhatikan oleh orang lain yang seagama dan juga yang bukan seagama dengan kita. Orang lain tidak akan menghormati orang Islam jika orang Islam sendiri tidak menjaga agama Islam dengan sewajarnya.

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
Ibrahim 7

Semoga dengan sedikit sebanyak panduan ini dapat membantu kita merayakan Aidilfitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan keimanan, Insyaallah semoga segala usaha dan ibadat yang kita lakukan dalam bulan Ramadan akan diterima Allah dan kita semua akan dibalasNya dengan kesejahteraan, ketetapan dan pengukuhan iman serta rezeki yang bertambah sewaktu di dunia dan dimasukkan bersama orang-orang yang dikasihiNya di akhirat nanti.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Tuhan kami, terimalah dari kami akan amalan kami, jadikanlah kami dan anak cucu kami orang-orang yang tunduk patuh kepada Engkau, jadikanlah kami orang yang pandai mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa beramal soleh yang Engkau redhai, dan jadikanlah anak cucu dari keturunsn kami orang-orang yang baik. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa neraka. Amin..
.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432, Maaf Zahir dan Batin.

Ulasan : Terima kasih kepada penulis yang tanpa jemujemu mengirim bahan untuk siaran blog ini. Semuga Allah merahmati segala amalan kita.

Kepada pengunjung lain, kami juga mengalu-alukan sumbangan penulisan dan sebagainya yang difikirkan sesuai untuk disiarkan dalam blog ini.

Selamat Eidul Fitri kepada semua pengunjung.

Posted: 27 Aug 2011 10:26 PM PDT

Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini warga kota sudah mula mengosongkan rumah kediaman mereka dan mula bergerak ke kampung masing-masing. Berhati-hati di jalan raya kerana dalam kesesakan jalan raya ada kemungkinan yang terlalai. Jadi, sepanjang perjalanan ingat Allah dan ingat orang yang tersayang. Inilah kunci keselamatan.

Saya doakan anda semua selamat sampai ke distinasi dengan selamat. Pada kesempatan saya dahului ucapan selamat hari raya eidul fitri:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيرٍِ

Ucapan ini sebagai penambahbaikan untuk ucapan yang selalu kita gunakan selama ini. Semoga ucapan ini menjadi doa untuk kita semua. Dan untuk membalas ucapan itu gunakan ucapan berikut:

مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ يَا كَرِيمٌ

Semoga ucapan ini boleh menjadi budaya baru untuk tahun-tahun mendatang.

6ikrah Islamiah

Tasabih, tahmid dan tahlil istihar kemenangan Islam

Posted: 27 Aug 2011 02:37 AM PDT

27 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Oleh Ahmad Baei Jaafar

Sebaik-baik sahaja Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu mengisytiharkan esok adalah hari raya Aidilfitri, maka berkumandanglah takbir raya di stesen-stesen radio dan televisyen. Walaupun sekadar rakaman, takbir yang dialun mendayu itu begitu menyentuh kalbu dan menerbitkan rasa sayu dihati lalu teringat akan kampung halaman. Demikian perasaan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung kerana bertugas. Tetapi lain pula bagi mereka yang sudah berada di kampung atau sedang dalam perjalanan pulang, terbayang dalam fikiran mereka kegembiraan berhari raya di kampung.

Timbul persoalan di sini, dalam kesyahduan menikmati gema takbir berapa ramai dalam kalangan kita yang turut sama bertakbir? Realitinya mereka yang tidak pulang ke kampung, mungkin dek kerana sibuk membuat persiapan akhir mengemas rumah atau menyediakan juadah hari raya seperti membuat ketupat, terus terleka dan asyik sehingga tidak bertakbir. Alangkah baiknya jika pada waktu itu, sambil membuat persiapan kita turut sama bertakbir seiring takbir yang dikumandangkan di radio atau televisyen. Dan kalau takbir itu sudah tamat, kita boleh terus mengumandangkannya sendiri bagi menyemarakkan suasana malam raya. Ya, senario begitulah yang belum menjadi realiti dalam masyarakat Islam kita hari ini dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memperbetulkannya.

Demikian juga dengan mereka yang sudah berada di kampung atau yang sedang dalam kenderaan untuk pulang ke kampung. Perjalanan yang memakan masa yang agak lama disebabkan jarak yang jauh atau keadaan jalan raya yang sesak pada malam raya itu sebaik-baiknya dimanfaatkan untuk bertakbir daripada dipenuhi dengan perbualan kosong yang mungkin bertujuan untuk memecah kesunyian bagi mengelakkan mengantuk. Mari sama-sama kita cetuskan tradisi yang akan diwarisi oleh generasi muda selepas kita.

Tanda Kemenangan

Tasbih, tahmid dan tahlil adalah pujian yang wajar diucapkan oleh umat Islam sebagai tanda. kemenangan selepas menghadapi ujian besar. Ya, sepanjang bulan Ramadan kita diuji dengan pelbagai latih tubi; segala yang halal serta merta diharamkan, ibadah pada bulan Ramadan ditawarkan ganjaran yang banyak berbanding pada bulan-bulan biasa bagi mereka yang membanyakkan ibadah lalu kita pun berlumba-lumba merebutnya.

Selain itu, walaupun gangguan syaitan sudah tiada kerana telah dirantai fizikalnya, kita masih dibekalkan nafsu yang sifatnya sangat mengajak kepada keburukan. Nafsu inilah yang cuba menghalang amalan yang cuba ditingkatkan, nafsu jugalah yang cuba menggagalkan usaha kebaikan sepanjang bulan Ramadan. Jika umat Islam berjaya melepasi ujian berat di atas terutama ujian nafsu, maka itulah kemenangan yang dimaksudkan.

Jadi, setelah kita berjaya melepasi ujian itu amat wajarlah kita mengucap syukur dengan bertasbih, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Walaupun merasakan masih gagal mencapainya, syukurilah juga atas kemenangan Islam keseluruhannya.

Syaitan dikatakan dirantai di penempatannya supaya tidak mengganggu manusia secara langsung. Namun, kita harus sedar bahawa ia masih boleh menyaksikan tindak tanduk manusia. Jika syaitan mahu menggoda tentu dengan perantaraan sistem kawalan jauh ia boleh dilaksanakan, lantaran sistem komunikasi antara musuh nombor satu manusia ini dengan nafsu yang masih terbuka luas.

Oleh sebab itu adalah menjadi keutamaan bagi umat Islam untuk mendidik nafsu agar tunduk kepada kehendak hati yang baik.  Nafsu yang sudah dapat dijinakkan dalam bulan Ramadan pasti akan merosakkan hubungannya dengan syaitan. Di sini kita boleh melihat kepada perkembangan diri sendiri, apakah kita semakin baik pada bulan ini? Andainya bertambah baik, itulah kemenangan yang perlu disyukuri.

Kemenangan yang paling besar ialah sifat taqwa yang diberikan kepada umat Islam yang dapat mengatasi semua halangan. Mereka ini takut untuk melakukan dosa walaupun peluang sudah di hadapan mata. Mereka ini juga akan melakukan kebaikan sebanyak mungkin walaupun pelbagai halangan datang menduga. Dan mereka akan mencari peluang menabur kebajikan walaupun dalam keadaan yang sukar.

Atas rasa kemenangan itulah pada malam hari raya itu Rasulullah mengajak semua umat Islam mengalunkan pujian, tasbih, tahmid dan tahlil.

 اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Bacaan ini biasanya kita baca sebagai penutup takbir raya iaitu:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَالله أَكْبَرُ، الله أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Hari ini alasan tidak boleh mengalunkan takbir seperti mana petikan itu sudah tidak boleh diterima lagi kerana kita boleh mengikut takbir yang dikumandangkan di radio dan televisyen dan boleh juga merujuknya dalam majalah atau buku agama. Jadi, marilah kita meriahkan malam raya ini dengan takbir.

Waktu membaca

Secara umum pujian terhadap Allah tidak mempunyai had masa, tetapi bagi takbir raya terdapat waktu-waktu yang dikhaskan. Berdasarkan itu sebarang bacaan yang dilakukan di luar waktu tersebut tidak dikira sunah, malah sesetengah ulama meletakkannya sebagai makruh. Ini kerana bacaan takbir didatangkan dalam bentuk pakej untuk sambutan hari raya.

Takbir hari raya terbahagi kepada dua; takbir mursal dan takbir muqaiyat. Malangnya, kedudukan kedua-dua jenis takbir ini kurang diberi perhatian oleh umat Islam. Malah kadang-kadang atas kejahilan, mereka bertakbir bukan pada tempatnya.

Takbir mursal;  takbir yang dibaca tanpa terikat pada solat atau tempat. Menurut definisi dalam kitab Mathla'l-Badrain m/s 48, disebutkan bahawa: "Takbir mursal dan iaitu takbir yang tidak mengiringi sembahyang."

Maknanya takbir ini boleh dibaca pada waktu berjalan, dalam kenderaan, sewaktu menonton tv, memasak ketupat dan juga ketika di pasar. Dan waktunya pula bermula pada waktu maghrib (malam raya, sama ada hari raya haji mahupun hari raya puasa) dan berakhir apabila imam memulakan solat Aidilfitri ataupun Aidiladha.

Berdasarkan ini, mereka yang balik kampung pada malam raya boleh mengalunkan takbir itu secara beramai-ramai. Boleh juga bertakbir secara bergilir-gilir sehingga letih. Bagi mereka yang sedang memasak lemang misalnya boleh terus bertakbir, begitu juga mereka yang masih di pasar raya, bolehlah bertakbir secara perlahan. Dan akhirnya pada pagi sebelum menunggu solat hari raya, bertakbirlah beramai-ramai bagi menterjemahkan rasa syukur atas kemenangan mengharungi Ramadan dan kurniaan nikmat-nikmat daripada-Nya.

Takbir muqaiyat; takbir yang dibaca mengiringi solat sama ada fardu atau sunat dan terdapat sedikit perbezaan antara Aidilfitri dengan Aidiladha di sudut waktunya.

Aidilfitri; bermula selepas solat Maghrib satu Syawal hingga sebelum imam memulakan solat Aidilfitri. Ini bermakna selepas solat Maghrib boleh bertakbir. Dan setelah selesai solat sunat ba'diah Maghrib boleh bertakbir lagi. Begitu juga selepas solat sebelum solat Isyak, boleh bertakbir raya. Kemudian selepas solat Isyak dan selepas solat sunat yang mengiringinya. Begitu juga sewaktu bangun bertahajud, bolehlah bertakbir lagi. Bahkan andainya pada pagi raya itu diadakan solat jenazah, sunat juga bertakbir raya.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang tidak melakukan solat raya atas sebab keuzuran dan tidak pula hadir sewaktu khutbah, dia boleh bertakbir hingga sebelum gelincir matahari. Begitu juga dengan mereka yang bersolat sendirian kerana tidak sempat bersama jemaah atas urusan tertentu, maka waktu akhir untuk bertakbir ialah sebelum mengangkat takbiratulihram untuk solat hari raya.
Aidiladha; takbir muqaiyatnya bermula pada subuh hari Arafah sehingga jatuh matahari hari akhir tasyrik. Waktu yang panjang ini memberi peluang umat Islam bertakbir dengan sebanyak-banyaknya. Maknanya kita di Malaysia boleh mulakan pada pagi 9 Zulhijah selepas solat Subuh. Kemudian jika mendirikan solat Duha, bolehlah bertakbir lagi. Takbir ini boleh dilanjutkan hingga selepas solat Asar 13 Zulhijah. Namun begitu kalau kita masuk masjid sebelum waktu maghrib, bolehlah lakukan solat sunat Wuduk dan Tahiyatul Masjid kemudian bertakbir raya selepasnya.

Takbir yang Diabaikan
Berdasarkan hukum ini, kita dapati ramai umat Islam yang tidak mengambil peluang yang baik ini untuk bertakbir raya, sekurang-kurangnya pada dua keadaan berikut:
1. Selepas solat Aidiladha, sama ada imam itu lupa atau tidak tahu, takbir raya tidak dikumandangkan selepas solat hari raya haji. Sedangkan takbir muqaiyat ini waktunya termasuk selepas solat sunat hari raya haji.
2. Selepas solat sunat, jarang kita lihat orang kita bertakbir raya selepas solat sunat Rawatib, Tahajud dan Tahiyatul Masjid. Jauh sekali bertakbir selepas solat jenazah.
Sebaliknya terdapat kesilapan pada dua keadaan berikut:
1. Bertakbir selepas solat Aidilfitri.
2. Bertakbir di rumah yang diziarahi selepas solat Aidilfitri.
Dua keadaan ini pernah berlaku walaupun tidak selalu. Meskipun tidak sampai kepada peringkat haram, amalan yang salah atas kejahilan ini amat tidak patut berlaku. Umat Islam mempunyai banyak peluang dan ruang untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca, melayari Internet dan meneroka berbagai-bagai-bagai sumber maklumat. Maka peluang yang ada itu perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya agar segala amalan kita berteraskan ilmu yang tepat untuk dinilai oleh Allah sebagai ibadah di sisi-Nya.

DPP PADANG TERAP

Posted: 27 Aug 2011 09:37 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Padang Terap Aidilfitri 2011

Posted: 27 Aug 2011 07:47 AM PDT



PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 27 Aug 2011 09:18 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Dengan ziarah mereka,mudahan-mudahan dosa kita terampun-Nizar

Posted: 27 Aug 2011 08:25 PM PDT

Serorang warga emas,di Masjid Termelok,Trong ditanya khabar oleh DS Nizar.

Sdr Bidin ,kakinyanya kena mata pisau semasa mengait kelapa sawit.Kelihatan DS Nizar menggunakan kepakaran shifa' untuk mendoakan kesembuhan kaki Bidin,di Kg Nibung,Trong.Melihat kaki warga emas yang baru pulih. 8 tahun untuk pulih akibat kaki
tercucuk besi.

Hampir 40,000 ringgit telah disalurkan kepada penduduk yang memerlukan.

Posted: 27 Aug 2011 08:07 PM PDT

Kemuncak majlis penyampaian sumbangan oleh DS Nizar. Turut kelihatan Puan Amizan Baharuddin,Hj Zainuddin Hamzah,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Bukit Gantang. Majlis di sini melibatkan DUN Changkat Jering dan Kuala Sapetang. Sejumlah 240 orang penerima sumbangan,Oku,ibu tunggal,anak yatim dan orang miskin.
Untuk DUN Trong sejumlah 105 orang penerima sumbangan.
Orang hilang keupayaan turut menerima sumbangan DS Nizar dan Pas Bukit Gantang.
Seorang wanita miskin menerima sumbangan DS Nizar.
Encik menerima sumbangan DS Nizar di Kampung Nibung.Singgah pemimpin.

PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Aug 2011 07:26 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin Dari PAS Sarawak

Posted: 27 Aug 2011 05:57 PM PDT

Salam Aidil Fitri Dari PAS Sarawak

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
La'ilaha Illallah Wallahu Akbar.
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum . Warahmatullahi wabarakatuh.

Saya bagi pihak PAS Miri dan PAS Sarawak mengucapkan kepada seluruh Muslimin, Muslimat dan ahli jamaah serta mereka yang beriman kepada Allah, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri , setelah kita menunaikan ibadat puasa di sepanjang bulan Ramadhan, Allah SWT kurnia kita pula Hari Raya Aidil Fitri. Sebelum menjelang atau seminggu sebelum syawal ramai dikalangan kita sibuk menyambut hari raya sehingga solat tarawih sudah berkurangan. Perkara ini sudah lama berlaku tanpa kita sedari dan waktu akhir-akhir ramadhanlah waktu dimana malam yang sangat istimewa buat orang mukmin yang beriman kepada Allah iaitu lailatulqadar.

10 hari terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Janganlah membazir,boros dan kepada mereka yang berkemampuan bantulah mereka yang kurang bernasib baik. Marilah kita semua buat kebajikan dan berusaha menuju ke arah negara berkebajikan. Semoga usaha kita diberkati dan diterima Allah.

Kepada mereka yang balik kampung berhati-hatilah dijalan raya semoga selamat menuju ke destinasi masing-masing.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri dan mohon maaf zahir dan batin kepada semua umat samaada mereka yang berlainan fahaman politik dan sebagainya.

Semoga Hari Raya tahun ini akan mengukuhkan lagi tali persaudaraan kita sesama Muslim dan juga kepada mereka yang bukan Islam sama-sama kita merayakan aidil fitri ini dengan semangat muhibah antara kaum. PAS untuk semua.

Sekian wasalam

Salam hormat
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

English version
Best Wishes of Eid ul-Fitr from PAS Sarawak

On behalf of PAS Miri and PAS Sarawak I would like to wish to all Muslims, Muslimah and congregational members and those who believe in God, Eid ul-Fitr, is a Muslim holiday that marks the end of Ramadan, the Islamic holy month of fasting (sawm), then Allah will grace us with Eid ul-Fitr. Before ahead or the week before Syawal many of us busy to celebrate Eid ul-Fitr while tarawih prayer become waning. Tarawih refers to extra congregational prayers performed by Muslims at night in the Islamic month of Ramadan. They are not compulsory; however, many Muslims pray these prayers in the night during Ramadan.

Muslims often pray extra prayers on this day, particularly the night prayer. They awake, pray, and hope God will give them anything they may desire on this night. Mostly, they perform tilawah (reading the Qur'an).

However because of the revealed importance of this night, Muslims strive [give more effort] harder in the last ten days of Ramadan since the Laylat al-Qadr could be one of the odd-numbered days in these last ten (the first, third, fifth, seventh or ninth).

We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power: And what will explain to thee what the night of power is? The Night of Power is better than a thousand months. Therein come down the angels and the Spirit by Allah's permission, on every errand: Peace! This until the rise of dawn! Sura 97 (Al-Qadr), āyāt 1-5[3]

Do not be wasteful, extravagant, and those who can afford do help those less fortunate. Let us all do well for welfare and strive towards the National Welfare State. May our efforts be blessed and accepted by Allah.

For those who 'balik kampung' drive carefully in the way of safety may lead to their destination.
.
Once again we would like to wish a happy Eid ul-Fitr and we seek apologize to all those of different faiths whether political or otherwise.

May the feast of this year will further strengthen our family and brotherhood ties among Muslims and to non-Muslims together we celebrate Eid ul-Fitr with the spirit of goodwill between the races. PAS for all.

Thanks and Wasalam

Yours sincerely
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum-Deputy Commissioner of PAS Sarawak

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 27 Aug 2011 07:21 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


GURU PASTI AMPANG DAPAT DUIT RAYA TAHUN NI...ALHAMDULILLAH

Posted: 27 Aug 2011 07:20 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 27 Aug 2011 03:09 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Memupuk keinsafan melalui amalan kebajikan

Posted: 27 Aug 2011 09:55 AM PDT

YB Ust Hj Abd Ghani telah dijemput memimpin bacaan doa tahlil kematian arwah Wan Ismail B Wan Jusuh iaitu abang kepada Pegawai Khasnya, Wan Yusuf. Arwah semasa hayatnya turut serta membawa beliau berkempen ketika mula menjadi calon PRU 10 (1999) menaiki Volvo 240. Azam arwah semasa itu ialah ingin melihat PAS menang dan memberi semangat kepada beliau untuk terus berkempen rumah ke rumah. Walaupun arwah tinggal di Gunung Semanggol, Perak tetapi  tetap pulang ke kampong untuk membantu beliau berkempen. Alhamdulillah, bekat usaha dan doa, hasratnya dimakbulkan Allah. YB Ust Hj Abd Ghani sempat membaca talkin di pusaranya selepas dimaklumkan kematiannya walaupun sebelum itu beliau mempunyai urusan lain pada masa kematiannya. Beliau juga sempat menziarahinya selepas arwah keluar Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana mengidap sakit jantung.    


Sempena majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Aidil Fitri  kepada penduduk kampong sekitar Lana Bulu, Kerpan, Permatang Kenanga dan Permatang Mahang. Semua hamper berupa barangan keperluan Aidil Fitri disediakan oleh MKK masing-masing sebagai tanda ingatan dan kasih sayang sesama insan. YB Ust Hj Abd Ghani sedang menyampaikan hamper kepada Encik Haron B Awang Sudin, MKK Kg Lana Bulu.

Kelihatan salah seorang penerima sumbangan daripada Kg Lana Bulu menerima sumbangan daripada YB Ust Hj Abd Ghani. Beliau rasa gembira kerana ada MKK yang mengambil peduli dan bertanggungjawab ke atas nasib anak buah masing-masing. Ramai yang hadir begitu seronok dengan sikap MKK mereka yang prihatin dan berharap program seperti ini dapat dijayakan di masa akan datang. Sebelum majlis penyampaian sumbangan dimulakan, YB Ust Hj Abd Ghani menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada semua yang hadir.  

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 27 Aug 2011 01:06 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Bila kuasa dah hilang baru nak sedar dengan isu murtad, 50 tahun memerintah dulu Umno buat apa?

Posted: 26 Aug 2011 06:22 PM PDT

WarkahDaily – 'Tepuk dada Tanya iman'. Betapa pendirian Umno berkaitan isu murtad yang kini begitu sensitif selepas ianya dipolitikkan semata-mata mahu meraih undi Melayu dan Islam. Kita boleh sedar, ikhlas atau tidak makhluk yang bernama Umno ni bila hanya mengambil berat pasal isu murtad bila kuasa dah hilang tapi ketika 50 tahun lebih memerintah, langsung ianya tidak dipandang.

Bukan tiada orang yang tidak tegur atau tidak memberi nasihat. Bahkan ianya datang dari mufti Perak sendiri yang disanjung Umno. Rakyat belum lupa bagaimana Tan Sri Harussani pernah membongkarkan berates-ratus ribu umat Melayu Islam telah murtad.

Apa tindakan pemimpin Umno ketika itu, mana akhbar pro Umno pergi, mana NGO pro Umno sembunyi? Tapi sekarang, bila kuasa dah hilang dan Putrajaya dikatakan bakal dimiliki Pakatan Rakyat (PR) selepas pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti, barulah pemimpin Umno dan baruanya yang terdiri daripada akhbar arus perdana dan blogger upahan Umno terngadah.

Pandai pulak kini mereka sibuk mengambil tempat membela Islam konon Islam ditindas dan tidak diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri PR sehingga Islam diperlekeh dan orang Melayu mudah untuk murtad.

Dipetik dari Harakahdaily, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus ditempelak oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) apabila menuduh pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian.

"Beliau mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian," ujar Ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.

Katanya, setelah 50 tahun lebih Umno BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah Umno BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka.

Menurutnya, Umno BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu itu tanpa ada kesedaran untuk membanteras jenayah murtad daripada terus berleluasa.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu itu kerana Umno BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya.

"Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan almarhum Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan Umno BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur," katanya.

Beliau menambah, isu penukaran agama ummat Islam tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka.

Selain itu, katanya Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan Umno BN sebelum daripada ini.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu itu dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun.

Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Umno Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi 'hero' kepada agama Islam.

Lagi Keraguan Dalam Daftar Pemilih Dibongkar !!!

Posted: 26 Aug 2011 06:19 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini.
Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN.
Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza.
Nama-nama tersebut seperti berikut:
1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.
2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.
3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12
4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.
5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.
Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN.
Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834.
"SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain.
"Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram.
Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN.

 Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut:
1. 790924145621
2. 750612105026
3. 620826086291
4. 850709146543
5. 850706145967
6. 651105105087
Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut.
"Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya.Hrkh

Tahniah buat Jamal Abdillah....

Posted: 26 Aug 2011 06:15 PM PDT

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah ada cerita sendiri, sewaktu ia dok belajar di Sekolah Institiut Harapan Taiping, pada penghujung tahun 70 han dulu,, bercinta dengan dengan budak perempuan sebelah kampong aku, budak Kampong Dew, sama-sama belajar,, namun jodoh mereka tidak kesampaian,,,, budak perempuan tersebut telah dikahwinkan dengan anak pemimpin UMNO di sebelah Simpang Empat Semanggol, semenjak dari itu perhatikan lagu-lagu Jamal,, semuanya lagu-lagu yang berunsur frust bercinta... biasalah cinta pertama tak kesampaian,, namun ada hikmahnya...
Apakah bulan Ramdahan ini membawa suatu perubahan besar terhadap Jamal... Moga-moga Jamal mengikut jejak-jejak artis seperti Bob Lokman, Azmil Mustaffa, Akil Hai dan ramai lagi artis yang dah berhijrah...

Aku yakin segala kerja-kerja amal ini tidak seperti kerja-kerja pemimpin UMNO yang bersedekah,, ada tujuan tertentu,, berbeza dengan Jamal,, ia berniat menyedekahkan pahala sedekahnya itu kepada arwah ibu dan bapanya,,, moga-moga Allah menerima segala kerja amalnya itu.. Insyaallah...

Mat Bangla Yang Kerat Wanita 15 Bahagian DiTangkap...

Posted: 26 Aug 2011 06:06 PM PDT

Tiga minggu selepas negara digemparkan dengan penemuan mayat wanita dikerat 15 bahagian, tiga lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, berhubung jenayah tersebut.
Abd Razak Tofazzalhossain, 24, didakwa atas tuduhan membunuh wanita malang itu, Siti Sando, 35, yang berasal dari Indonesia pada antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 29 Julai lalu.
Dia juga didakwa bersama-sama seorang lagi rakan senegara, Md Ripon Mondal Krndobosois, 26, atas tuduhan membunuh anak lelaki Siti, Mohd Shukri, dua tahun, pada waktu dan hari yang sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di unit nombor 40, tingkat 5, Blok Chyrssaa, Apartmen Astaria, di sini.
Dengan pendakwaan tersebut, Abd Razak dan Md Ripon kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mereka sekadar menjawab faham akan pertuduhan tanpa sebarang pengakuan direkodkan.
Pada prosiding sama, seorang lagi warga Bangladesh, Mosharraf Hossain, 23, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat Siti dan Mohd Shukri yang didakwa dilakukannya pada antara pukul 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu di tempat yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan niat mahu melindungi individu yang melakukan jenayah tersebut daripada tindakan undang-undang.
Mosharraf didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Dia pada awalnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, bagaimanapun kelihatan agak ragu-ragu selepas diterangkan hukuman yang boleh dikenakan dengan pengakuan tersebut.
Lelaki berkenaan seterusnya memberitahu dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah menyebabkan pengakuan salah itu tidak diterima.
Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain bagi membolehkan seorang jurubahasa Bangladesh hadir ke mahkamah.
Majistret Wan Karimah Wan Ab Ghani membenarkan permohonan itu dan menetapkan 29 September ini sebagai tarikh sebutan semula.
Pada 4 Ogos lalu, media menyiarkan polis telah menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.
Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dianggarkan berusia antara lima dan enam tahun.
Mayat dua beranak tersebut ditemui dalam keadaan reput dan berbau busuk kerana dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum ditemui.

Jawapan Mat Sabu mengapa PAS berkawan dengan DAP

Posted: 26 Aug 2011 05:59 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau.

Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka. Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis.

Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini.

Hubungan PAS-DAP

Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri. Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif.

Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma.

Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab.

"Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP. Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi," jelasnya.

Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. "Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini? Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa."

Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara.

"Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan. Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia," sambungnya.

Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu.

"Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung… Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu…

"Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal. Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan," katanya.

Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.

Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia.

Budaya

"Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain," katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia.

Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS.

Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan.

"Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia.

"Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen," katanya sebelum menyambung menghirup kopi.

Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini.

"(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia? Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang.

"Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama," jelasnya sedikit tegas.

Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik.

"Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita," katanya.

Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya.

"DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain," jelasnya.

Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan.

"Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini," katanya.

Media

"Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru. Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam," jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat.

Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri.

"Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka. Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu.

"Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu. Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu. Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah," ujarnya.

Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria.

"Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi. Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah.

"Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika. Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar.

"Jadi, begitulah juga kita di Malaysia," jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut.

Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah.

"Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, 'Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.' Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak.

"Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini."

Melayu dan DAP

Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP.

Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang.

"Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ.

"Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS," jawabnya mudah.

Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP.

Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri.

Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu.

"Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran," katanya.

Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina.

"Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan. Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa.

"Tapi kita kena kerja lebih kuat," tambahnya.

PAS pikul beban DAP?

"Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis.

"Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni," katanya.

Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu.

Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan.

"Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka.

"Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan," katanya.

Kelemahan

Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan.

Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain.

"Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan.

"Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya.

"Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian," katanya.

Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah.

"Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja.

"Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil," jelasnya.

Agama

Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO.

Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang "menyokong" serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu.

Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar.

"Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)" ujarnya.

Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan "begitu begini" tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya.

Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah.

"Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan.

"Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua."

Kisah dua sahabat

Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana.

"Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right. Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan.

"Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu. Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain.

"Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak," katanya sambil ketawa.

Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini.

Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya.

"Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan," katanya.

Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya.

Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali.

"Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam. Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan.

"Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong," jawabnya.

Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam.

"Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak.

"Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus. Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising," katanya.

Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk mhttp://www.blogger.com/img/blank.gifemberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi.

"Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN.

"Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang.

"Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini. Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan," jelasnya mengakhiri perbualan kami. – Roketkini.com

Wawancara wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 27 Aug 2011 11:21 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Perutusan Eidul Fitri 1432H

Posted: 27 Aug 2011 04:11 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 27 Aug 2011 11:13 AM PDT

Batu Gajah Mari


Doa senjata terakhir hadapi BN di PRU-13 nanti- Nik Aziz

Posted: 27 Aug 2011 12:46 AM PDT


KUALA LUMPUR 27 Ogos - PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) berkata hanya doa merupakan "senjata akhir" bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa. Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990. "Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini. Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

[Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. "Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya," kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Munajat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi].

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 27 Aug 2011 11:11 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Perutusan Aidilfitri Pesuruhjaya PAS Pahang

Posted: 26 Aug 2011 11:22 PM PDT

Eidul fitri bermaksud kembali kepada fitrah. Fitrah asal kita yang suci bersih, patuh dan taat kepada perintah Allah. Hari raya yang mengingatkan kita betapa satu waktu dahulu kita solat berjamaah setiap waktu, kita mengaji Quran di rumah tok guru,kita bermain dengan adik abang kita, berlari seronok bersama ayah ibu, kita bahagia bersama kawan-kawan dengan gurauan dan tawa, bersama baju baru dan kasut baru, walau hanya kasut plastik berwarna putih.

Hari ini kita diminta ingat dan kembali kepada fitrah ketaatan kepada perintah Allah. Kebahagiaan bersama keluarga tanpa durhaka kepada Allah, kembali kepada kegembiraan bersama adik-beradik yang saling sayang menyayangi. Alangkah indahnya kalau sejarah lalu dapat diulang kembali.

Namun di hari mulia ini, marilah kita tauti semula kasih sayang, kita padukan semula persaudaraan, kita damaikan semula persengketaan, kita dendang kembali lagu persahabatan yang telah lama kita tinggalkan. Mari kita kembali kepada fitrah ketuhanan yang perlu kita perjuangkan bagi kemenangan Islam.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin daripada Pesuruhjaya dan seluruh Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang, serta ahli dan penyokong PAS seluruh Pahang.

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PAS Kawasan Setiu

Posted: 27 Aug 2011 10:09 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


"MINI ESTATE" Padi Kg. Jelapang, Ketua Kampung, JKKK, Tipu Pesawah

Posted: 26 Aug 2011 09:06 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 27 Aug 2011 09:47 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Salam Aidilfitri & Selamat Pulang Perantau dari AJK Pemuda Dun Sura

Posted: 26 Aug 2011 12:52 AM PDT


oleh : KETUA PEMUDA PAS DUN SURA

Assalamualaikum wbrkth,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar.Walillahil Hamd.

Segala puji dan syukur kepada Allah, yang masih mengurniakan kita kesempatan untuk terus bernafas pada hari ini, memberikan kita peluang untuk meraikan Aidulfitri buat kesekian kalinya, sekaligus mengharungi madrasah Ramadan yang akan meninggalkan kita.

Tasbih, tahmid dan istighfar kita ucapkan bagi menyucikan segala dosa, noda dan kekurangan diri kita yang tidak pernah lekang dari kecuaian serta kelalaian.

Selawat dan salam kita lafazkan khusus untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W pembawa rahmat serta petunjuk kepada mereka yang rindukan hidayah, inginkan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Begitu juga kita ucapkan kepada keluarga baginda dan kepada para sahabat baginda keseluruhannya serta mereka yang mengikuti susur jalur perjuangan baginda yang penuh bersejarah tanpa penat dan lelah sehingga tibanya Hari Kebangkitan.

Sahabat-sahabat rakan seperjuangan sekalian,
Selamat menyambut Aidulfitri. Insya Allah, Aidulfitri ini kita raikan dengan seribu rasa syukur, diiringi dengan takbir kemenangan setelah kita berjaya menamatkan siri madrasah Ramadan yang mendidik dan melentur jiwa kita ke arah menjadi insan bertakwa kepada Allah.

Selamat pulang perantau.Kepulangan kalian kami alu-alukan dengan rasa berbesar hati, semoga kepulangan ini membawa seribu erti dan makna yang mendalam buat kita semua.Mudah-mudahan ikatan persaudaraan di kalangan kita bertambah erat kukuh dengan tautan ukhuwwah islamiyyah.

Rakan- rakan seagama yang dikasihi kerana Allah.
Dalam detik masa yang penuh berharga dan barakah ini marilah kita sama-sama merenung sejenak hari-hari yang telah berlalu dalam bulan mulia yang telah kita lalui bersama-sama dengan satu billion umat Islam yang lain.

Maka bersyukurlah ! Sekiranya kita berjaya mendidik jiwa kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Sudah pastinya, latihan tadarrus al-Quran, tarawih berjamaah, majlis ilmu dan qiam di tengah malam menjadi kenangan manis bulan ramadhan yang tidak akan dapat dilupakan oleh kita semua.

Berishtighfarlah! Jikalau ruang masa di bulan Ramadhan ini hanya diulit tidur panjang yang lena, bicara yang tidak bermakna atau sekadar mengisi perut yang lapar di waktu berbuka. Apatah lagi membuat dosa. Kami memohon ampun dariMu ya Allah.

Jadikanlah tarbiyah Ramadhan sebagai pemangkin untuk kita mendapat kekuatan dan semangat seperti salafussoleh dalam kehidupan. Raikanlah hari raya ini seperti mana meraikan kemenangan dalam peperangan menetang kekufuran yang baharu saja selesai.

Rakan-rakan seakidah sekalian,
Cukuplah sekadar ini sebagai renungan kepada kita yang bukannya untuk dimenungkan tapi untuk diamalkan.Sama-sama kita doakan semoga Ramadan yang telah kita lalui benar-benar diterima oleh Allah S.W.T sebagai bekalan kita di Hari Perhitungan kelak.

Sambutlah Hari Raya pada kali ini dengan penuh rasa keinsafan dan syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan. Sesungguhnya nikmat Allah yang dianugerahkan tidak bertepian. Gunakanlah hari raya ini untuk kita mengukuhkan lagi ukhuwwah dan persaudaraan antara kita semua dan berusahalah untuk kita menjadi Ummatan Wahidah Fil Fikr Wal Amal.

Salam Aidulfitri,
Salam Perjuangan,

Wallahu A'lam,

Assalamualaikum w.b.r.k.t.h.



USTAZ HAJI MOHAMAD HANAFIAH HITAM
KETUA PEMUDA DUN SURA

27 Ogos 2011

KHIDMAT MERU

Posted: 27 Aug 2011 09:46 AM PDT

KHIDMAT MERU


Posted: 27 Aug 2011 03:36 AM PDT































Sekali lagi seramai 100 orang warga emas dari Kg Meru telah diraikan dalam program Jom Shopping.


Mereka telah di bawa dengan bas dan kereta yang telah disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Meru dan dibawa ke Pasaraya Giant.


Rata-rata warga-warga emas tersebut berasa gembira dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memperuntukkan RM100 kepada setiap mereka untuk membeli belah secara beramai-ramai.


YB Dr Rani bersama isterinya turun ke padang untuk bersama rakyat warga emas dan membantu mereka dalam pembelian barang-barang keperluan mereka.

















KUNJUNGAN KE BAITUL MAQDIS

Posted: 26 Aug 2011 10:00 PM PDT






























YB Dr Rani sempat mengadakan lawatan ke Palestine selama 3 hari bersama-sama 30 orang jemaah dari Malaysia.


Di Palestine, antara tempat yang diziarahi ialah Hebron, Jericho dan Baitul Maqdis. Palestine adalah Bumi Ambiyak yang di kurniakan Allah tanah yang subur dan cuaca yang baik.


Ribuan maanusia termasuk golongan muslimah yang mengerjakan solat jumaat

di Baitul Maqdis .

















N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Aug 2011 09:19 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


MUSLIMAT PAS SELAT KLANG agih RM 29,000 pada fakir miskin,ibu tunggal

Posted: 27 Aug 2011 07:49 AM PDT



Muslimat PAS Selat Klang sudah lebih sedekad menabur bakti menjaga kebajikan umat yang fakir dan miskin, golongan yang marhaen yang amat mengharapkan perhatian dan bantuan daripada mana-mana pihak untuk menghulur bantuan.Perasaan sayu amat ketara menjelang Hari Raya Eidul Fitri.Justeru agenda tahunan Muslimat PAS DUN Selat Klang dalam menghidup dan menghayati Ramadhan atau Ihya' Ramadhan ialah mengumpulkan penerima yang layak di dewan untuk majlis sambutan Ihya' Ramadhan.Lazimnya bermula pagi 8.00 pagi dengan solat tasbih, solat hajat dan solat Dhuha, di sambung dengan tazkirah.Barulah bermula agihan kepada fakir miskin.
Alhamdulillah,lebih 250 penerima diraikan.Selain diberi duit 'raya' baju raya terpakai tetapi cantik juga dinanti-nantikan penerima.Tahniah kepada semua Muslimat PAS Dun Selat Klang y7ang semakin tahun semakin matang dan mampu mencari penderma yang lebih mahu banyak menghulur dan setakat ini tahun 2011 pencapaian kutipan mereka semakin meningkat yang diagihkan kepada lebih ramai penerima.Kuih raya juga turut disumbang oleh ibu tunggal yang berjaya dan amat memahami jiwa ibu tunggal yang dhaif seperti yang pernah dilaluinya satu ketika dahulu.

Jasindaily Online

Posted: 27 Aug 2011 09:09 AM PDT

Jasindaily Online


MEDIA PERLU DAPAT KEBEBASAN SEWAJARNYA

Posted: 26 Aug 2011 02:26 PM PDT

JANGAN SETAKAT NAK SEDAPKAN HATI SAJA

Posted: 26 Aug 2011 02:25 PM PDT

PAS SOKONG SPR GUNA DAKWAT KEKAL

Posted: 26 Aug 2011 02:24 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 27 Aug 2011 07:24 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SALAM I'DUL FITRI : DPPK BAGAN DATOH

Posted: 26 Aug 2011 06:44 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Aug 2011 04:07 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Raya-raya jugak, jangan lupa Pilihanraya

Posted: 26 Aug 2011 04:23 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Komen